Panduan complete bagi biginner

September 27, 2017 | Author: foviomedia | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

lengkap segala isi dan pandiuan berkaittan komputer dan perkakasan IT...

Description

Oleh : Mohd Lutfi Lokman www.bijakkomputer.com

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PRAKATA 1. Konsep Asas Komputer 1.1 Pengenalan 1.2 Apa Itu Komputer 1.3 Bagaimana Komputer Beroperasi 1.4 Jenis Komputer 1.5 Kenali Microsoft Windows 1.6 Kenali Windows XP 1.7 Kenali Windows Vista 1.8 Kenali Linux - Ubuntu

1 2 3 5 7 15 26 34

2. Perkakasan 2.1 Peralatan Pemasangan 2.2 Komponen Utama Perkakasan

37 38

3. Pemasangan Perkakasan Komputer 3.1 Pemasangan Pemproses (processor) Pada Papan Induk 3.2 Pemasangan RAM Pada Papan Induk 3.3 Pemasangan Pembekal Kuasa (power supply) Ke Dalam Kekisi 3.4 Pemasangan Spacer Pada Kekisi 3.5 Pemasangan Pelindung Panel Belakang (cover back panel) 3.6 Pemasangan Papan Induk Ke Dalam Kekisi 3.7 Pemasangan CD-ROM / DVD-ROM 3.8 Pemasangan Pemacu Cakera Liut (Floppy Disk Drive) 3.9 Pemasangan Cakera Keras (hard disk) 3.10 Pemasangan Kabel IDE Ke Papan Induk 3.11 Pemasangan Kabel Cakera Liut (Floppy Disk) 3.12 Pemasangan Kabel Kuasa Ke Perkakasan 3.13 Pemasangan Pengaktifan Panel Depan Kekisi 3.14 Pemasangan Kad Video – AGP 3.15 BIOS 3.16 Mengatur Urutan Pemula (booting) Untuk CD

61 69 72 74 76 78 80 82 84 86 91 93 101 104 108 118

4. Pemasangan (Installation) Sistem Operasi 4.1 Pemasangan Sistem Operasi - Windows XP 4.2 Pemasangan Sistem Operasi - Windows Vista

122 140

5. Pemasangan (Installation) Sistem Operasi (OS) Alternatif 5.1 Pemasangan Linux – Ubuntu

151

6. Pemasangan (Installation) Perisian Pejabat 6.1 Pemasangan Microsoft Office 2003 6.2 Pemasangan Perisian Alternatif – OpenOffice 2.3

163 170

7. Keselamatan Komputer & Virus Virus komputer & Pemasangan antivirus 7.1 Apa Itu Virus Komputer 7.2 Pemasangan Antivirus - AVG Spyware & Pemasangan Antispyware 7.3 Apa Itu Spyware 7.4 Pemasangan Antispyware - SPYBOT Pemasangan Personal Firewall 7.5 Pemasangan Personal Firewall - ZoneAlarm

178 184 193 195 203

8. Mengesan Kerosakan (Troubleshooting)

210

9. Panduan & Tips Membeli Komputer Baru

216

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

PRAKATA Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera.. Alhamdullilah, syukur kepada Allah kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, setelah beberapa bulan mengumpul bahan untuk projek ini akhirnya saya dapat menyiapkan panduan ini. Saya juga berasa berbangga dan bertuah kerana dapat menyumbang bakti kepada masyarakat dan negara dengan menyalurkan ilmu supaya semua lapisan masyrakat dapat menimba ilmu mengenai komputer di dalam bahasa ibunda kita iaitu Bahasa Malaysia. Panduan yang dihasilkan ini adalah untuk memberikan anda panduan, ilmu dan kemahiran

berkaitan dengan komputer supaya anda faham dan mahir mengenai

komputer. Teknologi komputer yang senantiasa semakin canggih, tidak boleh tidak kita mesti pelajarinya supaya kita dapat

menyahut seruan kerajaan

untuk melahirkan

generasi dan masyarakat celik IT. Semoga dengan lahirnya panduan ini, anda mendapat ilmu yang berguna dan tanpa perlu ragu-ragu untuk melakukan sendiri proses pemasangan komputer, pemasangan sistem operasi Windows mahupun Linux Ubuntu serta perisian - perisian yang penting dan perlu dipasang di dalam komputer anda. Dan yang paling penting, anda boleh menjimatkan lagi kos pemasangan atau membaiki sendiri perkakasan komputer serta pemasangan perisian.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

PENAFIAN Panduan yang dihasilkan adalah berdasarkan pengalaman, pembelajaran, pembacaan dan rujukan penulis semasa menulis panduan ini. Panduan yang dihasilkan adalah berdasarkan praktikal dan perkakasan yang disediakan sendiri oleh saya. Semasa panduan ini dihasilkan adalah perlu anda sedari dunia komputer dan IT sentiasa bergerak pantas, kemungkinan terdapat informasi yang berbeza dan kurang tepat semasa anda membaca panduan ini. Pihak saya tidak bertanggungjawab keatas segala risiko dan kesilapan yang dilakukan oleh pembaca.

HAKCIPTA Panduan ini adalah hakcipta penulis. Panduan ini adalah hanya untuk kegunaan anda sendiri dan tidak boleh disebar. Anda juga tidak boleh mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, gambar, ilustrasi dan isi tanpa kebenaran penulis. Segala logo dan nama syarikat seperti Microsoft, Windows Vista, Windows XP, Linux Ubuntu, Microsoft Office, OpenOffice.Org, AVG, Spybot, ZoneAlarm dan lain-lain adalah hak milik syarikat tersebut.

PERINGATAN Untuk pembacaan dan panduan dalam bentuk gambar dan imej yang lebih baik, anda disaran mencetak untuk mendapat hasil yang jelas.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

KONSEP ASAS KOMPUTER

1. Konsep Asas Komputer 1.1 Pengenalan Ledakan teknologi maklumat dewasa ini amat pantas berlaku di seluruh dunia. Penguasaan ilmu dalam bidang komputer atau teknologi maklumat merupakan suatu kemestian dalam zaman era kemajuan, pembangunan dan pemodenan ini. Komputer kini dianggap sebagai sesuatu keperluan untuk pemodenan dan pembangunan sesebuah negara. Ini kerana komputer memainkan peranan yang amat penting dalam pelbagai bidang di Malaysia seperti di bidang sains, aeroangkasa, pendidikan, ekonomi, pentadbiran dan sebagainya. Setiap individu secara sedar atau tidak pastinya akan berurusan dengan teknologi maklumat setiap hari. Sebagai rakyat Malaysia, seharusnya perkembangan teknologi yang pesat di negara kita ini dijadikan pemangkin kepada semua orang untuk mempelajari atau setidak-tidaknya memahami komputer dan kebaikkannya. Ini kerana komputer telah menjadi satu keperluan kepada kita untuk melakukan pelbagai perkara dan memudahkan urusan. Pelajarilah agar kita tidak ketinggalan.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

1

1.2 Apa Itu Komputer Komputer merupakan sejenis mesin serbaguna dan fleksibel yang dibina dari sumber teknologi berasaskan elektronik dan ada juga jenis elektro mekanikal. Komputer diprogramkan bagi membantu manusia menyelesaikan sesuatu masalah secara lebih spesifik dan teratur. Perisian komputer yang mempunyai pelbagai pendekatan dan fungsi membolehkan ianya digunakan dalam pelbagai bidang dan tujuan. Komputer juga boleh dikatakan sebagai suatu alat elektronik atau mesin yang digunakan sebagai menyimpan dan pemproses data, menerima arahan, melaksanakan arahan seperti pengiraan serta menyimpan fail dan maklumat penting. Ciri-ciri yang membezakannya dengan komputer awal ialah: sekiranya dimasukkan dengan perisian-perisian(software) yang sesuai, komputer moden berkemampuan untuk meniru (emulate) sebarang pengiraan. Namun kemampuan ini dibatasi oleh kapasiti muatan storan(hard disk) , memori (ram) serta kelajuan pemproses (processor). Dalam erti kata lain, kemampuan ini boleh diguna sebagai ujian untuk membezakan komputer "serba-guna" dengan komputer awal yang hanya khusus untuk kerja-kerja tertentu. Komputer juga boleh definisikan sebagai satu sistem yang mengendalikan simbol-simbol elektronik dengan cepat dan tepat dan direka khas untuk menerima, memproses, menyimpan dan mengeluarkan hasil(output).

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

2

1.3 Bagaimana Komputer Beroperasi Sistem komputer secara umumnya beroperasi berdasarkan empat operasi asas iaitu :

Input -

Peranti input membolehkan seseorang untuk berkomunikasi dengan sistem komputer

-

Peranti input juga digunakan untuk memasukkan data serta arahan - arahan kepada komputer.

-

Contoh input ialah papan kekunci (keyboard), tetikus(mouse) dan kayu ria (joystick)

Output -

Peranti output membolehkan sesebuah komputer berkomunikasi dengan pengguna.

-

Peranti output akan memaparkan maklumat pada skrin komputer (monitor), menghasilkan salinan bercetak atau menghasilkan bunyi.

-

Skrin paparan (monitor), pencetak dan pembesar suara merupakan contoh peranti output yang utama.

Pemprosesan (processing) -

Unit Pemprosesan Pusat (central prosessing unit - cpu) atau dikenali sebagai processor berperanan untuk memproses arahan, melaksanakan pengiraan dan menguruskan laluan informasi menerusi komputer.

-

Unit Pemprosesan Pusat atau processor juga akan berkomunikasi dengan peranti input, output dan storan bagi melaksanakan arahan-arahan berkaitan yang diperlukan. Contoh cpu ialah Pentium 4, Pentium D, Amd Athlon dan banyak lagi.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

3

Storan Storan terdapat dua jenis : i) Storan Utama. -

Peranti storan utama berperanan untuk menyimpan data dan maklumat secara sementara (temporary).

-

Komputer menggunakan maklumat yang disimpan dari peranti ini untuk melaksanakan arahan dan mencapai maklumat dengan lebih pantas.

-

Contoh peranti storan utama ialah RAM

ii) Storan Sekunder -

Peranti storan sekunder dapat menyimpan maklumat secara kekal berbanding storan utama.

-

Selain itu, ia mempunyai ruang simpanan yang besar untuk membolehkan pelbagai aplikasi dan data dapat disimpan.

-

Contoh peranti ialah cakera keras, pen drive, tape, disket.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

4

1.4 Jenis komputer Komputer super (super komputer) -

Komputer super dibina berasaskan keperluan bagi menyelesaikan pengiraan saintifik yang mengandungi sejumlah data yang besar.

-

Komputer super mampu melaksanakan beberapa tugas secara serentak (multitasking) pada pemporses yang sama. Ia juga boleh membahagikan tugas kepada beberapa pemproses (multiprocessing).

-

Kelajuan komputer super diukur dalam unit nanosaat dan berupaya beroperasi sehingga mencapai kelajuan gigaflops.

-

Antara tugas yang sering memerlukan penggunaan komputer super ialah mengkaji ramalan cuaca, grafik dan animasi, kajian nuklear dan ketenteraan.

Kerangka utama -

Mampu menyokong ribuan pengguna dalam satu masa yang sama.

-

Kebanyakkan pelanggannya adalah bank-bank, syarikat-syarikat besar, dan di pusat-pusat pengajian tinggi.

-

Dalam keadaan tertentu, kerangka utama lebih berkemampuan dari super komputer kerana ia menyokong lebih banyak pemprosesan atau perlaksanaan program secara serentak .

Komputer mini -

Saiz yang lebih kecil dari berbanding kerangka utama tetapi mempunyai fungsi dan keupayaan yang hampir sama dengan kerangka utama cuma ia berskala lebih kecil.

-

Mampu menyokong antara 4 hingga 200 pengguna yang berkongsi terminal dalam satu masa.

-

Komputer mini berkeupayaan untuk beroperasi lebih pantas daripada komputer mikro serta ia juga mempunyai ruang storan yang lebih besar.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

5

Komputer mikro atau komputer peribadi (PC) -

Kategori sistem komputer yang paling pesat berkembang dalam industri komputer. Kecil, tidak mahal dan dibina khusus untuk kegunaan peribadi.

-

Ia juga boleh dirangkaikan untuk menjadi satu rangkaian (network).

-

Contoh komputer ialah komputer desktop, laptop

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

6

1.5 Kenali Microsoft Windows Antara sistem operasi yang terdapat di pasaran adalah seperti Microsoft Windows, Linux, Mac OS X dan lain-lain. Namun begitu Windows adalah pilihan pertama individu kerana senang digunakan berbanding sistem operasi lain. Windows adalah salah satu sistem operasi daripada Microsoft. Terdapat beberapa jenis Windows antaranya Windows 95, Windows 98, Windows ME, Windows NT, Windows XP dan yang terbaru ialah Windows Vista yang dilancarkankan pada tahun 2007. Dianggarkan lebih kurang 90% daripada jumlah komputer di seluruh dunia menggunakan sistem pengedalian Windows. Keluarga Microsoft Windows Pada

asalnya,

Microsoft

Windows

hanyalah

sekadar

berfungsi

untuk

menyediakan suasana pengendalian antaramuka grafik pengguna yang lebih mudah digunakan kepada pengguna MS-DOS, namun penggunaan Windows yang semakin meluas menjelang pertengahan dekad 1990-an menyebabkan Microsoft menaiktaraf perisian

Windows

kepada

sebuah

sistem

pengendalian.

Windows NT mula diperkenalkan pada tahun 1993 kepada pengguna perniagaan dengan menggunakan antaramuka yang serupa dengan Windows 3.x. Bermula tahun 2001, kesemua versi terkini Windows menggunakan teknologi NT sepenuhnya yang lebih stabil.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

7

Antara Versi-versi Windows •

Windows 1.0

Tarikh dikeluarkan : November 1985 •

Windows 2.0

Tarikh dikeluarkan : November 1987 •

Windows 3.0

Tarikh dikeluarkan : Mei 1990 •

Windows 3.1

Tarikh dikeluarkan : Mac 1992

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

8



Windows 95

Tarikh dikeluarkan : Ogos 1995 •

Windows 98

Tarikh dikeluarkan : Jun 1998 •

Windows 98 SE

Tarikh dikeluarkan : Mei 1999 •

Windows Me

Tarikh dikeluarkan : September 2000

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

9



Windows NT

Tarikh dikeluarkan : Julai 1996 •

Windows 2000



Tarikh dikeluarkan : Februari 2000 Windows XP

Tarikh dikeluarkan : Oktober 2001

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

10



Windows Vista

Tarikh dikeluarkan : 8 November 2006

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

11

Senarai Versi-versi Keluaran Windows Tarikh pelancaran

Nama produk

Versi

November 1985

Windows 1.01

1.01

November 1987

Windows 2.03

2.03

Mac 1989

Windows 2.11

2.11

Mei 1990

Windows 3.0

3.0

Mac 1992

Windows 3.1

3.1

Oktober 1992

Windows For Workgroups 3.1

3.1

Julai 1993

Windows NT 3.1

3.1

Disember 1993

Windows For Workgroups 3.11

3.11

September 1994

Windows NT 3.5

3.5

Mei 1995

Windows NT 3.51

3.51

Ogos 1995

Windows 95

4.0.950

Julai 1996

Windows NT 4.0

4.0

Jun 1998

Windows 98

4.10.1998

Mei 1999

Windows 98 SE

4.10.2222

Februari 2000

Windows 2000

5.0.3700.6690

September 2000

Windows Me

4.90.3000

Oktober 2001

Windows XP

5.1.2600

Mac 2003

Windows XP 64-bit Edition 2003

5.2.3790

April 2003

Windows Server 2003

5.2.3790

April 2005

Windows Edition

Julai 2006

Windows Fundamentals for Legacy 5.1.2600 PCs

XP

November 2006 (pelesenan jilid)/Januari Windows Vista 2007 (runcit)

Professional

x64

5.2.3790

6.0.6000

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

12

Ciri-ciri utama Terdapat pelbagai ciri utama dalam sistem operasi Windows terutama Windows XP. Ia mementingkan kepada tiga aspek utama iaitu aturan (setting), kemaskini dan tahap keselamatan. Windows XP ini juga menjadikan lebih mudah untuk menyusun dan menguruskan sumber sekuriti melalui perisian sekuriti mantap, mudah dicapai dan intuitif dengan aturan yang dipertingkatkan antaranya seperti pusat sekuriti Windows dan pengurusan berpusat bagi Windows Firewall dan Internet Explorer (IE) Di samping itu Windows XP SP2 ini juga membaiki keupayaan pengguna untuk memastikan sentiasa selamat melalui penyaluran lebih banyak maklumat bagi membuat keputusan yang membabitkan sekuriti dan tahap rahsia mereka. Ini termasuk kemas kini untuk pemacu penting serta sekuriti dan sokongan teknologi baru yang mana semuanya menyediakan pengalaman pengguna akhir lebih baik selain membolehkan pengkomputeran yang lebih produktif.Teknologi baru yang diperkenalkan itu adalah pengadang pop-up IE, menjadikan kegiatan melayari internet lebih selesa selain membolehkan pengguna mengurangkan iklan serta kandungan yang tidak diingini. Selain itu disediakan bar maklumat IE yang menyediakan maklumat terbaik mengenai aturan (setting) IE di samping memberi amaran kepada pengguna mengenai kawalan dan muat turun yang tidak disahkan. Selain daripada itu permukaan Windows juga adalah berlainan dengan Windows yang sebelumnya. Di dalam Microsoft Windows XP, permukaannya adalah lebih cantik yang di sebut sebagai Luna. Permukaan Windows XP juga boleh diubah-ubah samada yang telah sedia ada ataupun dengan menggunakan aplikasi lain antaranya yang popular adalah StyleXP, WindowBlinds dan lain-lain. Dengan adanya aplikasi ini pengguna Windows boleh menukarkan latar belakang (theme) Windows mengikut kemahuan pengguna antaranya pengguna boleh menukarkan permukaan Windows kepada permukaan perisian Mac OS X (Aqua), Linux dan lain-lain yang boleh dimuat turun di internet. Didalam perisian Windows juga memuatkan perisian yang sedia ada seperti Disk Defragmenter, Internet Explorer (IE), Paint, Wordpad dan sebagainya. Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

13

Antaramuka asas Microsoft Windows Sebaik sahaja proses but selesai, anda akan dapat melihat paparan antaramuka bagi Windows. Sebahagian besar bahagian paparan dikenali sebagai desktop dengan beberapa ikon bagi perisian aplikasi serta beberapa ikon sistem seperti My Computer (dikenali sebagai Computer di dalam Windows Vista), Recycle Bin dan sebagainya. Recycle Bin adalah folder sistem khas bagi menyimpan fail-fail yang hendak dibuang daripada cakera keras. Di sebelah bawah pula terdapat satu jalur nipis yang dikenali sebagai bar tugasan. Bar tugasan yang asas menempatkan menu Start, senarai program-program perisian dan aplikasi serta pintasan untuk fail. Ini membolehkan pengguna menukar program yang dibuka dengan pantas dan mudah tanpa mematikan program-program lain. Ciri tersebut menjadikan Windows sebagai sistem pengendalian berbilang tugasan (multi-tasking). Kebanyakan program aplikasi memaparkan antaramuka asas berbentuk segiempat yang dikenali sebagai tetingkap. Sebuah tetingkap mempunyai bar tajuk, bar menu, bar peralatan, ruang program serta bar status. Bar tajuk memaparkan ikon program, tajuk program, serta butang-butang Minimize (mengecilkan dan menyembunyikan program di dalam bar tugasan), Maximize (membesarkan tetingkap sehingga memenuhi ruang desktop)/Restore (mengembalikan tetingkap yang dibesarkan kepada saiz asal) dan Close (menutup program). Semua arahan di dalam Windows boleh dijalankan dengan mudah dengan menggunakan tetikus serta papan kekunci untuk memasukkan teks serta beberapa perintah.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

14

1.6 Kenali Windows XP

Windows XP adalah salah satu daripada keluarga sistem pengendalian Windows keluaran Microsoft. Akronim XP adalah kependekan daripada perkataan eXPerience (pengalaman). Semasa pembangunannya, Windows XP dikenali dengan nama kod Whistler sempena nama tempat percutian kebanyakan kakitangan Microsoft semasa pembangunannya iaitu di Whistler, British Columbia, Kanada. Dilancarkan pada 25 Oktober 2001, Windows XP adalah pewaris kepada Windows 2000 dan Windows Me, menjadikannya keluarga Windows berorientasikan pengguna terawal yang dibina berasaskan teknologi inti Windows NT. Setakat Januari 2006, lebih 400 juta salinan perisian Windows XP telah terjual di seluruh dunia. Windows XP kini telah digantikan dengan Windows Vista. Windows XP sangat dikenali kerana reputasinya sebagai salah satu sistem pengendalian paling stabil pernah dibina oleh Microsoft, kerana Windows XP dibina berasaskan teknologi Windows 2000 yang terbukti sangat stabil. Windows XP juga adalah versi Windows pertama yang menggunakan teknologi pengaktifan perisian (dan seterusnya Windows Genuine Advantage) bagi mengekang kegiatan cetak rompak, walaupun mekanisme pengaktifan tersebut telah berjaya ditangani oleh lanun-lanun cetak rompak. Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

15

Sejarah pembangunan Sejarah pembangunan Windows XP bermula sejak daripada proses pembangunan Windows 2000 yang asalnya dibina bagi menggantikan Windows NT 4.0 dan Windows 98, Walau baganmanapun, rancangan tersebut telah diubah apabila Microsoft melancarkan Windows 98 SE. Pada tahun 1999, Microsoft mula membangunkan Windows Neptune sebagai versi pengguna rumah bagi Windows 2000. Walau bagaimanapun, projek Neptune tersebut dibatalkan dan digantikan dengan Windows Me, iaitu sistem pengendalian keluarga Windows 9x yang terakhir. Projek Neptune tersebut kemudiannya digantikan dengan projek Whistler yang seterusnya membentuk Windows XP. Windows XP dilancarkan pada 25 Oktober 2001, dan sejak daripada itu 2 pek servis telah dilancarkan. Pek servis ketiga (Windows XP SP3) masih dalam peringkat pembangunan.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

16

Edisi Windows XP Secara umumnya, Windows XP secara lazimnya terdiri daripada 2 versi utama, iaitu:•

Windows XP Home Edition - versi yang disasarkan kepada pengguna rumah.



