Panduan Pengurusan Peperiksaan UPSR PMR SPM SPMU STAM
February 19, 2017 | Author: شمسو دين محمد روسلي | Category: N/A
Short Description
Download Panduan Pengurusan Peperiksaan UPSR PMR SPM SPMU STAM...
Description
PANDUAN PENGURUSAN PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH PENILAIAN MENENGAH RENDAH SIJIL PELAJARAN MALAYSIA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN) SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Cetakan 2010 © Hak Cipta Lembaga Peperiksaan
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pengarah Peperiksaan berhak mengubah mana-mana peraturan yang terkandung dalam Panduan Pengurusan Peperiksaan ini dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu.
Segala pertanyaan berkaitan maklumat dalam buku Panduan Pengurusan Peperiksaan ini hendaklah dirujuk kepada PENGARAH PEPERIKSAAN LEMBAGA PEPERIKSAAN MELALUI: PENGARAH PELAJARAN JABATAN PELAJARAN NEGERI TEMPAT CALON MENDAFTAR
KANDUNGAN
Bahagian A
: PERATURAN PEPERIKSAAN 1 2 3 4 5 6
Bahagian B
Bahagian C
Calon Peperiksaan Kertas Peperiksaan Berpusat Yuran Peperiksaan Pendaftaran Peperiksaan Pusat Peperiksaan Calon Khas
: PENTADBIRAN PEPERIKSAAN 7 8 9 10
2 7 12 14 18 20 22-28
Takwim Peperiksaan Kehadiran Calon Peperiksaan Bertulis Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN 11 12
Halaman 1-21
23 23 24 25 29-38
Keputusan Peperiksaan Sijil /Pernyataan Keputusan Peperiksaan
Lampiran
30 37 39
Lampiran 1
-
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1998: Panduan Tentang Umur Masuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Serta Menduduki Peperiksaan Bagi Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Swasta
Lampiran 2
-
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2001: Pindaan Bagi Para 2 Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1998 Panduan Tentang Umur Masuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Serta Menduduki Peperiksaan Bagi Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Swasta
Lampiran 3
-
Kelonggaran Syarat Kemasukan Kanak-kanak Di Bawah Umur Ke Tahun 1
Lampiran 4
-
Surat Siaran LP(S)-D1.13/(67) bertarikh 8 Mac 1999: Pendaftaran Mengambil Peperiksaan Calon Warganegara Asing
Lampiran 5
-
Kertas Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
Lampiran 6
-
Kertas Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah
Lampiran 7
-
Kertas Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/2010: Pelaksanaan Dasar Menghadkan Jumlah Maksimum Sepuluh(10) Mata Pelajaran dan Penambahan Dua(2) Mata Pelajaran Tambahan Dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
Lampiran 8
-
Kertas Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia
Lampiran 9
-
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2007 Garis Panduan Pengoperasian Dasar Pemansuhan Yuran Peperiksaan Awam Kadar Bayaran
Lampiran 10 -
Borang-Borang Pendaftaran UPSR, PMR, SPM, SPM(U), STAM
Lampiran 11 -
Borang Perakuan Calon Peperiksaan
Lampiran 12 -
Senarai Semak Calon Persendirian
Lampiran 13 -
Borang Pembetulan Maklumat Calon Borang Pembetulan Mata Pelajaran
Lampiran 14 -
Borang Perpindahan Calon
Lampiran 15 -
Borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas Borang Calon Pekak/Bisu (P/D) Borang Calon Rabun (R) Borang Calon Buta (B/R) Borang Calon Spastik/Kecatatan Lain (S/C) Jadual Masa Tambahan Bagi Calon Berkeperluan Khas Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Malaysia (SPPP) Bil. 5/2003: Peperiksaan UPSR/PMR/SPM Calon Bermasalah Pendengaran
Lampiran 16 -
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1994: Penilaian Perkara Asas Fardu ‘Ain (PAFA) Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Lampiran 17 -
Borang Permohonan Semak Semula/Kes T
Lampiran 18 -
Borang Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan Borang Permohonan Terjemahan Keputusan Peperiksaan
MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
KATA ALU-ALUAN Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia. Keutuhan serta kepercayaan umum terhadap peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan banyak bergantung kepada aspek keselarasan dan pengurusan peperiksaan yang sistematik, cekap dan berakauntabiliti. Bagi masyarakat umum, Lembaga Peperiksaan tidak boleh dan tidak seharusnya melakukan kesilapan dalam menguruskan peperiksaan awam. Sebarang kesilapan walau sekecil mana pun akan tetap mendapat perhatian semua pihak. Hal sebegini dapat dielakkan jika semua pihak yang terlibat memahami pengurusan peperiksaan dan memberikan komitmen, tanggungjawab serta semangat bekerja yang tinggi berlandaskan satu arahan yang piawai. Justeru, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Lembaga Peperiksaan di atas inisiatif menerbitkan buku Panduan Pengurusan Peperiksaan ini. Buku ini diterbitkan dengan tujuan memberi panduan dan dijadikan rujukan semua pihak yang terlibat dalam menguruskan peperiksaan awam. Memandangkan bilangan pelanggan peperiksaan yang begitu ramai, sudah tiba masanya satu arahan piawai diterbitkan bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu ujian terjamin di sepanjang tempoh pengurusan peperiksaan. Semua pihak yang terlibat dalam peperiksaan awam perlu sentiasa diingatkan mengenai kepentingan mematuhi prosedur yang digariskan di dalam buku ini demi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan dapat berjalan dengan lancar, cekap dan saksama. Harapan saya agar penerbitan buku panduan ini dapat menjamin kualiti pengurusan peperiksaan awam di seluruh negara dan mencapai objektif penerbitannya.
Terima kasih.
TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN MOHD YASSIN
PENGARAH PEPERIKSAAN KATA ALU-ALUAN
Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya Lembaga Peperiksaan dapat menerbitkan buku Panduan Pengurusan Peperiksaan. Usaha ini sangat baik dan pada kesempatan ini saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan usaha murni ini Kandungan buku Panduan Pengurusan Peperiksaan ini mencakupi aspek-aspek peraturan, pentadbiran dan keputusan peperiksaan. Buku ini penting sebagai rujukan kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri, pihak Pejabat Pelajaran Daerah, pihak sekolah, ibu bapa/penjaga dan juga individu yang hendak menduduki peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan. Penerbitan buku ini bertujuan untuk memberi keselarasan fahaman dalam kalangan pengguna bagi membantu Lembaga Peperiksaan menguruskan peperiksaan dengan lancar dan berkesan.
Terima kasih.
Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia
BAHAGIAN A
PERATURAN PEPERIKSAAN
BAHAGIAN A PERATURAN PEPERIKSAAN
BAHAGIAN A
PERATURAN PEPERIKSAAN
1
CALON PEPERIKSAAN
1.1
KATEGORI CALON
1.1.1
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)
Kod Calon
1.1.2
Kategori Calon
1
Calon Sekolah Kebangsaan
3
Calon Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)
4
Calon Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil)
5
Calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia
PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR)
Kod Calon
Kategori Calon
K
Calon Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
L
Calon Sekolah di bawah agensi Kerajaan selain Kementerian Pelajaran Malaysia (Contoh Maktab Rendah Sains MARA)
M
Calon Sekolah Menengah Agama Negeri
N
Calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia
P
Calon Persendirian
R
Calon Sekolah Menengah Agama Rakyat
2
BAHAGIAN A
1.1.3
1.1.4
PERATURAN PEPERIKSAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
Kod Calon
Kategori Calon
A
Calon Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
B
Calon Sekolah di bawah agensi Kerajaan selain Kementerian Pelajaran Malaysia (Maktab Rendah Sains MARA, Maktab Tentera DiRaja dan Sekolah Perantis Tentera)
C
Calon Sekolah Menengah Agama Negeri
D
Calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia
E
Calon Persendirian
F
Calon Sekolah Menengah Agama Rakyat
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN) – SPM (U)
Kod Calon J
1.1.5
Kategori Calon Calon Persendirian (Mengulang)
SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)
Kod Calon* S
Kategori Calon Calon Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
T
Calon Sekolah Menengah Agama Negeri
V
Calon Sekolah Menengah Agama Rakyat
W
Calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia
X
Calon Persendirian
*Berkuatkuasa mulai tahun 2011.
3
BAHAGIAN A
1.2
PERATURAN PEPERIKSAAN
KETERANGAN TENTANG CALON
(a)
Calon Lewat Daftar Calon asal pusat berkenaan yang didaftarkan selepas tarikh tutup pendaftaran.
(b) Calon Menumpang Calon yang mengambil peperiksaan di sesebuah pusat peperiksaan lain dengan menggunakan angka giliran pusat peperiksaan asal tempat calon mendaftar. (c) Calon Bantahan Calon yang telah mendaftar untuk menduduki sesuatu kertas peperiksaan tetapi kod kertas peperiksaan tidak tercatat dalam Jadual Kedatangan (JK). Walau bagaimanapun calon mempunyai bukti pendaftaran kerana kod kertas peperiksaan yang didaftar tercatat pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan (KKP). (d) Calon Berkeperluan Khas Calon berkeperluan khas ialah calon yang memerlukan perkhidmatan, peralatan serta perisian khas semasa peperiksaan. Calon tersebut adalah calon terencat akal/Sindrom Down, buta, calon pelbagai kecacatan/ketidakupayaan lain/Disleksia/Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)/Attention Deficit Disorder (ADD)/Autisme/Learning Disabilities (LD), bisu, pekak, rabun dan calon spastik/Cerebral Palsy. (e) Calon Mengalami Kecederaan Calon yang mengalami kecederaan dan tidak boleh menulis dengan tangan yang biasa digunakan. (f) Calon Jatuh Sakit Secara Tiba-tiba Calon yang pengsan, pitam, histeria, senggugut, hilang ingatan, epilepsi dan sebagainya semasa peperiksaan berlangsung. (g) Calon Berpenyakit Berjangkit Calon yang menghidapi penyakit berjangkit seperti H1N1, demam campak, cacar, sakit mata dan lain-lain. (h) Calon Hospital/Calon Tahanan Calon yang mengambil peperiksaan di hospital kerajaan/swasta atau pusat tahanan. (i) Calon Tercicir Calon yang telah mendaftar tetapi maklumat calon tidak terdapat dalam Jadual Kedatangan (JK).
4
BAHAGIAN A
PERATURAN PEPERIKSAAN
1.3
SYARAT KELAYAKAN CALON
1.3.1
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)
(a) Murid tahun enam Sekolah Kebangsaan/Sekolah Jenis Kebangsaan/Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, dan (b) Telah mencapai umur 11 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan UPSR.
1.3.2
PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR)
1.3.2.1
Calon Sekolah
Lampiran 1 Lampiran 2 Lampiran 3 Lampiran 4
(a) Murid tingkatan tiga Sekolah Kerajaan/Sekolah Bantuan Kerajaan /Sekolah di bawah agensi Kerajaan/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan / Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia/ Sekolah Menengah Agama Rakyat, dan (b) Telah mencapai umur 14 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan PMR. 1.3.2.2
Lampiran 1 Lampiran 2 Lampiran 3 Lampiran 4
Calon Persendirian
(a) Pernah menduduki PMR/SRP/LCE/Sabah Junior School Certificate/Sarawak Junior School Certificate, atau (b) Telah menduduki UPSR sekurang-kurangnya dua (2) tahun sebelum mendaftar untuk menduduki Peperiksaan PMR, atau (c) Telah mencapai umur 15 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan PMR.
1.3.3
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
1.3.3.1
Calon Sekolah
(a) Murid tingkatan lima Sekolah Kerajaan/Sekolah Bantuan Kerajaan/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan/Sekolah di bawah agensi Kerajaan selain Kementerian Pelajaran Malaysia/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia /Sekolah Menengah Agama Rakyat, dan (b) Telah mencapai umur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.
5
Lampiran 1 Lampiran 2 Lampiran 3 Lampiran 4
BAHAGIAN A
1.3.3.2
PERATURAN PEPERIKSAAN
Calon Persendirian
(a) Pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE, atau (b) Telah menduduki PMR sekurang-kurangnya satu (1) tahun sebelum mendaftar untuk menduduki Peperiksaan SPM, atau (c) Telah mencapai umur 17 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM. (d) Calon yang pertama kali menduduki peperiksaan SPM dan ingin mendaftar untuk mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja hendaklah mendapat kebenaran khas bertulis daripada Pengarah Peperiksaan.
1.3.4
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA(ULANGAN) – SPM(U)
Pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE.
1.3.5
SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)
1.3.5.1
Calon Sekolah
(a) Murid tingkatan enam Sekolah Kerajaan /Sekolah Bantuan Kerajaan/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Menengah Agama Rakyat/Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, dan (b) Telah diperakui mengikuti kurikulum Ma’ahad Bu’uth Al-Azhar yang dipersetujui antara pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dengan pihak Al-Azhar Al-Syarif, Kaherah, Mesir, dan (c) Pernah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), atau (d) Telah mencapai umur 18 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan STAM. 1.3.5.2
Calon Persendirian
(a) Telah diperakui mengikuti kurikulum Ma’ahad Bu’uth Al-Azhar yang dipersetujui antara pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dengan pihak Al-Azhar Al-Syarif, Kaherah, Mesir, dan (b) Pernah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), atau (c) Telah mencapai umur 18 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan STAM.
6
BAHAGIAN A
PERATURAN PEPERIKSAAN
(f) Mata Pelajaran Vokasional (MPV) dan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) hanya ditawarkan kepada calon sekolah. Calon yang telah menyelesaikan 50% daripada keseluruhan modul mata pelajaran ini di Tingkatan Empat (4) atau yang setaraf dengannya di Tingkatan Lima (5) dan disahkan oleh Pengetua sekolah, layak untuk mendaftar bagi peperiksaan bertulis MPV dan MPAV. Calon persendirian tidak dibenarkan mendaftar untuk MPV dan MPAV. Calon yang telah mendaftar MPAV tidak boleh mendaftar MPV dan sebaliknya. (g) Calon tidak dibenarkan mendaftar mata pelajaran yang mempunyai komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sekiranya mata pelajaran berkenaan tidak ditawarkan di sekolah. (h) Calon hendaklah memastikan mata pelajaran yang didaftar tidak bertindih dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM. 2.3.2
Calon Mengulang
(a) Calon persendirian yang pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE boleh mendaftar mana-mana mata pelajaran yang ditawarkan di Lampiran 7 sehingga maksimum 12 mata pelajaran. (b) Calon persendirian yang pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE tetapi tidak memenuhi syarat pensijilan atau hanya mempunyai Pernyataan Keputusan/Sijil SAP/GCE (Malaysia-Cambridge), hendaklah mendaftar mata pelajaran Bahasa Melayu. (c) Calon hendaklah memastikan mata pelajaran yang didaftar tidak bertindih dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM. (d) Calon yang mendaftar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris tidak perlu melaksanakan Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian (ULKCP) dalam masa tiga (3) tahun. Calon yang mendaftar mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah dan Bahasa Arab Komunikasi tidak perlu melaksanakan Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) dalam masa tiga (3) tahun.
2.4
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN)
(a) Mata pelajaran yang ditawarkan dalam SPM(U) ialah Bahasa Melayu dan Mathematics/Matematik sahaja. (b) Calon yang pernah menduduki SPM/SPM(V)/SPVM/MCE tetapi gagal Bahasa Melayu, hendaklah mendaftar mata pelajaran Bahasa Melayu. (c) Calon yang mempunyai Sijil SPM/SPM(V)/SPVM/MCE boleh mendaftar mata pelajaran Bahasa Melayu atau Mathematics/Matematik atau kedua-duanya. (d) Calon yang mendaftar mata pelajaran Bahasa Melayu tidak perlu melaksanakan Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian (ULKCP) dalam masa tiga (3) tahun.
10
Lampiran 7
BAHAGIAN A
PERATURAN PEPERIKSAAN
4
PENDAFTARAN PEPERIKSAAN
4.1
MAKLUMAN PENDAFTARAN PEPERIKSAAN
4.1.1
Makluman tentang pendaftaran menduduki peperiksaan akan dibuat melalui: (a)
surat siaran Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia,
(b)
iklan melalui akhbar-akhbar tempatan dan media massa
(c)
laman sesawang http://www.moe.gov.my/lpm
4.1.2
Buku Panduan Pengurusan Peperiksaan ini serta borang pendaftaran boleh dimuat turun dari laman sesawang http://www.moe.gov.my/lpm
4.1.3
Tarikh Pengurusan Pendaftaran UPSR PMR SPM(U) Pendaftaran 1 Jan 1 Jan - 28 1– 31 Mac Peperiksaan 28 Feb Feb 1-10 Mac 1-10 Mac 1-15 April Cetakan, Semakan dan Pembetulan KKP* (Tanpa Bayaran) 11 Mac11 Mac 16 April- 15 Pembetulan 15 Mei 15 Mei Mei KKP* (Dengan Bayaran) * KKP – Kenyataan Kemasukan Peperiksaan
4.1.4
SPM 1– 31 Mac 31 Mac 1-15 April
STAM 1 Feb – 1-15 April
16 April- 15 Mei
16 April- 15 Mei
Calon hendaklah mendaftar bagi menduduki mana-mana peperiksaan. Calon yang tidak mendaftar tidak boleh menduduki peperiksaan.
14
BAHAGIAN A
PERATURAN PEPERIKSAAN
4.2
PROSES PENDAFTARAN PEPERIKSAAN
4.2.1
Calon Sekolah
(a) Calon hendaklah mendaftar peperiksaan dengan menggunakan Borang Pendaftaran yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang tidak mempunyai kad pengenalan hendaklah melengkapkan Borang Perakuan Calon Peperiksaan LP/Am34.
Lampiran 10 Lampiran 11
(b) Calon Sekolah Kerajaan/Sekolah Bantuan Kerajaan/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan/Sekolah di bawah Agensi Kerajaan/Sekolah Menengah Agama Negeri hendaklah menyerahkan Borang Pendaftaran yang telah dilengkapkan kepada pihak sekolah. (c) Calon sekolah swasta dan Sekolah Menengah Agama Rakyat hendaklah menyerahkan Borang Pendaftaran yang telah dilengkapkan dan bayaran yuran peperiksaan kepada pihak sekolah. (d) Pihak sekolah hendaklah mendaftarkan semua calon peperiksaan secara atas talian. 4.2.2
Calon Persendirian
(a) Calon hendaklah mendaftar peperiksaan dengan menggunakan Borang Pendaftaran yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan yang boleh didapati dari JPN atau dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan. Calon yang tidak mempunyai kad pengenalan hendaklah melengkapkan Borang Perakuan Calon Peperiksaan LP/Am34. (b) Calon hendaklah menyerahkan Borang Pendaftaran yang telah dilengkapkan dan bayaran yuran peperiksaan kepada Unit/Sektor Penilaian dan Peperiksaan, JPN. (c) Pihak JPN hendaklah mendaftarkan semua calon persendirian secara atas talian.
4.3
SEMAKAN PENDAFTARAN PEPERIKSAAN
(a) Pihak sekolah atau JPN hendaklah mencetak KKP sebelum tarikh tutup pendaftaran untuk disemak dan dibuat pembetulan oleh calon. Sekiranya ada pembetulan, pihak sekolah atau JPN hendaklah mengemas kini maklumat pendaftaran calon. (b) Tarikh akhir semakan dan pembetulan maklumat calon dan mata pelajaran bagi UPSR dan PMR ialah pada 10 Mac tahun peperiksaan. Tarikh akhir semakan dan pembetulan maklumat calon dan mata pelajaran bagi SPM(U), SPM dan STAM ialah pada 15 April tahun peperiksaan. Sebarang pembetulan maklumat selepas tarikh-tarikh tersebut akan dikenakan bayaran. (c) Calon tidak dibenarkan membuat pembetulan maklumat calon dan maklumat mata pelajaran selepas 15 Mei tahun peperiksaan.
15
Lampiran 10 Lampiran 11 Lampiran 12
BAHAGIAN A
4.4
PERATURAN PEPERIKSAAN
PENGESAHAN PENDAFTARAN PEPERIKSAAN
(a) Guru Besar/Pengetua/JPN bertanggungjawab menyemak dan mengesahkan dokumen maklumat pendaftaran calon adalah betul dan tepat dengan menandatangani dokumen berkenaan. (b) Bagi calon sekolah, Guru Besar/Pengetua hendaklah menyerahkan cetakan ringkasan pendaftaran calon dan rumusan bayaran untuk diserahkan kepada Pengarah Pelajaran Negeri berserta bayaran jika ada. Sebarang bayaran hendaklah dibuat dengan menggunakan kiriman wang/wang pos/draf bank atas nama Pengarah Pelajaran Negeri tempat calon mendaftar. (c) Pihak JPN bertanggungjawab untuk membuat pengesahan pendaftaran semua jenis calon secara atas talian sebelum pengesahan terakhir dibuat oleh Lembaga Peperiksaan. (d) Calon yang telah disahkan pendaftarannya akan menerima cetakan KKP. Calon hendaklah membawa KKP sebagai dokumen pengesahan rasmi untuk menduduki peperiksaan.
4.5
PEMBETULAN MAKLUMAT CALON/MATA PELAJARAN
(a) Calon bertanggungjawab menentukan semua maklumat dalam borang pendaftaran adalah betul. Pembetulan maklumat peribadi calon dan maklumat mata pelajaran selepas tarikh tutup pendaftaran akan dikenakan bayaran. (b) Permohonan pembetulan maklumat calon sekolah dibuat oleh pihak sekolah kepada Pengarah Peperiksaan melalui Pengarah Pelajaran Negeri.
Lampiran 13
Permohonan pembetulan maklumat calon persendirian dibuat oleh pihak JPN kepada Pengarah Peperiksaan. (c) Pihak JPN hendaklah membuat pembetulan maklumat calon dan maklumat mata pelajaran secara atas talian selepas menerima permohonan dari sekolah atau calon persendirian. (d) Lembaga Peperiksaan tidak akan melayan sebarang permohonan pembetulan maklumat selepas 15 Mei tahun peperiksaan. (e) Bayaran yuran permohonan tidak akan dikembalikan kecuali dalam hal yang ditentukan oleh Pengarah Peperiksaan.
4.5.1
Kenyataan Kemasukan Peperiksaan (KKP)
Maklumat Calon dan Maklumat Mata Pelajaran Permohonan pembetulan maklumat calon dan maklumat mata pelajaran hendaklah dengan menggunakan Borang Pembetulan Maklumat Calon (BPMC) yang boleh diperoleh daripada JPN atau dimuat turun daripada laman sesawang Lembaga Peperiksaan. 16
Lampiran 13
BAHAGIAN A
4.5.2
PERATURAN PEPERIKSAAN
Slip Keputusan Peperiksaan
(a) Permohonan pembetulan maklumat pada Slip Keputusan Peperiksaan yang bercanggah dengan KKP hendaklah dibuat dengan menggunakan BPMC. (b) Pembetulan maklumat calon dan maklumat mata pelajaran hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari selepas pengumuman keputusan peperiksaan.
4.6
PERTUKARAN STATUS CALON
(a)
Murid sekolah tidak dibenarkan mendaftar sebagai calon persendirian.
(b)
Calon sekolah tidak dibenarkan untuk menukar status kepada calon persendirian setelah tarikh tutup pendaftaran.
(c)
Calon persendirian dibenarkan membuat permohonan menukar status kepada calon sekolah setelah tarikh tutup pendaftaran dengan syarat calon diterima belajar di sekolah berkenaan. Permohonan hendaklah dikemukakan oleh pihak sekolah kepada Pengarah Peperiksaan melalui Pengarah Pelajaran Negeri.
4.7
PEMBATALAN PENDAFTARAN PEPERIKSAAN
(a) Murid yang belum mendaftar peperiksaan dibenarkan membuat permohonan untuk menangguhkan peperiksaan. (b) Calon yang telah mendaftar dibenarkan membuat permohonan pembatalan pendaftaran peperiksaan dan bukannya menangguhkan peperiksaan. (c) Pembatalan pendaftaran peperiksaan hanya akan diluluskan oleh Pengarah Peperiksaan bagi kes-kes berikut: i) Kematian, ii) Sakit yang memerlukan rawatan berpanjangan. (d) Calon/Ibubapa/Penjaga hendaklah membuat permohonan penangguhan/pembatalan peperiksaan berserta dokumen sokongan Pengarah Pelajaran Negeri melalui pihak sekolah.
rasmi kepada
(e) Pihak JPN hendaklah membuat pengesahan sebelum Pengarah Peperiksaan meluluskan permohonan pembatalan pendaftaran peperiksaan secara rasmi. Pihak JPN hendaklah membuat pengesahan secara atas talian sebelum mengemukakan salinan permohonan kepada Lembaga Peperiksaan. (f) Calon hendaklah mendaftar semula bagi menduduki peperiksaan pada tahun berikutnya. (g) Yuran pendaftaran bagi semua peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan tidak akan dikembalikan kecuali dalam hal yang ditentukan oleh Pengarah Peperiksaan.
