Panduan Copywriting
February 11, 2017 | Author: khairulazan | Category: N/A
Short Description
Download Panduan Copywriting...
Description
Terima kasih kerana sudi download FAKTA: Lebih 80% ebook percuma tak dibaca sampai habis. Jika anda tangguh baca, yang rugi bukan saya. 15 minit sahaja untuk habiskan ebook ini. Ia panduan bagaimana iklan yang „lesu‟ akhirnya membuahkan hasil.
Jom kita mulakan dengan Bab #1. Sedia ?
Bab 1 : Dah buat FB Ads, tapi tiada sambutan ? Bila FB Ads anda tiada sambutan, semak 3 nombor ini : a) Berapa jumlah klik ? b) Berapa jumlah SMS masuk ? c) Berapa jumlah orang beli produk ? Daripada data 3 nombor ini, anda bakal ketahui apa masalah iklan anda, dan apa yang perlu diperbaiki. ==== Nota Penting ==== Jumlah klik menunjukkan berapa orang tertarik (klik iklan) untuk baca iklan anda. Jumlah SMS masuk menunjukkan berapa orang yang telah klik &baca iklan anda, kemudian berminat untuk beli. Jumlah pembeli menunjukkan berapa ramai yang berjaya anda ‘close-sale’.
=== #1 - Jumlah klik. ===
Iklan anda sudah berjalan lama, tapi klik masih rendah ? ( CTR bawah 1%) Itu petanda, iklan anda ada masalah jumlah klik rendah. Kenapa rendah ? Kerana headline iklan anda tidak menarik. Sebab itu mereka tak klik. Pelanggan hanya klik, apa-apa headline iklan yang ada kena-mengena dengan diri mereka sahaja. Jadi, apa yang perlu dibaiki ? Jangan baiki benda lain. Baiki headline sahaja.
=== #2 - Jumlah SMS masuk === Iklan anda banyak klik , tapi jumlah SMS masuk rendah ? ( Tak sampai 1% daripada jumlah klik ) Itu petanda, ada masalah di bahagian tawaran pada iklan. Mereka klik, mereka baca, dan mereka 'blah'. Sebab itu mereka tak SMS.
Tawaran anda kurang menarik. Jadi, apa yang perlu dibaiki ? Jangan baiki benda lain. Baiki tawaran. === #3 - Jumlah orang yang beli === Iklan anda banyak SMS masuk, tapi jumlah pembeli rendah ? ( 10 orang SMS, seorang pun tak beli ) Itu petanda, pelanggan kurang senang dengan cara anda 'close-sale'. Apa yang perlu dibaiki ? Jangan baiki benda lain. Baiki ayat close-sale sahaja.
=== Berita Baik ! === Dalam ebook ini, saya berikan panduan percuma untuk memperbaiki ketiga-tiga perkara ini. Anda bakal saya dedahkan bagaimana menulis Headline, Tawaran & Cara ‘CloseSale’ Bukan teori,
tapi ia apa yang saya aplikasikan kepada klien-klien saya. Anda boleh amalkan, tanpa perlu bayar saya apa-apa. 100% Percuma. Bersedia untuk belajar ? Mari saya tunjukkan. ====
Opps… Sebelum itu, saya simpulkan semula apa yang anda telah ketahui sebentar tadi.
Nombor yang perlu anda semak
Masalah
Apa yang perlu dibaiki
Petanda sudah elok dibaiki
Jumlah Klik
Jumlah klik rendah
Headline iklan
CTR cecah 1% (minimum)
Jumlah SMS Masuk
Jumlah klik banyak, tapi jumlah SMS masuk sikit.
Tawaran pada iklan
1% daripada jumlah klik telah SMS (minimum)
Jumlah Orang Beli
Jumlah SMS banyak, tapi pembeli sikit.
Cara „close-sale‟ dalam SMS
50% yang SMS jadi beli (minimum)
Bab 2 (a) : Bagaimana menulis headline iklan yang menarik perhatian pelanggan ? Mahukah anda tahu cara paling mudah untuk mendapatkan perhatian orang yang memang tengah cari produk anda ? Cara paling mudah ialah : TANYA SOALAN
Ya. Mulakan dengan bertanya. Dalam penulisan ayat iklan, mulakan dengan bertanya di bahagian headline. Saya berikan contoh untuk anda mudah faham. === Contoh produk : Kelambu Siapa target market untuk produk ini ? Ada banyak. Kita ambil satu. Target market : Ibu yang ada anak bawah 6 tahun. === Seterusnya, Apa yang kita mahu tanya ?
Saya memetik tulisan seorang jaguh pengiklanan internet, Perry Marshall : “ You will capture the attention of your customers when you enter the conversation already taking place inside their heads. “ Jadi, apakah yang bermain
dalam kepala si ibu ini ? Si ibu ini tentu risaukan anaknya. Jadi, kita hanya perlu tanya dengan menulis headline seperti : Risau anak kena denggi ? Ya, Semudah itu sahaja. Terus-terang saya katakan, 90% iklan klien-klien saya, semuanya menggunakan formula headline ini. T.A.N.Y.A. === Kenapa headline berbentuk soalan ini begitu berkesan ? Sebabnya ialah ia menarik perhatian orang yang ada masalah itu sahaja.
Orang yang ada masalah buncit tak akan tertarik. Orang yang ada masalah jerawat tak akan tertarik. Orang yang ada masalah rambut gugur tak akan tertarik. Orang yang ada masalah
risaukan anak terkena denggi sahaja yang akan tertarik & beri perhatian. Jadi, apa maksudnya ? Maksudnya, iklan ini tepat ke sasaran. Produk kita pula menyelesaikan kerisauan tersebut. Mereka akan klik & baca tawaran kita. insyaAllah, tak mustahil jualan mudah untuk berlaku. Kerana mereka adalah pelanggan yang memang tengah cari produk anda. Kalau mereka tak ada masalah tersebut, tentu mereka tak klik. Jika anda masih baru dan tiada pengalaman menulis, dinasihatkan headline anda tidak lebih dari 9 patah perkataan. Saya berikan beberapa contoh lagi untuk anda mudah faham: --Contoh produk : Jersi bola Target Market : Peminat bola kelab Chelsea Contoh headline : Tengah cari Jersi Chelsea ? Contoh produk : Nasi kerabu Target Market : Peminat nasi kerabu Contoh headline : Dah lama mengidam nak makan nasi
kerabu ? Contoh produk : Krim hilangkan jerawat Target Market : Wanita yang ada jerawat Contoh headline : Jerawat tak kecut – kecut ? Contoh produk : KadInsurans Perubatan Target Market : Bapa yang ada anak. Contoh headline : Risau tak cukup duit kalau anak tiba-tiba sakit ? Yang di bawah ini sengaja dibiarkan kosong untuk anda isi bagi produk anda. Isi sekarang Contoh produk : __________ Target Market : __________ Contoh headline : __________
=== Case Study : Ubah Headline, Jualan Meningkat === Gambar di bawah adalah komen salah seorang klien yang saya bantu baiki headline iklannya. Beliau menjual pakaian wanita. Saya cuma ubah satu perkataan sahaja pada bahagian headline. Kenapa saya baiki headline sahaja ?
Sebab iklannya jumlah klik yang masuk rendah. Alhamdulillah, berjaya meningkatkan jualan beliau.
Gambar 1: Komen klien yang saya ubah 1 perkataan pada headline iklan beliau.
Bab 2 (b) : Seperkara lagi yang juga faktor kepada jumlah klik meningkat Gambar turut memainkan peranan penting untuk menarik perhatian pelanggan. Ada banyak „mazhab‟ dalam bab ini. Untuk permulaan, amalkan tips berikut : a) Gunakan gambar yang ada manusia di dalam gambar tersebut.
b) Gunakan gambar yang terang dan kontra dengan warna putih pada newsfeed FB. c) Letakkan headline yang berbentuk soalan tadi di gambar. d) Letakkan „frame‟ pada gambar tersebut, jika perlu. Berikut adalah 3 contoh gambar yang bagus :
Bab 3 : Bagaimana menulis ayat tawaran yang buat pelanggan tak sabar untuk SMS ? Tawaran ialah bahagian paling penting pada ayat iklan. Bak kata Bob Serling, penulis buku „Power Copywriting of the Internet‟: “ The offer is everything. “ Berikan tawaran terbaik anda, insyaAllah, pelanggan akan terpengaruh untuk membeli.
=== Berikut adalah 8 ciri tawaran yang sukar ditolak. === Masukkan ciri-ciri ini ke dalam ayat iklan anda. insyaAllah, berkesan. == Ciri #1 : Kelebihan produk == Biasanya, ada 3 kelebihan yang pelanggan cari iaitu: a) Mudah untuk capai ‘result’ yang diingini Contoh - contoh ayat: Hanya telan 2 pil ini setiap pagi. Hanya minum 2 sudu sehari untuk kesan ketara. b) Cepat untuk capai ‘result’ yang diingini Contoh - contoh ayat : Dalam masa kurang 7 hari, anak anda mahir sifir. Seawal 14 hari untuk kesan ketara pada kulit. c) Jimat untuk dapat ‘result’ yang diingini Contoh – contoh ayat : Jimat ratusan ringgit. Tak perlu hantar anak anda ke kelas Kumon untuk mahir sifir. Jimat ribuan ringgit, jika anda ada kad insurans perubatan ini.
