[ORI] Rahsia Debt Collector

May 6, 2017 | Author: Syed Akil | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Rahsia Debt Collector...

Description

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Rahsia Debt Collector Ketahui Hak Anda sebagai Penghutang

1

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Penafian Naskah ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan menyalurkan maklumat umum kepada pembaca. Anda mungkin perlu merujuk kepada penasihat atau pengamal profesional untuk sesuatu keputusan yang bersifat khusus untuk diri anda. Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam naskah ini adalah tepat dan lengkap. Pengarang serta penerbitnya dengan ini secara khususnya tidak bertanggungjawap atas apa-apa risiko kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan naskah ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Strategi yang disebut di dalam naskah ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak. Hak Cipta Terpelihara © 2015 Masfira Binti Abd Latif Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana -mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan ebook ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin daripada pihak penulis. Terbitan Masfira Network (No. Pendaftaran Syarikat 002451034-D)

2

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Didedikasikan buat semua yang merasa peritnya berhutang, dan aku turut tidak terkecuali. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Pesuruh Allah (S.A.W.) mengatakan: Jiwa seorang yang beriman itu diserang kerana hutangnya, hinggalah hutangnya itu dilangsaikan. (Shafe’i, Ahmad, Tirmidhi)

3

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Prakata Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca semua. Jutaan terima kasih saya ucapkan kerana anda mendapatkan ebook ini. Ebook ini ditulis untuk membantu para penghutang dalam menghadapi para Debt Collector yang kejam – yang tanpa belas kasihan mendesak para penghutang hingga ke jalan buntu. Anda akan didedahkan dengan konsep perundangan, rahsia-rahsia Debt Collector dan banyak lagi maklumat lain untuk membantu anda menghadapi mereka dengan lebih tenang. Tanpa ilmu, anda akan sesat. Matlamat ebook ini adalah untuk memberi anda panduan agar tidak tersesat jauh dan menjadi mangsa kerakusan dan kekejaman Debt Collector yang bertindak agresif. Ebook ini saya selitkan dengan beberapa ayat al-Quran dan hadis sebagai pencerahan dan kerana sesungguhnya segala sesuatu itu haruslah dilakukan dengan jalan yang baik yakni berpandukan Al-Quran dan hikmah. Rujukan utama ayat al-Quran dan hadis pada ebook ini adalah melalui sebuah buku yang saya sarankan semua para pembaca untuk memiliki, membaca dan memahaminya iaitu: THE PROHIBITION OF RIBA IN THE QUR’AN & SUNNAH Penulisan IMRAN N. HOSEIN Link download pdf percuma: http://www.imranhosein.org/home.html ATAU http://www.imranhosein.org/media/books/The-Prohibition-of-Riba-in-Quranand-Sunnah.pdf Untuk memiliki naskah secara persendirian: http://www.imranhosein.com/

4

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Seperti mana anda mendapatkan ebook ini dengan cara yang baik, Allah akan membalasnya dengan kebaikan juga, InsyaAllah. Segala maklumat di dalam ebook ini disusun mengikut bab dan ditulis mengikut turutan serupa namun anda boleh melompat ke topik yang anda berkenan tanpa ada halangan. Demi untuk mendapat berkat dan redha Allah SWT, sebahagian hasil pendapatan ebook ini akan dihalakan untuk tujuan kebajikan dan juga derma ke masjid-masjid. Semoga urusan kita semua dipermudahkan oleh-Nya. Saya doakan semoga semua pembaca mendapat manfaat daripada ebook ini. Amin. Selamat Membaca.

Masfira Binti Abd Latif

5

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Pendahuluan Saya mulakan dengan petikan hadis: “Anas meriwayatkan bahawa dia mendengar Pesuruh Allah (S.A.W.) berkata: Antara tanda-tanda akhir zaman adalah penyingkiran ilmu dan banyaknya kejahilan. (Bukhari, Muslim)” Rasulullah (S.A.W) merujuk kepada zaman kita hari ini, kita telah tiba di akhir zaman di mana ilmu kebenaran telah tersingkir dan kita berada dalam kebodohon tanpa diri kita sendiri menyedari hakikat ini. Saya memilih menggunakan terma ‘ilmu kebenaran’ kerana saya menerima hakikat bahawa kita disogokkan dengan ilmu yang memutihkan mata, yang akhirnya membuatkan kita memilih tindakan yang salah dan memakan diri kita sendiri. Khusus untuk ebook ini, ‘Loan’ adalah subjek pilihan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyuarakan pendirian saya bahawa, saya menerima bahawa pinjaman duit itu adalah transaksi halal, namun transaksi pinjaman duit adalah haram untuk dijadikan servis atau sebagai satu medium perniagaan. Pendirian saya ini adalah berlandaskan ayat Quran di bawah: Quran 2 : 275 – 277 Surah Al-Baqarah (Sapi Betina) -275. Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. -276. Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah 6

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa. -277. Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal soleh, mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.

Walau bagaimanapun bertentangan dengan Kalam Allah, kini perniagaan pinjaman duit yang telah dibenarkan di sisi undang-undang merobek keuntungan daripada penghutang melalui bunga, faedah atau lebih dikenali sebagai interest, dan sistem ini ramah dikatakan sebagai Loan. Interest adalah riba. Riba adalah haram. Kenyataan ini disimpul berlandaskan ayat Quran diatas (2 : 275 – 277) dan disokong oleh hadis dibawah: “Fadalah ibn Ubayd berkata bahawa Pesuruh Allah (S.A.W) menyatakan: Keuntungan yang terbit dari sebarang pinjaman duit adalah tergolong dari salah satu jenis riba. (Sunan al-Bayhaqi)”

Ebook ini diusahakan sebagai satu medium pencerahan untuk mencapai semua yang terjerut dengan Loan. Agar setitis ilmu kebenaran ini dapat menumbuhkan niat dan tekad para pembaca untuk keluar dari Loan yang telah terlanjur diambil. Agar Loan tidak lagi dilihat sebagai jalan penyelesaian. Agar Loan tidak lagi dilihat sebagai satu kebiasaan dan kemestian. Agar Debt Collector digunakan sebagai pintu keluar dan pelajari bagaimana untuk menukarkan pemangsa Debt Collector menjadi kuda perang anda.

Namun begitu, kita haruslah mengetahui bagaimana kita boleh terjerat di dalam kancah Loan, agar apabila kita berjaya mencapai pintu keluar, pintu Loan tidak sesekali dibuka lagi selepas ini. InsyaAllah. Ketamakan telah disinonimkan dengan keperluan. Sikap ibubapa yang membenarkan atau lebih teruk lagi menyarankan anak-anak mereka untuk mengambil Loan agar mereka tidak perlu menanggung beban yuran dan keperluan sepanjang pendidikan. Sedarlah 7

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang bahawa, tiada jaminan bahawa segalanya akan berjalan lancar seperti yang kita hendaki. Pilih tempat pendidikan yang mampu ditanggung dan kerjasama antara ibubapa dan anak sangat diperlukan agar menjauhi Loan.

Sikap diri sendiri yang inginkan berada selaras dengan trend semasa, membelibelah pakaian, aksesori kereta, gila brand ternama, inginkan game terbaru, kaki wayang, kaki gayut telefon dll perlu dikikis. Senjata utama yakni, kad kredit. Ianya pintu anda untuk menjadi hamba kepada topeng dunia yang indah, lalu terjerat dengan Loan yang tidak dirancang. Kad kredit kelihatan seperti penyelamat agar anda dapat mendahulukan pembayaran Loan yang diambil, namun yang terbaik tetap belajar untuk berdisiplin. Belanja ikut saiz poket masing-masing. Besederhana adalah yang terbaik (walaupun saiz poket anda besar).

Selari dengan budaya trending, kad kredit diberi secara percuma dan Loan menjadi jalan untuk mampu milik segala-galanya dengan cepat dan mudah. Maka budaya kegagalan untuk membayar hutang ataupun Loan turut terbit akhirnya. Jumlah kebankrapan di Malaysia mencapai puluhan malahan ratusan ribu sejak 1998 dan ianya masih lagi berlaku hingga ke hari ini, dan kian meningkat. Kesan daripada peningkatan kegagalan ‘penghutang’ membayar Loan (yakni kita) maka secara tidak sedar kita sendiri telah memungkinkan kewujudan satu pekerjaan yang dikenali sebagai Agen Kutipan Hutang atau lazimnya dipanggil ‘Debt Collector’.

Debt Collector bekerja di bawah DCA atau Debt Collection Agency dan kerjakerja mereka adalah untuk menuntut hutang daripada mereka-mereka yang gagal membayar hutang pada waktunya. Tidak dinafikan bahawa pekerjaan Debt Collector ini boleh dilakukan dengan cara yang baik namun daripada ribuan pekerja yang ada, boleh dikatakan hanya ~10% sahaja yang bekerja dengan penuh etika. Selebihnya bekerja dengan melanggar etika dan hubungan sesama manusia.

8

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Debt Collector yang bekerja tanpa etika inilah yang memarahi penghutang tanpa belas kasihan, mengugut dengan pelbagai cara seperti tindakan mahkamah, saman, lori sita, lawatan ke tempat kerja malahan dipenjara sekalipun. Pekerja kerajaan diugut dengan tindakan tatatertib, kehilangan wang pencen malahan dibuang kerja. Yang memiliki rumah pula diugut kehilangan harta benda dan sebagainya tanpa rasa kasihan dan timbang rasa. Sebagai penghutang yang pernah berinteraksi dengan Debt Collector seperti ini pasti mempunyai keluhan, “Sudahlah orang susah nak bayar hutang, kini disusahkan dengan ugutan sedemikian pula.“

BENAR. Ugutan yang diajukan oleh Debt Collector boleh berlaku malahan pernah berlaku. Namun ianya tidaklah seperti yang ditekankan oleh para Debt Collector yang kejam ini. Setiap perkara ada proses dan langkahnya. Setiap undang-undang dan peraturan ada konsepnya. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Ebook ini bertindak sebagai panduan bagaimana proses dan etika yang sebenarnya. Mudah-mudahan membantu penghutang-penghutang untuk bijak dan tenang menghadapi para Debt Collector yang menyalahi etika.

Bersama-sama Ebook ini disertakan konsep perundangan, proses perjalanan ke mahkamah, rahsia Debt Collector yang mereka tidak ingin anda tahu, dan rahsia-rahsia lain. Tanpa panduan ini, anda samada menjadi mangsa ugutan sepanjang masa atau diganggu dengan panggilan telefon (yang sebenarnya ada batas undang-undang berkaitannya). Ketahui rahsia Debt Collector, sistem perundangan berkaitan kehutangan, cara membayar hutang anda tanpa tekanan-tekanan melampau dan akhirnya keluar dari kehutangan itu selamalamanya, InsyaAllah.

9

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

BAB 1: DEBT COLLECTOR Apa itu Debt Collector?

12

Lain-Lain Tentang Debt Collector

12

Skop Kerja Debt Collector

13

Peralatan Kerja Debt Collector

14

Mitos Berkenaan Debt Collector – Semuanya Jahat!

14

BAB 2: PERATURAN SEBAGAI DEBT COLLECTOR Pembulian dan Keganasan

19

Pelanggaran Hak Peribadi

22

Lawatan ke Tempat Kerja Si Penghutang

24

Menipu Penghutang

27

Menuntut Hutang daripada Pihak Ketiga @ Third Parties

31

Pengesahan Kuasa Sebagai Debt Collector

33

Maklumat Pelanggan

34

BAB 3: RAHSIA DEBT COLLECTOR 9 Nombor Telefon

35

Nombor Telefon Bimbit Khas dan Pejabat

36

Masa Membuat Panggilan

36

Pelanggaran Data Kepada Pihak Ketiga

37

SMS

38

Emel

39

Tidak Boleh Bayar Sedikit

40

Menyamar

41

CTOS, CCRIS, Senarai Hitam @ Blacklist

42

Jika Anda Tidak Bayar Sekarang, HariI Ini, Jam Ini, Tindakan Akan Diambil!

43

Anda Sebagai Penjamin Mesti Langsaikan Semua Sebab Penghutang Dah Hilang

44

10

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang BAB 4: KESILAPAN PARA PENGHUTANG Tidak Membayar Hutang

45

Bergaduh Dengan Debt Collector/ Bank

47

Tidak Menghadirkan Diri Ke Mahkamah

48

Tidak Serius Membayar Hutang

50

Tidak Mengangkat Panggilan Telefon daripada Debt Collector

52

Memandang Remeh Status Kebankrapan

52

Melarikan Diri Setelah Menerima Surat Mahkamah

55

Menganggap Debt Collector Kebanyakannya Palsu

55

Sudah Bayar Tetapi Lambat Uruskan Hitam Putih Penjadualan Semula @ Reschedulment Tunggakan 57 Sudah Bayar Dan Abaikan

57

Menganggap Bank Itu Baik

58

BAB 5: UNDANG-UNDANG BERKAITAN KEHUTANGAN Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 @ BAFIA ACT - (Seksyen 97-99)

59

Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 – (Seksyen 119)

63

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

64

BAB 6: PERJALANAN KE MAHKAMAH (Kes Sivil)

73

BAB 7: MITOS/ KISAH BENAR Mati

79

Interview/ Temuduga

80

Jutawan

81

Desak

82

LAMPIRAN

11

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

BAB 1: DEBT COLLECTOR 1. Apa itu Debt Collector? Debt Collector merupakan satu pekerjaan yang menjanjikan pendapatan lumayan. Ianya tidak mengira tahap pendidikan seseorang, malahan lepasan SPM sekalipun boleh mendapatkan kerja dalam bidang ini. Gaji asas kepada pekerjaan ini boleh jadi serendah RM800 dan sehingga setinggi RM30,000 sebulan. Namun, apa yang dikejar oleh Debt Collector sebenarnya adalah komisen yang diterima andai mereka berjaya menuntut sejumlah tertentu hutang daripada para penghutang. (*Saya menggunakan ‘penghutang’ dan bukan peminjam bagi mewakilkan individu pengambil Loan yang gagal membayar hutang atau Loan yang terlibat.) Komisen yang diterima boleh mencecah RM300,000 walau dalam masa seminggu bekerja oleh budak lepasan SPM. Ini kerana, apa yang diperlukan adalah mereka berjaya menuntut hutang daripada para penghutang. Mereka turut dijanjikan bonus seperti pelancongan ke luar negara secara percuma termasuk kos perbelanjaan ditanggung sepenuhnya. Komisen hanya akan diterima setelah mereka melepasi landasan RM30,000 (takat asas). Setiap jumlah tertentu akan diberikan komisen berdasarkan peratusan dari sekecil 1% kepada sebesar 4%, bergantung kepada syarikat. Inilah motivasi kebanyakan Debt Collector iaitu DUIT. Makin banyak duit dituntut, makin banyak komisen diterima. Inilah sebabnya mengapa ada antara Debt Collector sanggup memberi tekanan, memaksa, menipu, mengugut dan sebagainya demi untuk mengejar komisen tersebut.

