Panduan Menulis Laporan Industri
November 3, 2017 | Author: Leman Lennon | Category: N/A
Short Description
Download Panduan Menulis Laporan Industri...
Description
BAB 8: PANDUAN PENULISAN BUKU LAPORAN LI 8.1 Pendahuluan Bab ini menerangkan kaedah menulis buku laporan latihan industri. Semua maklumat yang dinyatakan adalah bertujuan untuk memberi panduan kepada pelajar untuk menyediakan laporan rasmi LI secara bersistematik dan berkualiti. 8.2 Format Penulisan Laporan Latihan Industri BAB 1 PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI Bab ini merangkumi pengenalan kepada Latihan Industri dan latarbelakang tempat latihan industri. Bagi topik pengenalan kepada Latihan Industri ia merangkumi pendahuluan,Objektif latihan industri,Objektif laporan dan kepentingan latihan industri kepada pelajar. Bagi maklumat kepada latabelakang organisasi ia merangkumi pengenalan, sejarah penubuhan, ahli lembaga pengarah (jika ada), aktiviti organisasi, halatuju organisasi dan carta organisasi. (pelajar dinasihatkan supaya berbincang dengan pengurusan organisasi sebelum menulis maklumat organisasi supaya ia tidak bertentangan dengan dasar organisasi berkenaan.) BAB 2
RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI
Ringkasan aktiviti latihan boleh ditulis dalam bentuk jadual berdasarkan latihan yang dibuat sama ada mengikut minggu atau bulan atau bidang tugas. BAB 3,4,5,6,....: LAPORAN TEKNIKAL Laporan ini terdiri daripada kerja-kerja teknikal yang dilakukan semasa latihan. Bilangan bab adalah bergantung kepada topik yang dipilih oleh pelajar. Pemilihan topik bagi setiap bab adalah tertakluk kepada kerja teknikal yang dilakukan semasa latihan. Pelajar hendaklah menerangkan secara terperinci topik-topik tersebut. Setiap maklumat yang dilaporkan hendaklah disokong dengan gambarajah, jadual dan sebagainya.
BAB 7: KESIMPULAN Kesimpulan merupakan rumusan kepada keseluruhan laporan.
BAB 8: KOMEN DAN CADANGAN Komen yang dibuat hendaklah berkaitan dengan latihan di mana pelajar digalakkan membuat cadangan positif dan membina bagi tujuan proses penambahbaikan di masa akan datang. BIBLIOGRAFI / RUJUKAN Ia adalah bahan rujukan yang digunakan untuk menguatkan lagi hujah yang ditulis. Format mestilah mengikut paiwai yang telah ditetapkan iai APA Format. Berikut adalah contoh bibliografi. Badariah Bt Ahmad (1990). Tendering and Estimating. 7th ed. Prentice Hall. p.23-25 Arie,M. (1996, October 8). Protecting yourself from evil E-mail. PC Megazine. p.192 Rasid Taib (1997). Keberkesanan Program Perkembangan Staf di Politeknik KPTM. Universiti Utara Malaysia. Tesis Ph.D (Lihat LAMPIRAN L) RAJAH/GRAF/JADUAL/CARTA Semua ilustrasi hendaklah diterangkan secara terperinci. Ilustrasi dan tajuknya perlu diletakkan di tengah-tengah ruangan penulisan. Gambarajah/graf/jadual/carta mestilah mengikut turutan. (Lihat LAMPIRAN M) Jadual 4.2 Aktiviti Latihan Industri Bilangan Jadual (Jadual yang ke-2 dalam Bab 4) Bab (Jadual tersebut dalam Bab 4)
LAMPIRAN Semua lampiran yang hendak disertakan mestilah bersaiz A4. Ia perlu dilabelkan dan disusun mengikut turutan. Semua lampiran tidak perlu diletakkan nombor mukasurat. (Lihat LAMPIRAN N) 8.3 Panduan Penulisan Buku Laporan Latihan Industri 8.3.1 Panduan Umum a. Laporan hendaklah ditaip pada kertas putih dan disusun mengikut turutan yang betul. b. Saiz Buku Laporan Latihan Industri ditetapkan pada saiz A4 (210 x 297mm) dan berat minimum kertas ialah 70gm. c. Kulit Buku Laporan Latihan Industri hendaklah dijilid dengan menggunakan kulit keras (hard cover) dan dicetak dengan Warna Emas. (Lihat LAMPIRAN B) d. Laporan boleh ditulis samada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sepenuhnya. Walau bagaimanapun, sekiranya pelajar berminat untuk menulis topik-topik tertentu dalam Bahasa Inggeris, pelajar dibenarkan berbuat demikian dengan syarat keseluruhan topik itu ditulis dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. e. Jumlah perkataan yang ditulis hendaklah di antara 10,000 - 15,000 patah perkataan (80 -120 mukasurat) tidak termasuk lampiran. 8.3.2 Ruang Penulisan dan Nombor Mukasurat a. Mukasurat penulisan perlu kepada margin setting yang berukuran seperti berikut: 4.0 sm dari tepi kiri kertas 2.5 sm dari tepi kanan kertas 3.0 sm dari tepi atas kertas 3.0 sm dari tepi bawah kertas (Lihat LAMPIRAN A)
b. Pada mukasurat permulaan setiap bab , kawasan penulisan mesti bermula pada enter yang ke-10. (Lihat LAMPIRAN J) c.
Muka surat selain dari mukasurat permulaan setiap bab, ruang penulisan adalah mengikut margin yang telah dibuat sebelum ini. (Lihat LAMPIRAN K)
d. Nombor mukasurat diletakkan di tengah-tengah, 1.5 cm dari tepi bawah kertas. e. Nombor mukasurat di BAHAGIAN PERMULAAN seperti Judul, Pengesahan pelajar & pemeriksa, Dedikasi, Penghargaan, Isi Kandungan, Senarai Rajah, Senarai Jadual dan Senarai Lampiran hendaklah menggunakan penomboran roman seperti i, ii, iii, iv,v dan lain-lain. Manakala nombor mukasurat bagi BAHAGIAN BAB adalah seperti biasa. (Lihat LAMPIRAN F) 8.3.3 Jenis Tulisan & Sela a. Tulisan yang digunakan mestilah Arial bersaiz 11. b. Sela/line spacing perlulah mengikut ketetapan berikut: Line spacing single adalah bagi Bahagian Permulaan Bab. Line spacing 1.5 lines adalah bagi Bahagian Bab. a. Langkau antara baris pertama dengan Tajuk Bab ialah 10 baris ( enter 10 kali & terus taip) (Lihat LAMPIRAN J) b. Tajuk Bab dengan perenggan pertama ialah 6 baris. (enter 6 kali & terus taip) (Lihat LAMPIRAN J) f. Langkau antara tajuk dengan huraian adalah 2 baris. (enter 2 kali & terus taip) (Lihat LAMPIRAN J) g. Langkau antara satu perenggan dengan perenggan yang lain ialah 2 baris. ( enter 2 kali & terus taip) (Lihat LAMPIRAN J) h. Langkau antara ayat terakhir dalam perenggan dengan tajuk yang berikutnya (enter 3 kali & terus taip) (Lihat LAMPIRAN K)
8.3.4 Penggunaan Tulisan a.
Tajuk Bab hendaklah ditaip dengan menggunakan huruf besar, ditebalkan dan alignment ialah center. b. Tajuk kecil pula hendaklah ditaip dengan menggunakan huruf kecil dan ditebalkan. c. Jarak di antara perkataan dalam barisan hendaklah sama. Oleh itu, Format Justify Tidak Dibenarkan . d. Ejaan Penulisan dalam Bahasa Melayu hendaklah merujuk kepada Daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu edisi terkini keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka. e. Penggunaan Istilah Bahasa Inggeris Tulisan hendaklah dicondongkan/italic atau ditandakan dengan ‘………………..’ atau diletakkan dalam kurungan (…………….) bagi membantu pemahaman istilah Bahasa Melayu. f. Penggunaan Huruf Besar Huruf besar hendaklah digunakan di setiap permulaan ayat, nama tempat dan nama khas. g. Ruangan Selepas Tanda Koma Dan Noktah Selepas tanda koma, tinggalkan satu ruangan kosong sebelum dimulakan dengan ayat seterusnya. Selepas tanda noktah, hendaklah ditinggalkan dua ruangan kosong (dua aksara) sebelum memulakan ayat seterusnya.
LAMPIRAN A Margin Setting Bagi Mukasurat
3.0 cm
Langkah-langkah margin setting: 1. Klik New Blank Document 2. Klik File 3. Klik Page Setup 4. Taipkan margin bagi Top, Bottom, Left dan Right. 5. Anda akan mendapati paparan seperti rajah di bawah. 6. Kini, anda boleh menaip laporan industri anda.
4.0 cm
2.5 cm
ATAU
3.0 cm
LAMPIRAN B Format Kulit Depan Laporan Latihan Industri (Hard Cover)
ADI BIN ZAFRAN
POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
DIPLOMA AKAUNTANSI
JABATAN PERDAGANGAN
BUKU LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
ADI BIN ZAFRAN (16DAT05F004)
JAN 2007
MNI & CO. 36 PESIARAN TUNA 3, KULIM HI-TECH PARK, KULIM, KEDAH
PTSB
JANUARI 2007
LAMPIRAN C Judul
BUKU LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
OLEH
ADI BIN ZAFRAN (16DAT05F004)
Nama penulis & no.matrik.
DI
MNI & CO. 36 PESIARAN TUNA 3, KULIM HI-TECH PARK, KULIM, KEDAH
Nama & Alamat tempat praktikal
Buku laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Perdagangan sebagai memenuhi sebahagian dari syarat penganugerahan Diploma Akauntansi Tuliskan jabatan pelajar & Kursus yang diambil samada Diploma @ Sijil
POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH JANUARI 2007
i
Sesi menjalani LI
No.m/surat (huruf roman)
LAMPIRAN D Pengesahan Pelajar Dan Pemeriksa PENGESAHAN PELAJAR DAN PEMERIKSA
PELAJAR “Saya akui laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan
: .....................................
Nama Pelajar
: ............................................................
No. Pendaftaran
: .....................................
Tarikh
: .....................................
PEMERIKSA “Saya akui bahawa saya telah memeriksa laporan ini dan pada pandangan saya laporan ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti bagi memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.”
Tandatangan Nama & Cop Jawatan
: .................................... :
Tarikh
:
KOMEN/CADANGAN : ............................................................................................................... ............................................................................................................... ............................................................................................................... ...............................................................................................................
ii
No.m/surat (huruf roman)
LAMPIRAN E Penghargaan
PENGHARGAAN
Setinggi penghargaan diberikan kepada Pengurus MNI & Co …………..
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pensyarah-pensyarah PTSB yang telah membantu penulis dalam ……………….
Tidak lupa ucapan terima kasih kepada temanteman yang telah membantu ……
Terima kasih
iv
No.m/surat (huruf roman)
LAMPIRAN F Isi Kandungan ISI KANDUNGAN KANDUNGAN Judul Pengesahan pelajar & pemeriksa Dedikasi Penghargaan Isi Kandungan Senarai Rajah Senarai Jadual Senarai Lampiran
MUKASURAT i ii iii iv v vi vii viii
BAB 1
PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI 1.1 Pengenalan Latihan Industri 1.1.1 Pendahuluan 1 1.1.2 Objektif latihan industri 1 1.1.3 Objektif laporan latihan industri 2 1.1.4 Kepentingan latihan industri 3 1.2 Latar Belakang Organisasi 1.2.1 Pengenalan organisasi 4 1.2.2 Latarbelakang penubuhan organisasi 5 1.2.3 Aktiviti organisasi 8 1.2.4 Halatuju organisasi 9 1.2.5 Carta organisasi 10
BAB 2
RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI 2.1 Pengenalan 2.2 Ringkasan aktiviti latihan industri
BAB 3
11 12
SISTEM PERAKAUNAN BERKOMPUTER 3.1 Pengenalan 3.2 Spesifikasi / jenis peralatan yang digunakan 3.3 Cara pengendalian peralatan semasa latihan 3.4 Proses kerja yang dilakukan 3.5 Kesimpulan (dengan andaian topik teknikal dari Bab 3 hingga Bab 6)
14 15 17 19 22
BAB 7
KESIMPULAN
100
BAB 8
KOMEN DAN CADANGAN
103
BIBLIOGRAFI / RUJUKAN LAMPIRAN
v
No.m/surat (huruf roman)
LAMPIRAN G Senarai Rajah
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH
1.1 1.2 2.1 3.1
3 kali enter & terus taip
TAJUK
M/SURAT
Nadler’s Critical Event Model Kesan Program Perkembangan Staf Taburan Responden Mengikut Jantina Kitaran Perakaunan
15 20 23 29
NOTA: Format bagi Senarai Jadual, Graf dan Carta SAMA seperti format Senarai Rajah. Mukasurat bagi setiap Senarai Jadual, Rajah, Graf dan Carta hendaklah dibuat pada helaian yang berasingan.
vi
No.m/surat (huruf roman)
LAMPIRAN H Senarai Lampiran
SENARAI LAMPIRAN 3 kali enter & terus taip LAMPIRAN
A B
TAJUK
Surat Lawatan Penyeliaan Latihan Industri Pelajar Borang Soal selidik Kesan Program Perkembangan Staf
NOTA: Format ini digunakan HANYA untuk Senarai Lampiran sahaja.
viii
No.m/surat (huruf roman)
LAMPIRAN I Format Penulisan dan Penomboran Bab.
Setiap tajuk/sub tajuk mestilah ditabkan 1.1 Permulaan setiap perenggan mestilah sama dengan tajuk/sub tajuk dan perenggan yang berikutnya
Faktor – Faktor Harga Minyak Naik
Minyak merupakan satu aset yang paling penting di dunia. Cuba anda bayangkan, jika minyak petrol tiada bagaimana kereta boleh berjalan.
Faktor-faktor ini akan mempengaruhi kadar penggunaan petrol di negara ini. Antara faktorfaktor tersebut adalah: Setiap tajuk/sub tajuk mestilah ditabkan 1.1.1
Spekulasi Iran Akan Di Serang a) b)
1.1.2
Peningkatan Permintaan Minyak Dunia a) b)
Nota: Penggunaan bullet TIDAK DIBENARKAN.
LAMPIRAN J Kawasan Penulisan Bagi Mukasurat PERMULAAN SETIAP BAB. 3.0 cm
10 kali enter & terus tulis
BAB 3 KITARAN PERAKAUNAN 6 kali enter & terus taip
3.1
Pengenalan 2 kali enter & terus taip Perakaunan adalah satu bidang yang berkait rapat dengan urusniaga bagi sesebuah entiti
4.0 cm
perniagaan di mana ia melibatkan pelbagai proses seperti catatan jurnal, sistem catatan bergu dan sebagainya 2 kali enter & terus taip Proses yang berlaku dalam kitaran ini mestilah dilengkapkan. Sekiranya tidak lengkap, ia akan mewujudkan masalah.
No.m/surat
1
3.0 cm
2.5 cm
LAMPIRAN K Kawasan Penulisan SELAIN Mukasurat Permulaan Bab.
3.0 cm 2 kali enter & terus taip
1.1.1 Pendahuluan
Latihan Industri adalah proses penempatan pelajar di mana-mana organisasi bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang sebenar. Pelajar yang mengikuti pengajian di Politeknik KPTM diwajibkan menjalani latihan industri selama satu semester.
3 kali enter & terus taip
1.1.2 Objektif Latihan Industri
Objektif latihan industri seperti berikut:
4.0 cm
a.
Membina personaliti individu yang boleh bekerja secara berpasukan, amanah, berkeyakinan dan bertanggungjawab.
b.
Boleh berkomunikasi dengan berkesan
c.
Mengamalkan etika & peraturan kerja yang baik
d.
Menguasai kemahiran bidang kursus dengan mengaitkan teori yang telah dipelajari.
No.m/surat
2
3.0 cm
2.5 cm
LAMPIRAN L Bibliografi / Rujukan BIBLIOGRAFI / RUJUKAN Buku Nama Penulis. (Tahun). Judul Buku. Edisi. Penerbit. M/surat.
Badariah Bt Ahmad (1990). Tendering and Estimating. 7th ed. Prentice Hall. p.23-25 Artikel dalam Majalah & Jernal Nama Pengarang. (Tarikh@Bulan). Judul Artikel.Judul . M/surat.
Arie,M. (1996, October 8). Protecting yourself from evil E-mail. PC Megazine. p.192 Tesis Nama Penulis. (Tahun). Judul. Nama Institusi. Tesis.
Rasid Taib (1997). Keberkesanan Program Perkembangan Staf di Politeknik KPTM. Universiti Utara Malaysia. Tesis Ph.D Internet Alamat internet ( tarikh akses dan masa akses)
http://www.mia.org.my/. Pengenalan Kepada MIA. (6 April 2007, 10.30 pagi) Manual Nama Organisasi (Tahun). Judul Manual.
Marsha & Associate (1996). Manual Prosedur Kerja Pengauditan Syarikat. Temuramah Nama orang yang ditemuramah. Jawatan (tarikh temuramah).
Puan Maisarah Bt Iskandar. Akauntan. (20 Mei 2007)
LAMPIRAN M Jadual
MINGGU 1 2 3 4 5-7 8 9 - 11 12 13-15 16 17-18 19 20
cuti sem
AKTIVITI Lapor diri : Sila rujuk surat penempatan. Hantar kad pengesahan lapor diri, kad maklumat pelajar & pelan tempat latihan ke politeknik. T/tangan penyelia pada buku laporan harian. Meneruskan latihan mengikut jadual organisasi. Siap 20% deraf laporan T/tangan penyelia pada buku laporan harian Meneruskan latihan mengikut jadual organisasi & t/tangan buku laporan harian (untuk minggu ke-6) Siap 40% draf laporan & 20% siap ditaip T/tangan penyelia pada buku laporan harian Meneruskan latihan mengikut jadual organisasi & t/tangan buku laporan harian (utk minggu ke-10) Siap 60% deraf laporan & 40% siap ditaip T/tangan penyelia pada buku laporan harian Meneruskan latihan mengikut jadual organisasi & t/tangan pada buku laporan harian (minggu ke12) Siap 80 % deraf laporan & 60% siap ditaip T/tangan penyelia pada buku laporan harian Meneruskan latihan mengikut jadual organisasi & t/tangan pada buku laporan harian (minggu ke18) Serah borang prestasi kepada majikan untuk penilaian 100% siap deraf laporan & t/tangan penyelia pada buku laporan harian. Pelajar juga perlu mendapatkan borang penilaian prestasi dan surat pengesahan tamat latihan dari organisasi. Kemaskini buku laporan harian dan siapkan buku laporan latihan industri Lapor diri untuk semester baru: Sila rujuk surat makluman pendaftaran tamat latihan untuk tarikh & masa lapor diri. Perkara yang perlu dikemukakan semasa lapor diri iaitu buku laporan latihan industri yang telah siap, buku laporan harian, borang prestasi organisasi dan surat pengesahan tamat latihan dari organisasi
Jadual 4.2 Aktiviti Latihan Industri
NOTA: Lokasi dan tajuk bagi Rajah/Graf dan Carta adalah SAMA seperti di Lampiran M.
LAMPIRAN N Lampiran LAMPIRAN A POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH Kulim Hi-Tech Park, 09000, Kulim, Kedah Darul Aman. No.Tel: 04-4033333 Ruj.Kami: PTSB/UPLI/PEL 945 Tarikh: Kepada:
Tuan, LAWATAN PENYELIAAN LATIHAN INDUSTRI PELAJAR Perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah akan menghantar pensyarah-pensyarah berikut bagi tujuan lawatan penyeliaan pelajar di syarikat tuan. a. b. Tarikh Lawatan: 3. Berikut adalah nama-nama pelajar yang sedang menjalani latihan industri di syarikat tuan: a. b. c.
Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah,
( MOHD RUSLI BIN HUSAIN) Pegawai Perhubungan dan Latihan Industri b.p Pengarah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
View more...
Comments