February 22, 2017 | Author: kumanqatar | Category: N/A
Panduan Cash Flow
1
PanduanCashFlow.com
Panduan Cash Flow Oleh Suzardi Maulan {Pakdi}
© 2012 Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang manamana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis dari penulis.
*** Penulis
sedaya
upaya
memastikan
ebook
ini
mengandungi
maklumat yang tepat dan berautoriti berkenaan subjek ini. Penulis tidak
boleh
dianggap
memberikan
khidmat
perundangan,
perakaunan atau khidmat profesional yang lain kepada pembaca. Sekiranya nasihat atau panduan pakar diperlukan, sila dapatkan nasihat dan khidmat bertulis daripada pakar yang berkelayakan.
Panduan Cash Flow
2
PanduanCashFlow.com
Isi Kandungan Pengenalan
6
(1) Kisah Kampung Pinang Sebatang
11
Perancangan Strategik Hijrah Nabi Muhammad saw
14
(2) Kenapa Mahu Jadi Kaya?
15
Makna Kekayaan
15
(3) Prinsip Kekayaan Nabi Yusuf a.s.
19
5 Perkara Wajib Buat Untuk Jadi Lebih Kaya
24
(4) 7 Langkah Membina Penyata Kewangan
27
Mengira Pendapatan
32
Mengira Perbelanjaan
33
Senarai Aset
34
Senarai Liabiliti
35
Mengira Pendapatan Dari Aset
36
Mengira Aliran Tunai
37
Mengira Nilai Aset Bersih
38
(5) Analisis dan FAQ
42
Cash Flow Bulanan Negatif
42
Pendapatan Dari Sumber Yang Terhad
43
Nilai Aset Semasa Yang Rendah
43
FAQ #1 Apakah Kepentingan Penyata Kewangan Peribadi?
45
FAQ #2 Apakah Tindakan Terbaik Menangani Hutang Piutang?
46
FAQ #3 Saya Mempunyai Banyak Aset, Tetapi Tiada Cash Flow.
46
Kenapa Ya? FAQ #4 Adakah Aset yang Memberikan Cash Flow Lebih Baik? Panduan Cash Flow
3
47
PanduanCashFlow.com
FAQ #5 Apakah Fungsi Net Worth Dalam Penyata Kewangan?
47
FAQ #6 Apa Yang Patut Dibuat Dengan Simpanan yang Banyak?
48
FAQ #7 Apakah Emas Pelaburan Yang Terbaik?
49
FAQ #8 Pendapatan Saya Tidak Cukup Besar, Perbelanjaan Mesti
49
Dibuat Suami-Isteri Adakah Saya Boleh Buat Penyata Kewangan Bersama? FAQ #9 Adakah Perancangan Kewangan Telah Lengkap Setelah
50
Mempunyai Penyata Kewangan? FAQ #10 Apa yang Saya Patut Buat Selepas ini?
50
(6) Uruskan Hutang Dengan Bijak
52
Bagaimana Nabi Muhammad Mengajar Kita Untuk Keluar Dari Bebanan Hutang? 5 Langkah Untuk Bermula Menguruskan Hutang Dengan Bijak
53
Tips & Strategi Melangsaikan Hutang Dengan Cepat
57
i) Hutang Kad Kredit
57
ii) Hutang Rumah
63
iii) Hutang Kereta
67
iv) Hutang Pembiayaan Peribadi & Hutang Pendidikan
69
(7) Menampal Kebocoran Wang
56
70
3 Strategi Berbelanja dengan Rasional
71
Strategi Paling Power
77
(8) Jana Pendapatan Tambahan
79
5 Sebab Memulakan Bisnes
79
Amaran: Bisnes Lingkup Lebih Banyak
82
3 Cara Menambah Pendapatan
83
Bagaimana Saya Membeli Kereta Myvi Special Edition Melalui
88
Pendapatan Freelance RM 1,000 Sebulan? Bagaimana Saya Dapat Mengumpul RM 6,000 Dalam Tempoh 8
90
Bulan?
Panduan Cash Flow
4
PanduanCashFlow.com
Bisnes Dropship
94
Rat Race
96
Penutup
Panduan Cash Flow
99
5
PanduanCashFlow.com
PENGENALAN
Aiman Tak Kisah! “Too many people spend money they haven’t earned, to buy things they don't want, to impress people they don't like.” (Will Smith, American actor)
Hanya kita yang betul-betul peduli. Tentang urusan duit kita. Jangan ikut cakap orang lain. Orang lain nampak macam peduli mengenai kita seperti memberi pandangan tentang kereta kita yang berharga RM 95,000, baju baru yang kita beli dari butik terkenal dan telefon canggih berharga RM 2,000 yang kita gunakan. Mereka memang suka beritahu begitu dan begini kepada kita. Kita tak berfikir panjang. Kita pun membeli sesuatu untuk menunjukkan kita pun berduit. Namun cuba fikirkan, jika kita membeli kereta paling mahal dan 3 bulan kemudian kita tidak mampu membayar hutang bank, berapa ramai orang sekeliling kita yang mahu menghulurkan duit untuk membantu kita keluar dari bebanan hutang? Jika tiada siapa yang kisah situasi kewangan kita ketika susah, kenapa kita perlu mendengar kata-kata mereka? Ini yang dikatakan seperti peribahasa Melayu: “Kawan ketawa ramai, kawan menangis susah nak jumpa.” Atau, “Aiman tak kisah!” Jadi jangan ikut-ikut orang. Jadi diri kita sendiri. Panduan Cash Flow
6
PanduanCashFlow.com
Kita perlu meniru sikap Nabi Nuh a.s. Nabi Nuh a.s. mendapat wahyu dari Allah swt agar membina sebuah kapal yang besar di tengah-tengah padang pasir. Lalu Baginda pun membina bahtera tersebut walaupun ketika panas terik, jauh dari sungai dan laut. Orang di sekeliling Baginda hanya tahu mengejek-ngejek. “Nuh sudah gila. Buat bahtera tengah padang pasir.” “Nuh dah hilang akal. Hujan pun jarang-jarang turun tapi nak buat kapal.” “Nuh dah tukar kerja jadi tukang kayu. Dulu kata kerja dia Nabi Allah.” Namun Baginda tetap meneruskan kerja dan tanggungjawab sehinggalah kapal tersebut siap. Apabila sampai janji Allah swt maka hujan turun dengan lebat sehingga berlaku banjir besar dan menenggelamkan semua yang mengejek, mencaci dan mentertawakannya. Cuma mereka yang percaya dengan ajaran Islam yang disampaikan Nabi Nuh a.s. selamat dari banjir besar dengan menaiki bahtera tersebut. Fokus! Ya, apabila kita sudah nampak apa yang kita mahu maka kita seharusnya fokus mencapai apa yang kita mahukan. Jangan ambil peduli apa orang lain kata kerana kita sedang melaksanakan perancangan kewangan kita. Cuma 3 dari 10 orang di Malaysia yang serius dengan urusan kewangan. Siapa yang bermula awal pasti lebih untung. Jadual berikut menunjukkan perbezaan antara dua individu, Amir yang bermula sejak usia 25 tahun manakala Man yang hanya bermula pada usia 35 tahun. Andaikan pulangan atas simpanan mereka adalah 8% setahun. Lihat perbezaan simpanan mereka pada usia 55 tahun nanti.
Panduan Cash Flow
7
PanduanCashFlow.com
Menyimpan
Amir
Man
RM 100 sebulan
Jumlah Simpanan (RM)
Jumlah Simpanan (RM)
25 tahun
0
0
(Baru bermula)
(Mahu enjoy dulu)
18,774.58
0
35 tahun
(Baru bermula) 55 tahun
146,815.04
59,307.51
Amir mula menyimpan RM 100 sebulan pada usia 25 tahun berbanding Man, bermula pada 35 tahun. Banyak perbezaannya jika kita bermula awal. Lakukan sekarang. Bertindak segera. Ebook ini membantu kita menguruskan cash flow (aliran tunai) dalam pengurusan kewangan sehari-hari. Mereka yang mempunyai cash flow yang baik ibarat seperti seorang yang tiada masalah jantung. Darahnya dipam ke seluruh badan dengan lancar. Banyak penyakit dapat dielakkan apabila darah kita mengalir lancar, kandungan kolestrol jahat yang rendah dan mempunyai kadar lemak dalam julat yang sihat. Ebook ini adalah manual kepada buku Rancang Wang Dari Sekarang. Ia memperincikan strategi dan teknik kewangan yang dapat digunakan setiap hari. Kita bermula dengan melalukan 7 langkah yang mudah untuk menyediakan penyata kewangan peribadi yang lengkap supaya kita mempunyai satu sistem pengurusan kewangan yang sistematik bermula dengan melihat situasi cash flow kita. Kunci utama untuk bebas dari pelbagai masalah kewangan adalah dengan menjaga cash flow. Apabila cash flow kita baik secara automatik banyak benda berkait urusan duit kita menjadi sihat. Seterusnya kita juga dapat menganalisa situasi aset dan liabiliti kita iaitu berkaitan harta dan hutang yang kita ada. Apakah strategi yang ada untuk menambah cash flow setiap bulan? Panduan Cash Flow
8
PanduanCashFlow.com
Apakah cara yang bijak untuk membeli sebuah kereta? Bagaimana kita dapat menyelesaikan hutang kad kredit dan rumah dengan cepat? Apakah peluang yang ada untuk menambah pendapatan? Ebook ini juga mempunyai lembaran kerja yang wajib diisi semasa membaca supaya tuan mendapat hasil yang paling baik untuk menjadikan poket lebih tebal dan seterusnya akaun bank tidak lagi menjadi kering kontang pada setiap hujung bulan. Jadi pastikan tuan memuat turun dan mencetak terlebih dahulu lembaran kerja yang disediakan sebelum mula membaca. Simple but not easy. Semua kaedah, tips dan strategi yang dicadangkan adalah ringkas (simple) dan tidak kompleks. Namun ia tidak semestinya mudah (easy) dilaksanakan kerana ia bergantung kepada tabiat kewangan kita sedia ada. Ia tidak melibatkan alat-alat kewangan yang sofistikated kerana hidup ini sudah pun terlalu kompleks, industri kewangan sudah pun terlalu sofistikaked justeru ‘simplicity is the best.’