2. Lain-Lain Tentang Debt Collector Debt Collector kebiasaannya juga dipanggil sebagai Perunding Kewangan.

12

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Namun, kerana perbuatan para Debt Collector yang kejam, mereka dikenali juga sebagai Along Berlesen, Agen Bank, Jerung dan nama-nama binatang lainya yang sebenarnya lebih baik berbanding sebilangan manusia di muka bumi ini. Debt Collector bekerja dari awal pagi jam 9.00AM sehingga 6.30PM dan pada waktu-waktu tertentu, mereka bekerja sehingga jam 9.00PM waktu malam. Waktu tertentu ini tidak dikira sebagai bekerja lebih masa atau overtime malahan dikira sebagai masa bekerja asas seperti 9 ke 5 yang biasa. Bergantung kepada syarikat, mereka boleh bekerja dari Isnin hingga Ahad (Sabtu dan Ahad setengah hari) atau sekadar dari Isnin hingga Sabtu (masa penuh). Ada juga yang menggunakan sistem lompat, minggu pertama sehingga Jumaat, minggu kedua sehingga Sabtu, minggu ketiga sehingga Jumaat dan minggu terakhir sepanjang minggu. Minggu terakhir biasanya dikira daripada 23 haribulan keatas. Psikologinya adalah, ini adalah masa penerimaan gaji secara majoriti bagi rakyat Malaysia. Kebiasaannya, sepanjang hari dari 23 haribulan, mereka akan bekerja sehingga 9.00 PM.

3. Skop Kerja Debt Collector Pekerjaan Debt Collector yang utama, sesuai dengan namanya adalah untuk menuntut hutang. Cara mereka menuntut hutang adalah dengan membuat panggilan telefon, menghubungi si penghutang melalui telefon bimbit, nombor pejabat, rumah dan sebagainya, seperti yang dinyatakan di dalam borang permohonan hutang terdahulu. Apabila penghutang gagal dihubungi, mereka menggunakan khidmat Runner yang akan menghantar surat tuntutan kepada si penghutang di rumah kediaman mereka. Sekali sekala, Debt Collector akan turun padang untuk menemui penghutang di rumah mereka apabila panggilan telefon sudah tidak berkesan. 13

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana mereka boleh mendapatkan nombor telefon penghutang walaupun mereka sudah berpindah rumah, berhenti kerja atau menukar nombor telefon – Ini akan dijelaskan di Bab seterusnya kelak. Teruskan pembacaan anda.

4. Peralatan Kerja Debt Collector Debt Collector biasanya dibekalkan dengan sebuah komputer lengkap (tetikus, papan kekunci @ keyboard, skrin, CPU) dan sebiji headphone serta satu sistem panggilan telefon. Sistem ini dilengkapi dengan 9 nombor berbeza, yang mana setiap nombor diwakili oleh nombor ala-ala nombor telefon bimbit, private number dan nombor pejabat. Pada sistem sama, ianya dilengkapi dengan program untuk menghantar SMS, menyimpan data panggilan seperti masa, merekod dan merakam perbualan, menyimpan nota panggilan dan sebagainya. Bagi syarikat besar, mereka memiliki sistem robotik yang mana perbualan bahasa Inggeris dilakukan oleh Artificial Intelligence (A.I.) atau perisian untuk bertanya soalan, dan mendapat jawapan. Ini kerana, tidak ramai Debt Collector yang fasih berbahasa Inggeris. Namun jangan salah sangka, pengalaman kerja mereka membolehkan mereka mampu berbahasa Inggeris mudah seperti juga pekerjaan pramugari dan pramugara dalam kapal terbang. Memahami dan mengetahui apa yang perlu sahaja. Pada sistem yang sama, mereka juga mampu mengakses maklumat pelanggan dengan mudah seperti maklumat peribadi pelanggan, maklumat akaun, baki pinjaman dan sebagainya.

5. Mitos Berkenaan Debt Collector – Semuanya Jahat! Pekerjaan sebagai Debt Collector ini adalah sah di sisi undang-undang. Ianya halal untuk dilakukan dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja di Malaysia ini.

14

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Kenyataan ini dikiaskan dengan pekerjaan pengurus-pengurus zakat pada petikan ayat Al-Quran 9 : 60 di bawah: Quran 9 : 60 Surah at-Taubah (Pengampunan) Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orangorang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu’allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah: dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Halal dan sah dalam konteks tiada penipuan dilakukan, berlandaskan hukumhukum agama dan membantu berunding dengan pelanggan agar mereka mudah untuk menyelesaikan masalah kehutangan yang dimiliki. Apa yang merosakkan nama pekerjaan ini adalah sifat tamak yang wujud dalam diri sebilangan besar Debt Collector yang hanya ingin mengejar komisen semata-mata dan mengabaikan nilai kemanusiaan dan agama. Mereka tidak lagi berunding namun memaksa dan mendesak para penghutang sehingga para penghutang tertekan dan ada diantaranya yang merasa terseksa dengan gangguan yang diterima. Berdasarkan rekod, terdapat mangsa yang meninggal dunia akibat desakan daripada Debt Collector yang tidak bertanggungjawab ini. Mungkin ianya bukanlah secara fizikal, namun panggilan yang terlalu mendesak boleh menyebabkan tekanan dan membawa kepada serangan sakit jantung dan sebagainya. Jika anda berhadapan dengan Debt Collector yang baik, anda akan dilayan dengan baik dan segala urusan akan berjalan dengan lancar sekali. Anda tidak akan merasa tertekan malahan anda akan merasa bersyukur kerana dihubungi oleh Debt Collector terbabit.

15

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Ramai penghutang yang melakukan kesilapan dengan bersifat kasar kepada semua Debt Collector yang menghubungi mereka. Kesilapan inilah yang sebenarnya mempercepatkan proses saman dan tindakan daripada pihak bank. Bahasa kasar, bahasa kesat, meninggikan suara, menipu tarikh pembayaran merupakan kesilapan-kesilapan biasa yang menyebabkan mereka mendapat saman pada kadar paling cepat. Berdasarkan rekod, saman terpantas adalah selepas 3 bulan lambat membayar hutang. Kesilapan penghutang terbabit ialah bersifat kasar kepada Debt Collector dan menyebabkan Debt Collector terbabit menghantar laporan kepada pihak bank akan perbuatan kasar terbabit bersertakan bukti audio dan rakaman suara. Debt Collector adalah peluang kedua kepada para penghutang setelah pihak bank dan sebagainya melepaskan tanggungjawab menghubungi anda, jadi, jadikan mereka sebagai talian keselamatan anda berbanding musuh. Ramai juga penghutang yang bertindak dengan tidak ingin bekerjasama dengan Debt Collector dan hanya ingin bekerjasama dengan pihak bank sahaja. Ini sesuai apabila anda berhadapan dengan Debt Collector yang kejam, namun jika anda melakukan tindakan serupa kepada Debt Collector yang baik, anda hanya menguntungkan pihak yang membenarkan riba kepada anda – dan menolak orang yang berusaha melepaskan anda dari riba. Jika anda faham akan konsep ini, anda akan tahu bahawa sentiasa berbuat baik itu penting. Pihak yang memberi bunga @ interest itu menyebabkan anda terpalit dengan riba, dan Debt Collector yang menghubungi anda untuk mengingatkan anda tentang hutang anda itu adalah sahabat anda. Mengapa ramai yang ingin bekerjasama dengan pemberi riba masih menjadi misteri kepada ramai ahli-ahli Debt Collector Association. Ingat, memberi dan menerima riba dosanya adalah sama. Aneh bukan apabila memilih untuk bekerjasama dengan pihak pemberi riba dan bukan dengan 'rakan yang mengingatkan' anda? Di sini saya berkongsi beberapa hadis yang membuktikan Loan + interest adalah sejenis riba: “Abu Said al-Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah (S.A.W) bersabda: Emas hendaklah dibayar dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, kurma dengan kurma dan garam dengan garam, barang 16

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang dengan barang (yang boleh berfungsi sebagai duit), pembayaran hendaklah dibuat tangan ke tangan. Jika sesiapa memberi bayaran lebih atau meminta bayaran lebih, maka dia telah berurusan secara riba. Penerima dan pemberi bayaran (riba) adalah sama-sama bersalah. (Muslim)” “Jabir meriwayatkan bahawa Rasulullah (S.A.W) melaknat seseorang yang mengambil (menggunakan duit/ hasil) riba, seseorang yang memberi (membuat bayaran) riba, seseorang yang merekod (menulis untuk mencatit) transaksi (urus niaga), dan dua orang saksi yang terlibat. Baginda berkata: Mereka semua yang terlibat adalah sama-sama bersalah. (Muslim)” Salah faham keatas Debt Collector yang baik, juga menyebabkan kerosakan moral di mana perkataan kesat yang tidak sepatutnya dihamburkan keluar dari mulut. Berdasarkan kajian psikologi di Barat, seseorang yang cenderung untuk berkata kesat, berlaku kasar dan seangkatan dengannya mudah untuk membawa perwatakan yang serupa terhadap orang-orang sekeliling mereka seperti anak-anak, isteri dan kenalan yang lain. Psikologi mungkin tidak diterima oleh semua orang, namun agama turut melarang kita daripada bersifat kasar kepada orang lain.

17

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

BAB 2: PERATURAN SEBAGAI DEBT COLLECTOR Seperti mana kerjaya-kerjaya yang lain, kerjaya sebagai Debt Collector juga tertakluk kepada peraturan-peraturan dan garis panduan tertentu. Peraturanperaturan dan garis panduan inilah yang mengawal kerakusan sebilangan Debt Collector yang begitu mengejar komisen tanpa memperdulikan perasaan dan kehidupan para penghutang. Sikap Debt Collector yang mempunyai unsur tipu daya untuk mengaut komisyen atas kesengsaraan penghutang adalah sikap yang menyebabkan kemurkaan Allah seperti ayat Quran 4 : 161: Quran 4 : 161 Surah an-Nisaa’ (Wanita) -161. dan disebabkan mereka memakan riba (meragut keuntungan di atas kesengsaraan/ kerugian orang lain), padahal sesungguhnya mereka telah dilarang daripadanya, dan kerana mereka memakan harta orang dengan jalan yang batil. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir (tidak menerima peraturan Allah) di antara mereka itu siksa yang pedih. Para penghutang perlu menyedari dan memahami bahawa peraturanperaturan ini wujud demi menjaga hak para penghutang sebagai rakyat di Malaysia, dan hak mereka terlindung di bawah undang-undang. Tanpa pemahaman dan pengetahuan tentang peraturan-peraturan ini, para penghutang terbuka untuk mendapat serangan emosi dan mungkin juga fizikal tanpa menyedari hak-hak sebenar mereka.

18

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Suka diingatkan kepada para penghutang juga Debt Collector yang masih baru, ini adalah peraturan asas sebagai Debt Collector dan jika ianya dilanggar, aduan boleh dibuat dan tindakan undang-undang boleh diambil ke atas kes-kes yang melampau.

Peraturan 1: Pembulian atau Keganasan Debt Collector tidak dibenarkan melakukan sebarang pembulian atau keganasan, tidak kira secara lisan mahupun fizikal ke atas mana-mana peminjam dan penghutang. Mereka tidak dibenarkan untuk menyebabkan para penghutang merasa terancam, merasa takut yang boleh menyebabkan tekanan emosi melampau atau dalam kes-kes berat, menyebabkan para penghutang merasa ingin mati. Secara ringkas, ini adalah landasan yang tidak boleh dilanggar oleh Debt Collector:

a) Menggunakan perkataan-perkataan yang mengugut, mengutuk, mencemuh dan merendah-rendahkan si penghutang. Meskipun peraturan ini adalah untuk para Debt Collector, para penghutang juga sebenarnya tertakluk kepada peraturan sama. Jika didapati ada bukti ancaman atau ugutan, para penghutang juga boleh dikenakan tindakan mahkamah sesuai dengan kesalahan yang dilakukan. Sila jaga tertib dan bahasa anda selaku penghutang kerana anda ingin proses pembayaran hutang anda diuruskan dengan mudah dan bukan dengan kes-kes mahkamah menghantui anda. Setiap perbualan antara Debt Collector dan Penghutang adalah dirakam dan disimpan di dalam arkib Agensi/ Syarikat pungutan hutang berkenaan. Namun, nasihat kepada para penghutang yang sentiasa dibuli, diugut dan sebagainya, anda juga boleh merakam perbualan anda sebagai langkah berjaga-jaga. Ini adalah untuk menjaga hak anda dan bukti turut berada di tangan anda dan bukan di sebelah pihak sahaja.

19

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang b) Menyebabkan kecederaan fizikal kepada penghutang atau kenalan (pihak ketiga) yang mengenali si penghutang. Debt Collector tidak hanya bekerja di dalam pejabat sahaja, ada masanya mereka akan melakukan lawatan luar atau Field Visit. Field Visit ini adalah di mana Debt Collector akan pergi ke alamat milik si penghutang untuk menghantar surat amaran dan pada masa sama, melakukan rundingan kepada si penghutang. Oleh itu, jika Debt Collector mengatakan mereka akan datang ke alamat anda, berkemungkinan ianya adalah sesuatu yang benar dan bukan kata-kata kosong. Namun begitu, mereka masih tertakluk di bawah undang-undang. Para Debt Collector tidak dibenarkan untuk merosakkan harta benda si penghutang, bergaduh dengan si penghutang atau menceroboh masuk ke kawasan rumah di penghutang tanpa kebenaran. Ini tertakluk di bawah beberapa akta undang-undang seperti pencerobohan, kerosakan harta benda dan sebagainya. Pada masa sama, si penghutang juga tertakluk kepada akta-akta lain seperti keganasan, buli dan sebagainya. Oleh itu, sila kawal emosi dan tingkah laku anda. Difahami secara psikologi bahawa para penghutang cenderung untuk bertindak ganas ke atas para Debt Collector kerana situasi semasa, berada di ‘kawasan’ selesa miliknya, jadi kawal diri anda. Tekanan hutang sudah berat namun dipenjarakan adalah jauh lebih berat lagi walaupun setelah anda dibebaskan kelak. – Bank tetap akan menuntut anda membayar hutang+interest meskipun anda bekas banduan.

c) Masuk tanpa diundang atau menceroboh ke dalam kawasan milik si penghutang atau tidak beredar setelah diminta. Seperti yang dijelaskan pada poin b), Debt Collector tidak boleh sewenang-wenangnya menceroboh masuk ke kawasan milik si penghutang tanpa kebenaran. Dalam kes tempat kerja, Debt Collector juga tidak boleh masuk tanpa kebenaran pengawal atau pegawaipegawai lain yang bertugas. 20

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Setelah si penghutang berjumpa dengan Debt Collector, si penghutang berhak meminta mereka beredar dengan cara baik. Jika mereka tidak juga beredar, si penghutang berhak menghubungi pihak polis atas gangguan yang diterima. Mungkin ia memalukan namun ini adalah pakej yang datang bersama hutang; yakni malu.