=== Ciri #2 : Risk Reversal ( Jaminan Pulangan Wang ) === Manusia takut buat keputusan. Takut salah. Mereka takut bila mereka beli, produk tak berkesan. Mereka takut rugi. Mereka takut hasilnya sia-sia. Berikan jaminan pulangan wang, supaya pelanggan tak fikir panjang untuk beli.
Contoh - contoh ayat: Jika mutu kain ini anda tak puas hati, telefon kami, kami refund duit anda. 100% Risk-Free.Jika selepas 30 hari, tiada kesan, kami pulangkan wang anda. === Ciri #3 : Testimoni === Testimoni adalah wajib ditulis dalam setiap iklan. Itu pesan idola copywriting saya, Craig Garber. Pelanggan kurang skeptikal dan tidak fikir panjang, apabila produk ada testimoni.
4 soalan yang anda patut tanya kepada pelanggan sedia-ada anda untuk mendapatkan testimoni yang berpengaruh: Apa yang anda skeptikal semasa anda buat belian ? Apa yang berlaku selepas anda guna produk kami ? Berkesan ? Puas hati ? Berapa bagus produk kami ? ( Cepat dapat kesan atau tidak ) Siapa orang lain yang patut beli produk ini ? Contoh ayat : “ Saya ingat produk ni tipu, rupanya memang berkesan. Puas hati. Sekali guna dah nampak kesan. Sape yang ada masalah migrain tu silalah beli. Recommended. “ Ayu, Seremban === Ciri #4 : Deadline ( Tarikh tamat ) === Promosi pada iklan anda perlu ada tarikh tamat. Bila promosi anda ada tarikh tamat, prospek lebih terpengaruh untuk SMS segera. Contoh ayat: Selepas 15 Oktober, harga naik menjadi RM100. Promosi ini tamat jam 12 malam ini. === Ciri #5 : Nilai Tambah === Beri insentif kepada pelanggan jika mereka segera SMS.
Insentif yang biasanya berkesan adalah insentif Free Postage & Free Gift. Anda beri salah satu daripada 2 insentif di atas pun, sudah cukup berkesan untuk buat prospek segera SMS anda. Contoh ayat: Jika anda buat belian hari ini, postage kami tanggung. FREE Postage. SMS sekarang, anda dapat produk + 2 item bonus percuma !
=== Ciri #6 : Scarcity (Kekurangan) === Nyatakan apakah tawaran terhad anda. Diskaun terhad ? Bonus terhad ? Stok terhad ? Manusia lebih menghargai benda yang sedikit. Apabila anda terhadkan sesuatu, pelanggan lebih cepat untuk SMS. Contoh ayat: SMS sekarang, stok terhad. Diskaun khas untuk 30 pembeli pertama hari ini sahaja.
=== Ciri #7 : Arahan SMS disertai hadiah. === Apabila anda mengarahkan sesuatu, pelanggan perlu alasan yang logik untuk ikut arahan anda. Arahan SMS anda perlu disertai dengan hadiah. Contoh: “ SMS segera untuk diskaun RM30. “ Jika anda hanya tulis “ SMS segera “ sahaja, Pelanggan tiada sebab untuk bertindak segera. === Case Study : Kos ads RM5k, jualan tiada. ===
Ini klien saya tahun lepas. Beliau menjual produk kecantikan. Beliau datang beritahu saya yang beliau sudah habis RM5,000 untuk FB Ads. Tapi, produk masih lagi bertimbun tak terjual.
Kemudian, saya baiki tawaran pada ayat iklan beliau berpandukan 7 ciri iklan yang baru sahaja anda baca sebentar tadi. Saya tak usik headline. Saya tak usik ayat „close-sale‟. Alhamdulillah, beliau kemudian gembira stok habis. Nota: Perhatikan. Ubah bahagian yang bermasalah sahaja. Headline tidak diubah. Ayat „close-sale‟ tidak diubah.
Bab #4 : Bagaimana caranya untuk ‘closesale’ melalui SMS dengan cara yang pelanggan suka ? Kita mulakan bab ini dengan melihat contoh ayat close-sale ini : “ Salam, harga asal RM100, harga promosi RM70. Bayar sekarang ke Maybank – 123654987. Selepas bayar, reply nama, alamat & no fon untuk kami pos. “ Apa yang tak kena dengan ayat di atas ? Ini antara perkara yang perlu diperbaiki : Tidak memperkenalkan diri - Perlu diingat bahawa mereka tak pernah simpan nombor kita. - Jadi, perkenalkan diri dulu supaya prospek percaya & tidak takut untuk berurusan. Tidak menghargai tindakan pelanggan
- Mereka ikut arahan anda di ayat iklan. - Jadi, ucapkan terima kasih terlebih dahulu apabila mereka SMS. Terlalu gopoh suruh prospek bayar - Perkataan „Bayar sekarang‟ bunyi macam kutip hutang. - Mereka sudahpun SMS, tak perlu hard-sell. - Hargai minat mereka.
Kita boleh baiki ayat SMS di atas dengan menggunakan ayat di bawah ini: “ Salam. Hai, saya Firuz dari FB Baby Lovers. Terima kasih kerana SMS. Tawaran di bawah khas untuk cik: Diskaun RM30 ( Harga asal RM100 ) Free Postage Free gift (bernilai RM30) Cuma RM70 sahaja. Cik minat nak order ? “ Selepas pelanggan balas SMS, SMS ayat ini pula: “ Terima kasih. Langkah belian: #1 – Buat bayaran RM70 ke Maybank 123456987 (Maju Marketing) #2 – Reply SMS ini nama, alamat, no fon & bukti resit. Kami akan pos hari ini juga jika bayaran dibuat sebelum jam 3 petang. ” Ayat „close-sale‟ di atas ini walaupun panjang, tapi ia lebih sopan.
Hargai mereka yang SMS kerana hampir 80% daripada pelanggan yang SMS ini berpotensi untuk beli. Ya, SMS mungkin jadi panjang, dan kos SMS meningkat. Tapi, sekurang-kurangnya kita tidak hilang pelanggan.
==== Case Study : 3 SMS masuk, 2 „close-sale‟ ====
Gambar di atas adalah komen salah seorang yang saya bantu betulkan ayat „close-sale‟ beliau. Produk beliau mahal. Quran Digital. RM300. Pun masih boleh „close-sale‟. Alhamdulillah. Tiada apa-apa rahsia,
semua saya sudah terangkan di muka surat sebelum ini.
Tahniah ! Anda tergolong dalam 20% manusia yang membaca sampai habis. Adakah anda mendapat manfaat daripada ebook ini ? Anda ada sebarang soalan ingin tanya ? Mohon PM saya. Saya akan cuba bantu.
Semak emel anda 2 kali seminggu. Ekslusif ! Mahu lebih banyak „case-study‟ klien – klien saya yang lepas ? Saya akan kongsi „case study‟ dengan lebih „detail‟. Malas nak semak emel ? Diulang, yang rugi bukan saya.
Mahu lebih banyak tips ?
Saya menulis tentang FB Ads dan skil penulisan ayat iklan di FB saya, sehari 2 kali. Silakan „add as friend‟. Ini link FB saya >https://www.facebook.com/suffian.salahudin Anda ada kawan-kawan yang masih keliru dengan FB Ads ? Share-kan ebook ini kepada mereka. Hanya klik butang di bawah :
Saya bukan Tuhan yang mampu bagi rezeki. Apa saya mahir, saya telah tunjukkan dalam ebook ini. Kalau cuba, insyaAllah berjaya. Kalau tak cuba, „confirm‟ 200% cium bau kejayaan pun tidak. Saya cuma mahu bantu. Ia bukan soal duit. Ia soal tanggungjawab.
Saya lihat ramai yang kecewa dengan FB Ads. Bukan mereka tak pandai tulis ayat iklan. Cuma bila mereka tak dapat jualan, mereka gelabah dan pergi ubah benda yang tak perlu diubah. Dalam ebook ini, saya sudah terangkan apa yang perlu diubah, dan apa yang tak perlu diubah, bila 3 masalah tersebut timbul. Tanggungjawab saya sudah selesai. Sekarang giliran anda. Kalau ebook ini berharga RM5,000 sekalipun, ia tetap tiada manfaat jika tidak diamalkan. Masa depan anda, anda tentukan. Pemalas memang tak akan ke mana. Baca & amal. Kemudian kongsikan dengan saya, saya suka dengar kisah anda. Sekian, Terima kasih. Ikhlas, Muhamad Suffian Salahudin
Tentang Penulis
Muhamad Suffian Salahudin. Penggemar ilmu mempengaruhi pelanggan melalui perkataan.
View more...
Comments