Selamat membaca.
Suzardi Maulan {Pakdi} Islamic Financial Planner TM www.suzardimaulan.com
Panduan Cash Flow
9
PanduanCashFlow.com
“Pakdi, apakah yang patut saya buat mengenai situasi kewangan saya?”
Ebook ini menjawab persoalan tersebut dan mendedahkan tips & strategi yang dapat kita amalkan.
Bagaimana mereka yang bergaji RM 3,000 dapat menjadi lebih kaya dan berharta dari mereka yang bergaji RM 10,000.
Panduan Cash Flow
10
PanduanCashFlow.com
BAB 1
Kisah Kampung Pinang Sebatang “If you are planning for a year, sow rice; if you are planning for a decade, plant trees; if you are planning for a lifetime, educate people.” (Chinese Proverb)
Pada satu hari Datuk Ketua Kampung Kampung Pinang Sebatang memanggil semua penduduk kampung berkumpul di padang yang luas untuk menyelesaikan masalah yang melanda kampung tersebut sejak dahulu. Masalah tersebut adalah penduduk-penduduk Kampung Pinang Sebatang masih perlu mengambil air dari sungai sendiri untuk urusan harian. Maka semua lapisan masyarakat, kanak-kanak, remaja, ibu bapa dan orang-orang tua datang berkumpul untuk mendengar apakah penyelesaian yang bakal diumumkan oleh Datuk Ketua Kampung. Mereka sungguh gembira mendengar masalah harian ini dapat selesai tidak lama lagi. Setelah penduduk kampung berkumpul, maka Datuk Ketua Kampung lantas mengumumkan, “Wahai orang-orang kampung, kita semua sudah sedia maklum masalah air yang berlaku dan dengan ini saya mengumumkan dua pemuda yang bakal bertanggungjawab menyediakan bekalan air ke setiap rumah di kampung ini. Dipersilakan maju ke hadapan.” Panduan Cash Flow
11
PanduanCashFlow.com
Bersoraklah semua penduduk kampung mendengarkan pengumuman tersebut. Akan hilanglah kerisauan bapa-bapa melepaskan ibu-ibu dan anak-anaknya ke sungai untuk mandi, membasuh dan urusan lainnya kerana now everyone can have water supply. Setelah sorakan reda Datuk Ketua Kampung pun memohon kerjasama dari semua penduduk kampung kepada dua pemuda yang dianugerahkan kontrak yang bernilai jutaan ringgit itu tadi. Keesokan harinya penduduk kampung terkejut apabila subuh-subuh lagi sebaldi besar air sudah tersedia di hadapan pintu. Alhamdulillah, mudah membersihkan diri di pagi hari. Tengah hari pula, tersedia lagi sebaldi air. Disusuli pada waktu petang dan seterusnya malam. Seronok semua penduduk Kampung Pinang Sebatang dengan perkembangan ini. Disebalik keseronokan ini ada seorang pemuda yang bekerja keras mengangkut air dari sungai dan menghantarnya ke rumah-rumah. Pemuda ini mengupah pekerja-pekerja yang gagah untuk membantunya membuat kerja tersebut. Pemuda ini kita namakan sebagai Pemuda A. Lama-kelamaan Pemuda A dan para pekerjanya mengalami kepenatan yang amat sangat. Upah yang diterima tidak setimpal dengan penat lelah membanting tulang mengangkat baldi-baldi air dari sungai ke setiap rumah. Lama kelamaan bekalan air 5 kali sehari yang diterima oleh semua penduduk kampung berkurang menjadi 4. Tidak lama kemudian 3. Seterusnya, naik semula menjadi 4. Tiba-tiba turun menjadi 2. Ini menyebabkan orang kampung berasa marah dengan apa yang berlaku. Mereka pun beramai-ramai mengadu kepada Datuk Ketua Kampung mengenai hal tersebut. Setelah perbincangan dibuat barulah mereka sedar selama ini yang menghantar bekalan air ke rumah-rumah hanya disediakan oleh Pemuda A. Ke manakah hilangnya pemuda seorang lagi? (Kita namakan dia sebagai Pemuda B) Tiada seorang pun mengetahui misteri kehilangan Pemuda B. Setelah 6 bulan mengalami keadaan bekalan air putus-putus penduduk Kampung Pinang Sebatang tiba-tiba dikejutkan dengan kehadiran jentera-jentera berat memasuki
