Panduan / Contoh Agreement Pelaburan

September 26, 2017 | Author: Rady Calphoto | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

agremeent pelaburan secara asas...

Description

BERTARIKH PADA

:

12 JANUARI 2013

DI ANTARA AFIZAH BINTI ASMAT (No I/C: ...)

melalui AFIZAH BINTI ASMAT (CA0178700-A)

DAN

Ariffin Mohamed (690413-10-5005) yang beralamat di

Alif Academy, (1030957-U) No 1-2-2, Jalan Megan Setapak 1, Taman Megan Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur

**************************************************************** PERJANJIAN PINJAMAN PELABURAN ****************************************************************

PENYEDIAAN SURATCARA OLEH :AFIZAH BINTI ASMAT PEMILIK TUNGGAL AFIZAH BINTI ASMAT (CA0178700-A) NO 29,IM6/9 BANDAR INDERA MAHKOTA, 25200 KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR (ALAMAT TERTERA DI SSM) BLOK A1-109 DESA SAAMUDERA JALAN KUANTAN- SG LEMBING 25200 KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR (ALAMAT TERKINI)

PERJANJIAN PINJAMAN PELABURAN PERJANJIAN INI DIPERBUAT pada DI ANTARA

.... haribulan

JANUARI

, 2013

Ariffin Mohamed (690413-10-5005) yang beralamat di

Alif Academy, (1030957-U) No 1-2-2, Jalan Megan Setapak 1, Taman Megan Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur (selepas ini disebut sebagai “Pemberi Pinjam”) sebagai pihak pertama ; DAN AFIZAH BINTI ASMAT ( No I/C :....) melalui AFIZAH BINTI ASMAT (CA0178700-A), yang beralamat di NO 29,IM6/9 BANDAR INDERA MAHKOTA, 25200 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR (ALAMAT TERTERA DI SSM) BLOK A1-109, DESA SAAMUDERA, JALAN KUANTAN- SG LEMBING 25200 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR (ALAMAT TERKINI) (selepas ini disebut sebagai “Peminjam”) sebagai pihak kedua. BAHAWASANYA :1.

Pemberi Pinjam berhasrat untuk menyertai syarikat ini melalui pelaburan

tersebut dan telah bersetuju meminjamkan kepada peminjam wang sejumlah RINGGIT MALAYSIA LIMA RIBU

(

RM

15,000.00

) sahaja (selepas

ini disebut sebagai “Pinjaman Tersebut”) dan Peminjam telah bersetuju untuk menerima sejumlah wang Pinjaman Tersebut yang mana ianya dianggap sebagai Pinjaman pelaburan.

2.

Pemberi Pinjam telah bersetuju memberi pinjam dan Peminjam bersetuju

meminjam sejumlah Pinjaman Tersebut atas dasar Pinjaman Pelaburan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam perjanjian ini. MAKA ADALAH DIPERSETUJUI SEPERTI BERIKUT :3.

Sebagai balasan kepada pinjaman yang diberi oleh Pemberi Pinjam wang

sejumlah RINGGIT MALAYSIA LIMA RIBU ( RM 15,000.00

) sahaja kepada Peminjam, Peminjam dengan ini bersetuju

untuk membuat bayaran balik wang pinjaman tersebut serta keuntungannya secara berperingkat-peringkat

setiap

bulan

dengan

anggaran

sebanyak

RINGGIT

MALAYSIA LAPAN RATUS ( RM 2500.00 ) setiap bulan pada tarikh yang akan ditetapkanbila mana tempoh Tiga Puluh (30) hari selepas tandatangan hendaklah dianggap sebagai Tempoh Bertenang seperti ditunjukkan dalam JADUAL 1 perjanjian ini. 4.

Peminjam akan mengembalikan kesemua Wang Pinjaman tersebut

secara

bulanan dan berperingkat beserta dengan keuntungan dalam tempoh 10 bulan selepas tempoh bertenang (30 hari) tersebut. 5.

Pihak-pihak kepada perjanjian ini bersetuju bahawa Pembayaran Balik Wang

Pinjaman Tersebut oleh Peminjam hendaklah dibuat

melalui “Post-dated” cek

sebanyak 10 keping cek yang bernilai seperti diatas dan diberi kepada peminjam sebagai jaminan bayaran. Cek yang diberi tersebut akan ditunaikan oleh peminjam mengikut tarikh seperti yang telah ditetapkan di dalam fasal 3 Perjanjian ini. 6.

Sekiranya Peminjam telah menjelaskan sepenuhnya Pembayaran Balik Wang

Pinjaman Tersebut kepada Pemberi Pinjam, maka Perjanjian ini hendaklah dianggap telah ditamatkan dan pihak-pihak telah menunaikan obligasi-obligasi masing-masing sepertimana yang diperuntukkan di dalam Perjanjian ini dan pihak-pihak tidak berhak lagi mempertikai dan membuat apa-apa tuntutan lagi terhadap satu sama lain.

7.

Sekiranya Peminjam gagal untuk membuat Pembayaran Balik Wang Pinjaman

Tersebut di dalam tempoh yang ditetapkan atau perniagaan Peminjam dihentikan atau syarikat Peminjam dibubarkan maka Pemberi Pinjam berhak untuk memohon kepada Mahkamah bagi memperolehi suatu Perintah supaya Peminjam dan/atau waris, wakil diri, penerima serah hak dan pengganti diri mereka membayar balik kesemua Wang Pinjaman Tersebut yang belum dibayar berserta dengan faedah sebanyak 10% sebulan bermula dari tarikh tuntutan sehingga pembayaran penuh dan permohonan yang sedemikian itu dibuat mengikut mana-mana undang-undang sivil yang berkuatkuasa pada masa tersebut dan segala kos dan perbelanjaan bagi permohonan tersebut hendaklah ditanggung oleh peminjam. 8.

Masa adalah menjadi teras (essence) kepada Perjanjian ini dalam semua

keadaan. 9.

Apa – apa notis, permintaan atau tuntutan yang hendak dikeluarkan oleh

mana- mana pihak di dalam Perjanjian in hendaklah secara bertulis dan akan dikira sebagai penyerahan jika ianya dihantar melalui pos berdaftar di atas mana-mana pihak atau Peguamnya dialamat yang tersebut dari ini dan penerimaannya dianggap sah pada masa notis tersebut dihantar. 10.

Pihak Peminjam akan membayar segala perbelanjaan guaman, cukai

setem yang bersabit dengan penyediaan dan penyempurnaan Perjanjian ini. 11.

Perjanjian ini adalah terikat kepada semua pengganti dalam hakmilik dan

penerimaan serahak dan wakil peribadi bagi kedua-dua pihak kepada Perjanjian ini.

BAGI MENGESAHKAN PERJANJIAN INI maka kesemua pihak kepada Perjanjian ini menurunkan tandatangan masing-masing pada hari tahun seperti yang tercatit di atas.

Ditandatangani Untuk dan bagi PEMBERI PINJAM :

} } } }

ARIFFIN MOHAMED 690413-10-5005 ALIF ACADEMY SDN BHD (1030957-U)

}………………………………………………………………………………,, Di saksikan oleh :

Ditandatangani oleh PEMINJAM

} } } } }

NAMA :……………………………….. NO IC :………………………………. NAMA COMPANY (…..)

}………………….…………………………………………………………….. Di saksikan oleh :

LAMPIRAN (JADUAL 1) JADUAL PEMBAYARAN BULAN / TEMPOH 25 28 25 25 25 25 25 25 25 25 25 25

JANUARI 2013 FEBRUARI MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER DISEMBER

JUMLAH BAYARAN (RM 15,000.00) RM 2500.00 RM 2500.00 RM 2500.00 RM 2500.00 RM 2500.00 RM 2500.00 RM 2500.00 RM 2500.00 RM 2500.00 RM 2500.00

CATITAN Bayaran diterima Tempoh Bertenang Bayaran 1 Bayaran 2 Bayaran 3 Bayaran 4 Bayaran 5 Bayaran 6 Bayaran 7 Bayaran 8 Bayaran 9 Bayaran 10

JUMLAH PELABURAN – RM 15,000.00 JUMLAH BAYARAN BULANAN – RM 2500.00 JUMLAH BAYARAN KESELURUHAN – RM 25,000.00 JUMLAH KEUNTUNGAN KESELURUHAN – RM 10,000.00 *BONUS MINIMUM RM1,000.00 AKAN DIBERIKAN BERGANTUNG KEPADA KERJASAMA DAN KEUNTUNGAN YANG BAKAL DIPEROLEHI SEPANJANG TEMPOH 10 BULAN.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF