Panduan Murabbi 01 - Tamhidi
March 17, 2017 | Author: Hairul Akmal | Category: N/A
Short Description
Download Panduan Murabbi 01 - Tamhidi...
Description
Peringkat Asas (01)
PANDUAN MURABBI (01) Peringkat : Asas
Tempoh : 1 Tahun
Definasi Marhalah (Syarat Kelayakan) Peribadi yang memiliki sifat-sifat yang terpuji serta ciri-ciri asas Islam dan tidak dicemari sesuatu yang mengaibkan dan tiada perhubungan dengan musuh. Ciri-ciri Marhalah (Nilai-nilai yang akan dibina) Aqidah Sejahtera Tidak menjampi kecuali dgn al-Quran yg ma’thur Tidak berhubung dengan Jin Tidak meminta bantuan dari orang yg meminta bantuan Jin Tidak menenung nasib Tidak mendekati tukang tilik Tidak mengusap kubur Tidak meminta bantuan dari simati Tidak bersumpah dgn selain Allah. Tidak mempercayai adanya sial Mengikhlaskan ‘amal kerana Allah Mengimani rukun-rukun Iman Beriman dgn azab kubur dan nikmatnya Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yg di turunkan selain Allah swt. Ibadah Yang Sahih Tidak menolak utk azan Bersuci dgn sempurna Sangat menghargai solat berjemaah Sangat suka berjemaah di masjid Memperbaiki mutu solat Qiamullail seminggu sekali Menunaikan zakat Berpuasa wajib Berpuasa sunat sehari setiap bulan Ada niat utk menunaikan haji Beriltizam dgn adab-adab tilawah Khusyuk ketka membaca al-Quran Menghafaz 1 juzuk dari al-Quran Berdoa pada waktu-waktu yg diutamakan Mengakhiri harinya dengan taubat dan istighfar Menjadikan setiap amalan mempunyai niat Menjauhi dosa-dosa besar Sentiasa membaca zikir pagi Sentiasa membaca zikir petang Mengingati Allah swt pada setiap situasi 1
Menunaikan Nazar Menyebarkan Salam Menahan anggota dari perkara haram Beri’tikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang Menggunakan sugi/siwak Sentiasa bersuci (berwudhuk) sedaya mungkin Akhlak Yang Mantap Tidak takabbur Mempunyai pendirian Tidak menipu Tidak mencaci Tidak mengadu domba Tidak mengumpat Tidak berdusta Tidak mengejek Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan Tidak berkawan dgn orang yg berkelakuan buruk Mengasihi orang yg lebih muda Menghormati oarng yg lebih tua Menunaikan janji Menundukkan pandangan Menjaga rahsia Menutup dosa orang lain Cemburu terhadap isteri Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya Mampu Bekerja Mejauhi pekerjaaan yang haram Menjauhi riba Menjauhi judi Menjauhi penipuan Menunaikan zakat Membuat simpanan walaupun sedikit Tidak menangguh-nagguhkan tugasan yg diamanahkan Memelihara harta awam Memelihara harta peribadi Berpengetahuan Mampu membaca dan menulis dgn baik Membaca tafsir 1 juzuk dari al-Quran Memelihara hukum-hukum tilawah Menghafaz setengah dari hadith 40 Menhafaz 20 hadith dari Riadhussalihin Mengkaji marhalah Makkah dan menguasai ciri-cirinya yg penting Mengenali sepuluh orang yg dijanjikan Syurga Mengetahui hukum-hukum taharah/bersuci Mengetahui hukum-hukum solat Mengetahui hukum-hukum puasa Membaca sesuatu diluar bidangnya. 4 jam seminggu Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah morden
2
Sentiasa peka akan serangan Zionis terhadap Islam Mengetahui pertubuhan-pertubuhan yg menyeleweng Mengetahui aspek keburukkan dari perancang keluarga Mendengar dengan baik Mampu memberikan pandangan Bersedia menerima tugas-tugas kolektif Tidak menerima syubahat yg dilemparkan keatas kita Tubuh Yang Cergas Bersih tubuh badan Bersih pakaian Tempat tinggal yg bersih Beriltizam dgn sunnah (adab) makan dan minum Tidak berjaga malam berlebihan Iltizam dgn senaman 2 jam seminggu Bangun sebelum terbit fajar/subuh Mematuhi kaedah membaca dari aspaek kesihatan Meninggalkan tabiat merokok Mejauhi tempat-tempat kotor Menjauhi tempat-tempat berpenyakit Mujahadah (Menguasai Diri) Menjauhi perkara-perkara haram Menjauhi tempat-tempat lalai yg diharamkan Meninggalkan tempat-tempat maksiat Teratur urusannya Penampilan yg elok Tidak mempunyai hubungan dgn pihak yg menentang Islam Sangat Menghargai Masa Bangun awal Menggunakan masa tertentu utk belajar Bermanfaat Kpd Orang Lain Menunaikan hak ibu bapa Menyertai majlis-majlis kegembiraan Membantu orang-orang yg memerlukan Membimbing orang yang sesat Berkahwin dgn pasangan yg sesuai
3
Objektif Marhalah (Pencapaian @ Hasil)) Memahami asas-asas Islam yang umum dari sudut ‘Aqidah, Syariah, Akhlaq dan sebagainya. Keseluruhan Kandungan Manhaj Tamhidi ( I tahun ). Perlaksanaan Dalam Halaqah Bil Subjek 1 Tafsir 2 Hadith 3 Aqidah 4
Seerah al-Nabawiyyah
Kandungan An-Nas Al-A’la Hadith-hadith pilihan Jilid Pertama Kitab Al-Tauhid (Zindani) Seerah Nabawiyyah (Mustafa Siba’ie)
Perlaksanaan Luar Halaqah Bil Subjek 1. Tajwid & Tahsin tilawah 2. Fiqh 3. Tazkiyyah 4. Kisah-Kisah Para Nabi 5. Manusia Dan Kebenaran 6. Gambaran Dari Kehidupan Sahabat 7. Bagaimana Aku Mendapat Hidayah
Wasail Kelas Khas Daurah Qiam Qiam / Mukhayyam Daurah Mukhayyam Rehlah
Format Amali Bil Amalan 1 Tilawah al Quran Memelihara Solat Fardhu berjemaah & 2 digalakkan berwirid selepas solat 3 Membaca Ma’thurat Sughra 4 Beristighfar 5 Memelihara sembahyang sunat rawatib 6 Membaca buku sekurang-kurangnya ½ jam 6 Riadhah (15 min sehari) 7 Menghafaz ayat Al Quran 9 Berinteraksi dengan jiran 11 Riadhah Jamie 12 Qiam Fardi 13 Berpuasa Sunat 14 Berinteraksi ibu-bapa 15 Ziarah Kubur 16 Terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan
Kekerapan Harian Harian Harian Harian Harian Harian Harian Harian Mingguan Mingguan Bulanan Bulanan -
Catatan Satu Hizib sehari Solat berjamaah di Masjid terutama Subuh dan Isya’ 1 kali sehari Setiap kali selepas solat Setiap hari 3 kali seminggu Satu ayat sehari Minima sekali seminggu Setiap minggu 3 kali sebulan Minima sekali seminggu Setiap 2 bulan -
4
Peringkat Asas (01)
SEMESTER PERTAMA
PERLAKSANAAN SEMESTER PERTAMA (6 BULAN)
1. Kandungan Manhaj Semester Pertama Bil 1 2 3 4 5
Subjek
Kandungan Tafsir An Nas Al-Tiin Aqidah (Zindani) Jilid I ( Fasal 1 – 16 ) Sirah Nabi Muhammad s.a.w m/s 05 - 62 Fiqh Toharah & Solat Tajwid Tajwid Al-Qur’an Al-Taqwa, Al-Wafa’, Tazkiyyah Al-Amanah, Al-Hubb fillah, Al-Istiqamah Gambaran Dari Kehidupan Sahabat Anas Malek, Said Amer, Tufail Manusia Dan Kebenaran Teks Diskusi
6 7 8
Perlaksanaan Dalam Halaqah Dalam Halaqah Dalam Halaqah Daurah Kelas Khas Qiam Mukhayyam Mukhayyam
2. Wasail Tarbiah dan kekerapan ( semester pertama ) Bil 1 2 3 4 5 6 7
Wasilah Halaqah Qiam Daurah Rehlah Tahsin Tilawah Mukhayyam Riadhah
Kekerapan 20 x 5x 2x 1x 5x 1x 20 x
3. Pembahagian masa mengikut pecahan bulan Bulanan
Halaqah Riadhah
Pertama
4 Kali
Kedua
4 kali
Tahsin Tilawah 1 Kali
1 Kali
4 Kali
4 kali
1 Kali
1 Kali
Ketiga
4 Kali
4 kali
1 Kali
1 Kali
Keempat
4 Kali
4 kali
1 Kali
1 Kali
Kelima
4 Kali 4 kali 1 Kali 1 Kali Ujian & Penilaian + ziarah @ Ziarah Qudama’ @ Rehlah
Keenam
Qiam
Daurah
Rehlah
Mukhayyam
2 kali
1 Kali
1 Kali
1
WASAIL TARBIAH HALAQAH Halaqah adalah wasilah utama Tarbiyah Imaniyah dan Thaqafiyah, dan merupakan asas utama pembinaan peribadi seseorang muslim yang akan mewarnai seluruh urusan hidupnya bertepatan dengan al-Qur’an dan al-Sunnah. Bilangan anggota dan kekerapan - Keahlian antara 5 hingga 10 orang - Seminggu sekali ( setiap pertemuan antara 2 – 4 Jam). - Halaqah akhawat, sebaik-baik di waktu siang. Panduan Perlaksanaan Halaqah - Memastikan peserta mempunyai bahan perbincangan. - Melakukan penyampaikan bahan mengikut jadual yang ditetapkan. - Memastikan peserta bersedia dengan membaca bahan perbincangan sebelum pertemuan dan menghafaz dalil-dalil - Menyediakan soalan-soalan untuk peserta. - Menentukan tugasan kepada peserta untuk pertemuan akan datang. - Memantau perkembangan hafazan peserta. Adab Halaqah - Bersedia di segi ruhi, aqli dan jasadi. - Serius dalam semua urusan dengan tidak mengabaikan kehangatan ukhuwah. - Bertanggungjawab menjaga keceriaan halaqah. - Bersedia dengan bahan-bahan yang akan dibincangkan dalam halaqah. - Memberi perhatian dalaam semua agenda halaqah. - Berfikiran terbuka dan bertukar pendapat. - Berdisplin dalam semua agenda halaqah. - Menghidupkan suasana halaqah dengan perbincangan bahan. - Menjauhi diri dari bersikap taasub - Memberi teguran dengan hikmah. - Tidak mensia-siakan waktu pada perkara yang tidak bermanfaat. - Bersopan santun, memberi salam dan meminta izin ketika bercakap. Format Halaqah Tilawah & tasmi’ Kalimah taujihiah / Tazkirah Pengisian I Pengisian II Berita Dunia Islam Perbincangan masalah Mutabaah Amali/Taqyim program Kutipan Tabung HALAQAH Agenda akan datang
: 20 minit : 10 minit : 45 minit : 45 minit : 15 minit : 15 minit : 15 minit : 05 minit : 10 minit
2
HURAIAN SUBJEK 1. TAFSIR 1.1 Objektif Umum Mengukuhkan hubungan dengan Kitab Allah berasaskan kefahaman yang jelas, cinta dan menguasai pengajaran-pengajarannya, sentiasa terikat dengan bimbinganbimbingannya, beramal dengan hukum-hakamnya melalui pemahaman yang baik dan penyaringan objektif-objektifnya yang dapat memberikan petunjuk pada setiap masa dan tempat, disamping sentiasa merujuk terutamanya ketika berlaku perselisihan. Semuanya itu dalam lingkungan apa yang telah dipelajari 1.2 Objektif Khusus. 1. Menerangkan aspek-aspek menunjul dari juzuk ini, yaitu yang memfokuskan tentang asal kejadian manusia dan kebangkitan semula. Perkara ini mestilah berdalilkan dari tafsir berkaitan juzuk tersebut. 2. Menjelaskan makna perkataan-perkataan tertentu dan petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalamnya. 3. Menerangkan kandungan surah-surah yang terdiri dari tasbih dan taqdis (mensucikan) Allah swt dari sesuatu yang tidak layak baginya. 4. Menerangkan tentang kekuasaan Allah swt atas makhluk serta nikmat-nikmatnya kepada manusia. 5. Menerangkan perkara-perkara yang jelas berlaku pada hari Qiamat, merangkumi kenikmatan dan kecelakaan, sebagai balasan yang setimpal terhadap amalan manusia. 6. Menjelaskan bagaimana Allah swt bersumpah dengan makhluk ciptaanNya, serta larangan untuk manusia melakukan seumpamanya. 7. Menerangkan akibat buruk yang menimpa orang-orang yang melakukan kerosakkan dan kesudahan mereka di dalam kehidupan, melalui kisah kaum Aad, Thamud dan Firaun. 8. Mengingatkan tentang ujian yang berupa kebaikan dan keburukkan, serta keadaan manusia menghadapinya. 9. Menghitung nikmat-nikmat Allah swt serta kekuasaanNya ke atas manusia, kemudian menyatakan bagaimana cara mesyukuri nikmat-nikmat itu, dari surah al-Balad. 10. Menjelaskan kelebihan dan kurniaan Allah swt kepada orang yang bersedekah, dan juga kemurkaanNya kepada orang yang bakhil, dan ia merasa cukup hanya dengan kekayaan semata-mata, dan juga menyatakan kesudahan mereka, dari surah al-Lail. 11. Mengingatkan tentang kurnian Allah swt serta saranan-sarananNya kepada rasulNya, dari surah al-Dhuha. 12. Menjelaskan kefahaman berikut dari pembacaan surah-surah. 13. Penciptaan insan dengan sebaik-baiknya. 14. Kembalinya manusia ke peringkat yang paling hina. 15. Melampaunya manusia itu dari batas, yaitu dengan hanya bergantung pada kekayaannya semata. 16. Perbalahan dikalangan orang-orang mushrikin selepas turunnya tanda-tanda kebenaran. 17. Menerangkan mengenai Laila al-Qadr dan kemungkinan-kemungkinan harinya. Menjelaskan perkara yang berlaku seperti turunnya Malaikat serta kelebihan pahala padanya. 18. Mengingatkan tentang Qiamat serta huru-haranya, dengan mengkaji juzuk ini. 3
19. Menentukan surah yang diturunkan, yang membawa berita kewafatan Rasulullah saw. 20. Menentukan surah yang memiliki kelebihan umpama sepertiga al-Quran dengan menjelaskan dalilnya dari al-Sunnah. 21. Mengenali surah-surah penghindar Syaitan, penghalang sihir dan pejaga manusia dari was-was Syaitan.
1.3 Objektif Pembinaan Diri 1. Membaca dan menghafaz surah dengan baik serta mendalami maksudnya. 2. Memperbanyak mengingati Allah swt, yaitu dengan berfikir dengan mendalam tentang makhluk ciptaanNya, serta bimbingan yang diberikan oleh Allah swt kepada mereka. 3. Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran. 4. Iltizam dengan sifat, yaitu memudahkan hamba-hamba Allah swt. 5. Merasakan bantuan dan pertolongan Allah swt kepada orang-orang yang menyembahnya serta kebinasaan terhadap musuh-musuhNya. 6. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran dari surah-surah. 7. Berfikir dengan mendalam tentang ciptaan Allah swt terhadap diri juga ciptaanNya di ufuk langit yang tinggi. 8. Berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran. 9. Menunaikan kewajipan mengingatkan manusia kepada Allah swt serta penguasaanNya terhadap al-kaun (alam sejagat). 10. Mengharapkan ganjaran Allah swt dari segala musibah yang menimpanya di jalan Dakwah. 11. Dapat merasakan kurnian Allah swt kepada manusia, yaitu dengan mengutuskan Nabi Muhammad saw. 12. Mengikhlaskan niat kerana Allah swt dalam setiap perkara. 13. Sentiasa berpandukan kepada ayat-ayat al-Quran di dalam kajian ilmiahnya. 14. Menggunakan nikmat-nikmat Allah swt kepada hamba-hambaNya untuk tujuan ketaatan dan jihad di jalanNya. 15. Memantapkan kedalam diri nilai-nilai rabbaniyyah (ketuhanan) serta memerangi nilainilai maddiyyah (kebendaan). 16. Beristighfar dari dosa-dosa dan sentiasa memperbaharui taubat. 17. Menilai sesuatu perkara dan juga peribadi dengan neraca Allah swt (berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah) 18. Membela orang-orang mukmin yang lemah atau ditindas. 19. Memperbetulkan kefahaman-kefahaman salah yang tersibar didalam masyarakat. 20. Bertawakkal kepada Allah swt dan bergantung kepada bantuanNya. 21. Menyediakan diri untuk bertemu Allah swt dengan bekalan taqwa. 22. Meminta perlindungan Allah swt dari kejahatan makhluk, sihir dan hasad (dengk). 23. Menjauhi diri dari penyebar fitnah,orang yang hanya manis di mulut tidak dihati, orang yang menutamakan syahwat dan orang munafik. Dia juga meminta perlindungan Allah swt dari mereka itu. 1.4 Kandungan. 1. Menghafaz dari surah al-‘Alaa sehigga surah al-Naas serta tafsirnya. Dari Tafsir al-Wadhih, oleh Dr. Mahmud Hijazi. 2. Mempelajari hukum-hukum mim mati dan nun mati 3. kaedah-kaedah yang asasi bagi pentafsiran al-Quran serta memanfatkannya. 4. Cara yang paling baik beriteraksi dengan al-Quran al-Karim dan memanfaatkannya.
4
5. Kelebihan menghafaz al-Quran al-Karim dan cara yang paling mudah membantu untuk tujuan itu. a. Surah-surah yang ditentukan untuk bacaan, tafsiran dan hafazan, yaitu (dari al-‘Alaa sehingga al-Naas) b. Method Pengkajian i. Latihan secara praktikal untuk bacaan yang betul dan tumpuan kepada hukum-hukum tilawah yang banyak didapati di dalam setiap surah, (secara beransur-ansur). ii. Pempelajari tafsir surah-surah yang ditentukan mengikut metodologi yang khusus di sini, dan secara terperinci dari dalil muallim (panduan guru). iii. Setiap nas (sebahagiannya dari surah yang lengkap atau lebih dari satu surah) dikaji mengikut cara berikut: a. Nama surah @ nama-nama nya yang lain. b. Asbabul nuzul (sebab turun ayat sekiranya ada) c. Makkiyyah/ Madaniyyah. d. Tajuk surah, isu-isu serta tujuan-tujuannya. 6. Mempelajari satu ayat, ataupun beberapa ayat yang berkaitan sesuatu tajuk mengikut cara berikut: a. Mengkaji makna perkataan-perkataan, khususnya yang gharib (jarang diketahui) serta kata-kata kunci (seperti istilah-istilah) makna umum. b. Mengubung kaitkan di antara ayat-ayat. c. Mengambil kesimpulan tentang isu-isu yang terkandung di dalamnya. ( dengan tumpuan secara khusus terhadap isu-isu pokok di dalam Islam, tentang manusia, serta dakwah dari apa yang dinaskan dalam setiap surah). d. Mengambil kesimpulan tentang pengajaran tarbawiyyah dan hukumhukum syariah yang boleh didapati (tanpa takalluf /dibuat-buat) e. Mengaitkan isu-isu dan pengajaran dengan hukum-hukum syariat yang ada (tanpa direka-reka) f. Mengenali secara ringkas sebahagian dari aspek bahasa dan kesusasteraan yang asasi, bertujuan menghubungkan secara lansung antara pembaca dengan nas al-Quran serta membiasakannya mentadabbur al-Quran dari seluruh aspeknya. g. Berhenti sejenak (tidak terlalu panjang) di hadapan beberapa mukjizat al-Quran berkaitan fakta sains serta hakikat diri dan lain-lain yang diisyaratkan oleh nas al-Quran. 7. Isu-isu yang disimpulkan dari surah-surah untuk diberikan tumpuan sepanjang pengkajian di peringkat ini adalah; a. Rukun-rukun iman yang asas (beriman kepada Allah swt, risalah, Malaikat, kitab,para rasul,hari Akhirat dan kesan-kesannya dalam kehidupan). b. Memberi bukti tentang Allah yang Maha Pencipta, melalui penelitian terhadap al-kaun (alam semesta) c. Asmau al-Husna di antara akal dan naql (nas). d. Contoh tauladan (para Nabi dan para Rasul). e. Perasaan tanggungjawab sepenuhnya di hadapan Allah swt. f. Ilmu; kepentingan, peraturan-peraturan dan penggunaannya.