Panduan Cash Flow
12
PanduanCashFlow.com
kampung. Ada yang menuju ke sungai, ada yang menuju ke bukit ada yang menuju ke kawasan-kawasan perumahan. Datuk Ketua Kampung pun memeriksa keadaan yang berlaku. Rupa-rupanya Pemuda B yang datang membawa pelbagai jentera untuk membekalkan air kepada penduduk-penduduk kampung. Setelah 3 bulan bekerja menyiapkan struktur-struktur penting, akhirnya Pemuda B membuat pengumuman kepada semua penduduk bekalan air bersih bakal masuk ke setiap rumah melalui sistem perpaipan yang sempurna. Air sungai disalurkan ke satu empangan yang besar dan diproses agar bebas dari kuman berbahaya dan seterusnya mengalir ke paip-paip air yang telah dipasang di setiap rumah. Semua proses ini dibuat dengan pelbagai teknologi hijau yang ada. Pemuda A terlopong melihat kebijaksanaan Pemuda B menyediakan bekalan air. Tidak seperti dirinya yang terpaksa bekerja keras setiap hari untuk menghantar air ke rumah-rumah sehinggakan kualiti perkhidmatan tidak dijaga dengan baik. Melihat kejayaan Pemuda B memberikan bekalan air yang lebih sempurna dari Pemuda B, Datuk Ketua Kampung pun bertanya kenapa selepas 9 bulan baru bekalan air ini dapat disediakan dan bukan sejurus selepas pengumuman dibuat seperti yang dilakukan oleh Pemuda A? Pemuda B pun menerangkan dengan peruntukan yang diterima, dia pergi mencari ilmu yang bersesuaian dengan ilmu pembekalan air dan pada masa yang sama mencari pelabur-pelabur yang berminat untuk melaksanakan projek tersebut. Setelah mendapat ilmu yang cukup dan pelabur-pelabur pun telah tersedia, dia pun merangka pelan yang lengkap untuk menyediakan air yang bersih dan terjamin kualitinya. Kemudian barulah dia kembali ke Kampung Pinang Sebatang untuk melaksanakan projek tersebut. Akhirnya, semua penduduk Kampung Pinang Sebatang tidak lagi menghadapi masalah bekalan air. Kesusahan yang mereka alami dulu kini sudah tiada lagi kerana adanya seorang pemuda yang bijaksana, yang teliti merancang dan melaksanakan tindakan yang tepat dengan situasi yang dialami.
Panduan Cash Flow
13
PanduanCashFlow.com
Peristiwa Hijrah Nabi Muhammad saw merupakan satu episod yang penting dalam sejarah Islam. Allah swt dapat memerintahkan sekalian malaikat membawa Nabi Muhammad saw dari Mekah terus sampai ke Madinah tanpa perlu bersusah payah. Namun peristiwa Hijrah tidak berlaku begitu. Nabi Muhammad saw mempunyai pelbagai strategi dan perancangan tertentu antaranya seperti berikut:
Meminta Sayyidina Ali r.a. menggantikan baginda di tempat tidur.
Keluar dari rumah pada waktu tengah hari terik, perkara yang orang lain tidak buat untuk bermusafir di padang pasir pada ketika itu.
Memilih Sayyidina Abu Bakr as-Siddiq sebagai rakan dalam hijrah ke Madinah.
Memilih jalan lain ke Madinah yang lebih jauh dan jalan tersebut bukan jalan yang selalu digunakan oleh orang lain.
Melantik Abdullah bin Uraiqat (bukan Islam) sebagai jurupandu arah.
Asma’ bt Abu Bakar dan Abdullah bin Abu Bakar sebagai penyampai maklumat dan menyediakan bekalan makanan ketika bersembunyi di Gua Thur.
Amir bin Fuhairah menjadi individu yang memadamkan jejak baginda dan Sayyidina Abu Bakar.
Menjadi orang biasa-biasa sepanjang perjalanan sedangkan Nabi Muhammad saw dan Sayyidina Abu Bakar sudah dikenali ramai.
