Panduan Buat Duit Dari Rumah #1

January 5, 2017 | Author: yus07 | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Panduan Buat Duit Dari Rumah #1...

Description

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 1

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 2

PANDUAN BISNES INTERNET

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online 19 bidang perniagaan Internet paling MENGUNTUNGKAN 5 Langkah Memulakan Bisnes

Diterbitkan oleh ideaPERNIAGAAN.com Email : [email protected] Laman Web : http://www.ideaperniagaan.com Blog : http://ideablog.wordpress.com Hakcipta Terpelihara 2006 © oleh ideaPERNIAGAAN.com Segala Hakcipta Adalah Terpelihara

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 3

Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang, mencetak atau menggunakan mana-mana bahagian eBook ini dalam apa jua bentuk sama ada elektronik, fotokopi, rakaman atau apa jua cara yang boleh di ambil tindakan tanpa keizinan daripada pihak pengarang dan penerbit. eBook ini mengandungi Hak Jual Semula!

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 4

NOTIS Pengarang dan penerbit adalah sedaya upaya memastikan eBook yang diterbitkan ini mengandungi maklumat yang terkini dan lengkap. Namun demikian, pihak pengarang dan penerbit tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan maklumat yang terkandung di dalam eBook ini, kerana perkembangan teknologi dan undang-undang baru negara yang tidak dijangka. Pengarang dan penerbit tidak boleh dianggap sebagai pemberi khidmat nasihat profesional di dalam bidang perniagaan, perakaunan, undang-undang dan kewangan kepada pembaca. Pembaca disarankan mendapat bantuan pakar dan khidmat nasihat daripada yang berkelayakan. Pengarang dan penerbit juga tidak bertanggungjawab terhadap atas apa-apa risiko, kehilangan, liabiliti sama ada secara peribadi atau tidak yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan eBook ini secara langsung atau tidak langsung.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 5

SEKALUNG PENGHARGAAN Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi di atas kurniaan masa, ilmu, kesihatan, kelapangan dan fikiran dalam menghasilkan dan merealisasikan kelahiran eBook ini. Ribuan terima kasih juga kepada keluarga kerana memberi dorongan dan sokongan sepanjang masa. Juga kepada rakan-rakan sekerja yang memberikan semangat untuk saya meneruskan pembikinan eBook ini. Tidak lupa juga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 6

Pendahuluan

A

lhamdulillah, saya bersyukur kerana dengan keizinan-Nya, akhirnya saya dapat menghasilkan eBook ini yang bertajuk “Formula Rahsia Buat Wang Besar Secara Online”. eBook ini di karang hasil daripada

bahan pembacaan, kajian dan fakta-fakta terkini yang di adunkan sebagai panduan kepada anda yang mahu berkecimpung di dalam dunia perniagaan internet. Jika dahulu untuk mendapatkan buku-buku berkisar tentang perniagaan internet ini sukar untuk diperolehi, tambahan pula kebanyakkannya berbahasa Inggeris. Namun, pada hari ini anda sendiri dapat melihat ianya tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Banyak buku-buku dikeluarkan dengan tujuan yang sama iaitu menerangkan bagaimana memulakan perniagaan di internet. Tidak terkecuali eBook yang saya hasilkan, tetapi ianya hasil daripada kajian yang dilakukan oleh saya. Saya telah sedaya upaya mengarang eBook ini dengan cara yang berbeza dan unik dari buku-buku yang lain. Di harapkan eBook ini menjadi panduan kepada anda dan seterusnya memberikan semangat untuk anda memulakan langkah anda pada hari ini. Slogan yang saya bawakan kepada anda membawa erti yang mendalam maksudnya. Saya doakan semoga anda berjaya kelak! “Langkah Anda Hari Ini, Penentu Kekayaan Anda Masa Depan”

Mohd Fazdlie Mohamad Sahid Laman web : http://www.ideaperniagaan.com Blog : http://ideablog.wordpress.com

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 7

BAHAGIAN #1 Satu Pengenalan

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 8

Topik 1 : Pengenalan

I

nternet merupakan gabungan daripada perkataan “inter” dan “network” yang

bermaksud antara rangkaian. Dari sudut teknikal, internet merujuk kepada rangkaian-rangkaian komputer di antara satu sama lain. Semua komputer di

dunia ini disambungkan bersama oleh kabel komunikasi (kabel telefon). Sebenarnya internet telah dilancarkan pada tahun 1970. Rangkaian internet yang pertama ialah menghubungkan antara empat universiti terkemuka di Amerika Syarikat. Kemudian pada tahun 1989, sistem hipertext World Wide Web (www) telah diperkenalkan. Seterusnya pada tahun 1990 fail www pertama telah dilancarkan. Revolusi internet tersebut telah mencetuskan fenomena baru sehingga kini ianya masih terus hebat diperkatakan. Kini, di Malaysia perniagaan internet telah mengejutkan banyak pihak terutamanya di kalangan orang ramai. Malah pendekatan kerajaan Malaysia yang mengambil inisiatif untuk menubuhkan MSC pada masa dahulu telah meningkatkan pengaruh dan perkembangan internet di Malaysia. Perniagaan internet Perniagaan internet merupakan perniagaan yang di jalankan secara “online”. Iaitu pelawat didedahkan dengan iklan-iklan produk yang menarik perhatian. Kemudian pelawat tersebut membeli barang dengan membayar secara “online”, pos atau “bank-in”. Produk yang di pesan akan di pos dalam tempoh masa tertentu kepada pelanggan.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 9

Konsep perniagaan internet ini sebenarnya telah di adaptasi daripada perniagaan gaya pos. Dahulu perniagaan gaya pos ini merupakan perniagaan yang amat popular, malah di Malaysia, perniagaan gaya pos masih lagi dilakukan oleh sesetengah pihak. Perniagaan gaya pos mengiklankan produk secara “offline” melalui media-media cetak seperti “flyers”, majalah, surat khabar dan lain-lain lagi. Tetapi selalunya penjual produk akan menghantar surat yang mengandungi maklumat produk terus kepada pelanggan. Penjual memperoleh maklumat pelanggan daripada majalah, surat khabar, ruangan keahlian dan sebagainya. Selain mengandungi maklumat mengenai produk, turut disertakan borang tempahan untuk pelanggan membuat pembelian. Sekiranya pembelian dilakukan, produk tersebut akan di pos terus ke rumah pelanggan setelah borang tempahan dan pembayaran diterima. Konsep perniagaan internet pada masa kini telah menjadi ikutan oleh kebanyakkan penduduk dunia. Di Malaysia, internet telah dijadikan sebagai platform kepada syarikat-syarikat besar untuk memperkenalkan syarikat mereka melalui laman web. Tidak terlepas juga kepada pejabat-pejabat kerajaan yang turut membina laman web bagi memberikan khidmat maklumat yang penting kepada rakyat. Walaupun penggunaan internet di Malaysia sebenarnya sudah lama iaitu sejak tahun 1995, tetapi kesannya terhadap penduduk di Malaysia masih kurang dalam perniagaan internet. Statistik pada tahun 2005 menunjukkan urusniaga di internet oleh penduduk Malaysia di monopoli oleh syarikat penerbangan termurah iaitu Air Asia sebanyak 80%. Manakala selebihnya iaitu sebanyak 20% di kuasai oleh peniaga-peniaga kecil dan syarikat swasta.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 10

Jumlah angka ini amat kecil berbanding di luar negara berikutan tahap ketidakyakinan di kalangan masyarakat Malaysia menjalankan urusniaga secara “online”. Tetapi langkah-langkah efektif telah pun diambil oleh badan-badan swasta dan juga kerajaan dalam menjalankan urusniaga secara “online”. Contohnya seperti maybank2u.com.my, bankislam.biz, airasia.com dan lain-lain lagi. Mengikut kajian dan perangkaan yang dibuat pada penghujung tahun 2005, seramai 332,590,713 (332 juta) pengguna internet adalah dari Asia. Manakala jumlah pengguna internet di Malaysia adalah seramai 10.04 juta! daripada 24 juta! penduduk Malaysia. Jadi, anda boleh mengambil peluang atas kesempatan ini untuk menceburi bidang perniagaan internet. Pada masa akan datang, perniagaan internet akan menjadi sesuatu yang paling penting sekali sebagaimana yang telah berlaku di luar negara. Setiap perubahan teknologi ini, tidak dapat dielakkan lagi. ☺

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 11

Topik 2 : Kelebihan Bisnes Internet

P

erniagaan secara “online” memberikan banyak kelebihan berbanding perniagaan “offline”. Kelebihan-kelebihan yang unik itulah membuatkan perniagaan internet ini berkembang dengan pesat. Setiap hari, pasti ada

perniagaan baru yang wujud. Jangan anda menganggap perniagaan internet ini merupakan sesuatu yang sukar dan susah untuk menguruskannya serta pelbagai alasan lagi bagi menidakkan perniagaan internet. Alasan-alasan tersebut hanya peluntur semangat dan merupakan sifat yang patut dijauhi. Saya akan mendedahkan kepada anda akan kelebihan yang ada di dalam perniagaan internet dengan harapan anda akan melihat peluang yang besar dan merebutnya dengan segera. Kelebihan yang dimaksudkan ialah : 1.

Kos murah. Untuk memulakan perniagaan, anda hanya perlu mengeluarkan modal sekitar RM1,000 atau pun kurang. Berbanding dengan perniagaan secara “offline”, anda memerlukan sekurang-kurangnya sehingga RM50,000 untuk membuka sebuah kedai runcit!

2.

Perniagaan sepanjang masa. Perniagaan internet ini dijalankan secara automatik selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 setahun. Anda tidak perlu memasang komputer sepanjang masa dan duduk menghadap komputer kerana laman web anda telah pun di “upload” (dimuat naik) ke dalam “server”.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 12

3.

Kurang risiko. Risiko kerugiaan yang ditanggung sekiranya gagal adalah kurang berbanding

perniagaan

“offline”.

Saya

melabur

dalam

www.ideaperniagaan.com hanya sekitar RM500 sahaja. Jika saya rugi, saya hanya rugi RM500 sahaja berbanding jika saya membuka kedai runcit dan rugi hampir RM50,000! 4.

Bekerja hanya dari bilik tidur. Perniagaan

internet

merupakan

kerja

sambilan.

Anda

hanya

memperuntukan sehari dalam 2-3 jam untuk menguruskan email, tempahan dan mengemaskini laman web. Semuanya boleh dilakukan hanya dari bilik tidur anda! 5.

Pelanggan dari seluruh dunia. Walaupun anda menjalankan perniagaan internet secara sambilan, secara realitinya perniagaan anda bertaraf antarabangsa iaitu bersifat global. Pelanggan-pelanggan anda adalah dari seluruh pelusuk dunia!

6.

Tidak perlu berjumpa pelanggan. Anda tidak perlu lagi berjumpa dengan pelanggan. Hampir segala-galanya dari membalas email, menerima tempahan dan promosi dilakukan secara automatik. Jika ada sebarang masalah anda hanya perlu berkomunikasi dengan pelanggan melalui email, chat atau pun Yahoo! Mesengger! Terlalu mudah. ☺

7.

Tidak perlu menyewa pejabat. Ingat! perniagaan anda dilakukan secara sambilan, jadi anda tidak sewajarnya menyewa pejabat. Selain ianya merugikan, perlatan yang anda perlukan hanyalah terlalu sedikit iaitu satu set komputer berserta talian internet dan juga stok. Semuanya boleh dilakukan hanya dari rumah anda!

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 13

8.

Tidak perlu memohon lesen. Jika anda menceburi perniagaan pasar malam, sudah tentu anda memerlukan lesen dari pihak Pihak Berkuasa Tempatan. Berbeza dengan perniagaan internet, sehingga kini tiada lesen diperlukan untuk memulakan perniagaan. Malah, sesiapa sahaja boleh melakukanya! ☺

9.

Boleh menjual lebih satu produk. Memandangkan perniagaan internet ini dilakukan hampir kesemuanya automatik, maka anda boleh membuka peniagaan internet lebih dari 1 produk. Sekaligus ia merupakan cabang mengembangkan perniagaan anda. Tetapi, awas! Jangan terburu-buru memulakan perniagaan. Buatlah dengan perancangan yang teliti.

10. Pendapatan dalam US Dollar! Tidak mustahil anda boleh menerima pendapatan (hasil jualan produk) dalam matawang US Dollar. Malah kesemua mata wang asing sekalipun anda boleh menerimanya. Bayangkan jika produk yang anda jual RM47 / US47? Di Malaysia, anda menerima RM47 sahaja tetapi di luar negara anda menerima hampir RM173.90! Lebih dari 300% harga asal! Nampaknya, anda sudah tahu rahsia perniagaan internet ini. Jika anda mempunyai produk, lakukannya sekarang!. Langkah Anda Hari Ini, Penentu Kekayaan Anda Masa Depan. Jadilah salah seorang dari jutawan internet di Malaysia!. ☺

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 14

Topik 3 : Kisah Kejayaan Internet

P

erniagaan internet kini tidak lagi mustahil dalam melahirkan jutawanjutawan dan bakal-bakal jutawan pada masa hadapan!. Buktinya sudah cukup untuk kita mengakui kehebatan perniagaan internet ini (jika anda

tahu caranya!). Antara jutawan internet yang terkenal ialah : a.

Dr. Irfan Khairi merupakan pemengang Ijazah Sarjana Muda Multimedia Design di United Kingdom. Beliau memulakan perniagaan internet secara sambilan pada tahun 1999. Salah satu daripada perniagaannya mendapat untung bersih sebanyak RM1,000,000 dengan bermodalkan RM500 dalam tempoh 3 tahun beroperasi sewaktu umurnya baru 25 tahun! Beliau adalah anak Malaysia!

b.

Sen Ze juga anak Malaysia telah mendapat pendapatan bersih sebanyak RM1.36 juta! dari eBook yang dijualnya dalam bentuk Microsoft Word. Beliau hanya menjalankan perniagaan dari rumah dan menjual eBooknya dengan harga RM367 (USD97)!.

c.

Patric Chan yang juga anak Malaysia telah menceburkan diri dalam perniagaan internet. Beliau telah menjual eBook dengan harga RM178.60 (USD47) kepada seluruh negara. eBook beliau mendapat sambutan diluar jangkaan!

d.

Yusuf Othman telah mengarang eBook dalam format Microsoft Word mengenai cara memasang komponen komputer. Beliau menjualnya dengan harga USD40. eBook beliau mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari USA, UK, India, Australia dan lain-lain negara lagi!

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 15

Keempat-empat kisah diatas merupakan kejayaan anak Malaysia di dalam perniagaan internet. Jadi, adalah tidak mustahil untuk anda menjadi sebahagian daripada mereka. Mungkin anda akan menjadi jutawan siber yang baru!

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 16

Topik 4 : Persediaan Bisnes Internet

S

ebelum anda memulakan perniagaan internet, anda perlu mempunyai perkakasan dan perisian komputer yang lengkap bagi membolehkan anda menguruskan perniagaan internet dengan lebih baik dan berkesan.

Berikut adalah set komputer yang sesuai untuk anda memulakan perniagaan internet. Perkakasan Komputer Perkakasan

Harga Pasaran Semasa (RM)

CPU Soket LGA 775 Intel Celeron 2.8 Ghz

Rm225.00

Mainbord LGA 775 (Built in)

Rm160.00

SDRAM 256MB

Rm133.00

Hard Disk Drive 80GB Maxtor

Rm180.00

SVGA Monitor 15”

Rm235.00

Fax / ADSL Modem 56K

Rm20.00

Floapy Drive 3.5”

Rm22.00

CD ROM Drive

Rm48.00

ATX Case & Power Suplí

Rm91.00

Speaker / Subwoofer

Rm25.00

Keyboard

Rm12.00

Mouse

Rm8.00

Jumlah

Rm1,159.00

Kesemua perkakasan diatas boleh anda dapatkan dengan harga kurang daripada RM1,200.00 untuk set komputer yang lengkap. Harga yang dinyatakan

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 17

diatas adalah harga bagi setiap perkakasan semasa eBook ini ditulis. Anda boleh mendapatkan harga yang lebih murah dengan harga pakej yang ditawarkan. Anda boleh menambah beberapa perkakas lain untuk tujuan “backup”, menyalin produk (eBook), perbualan, penyokong bekalan kuasa, mencetak dan lain-lain lagi. Perkakasan tersebut ialah : a.

USB Drive 1GB, Rm123.00

b.

Display Card 256MB, Rm218.00 (amat sesuai jika anda menjalankan perniagaan menjual logo, grafik dan seumpamanya).

c.

Sound Card, Rm73.00 (sesuai jika anda menjalankan perkhidmatan mencipta lagu-lagu “background” dan sebagainya)

d.

PC Camera, Rm83.00 (digunakan untuk perbicangan dengan rakan kongsi , antara pembeli dan penjuali)

e.

AVR / UPS Backup Power, Rm65.00

f.

Color Printer, Rm129.00

g.

Scanner, Rm258.00

h.

CD RW Drive, Rm158.00

Semua perkakasan diatas berserta harga adalah merupakan spesifikasi minimum yang di cadangkan. Anda boleh membeli perkakasan yang lebih mahal dan bermutu jika anda mampu!. Anda dinasihatkan supaya mendapatkan sekurang-kurangnya 5 sebutharga sebelum membuat keputusan untuk membelinya. Perkakasan tersebut mestilah sesuai dengan perniagaan yang anda lakukan bagi menggelakkan pembaziran. Perisian Komputer Anda kini mempunyai set komputer yang lengkap tetapi masih belum berfungsi dengan sepenuhnya. Anda memerlukan perisian yang sesuai untuk perniagaan

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 18

anda. Berikut adalah perisian utama yang perlu ada pada set komputer milik anda. a.

Windows XP Professional (OEM), Rm495.00

b.

Microsoft Office 2003 Professional (OEM), Rm1068.00

c.

Symantec Norton Anti Virus 2006 (Ret), Rm 108.00

Windows merupakan perisian sistem operasi yang paling penting. Ianya merupakan perisian utama bagi “menghidupkan” komputer anda.

Terdapat

pelbagai perisian sampingan lain yang diberikan oleh Windows seperti Defragment, Address Book, Paint dan sebagainya untuk kegunaan pengguna. Perisian Microsoft Office merupakan perisian pemprosesan data bagi kerja-kerja menaip dokumen, penyediaan akaun, persembahan slide dan merekabentuk laman web. Ianya merupakan perisian yang biasa digunakan oleh orang ramai dalam memudahkan urusan kerja seharian. Perisian Norton Anti Virus pula merupakan salah satu perisian anti virus yang menghalang

virus

daripada

menyerang

komputer

anda.

Virus

mampu

mengancam dan memusnahkan dokumen-dokumen dan fail-fail yang penting di dalam komputer. Jadi, pemasangan anti virus merupakan langkah yang paling penting untuk keselamatan komputer anda. Talian Internet Akhir sekali ialah talian internet. Anda boleh memohonnya dari TMNet mengikut harga yang ditawarkan. Setakat ini, pakej yang ditawarkan bermula dengan harga Rm55 - Rm99. Pilihan di tangan anda!

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 19

BAHAGIAN #2 5 Langkah Memulakan Bisnes Internet

Topik 1 : Pengenalan Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 20

S

ebentar tadi anda telah diberikan peneranganmengenai persediaan yang perlu dalam memulakan perniagaan internet. Kini, saya akan membawakan kepada anda “5 Langkah Memulakan Bisnes Online”.

Sebelum itu, perlu saya ingatkan anda bahawa perniagaan internet ini bukanlah bersifat skim cepat kaya atau anda boleh menjadi kaya dalam tempoh yang singkat! Bukan itu yang dimaksudkan dengan perniagaan internet. Untuk berjaya, anda perlu berusaha. Usaha anda mestilah berterusan. Usaha inilah yang membolehkan anda berjaya dalam perniagaan internet. Disini saya telah menyediakan 5 langkah untuk anda memulakan perniagaan internet milik anda sendiri. 1.

Merancang Perniagaan. Menyatakan perniagaan

kepentingan internet

merancang perniagaan, teknik merancang

dengan

berkesan

dan

menetapkan

matlamat

perniagaan anda. 2.

Produk & Perkhidmatan Menerangkan ciri-ciri produk yang sesuai, kaedah memilih produk, mengenalpasti permintaan, produk terhangat dan tips menetapkan harga produk.

3.

Laman Web Mendedahkan tips bagaimana membina laman web yang baik, pemilihan nama domain dan tapak laman, kandungan laman web dan ciri-ciri laman web perniagaan yang mampu menjual!

4.

Pembayaran & Penghantaran Menerangkan kaedah-kaedah pembayaran yang biasa dan sesuai untuk perniagaan internet serta kaedah penghantaran yang boleh dilakukan.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 21

5.

Iklan & Promosi Mendedahkan kaedah dan tips pengiklanan yang sesuai dan berkesan! Hampir 90% kejayaan di dalam perniagaan internet adalah bergantung kepada iklan dan promosi yang dijalankan!

Kelima-lima

langkah

ini

merupakan

langkah

utama

dalam

memulakan

perniagaan internet. Kesemua langkah ini akan diterangkan di dalam topik seterusnya. Saya berharap anda teruskan membaca!. Banyak tips-tips dan kaedah-kaedah yang menarik dan mampu menjadikan anda jutawan siber!. ☺

Langkah #1 : Merancang Bisnes Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 22

B

agi memulakan sesebuah perniagaan internet atau anda ingin mengembangkan perniagaan yang sedia ada ke dalam perniagaan internet, perancangan yang teliti dan baik adalah perkara yang penting

sekali. Ramai yang gagal dalam perniagaan, kerana gagal untuk merancang dengan baik. Ibarat kata pepatah, “Jika anda gagal untuk merancang, maka anda merancang untuk gagal”. Ramai di antara mereka yang berkecimpung di dalam perniagaan internet terpaksa berhenti separuh jalan. Berhenti atas alasan tiada sambutan terhadap produk yang dijual. Tahukah anda, sebenarnya mereka hanya memikirkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kualiti produk, strategi pemasaran dan kaedah mengekalkan perniagaan yang sedia ada. Inilah kelemahan yang banyak mengundang kegagalan. Banyak lagi faktor-faktor penyebab kegagalan yang kebanyakkannya tidak di ambil peduli. Perniagaan internet bukanlah hanya semata-mata sistem berjual beli secara “online” tetapi ia lebih kepada perkhidmatan yang diberikan, kualiti produk dan juga strategi yang digunakan untuk melariskan produk. Di antara faktor penyebab kegagalan sesebuah peniagaan ialah :a) Perancangan yang tidak sempurna. b) Kewangan tidak di urus dengan baik. c) Memandang rendah pesaing. d) Kaedah pemasaran yang tidak berkesan. e) Tidak menawarkan perkhidmatan yang sebaiknya iaitu semasa dan selepas produk dijual. f) Tidak mahu menambah ilmu mengenai selok belok perniagaan internet. g) Terlalu tamak untuk mendapatkan keuntungan.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 23

h) Terburu-buru dalam memulakan perniagaan. Kepentingan Merancang Perniagaan Perniagaan internet yang kecil, dirancang dengan baik dan sempurna adalah lebih baik berbanding perniagaan internet yang melibatkan modal yang besar tetapi tidak mempunyai perancangan yang baik dan sempurna. Apabila anda merancang, secara tidak langsung anda dapat menganggarkan jumlah pelaburan yang diperlukan bermula dari modal awal sehinggalah pelancaran dan pembangunan produk yang seterusnya. Juga untuk tujuan mengembangkan perniagaan anda kelak. Perancangan perniagaan juga dapat memperlihatkan hala tuju perniagaan ke satu destinasi tertentu dan mengandungi langkah-langkah bagi setiap tindakan yang diambil. Kebiasaannya, perancangan perniagaan mengandungi beberapa aspek yang penting. Aspek tersebut merangkumi maklumat mengenai produk yang hendak dipasarkan di internet (akan dijelaskan di topik seterusnya), strategi perniagaan, pemasaran, mengenalpasti pesaing, perancangan kewangan dan pengurusan operasi perniagaan. Teknik Penting Dalam Merancang Perniagaan Internet Terdapat enam teknik yang perlu anda tekankan sebelum memulakan perniagaan internet ini. Enam teknik yang saya maksudkan ialah : i.

Mengenalpasti pasaran (permintaan).

ii.

Memahami persaingan dan strategi menghadapinya.

iii.

Pengurusan kewangan.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 24

iv.

Matlamat perniagaan.

v.

Kaedah pemasaran berkesan.

vi.

Pengurusan operasi

1) Mengenalpasti pasaran semasa (permintaan). Sebelum anda memulakan perniagaan internet, perkara pertama yang harus anda lakukan adalah mengenalpasti pasaran iaitu golongan pembeli. Anda perlu membuat sedikit analisis dan kajian berkenaan apa yang golongan pelanggan mahukan. Tidak semestinya pelanggan mahukan barangan keperluan, tetapi golongan pembeli ini mahu sesuatu yang dapat memenuhi kehendak dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Contohnya, apa yang selalu ditawarkan oleh laman web perniagaan internet? Tentu anda pernah menerima iklan yang menawarkan peluang untuk menambahkan pendapatan, Multi Level Marketing (MLM) “online” dan sebagainya sewaktu melayari internet. Ini secara tidak langsung boleh dijadikan sebagai satu contoh kajian untuk mengenalpasti pasaran yang sedia ada. Menurut kajian, produk yang mendapat sambutan hangat ialah produk berbentuk informasi (maklumat). Ini telah disebutkan oleh Irfan Khairi, Jutawan Internet Malaysia di dalam bukunya iaitu Rahsia JutawanJutawan Internet Terbongkar. Namun begitu, anda masih boleh menjual produk berbentuk barangan lain tetapi ia mestilah sesuai dengan perniagaan internet dan mempunyai permintaan terhadapnya. 2) Memahami persaingan dan strategi menghadapinya.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 25

Ini merupakan proses yang jarang dilakukan oleh peniaga kecil di internet. Anda perlu mengumpul maklumat dari pesaing anda dalam perkara tertentu dan mengenalpasti strategi yang dimainkan oleh pesaing. Anda sekarang sudah mempunyai produk anda sendiri atau produk orang lain. Tetapi, anda belum mengetahui persaingan yang ada bagi produk tersebut. Bagaimana caranya untuk mengenalpasti persaingan yang ada? Cara yang boleh anda lakukan ialah dengan meneliti produk yang ditawarkan oleh pesaing. Anda mesti membandingkan produk pesaing anda dengan produk anda sendiri. Ambil beberapa ciri yang menarik untuk memperbaiki kelemahan produk anda. Dengan cara ini, produk anda lebih hebat daripada pesaing anda! Semasa memilih produk, anda harus berhati-hati. Sekiranya permintaan terhadap produk tersebut adalah tinggi dan penawarannya adalah terhad, anda disyorkan untuk merebut peluang tersebut. Tetapi sekiranya permintaan terhadap produk tersebut adalah rendah dan penawarannya adalah tinggi, lebih baik anda tinggalkannya sebelum anda mengalami kerugian. 3) Pengurusan kewangan. Ini merupakan salah satu aspek yang ramai tidak mengambil berat dan memandang remeh tentang pengurusan kewangan walaupun anda hanya melakukan perniagaan internet secara sambilan. Anda perlu membuat sedikit analisis dan kajian bagaimana perniagaan anda ini dibiayai dan kos tambahan yang diperlukan.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 26

Untuk memulakan perniagaan ini, modal adalah yang paling penting. Tidak ada sesuatu perniagaan yang dijalankan, tidak memerlukan modal melainkan anda adalah pekerja kepada pemilik perniagaan tersebut. Perniagaan internet sebenarnya tidak memerlukan modal yang besar. Anda tidak perlu berbelanja besar semata-mata mahu memulakan bisnes internet yang pada anggapan anda akan memberikan keuntungan yang cepat dan beribu-ribu ringgit! Modal permulaan yang paling sesuai untuk perniagaan internet ini adalah kurang daripada RM1,000.00 sahaja. Malah, adalah tidak mustahil modal anda adalah kurang daripada RM500.00. Saya hanya mengeluarkan modal RM44 untuk “hosting” dan “domain name” serta modal tambahan untuk menyediakan eBook ini dan pengiklanan awal ini ialah RM150.00. Semuanya hanyalah berjumlah kurang daripada RM300.00 sahaja! (Ini kerana saya membina laman web saya sendiri) Anda mesti mahir menguruskan kewangan milik perniagaan anda dengan cekap kerana sebahagian besar jualan di peringkat pertama memerlukan pelaburan semula untuk pengiklanan. (Ramai yang tidak melakukan cara ini). Anda digalakkan menyediakan aliran tunai pendapatan dan perbelanjaan supaya anda dapat melihat dengan jelas akiviti perniagaan yang sedang anda usahakan. Aliran tunai ini juga dapat menunjukkan potensi perniagaan anda pada waktu semasa. 4) Matlamat perniagaan. Anda hendaklah menetapkan matlamat di dalam perniagaan sama ada untuk jangka masa pendek atau jangka masa panjang. Adanya matlamat ini, perniagaan anda akan lebih jelas sasarannya.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 27

Anda boleh membina jadual matlamat perniagaan yang mengandungi matlamat, tarikh matlamat itu hendak dicapai (tempoh masa), cara atau kaedah bagi merealisasikan matlamat tersebut. Ini akan menjadikan perniagaan anda lebih bermatlamat dan mampu bertahan lama dalam dunia peniagaan. Anda juga boleh menetapkan matlamat seperti untuk tempoh 6 bulan pertama, pendapatan bulanan peniagaan anda adalah RM1,000 sebulan dan 6 bulan kedua, pendapatan bulanan perniagaan anda RM2,000 sebulan. Mulakan dengan matlamat yang kecil dahulu kemudian diikuti dengan matlamat yang besar. Sewaktu menetapkan matlamat, ianya anda mestilah rasional dan yang termampu dicapai oleh perniagaan anda. Jangan menetapkan matlamat yang mustahil sehingga menyebabkan perniagaan anda tidak mampu mencapai matlamat tersebut. Malah, ia boleh melemahkan semangat untuk anda terus berada di dalam dunia perniagaan internet! 5) Kaedah pemasaran yang berkesan. Aspek yang paling utama sekali dalam menentukan kejayaan perniagaan internet anda adalah bergantung kepada kaedah pemasaran yang anda gunakan. Pemasaran ini amat penting dan ia merupakan 90% daripada kerja yang perlu dilakukan dalam perniagaan internet. Sebelum memasarkan sesuatu produk, anda perlu mengenalpasti ciri-ciri pasaran yang sesuai (pasaran khusus) dan bagaimana produk tersebut dapat disalurkan atau ditawarkan kepada golongan sasaran. Seboleh-bolehnya, anda menggunakan semua kaedah pemasaran atau pengiklanan yang terbaik mengikut kemampuan kewangan anda. Tanpa pengiklanan, produk anda tidak akan dibeli oleh sesiapa.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 28

Bagaimana kaedah pemasaran yang betul dalam perniagaan internet? Semuanya akan dijelaskan di dalam eBook ini. ☺ 6) Pengurusan Operasi Apa yang dimaksudkan dengan pengurusan operasi? Pengurusan operasi yang dimaksudkan ialah cara bagaimana anda dapat menguruskan perniagaan internet dengan baik dan sistematik. Ianya bermula dengan proses menghasilkan produk sehinggalah produk tersebut dijual. Malah, ianya tidak berhenti disini sahaja, anda perlu memikirkan perkhidmatan yang sesuai perlu ditawarkan selepas produk tersebut sampai ke tangan pembeli. Keenam-enam aspek diatas merupakan aspek yang paling penting sekali dalam merancang perniagaan anda. Kandungan pelan perancangan perniagaan anda yang ringkas ini akan menunjukkan secara jelas dan langkah-langkah yang perlu dilakukan hasil daripada tindakan yang diambil. Ambillah sedikit masa untuk merancang perniagaan internet anda. Tidak perlu menyediakan kertas kerja tetapi cukuplah sekadar menconteng di atas kertas kosong! Anda hanya perlu menambah baik perancangan perniagaan anda dari masa ke semasa bagi memperbaiki kelemahan dan meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan yang sedia ada.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 29

Langkah #2 : Produk & Perkhidmatan

B

aru sebentar tadi anda telah melakar pelan perniagaan dengan baik dan ringkas. Kini, anda sudah bersedia untuk membina perniagaan internet yang berdaya saing malah akan menjadi lebih hebat daripada yang lain!

Jika anda sudah mempunyai produk dan mahu mengembangkan perniagaan atau memasarkan produk sedia ada secara online, sila lihat langkah #3. Tetapi jika anda masih tercari-cari produk apakah yang sesuai, teruskan membaca! Anda akan didedahkan satu persatu dan langkah demi langkah bagaimana mencari produk yang sesuai. Sesuaikah Produk dengan Diri Anda Sebelum anda mahu memilih atau mencari produk untuk dipasarkan, sudahkah anda betul-betul bersedia untuk membina perniagaan secara online ini? Memandangkan perniagaan internet ini dilakukan secara sambilan, beberapa perkara perlu di pertimbangkan dahulu, antaranya : a)

Produk tersebut mestilah anda ketahui (mempunyai kepakaran yang berkaitan) dan boleh melakukannya dengan baik. Bagi menghasilkan sesuatu produk, anda mesti mempunyai ilmu. Dalam erti kata yang lain, anda mestilah pakar dalam bidang tersebut. Bagaimana

seseorang

yang

bukan

pakar

mahu

memberikan

perkhidmatan jika tidak tahu apa yang terbaik buat pelanggannya! b)

Anda suka dan tidak kisah melakukannya setiap masa. Produk yang anda pilih mestilah anda minat dan menyukainya. Minat bukan sesuatu yang dipaksa, tetapi kerelaan anda melakukannya dengan rasa gembira. Maka perniagaan yang anda lakukan, bukan

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 30

lagi dianggap kerja tetapi minat dan keseronokan yang membawa keuntungan berganda kepada anda! c)

Mempunyai pasaran yang luas untuk dipromosikan. Pasaran bagi produk anda mestilah mempunyai ruang lingkup pasaran yang luas di dalam kategorinya. Pasaran yang luas membolehkan anda mempromosikan produk dengan lebih baik dan berkesan serta meningkatkan permintaan terhadap produk.

d)

Boleh dijual dalam perniagaan internet. Pastikan produk tersebut boleh dijual dalam perniagaan internet. Jangan pula anda menjual produk yang mempunyai tarikh luput yang singkat. Bayangkan bagaimana anda mahu menjual barangan basah secara online! (Kecuali jika anda hanya mempromosi!) ☺

e)

Memberikan pulangan yang lumayan kepada anda. Produk yang anda jual mestilah boleh memberikan pulangan yang lumayan dan berganda kepada anda. Sudah tentu anda tidak mahu rugi. Jadi, buatlah pilihan yang tepat semasa memilih produk sebelum anda mengambil keputusan untuk menjualnya.

f)

Modal mestilah kecil (tidak terlalu besar) dan mencukupi. Saya tekankan di sini, perniagaan internet tidak memerlukan modal yang besar. Jangan bertindak melaburkan wang ke dalam peniagaan internet lebih daripada RM1,000 kerana ini akan merugikan dan melengahkan masa untuk anda mengaut keuntungan sedangkan kos mencipta produk kebiasaanya tidaklah terlalu tinggi.

Setelah anda mempertimbangkan perkara-perkara diatas, fokus anda kini lebih jelas tentang produk yang hendak dipilih atau dicipta. Jadi, sudahkan anda

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 31

memikirkan produk apakah yang sesuai dan menarik minat pelanggan untuk membeli? Jawapannya terserah kepada anda. Kaedah Mencipta dan Membangunkan Produk Berikut merupakan 4 langkah untuk anda memilih atau membangunkan produk anda sendiri. i.

Mengenalpasti pasaran.

ii.

Buat “short list” produk.

iii.

Kembangkan idea dan khususkan produk anda.

iv.

Pilih yang mana satu. 1)

Mengenalpasti pasaran. Bagaimana caranya untuk mengenalpasti pasaran? Cara paling mudah ialah dengan mengenalpasti permintaan yang ada di dalam pasaran. Ini memerlukan sedikit masa dan kajian bagi memastikan apakah yang sangat dikehendaki oleh pelanggan tetapi tiada atau kurang di dalam pasaran. Anda juga boleh menggunakan enjin carian untuk melihat apakah yang sering dicari oleh pengguna internet. Sebagaimana yang kita maklum, pengguna menggunakan internet untuk mencari maklumat atau informasi bagi tujuan peribadi ataupun pekerjaan. Terdapat beberapa laman web yang menawarkan perkhidmatan direktori yang boleh mengenalpasti perkataan yang sering dicari oleh pengguna

internet.

Antara

laman

web

tersebut

ialah

www.wordtracker.com dan juga www.goodkeywords.com. Cara ini lebih memudahkan anda untuk mengenalpasti permintaan terhadap produk.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 32

Sebagaimana yang saya katakan di awal topik, anda boleh menjual produk tersebut sekiranya mempunyai permintaan yang tinggi dan kurang atau tiada penawaran. Sebaliknya jika penawaran adalah tinggi tetapi permintaannya terlalu kurang, adalah lebih baik anda tinggalkan sahaja dan cari produk yang lain. Setelah pasaran dikenalpasti, tentukan produknya. Bagaimana? Sebagai contoh anda mendapati ramai pelayar internet mencari peluang-peluang menambah pendapatan. Oleh itu, ebook seperti panduan menambah pendapatan sangat dicari oleh mereka. Jadi, anda boleh menyenaraikan seberapa banyak produk yang mungkin boleh anda hasilkan dan secara tidak langsung memberikan pendapatan kepada pelanggan. 2)

Buat “Short List” Produk Anda kini mempunyai banyak senarai produk yang mahu anda hasilkan. Tetapi tidak kesemuanya anda mampu melakukannya. Oleh itu, anda perlu menyediakan satu senarai pendek yang terbaik untuk anda. Caranya adalah dengan memotong atau buangkan mana-mana produk yang tidak mampu anda lakukan dan memberikan pulangan yang sedikit berdasarkan 6 perkara yang perlu anda pertimbangkan seperti yang saya sebutkan di bawah tajuk “Sesuaikah Produk Dengan Diri Anda”. Senarai produk anda yang telah dikemaskini mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 1 produk dan maksimum 10 produk bergantung kepada kemampuan anda untuk menguruskannya. Untuk peringkat

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 33

awal, saya syorkan kepada anda memadailah dengan hanya 1 - 2 produk sahaja. Sekiranya anda menyenaraikan 10 produk, maka 8 - 9 lagi produk itu anda tangguhkan dahulu. Tumpukan kepada produk utama. Anda tidak akan mampu untuk melakukan semua kerja dalam satu masa diperingkat awal, melainkan anda sudah berpengalaman!. Setelah produk pertama anda mendapat sambutan dan perniagaan anda stabil, barulah anda kembangkan perniagaan internet dengan salah satu caranya menjual produk seterusnya yang telah anda senaraikan sebentar tadi. 3)

Kembangkan Idea dan Khususkan Produk Anda Bagaimana jika produk anda bersifat umum seperti komputer, buku, jururunding, alat komunikasi dan sebagainya? Baiklah, apa yang anda perlu lakukan ialah mengkhususkan produk anda. Jangan sesekali anda berfikir untuk menjual produk kepada semua peringkat golongan. Anda akan tersilap! Ini akan menjejaskan perniagaan anda. Jangan anggap anda akan memperoleh pendapatan yang lebih besar sekiranya produk anda untuk semua orang. Bukankah lebih mudah jika anda menyelam di dalam kolam yang lebih kecil daripada lautan yang besar? Mengapa produk khusus? Tidak bolehkah menjual produk untuk semua

orang?

Boleh,

jika

anda

mahu

rugi!

Mengapa

saya

menyarankan kepada anda supaya memilih produk yang khusus? Kelebihannya disini ialah, perniagaan anda lebih tertumpu dan mempunyai sasaran kepada sesetengah golongan pelanggan!

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 34

Saya andaikan bahawa anda telah pun memilih bidang masakan atau komputer. Kini apa yang harus anda lakukan ialah mengkhususkan dan menyesuaikan produk untuk perniagaan internet dengan keadaan dan kemampuan diri anda. Lihat jadual yang saya sediakan dibawah :Idea - idea yang berkaitan dengan MASAKAN

KOMPUTER

a. Menjual makanan ringan.

a. Menjual aksesori komputer.

b. Menjual makanan berat.

b. Perkhidmatan membaiki

c. Menjual buku resepi.

komputer.

d. Perkhidmatan katering (kecil).

c. Kelas komputer.

e. Kursus / kelas memasak.

d. Menjual buku-buku komputer.

Berdasarkan jadual diatas, anda akan dapat melihat bagaimana ideaidea anda tadi di kembangkan. Tujuan idea ini di kembangkan adalah untuk mendapatkan produk yang khusus dan sesuai untuk anda. 4)

Pilih Yang Mana Satu Anda kini telah mengembangkan idea produk anda. Ini lebih memudahkan anda menentukan pilihan yang sesuai. Ia mestilah memberikan

keselesaan

kepada

anda

untuk

melakukannya.

Bagaimana cara memilih produk yang sesuai dengan diri anda? Baiklah, bagi setiap senarai dalam jadual diatas, anda buatkan sedikit catitan dari pandangan anda sendiri. Contohnya seperti dibawah : a) Menjual makanan ringan. -

Boleh diusahakan tetapi agak sukar untuk menyimpan kerana memerlukan ruang yang besar untuk menyimpan

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 35

stok

(kerepek,

keropok

dan

lain-lain).

Selain

itu,

memerlukan tenaga yang ramai untuk mengusahakannya. b) Menjual makanan berat (berbungkus). -

Makanan berat sukar untuk diposkan kepada pembeli selain tempoh kegunaan produk tidak lama.

c) Menjual buku resepi. -

Mudah, boleh dijual secara online dan tidak perlu menyimpan stok yang banyak. Hanya menggunakan CDROM sahaja!

d) Perkhidmatan katering (kecil). -

Boleh

diiklankan

di

internet

dan

boleh

mengambil

tempahan berdasarkan keperluan. Tetapi memerlukan peralatan memasak, pembantu dan pengangkutan untuk menghantar masakan. e) Kursus / Kelas memasak. -

Merakam video anda ketika sedang memasak menu-menu tertentu dan menjual video rakaman tersebut secara online. Boleh dimuat turun.

