Daripada syokkahwin dan impianpengantin. Khas untuk pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan. Langkah demi la...
10 Langk Langk ah Bij ak Merancang Merancang Majlis Perkahwinan An da
© Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com ImpianPengantin.com
NOTIS
Anda dibenarkan mencetak ( print ) buku ini untuk kegunaan anda sendiri dan untuk memudahkan proses pembelajaran. Anda tidak dibenarkan mengulang m engulang keluar atau menggunakan m enggunakan mana-mana bahagian b uku ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara samada elektronik, mekanik, fotokopi, atau pengstoran maklumat kembali. Anda dilarang menduplikasikan fail ini dan mengedarkannya semula oleh kerana ia tergolong sebagai kesalahan harta intelek (cetak rompak).
2 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langk Langk ah Bij ak Merancang Merancang Majlis Perkahwinan An da
© Hakcipta terpelihara ImpianPengantin.com ImpianPengantin.com.. Sekiranya anda ada menerima buku ini secara percuma selain daripada dari laman web ImpianPengantin.com ImpianPengantin.com sila laporkan kepada
[email protected] .
[email protected] . Kerjasama anda amat dihargai dalam menangani kesalahan harta intelek. Pihak ImpianPengantin.com ImpianPengantin.com mengambil mengambil berat isu harta intelek dan kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas individu yang menyalahgunakan bahan-bahan kami.
3 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langk ah Bij ak Merancang Majlis Perkahwinan An da
ISI KANDUNGAN Pengenalan
5
Langkah 1: Tuliskan Matlamat dan Keutamaan
7
Langkah 2: Lakarkan Majlis Impian
10
Langkah 3: Rancang Aturcara Majlis
18
Langkah 4: Sediakan Senarai Semak
25
Langkah 5: Uruskan Bajet
62
Langkah 6: Tindakan
74
Langkah 7: Bahagikan Tugas
83
Langkah 8: Periksa, Semak.. Lagi & Lagi
94
Langkah 9: Bergembiralah!
101
Langkah 10: Selesaikan Tugas
103
Penutup
106
Biodata penulis
107
4 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langk ah Bij ak Merancang Majlis Perkahwinan An da
PENGENALAN
Assalamualaikum w.b.t,
Kami berasa amat bangga kerana berjaya menerbitkan ebook ini untuk tatapan anda semua. Objektif penerbitan buku ini adalah untuk membantu bakal pengantin semua merancang dan merealisasikan perkahwinan impian mereka. Anda amat bernasib baik kerana kami amat bermurah hati untuk tidak berhenti untuk setakat menghasilkan 10 LANGKAH MUDAH PERANCANGAN PERKAHWINAN, malah kami telah menambah beberapa bab yang agak penting bagi memastikan perjalanan anda ke arah gerbang perkahwinan menjadi lebih mudah dan lancar. Bab-bab tersebut adalah: - Panduan Memilih Pasangan Sesuai: Mengutarakan apakah ciri-ciri penting yang perlu ada di dalam pasangan anda bagi memastikan anda berasa lega dengan pilihan anda. Apa taknya, pasangan inilah akan menjadi teman hingga akhir hayat anda. Mahukah perkahwinan anda sentiasa disulami pergaduhan dan berakhir dengan penceraian? Pastikan anda membaca bab ini dengan penuh fokus dan hayati dengan sepenuhnya agar anda pasti bahawa dialah penghulu atau teman berbicara hidup anda. - Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya sesuatu perkara yang menelan belanja ribuan ringgit. Sebut sahaja kahwin, ramai yang mula meraba poket mereka dahulu sebelum berkata ”Ya”. Oleh itu panduan ini tidak lengkap sekiranya kami tidak memasukkan butiran ini! - Panduan malam Pertama: Adakah anda berasa gusar untuk menghadapi malam ini kerana tidak tahu teknik and taktik bersama pasangan anda? Kami akan memastikan anda tidak cemas dalam panduan bonus ini. Diharapkan anda telah memuat turun ke semua bonus di atas bagi membolehkan anda lebih fokus dan dapat membaca panduan yang kami terbitkan ini dengan lebih teratur. Bagi yang sudah dalam perjalanan ke arah perkahwinan, kami ingin ucapkan TAHNIAH! kerana anda telah mengambil langkah bijak dengan memiliki buku ini sebelum membuat perancangan majlis perkahwinan anda. Harapan kami, semoga buku ini dapat memberikan seribu satu manfaat kepada semua pembaca yang mempraktikkannya. Oh ya, lupa kami nak tanya. Apa khabar anda hari ini? Semoga sentiasa sihat dan ceria selalu. Maklumlah, bakal menjadi “raja sehari” tidak lama lagi. Tentu anda terasa bagaikan mimpi, apabila terkenangkan majlis perkahwinan kali ini adalah majlis ANDA. Bukan majlis kakak atau abang anda. Tetapi, ia adalah majlis perkahwinan ANDA. Mengapa kami tekankan perkara ini? Kerana, ada sesetengah pengantin (yang pernah kami temui), seolah-olah tidak sedar yang majlis hari itu adalah majlisnya sendiri. Dia sibuk membuat pelbagai persiapan di saat-saat akhir sehingga mengabaikan kesihatan. Akhirnya, majlis yang ditunggu-tunggu selama ini menjadi hilang serinya kerana pengantin kelihatan pucat, lesu dan tidak bermaya. Ada yang sakit tekak sehingga hilang suara sehingga menyukarkan untuk melafazkan akad nikah! Mesti anda tidak mahu perkara seperti ini berlaku pada anda, bukan? Sebab itu anda perlu bijak membahagikan masa dan tenaga untuk membuat persiapan majlis. Supaya segala usaha dan masa yang dicurahkan untuk menganjurkan majlis ini tidak sia-sia.
5 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langk ah Bij ak Merancang Majlis Perkahwinan An da
Baiklah, sekarang anda telah bersedia untuk membuat persiapan majlis. Akan tetapi, anda masih lagi tidak tahu apa yang perlu dilakukan sebelum majlis perkahwinan. Atau mungkin anda tahu terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan, sehingga tidak tahu hendak mulakan yang mana satu dahulu. Oleh itu, kami ada 2 penyelesaian untuk masalah ini.
Pilihan pertama, anda boleh mengupah wedding planner (perancang/perunding perkahwinan). Mereka akan merancang majlis berdasarkan bajet anda dan konsep yang diingini. Kebanyakan perancang perkahwinan lebih mengutamakan majlis yang diadakan di dewan, hotel, mahupun taman.
Namun, tidak semua orang mampu mengupah perancang perkahwinan. Ini kerana, kos untuk mengupah perancang perkahwinan yang profesional bukanlah murah. Kebanyakan mereka mengenakan pelanggan mereka, 10 – 20 peratus daripada bajet keseluruhan majlis atau anggaran antara RM 2,500 hingga RM 5,000 untuk perkhidmatan mereka sahaja. Tidak termasuk perbelanjaan lain. Sekiranya anda rasa pilihan pertama tidak sesuai dengan bajet anda, jangan bimbang! Mimpi menghadiri majlis anda yang indah tetap boleh direalisasikan dengan pilihan kedua. Iaitu, anda boleh menjadi perancang majlis perkahwinan sendiri! Buku ini akan memberikan segala panduan yang anda perlukan untuk menganjurkan majlis perkahwinan. Mungkin ia hanyalah sebuah majlis yang sederhana di mata anda, tetapi kemeriahannya akan diingati oleh semua ahli keluarga dan tetamu yang hadi r. Melihat kesan yang diabadikan selepas majlis berlangsung, pasti mendatangkan lebih banyak kepuasan kepada diri anda. Semuanya akan jadi lebih bermakna kerana segala-galanya dirancang sendiri. Lebih menarik lagi, kesemua panduan yang telah disajikan dalam buku ini, akan membuatkan anda kurang stress, perjalanan kerja anda lebih mudah, cepat dan teratur. Percayalah! Kami telah melaluinya. Di dalam buku ini juga, kami telah menyusun 10 langkah-langkah bijak yang perlu dilakukan untuk menganjurkan sebuah majlis perkahwinan. Anda hanya perlu baca langkah demi langkah di bawah, dan rekodkan perancangan anda sendiri ke dalam Buku Gerak Kerja. Oleh itu, anda dicadangkan supaya membuka fail Buku Gerak Kerja sebelum anda mula membaca langkah-langkah dalam buku ini. Tujuannya adalah untuk memudahkan anda merujuk bagaimanakah caranya mengaplikasikan langkah tersebut ke dalam perancangan anda. Setelah itu, Buku Gerak Kerja ini perlulah dicetak ( print ). Selepas dicetak, masukkan buku tersebut ke dalam sebuah fail khas yang mudah untuk ditambah dan dikeluarkan isinya pada bila-bila masa.
Baiklah, anda tidak sabar-sabar untuk merancang majlis perkahwinan IMPIAN? Terus ikuti panduan mudah langkah demi langkah dan praktikkannya. Selamat membaca!
Yang benar, Team ImpianPengantin.com
6 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langk ah Bij ak Merancang Majlis Perkahwinan An da
Langkah 1
“Tuliskan Matlamat dan Keutamaan”
Tuliskan matlamat? Hah?...Kenapa? Macam budak tingkatan 5 yang nak ambil SPM je..Takkan buat majlis perkahwinan pun nak kena ada matlamat?
Haa..mungkin ini yang terlintas di fikiran anda sebaik sahaja anda membaca tajuk di atas. Jangan berhenti di sini! Teruskan membaca dan anda akan tahu betapa pentingnya kita menuliskan matlamat majlis perkahwinan.
Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan soalan kepada anda. Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini. Suatu hari anda pergi ke sebuah majlis perkahwinan. Sampai di sana…
Anda rasa bosan.. Hiburan yang ada pun, menyakitkan telinga.. Tiada wakil tuan rumah menjemput anda makan.. Anda tersedar, rupa-rupanya anda datang untuk makan sahaja.. ..atau untuk beri hadiah dan sumbangan pada pengantin.. Selepas bersalam-salaman, anda pun pulang….
Adakah majlis perkahwinan seperti ini (Majlis perkahwinan Touch & Go) yang menjadi IMPIAN anda? Tentu anda tidak mahu perkara yang sama terjadi kepada tetamu majlis anda, bukan?
Dalam majlis anda, anda mahu… Semua orang bergembira. Baik keluarga, saudara mara, rakan-rakan, jiran tetangga, mahupun tetamu yang hadir itu anda tidak dikenali. Semuanya berjalan dengan lancar. Tidak banyak masalah teknikal. Majlis perkahwinan anda menjadi satu kenangan terindah buat semua orang yang hadir, dan mereka yang bertungkus-lumus menjayakannya. Kalau boleh, anda mahu semuanya gembira, cantik, menarik. Pendek kata, sempurna lah!
Jika apa yang kami katakan ini benar, maka anda mempunyai sebab yang kukuh mengapa anda perlu menetapkan matlamat untuk majlis perkahwinan anda.
Adakalanya sebagai pengantin, kita terlalu sibuk membuat persiapan untuk diri sendiri. Sebab kita mahu orang melihat kita kelihatan cantik. Itu tak salah. Tetapi, jangan sampai kita terlupa, tetamu tidak akan terhibur dengan hanya melihat pasangan mempelai yang cantik. Banyak perkara lagi yang boleh kita lakukan supaya tetamu tidak merasa bosan seperti dalam senario di atas.
7 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langk ah Bij ak Merancang Majlis Perkahwinan An da
Sebab itu, dalam langkah 1 ini, kami mengesyorkan kepada bakal-bakal pengantin untuk menuliskan matlamat majlis perkahwinan, supaya majlis yang anda impikan selama ini akan menjadi sebuah kenyataan.
Jika tiada matlamat, ini bermakna anda tidak kisah samada majlis anda berjaya ataupun tidak. Yang penting, ada majlis. Cukuplah..
Bukankah rugi kalau begitu? Bayangkan, semua tenaga, wang ringgit (bukan sedikit, malah berpuluh-puluh ribu!) dan masa yang dihabiskan untuk satu majlis tidak membuahkan apa-apa hasil. Yang dapat, hanyalah penat selepas majlis. Lebih mengecewakan, jika tetamu sendiri tidak dapat bergembira di hari paling bermakna dalam hidup anda. Alahai…
Oleh itu, bagaimana dengan menulis matlamat, majlis perkahwinan impian anda boleh menjadi satu kenyataan?
Menulis matlamat adalah langkah pertama untuk merealisasikan impian anda. Matlamat akan membuatkan kita sentiasa berada di atas landasan yang betul, tidak tersasar daripada tujuan asal penganjuran majlis. Ia juga dapat memudahkan kita membuat perancangan kerana apabila ada matlamat, kita dapat merancang aktiviti berpandukan kepada matlamat yang telah digariskan.
Anda boleh menetapkan apa sahaja matlamat dan seberapa banyak yang anda mahukan. Namun pastikan bahawa matlamat yang telah ditetapkan boleh dicapai. Sebagai contoh:
Matlamat majlis perkahwinan kami adalah untuk: Meraikan pengantin. Menghebahkan berita pernikahan (untuk menghindari fitnah). Merapatkan silaturrahim sesama keluarga dan saudara mara. Berkongsi kegembiraan dengan semua orang. Mengikut sunnah Nabi SAW. Meraikan anak-anak yatim. Menggembirakan ibubapa yang telah banyak berjasa pada kami. Dan lain-lain lagi…
Katakan, ada di antara matlamat yang anda senaraikan adalah untuk mengembirakan ibubapa. Anda mahu ibubapa anda bergembira sahaja. Mereka tidak perlu berpenat lelah menyiapkan persiapan majlis. Tahu-tahu sahaja, semuanya telah tersedia.
Daripada matlamat ini, untuk merealisasikannya, mungkin anda perlu mengupah perunding perkahwinan untuk menguruskan kesemuanya atau anda boleh berpakat dengan adik beradik untuk menyiapkan persiapan majlis.
8 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langk ah Bij ak Merancang Majlis Perkahwinan An da
Selain itu, semasa anda mahu merancangkan satu-satu acara, anda akan dahulukan acara yang menepati matlamat, berbanding dengan acara yang tidak berfaedah atau hanya mengundang pembaziran sahaja. Percayalah, matlamat ini sangat berguna sewaktu anda mahu merancang aturcara majlis nanti.
Bukan sahaja matlamat, anda juga perlu menetapkan keutamaan / prioriti untuk majlis ini. Mengapa? Kerana..dengan mengetahui apakah keutamaan anda, lebih mudah untuk anda merancang bajet yang akan diperuntukkan bagi setiap kategori. Contoh keutamaan ialah:
Makanan mestilah sedap-sedap.. Lokasi majlis mestilah dihias secantik-cantiknya Aturcara yang dijalankan semasa majlis mestilah meriah Dan lain-lain lagi…
Jika anda mahukan makanan yang sedap-sedap, anda akan peruntukkan bajet yang lebih untuk “Makanan”. Jika anda mahu aturcara majlis yang meriah, anda pasti akan simpankan bajet untuk “Aturcara Majlis”. Bagi anda yang tidak tahu bagaimana untuk menetapkan keutamaan, caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu “berangan” sebentar. Bukan angan-angan kosong, tetapi bayangkan majlis sebenar yang anda impikan.
Setelah itu, bincangkan idea-idea yang anda peroleh sewaktu “berangan” tadi dengan orang-orang yang berkaitan dengan penganjuran majlis anda. Selepas sesi perbincangan, anda akan dapatkan kata putus, apakah yang anda semua mahu untuk majlis tersebut. Dan mana satukah idea yang benar-benar logik untuk diaplikasikan ke dalam majlis sebenar. Ting! Anda baru sahaja menyenaraikan keutamaan anda. Idea-idea yang telah dipersetujui daripada perbincangan ini, itulah keutamaan anda! Mudah sahaja, bukan?
Kerana itulah pentingnya majlis yang bermatlamat dan mempunyai keutamaan. Dengan matlamat, perancangan majlis anda selepas ini akan menjadi lebih mudah kerana anda tahu apa yang mahu dicapai dan bagaimanakah cara untuk menjayakannya. Fikir-fikirkanlah ye.. Langkah 1 ini sangat penting!
Kita rehat sebentar..Lakukan TINDAKAN 1: Fikirkan matlamat dan keutamaan Majlis tuliskannya dalam Buku Gerak Kerja.
Perkahwinan Impian anda
dan
9 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langk ah Bij ak Merancang Majlis Perkahwinan An da
Langkah 2
“Lakarkan Majlis Impian”
Kami yakin, setiap orang mempunyai majlis perkahwinan impian yang tersendiri. Samada anda berasal dari kampung ataupun anda dilahirkan sebagai anak bandar, pasti anda pernah mengangankan sebuah majlis yang cukup indah.
Pernah sekali kami menonton rancangan perkahwinan dari Barat. Seorang pengantin perempuan telah melakarkan majlis perkahwinannya sejak berusia 12 tahun. Yang menariknya, imaginasi tersebut telah menjadi kenyataan 10 tahun kemudian! Dia telah berjaya merealisasikan lakaran asal majlis i mpiannya.
Sejak kami mula menulis buku ini, visi kami hanyalah satu. Iaitu untuk membantu semua bakal pengantin merealisasikan majlis perkahwinan impian mereka. Tiada impian yang mustahil dalam dunia ini, melainkan anda sendiri katakan yang ianya memang mustahil . Jadi tunggu apa lagi, jom kita mulakannya!
Apakah yang perlu ada dalam lakaran asas sebuah majlis perkahwinan ? 1. 2. 3. 4.
Bajet Anggaran jumlah tetamu Tarikh atau bulan majlis perkahwinan Tema majlis (secara umum). Seperti : Sederhana dan meriah, menyeronokkan, romantik, tradisional dan sebagainya. Peringatan : Tanpa keempat-empat perkara ini, banyak urusan persiapan anda akan tertangguh. Pastikan ianya telah ditetapkan dalam langkah 2, sebelum anda pergi ke langkah yang seterusnya.
PANDUAN MENETAPKAN BAJET Bajet yang dimaksudkan di sini ialah, anggaran keseluruhan perbelanjaan untuk persiapan majlis. Bagi menetapkan bajet, anda perlu tahu anggaran jumlah tetamu yg akan hadir, lokasi dan juga keperluan yang anda utamakan. Contoh 1: Anggaran tetamu : 800 orang Lokasi : rumah Keperluan utama : Makanan, dan sewa khemah Anggaran kos setakat ini : RM 10,000 Anggaran kos keseluruhan: RM15,000 dan ke atas.
10 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langk ah Bij ak Merancang Majlis Perkahwinan An da
Contoh 2: Anggaran tetamu : 200 orang Lokasi : hotel Keperluan utama : Makanan dan sewa tempat Anggaran kos setakat ini: RM20,000 Keperluan lain : Perhiasan, pelamin, foto dan video dan lain-lain. Anggaran kos keseluruhan: RM25,000 dan ke atas
Sekiranya anda mahu mengekalkan jumlah jemputan tetamu yang ramai dengan bajet di bawah RM 15,000, anda boleh menganjurkan majlis perkahwinan di rumah yang dibuat secara gotong-royong sekampung. Selain itu, anda juga boleh mengurangkan anggaran jumlah tetamu atau mengurangkan perbelanjaan pelamin, foto dsb. Inilah teknik KJT atau Kurangkan Jumlah Tetamu yang selalu digunapakai oleh Pakar Perunding Perkahwinan Malaysia. Kurangkan jumlah tetamu atau tukar venue!
Kesimpulannya, anda boleh bermain-main dengan angka-angka di atas demi untuk memastikan keutamaan yang telah ditetapkan sebelum ini, bersesuaian atau tidak dengan bajet anda. Fikirkan dengan teliti. Jika tidak sesuai, anda masih mempunyai masa untuk mengubahnya.
Bercakap tentang bilakah kita sepatutnya merancang bajet, (bagi pendapat kami) ia terpulang kepada anda. Samada anda mahu menetapkan anggaran bajet dahulu atau menetapkannya kemudian. Ia sangat bergantung kepada gaya hidup anda. Sekiranya bajet anda terhad dan mahu berjimat, anda bolehlah menganggarkan bajet dahulu. Kemudian barulah ditetapkan apa yang perlu dimiliki dan apa yang tidak perlu. (Cara ini lebih digalakkan dan akan ditunjukkan dalam buku ini).
Namun, adakalanya berbaloi jika kita melabur lebih sedikit, kerana mungkin boleh menjimatkan masa dan tenaga atau untuk mendapat hasil kerja yang lebih baik. Sebab itu pentingnya penilaian terhadap sesebuah pakej perkahwinan sebelum kita memilikinya. Dengan cara ini, kita boleh mengelakkan pembaziran. (Cara membuat penilaian akan dihuraikan dengan terperinci dalam Langkah 4).
Sebagai panduan untuk anda menetapkan anggaran perbelanjaan majlis perkahwinan, berikut adalah kos majlis perkahwinan Melayu di Malaysia:
Bil 1 2 3
Tempat Rumah (Kampung) Rumah (Bandar) & Dewan Hotel / Taman
Kos* Bawah RM 15,500 RM 15,500 – RM 25,500 RM 25,500 ke atas
* Kos ini boleh berubah, bergantung kepada harga barangan semasa dan cara pengantin menguruskan bajet. (Panduan menguruskan bajet akan di terangkan dalam Langkah 5)
11 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langk ah Bij ak Merancang Majlis Perkahwinan An da
Tips: Untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana anda boleh mengurangkan kos perkahwinan anda dengan mudah tanpa mengorbankan impian perkahwin an anda, silalah ke http://www.syokkahwin.com/rahsiaselebriti
PANDUAN MENETAPKAN TARIKH Tarikh yang perlu ditetapkan ialah tarikh majlis pernikahan, tarikh majlis resepsi atau jamuan makan di tempat pihak perempuan dan pihak lelaki. Terpulang kepada anda samada mahu memilih hari yang sama (pernikahan dan jamuan makan) atau melangsungkannya pada hari yang lain.
Tarikh yang ditetapkan mestilah mengikut kesepakatan dan persetujuan keluarga kedua-dua belah pihak. Dalam adat tradisi Melayu, kadangkala tarikh atau bulan majlis perkahwinan telah ditetapkan sewaktu majlis pertunangan. Jika ini berlaku, anda sudah boleh merancang untuk majlis perkahwinan sebaik sahaja tamat majlis pertunangan.
Sesetengah orang suka memilih tarikh sewaktu cuti sekolah, kerana menurut pendapat mereka, ramai tetamu boleh menghadirkan di ri sewaktu cuti sekolah. Namun begitu, berhati-hatilah dengan pilihan tersebut.
Sudah menjadi kebiasaan, cuti sekolah merupakan musim perkahwinan untuk orang Melayu. Apabila terlalu banyak jemputan, mungkin tetamu yang anda jemput “terpaksa” menolak jemputan anda. Lebih malang lagi, sekiranya makanan yang disediakan terlalu banyak sehingga boleh menyebabkan pembaziran.
Bukan sekadar isu makanan, isu khidmat profesional juga perl u diambil kira. Berdasarkan pengalaman sebenar, agak sukar untuk perkhidmatan yang memberikan diskaun pada tarikh ini memandangkan permintaan yang tinggi.
Anda juga perlu menempah mereka lebih awal, kerana agak sukar untuk mendapatkan khidmat yang terbaik jika tempahan dibuat di saat-saat akhir. Lebih malang lagi jika perkhidmatan yang ditempah menarik diri. Tarikh yang sama dengan ramai pengantin lain menyebabkan anda susah untuk mencari pengganti mereka.
Ada juga kemungkinan di mana pada tarikh i ni, jadual mereka lebih ketat. Ia menyebabkan mereka akan terkejar-kejar dan kepenatan (dibimbangi hasil kerja mereka tidak memuaskan). Diceritakan ada satu kes, di mana seorang pengantin terpaksa disolek pada pukul 2 petang untuk acara nikah yang akan berlangsung pada malamnya, memandangkan juruandam perlu bergegas ke lokasi pelanggan lain.
Oleh itu, jika tarikh seperti ini yang anda pilih, anda perlu tahu apakah risikonya dan anda mempunyai back-up plan sekiranya berlaku perkara-
12 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langk ah Bij ak Merancang Majlis Perkahwinan An da
perkara yang tidak dapat diduga.
Faktor cuaca juga perlu diambil kira sewaktu menetapkan tarikh. Misalnya pada setiap akhir tahun di pantai timur semenanjung, sering berlaku musim tengkujuh, sehingga menyebabkan hujan lebat dan banjir. Sekiranya tiada perkara yang memaksa anda untuk membuat majlis pada waktu seperti itu, kami syorkan majlis perkahwinan anda ditangguhkan ke waktu dan tarikh yang lebih sesuai. Jika terpaksa juga, nikah lah dahulu. Adakan majlisnya kemudian.
Pemilihan tarikh yang “cantik” seperti 080808 (8 Ogos 2008). Jika tarikh seperti ini yang anda pilih, anda perlu membuat tempahan tempat atau khemah, juruandam dan lain-lain secepat mungkin. Ada yang berpendapat, setahun sebelum majlis. Almaklumlah, bukan anda seorang sahaja yang sukakan tarikh seperti ini. Ramai pasangan di Malaysia turut sukakannya.
Sesetengah „orang-orang lama‟ mempunyai kepercayaan bahawa bulan safar (mengikut kalendar hijrah) diharamkan berkahwin. Sebenarnya, hukum ini sama sekali tidak pernah wujud dalam Islam. Jika anda mahu berkahwin pada bulan tersebut, teruskan. Namun sekiranya terdapat tentangan dan anda tidak mahu ada ahli keluarga berkecil hati, tukarkanlah tarikh tersebut ke bulan seterusnya demi menjaga hati mereka. Bukan kerana mempercayai kepercayaan karut tersebut.
Tidak digalakkan berkahwin dalam bulan Ramadhan, kerana dikhuatiri tidak dapat mengawal nafsu sehingga menjejaskan ibadah puasa.
Jika terdapat ramai tetamu jemputan yang datang daripada jauh, dinasihatkan agar mengadakan majlis pada waktu cuti seperti cuti hujung minggu, cuti umum dan sebagainya. Andainya, kebanyakan tetamu tinggal berdekatan dengan anda, anda bebas untuk mengadakan majlis pada mana-mana hari, termasuk hari bekerja.