Windows XP Professional - versi yang disasarkan untuk kegunaan perniagaan dan pengguna komputer berkuasa tinggi. Windows XP Professional mengandungi ciri-ciri istimewa yang tidak terdapat pada versi Home Edition.

Selain itu, terdapat edisi khas Windows XP yang dibina untuk beberapa jenis komputer khusus, iaitu:•

Windows XP 64-bit Edition - untuk komputer stesen kerja yang menggunakan pemproses



Intel

Itanium.

Windows XP Professional x64 Edition - untuk komputer dengan pemproses 64bit (jangan terkeliru dengan edisi 64-bit di atas, ia hanya untuk komputer stesen kerja



dengan

pemproses

Intel

Itanium

sahaja).

Windows XP Media Center Edition - untuk komputer pusat media. Pusat media adalah komputer khas yang turut dilengkapi talaan siaran televisyen dan radio serta pelbagai ciri-ciri lain. Edisi ini tidak dijual berasingan tetapi disertakan dengan



komputer

pusat

media

tersebut.

Windows XP Tablet PC Edition - untuk komputer riba khas yang dikenali sebagai PC tablet. Tidak seperti komputer riba biasa, PC tablet menggunakan sistem pengecaman tulisan pengguna dan pengguna "menulis" menggunakan pen stylus pada skrin yang sensitif dengan pen tersebut. Seperti pusat media, edisi PC tablet tidak dijual berasingan dan disertakan dengan pembelian PC tablet tersebut.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

17



Windows XP Embedded - sistem pengendalian mobil bagi peralatan elektronik pengguna khusus seperti mesin ATM, peranti perubatan, permainan video arked, terminal



jualan

serta

komponen

VoIP.

Windows Fundamentals for Legacy PCs - disasarkan kepada sebilangan kecil pengguna khusus Microsoft Software Assurance yang ingin menggunakan Windows XP tetapi hanya mampu memiliki komputer lama (seawal zaman pemproses

Pentium).

Windows XP Starter Edition Windows XP Starter Edition adalah versi berkos rendah yang diedarkan di beberapa buah negara termasuklah Malaysia. Di Malaysia, Windows XP Starter Edition menggunakan Bahasa Malaysia bertujuan untuk membantu meningkatkan kadar celik IT di kalangan pengguna serta bagi memerangi cetak rompak. Sungguhpun demikian, versi tersebut mempunyai beberapa limitasi, iaitu Starter Edition hanya boleh digunakan pada komputer berkuasa rendah, membenarkan sehingga hanya 3 perisian dibuka pada satusatu masa, serta terdapat beberapa ciri yang dimansuhkan ataupun dinyahupayakan.

Windows XP edisi N Pada Mac 2004, Kesatuan Eropah telah menyaman Microsoft sejumlah Pound Sterling 497 juta (AS$603 juta) atas dakwaan memonopoli perisian pemain media menerusi penyertaan Windows Media Player di dalam sistem pengendalian Windows. Selain itu, Microsoft diperintahkan untuk menghasilkan versi Windows XP tanpa Windows Media Player, dikenali sebagai edisi N (tanpa Windows Media Player). Walau bagaimanapun, edisi N tersebut mendapat sambutan dingin di kalangan pengguna serta pengeluar komputer kerana harga bagi edisi N adalah sama dengan edisi biasa dengan Windows Media Player, menyebabkan pengguna dan pengeluar berasa rugi.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

18

Ciri-ciri terkini dan diperbaharui Windows XP memperkenalkan beberapa ciri terkini, antaranya:•

Proses memulakan Windows dan hibernasi yang lebih pantas.



Keupayaan untuk menyisihkan pemacu peranti yang lebih baru dan kembali ke pemacu peranti lama sekiranya pemacu peranti yang baru menimbulkan masalah. Ciri ini dikenali sebagai pengembalian pemacu peranti (driver rollback).



Antaramuka yang lebih mesra pengguna serta rangka kerja yang membolehkan syarikat perisian mereka tema paparan.



Penukaran pengguna pantas, yang membolehkan pengguna menukar ke akaun pengguna lain tanpa menutup program di dalam akaun pengguna yang masih terbuka.



Mekanisme penjanaan fon ClearType bagi membolehkan teks pada monitor LCD dapat dibaca dengan jelas.



Fungsi Remote Desktop,

yang membolehkan

pengguna mengendalikan

komputernya dari komputer lain yang turut menggunakan Windows XP melalui rangkaian komputer ataupun internet. •

Menyokong modem DSL serta rangkaian tanpa wayar.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

19

Antaramuka (interface) Antaramuka Windows XP adalah berorientasikan tugasan. Menu Start dan enjin pencari direka semula dan pelbagai kesan visual turut ditambah, termasuklah:•

Petak segiempat tepat dengan warna biru lutcahaya di dalam Explorer



Grafik seakan-akan "watermark" pada ikon folder, menunjukkan jenis fail yang tersimpan di dalamnya



Bayang-bayang pada label ikon di dalam desktop



Bar tepi berasaskan tugasan pada tetingkap Explorer



Keupayaan untuk menghimpunkan banyak butang tetingkap bagi program yang sama pada satu butang sahaja



Keupayaan untuk mengunci bar tugasan serta bar alatan lain bagi mengelakkan perubahan yang tidak disengajakan



Paparan program yang baru dipasang pada menu Start



Bayang-bayang di bawah menu (Windows 2000 ada bayang-bayang pada kursor tetikus, tetapi bukan pada menu)

Tema persekitaran Windows XP dikenali sebagai Luna, tetapi pengguna berupaya untuk menukar tema lain dengan memasang program penukar tema yang boleh dimuat turun melalui internet.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

20

Keperluan sistem Keperluan sistem adalah seperti berikut:Minimum

Disyorkan

Pemproses

233 MHz

300 MHz tinggi

Ingatan

(mungkin 64 MB RAM 128 MB RAM lebih mengehadkan prestasi dan tinggi sebahagian ciri-ciri)

Kad grafik dan monitor

Super VGA (800 x 600)

Ruangan bebas cakera keras 1.5 GB

atau

lebih

Super VGA (800 x 600) atau resolusi lebih tinggi 1.5 GB tinggi

atau

lebih

Pemacu

CD-ROM

CD-ROM atau lebih baik

Peranti

Papan kekunci and tetikus

Papan tetikus

Lain-lain

Kad bunyi, pembesar suara, and Kad bunyi, pembesar fon kepala suara dan fon kepala

kekunci

dan

Nota: Windows XP SP2 memerlukan tambahan 1.8 GB cakera keras bagi tujuan pemasangan.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

21

Pek servis dan sokongan Setakat ini Microsoft telah menghasilkan 2 pek servis, dan Service Pack 3 (SP3) masih dalam peringkat pembangunan. Windows XP tanpa pek servis Sokongan tanpa pek servis telah tamat pada 30 September 2004. Service Pack 1 Dilancarkan pada 9 September 2002, SP1 dilengkapi utiliti bagi membolehkan pengguna memilih perisian aplikasi utama bagi aktiviti seperti melayari laman web. SP1 juga menyokong USB 2.0 dan SATA. Sokongan terhadap SP1 tamat pada 10 Oktober 2006. Service Pack 2 Windows XP SP2 dilancarkan pada 6 Ogos 2004 dengan memfokuskan terhadap keselamatan sistem. SP2 dilengkapi perisian firewall yang lebih bersepadu, sokongan WiFi yang lebih baik, penyekat iklan "pop-up" pada Internet Explorer dan Pusat Keselamatan Windows yang memantau keadaan perisian antivirus, Windows Update dan perisian firewall. SP2 juga turut menyokong teknologi Bluetooth. Service Pack 3 Setakat ini Windows XP SP3 masih lagi dalam peringkat pembangunan, namun Calon Pelancaran (Release Candidate) bagi SP3 sudah mula dikeluarkan pada 4 Disember 2007 (bagi pelanggan TechNet dan MSDN) dan 18 Disember 2007 bagi pengguna umum. Versi sebenar bakal dilancarkan pada setengah tahun pertama tahun 2008.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

22

Kitaran jangka hayat sokongan Sokongan terhadap Windows XP tanpa pek servis serta SP1 telah pun ditamatkan, manakala sokongan terhadap SP2 akan tamat dalam masa 4 tahun selepas dilancarkan. Walaupun Microsoft memberi jaminan Windows XP masih boleh didapati di pasaran dalam masa 12 bulan selepas pelancaran Windows Vista di pasaran antarabangsa pada 30 Januari 2007, kebanyakan pengeluar komputer sudah tidak lagi menjual komputer baru dengan Windows XP hanya beberapa bulan selepas pelancaran Vista. Pada 14 April 2009, Windows XP akan memasuki fasa pemanjangan sokongan yang akan tamat pada tahun 2014.

10 kelebihan Windows XP SP2 Terdapat 10 kelebihan dalam Windows XP SP2 .Antara kelebihannya ia lebih mementingkan keselamatan. Antara konsep keselamatan yang telah dipertingkatkan dalam Windows ini ialah: 1. Membantu melindungi PC daripada fail sisipan yang merbahaya. Caranya, dengan mengingatkan anda terhadap mana-mana fail sisipan yang mungkin tidak selamat. SP2 membantu melindungi PC daripada virus-virus yang boleh merebak melalui Internet

Explorer,

Outlook

Express,

dan

Windows

Messenger.

2. Menambah baik ciri perlindungan aspek “privacy” anda terutamanya apabila berada di dalam web. SP2 membantu melindungi maklumat persendirian anda dengan menggunakan ketetapan keselamatannya yang melindungi PC anda daripada fail dan kandungan yang dipindah terima melalui Internet Explorer.

3. Menghindari pindah terima yang berpotensi tidak selamat. Pemantauan pindah terima Internet Explorer dan Internet Explorer Information Bar akan mengingatkan anda mengenai pindah terima yang mungkin merbahaya dan

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

23

samping memberikan pilihan untuk menyekat fail-fail yang mungkin berbahaya.

4. Mengurangkan gangguan tetingkap “pop-up”. Ciri baru SP2 yang dinamakan Internet Explorer Pop-Up Blocker bakal menjadikan pelayaran Internet anda lebih menyeronokkan. Caranya dengan membantu anda mengurangkan iklan-iklan yang tidak

diingini

dan

kandungan

yang

muncul

apabila

melayari

web.

5. Menyediakan perlindungan firewall sejak PC anda dimulakan sehingga PC dimatikan. SP2 diengkapi dengan Firewall Windows dalaman yang berkuasa dan pada asasnya sedia diaktifkan. Ini membantu melindungi Windows XP daripada pelbagai virus

dan

cecacing

yang boleh

merebak

menerusi

Internet.

6. Menyediakan pusat kawalan keselamatan yang lebih baik. SP2 dilengkapi pusat kawalan keselamatan lebih baik yang dikenali sebagai Windows Security Center. Pusat ini membolehkan anda melihat status keselamatan dengan mudah dan mengurus ketetapan utama keselamatan pada satu tempat yang selesa.

7. Menyediakan kemaskini keselamatan yang mudah. Penambah baikan terhadap ciri Automatic Updates Windows XP telah memudahkan lagi proses untuk mengemaskini Windows. Selain itu, teknologi baru juga ditambah untuk membantu pengguna internet “dial-up” memindah terima kemaskini dengan lebih efisyen.

8. Menyediakan perlindungan terhadap alamat e-mel. SP2 juga telah membuat penambah baikan terhadap aplikasi Outlook Express dalam usaha untuk mengurangkan kemasukan e-mel yang tidak dikehendaki. Caranya, dengan membataskan kemungkinan alamat e-mel anda dieksplotasi oleh penghantar spam.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

24

9. Mencegah kelumpuhan (crash) akibat pemasangan perisian tambahan pelayar Web. Ciri baru Add-On Manager di dalam Internet Explorer memudahkan anda melihat dan mengawal perisian tambahan. Ini dikatakan dapat mengurangkan berlakunya kelumpuhan dan anda boleh melayari web dengan bebas.

10. Memudahkan penggunaan wayarles. SP2 terus menyokong penggunaan wayarles dengan memudahkan lagi proses untuk mencari dan berhubung dengan rangkaian wayarles di rumah atau dalam perjalanan.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

25

1.7 Kenali Windows Vista

Windows Vista adalah versi keenam bagi keluarga sistem pengendalian Microsoft Windows. Windows Vista mula dipasarkan kepada pengeluar OEM pada 8 November 2006 dan dilancarkan oleh Microsoft bagi pasaran Malaysia pada 8 Februari 2007. Windows Vista mempunyai antaramuka terkini yang cantik dan lutsinar, dikenali sebagai Aero. Semasa peringkat pembangunannya, Windows Vista dikenali dengan nama kodnya iaitu Longhorn sehinggalah ia memperoleh nama rasminya pada 22 Julai 2005. Keluaran Windows Vista didatangi lebih daripada lima tahun selepas perkenalan, Windows XP, menjadi tempoh terpanjang di antara dua keluaran Microsoft Windows. Windows Vista telah diberikan banyak taksiran negatif. PC World telah menyenaraikan #1 dari "15 teknologi mengecewakan 2007," mengatakan bahawa banyak pengguna suka bergantung pada XP, manakala lain-lain yang sudah meningkat telah menjatuhkan semula.". Kritikan Windows Vista memasukkan masa pembangunan yang berpanjangan, perlesenan paling terbatas, pemasukan teknologi Pengurusan Hak Digital baru bertujuan menyekatkan salinan media digital yang dilindungi, kekurangan pemandu bahan (driver) untuk sesuatu perkakasan dan pengguna ciri-ciri baru lain seperti User Account Control.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

26

Edisi Windows Vista 1. Starter Edition - disasarkan kepada komputer berspesifikasi rendah untuk meningkatkan kadar celik IT terutamanya di kawasan pedalaman serta didapati dalam beberapa bahasa tempatan seperti versi Bahasa Malaysia (Windows Vista Starter Edition bahasa Melayu.) Versi Starter Edition tidak dilengkapi antaramuka Aero. 2. Home Basic - untuk pengguna komputer rumah yang hanya sekadar melepasi keperluan minima Vista Capable dan menggunakan komputer untuk tugasan asas sahaja. Versi Home Basic juga tidak dilengkapi antaramuka Aero. 3. Home Premium - untuk sebahagian besar pengguna komputer rumah. 4. Enterprise - untuk perniagaan berskala kecil yang menyertai program Microsoft Software Assurance. 5. Business - disasarkan untuk semua jenis perniagaan. 6. Ultimate - merangkumi kesemua ciri-ciri yang terkandung dalam edisi Home Premium dan Business, disasarkan kepada pengguna komputer yang berkuasa tinggi. Versi tanpa Windows Media Player bagi edisi-edisi di atas, dikenali sebagai versi N juga didapati di Eropah akibat tindakan undang-undang yang dikenakan oleh Kesatuan Eropah terhadap Microsoft kerana menyertakan Windows Media Player di dalam Windows.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

27

Ciri-ciri utama Windows Vista 1. Pemasangan yang pantas - Windows Vista adalah versi Windows pertama yang menggunakan DVD-ROM, malah tempoh pemasangannya juga lebih singkat daripada versi terdahulu Windows. Antaramuka menu yang digunakan semasa pemasangan Windows juga adalah antaramuka grafik pengguna sepenuhnya, menjadikan

pemasangan

Windows

Vista

lebih

mudah

dan

pantas.

2. Indeks Pengalaman Windows - Indeks Pengalaman Windows adalah satu skema pemarkahan perkakasan oleh Microsoft bagi menguji keupayaan konfigurasi komputer yang digunakan untuk menjalankan Windows Vista. Markah bagi indeks tersebut diambil berdasarkan markah terendah bagi perkakasan yang digunakan. Indeks tersebut berguna sebagai panduan buat pengguna untuk menilai spesifikasi komputer mereka serta merancang naik taraf yang diperlukan sekiranya

markah

yang

diperolehi

adalah

rendah.

3. Antaramuka Aero - Windows Vista menggunakan antaramuka grafik terbaru yang dikenali sebagai Aero. Antaramuka Aero ini kelihatan cantik dan lutsinar tetapi untuk memperolehi antaramuka ini, sesebuah komputer perlu mempunyai spesifikasi yang mencukupi bagi melepasi keperluan antaramuka Aero iaitu 3 markah

dalam

Indeks

Pengalaman

Windows.

4. Pengurusan sistem bersepadu - Program utiliti pengurusan fail iaitu Windows Explorer kini disepadukan dengan panel kawalan Control Panel serta beberapa perisian utiliti Windows yang lain untuk kawalan yang lebih berkesan serta memberikan pengalaman baru yang berbeza kepada pengguna Windows.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

28

5. Ease of Access - Bahagian Ease of Access menggantikan Accessibility bagi tujuan membantu orang kurang upaya untuk menggunakan komputer. Di dalam Ease of Access ini, sistem pengecaman suara serta bacaan telah disepadukan sepenuhnya bagi membolehkan pengguna kurang upaya menggunakan komputer dengan

lebih

mudah.

6. Enjin pencari yang lebih cekap - Enjin pencari yang digunakan Windows Vista akan terus mencari fail yang diingini sambil pengguna sedang menaip nama fail. Teknik

pencarian

sebegini

dapat

menjimatkan

masa

pengguna.

7. Menu Start yang dikemaskini - Menu Start di dalam Windows Vista dikemaskini dengan menu program berstruktur pohon agar lebih tersusun berbanding versi terdahulu Windows. Selain itu, menu Start di dalam Vista turut dilengkapi enjin pencari bagi membolehkan pengguna mencari program.

8. User Account Control - Di dalam Windows Vista, sebarang perubahan kepada sistem komputer hanya boleh dilakukan oleh pentadbir sistem iaitu pemilik komputer sendiri untuk mengelakkan sebarang perubahan yang tidak diingini kepada sistem komputer. Bagi mengukuhkan tahap keselamatan, Windows akan mengeluarkan tetingkap pertanyaan bagi mengesahkan sebarang perubahan kepada sistem. Namun demikian, pengguna akaun bukan pentadbir boleh melakukan perubahan sistem tetapi dengan meminta nama pentadbir dan kata laluannya, berbeza dengan Windows XP yang langsung tidak membenarkan pengguna akaun bukan pentadbir untuk melakukan perubahan walaupun sekadar membetulkan jam dan tarikh, tetapi dalam masa yang sama pengguna akaun pentadbir dapat mengawal sistem dengan terlalu bebas dan terdedah kepada risiko keselamatan. 9. Preview Thumbnail - Dengan menggerakkan tetikus ke ikon program yang sedang berjalan pada bar tugasan, pengguna dapat melihat sepintas lalu kandungan

program

yang

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

dibuka.

29

10. Windows Flip 3D - Dengan menekan kombinasi kekunci Windows+Tab, pengguna boleh melihat secara sekali imbas tetingkap program-program yang telah dibuka, berbeza dengan cara lama iaitu kombinasi Alt+Tab yang hanya membolehkan

pengguna

melihat

ikon

program

yang

dibuka.

11. Windows Defender - Windows Defender adalah perisian anti-spyware percuma yang didatangkan bersama Windows Vista untuk melindungi sistem pengendalian daripada serangan perisian spyware. 12. Internet Explorer 7 - Internet Explorer 7 ialah versi terbaru pelayar Web keluaran Microsoft. Antara ciri-ciri utamanya termasuklah pelayaran bertab, ejen pencari

bersepadu

serta

pengurusan

plug-in.

13. Windows Media Player 11 - Versi terkini pemain media digital Microsoft ini turut dilengkapi enjin pencari yang mencari fail media sambil pengguna menaip nama fail bagi membolehkan pengguna mencari dan memainkan fail media dengan

pantas.

14. Windows Update - Pada versi terdahulu Windows, Windows Update memerlukan pengguna memasuki laman web Windows Update melalui pelayar Internet Explorer. Malangnya, sesetengah pengguna yang mempunyai masalah dengan pelayar Internet Explorer mereka tidak dapat mengemaskini sistem pengendalian Windows mereka, tambahan pula Windows Update hanya menyokong pelayar Internet Explorer sahaja. Bagi mengatasi masalah ini, Windows Vista menyepadukan Windows Update di dalam Control Panel, membolehkan pengguna mengemaskini perisian Windows mereka tanpa perlu membuka

Internet

Explorer.

15. Windows Vista ReadyBoost - Teknologi ini membolehkan Windows memanfaatkan ruang kosong di dalam pemacu kilat USB untuk menambah baik prestasi

ingatan

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

Windows.

30

16. Windows Photo Gallery - Windows Photo Gallery adalah perisian pengurusan fail imej bagi menggantikan Windows Image and Fax Viewer dalam Windows XP. Jika dahulunya fungsi Windows Image and Fax Viewer hanya terhad untuk memaparkan imej, Windows Photo Gallery boleh mengimport gambar dari kamera digital serta melakukan sedikit suntingan ringan pada gambar.

17. Bar tepi (sidebar) - Bar tepi menempatkan beberapa perisian mini yang dipanggil gajet

seperti

jam,

kalendar,

nota

kecil

serta

ramalan

cuaca.

18. Windows Ultimate Extras - Windows Ultimate Extras adalah sekumpulan perisian tambahan yang boleh dimuat turun secara percuma melalui Windows Update khusus untuk pengguna Windows Vista Ultimate sahaja.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

31

Keperluan sistem Buat masa kini, keperluan sistem untuk pemasangan Windows Vista boleh dikatakan agak berat. Spesifikasi minimum Windows Vista boleh dibahagikan kepada 2 iaitu Vista Capable dan Vista Premium Ready. Sesebuah komputer yang melepasi keperluan Vista Premium Ready dapat menikmati ciri-ciri hebat Windows Vista dengan lancar tanpa terasa berat serta dapat menikmati antaramuka Windows Aero. Sungguhpun demikian, sesetengah perisian menyebabkan Windows menggunakan antaramuka asas secara sementara walaupun melepasi spesifikasi Vista Premium Ready dan kembali kepada antaramuka Aero setelah perisian tersebut ditutup.

Keperluan sistem Windows Vista Vista Capable

Vista Premium Ready

Pemproses

800 MHz

1.0 GHz

Ingatan

512 MB RAM

1 GB RAM

Kad grafik

Serasi DirectX 9

GPU serasi DirectX 9 dengan Pembayang Piksel Perkakasan v2.0 dan sokongan pemacu WDDM 1.0

Kad Video Grafik

N/A

128 MB RAM

Kapasiti cakera keras

20 GB

40 GB

Ruangan bebas cakera keras

15 GB

15 GB

Pemacu lain

CD-ROM

DVD-ROM

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

32

Pek servis Microsoft sekali-sekali mengeluarkan pek-pek servis untuk sistem pengendalian Windows untuk membaiki masalah-masalah dan menambahkan ciri-ciri. Service Pack 1 Windows Vista Service Pack 1 (SP1) yang sekarang dalam pembangunan dan dicadangkan untuk keluaran berserta dengan Windows Server 2008 pada suku pertama 2008. Beta Windows Vista Service Pack 1 pertama, pembinaan 16659, yang dikeluarkan pada 24 September 2007 dan sekarang diuji oleh peserta TechBeta dalam Program Beta Windows Vista SP1 dan juga pelanggan TechNet dan MSDN. Pada 12 Disember 2007, Microsoft mengeluarkan Windows Vista Service Pack 1 (SP1) Release Candidate sebagai beta kepada awam am. Pembinaan RC didokumenkan mengandungi 489 tampalan, sebanyak daripadanya yang didokumenkan dalam Pangkalan Ilmu Microsoft tetapi tidak ada untuk muat turun. Kertas putih diterbitkan oleh Microsoft pada akhir Ogos 2007 menjelaskan tujuan pek servis, mengecamkan tiga kawasan kemajuan major: kebolehpercayaan dan pencapaian, pengalaman pentadbiran dan penyokong untuk perkakasan dan piawai baru.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

33

1.8 Ubuntu

Apa itu Ubuntu?

Ubuntu adalah distribusi Linux yang popular pada masa ini. Ia direka dengan tujuan untuk menggantikan Microsoft Windows sebagai sistem operasi yang paling banyak digunakan di dunia secara percuma. Perkataan Ubuntu berasal dari bahasa Zulu dan Xhosa. Ubuntu ( diucapkan “oo-BOON-too ) dipandang sebagai salah satu asas pendirian republik baru Afrika Selatan dan berhubung dengan ide kebangkitan kembali Afrika.Terjemahan singkat dari makna Ubuntu adalah"kemanusiaan untuk semua". Ubuntu merupakan satu sistem sistem operasi lengkap Linux yang sesuai untuk komputer riba (Notebook), Komputer peribadi (Desktop) dan komputer pelayan (server). Ia boleh digunakan secara bebas dan percuma di rumah, di pejabat, di sekolah dan lainlain. Ubuntu dibangun dari komponen yang keseluruhannya bersifat sumber terbuka dengan modifikasi utama untuk kemudahan penggunaan dan menghijrahkan pengguna komputer yang sudah biasa menggunakan Microsoft Windows. Ubuntu juga dilengkapi pelbagai aplikasi seperti pemprosesan kata, pembaca mel elektronik, perisian pelayan jaringan

dan

alat-alat

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

pengaturcaraan.

34

Ubuntu adalah percuma dan sentiasa akan percuma dan sumber terbuka. Anda boleh memuat turun Ubuntu dan dikongsi bersama rakan-rakan dan musuh anda tanpa perlu membayar lesen penggunaan seperti Windows. Selain itu sistem operasi Ubuntu yang berasaskan Linux juga kebal dan anda tidak perlu menggunakan perisian anti-virus untuk mempertahankan sistem komputer anda. Jarang berlaku jangkitan virus berlaku kepada linux. Ubuntu akan mengeluarkan versi terbaru sistem operasinya setiap 6 bulan yang akan mengandungi teknologi, kreativiti dan inovasi terbaru dunia perisian percuma dan sumber terbuka untuk komputer peribadi dan komputer pelayan anda. Setiap 2 tahun Ubuntu juga akan mengeluarkan versi LTS atau "Long Term Support" (Sokongan Jangka Panjang) yang akan disokong selama 3 tahun untuk komputer peribadi dan 5 tahun untuk komputer pelayan. Ini sesuai untuk digunakan di dalam persekitaran aplikasi kritikal syarikat. Ubuntu juga unik kerana ia dikeluarkan di dalam 1 CD sahaja dan ini memudahkan pengguna untuk memuat-turun. Pemasang Ubuntu juga sangat mesra pengguna dan bergrafik yang sangat mudah dan menarik untuk membolehkan anda menggunakan Ubuntu (termasuk aplikasi produktiviti pejabat dan semua pemacu) dalam masa lebih kurang 25 minit sahaja. Versi terakhir, Ubuntu 7.10 (Gutsy Gibbon), dikeluarkan secara rasmi pada 18 Oktober 2007. Versi 8.04 LTS (Hardy Heron) dijadualkan pada April 2008. Versi 8.04 diberi label LTS, iaitu "sokongan jangka masa panjang" (long term support), bermakna bahawa ia akan diselenggara oleh Canonical Ltd. selama tiga tahun untuk versi atas meja (desktop) dan lima tahun untuk versi pelayan (server). Terdapat tiga anak projek rasmi Ubuntu, iaitu Kubuntu, Xubuntu, dan Edubuntu. Masing-masing menggunakan kod teras yang sama, cuma Kubuntu didatangkan dengan KDE sebagai persekitaran desktop alternatif, Xubuntu didatangkan dengan Xfce untuk komputer berkuasa rendah, manakala Edubuntu pula disasarkan kepada komputer dalam bilik darjah.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

35

Versi Keluaran Ubuntu Setiap Keluaran Ubuntu mempunyai kod nama dan nombor versi. Nombor versi adalah berdasarkan tahun dan bulan dari keluaran. Sebagai contoh, keluaran Ubuntu yang pertama, 4.10, telah dikeluarkan pada 20 Oktober 2004. Daftar keluaran Ubuntu yang dikeluarkan : Versi

Tarikh Keluaran

Kod Nama

4.10 5.04 5.10

20 Oktober 2004 8 April 2005 13 Oktober 2005

Warty Warthog Hoary Hedgehog Breezy Badger

6.06 LTS (Sokongan Jangka Panjang)

1 Jun 2006

Dapper Drake

6.10 7.04 7.10

26 Oktober 2006 19 April 2007 18 Oktober 2007

Edgy Eft Feisty Fawn Gutsy Gibbon

8.04 LTS (Sokongan Jangka Panjang)

Dijadualkan pada April Hardy Heron 2008

Disokong sehingga 30 April 2006 31 Oktober 2006 13 April 2007 Jun 2009 (desktop) Jun 2011 (server) April 2008 Oktober 2008 April 2009 April 2011 (desktop) April 2013 (server)

CD Ubuntu boleh didapati secara percuma dalam bentuk ISO ataupun CD.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

36

PERKAKASAN

2.1 Mengenali Perkakasan Sebelum kita memulakan pemasangan komputer kita, kita perlu mengenali perkakasan atau komponen – komponen komputer yang akan kita gunakan dan pasang pada komputer kita nanti. Dengan ini, kita akan dapat mengenali perkakasan-perkakasan yang berkaitan dengan lebih mudah.

Peralatan Pemasangan

Sebelum kita memulakan pemasangan, peralatan yang kita gunakan ialah :

1. Playar, 2. Pemutar skru philips bermagnet dan 3. Pemutar skru biasa bermagnet.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

37

2.2 Komponen Utama Perkakasan Kekisi (Casing)

o Berperanan sebagai pusat pemasangan pelbagai perkakasan dan komponen komputer. Ia juga sebagai pelindung kepada perkakasan – perkakasan komputer yang dipasang dari rosak akibat persekitaran seperti kotor debu, mengelakkan dari di sentuh atau di pegang dan mengelakkan dari litar pintas pada perkakasan kerana telah diskru dengan kemas. o Sebelum memilih kekisi kita perlu tentukan sama ada kita memerlukan ruang yang lebih untuk melakukan peningkatan atau menaik taraf perkakasan kita dimasa hadapan atau tidak. Sekiranya anda bercadang mahu melakukan naik taraf komputer pada masa hadapan, adalah dicadangkan membeli kekisi jenis tower.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

38

o Terdapat dua jenis kekisi :

1. Tower – Full tower, medium tower, midi Tower dan mini tower - Berbentuk fizikal menegak dan tinggi.

2. Desktop – Desktop dan Slimline - Berbentuk fizikal melintang

o Di antara jenis kekisi ini, kekisi jenis tower adalah baik kerana dari segi aliran udaranya yang lebih besar dan luas mengurangkan kepanasan di dalam kekisi yang kadang-kadang sekiranya terlalu panas akan mengakibatkan komputer bermasalah seperti tergantung (hang) atau sukar digunakan.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

39

Pembekal Kuasa (Power supply)

o Setiap komponen menerima bekalan elektrik daripada pembekal kuasa. o Antara komponen yang menerima bekalan kuasa secara terus seperti papan

induk,

cakera

keras,

pemacu

cakera

liut

dan

CD-ROM / DVD-ROM. o

Bekalan kuasa biasanya telah tersedia sekiranya kita membeli unit kekisi (casing) yang baru.

o Terdapat dua jenis pembekal kuasa yang biasa digunakan iaitu : Jenis AT – unit bekalan kuasa jenis ini mempunyai suis OFF dan ON. Jenis ATX – unit bekalan kuasa jenis ini mempunyai suis seperti butang yang lembut seperti butang RESET. Untuk mengaktifkan kita hanya perlu menekan sekali butang Power. Unit bekalan kuasa jenis ini akan mati dengan sendiri apabila Windows melakukan sistem shutdown. Tetapi sekiranya proses ini juga gagal, kita boleh mematikan untuk bekalan kuasa dengan menekan butang power selama 5 saat. Kebanyakkan masa kini unit bekalan kuasa dibekalkan dari jenis ATX. o Kebanyakkan kekisi sekarang menggunakan ATX. Kapasiti yang biasa terdapat ialah 230w - 380w.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

40

Papan Induk (motherboard)

o Papan induk merupakan papan litar yang paling besar dan utama didalam sesebuah sistem komputer. Ia mengandungi punca sambungan , slot RAM slot kad sokongan dan lain-lain yang boleh dipasangkan kepadanya. o Papan induk (motherboard) merupakan pusat yang menghubung serta tapak bagi CPU (dikenali juga prosesor), BIOS, ingatan utama (RAM), antaramuka storan, liang bersiri(serial) dan selari (parallel) slot tambahan, penyambungan monitor, tetikus, papan kekunci, pembesar suara dan sebagainya.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

41

o Pemilihan papan induk perlu sesuai dengan CPU yang digunakan. Ini kerana kelajuan External Bus CPU mesti sama dengan kelajuan External Bus yang disokong oleh papan induk. Ia juga perlu mempunyaoi slot soket yang sama dengan pemproses. Contohnya, sekiranya anda mahu memasang pemproses atau CPU Pentium D ia menggunakan soket 775 jadi papan induk juga perlu menyokong jenis soket 775 supaya pemproses atau CPU dapat dipasang pada papan induk dan boleh berfungsi. o Jenama juga memainkan peranan penting bagi menentukan kualiti, tahap keupayaan dan kelebihan setiap papan induk yang berjenama. o Setiap model pemproses yang dihasilkan, ia mempunyai soket yang berbeza kerana menyokong rekabentuk pemproses yang mempunyai teknologi yang berbeza terutama dari segi teknologi litar, kepantasan dan jumlah guna tenaga yang digunakan. Setiap soket yang berbeza ini perlu disokong oleh papan induk untuk menggunakan jenis soket yang sama.

Soket 478 - Pentium 4.

Soket 775 - Pentium 4, Pentium D, Pentium Dual Core, Pentium Core 2 Duo. Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

42

Soket A - AMD Athlon dan Duron.

Soket 754 – AMD Athlon

Soket 940 – AMD Sempron, AMD Athlon

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

43

Unit Pemprosesan Pusat (CPU)

o Juga dikenali sebagai pemproses dalam Bahasa Malaysia atau dalam bahasa inggerisnya ialah processor. o Unit pemprosesan pusat (CPU) atau pemproses merupakan otak bagi sesebuah sistem komputer. o Ia berperanan menterjemah data input kepada maklumat output yang dikehendaki. Memindahkan hasil-hasil pemprosesan kepada bentuk yang difaham dan boleh digunakan oleh manusia ataupun komputer - komputer lain pengguna.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

44

o Unit pemprosesan pusat (CPU) berperanan untuk melaksanakan serta mengawal keseluruhan operasi komputer. Hampir semua pengiraan serta penentuan logikal dilaksanakan disini. o Kelajuan dalaman (Internal Bus) atau biasa dipanggil sebagai CPU speed. Kelajuan 1GHz, 2GHz dan sebagainya merujuk kepada kelajuan dalaman. Semakin tinggi nilainya maka semakin lajulah data tersebut diproses. o Kelajuan luaran (External Bus) atau dikenali sebagai Bas Luaran merupakan kelajuan diluar CPU tersebut dan mesti disokong dengan kelajuan papan induk (motherboard). Ia juga dikenali sebagai Front Bus. Sekiranya Bas Luaran untuk CPU tersebut adalah 800MHz maka papan induk mesti mempunyai kelajuan BAS yang sama. Bas luaran berbeza diantara CPU yang berlainan. Semakin tinggi kelajuan luaran maka prestasi

komputer

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

meningkat.

45

Jadual dua jenama CPU iaitu Intel dan AMD, jenis soket, saiz cache dan kelajuan bas atau CPU speed. Internal Jenis CPU

Soket

L2 Cache

External

Bus

Bus

(CPU speed)

66 – 100MHz Soket 478 (versi lama)

128KB

850MHz – 2.2GHz

400MHz (1.7GHz keatas)

Soket 775 (versi

512KB

1.6GHz

800MHz

terkini)

Soket 478 (versi lama)

256KB

Soket 775 (versi

256KB

terkini)

Soket 775

2MBX2

1.7 – 3.06 GHz

1.7 – 3.06 GHz

3.40 GHz

400 – 533 MHz

400 – 533 MHz

800MHz

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

46

Soket 775

2mb -

1.06 GHz to

533 MT/s to

6mb

3.16 GHz

1333 MT/s

1700+ -

Soket 754

256KB

Soket 940

512X2 –

3000+ -

(AM2)

1MBX2

6400+

2800+

266 - 1500MHz

2000MHz

o Saiz Ingatan Cache (Cache Memory) - Semakin besar saiz ingatan cache maka prestasi CPU keseluruhan akan meningkat. Fungsi utama ingatan cache adalah untuk menyimpan arahan yang pernah diproses oleh CPU. Sekiranya terdapat arahan yang sama, maka CPU tidak perlu memproses semula arahan tersebut. Cache juga berfungsi sebagai penimbal (buffer) diantara CPU dengan memori utama kerana kelajuan cache lebih laju. o Untuk lebih kefahaman, contohnya sekiranya sebelum ini sesuatu fail belum pernah dibaca dan dibaca untuk pertama kali maka proses agak perlaha tetapi sekiranya fail yang sama di baca untuk kali kedua dan ketiga ia semakin laju kerana pernah dibuka dan fail tersebut yang pernah dibaca sebelum ini masih ada di dalam ingatan cache pemproses.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

47

Ingatan Capaian Rawak (RAM) / Memori

o Ingatan capaian rawak atau bahasa ingerisnya Random Access Memory dikenali RAM di mana data atau arahan yang perlu atau sedang diproses disimpan buat sementara waktu agar ianya pantas dipindahkan diantara CPU dan sistem prosesan. Ia juga biasa dipanggil memori. o Jenis – jenis RAM yang biasa digunakan ialah SDRAM, RDRAM, DDR RAM dan yang terkini DDR2 RAM. o Data atau arahan akan hilang sekiranya kuasa atau komputer ditutup kerana ia adalah jenis Volatile (tidak kekal) dan sementara. o Semakin tinggi saiz RAM yang digunakan, semakin pantas perlaksanaan perisian dan arahan dapat dilaksanakan dan diselesaikan. o Saiz RAM dinilai Megabait (MB) atau Gigabait (GB). Contoh saiz RAM ialah 128MB, 256MB, 512MB, 1GB, 2GB dan seterusnya.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

48

RAM jenis DDR RAM dan DDR2 RAM secara kasarnya kelihatan sama sahaja tetapi ia masih mempunyai perbezaan seperti jadual dibawah :

DDR

DDR2

Jumlah Pin :

Jumlah Pin :

184 pin pada DDR

240 pin pada DDR

Kepantasan (MHz) :

Kepantasan (MHz) :

Kepantasan bagi DDR ialah 200, 266, 333,

DDR2 mempunyai kepantasan berganda

dan 400

iaitu 400, 533, 667, dan 800

Kuasa Voltan :

Kuasa Voltan :

2.5 volts

1.8 volts (ini akan mengurangkan haba jadi RAM kurang bermasalah)

Lekuk :

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

49

Jenis – jenis RAM terkini dan bentuk fizikalnya : 

SDRAM



RDRAM



DDR RAM



DDR2 RAM

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

50

Cakera keras (hard disk)

o Cakera keras merupakan storan sekunder yang boleh menyimpan serta mengeluarkan data dan perisian dengan pantas jika dibandingkan dengan storan sekunder yang lain seperti pita magnetik, cakera liut dan storan optik. o Cakera keras digunakan untuk menyimpan data dengan kapasiti yang lebih besar dan kekal. Ia merupakan keperluan wajib kerana sistem pengoperasian akan di pasang di dalam cakera keras serta aplikasi-aplikasi lain.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

51

o Cakera keras mengandungi plat besi magnetik berbentuk cakera merupakan komponen tempat data disimpan. Pemilihan cakera keras yang laju

boleh

mempengaruhi

prestasi

komputer.

Antara jenama cakera keras di pasaran ialah Maxtor, Western Digital, dan Seagate. Kapasiti cakera keras kini telah mencapai sehingga 1000GB bersamaan 1 Terabait (TB).

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

52

Pemacu Cakera Liut (floppy disk drive)

o Pemacu cakera liut merupakan alat yang membolehkan data dibaca atau ditulis pada cakera liut atau disket. o Kebiasaan pemacu cakera liut yang dipasang adalah jenis 3.5 inci dan dikenali sebagai drive A o Komponennya yang digunakan sebagai penyimpanan data dikenali sebagai cakera liut atau disket. o Disket mempunyai kapasiti yang terhad iaitu hanya mempunyai saiz 1.44MB sahaja.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

53

Pemacu CD-ROM / DVD-ROM

o Pemacu CD-ROM / DVD-ROM merupakan storan sekunder manakala penyimpan maklumat seperti CD-R / DVD-R atau CD-RW / DVD-RW adalah storan optik. Cakera ptik tidak sukar untuk dibezakan kerana di atas tiap-tiap CD atau DVD telah dicetak samada CD-R /CD-RW/DVD-R atau DVD-RW. o Storan Optik jenis CD-R – hanya boleh melakukan penyimpanan atau menulis data hanya sekali dan hanya boleh dibaca dengan kadar saiz maksimum data sekeping CD ialah 700MB.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

54

o Storan Optik jenis CD-RW–boleh melakukan penyimpanan atau menulis data berulang kali dengan kadar saiz maksimum data sekeping CD ialah 700MB.

o Storan Optik jenis DVD-R – hanya boleh melakukan penyimpanan atau menulis data hanya sekali dan hanya boleh dibaca dengan kadar saiz maksimum data sekeping DVD ialah 4.7GB untuk single layer dan 8.4GB double layer .

o Storan Optik jenis DVD-RW – boleh melakukan penyimpanan atau menulis data berulang kali dengan kadar saiz maksimum data DVD ialah 4.7GB untuk single layer dan 8.4GB double layer .

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

55

o Terdapat 2 jenis pemacu CD-ROM : 

Pemacu CD-ROM yang hanya boleh membaca cakera CD-R dan CD-RW.



Pemacu CD-RW – pemacu jenis ini boleh membaca dan menulis data

ke

CD-R

dan

CD-RW.

o Terdapat 2 jenis pemacu DVD-ROM : 

Pemacu DVD-ROM kini popular kerana keupayaannya membaca cakera DVD. Selain itu, ia berkeupayaan membaca CD-R dan CD-RW.



Pemacu DVD-RW pula boleh membaca dan menulis pada DVD-R, DVD-RW, CD-R dan CD-RW.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

56

Kad video (Video adapter )

o Kad video atau dikenali juga kad paparan (display card) ialah kad tambahan yang dipasang atau yang telah sedia ada sebagai perantara muka di antara papan induk dan skrin paparan (monitor). o Kad video ini biasanya tersedia dalam empat jenis iaitu terbina-dalam (built-in), kad PCI, kad AGP (Accelerated Graphics Port) dan yang terkini Pci Express. o Untuk kad video jenis terbina-dalam (built-in), ia akan berkongsi ingatan (shared memory) dengan RAM. o Untuk menghasilkan paparan yang lebih baik dan mengelakkan perkongsian ingatan (shared memory) dengan RAM yang akan memperlahankan komputer; dicadangkan menggunakan kad tambahan kad video yang berasingan. o Kad video tambahan biasanya mempunyai pemproses mikronya sendiri. Ini akan meningkatkan lagi kualiti grafik dan membantu meringankan bebanan pemproses. o Pada peringkat awal, kad PCI popular tetapi telah diambil alih kad jenis AGP kerana lebih pantas dan mempunyai pemproses grafik sendiri. Namun kini Kad PCI generasi baru iaitu Pci Express semakin popular kerana lebih pantas dan grafik yang terhasil lebih tajam (sharp) dan menarik.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

57

Jadual perbezaan diantara jenama dan harga kad AGP Jenama

Saiz Memori dalam MB

BIT

Harga dalam RM

NVidia Geforce

128

128

135

NVidia Geforce

256

128

170

MSI MS8998

128

64

120

128

64

115

256

128

158

Asustek A9250 Ati Radeon Sapphire Ati Radeon

Jadual perbezaan diantara jenama dan harga kad PCI Express Jenama

MSI V027 GeForce MSI V096 GeForce Asustek GF8500GT Sapphire Ati Radeon X1050 Asus Ati Radeon

Saiz Memori dalam

BIT

Harga dalam RM

512

64

155

512

128

339

256

128

258

512

64

143

256

128

320

MB

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

58

Skrin Paparan (monitor) Skrin paparan atau monitor merupakan peranti output yang digunakan sebagai output untuk melihat imej. Terdapat dua jenis skrin paparan dipasaran.

 Tiub sinar katod (cathode ray tube - crt) – Menggunakan teknologi tiub yang sama seperti televisyen tetapi menggunakan isyarat digital. Ia menggunakan teknologi tiub vakum sebagai komponen utama skrin paparan.

 Paparan panel rata atau liquid crystal display (lcd) merupakan skrin paparan yang ringan,

nipis

dan

kurang

menggunakan

kuasa

berbanding dengan

CRT.

Walaubagamanapun harganya agak mahal berbanding dengan skrin paparan dari jenis CRT.

Terdapat pelbagai saiz skrin paparan dipasaran dan skrin paparan yang sering digunakan adalah bersaiz 15” dan 17”. Harga skrin paparan bersaiz 15” kini sekitar RM 280 manakala harga skrin paparan bersaiz 17” pula sekitar RM 345. Perbezaan sedikit ini kerana skrin paparan 15” sudah tidak banyak dikeluarkan dari itu pembelian skrin paparan bersaiz 17” merupakan pilihan yang baik. Harga untuk LCD juga kini sudah lebih murah kerana permintaan yang yang semakin banyak oleh pengguna. Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

59

Jadual perbezaan harga antara jenama di antara skrin paparan jenis CRT dan LCD Jenama

Jenis

Saiz

Harga dalam RM

Samsung

CRT

15”

280

Samsung

CRT

17”

345

Acer

LCD

17”

589

Acer

LCD

19”

639

ViewSonic

LCD

19”

1100

ViewSonic

LCD

22”

939

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

60

PEMASANGAN PERKAKASAN KOMPUTER

3.1 Pemasangan Pemproses (processor) Pada Papan Induk (motherboard) Untuk pemasangan ini, kita akan memasang pemproses (processor) Intel Pentium 4 dan soket LGA 775.

Langkah 1 Dapatkan kotak papan induk (motherboard) dan keluarkan papan induk. Jangan letak di atas lantai atau dimana-mana kerana kemungkinan papan induk kotor dan rosak. Letakkan pada tempat yang sesuai.

Buka pengunci pemproses. Caranya tekan sedikit dan tarik pengunci ke luar.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

61

Kemudian tarik pengunci ke atas.

Langkah 2 Kemudian buka penutup soket pemproses. Caranya, cungkil sedikit dan angkat penutup soket ke atas.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

62

Langkah 3 Setelah soket pemproses tiada masalah, dapatkan pemproses anda. Pastikan pemproses anda yang biasanya didatangkan bersama kipas heat sink.

Peringatan : Jangan pegang di bawah pemproses kerana pin pemproses akan kotor dan boleh mengakibatkan pemproses mungkin tidak berfungsi.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

63

Langkah 4 Sebelum memasukkan pemproses ke soket, pastikan pengunci soket telah dibuka. Perhatikan pemproses dengan teliti kerana pemproses yang akan kita pasang mempunyai tanda. Terdapat dua tanda pada pemproses. Lihat rajah dibawah.

Kemudian letakkan pemproses ke soket. Di soket pastikan anda perhatikan juga dimana ia juga mempunyai dua tanda yang berpadanan dengan pemproses. Ini untuk mengelakkan kesilapan sewaktu memasang pemproses. Lihat rajah dibawah.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

64

Pasang pemproses dengan berhati-hati dan letakkan dengan perlahan-lahan sehingga pemproses masuk lekap ke soket dengan hanya letakkannya sahaja di tempat yang tepat.

Peringatan : Jangan paksa pemproses semasa proses letak untuk mengelakkan kerosakkan pin pemproses.

Langkah 5 Setelah pemproses benar-benar lekap masuk ke dalam soket,tutup dan kunci semula penutup soket.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

65

Tekan besi pengunci kuat sedikit sehingga ia terkunci.

Langkah 6 Selanjutnya, kita akan memasang kipas heat sink pemproses pula. Terlebih dahulu kita dapatkan alas atau bracket kipas yang didatangkan bersama kipas heat sink tadi.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

66

Kemudian, terbalikkan papan induk tadi. Lekapkan alas kipas tersebut tepat masuk ke lubang skru kipas heat sink .

Pegang dan pusingkan kembali papan induk dan pastikan alas kipas tadi tidak jatuh atau bergerak. Pasangkan kipas heat sink di atas pemproses. Pastikan kedudukannya betul dan tepat.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

67

Kemudian ketatkan dengan pemutar skru keempat-empat skru kipas pemproses tersebut.

Pastikan skru diikat kemas. Jika telah diskru kemas, kipas tersebut tidak akan jatuh jika diuji seperti dibawah.

Peringatan : Terdapat pelbagai jenis kipas heat sink pemproses di pasaran dan pelbagai cara pemasangan. Perkara yang penting sekali ialah rujuk buku panduan yang dibekal mengenai cara-cara pemasangan yang betul.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

68

3.2 Pemasangan RAM Pada Papan Induk Langkah 1 Dapatkan memori DDR2 RAM anda.

Peringatan : Pastikan anda memilih dan menggunakan RAM yang betul. Tentukan RAM anda kerana RAM jenis DDR dan DDR2 RAM adalah hampir sama.

Langkah 2 Pastikan slot memori anda. Kemudian pastikan pengunci telah terbuka. Caranya, tolak pengunci ke arah luar.

Pengunci tertutup.

Pengunci terbuka.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

69

Langkah 3 Masukkan RAM anda ke slot memori. Pastikan anda masukkan dengan betul. Di RAM, terdapat alur di tengahnya sebagai tanda dan di slot juga mempunyai tanda yang menonjol. Pastikan anda masukkan RAM sepadan dengan tanda tersebut. Jika salah atau bukan RAM yang sepatutnya ia tidak akan berpadanan dan tidak sesuai.

Tekan kuat sedikit tetapi berhati-hati sehingga slot RAM terkunci.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

70

Pengunci pada slot RAM akan terkunci secara automatik.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

71

3.3 Pemasangan Pembekal Kuasa (power supply) Ke Dalam Kekisi Langkah 1 Dapatkan kekisi (casing) anda dan buka penutupnya. Buka skru penutup terlebih dahulu. Caranya membuka penutup kekisi tersebut ialah tekan sedikit bahagian tengah dan tarik penutup kekisi ke belakang.

Langkah 2 Dapatkan pembekal kuasa (power supply).

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

72

Pasang pembekal kuasa di tempatnya dengan memasukkan dari sebelah dalam dan bahagian atas kekisi.

Pastikan ia berkedudukan tepat dengan lubang skru. Kemudian skrukan pembekal kuasa tersebut. Pastikan ia diskru dengan kuat. Ia untuk mengelakkan gegaran pada kekisi.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

73

3.4 Pemasangan Spacer Pada Kekisi Di papan induk dan kekisi terdapat lubang – lubang yang akan dipasang dengan skru untuk mengikat keduanya. Namun, untuk pengetahuan anda, papan induk tidak boleh diskru terus ke kekisi tetapi menggunakan spacer yang akan dipasang pada lubang skru. Spacer akan menjarakkan papan induk dengan kekisi. Ini kerana untuk mengelakkan kemungkinan litar pintas yang boleh merosakkan perkakasan komputer.

Langkah 1 Sediakan spacer.

Pastikan kedudukan papan induk. Kemudian pasangkan spacer dan skru lubang yang akan dipasang skru nanti.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

74

Langkah 2 Pasang spacer dan pastikan ia diskru kuat.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

75

3.5 Pemasangan Pelindung Panel Belakang (cover back panel) Pelindung panel belakang atau cover back panel biasanya didatangkan bersama papan induk. Setiap papan induk mempunyai rekabentuk yang berbeza. Oleh itu, pastikan kesesuaian panel belakang dengan papan induk anda.

Langkah 1 Dapatkan panel belakang (cover back panel).

Jika ada lubang yang tertutup, anda boleh mematahkan hingga tanggal.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

76

Langkah 2 Pasangkan panel belakang ke tempatnya. Pastikan ia tidak terbalik

Pastikan ia di pasang dengan kemas supaya tidak tertanggal semasa memasang papan induk nanti.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

77

3.6 Pemasangan Papan Induk Ke Dalam Kekisi Langkah 1 Dapatkan papan induk tadi yang telah kita sedia pasang pemproses dan RAM. Juga sediakan kekisi dan pastikan spacer yang telah dipasang tadi kemas.

Langkah 2 Masukkan papan induk ke dalam kekisi dan letak sesuai dengan spacer.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

78

Langkah 3 Pastikan kedudukan port di papan induk sesuai dengan panel belakang.

Langkah 4 Seterusnya, skrukan papan induk ke kekisi. Skrukan yang dibawahnya telah ada dipasang spacer. Ketatkan dengan pemutar skru dengan kemas dan kuat tetapi berhati-hati supaya tidak merosakkan papan induk.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

79

3.7 Pemasangan CD-ROM / DVD-ROM Langkah 1 Sebelum kita boleh memasang CD-ROM / DVD-ROM, kita terlebih dahulu perlu membuka penutup di panel hadapan kekisi.

Caranya, pilih aras CD-ROM / DVD-ROM yang hendak dipasang. Kemudian, tolak dari sebelah dalam sehingga penutup panel terkeluar.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

80

Langkah 2 Ambil CD-ROM / DVD-ROM dan masukkan dari sebelah depan kekisi.

Kemudian skrukan CD-ROM / DVD-ROM anda dengan kemas dan ketat.

Nota : Pemasangan perkakasan seperti CD-ROM / DVD-ROM bergantung kepada jenis panel depan kekisi. Kemungkinan cara pemasangan berbeza mengikut jenis kekisi yang dibeli. Anda disaran merujuk manual panduan yang disertakan. Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

81

3.8 Pemasangan Pemacu Cakera Liut (Floppy Disk Drive) Langkah 1 Sama seperti langkah memasang CD-ROM / DVD-ROM ,Sebelum kita boleh memasang pemacu cakera liut atau floppy disk drive, kita terlebih dahulu perlu membuka penutup di panel hadapan kekisi.

Langkah 2 Ambil pemacu cakera liut dan masukkan dari sebelah depan.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

82

Kemudian skrukan pemacu cakera liut anda dengan kemas dan ketat.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

83

3.9 Pemasangan Cakera Keras (hard disk) Langkah 1 Sediakan cakera keras (hard disk) anda.

Langkah 2 Letak cakera keras di tempat yang sesuai. Biasanya cakera keras dipasang di bahagian bawah pemacu cakera liut.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

84

Langkah 3 Ketatkan cakera keras dengan skru. Pastikan anda ketatkan cakera keras dengan skru di sebelah kanan dan kiri.