Membina masjid di Quba’ sebelum memasuki bandar Madinah dan juga membuka pasar untuk umat Islam.
Sekiranya manusia seistimewa Nabi Muhammad saw juga merancang dengan teliti untuk berhijrah, maka sudah tentu kita juga perlu mempunyai merancang dengan baik untuk berhijrah dari keadaan kewangan yang biasabiasa menjadi seorang yang mempunyai keadaan kewangan yang luar biasa!
Panduan Cash Flow
14
PanduanCashFlow.com
BAB 2
Kenapa Mahu Jadi Kaya? “Kekayaan bukanlah diukur dengan banyaknya harta. Namun kekayaan adalah hati yang selalu merasa cukup.” (Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari)
Ramai orang nak jadi kaya. Namun tidak ramai yang pernah memikirkan ‘kenapa’ nak jadi kaya. Adakah tuan pernah memikirkannya?
Makna Kekayaan Apakah erti kekayaan kepada kita? Ada yang mendefinisikan kekayaan seperti mempunyai duit RM 1 juta dalam akaun bank, sejumlah simpanan emas fizikal, memiliki kereta mewah dan memiliki rumah banglo yang besar. Namun itu semua sebenarnya bukan kekayaan.
Panduan Cash Flow
15
PanduanCashFlow.com
Apa yang disebut itu cuma alat-alat kekayaan. Sekiranya kita hanya mengumpulkan alat maka dalam hati kita pasti tidak merasa puas dan cukup. Kekayaan tidak terletak pada alat. Kekayaan adalah sesuatu yang lebih besar dan bermakna dalam hidup kita. Seperti mempunyai keluarga yang bahagia, mampu berhenti kerja makan gaji sebelum usia 50 tahun, dapat menjadi sukarelawan dalam bidang yang kita suka dan seterusnya. Alat-alat kekayaan itu berperanan sebagai alat mencapai kekayaan yang sebenar iaitu apa yang menyebabkan hidup kita menjadi cukup. Apa yang menyebabkan hati kita berasa seronok. Sesuatu yang kita tidak dapat beli dengan wang tunai malah emas sekalipun.
Apakah makna duit yang kita kumpul itu sekiranya tiada ahli keluarga dan rakan-rakan yang mahu menemankan kita mengelilingi dunia mahupun menikmati secawan kopi?
Apakah makna koleksi kereta yang kita miliki sedangkan kita sakit dan terlantar di atas katil?
Apakah erti banglo yang besar sekiranya ianya kosong dan senyap sunyi dari aktiviti yang merapatkan silaturrahim sesama jiran tetangga?
Justeru kita perlu tahu makna ‘kekayaan’ dalam diri kita. Bagi saya kekayaan adalah masa yang dapat dimanfaatkan bersama keluarga. Justeru saya mahukan banyak masa terluang bersama orang-orang yang saya sayang. Saya mahu berada di sisi mereka pada saat-saat yang penting, umpamanya ketika almarhumah emak saya sakit tenat saya dapat menjaga beliau sehingga akhir hayat, ketika isteri mahu melahirkan anak saya dapat berada di sisi beliau dan ketika anak-anak mempunyai acara
Panduan Cash Flow
16
PanduanCashFlow.com
penting di sekolah saya ada bersama mereka. Alat-alat kekayaan adalah untuk membantu saya mencapai kekayaan tersebut. Justeru saya memerlukan alat-alat seperti:
Pekerjaan dengan jadual kerja fleksibel.
Bisnes yang dapat memberikan pendapatan pasif.
Aset yang dapat saya jual untuk membeli masa berkualiti dengan keluarga seperti melancong.
Erti kekayaan bagi saya pasti berbeza dengan erti kekayaan tuan. Ya, walaupun kita sama-sama membeli hartanah misalnya, ia cuma satu alat untuk mencapai kekayaan yang masing-masing mahukan. Pesan Nabi Muhammad saw: “Seandainya manusia diberi lembah penuh dengan emas, maka dia masih mahu lembah yang kedua yang penuh dengan emas. Jika diberi lembah kedua, dia masih mahu lembah ketiga. Perut manusia tidak akan penuh melainkan dengan tanah. Allah tentu menerima taubat bagi siapa saja yang bertaubat.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari) Sebagai manusia kita tidak akan berasa puas mengumpul harta. Sudah ada RM 1 juta, mahu kumpul RM 10 juta pula. Dan jika duit tersebut tidak digunakan pada jalan yang betul ia tak dapat membantu diri kita semula di hari akhirat kelak. Kita sering mendengar berita kematian selebriti antarabangsa yang terkenal, kaya raya dan boleh dikatakan memiliki segala ‘alat-alat’ kekayaan namun akhirnya terlibat dengan gejala dadah atau mati membunuh diri. Sedangkan secara logik akal manusia,
Panduan Cash Flow
17
PanduanCashFlow.com
mereka telah menikmati segala nikmat dunia namun kehidupan mereka tidak gembira. Mereka tidak berjumpa dengan apa sebenarnya yang hati mereka mahukan. Jadi apa yang sebenarnya hati kecil kita mahu... Bebas hutang? Mendirikan rumah anak yatim? Membantu penyelidikan kanser? Mengelilingi dunia? Menjadi sukarelawan? Mempunyai yayasan sendiri? Memberikan pendidikan tertinggi kepada anak-anak tanpa bantuan wang ringgit orang lain seperti PTPTN, kerajaan dan peluang biasiswa? Dalam Islam harta hanya pasti menjadi milik kita sekiranya kita memberi sedekah, zakat dan wakaf. Walaupun harta tersebut nampak ‘berkurangan’ tetapi sebenarnya ia bertambah. Walaupun ikhlas paling utama, adakah kita berpuas hati hanya mampu bersedekah sebanyak RM 10 berbanding RM 10,000 ? Ya, ada 1001 matlamat yang dapat kita fikirkan. Carilah matlamat hidup yang memberikan kepuasan dalam hidup kita. Bukan semua perkara dapat dibeli dengan duit, namun tanpa duit juga, banyak perkara yang tidak dapat kita capai.
LEMBARAN KERJA 1 1) Apakah erti kekayaan kepada tuan / puan ?
2) Apakah alat kekayaan yang diperlukan untuk mencapainya?
Panduan Cash Flow
18
PanduanCashFlow.com
BAB 3
Prinsip Kekayaan Nabi Yusuf a.s Yusuf menjawab, “Hendaklah kamu menanam bersungguhsungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu tuai simpanlah bersama tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. (Surah Yusuf: 47)
Panduan Cash Flow
19
PanduanCashFlow.com
Mereka yang merancang wang pasti berjaya Prinsip ini telah diamalkan sejak 3,000 tahun yang lalu dan masih releven sehingga hari ini. Al-Quran telah mencatat kisah ini dalam surah Yusuf dalam kisah mengenai Mimpi Raja Mesir. Saya telah menceritakan kisah ini dengan terperinci menerusi buku Rancang Wang Dari Sekarang. 3 prinsip yang saya mahu kongsikan adalah:
1. Kita Perlu Ada Pendapatan Langkah pertama adalah kita perlu mempunyai sumber pendapatan sama ada pendapatan tersebut datang dari duit gaji, bisnes sendiri atau pun pelaburan. Islam mengajar kita agar tidak meminta-meminta dan mengemis tetapi Islam menyuruh kita berusaha bersungguh-sungguh mencari pendapatan dengan cara yang betul.
Panduan Cash Flow
20
PanduanCashFlow.com
Kita tidak perlu berdebat makan gaji lebih baik atau buat bisnes. Ia tidak memberikan banyak manfaat. Ada orang lebih berbakat menguruskan bisnes orang lain (makan gaji) dan ada orang yang lebih berbakat menguruskan bisnes sendiri.
Apa yang penting adalah apa yang kita buat dengan pendapatan kita.
2. Simpan Dahulu, Kemudian Baru Belanja Kedua, selepas memperoleh pendapatan adalah kita menyimpan sebahagian gaji terlebih dahulu. Simpan bermula dari 10%, 15% atau 30% daripada gaji bersih. Lebih tinggi lebih bagus. Jika belum mampu simpan sehingga 10% pendapatan mulakan menyimpan walaupun cuma RM 50 sebulan.
Langkah ini adalah wajib dari sudut hukum pengurusan kewangan. Sekiranya kita tidak menyimpan maka kita tidak dapat melabur. Jika kita tidak melabur, maka pendapatan kita tidak dapat berkembang dengan sendirinya.
Menyimpan memerlukan disiplin. Sekiranya kita tidak dapat mendisiplinkan diri untuk membuat simpanan tetap maka jangan fikir kita dapat melabur dengan baik. Disiplin dalam pelaburan adalah jauh lebih ketat berbanding disiplin dalam menyimpan.
3. Menukar Pendapatan Menjadi Harta Orang yang mempunyai pendapatan RM 10,000 sebulan belum tentu dia “berduit” dan orang yang cuma berpendapatan RM 3,000 sebulan boleh jadi seorang yang lebih “berduit.”.
Panduan Cash Flow
21
PanduanCashFlow.com
Ini adalah jadual yang telah kongsikan awal tadi: Menyimpan
Amir
Man
RM 100 sebulan
Jumlah Simpanan (RM)
Jumlah Simpanan (RM)
25 tahun
0
0
(Baru bermula)
(Mahu enjoy dulu)
18,774.58
0
35 tahun
(Baru bermula) 55 tahun
146,815.04
59,307.51
Amir mula menyimpan RM 100 sebulan pada usia 25 tahun berbanding Man, hanya bermula pada 35 tahun. Pertama, sekiranya Man memikirkan untuk menunggu mendapat gaji RM 10,000 pada usia 35 tahun untuk baru menyimpan, maka dia perlu menyimpan sebanyak RM 250 sebulan selama 20 tahun untuk mendapat jumlah yang hampir sama dengan Amir pada usia mereka 55 tahun. Sedangkan Amir kekal menyimpan RM 100 sebulan sehingga usia 55 tahun.
Kedua, realitinya jika kita menjadi seperti Amir, pada usia 35 tahun dengan modal tunai lebih dari RM 15,000 sudah tentu kita telah memulakan pelaburan lain yang dapat memberikan pulangan yang lebih dari 8% setahun. Ketika ini Amir telah dapat melangkah dengan lebih jauh berbanding Man.
Ketiga, jika pada usia 25 tahun dengan gaji seorang graduan muda pun dah mampu menyimpan RM 100 sebulan secara berdisiplin apakah kita tidak dapat meningkatkan jumlah simpanan kita dari masa ke masa sejajar dengan kenaikan gaji dan bonus yang diterima?
Panduan Cash Flow
22
PanduanCashFlow.com
Itulah maksud graf yang saya kongsikan dengan tuan pada awal bab ini menunjukkan perbezaan mereka yang telah menguruskan wang dan mereka yang belum menguruskan wang. Apabila sampai masa yang betul, Amir mempunyai modal yang mencukupi untuk memecut laju manakala Man baru mula merangkak. Ini pula adalah hasil mereka yang menyimpan dalam sesuatu produk kewangan yang memberikan pulangan 5% - 8% setahun.
Tahun
5
10
15
20
25
30
5% p.a.
17,405.74
39,620.36
67,972.48
104,157.76
150,340.36
209,282.37
8% p.a
19,007.79
46,936.46
87,972.85
148,268.76
236,863.25
367,037.60
Menyimpan RM 3,000 setahun (RM 250 sebulan)
Tahun
5
10
15
20
25
30
5% p.a.
34,811.48
79,240.72
135,944.95
208,315.51
300,680.72
418,564.74
8% p.a
38,015.57
93,872.92
175,945.70
296,537.53
473,726.49
734,075.21
Menyimpan RM 6,000 setahun (RM 500 sebulan)
Tahun
5
10
15
20
25
30
5% p.a.
69,622.95
158,481.45
271,889.90
416,631.02
601,361.45
837,129.48
8% p.a
76,031.15
187,745.85
351,891.40
593,075.06
947,452.98
1,468,150.42
Menyimpan RM 12,000 setahun (RM 1000 sebulan)
Panduan Cash Flow
23
PanduanCashFlow.com
5 Perkara Wajib Buat Untuk Jadi Lebih Kaya Artikel asal diterbitkan di MajalahNiaga.com pada 20 Disember 2012
Semua orang hendak jadi kaya. Tetapi bukan semua tahu caranya. Saya sarankan tuan membuat 5 perkara berikut supaya akaun bank mempunyai lebih banyak duit.
5 Aktiviti Pasti Buat Banyak Duit #1 – Simpan Tiada tip lain? Tunggu. Menyimpan adalah perkara paling asas. Kalau tidak dapat menyimpan, kita pasti tidak dapat menjadi pelabur yang baik. Simpan sekurang-kurang RM100 sebulan. Kepada yang sudah menyimpan, tahniah. Selepas ini perlu menambah jumlah simpanan dari tahun ke tahun. Kalau tahun lepas sudah menyimpan RM100 sebulan, tahun ini kena tambah lagi. Boleh? Simpan 50% bonus yang diterima dan juga simpan 50% dari kenaikan gaji tahunan. Bakinya berbelanjalah sesuka hatimu.
#2 – Tulis dan ‘shopping’ Kita sebagai manusia membeli mengikut emosi. Justeru apabila kita membeli belah tanpa menulis terlebih dahulu barang yang mahu kita beli, kita akan membelanjakan lebih daripada apa yang sepatutnya. Paling kurang kita pasti membelanjakan lebih dari 25% daripada bajet asal. Barangkali perbelanjaan asal dapur misalnya RM800 sebulan, dan disebabkan kita tidak menulis sebelum ‘shopping‘ akhirnya kita membelanjakan sehingga RM1,000 sebulan.
Panduan Cash Flow
24
PanduanCashFlow.com
RM200 bertambah sebulan menjadikan RM2,400 kos tahunan meningkat.