d) Merosakkan atau memindahkan sebarang harta benda milik si penghutang. Debt Collector meskipun memiliki hak untuk menuntut hutang daripada si penghutang, mereka tidak ada hak ke atas barang-barang si penghutang. Mereka tidak ada hak untuk mengambil barang-barang si penghutang, merosakkannya atau memindahkannya tanpa kebenaran undang-undang. Kebenaran undang-undang yang dimaksudkan adalah perintah mahkamah bagi notis sita dan lelongan. Jika anda berhadapan dengan Debt Collector yang melanggar undang-undang ini, tangkap gambar sebagai bukti dan buat laporan polis.

e) Mengugut untuk mendedahkan kegagalan si penghutang untuk membayar hutangnya atau mendedahkan perihal kehutangan si penghutang kepada pihak ketiga. Mengugut untuk mendedahkan maklumat kehutangan kewangan adalah salah di sisi undang-undang dan Debt Collector tertakluk di bawahnya. Meskipun anda telah melanggar perjanjian dengan pihak bank, namun hak kerahsiaan anda masih tertakluk pada undang-undang. Pihak bank atau Debt Collector tidak boleh mendedahkan perihal kehutangan anda kepada mana-mana pihak ketiga (third party) termasuklah isteri anda, anak anda atau ibubapa anda. Melainkan anda memberi kebenaran kepada Debt Collector, barulah mereka boleh menyatakan kes kehutangan anda kepada pihak ketiga tersebut. Namun harus diingat, undang-undang ini wujud namun ianya tidak dapat menjamin hak anda 100%. Melainkan anda ada bukti, barulah 21

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang aduan boleh dilakukan. Mengulang apa yang dikatakan di atas, sila pastikan anda memiliki bukti rakaman untuk diri anda sendiri. Telefon bimbit moden kini boleh merakam perbualan jadi sila pastikan anda tahu bagaimana untuk menggunakannya. Jika anda menerimanya dalam bentuk teks seperti SMS atau MMS atau Whatsapp, pastikan anda mengambil rekod bergambar atau menyimpannya di dalam telefon anda untuk rujukan kelak.

f) Menyiarkan poster atau sebarang nota bertulis di kediaman si penghutang untuk memalukan si penghutang. Tidak sama sekali Debt Collector dibenarkan untuk melakukan tindakan yang boleh memalukan si penghutang di kediamannya. Dalam kes along tak berlesen, menyimbah cat merah atau melekat poster di dinding merupakan satu jenayah dan salah di sisi undang-undang. Bagi Debt Collector yang bekerja dengan pihak bank, mereka juga tertakluk pada undang-undang yang sama. Jika anda ada bukti anda dimalukan sedemikian rupa, sila buat laporan polis untuk menjaga hak anda.

Peraturan 2: Pelanggaran Hak Peribadi Dalam kes-kes menuntut hutang, para Debt Collector sama sekali tidak dibenarkan:

a) Menghubungi si penghutang atau ahli-ahli keluarga si penghutang, kenalan, rakan-rakan atau rakan sekerja si penghutang samada melalui telefon, bersemuka atau melalui cara komunikasi yang lain pada WAKTUWAKTU yang tidak logik. Ini merujuk kepada panggilan telefon pada awal-awal pagi atau larut malam yang menggangu ketenteraman untuk tidur dan sebagainya. Ianya haruslah bersesuaian dengan masa yang ditetapkan. Bagi Malaysia, jam22

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang jam tertentu iaitu waktu untuk tidur bagi kebanyakan orang bukanlah masa yang logik untuk menerima panggilan atau gangguan daripada Debt Collector.

b) Menghubungi si penghutang luar dari masa yang ditetapkan. Di Malaysia, masa yang logik adalah antara 8.00AM hingga 9.00PM. Penghutang harus peka dengan masa ini dan jika didapati mereka diganggu lebih awal atau selepas dari waktu ini, walau seminit sekalipun, penghutang boleh membuat aduan. Syaratnya ialah mesti mengemukakan bukti panggilan. Debt Collector harus peka dengan julat waktu ini, kerana ini adalah kerja mereka, jika mereka melanggar titik waktu ini, mereka boleh dianggap mengganggu ketenteraman. Namun demikian, untuk kes-kes tertentu, Debt Collector boleh menghubungi si penghutang luar dari tempoh masa ini dengan syarat mendapat kebenaran daripada si penghutang. Samada si penghutang sendiri yang menghubungi Debt Collector pada luar waktu ini atau si penghutang meminta untuk dihubungi luar dari julat waktu ini, maka ianya dibenarkan dalam konteks undang-undang. Jangan pula anda membuat aduan diganggu apabila anda sendiri yang memulakan perbualan sms atau membuat panggilan kerana itu adalah kebodohan.

c) Menghubungi si penghutang lebih dari 3 kali seminggu atau 12 kali sebulan jika si penghutang memberi respon akan panggilan tersebut. Wujud kes dimana si penghutang mengatakan bahawa dia diganggu dengan panggilan telefon yang banyak daripada Debt Collector dan menggunakan poin c) ini dalam aduan mereka namun ini adalah kebodohan yang nyata. Ini kerana, kebanyakan aduan adalah daripada panggilan yang tidak dijawab langsung atau panggilan yang diangkat namun tiada komunikasi daripada pihak penghutang (berdiam sahaja dengan bunyi nafas kedengaran).

23

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Jika anda ingin mengelakkan diri diganggu dengan panggilan telefon berulang-ulang setiap minggu atau bulan, angkat telefon anda, berkomunikasi dengan Debt Collector terbabit. Jadi, apabila mereka melanggar peraturan ini, barulah anda boleh berkata kepada mereka, "Anda melanggar peraturan! Ikut undang-undang anda hanya boleh menelefon 3 kali seminggu..."

d) Berada di premis atau tempat kerja atau rumah si penghutang untuk satu tempoh yang terlalu lama dari yang diperlukan atau tidak beredar apabila diminta. Apabila ada Debt Collector datang kepada anda samada di rumah atau di tempat kerja, jangan bersembunyi melainkan mereka memang penjahat. Jika mereka sekadar Debt Collector yang mengikut landasan undangundang, temui mereka dan katakan bahawa anda tidak ingin berurusan di tempat kerja anda atau di rumah anda. Tetapkan lokasi pilihan anda seperti pejabat Debt Collector, bank dan sebagainya. Bersembunyi hanya akan menyebabkan mereka bertindak agresif, dan pengawal atau rakan-rakan sekerja anda akan bertanya itu dan ini. Meskipun mereka tidak bercerita mengenainya, surat merah yang diserahkan oleh Debt Collector untuk diberikan kepada anda hanya akan memalukan diri anda sahaja. Beri kerjasama dan minta mereka pergi dengan baik. Sila rakam percakapan anda jadi apabila mereka melangagr etika dan memaksa-maksa anda ketika di tempat kerja anda, anda tahu anda boleh membuat aduan. Dalam kes berat, anda boleh melakukan saman malu.

Peraturan 3: Lawatan ke Tempat Kerja Si Penghutang Meskipun ada yang mengatakan bahawa adalah tidak patut Debt Collector datang ke tempat kerja si penghutang, namun hak individu membenarkan sesiapa sahaja berada di sesuatu premis itu seandainya ia terbuka. Katakan

24

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang anda bekerja di sekolah, sekolah membenarkan pelawat masuk. Katakan anda bekerja di hospital, hospital juga membenarkan pelawat masuk. Namun demikian, Debt Collector hanya dibenarkan datang ke tempat kerja anda atas sebab-sebab berikut: a) Si penghutang gagal memberi respon dalam apa-apa cara komunikasi yang ada seperti telefon atau kiriman surat. Dalam kes-kes ini (Kebiasaannya perpindahan atau berhenti kerja), Debt Collector berhak datang untuk bertanya akan kemandirian si penghutang.

b) Tidak dapat dihubungi di lokasi yang lain. Lokasi lain yang dirujuk adalah kediaman si penghutang, berdasarkan alamat yang dituliskan pada borang permohonan membuat hutang/ Loan dahulu. Debt Collector harus bermula di sini dan bukannya terus ke pejabat atau tempat kerja si penghutang. Melainkan si penghutang sudah berpindah atau tiada alamat lain yang mungkin, maka tempat kerja adalah alamat yang logik untuk menemui si penghutang.

c) Diberi kebenaran oleh si penghutang untuk datang. Dalam kes-kes tertentu seperti si penghutang tidak mampu untuk keluar rumah kerana masalah kesihatan dan sebagainya, mereka berhak meminta untuk ditemui di rumah. Sebenarnya ini merupakan satu kelebihan kepada penghutang kerana mereka dapat menunjukkan keadaan kesihatan mereka dengan jelas. Pegawai yang dihantar untuk berkunjung ke rumah anda adalah manusia dan bukannya robot. Apabila mereka datang dan melihat keadaan anda, mereka harus membuat laporan mengapa anda gagal membuat pembayaran pada masa yang ditetapkan. Melalui laporan itu, anda bolehlah meminta kelonggaran dalam berapa jumlah perlu dibayar sebulan dan sebagainya. Ianya amat-amat jarang berlaku namun ada direkodkan penghutang yang diberi kelonggaran kerana hanya manusia 25

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang berhati batu sahaja yang tidak akan tersentuh melihat kesusahan seseorang. Terdapat satu petikan hadis yang memuji pihak yang memberi kelonggaran terhadap orang berhutang yang berada dalam kesusahan: “Imran bin Husain meriwayatkan bahawa Rasulullah (S.A.W) bersabda: Apabila seseorang mempunyai sesuatu yang perlu dibayar kepadanya daripada orang lain, dia akan diberikan ganjaran seperti memberi sedekah untuk setiap hari yang dia berikan penangguhan (kelonggaran kepada si penghutang) pembayaran (hutang) kepadanya. (Musnad Ahmad)” Jangan silap pula bahawa menganggur atau tiada kerja itu sebagai satu alasan kukuh. Sedangkan pekerja dari negara luar boleh mendapat pekerjaan, inikan rakyat Malaysia. Jadi, elakkan diri anda dimalukan dengan situasi berkenaan. Dapatkan kerja walau sekecil manapun gaji kerana ketika itu, mudah untuk membuat rundingan.

d) Si penghutang adalah pemilik atau pengarah di mana hutang itu berkaitan. Ini merujuk kepada pemilik premis berkenaan. Jika dia adalah pemilik tempat kerja berkenaan, maka secara logiknya dia mampu untuk membayar hutangnya dan dia pastinya boleh ditemui di tempat kerjanya itu. Dalam kes di mana si penghutang tiada di tempat kerja atau kediamannya, Debt Collector tidak dibenarkan untuk mengugut ahli keluarga si penghutang, kenalan, jiran tetangga atau rakan sekerja si penghutang samada melalui panggilan telefon atau dalam apa cara sekalipun bagi mendapatkan sebarang maklumat komunikasi di mana si penghutang berada. Jadi, jika ada antara kenalan anda diganggu, pastikan mereka memiliki bukti dan buat aduan kepada pihak berkenaan seperti bank atau polis jika kes berat.

26

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Bagi penghutang yang mempunyai kemampuan untuk melangsaikan hutang, amat digalakkan untuk melunaskan segala hutang kerana Rasulullah (S.A.W) menegur dengan keras perbuatan tidak membayar hutang walaupun mampu di dalam beberapa hadis, antaranya: “Abu Hurairah berkata: Rasulullah (S.A.W) bersabda: Ia adalah satu tindakan zulm (kezaliman dan ketidakadilan) apabila seseorang dengan harta (yang mencukupi untuk membayar hutangnya) perlu menunda (dalam pembayaran hutang itu). (Bukhari)” “Al-Sharid meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad (S.A.W) bersabda: Melewatkan pembayaran hutang oleh orang yang mempunyai cara (kemampuan) untuk membayar (hutangnya), menjadikannya boleh untuk dimalukan dan dihukum. Ibn alMubarak menerangkan bahawa ‘dimalukan’ bermakna penghutang boleh ditegur (berlaku garang terhadap penghutang) dengan kasar atau diherdik, dan ‘dihukum’ bermakna penghutang boleh dipenjarakan kerana sengaja tidak membayar hutang. (Abu Daud, Nasa’i)”

Peraturan 4: Menipu Penghutang Menipu telah menjadi suatu kebiasaan antara si penghutang dan Debt Collector. Si penghutang menipu tarikh pembayaran, jumlah yang akan dibayar dan juga memungkiri janji akan membuat pembayaran. Debt Collector juga menipu bagi mendapatkan si penghutang untuk membayar hutang-hutangnya pada masa yang ditetapkan. Penipuan si penghutang ada yang diniatkan dengan sengaja dan ada juga kerana terdesak, dan ada juga yang tiada niat untuk menipu pada awalnya namun, keadaan kecemasan membawa si penghutang kepada situasi berdusta dan memungkiri janji. Senario ini telah dikatakan oleh Rasulullah (S.A.W) lebih 1400 tahun yang lalu: “Aisha meriwayatkan: Rasulullah (S.A.W) selalu memanjatkan doa ketika mendirikan solat, dan selalu berkata: Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari dosa-dosa dan dari cengkaman hutang (berada dalam berhutang). 27

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Seseorang bertanya kepada baginda: Berapa kerap Ya Rasulullah (S.A.W) memohon perlindungan dari cengkaman hutang (berada dalam berhutang)? Baginda menjawab: Apabila seseorang itu dicengkam hutang (berada dalam berhutang), dia (cenderung) untuk bercakap dan berdusta, dan dia berjanji dan memungkiri janjinya. (Bukhari)” Namun, kebiasaan inilah yang menyebabkan ramai penghutang gagal berada dalam landasan jutawan tetapi sebaliknya berada di landasan mangsa Debt Collector yang jahat. Pastikan anda jujur dalam setiap perlakuan dan rundingan anda, jadi apabila anda menyatakan kes anda kelak, kredibiliti anda diyakini dalam mana-mana bukti rakaman yang wujud. Jangan sesekali menipu dengan sengaja dan cubalah sedaya upaya untuk mengotakan janji. Ini adalah peraturan untuk Debt Collector yang mana mereka tidak boleh langgar apabila melibatkan penipuan ke atas si penghutang. Apabila para Debt Collector menghubungi si penghutang tidak kira melalui panggilan telefon atau notis bertulis atau secara bersemuka, mereka tidak dibenarkan untuk menipu si penghutang dalam: a) Jumlah Hutang Sebenar - Si penghutang haruslah diberikan jumlah sebenar hutang mereka. Debt Collector tidak harus mengambil atau menerima wang tunai dari si penghutang. Pernah direkodkan kes di mana ada penghutang yang menyerahkan wang tunai kepada Debt Collector bagi melakukan pembayaran hutang mereka dan setelah dikesan, Debt Collector terbabit menggunakan wang terbabit untuk urusan peribadi. Bagi mengelakkan keadaan ini terjadi, penghutang yang ingin membayar hutang mereka haruslah melalui bank secara langsung agar segala rekod transaksi terus berlaku tanpa wujudnya pihak ketiga. Jangan mudah percaya kepada resit kerana sesiapa sahaja boleh memberikan resit, namun transaksi di bank, terutamanya di kaunter disokong oleh rakaman kamera, maklumat digital, resit dan saksi. Dalam Kes Debt Collector yang baik, sila beri kerjasama seperti salinan resit. Bagi Debt Collector yang jahat, abaikan mereka, biar mereka dapatkan rekod bayaran itu sendiri. Ia akan melambatkan kerja mereka 28

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang dalam 2 minggu hingga ke sebulan. Bagi Debt Collector yang baik, tidak perlu susahkan mereka kerana anda membuka pintu rezeki mereka juga.

b) Menuntut jumlah lebih daripada nilai tertunggak. Dalam beberapa kes, ada Debt Collector yang sengaja menuntut jumlah lebih daripada tunggakan sebenar yang dinyatakan oleh pihak pemberi pinjaman/ Loan. Ini selalu terjadi apabila melibatkan kes ingin merobek komisen, maka tuntutan diminta adalah 3 hingga 4 bulan lebih dari nilai tunggakan sebenar. Ini tidak terkecuali bagi mana-mana Debt Collection Agency termasuklah bank sendiri. Untuk kebaikan anda, sila simpan semua rekod pembayaran dan hutang anda dan semak berapa nilai tunggakan sebenar anda. Elakkan daripada didesak untuk mendapatkan sejumlah wang yang banyak sedangkan tunggakan anda adalah sedikit berbanding yang diminta. Menulis rekod pinjaman adalah perintah Allah (2 : 282) seperti dibawah: Quran 2 : 282 Surah Al-Baqarah (Sapi betina) -282. Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu’amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah telah mengajarkannya, maka hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu mengimlakkan apa yang ditulis itu, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangi sedikitpun daripada hutangnya. Jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah keadaannya atau dia sendiri tidak mampu mengimlakkan, maka hendaklah walinya mengimlakkan dengan jujur. Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki di antaramu. Jika tidak ada dua orang lelaki, maka boleh seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu redhai, supaya jika seorang lupa maka seorang lagi 29

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang mengingatkannya. Janganlah saksi-saksi itu enggan memberi keterangan apabila mereka dipanggil; dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik kecil mahupun besar sampai batas waktu membayarnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih dapat menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak menimbulkan keraguanmu, tulislah mu’amalahmu itu kecuali jika mu’amalah itu perdangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tidak ada dosa bagi kamu, jika kamu tidak menulisnya. Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli; dan janganlah penulis dan saksi saling sulit-menyulitkan. Jika kamu lakukan yang demikian, maka sesungguhnya hal itu adalah suatu kefasikkan pada dirimu. Dan bertaqwalah kepada Allah; Allah mengajarmu; dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Bergantung kepada institusi kewangan, jika anda meminta penyata bank @ bank statement, anda diminta untuk membuat pembayaran setinggi RM100 dan sebagainya. Jadi, demi penjimatan, sila simpan rekod anda sendiri dan jangan pilih jalan mudah yang sebenarnya menyusahkan duit poket anda sendiri.

c) Hak dan Kuasa Debt Collector Sesetengah Debt Collector sanggup melakukan penipuan bagi memudahkan kerja mereka. Sebagai contoh, mereka mengatakan bahawa senarai hitam @ blacklist boleh dijelaskan @ clear dalam masa dua minggu, sebulan dan sebagainya. Mereka juga mengatakan penyata CCRIS boleh dijelaskan dalam masa singkat dan sebagainya. Ini adalah penipuan. Penyata ini hanya dikeluarkan oleh Bank Negara dan kebiasaannya mereka mengambil masa setahun untuk memberi pelepasan. Setelah tempoh setahun, barulah bermulanya pemprosesan untuk mengeluarkan @ clear nama dari senarai hitam. Ini kerana, Bank Negara tidak ingin ada penghutang yang menghabiskan tunggakan mereka pada kali ini, membuat pinjaman lain kemudiannya dan sekali lagi, terjerat dengan tunggakan dari banyak pihak akhirnya. Ini juga untuk mengelakkan si penghutang berkenaan berada dalam keadaan tiada 30

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang komitmen kehutangan (bebas dari sebarang hutang) setelah nama clear dari senarai hitam. (Anda perlu sedar bahawa bank meragut keuntungan melalui penghutang-hutangnya. Tiada penghutang, bank akan runtuh dengan sendirinya.) Ramai salah sangka bahawa dalam tempoh setahun itu mereka boleh membayar lompat iaitu bulan Januari bayar, bulan Februari tidak bayar, bulan Mac bayar dua kali ganda dan seterusnya. Ini salah! Kerana rekod disimpan setiap bulan dan kiraan akan dimulakan semula setelah wujud bulan tidak berbayar. Dalam contoh tadi, kiraan setahun akan dibuat mulai bulan Mac.

Peraturan 5: Menuntut Hutang daripada Pihak Ketiga @ Third Parties Debt Collector tidak ada hak untuk menuntut hutang secara langsung atau tidak langsung daripada pihak ketiga iaitu isteri, anak-anak, saudara-mara, rakan-rakan dan kenalan si penghutang. Hutang si penghutang adalah hutang miliknya dan bukan milik pihak ketiga berkenaan. Si isteri tidak bertanggungjawab untuk hutang suaminya, si anak tidak bertanggungjawab untuk hutang ibubapanya dan sebagainya. (Selagi si penghutang masih hidup dan waras.) Dalam kes melibatkan kematian si penghutang, pihak ketiga atau waris seperti suami dan anak-anak harus berurusan dengan institusi kewangan secara terus untuk urusan pembayaran semula. Dari segi kemanusiaan, mereka boleh mendapatkan pelepasan dalam jumlah-jumlah tertentu. Dalam kes keagamaan, si mati masih terlibat dalam hutang dan dalam Islam, mati dalam keadaan berhutang walau syahid sekalipun tidak masuk syurga. Hatta, adalah tanggungjawab pewaris untuk menyelesaikan isu ini sebaik mungkin. Di sini saya kongsikan beberapa hadis yang memuliakan orang yang menolong orang lain melangsaikan hutangnya, betapa pentingnya melangsaikan hutang kerana hutang di bawa hingga ke alam selepas mati: “Sumarah berkata: Nabi Muhammad (S.A.W) bertanya: Adakah sesiapa yang hadir di sini dari suku sekian-sekian? Tiada sesiapa yang menjawab. 31

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Sekali lagi baginda bertanya. Sekali lagi tiada siapa yang menjawab. Kemudian, sekali lagi baginda bertanya. Kemudian seorang lelaki menjawab: Saya di sini Oh Nabi. Baginda bertanya: Apakah yang menghalangmu dari menjawab pada (sahutan) dua kali yang pertama? Aku ingin mengkhabarkan kepadamu sesuatu yang baik. Sahabatmu telah ditahan dari memasuki syurga kerana hutang. Lalu aku melihat bahawa hutang itu dilangsaikan (olehmu) dan (sehinggalah) tiada sesiapa lagi yang tinggal untuk menuntut apa-apa darinya.” (Abu Daud) “Abu Said al-Khudri meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad (S.A.W) memberi maklum balas ketika Ali ibn Abi Talib membayarkan hutang seorang Muslim yang telah meninggal dunia dengan keadaan berhutang dengan berkata: Semoga Allah menebus janjimu dari neraka kerana kamu telah menebus janji (yakni hutang) saudara Muslim-mu! Tiada saudara Muslim yang akan mengeluarkan saudaranya dari berhutang melainkan Allah menebuskan janjinya pada Hari Kebangkitan kelak. (Sharh as-Sunnah)” “Muhammad bin Abdullah bin Jahsh berkata: Ketika kami sedang duduk di halaman Masjid di mana sekatan bier (kayu untuk usung keranda jenazah) telah dibaringkan dan Rasulullah (S.A.W) sedang duduk di tengah-tengah kami, baginda membuka matanya ke langit dan memandang, kemudian meredupkan matanya dan meletakkan tangannya pada dahinya baginda berkata: Maha Suci Allah! Maha Suci Allah! Apalah keparahan telah turun! Kami tiada berkata apa-apa sepanjang siang dan malam dan tiada mengalami apa-apa melainkan yang baik sehinggalah pagi. Kemudian aku bertanya kepada Rasulullah (S.A.W) apakah keparahan yang turun, dan baginda menjawab: Ianya berkaitan dengan hutang. Demi Allah yang memegang nyawa Muhammad, jika seseorang itu dibunuh di jalan Allah kemudian dihidupkan semula, dibunuh kembali di jalan Allah kemudian dihidupkan kembali, dan dibunuh sekali lagi di jalan Allah dan dihidupkan kembali dengan keadaan berhutang, dia tidak akan dimasukkan ke syurga hinggalah hutangnya dilangsaikan. (Ahmad)” “Abu Musa melaporkan bahawa Nabi Muhammad (S.A.W) bersabda: Dosa yang paling besar di sisi Allah, selepas dosa-dosa serius yang telah 32

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang dilarang oleh Allah, adalah seorang itu dibawa menghadap-Nya dengan kematian yang berhutang tanpa meninggalkan secukupnya untuk melangsaikannya (hutang tersebut). (Ahmad, Abu Daud)”

“Abdullah bin Amr melaporkan bahawa Rasulullah (S.A.W) bersabda: Setiap kesalahan akan diampunkan untuk orang yang gugur syahid kecuali hutang. (Muslim)” “Abu Qatadah meriwayatkan bahawa seorang lelaki berkata: Beritakan kepadaku Ya Rasulullah (S.A.W), jika aku terbunuh di jalan Allah dengan penuh kegigihan, mengharap ganjaran dari Allah, sentiasa maju dan tidak berundur, adakah Allah akan menghapuskan dosa-dosaku? Baginda menjawab: Ya! Namun sebaik sahaja lelaki itu berpaling, baginda memanggilnya seraya berkata: Ya, dengan pengecualian terhadap hutang. Demikian kata Jibril. (Muslim)”

Peraturan 6: Pengesahan Kuasa Sebagai Debt Collector Apabila menuntut sebarang hutang, Debt Collector mestilah menunjukkan kad pengesahan mereka bagi mendedahkan identiti sebenar mereka beserta salinan surat pengesahan yang dikeluarkan oleh institusi kewangan yang mereka wakili. Mereka tidak dibenarkan menuntut hutang tanpa ada pengesahan-pengesahan tersebut. Bagi anda yang berada diposisi penghutang, jangan melayan mereka yang gagal membekalkan pengesahan ini kerana anda mungkin menjadi mangsa komplot penipu yang menyamar sebagai Debt Collector. Selagi mereka tidak mendedahkan surat kuasa dari pihak bank dan sebagainya, anda berhak untuk menolak berbicara dengan mereka.

33

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Peraturan 7: Maklumat Pelanggan Penggunaan dan pengurusan maklumat pelanggan adalah tertakluk di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Ini adalah antara apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh Debt Collector berkaitan pengurusan maklumat: a) Ketika menghubungi penghutang tidak kira melalui telefon atau secara bersemuka dan sebagainya, Debt Collector haruslah memastikan bahawa orang yang sedang berurusan dengan mereka adalah orang yang dimaksudkan dan bukan pihak ketiga sebelum memberikan maklumat kehutangan yang terlibat. Pada masa itu juga, Debt Collector harus menjelaskan tujuan sebenar mereka menghubungi si penghutang dan institusi kewangan mana yang mereka wakilkan. Debt Collector tidak dibenarkan mendedahkan maklumat kehutangan kepada isteri atau kenalan si penghutang tanpa kebenaran si penghutang. Bagi anda yang berada diposisi penghutang pula, sila pastikan bahawa anda mudah untuk dihubungi. Jika anda merahsiakan kehutangan anda dengan isteri anda atau ahli keluarga anda, sila pastikan pihak berkenaan mudah untuk berhubung dengan anda bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak disangka dan rahsia anda terbongkar. Mungkin juga Debt Collector yang mendedahkan rahsia anda, namun ada juga keadaan di mana si isteri bijak dalam mengesan perbuatan si suami melalui tekaan sahaja. Elakkan diri anda berada di situasi seperti ini. b) Ketika menghubungi pihak ketiga bagi mendapatkan maklumat mengenai si penghutang, Debt Collector tertakluk untuk tidak meminta maklumat lebih daripada yang diperlukan untuk membuat tuntutan hutang kelak. Oleh itu, diposisi penghutang jika anak anda atau kenalankenalan anda mengatakan bahawa ada Debt Collector meminta maklumat akuan mereka, nombor pin dan sebagainya, anda harus beri perhatian serius dan buat laporan polis jika perlu.

34

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

BAB 3: RAHSIA DEBT COLLECTOR Daripada bab-bab sebelumnya, anda pasti sudah dapat menangkap sebahagian daripada rahsia-rahsia yang para Debt Collector sembunyikan dari pengetahuan anda. Namun demikian, saya akan kongsikan rahsia tambahan yang anda perlu tahu bagi mengelakkan anda menjadi mangsa kepada para Debt Collector yang jahat dan kejam, yang tidak berhati perut mendesak dan memaksa para penghutang sehingga ke jalan buntu. Berikut adalah antara rahsia-rahsia mereka.

Rahsia 1. 9 Nombor Telefon Para Debt Collector ini dibekalkan dengan 9 talian nombor berbeza. Namun demikian, kesemua 9 nombor yang anda terima ini, tidak dapat dihubungi semula melalui nombor-nombor berkenaan. Anda boleh cuba menelefon mereka pada nombor mereka gunakan untuk menelefon anda. Biasanya tidak akan berjawab. Mereka ini adalah Debt Collector dan jika mereka terasa seperti menggangu anda, sila berurusan terus dengan pihak bank.

Kombinasi 9 nombor berbeza itu adalah 4 nombor ala-ala telefon bimbit (019, 017, 012 dll), dua nombor ala-ala pejabat (kebiasaannya 03-) dan satu private number. Untuk kebaikan anda, digalakkan menyimpan setiap nombor-nombor mereka setiap kali mereka menghubungi anda. Jadi, apabila anda dihubungi kelak, anda sudah bersedia berhadapan dengan pemanggil tersebut yakni, Debt Collector. Benar, menghadapi hutang adalah satu ketakutan yang realistik namun tidak digalakkan mengelakkan diri kerana ia hanya akan membawa kepada mereka datang ke rumah atau tempat kerja anda - yang mana rahsia anda berhutang dan tidak bayar-bayar berpotensi untuk terdedah. Digalakkan menjawab 35

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang panggilan, membalas dengan baik dan jika mereka bertindak di luar kawalan, barulah letak panggilan. Jangan balas panggilan mereka dengan kasar kerana ianya merugikan anda di masa hadapan. Baca keseluruhan ebook ini untuk mengetahui sebabnya. Dalam seminggu mereka hanya boleh membuat panggilan 3 kali sahaja (panggilan berjawab), jika mereka menghubungi anda lebih dari itu untuk mendesak anda membuat bayaran hutang, anda boleh membuat aduan di institusi kewangan dan mengatakan anda diganggu dan tidak dapat fokus mencari wang yang diminta oleh personel institusi kewangan berkenaan. Sila simpan rekod panggilan mereka sebagai bukti. Anda juga boleh menghubungi pihak polis kerana panggilan yang berlebihan ini boleh dianggap sebagai menggangu ketenteraman.

Rahsia 2. Nombor Telefon Bimbit Khas dan Pejabat Kebanyakan Debt Collector bekerja secara kumpulan. Oleh itu, mereka biasanya akan menyediakan kumpulan mereka dengan telefon bimbit khas untuk berkomunikasi dengan si penghutang. Telefon bimbit khas ini adalah milik kumpulan, maka apabila anda menghubungi nombor ini di luar waktu bekerja mereka (8.00 am - 9.00 pm), ada potensi ianya akan diangkat samada oleh pegawai anda atau oleh orang lain (cth. Ketua kumpulan berkenaan). Kebiasaannya para Debt Collector akan mengatakan bahawa ini adalah nombor peribadi mereka. Anda juga boleh cuba dapatkan nombor telefon pejabat mereka. Setelah itu, buatlah panggilan tanpa memaklumkan pegawai bertugas. Kebiasaannya, ia akan diangkat oleh orang lain dan anda boleh ketahui nama agensi sebenar yang berurusan dengan anda dan bukan lagi pihak bank atau Astro atau seangkatan dengannya.

Rahsia 3. Masa Membuat Panggilan Sudah dijelaskan pada bab sebelum ini bahawa masa bekerja mereka adalah dari 8.00 am hingga 9.00 pm. Jika mereka menggangu anda sebelum waktu ini 36

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang (8.00 am) atau selepas waktu ini (9.00pm), anda boleh membuat aduan. Ini adalah undang-undang dan mereka tahu mengenainya. Oleh itu jangan takut untuk menyatakan hak anda jika mereka melanggar julat waktu ini untuk tujuan menganggu kehidupan anda. Mereka hanya boleh menghubungi anda di luar julat waktu ini apabila anda membenarkan mereka berbuat demikian. Selagi tiada kebenaran daripada anda, mereka tidak berhak untuk berbuat demikian.

Rahsia 4. Pelanggaran Data Kepada Pihak Ketiga Debt Collector TIDAK BOLEH sama sekali mendedahkan maklumat kehutangan anda kepada mana-mana pihak ketiga. Ini bermaksud, hal kehutangan anda adalah antara anda si penghutang dengan mereka yang dipertanggungjawabkan dengan hutang anda. Pihak ketiga ini termasuklah isteri/suami anda, ibubapa anda, mentua anda, anak saudara anda dan sebagainya. Kebiasaannya mereka akan menggunakan jumlah yang tidak jelas atau sekadar mengatakan bahawa ianya melibatkan kehutangan sahaja apabila berurusan dengan pihak ketiga. Seandainya mereka mendedahkan maklumat kehutangan anda seperti jumlah hutang dengan jelas, dari bank mana dan sebagainya, mereka boleh disaman atas kesalahan tersebut. Ini tertakluk di bawah akta peribadi dan juga perbankan yang mana menjaga maklumat peribadi pelanggan. (http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ngo-melayu-mahu-rafizi-dipenjara-kerana-dedahmaklumat-nfc)

Tidak ada alasan untuk mereka mendedahkan maklumat kehutangan anda kecuali anda membenarkan mereka berbuat demikian. Selagi anda tidak membenarkannya, mereka tidak berhak melakukannya. Namun demikian, untuk melakukan saman sekalipun, anda memerlukan bukti yang jelas seperti rakaman panggilan, masa panggilan dan laporan polis (sebaiknya). Jika sekadar secara lisan sahaja, mereka boleh mengatakan bahawa pihak ketiga tersebut mengetahuinya sendiri dengan melihat suratsurat anda, anda bercakap dalam mimpi atau anda tersalah cakap semasa anda 37

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang mabuk dan pelbagai alasan lain (walaupun alasan yang kedengaran mustahil dan tidak masuk akal akan mereka utarakan untuk kepentingan mereka sendiri). Jangan sesekali melakukan penyamaran kerana setiap panggilan adalah direkod. Apabila anda melakukan penyamaran, ianya samalah seperti anda berniat untuk menipu. Sebarang aduan anda selepas itu hilang integritinya walaupun anda adalah mangsa. Maka fikir dahulu sebelum bertindak. Jangan kerana keterlanjuran dalam kebejatan akal anda menambah masalah ke atas masalah yang sedia ada.

Rahsia 5. SMS Kebiasaannya, Debt Collector atau pihak institusi kewangan sendiri akan menghantar SMS peringatan kepada penghutang disertakan dengan amaran bahawa tindakan saman akan diambil dan sebagainya. Perkara ini boleh berlaku namun saman bukanlah atas kuasa mereka tetapi pada mahkamah. Debt Collector mahupun institusi kewangan tiada kuasa untuk menyaman sesiapapun. Kebiasaannya mereka akan memberikan tempoh masa yang tidak masuk akal seperti minggu ini juga, hari ini juga, petang ini juga, tengahari ini juga untuk membuat pembayaran jika tidak ingin dikenakan tindakan mahkamah, namun ini semua adalah mainan psikologi. Psikologinya ialah mereka akan menghubungi anda pada waktu pagi dengan desakan melampau-lampau untuk membuat bayaran pada waktu tengahari itu juga. Jika mereka membuat semakan dan anda masih belum membayar, mereka akan menghubungi dan memarahi anda kerana menipu janji yang diberikan untuk membayar pada waktu tengahari. Jika mereka mulai meninggikan suara, letak panggilan. INGAT, jangan sesekali berjanji jika anda tidak mampu tunaikan. Ini hanya akan merosakkan rekod anda di mahkamah kelak. Jika anda rasa anda boleh usahakan hujung bulan, katakan anda akan usahakan hujung bulan. Mereka akan tetapkan tarikh namun katakan anda tidak pasti, minta mereka hubungi anda pada waktu itu. Pastikan anda menjawab panggilan pada waktu yang 38

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang dijanjikan kerana jika anda tidak menjawabnya, di dalam rekod akan tercatat anda tidak menjawab panggilan/ menipu tentang niat untuk membayar. Ianya hanya akan mencemarkan rekod anda di mahkamah kelak. Kepentingan mahkamah di sini akan dijelaskan kelak pada bab yang terkemudian, maka fahamkan apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak sepatutnya dilakukan, apa yang perlu dielakkan secara total. Komisen yang diraih atau dikaut oleh Debt Collector dikira berdasarkan pembayaran pada bulan sebelumnya. Oleh sebab ini para Debt Collector biasanya akan mendesak si penghutang membayar paling lewat tiga hari sebelum tamat hujung bulan.

Rahsia 6. Emel Debt Collector bekerja di bawah agensi mereka sendiri. Mereka bukannya bekerja secara langsung dengan pihak bank, syarikat telekomunikasi dan sebagainya. Oleh itu, apabila mereka berurusan dengan anda, mereka dimestikan untuk menggunakan alamat emel syarikat yang mereka wakilkan. Sebagai contoh, jika mereka mewakili Bank ABCDE, emel mereka pastinya menyertakan nama Bank tersebut seperti [email protected] dan bukan lagi nama agensi mereka. Kebiasaannya mereka menggunakan emel untuk urusan persuratan dan surat rayuan. Oleh itu, lazimnya si penghutang tidak akan mempunyai pengetahuan tentang nama syarikat agensi pungutan hutang tersebut. Walau bagaimanapun, pihak yang memberi hutang/ Loan/ syarikat perkhidmatan (siaran televisyen, internet, telefon mudah alih dll) yang mengupah agensi pungutan hutang untuk melakukan tuntutan. Katakan anda dihubungi oleh peguam, hakim, atau polis sekalipun dan mereka menghalakan anda kepada syarikat tuntutan hutang, ada kemungkinan besar ‘peguam, polis, pembawa lori sita’ tersebeut sebenarnya adalah Debt Collector yang menyamar. Lihat Rahsia 8.

39

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Rahsia 7. Tidak Boleh Bayar Sedikit Majoriti Debt Collector akan mendesak si penghutang untuk membayar penuh jika tidak, si penghutang akan dikenakan tindakan. Kebiasaannya, Debt Collector yang kejam tidak akan bertolak ansur dengan si penghutang. Mereka akan mendesak dan tidak pernah membenarkan anda sebagai si penghutang untuk membayar walaupun separuh sahaja dahulu. Kepada pihak yang memberi hutang dan pemungut hutang yakni Debt Colletor terutamanya haruslah mengambil peringatan melalui kisah Nabi Syu’aib (A.S) yang telah dirakamkan di dalam Quran agar hanya pinta/ ambil jumlah yang selayaknya sahaja: Quran 11 : 85 Surah Huud -85. Dan Syu'aib berkata: Hai kaumku, cukupkanlah takaran dan timbangan dengan adil, dan janganlah kamu merugikan manusia terhadap hak-hak mereka dan janganlah kamu membuat kejahatan di muka bumi dengan membuat kerosakan. Timbangan dan takaran boleh diaplikasikan dengan jumlah tuntutan hutang yang di main-mainkan oleh Debt Collector. Pada surah terkemudian Allah mengutuk orang-orang yang tidak berlaku adil dengan timbangan dan takaran: Quran 83 : 1 – 6 Surah al-Muthaffifin (Orang-orang yang curang) -1. Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang. -2. (Iaitu) orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta dipenuhi. -3. dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi. -4. Tidakkah orang-orang itu yakin, bahawa sesungguhnya mereka akan dibangkitkan -5. pada suatu hari yang besar 40

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang -6. (Iaitu) hari (ketika) manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam? Benar. Mereka boleh menahan pembayaran anda di bank dimana pembayaran anda tidak akan diterima namun itu bukan titik penamat. Ramai yang menganggap ini adalah titik penamat lalu mereka tidak melakukan pembayaran dan membiarkan hutang mereka bertimbun. Setelah sampai waktunya, mereka akan didakwa di mahkamah dan tambahan kos saman yang dikenakan kadangkadang melebihi nilai tunggakan. Dalam banyak kes, anda masih boleh lakukan pembayaran dan saya akan menjelaskannya di dalam bab Kesilapan Penghutang. Kebiasaannya Debt Collector menipu anda untuk kepentingan diri mereka sendiri sahaja.

Rahsia 8. Menyamar Ingatlah, Debt Collector yang kejam sanggup melakukan apa sahaja untuk menuntut hutang. Mereka sanggup menjadi polis, menjadi peguam, menjadi Hakim, menjadi pegawai bank, pembawa lori sita dan sebagainya. Motif mereka, dapat komisen banyak. Mereka menjadi polis yang kononnya akan datang ke rumah anda untuk menyita. Mereka akan menjadi peguam atau hakim yang menguruskan saman dan pendakwaan keatas anda. Mereka akan menjadi pembawa lori sita untuk datang ke tempat anda dan merampas barang-barang anda. Mereka akan melakukan segala-galanya untuk mendesak anda sehinggalah anda merasa tertekan dan melakukan perkara-perkara yang mungkin bodoh sekadar untuk melepaskan diri. Untuk memastikan bahawa mereka ini menyamar atau tidak, anda boleh tanyakan lokasi pejabat mereka, cari nombor mahkamah dan hubungi mahkamah tersebut. Ingat, nombor mahkamah bukan nombor telefon bimbit, boleh disemak di internet. Ambil masa dalam sejam dua dan minta kenalan anda hubungi nombor sama dan katakan bahawa dia (kawan anda) mencari kawannya.

41

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Jangan tanyakan dimana dahulu kerana mereka akan tahu tindakan anda jadi anda perlu lebih bijak dari mereka. Guna nombor yang anda tidak pernah guna untuk berurusan dengan Debt Collector sebelum ini. Contoh: Hello, boleh saya bercakap dengan Samsiah Binti Ahmad? Ni kakak dia nak bercakap pasal ... Biasanya yang menjawab panggilan akan mengatakan tiada nama tersebut. Anda pun tanyalah, ini bukan di Pejabat ABC ke? Kebiasaannya, mereka akan jawab mereka syarikat nama apa dan sebagainya dengan jujur tanpa syak wasangka. Untuk yang tahu undang-undang, pembawa lori, pegawai sita, polis dan sebagainya ini tidak akan dapat berbuat apa-apa kepada anda selagi surat mahkamah tidak keluar. Anda minta mereka fakskan surat mahkamah dahulu. Jika mereka memalsukan surat mahkamah, anda boleh membuat laporan polis. Jika mereka berdalih, anda sudah tahu anda ditipu. Untuk kemudahan anda, di bab berikutnya adalah rentetan kes ke mahkamah sivil untuk panduan anda. Disertakan juga tempoh masa dan anggaran kos bagi setiap pendakwaan. Pengetahuan tentang rentetan kes ke mahkamah ini penting kerana disinilah terletak rahsia bagaimana seorang guru yang berumur lebih 50 tahun, bekerja dengan kerajaan boleh membayar RM100 setiap bulan untuk hutang yang melebihi RM30,000 dan pihak bank tidak boleh menganggunya dengan panggilan lagi. Mungkinkah anda ingin menjadi seperti beliau? Ilmu itu penting.

Rahsia 9. CTOS, CCRIS dan Senarai Hitam @ Blacklist Adalah perkara biasa di mana ada penghutang ingin membuat pinjaman/ Loan lain setelah beberapa lama. Ini biasanya berlaku kepada kakitangan awam dan pekerja kerajaan, biasanya melibatkan pembelian rumah dan kenderaan. Oleh itu, mereka ingin mengeluarkan nama mereka dari senarai hitam @ blacklist.

42

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Untuk pengetahuan anda, mengeluarkan nama dari senarai hitam tidak semudah anda membayar habis tunggakan. Untuk membersihkan @ clear nama, anda perlu menunjukkan komitmen selama setahun dalam pembayaran anda setelah tunggakan dilangsaikan. Ini bermakna, setelah anda bayar habis tunggakan, anda perlu melakukan pembayaran bulanan selama setahun tanpa ada lagi masalah tunggakan. Jika anda tertunggak sebulan, kiraan setahun akan bermula semula. Cara yang lebih pantas adalah dengan membayar habis hutang anda termasuk kos-kos pengurusan yang juga agak besar. Untuk ini, anda perlu memohon surat pelepasan @ release letter daripada pihak bank. Terdapat kos yang dikenakan untuk mendapatkan surat pelepasan ini bergantung kepada pihak bank. Setelah anda sudah memilikinya, anda boleh bayar habis hutang anda dan kos-kos terlibat dan barulah anda memohon untuk nama anda dikeluarkan dari status senarai hitam. Harus diingat, jika anda tidak memohon, nama anda berkemungkinan besar akan disenarai hitamkan selama-lamanya kerana seperti kita sedia maklum, Malaysia agak lemah dalam mengemaskini sistem dan kadangkala menggunakan Google translate sahaja untuk laman web mereka. Maka mohonlah dan jangan tunggu untuk nama dikeluarkan dari senarai hitam @ blacklist setelah segala hutang dilangsaikan.

Rahsia 10. Jika Anda Tidak Bayar Sekarang, Hari Ini, Jam Ini, Tindakan Akan Diambil! SMS atau kata-kata daripada Debt Collector tentang tindakan yang begitu tegas akan diambil SEKARANG kebanyakannya adalah palsu. Bagi kes mahkamah, ianya tidak diuruskan dalam masa sehari. Ianya memerlukan proses yang panjang dan juga terlibat dengan kos, yang mana kebanyakan institusi kewangan merasa berat untuk menanggungnya (kerana institusi kewangan yang bakal menanggung kos, sekurang-kurangnya pada peringkat awal). Kos-kos yang terlibat dan kelecehan inilah yang sebenarnya menyebabkan tindakan lambat diambil keatas penghutang. Namun, apabila penghutang bersikap biadap dan kasar, ianya bagaikan menuang minyak ke atas api. Oleh 43

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang itu, anda haruslah berkelakuan bijak dan bukan mengikut amarah hati berapi. Sopan, tenang dan kawal diri dan hutang anda akan terurus dengan segera. Jika personel Debt Collector yang berkasar, anda boleh menenangkan mereka dengan kata, “Jika mengikut etika, berkasar dan ugutan adalah salah, saya juga boleh melaporkan kebiadapan encik/puan”. Kemudian teruskan perundingan dengan tenang. Jika terlalu melampau, letak sahaja telefon.

Rahsia 11. Anda Sebagai Penjamin Penghutang Dah Hilang

Mesti

Langsaikan

Semua

Sebab

Ramai, bukan sedikit mereka yang telah terperangkap di dalam situasi kehutangan ini dengan hanya selaku penjamin bagi sebarang pinjaman untuk kenalan mereka. Apabila kenalan mereka gagal membayar hutang lalu menghilangkan diri, institusi kewangan mulai mencari si penjamin pula. Akibatnya, si penjamin yang akan dibebani ratusan panggilan telefon, gangguan lawatan ke tempat kerja dan sebagainya yang begitu memalukan dan menggangu emosi dan jiwa. Hakikatnya, si penjamin sebenarnya boleh melepaskan diri mereka daripada membayar semua kehutangan yang ada. Dalam beberapa kes, ada penjamin yang melepaskan diri dari tanggungjawab ini dengan membayar 30% sahaja dari kehutangan si penghutang sebenar. Caranya ialah pergi ke syarikat kewangan, nyatakan situasi anda (si penjamin) dan maklumkan berapa anda mampu bayar dan juga cara pembayaran yang anda boleh lakukan. Jika pegawai rendah tidak dapat menerima tawaran anda, cuba pula di peringkat atasan. Jika ditolak juga, minta pandangan mereka (personel bank atau Debt Collector yang baik) akan bagaimana anda boleh melakukan pembayaran yang bersesuaian dengan situasi anda sebagai si penjamin.

44

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

BAB 4: KESILAPAN PARA PENGHUTANG Sedar tidak sedar, sebenarnya banyak kesilapan yang dilakukan oleh para penghutang yang membuka ruang untuk mereka ditempelak dan dibuli oleh Debt Collector yang kejam. Untuk mengelakkan perkara seperti ini berulang lagi, di sini saya akan nyatakan kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan agar ianya tidak diamalkan lagi oleh para penghutang demi kebaikan penghutang sendiri.

Kesilapan 1: Tidak Membayar Hutang Benar. Adakalanya penghutang akan mengalami jalan buntu, langsung tidak dapat membayar hutang mereka. Akibatnya, hutang mereka makin bertambah (Hutang asal + bunga @ interest). Keadaan ini membawa kepada Debt Collector untuk menghubungi para penghutang lalu menuntut bayaran. Kes 1: Apabila diminta membayar hutang, penghutang mengatakan bahawa mereka hanya mampu sejumlah RM X sahaja dahulu dan tidak dapat membayar kesemuanya. Debt Collector tetap akan meminta jumlah besar/ penuh. Apabila dimarahi oleh Debt Collector, si penghutang pun bertindak dengan langsung tidak membayar tunggakan hutang kerana tunduk kepada emosi amarah. Kesilapan ini adalah satu kebodohan dan tidak rasional. Si penghutang masih kekal disaman dan Debt Collector masih boleh mencari penghutangpenghutang lain. Fail anda dibiarkan berkulat, melompat dari satu Debt Collector ke Debt Collector yang lain, akhirnya saman dan total interest tumbuh bagai cendawan. Saman akan bertambah-tambah mengikut nilai hutang anda+interest+saman sebelumnya. Hutang RM2000 boleh mencecah menjadi RM18,000 kerana saman sahaja! 45

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Apa yang anda perlu lakukan adalah bayar hutang anda. Abaikan jumlah yang diminta oleh Debt Collector dan bayar sebanyak yang anda mampu pada ketika itu dan kekalkan momentum tersebut. Mengapa anda perlu kekalkan? Ianya baik untuk mengelak saman mahkamah kelak dan akan lebih lanjut dijelaskan. Kes 2: Apabila diminta membayar hutang, penghutang sekali lagi hanya mampu membayar sejumlah RM X sahaja dan bukan semua. Debt Collector mendesak dan memarahi kerana si penghutang berhutang RM YYY tapi hendak bayar RM X sahaja. Debt Collector menyatakan bahawa mereka akan menahan pembayaran penghutang jika penghutang membayar RM X sahaja. Menahan pembayaran bermaksud, apabila si penghutang ke bank dan membayar RM X, pembayaran tersebut ditolak di kaunter. Pembayaran tersebut tidak dapat diproses. Sebenarnya, ada kes dimana Debt Collector sekadar menipu sahaja untuk mendapatkan bayaran penuh namun, wujud juga keadaan bahawa pembayaran anda sememangnya benar-benar tidak akan dapat diproses. Anda boleh mencuba dahulu membayar untuk mengetahui jika Debt Collector tadi menipu. Sekiranya Debt Collector terbabit tidak menipu anda, pembayaran anda sememangnya tidak akan diterima di kaunter. Untuk mengelakkan keadaan ini, ketika anda berurusan dengan Debt Collector, tanyakan dengan baik apakah cara-cara pembayaran alternatif untuk anda (si penghutang) jika Bank diwakili oleh Debt Collector jauh dari tempat anda. Ingat, Debt Collector akan memerika lokasi si penghutang dan menetapkan untuk membuat bayaran ke bank yang khusus namun, minta sahaja cara-cara alternatif lain dan simpan di dalam rekod anda sebagai si penghutang. Setelah itu, jika berlaku keadaan di mana bayaran RM X anda ditolak oleh Bank yang diwakili oleh Debt Collector, bayarkan sahaja RM X yang anda mampu melalui bank-bank lain, atau melalui mesin Cash Deposit dll. Mereka tidak akan menolak pembayaran anda kerana mereka tidak tahu bahawa pembayaran anda ditolak. Anda juga boleh mencuba online banking dan melakukan hal serupa. Simpan segala resit transaksi anda sebagai si penghutang yang berusaha untuk membuat bayaran hutang.

46

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Ada kes di mana pembayaran si penghutang tidak dapat dikesan. Inilah kepentingan resit, rekod masa anda ke bank amat-amat diperlukan. Bank sentiasa mempunyai rakaman CCTV, semua ini adalah penyokong kepada anda si penghutang apabila masuk ke kandang perbicaraan mahkamah kelak.

Kesilapan 2: Bergaduh dengan Debt Collector / Bank Ianya adalah perkara biasa apabila si penghutang bertindak defensif dengan menggunakan kata-kata kasar untuk membidas kata-kata sinis Debt Collector. Dari segi moral, ini amatlah tidak baik untuk si penghutang namun rasanya tidak ramai yang peduli akan moral walaupun sudah ditegah oleh agama berkali-kali. Namun, bagaimana jika ianya buruk untuk anda dari segi undangundang? Adakah anda akan berfikir dua kali? Debt Collector akan mencuba sebaik-baiknya untuk tidak berkata kasar dengan si penghutang kerana si penghutang adalah sumber pendapatan mereka. Walaupun mereka marah, mereka tidak akan mengeluarkan perkataan yang kasar tetapi mereka hanya meninggikan suara sahaja. Ini kerana mereka tahu, apabila si penghutang yang berani membuat aduan, kelak akaun si penghutang tersebut akan terlepas dari mereka, dari syarikat agensi mereka dan mereka akan mengalami kerugian (malah akan dimarahi oleh pengurus-pengurus mereka). Apabila si penghutang yang memulakan pergaduhan atau menggunakan bahasa kesat, apabila masuk ke kandang perbicaraan mahkamah kelak, integriti si penghutang akan dipersoalkan. INGAT, semua agensi perhutangan @ debt agency memiliki rakaman perbualan dan mereka boleh memilih rakaman terbaik untuk menunjukkan bahawa anda si penghutang sememangnya yang jahat walaupun hakikatnya mungkin tidak. Itu sebabnya anda perlu kekal tenang, sentiasa mengawal diri walaupun dalam hati anda berapi-api ingin marah. Kesabaran itu adalah satu kebaikan dan sifat sabar itu sifat ahli syurga. Bukan itu sahaja, semua ini akan membantu anda kelak di mahkamah maka apa-apa pun yang berlaku, kekal bertenang. Satu polisi yang sentiasa diterima dan dihalalkan lagi digalakkan oleh mana-mana agama adalah jujur dengan keadaan anda walaupun ianya pahit. 47

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Katakan anda hanya mampu membayar jumlah RM X. Jika pihak Debt Collector/ Bank marah, katakan anda tidak tahan dengan orang yang marahmarah dan matikan talian. Kesemua perbicaraan ada di dalam rekod dan ia akan menyebelahi di pihak anda di mahkamah kelak.

Kesilapan 3: Tidak Menghadirkan Diri Ke Mahkamah Banyak kes di mana si penghutang tidak menghadirkan diri ke mahkamah untuk pendengaran kes. Apabila penghutang gagal hadir, bank/ institusi kewangan dengan sewenang-wenangnya boleh memfitnah anda si penghutang dengan pelbagai tuduhan termasuk ‘memang berniat tidak ingin membayar hutang.’ Mereka akan katakan anda melarikan diri dari kehutangan, bersembunyi malahan menukar nombor telefon dan sebagainya untuk mengelak dari membayar hutang. Jika senario ini berterusan, hatta di mata mahkamah, andalah (si penghutang) yang pesalah, anda penjahat dan saman itu layak untuk anda kerana mereka hanya mendengar dari satu pihak sahaja. Saman akan jatuh semudah itu. Namun, apabila anda hadir ke mahkamah, anda boleh membela diri, mengatakan apa masalah anda, sebab-sebab anda jadi begitu dan sebagainya. Untuk ketiga-tiga poin di atas, saya berikan penjelasan mengapa anda perlu menjadi watak baik di dalam segala aspek, rekod rakaman perbicaraan dengan Debt Collector, rekod transaksi usaha membayar hutang semampunya dan hadir ke mahkamah, agar anda kelihatan baik di mata mahkamah. Berikut adalah penjelasan-penjelasannya: Ini adalah sebab mengapa anda perlu membayar walaupun tidak boleh dan mengapa anda perlu sentiasa kedengaran baik di dalam rakaman perbualan dengan Debt Collector. Jawapannya ialah untuk mengelakkan saman. Apabila anda masuk ke mahkamah, bank/ institusi kewangan akan menuduh bahawa anda tidak ada niat untuk membayar hutang. Melalui resit yang ada, anda boleh nyatakan kes bahawa anda memang membuat bayaran malahan setiap bulan anda membayar namun pada jumlah kecil. Dengan bukti pembayaran, bank/ institusi kewangan telah kalah dalam tuntutan pertama. 48

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Si penghutang akan diminta untuk mengemukakan penyata pendapatan, sebab inilah si penghutang perlu memberikan semaksimum yang mampu untuk membayar RM X tunggakan hutang. Ingat, pada masa ini anda telah menerima kes saman namun ianya masih saman kecil lagi, anda masih perlu menanggung jumlah kos tersebut kerana anda yang melanggar perjanjian. Namun, anda akan dapat mengelakkan saman yang lebih besar dengan cara ini. Di dalam mahkamah, nyatakan bahawa anda sentiasa berusaha membayar hutang semampu boleh. Nyatakan sebab kegagalan anda membayar hutang seperti dipecat, berhenti kerja, sakit dan sertakan bukti-bukti anda. Nyatakan bahawa anda hanya mampu membayar RM X sahaja setakat ini dan jika boleh bayar lebih, anda akan membayarnya. Di sinilah peluang anda untuk membuat rayuan. Jika perlu menangis, menangislah kerana menunjukkan keikhlasan, ketelusan dan kebenaran itu penting ketika di mahkamah. Mahkamah tidak diuruskan oleh robot tapi oleh hakim manusia. Mereka memiliki perasaan dan simpati. Berdasarkan bukti kes, mahkamah akan memberi anda si penghutang hak untuk membayar hutang mengikut kemampuan yang mana akan ditetapkan oleh mahkamah sendiri. Bank/ institusi kewangan tidak akan dapat menghukum anda kerana tindakan undang-undang adalah atas kuasa mahkamah. Debt Collector juga tidak akan menghubungi anda lagi dan anda hanya perlu membayar jumlah RM X telah ditetapkan oleh mahkamah mengikut kemampuan anda setiap bulan. Ketahuilah bahawa mahkamah dan institusi kewangan (bank/ Debt Collector dll) adalah pihak yang berbeza. Mahkamah adalah tidak berpihak pada institusi kewangan mahupun pada anda si penghutang, mahkamah adalah untuk mengadili. Percaya atau tidak, ada banyak kes sebegini. Seorang guru di Sarawak memiliki kehutangan lebih RM 30, 000, si penghutang hanya perlu membayar RM100 sahaja sebulan. Tidak lebih dan tidak kurang. Semua ini adalah mungkin hanya untuk mereka yang memiliki kes dan bukti. Bagi yang tiada kes, biasanya mahkamah hanya akan memberi tempoh tambahan sahaja seperti 3 bulan untuk mencari dana tersebut dan bagi kebanyakan penghutang, masa tidak akan dapat membantu mereka kerana dalam tempoh ini, Debt Collector kejam masih akan menghantui hidup mereka. 49

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Kesilapan 4: Tidak Serius Membayar Hutang Kebanyakan kes malahan sebenarnya terlalu banyak di mana penghutang yang sudah menerima perintah mahkamah untuk membayar sejumlah RM X, sekali lagi sambil lewa dengan pembayaran mereka. Manusia, apabila terlalu selesa akan lupa akan hutang mereka. Malahan ada yang beragama sekalipun mengabaikan hutang mereka kerana alpa, walhal riba sentiasa melekat dengan mereka selagi mereka berhutang dengan mana-mana institusi kewangan yang wujud pada zaman ini. Hutang akan menyebabkan kehidupan mereka tidak akan senang selagi mereka hidup dan mereka akan melakukan kesilapan, sekali lagi. Allah (S.W.T) memerintahkan agar kita berusaha bersungguh-sungguh untuk keluar dari riba. Rasulullah (S.A.W) telah memberi amaran bahawa akan tiba zaman (yakni zaman kita sekarang) di mana tiada siapa yang tidak terpalit dengan riba, namun ini tidak bermakna kita perlu menelan setiap riba yang terhidang. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh untuk keluar dari riba semampunya moga apabila kita di Hakimi oleh Allah pada hari yang telah ditetapkan oleh-Nya, usaha kita diterima dan mendapat pengampunan. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Berikut adalah dalil: Quran 2 : 278 – 279 Surah Al-Baqarah (Sapi Betina) -278. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (bebaskan diri dari Loan) jika kamu orang-orang yang beriman. -279. Maka jika kamu tidak mengerjakan (berusaha untuk keluar dari Loan yang jelas adalah riba) maka ketahuilah bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak pula dianiaya. Quran 53 : 39 50

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Surah An-Najm (Bintang) -39. dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya. “Abu Hurairah meriwayatkan: Akan datang suatu ketika, kata baginda (Rasulullah), apabila kamu tidak akan dapat menjumpai seorangpun di dunia ini yang tidak memakan (menggunakan harta yang terpalit dengan riba) riba. Dan sesiapa yang mendakwa bahawa dia tidak memakan riba maka sesungguhnya tempias riba (dalam teks lain: debu riba) akan sampai kepadanya. (Abu Daud, Mishkat)” Kesilapan paling jelas adalah, gagal membayar sebulan dan pada bulan berikutnya, membayar RM 2X. Sekali anda gagal membayar mengikut perintah mahkamah, anda akan dianggap melanggar perintah mahkamah dan sekali lagi anda si penghutang sudah membuka peluang baru untuk diburu dan dihantui oleh Debt Collector. Dalam kes sebegini, ada ramai yang merasakan bahawa mahkamah akan sekali lagi berpihak kepada mereka namun malangnya, ia tidak semudah itu. Ini kerana anda akan diganggu untuk satu tempoh yang begitu panjang dan mahkamah hanya akan memanggil anda apabila ada pihak yang menyaman anda. Harus diingat, jika anda disaman buat kali kedua atau untuk sekian kali, kos-kos saman akan dimasukkan ke dalam poket si penghutang. Maka, hutang pokok + interest + tunggakan + gandaan interest kerana lewat bayar monthly installment + kos mahkamah 1 + kos mahkamah 2 + kos lain-lain. Gangguan dan kesulitan yang berlaku di dalam tempoh yang panjang inilah yang akan menyebabkan hal-hal/ hubungan peribadi turut terjejas seperti penceraian, tempat kerja pasangan anda akan tahu bahawa anda berhutang dan tidak membayar. Dia akan malu, pada mulanya bertahan namun apabila sampai ke tahap kemuncak, pergaduhan akan berlaku dan membawa kepada penceraian. Anak akan terkesan akibat pergaduhan ibubapa dan banyak lagi kesan-kesan negatif lain. Semuanya kerana alpa dan bermain cinta dengan hutang.

51

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Maka hargai sebaik-baiknya terhadap satu peluang yang telah muncul, kekalkan momentum anda untuk bayar setiap bulan, dan sedikit demi sedikit anda akan bebas dari status ‘si penghutang’. InsyaAllah. Ditegaskan lagi sekali, bayar setiap bulan seperti yang telah diperintahkan oleh mahkamah kepada anda. Jangan sesekali menghina mahkamah atau melanggar perintah mereka.

Kesilapan 5: Tidak Mengangkat Penggilan Telefon daripada Debt Collector Difahami bahawa tidak ramai yang memiliki kekuatan untuk berhadapan dengan Debt Collector dan ini amat difahami kerana perasaan bersalah atas kegagalan membayar hutang dan juga kerana layanan Debt Collector yang sinis dan kejam pada awalnya. Namun, kuatkan diri anda kerana menjawab panggilan akan membolehkan anda bergerak lebih jauh berbanding tidak menjawab panggilan langsung. Apabila anda tidak mengangkat panggilan, Debt Collector akan beralih kepada maklumat-maklumat lain yang mereka ada seperti nombor telefon lain dalam rekod perjanjian anda. Mereka akan menghubungi tempat kerja anda, rumah anda, jiran anda dan sebagainya. Jika kehutangan anda adalah rahsia, ianya akan terdedah. Jika kehutangan anda memalukan anda, lebih memalukan apabila semua orang tahu anda tidak membayar hutang meskipun anda bekerja sebagai guru, sebagai polis dan sebagainya. Jawab panggilan, katakan sejujurnya keadaan anda dan bayar seberapa mampu. Jika tidak diterima, bayar melalui alternatif lain. Masuk mahkamah, berikan bukti pembayaran dan komitmen anda sebagai orang yang memang memiliki niat untuk membayar namun tidak ada kuasa kewangan seperti yang dipinta. Mahkamah akan mengadili kes anda seperti yang telah diterangkan.

Kesilapan 6: Memandang Remeh Status Kebankrapan Dalam kes kehutangan yang besar, anda boleh diisytiharkan bankrap. Ramai beranggapan bahawa bankrap itu mudah, tidak perlu lagi membayar hutang 52

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang kerana bankrap, maka segala-galanya selesai dan boleh abaikan hutang begitu saja. Ini adalah anggapan yang salah dan bahaya! Anda, si penghutang dan si bankrap akan dihantui oleh kebankrapan. Sukar mendapat kerja bergaji besar seperti dahulu, mendaftar ketakmampuan bayar @ insolvency dan anda tidak ada kuasa ke atas kewangan anda. Bagi yang memiliki saudara-mara di luar negeri, sukar untuk menguruskan penerbangan anda. Hampir setiap bulan anda perlu melaporkan diri kepada Jabatan Insolvensi Malaysia dan hampir setiap waktu itu juga mereka akan meminta anda membuat pembayaran walaupun anda tidak mampu. Masa depan anakanak anda tercalar dan tebal muka adalah perkara terkecil. Boleh dikatakan hak kebebasan seperti masyarakat normal tiada lagi bagi si penghutang yang bankrap. Hak kebebasan telah dirampas hanya kerana berhutang untuk mendapatkan kereta cantik, rumah cantik, barang-barang cantik dan hebat selaras dengan arus zaman kononnya. Anda hanyalah seperti robot yang bekerja untuk menyalurkan duit ke pihak bank dan itulah kerja anda selagi status anda adalah “bankrap”. Al-Quran memberi garis panduan bagaimana untuk hidup, namun kita semua telah terlalu lama tidak diingatkan hinggakan garis panduan itu dirasakan mengarut untuk diaplikasikan. Sedangkan perintah Allah (S.W.T) melalui AlQuran akan kekal termaktub hingga kiamat: Quran 16 : 80 Surah an-Nahl (Lebah) Dan Allah menyediakan bagimu rumah-rumahmu sebagai tempat tinggal dan Dia menjadikan bagi kamu rumah (khemah-khemah) dari kulit binatang ternak yang kamu merasa ringan membawanya di waktu kamu berjalan dan waktu kamu bermukim dan (dijadikannya pula) dari bulu domba, bulu unta dan bulu kambing, alat-alat rumah tangga dan perhiasan (yang kamu pakai) sampai waktu (tertentu). Rasulullah adalah contoh terbaik, hadis di bawah menunjukkan keadaan rumah dan pesanan baginda Rasulullah (S.A.W): “Abu Salaam meriwayatkan bahawa Aisha, isteri kepada Nabi 53

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Muhammad (S.A.W) berkata: Aku biasa tidur di hadapan Rasulullah, dan kedua kakiku bertentangan dengan kiblat baginda. Ketika bersujud, baginda akan menyenggol kedua kakiku dan aku akan menariknya. Kemudian apabila baginda berdiri tegak aku akan melunjur (kedua kakiku). Tambah Aisha: Pada hari-hari itu rumah adalah tanpa cahaya. (Bukhari)” “Umar berkata bahawa dia pergi berjumpa Rasulullah (S.A.W) dan mendapati baginda sedang berbaring beralaskan tikar dedaun (seperti tikar mengkuang) dengan tiada lapik antara baginda dan tikar tersebut, dengan bekas-bekas tikar pada (bahagian tubuh) sisi baginda, dan baginda menyokong dirinya (alas kepala) di atas kusyen kulit yang diisi serat pokok palma (cth: serat pokok kurma). Aku berkata: Rasulullah, berdoalah kepada Allah untuk meperkayakan umatmu, seperti Dia telah memperkayakan orang-orang Parsi dan orang-orang Byzantine meskipun mereka tidak menyembah Allah. Baginda menjawab: Begitukah perasaanmu, Ibn Khattab? Orang-orang ini telah diberikan barang/ harta yang baik-baik kepada mereka terlebih dahulu di dunia ini. Pada teks lain: Adakah kamu tidak berpuas hati bahawa mereka mendapat (kebaikan) dunia ini dan kita akan mendapat (kebaikan) dunia seterusnya (yakni alam akhirat)? (Bukhari, Muslim)” “Mu’adz bin Jabal berkata bahawa ketika Rasulullah (S.A.W) mengutusnya ke Yaman baginda berkata: Berwaspadalah terhadap kehidupan berlebih-lebihan (atau dalam kemewahan), kerana hambahamba Allah tidak hidup dengan berlebih-lebihan. (Ahmad)” Bagi mengelakkan hak kebebasan diri dirampas, usahakan sesuatu, bayar hutang anda seperti yang telah dipersetujui oleh mahkamah. Jika perlu bertukar diet dari beras ke emping oat, tukarlah. Jika perlu bertukar siaran tv dari ASTRO kepada tiada tv langsung, buatlah. Hiburkan hati dengan mendengar kuliah di masjid bagi yang Islam, baca kitab suci bagi yang beragama, berkomunikasilah dengan ahli keluarga, mula membaca buku yang ada, berjalan kaki di taman rekreasi awam dan aktiviti-aktiviti kos minimum (atau tiada kos lebih bagus) yang berfaedah. Redakan kesesakan aktiviti harian untuk menenangkan jiwa, agar masalah kehutangan dapat dihadapi dengan rasional. 54

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Kesilapan 7: Melarikan Diri Setelah Menerima Surat Mahkamah Dalam beberapa kes, pihak penuntut hutang @ Debt Collector boleh meminta anda si penghutang untuk dipenjarakan kerana tidak menghadirkan diri ke mahkamah, yakni melarikan diri dari pendakwaan. Ini sudah tentu mencalarkan integriti si penghutang dan sekaligus merosakkan peluang si penghutang di mahkamah semasa membuat rayuan. Walau apapun terjadi, hadirkan diri ke mahkamah, berlaku baik dan sentiasa kedengaran baik walaupun hati berdegup kencang, gundah-gulana atau marah. Tindakan anda haruslah berada dalam kawalan dan segalanya perlu dibuat pengiraan. Jangan membuat sebarang tindakan yang akan menyusahkan diri anda kelak kerana ianya hanya akan membawa kerugian.

Kesilapan 8: Menganggap Debt Collector Kebanyakannya Palsu Ramai yang tidak sedar akan keadaan kehutangan mereka. Ada yang membayar sejumlah kecil hutang mereka walaupun setiap bulan, mereka sebenarnya perlu membayar jumlah yang lebih besar. Akibatnya mereka menerima surat saman daripada mahkamah dan kos saman juga perlu ditanggung. Wujud kes di mana si penghutang hanya mempunyai baki tunggakan RM300 namun menerima saman RM2,000 ke atas. Semuanya ini berlaku kerana mereka tidak mempunyai hitam putih perihal hal kehutangan mereka. Bagi yang berhutang sini-sana, cara terbaik yang anda boleh lakukan adalah melakukan pembayaran secara selang-seli. Jangan bayar separuh tetapi bayarlah penuh namun selang-seli. Kebiasaannya pihak bank akan menunggu anda lewat pembayaran untuk 3 bulan barulah menuntut saman. Oleh itu, jika anda jenis banyak berhutang di berlainan tempat, bayar penuh berbanding anda bayar semua bank pada jumlah separuh setiap bulan. Setelah anda bayar penuh, maka akan kurang sebulan rekod hutang anda. Jika anda bayar separuh, ianya akan dikira sebagai anda tidak pernah membayar penuh walaupun dalam dua bulan anda telah membuat pembayaran separuhseparuh.

55

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Namun harus diingat, setelah anda si penghutang melompat pembayaran hutang, anda sudah terdedah kepada tindakan undang-undang pada bila-bila masa. Oleh itu, cara ini hanyalah untuk satu tempoh yang singkat sementara anda mengusahakan dana yang boleh menyelesaikan masalah tunggakan hutang anda. Ramai yang SILAP DAN SALAH dengan menganggap ini adalah sesuatu yang boleh dilakukan untuk tempoh yang panjang, maka akibatnya si penghutang terpaksa membayar hutang dengan jumlah yang lebih besar kerana bunga @ interest mula berkembang. Ramai penghutang yang tidak berpuas hati dengan penambahan pada jumlah kehutangan dan mengatakan bahawa mereka tidak akan membayar saman atau apa sahaja kos yang dinyatakan. Namun ini bukannya satu pilihan yang berada di bawah kuasa para penghutang mahupun institusi kewangan, tetapi di bawah bidang kuasa mahkamah. Ada baiknya para penghutang memahami undang-undang dan mengikutinya berbanding mengingkari perintah mahkamah dan akhirnya merugikan diri sendiri. Satu cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan berurusan dengan Debt Collector terbabit untuk menguruskan surat yang membolehkan anda si penghutang membayar tunggakan hutang sebelum tindakan diambil. Lazimnya Debt Collector akan meminta pembayaran sebanyak 70% daripada tunggakan hutang sebelum membenarkan anda melakukan penjadualan semula @ reschedulment tunggakan. Ini bukan penjadualan semula bagi hutang penuh tapi sekadar untuk tunggakan sahaja, oleh itu jangan sesekali silap dalam pemahaman. Ada kemungkinan bahawa anda si penghutang boleh mendapatkan penjadualan semula pada kadar 30% dan 50% pembayaran deposit, namun semua ini bergantung kepada pegawai Debt Collector yang berurusan dengan anda. Ingat, tanyakan samada anda boleh lakukan penjadualan semula tunggakan anda ataupun tidak. Kebiasaannya Debt Collector akan meminta penuh namun katakan dengan tegas namun tetap sopan bertatatertib bahawa anda si penghutang ingin memohon untuk penjadualan semula tunggakan hutang. Jika Debt Collector terbabit mengatakan tiada atau tidak boleh, maka rajinrajinkanlah diri anda untuk ke bank. 56

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Kesilapan 9: Sudah Bayar Tetapi Lambat Uruskan Hitam Putih Penjadualan Semula @ Reschedulment Tunggakan Ini juga adalah kesilapan yang sering dilakukan oleh ramai penghutang. Mereka (si penghutang) telah membayar 50% daripada tunggakan pada bulan A bagi menguruskan penjadualan semula namun mereka tidak menguruskan hal persuratan dengan segera. Mereka (si penghutang) membuang masa entah di mana dan pada bulan berikutnya, iaitu bulan B, berlaku perubahan dalam kehutangan mereka dan sekali lagi, perjanjian pada bulan A tadi terbatal dengan sendirinya. Ini mengakibatkan si penghutang sekali lagi dicari oleh Debt Collector dan sekali lagi perlu menguruskan hal penjadualan semula tunggakan mereka. Amat merugikan sekali.