Nota : Pemasangan perkakasan cakera keras bergantung jenis kekisi. Kemungkinan cara pemasangan berbeza mengikut jenis kekisi yang dibeli. Anda disaran merujuk manual panduan yang disertakan.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

85

3.10 Pemasangan Kabel IDE Ke Papan Induk Langkah 1 Sediakan dua kabel IDE.

Kita akan memasang kabel IDE di slot IDE yang berwarna biru dan hitam. Kita akan memasang slot IDE pertama terlebih dahulu yang berwarna biru. Slot IDE yang berwarna biru dikenali Primary di dalam BIOS dan slot IDE kedua yang berwarna hitam ialah Secondary.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

86

Langkah 2 Terlebih dahulu, anda perlu melihat tanda pada kabel IDE pertama yang akan kita pasang ini dan di slot IDE pada papan induk. Kabel IDE ini mempunyai tanda yang akan berpadanan dengan lubang kecil di slot IDE di papan induk apabila dipasang nanti.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

87

Kemudian masukkan kabel IDE pertama ke slot IDE biru dengan berhati-hati.

Langkah 3 Ambil hujung kabel IDE pertama dan pasang ke cakera keras. Sebelum itu perhatikan hujung kabel IDE pertama tersebut. Ia juga mempunyai tanda. Di slot cakera keras juga mempunyai tanda lubang kecil di sebelah atas. Apabila kabel IDE tersebut dipasang pada slot cakera keras, ia akan berpadanan dan betul.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

88

Pasangkan dengan berhati - hati untuk mengelakkan pin di slot cakera keras bengkok.

Langkah 4 Pasangkan kabel IDE kedua dengan cara yang sama seperti kabel IDE pertama.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

89

Langkah 5 Ambil hujung kabel IDE kedua dan kita akan pasang ke CD-ROM / DVD-ROM. Sebelum itu perhatikan hujung kabel IDE kedua tersebut. Ia juga mempunyai tanda. Di slot CD-ROM / DVD-ROM juga mempunyai tanda lubang kecil di sebelah atas. Apabila kabel IDE tersebut dipasang pada slot CD-ROM / DVD-ROM, ia akan berpadanan dan betul.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

90

3.11 Pemasangan Kabel Cakera Liut (Floppy Disk) Langkah 1 Sediakan satu kabel floppy. Perbezaan antara kabel floppy dan kabel IDE ialah kabel floppy lebarnya lebih kecil sedikit dari kabel IDE.

Langkah 2 Tentukan tempat slot kabel floppy disk.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

91

Langkah 3 Kabel floppy juga mempunyai tanda seperti kabel IDE. Begitu juga slot floppy. Pastikan anda memasang dengan betul dan berhati – hati.

Langkah 4 Ambil hujung kabel floppy. Pasangkan di slot floppy.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

92

3.12 Pemasangan Kabel Kuasa ke Perkakasan Kebanyakkan papan induk mempunyai dua jenis penyambung punca kuasa iaitu 24 pin atau 20 pin. Ia bergantung kepada spesifikasi papan induk anda. Pada kali ini kita akan memasang penyambung punca kuasa 20 pin. Langkah 1 Kita akan memasang kabel kuasa ke papan induk. Kenal pasti penyambung 20 pin dan slot penyambung punca kuasa di papan induk. Anda juga perlu mengenal pasti pengunci di kabel kuasa.

Ini adalah kedudukan slot pemyambung punca kuasa 20 pin di papan induk. Ia juga mempunyai pengunci. Ia akan berpadanan dengan pengunci kabel kuasa apabila dipasang nanti.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

93

Langkah 2 Pasang kabel kuasa ke slot pemyambung di papan induk

Langkah 3 Langkah selanjutnya, kita perlu memasang kabel kuasa tambahan pada papan induk. Kabel kuasa tambahan juga mempunyai pengunci. Ia akan berpadanan dengan slot pengunci kabel kuasa tambahan apabila dipasang nanti.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

94

Pasangkan kabel kuasa tambahan.

Langkah 4 Kemudian teruskan memasang kabel kuasa ke cakera keras. Kenal pasti jenis kabel kuasa. Kepala penyambung kabel kuasa ini mempunyai lengkung di sebelah atas dan tegak dibawahnya.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

95

Ini adalah kedudukan slot penyambung kuasa cakera keras.

Pastikan anda pasang kabel kuasa berhati – hati. Pastikan ia dimasukkan dengan betul dan sesuai dengan slot penyambung kuasa. Pastikan kepala penyambung kabel kuasa ini mempunyai lengkung di sebelah atas dan tegak dibawahnya agar tidak memasang secara terbalik.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

96

Langkah 5 Seterusnya, kita memasang kabel kuasa ke CD-ROM / DVD-ROM. Kenal pasti jenis kabel kuasa. Ia sama seperti kabel kuasa yang dipasang pada cakera keras.

Ini adalah kedudukan slot penyambung kuasa CD-ROM / DVD-ROM

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

97

Pastikan anda pasang kabel kuasa berhati – hati. Pastikan ia dimasukkan dengan betul dan sesuai dengan slot penyambung kuasa seperti memasang cakera keras tadi.

Langkah 6 Kemudian, kita memasang pula kabel kuasa ke pemacu cakera liut. Kenal pasti jenis kabel kuasa. Kepala penyambung kabel kuasa pemacu cakera liu berbeza dari kepala pemyambung cakera keras kerana ia lebih kecil. Gambar dibawah ini adalah bentuk kepala penyambung pemacu cakera liut dan kedudukan slot penyambung kuasa pemacu cakera liut.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

98

Pastikan anda pasang kabel kuasa berhati – hati. Pastikan ia dimasukkan dengan betul dan sesuai dengan slot penyambung kuasa.

Langkah 7 Terakhir sekali ialah memasang kabel punca kuasa kipas pemproses ke papan induk Kenal pasti jenis kabel kuasa.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

99

Ini adalah kedudukan slot penyambung kuasa kipas pada papan induk.

Pastikan anda pasang kabel kuasa berhati – hati. Pastikan ia dimasukkan dengan betul dan sesuai dengan slot penyambung kuasa di papan induk.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

100

3.13 Pemasangan Pengaktifan Panel Depan Kekisi Untuk mengaktifkan butang kuasa, reset serta lampu-lampu led di panel hadapan, kita perlu memasang kabel panel ke papan induk. Kabel - kabel tersebut mempunyai beberapa jenis warna. Namun untuk kabel putih ia menandakan pola negatif manakala bagi kabel- kabel berwarna lain adalah pola positif Langkah 1 Kenal pasti kabel – kabel yang akan dipasang. Kabel yang biasa akan dipasang ialah : - kabel power switch (POWER SW) untuk fungsi butang On, - kabel reset switch (RESET SW) untuk fungsi butang Reset, - kabel led cakera keras (H.D.D LED) untuk fungsi lampu cakera keras, - kabel power led (- P LED & + P LED) untuk fungsi lampu kuasa

Di papan induk biasanya terdapat tulisan kecil yang akan memudahkan pemasangan kabel-kabel. Jika tiada atau kurang pasti, anda bolehlah merujuk pada buku panduan yang disertakan sekali dengan buku manual pembelian papan induk.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

101

Langkah 2 Pasang kabel power switch. Di papan induk terdapat tulisan PWRBTN yang juga bermaksud untuk kabel power switch. Kedudukan tulisan PWRBTN di sebelah atas juga bermaksud pin atau slot kabel terletak baris atas. Untuk memasang, biasanya, kabel putih sebelah kanan dan hitam sebelah kiri

Langkah 3 Pasang kabel reset switch. Di papan induk terdapat tulisan RESET yang juga bermaksud untuk kabel reset switch. Kedudukan tulisan RESET di sebelah bawah juga bermaksud pin atau slot kabel terletak baris bawah. Untuk memasang, biasanya, kabel putih sebelah kanan dan oren sebelah kiri.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

102

Langkah 4 Pasang kabel power led. Di papan induk terdapat tulisan PLED yang juga bermaksud untuk kabel power led. Kedudukan tulisan PLED di sebelah atas juga bermaksud pin atau slot kabel terletak baris atas. Untuk memasang, biasanya, kabel putih sebelah kanan dan hijau sebelah kiri

Langkah 5 Pasang kabel hdd led. Di papan induk terdapat tulisan HDLED yang juga bermaksud untuk kabel power led. Tulisan HDLED di sebelah atas juga bermaksud pin atau slot kabel terletak baris atas. Untuk memasang, biasanya, kabel putih sebelah kanan dan merah sebelah kiri

Peringatan : Setiap papan induk mempunyai cara pemasangan kabel yang berlainan tetapi kesemuanya hampir sama dan biasanya aturan memasang ada di dalam buku manual atau di catat di papan induk

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

103

3.14 Pemasangan Kad Video (kad tambahan) – AGP Kita akan memasang kad video sebagai kad tambahan. Sekiranya di papan induk sudah mempunyai kad video terbina-dalam (built-in), anda mempunyai pilihan samada untuk menggunakan kad video terbina-dalam yang telah sedia ada atau memasang kad video tambahan.

Nota : Kelebihan memasang kad tambahan AGP ialah RAM tidak perlu lagi diagihkan (share) kepada kad video terbina dalam (built-in) yang boleh mengakibatkan komputer kita menjadi kurang pantas kerana kekurangan RAM. Selain itu, dengan memasang kad tambahan AGP, penghasilan grafik menjadi lebih baik dan menarik.

Ini adalah kad video terbina-dalam (built-in).

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

104

Sekiranya anda mahu memasang kad video tambahan, di bawah ini ditunjukkan langkah demi langkah memasang kad tambahan anda. Langkah 1 Sediakan kad video AGP.

Langkah 2 Sebelum memasang kad video AGP, tentukan slot kad video akan dipasang. Slot kad video AGP biasanya mempunyai kod warna yang berlainan seperti slot berwarna ungu seperti di bawah. Ada juga slot AGP berwarna biru atau merah.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

105

Sebelum itu, pastikan penutup besi slot ditanggalkan. Jika penutup tersebut berskru, anda hanya perlu tanggalkan sahaja. Atau jika ia terlekat, goyangkan sehingga tertanggal.

Langkah 3 Pastikan pengunci slot kad video AGP anda terbuka dan tidak terkunci.

Pengunci slot kad video AGP terbuka.

Ini adalah pengunci slot kad video AGP dalam keadaan tertutup.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

106

Ambil kad video AGP anda dan pasangkan dislotnya berwarna ungu. Tekan kuat sedikit tapi berhati-hati sehingga pengunci slot terkunci secara automatik.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

107

3.15 BIOS BIOS (disebut "bye-ose") atau Basic Input/Output System merupakan komponen penting di dalam komputer. Ia merupakan papan litar atau cip yang terletak di papan induk dan bertindak mengawal sesebuah sistem komputer beroperasi dan berfungsi. Ia juga sebagai perantara diantara perisian dan perkakasan untuk berkomuniskasi diantara satu sama lain. Program BIOS disimpan di dalam sebuah cip memori yang dipanggil CMOS atau Complimentary Metal Oxide Semiconductor. Terdapat pelbagai jenis BIOS yang terdapat di pasaran dan antaranya ialah : • Phoenix • AMI BIOS • Acer Labs • LSI Logic • Acer Labs Contoh – contoh cip CMOS di papan induk :

Walaupun terdapat pelbagai jenis bios di pasaran, namun ia tetap mempunyai fungsi yang sama iaitu menyelaraskan perkakasan dan komponen komputer supaya dapat berfungsi dengan baik.

108

Kebanyakkan BIOS menggunakan kekunci sampukkan (interupt key) menekan kekunci Del pada papan kekunci untuk masuk ke sistem BIOS. Namun, jenis model bios yang lain juga ada menggunakan kekunci sampukkan yang lain seperti Del, F1 atau F10, kombinasi Ctrl + Alt + Esc, F2 atau F7.

109

Tugas Utama BIOS Semasa komputer dihidupkan, apakah sebenarnya yang berlaku? Tidak ramai yang tahu apa yang berlaku disebalik tabir dan apa yang dilakukan BIOS. Ia melakukan beberapa tugas penting untuk memastikan komputer anda dapat digunakan dengan sempurna. Antara tugas yang dilakukan BIOS ialah : •

Apabila komputer dihidupkan, BIOS secara automatik akan mengaktif dan mencapai data atau maklumat yang berkaitan dengan jenis pemproses.



Kemudian BIOS meneruskan proses dengan melakukan ujian kendiri iaitu PowerOn Self-Test (POST) dengan menguji komponen dan perkakasan untuk memastikan semuanya berfungsi dengan baik.



Kemudian, BIOS akan membaca dan mendapatkan maklumat berkaitan dengan sistem komputer dari CMOS (Complimentary Metal Oxide Semiconductor.) CMOS mengandungi maklumat berkaitan dengan perkakasan seperti RAM, jenis pemacu cakera keras, jenis cakera liut, jenis CD-ROM atau DVD-ROM dan lain-lain.



Seterusnya, BIOS akan mendapatkan sistem pengoperasian seperti Windows atau Linux. Setelah sistem pengoperasian di kenal pasti, BIOS menyerhkan tugas kepada sistem pengoperasian tersebut.

Peringatan : •

Sekiranya anda hendak melakukan sebarang pengubahsuaian pada aturan (setting) papan induk, pastikan anda mempunyai kemahiran dan pengalaman untuk mengelakkan sistem komputer anda tidak stabil.



Pastikan anda membaca manual papan induk untuk mendapatkan maklumat lebih tepat untuk setiap fungsi dan arahan.

110

Memasukki BIOS Konfigurasi Asas Kebanyakkan papan induk telah ditetapkan aturan (setting) sebagai default. Namun, anda masih boleh mengubah aturan pada BIOS mengikut keperluan atau penggunaan yang berkaitan dengan komponen atau perkakasan komputer anda. Pada kali ini, saya akan menggunakan BIOS jenis Phoenix - AwardBIOS. Langkah 1 Untuk memasukki BIOS, mulakan atau hidupkan komputer anda. Bergantung pada jenis papan induk, biasanya paparan yang terawal mempunyai arahan dan cara untuk memasuki BIOS. Untuk papan induk ini, arahan kunci sampukkan yang digunakan untuk memasukki BIOS ialah F2.

111

Langkah 2 Selepas menekan kunci sampukkan, paparan menu CMOS terpapar.

Setiap menu utama di dalam BIOS mempunyai sub menu atau arahan didalamnya. BIOS telah membahagikan kepada beberapa menu dan arahan utama. Untuk BIOS ini, terdapat 6 menu utama dan 5 arahan utama.

112

Mari kita fahami setiap menu utama dan arahan tersebut. Untuk memasukki setiap menu dan arahan hanya tekan kekunci ENTER. Standard CMOS Features • •



Standard CMOS Features – Mengandungi menu untuk aturan masa, tarikh dan pelbagai informasi perkakasan komputer. Di sini, anda boleh melakukan perubahan pada aturan masa dan tarikh. Untuk selainitu, anda tidak perlu melakukan apa-apa perubahan.

Di bahagian bawah sekali, terdapat arahan-arahan asas yang menggunakan papan kunci seperti : o Untuk bergerak dari satu tab ke satu tab yang lain ialah menggunakan arahan atas (↑), bawah (↓), kanan (→) dan kiri (←). o Kekunci ENTER untuk memilih menu o Untuk menukar nilai pilih kekunci tambah (+), tolak (-), PU = Page UP, PD = Page Down o F10 untuk simpan sebarang perubahan yang dilakukan. o ESC untuk keluar dari menu o F1 untuk mendapatkan bantuan am. o Kekunci F5 pula mengarahkan BIOS melakukan penyelarasan yang terbaik untuk papan induk.

113

Advanced BIOS Features • •

Advanced BIOS Features – Mengandungi pelbagai informasi perkakasan komputer yang boleh ditetapkan oleh pengguna. Di sini, anda boleh melakukan perubahan terutama pemula CD atau booting yang ingin dilakukan. Anda boleh melakukan sebarang perubahan sekiranya anda telah mahir mengenai BIOS.

Advanced Chipset Features • •

Advanced Chipset Features – Mengandungi menu untuk aturan informasi komponen komputer yang lebih kompleks. Anda boleh melakukan sebarang perubahan sekiranya anda telah mahir mengenai BIOS.

114

Integrated Peripherals • •

Integrated Peripherals – Mengandungi menu untuk aturan pelbagai informasi mengenai komponen yang berintegrasi dengan papan induk. Di sini, anda boleh melakukan sebarang perubahan sekiranya anda telah mahir mengenai BIOS.

Power Managment Setup • •

Power Managment Setup – Mengandungi menu untuk aturan dan pengurusan bekalan kuasa seperti Sleep timer, Suspend timer dan lain-lain. Di sini, anda boleh melakukan sebarang perubahan sekiranya anda telah mahir mengenai BIOS.

115

PC Health Status •

P PC Health Status – Memaparkan informasi perkakasan seperti suhu CPU/Sistem, kelajuan kipas dan beberapa informasi lain.

116



Load Default Setting – Mengembalikan semula aturan (setting) asal kilang.



Set Supervisor Password – Membolehkan anda menetapkan kata laluan pada BIOS.



Set User Password – Membolehkan anda menetapkan kata laluan pada BIOS.



Save & Exit setup – Anda boleh simpan dan keluar dari BIOS



Exit Without Saving – Anda boleh keluar dari BIOS tanpa menyimpan sebarang perubahan yang dilakukan pada BIOS.

117

3.16 Mengatur Urutan Pemula (booting) Untuk CD Untuk melakukan pemasangan Windows pada komputer anda, aturan (setting) untuk membolehkan CD Windows boleh dibaca terlebih dahulu sewaktu boot perlu ditetapkan. Ketetapan perlu dilakukan di dalam BIOS Ikuti langkah demi langkah di bawah : Langkah 1 Untuk memasukki BIOS, hidupkan komputer anda dan tekan kunci sampukan F2. Seterusnya setelah paparan menu CMOS terpapar, pilih menu Advanced BIOS Features.

118

Langkah 2 Untuk melakukan aturan supaya komputer booting, pergi ke menu First Boot Device. Aturan asal yang telah ditetapkan oleh BIOS ialah Hard Disk.

Untuk menukar ketetapan, tekan kekunci ENTER. Senarai paparan untuk perkakasan yang boleh ditetapkan terpapar. Kita akan memilih CDROM untuk memulakan boot nanti. Setelah selesai tekan ENTER.

119

Langkah 3 Untuk Second Boot Device, anda boleh tetapkan untuk Floppy.

Langkah 4 Untuk Third Boot Device, anda boleh tetapkan untuk cakera keras ( Hard Disk).

120

Langkah 5 Setelah selesai, tekan kekunci ESC pada papan kekunci dan akan kembali ke menu utama BIOS. Kemudian pilih menu Save & Exit Setup untuk menyimpan ketetapan baru dan keluar dari BIOS untuk memulakan pemasangan dari CD. Peringatan : Sebelum anda lakukan Save & Exit Setup, pastikan CD Windows telah dimasukkan ke dalam CD-ROM / DVD-ROM anda untuk memulakan pemasangan Windows anda.

121

PEMASANGAN (INSTALLATION) SISTEM OPERASI

4.1 Pemasangan Sistem Operasi - Windows XP Langkah 1 Sebelum melakukan pemasangan Sistem Operasi – Windows XP , atur (setting) di BIOS supaya komputer akan booting melalui CD Windows XP. Masukkan CD Windows XP ke pemacu CD-ROM / DVD-ROM dan reboot komputer anda semula. Langkah 2 Komputer akan melakukan boot dari CD Windows XP. Muncul arahan Press any key to boot from CD… tekan sebarang butang papan kekunci untuk mula melaksanakan pemasangan Windows XP.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

122

Selepas itu, Windows XP akan memulakan konfigurasi perkakasan.

Seterusnya, skrin dipenuhi tetingkap biru untuk Windows Setup.