Satu perkara yang paling penting ialah, sebelum anda mencetak tarikh yang telah dipersetujui dalam kad jemputan, pastikan bahawa jurunikah, wali dan saksi dapat hadir pada tarikh tersebut. Ini kerana, ditakuti majlis anda bertembung dengan majlis orang lain sehingga menyebabkan jurunikah (terutamanya) tidak dapat hadir pada waktu yang telah ditetapkan.
Kesimpulannya, pilihlah hari dan tarikh yang paling sesuai untuk anda, keluarga dan jurunikah. Pastikan tarikh tersebut dapat memudahkan ahli keluarga dan orang yang dijemput, datang ke majlis perkahwinan anda. Sekaligus, tidak mendatangkan masalah kepada anda untuk mendapatkan khidmat profesional yang terbaik.
13 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langk ah Bij ak Merancang Majlis Perkahwinan An da
PANDUAN MENETAPKAN LOKASI Lokasi majlis perkahwinan merupakan satu elemen yang cukup penting, kerana ia melibatkan pengurusan bajet dan risiko-risiko yang akan anda hadapi semasa majlis nanti. Walau apa pun lokasi yang anda pilih, anda perlu lah mempunyai back-up plan sekiranya berlaku peristiwa-peristiwa yang tidak diingini.
Untuk perenggan seterusnya, kami akan bincangkan beberapa perkara yang perlu diambil berat dalam pemilihan setiap lokasi.
1. Hotel Sebagaimana yang kita maklum, perbelanjaan untuk majlis perkahwinan di hotel menelan belanja yang besar dan jumlah tetamu juga terhad. Pada kebiasaannya, tidak melebihi 300 orang.
Kebanyakan hotel mengenakan bayaran mengikut jumlah tetamu yang hadir. Contoh, 1 orang bersamaan RM 100. Maka ji ka tetamu anda 300 orang, jumlah perbelanjaannya adalah RM30,000. Bayaran ini adalah meliputi sewa tempat dan makanan. Untuk menjimatkan wang anda, berundinglah dengan pihak hotel untuk mendapatkan perkhidmatan tambahan „percuma‟ seperti cenderamata untuk tetamu, perhiasan dewan dan sebagainya.
Disebabkan lokasinya yang begitu ekslusif, anda dinasihatkan meminta bantuan perunding perkahwinan atau mereka yang berpengalaman dalam bidang ini. Pada kebiasannya, hotel perlu ditempah seawal 10 bulan sebelum majlis. Jika tidak, anda mungkin tidak dapat memilih tempat yg terbaik kerana semuanya sudah ditempah orang. Terutama sekali bagi hotel yang sudah terkenal dengan perkhidmatan yang memuaskan.
Satu perkara yang perlu diambil kira ialah, anda perlu akur bahawa anda tidak akan dapat menjemput saudara-mara atau kenalan yang ramai. Oleh itu, fikirkanlah cara yang terbaik bagaimana untuk menghebahkan berita perkahwinan anda kepada mereka yang tidak dapat dijemput. Seperti, membuat majlis kenduri kesyukuran di rumah anda, memberikan hadiah kepada mereka beserta kad yang memaklumkan anda sudah berkahwin, membuat iklan di akhbar dan pelbagai cara lagi yang boleh difikirkan supaya tiada orang yang bermasam muka gara-gara tidak dijemput ke majlis anda.
Jika tidak mampu melakukan semua ini, mungkin hotel bukanlah pilihan lokasi yang terbaik untuk anda. Melainkan, anda dan ib ubapa mempunyai keluarga dan kenalan yang sedikit atau anda lebi h suka majlis yang privasi, tentunya hotel adalah pilihan lokasi perkahwinan yang tepat!
14 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langk ah Bij ak Merancang Majlis Perkahwinan An da
2. Taman Perkahwinan di taman memerlukan perancangan teliti dan juga melibatkan risiko cuaca terutama di Malaysia. Jika anda benar-benar inginkan perkahwinan di taman, pilihlah lokasi yg memberi pilihan untuk membuat majlis di tempat terbuka dan juga tertutup.
Terdapat hotel-hotel yang menyediakan tempat yang sesuai untuk majlis bertemakan perkahwinan di taman. Kebanyakannya menghadkan tetamu tidak melebihi 300 orang dan diadakan bersebelahan dengan kolam renang atau tasik buatan.
Dengan hiasan bunga segar, majlis itu pastinya memenuhi kehendak pengantin. Namun yang pasti, majlis seperti ini akan memakan belanja yang besar, sekurang-kurangnya RM25,000 untuk 250 org tetamu.
Jika anda ingin menjadikan taman rumah anda sebagai lokasi majlis, rancanglah dengan teliti. Dapatkan bantuan pakar perunding perkahwinan supaya apa yang dirancang bersesuaian dengan tema tersebut.
3. Dewan Dewan adalah lokasi yang paling sesuai untuk mereka yang mempunyai jemputan yang ramai kerana ia lebih selesa berbanding majlis di bawah khemah. Lebih menarik lagi, ia tidak melibatkan risiko cuaca seperti hujan lebat atau panas terik.
Namun begitu, dewan juga perlu ditempah seawal mungkin kerana tarikh majlis anda mungkin terpaksa diubah jika ada orang l ain telah menempah pada tarikh yang sama. Oleh itu, jangan bertangguh lagi. Dapat sahaja tarikh yang telah dipersetujui, anda perlu terus menempah dewan. Secepat mungkin!
Catatkan perkara-perkara yang disediakan dan tidak disediakan oleh pihak pengurusan dewan. Antara perkara-perkara penting ialah, meja makan, kerusi, meja untuk meletakkan makanan, peralatan teknikal seperti PA sistem, mikrofon, alat pembesar suara dan lain -lain.
Sesetengah dewan disewa secara berasingan dengan kelengkapan seperti meja dan kerusi. Kadar sewa juga berbeza-beza mengikut saiz dewan, lokasi dewan, dan kemudahan asas yang disediakan. Dewan yang mempunyai pendingin hawa (air-conditioner ) tentu lebih mahal daripada dewan berkipas yang sama saiz dengannya. Berundinglah dengan pihak pengurusan dewan untuk mendapatkan harga yang berpatutan.
Dewan yang terlalu besar mungkin akan menyukarkan anda untuk membuat hiasan dalaman. Namun begitu, anda akan memperoleh ruang tambahan
15 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langk ah Bij ak Merancang Majlis Perkahwinan An da
untuk ahli keluarga berkumpul dan beramah mesra selepas menikmati juadah makanan. Jika inilah matlamat majlis anda, apa salahnya jika dewan anda terlalu besar?
Banyak aktiviti menarik yang boleh dirancangkan untuk para tetamu kerana anda berada dalam kawasan yang tertutup. Biar apa pu n aktiviti yang anda lakukan, majlis anda tentu tidak akan menggangu jiran tetangga untuk hidup dengan lebih tenang pada hari cuti.
4. Rumah Rumah merupakan pilihan hampir kebanyakan pengantin Melayu. Ini kerana, perbelanjaan yang dikeluarkan untuk menyewa khemah atau kanopi adalah lebih murah berbanding sewa dewan.
Pastikan kanopi yang anda sewa tidak menakung air hujan dan selamat untuk para tetamu, walau dalam keadaan cuaca apa sekalipun. Lebih baik sekiranya kanopi anda menyediakan kipas, untuk memberi keselesaan kepada para tetamu yang hadir.
Sekiranya kawasan di sekitar rumah anda sempit sehingga anda terpaksa menggunakan jalan di hadapan rumah, ada baiknya anda berbincang dahulu dengan jiran tetangga. Lebih-lebih lagi jika jalan itu adalah laluan utama penduduk kawasan tersebut. Jika mereka tidak mempersetujuinya, anda boleh memikirkan alternatif lokasi lain yang tidak menggangu jiran-jiran anda. Jangan pandang remeh hal ini! Silap langkah, buruk padahnya…
Di sesetengah kawasan perumahan di bandar, anda bukan sahaja perlu menyewa kanopi, tetapi anda juga perlu menyewa jalan dengan majlis perbandaran kawasan tersebut. Tiada benda yang percuma di zaman sekarang ini.
Seperkara lagi, jika rumah anda tidak terlalu besar dan ia turut dijadikan tempat penginapan tetamu yang datang dari jauh, mungkin keadaan ini akan membuatkan mereka berasa kurang selesa. Oleh itu, anda harus memilih samada mahu menyewa tempat lain untuk penginapan mereka atau mengadakan majlis perkahwinan di tempat selain rumah.
5. Masjid
Sebenarnya, kita bukan sahaja mahu majlis yang kita adakan diberkati oleh Allah. Malah, kita juga mengimpikan rumahtangga yang bahagia, dan sentiasa mendapat perlindungan dan rahmat daripadaNya. Maka dengan sebab itulah, kita perlu memulakan langkah pertama untuk memasuki alam rumahtangga di tempat yang sentiasa diredhai dan disukai Allah.
Rasulullah s.a.w sendiri mengesyorkan setiap majlis pernikahan diadakan di masjid. Maka, apalah salahnya kita mengamalkan sunnah ini sekali seumur
16 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langk ah Bij ak Merancang Majlis Perkahwinan An da
hidup.
Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil berat sekiranya anda memilih masjid sebagai tempat melangsungkan majlis akad nikah. Antaranya ialah, menjaga adab-adab dalam masjid seperti menutup aurat, menjauhkan diri daripada bercakap tentang hal keduniaan, tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Islam dan sebagainya. Selain itu, kebersihan masjid juga perlulah dipelihara sebaik mungkin, baik di dewan solat mahupun di dewan jamuan.
Pastikan majlis anda berlangsung bukan pada waktu solat atau hampir masuk waktu solat. Dapatkan keiizinan daripada pihak pengurusan masjid sebelum menggunakannya.
PANDUAN MENETAPKAN TEMA Inilah masanya untuk mengarang angan-angan anda. Apakah konsep yang ingin dibawakan dalam majlis anda? Majlis dalam taman? Majlis yang romantik? ..atau anda lebih suka majlis yang santai dan sederhana?
Bayangkan sebuah majlis yang dihiasi dengan bunga-bunga segar dan aroma romantis yang menyegarkan. Terdengar pula irama lagu-lagu indah yang sangat menenangkan. Tidak lama kemudian, datang pula sepasang mempelai berpakaian serba putih. Ibarat puteri Cinderella dan putera idamannya. Mereka berjalan sambil berpimpinan tangan di atas hamparan merah, menyusuri dewan yang telah dihias serba indah. Wow..seronoknya!!
Walau apa sahaja konsep yang anda ingin bawa dalam perkahwinan anda, lakarkannya. Tidak semestinya dengan bajet yang rendah anda tidak dapat menghasilkan majlis yang meriah. Dengan sedikit sentuhan kreativiti, anda boleh membuat pelbagai acara yang dapat memberikan i mpak maksima kepada majlis anda. Luaskan imaginasi anda..
Buat masa ini, lupakan sebentar perkara-perkara yang mungkin akan menganggu fikiran anda. Cipta sedikit kelainan daripada majlis perkahwinan biasa agar majlis anda akan menjadi satu kenangan yang terindah dalam hidup anda. Setelah anda dapat memikirkan konsep atau tema yang sesuai dengan majlis anda, Apa yang penting ialah anda tahu, apa yang anda mahu ada dalam majlis tersebut , supaya mudah untuk kita melakukan langkah 3 i aitu merancang aturcara majlis. Selain daripada konsep, anda juga boleh menetapkan warna tema. Pilihan warna tema yang menarik, boleh menaikkan seri majlis. Jumlah warna tema yang i deal ialah, lebih daripada 1 warna, tetapi tidak melebihi 3 warna. Dapatkan idea tentang konsep majlis perkahwinan melalui majalah-majalah atau di internet. Sentuhan kreatif anda boleh mengubah majlis yang biasa kepada majlis yang lebih “happening”. Pastikan bahawa tema yang anda bawa, tidak lari daripada matlamat asal majlis (rujuk langkah 1). Teruskan membaca kerana banyak lagi idea-idea menarik menanti majlis perkahwinan anda.
17 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langk ah Bij ak Merancang Majlis Perkahwinan An da
Kita rehat sebentar..Lakukan TINDAKAN 2: Berpandukan matlamat anda dalam Tindakan 1, lakarkan Majlis Perkahwinan Impian anda dengan memasukkan anggaran kos perbelanjaan, anggaran jumlah jemputan, lokasi perkahwinan dan tema majlis di dalam Buku Gerak Kerja.
Langkah 3
“Rancang Aturcara Majlis”
Walau sekecil mana pun majlis yang anda rancangkan, anda seharusnya merancang aturcaranya dengan sebaik mungkin. Ini kerana, dengan adanya aturcara yang baik, majlis anda akan berjalan dengan lebih lancar dan teratur . Selain itu, ia juga sangat berguna sebagai panduan untuk membuat senarai semak keperluan majlis dan pembahagian tugas semasa majlis sedang berlangsung.
Aturcara yang kami maksudkan di sini bukan sahaja diucap secara lisan, namun yang penting ianya ditulis dengan baik. Dengan adanya aturcara yang bertulis, anda akan dapat memudahkan pembantu-pembantu yang bekerjasama menjayakan majlis perkahwinan anda. Kita akan bincangkan hal ini dengan terp erinci dalam langkah 7.
Dengan adanya tema majlis yang telah anda tetapkan dalam langkah sebelum ini, semakin mudah lah kerja anda menyusun aturcara majlis perkahwinan. Mula-mula sekali, anda perlu tahu apakah perkara penting yang akan berlaku pada hari perkahwinan tersebut. Perkara-perkara tersebut adalah: 1. 2. 3. 4.
Majlis pertunangan (jika ada) Majlis pernikahan Majlis resepsi Majlis jamuan makan
Pada kebiasaannya, majlis pertunangan diadakan berbulan-bulan sebelum kesemua majlis yang lain. Walaupun begitu, sesetengah pasangan pengantin pada masakini suka menggabungkan majlis pertunangan dengan majlis pernikahan. Kemudian, barulah diikuti dengan majlis resepsi yang disertai jamuan makan.
Semua ini tentu sekali terpulang kepada anda dan pasangan. Namun begitu, setiap perkara yang berlaku, perlu mempunyai aturcara masing-masing. Sebagai
18 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langk ah Bij ak Merancang Majlis Perkahwinan An da
contoh, majlis pernikahan mempunyai aturcaranya yang tersendiri, begitu juga dengan majlis resepsi.
Sebelum kita pergi lebih jauh, pastikan anda telah menetapkan tarikh majlis perkahwinan anda dalam langkah 2. Sekiranya anda tidak dapat menetapkan tarikh lagi, gantikan tarikh anda dengan “Hari Pertama” dan “Hari Kedua ” (sekiranya majlis berlangsung dua hari) untuk merangka aturcara mengikut panduan di bawah.
PANDUAN MERANGKA ATURCARA MAJLIS
1. Tuliskan tarikh dan hari majlis perkahwinan anda. Di bawah tarikh tersebut, tuliskan apakah perkara penting yang akan berlaku. Contoh: 14 Januaril 2012 (Sabtu) - Majlis pertunangan & pernikahan
15 Januari 2012 (Ahad) - Majlis Resepsi & Jamuan Makan
2. Senaraikan segala aktiviti atau program yang mahu diisi dalam aturcara majlis pernikahan, resepsi dan jamuan makan. Apa sahaja yang terlintas di fikiran anda, tuliskan. Tidak perlu ikut turutan. (Masa untuk berangan lagi )
3. Setelah siap, semak semula semua senarai aturcara. Sekiranya masih ada aktiviti yang tertinggal, tambahkan dalam senarai tersebut.
4. Susun semua aktiviti yang dirancangkan tadi mengikut turutan yang sesuai.
5. Setelah itu, barulah anda anggarkan masa yang diperlukan (durasi) untuk setiap acara.
6. Akhir sekali, tetapkan pukul berapa setiap acara akan bermula dan berakhir.
CONTOH ATURCARA MAJLIS
Berikut adalah contoh aturcara majlis yang telah disediakan secara terperinci. Untuk pengetahuan anda, aturcara ini bermula dengan majlis pertunangan dan pernikahan yang diadakan di masjid pada 14 Januari 2010 (Sabtu). Kemudian diteruskan dengan majlis resepsi pada keesokan harinya iaitu 15 Januari 2010 (Ahad) yang diadakan di dewan.
Perhatikan acara-acara yang diadakan sepanjang majlis, susunan aturcara dan durasi setiap acara. Semoga aturcara yang kami sediakan ini akan dapat membantu anda merancang aturcara sendiri.
19 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langk ah Bij ak Merancang Majlis Perkahwinan An da
1. Majlis pertunangan.
14 JANUARI 2012 (SABTU) >> Masjid Ubudiah, Shah Alam TENTATIF 8.45 pagi Ketibaan rombongan pihak lelaki 9.00 pagi Ucapan pengacara majlis 9.10 pagi Upacara peminangan berbalas pantun antara pihak lelaki dan perempuan 9.30 pagi Ucapan penutup pengacara majlis 9.35 pagi Upacara menyarungkan cincin kepada pihak perempuan
2. Majlis Pernikahan
14 JANUARI 2012 (SABTU) >> Masjid Ubudiah, Shah Alam
9.45 pagi 9.50 pagi 10.00 pagi 10.15 pagi 10.30 pagi 10.35pagi 10.40 pagi
TENTATIF Pengantin dan tetamu bersiap sedia untuk majlis pernikahan Ucapan pembukaan oleh pengacara majlis Khutbah nikah Akad nikah Ucapan bapa pengantin perempuan kepada menantunya Ucapan pengantin lelaki Ucapan ibu pengantin perempuan kepada anaknya
10.45 10.50 11.00 11.10 11.15 11.45
Ucapan pengantin perempuan Bacaan doa Upacara penyerahan maskahwin dan cincin perkahwinan Ucapan penutup oleh pengacara majlis Jamuan makan Majlis bersurai
pagi pagi pagi pagi pagi pagi
20 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langk ah Bij ak Merancang Majlis Perkahwinan An da
3. Majlis Resepsi *
15 JANUARI 2010 (AHAD) >> Dewan MBSA, Shah Alam
11.15 pagi 11.25 11.35 11.40 11.45 11.48 12.00 12.15 12.20 12.25 12.30
pagi pagi pagi pagi pagi tghri tghri tghri tghri tghri
1.00 petang
TENTATIF Tetamu dan rombongan pengantin bersiap sedia untuk majlis resepsi Perarakan masuk rombongan pengantin ke dalam dewan Persembahan multimedia #1 (gimik majlis) Ucapan aluan daripada pengacara majlis Ucapan daripada bapa pengantin perempuan Bacaan doa Upacara makan beradab Persembahan multimedia #2 Ucapan daripada bapa pengantin lelaki Upacara memotong kek Pertukaran hantaran dan cenderamata (oleh ibu pengantin perempuan dan ibu pengantin lelaki) Bersurai Sesi fotografi bersama tetamu
* Majlis resepsi adalah majlis meraikan/menyambut ketibaan pengantin. Ia sinonim dengan majlis yang diadakan di dewan, hotel dan taman. Namun sekiranya anda merancang untuk mengadakan majlis di rumah, kami cadangkan agar anda turut merancang majlis resepsi. Dengan adanya aturcara yang tersendiri untuk majlis resepsi, majlis anda pasti akan menjadi lebih “happening” walaupun ia diadakan di rumah.
4. Majlis Jamuan Makan
15 JANUARI 2010 (AHAD) >> Dewan MBSA, Shah Alam TENTATIF 10.30 pagi Jamuan makan 11.30 pagi Majlis Resepsi (rujuk aturcara # 3) 12.30 tghri Majlis Resepsi bersurai Jamuan makan 4.30 ptg Bersurai
TIP! Acara lain yang boleh diadakan sebelum majlis resepsi: 1. Upacara khatam Quran
21 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langk ah Bij ak Merancang Majlis Perkahwinan An da
2. 3. 4. 5.
Marhaban dan berzanji Upacara cukur jambul Upacara berinai dan lain-lain
Acara lain yang boleh diadakan semasa majlis resepsi: 1. Perarakan kumpulan kompang 2. Persembahan formasi kompang 3. Persembahan kawad kaki 4. Pertunjukan silat 5. Upacara pertukaran hantaran 6. Makan beradab 7. Upacara memotong kek 8. Persembahan tarian zapin 9. Persembahan nyanyian atau nasyid 10. Ceramah (audio) daripada pakar motivasi keluarga 11. Ucapan daripada pengantin 12. dan lain-lain Acara lain yang boleh diadakan selepas majlis resepsi: 1. 2. 3. 4. 5. 6.
Majlis untuk merapatkan silaturrahim keluarga Aktiviti / permainan – beri hadiah kepada ahli keluarga Pengantin membuka hadiah Persembahan video majlis resepsi Sesi fotografi (edisi khas bersama keluarga sahaja) dan lain-lain
JADUAL KESELURUHAN PERJALANAN MAJLIS.
Bagi mengelakkan persiapan untuk acara-acara lain (selain majlis pernikahan, resepsi dan jamuan makan) tertingal, anda dinasihatkan untuk membuat jadual keseluruhan perjalanan majlis. Jadual ini akan memberikan gambaran besar majlis anda. Berikut adalah contoh jadual tersebut:
13 JANUARI 2010 (JUMAAT) TENTATIF Petang Ketibaan saudara-mara terdekat Gotong royong untuk persiapan terakhir majlis 8.00 mlm Jamuan makan dan bacaan doa selamat 9.00 mlm Majlis berinai 9.30 mlm Sambung gotong-royong.. 12.00 mlm Rehat
22 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langk ah Bij ak Merancang Majlis Perkahwinan An da
14 JANUARI 2005 (SABTU) TENTATIF 7.30 pagi 8.30 pagi 9.00 pagi 9.50 pagi 12.00 tghri 1.00 tghri 2.00 ptg 2.30 ptg 5.00 ptg Malam 9.00 mlm 11.00 mlm
Sarapan pagi Berangkat ke masjid untuk majlis pertunangan & p ernikahan Majlis pertunangan Majlis pernikahan Pengantin dan keluarga berangkat pulang Majlis khatam quran dan marhaban (perempuan) Jamuan makan Gotong royong untuk persiapan terakhir majlis Persiapan dewan Minum petang Ketibaan saudara-mara terdekat Makan malam Raptai penuh majlis resepsi di dewan Rehat
16 APRIL 2005 (SABTU) TENTATIF 7.30 pagi 9.30 pagi 10.30 pagi 11.30 pagi 12.30 tghri 1.00 tghri 4.30 ptg
5.00 ptg Malam 9.00 mlm 11.00 mlm
Sarapan pagi Persiapan terakhir untuk majlis resepsi Majlis jamuan makan Majlis resepsi Majlis resepsi bersurai Jamuan makan Rombongan keluarga pengantin lelaki berangkat pulang Solat zohor Majlis bersurai Solat asar Gotong royong membersihkan dewan Minum petang Solat maghrib dan isya‟ Makan malam Majlis khas bersama keluarga Rehat
Dengan adanya jadual ini, lebih mudah lah kerja anda menyediakan senarai keperluan dalam langkah 4. Contoh yang mudah ialah mengenai makanan. Berdasarkan jadual ini, anda boleh mengira berapa kali waktu makan untuk tetamu yang datang bergotong-royong, bermula daripada hari sebelum majlis sehinggalah segala-galanya selesai. Dengan kiraan yang tepat, anda akan dapat menguruskan bajet dengan baik dan menyediakan makanan tepat pada waktunya.
Kita rehat sebentar..Lakukan TINDAKAN 3: 23 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langk ah Bij ak Merancang Majlis Perkahwinan An da
Rancangkan aturcara dan jadual keseluruhan Majlis Perkahwinan Impian anda dalam Buku Gerak Kerja.
Langkah 4
“Sediakan Senarai Semak”
Sehingga ke langkah ini, kami harap anda sudah pun merancang lokasi majlis perkahwinan akan dilangsungkan, anggaran tetamu yang akan hadir dan aturcara majlis. Kerana semua maklumat di atas akan membantu anda untuk melakukan tindakan seterusnya iaitu, menyediakan senarai semak.
Senarai semak ini merupakan senarai perkara-perkara yang diperlukan sebelum, semasa, dan selepas majlis. Ia digunakan untuk anda memeriksa barang apakah yang anda perlukan dan ia juga berguna sebagai senarai pemeriksaan terakhir seminggu sebelum majlis dilangsungkan. Dengan adanya senarai ini, ia akan mengurangkan risiko untuk melakukan kesilapan.
Apa yang perlu anda lakukan ialah, dengan merujuk aturcara majlis yang telah disiapkan sebelum ini, semak semua keperluan yang telah disenaraikan. Potong perkara-perkara yang tidak diperlukan dan tambahkan keperluan yang tidak tercatat di sana. Ting! Siaplah senarai semak anda!
Seterusnya, tandakan () dalam kotak yang disediakan setelah anda menyediakan keperluan tersebut. Sentiasa rujuk kepada senarai pendek ini, kerana ia akan memudahkan anda memantau keperluan yang masih bel um disediakan lagi. Jika anda mahu merujuk terus senarai semak ini, sila lihat Buku Gerak Kerja (muka surat 10).
Seterusnya, kami akan berikan beberapa panduan untuk menyediakan setiap keperluan mengikut kategori masing-masing. Kategori tersebut ialah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.
Keperluan Asas Pengantin Pengurusan Lokasi Makanan Protokol Cenderahati Rakaman Memori Hiburan Penginapan Tetamu Pengangkutan Selamat menyediakan senarai semak!
24 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langk ah Bij ak Merancang Majlis Perkahwinan An da
1. KEPERLUAN ASAS PENGANTIN
Kategori ini membincangkan segala keperluan asas pengantin yang telah kami bahagikan kepada 5 bahagian iaitu: prosedur pernikahan, busana pengantin, andaman, pengapit pengantin dan bulan madu.
Prosedur Pernikahan
Disebabkan prosedur pernikahan merupakan perkara yang sangat penting, kami akan menerangkannya secara satu persatu. Penerangan ini lebih merujuk kepada prosedur umum sahaja. Untuk mendapatkan prosedur yang lebih khusus mengikut negeri, sila rujuk Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing.