Anda sudah pun membuat catitan bagi setiap produk yang anda senaraikan sebentar tadi. Kini anda telah dapat melihat secara jelas produk apakah yang sesuai untuk anda. Sebagaimana dalam catitan diatas, ada 2 produk yang sesuai untuk anda pasarkan secara online. Produk tersebut ialah : 1. Menjual buku resepi. 2. Kelas / kursus memasak.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 36

Sekarang anda telah mempunyai produk yang boleh menghasilkan pulangan lumayan kepada anda. Begitulah cara atau kaedah bagaimana anda mahu mendapatkan produk yang khusus. Sekarang, dedikasikan masa yang ada ini untuk anda memilih produk yang sesuai. ☺ Produk Terhebat Masa Kini! Apa produk yang terhebat pada hari ini? Bagi anda yang belum mengetahuinya lagi, jawapannya adalah produk informasi! Mengapa produk informasi? Ini kerana ramai diantara kita yang mencari dan mahukan maklumat tertentu bagi tujuan tertentu juga. Produk informasi secara online ini lebih dikenali dengan nama e-book. Ebook amat popular kerana ia mudah digunakan selain boleh mendapatkannya secara terus melalui internet tetapi kenalah bayar dahulu! Ebook ini diberikan melalui link yang disertakan ke dalam email, muat turun atau diberikan melalui CD interaktif. Mudah bukan! Ada sesetengah ebook diberikan secara percuma dengan tujuan untuk menarik minat pembeli mengunjungi web tersebut. Ia bertindak sebagai e-katalog, alat pemasaran dan juga tujuan promosi. Ebook biasaanya di dalam bentuk .pdf dan .html. Ia dicipta untuk memudahkan anda membaca dan mendapatkan maklumat dengan mudah. Misalnya, anda adalah ulat buku. Jika dahulu anda terpaksa membeli rak khas yang besar untuk meletak dan menyimpan buku-buku anda. Tetapi dengan adanya ebook ini anda hanya perlu menyimpannya di dalam komputer atau CD. Ia tidak memakan ruang yang besar. Sungguh menakjubkan!

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 37

Tentu anda tertanya-tanya apakah ebook yang paling popular sekali dan dicaricari oleh pelanggan? Jawapannya ialah ebook seperti yang anda sedang baca ini. Mengapa? Ramai pembeli kini semakin bijak. Mereka mahu mengurangkan kos dalam kehidupan mereka dan juga menambahkan pendapatan. Jadi kebiasaanya pembeli akan mencari ebook seperti “Bagaimana menambah pendapatan anda dengan…” atau yang memudahkan kehidupan mereka seperti “Rahsia membina laman web dengan mudah hanya….”. Perkataan yang saya tebalkan itu merupakan perkataan yang mampu merangsang minat pelanggan. Dalam erti kata yang lain, pelanggan mahukan ebook yang dapat menyelesaikan masalah mereka. Masalah merupakan peluang untuk anda membina jalan penyelesaiannya. Adanya jalan penyelesaian yang memudahkan, sudah tentu ramai pelanggan yang mahukan jalan penyelesaian tersebut. Namun mereka perlu membayar sejumlah wang untuk mendapatkannya. Oleh itu, masalah adalah pendapatan lumayan kepada anda jika anda tahu menilainya! Produk Anda Unik Unik disini bermaksud satu kelainan. Produk anda yang unik mampu menarik pelanggan untuk membelinya. Begitu juga dengan perkhidmatan yang anda berikan. Ciri-ciri kelainan tersebut boleh anda wujudkan ialah dengan menggabungkan semua ciri-ciri terbaik produk pesaing ke dalam produk anda dan menambah kelebihan lain yang tidak ada pada produk pesaing anda. Boleh jadi produk anda berbentuk inovatif dan sukar didapati di tempat-tempat lain. Produk anda yang dibungkus dengan elok, cantik dan terjaga kualitinya menambahkan keyakinan pelanggan sedia ada untuk membeli produk seterusnya kepada anda.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 38

Anda juga boleh menawarkan perkhidmatan jualan yang unik seperti jaminan wang dikembalikan, tawarkan hadiah, kupon diskaun, produk percuma, tempoh percubaan percuma dan sebagainya. Pendek kata, apa sahaja perkara yang memberikan faedah besar kepada pelanggan tanpa membebankan mereka merupakan perkhidmatan yang disenangi sekali. Harga Produk dan Perkhidmatan. Masalah di dalam meletakkan harga produk menjadi sesuatu yang kadangkala merumitkan anda. Memang benar! Jika anda meletakkan harga yang tinggi, khuatir tiada siapa yang mahu membelinya. Jika meletakkan harga yang rendah pula, kurang keuntungannya (dianggap tidak berkualiti). Mahu meletakkan harga pasaran, takut pula pembeli banyak pilihan dan mencari yang lebih baik dan murah. Ini semua menjadi perkara biasa dalam proses meletakkan harga produk. Saya mempunyai beberapa tips untuk anda, cara bagaimana meletakkan harga yang rasional, munasabah dan membawa pulangan yang lumayan! Begini caranya, ada 5 faktor yang penting perlu diambil perhatian sewaktu proses meletakkan harga produk dilakukan, iaitu : i)

Kos tetap

ii)

Kos berubah

iii)

Keuntungan minimum 100%

iv)

Harga tinggi

v)

Harga rendah.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 39

1. Kos tetap Kos tetap ialah kos yang melibatkan produk yang hendak dijual sahaja. Maksudnya, jika anda mahu menjual CD, kos tetapnya ialah harga kos CD semasa anda membelinya. Anda mahu menjual ebook mengenai “Rahsia 1001 Resepi Tradisi 100 tahun”. Lalu anda membeli 100 keping CD kosong berharga RM80. Ini bermakna kos tetap bagi produk ini ialah RM0.80 bagi setiap keping CD kosong. RM80 / 100 keping = RM0.80 Inilah yang dikatakan kos tetap iaitu kos bagi produk yang hendak dijual. 2. Kos Berubah Sebentar tadi kita sudah maklum mengenai kos tetap. Kos berubah pula ialah kos yang melibatkan tambah nilai terhadap produk yang hendak dijual. Dalam erti kata yang sebenar, kos sampingan yang meningkatkan kos asal. Anda sudah mempunyai 100 keping CD kosong. Untuk menjual CD ini, anda tentu memerlukan sampul CD, “cover” CD, menggunakan komputer untuk membuat salinan, sampul pos ekspress untuk penghantaran dan sebagainya. Lihat senarai kos berubah dibawah : “Cover” CD x 100

= RM20

Sampul CD x 100

= RM50

Pelekat CD X 100

= RM20

Sampul pos ekspres x 100 = RM400 Elektrik

= RM10

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 40

Pegiklanan

= RM50

Jumlah

= RM550

Semua senarai tadi merupakan contoh kos berubah yang mungkin kepada kos tetap bergantung kepada anda sendiri. Jumlah kos berubah adalah RM550 kesemuanya untuk 100 keping CD. Kos per unit = RM80 + RM550 100 = RM6.30 Harga diatas merupakan kos sebenar bagi setiap sekeping CD kosong. Ianya disebut sebagai kos per unit. Kos ini akan menjadi panduan kepada ada dalam meletakkan sasaran keuntungan sama ada 100%, 200% atau 500% keuntungan bersih!. 3. Keuntungan minimum 100% Untuk menetapkan harga jualan produk ebook, harga yang sepatutnya anda letakkan adalah mesti mempunyai keuntungan minimum 100%. Mengapa mesti 100%? Ini kerana setiap produk ebook mempunyai kos yang amat rendah. Apabila kosnya rendah, ini bermakna jumlah keuntungannya juga rendah. Cuba anda lihat pasaran semasa. Berapakah harga yang dijual oleh pesaing anda? Ada yang menjual RM20, RM30, RM50, RM100 malah ada yang lebih daripada RM100. Semuanya bergantung kepada anda sendiri dalam menetapkan peratus keuntungan yang anda inginkan.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 41

4. Harga Tinggi Pada fikiran anda, harga yang tinggi pastinya kurang mendapat sambutan daripada pelanggan kerana beranggapan mereka tidak mampu untuk membelinya dan merugikan mereka. Anda sebenarnya silap! Tidak ada salahnya anda meletakkan harga yang tinggi pada produk anda sekiranya produk anda unik, hebat, perkhidmatan yang diberikan juga lain dari yang lain dan produk anda berkualiti tinggi! Ini menunjukkan kredibiliti anda dan juga mutu produk anda yang hebat. Walaubagaimanapun anda harus ingat, anda tidak boleh meletakkan harga yang terlalu tinggi. Ini akan menyebabkan pembeli akan lari dan membeli dari pesaing anda. 5. Harga Rendah Rata-rata bagi mereka yang baru memulakan perniagaan internet, mereka akan menawarkan harga yang murah. Ini menyebabkan berlakunya perang harga di dalam pasaran internet. Situasi inilah yang sedang berlaku pada masa sekarang. Masing-masing mahu mengejar keuntungan dengan cepat tanpa disedari bahawa perniagaan mereka telah hilang kredibiliti. Jika produk anda murah, sudah tentu pembeli akan berkata “Eh! Murahya.. okey ke produk ni?” pada masa itu, kemungkinan besar anda akan kehilangan pelanggan. Sungguh merugikan! Tidak ada salahya untuk anda meletakkan harga yang rendah. Biarlah harga

itu

munasabah

dan

tidak

terlalu

rendah

sehingga

menghilangkan keyakinan pembeli terhadap produk anda walaupun

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 42

ianya lebih baik dari produk pesaing anda yang dijual pada harga yang lebih tinggi. Bagaimana pula caranya jika mahu menetapkan harga bagi perkhidmatan yang diberikan? Anda lihatlah kepakaran dan kebolehan anda sendiri. Jika ada seorang yang pakar, adalah lebih baik dan anda berhak meletakkan harga yang tinggi atau harga pasaran semasa tetapi jika anda separa pakar, anda boleh meletakkan harga dengan peratus keuntungan yang sederhana. Secara jelasnya, anda kini sudah mahir dalam memilih produk. Mahir juga dalam membangun dan mencipta produk anda sediri. Adalah lebih baik anda mempunyai produk sendiri berbanding anda menjual produk orang lain. Dalam membangunkan produk, perkara yang paling penting sekali adalah jadilah diri anda yang sendiri. Buatlah produk anda dengan gaya anda sendiri. Jangan sesekali menjadi atau meniru orang lain. Ini akan menjejaskan imej diri anda. Anda juga mesti mempunyai kepakaran dalam bidang yang anda ceburi. Jika ada kurang pakar, anda boleh tambahkan kepakaran anda dengan membaca, mempraktikkan, menghadiri kursus, seminar dan sebagainya. Sekaligus menjadikan anda sebagai usahawan internet yang hebat dan mempunyai ilmu yang luas!

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 43

Langkah #3 : Bangunkan Laman Web

L

aman

web

perniagaan

merupakan

sebuah

tapak

kedai

yang

mempromosikan produk atau perkhidmatan yang dijual oleh anda kepada pelanggan. Berbeza dengan kedai-kedai biasa, hanya pelanggan

tempatan sahaja yang boleh mengunjungi kedai anda untuk melihat produk yang dijual. Tetapi dengan adanya laman web perniagaan anda sendiri, capaian boleh dilakukan dari seluruh pelusuk dunia dengan hanya satu laman mini sahaja. Tambahan pula harga sewaan tapak web (web hosting) adalah amat murah sekali berbanding harga sewa dikedai biasa. ☺ Anda sudah mempunyai produk sendiri. Apa yang harus anda lakukan seterusnya ialah membangunkan sebuah laman web perniagaan untuk tujuan mempromosikan produk anda. Ada dua cara untuk membangunkan laman web perniagaan anda, iaitu : i)

Bina sendiri

ii)

Upah orang lain atau syarikat. 1. Bina sendiri Membina laman web perniagaan tidaklah sesukar membina laman web biasa. Laman web perniagaan ini hanya mengandungi satu muka yang panjang (tetapi tidaklah terlalu panjang) dan di gelar sebagai laman web mini. Hanya menggunakan Microsoft Word atau Microsoft Front Page, anda kini sudah boleh membina laman web sendiri!. Anda juga boleh mendapatkan “web template” secara percuma di internet. Sebenarnya

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 44

di dalam perisian microsft juga telah disediakan “web template” iaitu Microsoft Publisher. Anda juga patut tahu serba sedikit mengenai aturcara html, bagi memudahkan kerja-kerja ketika membina laman web. Anda tidak perlu tahu kod-kod html keseluruhannya. Cukuplah sekadar anda tahu kodkod yang penting untuk mengemaskini laman web anda kelak. Kini, banyak buku-buku mengenai cara membina laman web dijual. Anda boleh mendapatkannya di kedai-kedai berhampiran. 2. Upah orang lain / syarikat. Anda tidak tahu bagaimana membina laman web? Atau anda tidak tahu langsung bagaimana menggunakan komputer? Jangan risau, pada hari ini ramai yang pakar dalam membina laman web. Anda boleh meminta bantuan daripada mereka dan pastinya anda dikenakan bayaran untuk mendapatkan perkhimatan tersebut. Ada orang perseorangan yang mengambil upah membina laman web dengan harga yang murah. Ada juga syarikat yang menawarkan harga yang begitu tinggi. Walau apa sekalipun, dalam membina laman web, kos yang sepatutnya anda keluarkan adalah tidak lebih dari RM200 - Rm300 untuk satu laman web mini. Pastikan anda mendapatkan sebut harga dari beberapa syarikat sebelum membina laman web yang anda inginkan. Pastikan juga syarikat tersebut bersedia membina laman web mengikut cita rasa anda sebagaimana yang dirancangkan.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 45

Anda mempunyai dua pilihan, sama ada anda mahu membinanya sendiri atau mengupah orang lain. Laman web saya iaitu www.ideaperniagaan.com dibina oleh saya sendiri. Saya telah mempelajarinya sebelum saya berkecimpung dalam perniagaan internet. Adalah lebih baik anda membinanya sendiri kerana selain mengurangkan kos perbelanjaan, anda juga dapat mempelajari sesuatu ilmu yang baru. Mana tahu, satu hari nanti anda diminta untuk membina laman web perniagaan rakan anda. Cajlah. Itu sudah menjadi sumber pendapatan anda yang baru!. 5 Tips Membina Laman Web Mini Sekarang kita akan mulakan langkah pertama untuk membina laman web perniagaan anda. Semasa membina laman web yang hebat dan sesuai dengan perniagaan anda, ada 5 tips yang perlu anda ketahui iaitu :i)

Merancang laman web anda.

ii)

Pilih “domain name” terbaik.

iii)

Pilih “web hosting” terbaik.

iv)

Ciri-ciri dan kandungan laman web perniagaan.

v)

Elak kesilapan yang biasa dalam membina laman web. 1. Merancang web anda. Sebelum anda membina laman web mini, terlebih dahulu anda perlu merancang apa yang anda mahu letakkan di dalam laman web anda. Bagi anda yang tidak pernah membina laman web, anda boleh layari mana-mana laman web perniagaan di internet sebagai rujukan dan panduan. Ambil sekurang-kurangnya 5 contoh laman web untuk rujukan anda. Catatkan ciri-ciri yang ada pada laman web tersebut. Ambil ciri-ciri

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 46

terbaik dan sesuai untuk anda letakkan di dalam laman web anda nanti. Tambahkan beberapa ciri menarik yang tidak ada pada laman web pesaing anda. Ini akan menjadikan laman web anda sebagai laman profesional

walaupuan

ini

adalah

pertama

kali

anda

membangunkannya. Setelah itu, anda lakarkan rekabentuk dan susun atur laman web mengikut kreativiti anda sendiri. Anda boleh menjadikan laman web orang lain sebagai “template” kepada laman web anda, tetapi awas! anda perlu berhati-hati. Jangan sampai anda dituduh menciplak rekabentuk laman orang lain. Tanpa perancangan, laman web anda akan kelihatan kuncar-kancir dan menyukarkan pengguna. Ini menyebabkan laman web anda tidak menarik dan pengguna akan beralih kepada laman web yang lain dan lebih profesional. 2. Pilih “domain name” terbaik. “Domain” bemaksud sesuatu kawasan yang berada di dalam kawalan seseorang. Jadi “domain name” ialah merupakan alamat atau tempat dimana laman web anda ditempatkan. Ia boleh disimpulkan sebagai papan tanda perniagaan anda. Anda mesti memiliki nama domain anda sendiri supaya pelanggan dapat melayarinya dan melihat produk yang anda tawarkan. Ia tidak ubah seperti alamat rumah yang membolehkan sesiapa sahaja yang mengetahuinya, sampai ke rumah anda dengan betul ☺.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 47

Nama domain bagi setiap laman web adalah tidak serupa dan ia berbeza-beza. Pihak pendaftar tidak membenarkan dua nama domain yang sama digunakan bertujuan mengelakkan kekeliruan kepada pengguna dan pelayar laman web. Begitu juga apabila anda membuka sebuah syarikat, anda perlu mendaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwap Pengguna. Nama syarikat anda mestilah tidak sama dengan syarikat-syarikat yang lain. Berikut adalah beberapa tips mudah untuk memilih nama domain yang sesuai dengan perniagaan anda. Kata kunci yang selalu digunakan oleh pengguna. Sambungan nama domain yang baik. Nama domain yang pendek, ringkas dan mudah diingati. Nama domain yang tidak mengelirukan pengguna. Menerangkan tentang perniagaan anda. a) Kata kunci yang selalu digunakan oleh pengguna. Apabila anda melayari enjin carian, kata kunci yang anda taipkan adalah ringkas dan difahami. Contohnya anda menaip wang, serta merta senarai laman web yang berkaitan dengan wang akan muncul. Jadi, dalam memilih nama domain, ianya mestilah sesuai dengan kehendak carian pelayar internet. Tetapi, bagaimana caranya? Anda

boleh

mengunjungi

www.wordtracker.com

atau

www.inventory.overtune.com untuk melihat data pengiraan kata kunci yang sering digunakan. Jumlah pengiraan akan ditunjukkan bagi tempoh sebulan.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 48

Hasilnya nanti, di dalam tempoh sebulan, kata kunci tersebut telah dicari oleh beribu-ribu pelayar internet. Cari seberapa banyak kata kunci, supaya anda memperoleh idea yang baik untuk nama domain anda. b) Sambungan nama domain yang baik. Sudah tentu anda pernah melihat sambungan nama domain antarabangsa seperti .com, .net, .biz, .info dan .org manakala nama domain tempatan pula adalah seperti .com.my, .net.my, .gov.my dan bermacam-macam lagi. Buat masa ini, pilihan sambungan nama domain yang terbaik ialah .com. Ini kerana ianya pendek dan senang disebut. Walau bagamanapun sekiranya nama domain anda unik dan mendapat menarik perhatian pelayar internet, tidak salah untuk anda menggunakan sambungan yang lain. c) Nama domain yang pendek, ringkas dan mudah diingati. Seboleh-bolehnya anda haruslah menggunakan nama domain yang pendek dan ringkas kerana ia mudah diingati. Namun demikian, kebanyakkan nama domain yang pendek dan ringkas ini telah pun menjadi milik orang lain. Contohnya www.jutawan.com. Oleh itu, anda disarankan menggabungkan dua perkataan yang pendek dan sesuai berkaitan dengan perniagaan anda untuk dijadikan

nama

domain

bagi

web

anda.

www.jutawankaya.com (sudah dimiliki).

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Contohnya

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 49

d) Nama domain yang tidak mengelirukan Nama domain yang anda pilih mestilah tidak mengelirukan pelayar internet atau pengguna. Contohnya nama saya, www.fazdlie.com adalah mengelirukan kerana mungkin pengguna akan menaip seperti www.fazli.com atau www.fazly.com. Bukankah itu akan mengelirukan pengguna? Elakkan juga penggunaan nombor pada nama domain anda. Ini juga sering berlaku di dalam perniagaan internet kerana ingin memiliki nama domain yang unik tanpa memikirkan kesilapan yang bakal terjadi. Contohnya www.e-niaga2u.com boleh ditaip sebagai www.eniagatwou.com atau juga www.e-niagatwoyou.com. Secara tidak langsung ini boleh menyebabkan anda kehilangan pelanggan. Tetapi

sekiranya

anda

mempunyai

banyak

wang

untuk

mempromosikan alamat laman web anda, tidak ada salahnya. Cuma anda perlu berfikir lebih dua kali, adakah perniagaan anda kelak akan mendatangkan keuntungan yang besar dan mampu mengatasi kos promosi? Fikirkanlah. e) Menerangkan tentang perniagaan anda. Anda

juga

seharusnya

menggunakan

nama

domain

yang

mempunyai kaitan dengan perniagaan anda. Sekiranya anda menjual barangan tembikar, sepatutnya anda menggunakan nama domain

yang

berkaitan

seperti

www.tembikar.com

www.tembikarmalaysia.com.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

atau

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 50

Sekarang, anda mungkin memiliki satu nama domain yang cantik dan menarik perhatian. Tetapi, bagaimana pula anda mahu mendaftar nama domain tersebut? Di Malaysia, banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan mendaftar nama domain. Anda boleh membuat sedikit kajian mengenai bayaran yang dikenakan oleh pendaftar. Sesetengahnya berbeza. Cara ini membolehkan anda memilih syarikat yang berkaliber dan harga yang ditawarkan pula berpatutan. Buat masa ini, harga bagi nama domain yang ditawarkan antara RM20 RM100 atau lebih bergantung kepada syarikat. Nama domain laman web saya iaitu www.ideaperniagaan.com berharga RM35 setahun. Anda boleh mendaftar di www.sempoihosting.com, www.netfrims.com dan lain-lain lagi. 3. Pilih “web hosting” terbaik. Web hosting merupakan tapak bagi menempatkan laman web anda seumpama anda menyewa sebuah kedai untuk berniaga. Bezanya disini, kedai biasa beroperasi 10 jam sehari, 6 hari seminggu tetapi dengan adanya tapak laman ini, perniagaan anda beroperasi 24 jam sehari dan 7 hari seminggu! Sungguh hebat! Terdapat dua jenis tapak laman yang ada di pasaran, iaitu tapak laman percuma dan juga berbayar. Kedua-duanya mempunyai banyak perbezaan dan hanya sedikit persamaan iaitu, menyediakan tapak laman kepada pengguna.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 51

a) Tapak laman percuma. Anda

tentu

pernah

melihat

alamat

www.geocities.com/faizal/bisnes.html

web

atau

(contoh)

url

seperti

dan

juga

www.kekayaan.tripod.com. Ini merupakan tapak laman percuma daripada Geocities dan juga Tripod. Ada lagi beberapa web yang menyediakan tapak laman percuma seperti Netfrims, Freespace dan lain-lain lagi. Soalnya, adakah ianya sesuai untuk anda meletakkan laman web perniagaan di dalam tapak laman ini? Cuba anda renungkan, sekiranya anda ingin membuka kedai, tetapi menumpang ruang kedai orang tanpa dikenakan bayaran, sudah tentu anda rasa segan dan malu. Anda terasa rendah diri terhadap pemilik ruang kedai tersebut. Ini menjejaskan imej peniagaan anda. Begitulah halnya jika anda meletakkan laman web di tapak laman percuma. Biasanya, pemilik tapak akan mensyaratkan supaya mereka dibenarkan meletak iklan di dalam laman web anda. Url laman web anda juga panjang dan susah untuk diingati. Bukan itu sahaja malah anda menghadapi risiko kehilangan laman web yang anda usahakan. Risiko ini boleh berlaku jika pemilik tapak menghentikan serta merta perkhidmatan percuma yang diberikan. Malah, kebanyakkan enjin carian menahan dan menghalang laman-laman dari tapak percuma untuk diletakkan dalam carian pengguna. Amat menyedihkan sekali kerana sesetengah pejabat kerajaan menghalang dari membuka tapak laman percuma ini yang

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 52

merupakan terdiri daripada 30% pengguna internet di Malaysia! Ini bermakna anda hilang 30% bakal pelanggan yang berpotensi! Oleh itu, saya sarankan agar anda tidak sesekali menggunakan perkhidmatan tapak laman percuma ini. Banyak keburukannya daripada kebaikan yang anda perolehi walaupun tiada bayaran yang dikenakan. b) Tapak laman berbayar. Tapak laman berbayar pula seperti biasa yang dapat kita lihat ianya menggunakan nama domain sendiri. Ianya merupakan tapak bagi pemilik yang menyewanya. Contohnya www.ideaperniagaan.com, www.irfankhairi.com dan sebagainya. Anda perlu memiliki tapak laman ini untuk menempatkan laman web anda. Laman web anda akan lebih mempunyai kredibiliti dan identiti serta imej yang baik. Pengguna juga akan lebih yakin dengan anda kerana menganggap tapak laman yang berbayar menandakan anda benar-benar serius di dalam peniagaan internet. Namun begitu, sebelum anda memilih mana-mana perkhidmatan tapak

laman

mengenalpasti

berbayar

ini,

perkhidmatan

terlebih yang

dahulu

ditawarkan.

anda

perlulah

Perkhidmatan

tersebut ialah : •

Ruang storan. Ruang storan ini adalah bergantung kepada saiz fail laman web anda. Jumlah minimum yang saya syorkan adalah 20Mb. Kebiasaanya, ruang storan yang digunakan hanyalah sekitar 30% - 50% sahaja untuk laman web mini.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 53

Lebihan

storan

menambahbaik perniagaan

tadi, dan

anda

anda

boleh

mengemaskini

berkembang

gunakannya laman

kelak.

web

Anda

juga

untuk apabila boleh

menambah saiz storan pada bila-bila masa sahaja. •

Ruang pemindahan (bandwidth). Ruang pemindahan ini amat penting kerana ia menentukan jumlah capaian pengguna dalam satu-satu masa. 3Gb adalah ruang pemindahan yang paling minimum sebagai pilihan anda yang mahu memulakan perniagaan internet. Jumlah pengguna yang mampu mencapai laman web anda dalam satu-satu masa bergantung kepada ruang pemindahan ini. Lagi besar saiznya, lagi ramailah yang boleh melawat laman web anda pada satu-satu masa. Anda juga dibenarkan untuk menambah saiz ruang pemindahan ini pada bila-bila masa yang anda inginkan.



Sokongan teknikal. Pastikan perkhidmatan yang diberikan melibatkan sokongan teknikal selama 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Ini penting sekiranya tapak laman anda bermasalah, pihak pendaftar boleh memperbaikinya dengan segera.



Email yang tidak tehad. Seharusnya, anda dibenarkan untuk menghantar dan menerima email

seberapa

banyak

yang

anda

mahu.

Ini

kerana

kebiasaannya anda akan menerima pelbagai email bertanyakan produk anda.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 54

Tapak laman anda juga mestilah boleh mencipta email yang tidak

terhad

seperti

[email protected],

[email protected] dan sebagainya. •

Server yang baik. Perkhidmatan server yang disediakan juga hendaklah dalam keadaan baik dan mempunyai uptime sekurang-kurangnya 85% dan ke atas. Ini bagi memastikan apabila server perkhidmatan tersebut down, maka laman web anda tidak dapat diakses dan ini

merugikan

anda

sepanjang

tempoh

server

tersebut

bermasalah. •

Perisian bantuan lain. Persian bantuan lain yang sepatutnya disediakan ialah seperti FTP, Front Page Extension, autoresponder, forwarder, My SQL Database, Script dan sebagainya.

Untuk makluman anda, saya hanya perlu membayar sewa RM44 setahun bagi tapak laman saya iaitu www.ideaperniagaan.com. Sungguh murah bukan! Anda juga boleh mendapatkan harga sewa yag menarik seperti itu. Dengan syarat, anda perlu membuat analisis dan perbandingan antara syarikat perkhidmatan tapak laman berbayar. Anda ingin tahu di mana saya mendaftar tapak laman

bagi

laman

web

saya?

Jawapannya

ialah

www.sempoihosting.com. 4. Ciri-ciri dan kandungan laman web perniagaan. Sebagaimana di awal topik ini, saya telah menyarankan anda agar membuat sedikit analisis berkenaan dengan pesaing anda. Begitu juga dengan laman web yang hendak anda bangunkan, dengan sedikit

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 55

kajian anda mampu menghasilkan laman web perniagaan yang profesional. Cuba anda perhatikan apa yang terkandung di dalam sesebuah laman web pesaing anda? Kemudian anda membandingkan dengan laman web perniagaan yang lain. Lagi banyak anda dapat mengumpulkan maklumat, lagi besar dan cerah peluang untuk menjana pendapatan berterusan kelak! ☺ Kandungan laman web perniagaan. Bagi

menghasilkan

sebuah laman

web

perniagaan,

beberapa

kandungan utama perlu diletakkan di dalam laman web anda. Laman web anda juga mestilah fokus kepada produk yang hendak anda jual. Berikut adalah isi kandungan yang utama bagi laman web perniagaan. Mengutarakan masalah yang dihadapi pelanggan. Jika anda perhatikan, laman web perniagaan mini ini akan bermula dengan menyebut masalah yang dihadapi oleh pelanggan. Memang menjadi lumrah kepada manusia berhadadapan dengan masalah. Masalah yang dimaksudkan disini ialah yang berkaitan dengan produk yang anda jual. Sebagai contoh, anda menjual produk menguruskan badan, masalah yang dihadapi pelanggan ialah masalah berat badan berlebihan. “Anda risau dengan BERAT badan anda? Seringkali anda sukar mendapatkan SAIZ kasut yang sesuai? MALU berdepan dengan rakan-rakan? Sudah puas anda cuba menguruskan berat badan

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 56

tetapi masih lagi tidak berhasil. Banyak wang dihabiskan, banyak produk yang anda beli tetapi semuanya sia-sia. Ayat diatas merupakan contoh yang biasa anda dapat lihat. Ianya memfokuskan kepada pelanggan yang mengalami masalah berat badan. Sekaligus membuatkan pelanggan tertanya-tanya tentang penyelesaiannya. Memberi penyelesaian dengan menawarkan produk. Anda mula menawarkan produk yang boleh mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelanggan anda. Pada masa itu, pelanggan anda akan berkata “Inilah yang aku cari-cari”. Jika anda mendengarnya, pasti anda akan tersenyum. “Jangan bimbang!, Kini anda sudah mempunyai penyelesaiannya” Ketahulilah bagaimana ramai pelanggan kami berjaya mengatasi masalah berat badan. Ianya sudah terbukti dan dipercayai. Memperkenalkan… “UBAT LANGSING CAP FATIMAH” Contoh diatas, merupakan contoh bagaimana produk tersebut diperkenalkan. Bukan menawarkan produk dengan menyatakan “Belilah Ubat Langsing Cap Fatimah…”. Ini menunjukkan anda hanya mahu menjual dan bukannya membantu pelanggan. Menjelaskan ciri-ciri produk. Sebaik sahaja anda selesai menawarkan produk, anda perlu menjelaskan ciri-ciri produk tersebut. Ciri-ciri yang dimaksudkan

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 57

seperti contoh ubat langsing tadi, anda perlu menyatakan apa bahan yang digunakan, kandungan, sukatan dan sebagainya. Anda hanya perlu menjelaskan ciri-ciri produk secara ringkas. Tidak perlu huraian yang panjang lebar. Pelanggan yang membacanya hanya mahu melihat sekali imbas ciri-ciri produk tersebut. Menyatakan faedah yang diperolehi apabila memiliki produk. Ruangan ini adalah yang paling penting sekali. Biasanya pelanggan hanya mahu tahu apa faedah yang boleh diperolehi apabila membeli produk tersebut. Anda harus membezakan ciri-ciri dan faedah produk. Ianya tidak sama. Lihat contoh dibawah. “Ubat Langsing Cap Fatimah” Ubat ini bukan sekadar menguruskan badan sahaja tetapi sesuai untuk kesihatan, melancarkan perjalanan darah, membuang toksid dalam badan, menghilangkan sakit-sakit sengal badan, membuang angin dan awet muda. Ada banyak lagi contoh lain yang boleh anda jadikan sebagai rujukan. Lihat sahaja pada laman web pesaing anda. Apakah faedah yang diberikan kepada pelanggan mereka? Menyediakan ruangan testimoni terhadap produk. Bagi anda yang baru memulakan perniagaan, pastikan anda cuba mendapatkan maklumbalas tentang produk yang anda jual. Pastikan juga maklumbalas tersebut adalah positif.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 58

Testimoni ini penting kerana ia dapat meningkatkan keyakinan pengguna, malah menggalakkan pelanggan lain untuk membeli produk anda. Anda boleh meletakkan nama, alamat dan no. telefon (dengan kebenaran) dalam ruangan testimoni ini. Menawarkan produk sampingan secara percuma. Anda boleh menarik perhatian pelanggan dengan menawarkan produk sampingan secara PERCUMA! Saya ambil contoh Ubat Langsing Cap Fatimah tadi, anda boleh menawarkan pek kecil ubat tersebut untuk dicuba dalam tempoh beberapa hari. Anda juga boleh memberikan tips-tips ringkas berkaitan kesihatan dengan newsletter percuma! Untuk mendapatkan produk percuma ini, pelanggan anda mestilah mendaftar terlebih dahulu dengan anda. Anda boleh menggunakan autoresponder untuk tugas pendaftaran ini. Ianya cukup mudah dan anda kini telah memiliki maklumat pelanggan yang anda boleh hubungi pada bila-bila masa. Maklumat pelanggan merupakan maklumat yang paling berharga kerana, melalui maklumat ini, anda berpeluang mempromosikan apa jua produk yang berkaitan dengan perniagaan anda!. Anda juga boleh memberikan produk seperti ebook yang diberikan secara percuma apabila pelanggan membeli produk anda. Biasanya, ebook ini akan dihantar bersama-sama produk yang anda jual.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 59

Memberikan diskaun terhadap produk yang dijual. Satu lagi cara yang menarik dan terbaik memikat hati pelanggan ialah dengan menawarkan diskaun terhadap produk yang dijual. Ianya bergantung kepada harga yang anda tawarkan. Program affiliate. Program affiliate juga (sekiranya anda mampu dan mahu), boleh anda bangunkannya dengan bertujuan menggalakkan pelanggan menjadi pengedar produk anda. Selain memberi komisyen kepada pelanggan affiliate, jualan anda turut meningkat. Secara tidak langsung pengedar anda menjadi ejen promosi bagi produk anda. Borang Pengesahan Pembayaran. Borang pengesahan pembayaran ini membolehkan pelanggan mengisi borang secara terus selepas pembayaran dilakukan. Anda boleh mencipta borang tersebut di dalam www.autoresponder.com. Ini menjimatkan masa kerana sebaik sahaja anda menerima email pengesahan pembayaran daripada pihak autoresponder, anda boleh

menghantar

produk

secepat

yang

mungkin

kepada

pelanggan. Pelanggan akan menerima produk dalam tempoh yang singkat. Ini menambahkan kepercayaan pelanggan kepada anda. Tidak mustahil pelanggan anda akan memberitahu kepada prospek yang lain. Pembayaran yang selamat. Anda perlu menjelaskan proses pembayaran yang boleh dilakukan oleh pelanggan dan mestilah memaklumkan kepada pelanggan bahawa kaedah pembayaran tersebut adalah selamat dan dijamin.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 60

Selain itu, anda juga hendaklah menjelaskan bagaimana produk tersebut dihantar kepada pelanggan dan tempoh masa yang ditetapkan. Secara tidak langsung pelanggan akan lebih yakin dengan perkhidmatan yang diberikan. Antara kaedah pembayaran yang boleh anda lakukan ialah wang pos, cek, kiriman wang, bank-in, transfer dan kad kredit. Pada hari ini Kad kredit merupakan kaedah pembayaran yang paling popular dalam urusniaga internet. Saluran maklumbalas atau cara untuk menghubungi. Jangan sesekali anda tidak meninggalkan cara atau saluran perhubungan untuk pelanggan menghubungi anda. Ini amat penting memandangkan pelanggan suka bertanya terlebih dahulu sebelum membeli. Anda disarankan meletakkan nama, alamat, email dan nombor telefon sebagai alat perhubungan. Anda juga boleh menyediakan ruangan borang maklumbalas yang boleh diisi terus oleh pelanggan. Malah pada hari ini, sekiranya anda mempunyai masa yang lebih, gunakannya untuk ada berchatting dengan pelanggan melalui Yahoo! Messenger, MiRC, Google Talk! secara online! Apabila laman web perniagaan anda mempunyai hampir kesemua isi kandungan diatas, anda kini boleh dianggap mahir dalam membina laman web perniagaan. Ada juga beberapa isi kandungan yang penting tetapi jarang diambil perhatian oleh pelanggan. Diantara isi kandungan tersebut ialah seperti pengenalan kepada laman web anda, latar belakang syarikat dan soalan-soalan lazim.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 61

Anda boleh meletakkan ketiga-tiga isi kandungan diatas ke dalam laman web anda jika mahu. Bina Laman Web Yang Menarik dan Mampu Menjual Apakah laman web ada kini mampu menarik pelanggan untuk membeli produk yang anda tawarkan? Disini saya akan menerangkan ciri-ciri terbaik yang perlu ada dalam laman web anda. •

Satu laman web untuk satu produk atau perkhimatan. Mungkin di dalam fikiran anda sudah ada pelbagai produk yang ingin anda pasarkan. Anda merancang untuk meletakkan kesemua produk anda di dalam web. Jangan lakukan sedemikan! Ianya akan menyebabkan pelanggan agak sukar untuk membuat pilihan. Anda kemungkinan akan kehilangan pelanggan! Adalah lebih baik anda hanya meletakkan satu atau dua produk sahaja di dalam laman web anda. Ini menunjukkan anda lebih profesional dan mudah menguruskanya kelak. Sudah tentu pelanggan akan menganggap anda seorang yang pakar dalam bidang atau produk yang anda jual berbanding jika anda menjual pelbagai produk yang berlainan. Sekiranya pelbagai produk yang anda jual di dalam satu laman web, anda akan dilihat sebagai sebuah kedai yang menjual pelbagai produk. Mampukah anda bersaing dengan Amazon.com yang menjual pelbagai produk?

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 62

Jadi, dengan hanya menjual satu produk sahaja, pelanggan hanya mempunyai dua pilihan iaitu sama ada mahu membeli atau tidak. Bagaimana pula dengan produk anda yang lain? Jawapannya, anda binalah laman web yang lain, tetapi pastikan produk anda dapat diuruskan dengan baik terlebih dahulu. Setelah perniagaan anda menunjukkan hasilnya, barulah anda mula membuka perniagaan yang lain. •

Laman web mini (satu laman sahaja). Oleh kerana anda sekarang menjual satu atau dua produk sahaja, jadi laman web mini yang sederhana panjang (tidak terlalu panjang) amat sesuai untuk anda. Tidak

perlu

laman

yang

terlalu

banyak

muka.

Ini

boleh

menyebabkan pelanggan mudah merasa bosan untuk melayarinya. Sudah tentu anda tahu, kos upah membina laman web adalah tinggi. Dengan membina satu laman mini, sudah tentu ia menjimatkan kos anda!. Laman web mini mestilah padat, ringkas dan mudah difahami. Jangan gunakan bahasa yang berbelit-belit dan menghurai dengan terlalu panjang. Ini juga boleh menyebabkan pelanggan akan merasa bosan dan cabut lari!. Anda masih boleh lagi membina beberapa muka untuk kaedah bayaran, cara untuk menghubungi anda dan program affiliate. •

Huruf yang mudah dibaca. Jangan terlalu ghairah dalam menggunakan huruf-huruf yang berseni dan bersimpul-simpul. Pada anda ianya cantik tetapi

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 63

kepada pelanggan, ianya menyukarkan mereka untuk membaca apa yang anda tulis. Apa yang lebih anda perlu fikirkan ialah, tidak semua komputer boleh membaca jenis huruf yang anda gunakan. Maka, sebaikbaiknya gunakan huruf Arial, Times New Roman atau Verdana sahaja. Gunakan warna-warna huruf seperti merah, biru dan hitam. Warna ini dapat menarik perhatian pelanggan. Merah anda boleh gunakan untuk menarik perhatian pelanggan. Biru pula untuk menunjukkan isi-isi penting dan hitam untuk ayat-ayat yang biasa. Anda juga digalakkan untuk menggunakan heading dan bullets bagi menekankan point-point yang penting. Gunakannya juga untuk menekankan faedah-faedah produk anda. •

Reka bentuk web yang menarik. Tanggapan pertama pelanggan sebaik sahaja masuk ke laman web anda, mestilah diambilkira. Walaupun produk anda lebih hebat daripada orang lain tetapi sekiranya reka bentuk web yang anda bangunkan tidak kelihatan profesional, dengan hanya satu klik sahaja pelanggan boleh meninggalkan laman web anda! Jika anda tidak mahir membina web yang cantik, saya sarankan supaya anda menggunakan “web template”. Selain cantik, ia juga kelhatan lebih profesional. Anda juga boleh menjadikan laman web orang lain sebagai “template” laman anda. Apabila pelanggan melihat web anda yang cantik dan profesional, ia mampu menambahkan keyakinan dan menarik perhatian mereka

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 64

untuk terus membaca hingga ke akhirnya, seterusnya membuat pembelian. Jangan ingat reka bentuk web tidak penting!. •

Ayat mestilah hebat. Anda tidak perlu menulis seperti menulis karangan atau buku. Cukuplah anda menulis dengan ringkas, padat dan mampu menarik perhatian pelanggan, tetapi jangan pula terlalu pasif dan kaku. Ini menghilangkan selera pelanggan untuk membaca. Bagaimana, untuk menulis ayat yang mampu membuatkan pelanggan

membeli

produk

anda?

Anda

boleh

mengambil

beberapa contoh daripada laman web yang lain dan lihat kaedah mereka menulis. Sebahagiannya telah saya nyatakan di dalam tajuk Kandungan di dalam laman web perniagaan. Berikut beberapa tips yang boleh anda ikuti sewaktu menulis ayat yang mampu menarik dan menjual produk anda!. Menulis dengan gaya sendiri. Jangan sesekali anda meniru gaya menulis seseorang. Pada pringkat awal, anda mungkin cenderung untuk meniru gaya penulisan seseorang berdasarkan bahan bacaan anda sendiri. Ini adalah perkara biasa yang berlaku kerana anda baru menceburi bidang perniagaan internet ini. Jadi, cuba elakkan dari menulis dengan gaya orang lain. Anda boleh mengelakkannya dengan menulis sambil bercakap seolah-olah anda sedang bercakap dengan pelanggan.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 65

Apabila anda menulis dengan gaya tersendiri, sudah tentu pelanggan menganggap anda memang mahir dan pakar dalam bidang tersebut. Tarik perhatian pelanggan. Bagaimana hendak menarik perhatian pelanggan pula? Satu soalan yang baik. Anda mungkin buntu ayat apakah yang sesuai untuk menarik perhatian pelanggan supaya pelanggan tidak lari. Baiklah, cuba anda lihat semula ayat yang saya berikan sebelum ini. “Anda risau dengan BERAT badan anda? Seringkali anda sukar mendapatkan SAIZ kasut yang sesuai? MALU berdepan dengan rakan-rakan? Sudah puas anda cuba menguruskan berat badan tetapi masih lagi tidak berhasil. Banyak wang dihabiskan, banyak produk yang anda beli tetapi semuanya sia-sia. Ayat diatas ini mampu menarik perhatian golongan sasaran kerana mereka dengan sendirinya akan tertanya-tanya apakah yang sebenarnya hendak disampaikan oleh laman web anda. Timbulkan minat pelanggan secara tidak langsung. Untuk menimbulkan minat pelanggan, anda perlu bijak bermain dengan kata-kata. Lihat saja ayat dibawah ini. “Jangan bimbang!, Kini anda sudah mempunyai penyelesaiannya”

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 66

Ketahulilah bagaimana ramai pelanggan kami berjaya mengatasi masalah berat badan. Ianya sudah terbukti dan dipercayai. Memperkenalkan… “UBAT LANGSING CAP FATIMAH” Pada masa itu, pelanggan anda akan semakin berminat. Mereka berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang mampu diberikan oleh produk anda. Maka anda pun mula menerangkan ciri-cirinya dan faedah yang akan diperolehi apabila menggunakan produk tersebut. Mudah bukan!. Yakinkan pelanggan. Anda

boleh

meyakinkan

pelanggan

dengan

meletakkan

testimoni pelanggan, surat perakuan daripada badan-badan tertentu (jika ada), bukti-bukti sampingan dan lain-lain lagi yang sesuai diletakkan dalam web anda. Arah pelanggan membuat keputusan. Di dalam laman web anda, anda boleh mengarah pelanggan membuat keputusan untuk membeli produk anda. Tetapi anda perlu tahu bagaimana caranya. Tentu anda pernah melihat ayat seperti dibawah ini. “Dapatkan sekarang, selagi stok masih ada” atau “Tempah sekarang!!! dan anda akan menerima poster Siti Nurhaliza koleksi terhad PERCUMA!” Itu merupakan cara yang sesuai digunakan untuk mengarahkan pelanggan membuat keputusan membeli produk anda. Ingat! mengarah bukan bermaksud memaksa.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 67

Gunakan perkataan ajaib. Apa perkataan ajaib yang saya katakan ini? Hari ini, saya berkongsi dengan anda untuk membocorkan satu rahsia perniagaan internet. Perkataan ajaib inilah yang mampu membuatkan pelanggan teruja dan membeli produk hebat anda! Perkataan ajaib itu ialah PERCUMA, DISKAUN, BONUS, CARA MUDAH, RAHSIA dan seumpamanya. Perkataan inilah yang

membuatkan

pelanggan

teruja

dan

tertarik

untuk

mendapatkan produk anda. Elakkan dari guna perkataan seperti “BELI sekarang..”, bahasa kasar seperti aku, kau, mereka dan seumpamanya. Mengapa perkataan “mereka” tidak boleh digunakan? Sebenarnya, ketika sesi mempromosikan produk anda, ia adalah

ibarat

anda

sedang

bercakap

dengan

seorang

pelanggan dan bukannya dengan ramai pelanggan. Jadi, pastikan anda gunakan kata ganti diri yang sesuai seperti saya dan anda. Anda kini sudah mampu untuk membina laman web yang menarik pelanggan dan menjual produk kepada mereka. Saya andaikan, kini anda sedang tersenyum kerana memiliki “Formula Rahsia Buat Wang Besar Secara Online yang begitu hebat sekali! 5. Elak kesilapan dalam membina laman web perniagaan. Sebentar tadi anda telah didedahkan dengan pelbagai maklumat mengenai isi kandungan dan ciri-ciri yang perlu ada bagi sesebuah laman web peniagaan.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 68

Seterusnya saya dedahkan lagi rahsia yang boleh mengelakkan anda daripada melakukan kesilapan, walaupun kesilapan itu kecil. Saya akan membantu anda untuk mencipta laman web mini yang hebat! Seringkali apabila anda melayari laman web orang lain, timbul rasa tertarik, minat dan kagum dengan pereka laman web tersebut. Kadangkala juga, anda akan berasa bosan, menyampah dan sukar melayari laman web kerana tidak mesra pengguna. Mengapa agaknya perkara sebegini boleh berlaku? Para sahabat saya sekalian, kesilapan pereka laman web ini kadangkala kecil tetapi boleh menghilangkan prospek pelanggan dalam sekelip mata. Apakah kesilapan kecil itu? Saya berikan jawapannya sekarang! Link yang terputus. Pastikan laman web anda tidak mengalami masalah ini. Sudah tentu anda pernah melalui situasi di mana ketika anda mahu klik pada satu-satu link untuk mendapatkan maklumat, tetapi anda kecewa kerana link tersebut putus atau mati. “The page cannot be found or displayed” Itulah perkataan yang biasanya ditunjukkan pada skrin komputer anda. Oleh itu, sebagai langkah berhati-hati, pastikan setiap link disambungkan dengan betul. Semak setiap link beberapa kali dan betulkan dengan segera sebelum anda memuat naik ke tapak laman. Link

yang

pelanggan

terputus sekaligus

boleh

menyebabkan

menjejaskan

kredibiliti

anda anda.

mengecewakan!

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

kehilangan Sungguh

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 69

Maklumat lama. Rata-rata laman web perniagaan yang ada tidak dikemaskini. Apa yang mula-mula dibina, itulah yang ada sehingga kini. Anda bernasib baik kerana saya telah memaklumkan hal ini awal-awal lagi kepada anda. Sekurang-kurangnya ada perlu mengemaskini laman web anda sebulan sekali. Ini dapat menarik lebih ramai pelanggan. Anda boleh meletakkan tips-tips harian atau mingguan atau bulanan. Itu sudah memadai. Juga boleh anda mempertingkatkan mutu laman web yang ada. Terlalu banyak jenis huruf, warna dan grafik. Jangan gunakan terlalu banyak huruf. Hadkan penggunaan jenis huruf kepada 1 atau 2 jenis sahaja. Apabila terlalu banyak jenis huruf digunakan, boleh memeningkan pelanggan anda nanti! Gunakanlah huruf seperti Arial, Verdana dan Times New Roman. Penggunaan warna hendaklah sesuai dengan perniagaan anda. Jangalahn terlalu kabur dan jangan pula terlalu terang. Elakkan dari menggunakan warna-warna yang menyakitkan mata. Elemen-elemen grafik, animasi dan teks yang berterbangan dan berlebihan memang menarik namun ianya tidak sesuai dalam laman web perniagaan. Grafik dan animasi ini boleh menggangu tumpuan pelanggan. Melainkan anda menjual produk grafik, animasi, kad ucapan, wallpaper dan sebagainya itu digalakkan sama sekali.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 70

Halaman yang mati. Cuba anda bayangkan, ada melayari satu laman web perniagaan yang menjual pencuci muka. Untuk mengetahui faedahnya, anda dikehendaki mengklik link untuk ke halaman lain. Setelah anda mengetahui faedahnya, anda ingin membaca semula isi kandungan di laman utama tetapi malangnya tiada satu butang untuk anda kembali ke laman tersebut. Akhirnya anda terpaksa menutupnya dan atau menaip semula nama domain laman web tadi. Bukankah pelanggan?

ini

akan

Belum

mengunjungi laman

menyebabkan tentu

anda

pelanggan

akan

anda

kehilangan

akan

kembali

web anda setelah apa yang berlaku.

Pelanggan anda mungkin akan mengunjungi laman web yang lain! Oleh itu, pastikan anda tidak menghadapi masalah seperti ini. Sentiasa pastikan laman anda sekurang-kurangnya boleh kembali ke laman utama. Perlahan untuk dibuka. Pernah menghadapi situasi seperti ini? Saya pernah mengalaminya sewaktu sedang melayari internet. Ianya perlahan untuk dibuka sebab terlalu banyak fail-fail grafik seperti gambar yang mempunyai saiz besar. Biasanya saiz garfik seperti ini adalah dalam format .bmp. Pastikan grafik anda adalah dalam format .jpeg atau .gif kerana ianya lebih kecil saiznya tanpa menjejaskan mutu gambar. Tiada maklumat perhubungan. Kesilapan yang amat ketara ialah apabila sesebuah laman web peniagaan

tidak

meletakkan

cara

untuk

menghubunginya.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 71

Sebagaimana yang pernah saya katakan sebelum ini, pelanggan suka bertanya terlebih dahulu sebelum membuat pembelian. Pelanggan juga akan bertanya dan memberi komen selepas pembelian dibuat. Apabila tiada maklumat perhubungan, sudah pasti pelanggan anda terkial-kial untuk mencari email atau nombor telefon anda. Sudahlah begitu, pelayar laman web anda pasti kecewa dan tidak yakin lagi dengan anda. Seterusnya mereka meninggalkan laman web anda begitu sahaja. Oleh itu, pastikan anda meletakkan email, alamat dan nombor telefon untuk memudahkan pelanggan menghubungi anda. Selain meningkatkan

kredibiliti

dan

kepakaran

anda,

ia

juga

menambahkan keyakinan pelanggan terhadap perkhidmatan yang anda berikan. Tidak kemas dan tersusun. Laman web yang tidak tersusun dan kemas membuatkan pelanggan anda menjadi keliru dengan apa yang hendak anda sampaikan. Pelanggan boleh jadi tidak faham apa sebenarnya tujuan laman web anda. Bila keadaan ini terjadi, sudah tentu maksud dan tujuan sebenar anda untuk mempromosikan produk tidak sampai ke pelanggan. Akhirnya pelanggan akan menganggap laman web anda sebagai sebuah laman web yang biasa yang akhirnya kurang mendapat sambutan

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 72

Perisian baru. Jangan sesekali menggunakan persian yang baru dan canggih. Walaupun ia kelihatan menarik dan hebat, ianya hanya akan menyukarkan pengguna. Tidak semua pelanggan anda memiliki perisian yang baru. Jadi seboleh-bolehnya, gunakan sahaja Microsoft Front Page kerana ianya lebih mudah digunakan dan mudah juga untuk dikemaskini. Anda sudah pun mengenalpasti masalah yang boleh dielakkan dan diperbetulkan. Anda juga sudah boleh membina laman web mini sendiri hanya menggunakan Microsoft Word dan Front Page jika anda tahu caranya. Anda boleh mempelajarinya daripada rakan-rakan yang mahir membina web atau membeli buku-buku yang berkaitan dengannya dari kedai-kedai yang berdekatan. Berita baik buat anda, pihak kami dengan rasa berbesar hati memaklumkan kepada anda bahawa kami dalam proses menyiapkan ebook berjudul “Rahsia Jutawan Buat Duit Dengan Bijak” (Jangan cuba tiru idea saya ya). Ia disertakan hak jual semula Anda boleh mendapatkannya setelah siap nanti dengan harga yang istimewa. Nantikan kemunculannya!.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 73

Langkah #4 : Pembayaran Perniagaan internet menggunakan jenis pembayaran secara online dan sebahagiannya secara manual. Ada beberapa kaedah pembayaran yang sering digunakan dalam urus niaga internet. Penghantaran produk juga dilakukan secara online atau pos. Ianya juga melibatkan cara pembungkusan produk. Anda tidak perlu risau, saya akan mendedahkan satu persatu kepada anda bagaimana pembayaran online boleh dibuat dan bagaimana penghantaran produk dilakukan. Pembayaran Di dalam perniagaan internet, ramai yang masih ragu-ragu mengenai kaedah pembayaran yang dilakukan. Adakah ianya selamat? Bagaimana pembayaran boleh dilakukan secara online? Soalan-soalan ini sering ditanyakan oleh pelanggan. Sebenarnya, tidak susah untuk anda membuat pembayaran online ini. Ianya seperti pembayaran lain yang biasa. Berikut adalah 3 kaedah pembayaran yang sering digunakan dalam perniagaan internet. Wang pos, kiriman wang atau cek tempatan. Kaedah pembayaran ini merupakan kaedah pembayaran yang biasa, dan merupakan kaedah pembayaran yang selamat. Di Malaysia, wang pos dan kiriman wang boleh dibuat melalui pejabat Pos Malaysia manakala buku cek pula dikeluarkan oleh bank-bank tempatan kepada pemohon yang mahu menggunakannya. Biasanya digunakan oleh syarikat-syarikat perniagaan dan individu yang layak.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 74

Wang Pos dan cek dari luar negara Jika anda mempunyai pelanggan dari luar negara, mereka boleh membuat pembayaran menggunakan wag pos dan boleh dibeli melalui laman web www.westernunion.com. Wang pos ini akan dihantar ke alamat anda. Anda boleh menyemak pembayaran yang dilakukan melalui laman web Western Union berdasarkan kod pembayaran. Jadi, anda boleh mengesan sebarang penipuan sebelum menghantar produk kepada pelanggan. Cek luar negara mengambil masa hampir sebulan untuk ditunaikan. Pihak bank tempatan juga mengenakan caj tertentu untuk menunaikan cek tersebut. Bagaimana dengan risiko cek palsu? Cara mudah untuk anda mengelakknya ialah dengan berhati-hati! Anda nyatakan kepada pelanggan bahawa

penghantaran

akan

dilakukan sebaik

sahaja

cek

disahkan

kebenarannya oleh pihak bank. Bank-in atau pindahan akaun. Ini merupakan salah satu urusan pembayaran yang mudah dilakukan oleh semua pelanggan di Malaysia. (Pelanggan luar negara tidak boleh melakukan urusan pembayaran ini). Ada dua cara yang boleh digunakan untuk pembayaran. Cara pertama melalui perkhidmatan e-banking yang ditawarkan oleh pihak bank seperti www.maybank2u.com.my dan www.bankislam.biz. Cara kedua ialah dengan pelanggan memindahkan wang ke dalam akaun anda melalui mesin ATM atau boleh juga mendepositkan wang terus ke dalam akaun anda. Ianya amat sesuai digunakan dan kaedah ini paling popular di Malaysia! Kad kredit. Penggunaan kad kredit sebagai salah satu kaedah pembayaran di internet merupakan kaedah yang paling popular dan mampu meningkatkan jualan

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 75

produk sebanyak 400%. Faktor ini disebabkan pelanggan mudah membuat pembayaran dalam tempoh yang singkat. Tambahan pula, ia memberikan imej yang positif terhadap perniagaan anda. Sekiranya anda merasakan penggunaan kad kredit ini tidak perlu, anda silap! Apabila anda tidak menggunakan perkhidmatan ini, anda akan kehilangan hampir 90% pelanggan berpotensi. Sesuatu perkara yang sungguh menakjubkan dengan hanya sekeping kad! Ada dua cara yang membolehkan anda menerima pembayaran kad kredit secara online iaitu yang pertama melalui Merchant Account (Akaun Peniaga) yang boleh ada perolehi daripada pihak bank atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan tesebut. Kebiasaannya pihak bank mengenakan syarat yang agak ketat dan pendaftaran yang agak tinggi sehingga Rm2,000. Caj dikenakan setiap transaksi antara 2 - 4%. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menaip Merchant Account atau Merchant Account Provider di laman carian. Cara yang kedua pula ialah menggunakan Third Party Credit Card Processor (Akaun Pihak Ketiga). Caj yang dikenakan bagi setiap transaksi antara 10% 15%. Yuran pendaftaran pula murah hanya sekitar RM200 seumur hidup. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai akaun pihak ketiga ini di laman web berikut : www.paypal.com www.digibuy.com www.2checkout.com www.worldpay.com

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 76

Penghantaran Sebaik sahaja pembayaran dibuat dan disahkan, anda hendaklah serta merta menghantar produk kepada pelanggan. Jenis penghantaran bergantung kepada produk yang anda jual. Anda wajib menghantarnya serta merta selepas pembayaran dibuat. Di Malaysia, beberapa jenis penghantaran yang boleh digunakan ialah seperti berikut : o Sampul Pos Express Sampul Pos Express yang disedikan oleh pejabat Pos Malaysia mempunyai 5 saiz yang berbeza. Kandungan berat barangan yang dihantar antara 50 gram atau kurang - 1 kilogram. Harganya pula antara Rm2.50 - Rm7.00 mengikut saiz. Kandungan yang sesuai bagi menggunakan sampul pos express ini adalah biasanya berbentuk dokumen seperti CD, wang pos, kiriman wang, cek dan barangn ringan yang lain mengikut syarat yang ditetapkan. Anda boleh menyemak penghantaran tersebut melalui laman web www.pos.com.my menggunakan kod penghantaran (pelekat berwarna kuning). o Pos Laju Sekiranya anda menjual produk berbentuk besar, amat sesuai untuk anda menggunakan pos laju. Caj minimum yang dikenakan adalah Rm4.50 untuk berat sebanyak 500grm atau kurang. Berat maksimum bagi dokumen yang dihantar menggunakan pos laju adalah 2 kilogram manakala berat maksimum produk yang berat adalah tidak lebih 30 kilogram. Anda boleh menyemak caj yang dikenakan di dalam laman web www.pos.com.my. Anda juga boleh menyemak penghantaran tersebut.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 77

Pihak pos malaysia juga menyediakan perkhimatan penghantaran antarabangsa. Jadi sekiranya produk anda ditempah dari pelanggan luar negara, anda boleh menggunakan perkhidmatan ini. Anda juga mempunyai pilihan lain selain perkhidmatan yang disediakan oleh pejabat pos malaysia. Anda boleh menggunakan perkhidmatan penghantaran lain seperti DHL, UPS dan Malaysian Airlines System.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 78

Langkah #5 : Iklan & Promosi

U

ntuk menentukan kejayaan dalam perniagaan internet, salah satu faktor yang amat penting sekali ialah pengiklanan yang berterusan. Langkah ini merupakan 80% - 90% daripada usaha yang perlu anda fokuskan

berbanding 4 langkah sebelum ini. Hanya dengan membina laman

web perniagaan dan kemudian anda

membiarkan sahaja laman web tersebut tanpa melakukan promosi dengan harapan pasti ramai yang akan menemui laman web anda, anda sebenarnya silap! Jangan lakukan kesilapan ini lagi! Seperti mana perniagaan biasa yang lain, anda perlu menjemput seberapa ramai prospek untuk mengunjungi laman web anda. Cara menjemput mereka ialah dengan mengiklankan laman web anda kepada orang ramai. Terdapat dua kaedah yang boleh anda gunakan untuk mempromosikan laman web anda. Dua kaedah tersebut ialah pengiklanan offline dan pengiklanan online. Kedua-duanya mempunyai fungsi dan peranan yang sama, hanya cara sahaja yang berbeza. 1. Pengiklanan offline Pengikanan offline sebenarnya adalah sama penting dengan pengiklanan online. Cuma perbezaannya ialah kos yang terlibat. Kos pegiklanan offline agak tinggi sedikit berbanding online. Namun ia merupakan satu strategi yang amat penting. Tentu anda pernah melihat iklan seperti www.JobStreet.com di bas pengangkutan

awam,

teksi

dan

LRT.

Begitu

juga

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

laman

web

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 79

www.tmnet.com.my, tentu anda pernah melihatnya di iklani televisyen, papan tanda, surat khabar dan berbagai-bagai lagi. Antara pengiklanan yang boleh anda lakukan adalah seperti berikut : Flyers Surat khabar Majalah Risalah Kad perniagaan Kepala surat (Letter head) Resit Poster Kain rentang Pakaian Televisyen (kalau mampu) Papan tanda iklan Kotak pembungkusan Pelekat kenderaan (Sticker). Papan tanda perniagaan dan banyak lagi. Semua jenis pengiklanan tersebut mampu memberikan impak kepada prospek yang menemui iklan anda. Sudah tentu prospek anda akan tertanyatanya dan mahu mengetahui dengan lebih lanjut tentang apa yang ditawarkan oleh anda. Sebagai contoh, lihat contoh iklan flyers dibawah.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 80

“Anda mahu memulakan BISNES? “Anda mempunyai PRODUK yang hebat? Tetapi, anda sering BUNTU memikirkannya…. Anda mahu memulakan bisnes, tetapi tidak tahu memulakannya? Anda mempunyai produk, tetapi tidak tahu memasarkannya? Anda mahu mengembangkan perniagaan, tetapi tidak tahu caranya? Bisnes anda maju, tetapi masih belum memberikan pulangan lumayan? Jangan bimbang! Kini anda juga boleh memulakan perniagaan “HANYA DARI RUMAH”. Dapatkan RAHSIANYA!!. Layari www.ideaPERNIAGAAN.com. Hadiah PERCUMA! menanti anda dan rebut ganjaran WANG TUNAI! dari kami. Cepat! selagi tawaran masih ada!.

Setelah anda membaca iklan flyers diatas, apa yang anda rasa? Ada sesuatu yang mendorong anda untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Mengapa? Begini sebenarnya. Di awal iklan tersebut, telah disasarkan kepada prospek yang mahu memulakan perniagaan. Oleh itu, prospek tersebut sudah tentu akan tertarik dan terus membacanya. Apa yang membuatkan prospek terdorong dan teruja untuk melayari laman web tersebut? Ada 3 perkara yang menjadi penyebab utama, iaitu : 1. Ingin tahu RAHSIA memulakan perniagaan. 2. Mendapatkan hadiah PERCUMA! 3. Merebut ganjaran WANG TUNAI! Tiga faktor inilah yang membawa prospek untuk mengunjungi laman web anda. Setiap iklan yang anda edarkan mestilah mempunyai ciri-ciri yang unik dan mampu mendorong prospek. Ini merupakan strategi pemasaran yang paling hebat dan berkesan!.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 81

Anda juga digalakkan untuk mempamerkan logo disetiap iklan yang anda siarkan. Impak yang diberikan oleh logo perniagaan anda memberikan gambaran kepada pelanggan bahawa anda menjalankan perniagaan dengan profesional. Malah, logo lebih mudah diingati kerana mempunyai bentuk dan warna yang menarik, contohnya logo saya! ☺ Sesebuah logo perniagaan itu tidak perlu direka dengan bentuk yang pelbagai, cukuplah sekadar logo yang ringkas, simbolik, warna yang terhad dan grafik yang menarik. 2. Pengiklanan Online Pengiklanan online mampu memberikan kesan yang hebat dalam perniagaan internet jika anda anda tahu menggunakannya! Tidak ada gunanya jika anda membina laman web yang cantik dan menarik tetapi tidak ada sesiapa pun yang mengunjungi laman web anda atas sebab tiada promosi yang kurang meluas di internet. Terdapat berjuta-juta laman web yang ada dan adalah mustahil pelanggan boleh menemui laman web anda tanpa melakukan pengiklanan online. Apabila anda mengiklan secara online, ianya dilakukan secara automatik selama 24 jam dan 7 hari seminggu. Malah pengiklanan ini tidak hanya terhad di Malaysia sahaja, ia turut menjangkau sehingga ke seluruh dunia. Kosnya juga amat murah berbanding pengiklanan offline. Secara tidak langsung, perniagaan anda adalah perniagaan antarabangsa! Bagaimana caranya untuk mengiklan secara online? Di dunia internet, terdapat berbagai-bagai jenis laman web yang menawarkan perkhidmatan pengiklanan. Ia boleh dibahagikan dengan dua kategori iaitu iklan percuma dan iklan berbayar.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 82

Bagi anda yang baru menceburi bidang perniagaan internet ini, langkah terbaik yang boleh anda lakukan ialah dengan mengiklankan di ruangan iklan percuma. Anda boleh mulakan langkah ini satu demi satu dan kemudian mengiklankan pula di ruangan iklan berbayar. Berikut adalah beberapa jenis pengiklanan online yang terkenal. eBay.com.my dan Lelong.com.my Tentu anda pernah mengunjungi laman web ini. Jika tidak pun, tentu anda pernah mendengar laman web ini. Ini merupakan sebuah laman melelong pelbagai jenis barangan mengikut kategori produk. Setiap pengunjung yang berminat dengan produk yang dilelong perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh membida. Malah sesetengah produk yang telah habis tempoh melelong dijual melebih dari harga pasaran sebenar! Anda

boleh

mengiklankan

di

dalam

laman

eBay.com.my

dan

Lelong.com.my. Tiada bayaran pendaftaran dikenakan. Hanya caj-caj tertentu yang peratusnya amat rendah akan dikenakan apabila produk tersebut dapat dijual. Kedua-dua laman web ini menyediakan ruangan maklumbalas kepada pelanggan yang membeli produk . Sekaligus anda boleh menjadikannya sebagai testimoni kepada pelanggan yang lain. Untuk maklumat lanjut, anda

boleh

kunjungi

laman

ini

di

www.ebay.com.my

dan

www.lelong.com.my. Enjin Carian Enjin carian merupakan cara pengiklanan yang paling popular digunakan oleh semua usahawan internet. Tiada kos dikenakan apabila anda

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 83

mengiklan alamat web anda di dalam enjin carian. Anda hanya perlu mendaftar dan klik diruangan “Add site” untuk mengiklan laman anda. Namun ianya bergantung kepada kandungan dan populariti laman web anda. Semakin popular laman web anda, maka semakin tinggi kedudukan anda di dalam enjian carian. Tetapi ia bukannya mudah. Ada beberapa syarat yang perlu diikuti. Pertama, laman web anda mestilah mempunyai kepadatan kata-kunci yang berkaitan sama ada di laman web atau juga di ruangan Tag META. Apa dia Tag META yang saya maksudkan sebenarya? Tag META adalah terdiri dari kod-kod HTML dan merupakan salah satu dari ciri-ciri yang penting supaya enjin carian dapat mengindeks laman web anda untuk disenaraikan di kedudukan teratas. Lihat Tag META yang saya maksudkan di bawah. Anda boleh dapatinya jika menggunakan perisian Ms Front Page di ruangan HTML. Tag Title Tag Title ialah tag yang merupakan tajuk laman web anda. Ianya dipaparkan di dalam enjin carian sebagai link (berwarna biru) seperti yang anda pernah lihat semasa menggunakan enjin carian Yahoo! contohnya. Gunakan tajuk yang mengandungi kata kunci yang sesuai dengan produk anda. Kata kunci anda mestilah khusus iaitu jika anda menjual buku, buku apakah yang anda jual? Jika buku berkaitan komputer, kata kunci anda mestilah mengandungi perkataan komputer. Lihat contoh Tag Title bagi laman web ideaPERNIAGAAN.com. Jutawan, Formula Rahsia Buat Wang Besar Secara Online, Tambah Pendapatan dan Mulakan Perniagaan

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 84

Tag META Keywords Tag ini mengandungi kata kunci yang pendek dan ringkas. Ianya bergantung kepada produk yang anda jual. Mudah cerita, masukkan kata kunci yang sering dicari oleh pelayar internet dan bersesuaian dengan produk anda. Contohnya adalah seperti : Tag META Description Tag ini pula mengandungi keterangan mengenai laman web dan produk yang anda pasarkan. Jadi, tag ini juga amat penting kerana ianya akan dipaparkan oleh enjin carian dibawah tajuk berwarna biru (link). Contohnya seperti : Ketika anda menulis kata-kata yang mampu menjual produk anda di dalam laman web, penuhkan dengan kata kunci yang berkaitan. Lagi banyak kata kunci, lagi banyak peluang untuk disenaraikan di kedudukan teratas dalam enjin carian. Kedua, sentiasa mengemaskini kandungan laman web anda dengan informasi terkini dan yang terakhir ialah bertukar-tukar link dengan laman web lain yang berkaitan dengan jenis perniagaan anda.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 85

Antara enjin carian yang boleh anda gunakan untuk mengiklankan alamat laman web anda supaya tersenarai di dalam ruangan carian adalah seperti berikut : Yahoo.com Google.com AltaVista.com Lycos.com MSN.com Cari.com.my Dan banyak lagi.. Laman web anda mestilah berada di kedudukan yang tertinggi iaitu 20 senarai teratas di dalam enjin carian. Mengapa 20 senarai teratas? Apabila seseorang pelayar laman web mencari sesuatu maklumat di internet, enjin carian akan memaparkan sehingga beratus-ratus senarai. Senarai link atau web pada muka surat pertama halaman mengandungi 20 senarai. Peratus pelayar internet untuk mengklik link pada halaman pertama adalah tinggi berbanding halaman kedua, ketiga dan seterusnya. Iklan Banner Anda mengunjungi sebuah laman web. Di dalam laman web itu kelihatan pelbagai iklan banner yang hampir kesemuanya beranimasi. Ianya menarik dan mempunyai pelbagai saiz. Ada yang kecil, sederhana dan besar. Di dalam fikiran anda, iklan banner apakah yang pertama akan dicapai oleh pelanggan? Sudah tentu iklan banner yang besar dan terletak di ruangan atas atau tengah.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 86

Iklan banner sebegini mengenakan caj bayaran mingguan, bulanan dan tahunan bergantung kepada pemilik laman web tersebut. Bayaran yang dikenakan juga berpatutan dan murah. Pemilik laman biasanya telah menetapkan harga mengikut saiz-saiz tertentu selain dari tempoh masa yang dikehendaki pelanggan. Bagaimana cara yang betul untuk mengiklan menggunakan banner? Adakah perlu membina banner yang beranimasi dan teks yang terbang melayang di ruang web? Jawapannya adalah tidak semestinya begitu. Saya lebih suka jika banner tersebut dapat menyampaikan info terus kepada pengguna. Anda boleh mengambil contoh flyers yang saya berikan untuk membuat banner sebelum ini. Hanya perlu tambahkan sedikit grafik dan warna yang menarik, itu sudah memadai. Iklan Teks Kos iklan teks ini lebih murah berbanding iklan banner. Malah, ada laman yang menawarkan iklan teks secara percuma. Anda boleh mengambil peluang kedua-duanya sekali. Perlu anda tahu, di dunia perniagaan internet, enjin carian lebih mengutamakan teks berbanding gambar. Ini kerana teks dapat dikesan dengan mudah berbanding gambar yang boleh jadi memiliki nama fail yang berlainan. Namun begitu, jika gambar itu menarik, sudah tentu pelayar internet dengan mudah mengklik gambar tersebut Forum Anda boleh juga mengiklankan di dalam ruangan forum yang ada di laman-laman forum. Tetapi anda tidak boleh mengiklankannya secara

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 87

melulu. Jika anda berbuat begitu, berhati-hatilah, anda mungkin akan di marahi oleh moderator forum. Meletakkan iklan dengan secara membuta tuli di ruangan forum yang tidak berkaitan boleh menyebabkan laman web anda di senarai hitamkan atau tidak dibenarkan lagi memasuki forum tersebut. Jadi, cara pengiklanan bagaimanakah yang boleh dilakukan? Soalan yang amat baik sekali. Di dalam forum, telah sedia ada kategorikategori yang khusus. Anda masuk ke kategori yang berkaitan dengan produk anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan memberikan informasi-informasi terkini berkaitan dengan bidang perniagaan anda. Jika anda menceburi bidang perniagaan membina laman web, maka anda boleh memberikan tips-tips membina laman web yang baik, cara menggunakan html dan sebagainya. Setelah itu, diakhir perbicangan anda, letakkan logo atau slogan dan alamat laman web anda. Ia dikenali sebagai tanda tangan (signature). Pengunjung yang membaca ruangan tersebut akan menganggap anda seorang yang pakar dalam bidang tersebut. Ia mampu menarik minat untuk mengenali anda dengan dekat. Oleh itu, dengan adanya alamat laman web anda tadi, ia memberikan kemudahan kepada pengunjung untuk mengujungi laman web anda kelak. Email Saya pasti, anda tentu pernah menerima bepuluh-puluh email iklan sama ada iklan dari dalam atau luar negara. Malah apabila ia semakin kerap, ianya membuatkan anda berasa bosan dan benci dengan email yang tidak diundang.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 88

Email-email yang tidak diundang ini di namakan spam. Spam di internet dianggap sebagai penganggu. Tindakan undang-undang boleh di ambil apabila ianya keterlaluan dan menyusahkan pemilik email. Ini bermakna anda tidak boleh menghantar iklan melalui email tanpa kebenaran. Bagaimana kaedah yang sesuai untuk mendapat kebenaran dari penerima email? Kaedah paling sesuai ialah dengan meletakkan borang kosong yang mengandungi nama dan email di dalam laman web anda. Contohnya adalah seperti ini : Dapatkan eBook “8 Rahsia Jutawan Malaysia” secara PERCUMA! Sila isikan borang dibawah, supaya kami boleh menghantarnya dengan segera! Nama : Email : Hantar Kami hargai privasi anda. Segala maklumat anda adalah dirahsiakan!. Apabila

pengunjung

mengisi

maklumat

yang

diperlukan,

secara

automatiknya pengunjung tersebut membenarkan anda memberikan email yang diminta kepadanya. Anda boleh menggunakan program autorespoder untuk perkhidmatan ini. Tiada bayaran yang dikenakan. Anda hanya perlu menyalin kod HTML dan tampalkan ke dalam laman web anda. Sungguh mudah! Antara aotoresponder yang popular adalah seperti : www.autoresponder.com www.aweber.com www.getresponse.com

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 89

Sebaik

sahaja

pengunjung

mengklik

butang

“Hantar”,

secara

automatiknya, autoresponder akan menghantar eBook yang diminta ke email pengunjung tersebut. Sistem autoresponder juga menghantar maklumat nama dan email pengunjung kepada anda. Selain pengunjung tersebut menerima eBook yang diminta, anda boleh meletakkan nota kaki atau tanda tangan yang mengandungi maklumat ringkas mengenai produk dan alamat web anda di akhir email. Anda juga digalakkan menghantar info-info semasa berkaitan bidang perniagaan anda sekurang-kurangnya 7 kali. Sebaik-baiknya biarlah berterusan seperti seminggu sekali atau sebulan sekali. Iklan Backend Iklan backend ialah iklan susulan. Ianya kaedah dimana penjual menawarkan sesuatu kepada pelanggan selepas pembelian yang pertama iaitu semasa pelanggan masih memegang wang tunai atau kad kredit. Cuba anda lihat restoran makanan segera seperti KFC. Sewaktu anda selesai memberitahu menu makanan yang anda mahukan, pekerjanya memberikan senyuman kepada anda dan bertanyakan soalan seperti ini, “Itu sahaja encik? Encik mahu tambah kentang goreng?” (contoh). Lalu, tanpa berfikir anda pun bersetuju kerana tertawan dengan senyuman yang diberikan. Tambahan pula kentang goreng tersebut hanya beberapa ringgit sahaja! Cuba anda bayangkan jika 100 pelanggan yang datang dalam sehari ditanyakan soalan seperti itu dan kesemuanya bersetuju membeli kentang goreng tersebut. Agak-agak anda, berapakah jumlah jualan yang dapat dilakukan dalam sebulan? ☺

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 90

Ini merupakan strategi yang paling baik dan amat berkesan sekali Anda juga

boleh

melakukannya

di

dalam

perniagaan

internet

seperti

menawarkan 2 pakej produk yang berlainan kepada pelanggan dengan harga yang istimewa. Pakej pertama ialah produk yang mahu dibeli pelanggan dan pakej kedua ialah disertakan dengan produk sampingan yang hebat dan sesuai dengan produk pertama! Anda juga boleh menghantar email terima kasih dan penghargaan kepada pelanggan setelah pembelian dilakukan. Disamping itu, anda boleh menawarkan produk terbaru kepada pelanggan tersebut dengan harga diskaun kepada pelanggan tersebut. Cara ini dapat meningkatkan jualan anda sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada jualan biasa. Jadi, gunakanlah strategi ini sebaik yang mungkin. Blog Pada waktu mula-mula blog diperkenalkan, ramai yang membina blog sebagai tempat perbincangan, cacatan peribadi, berkongsi pendapat dan sebagainya.

Ianya

mudah

dikendalikan

berbanding

laman

web.

Perkembangan dunia perniagaan internet membolehkan perkongsian idea, pendapat dan komen secara terus dengan pelanggan anda. Ia bertindak seperti forum tetapi lebih ringkas dan mudah. Ianya disusun mengikut post terkini. Pelanggan juga boleh memberikan komen mengenai setiap post yang anda hantar dan boleh dibaca oleh semua pengunjung laman. Ruangan blog ini mampu menarik perhatian pelawat yang sama sekiranya anda sentiasa mengemaskini ruangan tersebut dan mempunyai informasi

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 91

dan tips-tips yang segar serta berguna kepada pelawat. Anda boleh membina blog di laman-laman berikut : www.blogstreet.com www.blogwise.com www.blogdex.net www.wordpress.com eZine atau eBook Percuma eZine atau eBook yang diberikan secara percuma ini biasanya merupakan artikel ringkas mengenai sesuatu informasi yang berkaitan dengan perniagaan anda. Saya telah pun memberikan contoh sebelum ini cara bagaimana

pengunjung

menerima

eZine

atau

eBook

melalui

autoresponder. Artikel yang ditulis tidaklah terlalu panjang, ia hanya sekitar 3 hingga 10 muka surat sahaja. Kandungan artikel tersebut mempunyai isi yang menarik, tips-tips yang ringkas dan mudah serta kisah kejayaan usahawan internet dan testimoni di dalam bidang perniagaan. Kebiasaanya format eZine atau eBook ini dalam format .pdf atau.doc. Ianya boleh diedarkan secara percuma kepada sesiapa dengan syarat tidak boleh menukar apa jua isi kandungan tersebut. Ianya mestilah yang asal. Diakhir eZine atau eBook itu diletakkan iklan yang mengajak pembaca mengunjungi laman web anda. Anda juga boleh meletakkan borang tempahan untuk pembelian produk yang anda jual.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 92

Program Affiliate Program affiliate merupakan satu program yang ditawarkan kepada pengunjung laman web yang ingin menjadi ejen jualan bagi produk yang ditawarkan. Ianya hampir sama dengan ejen jualan biasa, cuma ia dijalankan secara separuh masa dan online. Komisyen yang diberikan kepada ejen jualan adalah tinggi. Kebiasaannya 40% hingga 60% daripada harga jualan. Tiada bayaran pendaftaran dikenakan kepada ejen. Namun begitu anda dikenakan kos untuk pembelian dan pemasangan program affiliate ini iaitu antara Rm100.00 Rm200.00 (yang paling murah di Malaysia). ☺ Program affiliate mempunyai sistem yang dapat mengesan jumlah jualan yang dilakukan oleh ejen jualan. Ia iuga dapat mengesan daripada ejen manakah prospek atau pelanggan membeli produk tersebut. Selain daripada itu, ia dapat mengesan jumlah klik daripada pelayar internet. Apabila seseorang pelanggan telah mendaftar untuk menjadi ejen, beliau akan diberikan satu link yang perlu ditampal ke dalam laman webnya atau diiklankan link tersebut. Link yang diberikan mungkin berbentuk banner, teks atau link biasa yang boleh didapati dari sistem affiliate. Ejen boleh mengenalpasti berapakah jumlah produk yang dapat dijual dan komisyen yang bakal diperolehi melalui sistem affiliate yang disediakan kepada ejen jualan untuk menyemak jualan mereka. Anda boleh mendapat maklumat lanjut mengenai program affiliate ini di www.myaffiliateprogram.com dan www.linkshare.com. Untuk berjaya di dalam program affiliate ini, anda perlu dengan menarik seberapa ramai yang mungkin untuk menyertai program affiliate anda dan utamakan

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 93

kepentingan pelanggan seperti komisyen, kemudahan laman web percuma dan pembayaran yang cekap dan cepat. Anda sudah jelas dan terbayang iklan apa yang sesuai untuk anda lakukan. Pelbagai idea-idea pengiklanan yang unik dan menarik mungkin anda mahu buat. Pastikan kos pengiklanan anda tidak menjejaskan keuntungan anda. Tidak ada gunanya juga jika anda membuat iklan terlalu banyak sehingga berbelanja beribu-ribu tetapi produk yang dijual tidak mendapat sambutan. Seelok-eloknya mulakan pengiklanan dengan modal yang sedikit iaitu termasuk dalam kos memulakan perniagaan internet (kurang dari Rm1,000). Setelah produk anda mendapat hasilnya, laburkan sebahagian keuntungan tersebut untuk mengiklan dengan lebih meluas. Ini lebih baik dan mengurangkan risiko kerugian. Cuba anda lihat syarikat-syarikat perniagaan internet dunia yang gagal bertahan dan akhirnya menutup operasi. Semuanya kerana kesilapan dalam melaburkan terlalu banyak wang tanpa perancangan yang betul. Anda juga disarankan agar jangan meminjam dengan mana-mana pihak. Cukuplah dengan memulakan perniagaan kecil dari wang simpanan anda. Ini lebih

membuatkan

anda

berhati-hati

semasa

menjalankan

perniagaan

berbanding anda memperoleh wang pinjaman yang besar sehingga anda menjadi rambang mata.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 94

BAHAGIAN #3 Formula Rahsia

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 95

Topik 1 : 19 Bisnes Terhangat di Pasaran

T

entu anda menantikan topik ini. Melihat tajuknya sahaja, anda dapat membayangkan 19 bisnes yang mampu mengaut keuntungan besar buat anda. Memang benar!. 19 bisnes terhangat di pasaran ini

merupakan bisnes yang mendapat permintaan yang paling tinggi sekali di dalam perniagaan internet. Untuk tidak menghampakan anda, dibawah ini saya telah senaraikan 19 bisnes yang terhangat di pasaran. 19 bisnes ini telah terbukti keberkesanannya di dalam

perniagaan internet. Sama ada perniagaan online tersebut berbentuk kedai atau pasaraya seperti www.amazon.com atau pun perniagaan mini yang menjual satu produk dalam satu masa seperti www.dapatwang.com. 19 produk terhangat di pasaran yang saya maksudkan itu ialah : 1.

Buku

15. Elektronik

2.

Kad ucapan

16. Alat permainan

3.

Kesihatan

17. Pengiklanan kecil

4.

Permotoran

18. Pembelajaran / Pendidikan

5.

Pakaian

19. Khidmat

6.

Pelancongan

7.

Makanan

8.

Muzik

9.

Hartanah

nasihat

runding

10. Barangan kemas 11. Komputer 12. Cakera padat 13. Sukan 14. Barangan isi rumah

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •

/

juru

Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 96

19 bisnes yang disebutkan tadi merupakan produk berbentuk umum. Skopnya amat luas tetapi masih lagi membawa keuntungan jika produk anda tidak terkeluar dari senarai 19 jenis bisnes tersebut. Saya tekankan disini kepada anda. Ambil salah satu daripada 19 senarai bisnes yang saya berikan di atas. Jenis bisnes yang anda ambil mestilah anda mempunyai

kepakaran

terhadapnya.

Jangan

pula

anda

ambil

bisnes

pelancongan tetapi anda tidak tahu apa-apa tentang pelancongan. Saya

akan

membantu

anda

mengembangkan

produk

umum tersebut.

Sebenarnya saya pernah tunjukkannya kepada anda di Langkah 2 : Produk & Perkhidmatan, cara bagaimana mengembangkan jenis bisnes ini. Disini saya mengambil contoh peralatan komputer. Berikut adalah senarai produk khusus yang saya berikan kepada anda! Malah selepas ini anda boleh terus menggunakan produk ini. 1. Set komputer yang lengkap. Anda boleh menjadi ejen jualan set komputer yang lengkap dan canggih di internet. Caranya dengan menjadi orang tengah atau pihak ketiga. Sesiapa yang mahu membeli set komputer, boleh membelinya kepada anda. Anda tidak perlu menyimpan stok. Anda adalah pihak ketiga, jadi segala pemasangan set komputer di lakukan oleh pihak kedua iaitu pemilik kedai komputer (panel anda). Setelah siap, anda hanya perlu menghantar kepada pembeli sahaja! 2. Perisian komputer Anda juga boleh menjual perisian komputer dengan syarat anda mempunyai lesen untuk menjual perisian tersebut. Lesen boleh diperolehi dari pemilik

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 97

asal atau pengeluar lesen perisian sebagai tanda syarikat perisian memberikan kebenaran untuk anda menjualnya secara online. 3. Perkakasan komputer (RAM, monitor, keyboard, mouse, pen drive dan sebagainya. Anda tentu memiliki perkakasan komputer yang lama tetapi masih boleh digunakan

lagi.

Apa

kata

anda

menjualnya

di

eBay.com.my

atau

Lelong.com.my! Tawarkan dengan harga permulaan Rm10.00. Apabila pembida membida barangan tersebut, harga akan meningkat sedikit demi sedikit.

Tidak mustahil harga terakhir yang anda perolehi melebihi harga

semasa barangan tersebut! 4. Baikpulih komputer. Jika anda mempuyai kepakaran membaiki komputer, tawarkan perkhidmatan anda dengan mengiklankan di dalam laman web. Nyatakan apa kepakaran anda beserta sebut harga seperti memformat cakera keras, memasang windows baru, membaiki kerosakan papan litar dan sebagainya. 5. Kelas komputer online. Anda mungkin pakar dalam sesetengah perisian. Contohnya anda pakar dalam perisian multimedia, animasi dan grafik. Anda boleh iklankan kelas online di laman web anda dengan tawaran harga dan pakej yang berpatutan. Setiap hari anda hanya perlu menghantar satu topik atau tutorial beserta klip video kepada pelajar anda. Semuanya boleh dilakukan hanya dari rumah! 6. Buku perisian. Jika tadi anda menjadi guru kelas online kepada pelanggan anda. Apa kata tutorial yang anda hantar itu, anda jilid dan bukukan. Kemudian, iklankan di laman web perniagaan anda. Juallah dengan harga yang berpatutan sesuai dengan kepakaran dan usaha anda membukukannya!

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 98

Itulah tadi 6 produk khusus yang boleh saya nyatakan kepada anda. Anda boleh menambahnya sebanyak yang mungkin. Saya syorkan kepada anda supaya menyenaraikan 20 jenis perniagaan yang anda mahukan bagi setiap 19 bidang perniagaan terhangat di pasaran! Pilih yang benar-benar anda mahir dan pakar. InsyaAllah, bisnes anda akan maju dan memberikan pulangan yang tinggi melebihi jangkaan anda!

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 99

Topik 2 : Rahsia Mahir Dalam Bisnes

M

emulakan perniagaan internet bukanlah sesuatu perkara yang boleh dianggap

mudah.

Ianya

memerlukan

usaha

yang

gigih

dan

berterusan serta tidak mudah mengalah. Untuk berjaya, anda mesti

berusaha dengan bersungguh-sungguh dan lakukan yang terbaik untuk diri anda. Tidak mungkin anda boleh menjadi kaya hanya dalam sekelip mata apabila menjalankan perniagaan internet. Jangan mudah terpengaruh dengan kisah kekayaan yang dicapai dalam masa sehari dan tidak diyakini kesahihannya. Irfan Khairi yang merupakan jutawan internet di Malaysia sendiri pun mengambil masa

hampir

3

tahun

untuk

mendapat

pendapatan

bersih

sebanyak

Rm1,000,000.00 (bagi satu jenis perniagaan yang dijalankannya). Anda boleh mendapat pendapatan sebanyak itu dalam masa yang singkat jika produk anda mendapat permintaan yang tinggi, produk anda tiada saingan, harga yang tinggi, produk yang berkualiti, perkhidmatan yang terbaik dan sebagainya! Tetapi, mampukah anda untuk melakukan segala-galanya sempurna (perfect)? Bagi diri anda yang masih baru terlibat di dalam dunia perniagaan internet ini diumpamakan seperti bayi. Perlu meniarap dahulu kemudian merangkak. Setelah mahir merangkak, bertatih pula. Dari bertatih, kemudian berjalan dan akhirnya sudah boleh berlari dengan laju! Menjalankan perniagaan internet bukan hanya semata-mata mahu mendapatkan keuntungan yang besar tetapi ia disertai dengan tanggungjawab, usaha, minat dan yakin pada diri sendiri.

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 100

Disini saya berikan kepada anda beberapa tips untuk anda mengendalikan perniagaan internet dengan baik dan sempurna. Cara ini adalah lebih selamat daripada anda melakukan perniagaan dengan tergopoh gapah! 1.

Pilih produk yang mendapat permintaan yang tinggi. Diawal eBook ini telah saya bincangkan bagaimana anda boleh mencari produk yang mendapat permintaan paling tinggi. Pilihlah bidang produk yang anda yakin boleh memasarkannya.

2.

Baca semua maklumat mengenai produk yang anda pilih. Sebelum memulakan perniagaan internet, pastikan anda mencari seberapa banyak maklumat berkaitan produk yang anda pilih. Mengenalpasti ciri-ciri, kualiti dan kemampuan produk tersebut sama ada mampu menarik perhatian pelanggan atau tidak.

3.

Tambahkan pengetahuan mengenai produk dan perniaagaan internet. Banyakkan

membaca

buku-buku,

menghadiri

seminar

usahawan,

perniagaan, kursus-kursus yang berkaitan dengan bidang perniagaan anda. Tetapi janganlah terlalu membazirkan wang. Anda boleh menghadiri kursus ini sedikit demi sedikit sebelum dan semasa anda sedang menjalankan perniagaan internet. 4.

Tambahkan pengetahuan mengenai pengurusan kewangan. Walaupun anda memulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan, jangan anda abaikan pengurusan kewangan perniagaan anda. Cara ini dapat mengenalpasti prestasi perniagaan anda dan merancang sesuatu dengan lebih baik dan memperbaiki kelemahan yang ada.

5.

Mulakan perniagaan secara sambilan. Adalah lebih baik jika anda memulakan perniagaan internet ini secara sambilan. Jangan sesekali anda berhenti bekerja. Bukankah lebih baik anda

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 101

mempunyai dua pendapatan sekaligus daripada satu pendapatan sahaja? Anda mempunyai masa 24 jam sehari Anda bekerja makan gaji cuma 8 jam sehari. Tidak ada salahnya jika anda mengambil lagi 2 - 3 jam untuk menjalankan perniagaan internet! 6.

Beli alat-alat yang perlu sahaja. Anda tidak memerlukan terlalu banyak peralatan untuk memulakan perniagaan internet. Apa yang anda perlukan ialah set komputer, talian intenet dan produk. Cukup mudah untuk memulakannya. Malah anda boleh memulakan segala-galanya dari bilik tidur anda!

7.

Gigih berusaha dan tidak mudah putus asa sehingga berjaya. Kekayaan tidak akan datang bergolek dan kejayaan tidak akan datang melayang. Segala apa yang anda inginkan perlulah disertai dengan usaha yang gigih. Berusahalah bersungguh-sungguh dalam mencapai matlamat yang diinginkan sehingga ianya tercapai. Jangan sesekali berputus asa. Seperti Albert Einsten, dia mencuba beribu-ribu kali bagi menghasilkan mentol yang kita gunakan pada hari ini.

8.

Pastikan anda tidak menghadapi masalah bekalan. Seboleh-bolehnya, anda tidak mempunyai masalah bekalan bagi produk yang anda jual. Ini bagi mengelakkan pelanggan tidak merungut dengan perkhidmatan yang diberikan. Adalah lebih baik anda menjual produk yang tidak memerlukan ruang besar untuk menyimpan stok yang banyak. Ingat, anda menjalankan perniagaan secara sambilan dan bukannya sepenuh masa!

9.

Jangan berikan produk yang tidak bermutu. Produk yang kurang bermutu dan berkualiti pastinya sukar menepati cita rasa pelanggan. Sekaligus perniagaan anda juga merosot walaupun

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 102

permintaan terhadap produk anda adalah tinggi. Jika anda membina produk sendiri, dapatkan testimoni dari rakan-rakan sebelum memasarkannya! 10. Iklankan perniagaan anda dengan berkesan. Bagi meningkatkan jualan, anda disarankan membuat banyak iklan bagi produk anda. Iklankan produk anda di tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai. Iklankan juga kepada golongan sasaran. Juga boleh mempromosikan secara individu kepada individu yang lain (bersua muka). Tetapi janganlah sampai tidak menghormati keadaan dan masa pelanggan! 11. Gunakan ayat-ayat yang hebat. Anda boleh menggunakan ayat-ayat dan perkataan-perkataan yang hebat seperti PERCUMA!, RAHSIA!, dan sebagainya. Jangan sesekali anda menggunakan perkataan yang susah dan sukar seperti ayat-ayat bombastik dan futuristik. 12. Hantar pesanan tepat pada masanya. Jangan memandang remeh soal penghantaran produk. Sebaiknya selepas anda menerima pesanan dan telah mengesahkan pembayaran, terus sahaja menghantar produk yang dipesan kepada pelanggan. Jika tidak, pelanggan akan ternanti-nanti produk yang mereka pesan. Jangan sampai mereka kata anda cuba untuk menipu mereka! 13. Gunakan percetakan yang bermutu (bagi eBook, perisian). Jika anda menjual produk seperti eBook, buku, perisian dan sebagainya yang melibatkan percetakkan, gunakanlah alat percetakkan yang bermutu. Jagalah kualiti produk yang anda hasilkan. Sebagaimana di kilang, pengeluaran barangan dijaga oleh Quality Control (QC), anda juga sepatutnya boleh!

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 103

14. Beri hadiah tidak dijangka. Berikan hadiah yang tidak dijangka oleh pelanggan. Tidak semestinya anda perlu memberikan hadiah yang mahal. Cukuplah dengan memberikan hadiah yang ringkas dan murah kerana cara ini membuatkan mereka lebih menghargai dan mempercayai anda. 15. Tawarkan produk kedua selepas pembelian pertama (backend). Anda patut melakukan cara ini. Menawarkan produk sampingan kepada pelanggan mempu meningkatkan jualan anda sehinga dua kali ganda. Malah ia juga dianggap perkhidmatan yang wajib diberikan selepas pembelian produk pertama. 16. Segera membalas email pelanggan. Jangan melengah-lengahkan masa untuk membalas email pelanggan. Seperti mana anda, pelanggan juga mahu sesuatu maklumat itu diberikan dengan cepat. pelanggan tentu ternanti-nanti balasan email dari anda untuk mendapatkan jawapan yang diharapkan. Sebaiknya, balaslah email dalam masa 24 jam. 17. Maklumkan jika terdapat masalah bekalan. Jika stok anda habis, segera maklumkan kepada pelanggan anda melalui email ataupun telefon. Anda disarankan supaya menggunakan telefon kerana ia lebih cepat dan boleh berinteraksi secara terus dengan pelanggan dalam menerangkan hal yang sebenarnya bagi mengelak rasa tidak puas hati pelanggan. 18. Rekod perniagaan anda. Catatkan segala rekod perbelanjaan dan pendapatan yang anda lakukan. Sekurang-kurangnya

sediakan

Penyata

Aliran

Tunai.

Ia

mampu

memberikan gambaran sebenar kedudukan semasa perniagaan anda. Juga boleh dijadikan sebagai bukti kepada pendapatan bulanan anda kelak.

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 104

19. Jangan sesekali menipu pelanggan. Elakkan daripada menipu pelanggan di dalam perniagaan internet. Ini boleh menyebabkan anda kehilangan pelanggan selama-lamanya dan tiada kredibiliti. Malah tidak mustahil anda tidak akan berjaya membina perniagaan internet di masa akan datang walaupun berpuluh-puluh kali anda cuba. Sebaiknya, amalkan sikap yang positif dan menjaga kepentingan pelanggan.

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 105

Topik 3 : 7 Tips Tawan Hati Pelanggan

P

elanggan adalah raja. Tentu anda pernah mendengar istilah “Customer is always right” yang bermaksud “Pelanggan adalah sentiasa benar” di dalam

bahasa

Malaysia.

Walaupun

kadang-kadang

istilah

ini

adakalanya tidak sesuai kerana ada juga pelanggan yang bersikap kasar, tetapi bagi memastikan perniagaan anda berjalan dengan baik, anda patut membiarkan pelanggan menang. Sungguhpun begitu, ada masih mempunyai hak di antara pelanggan. Contohnya anda boleh menetapkan syarat-syarat jual beli. Cara ini membolehkan anda mengambil tindakan sekiranya berlaku pelanggaran syarat yang telah ditetapkan. Satu perkara yang patut anda tahu ialah “Pelanggan itu bukan pembeli tetapi

pembeli itu adalah pelanggan”. Maksudya setiap pelawat yang mengunjungi laman web anda merupakan pelanggan anda tetapi belum tentu mereka membeli produk anda. Manakala mereka yang membeli adalah pembeli dan juga pelanggan. Jadi, mana satukah jenis pelanggan yang paling penting untuk anda jaga dan hargai dengan sebaiknya? Sudah tentulah kedua-duanya, tetapi yang paling utama ialah pelanggan lama anda. Bukan senang untuk anda memperoleh pelanggan yang baru. Adalah lebih mudah anda menawarkan produk yang baru kepada pelanggan lama berbanding pelanggan baru. Di bawah ini saya berikan anda rahsia bagaimana mahu menawan hati pelanggan. Rahsia tersebut ialah : a) Beri hadiah PERCUMA! b) Bina hubungan dengan pelanggan.

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 106

c) Ucapkan terima kasih. d) Tambahkan kualiti produk & perkhidmatan. e) Beri baucer atau kupon diskaun. f) Mudahkan proses pembelian. g) Beri hadiah tidak dijangka. 1. Beri hadiah PERCUMA! Anda boleh berikan hadiah PERCUMA! kepada pengunjung laman web anda seperti memberikan eBook atau eZine, sample produk, CD dan sebagainya mengikut kemampuan anda. 2. Bina hubungan dengan pelanggan Bagaimana membina hubungan dengan pelanggan? Ikutlah nasihat saya ini. Sekarang anda mempunyai rekod pelanggan yang telah membeli produk daripada anda. Anda boleh berikan tips-tips percuma, infomasi ringkas terkini pada setiap minggu atau bulan. Pelanggan anda tentu akan berasa bahawa anda mengingati dirinya dan dihargai. Mereka juga berasa gembira kerana mendapat tips-tips yang dapat membantu mereka dalam bidang yang diceburi. 3. Ucapkan terima kasih Setiap

kali

pelanggan

selesai

membeli

produk

anda,

jangan

lupa

mengucapkan sedikit penghargaan dan terima kasih diatas pembelian produk anda. Selain itu, kirimkan kad ucapan terima kasih bersama produk yang di pesan kepada pelanggan. 4. Tambahkan kualiti produk atau perkhidmatan Sesuatu produk yang yang dijual, pasti akan wujud produk yang baru dan lebih hebat daripada produk lama. Jadi anda boleh menambahkan kualiti

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 107

pada produk anda. Contoh jika anda menjual eBook, anda boleh mengemaskini kandungan serta isinya. Anda boleh menjualnya kepada pelanggan lama dengan harga istimewa dan harga biasa kepada pelanggan baru. Anda juga digalakkan meningkatkan mutu perkhidmatan. Jika sebelum ini anda memberikan tips kepada pelanggan setiap bulan, apa kata anda berikan tips setiap minggu. 5. Beri baucer atau kupon diskaun Di dalam perniagaan internet. Baucer atau kupon diskaun ini seperti perkara yang wajib diberikan kepada pelanggan. Jadi, anda juga patut memberikan diskaun yang berpatutan kepada pelanggan. Jangan sampai anda kerugian sudahlah! 6. Mudahkan proses pembelian Proses pembelian yang rumit hanya akan menyusahkan pelanggan. Akhirnya pelanggan berpotensi ini tidak jadi membelinya. Proses pembelian yang paling mudah adalah dengan menggunakan kad kredit dan e-banking. Gunakan kedua-dua kaedah pembayaran ini. Anda juga wajib menerangkan langkah-langkah pembayaran yang dilakukan. Walaupun pelanggan sedia maklum berkenaan prosesnya, tetapi dengan penerangan yang anda berikan menambahkan keyakinan mereka untuk membayar harga produk anda! 7. Beri hadiah tidak terjangka Hadiah tidak terjangka adalah seperti produk yang dipesan dihantar bersama hadiah-hadiah lain dan kemudian disertakan hadiah istimewa yang pelanggan sendiri tidak tahu akan menerima hadiah tesebut.

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 108

Contohnya adalah seperti produk yang anda jual ialah eBook + Software percuma + Kupon diskaun. Anda boleh menambah 10 eBook percuma ataupun anda berikan kursus pembelajaran online mengenai produk yang anda jual secara percuma selama 10 hari. Semuanya bergantung kepada kreativiti anda! Saya telah mendedahkan rahsia bagaimana menawan hati pelanggan. Dengan 7 rahsia tadi, saya yakin anda akan dapat mengekalkan pelanggan dalam jangka masa yang panjang. Saya ingin menceriatakan satu kisah yang menarik berlaku kepada diri saya sewaktu membeli kad prabayar di sebuah kedai milik peniaga Cina. Peniaga Cina itu menyambut saya dengan senyuman dan bertanyakan kepada saya apa yang saya mahukan. Kemudian, setelah saya memperoleh kad prabayar tersebut, dia memberikan saya sebatang pen. Saya terkejut lalu bertanya kepadanya, “dapat pen percuma ke?”. Dia tersenyum dan menjawab “ya”. Pada masa itu, hati saya berasa gembira dan seronok. Walaupun pen itu adalah pen biasa tetapi seronok kerana dilayan dengan baik. Tidak seperti sesetengah kedai yang menjual kad prabayar, ada caj sebanyak RM0.50 dikenakan walaupun dengan membeli kad prabayar dan bukannya secara sms (Jangan marah ya). ☺ Jadi, pilihan di tangan anda. Jika anda mahu mengekalkan perniagaan anda dalam jangka masa yang panjang, tawanlah hati pelanggan. Tetapi jika anda hanya sekadar mahu menjual dan mendapat untung, pasti anda akan rugi kelak.

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 109

Topik 4 : Rahsia Menerima Pesanan

S

ebaik sahaja anda memulakan perniagaan internet, anda menerima banyak tempahan, tentu anda akan berasa gembira dan seronok. Dalam hati anda berkata-kata, “selepas ini lagi banyaklah tempahan yang aku

terima…!”. Hentikan berfikiran begitu. Jangan sangka anda sudah berjaya dengan tempahan yang begitu banyak. Pada masa hadapan, Belum tentu anda menerima banyak tempahan seperti pada masa mula-mula anda menjual produk. Malah, tidak mustahil jumlah jualan anda akan merosot secara mendadak. Jangan risau, saya ada cara bagaimana untuk mengekalkan jumlah pelanggan sekurang-kurangnya 80% daripada yang asal lagar tidak merosot terlalu banyak.

Anda boleh mengekalkannya sewaktu proses penghantaran kepada pelanggan dilakukan. Caranya adalah seperti dibawah ini : 1. Sediakan produk anda dengan sebaiknya. Sebaik sahaja anda menerima produk, buat salinan (eBook) atau sediakan produk anda dengan sebaiknya. Pastikan produk anda tidak mengalami kerosakan atau terjejas kualitinya. 2. Kad ucapan tarima kasih. Sertakan kad ucapan terima kasih kepada pelanggan diatas pembelian produk yang dibelinya. Sertakan juga kata-kata yang manis dan bermotivasi. Cukuplah sekadar kad yang ringkas dan teks yang tidak berjela-jela. Jangan pula anda tulis seperti menulis surat! ☺

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 110

3. Sertakan tawaran produk yang lain. Jika anda mempunyai produk lain, anda digalakkan menyertakan maklumat produk anda (surat jualan bersama borang tempahan) kepada pelanggan. Namun begitu, produk yang anda tawarkan mestilah sesuai dengan perniagaan anda. Contohnya, jika anda menjual ubat langsing, produk sampingan yang boleh anda jual ialah seperti eBook mengenai senaman, tips diet pemakanan yang sihat dan sebagainya. 4. Tawarkan baucer atau kupon hadiah. Jangan lupa tawarkan baucer atau kupon hadiah kepada pelanggan. Pelanggan boleh menggunakan kupon ini untuk membeli produk terbaru anda dengan harga istimewa berbanding harga yang ditawarkan kepada pelanggan baru. Kupon tersebut juga boleh digunakan untuk menghadiri kursus-kurus yang anda jalankan dengan harga potongan yang hebat! 5. Hantar produk dengan kualiti terbaik Setelah selesai melakukan 4 perkara diatas, maka kini anda boleh mengepos produk tersebut kepada pelanggan. Poskan dengan keadaan yang baik dan selamat. Anda juga hendaklah memaklumkan kepada pelanggan bahawa anda telah menghantar produk tersebut. Sertakan maklumat penghantaran seperti kod atau barkod yang membolehkan pelanggan menyemak secara online. Lakukanlah kesemua langkah-langkah yang disebutkan diatas tadi. Anda hendaklah seboleh-bolehnya menyediakan produk tersebut dalam masa 1 hari dan menghantarkannya pada hari yang sama. Sekiranya anda menerima tempahan yang begitu banyak, lakukannya sedikit demi sedikit mengikut langkah yang telah ditunjukkan. Contohnya, jika anda menerima 100 tempahan sehari, anda boleh menyediakan produk tersebut dalam masa 1 hari dan mengeposkannya pada keesokkan hari.

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 111

Topik 5 : Optimumkan Bajet Anda

D

alam

memulakan

sesebuah

perniagaan

internet,

pasti

anda

mempunyai bajet tersendiri. Sama ada besar atau kecil bajet tersebut tetapi jka ia digunakan dengan sebaiknya dan dengan cara yang

efektif, pulangannya tetap berganda! Bagi anda yang baru menceburi bidang ini, bajet yang ditetapkan sekurangkuranganya RM500.00 dan maksimum adalah RM1,000.00. Bagaimana anda mahu mengoptimumkan keseluruhan bajet yang anda bagi menghasilkan pulangan yang lumayan? Baiklah, dengan andaian anda mempunyai sebuah komputer sendiri di rumah dan produk yang anda mahu hasilkan ialah eBook. Produk tersebut telah siap dan tinggal masa untuk di pasarkan. Anda mengambil keputusan untuk memasarkannya di internet dan menjualkannnya dengan harga Rm50.00 setiap satu. Di

bawah

ini

saya

telah

membuat

jadual

bagaimana

anda

boleh

mengoptimumkan 2 bajet yang berbeza untuk rujukan dan panduan anda : Bajet Anda Rm500.00

Bajt Anda Rm1,000.00

Nama Domain

Rm35.00

Nama Domain

Rm35.00

Tapak Laman (50Mb)

Rm45.00

Tapak Laman (50Mb)

Rm45.00

Laman Web (Upah)

Rm200.00

Laman Web (Upah)

Rm200.00

Iklan (1) - awal

Rm200.00

Iklan (3) - awal

Rm600.00

JUMLAH

Rm480.00

JUMLAH

Rm880.00

Baki

Rm120.00

Baki

Rm20.00

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 112

Jadual diatas menunjukkan anda telah mengambil inisiatif untuk mengiklankan dan mempromosikan eBook anda dengan harga setiap satu iklan ialah RM200.00. Anggap setiap iklan itu menarik minat 500 orang. Kadar pengubah (conversion rate) adalah sebanyak 1% bagi setiap 100 orang iaitu 1 : 100. Lihat pula jadual dibawah yang melibatkan jualan antara dua bajet diatas. Rm500.00 - baki Rm20.00 Bulan

Iklan

Jumlah pelawat

Jumlah Jualan (Rm)

Baki (Rm)

1

1

500

250.00

270.00

2

1

500

250.00

320.00

3

1

500

250.00

370.00

4

1

500

250.00

420.00

5

2

1000

500.00

520.00

6

2

1000

500.00

620.00

Rm1,000.00 - baki Rm120.00 Bulan

Iklan

Jumlah pelawat

Jumlah Jualan (Rm)

Baki (Rm)

1

3

1500

750.00

870.00

2

4

2000

1,000.00

1,070.00

3

5

2500

1,250.00

1,320.00

4

6

3000

1,500.00

1,620.00

5

8

4000

2,000.00

2,020.00

6

10

5000

2,500.00

2,520.00

Kedua-dua jadual diatas menunjukkan jumlah iklan yang sama dengan setiap satunya menarik perhatian 500 orang dan sebanyak 1% iaitu 5 orang akan membeli produk tersebut. Dapat dilihat disini bahawa dengan modal yang besar, anda dapat mengaut keuntungan yang besar juga. Tetapi iklan yang ada diatas merupakan iklan yang berbayar tidak termasuk iklan percuma yang boleh anda sertai. Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 113

Jika anda dapat perhatikan, ada 3 perkara yang perlu anda berikan tumpuan sepenuhnya semasa memilih iklan berbayar terutamanya. 3 perkara tersebut ialah : 1.

Jumlah pelawat Sebelum anda memilih mana-mana agensi pengiklanan secara online ataupun offline, pastikan kaedah pengiklanan manakah yang mempunyai ramai pelawat. Semakin ramai pelawat dalam sesebuah iklan itu, semakin ramailah pelanggan anda.

2.

Kadar pengubah (conversion rate) Setelah mengenalpasti jumlah pelawat, anda juga harus memastikan kadar pengubah yang tinggi dalam sesebuah iklan. Kadar pengubah inilah yang akan menentukan jumlah jualan anda kelak.

3.

Kos iklan Sekiranya kedua-dua perkara diatas telah anda lakukan sedikit analisis dan kajian, kini anda menentukan pula kos pengiklanan yang sesuai. Ingat, anda mempunyai bajet yang terhad, jadi anda perlu mengoptimumkan bajet yang sedia ada dan memastikan kos tidak melebihi bajet.

Iklan anda mestilah mampu menarik ramai pelawat dan pembaca. Rujuk topik Lagkah 5 : Iklan dan Promosi. Cuba lihat contoh kajian dan analisis bagi 4 iklan yang dipilih (contoh sahaja) dengan harga produk Rm50.00 setiap satu. A

B

C

D

Jumlah Pelawat

500

1000

1200

1400

Kadar Pengubah

2%

1%

1.5%

1.5%

Kos Iklan (Rm)

200.00

200.00

300.00

500.00

Jualan (Rm)

500.00

500.00

900.00

1,050.00

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 114

Jika anda melihat sekali imbas Iklan A mempunyai kadar pengubah yang tinggi dan Iklan D mempunyai jumlah pelawat yang tinggi. Kedua-duanya mampu memberi pulangan yang hebat! Walaubagaimanapun, saya mempunyai cara bagaimana untuk memberikan pulangan yang lebih hebat! Sekarang dengan andaian anda bermulakan modal sebanyak Rm500.00 seperti jadual diawal tadi. Lihat apa yang boleh anda lakukan. Rm500.00 - baki Rm20.00 Bulan

Iklan

Jum. Pelawat

Jum. Jualan (Rm)

Baki (Rm)

1

1 x Rm200 (A)

500

500.00

520.00

1 x Rm200 (B)

1000

500.00

1 x Rm300 (C)

1200

900.00

1 x Rm200 (B)

1000

500.00

4 x Rm300 (C)

4800

3,600.00

1 x Rm200 (B)

1000

500.00

13 x Rm300 (C)

15,600

11,700.00

1 x Rm200 (B)

1000

500.00

40 x Rm300 (C)

48,000

36,000.00

1 x Rm200 (B)

1000

500.00

121 Rm300 (C)

145,200

108,900.00

2 3 4 5 6

1,420.00 4,120.00 12,220.00 36,520.00 109,420.00

Cuba anda lihat, dengan hanya bermodalkan Rm500 bagi memulakan perniagaan internet, dalam tempoh 6 bulan sahaja anda mendapat pulangan Rm109,420.00! hampir 21800% keuntungan diperolehi! Jadual diatas merupakan kaedah mempelbagaikan iklan yang menguntungkan dan terbaik. Kesemua keuntungan dilaburkan semula ke dalam iklan bagi menarik lebih ramai lagi pelawat dan meningkatkan jualan bulanan!

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 115

Topik 6 : Bisnes Tanpa Produk

T

anpa perlu mempunyai produk sendiri, anda masih boleh membina perniagaan internet. Malah, ianya lebih mudah dan menguntungkan! Anda tidak perlu berfikir lagi selepas ini mengenai apa yang hendak di

pasarkan di internet. Saya akan berikan kepada anda bagaimana caranya. Ada 2 model produk yang berpotensi untuk anda pasarkan di internet tanpa perlu memiliki produk iaitu : 1.

Program Afíliate Sebelum ini saya telah menjelaskan apa yang dikatakan program affiliate iaitu melantik beberapa ejen untuk mengedarkan produk milik laman web tersebut.

Contoh laman

web

yang

menyediakan

affiliate

seperti

www.dapatwang.com, www.tsunamiwang.com dan sebagainya. Jadi, anda boleh sertai program affiliate ini dan menjadi ejen kepada produk tersebut. Tiada bayaran pendaftaran yang dikenakan kepada anda. Ianya PERCUMA! Apa yang anda akan perolehi nanti adalah komisyen atas jualan yang anda lakukan. Sebelum menyertai program affiliate ini, anda harus berhati-hati. Terdapat beberapa program affiliate yang cuba menipu ejen dengan tidak memberikan komisyen sebagaimana yang dijanjikan. Oleh itu, perkara utama yang perlu anda ambik kira ialah sebelum mengambil keputusan untuk menyertai program affiliate ialah :

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 116

a. Rekod yang baik. Pastikan anda membaca komen-komen di laman blog pemilik produk tersebut. Baca juga testimoni orang ramai terhadap produk yang di pasarkan. Ikutlah perkembangan semasa laman web tersebut. Anda juga boleh terus bertanya sendiri kepada ejen-ejen produk tersebut untuk mengetahui pemilik produk menjalankan tanggungjawabnya terhadap ejen atau tidak. b. Memberikan anda link yang betul. Setelah anda mendaftar sebagai program affiliate, pemilik program affiliate akan memberikan anda satu link yang mengandungi nombor ejen anda atau nama anda sendiri. Pastikan anda mencuba link tersebut dan menyemak rekod di akaun affiliate anda. c. Menyediakan akaun affiliate untuk anda. Adanya akaun affiliate ini membolehkan anda menyemak jumlah klik yang di klik oleh pelawat dan juga jumlah jualan yang telah anda lakukan. Anda juga boleh menyemak jumlah komisyen yang akan anda terima nanti. d. Memberikan anda bayaran mengikut apa yang telah dijanjikan. Pastikan pemilik program affiliate memberikan bayaran komisyen mengikut apa yang telah dijanjikan. Jika tidak, hubungi segera pemilik tersebut dan menuntut bayaran serta meminta penjelasan yang sewajarnya. e. Menyediakan laman web untuk promosi. Sesetengah pemilik program affiliate tidak menyediakan laman web untuk anda. Jadi anda mungkin bermasalah atau tidak mempunyai modal untuk membina laman web. Sebaik-baiknya carilah program

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 117

affiliate yang menyediakan laman web untuk ejennya, melainkan jika anda mahu membina laman web sendiri. f. Memberikan anda banner atau iklan teks yang mengandungi link milik anda. Pemilik program affiliate wajib memberikan anda iklan-iklan banner dan teks supaya anda boleh menggunakannya untuk tujuan promosi di laman web iklan, forum, laman web anda dan sebagainya. Saya menggalakkan anda supaya menyertai program affiliate seperti ini. Ianya cukup mudah dan anda dapat menjalankan perniagaan internet dalam masa yang singkat iaitu dalam masa satu hari sahaja! Malah jika anda rajin membuat promosi link anda (tanpa melakukan spam), pulangan yang akan anda terima pasti nampak hasilnya! Saya sendiri menyertai program affiliate. Apa yang penting dalam program affiliate ini ialah promosi, promosi dan promosi. Tanpa melakukan promosi, anda tidak dapat melakukan jualan langsung. Ingat, promosikan link anda! 2.

Program pemasaran berangkai atau Multi Level Marketing Pernahkah anda menyertai program Multi Level Marketing seperti Jozaco, Sureco, Amway, Zhulian dan sebagainya? Tentu banyak produk-produk menarik yang pernah anda pasarkan kepada kawan-kawan sepejabat, jiran tetangga dan saudara anda sendiri. Berdasarkan pengalaman anda sewaktu mempromosikan produk, tentu terdapat produk yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Jadi, gunakan kesempatan yang ada ini untuk pasarkan secara online. Secara tidak langsung anda memasarkannya ke seluruh dunia!

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 118

Mula-mula anda ambil katalog yang mengandungi gambar dan maklumat produk tersebut. Imbaskan gambar produk ke dalam komputer. Lakukan sedikit pengeditan menggunakan perisian Adobe Photoshop dan jadikan gambar tersebut menarik. Kemudian, anda mula membina laman web sendiri. Ingat! Anda hanya perlu membina laman web mini sahaja kerana anda cuma memasarkan satu produk yang pernah mendapat sambutan yang hebat! Bina laman web mini anda sebagaimana yang saya nyatakan di dalam Langkah 3. Anda perlu nyatakan faedah mengapa pelawat perlu memiliki produk tersebut. Seboleh-bolehnya berikan semua maklumat yang dikehendaki oleh pelanggan. Daftarkan nama domain dan tapak pelayan (hosting) untuk memuat naik laman web anda. Kini anda sudah pun memiliki perniagaan internet anda sendiri! Sungguh mudah! ☺. Apabila anda mendapat pesanan, anda hanya perlu mengambil stok dari francais yang berdekatan dengan anda atau anda boleh juga menyimpan sedikit stok di awal perniagaan anda. Cara yang terbaik ialah cuba berbincang dengan syarikat MLM anda untuk menguruskan perkhidmatan penghantaran. Ini bermakna, anda hanya perlu menguruskan pesanan yang diterima dari pelanggan. Kemudian anda menghubungi syarikat MLM untuk menghantar produk tersebut kepada pelanggan anda dengan memberikan butir-butir pesanan. Segala kos penghantaran adalah di tanggung oleh anda. Jadi, pastikan harga produk yang anda tawarkan adalah termasuk caj perkhidmatan

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 119

penghantaran. Anda mungkin akan menerima termpahan dari luar negara sekiranya produk tersebut adalah produk tempatan! Perniagaan anda kini sudah masuk ke peringkat global! Begitulah 2 model produk yang mampu memberikan pulangan yang lumayan kepada anda. Memiliki perniagaan sendiri merupakan impian bagi setiap orang tetapi tidak ramai yang mampu merealisasikan impian tersebut. Kini dengan cara yang

paling

mudah,

hanya

dengan

perniagaan

internet,

anda

melakukannya!

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •

dapat

Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 120

BAHAGIAN #4 Penutup

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 121

Topik 1 : Cari Rezeki atau Kekayaan?

S

ejak akhir-akhir ini, perniagaan internet hampir di pandang serong. Ada sesetengah eBook yang dijual tidak bermutu dan berkualiti. Ada juga eBook yang dijual tidak memenuhi kehendak pelanggan, berbeza

sebagaimana yang diwar-warkan oleh penjual di laman web. Tidak kurang juga yang cuba mengambil kesempatan dengan menjual eBook orang lain tanpa kebenaran (cetak rompak). Ada juga yang menjual eBook sendiri tetapi melanggar peraturan-peraturan pemasaran di internet seperti menghantar SPAM, SCAM dan sebagainya. Ini semua menyebabkan imej perniagaan internet tergugat dan menjadikan pelanggan tidak mahu terlibat dalam urus niaga secara online. Sekiranya anda mahu mencari rezeki dengan jalan yang benar, buatlah perniagaan anda sejujur-jujurnya. Curahkanlah segala ilmu yang ada ke dalam eBook yang anda tulis. Kekayaan akan menghampiri anda dengan sendirinya nanti! Amat malang jika anda hanya memikirkan harta dan kekayaan semata-mata, saya pasti ia akan pergi lebih jauh lagi dari anda. Malah mungkin meninggalkan anda untuk selama-lamanya. Pelanggan juga tidak mempercayai anda lagi. Kekayaan tidak akan datang tanpa usaha yang berterusan. Begitu juga semasa anda menjalankan perniagaan internet. Walaupun ianya mudah untuk diuruskan tetapi jangan sesekali memberikan eBook yang tidak berguna dan maklumat yang salah. Juga jangan terlalu mengikutkan nafsu dan sifat tamak semata-mata. Perniagaan internet yang berkaitan dengan eBook adalah bagi mereka yang ingin berkongsi pengalaman, pengetahuan dan memberikan perkhidmatan

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 122

kepada orang lain. Bukan untuk mereka yang hanya semata-mata memikirkan keuntungan. Sesebuah perniagaan internet tidak akan mendapat keuntungan dalam masa yang singkat. Jangan percaya jika ada sesiapa yang menawarkan keuntungan atau pulangan dalam masa yang singkat. Jauhilah mereka. Berdasarkan kajian, perniagaan internet ini akan membuat seseorang menjadi kaya-raya hanya selepas 3 tahun jika dijalankan dengan jujur, berterusan dan baik. Kesimpulannya, bagi anda yang mahu memulakan perniagaan internet, jangan hanya memikirkan keuntungan semata-mata. Perniagaan internet bukanlah skim cepat kaya tetapi ia sebuah perniagaan yang sama dengan perniagaan yang lain. Niatkan di dalam hati anda untuk mencari rezeki dengan cara yang benar dan betul! Biarlah rezeki itu halal!

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 123

Topik 2 : Mulakan Langkah Anda

A

nda sudah mempunyai ilmu yang cukup berharga untuk dipraktikkan. Amat sayang sekali jika anda masih ragu-ragu untuk memulakan perniagaan internet. Rata-rata rakyat di Malaysia masih kurang

berkecimpung di dalam dunia perniagaan, apatah lagi perniagaan internet. Apabila diajak berniaga, pelbagai alasan diberikan. Apa yang ditakutkan adalah rosiko kerugian. Jika ini berlarutan, akhirnya golongan “penakut” ini tidak akan kemana-mana. Apabila orang lain sudah berjaya dan maju, golongan ini masih tidak berubah. Alasan yang diberikan, “Sudah nasib saya begini” atau “Dia berjaya sebab bernasib baik”. Mujur anda adalah dari golongan yang berani berdepan dengan risiko! Anda berani melakukannya kerana mempunyai semangat dan azam yang tinggi! Nasib seseorang tidak terletak pada takdir semata-mata. Kita boleh mengubah nasib dengan cara berusaha dan bersungguh-sungguh. Sekali gagal adalah perkara normal bagi di kalangan peniaga yang baru bertatih. Pengalaman kegagalan merupakan pendidikan dan pengajaran yang amat berharga dan menjadi panduan dalam meneruskan perniagaan anda. Kita banyak mendengar kisah-kisah kejayaan dan kisah-kisah jutawan yang bermula dengan modal yang kecil dan kemudian gagal. Mereka berusaha untuk bangun lagi tetapi kemudiannya gagal. Mereka bangun lagi, dan gagal sekali lagi. Akhir sekali mereka berusaha dengan pengalaman kegagalan yang dijadikan iktibar dan panduan perniagaan yang betul. Akhirnya mereka berjaya mencapai impian ke arah kebebasan kewangan!

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 124

Anda sebagai rakyat Malaysia adalah amat beruntung sekali kerana penglibatan rakyat Malaysia di dalam perniagaan internet masih lagi kurang. Hanya 20% sahaja daripada urusniaga di internet di Malaysia dijalankan oleh peniagapeniaga kecil dan syarikat. Jadi, inilah peluang anda untuk menjadi salah seorang daripada peniaga kecil itu. Cukuplah jika anda dapat menguasai 1% daripada urusniaga internet di Malaysia. Sekurang-kurangnya anda memiliki perniagaan yang memberikan pulangan lumayan setiap bulan hanya berkerja 2 - 3 jam sehari! Apa yang penting sekarang ini, tanamkan azam yang kuat dan mendalam. Tekadkan hati dan bulatkan fikiran anda untuk membina perniagaan internet sendiri. Tetapkan matlamat dan impian yang munasabah untuk dicapai. Lakukannya secara sambilan. Jika anda mempunyai pekerjaan tetap, jangan sesekali cuba berfikir untuk berhenti. Bukankah lebih baik anda mempunyai dua pendapatan dalam masa sebulan? Setiap langkah yang anda aturkan hari ini, merupakan penentu kekayaan anda masa depan. Catatlah apa yang ingin anda lakukan esok dan lakukannya! Jika ada perkara yang tidak selesai, bawakan keesokkan harinya dan selesaikannya terlebih dahulu. Begitulah seterusnya. Semoga ada berjaya. Teruskan Usaha Anda !

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •

Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 125

Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang, mencetak atau menggunakan mana-mana bahagian eBook ini dalam apa jua bentuk sama ada elektronik, fotokopi, rakaman atau apa jua cara yang boleh di ambil tindakan tanpa keizinan daripada pihak pengarang dan penerbit. eBook ini mengandungi Hak Jual Semula!

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF