PANDUAN MEMIKAT
AHMAD FIKRI Hakcipta Terpelihara © 2011 Panduanmemikat.com Versi 1.0 Kemaskini Terakhir Pada JUN, 2011 Hakcipta Terpelihara. Tiada bahagian di dalam buku ini boleh di hasil semula, disimpan di dalam simpanan awam, atau disebarkan melalui apa-apa cara sekalipun sama ada elektronik, mekanikal atau sebaliknya tanpa kebenaran penulis. Untuk menghubungi penulis, sila ke http://www.panduanmemikat.com. Anda tidak boleh mengedarkan buku ini secara percuma atau sebagai bonus E-Book. Penulis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika terbukti anda tidak mempunyai hak untuk menjual dan mengedar semula.
1|PANDUAN MEMIKAT
PANDUAN MEMIKAT
PANDUAN MEMIKAT TEKNIK MENINGKATKAN KEJAYAAN MEMIKAT ANDA SEHINGGA 99%
2|PANDUAN MEMIKAT
PANDUAN MEMIKAT
ISI KANDUNGAN Siapakah Saya & Disclaimer Pengenalan
Bahagian 1 – Memahami bagaimana seseorang jatuh cinta 1.1 Kenapa kita jatuh cinta 1.2 Kenapa cara sebelum ini gagal membuatkan dia jatuh cinta 1.3 Proses manusia Jatuh cinta 1.4 Bagaimana orang memilih pasangan untuk jatuh cinta 1.5 Mengapa sebelum ini anda gagal berjumpa cinta anda
Bahagian 2 – Persiapkan diri anda dahulu 2.1 Bagaimana paras rupa yang menarik 2.2 Skalakan wajah anda dengannya 2.3 Semak penampilan anda 2.4 Semak bahasa badan anda 2.5 Memiliki Mindset yang TIDAK AKAN GAGAL
Bahagian 3 - Buatkan dia tertarik 3.1 Bagaimana memberikan pandangan pertama yang hebat 3.2 Teknik-teknik pandangan Mata -Kuasa renungan -Mata seksi -Pandangan yang membangunkan perasaan meresahkan dan perasaan seksi dalam dirinya -Pelayaran mata
Bahagian 4 – Langkah memikat 4.1 Langkah memikat bagi lelaki 4.2 Langkah memikat bagi perempuan 4.3 Bahasa badan untuk memiliki cinta 4.4 Perhatikan gerakan badannya 4.5 Membina Kuasa Tarikan 4.6 Mengapa Lelaki nakal selalu mendapat perempuan cantik.
Bahagian 5 - Cara komunikasi ke arah percintaan 5.1 Imbas semua perkataan dari bibirnya 5.2 Ayat yang merapatkan keintiman 5.3 Buatkan hidup anda sesuai dengan cara hidup sidia 5.4 Topik yang pasti memikat 5.5 Topik paling mudah mencipta hubungan perasaan (emotionally connected) 5.6 Teknik ‘Bocor Rahsia Sendiri’
3|PANDUAN MEMIKAT
PANDUAN MEMIKAT
Bahagian 6 – Temujanji pertama adalah penting 6.1 Anda perlu ada Ini sebelum mengajaknya bertemujanji 6.2 Menjual mahal, perlu atau tidak 6.3 Pertemuan pertama yang pasti jatuh cinta 6.4 Bagaimana menanam persamaan 6.5 Lokasi dating yang menaikkan mood 6.6 Restoran pertama anda 6.7 Pakaian 6.8 Bagaimana mahu membuatkan dia gilakan anda selepas temujanji
Bahagian 7 – Persamaan 7.1 Masakan pipit dan enggang boleh terbang bersama-sama 7.2 Persamaan dan perbezaan semasa berusaha memiliki hatinya 7.3 Tetapi perbezaan adalah lebih penting! 7.4 Bagaimana mewujudkan persamaan luar sedar 7.5 Memberi apa yang dia mahukan 7.6 Bagaimana Mewujudkan persamaan dalam sedar 7.7 Jangan memaksa lelaki bercakap tentang cinta 7.8 Lovemap
Bahagian 8 – Mencipta keintiman 8.1 Buatkan dia berasa istimewa 8.2 Ketahui bagaimana dia melihat dirinya 8.3 Biarkan dia Cerita Segalanya 8.4 Gunakan empati 8.5 Mengapa mesti ingat topik perbualan? 8.6 Lawak Peribadi 8.7 Berikan penghargaan 8.8 Bagaimana pujian yang pasti MEMBUNUH akan membuat dia jatuh cinta 8.9 Nama yang kiut , perlukah? 8.10 Bantu dia untuk jatuh cinta
Bahagian 9 – Perbezaan lelaki dan perempuan 9.1 Perbezaan komunikasi 9.2 Topik perbincangan lelaki dan perempuan 9.3 Teknik ‘ Apa Perasaan Awak’ yang akan menaikkan markah anda 9.4 Lelaki straightforward dan perempuan tidak? 9.5 Apabila perempuan bersedih 9.6 Apabila lelaki marah 9.7 Ayat Berkias
Kesimpulan 4|PANDUAN MEMIKAT
PANDUAN MEMIKAT
SIAPAKAH SAYA
Apa khabar saudara saudari, Nama saya Ahmad Fikri Bin Kamarudin. Berumur 27 Tahun.masih lagi bujang, bekerja sebagai pegawai kerajaan dan akan berkahwin pada September 2011. Mula menggiatkan diri dalam IM tempatan pada tahun 2010 dan ini adalah produk sulung saya yang saya kongsikan untuk membantu anda.
Sejujurnya, saya dahulu juga mempunyai masalah seperti saudara saudari sekalian.
Satu ketika dahulu saya juga seperti anda. Saya juga pernah bercinta dan dikecewakan. Cinta pertama saya bermula pada umur 12 tahun (darjah enam), dan sudah tentulah ia hanya cinta monyet. Kemudian saya menemui cinta saya yang seterusnya, malangnya ia hancur disebabkan orang ketiga. Saya menemui cinta seterusnya, dan sekali lagi bertemu cinta tetapi tetap gagal dan gagal..ketika itu hanya tuhan menjadi peneman saya..ok cukup nanti semua orang tahu rahsia saya
Akhirnya, pada ketika itu, 2007, oleh kerana kepesatan internet saya telah mula membuat rujukan dan bacaan di internet tentang cinta, tentang memikat, tentang lelaki dan perempuan, psikologi manusia dan akhirnya saya telah menemukan satu penjelasan yang jelas bagaimana membuat seseorang itu jatuh cinta! Saya kumpulkan segala bahan bacaan yang saya gunakan dan saya telah tuliskan dalam bentuk sebuah ebook untuk memudahkan pembacaan.
Dua tahun saya menggunakan panduan ini, dan panduan ini sangat berkesan dan berjaya mengubah hidup saya! Selama ini saya hanya berikan panduan ini hanya kepada rakan terdekat yang memerlukan sahaja. Kini telah tiba masanya saya kongsikan panduan ini bersama anda semua kerana saya tahu anda semua masih lagi seperti saya pada 4-5 tahun yang lepas. Anda tidak perlu lagi try n error yang belum terbukti berkesan! Anda juga tidak perlu gagal seperti saya! 5|PANDUAN MEMIKAT
PANDUAN MEMIKAT
Oleh itu, bacalah apa yang saya sampaikan ini dengan teliti dan catitkan mana-mana tindakan yang anda rasa sesuai dengan diri anda. Jika ada sebarang masalah, sila hubungi saya di
[email protected] Selamat mencuba
DISCLAIMER Buku ini adalah rujukan kepada anda dan panduan untuk anda, bukan ilmu ghaib yang dengan mudah menyelesaikan masalah anda. Buku ini mengajarkan anda praktikal dan teknik-teknik yang anda perlu amalkan. Jika setakat membaca tanpa mempraktikkan, tiada apa pun perkara yang akan berubah dalam hidup anda. Semua isi dan material dalam buku ini adalah benar ketika ebook ini ditulis. Ianya adalah kompilasi ilmu, rujukan dan pengalaman penulis sendiri sejak bertahun-tahun dahulu. Tiada paksaan untuk anda mengikuti semua kandungan ebook ini dan anda bertanggungjawab ke atas setiap tindakan anda dari penggunaan isi kandungan buku ini. Ebook ini sesuai dibaca oleh lelaki dan perempuan. Setiap tips akan di’highlight’kan samada ia sesuai untuk lelaki atau perempuan. Jangan sesekali berfikir bahawa hanya dengan membaca buku ini anda dengan mudahnya mendapatkan pasangan idaman anda! Untuk memikat pasangan, anda harus berlatih sama seperti di alam persekolahan. Anda perlukan latihan dan ulangkaji. Hanya membaca buku tidak akan membawa anda kemanamana, anda harus melakukannya di dunia ini dan berhadapan pelbagai kemungkinan samada baik atau buruk. Jika anda gagal, anda harus mencuba lagi sehingga anda berjaya menemui cinta anda. Tiada kejayaan segera di dalam dunia ini. Kegagalan akan membawa anda ke satu ilmu baru yang akan membuahkan kejayaan pada akhirnya.
Ok cukup. Mari kita teruskan pembelajaran kita yang menarik!...... 6|PANDUAN MEMIKAT
PANDUAN MEMIKAT
BAHAGIAN 1 - MEMAHAMI BAGAIMANA SESEORANG JATUH CINTA 1.1 KENAPA KITA JATUH CINTA? Untuk membuatkan seseorang jatuh cinta, mula-mula anda perlu tahu apa itu cinta? Anda boleh google di internet dan menjumpai pelbagai definisi cinta yang penuh dengan ayat-ayat romantis dan indah yang membuatkan anda terbuai-buai dengan perasaan anda. Tetapi, bagaimanakah anda ingin membuatkan seseorang jatuh cinta hanya berpandukan definisi yang membosankan seperti ini??? Anda perlukan alasan yang lebih baik bagaimana untuk meransang seseorang untuk seseorang jatuh cinta dengan anda. ANDA PERLUKAN TEKNIK-TEKNIK untuk membuatkan orang jatuh cinta. Jika anda tidak tahu tentang perkara ini, mana mungkin dia mencintai anda?
Mari kita lihat cinta dari sudut sains dan juga psikologi. Ini untuk memudahkan anda memahami tentang teknik yang diajarkan untuk membuatkan seseorang jatuh cinta dengan anda. Manusia tidak bangun tidur dan terus jatuh cinta kepada orang pertama yang mereka lihat pada hari itu. Betulkan? Menurut kajian barat, ada satu bahan kimia di dalam otak kita yang dipanggil Phenylethylamine atau PEA yang akan meransang diri kita untuk jatuh cinta.
Biar saya beritahu cik abang dan cik kakak bahawa sebenarnya hanya dengan perkaraperkara kecil sahaja boleh membuatkan PEA ini aktif di dalam otak dan membuatkan seseorang jatuh cinta. Contohnya mudahnya adalah seperti anda tertawan semasa melihat caranya tersenyum, cara dia berjalan, atau betapa menariknya wajahnya ketika dia tertawa, atau anda terharu ketika dia menolong anda dan sebagainya.
7|PANDUAN MEMIKAT
PANDUAN MEMIKAT
Seseorang hanya akan jatuh cinta apabila bertemu seseorang yang dirasakannya memenuhi kehendak dirinya dari segi emosi dan psikologi. Apabila anda berjaya membuatkan PEA sidia mengalir didalam badan dan juga memenuhi kehendak emosinya, maka mudahlah untuk dia jatuh cinta kepada anda.
1.2 KENAPA CARA SEBELUM INI GAGAL UNTUK MEMBUATKAN DIA JATUH CINTA Cik abang dan cik kakak, mungkin sebelum ini gagal kerana anda terlalu memilih. Mungkin juga kerana anda memilih sasaran yang salah. Mungkin juga memang sidia tidak meminati anda. Mungkin juga ada kesilapan-kesilapan yang berlaku sepanjang proses memikat yang membuatkan dia hilang minat dengan anda. Mungkin juga bahasa badan atau penampilan anda tidak cukup menarik. Ada bermacam macam lagi kemungkinan yang boleh berlaku, yang jika saya senaraikan boleh memakan sehingga 10 mukasurat.
Tidak ada gunanya kita mengesali kesilapan lalu. Adalah lebih baik jika kita pandang kehadapan dan tumpukan bagaimana dengan ebook ini anda boleh melihat dimakah kesilapan anda. Pemikiran yang positif adalah sesuatu yang anda perlukan untuk mengubah hidup anda menjadi lebih baik.
Di sepanjang ebook ini, saya akan kupaskan segala permasalahan dan ANDA SENDIRI AKAN SEDAR mengapa teknik yang selama ini anda gunakan tidak menjadi. Oleh itu, janganlah anda membaca buku ini dengan melompat-lompat walaupun ada ketikanya anda akan merasa sedikit bosan kerana terlalau banyak perkataan.
8|PANDUAN MEMIKAT
PANDUAN MEMIKAT
1.3 PROSES MANUSIA JATUH CINTA Untuk memudahkan anda membuat dia untuk jatuh cinta dengan anda, anda perlu fahami bagaimanakah keadaan jatuh cinta terjadi. Di sini saya akan huraikan bagaimana turutan untuk jatuh cinta melalui panduan memikat ini. Jatuh cinta adalah satu seni turutan yang saya ringkaskan seperti berikut :-
TERTARIK + PERSAMAAN + KEINTIMAN = JATUH CINTA Rumusan ini adalah rumusan yang diakui dimana-mana di seluruh dunia dan berlaku untuk semua insan yang berpasangan di dunia ini.
Terma-terma yang terlibat adalah :Tertarik – Rasa tertarik untuk saling mengenali dan menjadi sebahagian dari hidupnya. Persamaan – Merasa selesa antara satu sama lain melalui pelbagai persamaan dan melakukan apapun bersama-sama. Keintiman – Perasaan sayang dan istimewa yang hadir di dalam diri seseorang. Merasakan diri mereka rapat dan ‘emotionally connected’.
Mari kita lihat apa yang berlaku jika salah satu unsur itu tiada
TERTARIK + PERSAMAAN = KAWAN BIASA Ini adalah biasa berlaku, si wanita sudah tertarik dan mempunyai persamaan, tapi si lelaki tidak tahu bagaimana mewujudkan keintiman dan hubungan perasaan. Mereka hanya menjadi teman biasa tanpa melangkah ke hubungan yang lebih jauh.
TERTARIK + KEINTIMAN= FAIL Hal ini adalah hal yang lucu dan sering terjadi. Si lelaki dan wanita sama-sama suka dan tertarik serta merasakan keintiman yang dalam, tapi sayang tiada persamaan atau ciri saling melengkapi dan tidak cukup mengenali pasangan secara dekat terlebih dahulu. Percintaan seperti ini selalunya terputus di tengah jalan kerana prinsip persamaan (lovemap, WIIFM ) tidak dapat dipenuhi oleh pasangan. 9|PANDUAN MEMIKAT
PANDUAN MEMIKAT
PERSAMAAN + KEINTIMAN =KAWAN RAPAT Ini agak kelakar. Lelaki ini mempunyai banyak persamaan dan memiliki keintiman yang tinggi dengan wanita ini. Tetapi wanita ini tidak tertarik untuk masuk ke dalam kehidupan lelaki ini dan menjadi kekasihnya. Maka jadilah mereka sekadar kawan rapat.
Oleh itu, ketiadaan salah satu unsur akan gagal membuatkan anda membuatkan dia jatuh cinta .Sebelum anda menyatakan cinta anda padanya, pastikan anda telah memiliki ketigatiga unsur ini terlebih dahulu. Jika tidak penolakan cinta darinya pasti akan berlaku.
Ini adalah turutan yang akan berlaku sepanjang tempoh anda memikat.
1
2
3
4
5
6
• Anda mempersiapkan diri, mental dan memiliki mindset yang betul sebelum anda pergi keluar memikat.
• Anda mengesan sidia dan mula berkenalan daripada sebab yang sekecilkecilnya hanya untuk memulakan langkah memikat anda yang seterusnya.
• Anda memulakan perbualan pertama anda dan dengan pandangan mata anda, anda mulakan untuk membina tarikan kepada anda
• Anda memulakan temujanji pertama anda dan sepanjang perkenalan, anda mula mencari persamaan dan perbezaan pada dirinya.
• Akhirnya, anda merapatkan keintiman, membina hubungan emosi dan membuatkan sidia berasa istimewa serta jatuh cinta dengan anda.
• Anda memastikan ketiga-tiga unsur telah dipenuhi , anda menyatakan cinta anda padanya dan akhirnya dan memutuskan untuk membawa perhubungan ini lebih jauh. 10 | P A N D U A N M E M I K A T
PANDUAN MEMIKAT
1.4 BAGAIMANA ORANG MEMILIH PASANGAN UNTUK BERCINTA?
Adakah cinta boleh dipilih-pilih? Bukakah cinta itu datang dengan spontan dan tiba-tiba?
Ya saya tahu itulah juga yang anda faham selama ini. Sesiapa pun boleh memikat dan membuatkan sesorang jatuh cinta. Tapi mengapa ada yang terputus di tengah jalan dan ada yang berjaya ke jinjang pelamin? Ini kerana mungkin pasangan itu tidak mempunyai lovemap yang sama seperti dirinya.
Penulis ini cakap mengenai apa? Apakah itu lovemap? Saya tidak faham?
Ok begini. Ianya adalah satu hasil kajian seorang doktor psikologi perubatan di Universiti Hopkins. Lovemap ialah sekumpulan mesej yang dikodkan dalam otak kita yang menggambarkan apa yang kita suka dan tidak suka, pemilihan kita mengenai warna rambut dan mata, suara, bau, dan bentuk tubuh yang kita minati dan sukakan. Ia juga mencatat jenis personaliti yang menarik bagi kita, samada yang ramah atau jenis pendiam. Lovemap juga terbentuk daripada apa yang kita pelajari daripada ibubapa kita semasa kecil.
Jadi apa kaitannya lovemap dengan cinta?
Begini, kita jatuh cinta dan mengejar orang-orang yang lovemapnya mempunyai persamaan dengan kita. Kita mahukan seseorang yang ada ciri-ciri ibu kita yang jujur, mengambil berat, peramah, kelakar dan sebagainya. Kita juga mahukan orang yang taraf sosialnya sama seperti kita yang mempunyai gaya percakapan yang sama, cara hidup yang sama yang membuatkan kita merasa selesa dan tenang.
11 | P A N D U A N M E M I K A T
PANDUAN MEMIKAT
Jika anda mahukan seseorang mencintai anda, apa yang anda perlu lakukan adalah dengan membuatkan bahawa
dia
anda
berfikir
ada
ciri-ciri
lovemapnya sahaja. Perkaraperkara
seperti
inilah
yang
memainkan peranan bagaimana dia memilih pasangan yang ideal untuk jatuh cinta.
Ianya semudah itu.
Ianya kelihatan mudah kerana saya mahu meringkaskannya disini. Jika anda benar-benar ingin membuatkan dia jatuh cinta, maka hayatilah setiap apa yang telah diperkatakan di dalam ebook ini. Bacalah satu-satu kerana jika anda bertanya kepada orang yang hangat bercinta, tidak boleh tidak pasti mereka memperakui bahaa apa yang dikatakan ini benar.
1.5 MENGAPA ANDA MASIH TIDAK BERJUMPA CINTA ANDA? Dimanakah mereka-mereka yang bujang dan juga sama seperti anda, masih lagi mencari cinta dan mengharapkan seseorang datang dan mencintai mereka? Jawapannya adalah mudah. Mereka ada dimana-mana.
Satu kajian di barat menyatakan
bahawa
sebenarnya cinta kita berada tidak kurang daripada satu kilometer sekitar kita. Jika benar, dimanakah mereka ini? Mengapa anda tidak dapat bertemu mereka?
Apa yang berlaku sebenarnya adalah bukannya anda tidak tahu dimana untuk mencari cinta. Sebenarnya apa yang berlaku adalah anda tidak mempersiapkan diri anda untuk mencari cinta. Anda tidak bersedia dari segi mental dan 12 | P A N D U A N M E M I K A T
PANDUAN MEMIKAT
fizikal untuk mencari cinta. Anda tidak berpakaian seperti orang yang mencari cinta dan anda tidak tahu teknik-teknik untuk membuatkan dia jatuh cinta.
Apa yang perlu anda lakukan adalah anda perlu memulakan langkah pertama anda. Anda akan dibawa untuk memulakan pembacaan anda bagi mencari teknik-teknik yang sebenar bagaimana anda ingin membuatkan sesiapa pun yang anda jumpa menjadi cinta anda.
13 | P A N D U A N M E M I K A T
PANDUAN MEMIKAT
BAHAGIAN SATU – PERSIAPKAN DIRI ANDA DAHULU Apa? Mengapa diri saya dahulu? Bukankah ebook ini mengenai membuatkan dia mencintai saya? Ya saya tahu, tapi jujur saya katakan, jika anda ingin membuatkan seseorang jatuh cinta dengan anda, perkara pertama yang perlu diperbaiki adalah diri anda dahulu. Jika sebelum ini anda telah keluar bertemujanji dengan pelbagai wanita tetapi gagal, adakah anda akan menyalahkan mereka atas kegagalan anda? Bukankah anda sepatutnya menyemak mengapa dia lari secepat kilat selepas tamat bertemujanji? Jika anda ingin memikat gadis secantik Lisa surihani, tetapi pakaian anda teruk, tidak kelas, bahasa badan anda pula tidak menarik,
fikiran
pula
negatif,
bagaimana
anda
mahu
membuatkan Lisa Surihani terpikat? Bayangkan pula anda ini Lisa Surihani, anda mempunyai ratusan lelaki yang mahu bertemujanji dengan anda, bagaimana anda ingin memilih lelaki yang ingin ditemujanji Jika anda mahu yang kacak, ramai yang kacak di Malaysia ini. Jika mahukan yang hatinya bersih, bagaimana anda mahu tahu bahawa hatinya itu bersih? Pernahkan anda semak bahasa badan anda (bagaimana tu), perkataan anda (ayat la tu?) dan juga pemikiran anda (kalau anda jenis berfikiran negatif, memang semua perempuan lari). Mari saya pujuk anda untuk merendah diri dan percayalah, IANYA BERMULA DARI DIRI ANDA. Malahan sepanjang ebook ini juga saya akan berikan teknik-teknik hebat dan juga saya akan selitkan beberapa teguran yang perlu anda ikuti agar lebih mudah untuk anda membuatkan sidia jatuh cinta dengan anda.
14 | P A N D U A N M E M I K A T
PANDUAN MEMIKAT
2.1 BAGAIMANA PARAS RUPA YANG MENARIK Adakah paras Rupa Sangat Penting? Cik abang dan cik kakak, ketahuilah bahawa ia adalah benar bahawa paras rupa memainkan peranan yang penting dalam mencari cinta. Mungkin anda pernah lihat satu pasangan yang langsung tidak serasi (lelaki muka hitam tetap girlfriend nya sangat cantik bukan). Nampak pelik bukan. Ini kerana mereka ada kelebihan-kelebihan lain, persamaan dan ada ciri-ciri melengkapi yang akan diterangkan sepanjang ebook ini.
Rupa yang bagaimanakah perempuan suka? Lain orang lain pula apa yang disukainya. Sudah tentu seorang perempuan tidak suka jika pemakaian anda kelihatan seperti pondan. Adakah perempuan sukakan lelaki yang berbadan sasa? Tidak semuanya. Secara puratanya, perempuan sukakan lelaki yang :1) Bahunya lebih besar dari pinggangnya 2) Badan yang sederhana sasa 3) Lebih tinggi daripadanya 1) Mempunyai mata yang besar 2) Dagu yang besar dan dahi yang luas 3) Senyuman yang menawan dan 4) Apabila berpakaian kelihatan menarik daripada lelaki lain (pada pandangan matanya) Walaubagaimanapun, minat dan citarasa perempuan pula berbeza-beza bergantung kepada status hidup mereka. Perempuan yang bekerjaya mempunyai minat yang berbeza dengan perempuan yang biasa-biasa sahaja.
15 | P A N D U A N M E M I K A T
PANDUAN MEMIKAT
Bagaimana Pula dengan lelaki? Lelaki mempunyai minat yang berbeza juga terhadap perempuan. Antaranya :1) Suka kaki yang runcing 2) Kaki yang panjang 3) Dada yang besar 4) Punggung yang menawan 5) Wajah yang menarik 6) Berpakaian menarik Mengapa semua ciri kesukaan lelaki hanya bertumpu kepada seksualiti perempuan sahaja?Adakah lelaki gila seks? Tidak sama sekali. Tahukah anda, lelaki mempunyai kebolehan visual untuk membayangkan perempuan itu tidak berpakaian walaupun dia bertudung rapi. Lebih menggiurkan tubuh anda, lebih mudahlah lelaki tertarik kepada anda. Ini tidak bermakna anda perlu berpakian seksi semata-mata untuk menarik hati lelaki. Pasti ada sifat anda atau persamaan dengan anda yang akan membuatkan lelaki jatuh cinta dengan anda. Tetapi jika anda mahu membuatkan lelaki jatuh cinta dengan anda pada kadar segera, maka mulakanlah berdiet dan jaga bentuk badan anda. Lagipun itulah lelaki. Tiada penjelasan lanjut perlu diberikan :p
16 | P A N D U A N M E M I K A T
PANDUAN MEMIKAT
2.2 SKALAKAN WAJAH ANDA DENGANNYA Disini ada satu tips bagaimana anda ingin meningkatkan peluang mencari cinta anda dengan mudah. Jadi jika anda merasakan bahawa anda ini tidak kacak atau tidak cantik, anda boleh menggunakan tips ini ketika anda hendak memikat pasangan anda TIPS CERMIN MUKA Tipsnya sangat ringkas dan mudah iaitu :Balik rumah, cermin muka sendiri dahulu Ok ok, saya tidak berniat hendak menghina anda, maksud saya ialah anda pergi ke depan cermin dan lihat muka anda dahulu. Dengan menggunakan skala 1-10, lihat muka sendiri dan nilaikan diri anda berada pada skala yang mana. Katakan muka anda biasa saja dan anda berada pada tahap 6, maka apabila anda keluar mencari cinta, jika anda ingin meningkatkan peluang anda untuk bercinta, maka anda carilah orang yang berada di skala 6 atau 7 sahaja. Ini kerana di dalam dunia ini, secara
umumnya
anda
akan
dapati bahawa di dalam wajah satu pasangan, tiada perbezaan skala yang besar antara lelaki dan perempuan.
Jika
lelaki
itu
berskala 8, perempuan ini akan berskala 7, 8 atau 9. Jika anda tidak percaya, anda boleh pilih satu pasangan yang anda kenal dan skalakan muka lelaki dan perempuan itu. Anda akan dapati, tiada pasangan yang mempunyai perbezaan skala yang terlalu besar. Faktanya disini adalah, biasanya orang akan tertarik dengan pasangan yang sama menarik dengan dirinya. Jadi, mengapa anda perlu bersusah payah cuba memikat gadis secantik model jika anda pula berpakaian biasa-biasa sahaja. Pernahkah anda lihat lelaki hensem berkawan dengan perempuan hodoh?
17 | P A N D U A N M E M I K A T
PANDUAN MEMIKAT
Seperti yang saya pernah katakan tadi, ya memang ada pasangan yang langsung kelihatan tidak serasi (lelaki muka hitam tetap girlfriend nya sangat cantik bukan). Ini kerana mereka ada kelebihan-kelebihan lain, persamaan dan ada ciri-ciri melengkapi, keseimbangan dan prinsip WIIFM yang akan diterangkan sepanjang ebook ini. Apa?Anda pernah jumpa?siapa dia? Ugly Betty? Ok lah , anda ini terlalu banyak menonton filem. Sila kembali ke dunia nyata dan jejakkan kaki anda. Jejaka impian anda tidak akan muncul dan menyarungkan kasut ke kaki anda seperti Cinderella. Bangunlah dari tv anda dan pergilah keluar mencari cinta.
2.3 SEMAK PENAMPILAN ANDA Mengapa orang-orang mencari cinta menghabiskan begitu banyak masa untuk membuat diri mereka menarik ketika mereka pergi ke taman namun begitu sedikit perhiasan ketika mereka ke pasar? Anda mungkin telah membiarkan puluhan 'pasangan berpotensi' terlepas dalam beberapa bulan terakhir hanya kerana anda tidak memasang perangkap anda. Cik kakak, berapa kalikah anda berjalan di shopping kompleks tanpa make up, apabila anda melihat seorang lelaki kacak, dia berjalan melepasi anda seolah-olah anda tidak wujud disitu. Jika pernah berlaku, janganlah sedih. Perbaikilah kesilapan anda ini. Ketahuilah bahawa lelaki akan mudah tertarik kepada wanita yang pandai menghiasi dirinya dan paling kurang pun mengenakan lipstik semasa keluar. Apa yang penting adalah anda harus mula merubah cara penampilan anda. Sedikit sebanyak rahsia penampilan yang anda perlu ketahui adalah seperti di bawah ini:-
PENAMPILAN YANG BAIK UNTUK LELAKI : MELALUI PAKAIAN PENAMPILAN YANG BAIK UNTUK PEREMPUAN : MELALUI WAJAH DAN TUBUH BADAN
18 | P A N D U A N M E M I K A T
PANDUAN MEMIKAT
2.4 SEMAK BAHASA BADAN ANDA! Walaubagaimanapun anda juga boleh kelihatan cantik dan kacak walaupun sebenarnya tidak. Bagaimana? Pernah dengar, ‘kecantikan bermula dari dalam?’ Ianya adalah dengan memperbaiki keyakinan dan membina bahasa badan yang menarik. Bahasa badan yang cantik akan membuatkan anda kelihatan lebih menarik dan menawan. Apa itu bahasa badan yang menarik? Mudah sahaja. Apabila berjalan, jalanlah dengan penuh keyakinan. Bukakan dada anda, dongakkan sedikit kepala dan senyum sedikit. Jangan sesekali berjalan dengan muka yang masam atau tangan di dalam poket. Pandanglah ke sekeliling semasa anda berjalan. Gaya dan keterampilan anda akan menyerlah dengan cara ini. Anda akan kelihatan lebih gembira dan bersemangat. Katakan anda melihat dua orang jejaka yang berjalan di shopping kompleks. Salah seorang berjalan dengan yakin dan sedikit senyuman. Seorang lagi berjalan dengan berpeluk tubuh, membongkok dan hanya memandang ke depan. Yang manakah menjadi pilihan anda untuk anda dekati? Oleh itu, anda perlu mempunyai bahasa badan yang baik dan meyakinkan untuk membuatkan seseorang jatuh cinta dengan anda.
19 | P A N D U A N M E M I K A T
PANDUAN MEMIKAT
2.5 MEMILIKI MINDSET YANG TIDAK AKAN GAGAL Kebanyakkan lelaki cuba memikat dengan mindset yang salah. Mereka selalu melihat perempuan yang CANTIK sebagai LEBIH BERKUASA ke atas mereka. Mereka menjadi cemas, lidah menjadi kelu dan takut untuk bercakap dengan perempuan ini apatah lagi hendak mengajaknya keluar. Walaupun lelaki ini penuh keyakinan atau kacak, mereka masih tetap merasakan yang mereka perlu membuktikan bahawa LAYAK mendapat perhatian perempuan ini.
Oleh kerana mereka mempunyai pemikiran seperti ini, semua yang mereka lakukan akan kelihatan MERAYU dan LEMAH. Mereka berharap yang perempuan ini mengekalkan perhatian dan sudi menerima mereka. Mereka memuji paras rupa atau fizikal perempuan ini terlalu banyak. Mereka juga akan sentiasa bersetuju dengan apa yang perempuan katakan.
Ketika mereka memikirkan bahawa apa yang mereka buat ini akan menarik perhatian perempuan, apa yang berlaku adalah perempuan dengan mudahnya meninggalkan mereka. Akhirnya mereka semua kecewa dengan strategi yang dilakukan untuk membuatkan perempuan sukakan mereka. Dan akhirnya yang disalahkan adalah perempuan itu kerana kononnya tidak pandai memilih pasangan.
Oleh itu, untuk memiliki mindset yang betul, mula-mula sekali anda perlu berfikir yang anda lebih BERKUASA ke atas perempuan. Semua perempuan telah dilatih untuk menolak manamana lelaki yang cuba memikatnya. Oleh itu, saya mahu anda cuba untuk memikatnya dengan fikiran ‘’SAYA MEMIKAT AWAK UNTUK MELIHAT ADAKAH AWAK INI CUKUP LAYAK UNTUK SAYA! SAYA TIDAK PEDULI BETAPA CANTIKNYA AWAK INI!’’
20 | P A N D U A N M E M I K A T
PANDUAN MEMIKAT
Ya betul, gunakan mindset ini semasa memikat. Hari-hari anda merayu untuk mendapatkan perhatian perempuan sudah tamat. Mulai hari ini, Ianya adalah tanggungjawab perempuan untuk Menarik Minat anda, dan untuk membuktikan dia layak untuk mendekati anda.
Tindakan anda akan mengikut mindset yang anda tetapkan. Jadi daripada anda MEMBERITAHUNYA untuk sukakan anda, anda perlu ada ciri lelaki yang dicarinya terlebih dahulu. Anda akan didedahkan dengan teknik bagaimana untuk membuatkan dia yang datang kepada anda tanpa anda perlu merayu cintanya.
Anda juga perlu tunjukkan yang anda adalah lelaki istimewa dan unik yang dia perlukan, yang akan membuatkan perhatiannya hanya kepada anda. Anda perlu tunjukkan yang anda adalah lelaki yang berbeza, bukannya lelaki baik yang membosankan yang selalu banyak ada dimana-mana.
21 | P A N D U A N M E M I K A T
PANDUAN MEMIKAT
BAHAGIAN 3 – MEMBUATKAN DIA TERTARIK 3.1 BAGAIMANA MEMBERIKAN PANDANGAN PERTAMA YANG HEBAT Apakah pentingnya pandangan pertama? Saat pertama dia melirikkan matanya pada anda mempunyai kehebatan dan juga potensi yang luar biasa. Pandangan pertama yang diambil daripada matanya akan kekal di dalam ingatannya untuk selamanya. Ya cik adik cik abang, TIADA PELUANG KEDUA UNTUK PANDANGAN PERTAMA. Kasut yang tercalit tanah atau kolar baju yang dinaikkan boleh merosakkan pandangan pertama sidia sebelum anda menyapanya. Pandangan pertama sidia ini akan menentukan samada sidia berminat atau tidak pada diri anda. pandangan pertama begitu penting untuk sidia membuat keputusan bahawa anda ini "ok atau not my taste " dalam saat pertama sidia melihat anda.
3.2 KEHEBATAN MATA Hakikatnya,
manusia
suka
melihat
pada
pemandangan yang mereka suka dan dengan cepat mengelakkan mata mereka dari yang pandangan mereka benci. Sebagai contoh, kita menikmati pemandangan di tepi pantai tetapi menutup muka semasa menyaksikan adegan filem ngeri. Hal ini samalah juga apabila kita melihat manusia. Semakin seseorang berkuasa ke atas kita, semakin kita cuba mengelak untuk bertentangan matanya dengannya. Sangat pekerja berpangkat rendah sering mengelak untuk bertentang mata dengan lama dengan bos besar. Seorang lelaki yang tidak kacak pula akan melarikan mata apabila perempuan cantik memandangnya.
22 | P A N D U A N M E M I K A T
PANDUAN MEMIKAT
Tetapi, untuk membuatkan orang jatuh cinta, anda perlu menggunakan mata anda. Jika tidak,bagaimana pula anda ingin membuatkan dia jatuh cinta. Kajian menunjukkan bahawa, pasangan bercinta yang selalu bertentangan mata mempunyai perasaan tarikan yang lebih kuat antara satu sama lain. Mereka lebih mencintai dan merasakan perasaan kasih sayang yang lebih kuat.
Pandangan mata yang berterusan akan mencipta hubungan perasaaan yang sangat kuat. Ketika anda melihat secara langsung dan tepat ke mata seseorang tubuhnya akan menghasilkan bahan kimia yang dipanggil phenylethylamine atau PEA, yang menimbulkan perasaan jatuh cinta. PEA inilah yang akan membuatkan seseorang itu jatuh cinta.
TEKNIK-TEKNIK PANDANGAN MATA Anda akan didedahkan dengan teknik-teknik pandangan mata yang penting semasa anda mula mengesan sasaran anda , ketika berbual dan sepanjang anda menajlinkan hubungan dengannya. Oleh itu, memandang sasaran anda dengan tepat adalah langkah pertama adalah salah satu langkah pertama dalam membuat dia jatuh cinta dengan anda. TEKNIK 1) KUASA RENUNGAN Kajian seorang saintis Inggeris menyatakan bahawa, secara purata semasa berbual, kita melihat satu sama lain hanya 30 hingga 60 peratus dari sepanjang masa perbualan. Ini tidak cukup untuk menimbulkan perasaan cinta pada pandangan pertama. Cik abang dan cik kakak, untuk memberikan sidia perasaan luar biasa bahawa anda berdua sudah jatuh cinta , secara drastik tingkatkan
23 | P A N D U A N M E M I K A T
PANDUAN MEMIKAT
pandangan mata anda kepada sidia apabila anda berdua sedang berbual. Naikkan sehingga 75 peratus daripada masa atau lebih jika anda ingin membuatkan bahan kimia di dalam badannya yang dipanggil PEA mengalir di dalam darahnya. Renung tepat ke matanya untuk merangsang perasaan cinta pada pandangan pertama. Bukan di alis mata, bukan di tengah hidung. Lihatlah seolah-olah anda pandangan mata anda telah menembusinya. Lihat tepat ke matanya dan pandanglah sedalam-dalamnya. Kuncikan mata anda padanya untuk memberikan aura yang sidia sudah berada di dalam cinta. Pandangan yang tepat akan menghantar isyarat yang anda berdua sedang jatuh cinta, dan membuatkan sidia akan merasa perasaan cinta mula muncul di dalam dirinya. Tetapi awas, jika anda memandangnya seolah-olah menonton berita tidak akan membuatkan dia jatuh cinta. Anda perlu melihat kematanya dengan pandangan yang paling manis anda boleh lakukan. Jangan lupa anda perlu senyum ketika memberikan pandangan ini. TEKNIK 2) MATA SEKSI Apa yang membuat mata anda seksi? Cukup mudah, anak mata yang besar. Ambil contoh pada kucing. Kucing yang bermata besar atau bermata runcing yang nampak lebih comel? Kita tidak boleh mengawal saiz anak mata
kita.
Tetapi,
memanipulasikannya.
kita
boleh
Ianya
hanya
dengan melihat sesuatu yang kita sukakan yang memberikan perasaan yang indah pada kita. Apabila kita melihat sesuatu yang kita sukakan, ia akan membuatkan anak mata kita akan mengembang.
24 | P A N D U A N M E M I K A T
PANDUAN MEMIKAT
Ketika berbual dengannya, lirikan mata anda pada sesuatu yang menarik pada wajahnya. Lihat hidungnya yang menarik atau pipinya yang comel. Ketika anda menikmati sesautu yang indah, anak mata anda akan turut menjadi besar. Dengan ini anda akan kelihatan lebih menarik pada pandangan sidia. Untuk perempuan, jika anda rasakan agak sukar melakukannya, maka dapatkan contact lens yang menampakkan anak mata anda kelihatan besar. TEKNIK 3) PANDANGAN YANG MEMBANGUNKAN PERASAAN MERESAHKAN DAN PERASAAN SEKSI DALAM DIRINYA Ini adalah teknik terpenting dalam membuatkan seseorang jatuh cinta. Ia akan memberikan perasaan mengganggu bahawa dia sudah mula hendak jatuh cinta. Ketika bercakap dengan rakan-rakan, kita cenderung untuk melihat ke arah lain setelah kita menghabiskan ayat yang kita nyatakan atau ketika kita berdiam diri. Tetapi, jika anda lihat kepada pasangan bercinta, sepanjang perbualan mereka akan lebih banyak mengadakan eye contact, melihat ke dalam mata pasangan mereka semasa berbual dan mereka lebih sukar mengalihkan mata mereka daripada satu sama lain setelah berbual. Hal yang sama boleh anda lakukan kepada sidia. Apa yang anda perlu lakukan adalah perbanyakkan
eye
concact
anda
padanya. ketika anda memandang kepadanya,
pandanglah
kepadanya
dengan kekal dan lembut. ketika tamat ayat yang dinyatakannya atau ketika tempoh berdiam diri, jangan alihkan pandangan
anda
daripadanya.
pandanglah selama mungkin kepada dirinya. Anda akan menimbulkan perasaan gelisah, malu dan satu perasaan yang mengganggu perasaannya. Saya jamin, apabila dia pulang ke rumah, dia akan berkata 'Apakah perasaan yang pelik ini. Mengapa saya selalu teringatkan sidia ini'. Ya tuan puan, itulah perasaan pembangkit permulaan kepada cinta anda. 25 | P A N D U A N M E M I K A T
PANDUAN MEMIKAT
Ketika anda perlu untuk memandang ke tempat lain, alihkan pandangan anda daripadanya secara perlahan-lahan. Buatlah seolah-olah mata anda sebenarnya enggan memandang ke tempat lain selain dia. TEKNIK 4) PENJELAJAHAN MATA Ada langkah langkah yang seorang lelaki dan seorang wanita harus ambil ke atas setiap pertemuan jika mahu membuatkan cinta berkembang. Sebagai sepasang kekasih yang terbuai oleh perasaan yang sama, mata mereka menjadi lebih berani. Mereka perlahan-lahan mulai berjalan penuh kasih di wajah masing-masing, rambut, mata. Kemudian mereka menjadi lebih berani dan menjelajah ke bahu pasangannya, leher, dan dada. Teknik yang sama anda perlu gunakan disini. Sepanjang perbualan berlangsung, biarkan mata gambar anda perlahan-lahan turun dari hidung ke bibir. Pandanglah dan belailah bibirnya dengan mata anda untuk beberapa saat, lalu perlahan-lahan turun ke lehernya dan jika semua berjalan baik, turun ke bawah lagi. Walaubagaimanapun, gunakan teknik ini hanya jika anda benar-benar yakin dan percaya bahawa sidia telah mula sukakan anda. Jika anda gunakannya terlalu awal, ditakuti teknik ini boleh memakan diri.
Empat teknik mata ini adalah terbukti secara ilmiah. Apabila anda mula menggunakan teknik-teknik ini pada sidia, anda akan mula merasakan kesan. Teknik-teknik ini anda perlu gunakan sejak mula anda mengenalinya sehinggalah anda berjaya membuatkannya menjadi buah hati idaman anda.
26 | P A N D U A N M E M I K A T
PANDUAN MEMIKAT
BAHAGIAN 4 - LANGKAH MEMIKAT Mari kita mulakan dengan satu cerita. Pada satu hari anda berjalan-jalan di taman dan mengesan seorang wanita yang cantik. Anda sangat berminat dengan perempuan itu dan berminat untuk mendekatinya. Anda mahu cuba tetapi anda enggan kerana takut terlepas lagi kerana taktik yang anda gunakan sebelum ini tidak pernah berjaya.oleh itu anda :1) Berputih mata dan membiarkan lelaki lain mendekati wanita itu 2) Hanya berani memandang dan tengok sehingga dia balik 3) Balik rumah dan tidur. Esok hari anda akan datang lagi untuk cuci mata Apakah pilihan tuan-tuan? Saya percaya tidak ada satu jawapan pun di atas yang ingin tuantuan mahukan. Lebih-lebih lagi anda mendapatkan ebook ini dengan penuh pengharapan.
4.1 LANGKAH MEMIKAT BAGI CIK ABANG Ya cik abang, seperti yang anda jangkakan , tidak ada tindakan lain kecuali anda perlu mendekatinya dan menegurnya. Jika anda lambat menegurnya dan dia berlalu pergi, bukankah anda akan berputih mata? Pernah dengar ‘ orang yang selalu bertangguh adalah orang yang rugi?’ Ketika anda melihat seorang wanita yang menarik, apa strategi terbaik perlu dilakukan? Pertama, gunakan mata anda. Lihatlah dan lekatkan mata anda terus memandang dia, dan jika dia memandang anda, jangan larikan mata anda. Bersiap sedia untuk sidia memalingkan mukanya. Ini kerana seorang wanita telah dilatih untuk menurunkan matanya ketika seorang lelaki menatapnya. Jika dalam masa dalam masa 45 saat sidia memandang anda kembali, maka inilah isyarat yang penting. Ia bermakna sidia mengalu-alukan perhatian anda.
27 | P A N D U A N M E M I K A T
PANDUAN MEMIKAT
Apa yang anda perlu lakukan adalah senyum padanya dan memberikannya anggukan kecil. Kemudian hampirilah dia dan terus bertegur sapa dengannya. Jangan berasa ragu dan hapuskan semua fikiran tentang "Adakah saya terlalu cepat untuk terus bertegur sapa dengannya? " Dia tidak akan berfikir apa pun selagi anda tidak bertemu dengannya. Beranikan diri anda. Tambahan lagi, bukankah dia telah memberi isyarat kepada anda sebentar tadi? Jika anda tidak bergerak cepat, wanita ini akan terlepas dari diri anda. Ini adalah turutan bagaimana anda ingin menarik perhatiannya :1)
Eye contact . pandang dengan tetap dan terus padanya selama beberapa saat
2)
Senyum padanya. Berikan senyuman mesra dan dengan rasa hormat dan bukannya
senyuman lelaki gila seks. 3)
Berikan anggukan kecil. Jika dia kembali memandang anda dalam 45 saat,angguk
sedikit. mengangguk itu bermaksud, "saya suka awak. Bolehkah saya membuat tempahan untuk bercakap dengan awak? " 4)
Bergerak kepadanya. Langkah terakhir adalah untuk bergerak dan memulakan
perbualan anda dengannya.
Baik, anda sekarang dalam kedudukan untuk memulakan perbualan. Apa yang harus anda katakan padanya? Adakah anda telah ada ayat pembuka kata anda sendiri? Sekarang padamkan apa sahaja ayat permulaan
yang
anda
pelajari
daripada orang lain. Anda tidak perlu ada skrip ketika anda sedang cuba memikat pasangan . Adakah anda perlu katakan ‘hai, adakah awak seorang model?’ Atau’ hi, saya Abdul. Saya ingin berkenalan dengan awak’...terus terang saya katakan tuan dan puan, anda tidak perlukan semua ini. Ini bukan panduan cara memikat tahun 90’an. 28 | P A N D U A N M E M I K A T
PANDUAN MEMIKAT
Rahsianya adalah begini saudara sekalian. Kata-kata pembuka anda harus berkaitan dengan situasi pada saat itu. Tanyakan apa yang sedang dilakukannya waktu itu. Puji pakaiannya atau bajunya. Atau anda boleh membuat konon-konon sedang bertanya arah. Lebih kurang bijak soalan yang anda berikan adalah lebih baik. Ini kerana ini pada awal pertemuan, dia sedang menilai anda. Dia sedang mula menyemak percakapan anda dan budi bahasa anda. Apapun yang anda katakan, dia tahu itu hanya sebuah alasan anda untuk bercakap dengannya. Jika dia suka dengan cara anda, apapun yang anda cakap tidak akan menjadi masalah. Walaupun anda tidak perlu ada skrip, apa yang anda katakan perlulah sesuatu yang menyedapkan telinganya. 30 SAAT PERTAMA PERKENALAN ANDA ADALAH SANGAT KRITIKAL! PERINGATAN!! Kalimat pertama yang anda keluarkan kepadanya akan menjadi 100% anggapannya terhadap anda!! Jika anda membuka perbualan dengan bebelan, dia akan menganggap anda seorang yang pembebel . Jika anda membuka perbualan dengan komen sombong, dia akan menganggap anda seorang yang cakap besar. Tetapi jika kalimat pertama anda adalah kata-kata yang indah dan mempersonakan, dia akan melihat anda sebagai seorang yang menawan. Tuan-tuan, ketika ini anda harus bermain dengan tenang. Jangan terlalu gopoh. Buatkan perkenalan ini nampak lebih relax dan bersahaja. Untuk menarik perhatiannya, anda perlu menjadi unik. Ramai lagi jejaka diluar sana yang cuba memikatnya. Oleh itu, anda perlu tunjukkan bahawa anda berbeza dengan teknik yang saya huraikan dibawah nanti.
29 | P A N D U A N M E M I K A T
PANDUAN MEMIKAT
4.2 CARA MEMIKAT BAGI CIK KAKAK Cik kakak, anda mungkin fikir adalah tanggung jawab lelaki untuk memikat anda dan anda juga tidak mahu digelar ‘perigi mencari timba’. Jika anda mahu menjadi sebahagian statistik ramai perempuan di malaysia menjadi anak dara tua, maka teruskanlah perangai anda itu. Bagaimana perempuan memulakan pertemuan?Tipsnya adalah sangat mudah. Ianya adalah dengan menarik perhatian lelaki. Adakah anda sudah faham kenapa rakan-rakan anda di luar sana sanggup berhabisan ratusan ringgit di luar sana hanya untuk kelihatan menarik? Cik kakak, katakan anda melihat sorang lelaki yang menarik, apa harus anda lakukan? Senario yang biasa berlaku seperti ini, wanita ini akan memandangnya dengan sekilas mata
dan
kemudian
pergi.
Perempuan yang lebih berani pula tersenyum sedikit dan kemudian berpaling, berharap bahawa lelaki ini akan mengambil inisiatif untuk mendekatinya (kononkononnya perempuan ini tidak mahu dilihat terlalu straightforward). Terus terang saya katakan inilah taktik memikat terburuk yang pernah anda lihat di alam ini. Jika anda serius mahu mendapatkan pasangan, bertindaklah dengan cara yang akan saya nyatakan dibawah. Kajian seorang wanita barat mendapati bahawa Cara berikut adalah cara terbaik untuk perempuan memulakan langkah :1 (Paling hebat) senyum padanya 2- Lemparkan senyuman pendek 3-Lihatlah lurus ke arahnya dan flip rambut anda 4- kekalkan pandangan pada dirinya 5-Lihat dia, pandang ke tempat lain, kemudian pandang kepadanya kembali
30 | P A N D U A N M E M I K A T
PANDUAN MEMIKAT
Cik kakak, jangan ragu-ragu tentang cara membuat langkah pertama. Jika anda memerlukan lebih banyak keberanian, fikirkan cara-cara diatas ini. Masih malu? Adakah anda merasa dia akan berfikir anda ini gatal jika anda tersenyum lebar padanya di keramaian atau "sengaja" terlanggar dirinya? Tidak.Dia tidak akan berfikiran begitu. Apabila anda memulakan langkah-langkah diatas tadi, lelaki yang mendekati anda tidak akan menyedari bahawa dia sebenarnya bukanlah orang yang memulakan langkah. Lelaki berfikir mereka membuat langkah pertama sedangkan sebenarnya mereka sebenarnya yang memulakan langkah kedua.
4.3 BAHASA BADAN UNTUK MEMILIKI CINTA Bahasa tubuh awal kedua-dua pasangan sangat penting untuk membuatkan perasaan cinta berkembang atau tidak.
Apakah langkah-langkah bahasa badan ke arah keintiman? Ianya bagaikan satu susunan yang tertentu yang anda perlu lakukan jika anda mahu keintiman berkembang ke dalam dirinya. Apa yang anda perlu lakukan adalah, anda pelu meniru semua gerakan ini untuk memudahkan dia jatuh cinta dengan anda. Kuasai teknik-teknik di bawah dengan betul kerana jika anda jika anda silap pada salah satu daripada mereka, perkembangan keintiman akan terbantut dan anda akan kembali ke alam bujang :-
31 | P A N D U A N M E M I K A T
PANDUAN MEMIKAT
>>GERAKAN KE ARAH KEINTIMAN