Windows XP sedang menyalin (load) fail sebelum melaksanakan arahan seterusnya.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

123

Langkah 3 Kemudian muncul beberapa arahan pilihan di kotak putih di bahagian bawah. Terdapat tiga arahan iaitu :• Enter = Continue sekiranya untuk meneruskan pemasangan baru, • R = Repair untuk memperbaiki Windows XP anda sekiranya bermasalah seperti korup (corrupt). • F3 = Quit sekiranya anda tidak mahu meneruskan proses pemasangan dan keluar. Kita akan meneruskan pemasangan sistem operasi (OS) Windows baru, tekan ENTER. Windows XP akan melakukan pemeriksaan perkakasan secara automatik.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

124

Langkah 4 Skrin seterusnya, paparan EULA (End User License Agreement) ditunjukkan. Anda perlu bersetuju dengan terma dan syarat untuk meneruskan pemasangan dan anda perlu menekan butang F8 di papan kunci untuk meneruskan proses pemasangan.

Langkah 5 Kemudian, terpapar maklumat cakera keras anda. Sekiranya anda menggunakan cakera keras baru dan tidak pernah di format maka kelihatan ayat Unpartitioned Space dan sebelah kanan jumlah kapasiti atau saiz cakera keras anda. Anda perlu format terlebih dahulu cakera keras tersebut.

Untuk format menggunakan Windows XP ini caranya mudah, pilih Unpartitioned Space. Kemudian tekan butang C untuk arahan Create Partition. Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

125

Langkah 6 Dibahagian kotak dialog tersebut terpapar saiz cakera keras anda. Tekan ENTER untuk teruskan proses pemasangan.

Langkah 7 Langkah selanjutnya, untuk format pilih ruang C: Partition1 dan tekan ENTER.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

126

Di skrin, terpapar senarai beberapa jenis format sistem fail iaitu NTFS dan FAT tetapi secara kasar ianya lebih kurang sahaja. Namun, adalah lebih baik memilih cara format menggunakan NTFS kerana sekuritinya lebih baik dan susunan fail juga lebih baik. Pilih arahan Format the partition using the NTFS file sistem (Quick) dan tekan ENTER.

Setelah itu, sistem akan terus melakukan format pada ruang C:

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

127

Setelah proses format cakera keras telah selesai, secara automatik Windows XP akan menyalin fail-fail ke dalam C: iaitu ke dalam cakera keras.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

128

Selepas semua fail selesai disalin dari CD Windows XP ke dalam cakera keras, Windows XP memaparkan arahan untuk reboot / restart komputer.

Setelah komputer restart, arahan ini akan muncul tetapi kali ini anda hanya perlu abaikan sahaja. Biarkan sehingga muncul tetingkap Windows XP.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

129

Kemudian, Windows XP akan melakukan persediaan pemasangan (preparing installation) dan melakukan konfigurasi secara automatik.

Langkah 8 Paparan tetingkap pertama bertajuk Regional and Language Options keluar.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

130

Anda boleh melakukan pemilihan bahasa dan lokasi sekiranya ada perubahan. Setelah selesai klik butang Next.

Langkah 9 Kemudian, tetingkap bertajuk Personalize Your Software terpapar. Masukkan informasi iaitu nama dan organisasi pengguna. Selesai mengisi, klik Next.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

131

Langkah 10 Selanjutnya tetingkap Your Product Key terpapar. Masukkan Product Key Windows XP anda yang sah. Setelah selesai memasukkan Product Key, klik Next.

Langkah 11 Seterusnya, tetingkap Computer Name and Administrator Password terpapar. Anda boleh menetapkan nama komputer anda dan meletakkan password sekiranya anda mahu. Selesai klik Next

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

132

Langkah 12 Paparan tetingkap berikutnya ialah Date and Time Settings. Selaraskan tarikh dan waktu yang anda mahu dan pilih. Selanjutnya, klik Next.

Langkah 13 Sekiranya tetingkap Networking Settings keluar, pilih Typical settings dan klik Next.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

133

Dari pilihan yang ada, pilih NO kerana komputer ini tidak berada dalam rangkaian. Sekiranya anda telah mahir, anda bolehlah melakukan konfigurasi di pilihan Yes. Setelah selesai, klik Next.

Langkah 14 Tunggu proses penyalinan yang dilakukan oleh Windows XP sehingga selesai. Komputer akan reboot secara automatik.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

134

Komputer akan reboot automatik.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

135

Langkah 15 Kemudian muncul kotak Display Settings, klik OK dan Windows XP akan menentukan resolusi skrin secara automatik.

Kemudian, akan muncul kotak Monitor Settings dan klik OK.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

136

Langkah 16 Paparan Welcome to Microsoft Windows muncul dan kemudian klik Next.

Windows XP memberi peringatan dengan memaparkan halaman Help protect your PC. Untuk perlindungan yang lebih baik untuk sistem komputer anda, pilih Help protect my PC by turning on Automatic Updates now supaya sebarang kemaskini atau patches dari Windows akan dapat dilakukan secara automatik. Selepas itu klik Next.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

137

Langkah 17 Sila masukkan nama pilihan untk profail anda. Kemudian klik Next.

Paparan “Thank You!” muncul menandakan proses dan arahan telah lengkap.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

138

Tahniah, pemasangan Windows XP anda telah berjaya!

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

139

4.2 Pemasangan Sistem Operasi - Windows Vista Langkah 1 Sebelum melakukan pemasangan Sistem Operasi – Windows Vista , atur (setting) di BIOS supaya komputer booting melalui DVD Windows Vista. Masukkan DVD Windows Vista ke DVD-ROM drive dan reboot komputer anda semula.

Peringatan : Untuk melakukan pemasangan Windows Vista, anda memerlukan DVD-ROM. Ini kerana Windows Vista didatangkan dalam bentuk DVD.

Langkah 2 Komputer akan melakukan boot dari CD Windows Vista. Muncul arahan Press any key to boot from CD or DVD… tekan sebarang butang papan kekunci untuk mula melaksanakan pemasangan Windows Vista.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

140

Langkah 3 Selepas beberapa ketika, tetingkap Install Windows muncul. Di sini anda boleh menetapkan Language, Time and Currency format, dan Keyboard or Input Method.

Langkah 4 Ini adalah tetingkap utama pemasangan Windows Vista. Untuk pemasangan baru, kita akan terus klik Install Now.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

141

Langkah 5 Ini adalah bahagian pertama Windows Vista mengumpulkan maklumat untuk pemasangan. Tetingkap Type your product key for activation memerlukan anda memasukkan Product Key yang didatangkan bersama Windows Vista. Terdapat kekotak Automaticly activate Windows when I’m online. Sekiranya anda mahu mencuba terlebih dahulu anda boleh teruskan tanpa perlu memasukkan Product Key tetapi sekiranya anda pasti mahu memasang Windows Vista secara kekal anda perlulah memasukkan Product Key.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

142

Langkah 6 Di tetingkap ini, anda perlu berhati-hati dan teliti. Anda perlu memilih versi Windows Vista yang betul yang telah anda beli atau ada. Sekiranya anda tersilap memilih versi yang betul, anda terpaksa mengulang kembali langkah pemasangan dari mula. Setelah memilih edisi vista anda, klik kekotak “I have selected the edition of Windows that i purchased”. Kemudian klik Next.

Langkah 7 Seterusnya paparan terma lesen perisian Microsoft muncul. Untuk meneruskan pemasangan, anda perlu klik kotak “I accept the license terms.”

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

143

Langkah 8 Kemudian muncul tetingkap Which type of installation do you want?. Di sini terdapat dua pilihan utama iaitu pilihan pertama ialah Upgrade dan pilihan kedua ialah Custom (advanced). Disini hanya pilihan Custom sahaja yang aktif. Ini kerana untuk pilihan Upgrade, ia hanya aktif sekiranya anda memasangnya dari Windows iaitu apabila anda menaiktaraf dari versi Windows lama anda . Klik Custom untuk meneruskan pemasangan.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

144

Langkah 9 Selepas memilih jenis pemasangan, kini anda perlu tetapkan lokasi pemasangan Windows Vista. Untuk pemasangan baru, seperti gambar dibawah, hanya terdapat satu lokasi cakera keras yang muncul dan anda boleh pilih dengan klik Disk 0 Unallocated Space. Kemudian klik Next.

Langkah 10 Tetingkap seterusnya, muncul beberapa menu baru di bahagian bawah iaitu Delete, Format, New dan Extend. Anda tidak perlu klik atau mengubah sekiranya tidak perlu. Klik Next untuk meneruskan pemasangan.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

145

Langkah 11 Windows Vista memasuki bahagian kedua. Di sini, Windows Vista akan memulakan pemasangan dengan menyalin fail Windows. Seterusnya, Windows akan meneruskan pemasangannya dan anda hanya perlu menunggu sehingga selesai.

Windows akan restart secara automatik atau anda boleh klik butang Restart now.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

146

Setelah restart, Windows meneruskan pemasangan sehingga selesai.

Langkah 12 Sebelum Windows Vista boleh beroperasi, terdapat beberapa langkah lagi yang anda perlu lakukan. Di tetingkap ini, anda perlu mengisi beberapa maklumat yang diperlukan iaitu nama pengguna yang dipilih, kata laluan pembayang kata lalulan (password hint) dan memilih avatar atau ikon yang anda inginkan. Kemudian klik Next

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

147

Langkah 13 Di sini, anda perlu mengisi nama komputer pilihan anda. Di sini anda juga boleh memilih latar belakang ( background) kegemaran anda. Kemudian klik Next.

Langkah 14 Windows Vista memaparkan tetingkap Help protect Windows automaticly dengan terdapat beberapa pilihan. Anda digalakkan memilih Use recommended settings supaya Windows akan melakukan kemaskini yang terkini dan penting untuk keselematan yang lebih baik untuk Windows Vista.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

148

Langkah 15 Anda boleh menetapkan zon masa, masa dan tarikh.

Langkah 16 Di tetingkap ini, anda perlu tetapkan di mana lokasi komputer anda. Anda boleh memilih Public Location.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

149

Setelah selesai, tetingkap Thank You dipaparkan. Klik butang Start untuk mula menggunakan Windows Vista anda.

Tahniah, pemasangan Windows Vista anda telah berjaya!

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

150

PEMASANGAN (INSTALLATION) SISTEM OPERASI ALTERNATIF – LINUX UBUNTU

5.1 Pemasangan Sistem Operasi – Linux Ubuntu Langkah 1 Sebelum melakukan pemasangan Sistem Operasi – Linux Ubuntu , atur (setting) di BIOS supaya komputer booting melalui CD Linux Ubuntu. Masukkan CD Linux Ubuntu ke pemacu CD-ROM /DVD-ROM dan reboot komputer anda semula. Langkah 2 Komputer akan melakukan boot dari CD Linux Ubuntu. Muncul beberapa arahan tapi anda hanya perlu pilih Start or install Ubuntu. Tekan butang ENTER di papan kunci untuk mula melaksanakan pemasangan Linux Ubuntu.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

151

Sebelum proses pemasangan bermula, Linux Ubuntu akan melakukan beberapa proses secara automatik dan menyalin fail – fail yang diperlukan.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

152

Seterusnya, Linux Ubuntu akan melaksanakan proses untuk Ubuntu Live CD secara automatik.

Setelah proses tersebut selesai, maka muncul paparan Live CD. Live CD berfungsi untuk membolehkan pengguna terus menggunakan linux dengan menu lengkap tanpa perlu pemasangan secara tetap di dalam cakera keras. Ia mempunyai ikon Install di desktop untuk melaksanakan proses pemasangan tetap ke dalam cakera keras anda. Untuk praktikal ini, kita akan melakukan pemasangan secara tetap di dalam cakera keras.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

153

Langkah 3 Selanjutnya, setelah Live CD telah terpapar, klik ikon Install untuk melaksanakan proses pemasangan Linux Ubuntu.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

154

Langkah 4 Kemudian muncul tetingkap Welcome. Di sini, anda di beritahu perlu menjawab beberapa soalan sebelum sistem operasi linux lengkap di pasang. Di sini juga anda boleh memilih bahasa yang anda mahu gunakan. Setelah selesai klik Forward.

Langkah 5 Kemudian muncul tetingkap Where are you?. Disini anda bolehlah memilih lokasi anda dan melakukan aturan (setting) Time zone anda. Setelah selesai, klik Forward.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

155

Langkah 6 Tetingkap seterusnya ialah Keyboard layout. Disini anda boleh pilih jenis papan kunci yang anda gunakan. Biasanya di Malaysia menggunakan papan kunci jenis American English. Kotak dibawahnya anda boleh gunakan untuk menguji dengan menaip apa sahaja perkataan. Setelah selesai klik Forward.

Langkah 7 Kemudian, tetingkap seterusnya Who are you?. Disini anda perlu mengisi nama anda, nama untuk Login, password dan nama komputer pilihan anda.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

156

Setelah selesai, klik Forward.

Langkah 8 Langkah seterusnya, linux akan membaca secara automatik saiz cakera keras anda.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

157

Kemudian akan muncul pilihan untuk anda melakukan memadam dan format keseluruhan cakera keras iaitu Erase entire disk atau Manually edit partition table iaitu melakukan format secara manual . Untuk memudahkan pemasangan, anda pilih Erase entire disk. Kemudian klik Forward.

Langkah 9 Tetingkap Ready to Install muncul. Ringkasan aturan (setting) yang anda isi sebelum ini dipaparkan. Kemudian klik Install untuk meneruskan proses pemasangan Linux Ubuntu.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

158

Langkah 10 Kemudian, muncul progress bar Installing system ketika proses pemasangan linux ubuntu sedang dilakukan. Tunggu sistem menyalin fail sehingga selesai. Dibawahnya terdapat anggaran masa sistem akan selesai menyalin fail ke cakera keras.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

159

Langkah 11 Pemasangan telah selesai. Keluarkan CD Linux Ubuntu dan kemudian klik Restart Now. Jika CD tak dikeluarkan, sistem akan boot dan membaca CD linux semula.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

160

Langkah 12 Setelah selesai reboot, kemudian muncul skrin Login. Masukkan Username pilihan anda. Selesai mengisi tekan Enter di papan kunci anda.

Kemudian isi password pilihan anda.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

161

Tahniah, anda berjaya melakukan pemasangan Linux Ubuntu!

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

162

PEMASANGAN (INSTALLATION) PERISIAN PEJABAT

6.1 Pemasangan Microsoft Office 2003 Panduan pemasangan Microsoft Office 2003 ini dilakukan di platform Windows XP. Sekiranya anda mahu melakukan pemasangan di dalam Windows Vista, cara pemasangannya adalah hampir sama. Langkah 1 Masukkan CD Microsoft Office 2003 yang sah ke dalam pemacu CD-ROM / DVD-ROM komputer anda. Langkah 2 Microsoft Office 2003 akan melaksanakan proses penyalinan fail ke dalam komputer secara automatik.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

163

Langkah 3 Secara automatik, tetingkap Product Key muncul. Masukkan Product Key yang di datangkan bersama CD Microsoft Office 2003. Pastikan anda memasukkan Product Key yang sah. Setelah selesai klik butang Next.

Langkah 4 Kemudian, tetingkap User Information muncul.. Isikan maklumat yang perlu. Setelah selesai, klik Next

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

164

Langkah 5 Seterusnya, tetingkap End-User License Agreement (UELA) muncul. Sebelum meneruskan proses pemasangan Microsoft Office 2003, anda perlu bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Microsoft. Anda boleh membaca untuk maklumat lebih lanjut. Klik kotak kecil I Accept the terms in the license Agreement untuk bersetuju. Kemudian klik butang Next.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

165

Langkah 6 Kemudian muncul tetingkap Type of Installation. Disini, terdapat beberapa jenis pemasangan yang boleh dilakukan untuk memasang Microsoft Office 2003. Jenis pemasangan ialah : > Typical Install – Untuk pilihan ini, Microsoft Office 2003 akan memasang dengan komponen yang paling biasa digunakan oleh pengguna. Ciri tambahan boleh ditambah kemudian melalaui Add/Remove Programs di Control Panel. > Complete Install – Semua fungsi dan komponen Microsoft Office 2003 akan dipasang di dalam komputer anda. > Minimal Install – Microsoft Office 2003 akan memasang hanya komponen yang minimum. Dicadangkan untuk cakera keras yang bersaiz kecil > Custom Install – Untuk pilihan ini, anda boleh memasang Microsoft Office 2003 mengikut ciri-ciri pilihan yang dikehendaki oleh anda ke dalam komputer. Dicadangkan untuk pengguna yang mahir.

Microsoft Office 2003 mencadangkan Typical Install. Tapi saya mencadangkan anda memilih jenis pemasangan Complete Install supaya semua jenis komponen dan fungsi dapat digunakan.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

166

Langkah 7 Selepas itu muncul tetingkap Summary. Di sini ringkasan maklumat pemasangan, saiz ruang yang diperlukan untuk pemasangan dan baki saiz ruang yang masih terdapat dalam cakera keras disenaraikan. Klik butang Install untuk meneruskan proses pemasangan.

Langkah 8 Proses pemasangan sedang dilaksanakan. Tunggu sehingga proses pemasangan selesai.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

167

Langkah 9 Langkah terakhir, apabila muncul tetingkap Setup Completed yang menyatakan pemasangan Microsoft Office 2003 telah berjaya tetapi sebelum proses tamat, terdapat dua kotak. Sekiranya anda mahu mendapatkan maklumat terkini dan muat turun tambahan di laman web Microsoft, anda boleh klik kotak pertama iaitu Check the web for updates and additional downloads. Untuk kotak kedua, anda boleh klik kotak Delete installation files untuk memadam fail yang telah disalin sebelum ini ketika pemasangan telah dilakukan. Ia akan membersihkan dan menambah ruang cakera keras sehingga 282 MB.

Satu kotak dialog muncul untuk mengesahkan tindakan anda untuk membuang fail, klik butang Yes.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

168

Tahniah, pemasangan Microsoft Office 2003 anda berjaya!

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

169

6.2 Pemasangan OpenOffice.org 2.3 Langkah 1 Masukkan CD perisian yang dibekalkan kepada anda ke dalam CD-ROM / DVD-ROM komputer anda. Klik fail OpenOffice.org 2.3 untuk memulakan pemasangan.

Langkah 2 OpenOffice.org 2.3 akan melaksanakan proses penyalinan fail ke dalam komputer secara automatik.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

170

Kemudian muncul tetingkap terima kasih dari OpenOffice.org kerana memuat turun fail tersebut dan sedikit penerangan. Setelah itu klik Next.

Langkah 3 Kemudian, muncul tetingkap Select Folder iaitu lokasi anda untuk menyimpan fail yang akan digunakan untuk pemasangan nanti. OpenOffice.org 2.3 telah menetapkan lokasi default untuk menyimpan fail yang telah diekstrak (extract). Namun, anda juga boleh mengubah lokasi penyimpanan fail pemasangan (installation). Selepas itu klik butang Unpack.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

171

Proses pengekstrakkan fail (extract) akan dilakukan di lokasi yang telah ditetapkan. Satu folder dicipta secara automatik di desktop sekiranya anda tidak mengubah aturan default tadi. Di dalam folder tersebut mengandungi fail-fail yang telah di ekstrak (extract) untuk pemasangan nanti.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

172

Langkah 4 Seterusnya, tetingkap untuk proses pemasangan iaitu Installation Wizard muncul. Untuk meneruskan pemasangan, klik Next

Langkah 5 Kemudian, tetingkap License Agreement muncul. Sebelum meneruskan proses pemasangan OpenOffice.org 2.3, anda perlu bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak OpenOffice.org . Anda boleh membaca untuk maklumat lebih lanjut. Pilih “I Accept the terms in the license Agreement” untuk bersetuju. Kemudian klik butang Next.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

173

Langkah 6 Selanjutnya, muncul tetingkap Customer Information. Disini, anda perlu mengisi maklumat pelanggan yang di kotak yang tersedia.

Langkah 7 Di tetingkap Setup Type, terdapat dua jenis pemasangan pilihan iaitu Complete dan Custom. Complete bermaksud semua fungsi akan lengkap dipasang. Custom pula membolehkan anda menentukan fungsi apa yang mahu dipasang tetapi hanya dicadangkan bagi pengguna advanced iaitu pengguna yang berkemahiran sahaja. Setelah memilih, Klik butang Next untuk meneruskan proses pemasangan.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

174

Langkah 8 Seterusnya, tetingkap File Type muncul. Disini, sekiranya sebelum ini anda ada fail-fail menggunakan perisian Microsoft Office iaitu Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint anda boleh mengaturkan aplikasi OpenOffice sebagai perisian utama untuk membuka fail-fail tersebut. Jika anda mahu gunakannya anda boleh klik kotak yang anda mahukan. Jika tidak, anda kosongkan sahaja. Kemudian klik Next.

Langkah 9 Setelah kesemua maklumat yang dikehendaki telah diisi, tetingkap untuk pemasangan OpenOffice telah bersedia untuk melakukan pemasangan. Klik butang Install untuk memulakan proses pemasangan.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

175

Proses pemasangan sedang dilaksanakan. Tunggu sehingga selesai.

Langkah 10 Pemasangan OpenOffice.org 2.3 telah selesai. Klik butang Finish untuk keluar.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

176

Tahniah, pemasangan OpenOffice.org 2.3 anda berjaya!

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

177

KESELAMATAN KOMPUTER DAN VIRUS

7.1 Apa Itu Virus Komputer?

Virus komputer di dalam istilah komputer ialah sejenis program parasit yang tertanam di dalam salah sebuah perisian atau program. Kebiasaannya ia disimpan atau terletak di kawasan tertentu di dalam disk yang dinamakan "boot sector". Apabila kita menjalankan/melarikan perisian yang dijangkiti virus tersebut atau cuba mengakses disk yang dijangkiti akan mengaktifkan virus tersebut. Virus boleh diprogramkan untuk melakukan pelbagai perkara termasuklah menyalin diri mereka ke dalam program lain, memaparkan maklumat tertentu di monitor, memusnahkan fail maklumat atau memadam keseluruhan cakera keras (hard disk). Merujuk definisi yang diberikan oleh Fred Cohen, virus komputer merupakan program komputer yang berupaya menjangkiti komputer lain melalui pengubahsuaian termasuk penyalinan diri. Manakala, menurut David Harley, virus merupakan program (blok kod yang boleh dilarikan) yang menyelit, menulis dan menggantikan program lain untuk membiak tanpa pengetahuan pengguna komputer. Virus menyelitkan dirinya kepada fail (biasanya fail aplikasi seperti program pemprosesan perkataan iaitu fail dokumen atau program DOS). Lazimnya, virus tidak menjangkiti fail data. Namun fail data mungkin mengandungi kod boleh laksana seperti makro yang boleh menyebarkan virus. Fail teks seperti fail batch, postscript dan kod sumber yang mempunyai arahan kompilasi/terjemahan oleh program lain juga merupakan pembawa virus. Namun, host jenis ini adalah jarang. Aktiviti virus dicetuskan oleh 2 faktor: •

Bom masa

Dicetus oleh faktor masa atau bilangan kali komputer diboot. Contohnya: virus Michelangelo yang menjadi aktif setiap Mac 6, harijadi pelukis terkenal ini. •

Bom logik

Tercetus apabila peristiwa tertentu berlaku seperti arahan tertentu dilaksanakan atau data tertentu diubah, dicipta atau dihapuskan. Contoh aplikasinya adalah seorang juruprogram yang mengesyaki dirinya akan dibuang kerja. Beliau mencipta bom logik yang akan menjadi aktif sekiranya status kerjanya diubah ke ‘terminated’. Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

178

Jenis-jenis Virus Komputer o Virus Sektor Boot Virus jenis ini menjangkiti sektor boot cakera liut (MBR) atau rekod boot utama (master boot record) dalam cakera keras. o Virus Makro Virus jenis ini menjangkiti fail dokumen Microsoft Word. Macro merupakan senarai arahan atau template. Virus ini adalah merbahaya kerana ia telah menukar persepsi ramai bahawa virus hanya akan berjangkit jika sebuah fail itu dilaksanakan dan bukannya setakat dibaca. Virus Macro merebak apabila dokumen dibaca menggunakan perisian Winword.exe. Ia senang merebak kerana dokumen Word digunakan hampir seluruh pengguna komputer dan sentiasa dikongsi. Makro yang digunakan oleh pereka virus ini selalunya disimpan dalam template global iaitu Normal.dot yang digunakan oleh semua dokumen Microsoft Word. Virus jenis ini menjangkiti fail data dan host jenis ini lebih berkesan kerana fail data lebih kerap dikongsi bersama. Virus makro tidak terikat pada satu platform sahaja. Oleh itu, satu virus boleh menjangkiti komputer yang menggunakan Windows 3.x, 95, 98,ME, XP, NT malah Macintosh. o Virus Fail TSR (Terminate and Stay Resident) Virus ini menjangkiti fail yang boleh dilaksanakan iaitu fail yang mempunyai nama tambahannya .exe ,.com,.sys,.dll, drv dan juga .ovl. Banyak juga virus yang meresapi fail command.com. Virus akan mempastikan apabila fail ini dibaca oleh komputer, arahan dari virus ini akan dilaksanakan dahulu. Arahan ini kemudianya akan kekal didalam memori untuk menjangkiti fail-fail lain. Kebanyakan virus yang bijak selalunya masih menjalankan arahan asal supaya pengguna tidak merasa sangsi

akan

aturcara

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

berkenaan.

179

o Virus Companion Virus ini merebak melalui fail yang dilarikan (run). Misalnya fail asal adalah myapp.exe. Apabila pengguna menaip myapp dalam prompt c, myapp.com akan dilarikan dan akan menjalankan rutin rebakannya. Kemudian

myapp.exe

akan

dilaksanakan

oleh

myapp.com

tanpa

pengetahuan pengguna. o Virus Overwriting Ia menulis dirinya keatas fail yang dijangkiti menyebabkan program tersebut tidak dapat dijalankan lagi. Virus jenis ini tidak popular kerana mudah dikesan.

Contoh Jenis Virus : Terdapat pelbagai kategori untuk virus komputer : i.

Trojans – program yang mengandungi kandungan yang selain daripada yang ditunjukkan [cth : pengguna mendownload sesuatu game tanpa menyedari adanya kehadiran Trojan didalam fail yang sedang didownload itu]

ii.

Backdoor – seperti namanya, program jenis ini hanyalah dijadikan sebagai platform atau pintu belakang untuk kemasukan virus yang sebenar [seperti jalan masuk belakang untuk virus lain yang lebih merbahaya]

v.

Worm – barulah dikenali sebagai virus computer kerana ianya merupakan satu program yang memang direka khas untuk menjalankan proses-proses tertentu yang mampu merosakkan dan membawa bahana kepada system computer itu dan juga fail-fail didalamnya. [selalunya akan melalui pelbagai cara untuk sampai ke pc pengguna samada menerusi Trojans, Backdoor, Spyware ataupun Adware.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

180

Jangkitan Virus Virus boleh bertahan agak lama tanpa dikesan. Hasilnya ialah virus akan memberikan petanda-petanda sebelum ia menyerang. Perisian antivirus adakalanya tidak dapat mengesan jangkitan ini tetapi adakalanya ia memberikan beberapa kesan kehadiran mereka.

Berikut adalah beberapa petanda untuk anda perhatikan :

* Perubahan dalam saiz fail. * Perubahan pada tarikh fail walaupun fail itu tidak diubahsuai. * Program mengambil masa yang agak lama untuk dijalankan. * Operasi sistem yang perlahan. * Pengurangan ruang cakera keras dan memori yang tidak dapat dikesan puncanya. * Sektor rosak pada disket. * Paparan mesej kerosakan yang ganjil. * Aktiviti skrin yang ganjil. * Aturcara tidak dapat dijalankan. * Sistem boot gagal semasa sistem bermula atau semasa memboot daripada pemacu A: * Terdapat aktiviti pencapaian cakera keras semasa tiada aktiviti sedang berjalan.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

181

Bagaimana Hendak Mengesan Virus?

Cara mengesan virus : •

Semak disket, pen drive atau “external hard disk” dengan perisian anti-virus sebelum menggunakannya



Perhatikan jumlah ruang cekera yang masih kosong



Perhatikan fail yang bertukar dengan melihat mengikut turutan tarikh



Semak semua fail yang didapati dari komputer lain



Tukarkan turutan mulakan komputer menggunakan cekera keras C dahulu sebelum cakera A



Gunakan perisian antivirus untuk menyemak fail sekurang-kurangnya seminggu sekali dengan memulakan komputer menggunakan disket antivirus selepas menutup komputer sekurang-kurangnya seminit.



Sebaiknya pasangkan perisian antivirus jenis TSR yang dilaksanakan semasa memulakan komputer dan sentiasa berada dalam memori untuk menyemak aturcara atau disket.



Untuk pengesanan yang lebih berkesan, pastikan anda sentiasa mengemaskini antivirus atau menggunakan antivirus yang terkini.



Apabila menerima sisipan atau attachment dari email, pastikan terlebih dahulu dengan penghantar email tersebut sekiranya curiga untuk mengelakkan ia adalah virus.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

182

Langkah-langkah Pencegahan •

Beli dan muat-turun perisian dari Internet hanya dari sumber yang boleh dipercayai.



Berhati-hati dengan perisian yang ditawarkan dalam Internet



Berhati-hati dengan disket dan fail yang anda terima daripada orang lain.



Elakkan penggunaan perisian cetak rompak



Jangan mengulang guna disket yang telah digunakan di komputer lain yang anda tidak yakin keselamatannya.



Jangan pindah turun fail dari laman web yang tidak selamat seperti laman web porno atau menawarkan sesuatu aplikasi secara percuma.



Jangan buka kepilan (attachment) email sebelum anda memeriksanya terlebih dahulu. Berhati-hati terhadap mesej dan lampirannya (walaupun dihantar oleh orang yang anda kenali), dengan tajuk kandungan yang tidak jelas maksudnya.



Dapatkan program antivirus untuk lebih selamat berkongsi disket, memindahturun fail



dari

internet

dan

membuka

lampiran

email.

Jika sistem anda dijangkiti virus, lawatilah laman web pengeluar perisian pengimbas-virus dan pasang mana-mana pengesan virus baru ada. Jalankan perisian berkenaan. Perisian ini mungkin tidak dapat menghapuskan virus, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat mengenalpasti virus.



Pindah turun dan pasang mana-mana perisian pembetulan sementara (patches) atau program-program yang boleh membantu anda menghapuskan virus tersebut. Atau ikut mana-mana arahan yang anda temui bagi memadam virus secara manual.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

183

7.2 Pemasangan Antivirus – AVG Langkah 1 Dapatkan fail antivirus AVG yang terdapat di dalam CD. Anda juga boleh muat turun fail antivirus AVG di internet. Kemudian klik fail antivirusAVG untuk memulakan pemasangan.

Langkah 2 Kemudian muncul tetingkap Welcome!. Paparan prakata dari pihak AVG. Klik Next untuk teruskan proses pemasangan.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

184

Langkah 3 Tetingkap License Agreement muncul. Anda boleh membaca dan untuk meneruskan proses pemsangan, anda perlu bersetuju dengan terma perjanjian dengan klik Accept.

Langkah 4 Seterusnya, di bahagian Select Installation Type, anda perlu memilih jenis pemasangan iaitu Standard Installation atau Custom Installation. Anda dicadangkan memilih Standard Installation. Klik Next.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

185

Langkah 5 Langkah seterusnya, tetingkap Personalize AVG muncul. Anda perlu isikan User Name pilihan anda dan Company Name (jika ada). License/Sales Number akan terpapar secara automatik. Kemudian klik Next.

Langkah 6 Tetingkap Installation Summary muncul. Maklumat ringkasan pemasangan terpapar. Selesai, klik Finish.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

186

Langkah 7 Proses pemasangan sedang dilaksanakan.

Langkah 8 Pemasangan telah selesai. Ikon antivirus AVG muncul di desktop anda secara automatik. Kemudian, klik OK.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

187

Langkah 9 Muncul kotak dialog Congratulations! setelah pemasangan berjaya dan AVG Free – First Run iaitu antivirus AVG dilarikan (run) pertama kali. Klik Next.

Langkah 10 Kotak dialog AVG Free Update muncul. Untuk melakukan kemaskini untuk mendapatkan database terkini mengenai virus dan versi terkini antivirus, pastikan anda dihubungkan dengan internet. Untuk teruskan proses kemaskini anda boleh klik Check for Updates atau tidak anda boleh klik X untuk melakukan kemaskini kemudian.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

188

Langkah 11 Kotak dialog Update muncul. Untuk teruskan kemaskini maklumat antivirus, klik butang Internet.

Langkah 12 Setelah antivirus mendapatkan maklumat dari server untuk fail yang perlu dikemaskini. Paparan maklumat Priority update iaitu keutamaan fail yang perlu kemaskini dipaparkan. Untuk teruskan kemaskini dari internet, klik butang Update.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

189

Langkah 13 Antivirus AVG sedang memuat turun maklumat terkini dan mengemaskini maklumat secara automatik.

Langkah 14 Kemaskini telah berjaya. Klik OK

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

190

Langkah 15 Anda boleh melakukan imbasan (scan) ke atas komputer anda. Anda juga boleh lakukan imbasan kemudian. Klik Next.

Langkah 16 Anda juga boleh daftar secara percuma pada laman web AVG. Jika anda mendaftar, anda boleh menyertai forum perbincangan AVG dan mendapatkan khidmat sokongan teknikal secara percuma. Anda juga boleh mendaftar kemudian. Untuk teruskan klik Next.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

191

Langkah 17 Pemasangan antivirus anda telah berjaya.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

192

7.3 Apa Itu Spyware? Spyware pula merujuk kepada apa-apa perisian yang melaksanakan sesuatu tugas atau proses yang berjalan tanpa pengetahuan pengguna ia akan melaksanakan beberapa arahan, memantau pengguna di Internet dan menghantar maklumat-maklumat anda secara senyap kepada pemilik perisian tersebut atau kepada pihak ketiga. Anda perlu berhati-hati kerana spyware mampu mengumpul maklumat-maklumat sensitif seperti alamat email, kata laluan atau nombor kad kredit anda, menyiarkan iklan-iklan yang tidak dikehendaki malah mengubah konfigurasi komputer anda - dan semua ini dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenaran anda!

Punca jangkitan spyware •

Pengguna klik iklan atau tetingkap pop-up yang dipaparkan



Memuat turun fail-fail percuma seperti perisian atau permainan (games)



Melayari laman web tertentu seperti laman web porno atau laman web crack file.



Menerusi sisipan email atau ruang borak (chat room)

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

193

Petanda komputer telah dijangkiti spyware adalah seperti: •

Ketetapan pelayar laman web telah berubah – pelayar laman web anda, terutamanya Internet Explorer (dan juga yang lain-lain seperti Netscape dan Firefox) dipenuhi dengan butang-butang yang tidak anda tidak pernah lihat sebelum ini, kebanyakannya berkaitan periklanan dan anda dapati amat sukar untuk menghilangkannya walaupun pelbagai setting telah diubah;



Komputer anda dipenuhi pelbagai iklan – desktop anda penuh dengan pelbagai ikon yang menawarkan perkhidmatan, Paparan pop-up iklan muncul secara tiba-tiba menyuruh anda membeli beberapa produk. Start Menu anda juga dipenuhi dengan pelbagai shorcut ke laman web promosi pelbagai khidmat dan produk.



Prestasi komputer anda menjadi perlahan dan kerap ‘hang’ – Anda akan mendapati prestasi komputer anda semakin menurun. Lampu merah LED pada mini tower anda berkelip-kelip tanpa henti seolah-olah ada aplikasi sedang dijalankan walaupun tiada perisian atau program dijalankan. Ini kerana spyware sedang menjalankan aktiviti aplikasinya yang mengakibatkan simptom di atas.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

194

7.4 Pemasangan antispyware Spybot – Search and destroy Langkah 1 Dapatkan fail antispyware Spybot – Search and destroy di dalam CD. Anda juga boleh muat turun fail antispyware Spybot – Search and destroy di internet. Klik fail Antispyware untuk memulakan pemasangan.

Langkah 2 Kemudian muncul tetingkap untuk memilih bahasa. Klik OK untuk teruskan proses pemasangan.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

195

Langkah 3 Kemudian muncul tetingkap Welcome to the spybot Setup Wizard. Sebelum memulakan pemasangan, pihak Spybot mencadangkan supaya menutup perisian atau aplikasi yang sedang dijalankan. Klik Next untuk teruskan proses pemasangan.

Langkah 2 Tetingkap License Agreement muncul. Anda boleh membaca dan untuk meneruskan proses pemsangan, anda perlu bersetuju dengan terma perjanjian dengan memilih I accept the agreement. Kemudian klik Next.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

196

Langkah 3 Seterusnya, di tetingkap Select Destination Location telah menetapkan default lokasi untuk pemasangan. Anda boleh mengubah lokasi folder fail sekiranya anda mahu. Kemudian klik Next.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

197

Langkah 4 Langkah seterusnya, disini beberapa komponen disediakan oleh pihak Spybot. Komponen yang ditawarkan untuk dimuat turun ialah : > Icons for starting blind user mode - komponen ini disediakan untuk rabun warna > Additional languages – komponen untk menambah bahasa > Skins to change appereance – komponen untuk menambah / mengubah grafik kulit (skin) perisian ini > Download updates immediately – komponen ini akan memuat turun sebarang kemaskini fail yang terbaru serta-merta (anda perlu mempunyai sambungan internet untuk komponen ini) Selesai menanda, klik Next.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

198

Langkah 5 Langkah seterusnya, anda boleh menetapkan folder pintasan di Start Menu. Untuk membuat perubahan klik Browse. Setelah selesai, klik Next.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

199

Langkah 6 Di tetingkap ini, anda boleh memilih tugas tambahan (additional tasks) semasa proses pemasangan akan dilaksanakan. > Additional icons – untuk mencipta ikon di desktop dan Quick Launch > Permanent protection - Untuk perlindungan kekal terdapat dua ciri yang ditawarkan. Anda dicadangkan menanda dua kotak untuk perlindungan yang lebih baik. Fungsi SDHelper ialah melindungi komputer dari serangan dari internet seperti spyware dan trojan yang boleh menyelinap melalui email atau ketika melayari laman web. Fungsi TeaTimer ialah mengimbas dan memantau proses fail spyware yang mencurigakan secara masa sebenar (real time). Selesai menanda fungsi yang anda kehendaki, klik Next.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

200

Langkah 7 Pemasangan sedia untuk dilaksanakan. Untuk memulakan pemasangan, klik Install.

Langkah 8 Sekiranya sebelum ini anda memilih Download updates immediately iaitu untuk muat turun dan kemaskini fail, muat turun akan terus dilakukan ke internet. Namun, anda boleh melakukan muat turun dan kemaskini kemudian.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

201

Langkah 6 Setelah pemasangan telah selesai, ikon Spybot muncul di desktop. Anda juga boleh terus melarikan (run) antispyware Spybot ini. Kemudian klik Finish.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

202

7.5 Pemasangan Personal Firewall – Zone Alarm Dinding Api Peribadi (Personal Firewall) Ramai dikalangan pengguna komputer bergerak atau peribadi tidak bersambung dengan Internet setiap masa. Walaubagaimanapun, mereka terdedah kepada penjenayah siber apabila mereka menggunakan Internet.

Justeru itu,

Personal Firewall berupaya untuk menghalang capaian tanpa izin ke komputer anda, ke rangkaian dan juga internet. Ia menjadi sebagai satu benteng tambahan keselamatan computer anda untuk menyaring, memeriksa, menyekat setiap mesej dan data, trafik atau komunikasi yang mencurigakan dari luar. Kebanyakan pengeluar Personal Firewall ini menjadikan sistem pengoperasian Windows sebagai sasaran kerana ia banyak kelemahan pada sistem operasinya berbanding linux.

Langkah 1 Dapatkan fail personal firewall Zone Alarm yang terdapat di dalam CD. Anda juga boleh muat turun fail personal firewall Zone Alarm di internet. Kemudian klik fail personal firewall Zone Alarm untuk memulakan pemasangan. Langkah 2 Kemudian muncul tetingkap Installation. Anda boleh tentukan direktori fail pemasangan akan diletakkan. Klik Next untuk teruskan proses pemasangan.

203

Langkah 3 Tetingkap ZoneAlarm Registration muncul. Anda boleh mengisi nama dan email anda. Sekiranya, anda mahu mendapat maklumat terkini mengenai kemaskini terbaru dan produk terbaru, anda boleh klik pada kotak yang disediakan. Untuk meneruskan proses pemasangan, klik Next.

Langkah 4 Kemudian tetingkap License Agreement muncul. Anda boleh membaca dan untuk meneruskan proses pemsangan, anda perlu bersetuju dengan terma perjanjian dengan klik ”I accept the terms of the preceding License Agreement.”

204

Langkah 5 ZoneAlarm sedang dipasang di dalam komputer anda.

Kemudian ZoneAlarm akan melakukan beberapa konfigurasi automatik di dalam komputer anda.

Langkah 6 ZoneAlarm mempunyai beberapa soalan tinjauan / survey. Anda boleh menjawab seikhlas anda. Setelah selesai, klik Finish.

205

Langkah 7 Setelah pemasangan selesai, klik Yes untuk memulakan dan mengaktifkan ZoneAlarm.

Kemudian muncul tetingkap tawaran dari ZoneAlarm. Pilih dan klik butang bawah iaitu No Thanks untuk menggunakan fungsi ZoneAlarm secara percuma.

206

Langkah 8 Tetingkap Configuration Wizard muncul. Untuk bahagian ini, anda boleh memilih pilihan samada untuk terus melakukan imbasan ke komputer anda atau tidak. Saya mencadangkan anda melakukan imbasan kali pertama ini dengan memilih ”Scan my computer”. ZoneAlarm akan melakukan imbasan dengan pantas lebih kurang 10 saat sahaja.

Setelah selesai melakukan imbasan, tetingkap menyatakan ZoneAlarm telah siap dipasang dan bersedia untuk melindungi komputer anda. Klik butang Finish.

207

Anda perlu restart / reboot semula komputer anda untuk memastikan pemasangan di dalam komputer anda lengkap.

Langkah 9 Setelah restart, tetingkap ZoneAlarm – Getting Started muncul. Sekiranya anda mahu pemahaman lebih lanjut mengenai ZOneAlarm, anda boleh klik butang Play Video Tutorial dan anda akan dihubungkan ke laman web ZoneAlarm untuk paparan video. Untuk teruskan klik Finish.

208

Langkah 10 Kemudian, paparan utama ZoneAlarm muncul.

Anda tidak perlu lagi melakukan perubahan kerana pihak ZoneAlarm telah menetapkan aturan (setting) yang dapat melindungi komputer anda. Namun anda masih boleh menetapkan aturan anda sendiri mengikut pilihan anda. Anda boleh menetapkan aturan anda sendiri di beberapa menu di sebelah kiri iaitu menu Firewall, Program Control, Antivirus –Monitoring, Email Protection dan Alert & Logs.

209

MENGESAN KEROSAKAN (TROUBLESHOOTING)

8. Mengesan Kerosakan (Troubleshooting) 1. Masalah : Pemacu CDROM tidak berpusing atau tidak mengeluarkan bunyi Punca : - Motor pemacu atau masalah elektronik. - Kadang-kadang disebabkan bekalan kuasa tidak mencukupi atau cacat Penyelesaian : - Periksa bekalan kuasa dari power supply ke belakang pemacu - Ganti pemacu cdrom

2. Masalah : - Pemacu CDROM menghasilkan bunyi kuat Punca : Kepala baca rosak atau “crash” Penyelesaian : Baiki atau ganti pemacu

3. Masalah : Keluar paparan Non System Disk OR Disk Failure Punca : Komputer membaca sistem boot dari Drive A dan didapati tiada sistem boot didalamnya. Penyelesaian : Keluarkan disket dari Drive A dan ‘press any key to continue’. Sistem akan terus boot daripada cakera keras (Hard Disk).

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

210

4. Masalah : Komputer mengeluarkan bunyi beep 4 kali dan tiada paparan di monitor Punca : Berpunca dari RAM yang berkemungkinan kotor, rosak atau tidak dipasang betul Penyelesaian : - Periksa RAM dipasang betul atau tidak - Uji RAM di komputer lain - Gantikan RAM

5. Masalah : Bekalan kuasa tiada dan lampu led komputer tidak menyala langsung Punca : - Kemungkinan palam punca kuasa salurkan kuasa rendah - Power supply dipanah petir atau litar pintas Penyelesaian : - Periksa punca kuasa palam dan pastikan palam dipasang lekap dan betul - Periksa punca kuasa di belekang casing juga dipasang betul dan tidak longgar - Jika tiada respon, ganti power supply baru.

6. Masalah : Boot failure / tidak boleh run c:\ Punca : Kemungkinan berpunca dari masalah kabel, setting pada jumper atau windows corrupt Penyelesaian : - Periksa kabel - Jika ada buat perubahan pastikan setting perkakasan tersebut betul - Periksa dan uji cakera keras tersebut di komputer lain

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

211

7. Masalah : Windows tidak dapat dijalankan / hanya keluar boot image Windows berwarna hitam Punca : Kemungkinan berpunca pemasangan perisian yang tidak sesuai atau windows corrupt Penyelesaian : - Cuba masuk ke Safe mode dengan menekan F8 dan buang perisian yang mungkin anda baru install di Safe mode - Periksa virus menggunakan antivirus - Jika ada buat perubahan pada Windows pastikan setting tersebut betul - Jika gagal, reinstall semula Windows atau format.

8. Masalah : Hilang atau setting kembali ke tarikh/masa dan maklumat default. Punca : - Bateri di papan induk Penyelesaian : - Ganti bateri

9. Masalah : Ralat dalam saiz memori Punca : - Cip memori longgar - BIOS setting Penyelesaian : - Ketatkan cip memori pada soketnya - Periksa setting untk RAM di BIOS

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

212

10. Masalah : Drive not ready Punca : - Pemacu gagal berfungsi - Cakera tidak diformat Penyelesaian : - Gantikan pemacu cakera atau format cakera

11. Masalah : Tiada Paparan di monitor, lampu monitor hidup Punca : - Kabel paparan ke adapter - Monitor - Bios setting bagi mode video - Kad video mungkin rosak Penyelesaian : - Periksa kabel paparan samada dipasang ketat atau longgar. - Uji monitor dengan komputer lain - Periksa setting mode video di BIOS - Jika menggunakan kad video tambahan, buka dan uji di komputer lain. 12. Masalah : Paparan yang kabur, dan tidak tepat Punca : - Pelaras monitor - Kerosakan kad video Penyelesaian : - Laras semula monitor - Gantikan kad video

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

213

13. Masalah : Paparan "Track 0 bad -disk unusable" pada disket Punca : - Cakera rosak - Cakera tidak sesuai atau jenis format - Virus telah rosakkan track 0 Penyelesaian : - Tukar cakera atau format semula dengan betul.

14. Masalah : - Cakera keras mengeluarkan bunyi bernada tinggi. Punca : - Kepala (head) bersentuh dengan kepingan semasa berpusing Penyelesaian : - Ganti atau baiki cakera keras

15. Masalah : - Apabila “boot” keyboard error / tidak berfungsi Penyelesaian : - Periksa palam (keyboard connector) pada papan kunci di belakang di pasang betul atau tidak. - Periksa key lock - Tukar papan kunci

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

214

16. Masalah : - Windows menjadi perlahan (slow) Punca : - Virus atau spyware - Kapasiti RAM tidak cukup - Cakera keras (hardisk) bermasalah Penyelesaian : - Periksa menggunakan antivirus dan antispyware - Tambah kapasiti RAM - Tutup program yang tidak diperlukan - Periksa cakera keras samada elok atau sudah rosak

17. Masalah : - Speaker tidak berbunyi Punca : - Palam pin silap - Pemandu (driver) kad bunyi (sound card ) tidak di install - speaker rosak Penyelesaian - Periksa palam pin speaker di belakang sama ada dimasukkan ke ruang pin yang betul - Pastikan driver telah diinstall. Dapatkan driver pada cd yang disertakan dengan pembelian papan induk (motherboard) atau download di internet - Uji speaker di komputer lain, tak berbunyi ganti lain

18. Masalah : - Apabila taip menggunakan papan kunci (keyboard), perkataan atau simbol lain yang keluar Punca : - Kemungkinan cip elektronik papan kunci (keyboard)rosak Penyelesaian : - Ganti baru Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

215

PANDUAN DAN TIPS MEMBELI KOMPUTER BARU

9. Panduan & Tips Membeli Komputer Panduan Membeli Komputer

Di Malaysia, komputer kini telah menjadi satu keperluan dalam rumah terutama untuk pembelajaran anak-anak ataupun keperluan untuk kerja kita. Namun, dilema yang dihadapi oleh kebanyakan pengguna dalam membeli komputer ialah – kualiti dan kuantiti. Sesetengah pengguna yang mementingkan kualiti sanggup berbelanja lebih untuk memiliki komputer yang berkualiti dan hebat, manakala ada pengguna yang mementingkan kuantiti pula lebih suka memiliki komputer yang lebih murah tetapi dapat dimilikki lebih dari satu. Memilih untuk membeli sebuah komputer peribadi merupakan sesuatu yang amat menarik – ini kerana anda perlu mengambil kira beberapa faktor sebelum mengambil keputusan spesifikasi yang sesuai untuk keperluan anda. Panduan ini cuba memberikan gambaran untuk menolong anda memilih komputer yang paling sesuai dengan keperluan anda dan berasa berbaloi membelinya. Antara perkara yang perlu anda lakukan ialah merancang. Anda perlu fikirkan apakah matlamat dan kegunaan komputer yang bakal anda beli. Bagaimana dan berapa bajet yang anda boleh laburkan untuk pembelian komputer anda? Memilih komputer berdasarkan jenama, kualiti dan khidmat bantuan teknikal?

Matlamat dan Kegunaan Komputer Yang bakal Anda Beli

Sebelum melakukan pembelian komputer, kita perlu merancang matlamat dan penggunaannya. Matlamat tersebut akan menentukan cara penggunaan komputer kita dan bagaimana ia dapat bertahan lama. •

Adakah penggunaan komputer anda untuk menyelesaikan tugasan-tugasan pejabat dan

sekadar

melayari

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

internet?

216

- Sekiranya anda hendak menggunakan komputer anda sekadar menyelesaikan tugasan-tugasan pejabat dengan menggunakan aplikasi pejabat yang biasa digunakan seperti Microsoft Office atau OpenOffice dan melayari internet, anda tidak perlu memiliki spesifikasi komputer yang canggih. Ia menjadi satu pembaziran andai penggunaannya tidak setimpal dengan belanja yang dikeluarkan nanti. Cukuplah sekadar membeli mengikut keperluan anda dengan spesifikasi biasa. Contoh

spesifikasi

dicadangkan

untuk

Spesifikasi

penggunaan

di

atas

:

Harga (RM)

Pemproses : Intel Pentium Dual Core E2160 1.80Ghz 800

238

FSB L2 512KB Papan Induk : Asus P5GC-MX1333 1945GC LGA 775

180

integrasi - Kad Video Grafik - Fast Ethernet 10/100 LAN - Kad Audio 5.1 Channel - USB 2.0 Port Cakera Keras : Seagate 80GB SATA

150

RAM DDR2 : 512MB

45

Pemacu CD / DVD : LG 20X Internal DVD-RW SATA

100

Pemacu Cakera Liut : 1.44MB Floppy Disk Drive

20

Kekisi : ATX Tower Casing with 24 Pin

80

Papan Kunci

10

Tetikus

6

Multimedia Speaker

15

Skrin paparan / Monitor : Tecom 17” CRT

210

Jumlah

954

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

217



Adakah komputer baru yang anda mahu milikki menyokong fungsi hiburan dan multimedia?

Juga

sesuai

untuk

kegunaan

seisi

keluarga?

- Sekiranya anda sering menggunakan komputer anda untuk fungsi hiburan dan multimedia dan tidak hanya untuk menaip semata-mata dan digunakan bersamasama seisi keluarga, adalah perlu anda mendapatkan spesifikasi yang lebih baik atau

tinggi

dari

spesifikasi

di

atas.

Contoh spesifikasi dicadangkan untuk penggunaan di atas : Spesifikasi

Harga (RM)

Pemproses : Intel Pentium Core 2 Duo E4500

410

2.20 Ghz 800 FSB L2 2MB Papan Induk : MSI MS7236I945PLNEO-F LGA 775

245

integrasi - Fast Ethernet 10/100 LAN - Kad Audio 5.1 Channel - USB 2.0 Port Kad Video Grafik : Sapphire Ati Radeon X1050/TV/DVI

145

Cakera Keras : Seagate 80GB SATA

150

RAM DDR2 : 1GB

75

Pemacu CD / DVD : LG 20X Internal DVD-RW SATA

100

Pemacu Cakera Liut : 1.44MB Floppy Disk Drive

20

Kekisi : ATX Tower Casing with 24 Pin

80

Papan Kunci

10

Tetikus

6

Speaker : Altec Lansing BXR1121

125

Skrin paparan / Monitor : Tecom 17” CRT

210

Jumlah

1576

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

218



Adakah anda mahukan komputer yang dapat menyokong dan anda dapat melakukan hobi anda seperti permainan komputer yang canggih tanpa masalah? Menggunakan komputer untuk tugasan berkaitan grafik seperti Autocad atau AdobePhotoshop? - Sekiranya anda menggunakan komputer lebih kepada perisian rekabentuk grafik atau anda ini kaki permainan komputer, seharusnya anda menggunakan spesifikasi yang tinggi untuk mengelakkan masalah komputer mungkin perlahan atau‘hang’.

Contoh spesifikasi dicadangkan untuk penggunaan di atas : Spesifikasi

Harga (RM)

Pemproses : Intel Pentium Core 2 Duo E8400

765

3.00 Ghz 1666 FSB L2 6MB Papan Induk : MSI MS7345 P35 PLATINUM LGA 775

595

integrasi - Fast Ethernet 10/100 LAN - USB 2.0 Port Kad Video Grafik : Asustek GF8800GT/TOP/DDR3/TV/DVI/DX10

990

Cakera Keras : Seagate 250GB SATA

228

RAM DDR2 : 2GB DDR800

330

Pemacu CD / DVD : LG 20X Internal DVD-RW SATA

100

Pemacu Cakera Liut : 1.44MB Floppy Disk Drive

20

Kad Audio : Creative Sound Blaster X-Fi Extreme

239

Kekisi : Coolermaster Elite 330/331

245

Papan Kunci PS2 Smooth Dektop

35

Tetikus PS2 WL 2nd Wheel Zoom Opt

70

Speaker : Altec Lansing GT5051 5.1Channel

545

Skrin paparan / Monitor : Samsung 19" LCD

709

Jumlah

4871

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

219

Bajet anda Berapa bajet anda untuk membeli komputer baru? Soalan yang penting untuk kebanyakkan orang sebelum membeli komputer. Ada diantara kita mungkin bajet tiada masalah tetapi bagi yang mempunyai bajet yang terhad pastinya perlu berfikir banyak kali. Untuk membeli komputer kini, bajet atau kewangan dijual pada harga yang boleh dimilikki dan murah. Di pasaran terdapat 2 jenis komputer yang boleh dimilikki iaitu :

i.

komputer klon dan

ii.

komputer berjenama

Maksud komputer klon ini ialah bukanlah komputer anda diklon tapi komputer yang dipasang siap perkakasan dan komponennya samada di pasang di kedai atau anda pasang sendiri dengan spesifikasi yang anda mahukan.

Beza antara komputer klon dengan komputer berjenama ialah yang paling ketara pada harganya, kualiti dan khidmat bantuan teknikal selepas jualan.

Klon

Berjenama

Harga

Lebih murah

Lebih mahal

Kualiti

Baik

Lebih Baik

Bantuan

Biasanya tauke kedai akan Sekiranya membabitkan kerosakkan

Teknikal

mengenakan caj yang mahal

perkakasan dan masih mempunyai jaminan, biasanya tidak dikenakan caj (bergantung kepada jenama)

Jaminan

Hanya setahun

Ada

jenama

memberi

jaminan

sehingga 3 tahun (bergantung kepada jenama). Tempoh masa

Cepat. Biasanya 1 – 2 hari

Lambat. Biasanya seminggu.

baiki jika bermasalah

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

220

Berdasarkan pengalaman saya, menggunakan komputer klon atau berjenama adalah sama sahaja. Yang perlu anda tahu ialah memahami atau memahirkan diri sekiranya berlaku masalah-masalah dan bagaimana hendak diselesaikan. Adalah perlu untuk kita memahirkan diri supaya tidak ditipu oleh tauke-tauke kedai yang mungkin tamak dan hanya hendak mengenakan caj yang mahal kepada kita sahaja

Tips Membeli Komputer •

Sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan terkini teknologi dengan membaca ulasan tentang produk-produk terbaru yang berada di pasaran di dalam majalah-majalah atau melalui internet. Dapatkan maklumat tentang apakah perkakasan dan perisian yang termasuk dalam model yang anda inginkan dan jadikannya sebagai asas untuk membandingkan harga. Tanya "apa yang kurang?", jika harganya lebih rendah.



Sebelum membeli , selalu melawat kedai-kedai komputer untuk mendapatkan harga-harga terkini dan pakej yang disertakan. Banyakkan bertanya untuk mendapat lebih informasi setiap pakej yang ditawarkan. Biar lambat asalkan puas hati nanti.



Sebelum membawa balik komputer anda, minta pekedai / penjual menunjukkan kelajuan prosesor anda, ram dan saiz cakera keras anda. Buka casing jika perlu untuk melihat



sekiranya

ada pertambahan

Semua pembelian PC akan

kad

atau

perkakasan

lain.

dibekalkan dengan "manual" serta beberapa

disket/CD yang mengandungi "driver" dan "system configuration" yang diperlukan oleh PC untuk berfungsi. Pastikan penjual membekalkan perkaraperkara tersebut semasa pembelian. Pastikan semua kabel dan aksesori yang lain (seperti disebutkan dalam manual) dibekalkan bersama. Simpan benda-benda ini dengan selamat. Ianya amat perlu sekiranya sesuatu berlaku kepada PC.

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

221

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF