Download Panduan Penggunaan Schoology Untuk Pelajar...
Description
PANDUAN PENGGUNAAN SCHOOLOGY UNTUK PELAJAR 1. Untuk menggunakan Schoology buat kali pertama, anda perlu menjalankan prosedur Signup di laman sesawang schoology (https://www.schoology.com ). Klik pada butang Sign Up dan pilih butang Student. Pastikan anda mempunyai Kod Akses kursus ( Access Code ) yang dibekalkan oleh pensyarah anda.
2. Isikan Kod Akses yang dibekalkan oleh pensyarah anda di dalam kotak yang disediakan kemudian klik pada butang continue.
Panduan Pengunaan Schoology Untuk Pelajar / ABY / Ogos 2015
Page 1
3. Isikan butir-butir yang diperlukan untuk prosedur pendaftaran seperti nama , alamat email dan kata kunci ( password ) yang anda ingin gunakan untuk proses login nanti, kemudian klik pada butang Register.
4. Sekiranya proses pendaftaran anda berjaya, anda akan dibawa ke laman berikut
Panduan Pengunaan Schoology Untuk Pelajar / ABY / Ogos 2015
Page 2
4. Anda boleh mula berinteraksi dengan pensyarah anda melalui discussion, notifications,message serta memuat turun bahan kuliah yang disediakan. Anda juga boleh memuat naik tugasan dengan melampirkan dokumen yang bersaiz tidak melebihi 512MB. a. Contoh Discussion Klik pada ikon yang dibulatkan dalam rajah di bawah :
Isikan bahagian di dalam kotak dan klik pada butang Post untuk menghantar maklumbalas.
Panduan Pengunaan Schoology Untuk Pelajar / ABY / Ogos 2015
Page 3
b. Contoh Assignment : Klik pada ikon yang dibulatkan dalam rajah di bawah;
Untuk menjawab tugasan, sila klik pada butang Submit Assignment.
Panduan Pengunaan Schoology Untuk Pelajar / ABY / Ogos 2015
Page 4
Paparan berikut akan kelihatan, sila klik pada tab Create ( dibulatkan ) untuk menjawab soalan tugasan.
Jawab soalan tugasan dengan mengisi jawapan anda di dalam kotak yang disediakan. Setelah selesai klik pada butang Submit.
Panduan Pengunaan Schoology Untuk Pelajar / ABY / Ogos 2015
Page 5
Untuk melampirkan fail, klik pada tab Upload dan kemudian klik pada ikon yang dibulatkan; tetapkan lokasi fail yang hendak dilampirkan dan klik butang open.
Tunggu sehingga isyarat muat naik fail lengkap ( completed),anda boleh isikan kotak Add a comment jika perlu,kemudian klik butang Submit.
5. Sila Logout setelah selesai berinteraksi pada laman sesawang ini. Untuk melawat laman sesawang ini pada masa akan datang anda tidak perlu Sign Up lagi, sebaliknya sila klik pada butang Login, masukkan alamat email dan kata kunci yang telah anda daftarkan terdahulu.
Panduan Pengunaan Schoology Untuk Pelajar / ABY / Ogos 2015
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.