#3 – Bersedekah Tangan yang memberi lebih baik (490,000 kali ganda) dari tangan yang menerima. Jangan kedekut untuk bersedekah. Duit yang kita sedekahkan sudah pasti menjadi milik kita. Duit gaji yang anda terima tapi tidak disedekahkan barangkali jadi milik ASTRO, TNB atau pun makcik karipap. Duit yang kita sedekahkan bukan sahaja tidak hilang tetapi bakal berganda-ganda dengan begitu unik sekali.
#4 – Gunakan Tunai, Bukan Kad Kredit Sekiranya kita bukan seorang yang berdisplin dalam urusan kad kredit, amalkan perbelanjaan tunai sahaja. Jika terlupa keluarkan duit, ATM habis duit dan duit tidak cukup maka tidak perlu keluar berjalan-jalan. Rancang sahaja perjalanan pada hari lain. Jika kita masih belum ada kad kredit dan tiada tujuan khas (seperti pembelian online untuk bisnes), tidak perlu cuba-cuba menggunakan kad kredit. Kad kredit adalah berhantu. Lebih menakutkan dari cerita-cerita hantu Malaysia, Korea dan Jepun.
#5 – Hadir Seminar Dua Kali Setahun, Beli Buku Sebulan Sekali Sekiranya kita berminat dalam bidang masakan menonton Masterchef di televisyen tidak mencukupi. Kita masih perlu juga belajar asas-asas memasak secara ‘live‘. Paling kurang belajar dengan emak. Saya masih hadir ke kelas-kelas berkaitan pengurusan kewangan dan pelaburan walaupun saya sudah mempunyai sijil profesional dalam bidang ini. Setiap bulan juga saya pasti membeli buku-buku berkaitan walaupun saya telah menulis satu buku sendiri. Lagi banyak saya belajar dan membaca Panduan Cash Flow
25
PanduanCashFlow.com
rupanya lagi banyak yang saya tidak tahu.
Ilmu Adalah Kuasa dan Kekayaan Duit yang kita ada boleh hilang. Pelaburan yang kita buat boleh rugi. Bisnes yang kita ceburi boleh tutup kedai. Namun, ilmu di dada kekal sampai bila-bila. Kita boleh gunakan semula untuk mencari duit baru, membuat pelaburan lain dan menceburi bisnes lain.
Mari kita mulakan menguruskan wang kita dengan serius dalam bab seterusnya.
7 langkah membuat penyata kewangan sendiri. (ms 27)
3 perkara yang mesti diatasi segera selepas menyiapkan penyata kewangan peribadi (ms 42)
10 soal jawab (FAQ) utama mengenai penyata kewangan (ms 45)
Bagaimana Islam mengajar kita keluar dari bebanan hutang (ms 53)
Bagaimana menjimatkan pembayaran hutang kad kredit sehingga 26% secara automatik hanya dengan 1 langkah mudah (ms 58)
Cara-cara menyelesaikan hutang kad kredit dalam tempoh 11 bulan (ms 59)
Strategi mengurangkan tempoh hutang rumah dari 30 tahun menjadi 25 tahun tanpa perlu menambah satu sen pun bayaran bulanan (ms 66)
Strategi kombo menyelesaikan hutang kad kredit dalam tempoh 19 bulan dan hutang rumah dipendekkan menjadi 13 tahun sahaja (ms 67)
Teknik bijak mempunyai simpanan sebanyak RM 50,000 dan membeli sebuah kereta baru sekaligus (ms 68)
6 strategi menambah cash flow sehingga RM 300 sebulan tanpa memulakan sebarang pelaburan atau pun bisnes sendiri (ms 71)
Panduan Cash Flow
26
PanduanCashFlow.com
Strategi paling power untuk mendapat rezeki berlipat ganda (ms 77)
3 cara menambah pendapatan bulanan yang semua orang dapat buat (ms 83)
Bagaimana seorang penterjemah bebas dapat membeli kereta Myvi Special Edition hanya dengan perkhidmatan freelance yang memberinya pendapatan tambahan RM 1,000 sebulan? (m/s 83)
Bagaimana seorang peguam muda yang tidak mempunyai sebarang simpanan akhirnya dapat mempunyai simpanan RM 6,000 dalam tempoh 8 bulan (m/s 90)
Dan banyak lagi.
Untuk terus membaca sila buat pembelian melalui link dibawah. Penjualan hanya dibuat dalam versi digital (ebook sahaja). Klik link di bawah untuk membeli.
Ya saya mahu beli ebook Panduan Cash Flow http://www.panduancashflow.com/beli/ Bantuan, hubungi
[email protected]
Terima kasih.
Panduan Cash Flow
27
PanduanCashFlow.com