Kursus pra-perkahwinan Setiap pengantin atau pemohon pernikahan wajib mengambil kursus ini sebelum berkahwin. Sijil daripada kursus ini akan digunapakai untuk membuktikan kehadiran anda ke kursus tersebut. Tanpa sij il ini, anda tidak boleh berkahwin dari sudut perundangan negara.
Pada kebiasaannya, sijil ini boleh digunakan seumur hidup. Ini bermakna, terpulanglah kepada anda bilakah masa yang paling sesuai untuk menghadirinya. Yang penting, sebelum anda membuat permohonan pernikahan di Pejabat Agama Islam Negeri, anda dan pasangan sudah pun mempunyai sijil tersebut.
Anda boleh mengikuti kursus ini di mana-mana tempat di Malaysia asalkan ia diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam. Namun bagi sesetengah negeri, mereka lebih galakkan anda untuk mengikuti kursus di negeri yang anda akan daftarkan pernikahan. Misalnya: jika anda akan daftarkan pernikahan di Selangor, maka anda juga akan mengikuti kursus di Selangor.
Pada kebiasaannya, yuran yang dikenakan adalah antara RM50 sehingga RM 100 sahaja.
Mas Kahwin
Mas kahwin atau mahar merupakan pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri sewaktu akad nikah. Mengikut amalan sekarang, kadar mas kahwin adakalanya ditetapkan oleh negeri, dan adakalanya tidak ditetapkan. Maka, terpulanglah kepada keikhlasan suami.
25 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langk ah Bij ak Merancang Majlis Perkahwinan An da
Berikut adalah senarai jumlah maskahwin mengikut negeri:
Negeri
Mas kahwin bagi Gadis RM 80.00 RM 80.00 RM 22.50* RM 40.00* RM 24.00 – RM 48.00 Tiada ketetapan Tiada ketetapan RM 22.50 Tiada ketetapan Tiada ketetapan Tiada ketetapan Tiada ketetapan RM 120.00 RM 100.00
Wilayah Persekutuan Selangor Johor Melaka Negeri Sembilan Perak Kelantan Pahang Terengganu Kedah Perlis Pulau Pinang Sarawak Sabah *boleh ditambah tetapi tidak boleh dikurangkan
Mas kahwin bagi Janda RM 40.00 RM 40.00 RM 22.50* RM 40.00* RM 24.00 – RM 48.00 Tiada ketetapan Tiada ketetapan RM 22.50 Tiada ketetapan Tiada ketetapan Tiada ketetapan Tiada ketetapan RM 120.00 RM 100.00
Ketahuilah bahawa, mas kahwin tidak semestinya dizahirkan dalam bentuk wang. Mengikut amalan para sahabat di zaman Rasulullah, mereka menjadikan bacaan Al Quran, baju besi atau apa sahaja barang yang mempunyai nilai tersendiri sebagai mas kahwin.
Wang hantaran
Wang hantaran adalah jumlah duit yang diberikan oleh pihak pengantin lelaki kepada pihak pengantin perempuan. Adakalanya jumlahnya ditetapkan oleh keluarga pengantin perempuan dan adakalanya mengikut keikhlasan keluarga pengantin lelaki.
Ia tidak wajib di dalam Islam, dan hanya merupakan adat dalam perkahwinan orang Melayu. Oleh itu, janganlah dibesarkan sangat jumlahnya sehingga membebankan pihak lelaki. Berpada-padalah ye..
Wang ini biasanya diletakkan di atas dulang hantaran samada dalam bentuk cek atau menggunakan simbol wang tunai seperti 8 keping duit RM10 bersamaan dengan RM8,000. Pastikan anda menugaskan seseorang yang boleh dipercayai untuk menjaga wang ini semasa majlis sedang berlangsung.
Jurunikah / Penolong Pendaftar Nikah
Sebagai pemohon pernikahan, anda perlu mendapatkan sokongan daripada Penolong Pendaftar Nikah (jurunikah) untuk bernikah. Untuk mengenali jurunikah anda, rujuk ke masjid tempat anda tinggal atau mengikut
26 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langk ah Bij ak Merancang Majlis Perkahwinan An da
alamat dalam kad pengenalan anda. Oleh kerana jumlah jurunikah ini sangat terhad, anda perlu menempah mereka seawal mungkin (sebagaimana yang telah dibincangkan dalam langkah 2). Selain jurunikah, anda juga perlu mencari 2 orang saksi. Mengikut undang-undang perkahwinan di negara i ni, meskipun wali pengantin perempuan sendiri akan menikahkan pasangan pengantin, jurunikah wajib berada di tempat pernikahan itu. Jurunikah bertanggungjawab mengesahkan borang permohonan pernikahan, membacakan khutbah nikah, menikahkan pasangan pengantin (jika diwakilkan oleh wali perempuan) dan menguruskan segala dokumen yang berkaitan selepas ditandatangani oleh pasangan pengantin sewaktu akad nikah.
Di samping itu, anda juga perlu bersiap sedia dengan sejumlah wang yang tidak melebihi daripada RM50 (bergantung mengi kut negeri), untuk membayar upah jurunikah dan 2 orang saksi selepas majlis akad nikah. Pastikan anda bertanya jumlah RM yang tepat sewaktu meminta pengesahan daripada jurunikah.
Borang Permohonan Nikah
Anda boleh mengambil borang permohonan nikah di Pejabat Agama Islam yang berdekatan dengan tempat tinggal atau dari Penolong Pendaftar Pernikahan di kariah tempat tinggal anda atau boleh muat turun daripada laman web Jabatan Agama Islam Negeri.
Proses permohonan pernikahan boleh dimulakan tiga bulan sebelum tarikh pernikahan dan juga tidak kurang daripada satu minggu daripada tarikh pernikahan dilangsungkan. Borang permohonan yang dilengkapkan mestilah ditandatangani oleh anda sebagai pemohon, wali dan dua orang saksi lelaki dewasa serta mendapat sokongan daripada Penolong Pendaftar Pernikahan.
Mengikut aturan, calon suami mestilah terlebih dahulu mengemukakan borang tersebut kepada Penolong Pendaftar Nikah di tempat beliau bermastautin. Borang tersebut perlulah dikepilkan bersama dokumen-dokumen lain yang berkaitan seperti:
Nama 2 orang saksi (lelaki) bersama salinan kad pengenalan. Kad pengenalan yang sah. Bukti mastautin (alamat berlainan dengan tempat tinggal) Surat pengesahan bujang dari majikan/imam Sijil kursus pra perkahwinan Surat memeluk Islam (saudara baru) Surat sokongan kedutaan (warga asing) Surat kebenaran mahkamah (bawah umur)
Selepas borang pengesahan dikeluarkan oleh jabatan agama (pi hak calon suami), calon isteri pula akan membuat permohonan di tempat tinggalnya (dengan menyertakan borang pengesahan daripada pihak calon suami dan
27 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langk ah Bij ak Merancang Majlis Perkahwinan An da
dokumen-dokumen lain). Semua prosedur pernikahan adalah bergantung mengikut Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing. Dapatkan maklumat yang terperinci daripada kursus perkahwinan, Pejabat Agama Islam atau laman web mereka.
TIP perkahwinan di luar negara! Perkahwinan perlu didaftarkan dalam tempoh 6 bulan, sama ada di Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Konsulat Malaysia. Untuk mendaftar, serahkan surat nikah, atau sebarang bukti yang menunjukkan pengesahan berumah tangga, selain dikehendaki mengi si beberapa borang yang disediakan. Ketika mendaftar pernikahan, suami isteri perlu hadir bersama, kecuali jika mempunyai sebab yang kukuh. Gagal mendaftar perkahwinan dalam tempoh enam bulan adalah satu kesalahan. Jika sudah lebih enam bulan, kemukakan permohonan un tuk proses pendaftaran. Kebenaran akan diberi meskipun denda akan t etap dikenakan.
Ujian kesihatan Kebanyakan negeri-negeri di Malaysia sudah pun mewajibkan setiap pasangan untuk melalui ujian H.I.V sebelum melangsungkan akad nikah. Selain ujian H.I.V, terdapat pasangan yang menjalani ujian penyakit genetik seperti talasemia dsb. Dapatkan borang daripada pejabat agama negeri untuk disahkan oleh pihak hospital sewaktu anda menjalani ujian kesihatan.
Cincin pertunangan
Di dalam sijil pernikahan, anda tidak perlu mengistiharkan cincin pertunangan. Namun begitu, mengikut adat Melayu pihak l elaki akan memberikan cincin pertunangan kepada pihak perempuan. Pada kebiasaannya, cincin jenis belah rotan diberikan sewaktu upacara pertunangan. Namun ada ju ga yang memberikan cincin seumpama ini sewaktu merisik. Walau bagaimanapun, ia tetap terpulang kepada anda.
Cincin perkahwinan
Lain daripada pertunangan, kali ini anda memerlukan 2 cincin. Satu untuk pihak lelaki dan satu lagi untuk pihak perempuan. Untuk lelaki, diharamkan dalam Islam memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Oleh sebab i tu kebanyakan pasangan memilih suasa atau perak bertatahkan batu.
28 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langk ah Bij ak Merancang Majlis Perkahwinan An da
Bagi perempuan pula, emas sentiasa menjadi pilihan. Namun begitu, tidak kurang juga yang memilih emas putih yang turut dihiasi dengan batu permata.
Terdapat pelbagai rekabentuk cincin yang terdapat di pasaran. Anda boleh dapatinya daripada katalog di majalah atau risalah yang diedarkan oleh kedai barang kemas. Jadilah pembeli yang bijak sewaktu memilih cincin. Bak kata orang, biar menang membeli, menang juga memakai.
Barang kemas
Sesetengah negeri mewajibkan, kesemua barang kemas termasuk cincin perlu diisytiharkan dalam sijil perkahwinan beserta dengan harganya sekali. Rujuk Pendaftar Nikah anda mengenai perkara ini.
Busana Pengantin
Memilih busana untuk majlis perkahwinan merupakan satu pengalaman yang sangat menyeronokkan. Tentu anda pernah mengidamkan busana yang sangat cantik untuk digayakan semasa hari bersejarah nanti. Inilah masanya untuk merealisasikan impian!
Antara perkara yang perlu dititikberatkan dalam pemilihan busana ialah, rekabentuk (baju melayu, baju kebaya melayu, ala inggeris, ala bollywood dsb.), jenis material (satin, songket, lase, dsb.), warna dan aksesori yang sesuai untuk dipadankan dengan pakaian tersebut. Pilihlah busana yang sesuai untuk anda dan pasangan. Adakalanya warna ungu sangat sesuai untuk wardina, tetapi tidak untuk sesetengah orang.
TIP memilih warna busana! Jika anda atau pasangan berbadan gempal, pilihlah warna yang agak gelap dan material kain yang tidak terlalu berkilat. Pemilihan fabrik seperti ini akan membuatkan anda kelihatan lebih langsing.
Jika anda atau pasangan berkulit hitam manis, elakkan daripada memilih warna yang gelap. Ia boleh menurunkan seri pengantin anda.
Bagi yang suka mencuba sesuatu yang berbeza, anda boleh menggabungkan dua warna yang kontra. Seperti baju melayu berwarna putih, sampin dan tanjak berwarna biru. Atau jubah berwarna merah jambu, kain lase dan tudung berwarna hijau muda. Namun anda perlu berhati -hati dengan pemilihan warna seumpama ini kerana ditakuti percampuran warna kontra yang tid ak sesuai boleh menghasilkan rekaan yang kurang elegan.
29 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langk ah Bij ak Merancang Majlis Perkahwinan An da
Anda boleh menyewa busana daripada juruandam, atau anda juga boleh menempah khas daripada pereka pakaian pengantin. Rujuk majalah-majalah pengantin untuk mendapatkan idea fesyen terkini untuk busana pengantin.
Selain itu, anda juga boleh terus membeli pakaian yang telah siap. Jika anda berada dalam zaman kegawatan ekonomi, banyak butik akan menawarkan harga pakaian pengantin yang menarik. Dan anda pasti boleh menawar lagi harganya.
Tatkala anda sibuk memilih busana pengantin, ada perkara lain yang turut perlu diperhatikan. Seperti; pemilihan kasut dan padanan aksesori yang sesuai dengan pakaian anda. Yang paaaling penting, anda selesa memakai kesemuanya(dari hujung rambut hingga ke hujung kaki!).
Jika anda tidak mahu menyimpan baju anda selepas majlis perkahwinan, anda boleh menjualnya kepada butik-butik atau kedai andaman. Yang penting, pastikan ianya dijaga dengan baik selepas anda menggunakannya.
TIP busana “happening”! Lupakan cadangan untuk menyamakan warna baju keluarga dengan busana pengantin. Ia boleh menenggelamkan penampilan anda sebagai r aja sehari. Memadai dengan menentukan tema untuk mereka (tidak perlu sama sepenuhnya dengan pengantin).
Berikut adalah senarai pendek segala keperluan yang berkaitan dengan busana pengantin:
Baju pengantin lelaki Baju pengantin perempuan Baju salinan pengantin lelaki Baju salinan pengantin perempuan Baju pengantin lelaki (majlis pernikahan) Baju pengantin perempuan (majlis pernikahan) Baju pengantin lelaki (majlis bertandang)
Baju pengantin perempuan (majlis bertandang) Tanjak dan samping Tudung Veil Mahkota (crown) Barang kemas Kerongsang Kasut Pin
Andaman
Sebelum anda mengupah orang yang profesional dalam bidang andaman, seharusnya, anda perlulah mengetahui perbezaan skop tugas di antara ju ruandam dan jurusolek.
Jurusolek adalah seorang yang pakar dalam bidang solekan. Kebiasaannya jurusolek ini akan menyolekkan pengantin mengikut gaya solekan yang terkini. Akan tetapi,
30 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan An da
kebiasaannya jurusolek tidak mempunyai koleksi pakaian, baik pakaian pengantin mahupun komersil.
Juruandam pula adalah mereka yang berkebolehan dalam menyolek, mendandan serta mempunyai koleksi pelbagai gaya pakaian dan tudung pengantin.
Juruandam berupaya menyediakan segala persediaan perkahwinan secara menyeluruh. Hal ini termasuklah menyedia dan menghias pelamin, bilik pengantin. Malah amalan tradisional dalam mengandam pengantin seperti khidmat perawatan muka, badan dan sebagainya turut disediakan. Selain itu, terdapat juga sesetengah mak andam yang menjadi pengapit pengantin di majlis resepsi.
Namun begitu, jauhkanlah diri anda daripada amalan kecantikan yang diharamkan oleh agama seperti susuk, sihir dan botox (walaupun dicadangkan oleh juruandam). Amalan seperti ini akan memberikan kesan sampingan yang negatif pada diri anda untuk jangka panjang.
Hmm..jadi sekarang, anda boleh lah memilih samada mahu mengupah juruandam atau jurusolek. Terpulang pada anda !
Bagaimana untuk mendapatkan perkhidmatan jurusolek atau juruandam ?
1) Anda boleh bertanyakan kepada saudara-mara dan rakan-rakan yang pernah mendapatkan khidmat juruandam. Ini lebih mudah memandangkan anda pernah melihat sendiri hasil tangan juruandam tersebut (sekiranya anda menghadiri majlis perkahwinan mereka lah ). Minta pandangan mereka terhadap juruandam tersebut, adakah ia sesuai untuk anda atau tidak. Jika tidak, carilah yang lain !
2) Cara seterusnya, ialah dengan mencari maklumat menerusi iklan-iklan di majalah-majalah pengantin, surat khabar dan internet (Antara portal perkahwinan yang popular di Malaysia ialah : www.syokkahwin.com). Namun, sewaktu kami menulis buku ini, masih tidak banyak lagi syarikat andaman Malaysia yang mempunyai laman web sendiri di internet.
Carilah juruandam yang lebih dekat dengan kawasan anda terl ebih dahulu. Hubungi mereka dan kalau perlu, aturkanlah temujanji. Jangan terus berpuas hati dengan 1 pilihan sahaja, ambillah masa untuk bertemu dengan beberapa juruandam. Sekurang-kurangnya 3 orang. (Borang peni laian juruandam boleh didapati dalam Buku Gerak Kerja). Sewaktu memilih juruandam, ikutilah panduan yang kami sediakan di bawah.
Panduan Memilih Jurusolek atau Juruandam.
1) Pastikan juruandam yang anda pilih mempunyai pengalaman menata rias pengantin sebelum ini. Jika pernah, mintalah mereka tunjukkan kepada anda gambar-gambar pengantin yang pernah mereka solekan.
31 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan An da
2) Satu perkara yang SANGAT penting tentang andaman (dan sering diabaikan oleh bakal pengantin). Anda perlulah memperuntukkan satu masa untuk mencuba solekan juruandam anda. Pastikan masa tersebut tidak terlalu dekat dengan majlis perkahwinan anda supaya anda mempunyai masa untuk mencari jurusolek yang lain sekiranya perlu.
3) Pastikan solekan juruandam anda tidak terlalu keterlaluan sehingga menghilangkan kecantikan semulajadi anda. Cukuplah sekadar mengenakan solekan yang dapat menaikkan seri wajah anda dan kena dengan busana yang anda gayakan.
4) Anda perlu betul-betul memastikan supaya orang yang menyolekkan anda sewaktu sesi percubaan (dan anda berpuas hati dengannya), adalah orang yang sama yang akan menyolekkan anda sewaktu hari perkahwinan nanti. Ini kerana, terdapat juruandam yang menyerahkan tugas mereka kepada anak buah sewaktu hari yang sebenar. Mungkin hasil tangan anak buah mereka tidak sama dengan juruandam yang sebenar.
5) Sebelum membuat pemilihan juruandam, anda harus melakukan beberapa survey terlebih dahulu untuk mendapatkan khidmat yang terbaik pada harga yang berpatutan. Anda boleh membuat perbandingan harga di antara juruandam A dengan juruandam B. Atau adakah anda lebih berjimat jika hanya mengupah jurusolek, manakala pakaian pengantin ditempah daripada pereka pakaian pengantin.
6) Sekiranya bajet andaman anda sederhana, anda boleh menghias bilik pengantin bersama ahli keluarga. Lihatlah contoh-contoh gambar bilik pengantin di dalam majalah dan internet. Kadang kala dengan sentuhan yang simple, anda boleh memberikan kesan yang lebih romantis terhadap pasangan anda.
7) Sekiranya anda bercadang untuk mempunyai pelamin yang simple sahaja, jangan bazirkan duit mengupah juruandam. Anda boleh lakukannya sendiri ! Apa yang anda perl ukan hanyalah mungkin sebuah kerusi yang cantik (yang boleh didapati di rumah anda), kerangka untuk hiasan bunga (kalau perlu), beberapa meter kain dan bunga-bunga sebagai hiasan (juga boleh didapati di rumah anda), dan perkara-perkara lain yang boleh didapati dengan harga yang lebih murah, tetapi nampak ekslusif. Dapatkan idea-idea yang menarik daripada sumber yang telah kami sebutkan sebelum ini.
Akan tetapi, jika anda mahu mendapatkan hasil kerja yang terbaik d aripada yang pakar (dan sekaligus menjimatkan masa anda), ada baiknya anda mengupah pereka pelamin yang telah mahir dalam kerja-kerja seperti ini.
8) Satu lagi cara untuk meminimumkan bajet anda, carilah ahli keluarga terdekat mahupun yang jauh, dan mempunyai kepakaran dalam
32 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan An da
bidang andaman atau solekan. Tentu mereka boleh berikan anda harga keluarga !
Di sini, kami ingin berkongsi satu artikel menarik berkaitan dengan penjagaan diri untuk bakal pengantin. Semua tip dan petua di bawah ditulis oleh Puan Aleeda Shamsudin (pengasas Koleksi Andaman Aleeda).
Penjagaan Awal Menaikkan Seri Pengantin Pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan, perlulah peka terhadap perubahan wajah dan dirinya. Penjagaan bentuk tubuh sama pentingnya seperti penjagaan wajah. Kebanyakan bakal pengantin baik lelaki mahupun perempuan lebi h memberikan perhatian kepada penjagaan wajah berbanding penjagaan badan mereka.
Bagi mereka yang akan melangsungkan perkahwinan, perlulah mendapatkan rawatan muka dan badan sebelum menghadapi "majlis r aja sehari." Menurut Puan Aleeda Shamsudin, pengasas Koleksi Andaman Aleeda, bakal raja sehari perlulah membuat rawatan muka enam bulan lebih awal sebelum majlis mereka dan rawatan muka yang terakhir perlulah dibuat sebulan sebelum majlis berlangsung.
Rawatan muka ini adalah bertujuan untuk menghilangkan bintik-bintik hitam, jerawat, jeragat, menghaluskan kulit dan supaya ton di muka sekata. Dengan melakukan rawatan muka, kulit muka akan kelihatan lebih halus dan berseri.
Bagi mendapatkan tubuh yang cantik pada hari persandingan pula, bakal pengantin perlulah berkunjung ke mana-mana pusat kecantikan yang menawarkan perkhidmatan mandi sauna atau mandi lulur. Rawatan badan ini hendaklah dilakukan dua minggu sebelum majlis berlangsung. Mandi sauna atau mandi lulur bertujuan untuk membakar lemak, mencantik serta menyegarkan tubuh.
Dengan melakukan rawatan-rawatan ini, bakal raja sehari akan kelihatan berseri, cantik dan kelihatan bersemangat. Selamat menjalani rawatan wajah dan badan... semoga anda kelihatan cantik di majlis persandingan anda. Sumber: http://www.pengantin.com.my
Berikut adalah senarai pendek segala keperluan yang berkaitan dengan andaman pengantin:
Tempat duduk pengantin (semasa akad nikah) Tempah juruandam / jurusolek Khidmat penjagaan diri Pelamin dan aksesorinya Bunga pahar
Bunga manggar Bunga pegang Hiasan bilik tidur Pintu gerbang Inai Payung pengantin
33 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan An da
Hantaran
Hantaran merupakan satu elemen penting yang tidak boleh dipisahkan daripada perkahwinan orang Melayu. Sesetengah adat perkahwinan di negeri-negeri di Malaysia tidak membezakan di antara hantaran dengan maskahwin (mahar ). Ini bermakna, jumlah maskahwin yang disebutkan di dalam akad nikah adalah jumlah hantaran yang dipersetujui.
Manakala bagi kebanyakan negeri, mereka membezakan kedua-dua perkara itu. Sebagai contoh di negeri Selangor , maskahwin yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ialah RM 80. Manakala hantarannya ditentukan oleh keluarga pengantin sendiri. Untuk mengetahui adat istiadat Melayu berkaitan dengan hantaran, layari laman web ini http://malaysiana.pnm.my/01/01010203mel_bertunang.htm.
Sebagaimana yang kita maklum, hantaran juga mempunyai keunikan sentuhan seninya yang tersendiri dan ia sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Mahukan hantaran yang menarik ? Ikuti tip di bawah.
TIP hantaran “happening”! Bekas hantaran yang cantik Gabungan riben dan bunga yang elegan Ditatarias dengan profesional Mengikut peredaran masa
Satu lagi isu yang mungkin dikaitkan dengan hantaran ialah: buat sendiri atau upah penggubah hantaran? Sekiranya anda adalah seorang yang kreatif, anda boleh membuatnya sendiri.
Atau dengan cara lain, buat hantaran anda bersama-sama dengan saudara-mara atau teman-teman yang kreatif. Sekiranya perlu, serahkan sahaja tugas ini kepada mereka. Beritahu mereka apa kehendak anda (tetapi jangan sesekali mengongkong kebebasan mereka untuk berkreativiti).
Permudahkan kerja mereka dengan menyediakan gambar-gambar contoh hantaran (seperti yang anda ingini), peralatan membuat hantaran seperti gunting, gam dan sebagainya. Dengan cara membahagikan tugas, anda dapat berjimat kerana tidak perlu mengupah tenaga profesional untuk membuat hantaran. Walaubagaimana pun, semuanya terpulang kepada situasi anda.
Jangan lupa satu perkara, setelah hantaran siap, ambillah gambar setiap dul ang. Tidak berbaloi sekiranya penat lelah menggubah hantaran tidak diabadikan dalam
34 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan An da
foto. Selain menjadi kenangan, ia boleh dijadikan contoh kepada bakal pengantin yang lain seperti adik atau sepupu anda.
Dapatkan idea-idea membuat hantaran daripada kedai-kedai pengantin yang sentiasa memperbaharui rekabentuk contoh hantaran mereka mengikut g aya terkini. Antara kedai-kedai popular yang menyediakan keperluan untuk membuat hantaran terletak di Kuala Lumpur: Jalan Tunku Abd Rahman, Semua House, SSF dll . Selatan: Nilai 3, Pekan Seramik Ayer Hitam dll.
Berikut adalah senarai pendek segala keperluan yang berkaitan dengan hantaran pengantin:
Tempah penggubah hantaran Dulang hantaran Hiasan dulang Sirih junjung/ tepak sirih Potpurri Al Quran Telekung / sejadah Kain Baju (sepersalinan) Songkok Sampin Beg tangan
Tuala Jam Kasut Set peralatan solek Set penjagaan diri Buah-buahan Manisan Cokelat Kek Telur Pulut kuning
Pengapit pengantin
Kadang-kadang, kerana terlalu sibuk dengan persiapan majlis, pengantin sering terlupa untuk melantik seorang pengapit pengantin. Lantas, di“cekup“ sahaja manamana anak dara yang free pada masa itu.
Pengapit pengantin adalah seorang individu yang boleh di kategorikan sangat penting kerana pengapit akan menjaga segala kebajikan dan keperluan pengantin sewaktu majlis sedang berlangsung.
Selain daripada berada di sisi pengantin sepanjang majlis, pengapit juga bertugas untuk membantu anda menyalin pakaian, memeriksa baju, sampin dan tudung supaya sentiasa kemas. Dan secara umumnya, dia akan sentiasa menemani anda setelah solekan siap.
TIP! kelengkapan yang perlu dibawa oleh pengapit Semua kelengkapan untuk menata rias anda seperti lipstik , bedak dan cermin (mengikut tona yang anda pakai) Tisu
35 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan An da
Kad pengenalan anda dan telefon bimbit Pen dan buku nota kecil Alatan menjahit (jarum, benang dan gunting kecil) Kipas Bunga
Anda dicadangkan untuk memilih pengapit yang anda kenal dan serasi dengan anda. Dia tahu apa kehendak anda, dia juga sangat mengenali diri anda, bertanggung jawab dan anda boleh bergantung harap kepadanya untuk menjaga perkara-perkara yang tidak dapat anda lihat pada hari tersebut.
Akhir sekali, jangan lupa maklumkan kepada pengapit yang anda pilih seawal mungkin. Ini kerana, pengapit juga memerlukan masa untuk memilih busana yang sesuai bagi digayakan sewaktu majlis perkahwinan anda. Atau anda sendi ri yang akan menempah pakaian khas untuknya. Secara ringkasnya, setiap pengantin memerlukan 2 orang pengapit iaitu:
Pengapit pengantin lelaki..dan.. Pengapit pengantin perempuan
Bulan Madu
Mungkin anda terfikir bahawa, topik ini terlalu awal untuk dibincangkan. Namun begitu, sekiranya waktu bulan madu anda sangat dekat dengan tarikh majlis perkahwinan, lebih selamat jika anda dan pasangan merancangnya terlebih dahulu. Kalau tidak, kelam kabut lah bulan madu anda nanti . Antara perkara-perkara yang harus dibuat sebelum majlis perkahwinan anda ialah:
Ambil cuti Sewa kenderaan Tempah hotel Rancang aktiviti sepanjang bulan madu
36 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan An da
2. PENGURUSAN LOKASI
Kebanyakan panduan untuk memilih lokasi perkahwinan telah pun dibincangkan dengan terperinci dalam Langkah 2. Berdasarkan lokasi yang telah anda pilih dan aturcara majlis yang telah dirancangkan, semak keperluan-keperluan di bawah.
Sebagai contoh, jika dalam aturcara anda mempunyai persembahan multimedia, tentu anda memerlukan alat pemancar dan layar putih (yang tidak disenaraikan di bawah). Jika tiada dalam senarai, tuliskannya di ruang kosong yang disediakan. Berikut adalah senarai pendek segala keperluan yang berkaitan dengan pengurusan lokasi:
Sewa Lokasi
Sewa kanopi Sewa jalan Sewa dewan Sewa hotel / taman Tempah masjid (majlis akad nikah) Sewa meja dan kerusi Sistem PA Mikrofon Pembesar suara
Kipas Lampu
Hiasan lokasi
Upah penghias Hiasan meja Hiasan kerusi Alas meja Skirting Hiasan meja pengantin
TIP hiasan meja yang “happening”! Namakan setiap meja dengan nama bunga-bungaan atau pusat peranginan di Malaysia. Warna air dan alas meja mengikut warna tema majlis. Letakkan kad yang mengandungi aturcara majlis, menu makanan dan biodata pengantin lelaki dan perempuan yang ingin dikongsikan bersama dengan tetamu. Sertakan juga kad kosong untuk tetamu menuliskan ucapan peribadi kepada pengantin. Beli borong riben besar mengikut warna tema majlis dan ikatkan mengikut kesukaan anda pada setiap kerusi. Hasilnya akan tampak ekslusif. Untuk hiasan bunga di atas meja, pilih pasu pelbagai saiz dan bentuk. Isikannya dengan bunga berlainan jenis tetapi masih dalam rona yang serupa.
Untuk menghiaskan tempat, anda boleh bekerjasama dengan pihak pengurusan tempat dan katerer anda. Terdapat pelbagai idea menarik untuk menghasilkan hiasan yang ekslusif dalam majalah-majalah perkahwinan.
37 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan An da
Seperti, dekorasi pintu gerbang, menghasilkan majlis dalam taman (walaupun berada dalam dewan), penyediaan pentas atau singgah sana pengantin (bagi perkahwinan dalam taman) dsb. Dengan mendapatkan gambar yang seakan-akan dengan imaginasi anda, akan memudahkan pihak yang terlibat untuk membuat hiasan.
3. MAKANAN
Perbincangan dalam kategori ini akan terbahagi kepada 3 bahagi an: katerer, kek dan penanggah.
Katerer
Pemilihan katerer atau kumpulan gotong-royong tidak boleh dipandang remeh kerana hasil masakannya akan mencerminkan maruah keluarga tuan rumah. Jika anda tidak arif dalam hal ini, serahkan kepada ibubapa anda. Kebiasaannya, mereka ada citarasa tersendiri untuk memilih menu yang te rbaik untuk majlis perkahwinan anda.
Selain itu juga, mereka boleh mendapatkan maklumat melalui ramai kenalan yang pernah menganjurkan majlis-majlis keramaian dan menggunakan khidmat katerer. Orang-orang yang pernah menggunakan khidmat katerer t entu mempunyai cerita yang baik atau kurang baik tentang katerer tersebut. Jadi, bolehlah anda pertimbangkan katerer yang mempunyai rekod yang baik dan menolak katerer yang mempunyai rekod kurang baik.
Perkara penting sebelum mengupah katerer i alah, anda atau ibubapa anda perlu merasa dahulu masakan mereka. Perlu diingat bahawa, anda merasa masakan yang dimasak dalam kuantiti yang kecil, akan tetapi dalam majlis sebenar masakan tersebut dimasak dengan banyak. Di sinilah kebaikannya, sekiranya anda mengenali katerer tersebut melalui majlis-majlis yang pernah anda hadiri atau kenalan yang pernah bekerjasama dengan katerer tersebut. Ini akan mengurangkan risiko “bila masak banyak, tak sedap pulak ! ”
Berapa banyakkah kuantiti makanan yang harus ditempah ?
Pada kebiasaannya, jumlah makanan yang dimasak adalah 80 peratus daripada jumlah jemputan. Contohnya, jika jumlah jemputan 1000 orang, makanan yang disediakan adalah untuk 800 orang. Namun begitu, anda harus sentiasa bersedia untuk menambah kuantiti makanan di saat-saat akhir (jika perlu).
Kadang kala, jumlah tetamu yang hadir sewaktu majlis sebenar adalah di luar jangkaan anda sehingga makanan yang disediakan tidak mencukupi. Sekiranya anda merasakan bahawa hal ini boleh berlaku dalam majlis anda, sediakan rancangan B.
38 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan An da
Berundinglah dengan katerer anda untuk bersiap sedia menambah makanan sewaktu majlis sedang berlangsung. Beritahu pembantu anda untuk memaklumkan kepada katerer jika dianggarkan makanan yang tinggal tidak cukup untuk tetamu yang akan hadir. Borang penilaian katerer telah disediakan dalam Buku Gerak Kerja.
TIP harga katerer ! Kebanyakan katerer meletakkan harga berdasarkan pakej dan jumlah individu. Contohnya, Pakej A : 1 orang = RM 10. Sekiranya anda ingin tawar-menawar tetapi mereka tidak dapat menurunkan harga, mintalah mereka sediakan tawaran yang tidak termasuk dalam pakej harga tersebut seperti hiasan meja makan pengantin, pelayan tetamu dan lain-lain.
Kek perkahwinan
Bercakap tentang kek, kita bukan sahaja inginkan kek yang sedap, tetapi kita juga mahukan kek yang cantik. Kadang kala, kek juga mengikut warna tema majlis dan mempunyai lebih daripada 1 lapisan. Ada orang buat kek 3 tingkat, ada kek 5 tingkat... 7 tingkat pun ada .
Info tentang kek perkahwinan:
1)
Royal ising yang digunakan menghias kek boleh bertahan selama tiga minggu dan kek di bahagian dalamnya boleh bertahan selama seminggu.
2)
Biasanya, jenis kek yang digunakan adalah dari jenis kek coklat, mousse coklat, kek buah, suji, dan pihak pengantin boleh memilih jenis kek yang disukainya.
3)
Hiasan kek dari royal ising amat sesuai untuk perjalanan jauh kerana ia tahan lama.
4)
Untuk hantaran, berat kek antara satu setengah atau dua setengah kilogram.
5)
Harga sebiji kek antara RM130 – RM 380 mengikut berat kek dan jenis hiasan pada kek tersebut.
Elakkan masalah dengan kek!!
1)
Pastikan jarak tempat pembuat kek dengan tempat anda tidak jauh. Atau dalam erti kata yang lebih mudah, tiada masalah logistik.
2)
Pembuat kek turut menyediakan tiang kek (untuk kek bertingkat).
39 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan An da
3)
Berikan nama anda dan pasangan (untuk ditulis di atas kek) yang dieja dengan betul.
4)
Pastikan ising yang digunakan dapat bertahan lama bagi mengelakkan kek anda cair sewaktu majlis.
5)
Tugaskan seorang pembantu yang perlu mengambil kek, menjaga kek dan meletakkan kek di atas meja, supaya kek anda tidak dihurung semut atau dijamah oleh kanak-kanak sebelum pengantin sempat memotongnya .
Walaupun nampak perkara-perkara di atas ini remeh, tetapi jangan ambil ringan satu pun daripadanya! Ini kerana, tidak berbaloi ji ka anda terpaksa memeningkan kepala di hari perkahwinan nanti hanya kerana masalah KEK.
TIP kek “happening”! Berikan kek kepada tetamu dengan meletakkannya ke dalam kotak yang dihiasi reben. Kek yang paling sesuai untuk dibawa pulang oleh para tetamu mestilah jenis kek yang kering. Jenis kek yang b erkrim mungkin hanya sesuai pada majlis sahaja. Antara jenis kek yang sesuai, seperti kek bu ah, kek mentega, kek coklat dan sebagainya.
Penanggah
Bagi mereka yang tidak biasa dengan perkataan “penanggah“, ia adalah kumpulan orang yang membantu melayan tetamu di meja makan, menghidang makanan, mengemas meja selepas tetamu selesai makan, dan memberikan cenderahati kepada tetamu.
Sesetengah kampung Melayu mempunyai kumpulan penanggahnya sendiri. Kebiasaannya, ahli-ahlinya terdiri daripada kaum perempuan dan mempunyai baju kurung seragam. Namun begitu, jika tempat tinggal anda tidak mempunyai kumpulan ini, anda boleh dapatkan bantuan daripada pihak katerer. Jika tiada juga, terpaksalah anda tugaskan ahli keluarga atau saudara-mara untuk menjadi penanggah pada hari tersebut.
Berikut adalah senarai pendek segala keperluan yang berkaitan dengan makanan pengantin:
Tempah katerer Tempah tukang masak (gotong- royong) Nasi Lauk pauk Buah-buahan Minuman Kuih-muih
Kek Menu makan beradab Penanggah pengantin Penanggah tetamu Makanan untuk orang gotong royong (sebelum & selepas majlis)
40 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan An da
4. PROTOKOL
Bagi kategori ini, huraian akan terbahagi kepada 2 bahagian sahaja iaitu Cara Jemputan dan Pengurusan Majlis.
Cara Jemputan Terdapat beberapa perkara penting yang berkaitan dengan cara jemputan iaitu : 1) Senarai jemputan 2) Kad jemputan 3) Kaedah menjemput tetamu
1) Senarai Jemputan
Jika majlis anda dibuat di hotel, tentu sekali senarai je mputan anda hanya terhad kepada ahli keluarga terdekat dan teman-teman yang rapat sahaja.
Akan tetapi, untuk majlis-majlis perkahwinan selain di hotel, anda boleh menjemput hingga 1000 hingga 2000 atau lebih orang tetamu. Jumlah ini bergantung kepada hasil perbincangan yang dipersetujui oleh anda bersama ahli keluarga.
Walau di mana pun majlis anda dilangsungkan, jumlah jemputan adalah amat PENTING, kerana ia berkaitan dengan bajet, makanan, cenderahati, kad jemputan, pemilihan lokasi dan lain-lain.
Cara mudah untuk membuat senarai jemputan ialah dengan membahagikan para jemputan kepada beberapa kategori. Kategori tersebut ialah : Tetamu pengantin lelaki & perempuan, tetamu pengantin perempuan, tetamu ibubapa pengantin perempuan, tetamu pengantin lelaki, tetamu ibubapa pengantin lelaki dan tetamu adik beradik pengantin.
Bagi menghimpunkan senarai jemputan bagi kategori yang melibatkan ibubapa dan adik beradik, anda boleh meminta mereka menyediakan senarainya dan minta mereka maklumkan kepada anda jumlah kad jemputan yang diperlukan.
TIP nama kenalan tidak tercicir ! Cari maklumat (nama, alamat dan nombor untuk dihubungi) dalam semua sumber yang anda ada. Seperti : buku telefon anda (bertulis atau dalam telefon bimbit), majalah sekolah, surat/kad yang pernah diterima, business card , SMS, e-mel dan sebagainya.
41 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan An da
Sediakan satu borang senarai jemputan dalam Ms Excel yang anda boleh isi bila-bila masa anda teringat untuk menjemput seseorang. Anda boleh dapati borang Pengurus Tetamu dalam folder (Borang ini akan mengira secara otomatik tetamu yang dijemput. Anda juga boleh print borang ini untuk menampalkan nama dan alamat di atas sampul kad mereka. Selain itu, anda dapat mengesan jika ada nama jemputan yang berulang. Akhir sekali, tandakan nama mereka yang telah dijemput dengan membold kan nama mereka.)
2) Kad Jemputan Pada masakini, terdapat pelbagai jenis kad jemputan perkahwinan yang terdapat di pasaran. Namun anda tidak perlulah terlalu ghairah untuk memilih kad yang cantik. Pilihlah kad yang menepati citarasa dan bajet anda.
Selain daripada mengumpulkan direktori kad jemputan daripada iklan-iklan di media cetak dan elektronik atau pergi sendiri ke mana-mana kedai yang menawarkan khidmat ini, anda juga boleh mendapatkan maklumat daripada kenalan yang pernah menghantarkan kad jemputan yang cantik dan unik kepada anda. Mana tahu kalau-kalau anda boleh dapat rekabentuk dan harga yang istimewa.
Jika anda mahir dalam designing, anda boleh mereka kad anda sendiri. Anda boleh mendapatkan contoh melalui kad-kad jemputan yang pernah and a terima atau meminta bantuan daripada teman rapat yang suka merekacipta hasil seni kreatif menggunakan komputer. Kami dapati, rekaan kad yang terki ni sangat menarik dan kos untuk sekeping kad kurang dari RM0.50 sahaja. Dan yang lebih penting, kad yang direka sendiri mempunyai nilai apresiasi yang lebih tinggi. Tapi, jangan sesekali memakan masa yang terlalu lama sehingga tertangguh kerjakerja lain pula.
Bagi yang mahu menjimatkan bajet kad jemputan , anda boleh mengurangkan penggunaan setem, caranya : berilah kad jemputan anda dengan tangan (by hand ) untuk orang yang tinggal berdekatan, atau orang-orang yang (dijangka) akan anda temui selewat-lewatnya sebulan sebelum majlis. Manakala bagi rakanrakan yang masih boleh dihubungi melalui internet, scan kad anda dan edarkan menerusi e-mail, myspace, blog dan lain-lain.
Bagi mereka yang ingin mengelakkan pembaziran dan menghadkan perbelanjaan, bolehlah sertakan sekali kad jawapan di dalam kad jemputan anda. Bagi mereka yang akan hadir, mereka akan menghantar semula kad jawapan tersebut, beserta bilangan orang yang akan hadir ke majlis anda. Dengan itu, anda bolehlah merangka perbelanjaan anda. Tetapi awas, ada juga tetamu yang tidak menghantar semula kad jawapan tersebut, tetapi hadir ke majlis anda.
Satu lagi cara yang agak popular pada zaman i ni, menjemput tetamu melalui laman web. Anda boleh dapati pelbagai jenis laman web yang menawarkan khidmat ini. Lebih menarik kerana kadang kala ianya PERCUMA ! Contohnya seperti di www.ewedding.com.
42 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan An da
TIP kad “happening”! Untuk kesan yang lebih istimewa, pilih kad yang sesuai dan senada dengan warna pelamin atau baju pengantin anda.
3) Kaedah menjemput tetamu
Dalam masyarakat Melayu, pelbagai adab dan tatasusila yang harus dijaga termasuklah kaedah menjemput tetamu.
Ini kerana, ada tetamu yang boleh dijemput dengan kiriman kad sahaja. Ada juga tetamu yang tidak cukup dengan kiriman kad, perlu dikuatkan lagi jemputan dengan panggilan telefon. Dan yang paling penti ng sekali, terdapat sesetengah orang yang perlu dijemput dengan bersua muka.
Kenalpasti golongan terakhir ini dan mintalah bantuan ibubapa untuk menguruskan jemputan mereka. Highlight kan nama-nama orang yang perlu mereka jumpai sebelum majlis perkahwinan anda.
Jangan kerana anda terlepas pandang tentang perkara kecil seperti ini, ada orang yang bermasam muka dan terkecil hati dengan keluarga anda. Walau pada hakikatnya, kita sebagai insan biasa tidak mungkin dapat memuaskan hati semua orang. Namun, apa salahnya kalau kita cuba buat yang terbaik untuk semua .
Bagi memendekkan senarai, perkara yang menjadi keperluan anda ialah :
Senarai tetamu ibubapa Senarai tetamu sendiri Senarai tetamu adik beradik Kad jemputan
Setem Laman web Emel E-kad
Pengurusan Majlis
Kebanyakan majlis perkahwinan Melayu di Malaysia tidak mementingkan protokol dalam majlis. Bagi sesetengah orang, majlis berprotokol atau lebih dikenali dengan majlis resepsi, hanya boleh dibuat di hotel, taman, atau dewan. Namun bagi pendapat kami, walau di mana pun majlis anda dilangsungkan (terutama di rumah), anda pasti boleh selitkan slot ini. Ia cuma memerlukan sedikit usaha dan kreativiti sahaja.
Dengan merancang slot majlis seumpama ini, anda akan memperoleh LEBIH kepuasan kerana majlis anda akan nampak lebih teratur dan “ happening”! Jika anda bijak, mungkin anda tidak perlu mengeluarkan sebarang bajet untuk merealisasikan majlis formal seperti ini. Alang-alang kita telah bersusah payah membuat per siapan
43 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan An da
majlis, apa kata kita selitkan slot pendek ini (yang pasti akan meMERIAHkan suasana majlis anda).
Bagaimana untuk mewujudkan slot ini (bagi majlis selain di hotel)?
Peruntukkan satu masa yang sesuai iaitu bermula semasa ketibaan pengantin sehinggalah 1 atau 2 jam berikutnya (terpulang pada anda).
Namakan slot ini mengikut kesukaan anda. Contoh: Majlis Resepsi / Majlis Impian Faisal / Majlis Sulaman Kasih.
Tuliskan nama slot ini serta waktunya di dalam kad jemputan pengantin. Contoh: Aturcara majlis~Majlis Impian Kasih (11.00 pagi – 12.30thri), Jamuan Makan (11.00 pagi – 5.00ptg)
Apa yang anda perlukan untuk merancang slot ini?
1. Aturcara majlis
Kita telah bincangkan cara-cara menyediakan aturcara majlis dengan panjang lebar dalam langkah 3. Untuk aturcara majlis resepsi, anda perlu merancangnya dengan teliti supaya tiada kesilapan yang akan berlaku sewaktu majlis sebenar nanti. Tambahan pula, aturcara ini akan menjadi panduan kepada pengacara majlis dan penyelaras majlis (akan dibin cangkan selepas ini).
Berbekalkan imaginasi anda, di setiap tentatif yang telah disediakan dalam langkah 3, anda boleh selitkan pelbagai gaya persembahan untuk melaksanakannya.
Kami berikan 2 contoh di sini:
11.25 pagi
CONTOH TENTATIF #1 Perarakan masuk rombongan pengantin ke dalam dewan
Pelaksanaan:
“Barisan rombongan pengantin diarak masuk ke dalam dewan yang dimulai dengan 10 orang lelaki teruna berbaju Melayu dan bersampin sambil membawa dulang hantaran daripada pihak lelaki. Diikuti pula dengan ibubapa pengantin lelaki , kemudian barulah saudara-mara yang menyertai rombongan lelaki. Akhir sekali, pasangan mempelai yang diiringi oleh 2 orang pengapit .
Sementara di pintu dewan, ibubapa pengantin perempuan menunggu
44 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan An da
untuk menyambut ketibaan rombongan pengantin dan mengiringi ibubapa pengantin lelaki terus ke meja makan beradab. Selain itu, saudara-mara pihak perempuan berdiri di kiri kanan laluan tengah dewan, bagi mengalualukan kehadiran rombongan lelaki. 10 orang kanak-kanak perempuan (berdiri berselang seli di antara saudara mara) ditugaskan untuk meniup buih belon ke udara sewaktu rombongan lelaki dan pengantin masuk. Sementara tetamu-tetamu lain juga turut berdiri di tempat masing-masing sambil berselawat ke atas nabi sewaktu rom bongan pengantin memasuki dewan”.
CONTOH TENTATIF #2 12.25 tghri Pertukaran hantaran dan cenderamata (oleh ibu pengantin perempuan dan ibu pengantin lelaki)
Pelaksanaan:
“10 orang anak gadis berpakaian sedondon, berdiri menghadap para tetamu di ruang hadapan dewan sambil memegang hantaran daripada pihak perempuan. Manakala ibu pengantin perempuan bersiap sedia berdiri di bahagian akhir barisan. Pengacara majlis akan menjemput ibu pengantin lelaki untuk menerima hantaran pertama yang akan disampaikan oleh ibu pengantin perempuan. Kemudian barulah diikuti dengan jemputan kepada 10 orang wakil dari pihak lelaki untuk menerima hantaran yang diberikan oleh pihak perempuan, dan disampaikan oleh 10 orang anak gadis tadi ” .
Pelaksanaan ini tidak perlu dituliskan sepenuhnya seperti di atas. Apa yang anda perlu catatkan dalam Panduan Penyelaras Majlis dan Pengacara Majlis ialah, pergerakan setiap orang yang terlibat sewaktu setiap acara berl angsung (dalam bentuk point). Apa yang lebih penting, ia MESTI diceritakan kepada semua orang terlibat dalam acara tersebut (tulisan bold di atas) termasuk pengacara majlis dan penyelaras majlis.
Selain daripada perkara di atas, anda juga perlu memikirkan bagaimana acara ini dapat diteruskan ke acara berikutnya dengan lancar (maksudnya, acara ini tidak akan mengganggu pelaksanaan acara selepasnya). Contohnya: Ke mana 10 orang wakil dari pihak lelaki yang telah mengambil hantaran hendak pergi? dan bila 10 orang wakil pihak perempuan hendak melangkah pergi, adakah mereka akan keluar bersama-sama atau secara berasingan?
Di sinilah pentingnya KETUA bagi setiap kumpulan yang terlibat. Anda hanya perlu ceritakan secara terperinci kepada ketua kumpulan, dan mereka akan sampaikan perkara ini kepada anak buah masing-masing. Kami akan terangkan perkara ini secara lebih terperinci dalam langkah 7.
45 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan An da
2. Pengacara majlis
Untuk majlis resepsi yang berprotokol, anda perlu kan satu atau dua orang pengacara majlis. Peranan pengacara majlis dalam majlis seumpama ini sangat penting kerana beliau akan memberikan pandu arah kepada para tetamu mengenai halatuju aturcara majlis tersebut. Tanpa pengacara majlis, tentu majlis anda akan kelihatan kucar-kacir. Dengan melantik seorang pengacara majlis, majlis yang pada asalnya biasa sahaja - boleh bertukar menjadi lebih “happening”! Percayalah cakap kami..Kami telah melaluinya.
Siapakah yang boleh menjadi pengacara majlis kami?
Sesiapa sahaja (adik beradik, saudara mara, rakan-rakan), asalkan dia berbakat menjadi pengacara majlis. Sekiranya anda atau ibubapa ada mengenali dengan rapat pengacara majlis yang profesional (seperti Mahathir Lokman), mungkin anda boleh meminta bantuan daripadanya.
Kadang-kadang, DJ yang telah anda tugaskan untuk menjaga audio juga boleh menjadi pengacara majlis. Namun untuk slot yang agak formal, DJ tersebut seharusnya memakai pakaian yang formal dan berdiri di tempat yang dapat dilihat oleh para tetamu (bukan duduk di tempat DJ).
Apakah keperluan pengacara majlis?
Seorang pengacara majlis perlu diberikan skrip ucapan selewat-lewatnya sebulan sebelum majlis. Ini memberikan masa kepadanya untuk berlatih dan membetulkan skrip tersebut mengikut keselesaaan beliau. Kami akan berikan satu contoh skrip ucapan di dalam Buku Gerak Kerja.
Selain itu, pengacara majlis juga perlu diberikan taklimat aturcara majlis secara terperinci dan beliau harus mengikuti raptai penuh upacara majlis selewat-lewatnya sehari sebelum majlis berlangsung.
3. Penyelaras majlis
Bagi anda yang belum pernah berpengalaman merancang majlis, anda perlu tahu bahawa di sebalik semua acara yang berlaku dalam sesuatu majlis, terdapat seorang ko-ordinator yang berperanan menjaga dan mengawasi semua perubahan pergerakan yang berlaku pada setiap acara. Dia adalah penyelaras majlis. Atau lebih dikenali sebagai Event Manager .
Penyelaras majlis akan bekerjasama dengan pengacara majlis untuk memberi isyarat kepadanya bilakah dia boleh memulakan acara berikutnya (jika perlu ), dan apakah yang perlu diberitahu kepada tetamu sekiranya berlaku sesuatu yang tidak tertulis dalam skrip ucapan.
46 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan An da
Penyelaras majlis juga akan memastikan bahawa semua orang yang terlibat dalam acara seterusnya telah bersedia di tempat mereka sebelum acara mereka berlangsung. Sebagai contoh:
11.40 pagi 11.45 pagi 11.48 pagi
TENTATIF Ucapan aluan daripada pengacara majlis Ucapan daripada bapa pengantin perempuan Bacaan doa
Pelaksanaan:
“Sewaktu pengacara majlis sedang memberikan ucapan alu-aluan, bapa pengantin perempuan telah bersedia di bahagian hadapan dewan, untuk memberikan ucapan pada slot seterusnya. Manakala sewaktu bapa pengantin perempuan sedang memberikan ucapan, pembaca doa pula akan bersedia menunggu gilirannya” .
Dengan adanya orang yang ditugaskan sebagai penyelaras majlis, majlis anda akan berjalan dengan lebih lancar dan tidak akan berlaku adegan-adegan seperti “mana bapa pengantin perempuan ni?....sepatutnya dia kena bagi ucapan sekarang…”
Apakah keperluan penyelaras majlis?
Penyelaras majlis memerlukan salinan panduan lengkap yang menceritakan seluruh perjalanan aturcara majlis. Berdasarkan panduan tersebut, anda perlu menerangkannya satu persatu sehingga penyelaras majlis anda faham kesemuanya.
Penyelaras majlis perlu mengetahui semua perkara yang akan berlaku di majlis itu kerana beliau akan memberikan taklimat kepada semua pembantu-pembantu pengantin yang terlibat dalam majlis tersebut. Taklimat ini perlu diberikan sewaktu raptai atau selewat-lewatnya 2 jam sebelum majlis bermula.
Kerja penyelaras majlis akan menjadi lebih mudah ji ka anda sediakan walkietalkie. Namun, jika tiada pun tidak mengapa.
Walaupun nampak tugas sebagai penyelaras majlis ini agak mencabar, namun begitu ia hanya bertugas sewaktu slot majlis yang formal sahaja (antara 1 hingga 2 jam). Sebab itu, untuk memilih orang yang boleh menjadi penyelaras majlis, beliau mestilah bertenaga (energetic ), mempunyai ciriciri kepimpinan, boleh memberi arahan dan dihormati oleh pembantupembantu anda yang lain.
47 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan An da
Mmm..mungkin timbul di fikiran anda sekarang, siapakah yang boleh and a minta bantuan untuk menjadi penyelaras majlis? Kami pasti, tentu ada adi k beradik, bapa saudara, ibu saudara, sepupu anda yang berbakat dalam bidang ini. Lebih mudah jika dia adalah ahli keluarga sendiri.
Jika anda tidak dapat mencarinya, mungkin anda memerlukan bantuan orang luar. Atau sebagaimana yang dilakukan oleh sesetengah orang i alah dengan mengupah perunding perkahwinan. Namun, jangan cepat berputus asa! Teruskan mencari..
Untuk mendapatkan gambaran sebenar, satu contoh Panduan Penyelaras Majlis , boleh didapati dalam Buku Gerak Kerja.
4. Penyambut tetamu
Pada kebiasaanya, penyambut tetamu adalah wakil daripada tuan rumah sendiri atau dengan kata lain, ibubapa pengantin. Namun jika ibu bapa atau salah seorang daripadanya telah tiada, tempatnya mesti digantikan dengan orang lain yang juga merupakan ahli keluarga. Seorang penyambut tetamu lelaki, dan seorang lagi penyambut tetamu perempuan.
Secara amnya, tugas penyambut tetamu adalah berdiri di pintu masuk sambil mengalu-alukan kedatangan tetamu, menjemput tetamu makan dan mengucapkan terima kasih kepada tetamu sewaktu mereka hendak pulang.
Tugas ini juga agak meletihkan, oleh itu jangan lupa sediakan kerusi supaya mereka boleh berehat sebentar. Pastikan juga mereka telah bersarapan pagi dengan hidangan yang agak berat, kerana ada kemungkinan mereka tidak sempat untuk makan sepanjang majlis sedang berlangsung.
5. Pengiring tetamu kehormat
Pengiring tetamu berperanan untuk menunjukkan dan membawa tetamu ke tempat duduk mereka. Tetamu kehormat di sini adalah tetamu-tetamu VVIP seperti perdana menteri, menteri besar dsb. Selain itu, mereka yang dikategorikan sebagai tetamu kehormat juga adalah ibu bapa pengantin (yang datang) dan rombongannya. Untuk orang-orang seperti ini, anda perlu menugaskan pengiring-pengiring khas yang sesuai dengan mereka.
Sebagai contoh, perdana menteri, tentulah orang yang paling sesuai mengiring mereka adalah menteri atau orang yang berpangkat datuk. Namun jika tiada, ibu bapa pengantin lah merupakan orang yang paling sesuai mengiringi mereka.
Bagi ibu bapa pengantin (yang datang) dan rombongannya, orang yang paling sesuai mengiringi mereka tentulah ibubapa pengantin (tuan rumah).
48 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan An da
Namun, jika ibu bapa telah ditugaskan menjadi penyambut tetamu, dan tetamu anda dijangka akan terus datang tidak putus-putu s (bagi majlis resepsi yang memberi kebebasan kepada tetamu untuk datang pada bila-bila masa), anda perlu menugaskan orang lain yang akan membawa dan menemani ibubapa pengantin di meja makan. Selain itu, beberapa pengiring lain akan membawa tetamu kehormat yang lain (rombongan pengantin) ke meja yang telah dikhaskan untuk mereka.
Pastikan tiada seorang pun tetamu kehormat yang tidak diiringi sehingga mereka terpinga-pinga dan tercari-cari di manakah mereka harus pergi. Jika hal ini berlaku, ia sungguh memalukan tuan rumah! Seolah-olah tuan rumah tidak menghormati tetamu yang bersusah payah menghadiri majlis tersebut. Isy! Jauhkanlah ye…
6. Pemberi ucapan
Untuk menyerikan lagi majlis, beberapa orang akan dijemput untuk memberikan ucapan. Pada kebiasaannya, seorang wakil daripada pengantin lelaki, dan seorang lagi wakil pengantin perempuan.
Terdapat juga majlis yang memberi ruang kepada pasangan mempelai untuk membuat ucapan. Wow! Mesti happening!! Inilah acara yang ditunggutunggu oleh para tetamu yang hadir. Semua orang pasti gembira. Silap-silap pasangan yang sudah lama berkahwin pun turut bersemangat untuk menyegarkan kembali hubungan mereka. Dapatlah anda pahala juga..(kerana membantu orang lain hidup bahagia).
7. Pembaca doa
Dalam majlis perkahwinan orang Islam, serin gkali diselitkan dengan bacaan doa bagi memberkati lagi majlis. Jika anda mahukannya, beritahu seawal mungkin kepada pembaca doa tersebut yang anda perlukan bantuannya pada majlis anda nanti. Doa yang telah dikarang dengan baik akan menjadikan majlis berjalan dengan lebih lancar dan anda juga mendapat doa khusus daripada semua tetamu.
Jangan seperti sesetengah orang yang melantik “bidan terjun” untuk membacakan doa. Sekali lagi kami tekankan bahawa perbuatan ini seolaholah tidak menghormati si pembaca doa tersebut (yang biasanya merupakan tokoh dalam bidang agama). Kesimpulannya, hormatilah kesemua individu yang terlibat dalam majlis perkahwinan anda.
8. Perunding majlis perkahwinan (wedding planner )
Bagi majlis yang dilangsungkan di hotel atau majlis yang dihadiri oleh ramai tetamu VIP, kami nasihatkan anda untuk mendapatkan khidmat daripada pakar perunding acara majlis perkahwinan. Walaupun anda telah mempunyai perunding sendiri, buku ini tetap akan memberikan anda panduan
49 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan An da
tambahan untuk membuat beberapa keputusan penting. Namun jika anda berminat untuk menjadi perunding perkahwinan sendiri, buku ini sedia membantu anda. Untuk mengupah perunding majlis perkahwinan, mengikut pasaran di Malaysia, harga puratanya ialah RM2,500 sehingga RM5,000. Bergantung kepada perkhidmatan yang ditawarkan dan jenis-jenis perunding perkahwinan. Namun kami pernah terbaca sebuah artikel yang menulis bahawa, untuk majlis yang ekslusif bagi “orang-orang biasa”, bajetnya ialah RM65,000 untuk jemputan 800 orang. Jumlah ini mungkin merangkumi keseluruhan perbelanjaan dan upah perunding majlis perkahwinan.
Waktu yang paling ideal untuk menempah perun ding perkahwinan ialah antara 9 hingga 12 bulan sebelum tarikh majlis perkahwinan.
Berikut adalah ringkasan kepada keperluan-keperluan anda untuk bahagian majlis berprotokol:
Aturcara majlis Tempah pengacara majlis Skrip pengacara majlis Tempah penyelaras majlis Panduan penyelaras majlis Penyambut tetamu Pengiring tetamu kehormat
Panduan tempat duduk majlis resepsi Pemberi ucapan Pembaca doa Perunding majlis perkahwinan (wedding planner )
5. CENDERAHATI
Satu lagi perkara yang mungkin akan memeningkan anda adalah apakah cenderahati yang harus diberikan kepada tetamu. Pelbagai bentuk rekaan cenderahati yang biasanya diberikan kepada tetamu. Contohnya seperti telur, kek, gula-gula atau manisan, sapu tangan, potpuri, dan lain-lain.
Cenderahati ini akan diletakkan dalam bekas yang menarik seperti bunga pahar, bekas seramik atau kaca, beg kertas, beg organza, bekas yang dianyam, kotak cenderahati yang dihiasi riben dan macam-macam lagi. Anda boleh mendapatkan pelbagai idea daripada sumber-sumber yang telah kami sebutkan sebelum ini seperti kedai-kedai pengantin, majalah-majalah pengantin dan internet.
Sesetengah keluarga memberikan cenderahati yang berbeza kepada orang-orang yang tertentu. Seperti keluarga terdekat, rakan-rakan pengantin, rombongan pengantin, orang-orang yang bergotong-royong untuk kenduri, orang kenamaan dan sebagainya.
Sekiranya anda bercadang untuk memberikan cenderahati lebih daripada satu kepada orang-orang tertentu, pastikan cenderahati anda senang dibawa. Sediakan satu beg atau bekas yang dapat memuatkan semua cenderahati.
50 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan An da
Penentuan cenderahati ini juga kadang kala bergantung kepada adat resam keluarga kita. Sebagai contoh, orang jawa akan menyediakan “berkat” (bungkusan makanan) sebagai cenderahati kepada tetamu mereka. Oleh sebab itu, berbincanglah dahulu dengan kedua ibubapa sebelum menetapkan cenderahati.
Sebenarnya, cenderahati ini masih bergantung kepada bajet dan keikhlasan anda. Janganlah kerana hendak “menunjuk” kepada tetamu, poket anda kosong dibuatnya. Walaupun anda mahukan bajet yang sederhana, tetapi perlu diingat bahawa, cenderahati untuk para tetamu ini adalah satu-satunya kenangan perkahwinan anda yang dibawa pulang ke rumah. Seperkara lagi, dalam Islam pun digalakkan kita memberi barang yang baik kepada orang. Oleh itu, sudah tentu anda mahu berikan barang yang terbaik, bukan ?
Malangnya, fenomena biasa yang dapat kita lihat dalam masyarakat kita. Terdapat sesetengah tetamu membuang sahaja cenderahati yang diberikan oleh pihak pengantin (terutama sekali bekas gula-gula dan bunga pahar). Sedangkan anda telah belanjakan RM 10 untuk 1 bunga pahar !! Kalau ada 100 orang yang membuangnya, tidakkah anda rugi RM 1000 ? Oleh itu, fikirkanlah cara bagaimana untuk mengelakkan perkara ini terjadi. Berikut adalah beberapa ti ps cenderahati yang baik.
TIP cenderahati “happening”! Cantik dan menarik Unik (lain daripada yang lain) Mudah dibawa Boleh disimpan sebagai kenangan Boleh diguna semula (seperti dijadikan sebagai aksesori perhiasan rumah, kotak cenderahati dan sebagainya) Dapat memberikan manfaat dan keseronokan kepada penerima Mempunyai nama pengantin (kalau boleh, nama ibubapa sekali) Tidak melebihi kemampuan bajet anda Tidak berbeza mengikut jantina Sesuai dengan umur penerima (contoh : kanak-kanak diberikan gul agula)
Jika cenderahati anda memiliki ciri-ciri di atas, tentu tetamu anda sukar untuk membuangnya . Borang penilaian cenderahati telah disediakan dalam Buku Gerak Kerja. Berikut adalah senarai pendek keperluan anda untuk cenderahati: Tetamu Cenderahati rombongan pengantin Cenderahati tetamu istimewa Cenderahati tetamu biasa Bungkusan makanan (berkat)
Pembantu Cenderahati ibu bapa Cenderahati adik beradik Cenderahati saudara-mara/jiran Lain-lain
51 Hakcip ta Terpelihara ImpianPengant in.com
10 Langkah Bijak Merancang Merancang Majlis Perkahwinan An da
6. RAKAMAN MEMORI
Fotografi
Pasti anda tidak mahu terlepas detik-detik manis yang berlaku sekali sahaja seumur hidup. Pelbagai cara boleh digunakan untuk merakamkannya, dan salah satunya adalah melalui fotografi.
Adakalanya, pasangan pengantin sanggup berhabis duit ribuan ringgit hanya untuk fotografi sahaja. Persoalannya, adakah jumlah wang ringgit yang dibayar adalah setimpal dengan hasil kerja jurufoto anda ?
Di sini, kami selitkan sebuah artikel yang ditulis oleh Hasnuddin Abu Samah. Samah.
Bagaimana Memaksimumkan Peranan Jurugambar Anda. Anda .
Sudah menjadi kemestian ketika ini, setiap majlis perkahwinan pasti memerlukan perkhidmatan jurugambar untuk merakam detik-detik manis hari bahagia pasangan mempelai. Biasanya, jurugambar profesional akan diu pah bagi melaksanakan tugas penting ini. Harganya boleh mencecah ribuan ringgit. Persoalannya, apakah yang anda perlu lakukan untuk mendapat hasil yang setimpal dengan wang yang telah anda belanjakan?
Pertama sekali, anda perlu memilih jurugambar yang terbaik berdasarkan bajet dan citarasa anda. anda. Dapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh supaya boleh supaya anda benar-benar faham tentang apa yang bakal anda perolehi. Nyatakan kehendak anda kepada jurugambar dan jurugambar dan pastikan beliau menulis apa yang telah dipersetujui bersama. bersama . Perbincangan awal ini amat penting kerana ianya akan memberi kesan kepada seluruh proses selepas ini.
Baiklah, sekarang anda telah mendapatkan jurugambar yang terbaik pilihan anda. Beliau semestinya seorang yang profesional dan anda yakin akan kebolehannya. Jurugambar anda sepatutnya tahu apakah tugas-tugas beliau. Tetapi, beliau. Tetapi, dengan sedikit peranan dari pihak anda sendiri, anda boleh memaksimumkan peranan jurugambar anda.
Sepanjang pengalaman kami sebagai jurugambar perkahwinan, kami mengakui sehandal mana pun seseorang jurugambar itu, beliau tidak akan dapat menghasilkan gambar yang hebat tanpa adanya beberapa faktor penti ng yang lain.
Contohnya, cuba bayangkan bagaimana agaknya hasil gambar yang dirakam sekiranya sepanjang majlis perkahwinan, pengantin perempuan kelihatan kelam kabut dan bermasam muka?
52
10 Langkah Bijak Merancang Merancang Majlis Perkahwinan An da
Rancang dengan teliti aturcara majlis perkahwinan anda. Beri ruang masa yang selesa untuk setiap acara. acara . Dapatkan tenaga kerja yang mencukupi bagi mencukupi bagi menguruskan majlis anda dari peranan kecil hinggalah yang besar. Lebi h baik lagi jika anda boleh melantik seorang pembantu untuk berurusan dengan jurugambar. jurugambar. Maklumkan dengan terperinci tentang aturcara majlis kepada jurugambar anda. anda. Dengan ini, majlis anda akan berjalan l ancar dan gambar majlis anda akan dapat dirakam dengan sempurna.
Pasangan pengantin perlu mendapat rehat yang cukup sebelum cukup sebelum majlis perkahwinan. Serahkan segala urusan untuk majlis perkahwinan kepada orang yang anda percayai. Anda cuma ada satu peranan penting pada majlis perkahwinan anda, iaitu – bergembira!
Masa terbaik untuk merakam gambar potret adalah sejurus selepas pengantin siap dimekap. dimekap. Anda perlu mengatur masa supaya jurugambar sempat merakam gambar potret anda sebelum sesuatu acara bermula. Biasanya, bermula. Biasanya, untuk acara resepsi di hotel, pasangan pengantin akan kesuntukan masa untuk merakam gambar potret kerana akan digesa turun ke dewan. Alasan yang akan diberi ialah, i alah, “tetamu kehormat sedang menunggu” atau “lepas bersanding nanti kita kita bergambar”.
Tetapi, sebagai jurugambar yang menjalankan tugas, kami akan menjelaskan, “harap tetamu kehormat boleh menunggu menunggu 5 minit kerana kerana anda raja sehari perlu bergambar untuk kenangan seumur hidup, dan jika gambar potret anda dirakam selepas tamat majlis, anda akan kelihatan letih dan sudah hilang seri.” seri.” Kaming sekali jika saat penting dan ceria i ni tidak dapat dirakam. Matlamat jurugambar hanyalah untuk menghasilkan menghasilkan gambar yang terbaik untuk anda.
Ada pengantin yang kekok apabila berhadapan dengan kamera. Anda boleh jadikan diri anda lebih cantik di dalam gambar dengan sedikit latihan. Lihat wajah anda di dalam cermin dan berlatihlah untuk senyum. senyum. Senyum yang bagaimanakah akan membuatkan anda kelihatan lebih cantik. Bayangkan diri anda adalah seorang model. Dapatkan ekspresi wajah yang pelbagai untuk anda lakukan ketika bergambar nanti. Anda juga perlu berlatih untuk „posing‟. „posing‟. Rujuk majalah untuk majalah untuk mendapat idea. Namun, yang paling penting sekali, anda hendaklah menjadi diri anda sendiri dan berasa selesa dengan penampilan anda.
Setelah majlis anda selesai, biasanya jurugambar akan mengambil masa di antara satu hingga 2 minggu untuk menyiapkannya. menyiapkannya. Ini termasuklah proses suntingan, cetakan, penyusunan dalam album dan sebagainya. sebagainya. Kerja ini perlu dilakukan dengan teliti bagi menjamin kualiti yang baik. Oleh itu, janganlah menggesa supaya gambar anda disiapkan lebih cepat dari masa yang dijanjikan kerana ianya akan memberi kesan kepada kualiti gambar anda. Sumber: http://www.adan.biz/index.htm
53
10 Langkah Bijak Merancang Merancang Majlis Perkahwinan An da
TIP foto “happening “happening”! ”! Jika mahukan himpunan gambar perkahwinan anda nampak lebih retro, retro, pilih rakaman memori dalam rona sefia, dan gunakan motion shots. shots. Ia lebih cantik berbanding posing berbanding posing potret. potret. (Anda boleh dapatkan contoh gambar-gambar seperti ini dalam website jurugambar perkahwinan yang terdapat banyak di www.syokkahwin.com dan www.syokkahwin.com dan www.fotopages.com
Bagi memudahkan pengurusan, kami turut bersetuju dengan cadangan Hasnuddin Abu Samah supaya Samah supaya anda melantik seorang pembantu untuk berurusan dengan jurufoto. jurufoto. Maklumkan dengan terperinci tentang aturcara majlis kepada pembantu jurufoto serta jurufoto anda. Berikan mereka mereka salinan panduan fotografi dan fotografi dan aturcara selewat-lewatnya aturcara selewat-lewatnya 2 minggu sebelum majlis. Di dalam Buku Gerak Kerja, kami telah sediakan panduan fotografi.
Terdapat juga sesetengah juruandam yang turut menawarkan pakej fotografi. Pastikan mereka mempunyai hasil kerja yang berkualiti sebelum anda menempah perkhidmatan mereka. Mungkin juga dengan mendapatkan pakej seperti ini, anda boleh berjimat.
Walau apa pun, selidik dahulu. Jangan terus buat keputusan sebelum melihat tawaran daripada pihak lain. Borang penilaian jurufoto telah disediakan dalam Buku Gerak Kerja. Manakala senarai keperluan untuk fotografi adalah seperti berikut:
Tempah jurufoto Panduan fotografi Lantik pembantu jurufoto
Videografi
Ada sesetengah orang yang lebih mengutamakan fotografi berbanding videografi. “Foto “Foto sahaja cukuplah..buat apa nak ambil video? ”..Bagaimana ”..Bagaimana pula dengan anda? Artikel di bawah akan membantu anda untuk membuat keputusan be rkaitan videografi.
Panduan Memilih Videografer
Berikut adalah merupakan soalan-soalan lazim yang sering ditanya oleh bakal pengantin mengenai rakaman video di hari yang paling istimewa buat mereka iaitu video perkahwinan.
Kenapa Video?
Tiada ulangan yang dapat anda gantikan saat-saat kegembiraan dan keceriaan satu-satunya majlis yang bersejarah dalam seumur hidup anda.
54
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan An da
Tiada ulangan yang dapat anda gantikan memori yang terhasil dari setiap sudut, setiap bunyi dan setiap perasaan di sepanjang kemeriahan majlis perkahwinan anda.
Hanya video yang dapat membuatkan anda menghayati kembali setiap detik i ndah bersama saudara-mara, rakan taulan dan juga yang terkaming. Mengimbas kembali perasaan anda di waktu itu. Menyegarkan kembali detik l afaz akad nikah mungkin setahun selepas itu... atau sepuluh tahun kemudian. Video akan merakamkan segalanya... keriuhan dan kesibukan saudara-mara yang membantu, kegembiraan yang jelas terpapar di wajah kedua-dua i bu bapa, gelak ketawa dan usik mengusik teman serta para tetamu yang hadir. Semua ini akan segar untuk selamanya.
Bolehkah kawan atau saudara mara merakamkan video perkahwinan k ami?
Boleh, jika anda tidak kisah dengan hasil kerja dan kualiti video perkahwinan anda. Semua orang boleh merakamkan video, tetapi bukan semua orang boleh menghasilkan video yang seronok ditonton.
Menghasilkan video yang baik memerlukan pengalaman yang bertahun -tahun lamanya. Perubahan teknologi yang pesat dan kian canggih juga memperlihatkan berbagai peralatan video yang berkualiti tinggi untuk membenarkan videografer profesional menghasilkan hasil kerja video yang benar-benar b erkualiti dan menarik.
Mungkin benar sesetengah orang mengatakan..."baik ada daripada tiada" (takpe! abang kami boleh rakamkan untuk kami). Tetapi pernahkah anda terfikir bahawa apa gunanya video yang dirakamkan tersebut jika ianya tidak seronok di tonton, malah boleh pening kepala jika ditonton lama-lama. Mungkin ini yang akan kita dengar... Err..seganlah nak pinjamkan video kahwin kami kat awak.
Bagaimanakah hendak memilih videografer yang BAIK?
Sesetengah orang mungkin tidak mengambil berat soalan ini, malah mungkin tidak langsung memikirkannya. Mereka tidak pernah menyangka bahawa kesilapan memilih videografer boleh membuatkan mereka menyesalinya seumur hidu p. (Berdasarkan dari penyelidikan dan pengalaman). Tiada apa lagi yang dapat dilakukan sekiranya video yang dirakamkan terlalu goyang, suara tidak jelas, warna yang pelik seperti kulit muka terlalu merah/ungu, dan yang paling teruk sekali terlepas detik-detik penting seperti lafaz akad nikah, berarak dan sebagainya.
Gunakan kriteria di bawah semasa menilai dan memilih videografer perkahwinan anda:
1)
Videografer sepatutnya memiliki dan tahu menggunakan kamera yang berkualiti tinggi untuk menghasilkan visual dan audio yang baik (jelas, terang dan warna yang hidup)
55
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan An da
2)
Videografer sepatutnya tahu menggunakan alat penataan cahaya (lighting equipment ) dengan baik bagi menghasilkan visual yang jelas dan terang.
3)
Videografer sepatutnya kreatif dalam merakamkan video dari pelbagai sudut yang menarik.
4)
Dan yang paling penting sekali, pastikan anda melihat/tonton contoh hasil kerja video perkahwinan yang pernah dibuat oleh videografer tersebut, bagi memastikan anda tahu kualiti yang bagaimana bakal anda perolehi bagi video perkahwinan anda kelak.
Gunakan kriteria di bawah untuk menilai contoh hasil kerja videografer:
1)
Adakah video tersebut mempunyai jalan cerita yang menarik dan tersusun? Ini penting kerana video yang tidak menarik akan membuatkan anda cepat merasa bosan. Apatah lagi saudara dan rakan-rakan anda.
2)
Adakah video tersebut mempunyai sentuhan suntingan yang kreatif, baik dari segi pemilihan lagu, kesan khas(effect) dan pemilihan visual yang menarik?
3)
Adakah videografer mempunyai pelbagai contoh sesuai mengikut majlis dan kehendak citarasa anda? Terdapat berbagai jenis majlis perkahwinan yang berlainan situasinya seperti majlis akad nikah di rumah atau di masjid, bersanding di hotel/rumah/taman dan sebagainya.
4)
Adakah video tersebut mempunyai keistimewaan tambahan seperti video klip gambar-gambar pasangan dari kecil hinggalah bercinta, video klip perkahwinan anda dan yang paling penting - adakah dikenakan bayaran tambahan untuk video tambahan tersebut?
Berapakah bayaran untuk perkhidmatan video perkahwinan? Harga sebenarnya bergantung kepada citarasa anda. Kebanyakan videografer mempunyai pakej harga yang bersesuaian dengan perkhid matan yang diberikan oleh mereka. Terpulang juga berapa penting dan bermaknanya sebuah video perkahwinan anda kepada diri anda sendiri serta generasi anda di kemudian hari. Terdapat berbagai harga dari berbagai videografer yang ada pada masa kini.
Peringatan... rakaman video perkahwinan anda adalah merupakan satu pembelian yang paling penting dan bermakna buat diri anda. Jangan pilih harga!. Pilih kualiti. Tiada penyesalan yang lebih teruk dari memiliki sebuah perkahwinan yang telah menelan belanja besar tetapi dirakamkan dengan teruk oleh video perkahwinan yang murah. Sumber: http://www.smartgeneration.com.my/
56
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan An da
Dengan artikel ini, kami berharap anda dapat membuat pilihan juruvideo yang tepat. Bagi memudahkan kerja anda, dapatkan borang penilaian juruvideo dal am Buku Gerak Kerja.
TIP video “happening”! Untuk mendapatkan jalan cerita yang menarik dan tersusun, lantik seorang pembantu juruvideo / pengacara yang ditugaskan untuk menceritakan peristiwa yang sedang berlaku dalam video tersebut.
Bukan itu sahaja, pengacara tersebut juga boleh menemuramah ibubapa anda, saudara mara dan rakan-rakan tentang apa sahaja topik yang berkaitan dengan perkahwinan anda. Seperti: Ucapan khas untuk pengantin, pantun, lagu dan sebagainya. Libatkan ramai orang dalam pembi kinan video tersebut supaya semua orang yang menonton terhibu r. Selain berbakat, pastikan pengacara anda juga mengenali siapakah orang-orang yang mesti ditemuramah.
Berikan panduan video dan aturcara majlis kepada juruvideo dan pengacara supaya mereka tidak tertinggal detik-detik penting yang anda mahu ianya dirakamkan.
Berikut adalah senarai keperluan untuk videografi yang anda boleh dapatinya juga dalam Buku Gerak Kerja:
Tempah juruvideo Panduan juruvideo Lantik pembantu juruvideo
57
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
7. HIBURAN
Tidak sempurna sesebuah majlis perkahwinan itu tanpa sebarang hiburan.Tujuan asal hiburan ini diadakan adalah untuk menggembirakan tetamu yang hadir.
Namun, alangkah baiknya juga jika hiburan tersebut dapat menyampaikan mesej yang positif seperti, bagaimana membentuk keluarga bahagia, bagaimana menyemarakkan kembali cinta setelah lama berumahtanga dsb. Sekurang-kurangnya tetamu yang pulang dari majlis anda bukan sahaja membawa buah tangan, malah mereka membawa satu pengajaran berharga yang dipelajari daripada majlis anda.
Adakalanya tuan rumah menyediakan set karaoke yang dikatakan dapat menghiburkan para tetamu. Namun, benarkah begitu?.. Bagaimana jika suara penyanyi karaoke itu sumbang sehingga menyakitkan telinga para tetamu? Adakah berbaloi bajet anda disalurkan ke hiburan seumpama ini?..Tepuk dada tanya selera. Jika anda sendiri tidak suka menghadiri majlis perkahwinan seperti ini, tentu tetamu anda juga tidak sukakannya.
Anda lah yang bertanggung jawab memilih hiburan yang paling sesuai untuk majlis anda. Hiburan ini boleh didatangkan dalam bentuk persembahan fizikal seperti formasi kompang, silat pengantin, cabutan nombor bertuah atau secara audio seperti lagu-lagu dan nasyid. Atau secara visual melalui persembahan multimedia.
TIP hiburan yang “happening”! Programkan lagu-lagu pilihan anda berdua dalam iPod atau pemain MP3, dan sewa sistem audio untuk membolehkan tetamu berkongsi menikmatinya.
Pastikan pembesar suara tidak berada terlalu dekat dengan tetamu sehingga boleh mengganggu perbualan mereka.
Hormati waktu solat dengan memainkan audio zikir-zikir munajat dan azan apabila tiba waktu solat.
Sepertimana perkara-perkara lain, anda juga memerlukan pembantu yang menguruskan hiburan. Untuk persembahan audio, sesetengah orang memilih DJ untuk menceriakan majlis. Namun ada juga sesetengah orang yang sukakan suasana yang lebih tenang, memilih untuk memasang lagu-lagu sentimental dan romantis sahaja.
Jika anda memilih pilihan kedua, anda tidak perlu mengupah DJ kerana anda sudah ada iPod atau pemain MP3. Namun anda tetap perlu menugaskan seseorang untuk menjaga kelengkapan audio ini untuk mengelakkan sebarang masalah atau kecurian. Bagi memudahkan kerja, anda perlu memberikan mereka satu salinan panduan DJ atau jurumedia (boleh didapati dalam Buku Gerak Kerja).
58
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
Bagi persembahan fizikal pula, anda perlu menyediakan seorang pembantu yang mengawasi setiap kumpulan yang membuat persembahan. Pembantu ini akan berurusan dengan kumpulan tersebut sepanjang majlis berlangsung. Ini sangat penting untuk mengelakkan kumpulan persembahan anda terpinga -pinga kerana tidak tahu kepada siapa mereka harus rujuk jika terdapat sebarang persoalan.
Walau apa jua persembahan yang anda pilih, jangan lupa senaraikan semua keperluan teknikalnya. Contoh, jika anda mahu menayangkan multimedia, anda perlukan komputer, pembesar suara, alat pemancar dan l ayar putih. Tuliskannya dalam senarai keperluan pengurusan tempat (sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini).
Berikut adalah senarai hiburan yang anda pilih. Potong mana-mana hib uran yang tidak diperlukan dan tambahkan senarainya jika anda mempunyai hiburan-hiburan lain.
DJ Formasi kompang Silat pengantin Kumpulan marhaban / berzanji Persembahan multimedia
8. PENGINAPAN TETAMU
Tetamu yang memerlukan penginapan adalah :
1. Saudara mara atau kawan-kawan yang datang daripada jauh dan bercadang untuk menginap di tempat anda.
Pada kebiasaannya, mereka ini lebih selesa tidur di rumah anda kerana mereka mahu membantu menyiapkan kerja-kerja yang perlu dil akukan di saat-saat akhir. Oleh itu, pastikan bantal, tilam dan selimut mencukupi unt uk semua tetamu. Letakkannya di satu tempat supaya anda mudah mencarinya nanti. Jangan lupa untuk memastikan kesemua alat kelengkapan ini berada dalam keadaan yang bersih.
Sekiranya jumlah tetamu terlalu ramai dan dianggarkan rumah anda tidak dapat menampung semua orang, anda perlu menyediakan tempat penginapan back up. Seperti, menyewa satu rumah yang berd ekatan dengan rumah anda atau menumpangkan beberapa orang ke rumah-rumah jiran yang rapat dengan keluarga anda (jika jiran anda mengizinkannya).
2. Keluarga rombongan pengantin
Anda perlu mencarikan penginapan untuk mereka sekiranya mereka perlu bermalam di tempat anda atau berehat seketika sebelum dan selepas majlis.
59
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
Kedua-dua jenis penginapan ini boleh diuruskan seawal mungkin, oleh itu jangan tangguhkannya. Anda hanya perlu pastikan kembali bahawa tiada masalah dengan tempat penginapan sebulan sebelum majlis berlangsung. Paling PENTING ! Tugaskan beberapa orang pembantu yang menguruskan penginapan tetamu sewaktu majlis anda nanti (akan dibincangkan dalam langkah 7).
Secara ringkasnya, berikut adalah keperluan untuk penginapan :
Tempah hotel atau rumah tamu (saudara mara) Tempah hotel atau rumah tamu (rombongan pengantin) Tilam / alas tempat tidur Bantal Selimut
9. PENGANGKUTAN
Beberapa jenis pengangkutan perlu ditempah atau disewa seawal mungkin meskipun ia hanya akan digunakan untuk majlis bertandang. Anda tidak akan rugi jika menempahnya awal, tetapi anda mungkin tidak boleh mendapatkan kenderaan yang sesuai dan selesa jika anda menempahnya lewat.
Jika majlis anda dilangsungkan bukan di kawasan rumah, anda memerlukan kenderaan untuk membawa pengantin dan perlu ada satu kenderaan khas yang bersiap sedia untuk kecemasan, membawa warga emas dan kanak-kanak pulang. Seperti yang lain, anda juga memerlukan seorang pembantu yang mengatur pengangkutan untuk mereka yang memerlukan.
Antara jenis pengangkutan yang diperlukan adalah:
Sewa kenderaan (perjalanan pergi balik rombongan ke majlis bertandang) Sewa kenderaan (hantar dan ambil pengantin dari tempat majlis) Kereta khas (untuk kecemasan / warga emas / kanak-kanak)
Kita rehat sebentar..Lakukan TINDAKAN 4: Sediakan senarai semak keperluan Majlis Perkahwinan Impian anda dalam Buku Gerak Kerja.
60
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
Langkah 5
“Uruskan Bajet”
Setelah mengikuti langkah 4, anda pasti sudah pun mempunyai satu senarai semak semua barang keperluan yang lengkap. Sebelum anda mula mencari barang-barang tersebut, menempah perkhidmatan yang diperlukan dan sebagainya, ada baiknya anda merancang bajet terlebih dahulu.
Tujuannya ialah untuk mengelakkan diri daripada berbelanja terlalu berlebihlebihan sehingga boleh menimbulkan pembaziran. Jika kita in gat kembali langkah 1, matlamat asal majlis perkahwinan adalah untuk meraikan pengantin, menghiburkan diri, merapatkan hubungan silaturrahim dan yang seumpama dengannya. Oleh sebab itu, kita tidak mahu majlis ini bertukar menjadi kesengsaraan disebabkan terpaksa membayar banyak hutang setelah selesai majlis.
Majlis perkahwinan seperti ini tentu sekali tidak dibenarkan oleh Islam kerana menimbulkan kesusahan dan kemudharatan bagi pihak yang menganjurkannya. Firman Allah yang bermaksud:
“ Janganlah kamu menghambur-hamburkan hartamu secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara syaitan.” (Surah Al Isra‟: ayat 26-27)
Justeru itu, penting untuk anda mempunyai satu bajet be rtulis. Dengan adanya pengurusan bajet yang sistematik, anda akan dapat mengesan aliran tunai dengan mudah. Selain itu, anda juga dapat merancang penjimatan yang boleh digunakan untuk membayar pinjaman (sekiranya ada).
Di akhir belanjawan ini, anda akan dapat mengetahui: 1. Jumlah penjimatan (Jumlah Pendapatan tolak Jumlah Perbelanjaan) 2. Di mana dan berapa jumlah hutang tertunggak ( Jumlah pendapatan kredit) 3. Cara untuk menjimatkan wang dalam belanjawan akan datang (contoh: untuk majlis perkahwinan adik anda atau untuk belanjawan bulanan keluarga “baru” anda )
Bagi memudahkan anda menguruskan bajet majlis perkahwinan, kami telah sediakan sebuah Pengurus Bajet yang dijalankan sepenuhnya menggunakan perisian Ms Excel . Ia mudah, cepat dan tepat! Anda hanya perlu memasukkan data sekali sahaja dan akan dapat melihat hasilnya secara automatik.
61
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
Pengurus Bajet ini boleh didapati dalam folder dan ia mempunyai 3 halaman utama. Berikut adalah screen shot dan panduan menggunakan Pengurus Bajet majlis perkahwinan anda.
Halaman 1: Pendapatan
Halaman 2: Perbelanjaan
Klik di sini untuk ke halaman 2
62
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
Halaman 3: Rumusan
Klik di sini untuk ke halaman 3
Bagaimanakah cara untuk menggunakan Pengurus Bajet ini? Caranya mudah sahaja..Anda hanya perlu mengikuti langkah demi langkah yang akan kami tunjukkan selepas ini. Mula-mula, anda perlu merancang bajet terlebih dahulu.
Langkah 1 : Mengisi anggaran pendapatan. Buka halaman “Pendapatan”. Isikan jumlah pendapatan tunai yang anda anggarkan akan diperolehi untuk bajet majlis ini. (Untuk memasukkan jumlah; Klik pada ruang yang dikehendaki > taip angka (tanpa titik perpuluhan) > tekan Enter ). Lihat contoh di bawah:
Isikan jumlah di sini
63
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
Lihat! Jumlah keseluruhan pendapatan anda akan keluar secara automatik.
Kemudian, isikan jumlah anggaran pendapatan kredit pada ruangan yang sama di bahagian bawah.
Dalam kes ini, penganjur majlis tidak bercadang untuk membuat sebarang pinjaman. Jadi, biarkan sahaja ruangan tersebut kosong.
64
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
Jika anda perasan, di bahagian atas sekali terdapat jumlah pendapatan anggaran yang dikeluarkan secara otomatik.
Jumlah tersebut ialah jumlah anggaran pendapatan tunai + anggaran pendapatan kredit (RM 25,000.00 + RM 0.00 = RM 25,000.00)
Langkah 2: Mengisi anggaran perbelanjaan. Buka halaman “Perbelanjaan”. Sama seperti cara mengisi anggaran pendapatan, isikan anggaran perbelanjaan yang akan dibuat dalam ruangan yang disediakan. Lihat contoh di bawah:
Isikan jumlah di ruang ini
65
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin Perkahwin an An da
Di bawah setiap kategori, terdapat jumlah keseluruhan perbelanjaan kategori tersebut yang dikeluarkan secara automatik.
Klik di sini
Setelah anda masukkan kesemua anggaran untuk ke perbelanjaan untuk setiap kategori, jumlah keseluruhan anggaran perbelanjaan akan perbelanjaan akan terpapar secara automatik di halaman 2 bahagian atas halaman.
66
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin Perkahwin an An da
Setelah selesai, buka halaman “Rumusan” untuk memastikan jumlah baki wang yang masih tinggal.
Berdasarkan rumusan di atas, graf menunjukkan bahawa jumlah pendapatan melebihi jumlah perbelanjaan dan baki wang yang yang tinggal adalah RM2,150. Ini menandakan menandakan bahawa perbelanjaan dalam bajet ini masih terkawal. terkawal. Untuk menghasilkan perancangan bajet yang baik, sentiasa pastikan jumlah pastikan jumlah anggaran perbelanjaan anda TIDAK melebihi jumlah anggaran pendapatan. pendapatan. Namun begitu, kadangkala perkara ini terjadi:
Dalam gambarajah di atas, jumlah anggaran perbelanjaan telah melebihi jumlah pendapatan. Ini menyebabkan jumlah bakinya dipaparkan dalam bentuk negatif. Jika hal ini berlaku, anda mempunyai 2 pilihan. Pertama; tambahkan jumlah pendapatan atau pendapatan atau kedua; kurangkan perbelanjaan. perbelanjaan.
Langkah 3: Print perancangan perancangan bajet anda.
67
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin Perkahwin an An da
Print dan dan masukkannya ke dalam Buku Gerak Kerja anda. Tujuannya adalah supaya anda sentiasa mengikuti perancangan bajet tersebut bajet tersebut dan untuk memastikan perbelanjaan anda tidak over-badget . Setelah selesai kesemua langkah di atas, boleh lah anda mula membeli-belah. Dalam syok bershopping bershopping,, jangan lupa simpan resit barang-barang yang telah dibeli. Sebab resit-resit tersebut sangat berguna untuk l angkah seterusnya.
Langkah 4: Masukkan jumlah pendapatan dan perbelanjaan sebenar. Menggunakan borang yang sama, isikan jumlah pendapatan sebenar ke ruangan yang telah disediakan. Lihat contoh di bawah:
Isikan jumlah di sini
Jumlah sebenar tidak semestinya sama dengan jumlah anggaran. Jumlah sebenar adalah pendapatan yang benar-benar anda perolehi. Sebagaimana contoh di atas, penganjur sebenarnya tidak bercadang menggunakan kad kredit. Namun dalam situasi yang sebenar, dia telah menggunakannya. Cara yang sama turut digunakan untuk mengisi halaman “Perbelanjaan”. Lihat contoh Lihat contoh di bawah:
Isikan jumlah di sini
68
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
Katakan pada 30/3/2008, anda telah memasukkan jumlah RM 50 untuk p erbelanjaan bunga pahar. Manakala pada 30/4/2008, anda ingin menambah RM 10 kepada jumlah tersebut. Caranya begini:
1. Klik pada jumlah sebenar bunga pahar.
69
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
2. Taipkan di formula bar seperti ini:
3. Tekan Enter . Secara automatik, komputer akan menambahkan jumlah tersebut.
Dengan menggunakan teknik yang sama, anda boleh menambahkan lebih daripada 1 jumlah. (Contoh : =50+10+10+5+10 > Enter > RM 85.00) Setelah anda masukkan kesemua perbelanjaan untuk setiap kategori, jumlah keseluruhan akan terpapar secara automatik di bahagian atas halaman.
Langkah 5: Analisa bajet anda. Untuk menyemak samada wang anda masih mempunyai baki atau tidak, sila lihat halaman “Rumusan”.
70
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
Anda boleh membuat semakan dari semasa ke semasa supaya perbelanjaan yang dibuat tidak melebihi pendapatan atau baki wang telah bertukar ke jumlah negatif. Berdasarkan kes ini, penganjur masih mempunyai jumlah baki RM 1,285. Dengan wang baki ini, penganjur boleh melangsaikan hutang kad kredit yang telah dibuat sebelum ini.
Bagi anda yang mungkin agak sibuk, masukkan jumlah perbelanjaan yang telah dibuat pada setiap akhir bulan. Ia hanya memakan masa tidak lebih 15 minit sahaja (bergantung kepada kuantiti data).
Dengan adanya pengurus bajet ini, secara tidak langsung anda akan dapat mengelakkan diri daripada dibebani hutang selepas majlis selesai dan mendapat pelbagai manfaat lagi sebagaimana yang telah dihuraikan di awal bab ini.
71
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
[PENTING!] Buat pinjaman untuk perbelanjaan majlis perkahwinan???
Pada masakini, kebanyakan pasangan pengantin memilih untuk membuat pinjaman daripada bank atau menggunakan kad kredit bagi membeli kelengkapan majlis perkahwinan. Adakah amalan kewangan seperti ini dibolehkan? Apa kata anda?
Secara peribadi, kami dapat rasakan yang hal ini mungkin boleh menyentuh sensitiviti sesetengah pihak. Namun begitu, jika ada orang yang bertanyakan pendapat kami, kami lebih suka katakan yang kami kurang bersetuju dengan amalan ini.
Bagi kami, menganjurkan majlis perkahwinan yang besar bukanlah satu perkara yang wajib. Nabi saw sendiri tidak pernah membebankan umatnya untuk mengadakan majlis perkahwinan berdasarkan sabdanya: “Adakanlah majlis walau hanya dengan seekor kambing
”
Oleh itu, adakanlah majlis perkahwinan mengikut kemampuan anda dan keluarga. Sekiranya seseorang itu terpaksa membuat pinjaman, ini bermakna majlis tersebut sudah berada di luar kemampuan beliau. Jika begitulah situasinya, adalah lebih baik sekiranya dianjurkan majlis yang kecil sahaja untuk menjamu sanak saudara terdekat dan rombongan pengantin yang datang.
Namun begitu, jika keadaan terlalu mendesak sekalipun, pinjamlah wang daripada mereka yang tidak mengenakan “bunga” seperti ibu bapa atau ahli keluarga. Ini kerana, implikasi daripada membayar “bunga” pinjaman mungkin boleh menjejaskan pengurusan kewangan anda selepas berumahtangga nanti. Takut-takut kerana tidak dapat bayar hutang bank, kita suami isteri pula yang bergaduh. Ini tidak mustahil dan ianya sudah pun berlaku.
Selain daripada pinjaman bank, salah satu cara pinjaman yang agak popular pada masakini ialah kad kredit. Bukan tak boleh gunakan kad kredit. Boleeehhh, tetapi ada caranya. Di sini, kami ingin berkongsi sedikit tip amalan berbelanja menggunakan kad kredit.
1. Gunakan kad kredit hanya apabila anda mempunyai duit tunai untuk membayarnya sebaik sahaja penyata bank sampai ke rumah. (bukan selagi tak sampai had kredit, selagi itulah kad itu digunakan-ini SALAH!) 2. Gunakan kad kredit untuk tujuan keselamatan. (Guna kad kredit kerana tidak mahu membawa wang tunai yang banyak dalam beg)
3. Bayar hutang kad kredit sepenuhnya (bukan jumlah minimum yang dicadangkan!) sebelum tarikh tamat tempoh pembayaran. Ini adalah untuk mengelakkan faedah yang tinggi memandangkan interest kad kredit adalah faedah pinjaman TERtinggi. Ia boleh mencecah sehingga 18% setahun. Sekaligus boleh mengelakkan diri daripada terlibat dalam riba‟.
72
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
Tidak kiralah berapa had maksimum kad kredit anda, sekiranya anda mengikuti ke 3-3 tip di atas, anda pasti akan SELAMAT. Amalkan kaedah ini sepanjang hidup anda dan yang penting, ajarkanlah ia kepada anak-anak dan sesiapa sahaja yang anda kamingi. (Untuk makluman anda, tip ini telah diajarkan oleh bapa kami )
Kembali bercerita tentang isu pinjaman untuk majlis perkahwinan..
Ketahuilah bahawa, kehidupan selepas perkahwinan boleh jadi LEBIH panjang daripada kehidupan sebelumnya. Kita akan perlukan LEBIH banyak sumber kewangan sewaktu itu, seperti membayar pinjaman kereta, rumah, perbelanjaan sara hidup, anak-anak dsb. Jika awal-awal perkahwinan lagi sudah dibelenggu dengan pelbagai jenis hutang, masakan hidup kita akan senang. Hari-hari kira hutang. Kalau tak dapat bayar, kereta kena tarik, orang bank sibuk cari kita sehingga ke lubang cacing, nama di blacklist dan macam-macam masalah akan timbul.. ~~Hmm..tak syok laa kahwin yang macam tu..betul tak?
Maaflah sekiranya pendapat kami terhadap isu ini agak ekstrem. Bukan maksud kami hendak menakut-nakutkan anda, akan tetapi isu ini sememangnya isu yang sangat SERIUS. Fikirkanlah perkara ini sebaik mungkin kerana kami tidak mahu anda merana di kemudian hari.
Sekiranya pada hari ini anda tidak mampu untuk menganjurkan majlis yang besar, (maklumlah orang baru grad Universiti atau baru dapat kerja) - Satu idea daripada kami, anda buat majlis kecil-kecilan sekarang dan tangguhkan majlis yang besar 5 tahun atau 10 tahun lagi..Maksud kami, anda akan realisasikan majlis perkahwinan impian anda berdua dalam majlis ulangtahun p erkahwinan yang ke-5 atau ke-10. Mungkin pada masa itu, kedudukan kewangan anda sudah stabil dan rezeki anda semakin bertambah. Jadi bolehlah anda mengadakan majlis yang lebih meriah dan dapat menjamu lebih ramai tetamu pada masa itu. Tak gitu?
Justeru, marilah sama-sama kita hayati erti perkahwinan yang sebenar. Kita tidak mahu kisah “rumah sudah siap, tapi pahat masih berbunyi ” berlaku kepada diri kita. Lakukan perkara yang wajib dan jalankan perkara sunat mengikut kemampuan diri masing-masing. Insya Allah dengan amalan kewangan yang betul, kita akan bahagia di hari kemudian. Amin.
Kita rehat sebentar..Lakukan TINDAKAN 5: Rancangkan belanjawan Majlis Perkahwinan Impian anda dalam Pengurus Bajet.
73
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
Langkah 6
“Tindakan”
Setelah perancangan demi perancangan dibuat dalam langkah sebelum ini, tibalah masanya untuk bertindak! Hmm..kerja mana harus dimulakan dahulu ye? “Nak pergi shopping dulu ke..atau nak tempah mak andam dulu? ” Ahaks!! Anda tidak perlu pening kepala..ikut sahaja panduan yang telah kami sediakan dal am langkah ini.
Perlu ditekankan bahawa, tindakan yang dibuat tanpa perancangan akan membuatkan anda berasa tertekan. Ia boleh mengakibatkan anda berasa pening dan penat kerana banyak lagi perkara-perkara kecil yang belum dibuat. Lebih membimbangkan lagi, jika masa semakin suntuk.
Justeru itu, bagi mengelakkan perkara ini terjadi, anda perlu merancang setiap tindakan anda dengan baik menggunakan dua lampiran ini, iaitu Perancang Gerak Kerja dan Kalendar Gerak Kerja. Kedua-dua lampiran ini akan membantu anda untuk memastikan segala-galanya berjalan dengan lebih teratur dan sistematik.
Perancang Gerak Kerja digunakan untuk menyemak apakah persiapan yang harus dibuat pada setiap bulan. Secara tidak langsung, anda sudah pun menetapkan deadlines (tarikh akhir) untuk diri anda. Sekiranya anda dapat mengikutinya secara konsisten, anda pasti tidak akan menggelabah di saat-saat akhir.
Selain itu, anda juga boleh mencatat tindakan yang sudah selesai dibuat. Tindakan mencatat atau menandakan kerja yang sudah dibuat, boleh menyenangkan hati anda. Lebih banyak melihat tanda selesai ( ) dalam Perancang Gerak Kerja anda, semakin lebarlah senyuman anda.
Setelah anda mengetahui apakah yang perlu dilakukan pada bulan tersebut, masukkan tindakan tersebut ke dalam Kalendar Gerak Kerja mengikut tarikh-tarikh yang sesuai dengan anda. Sebagai contoh, dalam Perancang Gerak Kerja, apabila masuk bulan ke-5 sebelum majlis, anda dijadualkan untuk menempah jurufoto dan juruandam.
Dalam Kalendar Gerak Kerja pula, tuliskan “tempah juruandam” pada minggu ke 2, dan “tempah jurufoto” pada minggu ke-3. Jika anda memasukkan setiap perancangan ke dalam kalendar pada setiap akhir bulan, apabila masuk sahaja bulan seterusnya, anda sudah tahu bilakah hendak melakukan tindakan 1, 2, 3, dan seterusnya.
Jika anda mempunyai kurang daripada 6 bulan sebelum majlis, jangan panik! Mulakan sahaja persiapannya secepat yang boleh. Yang penting, elakkan kekalutan di saat-saat
74
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
akhir (sebagaimana yang sering dilakukan oleh kebanyakan bakal pengantin). Apa yang boleh dilakukan awal, jangan dilengahkan lagi! Lakukan segera. Lebih cepat, lebih bagus! Untuk kerja-kerja yang memakan masa yang lama (seperti membuat cenderahati tetamu), lakukan setiap hari sedikit demi sedikit.
Dalam senarai di bawah, terdapat sesetengah bulan yang mempunyai kerja yang sangat banyak. Namun jika diteliti, sebahagian kerja yang disenaraikan boleh disiapkan dalam masa sehari seperti “mengesahkan tempahan kek, juru andam dsb”. Oleh itu, jika semua kerja pada bulan itu telah berjaya disiapkan, jangan terus berhenti. Mulakan pula tugasan pada bulan seterusnya meskipun belum tiba masanya lagi. Macam kami kata tadi, “lebih cepat, lebih bagus!”
Berikut adalah ringkasan cara menggunakan dua lampiran ini:
1. Pastikan anda telah menyiapkan senarai semak semua keperluan anda di dalam langkah 4. 2. Berdasarkan senarai tersebut, semak senarai Perancang Gerak Kerja di bawah. Mana yang tidak diperlukan, potong. Manakala yang diperlukan tetapi tiada dalam senarai, tambahkan. 3. Rancang dan catatkannya dalam Kalendar Gerak Kerja bilakah tarikh yang sesuai untuk melakukan kerja-kerja tersebut. 4. Kemudian, bertindaklah mengikut perancangan yang telah dibuat dan panduan yang telah disediakan. 5. Setelah selesai tugas tersebut, tandakan (
) dalam kotak yang disediakan.
Rujuk Buku Gerak Kerja untuk mendapatkan salinan Perancang Gerak Kerja anda.
75
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
PERANCANG GERAK KERJA 6 HINGGA 12 BULAN SEBELUM MAJLIS:
Pilih tarikh dan waktu bernikah.
Pilih tarikh dan waktu majlis resepsi dan jamuan makan.
Pilih tarikh dan waktu majlis bertandang.
Pilih lokasi majlis pernikahan, resepsi dan jamuan makan.
Tetapkan tema majlis.
Anggarkan jumlah tetamu dan mula kumpul nama tetamu.
Rancang aturcara majlis.
Uruskan bajet.
Hubungi kadhi dan Pejabat Agama Islam
Hubungi saksi pernikahan
Pilih tempat kursus perkahwinan.
Tempah lokasi majlis berlangsung.
Upah perunding majlis perkahwinan, jika perlu.
Pilih juruandam.
Pilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis.
Pilih katerer.
Pilih jurufoto dan juruvideo.
Pilih kedai bunga serta penghias lokasi majlis.
Pilih cincin pernikahan.
Pilih kumpulan persembahan.
Pilih kek pengantin.
Bincang rekaan baju.
Bincang barang hantaran.
Pilih penggubah hantaran.
Rancang destinasi bulan madu
Rancang tempat tinggal selepas berkahwin.
76
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
LIMA BULAN SEBELUM MAJLIS:
Himpunkan senarai tetamu.
Tempah baju majlis pernikahan dan resepsi (termasuk aksesori)
Tempah destinasi bulan madu.
Tempah juruandam.
Tempah penggubah bunga dan penghias lokasi majlis.
Tempah pengacara majlis / DJ (termasuk PA sistem).
Tempah katerer.
Tempah jurufoto dan juruvideo.
Tempah kedai bunga serta penghias lokasi majlis.
Tempah cincin perkahwinan.
Tempah kek pengantin.
Tempah kumpulan persembahan.
Tempah penginapan untuk tetamu.
Tempah kenderaan untuk majlis perkahwinan dan majlis bertandang.
Tempah penggubah hantaran.
Beli barang hantaran.
Hadiri kursus perkahwinan.
Buat pemeriksaan kesihatan.
Buat rawatan muka.
EMPAT BULAN SEBELUM MAJLIS:
Pilih dan tempah kad jemputan.
Sediakan peta lokasi.
Beli cincin perkahwinan.
Tempah atau beli cenderahati untuk tetamu.
Tempah atau beli rozet untuk ahli keluarga dan penanggah.
Tinjau gerak kerja pereka pakaian.
Tinjau lokasi majlis.
Beli hadiah untuk ibu bapa dan mereka yang terlibat dalam gotong royong.
Beli hadiah istimewa untuk bakal pasangan (selain hantaran).
Pastikan semua kelengkapan perkahwinan telah ditempah.
Bayar deposit (jika perlu).
77
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
TIGA BULAN SEBELUM MAJLIS:
Serahkan borang permohonan perkahwinan yang lengkap kepada Pejabat Agama Negeri masing-masing.
Sediakan senarai tugasan untuk ahli keluarga.
Sahkan tempahan pakej juruandam.
Sahkan tempahan penggubah bunga dan penghias l okasi majlis.
Sahkan tempahan pengacara majlis / DJ.
Sahkan tempahan pakej jurufoto dan juruvideo.
Sahkan tempahan kedai bunga serta penghias lokasi majlis.
Sahkan tempahan kek pengantin.
Sahkan tempahan kumpulan persembahan.
Sahkan tempahan penginapan untuk tetamu.
Sahkan tempahan percutian bulan madu.
Serahkan barang hantaran kepada penggubahnya (kecuali makanan).
Buat temujanji dengan katerer untuk bincang menu dan merasa makanan.
Buat tempahan untuk melakukan spa.
Pilih studio yang sesuai untuk gambar potret.
Pilih senarai lagu / nasyid.
Tulis alamat tetamu pada kad jemputan.
Mula membungkus cenderahati tetamu.
DUA BULAN SEBELUM MAJLIS:
Hubungi Jabatan Agama Negeri untuk menyemak status permohonan ni kah.
Pos kad undangan bagi saudara atau rakan yang jauh.
Bincang aturcara majlis bersama penyelaras majlis atau perunding majlis perkahwinan.
Bincang aturcara dan skrip ucapan bersama pengacara majlis.
Cetak aturcara majlis.
Aturkan tempat tinggal bagi saudara dan rakan terdekat yang datang dari jauh.
Mengaturkan sesi pengambaran di studio.
Buat temujanji dengan jurusolek untuk mencuba solekan.
Rancang kedudukan tempat duduk tetamu.
78
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
SEBULAN SEBELUM MAJLIS:
Mengirim undangan untuk rakan dan keluarga yang tinggal berdekatan.
Bincang panduan yang disediakan bersama jurufoto dan juruvideo.
Bincang senarai tugasan bersama ahli keluarga.
Buat rawatan muka dan badan.
Mencuba pakaian termasuk aksesori dan mengambilnya dari pereka.
Memastikan semua keperluan majlis sudah dibeli, dipinjam atau disewa.
Sediakan hiasan meja.
Pastikan cincin anda dalam ukuran yang betul.
Cuba kasut kahwin dan latih menggayakannya.
Berlatih senyum setiap hari.
DUA ATAU TIGA MINGGU SEBELUM MAJLIS:
Hubungi Pejabat Agama Negeri untuk mengesahkan kehadiran Pendaftar Pernikahan.
Pastikan semua urusan berkaitan dengan prosedur pernikahan telah selesai.
Serahkan permohonan cuti kepada majikan.
Selesaikan semua urusan kerja sebelum bercuti.
Sahkan jumlah tetamu dan maklumkan pada katerer.
Aturkan kembali pengangkutan untuk majlis perkahwinan.
Sahkan semula percutian bulan madu (termasuk tiket penerbangan).
Mula kemas beg untuk bulan madu.
Sediakan duit pembayaran untuk jurunikah, saksi, dan perkhidmatan profesional perkahwinan dalam sampul surat.
Tugaskan seseorang untuk memberikan duit pembayaran tersebut.
SEMINGGU SEBELUM MAJLIS:
Pastikan anda sudah bercuti.
Pastikan pakaian pengantin sudah diambil atau diterima.
Sahkan kembali semua perkhidmatan perkahwinan yang telah ditempah.
Sahkan semua perincian dengan katerer.
Siapkan hantaran dan cenderahati (dalam bentuk makanan).
Mulakan kerja-kerja menghias pelamin dan bilik tidur.
79
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
Buat rawatan muka dan badan yang terakhir.
Tugaskan seseorang untuk menjaga barang berharga.
Sediakan dan pasang papan tanda (petunjuk arah lokasi majlis).
Aturkan taklimat tugasan kepada semua pembantu anda.
Buat raptai untuk majlis resepsi.
Semak berulang kali senarai ini dan senarai semak keperluan.
SEHARI SEBELUM MAJLIS:
Pastikan barang yang dipinjam/disewa/ditempah sudah diterima.
Pastikan kerja-kerja akhir telah disiapkan oleh pembantu-pembantu anda.
Pakai inai di jari.
Rehat dan tidur awal!
HARI MAJLIS PERKAHWINAN:
Bangun awal dan mandi sunat.
Pastikan ada banyak masa untuk bersiap.
Pastikan anda makan dan rehat dengan cukup.
Lalui majlis dengan penuh gembira!
80
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
KALENDAR GERAK KERJA
Untuk mendapatkan pelbagai jenis kalendar, anda hanya perlu muat turun (download ) secara percuma daripada mana-mana laman web yang menyediakan perkhidmatan ini. Salah satu laman web yang kami cadangkan ialah: http://www.vertex42.com/ExcelTemplates/excel-calendar-template.html
Di sini, anda akan menjumpai pelbagai jenis kalendar yang boleh didapati secara PERCUMA! Antaranya ialah: Excel Calendar Template. Lihat screenshot ini:
Sebaik sahaja anda download kalendar ini (yang hanya memakan masa beberapa saat sahaja ), anda akan dapat file winzip yang mengandungi kalendar 2007, 2008, 2009 dan 2010.
Double-click @ buka file yang berkaitan dengan tempoh gerak kerja anda. Contoh: tarikh majlis perkahwinan: 15 April 2008 dan gerak kerja anda bermula daripada Oktober 2007 sehingga 15 April 2008. Jadi, kalendar yang anda perlu buka hanyalah kalendar 2007 dan 2008 sahaja.
Pilih bulan Oktober 2007, Nov 2007, Dis 2007, Jan 2008, Feb 2008, Mac 2008 dan April 2008. Print kalendar-kalendar ini dan masukkan ia ke dalam Buku Gerak Kerja anda. (Anda boleh print terus dan isikannya secara manual atau anda boleh isi aktiviti anda terlebih dahulu kemudian baru print ).
Untuk pengetahuan anda, teknologi kalendar digital ini sentiasa berubah mengikut peredaran semasa. Makin hari, makin canggih! Anda tid ak semestinya memilih kalendar yang kami cadangkan di atas. Pilihlah mana-mana kalendar yang memudahkan kerja anda. Untuk kami, kami selesa dengan kalendar di atas. Sebab itu kami mengesyorkannya.
Yang paling penting, gunakan kalendar gerak kerja ini secara maksimum. Anda akan dapati, sewaktu anda print kalendar ini semangat anda datang berkobar-kobar.
81
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
Teruskan semangat ini secara konsisten! Ikut sahaja panduan yang kami berikan di awal langkah 6 ini. Rancang, rancang, rancang aktiviti anda. Selepas merancang, lakukan TINDAKANnya. InsyaAllah, anda akan berjaya!
Hmm..nampaknya banyaknya kerja yang perlu dilakukan ye! Bolehkah anda lakukannya seorang diri? Tentu tidak, kan..Untuk mengetahui cara untuk mengurangkan beban kerja dan mendapat rehat yang cukup, teruskan membaca langkah seterusnya!
Kita rehat sebentar..Lakukan TINDAKAN 6: Isikan senarai perancangan kerja Majlis Perkahwinan Impian anda dan kalendarnya dalam Buku Gerak Kerja.
82
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
Langkah 7
“Bahagikan Tugas”
Mengikut kebiasaan, kebanyakan pengantin Melayu (orang biasa) lebih suka menjadi perancang majlis perkahwinan sendiri. Faktor yang paling ketara ialah kerana bajet yang terhad untuk mengupah perunding majlis perkahwinan.
Tidak mengapa jika anda mahu merancang majlis perkahwinan sendiri. Dengan merancang majlis sendiri, anda akan memperoleh satu kepuasan yang luar biasa! Namun ia tidak bermakna, anda perlu lakukan kesemua kerja seorang diri.
Jangan sesekali membebankan diri dengan persiapan perkahwinan, sehingga tidak mahu minta bantuan orang lain kerana takut menyusahkan. Ini tidak benar! Terdapat raaamai orang yang menyayangi anda. Sudah tentu mereka dengan senang hati ingin membantu untuk membuat persediaan hari paling bahagia dalam hidup anda.
Dengan sedikit kebijaksanaan membahagikan tugas, anda akan dapat menenangkan hati dan fikiran daripada perkara-perkara yang remeh-temeh. Inilah rahsia kejayaan perancangan majlis yang sistematik. Namun begitu, masih ada beberapa perkara yang anda boleh lakukannya sendiri, dan ada juga perkara-perkara yang anda perlu minta bantuan orang lain iaitu ahli keluarga, saudara-mara, jiran tetangga atau kawan-kawan.
Tugas yang kami maksudkan di sini adalah kerja-kerja selain daripada tugas yang telah diagihkan kepada perkhidmatan profesional majlis perkahwinan. Contoh tugasannya ialah, memasang papan tanda, menghubungi pihak Pendaftar Nikah dsb.
Dari sudut pelaksanaan, tugas-tugas sebelum majlis perkahwinan lebih mudah jika diagihkan kepada orang-orang yang terdekat dengan anda. Seperti: ibubapa dan adik beradik. Bahagikanlah kerja dengan bijak. Ini kerana bebanan tugas yang terlalu banyak tidak harus diberikan kepada ibubapa (lebih -lebih lagi yang telah lanjut usia).
Dalam langkah sebelum ini, kami menyarankan anda agar membuat persiapan setiap hari sedikit demi sedikit (terutama bagi kerja yang memakan masa yang lama seperti membungkus cenderahati tetamu). Untuk mempercepatkannya lagi, agihkanlah barang-barang tersebut kepada adik beradik atau kawan-kawan yang tinggal berdekatan. Atau anda boleh tetapkan satu hari untuk berkumpul, dan lakukannya beramai-ramai. Tentu seronok dan cepat siap!
83
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
Namun begitu, kebanyakan tugas yang anda boleh berikan kepada orang lain adalah merangkumi tugas-tugas yang perlu dilakukan 1 hari sebelum majlis dan semasa majlis sedang berlangsung.
Tugasan 1 hari sebelum majlis melibatkan kerja-kerja menyiapkan barang yang tidak tahan lama seperti bunga telur, hantaran makanan dan menyembur wangian potpuri. Oleh sebab pada masa itu, ramai saudara mara dan jiran sudah berkumpul untuk bergotong royong, elok sangat jika anda minta bantuan mereka untuk menyiapkannya. Lagipun, anda perlu memastikan perkara-perkara lain dan berinai pada hari tersebut.
Manakala sewaktu majlis sedang berlangsung, anda MESTI membahagikan tugas kepada orang lain. Jangan pula anda sibuk berurusan dengan katerer atau jurufoto pada hari tersebut. Sediakan untuk setiap 1 perkhidmatan, 1 orang pembantu (dari pihak anda). Pembantu ini akan berurusan dengan pihak tersebut, membantu jika terdapat sebarang masalah, dan melangsaikan baki upah.
Apa yang penting, berikan tugas kepada orang yang anda percayai boleh melakukannya dengan baik. Caranya, tempah atau maklumkan kepada mereka seawal mungkin. Mudah sahaja..Tanya pada mereka adakah mereka sanggup melakukan tugas tersebut untuk anda. (JANGAN amalkan tabiat “bagi tahu last minute” atau “kita cekup je mana yang datang hari tu” – haa.. kalau tak ada orang datang tolong masa hari terakhir tu, sape nak jawab cik kak? Termenung saje la nanti..).
Jika mereka setuju, terangkan kepada mereka secara jelas apakah kehendak anda untuk tugas-tugas berikut. Bagi memudahkan individu yang membantu anda, berikan aturcara majlis dan panduan melaksanakan tugas kepada mereka.
TIP membahagikan tugas! Bahagikan tugas mengikut kumpulan-kumpulan seperti: keperluan asas pengantin, pengurusan tempat, makanan dsb. Lantik seorang ketua untuk setiap kumpulan dan senaraikan nama pembantu-pembantunya. Senaraikan tugas sebelum, semasa dan selepas majlis perkahwinan dan tuliskan nama pembantu yang akan melaksanakan tugasan tersebut. Berikan salinan senarai tugas ini kepada ketua kumpulan dan terangkan tugas-tugas ahli kumpulannya dengan terperinci. Ketua kumpulan akan memberikan taklimat tugasan kepada ahli kumpulannya sebelum majlis bermula dan memastikan semua pembantu menjalankan tugas mereka.
84
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
Mari kita senaraikan dan bahagikan tugas-tugas yang perlu dibu at mengikut kategori dalam senarai semak keperluan: sebelum, semasa dan selepas majlis. Rujuk Buku Gerak Kerja untuk mendapatkan salinan anda.
Keperluan Asas Pengantin Nama ketua: Nama pembantu: TUGASAN
TINDAKAN
Prosedur Pernikahan
Menghadiri kursus Perkahwinan
Menghubungi Pendaftar Nikah dan saksi
Pemeriksaan kesihatan
Menghantar borang Permohonan Pernikahan
Busana Pengantin
Pereka Pakaian
Aksesori pengantin
(letakkan namanama yang telah ditugaskan untuk menjalankan setiap tugasan dalam ruangan ini)
Andaman M U L E B E S
Tempah jurusolek / juruandam
Menyiapkan bunga pegang
Menghias bilik pengantin
Menghias pelamin
Menyewa pintu gerbang
Hantaran
Tempah penggubah hantaran
Membeli barang hantaran
Menyewa dulang
Bulan Madu
Menempah penginapan & pengangkutan
85
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
Andaman
A S A M E S
S A P E L E S
Memakaikan inai
Menata rias pengantin
Pengapit pengantin
Menjaga kebajikan pengantin sepanjang majlis
Menjaga barang berharga
Menjadi “mata kedua” untuk pengantin
Tiada tugas khas. Tolong bantu kumpulan lain.
Pengurusan Tempat Nama ketua: Nama pembantu:
M U L E B E S
TUGASAN Menempah lokasi
Menempah kanopi
Mengupah penghias tempat
Menyewa meja dan kerusi
Menyewa keperluan teknikal
Menyediakan meja, kerusi dan hiasannya
Menyediakan kawasan tetamu berehat/berbual-bual
Menyedia dan memasang papan tanda (petunjuk
TINDAKAN (letakkan namanama yang telah ditugaskan untuk menjalankan setiap tugasan dalam ruangan ini)
arah lokasi majlis)
Memasang bunga manggar
Memastikan semua barang yang dipinjam/disewa sampai pada masanya
A S A M E S
Mengemas meja makan
Memastikan lokasi majlis sentiasa bersih (luar dan dalam kawasan)
86
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
S A P E L E S
Memastikan semua peralatan teknikal yang dipinjam/disewa dipulangkan dalam keadaan baik
Memastikan lokasi ditinggalkan dalam keadaan yg bersih.
Makanan Nama ketua: Nama pembantu:
M U L E B E S
TUGASAN Menempah katerer / kumpulan gotong-royong
Menentukan menu
Menempah pencuci mulut
Menempah kumpulan penanggah
Menyediakan hidangan makan beradab
Menyediakan makanan untuk kumpulan gotong
TINDAKAN (letakkan namanama yang telah ditugaskan untuk menjalankan setiap tugasan dalam ruangan ini)
royong
A S A M E S
S A P E L E S
Mengambil kek
Menjemput tetamu ke meja makan
Memastikan makanan sentiasa cukup
Melayan pengantin di meja makan
Melayan rombongan pengantin di meja makan
Melayan tetamu di meja makan
Mengemas meja makan
Memastikan semua peralatan makanan yang dipinjam/ disewa dipulangkan dalam keadaan baik
Mengagihkan makanan kepada kumpulan gotong royong dan jiran-jiran.
87
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
Protokol Nama ketua: Nama pembantu: TUGASAN
TINDAKAN
Cara Jemputan
M U L E B E S
Menyediakan senarai tetamu
Menempah kad jemputan
Mengedarkan kad jemputan
Majlis Resepsi
Menempah perunding majlis perkahwinan
Menempah pengacara
Melantik penyelaras majlis
Memaklumkan kepada semua orang yang terlibat
(letakkan namanama yang telah ditugaskan untuk menjalankan setiap tugasan dalam ruangan ini)
dalam protokol majlis
A S A M E S
Raptai majlis resepsi
Mengacarakan majlis
Memastikan semua aturcara berjalan lancar
Berurusan dengan pengacara majlis
Membacakan doa
Memberi ucapan
Membuat persembahan
Menyambut tetamu di pintu masuk
Mengiring tetamu kehormat
Memastikan rombongan pengantin diberi layanan yang terbaik
S A P E L E S
Tiada tugas khas selepas majlis resepsi. Tolong bantu kumpulan lain.
88
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
Cenderahati Nama ketua: Nama pembantu:
M U L E B E S
TUGASAN Membeli/menempah cenderahati tetamu
Membungkus cenderahati
Menyediakan bunga pahar dan bunga manggar
Membeli/membuat rozet untuk ahli keluarga dan penanggah
TINDAKAN (letakkan namanama yang telah ditugaskan untuk menjalankan setiap tugasan dalam ruangan ini)
Memastikan semua cenderahati berada di lokasi sebelum majlis bermula
A S A M E S
S A P E L E S
Mengedarkan cenderahati kepada rombongan pengantin
Mengedarkan cenderahati kepada tetamu
Mengagihkan baki cenderahati dan bunga pahar kepada kumpulan gotong royong
Memastikan semua peralatan yang dipinjam dipulangkan dalam keadaan baik
Rakaman Memori Nama ketua: Nama pembantu: TUGASAN M U L E B E S
A S A M E S
Menempah jurufoto
Menempah juruvideo
Merakamkan memori dalam bentuk foto dan video
TINDAKAN (letakkan namanama yang telah ditugaskan untuk menjalankan setiap tugasan dalam ruangan ini)
(seperti yang dinyatakan dalam panduan jurufoto dan juruvideo)
89
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
S A P E L E S
Mencuci gambar
Menyiapkan album pengantin
Menyunting video
Hiburan Nama ketua: Nama pembantu: TUGASAN
M U L E B E S
Menempah DJ dan sistem P.A
Menempah kumpulan kompang
Menempah kumpulan marhaban
Memilih lagu
Menyediakan persembahan multimedia
Menyewa/meminjam segala keperluan teknikal yang
TINDAKAN (letakkan namanama yang telah ditugaskan untuk menjalankan setiap tugasan dalam ruangan ini)
diperlukan dalam setiap persembahan.
A S A M E S
S A P E L E S
Menyelia sistem audio
Menyelia persembahan multimedia
Menyelia kumpulan yang membuat persembahan
Memastikan semua peralatan yang dipinjam/disewa dipulangkan dalam keadaan baik.
90
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
Penginapan Nama ketua: Nama pembantu: TUGASAN
M U L E B E S
Menyewa/mengatur penginapan untuk tetamu yang datang dari jauh.
Menempah hotel untuk keluarga rombongan pengantin.
TINDAKAN (letakkan namanama yang telah ditugaskan untuk menjalankan setiap tugasan dalam ruangan ini)
Menyediakan kelengkapan tidur (selimut, bantal dsb.) untuk para tetamu.
A S A M E S
Memastikan semua tetamu dapat menginap dengan selesa.
Memastikan penginapan rombongan pengantin dalam keadaan baik.
S A P E L E S
Memastikan semua tetamu dapat menginap dengan selesa.
Pengangkutan Nama ketua: Nama pembantu: TUGASAN
M U L E B E S
A S A M E S
Menyewa/mengatur pengangkutan yang diperlukan sewaktu majlis pernikahan dan resepsi.
Menempah/menyewa pengangkutan untuk ke majlis bertandang.
Memandu kereta pengantin.
Menyelia pengangkutan untuk kanak-kanak dan
TINDAKAN (letakkan namanama yang telah ditugaskan untuk menjalankan setiap tugasan dalam ruangan ini)
warga emas (sekiranya perlu)
91
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
S A P E L E S
Memastikan semua kenderaan yang dipin jam/disewa dipulangkan dalam keadaan baik.
TIP! Anda boleh.. perincikan lagi setiap tugasan mengikut keperluan majlis anda. senaraikan seberapa banyak pembantu untuk satu kumpulan. tugaskan lebih daripada satu individu untuk setiap tugasan. letakkan nama anda dalam mana-mana tugasan, kecuali untuk tugasan semasa & selepas majlis.
[Peringatan] Setiap ketua kumpulan perlu mempunyai 1 salinan tugasan kumpulan dan 1 salinan panduan penyelaras majlis (highligt kan tugas mereka dalam panduan tersebut). Rujuk contoh panduan penyelaras majlis dal am Buku Gerak Kerja.
Berikut adalah senarai pendek semua pembantu khas yang akan mengendalikan petugas-petugas daripada perkhidmatan profesional perkahwinan, pada hari majlis berlangsung. Boleh jadi mereka adalah ketua kumpulan -kumpulan di atas, atau ahli kumpulan. Tugas-tugas mereka ialah:
Menunjuk arah lokasi majlis (di mana mereka boleh mulakan kerja dsb.) Memastikan petugas perkhidmatan menjalankan tugas mereka, Menjaga kebajikan (cth:jika ada yang perlu dijemput makan, pastikan dia makan) Membuat pembayaran baki (jika perlu)
PEMBANTU KHAS UNTUK PERKHIDMATAN PROFESIONAL MAJLIS PERKAHWINAN Perkhidmatan Profesional Majlis Perkahwinan Penolong Pendaftar Perkahwinan
Pembantu Khas
Juruandam Pembuat hantaran Pembuat cenderahati Pengurusan lokasi (kanopi/dewan)
(letakkan nama-nama yang telah ditugaskan untuk menjalankan setiap tugasan dalam ruangan ini)
92
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
Penghias lokasi Katerer Penangggah Kek Pengacara Majlis / DJ Kumpulan Kompang Kumpulan Persembahan Jurufoto dan Juruvideo Penginapan tetamu Pengangkutan *Dapatkan salinan anda dalam Buku Gerak Kerja.
Anda boleh memberikan lebih daripada satu perkhidmatan kepada seorang pembantu, kerana secara amnya tugas pembantu khas ini hanya memantau petugas perkhidmatan tersebut (seperti katerer, penanggah dan kek). Namun, ada orang profesional yang memerlukan pembantu khas setiap masa (seperti juruvideo) . Jadi untuk orang seperti ini, seorang pembantu untuk setiap perkhidmatan.
[Peringatan!] Pastikan anda sentiasa menjalinkan hubungan yang baik dengan semua pihak yang membantu anda. Mereka inilah tulang belakang majlis anda. Tanpa mereka, mungkin majlis impian anda hanya tinggal dalam angan-angan. Lebih bermakna sekiranya anda dapat memberikan hadiah yang istimewa kepada mereka sebagai tanda penghargaan, sejurus selepas majlis berakhir. Tentu mereka akan pulang dengan senang hati.
Kita rehat sebentar..Lakukan TINDAKAN 7: Sediakan senarai tugasan pembantu Majlis Perkahwinan Impian anda dalam Buku Gerak Kerja.
93
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
Langkah 8
“Periksa, semak.. lagi & lagi”
Fuhh..! lega rasanya apabila semua kerja telah dibereskan. Alhamdulillah! Tinggal tunggu beberapa hari sahaja sebelum majlis perkahwinan. Hmm..tak sabar rasanya,kan?
Namun, dalam saat-saat terakhir (sebelum melangkah ke majlis perkahwinan), masih ada perkara penting yang tidak boleh ditinggalkan. Antaranya ialah, anda perlu membuat follow-up. Tujuannya adalah untuk mengetahui perkembangan terkini kesemua syarikat perkhidmatan perkahwinan dan para pembantu yang telah ditempah.
Selain itu, anda juga boleh mengingatkan mereka tentang perkara-perkara yang penting. Maklumlah, tempahan sudah dibuat 4 – 5 bulan sebelum majlis. Tak mustahil kalau ada yang terlupa..Betul tak?
Tapi..siapa yang harus anda follow-up dan apakah yang perlu ditanyakan kepada mereka? Untuk mempercepatkan lagi urusan anda, kami telah senaraikan segala maklumat yang anda perlukan. Dapatkan salinan anda dalam Buku Gerak Kerja.
Pihak yang perlu dihubungi Penolong Pendaftar Nikah (jurunikah)
Perkara-perkara penting yang perlu dipastikan
-
Sahkan kembali tarikh, masa dan tempat pernikahan Sahkan jumlah bayaran yang perlu disediakan untuk kadhi& saksi Pastikan dia boleh hadir pada tarikh tersebut
2 orang saksi
-
Sahkan kembali tarikh, masa dan tempat pernikahan Pastikan dia boleh hadir pada tarikh tersebut
Wali
-
Sahkan kembali tarikh, masa dan tempat pernikahan Pastikan dia boleh hadir pada tarikh tersebut
Pereka busana
-
Sahkan tarikh untuk ambil pakaian Sahkan jumlah baki bayaran
94
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
Juruandam
-
Pemilik spa
-
Sahkan tarikh berinai Pastikan aksesori apa yang disediakan untuk mengetahui apa yang masih diperlukan Tetapkan tarikh percubaan solekan Sahkan jumlah deposit / bayaran baki
-
Sahkan tarikh dan masa temujanji untuk membuat rawatan muka dan badan Sahkan jumlah deposit / bayaran baki
Penghias pelamin
-
Sahkan tarikh dan masa pasang pelamin Sahkan jumlah deposit / bayaran baki
Penghias bilik pengantin
-
Sahkan tarikh dan masa menghias bilik pengantin Sahkan jumlah deposit / bayaran baki
Pengapit
-
Sahkan kembali tarikh, masa dan lokasi majlis Pastikan dia boleh hadir pada tarikh tersebut
Jemputan
-
Semak jemputan yang masih belum dijemput Sahkan kehadiran (jika perlu)
Pengiring tetamu
-
Pastikan dia telah tahu siapa yang harus diirin gi Sahkan kembali tarikh, masa dan lokasi majlis Pastikan dia boleh hadir pada tarikh tersebut
Pengacara majlis / DJ
-
Tanya jika ada sebarang masalah dengan skrip Sahkan tarikh, masa dan lokasi raptai majlis Sahkan kembali tarikh, masa dan lokasi majlis
Penyelaras majlis
-
Tanya jika ada sebarang masalah dengan panduan yang disediakan Bincangkan tarikh dan masa yang sesuai untuk membuat taklimat kepada tenaga kerja Sahkan tarikh, masa dan lokasi raptai majlis Sahkan kembali tarikh, masa dan lokasi majlis
-
Katerer
-
-
Sahkan jumlah tetamu yang terkini dan menu yang telah dipersetujui Sahkan tarikh dan masa caterer akan membawa barang-barang keperluan ke lokasi majlis Sahkan kembali tarikh, masa dan lokasi majlis Sahkan jumlah deposit / bayaran baki
-
Sahkan jumlah penanggah yang boleh hadir
-
Penanggah
95
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
Jurufoto
-
Juruvideo
-
Tetapkan masa berkumpul untuk taklimat sebelum memulakan tugas Sahkan kembali tarikh, masa dan lokasi majlis Sahkan jumlah deposit / bayaran baki Sahkan kembali pakej yang diambil Tanya jika ada sebarang masalah dengan panduan yang disediakan Sahkan hari,masa dan tarikh pengambaran Sahkan jumlah deposit / bayaran baki
-
Sahkan kembali pakej yang diambil Tanya jika ada sebarang masalah dengan panduan yang disediakan Sahkan hari,masa dan tarikh rakaman Sahkan jumlah deposit / bayaran baki
Kedai bunga / penghias lokasi
-
Sahkan Sahkan Sahkan Sahkan
Kedai kek
-
Sahkan nama pengantin Sahkan tarikh kek akan diambil/dihantar Sahkan jumlah deposit / bayaran baki
Kumpulan persembahan
-
Tanya persediaan setakat ini Sahkan kembali tarikh, masa dan lokasi majlis Sahkan jumlah deposit / bayaran baki
Penghias hantaran
-
Sahkan tarikh hantaran yang siap dihias boleh diambil Sahkan jumlah deposit / bayaran baki
Pembuat cenderahati
-
Sahkan tarikh cenderahati yang siap dihias boleh diambil Sahkan jumlah deposit / bayaran baki
-
Lokasi majlis (khemah/dewan/hotel)
-
kembali tarikh, masa dan lokasi majlis kembali pakej yang diambil tarikh dan masa menghias bermula jumlah deposit / bayaran baki
-
Sahkan tarikh dan masa pasang khemah / mula persiapan dewan Sahkan kelengkapan yang disediakan Sahkan jumlah deposit / bayaran baki
Pemandu kenderaan pengantin
-
Sahkan kembali tarikh, masa dan lokasi majlis Tetapkan tempat dan waktu bertemu Sahkan jumlah deposit / bayaran baki
Penginapan tetamu
-
Sahkan kembali tarikh daftar masuk dan keluar
96
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
-
penginapan tetamu Sahkan jumlah deposit / bayaran baki
Percutian bulan madu
-
Sahkan tempahan yang dibuat sebelum ini Sahkan jumlah deposit / bayaran baki
Perunding majlis perkahwinan
-
Sahkan pakej yang diambil Tanya jika ada sebarang masalah dengan persetujuan sebelum ini Sahkan jumlah deposit / bayaran baki
-
Sahkan kembali tarikh, masa dan lokasi majlis Pastikan dia boleh hadir pada tarikh tersebut Sahkan tarikh, masa dan lokasi raptai majlis Sahkan kembali tarikh, masa dan lokasi taklimat
Semua pembantu semasa majlis
TIP! Jika sewaktu anda hubungi mereka.. 1.
~mereka tidak jawab panggilan telefon. Cuba hubungi lagi pada masa yang lain. Jika dalam masa 2 hari anda terus hubung i mereka dan masih tiada jawapan, pergi segera ke kedai mereka.
2.
~mereka sibuk. Minta dia hubungi anda secepat mungkin apabila dia free. Jika dalam hari yang sama dia tidak hubungi anda, hubunginya pada keesokan hari.
3.
~seseorang menyatakan yang dia tidak dapat hadir ke majlis anda. Tolong sediakan penggantinya secepat mungkin (jika perlu).
4.
~mereka kata, ada masalah laa..Minta mereka ceritakan, kalau boleh diselesaikan - selesaikan terus. Jika tidak, tetapkan temujanji secepat mungkin untuk menyelesaikan masalah tersebut.
5.
~mereka kata, OK! Tiada sebarang masalah. Pesan kepada mereka, jika terdapat sebarang perubahan atau masalah, sila maklumkan secepat mungkin kepada anda atau ibubapa anda.
6.
~mereka kata, OK, jumpa di sana! Pesan pada mereka, jaga diri baik-baik!
Selain daripada follow-up, anda juga mestilah mempunyai back-up plan sekiranya sesuatu perkara yang tiada dalam perancangan terjadi. (Perkara ini telah kami sebutkan di bahagian awal buku ini). Bukan sahaja untuk acara, malah orang pun perlu kan back-up. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang memainkan peranan yang besar di dalam majlis, seperti: pengerusi majlis & penyelaras majlis.
Kenapa kami selalu ingatkan perkara ini? Sebab kejadian ini telah berlaku dalam majlis perkahwinan kami sendiri! Penyelaras majlis kami tidak dapat hadir di saat-saat
97
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
akhir kerana ada kecemasan. Nasib kami baik kerana kami terg erak hati untuk siap sediakan penyelaras majlis (simpanan). Alhamdulillah, akhirnya semua acara be rjalan dengan lancar.
Habis cerita tentang back-up. Kita cerita pula tentang one-man’s-head ….
Sekiranya kebanyakan maklumat penting berada dalam kepala anda sahaja (seperti maklumat berkaitan jurunikah, jurufoto, katerer dsb.), toloooonglah ceritakan kepada orang lain. Individu tersebut adalah orang yang akan menjadi penyelaras majlis atau ibu bapa dan adik beradik atau sesiapa sahaja yang anda percayai boleh bertanggungjawab ke atasnya. Dengan perkongsian maklumat ini, sedikit sebanyak akan memudahkan mereka untuk menyelesaikan sebarang masalah yang mungkin akan timbul semasa majlis berlangsung (memandangkan anda tidak boleh diganggu pada masa tersebut).
Antara perkara terpenting yang perlu dilakukan di saat-saat akhir ini ialah, raptai majlis resepsi. Dengan adanya raptai, anda akan mendapat gambaran masalahmasalah yang mungkin akan timbul sewaktu majlis berlangsung.
Selain itu, ia juga penting kerana penyelaras majlis akan memberikan taklimat berkenaan keseluruhan aturcara majlis perkahwinan kepada semua pihak yang terlibat. Sebab itulah kami minta anda untuk ceritakan maklumat-maklumat penting kepada penyelaras majlis mengikut apa yang perlu diketahuinya. Kerana bermula sahaja raptai, anda telah pun menyerahkan tugas menguruskan majlis kepada dia (penyelaras majlis).
Sebaik sahaja selesai raptai, semua individu akan mengetahui tugas mereka secara lebih spesifik. Minta mereka menanyakan apa jua soalan jika terdapat sebarang permasalahan. Kebaikannya ialah, jawapan kepada soalan tersebut mungkin akan meleraikan tanda tanya orang-orang lain yang turut ber ada di situ. Jadi, anda tidak perlu menjawab soalan yang sama berulang kali.
Antara individu yang patut berada sewaktu raptai majlis ialah.. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.
Pengerusi majlis Penyelaras majlis Tuan rumah / ibubapa Pengantin Pengapit Juruvideo / jurufoto Pengurus bahagian teknikal spt sistem PA Semua ketua kumpulan pembantu dan sesiapa sahaja yang dirasakan perlu…
Setiap ketua kumpulan pembantu juga berperanan untuk menceritakan aturcara majlis dan setiap tugasan secara spesifik kepada ahli kumpulan mereka. Anda perlu membekalkan salinan bertulis - panduan penyelaras majlis dan tugasan kumpulan kepada semua ketua kumpulan.
98
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
Untuk memastikan semua acara berjalan dengan lancar, penyelaras majlis mungkin perlu memberikan taklimat ringkas sekali lagi kepada semua pembantu majlis 2-3 jam sebelum majlis bermula.
TIP taklimat yang efektif! Untuk memudahkan semua pembantu (terutama bagi yang belum ke lokasi majlis) memahami keadaan sebenar, penyelaras majlis akan melukiskan gambarajah susun atur lokasi di atas papan putih yang telah disediakan. Ceritakan perjalanan aturcara majlis perkahwinan satu persatu, dan apa yang perlu dilakukan oleh setiap kumpulan. Untuk perincian tugas, penyelaras majlis akan meminta semua pembantu merujuk kepada ketua kumpulan masing-masing. Sebutkan nama ketua setiap kumpulan dan pembantu-pembantunya. Supaya semua pembantu anda mengenali ahli kumpulan masing-masing. Pohon jasa baik mereka untuk membantu kumpulan lain yang mungkin memerlukan pertolongan semasa majlis sedang berlangsung. Sebutkan nama-nama individu (selain anda) yang boleh dihubungi, jika terdapat sebarang masalah.
Akhir sekali, jangan lupa untuk ucapkan terima kasih di atas segala pertolongan mereka dan minta mereka tunggu seben tar selepas majlis (kerana anda ingin memberikan hadiah istimewa yang masih menjadi rahsiaaa).
Kesimpulannya, ada beberapa tindakan susulan yang perlu dilakukan dalam langkah ini iaitu: 1. 2. 3. 4. 5.
Buat follow-up Sediakan backup plan Ceritakan maklumat penting kepada orang yang boleh dipercayai Membuat raptai majlis resepsi Mengadakan taklimat kepada semua pembantu
Untuk mengelakkan anda terlepas pandang walau satu tugasan sekali pun, cuba semak kembali Perancang Gerak Kerja dan Senarai Semak Keperluan anda. Baca senarai tersebut berulang kali dan lihat apakah tugasan yang masih perlu dibuat.
Kalau anda lihat dalam langkah ini sahaja, masih banyak perkara yang perlu dilakukan di saat-saat akhir. Oleh itu, pesan kami, jangan tangguhkan kerja anda. Manamana tugasan yang boleh disiapkan awal, lakukannya seawal mungkin. Ia baik untuk mengelakkan stress.
Jika sampai ke satu tahap, anda berasa sangat tertekan, cuba kawal diri anda. Tarik nafas…kemudian,lepas(buat berulang kali). Sentiasa berikan senyuman kepada
99
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
tetamu yang datang untuk menolong anda sebel um majlis berlangsung. Dengan melihat keramahan dan senyuman anda, mereka akan rasa terhibur dan gembira membantu anda.
Seelok-eloknya, pada 1-2 hari sebelum majlis, anda telah siapkan segala tugasan di atas kerana sebaik sahaja melangkah masuk ke hari majlis perkahwinan, anda perlu fokus pada persiapan diri dan melayan para tetamu sahaja. Kesemua tugas-tugas lain MESTI diserahkan kepada para pembantu anda.
Satu lagi perkara yang cukup penting di saat-saat akhir ini ialah, sentiasalah jaga diri. Pesan juga kepada ahli keluarga anda dan para pembantu untuk berhati-hati terutama sekali ketika memandu kenderaan. Amalkan pemanduan cermat. Elakkan kemalangan! Bacalah doa sebelum naik kenderaan. InsyaAllah kita akan dilindungi oleh Nya.
Akhir sekali, seorang sahabat baik kami pernah berp esan. Antara kejayaan sesebuah majlis perkahwinan itu ialah dengan menunaikan solat hajat pada setiap hari (seelok-eloknya 40 hari sebelum majlis berlangsung).
Menurutnya, ada sesetengah orang yang menganjurkan majlis, makanannya banyak~tapi orang tak datang. Ada juga yang tetamunya ramai~tapi makanan tak cukup pula. Kesimpulannya, semua perkara berada di luar bidang kuasa kita. Sebab itulah kita mesti memohon pertolongan daripada yang Maha Berkuasa.
Dengan paduan usaha dan doa yang berteru san, insyaAllah jiwa kita akan lebih tenang menghadapi apa sahaja rintangan. Dan yang lebih menarik l agi, semua urusan kita akan dipermudahkan dan dengan i zinNya, majlis kita akan berjalan dengan lancar. Amin.
Kita rehat sebentar..Lakukan TINDAKAN 8:
Ini adalah tindakan yang terakhir, baca kesemua kandungan Buku Gerak Kerja. Buat semakan terakhir untuk Majlis Perkahwinan Impian anda. Pastikan semua tugasan anda telah disiapkan dan semua pembantu telah mengetahui tugas masing-masing sebelum hari majlis perkahwinan.
100
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
Langkah 9
“Bergembiralah!”
Sampai sahaja ke langkah 9 ini, tugas anda hanyalah bergembira! Anggaplah, hari ini adalah hari perkahwinan anda yang telah ditunggu-tunggu selama ini. Inilah hari paling bersejarah dalam hidup anda. Bergembiralah!
Anda nak tahu apakah yang akan dilalui sepanjang hari majlis perkahwinan anda? Haa..begini ceritanya…
Di awal hari majlis perkahwinan anda.. Bangun pagi – solat subuh dan mandi sunat. Segarkan tubuh anda dengan aroma yang dapat membangkitkan mood kerana hari ini akan “panjang”! Sarapan dengan makanan yang membekalkan tenaga (untuk mengelakkan “rama-rama berterbangan dalam perut”) . Pastikan busana dan aksesori pengantin telah disediakan (sebaik-baiknya siapkan semua perkara sebelum anda tidur malam semalam). Semak Buku Gerak Kerja. Minta pembantu anda memeriksa kembali perkaraperkara yang harus disiapkan pagi ini. Make-up dan tukar pakaian. Bergambar secara solo atau dengan pasangan. Jika bersama pasangan, pastikan anda telah pun dinikahkan, tau!
Semasa majlis pernikahan.. Mendengar kadhi membacakan khutbah nikah. Akad nikah. Solat sunat selepas nikah. Upacara membatalkan air sembahyang. Penyerahan cincin dan maskahwin. Bersalaman dengan ibu bapa, mertua dan para tetamu. Sesi fotografi.
101
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
Semasa majlis resepsi .. Majlis berjalan mengikut aturcara yang telah dirancangkan. Lebih bermakna, jika anda berdua dapat memberikan ucapan. Kekalkan keserian wajah pengantin. Senyum sokmo!
Semasa jamuan makan.. Bersalaman dengan tetamu. Beramah mesra dengan tetamu. (Pengantin sekarang bukan hanya duduk di atas pelamin sahaja, kena la “mesra tetamu” supaya semua tetamu anda sukeeee ) Mengucapkan terima kasih atas kesudian menghadirkan diri. Sesi fotografi bersama keluarga dan kawan-kawan. Bergembiralah! Kerana anda telah bekerja keras untuk menjayakannya.
Di akhir hari tersebut.. Anda baru tersedar yang anda telah pun berada bersama insan terkaming! Sentiasa ambil berat akan keperluannya (tidak kira samada anda suami/isteri). Sentiasa bersopan, cantik dan menarik. Elakkan memakai baju T dan berkain batik pada malam tersebut. Bergembiralah dalam majlis khas bersama keluarga yang telah banyak membantu anda! Senyum, senyum dan senyum! (walaupun sangat penat) Ucapkan terima kasih..lagi dan lagi. Gembirakan mereka yang telah berusaha keras untuk anda. Berikan cenderahati (jika ada). Nikmati malam pertama anda.. ZZZzzzzzz
Setelah membaca cerita di atas, kami harap anda dapat membayangkan gambaran sebenar majlis yang akan berlangsung nanti. Melihatkan jadual anda yang agak padat pada hari tersebut, anda perlukan lebi h tenaga dan stamina. Jika perlu ambil makanan tambahan, ambillah seelok-eloknya sebelum hari majlis lagi. Ini adalah untuk memastikan sistem badan anda telah imun dengan makanan tambahan tersebut. Memang ada perkara-perkara yang kami tidak tuliskan dalam senarai semak, namun anda harus sediakannya. Misalnya, pakaian untuk majlis khas bersama keluarga, pakaian untuk malam pertama dan lain-lain lagi. Jika anda takut terlupa perkaraperkara kecil seperti itu, catatkannya dalam senarai semak anda. Catat jangan tak catat….!!
Teruskan bacaan anda ke langkah seterusnya (episod terakhir dalam buku ini)….
102
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
Langkah 10
“Selesaikan Tugas”
Haa! Jangan ingat habis sahaja majlis, anda boleh senang-senang “cuci kaki”. Masih ada tugas yang harus diselesaikan. Antara tugas-tugasnya ialah: Pastikan anda telah pun mengucapkan syukur kepada Allah. Jika belum, ucaplah “Alhamdulillah” sekarang. Pastikan ibu bapa anda berada dalam keadaan yang baik dan telah mendapat rehat yang cukup. Pastikan semua pembantu anda berada dalam keadaan baik dan telah mendapat cenderahati mereka. Pastikan semua pihak telah menerima wang bayaran sepenuhnya. Pastikan semua keperluan yang dipinjam dan disewa telah dikembalikan kepada tuannya. Hantarkan ucapan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir mel alui surat, emel, friendster atau SMS. Hubungi mereka yang anda tidak sempat ucapkan terima kasih atau berikan cenderahati sewaktu majlis berlangsung. Pastikan tiada pihak yang berkecil hati dengan anda (terutama jika anda ti dak dapat melayan mereka sewaktu majlis). Jika anda rasa -ada-, mohon maaf kepada mereka. InsyaAllah, dengan mudah mereka akan memaafkan anda. Tanya kepada ibu bapa dan adik beradik anda, jika ada perkara-perkara yang masih belum selesai lagi. Peruntukkan sehari dua untuk menziarahi ahli keluarga terdekat (seperti: bapa dan ibu saudara sebelah ibu/bapa). Tujuannya adalah untuk menghargai bantuan yang mereka berikan dan memperkenalkan pasangan anda (dengan lebih dekat) kepada mereka.
Jika semua perkara di atas telah selesai, barulah ringan sikit beban di kepala anda. Ambillah peluang keemasan ini untuk pergi berbulan madu. Bolehlah anda merehatkan diri daripada segala kepenatan yang dialami sejak 8-12 bulan yang lalu.
Di samping itu, inilah masanya untuk berdua-duaan dengan pasangan anda. Sure tak akan kena tangkap basah! Jadikan bulan madu anda sebagai kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Jangan terlepas segala memori yang telah di cipta bersama.
103
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
Sebab itu, anda mesti bawa kamera atau perakam vi deo. Dan jangan lupa bawa salinan sijil nikah sekali..
Cukuplah setakat ini kesemua 10 langkah bijak merancang majlis p erkahwinan anda. Seterusnya adalah kesimpulan (mengikut kronologi) tindakan yang harus diambil untuk merancang sebuah majlis perkahwinan. Tidak lupa juga, bonus untuk anda yang tidak mempunyai masa yang lama untuk membuat persiapan. Anda boleh mengikuti panduan durasi yang dicadangkan untuk setiap fasa.
Fasa 1 Membuat segala perancangan asas – termasuk: Matlamat, Keutamaan, Tarikh, Lokasi majlis, Anggaran bajet dan tetamu jemputan. >>Durasi: Tidak lebih daripada 5 hari.
Fasa 2 Melakar aturcara majlis akad nikah & majlis perkahwinan. >>Durasi: Tidak lebih daripada 2 hari.
Fasa 3 Menyediakan senarai semak keperluan mengikut kategori dan menguruskan bajet dengan lebih spesifik. >>Durasi: Tidak lebih daripada 1 minggu
Fasa 4 Survey dan buat tempahan Penolong Pendaftar Pernikahan dan Perkhidmatan Profesional Perkahwinan. Kemudian, beli, sewa, pinjam dan sediakan segala kelengkapan yang diperlukan. >>Durasi: Tidak lebih 1 bulan
Fasa 5 Membuat jemputan. >>Durasi: Tidak lebih 1 bulan.
104
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
Fasa 6 Melantik pembantu dan membahagikan tugas >>Durasi: Tidak lebih 1 minggu
Fasa 7 Follow-up semua pihak yang terlibat untuk persiapan sebelum dan semasa majlis. >>Durasi: Tidak lebih 1 minggu
Fasa 8 Bergembiralah di majlis perkahwinan anda!
Durasi keseluruhan: Tidak lebih 90 hari / 3 bulan
Durasi ini hanyalah sekadar cadangan sahaja. Kami sama sekali tidak menjamin dengan tempoh masa sependek ini anda boleh menghasilkan majlis perkahwinan yang diimpikan.
Ke mana sahaja anda pergi, pasti anda akan dapati semua pakar perunding perkahwinan menasihatkan agar memulakan persiapan seAWAL mungkin. Ini kerana, tabiat melengah-lengahkan kerja mungkin boleh membawa masalah besar kepada anda. Jadi, cepat-cepatlah..Elakkan ketegangan di saat-saat akhir!
Buku ini belum tamat lagi…sambung baca penutup ye…
105
10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwin an An da
PENUTUP
Di samping membuat persiapan fizikal, persiapan rohani juga tidak boleh diabaikan. Maklumlah, majlis perkahwinan hanya sehari sahaja. Tetapi, kehidupan berumahtangga berlangsung untuk bertahun-tahun lamanya. Kalau boleh, mahu sehingga ke hujung nyawa lah. Buat persediaan untuk menempuh alam rumahtangga sebaik mungkin sebagaimana anda membuat persiapan majlis.
Fahami dan hayati tanggungjawab anda sebagai suami atau isteri. Pelajari tip-tip mengekalkan kebahagiaan rumahtangga. Jadikan diri anda seorang yang istimewa. Bukan sekadar sebagai suami atau isteri, tetapi juga sebagai seorang pendengar yang baik, sahabat yang setia dan pasangan yang romantis.
Ingatlah bahawa, institusi perkahwinan yang kukuh akan dapat melahirkan generasi yang berguna untuk masa hadapan. Mulakanlah perkahwinan kita dengan cara yang diredhai dan disukai oleh Allah, kerana tanpa keredhaan dari-Nya masakan mungkin kita mampu untuk membentuk keluarga yang aman dan bahagia.
Jika ada sebarang masalah atau cubaan, jangan takut jangan gentar. Hadapinya dengan sabar dan sentiasalah mohon doa kepada Allah kerana doa itu adalah senjata terhebat orang mukmin. Percayalah, “Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan tenang.” (Ar Ra’dhu:28)
Akhir kata daripada kami, semoga anda berjaya menganjurkan majlis perkahwinan IMPIAN dan seterusnya berjaya membina mahligai IMPIAN di dunia dan di akhirat.
Selamat Pengantin Baru!
Ps: Kongsilah kegembiraan anda dengan kami! Hantarkan gambar perkahwinan anda beserta mesej atau komen ke
[email protected]. Gambar dan mesej yang terpilih akan dipaparkan dalam laman web kami.
TAMAT
106