5
g. Kerja-kerja kebajikan. h. Akibat buruk orang-orang yang zalim. i. Tanggungjawab manusia terhadap kebahagiaan dan kecelakaannya di dunia serta akhirat. j. Bahaya bergelumang dengan dunia dalam keadaan jauh dari petunjuk Allah swt. k. Bahaya-bahaya dosa ke atas manusia. l. Pendirian terhadap syaitan. 1.5 Aktiviti Pengukuhan 1. Mempelajari surah-surah dan memantapkan hafazan. 2. Merakam filem yang membicarakan tentang mukjizat al-Quran dari aspek saintifik. 3. Membuat kesimpulan tentang sasaran sesuatu surah dan menulisnya di akhbar dinding. 4. Menulis sesuatu kisah yang mengandungi perbandingan di antara hisab (perbicaraan) orang-orang yang mendapat kecelakaan dan orang-orang yang mendapat kebahagiaan. 5. Mengadakan rehlah khalwiyyah di mana ia berfikir mengenai sesuatu yang telah disentuh oleh ayat-ayat. 6. Membentuk halaqah masjidiyyah (halaqah-halaqah di masjid) untuk mempelajari tilawah, tajwid dan tafsir bagi pemuda-pemuda masjid. 7. Menyediakan satu kajian tentang rahsia-rahsia makanan yang dinyatakan Allah swt dalam sumpahnya dari surah-surah tertentu. 8. Menyediakan buku-buku, video dan kaset-kaset yang mengandungi tafsir surahsurah secara meluas. 9. Menyediakan kaset-kaset pengajaran al-Quran di kutub khanah masjid seperti mushaf muallim oleh shikh al-Husari dll. 10. Ziarah kubur untuk mendapat peringatan dan iktibar. 11. Menyampaikan ceramah tentang tabiat jiwa manusia yang kosong daripada keimanan. 12. Melakukan muhasabah diri setiap hari terhadap setiap dosa, sama ada besar ataupun kecil. 13. Membiasakan diri menjauhi sifat mencaci dan mengeji. 14. Membuat pembentangan mengenai aqidah al-Walaa dan al-Baraa. 15. Menulis satu maqalah mengenai “akhlak selepas mendapat sesuatu kemenangan dalam Islam” 16. Menjelaskan hubungan ilmu modern dengan al-Quran al-Karim. 1.6 Penilaian Dan Pemantauan 1. Mendengar penjelasan ayat dan surah yang telah dihafaz. 2. Menguji individu tentang hukum-hukum tajwid secara ilmu dan amal (teori dan praktikal) 3. Menanyakan tentang sejauh manakah ia iltizam dengan adab-adab tilawah. 4. Menguji kemampuan menafsir ayat, serta kemampuan menghubungkan ayat itu dengan realiti. 5. Meneliti tingkahlaku individu dan sejauhmana iltizamnya dengan adab-adab alQuran melalui saranan dari surah-surah yang telah dipelajari dan dihafaz. 6. Memantau sejauhmana penglibatan dalam aktiviti seiringan, melalui borang kaji selidik.
6
1.7 Pembelajaran Kendiri 1. Bahagian kedua dari juzuk Amma. (al-‘Ala hingga al-Naas) 2. Menjelaskan makna perkataan dan maksudnya. 3. Menjelaskan keserasian risalah Islam dengan keujudan makhluk ciptaan Allah swt. 4. Menentukan tugas Rasul melalui pengajaran surah. 5. Menjelaskan tabiat dakwah (mengajak) manusia untuk beriman kepada Allah swt serta kaitannya dengan jihad di jalan Allah swt. 6. Menjelaskan akibat orang yang zalim dan kesannya pada kemenangan dakwah dan para da’I, serta perkembangan dakwah Islamiyyah. 7. Menerangkan rahsia ujian terhadap hamba, dan kesan ujian itu kepada manusia, serta peranan orang-orang beriman berhadapan dengan ujian ini. 8. Menerangkan kelebihan menyegerakan amal-amal kebaikkan. 9. Mengikat hubungan di antara iman dan amal, dimana keduanya adalah lazim melazimi dan tidak boleh dipisahkan. 10. Menentukan peranan pendakwah dalam menyebar luas akhlak-akhlak Islam. 11. Menghitung kelebihan-kelebihan dan keistimewaan aspek fizikal dan spiritual (kerohanian) yang dikurniakan oleh Allah swt kepada manusia. 12. Menjelaskan nilai keimanan dan amal soleh dalam kehidupan manusia. 13. Menyatakan kelebihan ilmu dalam pembinaan tamaddun dan kecemerlangan dakwah. 14. Menyatakan tindak balas pendakwah di hadapan kesombongan taghut. 15. Menjelaskan tentang kesatuan agama samawi pada asalnya dan bentuknya yang ringkas dan mudah. 16. Menjelaskan melalui surah-surah, mukjizat ilmiyyah dan betapa teperincinya balasan amalan. 17. Menyifatkan rawatan yang dikemukakan oleh surah-surah terhadap sifat semula jadi jiwa manusia yang terdiri dari kanud,(tidak syukur kepada Tuhan) jahud (ingkar) dan kesan dari rawatan ini. 18. Mengikat keimanan dengan sensitiviti moral bagi orang yang beriman melalui surah-surah. 19. Menjelaskan kaedah yang selamat dalam memahami nas-nas al-Quran. 20. Menerangkan kewajipan manusia terhadap Allah swt yang telah mengurniakan nikmat ke atas mereka. 21. Menunjukkan dalam realiti kehidupan akan janji Allah swt kapada Rasullullah saw dan janji buruk untuk musuh-musuhNya. 22. Menyatakan sebab wajibnya mufasalah (memutuskan) di antara iman dan kufur. 23. Menjelaskan perkara-perkara yang wajib ada, dari sudut manhaj dan arahan selepas menerima keesaan Allah swt. 24. Memperelok bacaan surah-surah serta memahami kaedah-kaedah tajwid dan juga memahami makna-maknanya. 25. Menjelaskan realiti pertarungan di antara Iblis serta pembantu-pembantunya dari golongan jin dan manusia dengan hamba-hamba Allah swt yang beriman. Rujukan pembelajaran kendiri 1. Tafsir Ibd Kathir. 2. Tafsir al-Qurtubi. 3. Zubdah al-Tafasir oleh Dr. Muhammad Sulaiman al-Ashqar. 4. Safwat al-Bayan fi Maani al-Quran oleh Syekh Muhammad Hasanain Makhluf. 5. Al-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran oleh Imam al-Nawawi.
7
2. AQIDAH 2.1 Objektif Umum. Mengetahui perkara yang berhubung kait dengan aqidah berpandukan dari al-Quran dan juga al-Sunnah serta dalil-dalil naqliyyah (bersumberkan riwayat) dan 'aqliyyah (akal fikiran), bertujuan menanamkannya ke dalam diri serta menyelamatkanya dari sesuatu yang boleh mencacatkannya seperti bid'ah dan khurafat dan sebagainya. 2.2 Objektif Khusus 1. Menjelaskan ruang lingkup ilmu Tauhid dan lapangannya. 2. Menentukan kedudukannya berbanding dengan ilmu lain. 3. Menjelaskan hukum syarak dari aspek mempelajarinya. 4. Menjelaskan sumbernya yang asasi bagi memperluaskan kaedah-kaedah ilmiyyah serta usul-usulnya. 5. Menjelaskan kesan-kesan tumpuan dan pengabaian umat Islam terhadap aqidah. 6. Menjelaskan hubungan iman dan amal. 7. Menjelaskan sebab dua kalimah syahadah menjadi rukun iman yang pertama. 8. Menyebut kepentingan ilmu Tauhid dan kemudaratan dari kejahilan terhadapnya 9. Menjelaskan ayat-ayat al-Kauniyyah dan al-Naqliyyah yang menunjukkan kewujudan Allah swt serta keesaanNya. 10. Memastikan perkara-perkara yang membatalkan aqidah 11. Menjelaskan rahsia diturunkan kitab 12. Menjelskan himpunan ayat-ayat dan bukti-bukti Kerasulan nabi Muhammad s.a.w 13. Membawa dalil-dalil kepentingan beriman dengan hari akhirat dan kesannya kepada kehidupan setiap muslim. 14. Menjelaskan hakikat malaikat dan tugas mereka serta hukum beriman dengan malaikat. 15. Menjelaskan makna Al-Qadr, jenis-jenisnya serta hukum beriman dengannya. 2.3 Objektif Pembinaan Diri 1. Menjauhi amalan memohon bantuan melalui jampi kecuali dari al-Quran atau alSunnah 2. Menjauhi amalan berhubung dengan jin atau meminta pertolongan dari orang yang ada hubungan dengan jin. 3. Menjauhi amalan tenung nasib atau duduk bersama tukang tilek dan astroger 4. Menjauhi amalan mengusap kubur dan memohon pertolongan dari penghuni kubur 5. Menjauhi amalan bersumpah dengan selain Allah swt. 6. Menjauhi kepercayaan terhadap unsur-unsur sial. 7. Mengikhlaskan niat dan tujuan hanya untuk Allah swt semata. 8. Menyertakan niat dan keikhlasan dalam setiap amalan yang dilakukan. 9. Beriman dengan azab kubur dan nikmatnya. 10. Mensyukuri Allah swt atas nikmat yang dikurniakan. 11. Menunaikan nazar. 2.4 Aktiviti Pengukuhan 1. Mengadakan jaulah untuk taammul dan tafakkur tentang makhluk ciptaan Allah swt sehingga ia dapat membuktikan wujud pencipta melalui akalnya.
8
2.
Mengumpulkan sebahagian ayat-ayat al-Quran yang menunjukkan aktiviti alTafakkur 3. Mengumpulkan ayat-ayat dan hadith-hadith menunjukkan al-Wahdaniyyah (keesaan) 4. Menulis makalah yang mengandungi dalil-dalil al-Wahdaniyyah. 5. Menghimpunkan kata-kata muslimin yang prihatin juga non-muslim yang menunjukkan al-Wahdaniyyah. 6. Mengambil tahu kesan peninggalan umat Islam tentang al-Wahdaniyyah (keesaan). 7. Menyampaikan pengajian yang dapat menjelaskkan kewajipan beriman serta menjelaskan tingkahlaku-tigkahlaku dan penonjolan yang menunjukkan demikian (keimanan). 8. Memberi tugasan kepada penuntut, tajuk-tajuk untuk diperbincangkan semasa pengajian. 9. Memberi tugasan kepada pengkhutbah dan penceramah agar menyediakan tajuktajuk serta latihan-latihan menyampaikanya, dengan tujuan memmperbaiki kekurangan dari aspek kefahaman dan menjawab persoalan-persoalan. 10. Mengadakan" rehlah khalwiyyah" waktu malam dan siang ke pantai atau ke sungai. 11. Menyebut contoh-contoh dari golongan al-salaf al-soleh dalam beriman dengan al-qadr (qadha' dan qadar) 2.5 Wasilah-Wasilah Peilaian Dan Pemantauan. 1. Uji pengetahuan melalui soalan-soalan, perbualan dan perbincangan. 2. Menggunakan pendekatan mulahazah (observation) untuk memastikan pencapaian objekti-objektif. 3. Penyediaan model menilaian. 4. Menyediakan model untuk wirid muhasabah. 5. Uji pengetahuan untuk perbandingan sejauh mana tercapainya objektif-objektif. 6. Menggunakan pendekatan mulahazah (penelitian) dalam memmbandingkan matlamat-matlamat yang bersifat kemahiran. 7. Wirid muhasabah. 2.6 Rujukan 1. Al-‘Aqaid al-Islamiyyah oleh Syed Sabiq. 2. ‘Aqidah al-Tauhid oleh al-Qardhawi. 3. Ta’rif al-‘Aam bi Deen al-Islam oleh ‘Ali al-Tantawi. 4. ‘Aqidah al-Islam oleh al-Ghazaliy.
9
2.7 Saranan-Saranan Dan Panduan Untuk Menjayakan Silibus ‘Aqidah Untuk menjayakan pengajian ‘aqidah mencapai objektifnya, murabbi mestilah meraikan perkara-perkara berikut. •
Sesungguhnya ‘aqidah tidak terbentuk dengan senang dan mudah. Kerana ‘aqidah adalah sesuatu yang tetap serta mantap di lubuk hati.
•
Untuk tetap di hati, ‘aqidah perlu melalui beberapa marhalah (peringkat);- Ia bermula dengan pemikiran yang dikuasahi oleh kejelasan sehingga mampu menilai. - Kemudian dikukuhkan dengan dalil-dilil naqliyyah dan ‘aqliyyah yang menghilangkan keraguan. Dalil-dalil ini semestinya diterima akal dengan penuh kerelaan dan ketundukkan. - Kemudian ia disusuli oleh kesan-kesan dari aspek perasaaan, seperti kisah, contoh teladan dan lain-lain lagi. Ini bertujuan menjadikan fikrah mantap di hati selepas ia mantap dalam pemikiran. Dengan demikian ia dapat merasa, dapat ketenangan dan akhirnya berpegang teguh dengannya.
•
Untuk mencapai tujuan ini, adalah perlu bagi mu’allim menguasai ilmu-ilmu syari’ah dan ilmu-ilmu modern. Ia juga perlu mengenali muridnya, sifat-sifat serta masalahmasalah mereka dan tahu bagaimana bemu’amalah serta memberi kesan di hati dan pemikiran mereka, melalui tidak-tanduk, gerak-geri, intonasi suara dan tindak balasnya yang membawa kesan kepada jiwa serta perasaan. Pendidik yang begini seumpama petani yang biajk lagi berjaya di buminya.
•
Murabbi mestilah memulakan dalam penanaman ‘aqidah kepada anak-anak buahnya, menjadikan mereka cinta kepada pencipta mereka. Menanam perasaan cinta mendahului dari menanam perasaan takut. Memberikan galakkan sebelum ancaman. Maka ia memperkenalkan mereka akan Allah swt sebagai pencipta, pemberi rezeki dan mengembalikan seluruh nikmat sebagai kurnian Allah swt semata. Dengan itu ia memindahkan cinta secara tabii daripada sesuatu kepada penciptanya. Masej rahmah mendahului masej azab, ini kerana jiwa manusia dicipta secara umumnya cenderung kepada sesuatu yang dicintainya. Oleh itu Rasullullah saw bersabda “Mudahkan, jangan pula menyusahkan, gembirakan, jangan pula membencikan!” riwayat Bukhari & Muslim.
•
Murabbi mestilah menjadi contoh kepada muridnya di mana ‘aqidah menjadi darah dagingnya tertonjol dalam tingkahlakunya, mu’amalatnya, tidak-tanduk dan akhlaknya. Dengan demikian ia telah menyediakan suasana Islam yang sesuai untuk membentuk ‘aqidah yang sejahtera di kalangan anak buahnya.
•
Sesungguhnya teknik pengajaran ‘aqidah berbeza, dengan berbezanya tahap umur serta kedudukkan. ia juga berbeza berdasarkan perbezaan tajuk-tajuk.
10
3. SEERAH NABAWIYYAH 3.1 Objektif Umum. 1. Mengukuhkan hubungan pelajar dengan sirah Rasulullah saw serta mencontohi baginda dengan sebaiknya, dan juga merumuskan pengajaran serta iktibar-iktibar. 2. Memaklumkan pelajar tentang al-Tartibat al-Idariyyah (kaedah pengurusan) yang dilakukan oleh Rasulullah saw bagi mendirikan alDaulah al-Islamiyyah di Madinah al-Munauwarah. 3.2 Objektif Khusus. 1. Mengkaji, mengapakah Rasulullah saw pergi ke gua Hira’ sebelum dibangkitkan (al-Bi’thah). 2. Mengetahui bahawa berfikir tentang makhluk ciptaan Allah swt bertujuan untuk mengetahui akan kekuasaan Allah swt adalah ‘ibadah. 3. Mengetahui sebahagian dari kehidupan Rasulullah saw semasa kecil dan remajanya. 4. Menentukan faktor-faktor yang telah membantu serta memberi kesan dalam pendidikan Rasulullah saw. 5. Membuat perbandingan antara kehidupan Baginda saw dan kehidupan pemuda-pemuda sepertinya di Makkah. 6. Mengambil pengajaran dari pederitaan Rasulullah saw serta para sahabat yang ditimpa seksaan dari orang-orang kafir. 7. Menghuraikan tentang arahan Rasulullah saw kepada sahabatnya untuk berhijrah ke Habsyah. 8. Hendaklah ia menjelaskan cara-cara mencontohi Rasulullah saw dalam dakwahnya. 9. Menjelaskan kaedah-kaedah dakwah Rasul s.a.w 10. Hendaklah ia mengetahui beberapa situasi dimana Rasulullah saw telah bersabar dan bermujahadah demi mentarbiyah sahabat-sahabatnya. 11. Memahami bahawa mencintai Rasul adalah wajib 12. Memberi kefahaman bahawa bukti kasihkan Rasul adalah melaksananakan suruhannya. 13. Membezakan antara seseorang yang patuh suruhan Rasul dengan orang ynag tidak mematuhinya.
3.3 Objektif Pembinaan Diri. 1. Hendaklah ia benar-benar berminat dengan sirah Rasulullah saw dan para sahabat ra. 2. Menghormati sesiapa yang berselawat kepada Rasulullah saw. 3. Menimbang di antara budi pekerti Rasulullah saw dan orang lain dalam situasi yang sama. 4. Hendaklah ia menghargai sahabat-sahabat yang mulia yang telah membantu Rasulullah saw. 5. Hendaklah ia rasa sempit di dalam setiap situasi yang menyakiti Rasulullah saw dan juga sahabatnya. 6. Hendaklah ia rasa bahagia dan lega apabila membaca sirah Rasulullah saw dan para sahabatnya.
11
7. 8. 9.
10. 11. 12. 13.
Hendaklah ia rasa bahagia apabila ia membaca situasi kecintaan dari sirah Rasulullah saw. Hendaklah ia rasa rindu untuk mendengar hadith Rasulullah saw. Hendaklah ia menolak perbuatan mengganggu orang lain dengan perkataan begitu juga ia menolak perbuatan memperolok-olokan saudaranya yang beriman. Hendaklah ia mencontohi Rasulullah saw dalam mencintai manusia, menasihati dan berdakwah agar mereka mendapat petunjuk. Hendaklah ia menyeru saudaranya agar mencontohi Rasulullah saw. Hendaklah ia menggabungkan diri ke dalam jamaah yang menyeru kepada Allah swt yang sebenar demi mencontohi Rasulullah saw. Hendaklah ia mempertahankan golongan yang lemah lagi dizalimi.
3.4 Aktiviti Sampingan dan Peralatan 1. Peta dan gambar Mekah serta persekitarannya bagi menjelaskan suasana persekitaran tanah air Rasul s.a.w 2. Sediakan peta serta gambar tentang suasana (Bi’ah) yang telah mendidik Rasul s.a.w 3. Guna kemudahan semua alat media massa Islam yang berkaiatan dengan tajuk. 4. Sediakan nasyid-nasyid bagi melatih mengasihi Rasul s.a.w 5. Galakkan ahli mengerjakan umrah bagi tujuan melawat kawasankawasan sejarah yg berkaitan dengan seerah Rasul. 6. Sediakan filem atau kesah-kesah yang menceritakan sifat Rasul serta pengalaman dakwahnya. 7. Buat rekording atau vcd yang berkaitan dengan tajuk 8. Pilih beberapa kesah yang baik untuk dilakunkan semula (pentomen)
12
4. TAJWID 4.1 Objektif Umum: Memelihara lidah dari kesalahan pada kalam Allah swt dan membacanya dengan cara yang paling sahih sebagaimana diriwayatkan kepada kita secara mutawatir dari Rasullullah saw dari Jibril as. 4.2 Objektif Khusus: 1. Mengetahui takrif tajwid dari segi bahasa dan istilah. 2. Menjelaskan kelebihan dan kemuliaan ilmu ini. 3. Menyatakan hukumnya. 4. Mengetahui al-Lahn (kesilapan) dari segi bahasa dan istilah. 5. Ingat maratib al-Qiraah (peringkat-peringkat bacaan) dan mengenali setiap daripadanya. 6. Ingat hukum berkaitan al-Istiazah dan al-Basmalah. 7. Mengetahui hukum-hukum waqf dan Ibtida ketika tilawah . 8. Mengenali makhraj-makhraj huruf dan sifat-sifatnya. 9. Mengenali hukum nun mati dan tanwiin. 10. Mengenali hukum mim mati. 11.Mengenali hukum-hukum lam mati dan lam fiel. 4.3 Objektif Pembinaan Diri. 1. Menghargai ilmu Tajwid dan kelebihannya. 2. Melafazkan huruf dari makhrajnya yang sahih. 3. Memenuhi sifat-sifat huruf yang khas. 4. Memperaktikkan hukum-hukum tajwid ketika tilawah. 5. Menjauhi al-Lahn (kesilapan sebutan) pada kalam Allah swt 6. Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran. 7. Memberi kesan kepada orang yang mendengarnya ketika ia membaca al-Quran. 8.Mempunyai respon (tindak balas) terhadap makna ayat-ayat ketika tilawah. 9. Menjaga adab-adab tilawah. 4.4 Aktiviti Seiringan 1. Membaca al-Quran kepada qari yang sempurna bacaan (sekira ada). 2. Mendengar kaset-kaset qari-qari yang diiktiraf dan sempurna bacaan. 3. Menggunakan koputer untuk mengetahui makhraj huruf(tempat keluar huruf) dan cara menyebutnya. 4. Melatih lidah untuk bacaan yang betul. 5. Menjadikan bacaan harian sebagai wirid untuk dirinya. 6. Membaca ayat-ayat yang telah dihafaz di dalam qiamullail. 7. Membiasakan membaca al-Quran dengan bertajwid. 8. Hadir dalam daurah (kursus intensif) ilmu Tajwid. 9. Menyediakan nota Tajwid yang mengandungi ringkasan hukumhukumnya.
13
10.Mewujudkan waktu membaca al-Quran untuk isteri dan anakanaknya (mingguan) 4.5 Wasilah Penilaian Dan Pematauan. 1. Meneliti dan membetulkan bacaan satu persatu ketika tilawah alQuran. 2. Membincangkan hukum-hakam tajwid semasa tilawah. 3. Mengeluarkan hukum-hukum tilawah yang terkandung di dalam sesetengah ayat. 4. Mengadakan musabaqah tilawah. 5. Sediakan daftar pemantauan untuk setiap pembaca untuk memantau tahap pembaikkan tilawah. 4.6 Pembelajaran Kendiri 1. Meningkatkan kemampuan mengkaji dan mencari ma'lumat. 2. Mendalami kefahaman Ilmu Tajwid. 3. Menambah ilmu (tajwid), ilmu qiraat dan kepelbagaiannya. 4. Sampai keperingkat pematapan ilmu (ilmu Tajwid) dalam dua aspek nazariyyah dan tatbiqiyyah (teori dan praktikal).
4.7 Rujukan 1. Al-'Amid fi fan al-Tajwid oleh Syeikh Mahmud Bashi 2. Hidayat al-Qari oleh Syeikh 'Abdul Fattah al-Mursafiy. 3. Lubab al-Tasanif fi Tilawat al-Mushaf al-Syarif oleh (Lujnah alTarbawiyyah wa al-Baht al-Ilmi) 4. Al-Nashr fi al-Qiraat al-'Ashr, oleh Ibn al-Jazariy. 5. Al-Iqna' fi sharh al-Syatibiyyah, oleh 'Abdul fattah al-Qadhi. 6. Hujjat al-Qiraat, oleh Ibn Zanjalah. 7. Al-Wafi, oleh 'Abdul Fattah al-Qadhi.
14
FIQH Objektif Umum. Mengetahui pengertian ibadat dalam Islam dan mengetahui hukum-hukum, cara-cara yang betul dari aspek syarak serta kesan-kesannya kepada individu dan masyarakat. Objektif Khusus. 1. Menjelaskan pegertian ibadat kemudian muamalat dan seterusnya ahwal sakhsiyyah 2. Menjelaskan hakikat al-Ahkam al-Sultaniyyah. 3. Mengingati sumber-sumber hukum syariah dan rujukannya yang paling asasi 4. Menjelaskan jenis-jenis hukum syarak. 5. Memberikan sedikit latar belakang tentang sejarah perkembangan fiqah. 6. Menentukan air-air yang suci dan pembahagiannya. 7. Mengenali najis dengan menjelaskan jenis-jenisnya serta cara menghilangkannya 8. Mengetahui pengertian hidh, nifas dan janabah dengan menentukan sebab-sebab yang mewajibkan mandi. 9. Membezakan di antara mandi wajib dan sunat. 10. Mengetahui wudhuk, dengan menghitung fardhu-fardhunya (rukun-rukunnya), sunatsunatnya, cara melakukannya dengan menunjukkan dalilnya sekali. 11. Menghitung perkara-perkara yang membatalkan wudhuk, dan bilakah ia diwajibkan dan bila pula ia disunatkan. 12. Menjelaskan cara menyapu di atas kuffain (setokin kulit), al-jaurabain (setokin tebal) dan al-jabirah (tampalan), dan bilakah batalnya sapuan tersebut. 13. Mengetahui tayammum dengan memberikan dalil dari segi syarak, juga menjelaskan perkara-perara yang membatalkannya. 14. 13.Menjelaskan hukum solat, kelebihannya serta hukum meninggalkannya dengan memberikan dalilnya. 15. 14.Menjelaskan hukum, waktu sembahyang, azan dan qamat. 16. Memperincikan syarat-syarat sembahyang serta menghitung kefardhuannya (rukunrukun) dan sunat-sunatnya. 17. Menghitung perkara-perkara makruh, perkara-perkara yang membatalkan dan perkara-perkara yang harus berkaitan sembahyang. 18. Menhitung solat-solat fardhu dan solat-solat sunat. 19. Menyebutkan kelebihan solat berjemaah serta hadith-hadith yang berkaitan. 20. Menjelaskan secara ringkas perbahasan mengenai perkara berikut; Jamak dua solat Solat orang sakit. Solat qadha. Sujud sawi. Sujud tilawah. Hukum-hukum berkaitan masjid. Objektif Kemahiran. 1. Mandi serta berwudhuk dengan sempurna. 2. Menyapu di atas khuffain, jaurabain dan jabirah dengan sempurna. 3. Menunaikan solat dengan sahih lagi sempurna. Objektif Pembinaan Diri 1. Bangun awal untuk menunaikan solat fajr (subuh). 2. Berusaha untuk azan untuk mendapatkan ganjaran. 15
3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15.
Berusaha bersungguh untuk menunaikan solat di masjid. Menjauhi perkara-perkara makruh berkaitan solat. Berusaha untuk qiamullail sekurang-kurangnya sekali seminggu. Kyusuk ketika membaca al-Quran. Berusaha menghafaz semampu mungkin dari al-Quran. Memohon doa khususnya pada waktu-waktu yang afdhal. Mengakhiri untuk tidurnya dengan taubat dan istighfar. Setiap amalan yang dilakukan sentiasa diiringi niat. Menjaga zikir-zikir pagi dan petang. Mengingati Allah swt setia waktu. Menggunakan siwak (kayu sugi). Sentiasa berwudhuk sedaya mungkin. Berusaha melawan nafsu dalam menjauhi perkara-perkara yang di haramkan serta menjauhi tempat-tempat maksiat.
Aktiviti Seiringan 1. Menugaskan penuntut agar menyediakan pengajaran secara praktikal tentang wudhuk, mandi, tayammum dan menyapu di atas khuffain. 2. Membuat lakunan simulasi untuk memantapkan perlaksanaan ibadat serta memperbaikinya dalam kehidupan muslim. 3. Menggunakan gambar-gambar dinding yang mengajar cara-cara berwudhuk dan tayammum. 4. Menulis kalimah-kalimah azan dan qamat serta menggantungnya di masjid untuk dihafaz. 5. Mengendalikan perbincangan tentang kesan-kesan solat keatas individu dan masyarakat. 6. Mendengar kaset-kaset yang membicarakan tentang solat. 7. Melatih penuntut (secara praktikal) melakukan azan, qamat dan solat. 8. Pembelajaran secara praktikal, bagaimana menunaikan solat di dalam kelas. 9. Menggangtung gambar-gambar yang berbagai yang menjelaskan keadaan solat. 10.Penuntut melatih anak-anak mereka menunaikan solat dengan cara yang sahih. 11. Sembahyang dua rakaat, qiamullail bersama isteri dan anak-anak demikian juga dalam kelas. Wasilah Penilaian Dan Pemantauan. 1. Ujian praktikal berwudhuk. 2. Meminta supaya menyediakan satu muka surat yang menjelaskan padanya rukunrukun solat dan sunat-sunatnya. 3. Meminta supaya menyediakan satu muka surat yang menghitung padanya jenis-jenis najis. 4. Menyusun ayat-ayat yang menunjukkan kewajipan solat. 5. Ingat hadith-hadith yang menjelaskan perlakuan solat. 6. Wirid muhasabah. Objektif Pembinaan Diri 1. Menjelaskan kedudukkan dan kepentingan solat dalam Islam. 2. Menyenaraikan kelebihan-kelebihan serta kesan-kesannya keatas individu dan masyarakat. 3. Menjelaskan hukum solat, syarat-syarat wajib dan syarat-syarat sahnya.
16
4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14.
Menyenaraikan waktu-waktu solat. Menjelaskan cara azan dan qamat. Menentukan rukun-rukun dan sunat-sunat solat. Menghitung perkara-perkara yang membatalkan solat dan perkara yang harus. Menghitung perkara-perkara yang makruh berkaitan solat. Mensyarahkan cara menunaikan solat dengan cara yang sempurna. Menghitung jenis-jenis air. Menjelaskan dua jenis najis( hisiyyah dan hukmiyyah) beserta contoh. Menjelaskan kesan-kesan bersuci ke atas ibadat. Menjelaskan adab-adab qadha hajat. Menyebut cara berwudhuk: kefarduannya, sunat-sunatnya dan perkara yang membatalkannya. 15. Mengetahui janabah, hidh dan nifas. 16. Membezakan di antara janabah dan najasah (najis). 17. Menerangkan dua jenis mandi (wajib dan mustahab) serta contoh bagi setiap jenis.
Rujukan 1. al-Ta’allum al-Zati (self study) 2. Fiqh al-Sunnah oleh Syed Sabiq. 3. Al-Iqna’ Sharh Alfaz Abi Syuja’. PERHATIAN Saranan-Saranan Dan Petunjuk-Petunjuk Untuk Murabbi Ketika Melaksanakan Ilmu Fiqah. Untuk berjaya dalam penyampaiannya, murabbi sepatutnya meraikan asas-asas berikut ketika mengajar ibadat:• Menggunakan pendekatan dailog dengan penuntut bukan penyampaian sehala, agar membiasakan mereka memberi respon yang positif dan mengelakkan mereka bersifat negatif dan bergantungan. Supaya natijahnya lebih afdhal. • Murabbi hendaklah berusaha bersungguh-sungguh memberi kefahaman kepada muridnya makna setiap ibadah dan hakikatnya (rohnya) serta perkara-perkara yang berkaitan yang terdiri dari perkataan dan amalan. Ini akan menjadikan mereka cenderung untuk beribadat, kerana kefahaman akan menjurus kepada menikmati ibadah serta merasa kemanisannya. Seterusnya mendorong untuk sentiasa bergantungan dengannya. Ini akan memberi jaminan kepada murabbi untuk terus mendidik mereka untuk memelihara akan ibadat-ibadat. Sesungguhnya Rasulullah saw telahpun memberi galakkan kepada perkara berikut apabila baginda menyebut tentang tujuh golongan yang akan dilindungi oleh Allah swt pada hari tiada perlindungan melainkan perlindungan dariNya; pemuda yang membesar dalam keadaan beribadat kepada Allah swt dan seorang yang hatinya sentiasa bergantungan dengan masjid. Kefahaman ini berbeza mengikut tahap murid dan umur mereka, tetapi ia tidak boleh diabaikan dalam apa jua keadaan. Adalah berbeza seorang yang bersolat, sedangkan ia sedar makna takbir, petunjuk dari rukuk dan sujud dengan seorang yang solat tetapi tidak menyedarinya. Disana ada perbezaan di antara orang yang mentadabbur makna-makna yang terdapat di dalam surah al-Fatihah dengan orang yang hanya menyebut dengan lidah tanpa menghayatinya dengan hati, aqal dan perasaan (jiwa). Demikian juga dalam ibadat-ibadat yang lain. Perkara ini sering diabaikan oleh murabbi di mana mereka hanya memberi tumpuan kepada hukumhukum ibadat dan tidak mengambil berat kepada pentafsiran dan ruh ibadat itu sendiri. Perkara ini mesti diberikan tumpuan.
17
• • •
•
•
•
•
• • •
Hendaklah ia memfokuskan kepada syarat-syarat penerimaan sesuatu ibadah yaitu ikhlas dan mengikut sunnah. Mengembangkan fikiran pelajar terhadap kesan-kesan positif dari ibadat terhadap individu dan juga masyarakat. Hendaklah dorongan melakukan ibadat dalam diri muridnya bertolak dari penanaman rasa cinta kepada Allah swt di dalam hati mereka. Dorongan dalaman yang seakan dinamo yang menggerakkan dengan sendirinya. Ia lebih kuat dan lebih berkesan dari kilauan ganjaran dan api seksaan, tanpa menolak kepentingan keduanya. Perasan cinta dan keinginan yang berkobar boleh menarik kanak-kanak kecil begitu juga orang dewasa. Oleh itu menjadi kewajipan murabbi memperkenalkan muridnya tentang keadilan Allah swt dalam mengganjari hamba-hamba yang patuh lagi taat serta balasan azab bagi mereka yang ‘asi (pelaku ma’siat). Murabbi mestilah menjadi contoh kepada muridnya, dengan memiliki kemantapan dalam ilmu Islam, ilmu pendidikan dan maklimat umum. Hendaklah ia melaksanakan apa yang diperkatakan dan iltizam menunaikan ibadat. Permasalahan yang kita hadapi adalah kebanyakkan mu’allim berkata, memberi nasihat, menyuruh dan melarang sedangkan di waktu yang sama dilihat oleh murid bahawa amalan mereka berlawanan dengan apa yang diserukan oleh mereka. Oleh itu kata-kata mereka tidak lagi memberi kesan. Perkara ini mendorong kita menegaskan betapa pentingnya mewujudkan suasana Islam di institusi-institusi pendidikkan. Adalah tidak wajar bagi kita disibukkan dengan perkara-perkara lain ketika waktu solat. Mua’allim perlu memberi fokus kepada aspek mempengaruhi pemikiran dan memperjelas hukum-hukum dengan memberi contoh tauladan tentang kehidupan para sahabat dan para solihin. Dengan membawa kisah, contoh tauladan serta qudwah dari kehidupan Rasulullah saw dan sahabat yang solih dalam menyempurnakan ibadah, pelajar-pelajar akan mendapat in-put yang banyak. Sehigga mereka merasakan betapa sedikitnya ibadah meraka dan betapa perlunya berusaha bersungguh-sungguh untuk sampai ketahap mereka, agar ketaatan mereka sesuai dengan keagungan Allah swt. Mu’allim mestilah sedaya upaya menggunakan uslub (pendekatan) memberi contoh dan melatih dalam melaksanakan manhaj. Yakni penjelasan secara praktikal dari muallim dan latihan amali dari pelajar disamping memberi tumpuan kepada memperbetulkan kesalahan pelajar dalam melakukan ibadat. Membawa dalil-dalil dari al-Quran dan hadith yang bersesuaian dengan pelajar. Menggunakan kitab yang di tentukan dengan mengambil faedah sebaik-baiknya serta menggunakannya dengan efektif. Muallim mestilah mengambil contoh-contoh ibadat dari persekitaran pelajar, seperti yang kerap kali kita dapati perbezaan sukatan di dalam kitab fiqah dengan sukatan yang digunapakai di negeri mereka. Seperti perkataan al-Saa’ (gantang) dan al-Mail (batu).. Oleh itu murabbi mestilah memberikan kefahaman perbandingan seperti yang lumrah di negara mereka.
18
Pendetailan Bahan Halaqah
Bulan
Bahan
Minggu I
Minggu II
Minggu III
Minggu IV
Tafsir
An-Nas
Al-Falaq
Al-Ikhlas
Al-Lahab
Aqidah
Fasal I
Fasal 2
Fasal 3
Fasal 4
Tafsir
An-Nasr
Al-Kafirun
Al-Kauthar
Al-Maa’un
Aqidah
Fasal 5
Fasal 6
Fasal 7
Fasal 8
Tafsir
Al-Quraisy
Al-Fiil
Al-Humazah
Al-Asr
Aqidah
Fasal 9
Fasal 10
Fasal 11
Fasal 12
Tafsir
At-Takathur
Al-Qaari’ah
Al- ‘Aadiyat
Al-Zalzalah
Aqidah
Fasal 13
Fasal 14
Fasal 15
Fasal 16
Tafsir
Al- Bayyinah
Al-Qadr
Al- ‘Alaq
At- Tin
Seerah
Pendahuluan m/s 05-26
Bahagian 1 m/s 27-40
Bahagian 2 m/s 41-52
Bahagian 3 m/s 53-62
Shafawi
Tahriri
Penilaian/ Ziarah
Proses pemeringkatan/ziarah
1
2
3
4
5
6
19
Minggu Pertama Tafsir Pengenalan & Tafsiran Surah An Nas Pengenalan 1. Terdiri daripada surah Makkiyah, mengikut pendapat yang sohih 2. Mempunyai enam ayat 3. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah 4. Memahami tafsiran surah an Nas secara umum Objektif Khusus 1. Menjelaskan makna perkataan-perkataan tertentu dan petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalamnya. 2. Mengenali surah-surah penghindar Syaitan, penghalang sihir dan pejaga manusia dari was-was Syaitan. Objektif Sulukiah 1. Membaca dan menghafaz surah dengan baik serta mendalami maksudnya. 2. Memperbanyak mengingati Allah swt, yaitu dengan berfikir dengan mendalam tentang makhluk ciptaanNya, serta bimbingan yang diberikan oleh Allah swt kepada mereka. 3. Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran. 4. Merasakan bantuan dan pertolongan Allah swt kepada orang-orang yang menyembahnya serta kebinasaan terhadap musuh-musuhNya. 5. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran dari surah-surah. Objektif Amali 1. Sentiasa memohon perlindungan Allah swt daripada kejahatan jin dan manusia 2. Bertawakkal kepada Allah swt dan bergantung kepada bantuanNya. Soalan Kefahaman 1. Sebutkan kelebihan surah An Nas dan Al Falaq? 2. Apakah yang dimaksudkan dengan “al Istiia’zah”? 3. Apakah yang dimaksudkan dengan kejahatan “al Was waasil khanas” dan siapakah “al was waasil khannas”? 4. Bagaimana cara “al was waasil khannas” mengasut umat manusia? 5. Kenapakah kita disuruh memohon perlindungan daripada Allah SWT sahaja?
Tauhid Az Zindani Fasal 1 : Tauhid Isi Kandungan 1. Apakah definasi ilmu Tauhid? - Ilmu Tauhid : yang membentangkan dalil-dalil aqli(akal) dan naqli(al Quran& Hadis) bagi membuktikan kesahihan dan kebenaran akidah Islam. - Ar Ra’d:19 2. Apakah Bidang Perbahasan Ilmu Tauhid? - Ilmu Tauhid: yang membincangkan persoalan beriman kepada Allah, kitab-kitab, para rasul, malaikat,hari Akhirat dan qadar baik dan jahat. - Hadis kedua dari matan 40
20
3. Dimanakah kedudukan ilmu Tauhid berbanding ilmu lain? - Ilmu Tauhid: Ilmu yang termulia berbanding ilmu agama dan ilmu keduniaan yang lain, kerana ia berkait dengan Allah Taala, Tuhan sekalian dan meceritakan kebesaran Allah Taala, Pecipta Alam. 4. Apakah hukum mempelajari ilmu Tauhid fardu ain atau fardu kifayah? - Mempelajari perkara asas dalam ilmu ini merupakan fardu ain bagi setiap orang Islam, sama ada lelaki atau perempuan untuk mengukuhkan keimanan kepada Allah Taala, para rasul, kitab-kitab, para malaikat, hari kiamat serta qadar baik atau buruk. - Muhammad:19 5. Adakah al Quran prihatin terhadap ilmu ini? - Al Quran mementingkan topik-topik dalami ilmu ini dan kebanyakan ayat al Quran al Makkiyyah; memfokuskan ilmu ini dan perkara yang berkaitan dengannya. 6. Adakah orang Islam prihatin terhadap ilmu ini? - Orang Islam yang terdahulu amat prihatin terhadap ilmu ini, lalu mereka dimuliakan dan dijadikan peminpin. 7. Apakah yang akan menimpa orang Islam apabila mereka mencuaikan ilmu Tauhid? - Apabila mereka mencuaikannya, rosaklah akidah mereka.Kerosakan ini merebak ke dalam akhlak dan tindakan mereka lalu orang kafir menjajah tanah dan negara mereka. Objektif Khusus 1. Memahami tafsiran surah an Nas secara umum Menjelaskan ruang lingkup ilmu Tauhid dan lapangannya. 2. Menentukan kedudukkannya di antara semua ilmu. 3. Menjelaskan hukum syarak dari aspek mempelajarinya. 4. Menjelaskan sumbernya yang asasi bagi memperluaskan kaedah-kaedah ilmiyyah serta usul-usulnya. 5. Menjelaskan kesan-kesan tumpuan dan pengabaian umat Islam terhadap aqidah.
21
Minggu Kedua Tafsir Pengenalan & Tafsiran Surah al Falaq Pengenalan 1. Terdiri dari Surah Makkiyah 2. Mengandungi lima ayat 3. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah 4. Memahami tafsiran surah an Nas secara umum Objektif Khusus 1. Menjelaskan makna perkataan-perkataan tertentu dan petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalamnya. 2. Mengenali surah-surah penghindar Syaitan, penghalang sihir dan pejaga manusia dari was-was Syaitan. Objektif Sulukiyah 1. Membaca dan menghafaz surah dengan baik serta mendalami maksudnya. 2. Memperbanyak mengingati Allah swt, yaitu dengan berfikir dengan mendalam tentang makhluk ciptaanNya, serta bimbingan yang diberikan oleh Allah swt kepada mereka. 3. Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran. 4. Merasakan bantuan dan pertolongan Allah swt kepada orang-orang yang menyembahnya serta kebinasaan terhadap musuh-musuhNya. 5. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran dari surah-surah 6. Meminta perlindungan Allah swt dari kejahatan makhluk, sihir dan hasad (dengk Objektif Amali 1. Sentiasa memohon perlindungan Allah swt daripada kejahatan jin dan manusia 2. Bertawakkal kepada Allah swt dan bergantung kepada bantuanNya. Soalan Kefahaman 1. Sebutkan kelebihan surah An Nas dan Al Falaq? 2. DiDalam surah ini Allah memerintah kita berlindung dari apa? 3. Apakah kaitan diantara kedua-dua surah ini? 4. Adakah kedua-dua surah ini boleh digunakan sebagai jampi mentera?
Tauhid Fasal 2 “Kepentingan Ilmu Tauhid dalam Islam” Isi Kandungan 1. Kenapa Allah Taala hanya menerima amalan orang yang beriman? - Allah Taala tidak menerima amalan orang kafir dan Dia hanya menerima amalan orang yang beriman. - Ini kerana orang kafir melakukan amalan bukan untuk mendapat keredaan Penciptanya dan dia tidak peduli tentang amalan yang dilakukannya sama ada diredai atau dimurkai Allah Taala. Oleh itu golongan aini layak menerima azab pedih dan diharamkan pahala. - -An Nur:39 2. Kenapa Islam meletakkan ucapan dua kalimah syahadah sebagai rukun Islam yang pertama? - Mengucap dua kalimah syahadah merupakan pintu masuk kepada Islam. Ucapan
22
-
dua kalimah syahadah yang sempurna hanya akan terlaksana dengan mempelajari ilmu Tauhid. Oleh itu, ilmu Tauhid adalah ilmu yang paling penting dalam kaca mata agama Islam
Objektif Khusus 1. Menjelaskan hubungan iman dan amal. 2. Menjelaskan sebab dua kalimah syahadah menjadi rukun iman yang pertama.
23
Minggu Ketiga Tafsir Pengenalan & Tafsiran Surah al Ikhlas Pengenalan 1. Terdiri dari Surah Makkiyah 2. Mengandungi empat ayat 3. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah 4. Memahami tafsiran surah an Nas secara umum Objektif Khusus 1. Menerangkan aspek-aspek menunjul dari juzuk ini, yaitu yang memfokuskan tentang asal kejadian manusia dan kebangkitan semula. Perkara ini mestilah berdalilkan dari tafsir berkaitan juzuk tersebut. 2. Menjelaskan makna perkataan-perkataan tertentu dan petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalamnya. 3. Menentukan surah yang memiliki kelebihan umpama sepertiga al-Quran dengan menjelaskan dalilnya dari al-Sunnah Objektif Sulukiyah 1. Membaca dan menghafaz surah dengan baik serta mendalami maksudnya. 2. Memperbanyak mengingati Allah swt, yaitu dengan berfikir dengan mendalam tentang makhluk ciptaanNya, serta bimbingan yang diberikan oleh Allah swt kepada mereka. 3. Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran. 4. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran dari surah-surah. 5. Memantapkan kedalam diri nilai-nilai rabbaniyyah (ketuhanan) serta memerangi nilainilai maddiyyah (kebendaan Objektif Amali 1. Sentiasa mentauhidkan Allah swt 2. Bertawakkal kepada Allah swt dan bergantung kepada bantuanNya Soalan Kefahaman 1. Sebutkan kelebihan-kelebihan surah al Ikhlas? 2. Huraikan hakikat tauhid yang terdapat dalam surah ini? 3. Apakah yang dituntut kepada kita dari hakikat tauhid tersebut?
Tauhid Fasal 3 “Kepentingan Ilmu Tauhid dalam Kehidupan Manusia” Isi Kandungan 1. Apakah kesan tidak memahami ilmu Tauhid terhadap kehidupan manusia? - Orang yang tidak mengetahui ilmu Tauhid dalam keadaan ‘buta’ seperti haiwan. Dia mengakhiri kehidupannya di muka bumi sedangkan dia tidak mengetahui mengapa ia bermula. Dia mati, sedangkan dia tidak mengetahui mengapa dia hidup. (Muhammad:10) - Orang tidak beriman dengan hari Akhirat hanya tamakkan habuan dunia. Mereka mencarinya tanpa mengira halal haram. Inilah yang merosak kehidupan dan memecahbelahkan masyarakat. - Apabila kejahilan tentang ilmu Tauhid berleluasa, akdah dan amalan manusia akan rosak serta iman seseorang menjadi lemah maka bertambahlah dosa. Allah Taala akan menurunkan azab kepada mereka yang melakukan dosa. (Ar Rum:41)
24
2. Apakah implikasi ilmu Tauhid dalam kehidupan manusia? - Orang yang beriman, dia mengenali Tuhan dan Peciptanya. Dia mengetahui kenapa Allah menciptanya di dunia, dengan itu hidup mengikut petunjuk Allah serta berada di atas jalan yang lurus dan benar. (Al Mulk:22) - Orang beriman adalah bersaudara akan melahirkan masyarakat tolong menolong di antara satu sama lain dalam melakukan kebajikan dan ketaqwaan. (Hujuraat:10 & Ali Imran:110) - Iman membuahkan amal salih dan menjaminkan keredaan Allah, Pencipta sekalian alam, dengan itu Allah akan membuka pintu keberakatan serta menolong orang yang beriman. Mereka dianugerahkan kemenangan mengalahkan para musuh seperti berlaku kepada orang salih yang terdahulu.(Al A’raf:96 & Muhammad:7) Objektif Khusus 1. Menjelaskan kesan-kesan tumpuan dan pengabaian umat Islam terhadap aqidah. 2. Menjelaskan hubungan iman dan amal. 3. Menjelaskan sebab dua kalimah syahadah menjadi rukun iaman yang pertama. 4. Menyebut kepentingan ilmu Tauhid dan kemudaratan dari kejahilan terhadapnya
25
Minggu Keempat Tafsir Pengenalan & Tafsiran Surah al Lahab Pengenalan 1. Terdiri dari Surah Makkiyah 2. Mengandungi limat ayat 3. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah 4. Memahami tafsiran surah al Lahab secara umum Objektif Khusus 1. Menerangkan aspek-aspek menunjul dari juzuk ini, yaitu yang memfokuskan tentang asal kejadian manusia dan kebangkitan semula. Perkara ini mestilah berdalilkan dari tafsir berkaitan juzuk tersebut. 2. Menjelaskan makna perkataan-perkataan tertentu dan petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalamnya.
Objektif Sulukiyah 1. Membaca dan menghafaz surah dengan baik serta mendalami maksudnya. 2. Merasakan bantuan dan pertolongan Allah swt kepada orang-orang yang menyembahnya serta kebinasaan terhadap musuh-musuhNya 3. Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran. 4. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran dari surah-surah. Objektif Amali 1. Sentiasa beristighfar kepada Allah swt dalam apa keadaan sekali pun. 2. Bertawakkal kepada Allah swt dan bergantung kepada bantuanNya Soalan Kefahaman 1. Sebutkan sebab surah ini diturunkan? 2. Nyatakan apakah yang diisyaratkan oleh surah ini? 3. “Sesungguhnya Allah akan mempertahankan orang-orang yang beriman” Apakah kaitan maksud ayat tersebut dengan surah al Ma’sad? 4. Bagaimanakah dengan reality kehidupan kita hari ini?
Tauhid Fasal 4 : “Bagaimanakah Kita Mengenal Allah” Isi Kandungan Mengetahui Kewujudan Allah Taala 1. Bagaimanakah kita mengetahui kewujudan Allah - Apabilla kita melihat kereta atau kapal terbang bergerak teratur, ia menunjukkan kewujudan pemandu yang mengawalnya. - Apabila kita melihat pergerakan matahari,bulan, bintang, malam dan siang yang teratur serta segala penciptaan makhluk yang dibuat dengan begitu seni dan teliti, ia menunjukkan kewujudan Allah. - Sekiranya Pecipta tidak wujud, maka tidak wujudlah segala makhluk. (At Tuur:3536) Mengetahui Sifat Allah 1. Bagaimanakaah kita mengetahui sifat Allah?
26
-
2.
3.
4.
5.
Berfikir tentang makhluknya dan juga melalui ajaran para rasulNya.(Al Jaathiyah:34) Bagaimanakah kita mengetahui sifat Allah dengan berfikir tentang makhluknya? - Sekiranya kita berfikir tentang kereta contohnya, kita akan mengetahui bahawa pembuatnya memiliki besi, kaca, dawai dan semua bahan yang digunakan untuk membuat kereta serta dia mempunyai kemampuan ilmu pembuatan, kepakaran kejuruteraan dan kemahuan untuk membuat kereta. Apakah kaitan contoh di atas dengan cara mengetahui cara mengetahui sifat Allah? - Apabilla kita berfikir tentang pembuat kereta ialah dengan berfikir mengenai kereta yang telah dihasilkannya. Begitu juga apabila kita berfikir tentang makhluk ciptaan Allah, kita mengetahui bahawa hikmah yang ada pada ciptaan ini berasal daripada Allah Yang Maha Bijaksana. Mampukah kita mengetahui semua sifat Allah dengan berfikir tentang makhluk ciptaanpNya? - Kita tidak mampu mengetahui semuanya, kerana apabila kita berfikir tentang sebuah kereta, kita mengetahui kepakaran pembuatnya, tetapi kita tidak mengetahui apakah kita sifat pembuat kereta itu dia mulia atau bakhil, tinggi atau rendah, zalim atau adil dsb. - -Begitulah dengan Allah Taala, kita mungkin dapat mengetahui banyak sifat Allah dengan memerhati dan berfikir tentang makhluk ciptaannya, kita meungkin mengetahui kenapa Dia mencipta dan mematikan kita. Kita tidak mungkin mengetahui sifat-Nya Yang Maha Tinggi seperti Dialah yang Layak Disembah, Yang Maha Pemurah dsb melainkan dengan ajaran daripada-Nya sendiri. Bagaiman kita mengetahui sifat tuhan yang belum kita ketahui? - Melalui perantaran para Rasul yang mengajar kita perkara yang dikehendaki oleh Allah untuk kita mengetahui tentang-Nya. (Al Baqarah:255)
Objektif Khusus 1. Mengetahui kewujudan Allah melalui makhluk ciptaan-Nya 2. Menjelaskan ayat-ayat al-Kauniyyah dan al-Naqliyyah yang menunjukkan kewujudan Allah swt serta keesaanNya. 3. Memahami sifat-sifat Allah melalui perantaraan para Rasul-Nya.
27
Minggu Kelima Tafsir Pengenalan & Tafsiran Surah an Nasr Pegenalan 1. Terdiri dari Surah Makkiyah 2. Mengandungi limat ayat 3. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah 4. Memahami tafsiran surah an Nasr secara umum Objektif Khusus 1. Memahami sebab-sebab surah ini diturunkan 2. Memahami berita gembira yang terdapat dalam surah ini kepada Rasulullah saw. 3. Memahani taujih Allah kepada Rasulullah saw dan umatnya yang terdapat dalam surah ini. 4. Menentukan surah yang diturunkan, yang membawa berita kewafatan Rasulullah saw Objektif Sulukiyah 1. Membaca dan menghafaz surah dengan baik serta mendalami maksudnya. 2. Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran. 3. Beristighfar dari dosa-dosa dan sentiasa memperbaharui taubat 4. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran dari surah-surah. Objektif Amali 1. Sentiasa beristighfar kepada Allah swt dalam apa keadaan sekali pun. 2. Bertawakkal kepada Allah swt dan bergantung kepada bantuanNya 3. Sentiasa bertaubat kepada Allah swt. Soalan Kefahaman 1. Sebutkan sebab-sebab surah ini diturunkan? 2. Sebutkan berita gembira yang terdapat dalam surah ini? 3. Apakah perintah Allah yang terkandung dalam surah ini kepada Rasulullah saw dan orang-orang yang beriman? 4. Nyatakan apakah isyarat yang terdapat dalam surah ini?
Tauhid Fasal 5 “Manusia Hendaklah Melihat Kepada Makanannya” Isi Kandungan 1. Kenapa Allah Taala memerintah kita supaya melihat dan berfikir tentang makanan yang kita makan? - -Allah Taala memerintah kita supaya berfikir tentan makanan harian kita, sebagai bukti yang menjelaskan sebahagian dari sifat-Nya kepada kita pada semua ciptaan-Nya. 2. Apakah sifat Allah yang dapat kita ketahui dengan berfikir mengenai makanan kita? - -Kita dapat mengetahui banyak sifat seperti Dialah Yang Maha Memberi Rezeki, Yang Maha Mengetahui, Yang Amat Mendalam Pengetahuan-Nya, Yang Maha Mengasihani dan lain-lain lagi.
28
3. Bagaimanakah kita mengetahui bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki? - Ketika kita berfikir bagaimana Allah Taala menyalurkan rezeki kepada manusia ketika dalam perut ibunya, kemudian bagaimana Dia memberi rezeki kepada manusia melalui buah dada ibunya, kemudian bagaimana Dia mengurniakan rezeki kepada manusia melalui tumbuh-tubuhan, kita mengetahui Allah Taala adalah Yang Maha Memberi Rezeki. 4. Bagaimanakah kita mengetahui sifat Allah yang lain yang telah disebut sebelum ini? - Kita mengetahui bahawa Allah adalah Yang Maha Mengetahui kerana Dia mengetahui kita memerlukan rezeki ketika dalam rahim ibu, lalu Dia memberikan kepada kita. Dia mengetahui kelahiran kita lalu Dia memberi makanan kepada kita melalui buah dada ibu kita. 5. Bagaimanakah kita mengetahui bahawa Allah Taala adalah Tuhan Yang Maha Bijaksana? - Ketika kita menyaksikan kehalusan kerja dan ketelitian dalam penciptaan tali pusat. Begitu juga apabila kita melihat pengeluaran susu ibu yang bersesuaian dengan pembesaran kita.Serta apabila kita melihat kehalusan kerja pada pembuatan setiap bahagian tumbuh-tumbuhan. 6. Bagaimanakah kita mengetahui bahawa Allah Taala adalah Tuhan Yang Amat Mendalam 7. pengetahuan-Nya? - Ketika kita melihat kepakaran dalam pemindahan makanan ketika dalam rahim ibu. Begitu juga susu yang terhasil daripada makanan yang dimakan oleh ibu. 8. Bagaimanakah kita mengetahui bahawa Allah Taala adalah Tuhan Yang Maha Mengasihani? - Ketika kita menyedari ketidakupayaan janin dalam perut ibu untuk menguruskan rezekinya, ketidakupayaan bayi yang menyusu untuk mencari sendiri rezekinya dan ketidakupayaan manusia untuk mencipta biji-bijian, buah-buahan, air dan hujan.
9. Bagaimanakah kita mengetahui bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha Mulia? - Ketika kita melihat rezeki yang dikurniakan-Nya melimpah ruah ke atas semua makhluk. 10. Bagaimanakah kita mengetahui bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk? - Kita mengetahui bahawa Dia adalah Yang Maha Memberi Petunjuk ketika kita melihat buah dada yang dipenuhi susu, mengilhamkan kepada untuk menghisap buah dada ibunya. 11. Bagaimanakah kita mengetahui bahawa Allah Taala adalah Tuhan Yang Menghidupkan sesuatu? - Ketika kita melihat kehidupan lahir daripada benda-benda yang mati
29
12. Bagaimanakah kita mengetahui bahawa Allah Taala adalah Tuhan Yang Maha Membentuk Rupa? - Ketika melihat rupa yang cantik dan berbagai-bagai terbentuk dari tanah, air dan udara. 13. Apakah faedah mengetahui sebahagian sifat Allah? - Kita mengetahui bahawa yang mencipta makanan adalah Yang Maha Memberi Rezeki, Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Bijaksana, Yang Amat mendalah Pengetahuan-Nya, Yang Maha Pengasihani, Yang Maha Mulia, Yang Maha Memberi Petunjuk, Yang Maha Menghidupkaan sesuati lagi Maha Membentuk Rupa, kita mengetahui Dia adalah Allah Taala. - -Ini kerana tabiat semulajadi atau patung berhala walau bagaimanapun rupanya tidak mempunyai sifat-sifat tersebut.(‘Abasa: 24-32)
Objektif Khusus 1. Memahami perintah Allah supaya manusia hendaklah melihat kepada makanannya 2. Menjelaskan ayat-ayat al-Kauniyyah dan al-Naqliyyah yang menunjukkan kewujudan Allah swt serta keesaanNya. 3. Mengetahui sebahagian daripada sifat-sifat Allah.
30
Minggu Keenam Tafsir Pengenalan & Tafsiran Surah al Kafirun Pengenalan 1. Terdiri dari Surah Makkiyah 2. Mengandungi enam ayat 3. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah 4. Memahami tafsiran surah al Kafirun secara umum Objektif Khusus 1. Memahami bahawa hakikat Tauhid ada manhaj hidupnya sendiri 2. Memahami bahawa kesyirikkan juga ada manhaj hidupnya sendiri. 3. Menjelaskan bahawa orang yang kafir adalah orang yang putus harapan dengan Allah swt. 4. Menjelaskan perbezaan ibadat Rasulullah saw dan orang-orang yang beriman dengan ibadat orang kafir dan tidak tolak ansur dalam urusan ibadat. 5. Memahami kewajipan “al Mufasolah” diantara iman dengan kufur. Objektif Sulukiyah 1. Membaca dan menghafaz surah dengan baik serta mendalami maksudnya. 2. Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran. 3. Merasakan bantuan dan pertolongan Allah swt kepada orang-orang yang menyembahnya serta kebinasaan terhadap musuh-musuhNya. 4. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran dari surah-surah. Objektif Amali 1. Sentiasa beristighfar kepada Allah swt dalam apa keadaan sekali pun. 2. Bertawakkal kepada Allah swt dan bergantung kepada bantuanNya 3. Sentiasa bertaubat kepada Allah swt. Soalan Kefahaman 1. Apakah maksud “al Mufasolah”? 2. Bagaimana surah ini membina keyakinan wajib “al Mufasolah” antara iman dengan kufur? 3. Mengapa “Manhaj Tauhid” dan “Manhaj Syirik” selama-lamanya tidak akan ada titik pertemuan?
Tauhid Fasal 6 : “Yang Terapung” Isi Kandungan 1. Apakah definisi awan? - Awan adalah wap-wap air yang terapung di udara. (Az Zumar:21) 2. Bagaimanakah proses pembentukan awan? - Allah Taala menjadikan matahari yang memancarkan kepanasan,lala air laut bertukar menjadi wap-wap air yang mengewap naik ke langit dalam bentuk wap air yang tawar. 3. Apakah yang dimaksudkan dengan sistem(sunnah Allah ) ini? - Allah Taala menjadikan kepanasan sinaran matahari dan tiupan angin sebagai wap air dapat naik dari laut sehingga melepasi ketinggian bukit.(Al Waqi’ah:68-70) - Allah yang mengutuskan angin, menjadikan awan dan menurunkan hujan.(Al
31
‘Araaf:57) 4. Kenapa kesejukan bertambah apabila berada dikedudukan yang lebih tinggi? - Logiknya kita di puncak gunung yang tinggi kita semakin dekat dengan matahari tentulah kita bertambah panas tetapi sebaliknya merasa sangat sejuk kerana Allah menjadi udara sejuk yang mencapai ketinggian lapan batu dari aras laut oleh itu suhu kepanasan semakin rendah supaya wap air yang keluar dari laut akan kekal diatmosfera dan tidak berterusan naik sehingga di langit lepas.(al Mukminun:18) Objektif Khusus 1. Memahami proses pembentukan awan dan peranannya dalam kehidupan. 2. Menjelaskan ayat-ayat al-Kauniyyah dan al-Naqliyyah yang menunjukkan kewujudan Allah swt serta keesaanNya. 3. Memahami semakin tinggi kita dari paras laut semakin rendah kepanasan matahari.
32
Minggu Ketujuh Tafsir Pengenalan & Tafsiran Surah al Kauthar Pengenalan 1. Terdiri dari Surah Makkiyah 2. Mengandungi tiga ayat 3. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah 4. Memahami tafsiran surah al Kauthar secara umum Objektif Khusus 1. Memahami sebab surah ini diturunkan 2. Memahami dalil-dalil yang terdapat dalam surah ini. 3. Menjelaskan makna perkataan-perkataan tertentu dan petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalamnya. Objektif Sulukiyah 1. Membaca dan menghafaz surah dengan baik serta mendalami maksudnya. 2. Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran. 3. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran dari surah-surah. Objektif Amali 1. Sentiasa beristighfar kepada Allah swt dalam apa keadaan sekali pun. 2. Bertawakkal kepada Allah swt dan bergantung kepada bantuanNya 3. Sentiasa bertaubat kepada Allah swt. Soalan Kefahaman 1. Sebutkan sebab surah ini diturunkan? 2. Nyatakan dalil-dalil yang terdapat dalam surah ini? 3. Sebutkan persiapan daie yang terdapat dalam surah ini?
Tauhid Fasal 7 “Kita Hidup dalam Lautan Udara” Isi Kandungan 1. Apakah kepentingan udara dalam kehidupan? - Tutuplah hidung dan mulut dalam tempoh seminit atau dua minit, ketika itu kita kepentingan udara dalam kehidupan kita kerana udara mengandungi gas oksigen. 2. Adakah terdapat faedah udara yang lain? - Ya! Lapisan atmosfera yang meliputi bumi bertindak sebagai pelindung yang memerlihara keselamatan bumi daripada berjuta-juta meteor dan tahi bintang. Penetapan ketebalan oleh Yang Maha Mencipta lagi Maha Bijaksana berupaya membakar meteor-meteor dan tahi bintang, menseimbang tekanan udara yang sesuai dengan tekanan cairan dan darah dalam badan manusia. - Pergerakan angin juga berfungsi melakukan proses perdebungaan tumbuhan, menggerakkan awan dan memindahkan ke kawasan pedalaman serta menggerakkan kapal-kapal pelayaran sejak dahulu lagi.(Al Jaathiyah :3-6) 3. Apakah hikmah lain dapat dilihat dalam kejadian udara? - Terdapat banyak tanda kekuasaan Allah pada makhluk-Nya antaranya:- Kuantiti udara yang dibekalkan untuk kehidupan pada setiap tempat di bumi adalah sentiasa mencukupi - Terdapat keseimbangan yang tepat telah ditentukan antara kandungan oksigen
33
-
-
-
dan karbon dioksida dalam udara. Sistem penafasan yang dicipta dalam beroperasi tanpa berhenti, teratur serta tidak membebankan. Oleh kerana ia berfungsi secara automatik, ia tidak membebankan manusia sama ada ketika tidur dan sedar. Siapakah pemilik kebijaksanaan yang besar, ketentuan yang tiada tandingan, sistem yang canggih, kesimbangan yang tepat dan susunan yang menakjubkan ini? Adakah pemiliknya berhala yang tidak mendenga dan melihat, tidak memberi manfaat, mudarat dan tidak memiliki kekuasaan dan kekuatan? Adakah pemiliknya tabiat semulajadi yang tuli lagi buta dan kaku...? Adakah pemiliknya ketidakwujudan yang tidak dapat melakukan sesuatu? Ya tentulah dia bukan makhluk yang dapat dilihat ini. Dia adalah Allah Subhanahu Wata’ala, Tuhan Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Mencipta dll.
Objektif Khusus 1. Menyebut kepentingan udara dan lautan dalam kehidupan. 2. Menjelaskan ayat-ayat al-Kauniyyah dan al-Naqliyyah yang menunjukkan kewujudan Allah swt serta keesaanNya.
34
Minggu Kelapan Tafsir Pengenalan & Tafsiran Surah al Maa’un Pengenalan 1. Terdiri dari Surah Makkiyah 2. Mengandungi tujuh ayat 3. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah 4. Memahami tafsiran surah al Maa’un secara umum Objektif Khusus 1. Memahami hakikat yang terdapat dalam surah ini. 2. Menjelaskan makna perkataan-perkataan tertentu dan petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalamnya. Objektif Sulukiyah 1. Membaca dan menghafaz surah dengan baik serta mendalami maksudnya. 2. Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran. 3. Memperbetulkan kefahaman-kefahaman salah yang tersibar didalam masyarakat 4. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran dari surah-surah. Objektif Amali 1. Sentiasa mengikhlaskan niat kepada Allah swt dalam semua perkara. 2. Menghormati dan membantu anak-anak yatim serta orang miskin 3. Menjauhi diri dari sifat riya’ 4. Sentiasa bertaubat kepada Allah swt. Soalan Kefahaman 1. Sebutkan hakikat yang terdapat dalam surah ini? 2. Nyataka dalil-dalil yang dapat diambil dari surah ini?
Tauhid Fasal 8 : “Kediaman dan Kedamaian” Isi Kandungan 1. Apakah makna firman Allah Taala; “Dan Allah menjadi rumah-rumahmu untuk tempat tinggalmu..(An Nahl:80) - Makna ayat ini sesungguhnya Allah lebih mengetahui ialah rumah kita adalah tempat berehat, tempat berlindung, tempat tingggal dan lain-lain lagi. - -Hikmah yang nyata dalam penciptaan bumi ialah supaya menjadi tempat tinggal yang tenang dan damai bukannya tempat yang punah dan ranah. Ia membuktikan adalah perbuatan Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengasihani. 2. Adakah terdapat nikmat lain yang berkaitan dengan tempat tinggal kita? - Ya. Rumah tidak mempunyai peralatan dan perkakas tentulah tidak sempurna. - -Penyediaan bahan mentah untuk peralatan dan perkakas rumah daripada tanaman dan bulu yang tumbuh atas kulit binatang membolehkan manusia menyediakan tempat berehat, perkakas dan peralatan dengan sempurna - Keupayaan pemikiran dan pembuatan yang luar biasa anugerah Pencipta membolehkan kita memakmurkan bumi dan membina bangunan serta tinggal di bagunan pencakar langgit - Penguasaan yang diberikan kepada kita menyebabkan makhluk di muka bumi tunduk dan menyerah diri kepada kita
35
-
-
-Pengurusan yang bijaksana dalam menyimbangkan daya tarikan gravity dan daya tolakan yang terhasil daripada putaran bumi adalah perkara yang menjadikan bumi sesuai sebagai tempat tinggal. Ini membuktikan bahawa ia adalah pemberian daripada Tuhan Yang Memberi lagi Maha Penyayang dan Maha Pengasihani.
Objektif Khusus 1. Memahami hikmah yang nyata dalam penciptaan bumi.. 2. Menjelaskan ayat-ayat al-Kauniyyah dan al-Naqliyyah yang menunjukkan kewujudan Allah swt serta keesaanNya. 3. Menjelaskan penguasaan yang diberikan kepada kita menyebabkan makhluk di muka bumi tunduk dan menyerah diri kepada kita
36
Minggu Kesembilan Tafsir Pengenalan & Tafsiran Surah al Quraish Pengenalan 1. Terdiri dari Surah Makkiyah 2. Mengandungi empat ayat 3. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah 4. Memahami tafsiran surah al Qurais secara umum Objektif Khusus 1. Memahami kurniaan Allah SWT kepada kaum Qurais dengan pengutusan Rasullah saw. 2. Memahami tanggungjawab terhadap pemberian dan kurniaan Allah SWT. 3. Menjelaskan makna perkataan-perkataan tertentu dan petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalamnya. Objektif Sulukiyah 1. Membaca dan menghafaz surah dengan baik serta mendalami maksudnya. 2. Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran. 3. Memperbetulkan kefahaman-kefahaman salah yang tersibar didalam masyarakat 4. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran dari surah-surah. Objektif Amali 1. Mensyukuri pemberian dan kurniaan AllahSWT. 2. Bertawakkal kepada Allah swt dan bergantung kepada bantuanNya 3. Menyakini keamanan dan ketenangan hanya dengan mengingati Allah swt. Soalan Kefahaman 1. Sebutkan kelebihan-kelebihan yang Allah kurniakan kepada kaum Qurais daripada pengutusan Rasulullah saw? 2. Sebutkan beberapa kelebihan yang Allah kurniakan kepada anda? 3. Huraikan tanggungjawab anda terhadap kelebihan yang Allah kurniakan?
Tauhid Fasal 9 : “Para Rasul Allah dan Bukti Pengutusan Mereka” Isi Kandungan 1. Kenapa Allah Taala mengutuskan para rasul? - Allah Taala telah mengutuskan para rasul untuk mengajar manusia mengenali tuhan mereka, meyeru mereka supaya beribadat kepada-Nya dan menerangkan hikmat penciptaan mereka. (Al Anbiya’:25) - -Mengetahui semua perkara yang Allah Taala ciptakan pada diri kita mempunyai hikmah tertentu bukan sia-sia.(Al Mukminun:115-116) - -Menyelamatkan mereka daripada kecelakaan perselisihan, menegakkan agama Allah dikalangan manusia dan berhukum berdasarkan wahyu Allah.(An Nahl:64) - -Menyampaika berita gembira tentang nikmat yang Allah sediakan kepada orangmukmin dan memberi amaran tentang balasan kepada orang kafir kerana kekufuran mereka.(Asy Syura:13 & An Nisa’:165) - Menjadi teladan terbaik bagi manusia dalam mencapai cara hidup yang lurus, akhlak yang mulia, ibadat yang betul dan supaya sentiasa mengikut petunjuk Allah.(Al Ahzab:21)
37
2. Apakah dalil yang dibekalkan oleh Allah Taala kepada para rasul-Nya supaya manusia tidak mendakwa mereka berbohong? - Allah Taala juga membekalkan para rasul-Nya dengan bukti dan dalil yang dinamakan sebagai ‘ayat’(tanda) dan ‘bayyinat’(bukti). Manusia pula menamakannya sebagai mukjizat. 3. Apakah itu mukjizat? - Perkara yang tidak mampu dilakukan oleh manusia biasa. Mukjizat ini membuktikan kepada para rasul-Nya tentang kebenaran risalah yang dibawanya, sebagai tanda kenabian mereka dan mereka adalah penyampai risalah Tuhan.(Al Hadiid:25) 4. Apakah contoh mukjizat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada para rasul-Nya untuk menyokong mereka? - -Antara contoh mukjizat yang Allah sebutkan dalam kitab-Nya:- Kisah Nabi Ibrahim dengan kaumnya.(Al Anbiyaa’:68-69) - Kisah Nabi Musa dengan kaumnya.(An Naml:12) - Kisah Nabi Isa dengan kaumnya.(Al Ma’idahf:110 Objektif Khusus 1. Memahami hikmah pengutusan para rasul dan tanggungjawab mereka. 2. Memahami hikmah mukjizat yang dikurniakan kepada Rasul-Rasul. 3. Mengetahui contoh-contoh mukjizat yang dikurniakan kepada para rasul.
38
Minggu Kesepuluh Tafsir Pengenalan & Tafsiran Surah al Fiil Pengenalan 1. Terdiri dari Surah Makkiyah 2. Mengandungi lima ayat 3. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah 4. Memahami tafsiran surah al Fiil secara umum Objektif Khusus 1. Memahami sebab surah ini diturunkan 2. Menjelaskan makna perkataan-perkataan tertentu dan petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalamnya. 3. Menerangkan akibat buruk yang menimpa orang-orang yang melakukan kerosakan dan kejahatan serta kesudahan kehidupan mereka melalui kisah ashabul Fiil 4. Memahami dalil-dalil yang terdapat daripada kisah ashabul Fiil. Objektif Sulukiyah 1. Membaca dan menghafaz surah dengan baik serta mendalami maksudnya. 2. Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran. 3. Memperbetulkan kefahaman-kefahaman salah yang tersibar didalam masyarakat 4. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran dari surah-surah. Objektif Amali 1. Sentiasa merasa gerun dan takut azab Allah swt. 2. Bertawakkal kepada Allah swt dan bergantung kepada bantuanNya 3. Sentiasa bertaubat kepada Allah swt. Soalan Kefahaman 1. Sebutkan sebab surah ini diturunkan? 2. Huraikan dalil-dalil yang terdapat dari kisah ashabul Fiil? 3. Kenapa Allah menghancurkan tentera bergajah?
Tauhid Fasal 10 “Ringkasan Mukjizat Nabi Muhammad S.A.W” Isi Kandungan 1. Apakah mukjizat yang dikurniakan oleh Allah kepada Rasul-Nya Muhammad saw untuk menyokong Baginda? antaranya:- -Berita gembira kelahiran Nabi Muhammad dalam kitab yang terdahulu. (Al ‘Araaf:157) - Mukjizat Al Quran al Karim.(Al Isra’:88) - -Pertolongan Allah Taala terhadap Rasul-Nya saw.(Perang Badar& Ahzabdsb) - Allah Taala memabulkan doa Nabi Muhammad saw.( Al Baqarah:99) Objektif Khusus 1. Menentukan perkara yang bercanggah dengan Tauhid. 2. Menjelaskan hikmah dari pengutusan Rasul-Rasul dan penurunan kitab-kitab kepada mereka. 3. Menjelaskan secara umum ayat-ayat dan bukti-bukti kerasulan Nabi Muhammad saw.
39
Minggu Kesebelas Tafsir Pengenalan & Tafsiran Surah al Humazah Pengenalan 1. Terdiri dari Surah Makkiyah 2. Mengandungi sembilan ayat 3. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah 4. Memahami tafsiran surah al Humazah secara umum Objektif Khusus 1. Memahami sifat-sifat buruk dikalangan manusia yang terdapat dalam surah ini. 2. Menjelaskan makna perkataan-perkataan tertentu dan petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalamnya. 3. Menerangkan akibat buruk yang menimpa orang-orang yang suka mencela dan mengumpat orang lain, dan suka mengumpul harta tetapi tidak membelanjakan di jalan Allah Objektif Sulukiyah 1. Membaca dan menghafaz surah dengan baik serta mendalami maksudnya. 2. Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran. 3. Menerangkan sifat-sifat keji iaitu melempar tuduhan kepada orang lain dan merasa gembira dengannya serta merasa ghurur dengan diri sendiri. 4. Menjelaskan akibat orang yang bersikap demikian balasannya adala neraka. 5. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran dari surah-surah. Objektif Amali 1. Sentiasa merasa gerun dan takut azab Allah swt. 2. Sentiasa memohon perlindungan Allah swt daripada sifat-sifat keji. 3. Menjauhi dari bersikap buruk dan keji 4. Sentiasa bertaubat kepada Allah swt. Soalan Kefahaman 1. Sebutkan sifat-sifat buruk manusia yang terdapat dalam surah ini? 2. Huraikan balasan yang akan menimpa mereka?
Tauhid Fasal 11 : “Kefasihan dan Balaghah Al Quran” Isi Kandungan 1. Adakah Kalam Allah (al-Quran) menjadi saksi terhadap kerasulan Muhammad saw? - Ya! Al- Quran menyebut bahawa Muhammad adalah Rasulullah. (al Fath:29) 2. Apakah ciri dan sifat yang membezakan al- Quran daripada kata-kata manusia? - Dalam al-Quran terdapat mukjizat Allah terdapat mukjizat Ilahi yang menunjukkan bahawa ia adalah Kalam Allah. Antaranya kefasihan dan ketinggian balaghahnya yang tidak dapat ditandingi oleh orang terdahulu mahupun yang terkemudian. 3. Kenapakah kita pada zaman sekarang tidak menyedari ketinggian balaghah dan kefasihan al Quran sepertimana yang diakui oleh orang arab pada zaman dahulu? - Sebabnya, mereka memahami al quran kerana ia diturunkan dalam bahasa mereka. Sedangkan kita sekarang berada jauh daripada bahasa Arab yang fushah (betul) iaitu bahasa al Quran. 4. Apakah mukjizat Ilahi dalam Kitab Allah yang dapat diketahui oleh orang alim
40
mahupun orang yang jahil? - Antara mukjizatnya ialah ia sentiasa berkeadaan baru dan segar serta tidak basi dan menjemukan walaupun diulang-ulang berkali-kali. 5. Apakah pandangan orang bukan Islam berkenaan perkara ini? - Orang Eropah sendiri yang jujur dan mereka mengakui kebesaran al-Quran serta ketinggiannya yang mengatasi setiap kata-kata. 6. Adakah al-Quran telah mencabar manusia untuk mencipta satu surah yang menyerupai surahnya? - - Al Quran telah mencabar semua manusia supaya mencipta satu surah yang dapat menandingi mana-mana surah di dalamnya jika mereka ragu-ragu bahawa al Quran adalah Kalam Allah. Tetapi mereka tidak mampu; dulu, kini dan selamany a sehinggalah hari Kiamat. Objektif Khusus 1. Memahami al Quran adalah saksi terhadap kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. 2. Menjelaskan kefasihah dan balaghah al Quran 3. Memahami hikmah al Quran tidak menjemukan walaupun kerap kali diulang. 4. Menjelaskan secara umum ayat-ayat dan bukti-bukti kerasulan Nabi Muhammad saw.
41
Minggu Kedua belas Tafsir Pengenalan & Tafsiran Surah al Asr Pengenalan 1. Terdiri dari Surah Makkiyah 2. Mengandungi tiga ayat 3. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah 4. Memahami tafsiran surah al Asr secara umum Objektif Khusus 1. Memahami dengan dengan jelass kelebihan-kelebihan surah al Asr 2. Menjelaskan makna perkataan-perkataan tertentu dan petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalamnya. 3. Menerangkan bagaimana Allah swt bersumpah dengan masa, manusia dalam kerugian kecuali sesiapa yang dipelihara oleh Allah swt dari kalangan orang-orang beriman dan beramal serta berpesan dengan kebenaran dan kesabaran. 4. Memahami dengan jelas hakikat umat Islam , tugas dan tanggungjawab seperti yang dijelaskan dalam surah ini. Objektif Sulukiyah 1. Membaca dan menghafaz surah dengan baik serta mendalami maksudnya. 2. Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran. 3. Menggunakan nikmat-nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt kepada hambahambaNya untuk tujuan ketaatan dan jihad pada jalanNya. 4. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran dari surah-surah. Objektif Amali 1. Sentiasa memelihara waktu, kerana waktu adalah kehidupan. 2. Sentiasa berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran supaya tidak tergolong dikalangan orang-orang rugi 3. Sentiasa bertaubat kepada Allah swt dari kelalaian di dalam menggunakan masa. Soalan Kefahaman 1. Huraikan kebesaran surah al Asr? 2. Umat Islam – Apakah hakikat mereka? Apakah tugas dan tanggungjawab mereka terhadap surah ini? 3. Apakah hikmah disebalik ikatan “iman” dan “amal solih” dan “berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran” berdasarkan kefahaman anda terhadap surah ini?
Tauhid Fasal 12 : “Al Quran Mendahului Ilmu Moden” Isi Kandungan 1. Kenapa Allah Taala menurunkan al Quran? - Al Quran adalah kitab hidayah dari Ilahi untuk menunjukkan cara hidup daan tugas manusia. 2. Jika begitu, apakah makna al Quran mendahului ilmu moden? - Ketika membincangkan tentang manusia, tumbuh-tumbuhan atau mana-mana makhluk ciptaan-Nya, al Quran menjelaskan fakta sebenar perkara tersebut, tetapi ilmu manusia tidak memahami fakta tersebut dan hanya ditemui selepas beberapa kurun daripada penurunannya.
42
3. Apakah contoh fakta tersebut? - Antaranya ialah apa yang diceritakan oleh al Quran tentang dada menjadi sesak nafas apabila seseorang naik ke langit dan penemuan bahawa pusat deris rasa sakit adalah pada kulit. Kajian sains pada kurun ke 20 telah mengakui dan mengiktiraf kandungan Kitab Allah ini.(Al An’aam:125) 4. Adakah terdapat contoh lain? - Ya terdapat banyak contoh lain. Antaranya, rahsia pembentukan bahagian badan manusia - Fakta-fakta ini yang ditemui melalui kemajuan sains pada hari ini membuktikan bahawa al Quran adalah Kalam Allah dan wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. Objektif Khusus 1. Memahami al Quran adalah kitab hidayah untuk menunjuka cara hidup dan tugas manusia. 2. Menjelaskan al Quran mendahului ilmu-ilmu moden. 3. Menjelaskan secara umum ayat-ayat dan bukti-bukti kerasulan Nabi Muhammad saw.
43
Minggu Ketiga belas Tafsir Pengenalan & Tafsiran Surah at Takaathur Pengenalan 1. Terdiri dari Surah Makkiyah 2. Mengandungi lapan ayat 3. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah 4. Memahami tafsiran surah at Takaatsur secara umum Objektif Khusus 1. Memahami dengan jelas peringatan-peringatan yang dijelaskan dalam surah ini. 2. Menjelaskan makna perkataan-perkataan tertentu dan petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalamnya. 3. Menerangkan celaan dan ancaman terhadap orang-orang yang bermegah-megah dengan apa yang diperolehinya dan tidak membelanjakannya di jalan Allah swt. 4. Memahami dengan peristiwa-peristiwa yang mungkin menimpa manusia dalam kubur. Objektif Sulukiyah 1. Membaca dan menghafaz surah dengan baik serta mendalami maksudnya. 2. Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran. 3. Menggunakan nikmat-nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt kepada hambahambaNya untuk tujuan ketaatan dan jihad pada jalanNya. 4. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran dari surah-surah. Objektif Amali 1. Sentiasa memelihara diri daripada sikap bermegah-megah dengan hasil duniawi. 2. Sentiasa takut dengan ancaman Allah swt. 3. Sentiasa bertaubat kepada Allah swt dari sikap bermegah-megah. Soalan Kefaaman 1. Terangkan “suara peringatan” yang diseru dalam surah ini? 2. Huraikan ayat terakhir surah ini berdasar pertanyaan sahabat-sahabat r.a kepada Rasulullah saw? 3. Terangkan peristiwa-peristiwa yang mungkin menimpa manusia didalam kubur?
Tauhid Fasal 13 : “Beriman Dengan Hari Akhirat” Isu Kandungan 1. Berapa bahagiankah kehidupan manusia? - -Kehidupan manusia boleh dibahagikan kepada dua iaitu:- Tempat beramal yang sementara iaitu dunia. - Tempat menerima balasan yang kekal iaitu Akhirat. - Kematian pula akan memindahkan kita dari tempat melakukan amalan ke tempat menerima pembalasan 2. Apakah maksud tempat beramal? - Dunia ini adalah tempat melakukan amalan untun tempoh yang sementara.(Yunus:45) 3. Apakah maksud tempat pembalasan? - Akhirat adalah tempat menerima pembalasan yang kekal abadi.(As Sajdah:11-12)
44
* Amal Solih – memberi pahala kepadanya dan ganjaran syurga manakala amal jahat mendapat dosa dan ganjaran neraka 4. Apakah dalil yang menjadikan seseorang mukmin beriman kepada Hari Akhirat? - Allah Taala telah mengutuskan para Rasul-Nya, mereka menyampaikan bukti kebenaran risalah yang mereka bawa. Mereka juga telah menyampaikan Kalam Allah yang menerangkan tentang Hari Akhirat dan apa yang dijanjikan. 5. Apakah dalil keadilan Ilahi ini? - Dalam diri manusia terdapat rasa cintakan keadilan. Perasaan ini menyebabkan manusia benci kezaliman dan mencintai keadilan. * Keadilan Allah Taala adalah lebih sempurna daripada keadilan manusia. Antara tuntutan keadilan ialah tidak menyamakan antara orang jahat dan orang baik.(Saad:27-28) Objektif Khusus 1. Menunjukkan kepentingan beriman dengan hari akhirat serta kesannya dalam kehidupan seorang muslim. 2. Memahami hakikat kehidupan di dunia. 3. Memahami hakikat kehidupan di Hari Akhirat.
45
Minggu Keempat belas Tafsir Pengenalan & Tafsiran Surah al Qaari’ah Pengenalan 1. Terdiri dari Surah Makkiyah 2. Mengandungi sebelas ayat 3. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah 4. Memahami tafsiran surah at Takaatsur secara umum Objektif Khusus 1. Memahami presepsi hari Kiamat seperti yang digamabarkan dalam surah ini. 2. Menjelaskan makna perkataan-perkataan tertentu dan petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalamnya. 3. Menerangkan tentang kejadian-kejadian pada Hari Kiamat, iaitu manusia berteberan, gunung berhamburan, amal perbuatan manusia ditimbang dan dibalasi. 4. Memahami dengan jelas tempat kembali semua manusia pada hari Kiamat seperti yang digambarkan dalam surah ini. Objektif Sulukiyah 1. Membaca dan menghafaz surah dengan baik serta mendalami maksudnya. 2. Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran. 3. Menyediakan diri untuk bertemu Allah swt dengan bekalan taqwa. 4. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran dari surah-surah. Objektif Amali 1. Sentiasa memelihara diri daripada azab Allah swt. 2. Sentiasa takut dengan ancaman Allah swt. 3. Sentiasa bertaubat kepada Allah swt. Soalan Kefahaman 1. Gambarkan beberapa kejadian hari Kiamat seperti yang digariskan dalam surah ini? 2. Nyatakan tempat kembali manusia setelah berlaku hari Kiamat seperti dinyatakan dalam surah ini?
Tauhid Fasal 14 : “Suasana Hari Akhirat” Isi Kandungan 1. Apakah makna Barzakh? - Barzakh bermaksud sekatan 2. Apakah makna kehidupan alam Barzakh? - Kehidupan yang kita lalui di alam Barzakh sehinggalah berlaku Kiamat .(Al Mukminun:99-100) 3. Adakah balasan amalan seseorang di dunia, pahala dan azab diberikan sewaktu di alam Barzakh? - - Manusia akan berpindah kea lam Baarzakh selepas dia dimatikan. Di sana, dia bermula perhitungan amal dan dia akan merasai nikmat atau azab.(Al Mu’min:46) 4. apakah yang berlaku selepas kehidupan di alam Barzakh? - Allah Taala akan membangkitkan semula semua manusia untuk menghadapi hari Kiamat bagi menghitung amalan mereka.(an Naba’:17-18) 5. Apakah yang berlaku selepas manusia dihimpunkan di padang Mahsyar pada hari
46
6.
7.
8.
9. 10.
Kiamat? - Segala amalan yang tercatit dalam buku cacatan amalan dibentangkan.(Al Kahfi:49) Apakah yang dimaksudkan dengan neraca timbangan pada hari Kiamat? - Segala amalan manusia akan ditimbang dengan adil. Sesiapa yang timbangan amalan salihnya ringan, tempatnya ialah neraka Jahanam.(Al Anbiyaa’:47) Apakah yang dimaksudkan dengan kolam air (al Haudh) - setiap nabi mempunyai kolam air yang menjadi tempat baginda dan umatnya selepas berada di tempat perhimpunan. Nabi kita pula mempunyai satu kolam yang airnya lebih putih daripada susu, lebih enak daripada madu dan lebih wangi daripada kasturi. Apakah yang dimaksudkan dengan titian(as Sirat)? - Ia adalah jalan yang berada di atas neraka Jahanam, ia menjadi laluan orang terdahulu dan terkemudian dari tempat perhimpunan. Para ahli syurga akan melalui titian terus ke syurga dan ahli neraka pula akan jatuh ke dalamnya.(Maryam:7172) Apakah yang di maksudkan dengan syurga? - Syurga adalah tempat kenikmatan bagi orang yang beriman.(Al Baqarah:25) Apakah yang dimaksudkan dengan neraka? - Neraka adalah tempat menerima azab bagi orang munafik dan kafir.(Al Qaari’ah:811)
Objektif Khusus 1. Memahami suasana hari akhirat serta kesannya dalam kehidupan seorang muslim. 2. Menjelaskan hakikat kehidupan selepas alam Barzakh. 3. Menjelaskan hakikat pembentangan buku cacatan amalan 4. Memahami syurga adalah tempat kenikmatan bagi orang yang beriman dan neraka adalah tempat menerima azab bagi orang munafik dan kafir.
47
Minggu Kelima belas Tafsir Pengenalan & Tafsiran Surah al ‘Aadiyaat Pengenalan 1. Terdiri dari Surah Makkiyah 2. Mengandungi sebelas ayat 3. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah 4. Memahami tafsiran surah al ‘Aadiyaat secara umum Objektif Khusus 1. Memahami dengan jelas tabiat jiwa manusia seperti yang dijelaskan dalam surah ini. 2. Menjelaskan makna perkataan-perkataan tertentu dan petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalamnya. 3. Memahami dengan jelas cara-cara mendidik jiwa manusia. 4. Menerangkan tentang ancaman Allah swt kepada manusia yang ingkar dan sangat mencintai harta benda bahawa mereka akan mendapat balasan yang setimpal. Objektif Sulukiyah 1. Membaca dan menghafaz surah dengan baik serta mendalami maksudnya. 2. Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran. 3. Menyedari bahawa cintakan harta benda menyebabkan manusia menjadi bakhil dan lupa diri. 4. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran dari surah-surah. Objektif Amali 1. Sentiasa memelihara diri daripada azab Allah swt. 2. Sentiasa berusaha untuk mendidik jiwa supaya mencintai Allah SWT. 3. Sentiasa takut dengan ancaman Allah swt. 4. Sentiasa bertaubat kepada Allah swt.. Soalan Kefahaman 1. Nyatakan tabiat-tabiat manusia seperti yang dijelaskan dalam surah ini? 2. Sebutkan cara-cara mendidik jiwa manusia?
Tauhid Fasal 15 : “Beriman Kepada Malaikat, Kitab dan Rasul” Isi Kandungan 1. Siapakah malaikat? Daripada apakah malaikat dijadikan? - Allah taala menjadikan malaikat daripada cahaya (nur). Mereka tidak mempunyai sifat dan ciri-ciri yang sama dengan manusia. Mereka melaksanakan dan menunaikan segala perintah Allah. 2. Apakah tugas Malaikat? - Antara tugas ialah bertasbih, tunduk patuh sepenuhnya kepada Allah, menurunkan wahyu, menulis segala amalan manusia dan mencabut nyawa. (Al Anbiyaa’:26-27) 3. Kepada siapakah kitab-kitab Ilahi diturunkan? - Kepada para Nabi dan Rasul. (Al Baqarah:213) 4. Adakah semua kitab ini dituliskan dan dibukukan sehingga ke hari ini? - Antara kitab yangdikumpulkan dan dibukukan adalah suhuf Nabi Ibrahim, Taurat bagi Nabi Musa, Injil bagi Nabi Isa dan al Quran al Karim. Kitab-kitab suci yang terdahulu telah diubah suai dan hanya kitab al Quran sahaja yang terpelihara
48
daripada sebarang pengubahan. 5. Bagaimanakah pendirian orang Islam terhadap kitab-kitab yang terdahulu? - Setiap orang Islam wajib beriman kepada semua kitab yang terdahulu, sama ada dibukukan ataupun tidak sepertimana yang diturunkan oleh Allah. 6. Adakah Allah mengutuskan para rasul kepada umat tertentu sahaja? - Tidak, tidak ada satu umatpun yang terkecuali.(Faatir:24) 7. Adakah al Quran menyebut kesemua Rasul ini? - Al Quran telah menceritakan kepada kita tentang sebahagian daripada mereka. Bilangan para nabi dan rasul ini mencapai angka 124,000 orang. 8. Berapa bilangan nabi yang disebut dalam al Quran? Adakah kita wajib beriman kepada semua nabi danRasul? - Nabi yang disebut dalam al Quran seramai 25 orang. - Ya. Kita wajib beriman bahawa Allah mengutuskan para rasul dan nabi sepertimana yang diberitahu dalam al Quran. 9. Apakah maksud Nabi Muhammad saw adalah penutup segala nabi? - Penutup bagi segala Nabi dan Rasul ialah Muhammad saw, yang bermaksud Allah Taala telah menyempurnakan agama Islam dan nikmat-Nya kepada semua manusia serta memelihara Kitab-Nya daripada sebarang tokok tambah. Oleh itu manusia tidak memerlukan Nabi dan Rasul sehingga hari Kiamat. (al Ahzaab:40) * Beriman kepada para Malaikat, Kitab-kitab Suci yang terdahulu dan Rasul-rasul yang diutuskan adalah tiga daripada rukun Iman bagi seorang Islam. Iman seseorang tidak akan sempurna kecuali setelah mengimani ketiga-tiga pokok perkara tersebut. Objektif Khusus 1. Menjelaskan hakikat Malaikat, tugas dan hukum beriman dengan mereka. 2. Menunjukkan kepentingan beriman dengan Malaikat serta kesannya dalam kehidupan seorang muslim. 3. Memahami beriman kepada Kitab-kitab yang terdahulu adalah diantara rukun Iman.. 4. Memahami beriman kepada Rasul-rasul diutuskan adalah diantara rukun Iman..
49
Minggu Keenam belas Tafsir Pengenalan & Tafsiran Surah az Zalzalah Pengenalan 1. Terdiri dari Surah Makkiyah 2. Mengandungi lapan ayat 3. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah 4. Memahami tafsiran surah az Zalzalah secara umum Objektif Khusus 1. Memahami dengan jelas presepsi hari Kiamat yang digambarkan dalam surah ini 2. Menjelaskan makna perkataan-perkataan tertentu dan petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalamnya. 3. Menerangkan tanda-tanda Hari Kiamat diantaranya kegoncangan bumi yang amat dasyat dan kebingungan manusia ketika itu. Manusia dikumpul pada hari itu untuk dihisab segala amal perbuatan mereka. 4. Mengetahui dengan jelas realiti persediaan anda untuk menghadapi hari goncangan. Objektif Sulukiyah 1. Membaca dan menghafaz surah dengan baik serta mendalami maksudnya. 2. Memperelokkan suara k etika membaca al-Quran. 3. Menyedari bahawa setiap amal akan dihitung oleh Allah swt walaupun sebesar zarah. 4. Menentukan sikap dan perasaan anda terhadap peristiwa hari Kiamat. 5. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran dari surah-surah. Objektif Amali 1. Sentiasa memelihara niat dalam melakukan apa-apa saja amal kerana Allah swt. 2. Sentiasa bersedia dengan amalan-amalan yang solih untuk menghadapi hari goncangan. 3. Sentiasa takut dengan ancaman Allah swt. 4. Sentiasa bertaubat kepada Allah swt kerana segala akan dihitung sekalipun sebesar zarah. Soalan Kefahaman 1. Terangkan gambaran hari Kiamat yang terdapat dalam surah ini? 2. Nyatakan apakah perasaan anda terhadap peristiwa-peristiwa Kiamat yang terdapat dalam surah ini? 3. Nyatakan apakah reality persediaan anda untuk menghadapi hari goncangan itu?
Tauhid Fasal 16 : “Beriman Kepada Qadar” Isi Kandungan 1. Apakah yang dimaksudkan dengan Qadar? - -Ketetapan yang ditentukan oleh Allah kepada sesuatu perkara. Ketetapan tersebut terlaksana berdasarkan pereturan yang telah ditetapkan oleh Allah untuk perjalanan alam ini. (al A’laa:1-3) 2. Apakah pendirian orang mukmin terhadap Qadar? - Para mukmin wajib beriman dan percaya bahawa Qadar baik dan buruk datang daripada Allah. Ia merupakan rukun Iman yang keenam. 3. Adakah terdapat sebarang hikmah dalam penentuan qadar yang buruk?
50
-
Kita beriman bahawa kesemua Qadar mempunyai hikmah, kerana Allah Taala adalah Maha Bijaksana dalam perbuatan dan ketentuan-Nya. 4. Apakah maksud Qadar baik dan buruk? - Semua yang memberi manfaat kepada kita adalah takdir baik. Setiap yang memudaratkan kita adalah takdir buruk. 5. Apakah yang dilakukan oleh manusia terhadap Qadar tersebut? - Allah Taala telah memberi kita petunjuk, pendengaran, penglihatan dan akal serta sebuah kitab yang memberi petunjuk supaya dapat membezakan antara takdir yang baik untuk manfaatkan dan takdir yang buruk supaya kita menjauhinya. 6. Adakah beriman kepada Qadar wajib? Apakah kesan beriman kepada Qadar? - Ya, beriman kepada qadar adalah salah satu rukun Iman. - Ia membangkitkan kecergasan dan kesungguhan bekerja untuk memanfaatkanperkara baik yang diberikan oleh Allah di dunia ini. - Ia juga elahirkan manusia yang baik dan seimbang; tidak gelisah dengan kegagalan dan tidak sombong dengan nikmat ketika mendapat kemenangan. Objektif Khusus 1. Menjelaskan makna al-qadr, bahagiannya, serta hukum beriman dangannya. 2. Menjelaskan hikmah Qadr baik dan buruk.. 3. Menunjukkan kepentingan beriman dengan al Qadr serta kersannya dalam kehidupan seorang muslim
51
Minggu Ketujuh belas Tafsir
Pengenalan & Tafsiran Surah al Bayyinah
Pengenalan 1. Terdiri dari Surah Madaniyyah 2. Mengandungi lapan ayat 3. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah 4. Memahami tafsiran surah al Bayyinah Objektif Khusus 1. Memahami dengan jelas empat hakikat yang terdapat dalam surah ini. 2. Memahami dengan jelas objektif pengutusan Rasul- Rasul. 3. Menjelaskan makna perkataan-perkataan tertentu dan petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalamnya. 4. Memahami dengan jelas sebab-sebab perselisihan ahli kitab. 5. Memahami dengan jelas hakikat agama “ad Deen” 6. Memahami dengan jelas tentang sikap dan pendirian manusia terhadap Rasul-Rasul dan balasan yang akan diterima berdasarkan pendirian mereka. Objektif Sulukiyah 1. Membaca dan menghafaz surah dengan baik serta mendalami maksudnya. 2. Memperelokkan suara k etika membaca al-Quran. 3. Menyedari sifat-sifat ‘khairul bariiyyah’ dan balasannya, serta ‘sharrul bariiyah’ setiap dan balasannya. 4. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran dari surah-surah. Objektif Amali 1. Sentiasa memelihara niat ikhlas kerana Allah swt dalam setiap perkara. 2. Berusaha untuk memiliki sifat-sifat “khairul bariiyyah” 3. Sentiasa takut dengan ancaman Allah swt. 4. Sentiasa bertaubat kepada Allah swt. Soalan Kefahaman 1. Nyatakan empat hakikat yang terdapat dalam surah ini? 2. Terangkan tujuan atau objektif dari perutusan Rasul-Rasul? 3. Nyatakan sebab-sebab perselisihan ahli kitab? 4. Huraikan hakikat “ad Deen”? 5. Sebutkan pendirian-pendirian manusia terhadap perutusan Rasul-Rasul? 6. Terangkan bentuk balasan yang bakal diterima oleh mereka berdasarkan kepada sikap dan pendirian mereka?
Sirah Nabi (Dr Mustafa as Syibaie) M/S 9-26 : “Pendahuluan” Isi Kandungan a. Keistimewaan Sirah Nabi s.a.w. 1. Merupakan sirah yang menceritakan sejarah nabi utusan Allah yang kita terima melalui susur galur ilmiah yang paling tepat dan pasti serta diterima pakai secara mutawatir ialah Sirah Nabi Muhammad s.a.w. 2. Kehidupan Rasulullah s.a.w pada setiap peringkat hidupnya amat jelas dan terang
52
seumpama matahari 3. Sirah Rasulullah s.a.w menceritakan perjalanan hidup seorang manusia yang dimuliakan dengan risalahnya, namun ia tidak mengeluarkan baginda daripada sifat kemanusiaan. 4. Sirah Rasulullah s.a.w meliputi setiap kemanusiaan yang dimiliki manusia sebagai seorang pemuda, suami, bapa, guru, panglima perang, ketua negara dan lain-lain lagi. 5. Sirah Muhammad s.a.w adalah satu-satunya sirah yang memberi dalil yang tidak diragui tentang kebenaran risalah dan kenabian Baginda kepada kita. b. Sumber rujukan Sirah Nabi s.a.w 1. al Quran al Karim 2. Sunnah yang Sahih 3. Syair Arab pada Zaman Kerasulan 4. Kitab-kitab Sirah (Sirah Ibnu Hisyam, Tobaqot Ibnu Saad, Tarikh at Tobari)
53
Minggu Kelapan belas Tafsir
Pengenalan & Tafsiran Surah al Qadrr
Pengenalan 1. Terdiri dari Surah Makkiyyah 2. Mengandungi lapan ayat 3. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah 4. Memahami tafsiran surah al Qadr Objektif Khusus 1. Memahami maksud “lailatul Qadr” 2. Memahami kedudukan “Lailatul Qadr” 3. Memahami kenapa “Lailatul Qadr” berhak mendapat kedudukan itu. 4. Mengetahui tuntutan-tuntutan terhadap “Lailatul Qadr” 5. Menjelaskan makna perkataan-perkataan tertentu dan petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalamnya. 6. Memahami hubungan ibadat dengan hakikat aqidah seperti yang digariskan dalam surah ini. Objektif Sulukiyah 1. Membaca dan menghafaz surah dengan baik serta mendalami maksudnya. 2. Memperelokkan suara k etika membaca al-Quran. 3. Menyedari permulaan al Quran diturunkan oleh Allah swt melalui perantaraan Malaikat Jibril as. 4. Dapat merasa rahmat Allah swt kepada manusia dengan kerasulan Muhammad saw dan al Quran. 5. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran dari surah-surah. Objektif Amali 1. Sentiasa memelihara niat ikhlas kerana Allah swt dalam setiap perkara. 2. Sentiasa berlumba- lumba untuk mendapat ganjaran Allah swt. 3. Sentiasa bertaubat kepada Allah swt. Soalan Kefahaman 1. Terangkan maksud “Lailatul Qadr” 2. Nyatakan kedudukan “Lailatul Qadr” 3. Huraikan kenapa “Lailatul Qadr” berhak mendapat kedudukan itu? 4. Sebutkan tanggungjawab anda terhadap “Lailatul Qadr”? 5. Huraikan hubungan antara ibadat dengan hakikat-hakikat iman seperti yang digariskan dalam surah ini?
Sirah Nabi (Dr Mustafa as Syibaie) M/S 27-40 : Bahagian 1 “Kehidupan Baginda sebelum Diutus Sebagai Rasul” Isi Kandungan a. Peristiwa-Peristiwa Sejarah 1. Baginda dilahirkan daripada keluarga terbaik dikalangan keluarga Arab iaitu Bani Hasyim 2. Baginda membesar sebagai anak yatim
54
3. Rasulullah s.a.w menghabiskan empat tahun pertama zaman kanak-kanak di perkampungan Bani Saad 4. Keunggulan Baginda telah diketahui sejak kecil lagi. 5. Usia Remaja, Baginda mengambil upah mengebala kambing 6. Ketika usia remaja, Bagida tidak bersama rakan sebaya bersukaria dan berfoya-foya 7. Sejak Baginda mula mumayyiz dikenali mempunyai akal yang matang dan akal bernas 8. Semasa remaja, Baginda terkenal sebagai seorang yang jujur dan amanah di kalangan kaumnya. 9. Bermusaffir keluar Mekah dua kali; pertama bersama bapa saudaranya Abu Tolib ketika berusia 12 tahun. Kedua ketika berusia 25 tahun mengurus perniagaan harta dagangan Khadijah. 10. Berkhalwah di Gua Hira’ memikirkan tanda-tanda kebesaran Allah, beberapa tahun sebelum diutus.
b. Pengajaran dan Pedoman 1. Sekiranya pendakwah berada dikedudukan yang mulia di kalangan masyarakat, orang ramai lebih tertarik untuk mendengar seruanya. 2. Ketabahan menanggung keperitan anak yatim atau kesusahan hidup semasa kecil, lebih peka dan sensitive dengan nilai-nilai kemanusiaan yang mulia. 3. Hidup dalam suasana yang hamper kepada fitrah semulajadi dan jauh daripada kehidupan kompleks, kemurnian fikiran, kekuatan akal, tubuh badan dan jiwa juga sejahtera dan pemikiran mudah dibentuk. 4. Hanya orang yang cerdik dancerdas layak memegang tampuk dakwah dan kepimpinannya. 5. Urusan sara hidup, pendakwah bergantung kepada usaha peribadinya dan sumber pencarian yang mulia. Dia tidak mengemis, merendah harga diri dan hina. 6. Kehidupan yang lurus semasa remaja dan perjalanan hidup yang baik lebih menjamin kejayaan beliau dalam dakwah kepada Allah dan memerangi mungkar. 7. Pengalaman berkelana, bergaul dengn orang ramai, memahami adapt, situasi dan masalah mereka memberi kesan besar kepada kejayaan dakwahnya. 8. Dari masa ke semasa, pendakwah kepada Allah mestilah mempunyai waktu untuk bersendiri. Objektif Khusus. 1. Mengkaji, mengapakah Rasulullah saw pergi ke gua Hira’ sebelum dibangkitkan (alBi’thah). 2. Mendapati bahawa, berfikir tentang makhluk ciptaan Allah swt bertujuan untuk mengetahui akan kekuasaan Allah swt adalah ‘ibadah. 3. Hendaklah ia mengetahui sebahagian dari kehidupan Rasulullah saw semasa kecil dan remajanya. 4. Hendaklah ia menentukan beberapa pendorong yang telah membantu serta memberi kesan dalam pendidikan Rasulullah saw. 5. Membuat pertimbangan di antara kehidupan Baginda saw dan kehidupan pemudapemuda sepertinya di Makkah
55
Minggu Kesembilan belas Tafsir Pengenalan & Tafsiran Surah al ‘Alaq Pengenalan 1. Terdiri dari Surah Makkiyyah 2. Mengandungi sembilan belas ayat 3. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah 4. Memahami tafsiran surah al ‘Alaq Objektif Khusus 1. Memahami kedudukan surah ini dalam al Quran. 2. Memahami dengan jelas presepsi iman yang digariskan dalam surah ini. 3. Memahami kedudukan ilmu dalam Islam 4. Memahami dengan jelas kekufuran manusia terhadap nikmat-nikmat Allah kurniakan kepada mereka. 5. Memahami sebab turun ayat ke 9 hingga akhir surah dan jelas dalil-dalil yang terdapat dalam ayat-ayat ini. 6. Mejelaskan perintah membaca Al Quran, manusia dijadikan dari segumpal darah; Allah menjadikan kalam sebagai alat mengembangkan pengetahuan; manusia bertindak melampaui batas kerana merasa dirinya serba cukup; ancaman Allah terhadap orang-orang kafir yang menghalangi kaum muslimin melaksanakan perintahNya. Objektif Sulukiyah 1. Membaca dan menghafaz surah dengan baik serta mendalami maksudnya. 2. Memperelokkan suara k etika membaca al-Quran. 3. Menyedari kepentingan membaca al Quran dan membaca serta kalam sebagai alat mengembangkan pengetahuan. 4. Menyedari bahawa manusia dijadikan pada permulaannya dari segumpal darah, dan beberapa sifat-sifat manusia yang menjadikan mereka hina dan sengsara. 5. Mempebetulkan kefahaman-kefahaman salah yang tersebar dalam masyarakat 6. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran dari surah-surah. Objektif Amali 1. Sentiasa membaca al Quran, dan merujuk serta berpandukan al Quran di dalam mencari ilmu. 2. Sentiasa bersyukur dengan nikmat-nikmat yang Allah swt kurniakan. 3. Sentiasa bertaubat kepada Allah swt. Soalan Kefahaman 1. Nyatakan kedudukan surah ini dalam al Quran? 2. Terangkan presepsi iman yang digambarkan dalam surah ini? 3. Huraikan kedudukan ilmu dalam Islam serta nyatakan dalil-dalilnya? 4. Terangkan sebab kekufuran manusia terhadap nikmat-nikmat Allah dan nyatakan dalildalilnya? 5. Sebutkan sebab turun ayat ke 9 hingga akhir surah? 6. Terangkan maksud ayat ke 9?
56
Sirah Nabi (Dr Mustafa as Syibaie) M/S 41-52 : Bahagian 2 “Permulaan Wahyu Sehingga Hijrah Ke Habsyah” Isi Kandungan a. Peristiwa-Peristiwa Sejarah 1. Wahyu diturunkan kepada Rasul saw ketika beliau berusia 40 Tahun pada hari Isnin, 17 Ramadhan 2. Orang yang pertama beriman dengan Baginda ialah isterinya Khadijah diikuti oleh sepupunya Ali Abi Talib(10tahun), Zaid binHarithah kemudian Abu Bakar… 3. Wahyu terputus, riwayat yang sohih selama 6bulan. 4. Dakwah secara rahsia selama 3tahun,Rasulullah saw mula berdakwah kepada Islam di kalangan orang yang dipercayai 5. Dakwah secara terang-terangan 6. Markaz pertemuan rahsia di rumah al Arqam bin Abi Arqam 7. Iklan dakwah di Bukif Sofa 8. Kaum Quraisy ingin bertindak ke atasa Rasul saw, namun bapa saudara Baginda, Abu Tolib melindunginya. 9. Penindasan semakin hebat dan Rasulullah saw menolak tawarannya mereka 10. Quraisy melihat orang-orang mukmin tetap teguh dengan akidah mereka, orang Quraisy menawarkan rundingan 11. Penyiksaan berterusan, Rasulullah perintah sahabat berhijrah ke Haabsyah. 12. Pihak Quraisy memboikot Rasulullah, sahabat-sahabatnya dan Bani Hasyim serta Bani Muttolib b. Pengajaran dan Pedoman 1. Apabila Allah ingin mendorong seseorang hamba berdakwah kepada kebaikan dan pengislahan. Dia akan mencampakkan ke dalam hatinya, rasa benci kepada kesesatan dan kerosakan yang dilakukan oleh masyarakatnya. 2. Nabi Muhammad saw tidak bercita-cita menjawat tugas kenabian dan tidak pernah mengimpikannya. 3. Jika dakwah masih asing dan janggal kepada kepercayaan masyarakat, pendakwah tidak perlu menyampaikannya secara lantang. 4. Rasulullah saw telah mengejutkan Arab dengan perkara yang asing bagi mereka, mereka menyanggah keras dakwah Baginda. Cita-cita mereka hanya untuk menghapuskan Baginda dan para sahabat. 5. Penindasan dan penyiksaan ke atas orang-orang mukmin, mereka tetap berpegang dengan akidah mereka. 6. Penolakkan Baginda terhadap tawaran Quraisy membuktikan kebenaran dakwah, Baginda dan para sahabatnya lebih redha Allahdan syurga-Nya lebih mulia dan lebih berharga daripada segala pangkat, kemegahan dan harta dunia. 7. Pendakwah mestilah berada bersama-sama para penyokong untuk tempoh tertentu pada setiap atau setiap minggu. 8. Pendakwah mestilah mengambil berat tentang kaum kerabatnya. 9. Apabila pendakwah mendapati jamaahnya dalam bahaya,sama ada kepada nyawa atau berbentuk ancaman fitnah kepada pegangan akidah, mestilah menyediakan tempat yang selamat untuk penyokongnya daripada percerobohan golongan batil tersebut. 10. Perintah Rasulullah saw kepada para sahabt agar ke Habsyah sebanyak dua kali menunjukkan ikatan agama sesama golongan beragama. 11. Golongan batil tidak mudah menyerah kalah kepada pendokong kebenaran
57
Objektif Khusus 1. Hendaklah ia mengeluarkan natijah dari pederitaan Rasulullah saw apabila sahabatsahabatnya ditimpa seksaan dari orang-orang kafir. 2. Hendaklah ia mentafsirkan arahan Rasulullah saw kepada sahabatnya untuk berhijrah ke Habsyah. 3. Hendaklah ia menjelaskan cara-cara mencontohi Rasulullah saw dalam dakwahnya.
58
Minggu Kedua puluh Tafsir Pengenalan & Tafsiran Surah at Tiin Pengenalan 1. Terdiri dari Surah Makkiyyah 2. Mengandungi lapan belas ayat 3. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah 4. Memahami tafsiran surah at Tiin Objektif Khusus 1. Memahamidengan jelas perkara asasi yang terkandung dalam surah ini. 2. Memahami dengan jelas nilai “Iman” dan “Amal Solih” dalam kehidupan manusia. 3. Menjelaskan makna perkataan-perkataan tertentu dan petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalamnya. 4. Mejelaskan manusia adalah makhluk terbaik rohaniah dan jasmaniah, tetapi mereka akan menjadii orang amat hina dan rendah jika tidak beriman dan beramal solih; Allah adalah Hakim Yang Maha Adil. Objektif Sulukiyah 1. Membaca dan menghafaz surah dengan baik serta mendalami maksudnya. 2. Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran. 3. Menyedari kemuliaan manusia bergantung keimanan dan amal solih. 4. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran dari surah-surah. Objektif Amali 1. Sentiasa berusaha meningkat keimanan dengan menunaikan ibadat dan bermal solih 2. Sentiasa bersyukur dengan nikmat-nikmat yang Allah swt kurniakan. 3. Sentiasa bertaubat kepada Allah swt. Soalan Kefahaman 1. Sebutkan perkara asasi yang terkandung dalam surah ini? 2. Huraikan nilai “Iman” dan “Amal Solih’ dalam kehidupan manusia? 3. Kenapa manusia Allah cipta sebaik-baik makhluk?
Sirah Nabi (Dr Mustafa as Syibaie) M/S 53-62 : Bahagian3 “Selepas Hijrah Ke Habsyah Hingga Hijrah Ke Madinah” Isi Kandungan a. Peristiwa-Peristiwa Sejarah 1. Tahun Kesedihan dengan kematian bapa saudara Rasulullah saw Abu Tolib dan Khadijah isteri Baginda meninggal dunia. 2. Tekanan dan perbuatan menyakiti Rasul saw semakin hebat, selepas kematian bapa saudara dan isteri Baginda. Baginda menuju ke Taif untuk berdakwah. 3. Di Taif juga dakwah Baginda tidak mendapat sambutan, hanyalah keislamanAddas, hamba kepada Utbah dan Syaibah anak-anak lelaki Rabiah. 4. Berlaku mukjikzat Isra’ dan Mi’raj. 5. Sembahyang lima waktu difardhukan ke atas setiap orang Islam yang baligh dan berakal pada malam Isra’ dan Mi’raj 6. Rasulullah saw menemui kabilah-kabilah Arab semasa musim haji. 7. Pada Tahun berikutnya, tahun ke 12 kerasulan dalam musim haji 12 orang lelaki dari
59
Ansar berbaiah dengan Rasul saw. 8. Pada tahun seterusnya, tahun ke 13 kerasulannya seramai 70 orang lelaki dan 2 orang wanita dari kabilah Aus dan Kharaj berbaiah dengan Rasul saw secara bersembunyi. b. Pengajaran dan Pedoman 1. Kadang-kadang ada kaumkerabat pendakwah yang tidak bersama pendakwahnya tetapi bertindak melindunginya. Situasi ini memberi faedah kepada dakwah ketika ia masih lemah. 2. Isteris solehah yang beriman dengan dakwah kebenaran akan mempermudahkan banyak kesulitan yang dialami oleh suami yang berdakwah. 3. Kesedihan kerana kehilangan seorang kerabat yang berperanan melindungi dakwah walaupun dia tidak beriman merupakan kesedihan yang terbit daripada keikhlasan pendakwah. 4. Pemergian Rasul saw ke Taif setelah penduduk Mekah menolak dakwahnya merupakan bukti kepada tekad yang kental dalam jiwa Rasul untuk meneruskan dakwahnya. 5. Mukjizat Isra’ dan mi’raj mempunyai banyak rahsia:- Menghubungkait isu Masjidil aqsa dan kawasan sekitarnya dengan isu dunia Islam. - Isra’dan Mi’raj menjadi simbol kepada ketinggian kedudukan orang Islam dan lambang kepada kewajipan mengangkat dirinya mengatasi hawa nafsu dan syahwat dunia. - Isra’ Mi’raj juga menunjukkan penerokaan angkasa dan keluar daripada tarikan graviti bumi boleh diusahakan. 6. Kefardhuan solat pada malam Isra’ dan Mi’raj menunjukkan hikmah kenapa solat disyariatkan. 7. Proses memperkenalkan yang dilakukan oleh Rasulullah kepada kabilah-kabilah pada musim haji jadi bukti bahawa seorang pendakwah tidak sepatutnya membataskan dakwah mengajak manusia kepada kebaikan dalam lingkungan majlis dan persekitaran diri sahajanya. Objektif Khusus 1. Hendaklah ia mengeluarkan natijah dari pederitaan Rasulullah saw apabila sahabatsahabatnya ditimpa seksaan dari orang-orang kafir. 2. Hendaklah ia mentafsirkan arahan Rasulullah saw kepada sahabatnya untuk berhijrah ke Habsyah. 3. Hendaklah ia menjelaskan cara-cara mencontohi Rasulullah saw dalam dakwahnya. 4. Hendaklah ia mengetahui beberapa situasi dimana Rasulullah saw telah bersabar dan bermujahadah demi mentarbiyah sahabat-sahabatnya.
60
QIAMULLAIL Pengenalan Qiam adalah wasilah tarbiyah ruhiyah, mabit bersama dan menghidupkan malam dengan beribadah. Objektif Qiam 1. Mengukuhkan hubungan dengan Allah dan mencintai Rasulullah saw, samada ruhi,fikri dan amali. 2. Mencontohi kehidupan Rasulullah saw dan Salafus solih. 3. Mengeratkan ukhuwah Islamiyah. Program qiam hendaklah dilakukan seperti berikut: 1. Membaca wirid rabitah. 2. Solat maghrib berjamaah dan wirid selepas sembahyang 3. Membaca ma’thurat sughra 4. Makan Malam 5. Solat Isya berjamaah dan wirid selepas sembahyang 6. Pengisian 7. Tadarus Membaca Al Quran setiap kumpulan sejuzuk. 8. Qiamullail dan Tazkirah Solat Subuh berjamaah 9. Membaca Mathurat sughra 10. Riadhah Ringan 11. Berkemas. Panduan Perlaksanaan Masul Qiam dan AJKnya. 1. Memastikan kehadiran Murabbi. 2. Memastikan kehadiran peserta & penceramah jemputan. 3. Menentukan aspek-aspek logistik qiam (cth : tempat,masa,makanan dll) 4. Menentukan tugasan kepada peserta untuk pertemuan qiam. 5. Memastikan kesejahteraan program. Adab Qiam 1. 2. 3. 4.
Tidak makan semasa tazkirah. Merasai Allah sentiasa memerhati. Tidak banyak ketawa dan bergurau. Segera berwudhuk sekiranya rasa mengantuk ketika mendengar tazkirah dan berzikir. 5. Berwudhuk sebelum tidur dan memelihara adab tidur. 6. Ingat mengingati ketika lalai dalam melaksanakan agenda qiam terutama dari muabbi.
Tajuk penyampaian Qiam Bulan
Tajuk
Rujukan
1 2 3 4 5
At- Taqwa Al Wafa’ Al Amanah Al Hub filLah Al Istiqamah
Riadhus Salihin Riadhus Salihin Riadhus Salihin Riadhus Salihin Riadhus Salihin
Pengarang Imam Nawawi Imam Nawawi Imam Nawawi Imam Nawawi Imam Nawawi
61
Al-TAZKIYYAH Objektif Umum 1. Berusaha menyucikan jiwa, meninggikan akhlak dan memperbaiki budi pekereti serta menentang adat resam yang bercanggah dengan Islam di dalam dan masyarakat. 2. Mempunyai kekuatan mengawal nafsu di samping berhati-hati dan menjauhi sifat melampau, ta’assub kepada hawa nafsu serta kecenderungan peribadi semata. 3. Meningkatkan kemampuan seorang muslim untuk mempraktikkan dengan baik hukumhukum Islam dan saranan-saranannya. 4. Mendidik seseorang muslim untuk merasai tanggung jawab serta menanggung beban dan mepunyai rasa simpati terhadap manusia. Yaitu dengan meraikan aspek keadilan dalam bermuamalah (berinteraksi) sesama manusia keseluruhannya. Juga menekankan tentang kehormatan harta am dan harta khas, kesederhanaan pada harta, penyuburan harta serta penjagaannya. 5. Mendidik muslim agar mampu mendepani adat-adat yang asing lagi bertentangan dengan ruh Islam di dalam diri, keluarga dan masyarakat. Objektifi Khusus 1. Menjelaskan hubungan Islam dan akhlak 2. Memberi petunjuk bahawa kelemahan akhlak menunjukkan kelemahan iman. 3. Menjelaskan kedudukan akhlak yang mulia di dalam Islam. 4. Ikhlas dalam perkatan dan perbuatannya. 5. Menghadirkan niat pada setiap sesuatu yang dilakukan dan yang ditinggalkan. 6. Berusaha melakukan taubat dan istighfar (memohom ampun) setiap waktu. 7. Memperbanyakkan taubat dan istighfar. 8. Menggalakkan manusia bertaubat. 9. Menjelaskan syarat-syarat taubat. 10. Mengakui taqsirnya (kekurangan, kecuaian) di sisi Allah swt. 11. Mencontohi orang-orang yang soleh dan bertakwa dalam budi pekerti dan akhlak. 12. Menasihati pelaku maksiat dan dosa agar bertaubat. 13. Berusaha bersifat benar kerana ia punca segala kebaikkan. 14. Menjauhi sifat dusta kerana ia punca segala keburukkan. 15. Menunjukkan kebenaran Rasulullah saw. 16. Bermuraqabah kepada Allah swt 17. Memelihara asas-asas agama dan rukun-rukunya. 18. Merasai tanggung jawab di hadapan Allah swt lalu ia memperbaiki amalannya dengan dorongan iman dan muraqabah kepada Allah swt. 19. Melarikan diri dari melakukan maksiat-maksiat. 20. Menghisab(muhasabah) dirinya dengan penuh ketegasan dan kesungguhan. 21. Berwaspada terhadap angan-angan palsu serta sangkaan yang memperdaya. 22. Berusaha memiliki sifat tawadhuk tanpa kehinaan atau takabbur. 23. Berhati-hati dengan sifat bangga diri dan sifat melampau terhadap manusia. 24. Mencontohi sifat tawadhuk Rasulullah saw dan para sahabat. 25. Menunjukkan sifat tawadhuk Rasulullah asw. 26. Bersimpati kepada kaum muslimin. 27. Merendah diri terhadap teman-temannya. 28. Menerima hadiyah walaupun tidak seberapa kerana terdapat padanya pertautan hati.
62
Objektif Pembinaan Diri 1. Menjauhi perbuatan merokok sepenuhnya. 2. Menjauhi perbuatan sombong kepada manusia. 3. Menjauhi perbuatan berbisik demi dosa dan permusuhan. 4. Malu kepada manusia apabila melakukan kesilapan. 5. Merendah diri, bukan hina diri. 6. Menjadi teman kepada manusia. 7. Menghubung ikatan kekeluargaan (silatur rahim). 8. Tidak menjadi pak turut. 9. Menjauhi perbuatan dusta kecuali dalam keadaan yang di haruskan. 10. Menjauhi perbuatan memaki-hamun terhadap manusia. 11. Menjauhi perbuatan mengumpat (ghibah), menyebar fitnah (namimah) dan menyebar berita palsu (buhtan). 12. Menjauhi perbuatan mencela dan mencaci. 13. Menjauhi perbuatan memperolok-olokan manusia. 14. Menjauhi teman-teman yang jahat. 15. Mengasihani yang lebih kecil. 16. Memuliakan yang lebih tua. 17. Menunaikan janji sedaya mungkin. 18. Berbuat baik terhadap kedua ibu bapa ketika hidup dan sesudah mati. 19. Menundukkan pandangan. 20. Memelihara rahsia yang diamanahkan kepadanya oleh orang lain. 21. Menutupi orang-orang yang melakukan dosa. 22. Besifat cenburu terhadap maruah keluarga dan agamanya. 23. Beramal dengan adab meminta izin (istikzan). 24. Ada keberanian dalam tingkahlakunya. 25. Mampu menjelaskan kesempurnaan Islam dalam aspek akhlak. 26. Menjauhi muamalah riba dalam segala bentuknya. 27. Menjauhi cara-cara yang menbawa pendapatan yang haram. 28. Menjauhi judi dalam segala bentuknya. 29. Menjauhi penipuan dalam segala jenisnya. 30. Menjauhi perbuatan melambat lambatkan pembayaran (menunaikan kewajipan). 31. Menjauhi dosa-dosa besar. 32. Menahan anggotanya dari perkara yang diharamkan. 33. Berusaha melawan nafsunya untuk menjauhi tempat-tempat maksiat, dosa dan melalaikan. 34. Mujahadah melawan nafsu dengan menentang tarikan-tarikannya. 35. Menunaikan hak kedua ibu bapa. 36. Membantu orang yang memerlukan. 37. Menunjuk jalan untuk orang yang sesat. 38. Mengukir senyuman kepada orang yang dikenali. 39. Menjawab salam dengan yang lebih afdhal. 40. Menghubung silatur rahim yang terdekat. 41. Menjamu makanan. 42. Memuliakan tetamu. 43. Menyebarkan salam.
63
Aktiviti Seiringan. 1. Membaca wirid muhasabah setiap hari. 2. Membentuk kumpulan-kumpulan yang boleh memantau antara satu dan lain untuk menjauhi perkara-perkara yang diharamkan. 3. Berusaha menyediakan stiker yang menggalakkan akhlak-akhlak mulia. 4. Menyediakan masa yang khusus untuknya mengingati ketika itu akan (riqabat Allah) penelitian Allah swt keatasnya. 5. Berpuasa sunat dengan kadar kemampuan. 6. Menulis satu kajian tentang penyucian jiwa dan galakkan kepada akhlak yang mulia. 7. Ia mesti mempunyai aktiviti yang jelas di kampungnya dalam memelihara kebersihan dan kemuliaan akhlak. Wasilah Penilaian Dan Pemantauan. 1. Soalan-soalan untuk perbincangan dan dailog, bertujuan memastikan kefahaman yang tepat dan perlaksanaan yang sempurna. 2. Mengisi borang yang dapat menjelaskan sejauh mana iltizamnya dia di waktu siang dan malam dalam menyucikan jiwanya. 3. Membuat penelitian, sejauh manakah iltizam mereka terhadap berbagai aktiviti yang melibatkan akhlak. 4. Membuat penelitian terhadap apa yang disebut orang tentang dirinya dan sifatnya ketika bersama teman, keluarga dan masyarakat. 5. Mencipta situasi tertentu untuk menguji sejauh manakah iltizamnya dengan akhlak. Objektif Pembinaan Diri 1. Mengetahui sifat-sifat yang wajib ada (daruriyyat), sifat-sifat yang perlu ada (hajjiyyat) dan sifat-sifat yang elok ada (tahsiniyyat) yang sepatutnya menghiasi dirinya. 2. Menyebut contoh sifat-sifat yang elok ada (tahsiniyyat) 3. Menghitung sifat-sifat yang berlawanan dengannya. 4. Menyebut contoh-contoh bagi sifat-sifat yang berlawanan ini. 5. Menyebut sifat-sifat yang mempunyai kaitan dengan iman dan aqidah. 6. Menghitung sebahagian sifat-sifat berbentuk kemasyarakatan yang disukai. 7. Menghitung kepentingan setiap sifat-sifat tersebut keatas individu dan masyarakat. 8. Menybutkan beberapa hadith yang menunjukkan sifat-sifat tersebut. 9. Mengisyaratkan sifat-sifat yang menunjukkan kepada ‘ubudiyyah dan ketaatan kepada Allah swt. 10. Berpegang kepada asas pertengahan dan kesederhanaan pada sifat-sifat ini. 11. Menyokong orang-orang yang berpegang teguh dengan sifat-sifat ini Rujukan 1. Khuluq al-Muslim (Akhlak Muslim) oleh Muhammad al-Ghazali. 2. Nuzhat al-Muttaqin Syarh Riadh al-Solihin, jilid 1,oleh Mustafa al-Banna. 3. Al-Suluk al-Ijtima’iyy, oleh Hasan Ayyub. 4. Ihya’ ‘Uluum al-Din, oleh Abu Hamid al-Ghazali.
64
Daurah Pengenalan Daurah adalah wasilah intensif untuk membekal peserta dengan bahan thaqafah dan pengalaman penting untuk mengembangkan keahlian, menambah pengetahuan yang tidak dapat dilaksanakan oleh murabbi. Objektif 1. Meningkatkan pengetahuan dan keahlian untuk melengkapi fokus tarbiyah dan ciri-ciri yang dikehendaki. 2. Meningkatkan produktiviti peserta dalam amal dan dakwah. 3. Meningkatkan efektif dan kecemerlangan dalam pencapaian fokus tarbiyah dan ciri-ciri peserta yang dikendaki. Panduan Perlaksanaan untuk Masul Daurah & AJKnya 1. Memastikan penceramah menyedia & mengedarkan nota untuk peserta. 2. Membudayakan penggunaan perisian persembahan (Microsoft Power Point) untuk penyampaian. 3. Menentukan aspek-aspek logistik Daurah (cth : tempat,masa,makanan dll) 4. Memastikan penceramah menyediakan soalan ujian untuk peserta 5. Memastikan persediaan pihak Sekretariat 6. Memastikan kesejahteraan program. 7. Memastikan budaya kebersihan dijaga. 8. Memastikan disiplin sentiasa dipatuhi.
65
MUKHAYYAM Pengenalan Mukhayyam adalah wasilah tarbiyah jasadiyah melalui latihan fizikal dan simulasi disiplin dan ketaatan agar peserta bersedia menjadi jundi dakwah dan bersiap menerapkan nilai Islam dalam masyarakat. Objektif a) Tajmik : a. mengukuh ikatan persaudaraan Islam dan taat pada arahan. b. melatih supaya bersabar dan berdisplin. c. mengukuhkan rasa thiqah sesama peserta. b) Tarbiah : a. menghidupkan kehidupan Islami sepanjang program ini. b. melatih ikhwah hidup susah dalam amal jamaie dengan menanamkan aspek persediaan jasmani, jiwa, akal dan agama. c. memperlihatkan contoh perlaksanaan secara praktikal perlaksanaan amal jamaie. d. melatih adab taamul jundi dengan qiadah dan sebaliknya. c) Tadrib : Melatih ikhwah beberapa perkara asasi di dalam amal Islami diantaranya: a. bernizam / sistem b. berlatih sabar dalam kesusahan dalam tempoh yang panjang c. beriltizam dengan semua perkara yang dikehendaki oleh penganjur d. tolong menolong di dalam semua aktiviti.
Format Mukhayyam 1. Tempoh 3hari 2malam 2. Bersifat ukhuwah dan berdisplin 3. Penyampaian Bahan 4. Tazkirah 5. Berkawat 6. Hirashah dan Qiam 7. Tadarrus al Quran 8. Pembahagian tugas yang jelas 9. Penilaian (Pengurusan, Program,Peserta, Penceramah dll)
66
Panduan Perlaksanaan untuk Masul Mukhayyam dan AJKnya. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.
Memastikan kehadiran Murabbi dan peserta. Menentukan aspek-aspek logistik Mukhayyam (cth : tempat,masa,makanan dll) Menentukan tugasan kepada peserta untuk pertemuan Mukhayyam. Memastikan kesejahteraan program. Memastikan budaya kebersihan dijaga. Memastikan suasana Islam dihayati sepanjang program Memastikan disiplin sentiasa dipatuhi. Memastikan program bersifat :Thaqafiah dan ruhi (Dakhili), Ukhuwah dan berdisplin (Khariji), Thaqafiah dan ruhi (Dakhili), Askariah dan ruhi ( Khariji)
Adab Mukhayyam 1. Sentiasa menghadir niat di jalan Allah. 2. Taat dan thiqah kepada masul dan mudarrib. 3. Ta’athuf(saling bersimpati) tawadud(saling mencintai) tarahum(saling menyayangi) ta’aruf(saling berkenalan) tafahum(saling memahami) takaful (saling memikul beban) dan ta’awun(saling tolong menolong) sesama peserta. 4. Berdisplin dan berakhlak Islami dalam semua hal. 5. Memelihara adab safar.
Bahan Mukhayyam TEMA : “Menghayati Islam Sebagai Manhaj Hidup” Teks dan bahan: a. b. c. d.
Lailah illa Allah Manhaj Hayah (Hidup) Pengakuan seorang muslim Manusia dan Kebenaran Tokoh (Anas Bin Malik, Said Bin Amir & Tufail Bin Amr)
67
REHLAH Rehlah adalah wasilah tarbiyah yang dilaksanakan secara jamaie. Objektif Rehlah 1. Mempraktik nilai-nilai Islam. 2. Mengukuhkan taaruf dan ukhuwah antara peserta. 3. Melatih untuk bekerjasama dan kesediaan untuk menanggung beban. 4. Menanam nilai-nilai amal jamaie seperti disiplin, bersungguh-sungguh, jaga rahsia, kasih sayang, ruh jihad. Adab Rehlah 1. Niat ibadah kepada Allah. 2. Sentiasa rasa di perhatikan oleh Allah. 3. Terikat sepenuh dengan waktu dan tempat rehlah. 4. Menjaga batasan-batasan syarak. 5. Tidak bermewah-mewah.
Program Rehlah hendaklah dilakukan dengan mengambilkira komponen-komponen berikut: 1. Taklimat Penganjur 2. Tazkirah 3. Taaruf 4. Nasyid 5. Kuiz 6. Permainan 7. Pembersihan kawasan sebelum pulang. Panduan Perlaksanaan Masul Rehlah dan AJK. 1. Memastikan kehadiran Murabbi, peserta dan tetamu jemputan (jika perlu). 2. Menentukan aspek-aspek logistik rehlah (cth : tempat,masa,makanan dll) 3. Menentukan tugasan kepada peserta. 4. Memastikan kesejahteraan program. 5. Memastikan budaya kebersihan dijaga.
68
Taqyim (Penilaian) Pendahuluan Taqyim adalah proses untuk mengetahui kelayakan dan peningkatanan seseorang.Taqyim adalah amanah dan penyaksian. Proses penilaian amat perlu dilakukan secara serius, jujur, dan berobjektif, tidak terlalu memudahkan dan terlalu menyukarkan atau terlalu ideal dalam penilaian. Oleh itu laporan murabbi amatlah penting kerana beliau adalah orang yang paling tahu dan kenal dengan peserta yang hendak dinilai dan di tingkatkan. Taqyim juga merupakan sebahagian dari proses tarbiyah, samada tarbiyah terhadap peserta atau kepada murabbi. Justeru itu taqyim hendaklah dilaksanakan secara jamaie, melalui mekanisma syura. Definasi Taqyim Taqyim adalah proses penilaian serta prosedur peningkatan ahli melalui proses bagi tujuan pemeringkatan kepada marhalah seterusnya.. Objektif Taqyim Mempertingkatkan ahli ke peringkat seterusnya berdasarkan fokus, kriteria dan tempoh masa tarbiyah yang ditetapkan serta mencapai tahap kelayakan yang ditetapkan. Taqyim Asasi Dibuat berdasarkan prestasi ahli dari sudut Kehadiran, Ketepatan masa, Adab majlis, Tanggungjawab, Siqah kepada murabbi dan dakwah, Aktiviti Amali dan Daawi. Murabbi adalah bertanggungjawab untuk menyediakan laporan bertulis perkembangan peserta setiap bulan dan diserah kepada Unit Penilaian LTK dan dibincangkan dalam liqa’ murabbi setiap 3bulan sekali. Prosedur Peningkatan Murabbi menyedia dan menyampai laporan penilaian asasi kepada Unit Penilaian LTK dan dibincangkan 3 bulan sekali dalam liqa’ murabbi. Taqyim peningkatan - Dilakukan 6 bulan sekali - Peserta telah melalui 2 Semester ( setahun) proses tarbiyah. - Peserta yang mencukupi kriteria untuk ditingkatkan Keputusan Akhir - Mas’ul Unit Penilaian LTK membentangkan peserta-peserta tarbiyah yang dicadangkan untuk peningkatan oleh liqa' murabbi kepada LTK. - Mas'ul LTK membentangkan keputusan peserta yang lulus kepada HI/MI untuk mendapat kelulusan. - Peserta tarbiyah yang mendapat kelulusan HI/MI sahaja ditingkatkan tarbiyahnya ke marhalah seterusnya. Syarat-Syarat umum ditingkatkan Marhalah - Telah menyempurnakan sekurang-kurangnya 80% manhaj Halaqah Tamhidi - Telah menyempurnakan tempoh 2 Semester (setahun) marhalah Tamhidi - Menguasai thaqafah umum dengan baik - Beriltizam dengan semua manhaj amali yang khusus bagi marhalah ini.
69
MARHALAH ASAS (A) Kandungan Manhaj Semester 2 No 1 2 3 4 5
Subjek Al Quran wa Ulumihi : Tafsir/Hafazan/Tajwid Sirah Nabi Muhammad saw Hadis Tajwid Suwar Min Hayatis Sahabat
6
Tazkiyah
7
Qasasul Anbiya’
8
Haifa ihtadaitu
Kandungan
Perlaksanaan Halaqah
Al Syahr – al A’laa Sambung 63 – Penutup Adab Al Birr was Shilah
Halaqah Halaqah Kelas Khas
Abdulah bin Huzafah, Abu Ayub Al Ansari, Amru bin Al Jamuh, Abdullah Jahs, Abu Ubaidah Al Jarrah, Abdullah bin Mas’ud, Salman Al Farisi Husnul Khuluk, al Hilm wal ana’ah, al Haya’u, Hifzul asSirir, Al Rifq Nabi Adam as dan Keturunannya, Nabi Idris as, Nabi Nuh as
Halaqah
Qiam Mukhayyam Mukhayyam
(B) Pendetailan Program Tarbiyah Semester 2 Bulanan Pertama
Halaqah Riadhah 4 Kali 4 kali
Tahsin Tilawah 2 Kali
Qiam Daurah Rehlah Sekali 2 kali Sekali
Kedua
4 Kali
4 kali
2 Kali
Sekali
Ketiga
4 Kali
4 kali
2 Kali
Sekali
Keempat
4 Kali
4 kali
2 Kali
Sekali
Kelima
Kali
4 kali
2 Kali
Sekali
Keenam
Ujian
Indoor Sekali
Amali
Ujian Sekali
Taqyim Sekali
(C) Pendetailan Halaqah Semester 2 Bulanan
Bahan
Minggu Pertama
Minggu Kedua
Minggu Ketiga
Minggu Keempat
1
Tafsir al Quran
Al Syarh
Adh Dhuha
Al Lail
Al Lail
Seerah an Nabawi
63 - 73
74 - 82
83 - 95
95 - 103
Tafsir al Quran
Asy Syams
Al Balad
Al Fajr
Al Fajr
Seerah an Nabawi
103 - 110
110 - 120
121 - 140
141 - 150
Tafsir al Quran
Al Ghaasyiyah
Al Ghaasyiyah
Al A’laa
Al A’laa
Seerah an Nabawi
151 - 164
165 - 180
181 - 190
190 - 207
Hadis
Bab berbuat baik dan menjaga hubungan
Bab berbuat baik dan menjaga hubungan
Bab Berjihad hanya selepas keizinan ibubapa
Bab Berjihad hanya selepas keizinan ibubapa
Kisah Kehidupan Para Sahabat
Abu Ubaidah Al Jarah
Abu Ayub Al Ansari
Amru Al Jamuh
Abdullah Al Jash
Hadis
Bab Haram mencela ibubapa
Bab Menyahut panggilan antara bentuk berbuat baik kepada ibubapa
Bab Menderhakai Ibubapa
Bab Menderhakai Ibubapa
Kisah Kehidupan Para Sahabat
Abu Ubaidah Al Jarrah
Abdullah Bin Mas’ud
Salman Al Farisi
Said Bin A’mir
Penilaian
Penilaian
Penilaian
Penilaian
Penilaian
2
3
4
5
6
View more...
Comments