Panduan Pengajaran KSSM PJPK (Komponen PK) Tingkatan 1 2016
May 7, 2017 | Author: adi8641 | Category: N/A
Short Description
KSSM...
Description
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH
PANDUAN PENGAJARAN GURU
PENDIDIKAN KESIHATAN
Terbitan
Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum
2016
Cetakan Pertama 2016
©
Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
KANDUNGAN RUKUN NEGARA
v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
vi
PENDAHULUAN
vii
1
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
1
2
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
3
3
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
8
4
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
10
5
PENYALAHGUNAAN BAHAN
13
6
PENYALAHGUNAAN BAHAN
15
7
PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI
17
8
PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI
19
9
KEKELUARGAAN
22
10
KEKELUARGAAN
24
11
PERHUBUNGAN
25
12
PERHUBUNGAN
27
13
PENYAKIT
28
14
KESELAMATAN
32
15
KESELAMATAN
36
16
PEMAKANAN
39
17
PEMAKANAN
43
18
PERTOLONGAN CEMAS
45
1
RUKUN NEGARA BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
vi
PENDAHULUAN Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk membuat keputusan, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik supaya sentiasa menyesuaikan diri dalam aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang terancang dapat meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan optimum. Justeru itu, Panduan Pengajaran Pendidikan Kesihatan Tingkatan Dua ini dibina untuk membantu guru menterjemah kandungan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan serta melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Panduan pengajaran ini adalah usaha Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan pelbagai pihak. Panduan pengajaran ini mengandungi 18 contoh pengajaran yang diharap dapat dimanfaatkan oleh guru dan murid. Kreativiti dan inovatif guru dalam mengubah suai serta menambah baik contoh aktiviti yang disediakan dalam panduan pengajaran ini amat digalakkan. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan idea, kepakaran, masa serta tenaga dalam penghasilan panduan pengajaran ini.
vii
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
PENGENALAN
MASA: 1 Jam
Setiap orang akan melalui zaman peralihan dari kanak-kanak kepada remaja dalam keadaan berbeza.
STANDARD KANDUNGAN
Kebanyakan kita berasa takut dan tertekan dengan perubahan perkembangan fizikal sekunder namun ada yang berjaya mengatasinya dengan baik. Kita perlu mengetahui perubahan yang berlaku dan menggunakan maklumat yang diperolehi serta mengaplikasi cara mengurus perkembangan seksual sekunder secara berkesan.
1.1 Kemahiran membuat keputusan dalam konteks kesihatan diri dan reproduktif Perkembangan seksual sekunder STANDARD PEMBELAJARAN
Murid boleh: 1.1.1 Mengetahui maksud perkembangan seksual sekunder dari aspek fizikal. 1.1.2 Mengaplikasikan cara mengurus perkembangan seksual sekunder dari aspek fizikal. BAHAN BANTU BELAJAR
Kertas sebak, pen marker dan pelekat.
1
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
AKTIVITI
NOTA GURU
1.
Perubahan ciri-ciri seksual lelaki:
Dalam kumpulan kecil membincangkan perkembangan fizikal seksual sekunder.
Ciri-ciri seksual primer yang berubah adalah perubahan zakar dan buah zakar.
2.
Sumbang saran bagaimana mengurus perubahan perkembangan fizikal seksual sekunder
Ciri-ciri seksual sekunder pula melibatkan pertumbuhan misai dan janggut, jerawat, ketinggian meningkat, dada dan bahu melebar, otot membesar, serta suara yang lebih garau.
3.
Menerangkan perasaan semasa mengalami perubahan tersebut.
Bulu ketiak dan bulu pubik merupakan tanda-tanda akil baligh.
4.
Memberi pendapat tentang cara terbaik untuk menguruskan perubahan perkembangan fizikal seksual sekunder.
5.
Perubahan ciri-ciri seksual perempuan: Ciri-ciri seksual primer yang berubah adalah perubahan faraj dan ovari. Ciri-ciri seksual sekunder pula melibatkan ketinggian meningkat, paha berbentuk corong, perubahan payu dara dan punggung membesar.
Perbincangan dan rumusan.
Bulu ketiak dan bulu pubik merupakan tanda-tanda akil baligh. (Sumber: Info Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia.)
2
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
PENGENALAN
MASA: 1 Jam STANDARD KANDUNGAN
Terdapat perubahan dari segi aspek fizikal, mental, emosi dan psikologi.
1.2 Kemahiran membuat keputusan dalam konteks kesihatan diri dan reproduktif
Setiap orang akan melalui zaman remaja. Terdapat remaja yang tidak dapat mengurus dengan baik perubahan emosi semasa perkembangan fizikal sekunder.
Perkembangan seksual sekunder
Contohnya, sekiranya kita mengetahui perubahan emosi yang berlaku dan cara mengurus perubahan emosi tersebut, maka kita dapat menangani perubahan emosi secara berkesan.
STANDARD PEMBELAJARAN Murid boleh: 1.1.3 Mengaplikasikan kemahiran membuat keputusan dalam menangani perubahan emosi semasa perkembangan seksual sekunder. 1.1.4 Menilai perubahan emosi semasa perkembangan seksual sekunder.
BAHAN BANTU BELAJAR Borang penilaian kendiri dan sticky notes.
3
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
AKTIVITI 1. Penilaian kendiri (lembaran kerja 1) diedarkan dan diberi masa 5 minit untuk menjawab semua pernyataan. 2. Merumus jawapan penilaian kendiri. 3. Perbincangan dalam kumpulan, cara-cara mengurus perubahan emosi semasa perkembangan seksual sekunder. 4. Aktiviti ‘Gallery walk’. a. Hasil perbincangan ditampal pada dinding kelas. b. Dalam kumpulan, murid akan bergerak mengikut arah jam untuk melihat dan membaca hasil perbincangan kumpulan lain. c. Murid membuat penambahbaikan dengan menulis cadangan mereka di atas sticky-notes dan tampal pada hasil kumpulan itu tadi. d. Murid akan bergerak sehingga habis pusingan.
4
5. Perbincangan dan rumusan. 6. Aktiviti pengukuhan –menulis diari selama sebulan bagaimana mereka mengurus perubahan emosi semasa perkembangan seksual.
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
NOTA GURU Perubahan Emosi Remaja 1. Sikap suka menentang dan agresif 2. Inginkan perhatian dan penghargaan 3. Ingin sentiasa disayangi 4. Mencari identiti kendiri Jerawat...satu, dua, tiga...argh!
5. Tidak selesa dengan perubahan fizikal. 6. Perasaan keliru, rendah diri, malu dan mudah kecewa 7. Ingin mencuba sesuatu yang baharu dan mencabar 8. Sangat mengambil berat tentang penampilan diri 9. Tidak suka dikongkong 10. Tarikan seksual (crush) dan mudah dirangsang 11. Perasaan ingin tahu terhadap aspek seksual dan mudah jatuh cinta
5
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF BORANG PENILAIAN KENDIRI
Sila tanda (√) pada ruang Ya atau (x) pada ruang Tidak untuk setiap pernyataan. BIL.
PERUBAHAN EMOSI
YA
1.
Mengalami moodiness yang disebabkan oleh perubahan paras hormon estrogen (perempuan) dan hormon testosteron (lelaki)
2.
Mudah tersinggung, agresif, murung, cuai, memberontak, dan emosional
3.
Sangat mengambil kira pandangan orang lain
4.
Inginkan privasi dan memerlukan ruang untuk diri sendiri
5.
Berasa malu dan keliru dengan perubahan diri
6. 7.
Perasaan ingin tahu tentang aspek seksual dan mudah jatuh cinta Tidak suka dikongkong oleh ibu bapa
8.
Sering berselisih faham dengan ibu bapa
9.
Mencari identiti kendiri
10.
Tidak selesa dengan ciri-ciri perubahan fizikal seperti jerawat, bau badan dan ketinggian
11.
Mempunyai perasaan rendah diri
12.
Suka menentang pendapat orang lain
13.
Suka dipuji dan dihargai atas sesuatu yang dilakukan
14.
Ingin mencuba sesuatu yang baharu dan mencabar
15.
Mudah terpengaruh dengan pendapat rakan sebaya
tentang
penampilan
Sila jumlah dan catatkan bilangan yang diperoleh untuk: Ya= Tidak=
6
diri,
dan
TIDAK
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
Jawapan- Penilaian Kendiri. Perbincangan.
Adakah anda banyak menanda ”Ya” ? Jangan risau... ini adalah sesuatu yang normal. Cara-cara menguruskan perubahan emosi. 1. Melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. 2. Membantu ibu bapa membuat kerja-kerja rumah. Contoh, mengemas rumah, menjaga adik, memasak, melipat baju, mencuci kereta, mengecat rumah dan menyapu laman. 3. Melibatkan diri dengan hobi yang berfaedah. Contoh, membaca, berkebun, bermain dan mendengar muzik, mengumpul setem, pelekat, dan melayari laman sesawang untuk mendapat maklumat berfaedah. 4. Menyertai aktiviti sosial yang berfaedah bersama-sama keluarga dan rakan supaya dapat membina keyakinan diri. Contoh, melakukan kerja amal di rumah kebajikan, menyertai aktiviti kebudayaan, berkebun, berkelah, memancing dan bergotong royong. 5. Berani menyatakan pendirian positif. Contoh, berkata “TIDAK” kepada sentuhan tidak selamat, ajakan untuk merokok, mengambil dadah dan alkohol serta hubungan seksual. 6. Melibatkan diri secara aktif dalam program keagamaan. Contoh, di masjid, gereja, kuil dan tokong. 7. Merujuk kepada kaunselor sekolah atau orang dewasa yang boleh dipercayai. Contoh, ibu bapa, guru dan doktor.
7
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
PENGENALAN
MASA: 1 Jam
Dalam kehidupan harian, kita terdedah kepada pelbagai pengaruh multimedia.
STANDARD KANDUNGAN
Terdapat majalah, lirik lagu, program television dan filem yang menggambarkan tingkah laku seksual. Kemahiran menangani pengaruh dalaman serta luaran yang mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif menyediakan peluang kepada kita untuk membinbcangkan nilai dan mesej yang disampaikan oleh pihak media. Kesimpulannya, pengaruh multimedia ke atas perasaan, pemikiran dan tingkah laku dalam aspek positif dan negatif.
2.1 Kemahiran menangani pengaruh dalaman serta luaran yang mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif Pengaruh multimedia kepada tingkah laku seksual berisiko STANDARD PEMBELAJARAN Murid boleh: 2.1.1 Memahami pengaruh negatif multimedia kepada tingkah laku seksual berisiko. 2.1.2 Mengaplikasikan kemahiran menangani pengaruh negatif multimedia terhadap tingkah laku seksual berisiko. 2.1.3 Menganalisis pengaruh
negatif multimedia kepada tingkah laku seksual berisiko. BAHAN BANTU BELAJAR Iklan – imej dalam media.
8
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
AKTIVITI 1. Bahagikan kepada kumpulan kecil.
4. Membentangkan hasil perbincangan kumpulan.
2. Setiap kumpulan melantik seorang wartawan yang akan berkongsi penemuan kumpulan.
5. Pengukuhan – menulis rencana untuk buletin sekolah. KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
3. Berikan setiap kumpulan satu iklan dan membincangkan soalan-soalan berikut: a)
Apakah produk yang hendak dipasarkan oleh iklan tersebut?
b)
Adakah imej yang digunakan menggambarkan kehidupan sebenar?
c)
Apakah mesej yang hendak disampai oleh iklan tersebut? Adakah ia memberikan mesej tentang kualiti yang menarik bagi seseorang lelaki atau wanita?
d)
Apakah mesej yang disampaikan berkait rapat dengan hubungan dan seksualiti?
e)
Menyenaraikan pengaruh negatif iklan tersebut.
f)
Menyenaraikan cara menangani tingkah laku seksual berisiko.
9
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
AKTIVITI
MASA: 1 Jam 1 STANDARD KANDUNGAN 2.1 Kemahiran menangani pengaruh dalaman serta luaran yang mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif
2
3
Pengaruh multimedia kepada tingkah laku seksual berisiko STANDARD PEMBELAJARAN Murid boleh: 2.1.2 Mengaplikasikan kemahiran menangani pengaruh negatif multimedia terhadap tingkah laku seksual berisiko. 2.1.4 Menjana idea cara menangani tingkah laku seksual berisiko dan kepentingan penahanan diri daripada seks.
4
5
BAHAN BANTU BELAJAR Gambar pasangan, kad bubble talk dan pelekat
10
“I see, I think, I wonder “ Perbincangan kesan negatif multimedia terhadap tingkah laku seksual berisiko remaja. Gambar pasangan kekasih dipamerkan. “Bubble talk” diberi dan murid menulis bahasa pemikiran mengikut jantina. Merumus bahasa pemikiran dan tingkah laku seksual berisiko remaja. a) Apa yang ditulis mungkin ada persamaan dan mungkin sebaliknya. b) Bahasa pemikiran yang anda bersetuju dengan? Tidak setuju dengan? c) Jika anda adalah seorang ibu atau bapa, apakah mesej atau nasihat yang paling penting yang akan diberikan kepada anak anda? Memberi 10 sebab kenapa perlu abstinen dalam bentuk peta minda. Memilih salah satu alasan dan hasilkan poster. Tampalkan poster tersebut di dalam kelas untuk menyebarkan pesanan positif mengenai abstinen.
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
Contoh gambar sepasang kekasih
11
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
MESEJ PENTING Anda perlu bertanggungjawab dalam sebarang tingkah laku seksual yang anda pilih. Oleh itu, remaja perlu mengenal pasti amaran bagi menghindar hubungan seks yang tidak diingini dan tidak dirancang. Abstinen adalah cara terbaik untuk mengelak risiko seks. SUMBER: LPPKN. KPWKM
12
PENYALAHGUNAAN BAHAN
MASA: 1 Jam
PENGENALAN Zaman remaja adalah zaman yang paling mencabar. Kita sering terdedah kepada penggunaan barang haram dan penyalahgunaan bahan. Dalam usia muda dan masih kurang pengalaman hidup, adakah kita tidak bersedia dan tidak mengetahui akibat penyalahgunaan bahan. Kemahiran menangani situasi berisiko terhadap penyalahgunaan bahan kepada diri, keluarga dan masyarakat dapat mengelakkan kita daripada bahaya pengambilan rokok, alkohol dan dadah.
STANDARD KANDUNGAN 3.1 Kemahiran menangani situasi berisiko terhadap penyalahgunaan bahan kepada diri, keluarga serta masyarakat Pengaruh rokok, alkohol dan dadah STANDARD PEMBELAJARAN Murid boleh: 3.1.1 Memahami pengaruh rokok, alkohol dan dadah kepada diri, keluarga serta masyarakat. 3.1.3 Menganalisis kesan bahaya asap rokok kepada perokok pasif. 3.1.4 Menilai taraf kesihatan individu yang terlibat dalam kegiatan merokok, pengambilan alkohol dan dadah. BAHAN BANTU BELAJAR Lakaran tubuh manusia, kertas sebak, pen marker dan pelekat.
13
PENYALAHGUNAAN BAHAN
AKTIVITI 1.
2. 3.
4.
Melabel bahagian dan sistem tubuh manusia yang rosak akibat penyalahgunaan rokok, alkohol dan dadah. Merumus aktiviti langkah 1. Perbincangan dalam kumpulan kecil. Memberi fokus kepada kesan pengaruh rokok alkohol dan dadah kepada keluarga, masyarakat serta kepada perokok pasif. Aktiviti World Cafe. a. Setiap ketua kumpulan akan tinggal manakala ahli kumpulan yang lain akan bergerak ke kumpulan sebelah kanan mereka. b. Ketua kumpulan yang tinggal akan memberi penerangan hasil perbincangan kumpulan dan melantik seseorang sebagai pembantu. c. Setelah selesai memberi penerangan ketua itu tadi bersama ahli kumpulan baharu bergerak meninggalkan pembantu untuk
14
menerangkan kepada kumpulan yang datang. d. Proses ini berulang dan selesai sehingga semua kumpulan dilawati. 7. Rumusan.
PENYALAHGUNAAN BAHAN
AKTIVITI
MASA: 1 Jam
1. Permainan ‘Domino’ a. 5 orang murid dipilih secara rawak. b. Murid tersebut dilekatkan kad perkataan iaitu ‘Penyalahgunaan Bahan’, ‘Rakan’, ‘Keluarga’, ‘Masyarakat’ dan ‘Negara’. c. Murid berbaris dalam satu barisan dari bahu ke bahu. d. ‘Penyalahgunaan Bahan’ akan melanggar bahu ‘Rakan’ dan seterusnya. e. Murid lain akan menjelaskan mengapa teori domino berlaku dan kesannya kepada diri, rakan, keluarga, masyarakat dan negara. 2. Menulis dialog berdasarkan situasi,di mana murid mesti membuat keputusan bagaimana mengelakkan diri. ‘Kalaulah saya dihampiri / dipujuk / diberi / dipelawa...’ Murid membaca dialog sambil melakonkannya. 3. Menghasilkan Bumper Sticker mengenai penyalahgunaan rokok, alkohol dan dadah. 4. Perbincangan dan rumusan.
STANDARD KANDUNGAN 3.1 Kemahiran menangani situasi berisiko terhadap penyalahgunaan bahan kepada diri, keluarga serta masyarakat Pengaruh rokok, alkohol dan dadah STANDARD PEMBELAJARAN Murid boleh: 3.1.2 Mengaplikasikan kemahiran mengelak diri daripada pengaruh rokok, alkohol dan dadah.
BAHAN BANTU BELAJAR Kad perkataan, kertas berpelekat, pen marker pelbagai warna.
15
PENYALAHGUNAAN BAHAN
’Kalaulah saya dihampiri / dipujuk / diberi / dipelawa …’
TIDAK
Situasi 1
Awang menghulurkan rokok kepada kawannya, Abu ketika bermain permainan video. Tulis dialog antara Awang dan Abu. Abu menggunakan kemahiran asertif membuat
penolakan
secara
berhemah
dengan
menjelaskan
kesan
pengambilan rokok bagi jangka masa pendek dan jangka masa panjang.
Situasi 2
Abang dan rakan-rakannya membeli alkohol dari kedai serbaneka untuk meraikan sambutan Tahun Baharu. Abang terserempak dengan guru Pendidikan Kesihatannya. Guru tersebut memberi nasihat kepada abang dan rakanrakannya. Tulis dialog antara mereka dengan menjelaskan kesan pengambilan alkohol bagi jangka masa pendek dan jangka masa panjang.
Situasi 3
Kakak dan ayahnya menonton iklan AADK. Ayahnya memberi nasihat kepada kakak
mengenai
bahaya
dadah.
Tulis
dialog
antara
mereka
dengan
menjelaskan kesan pengambilan dadah bagi jangka masa pendek dan jangka masa panjang .
16
PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI
PENGENALAN
MASA: 1 Jam
Pemikiran positif adalah cara pemikiran yang menjurus ke arah keupayaan iaitu melihat kepada aspek yang baik dan membina.
STANDARD KANDUNGAN 4.1 Kemahiran mengurus mental dan emosi dalam kehidupan harian.
Seseorang yang berpemikiran positif akan berasa bahagia, disenangi dan dihormati, mudah mendapat kawan dan akan menjalinkan hubungan sosial yang baik. Selain daripada itu, berupaya untuk menangani stres dengan menjadikan keadaan negatif sebagai peluang untuk belajar, dan melihat kebaikan orang lain.
Pemikiran positif STANDARD PEMBELAJARAN Murid boleh: 4.1.1 Mengetahui maksud dan ciri-ciri pemikiran positif.
Pemikiran positif boleh diamalkan pada bila-bila masa dan di mana sahaja, terutama sekali apabila kita mempunyai perasaan negatif.
4.1.2 Memahami faedah pemikiran positif dalam mengurus mental dan emosi. BAHAN BANTU BELAJAR 3 buah kotak dan kertas nota kecil.
17
PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI
AKTIVITI 1. Menulis satu sifat positif kawan dan masukkan ke dalam 3 buah kotak yang disediakan. 2. Permainan ‘Kotak Beracun’ dimainkan. 3 buah kotak bermain secara serentak. Murid yang memegang kotak terakhir akan mencabut satu sifat positif kawan secara rawak akan bincangkan dan cuba meneka siapa rakan yang bersifat positif itu. 3. Membina peta minda dengan ciri-ciri pemikiran positif dan faedah pemikiran positif dalam mengurus mental dan emosi dalam kumpulan kecil. 4. Wakil kumpulan akan membentangan hasil perbincangan dan menyatakan kepentingan berfikiran positif. 5. Rumusan -menerima kelebihan dan memperbaiki kelemahan diri.
18
PEMIKIRAN
PEMIKIRAN POSITIF
NEGATIF
PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI
1. Menggambarkan / main peranan individu yang bersifat positif dan negatif dalam kehidupan harian melalui puppet show / wayang kulit / role play (tugasan ini diberi seminggu awal)
MASA: 1 Jam STANDARD KANDUNGAN 4.1 Kemahiran mengurus mental dan emosi dalam kehidupan harian.
2. Menerangkan cara mengurus pemikiran, emosi dan tingkah laku dalam kehidupan harian melalui puppet show / wayang kulit / role play .
Pemikiran positif STANDARD PEMBELAJARAN Murid boleh: 4.1.3 Mengaplikasikan cara mengurus pemikiran, emosi dan tingkah laku dalam kehidupan harian.
3. Menggunakan ayat-ayat yang positif dalam dialog. 4. Mencatat dialog yang menggambarkan pemikiran positif.
4.1.4 Menganalisis hubungan antara pemikiran, emosi dan tingkah laku dalam kehidupan harian.
5. Mengisi lembaran kerja dengan mengaitkan hubungan pemikiran, emosi dan tingkah laku dalam kehidupan harian.
BAHAN BANTU BELAJAR Puppet / wayang kulit dan lembaran kerja
6. Rumusan.
Nota: Tugasan ini diberi seminggu awal sebagai persediaan.
19
PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI
20
PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI
NOTA GURU Contoh ciri-ciri rakan yang bersifat positif. 1. Bagaimanakah rupa seseorang rakan yang bersifat positif ? Tersenyum, gembira dan sebagainya. 2. Bagaimanakah watak seorang rakan yang bersifat positif ? Bertimbang rasa, baik hati, penyayang, pendengar yang baik dan sebagainya. 3. Bagaimanakah cara percakapan rakan yang bersifat positif ? “Boleh saya tolong awak?”, “Kita berkongsi permainan…” dan sebagainya. Contoh ciri-ciri rakan yang bersifat negatif. 4. Bagaimanakah rupa seorang rakan yang bersifat nagatif? Sombong, sinis dan sebagainya. 5. Bagaimanakah watak seorang rakan yang bersifat negatif ? Penipu, iri hati, pentingkan diri dan sebagainya. 6. Bagaimanakah cara percakapan rakan yang bersifat negatif? “Saya tidak suka …”, Awak ni busuklah…” dan sebagainya.
21
KEKELUARGAAN
PENGENALAN
MASA: 1 Jam
Perkahwinan adalah ikatan hubungan yang sah antara dua individu yang didaftarkan secara sivil dan / atau diiktiraf oleh jabatan agama atau secara adat resam. Perkahwinan berlaku apabila dua individu yang berlainan jantina membuat keputusan untuk hidup bersama dan melafazkan komitment sepanjang hayat antara satu sama lain, saling menyintai serta memberi sokongan antara satu sama lain yang akhirnya membentuk sebuah keluarga.
STANDARD KANDUNGAN 5.1 Peranan diri sendiri dan ahli keluarga serta kepentingan institusi kekeluargaan dalam aspek kesihatan keluarga Perkahwinan
STANDARD PEMBELAJARAN Murid boleh: 5.1.1 Mengetahui tujuan perkahwinan. 5.1.2 Mengaplikasikan cara menyesuaikan diri sekiranya berlaku perubahan dalam struktur keluarga.
BAHAN BANTU BELAJAR Kotak, kertas nota kecil.
22
KEKELUARGAAN
AKTIVITI 1.
NOTA GURU
Mencatat apa yang mereka ingin ketahui secara lebih mendalam maksud dan tujuan perkahwinan dengan menjawab soalan-soalan yang berikut: a.
b. c.
d.
Institusi perkahwinan ialah satu perkara yang dituntut oleh agama dan budaya. Perkahwinan mestilah didaftarkan secara sah dan lazimnya disertai dengan majlis keagamaan atau kebudayaan. Melalui ikatan perkahwinan yang sah boleh mencegah seks sebelum nikah. Kita mesti membuat keputusan yang bijak dan bertanggungjawab. Setiap ahli keluarga mempunyai peranan dan tanggungjawab yang perlu dipikul untuk kebahagiaan dan keharmonian sesebuah keluarga. Setiap anggota keluarga perlu mengamalkan nilai murni serta bersedia menghadapi cabaran bersama.
Apakah yang saya patut tahu tentang maksud perkahwinan? Apakah tujuan perkahwinan? Bilakah saya patut tahu tentang maksud dan tujuan perkahwinan? Adakah perkahwinan itu komitmen sepanjang hayat?
2.
Soalan dicabut secara rawak dan dibuka untuk perbincangan.
3.
Merumuskan maksud dan tujuan perkahwinan.
4.
Menjelaskan dengan contoh cara menyesuaikan diri sekiranya berlaku perubahan dalam struktur keluarga.
5.
Menulis satu karangan pendek atau pantun mengenai peranan mereka dalam keluarga.
6.
Menulis salasilah keluarga sebagai kerja projek.
23
KEKELUARGAAN
AKTIVITI
MASA: 1 Jam STANDARD KANDUNGAN 5.1 Peranan diri sendiri dan ahli keluarga serta kepentingan institusi kekeluargaan dalam aspek kesihatan keluarga Perkahwinan STANDARD PEMBELAJARAN Murid boleh: 5.1.3 Menilai peranan individu dalam keluarga nukleus, keluarga kembangan (extended) atau keluarga tunggal. BAHAN BANTU BELAJAR Kad dialog dan kad situasi.
24
1. Mencipta dan menganalisis pokok keluarga masingmasing. 2. Membentangkan hasil ciptaan masing-masing. 3. Berbincang sekiranya berlaku perubahan dalam struktur keluarga, apakah yang akan dilakukan anda? 4. Main peranan berdasarkan kad situasi, contohnya; a. Ayah kahwin lain… b. Ayah / Ibu kahwin lagi … c. Saya dapat adik beradik tiri... d. Saya dapat adik baharu... 5. Mencatat peranan diri dan ahli keluarga untuk kebahagiaan dan keharmonian. 6. Perbincangan. 7. Aktiviti pengukuhan Mencipta garis masa keluarga (life events) . Setiap perkara yang berlaku dalam keluarga ditulis dengan tepat berdasarkan kepada situasi yang diberi oleh guru.
PERHUBUNGAN
PENGENALAN
MASA: 1 Jam
Komunikasi pula merupakan asas kepada perhubungan interpersonal iaitu perhubungan antara seseorang dengan seseorang yang lain. Komunikasi interpersonal tidak akan berkesan tanpa menggunakan deria manusia dengan bijaksana. Ini akan membantu seseorang itu bercakap dengan berkesan, melihat dengan nyata, mendengar secara aktif dan merasa dengan hati akan apa yang didengar atau disampaikan. Perhubungan interpersonal ialah bagaimana kita berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Perhubungan interpersonal adalah perhubungan dan komunikasi antara individu yang berbeza latarbelakang dan pengalaman tersendiri.
STANDARD KANDUNGAN 6.1 Kemahiran interpersonal serta komunikasi berkesan dalam kehidupan harian Kemahiran komunikasi berkesan dalam perhubungan interpersonal STANDARD PEMBELAJARAN Murid boleh: 6.1.1 Mengetahui cara berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan. 6.1.2 Memahami perhubungan interpersonal dalam kalangan ahli keluarga, rakan, guru dan jiran.
Kebanyakan masalah timbul di rumah, di sekolah atau dalam masyarakat adalah berpunca daripada perselisihan faham, pertengkaran, tidak sesuai dan berbagai lagi. Semua berpunca daripada pertembungan sikap, peribadi dan kelakuan manusia yang berbeza. Oleh itu amat penting bagi setiap orang untuk mengetahui cara menjalin perhubungan yang baik antara individu.
6.1.3 Mengaplikasi kemahiran berkomunikasi secara berkesan iaitu mendengar dengan teliti, mengekalkan eye-contact serta meluahkan perasaan, idea dan fikiran. BAHAN BANTU BELAJAR Kad dialog, kad situasi.
25
PERHUBUNGAN
AKTIVITI i.
2.
Bermain ‘Win, Lose or Draw ’ (secara bukan lisan) a. Penyampai dialog mestilah menggunakan bahasa isyarat atau bahasa badan tanpa suara. b. Ahli kumpulan yang lain akan meneka dialog berdasarkan topik. c. Bandingkan komunikasi secara lisan dan bukan lisan dengan dialog asal. d. Lihat bagaimana komunikasi berlaku dalam kalangan ahli kumpulan. Main peranan ( secara lisan) a. Seorang abang memperkenalkan adiknya kepada kawan baharunya. b. Seorang remaja meminta pertolongan jirannya menghantar bapa yang sakit ke rumah sakit. c. Seorang murid ingin mendapatkan kelulusan menggunakan dewan sekolah daripada Pengetua bagi tujuan jualan amal.
26
3.
Bersoal-jawab mengenai kedua-dua aktiviti di atas. a. Adakah komunikasi di dalam kedua-dua aktiviti itu tadi membantu seseorang itu bercakap dengan berkesan, melihat dengan nyata, mendengar secara aktif dan merasa dengan hati akan apa yang didengar atau disampaikan. b. Adakah komunikasi di dalam kedua-dua aktiviti itu tadi menggunakan laras bahasa yang betul,mempamerkan bahasa badan yang bersesuaian dan intonasi yang betul.
4. Perbincangan.
PERHUBUNGAN
MASA: 1 Jam
AKTIVITI
STANDARD KANDUNGAN
1. Secara berkumpulan menghasilkan peta minda. a. Mengapa kita perlu berkomunikasi dengan baik terhadap, keluarga, rakan, guru dan jiran? b. Apakah yang berlaku sekiranya kita tidak berkomunikasi dengan baik terhadap, keluarga, rakan, guru dan jiran? 2. Pembentangan hasil kumpulan. 3. Menulis surat menasihati rakan mengenai kepentingan komunikasi berkesan dengan perhubungan interpersonal dalam kalangan ahli keluarga, rakan, guru dan jiran. 4. Rumusan.
6.1 Kemahiran interpersonal serta komunikasi berkesan dalam kehidupan harian Komunikasi berkesan dalam perhubungan interpersonal STANDARD PEMBELAJARAN Murid boleh: 6.1.2 Memahami perhubungan interpersonal dalam kalangan ahli keluarga, rakan, guru dan jiran. 6.1.4 Menilai kepentingan berkomunikasi secara berkesan dalam kalangan ahli keluarga, rakan, guru dan jiran
BAHAN BANTU BELAJAR Kertas sebak, pen marker dan pelekat.
27
PENYAKIT
PENGENALAN
MASA: 1 Jam
Masalah jerawat dan senggugut selalunya sering dialami oleh golongan remaja dan dewasa.
STANDARD KANDUNGAN
Jerawat merupakan perkara yang biasa dialami golongan remaja disebabkan oleh perubahan hormon badan dan jangkitan kuman. Manakala, senggugut kerap dialami oleh golongan wanita yang masih datang haid. Jangan jadikan masalah jerawat dan senggugut tidak harus dijadikan alasan yang menghalang aktiviti harian kita. Vaksin Human Papillomavirus (HPV) boleh mengurangkan risiko kanser serviks dan menghalang seseorang wanita dari dijangkiti HPV iaitu penyebab utama kanser serviks. Vaksin HPV diberi kepada golongan perempuan seawal usia 13 tahun.
7.1 Penyakit dan cara mencegah serta mengurangkan faktor risiko penyakit dalam kehidupan harian Jerawat Senggugut Kanser serviks STANDARD PEMBELAJARAN Murid boleh: 7.1.1 Mengetahui masalah jerawat, senggugut, dan kanser serviks. 7.1.2 Memahami langkahlangkah pencegahan kanser serviks. 7.1.3 Menilai langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mengurangkan masalah jerawat dan senggugut. BAHAN BANTU BELAJAR Borang soal selidik, Poster penyakit tidak berjangkit iaitu jerawat, senggugut, dan kanser serviks dari KKM.
28
PENYAKIT
AKTIVITI
Kesian, kakak. Setiap kali didatangi haid mesti senggugut. Kakak juga diberi suntikan HPV untuk mencegah kanser serviks. Saya pula mengalami masalah jerawat.
Gallery walk: Apa kata survey? 1. Menjawab borang soal selidik mengenai penyakit tidak berjangkit seperti jerawat, senggugut dan kanser serviks. 2. Memilih fakta atau mitos dengan memberi justifikasi. 3. Explorasi atau pembelajaran kendiri. 4. Meneroka pameran kesihatan di sekolah untuk mendapatkan maklumat mengenai penyakit tidak berjangkit seperti jerawat, senggugut dan kanser serviks dari aspek : a. Gejala dan simptom b. Cara-cara untuk mendapatkan rawatan awal. c. Faktor-faktor pemakanan, gaya hidup dan persekitaran yang mempengaruhinya. d. Mengetahui fakta dan mitos mengenai penyakit tidak berjangkit seperti jerawat, senggugut dan kanser serviks. 5. Menulis langkah-langkah pencegahan dengan menghubungkait faktor-faktor pemakanan, gaya hidup dan persekitaran. 6. Membentangkan hasil kerja. 7. Rumusan. 8.
29
PENYAKIT BORANG SOAL SELIDIK
Soal Selidik ‘Jerawat’ Tandakan Fakta (/) atau Mitos (x)
Soal Selidik ‘Senggugut’
/
Tandakan Fakta (/) atau
X
Mitos (x)
1. Jerawat adalah
1. Senggugut adalah
penyakit berjangkit
penyakit tidak berjangkit
2. Jerawat disebabkan oleh jangkitan kuman
2. Senggugut
3. Jerawat akan menjadi
disebabkan oleh
lebih teruk jika
aktiviti fizikal
membasuh muka di
3. Senggugut akan
waktu panas
menyebabkan wanita
4. Jerawat disebabkan
mandul
oleh makanan
4. Senggugut boleh
berminyak seperti
dikurangkan dengan
kacang, cokelat dan
mengambil ubat
resedung.
daripada doktor
5. Jerawat boleh dielak
5. Senggugut kerap
dengan
dialami oleh golongan
mengamalkan
wanita yang masih
pemakanan yang
datang haid.
sihat.
30
/
X
PENYAKIT
Soal Selidik ‘Kanser Serviks’
Tandakan Fakta (/) atau
Jadual Analisis
/
X
No. Soalan
Mitos (x)
Bil.
Bil.
Fakta Mitos
1. Kanser serviks adalah
1. Jerawat
penyakit tidak
2. Senggugut
berjangkit
3. Kanser serviks
2. Kanser serviks boleh disebabkan oleh jangkitan virus HPV 3. Kanser serviks boleh menjangkiti lelaki 4. Kanser serviks boleh dikesan dengan ujian pap smear 5. Kanser serviks boleh disebabkan oleh tuala wanita.
31
KESELAMATAN
PENGENALAN
MASA: 1 Jam
Pengaruh rakan sebaya dan persekitaran dikenal pasti sebagai antara faktor yang menyumbang kepada gejala perbuatan buli dan masalah disiplin di kalangan murid sekolah.
STANDARD KANDUNGAN 8.1 Menjaga keselamatan diri dan mendemonstrasi kemahiran kecekapan psikososial dalam kehidupan harian
Faktor trend semasa turut menyebabkan golongan remaja mudah terpengaruh dan terikut-ikut dalam penggunaan perkataan, perbuatan dan cara kehidupan masyarakat pada hari ini. Kemahiran kecekapan psikososial diharap dapat menjadi panduan dalam membentuk peribadi seseorang agar tidak menjadi pembuli, mangsa buli atau gangster. Semua pihak perlu berganding bahu menangani kes buli dan masalah gangsterisme dalam kalangan murid baik di dalam atau diluar kawasan sekolah.
Buli Gangsterisme STANDARD PEMBELAJARAN Murid boleh: 8.1.1 Mengetahui maksud membuli, dibuli dan gangsterisme. 8.1.2 Memahami faktor-faktor penyebab perbuatan membuli, dibuli dan gangsterisme. BAHAN BANTU BELAJAR Gambar, kertas sebak, pen marker dan kertas warna.
32
KESELAMATAN
AKTIVITI Save Our School (SOS) 1. Gambar dipaparkan dan sumbang saran dalam kalangan murid. 2. Dalam kumpulan kecil, murid diberi satu kes juvana untuk menjelaskan faktor-faktor penyebab perbuatan buli dan gangsterisme. 3. Murid menulis langkah-langkah yang boleh diambil untuk menangani perbuatan buli dan gangsterisme yang berlaku. 4. Perbentangan hasil kumpulan. 5. Membina ikrar untuk mengelak diri daripada perbuatan buli dan gangsterisme.
MASYARAKAT
33
KESELAMATAN
Sumber: www.moe.gov.my
34
KESELAMATAN
Sumber: www.moe.gov.my
35
KESELAMATAN
MASA: 1 Jam
AKTIVITI
STANDARD KANDUNGAN 8.1 Menjaga keselamatan diri dan mendemonstrasi kemahiran kecekapan psikososial dalam kehidupan harian
1. Aktiviti menilai kesan membuli dan dibuli. a. Sehelai kertas diberi kepada setiap murid dan meminta murid menulis perkataan yang menerangkan helaian kertas kosong tersebut. Contohnya: bersih, licin, berguna, dan lain-lain. b. Remuk kertas tersebut, merosakkannya, dipijak di atasnya, segala-galanya kecuali mengoyak kertas tersebut. c. Meminta murid meratakan dan cuba untuk mendapatkan kertas kembali kepada keadaan asal. Murid menggambarkan keadaan kertas itu tadi. Contoh: kotor, berkedut, hampir musnah, dan lain-lain d. Sekarang minta murid memohon maaf kepada kertas tersebut- mengakui semua perkara yang dilakukan kepadanya dan menyesali apa yang telah berlaku. e. Menggambarkan apa yang telah berlaku kepada kertas tersebut. Fikirkan walaupun mereka telah meminta maaf dan melakukan semua yang mereka boleh untuk kembali kertas kepada keadaan asalnya bahawa masih terdapat banyak parut akibat tingkah laku yang negatif.
Buli Gangsterisme STANDARD PEMBELAJARAN Murid boleh: 8.1.3 Mengaplikasikan kemahiran berkata TIDAK dan mengelak diri daripada membuli, dibuli dan gangsterisme. 8.1.4 Menilai kesan membuli dan dibuli terhadap diri dan keluarga. BAHAN BANTU BELAJAR Kertas A4, kertas sebak, pen marker dan pelekat.
36
KESELAMATAN
2.
3. 4.
5.
SENARIO
f. Menjelaskan kepada kelas bahawa ini adalah prinsip yang sama yang berlaku kepada murid apabila mereka dibuli. Walaupun ada permohonan maaf secara tulus, parut tidak pernah akan hilang. Dalam kumpulan kecil, murid mengkaji senario yang diberi dan menjawab soalan. Pembentangan. Kaedah 3 M iaitu mengenal buli, menjauhi buli dan melapor buli. Rumusan dan penambahbaikan.
Seorang rakan anda berdiri di luar kelas dan mengejek serta menggugut murid lain. Dia mengejek dan menggugut murid itu tanpa henti. Anda sedang berdiri di sebelah rakan anda semasa kejadian itu berlaku, tetapi anda tidak berkata apa-apa. 1. Apakah senario di atas? 2. Adakah anda seorang kawan yang baik? 3. Apakah perasaan rakan anda apabila diejek dan diugut oleh pembuli? 4. Apakah tindakan anda seterusnya? 5. Bagaimana anda berhadapan dengan pembuli atau gangster? 6. Apakah tindakan atau cara mengelak diri daripada membuli, dibuli dan gangsterisme? 7. Bincangkan kesan membuli dan dibuli terhadap diri seseorang dan keluarganya.
37
KESELAMATAN
NOTA GURU 3M 1. Mengenal buli. Meningkatkan kefahaman dan kesedaran tingkah laku buli dan kesannya. Mengenal situasi buli apabila anda atau seseorang yang anda kenali sedang dibuli dan mengambil langkah-langkah menghentikan perbuatan buli. 2. Menjauhi buli. Kebanyakan buli tidak akan berlaku jika pembuli tidak mempunyai "penonton " . JANGAN ketawa jika seseorang diejek. JANGAN melihat pergaduhan di sekolah atau di luar sekolah. JANGAN mengambil bahagian dalam menghantar mesej yang menyakiti perasaan orang lain. JANGAN ketawa pada jenaka yang tidak sesuai. JANGAN majukan mesej peribadi untuk dilihat atau dibaca orang lain. JANGAN mengambil bahagian dalam menyebarkan khabar angin. JANGAN menjadi pemerhati buli. 3. Melapor buli. Laporkan sekiranya anda adalah mangsa buli. Berbincang dengan ibu bapa, bercakap dengan kawan, bercakap dengan guru, berbincang dengan kaunselor, berbincang dengan pengetua atau orang dewasa yang dipercayai. Memberitahu seseorang supaya tindakan boleh diambil untuk menghentikan perbuatan buli. Semua murid mempunyai hak untuk berasa selamat di sekolah - jika anda adalah mangsa buli, berdiri dan mengambil tindakan yang diperlukan untuk memastikan ia tidak diteruskan.
LAPORKAN BULI !
38
PEMAKANAN
PENGENALAN
MASA: 1 Jam
Tubuh kita memerlukan pelbagai jenis zat makanan untuk kesihatan. Zat makanan yang diperlukan termasuk vitamin, zat galian, protein dan asid lemak bagi pertumbuhan optimum tubuh badan yang sihat serta cergas.
STANDARD KANDUNGAN 9.1 Amalan pemakanan sihat dan selamat
Zat makanan diperolehi daripada pelbagai jenis makanan. Setiap jenis makanan adalah unik. Selain daripada membekalkan zat makanan, makanan mengandungi pelbagai bahan lain yang memberi khasiat untuk menggalakkan kesihatan.
STANDARD PEMBELAJARAN
Tubuh yang sihat adalah melalui amalan pemakanan yang sihat setiap hari. Pemakanan yang sihat boleh mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit.
9.1.2 Memahami fungsi dan kepentingan mikro nutrien iaitu mineral serta vitamin.
Makro nutrien Mikro nutrien
Murid boleh: 9.1.1 Memahami fungsi dan kepentingan makro nutrien iaitu karbohidrat, protein serta lemak.
BAHAN BANTU BELAJAR Label makanan, kertas sebak, pen marker, pelekat.
39
PEMAKANAN
AKTIVITI ‘Duta Kecil.’ c. ‘Duta Kecil’ akan menerangkan hasil dapatan kumpulan tersebut sekiranya ahli-ahli kumpulan lain tiba di stesen kumpulannya sehinggalah selesai semua kumpulan. Penilaian dan penambahbaikan maklumat berlaku di sini. 3. Perbincangan dan rumusan. 4. Projek folio berkaitan dengan nutrien, fungsi dan kepentingannya dalam menangani obesiti serta kurang berat badan.
1. Dalam 4 hingga 5 kumpulan kecil, ‘Duta Kecil’ dikehendaki; a. Mengenal pasti kandungan nutrien pada label makanan. b. Mengelaskan maklumat nutrien kepada makro nutrien dan mikro nutrien. c. Memberikan contoh makro dan mikro nutrien selain yang terdapat pada label makanan. d. Berbincang tentang fungsi nutrien dan kepentingan makro serta mikro nutrien kepada individu. 2. Pembentangan - hasil dapatan dilekatkan pada stesen masing-masing. a. Setiap ahli kumpulan akan menghantar duta masingmasing ke kumpulan yang lain secara serentak. b. Kumpulan akan bergerak mengikut arah pusingan jam.
40
PEMAKANAN
NOTA GURU Nutrien diperlukan untuk pertumbuhan fizikal yang sempurna. Terdapat dua jenis iaitu makro nutrien dan mikro nutrien. Makro nutrien adalah nutrien penghasilan tenaga. Karbohidrat, protein dan lemak. Antara fungsi makro nutrien ialah: o Membekalkan tenaga o Membantu pertumbuhan fizikal o Memanaskan badan Mikro nutrien adalah nutrien yang tidak menghasilkan haba. Vitamin dan mineral. Fungsi mikro nutrien ialah: o Mengelakkan penyakit o Bahan pelawas Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
41
PEMAKANAN
42
PEMAKANAN
AKTIVITI
MASA: 1 Jam
‘Pengguna Muda Bijak’ STANDARD KANDUNGAN 9.1 Amalan pemakanan sihat dan selamat Makro nutrien Mikro nutrien STANDARD PEMBELAJARAN Murid boleh: 9.1.3 Menganalisis pemakanan yang sesuai berdasarkan makro nutrien dan mikro nutrien untuk menangani obesiti serta kurang berat badan. 9.1.4 Menilai kepentingan pengambilan makro nutrien dan mikro nutrien mengikut keperluan. BAHAN BANTU BELAJAR Pelan atau program diet
1. Senaraikan jenis makanan yang telah dibelanjakan dengan wang saku. 2. Mengenal pasti makanan berdasarkan makro nutrien dan mikro nutrien. 3. Berbincang mengenai faktor penentu pilihan murid. 4. Bersoal jawab mengenai makanan pilihan murid. a. Adakah menjurus kepada obesiti atau kurang berat badan? b. Adakah murid akan mengalami kekurangan zat makanan. 5. Mengkritik pelan atau program diet dengan melihat adakah pelan atau program diet tersebut memenuhi kriteria pengambilan nutrien yang betul. 6. Merancang diet pemakanan yang sesuai untuk menangani obesiti dan kurang berat badan. 7. Perbincangan.
43
PEMAKANAN CONTOH PELAN PEMAKANAN
44
PERTOLONGAN CEMAS
PENGENALAN
MASA: 1 Jam
Pertolongan cemas asas boleh membantu anda menghadapi ketika kecemasan. Anda mungkin boleh membantu pernafasan seseorang, mengurangkan kesakitan seseorang sehingga ambulans tiba.
STANDARD KANDUNGAN 10.1 Pengetahuan asas pertolongan cemas dan kepentingan bertindak dengan bijak mengikut situasi
Pengetahuan pertolongan cemas membantu anda mengenal pasti situasi kecemasan dan memberi pertolongan cemas asas sehingga bantuan tiba.
D - Danger R - Response A - Airway B - Breathing C - Circulation
Kaedah D.R.A.B.C. [Danger. Response. Airways. Breathing. Circulation.] adalah bantuan penting dalam menilai sama ada pesakit mempunyai apa-apa isyarat yang mengancam nyawa atau memerlukan sebarang jika apa-apa bantuan kecemasan segera. Ianya digunakan untuk memberi bantu mula kepada mangsa yang tidak sedar diri atau mengalami kejutan.
STANDARD PEMBELAJARAN Murid boleh: 10.1.1 Mengetahui prinsip dan prosedur D.R.A.B.C. 10.1.2 Mengaplikasi prinsip dan prosedur D.R.A.B.C. 10.1.3 Menilai tindakan yang diambil semasa melaksanakan prosedur D.R.A.B.C.
D.R.A.B.C. juga akan membantu anda dalam menilai keadaan dan pernafasan mangsa serta membolehkan anda untuk menentukan jenis langkah-langkah asas pertolongan cemas yang diperlukan.
BAHAN BANTU BELAJAR Kad situasi, kad manila dan pen marker.
45
PERTOLONGAN CEMAS
AKTIVITI NOTA GURU 1. Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah atau St. John Ambulance mendemonstrasikan prosedur D.R.A.B.C. 2. Secara berpasangan murid akan melakukan prosedur D.R.A.B.C. 3. Situasi kecemasan diberi murid akan berlakon serta akan mengaplikasikan prosedur D.R.A.B.C. 4. Membina carta aliran prosedur D.R.A.B.C. 5. Perbincangan. 6. Pengukuhan – murid diberi masa dua minggu untuk menyiapkan satu ringkasan D.R.A.B.C. melalui hasil ilustrasi dan penulisan secara kreatif, berkaitan langkah-langkah asas bantu mula yang dapat dilakukan semasa kecemasan.
Arahan am untuk memberi bantu mula: Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan kepada pihak polis, ambulans, keluarga dan lain-lain. Bertindak berdasarkan D.R.A.B.C. iaitu: 1. 2.
3.
4.
5.
46
Keluarkan mangsa dari kawasan yang berbahaya. [D] Pastikan mangsa bertindak balas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. [R] Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersumbat . Jika terdapat benda asing di dalam mulut, keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa. [A] Pastikan mangsa bernafas . Sekiranya mangsa tidak bernafas, perlu lakukan EAR External Air Resuscitation. [B] Pastikan nadi mangsa berfungsi depan memeriksa nadi karotid atau pada leher [C]: Jika tiada nadi lakukan CPR iaitu Cardio Pulmonary Resuscitation.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ARAS 4-8, BLOK E 9 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA TEL: 03-88842000
FAX: 03-88889917
http://www.moe.gov.my/bpk
View more...
Comments