17
Lampiran 13
BAHAGIAN A
5.2
PERATURAN PEPERIKSAAN
PINDAH PUSAT PEPERIKSAAN (a) Calon Sekolah perlu mengemukakan permohonan pindah pusat peperiksaan melalui Guru Besar/Pengetua sekolah asal masing-masing. Permohonan hendaklah disertakan bersama dengan dokumen Kelulusan Pertukaran Sekolah.
Lampiran 14
Calon Persendirian perlu mengemukakan permohonan pindah pusat peperiksaan melalui Pengarah Pelajaran Negeri di tempat calon mendaftar. (b) Calon yang memohon pindah pusat peperiksaan hendaklah memilih sekolah yang menawarkan mata pelajaran yang didaftar. (c) Calon yang memohon pindah pusat peperiksaan hendaklah melengkapkan Borang Perpindahan Calon dalam enam (6) salinan yang boleh diperoleh daripada JPN atau dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan. (d) Calon yang memohon pindah pusat peperiksaan akan dikenakan bayaran sebanyak RM25.00. (e) Guru Besar/Pengetua sekolah pusat asal calon hendaklah menandatangani Bahagian A borang tersebut dan menghantar lima (5) salinan kepada Guru Besar/Pengetua sekolah baru calon berkenaan. Guru Besar/Pengetua sekolah baru calon hendaklah melengkapkan Bahagian B dan menghantar empat (4) salinan ke JPN. (f) Guru Besar/Pengetua sekolah pusat asal calon bertanggungjawab menghantar semua bahan dan dokumen pentaksiran berasaskan sekolah ke sekolah baru. (g) Permohonan pindah pusat peperiksaan hendaklah sampai kepada Unit/Sektor Penilaian dan Peperiksaan, JPN pada atau sebelum 15 Mei tahun peperiksaan. Permohonan yang diterima selepas 15 Mei akan dianggap sebagai calon menumpang dan mesti menggunakan angka giliran asal. (h) Angka giliran calon yang sudah berpindah tidak boleh diberi kepada calon lain.
19
Lampiran 9
BAHAGIAN A
PERATURAN PEPERIKSAAN
(d) Calon yang memerlukan keperluan khas hendaklah memohon kepada pihak sekolah. Calon yang tidak membuat permohonan akan dianggap sebagai calon biasa.
Lampiran 15
(e) Pihak sekolah hendaklah mengemukakan permohonan menggunakan borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas LP/Am 89 berserta dokumen sokongan seperti laporan perubatan atau kad Orang Kurang Upaya (OKU) kepada Pengarah Pelajaran Negeri. Borang boleh diperoleh daripada JPN atau dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan.
Lampiran 15
(f) Pengarah Pelajaran Negeri hendaklah mengeluarkan surat pengesahan keperluan khas calon dan menghantar satu (1) salinan surat pengesahan berserta dokumen sokongan kepada Pengarah Peperiksaan. (g) Pengarah Peperiksaan akan mengeluarkan surat kelulusan keperluan khas kepada Pengarah Pelajaran Negeri. (h) Guru Besar/Pengetua sekolah hendaklah menyediakan bilik dan peralatan khas bagi calon-calon berkeperluan khas seperti yang diluluskan oleh Pengarah Peperiksaan.
6.2
CALON BERPENYAKIT BERJANGKIT
Pihak sekolah hendaklah menyediakan bilik isolasi bagi calon yang berpenyakit berjangkit seperti sakit mata, demam campak, H1N1 dan lain-lain. 6.3
CALON MEMERLUKAN PERTIMBANGAN KHAS SEMASA PEPERIKSAAN
(a) Pertimbangan khas boleh diberikan kepada calon berikut: i
Calon yang mengalami kecederaan dan tidak boleh menulis dengan tangan yang biasa digunakan boleh memohon untuk mendapat khidmat jurutulis atau rakaman audio.
ii
Calon yang pengsan, pitam, histeria, senggugut, hilang ingatan dan epilepsi boleh diberikan masa gantian tetapi terhad sehingga jam 6 petang hari peperiksaan.
iii
Calon yang mengambil peperiksaan di hospital kerajaan/swasta akan dipertimbangkan mengikut situasi.
(b) Guru Besar/Pengetua sekolah hendaklah membuat permohonan pertimbangan khas berkenaan untuk tindakan pihak JPN.
21
View more...
Comments