Kesilapan 10: Sudah Bayar Dan Abaikan Ramai juga penghutang yang beranggapan bahawa segala urusan sudah termaterai selepas pembayaran deposit namun ini adalah satu lagi kesilapan. Pembayaran deposit anda si penghutang adalah untuk menunjukkan komitmen anda untuk membayar hutang dan anda masih di dalam proses rayuan. Anda perlu menguruskan dan menghantar ‘surat rayuan penjadualan semula’ dengan segera! Jika anda si penghutang berada di dalam situasi ini, setelah menguruskan pembayaran deposit 10%, 30%, 50% atau 70% mengikut yang telah dipersetujui, sila pastikan anda si penghutang menguruskan/ menyediakan surat rayuan penjadualan semula dengan segera. Kebiasaannya, ramai penghutang beranggapan bahawa apabila sudah membayar deposit, maka boleh abaikan urusan kehutangan buat seketika. Penghutang silap dan salah lagi! Akibatnya, pada bulan berikutnya, perjanjian antara penghutang dan Debt Collector tadi secara tidak langsung terbatal begitu sahaja kerana si penghutang kini memiliki nilai kehutangan baru pula. Sekali lagi, si penghutang dan personel Debt Collector perlu membuat rundingan baru dan perlu mendepositkan nilai lain pula dan ini akan berterusan 57

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang sehinggalah si penghutang menguruskan segala proses pembayaran dan persuratan dengan baik, mendapat persetujuan daripada pihak bank amnya (syarikat asal hutang diambil) dan menyelesaikan kes kehutangan yang ada.

Kesilapan 11: Menganggap Bank Itu Baik Percaya atau tidak, anda boleh ditolak mentah-mentah meskipun anda melutut di lantai bank untuk merayu agar hutang anda boleh dijadualkan semula. Personel kewangan ataupun Debt Collector (Pegawai Bank bahagian Collection juga dikenali sebagai Debt Collector) akan menolak anda si penghutang mentah-mentah dan tidak akan mendengar rayuan anda. Kebiasaannya, ini melibatkan permohonan yang tidak masuk akal. Permohonan yang tidak masuk akal adalah meminta penjadualan semula untuk satu tempoh yang terlalu panjang berbanding umur purata manusia contohya, hutang akan habis dibayar setelah pembayaran bulanan selama 100 tahun. Jika boleh, rasionalkan permintaan anda, cuba dapatkan di dalam tempoh 3 tahun dan terangkan perancangan pembayaran anda kepada personel terbabit. Jika ditolak, masuklah ke mahkamah dan nyatakan sekali lagi pelan pembayaran anda dan biasanya mahkamah akan lebih rasional kepada orang yang rasional. Sudah banyak penulisan tentang semua bank yang ada kini mengamalkan riba namun terlalu sedikit yang ambil peduli. Malahan orang Cina bukan Islam pernah mengatakan kebahayaan riba namun masih ramai bermain api dengan riba dan bank, terutamanya golongan bumiputera dan melayu. Ini adalah bahaya yang benar wujud di dalam diri manusia pada zaman sekarang. “Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasulullah (S.A.W) bersabda: Suatu masa akan tiba kepada manusia (merujuk kepada zaman ini) apabila seseorang itu tidak akan ambil peduli samada apa yang dia perolehi itu berasal dari suatu sumber yang dibenarkan (halal) atau dilarang (haram). (Bukhari)”

58

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

BAB 5: UNDANG-UNDANG BERKAITAN KEHUTANGAN Kegagalan kita mengetahui perihal undang-undang berkaitan kehutanganlah yang akan menyebabkan kita mudah ditindas samada sebagai penghutang, sebagai peminjam, sebagai penjamin dan sebagainya yang berkaitan dalam urusan kehutangan. Sesiapa yang mempunyai ilmu perundangan lebih sedikit saja daripada kita (yakni pihak yang mempunyai kelemahan menurut perjanjian hitam putih), akan berani untuk memarahai kita, menempelak kita dan memalukan kita dengan kehutangan yang terpalit. Sedar tidak sedar, terdapat undang-undang yang boleh memelihara maruah kita, jika tidak pun, keselamatan data peribadi kita daripada dikongsikan kepada orang ramai lalu menyebabkan kita dimalukan begitu sahaja. Berikut adalah tiga akta yang terlibat, yang mana memfokuskan kepada had kuasa seorang Debt Collector. Anda boleh merujuk akta penuh di bahagian lampiran di penghujung ebook ini.

A. Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 @ BAFIA ACT (Seksyen 97-99) Akta ini amat dikenali dengan panggilan BAFIA ACT. Ianya merupakan satu akta berkaitan perlesenan dan pengawalseliaan institusiinstitusi kewangan yang menjalankan kegiatan perniagaan bank, syarikat kewangan, koperasi, bank saudagar, syarikat diskaun dan pembrokeran wang, pengawalseliaan institusi-institusi yang menjalankan perniagaan-perniagaan lain yang tertentu, dan mengenai perkara-perkara sampingan atau yang berkaitan dengannya.

59

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Untuk pengetahuan utama, anda digalakkan untuk mengetahui Seksyen 97 hingga 99 sahaja kerana ini adalah komponen terpenting di dalam akta ini apabila melibatkan Debt Collector. Berikut adalah isi Seksyen tersebut:

Perahsiaan. 97. (1) Tiada pengarah atau pegawai mana-mana institusi berlesen, atau manamana biro luaran yang ditubuhkan, atau mana-mana ejen yang dilantik, oleh institusi berlesen untuk mengusahakan mana-mana bahagian perniagaannya sama ada sepanjang tempoh jawatannya, atau sepanjang tempoh pekerjaannya, atau selepas itu, dan tiada seorang pun yang kerana apa-apa jua sebab mempunyai dengan apa-apa cara akses kepada apa-apa jua pun rekod, buku, daftar, surat-menyurat, atau apa-apa dokumen lain, atau bahan, yang berhubungan dengan hal-ehwal atau, khususnya, akaun, mana-mana pelanggan tertentu institusi itu, boleh memberi, mengemukakan, membuka, menzahirkan, menyiarkan, atau selainnya mendedahkan, kepada mana-mana orang, atau membuat suatu rekod bagi mana-mana orang, apa-apa jua pun maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal-ehwal atau akaun pelanggan tersebut. (2) Seksyen ini tidaklah terpakai bagi apa-apa maklumat atau dokumen yang pada masa pendedahan itu tersedia ada, atau telahpun tersedia ada, menurut undang-undang kepada orang awam daripada apa-apa sumber selain daripada institusi berlesen itu, atau bagi apa-apa maklumat yang berada dalam bentuk ringkasan atau kumpulan maklumat yang diterangkan mengikut apa-apa cara yang daripadanya itu tidak dapat memastikan maklumat yang berhubungan dengan mana-mana institusi berlesen tertentu atau mana-mana pelanggan tertentu institusi berlesen itu. (3) Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa maklumat atau dokumen yang pada pengetahuannya telah didedahkan dengan melanggar subseksyen (1) boleh dengan apa jua cara sekalipun mendedahkannya kepada mana-mana orang lain.

60

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Pendedahan bagi mempermudahkan pelaksanaan fungsi-fungsi Bank. 98. Peruntukan-peruntukan seksyen 97 tidaklah terpakai bagi pendedahan apaapa maklumat atau dokumen— (a) kepada Bank, atau kepada mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja Bank, atau kepada mana-mana orang yang dilantik oleh Bank di bawah seksyen 3 (3), atau kepada Panel Penasihat, jika pendedahan itu adalah bagi maksud menjalankan kuasa-kuasa, melaksanakan fungsi-fungsi, atau menunaikan tugas-tugas Bank, atau pengarah, pegawai atau pekerja bagi Bank, atau bagi orang yang dilantik di bawah seksyen 3 (3), atau bagi Panel Penasihat; atau (b) kepada mana-mana orang yang memberi perkhidmatan profesional kepada Bank berhubungan dengan apa-apa perkara undang-undang, akauntansi, penilaian, atau apa-apa perkara lain yang memerlukan pengetahuan profesional, di mana dia dibenarkan secara bertulis oleh Bank untuk mendapatkan maklumat daripada institusi berlesen bagi maksud perkhidmatannya kepada Bank.

Pendedahan bagi memudahkan pelaksanaan fungsi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia. 98. (A) Peruntukan seksyen 97 tidak terpakai bagi pendedahan apa-apa maklumat atau dokumen kepada mana-mana pengarah, pegawai, pekerja atau ejen Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (selepas ini dalam seksyen ini disebut sebagai “Perbadanan”) yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005 jika pendedahan itu adalah bagi maksud penjalanan kuasa, pelaksanaan fungsi atau penunaian tugas Perbadanan atau pengarah, pegawai, pekerja atau ejen Perbadanan di bawah Akta itu.

Lain-lain pendedahan yang dibenarkan. 99. (1) Peruntukan-peruntukan seksyen 97 tidaklah terpakai bagi pendedahan apa-apa maklumat atau dokumen— 61

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang (a) yang pelanggan, atau wakil dirinya, telah memberi kebenaran secara bertulis untuk didedahkan; (b) dalam hal di mana pelanggan diisytiharkan bankrap, atau, jika pelanggan itu suatu perbadanan, perbadanan itu sedang atau telah digulung, di Malaysia atau di mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia; (c) jika maklumat itu dikehendaki oleh pihak dalam suatu transaksi komersil secara bona fide, atau dalam suatu transaksi komersil prospektif secara bona fide, yang pelanggan itu juga menjadi satu pihak, untuk mentafsirkan kelayakan kredit pelanggan yang berhubungan dengan transaksi tersebut, dengan syarat bahawa maklumat yang dikehendaki itu adalah bersifat am dan tidak membolehkan butir-butir terperinci mengenai akaun atau hal-ehwal pelanggan itu dipastikan; (d) bagi maksud mana-mana prosiding jenayah atau berkenaan dengan apa-apa prosiding sivil— (i) di antara sesuatu institusi berlesen dengan pelanggannya atau penjamin pelanggan yang berhubungan dengan transaksi pelanggan dengan institusi itu; atau (ii) di antara institusi berlesen itu dengan dua pihak atau lebih yang membuat tuntutan bertentangan mengenai wang dalam akaun pelanggan di mana institusi berlesen itu bertujuan mendapatkan relief dengan cara interplider; (e) jika institusi berlesen itu telah disampaikan dengan suatu perintah garnisan yang menahan wang dalam akaun pelanggan; (f) kepada biro luaran yang ditubuhkan, atau ejen yang dilantik, oleh institusi berlesen dengan terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis daripada Bank; (g) jika pendedahan sedemikian dikehendaki atau dibenarkan di bawah mana-mana peruntukan lain Akta ini; (h) jika pendedahan sedemikian dibenarkan di bawah mana-mana undangundang Persekutuan untuk dibuat kepada seorang pegawai polis yang 62

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang menyiasat apa-apa kesalahan di bawah undang-undang itu dan pendedahan sedemikian kepada pegawai polis itu adalah, bagaimanapun, terhad kepada akaun dan hal ehwal orang yang disyaki melakukan kesalahan itu; atau (i) jika pendedahan sedemikian dibenarkan secara bertulis oleh Bank. (2) Dalam apa-apa prosiding sivil di bawah subseksyen (1) (b) atau (d) di mana apa-apa maklumat atau dokumen mungkin didedahkan berhubungan dengan akaun seseorang pelanggan, prosiding itu bolehlah, jika mahkamah, atas usulnya sendiri, atau atas permohonan suatu pihak dalam prosiding itu, memerintahkan sedemikian, diadakan secara tertutup dan, dalam hal yang sedemikian, maklumat atau dokumen itu hendaklah menjadi rahsia di antara mahkamah dengan pihak-pihak dalam prosiding itu, dan tiada pihak itu boleh mendedahkan maklumat atau dokumen itu kepada mana-mana orang lain. (3) Melainkan jika diperintahkan selainnya oleh mahkamah, tiada seorang pun boleh menyiarkan nama, alamat atau fotograf mana-mana pihak dalam prosiding sivil itu seperti yang disebutkan dalam subseksyen (2), atau apa-apa maklumat yang mungkin membawa kepada pengenalpastian pihak-pihak dalam prosiding itu, sama ada semasa berlangsungnya prosiding itu atau pada bilabila masa selepas prosiding itu telah tamat.

B. Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 – (Seksyen 119) Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 ini merupakan sebuah akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengawalseliaan dan pengawasan institusiinstitusi kewangan pembangunan dan bagi perkara-perkara berkaitan dengannya. Bagi Debt Collector, Seksyen yang paling mempengaruhi kerja mereka adalah Seksyen 119. Berikut adalah isinya:

Kerahsiaan

63

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang 119. (1) Kecuali bagi maksud Akta ini, tiada apa–apa jua dalam Akta membenarkan Bank atau Menteri untuk mengarahkan Bank supaya menyiasat secara khusus hal ehwal mana–mana pelanggan individu sesuatu institusi yang ditetapkan atau sesuatu institusi kewangan pembangunan. (2) Tiada pengarah atau pegawai mana–mana institusi yang ditetapkan atau mana–mana biro luar yang ditubuhkan, atau mana-mana ejen yang dilantik, oleh institusi yang ditetapkan itu untuk mengusahakan mana–mana bahagian perniagaannya, sama ada semasa atau selepas tempoh jawatannya, atau semasa atau selepas tempoh pekerjaannya, dan tiada seorang pun yang kerana apa–apa jua sebab mempunyai dengan apa–apa cara akses kepada apa–apa rekod, buku, daftar, surat–menyurat, atau dokumen lain, atau bahan, yang berhubungan dengan hal ehwal atau, khususnya, akaun mana–mana pelanggan tertentu institusi yang ditetapkan itu, boleh memberikan, mengemukakan, membuka, mendedahkan, menyiarkan atau selainnya menzahirkan, kepada mana–mana orang, atau membuat rekod untuk mana–mana orang, apa–apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun pelanggan itu. (3) Seksyen ini tidak terpakai bagi maklumat yang pada masa penzahiran itu sudah tersedia, atau telahpun dijadikan tersedia, menurut undang–undang untuk orang ramai daripada apa–apa sumber atau bagi maklumat yang berada dalam bentuk suatu ringkasan atau maklumat jika maklumat yang berhubungan dengan sesuatu institusi yang ditetapkan atau sesuatu institusi pembangunan kewangan atau pemegang kepentingannya tidak dinyatakan dengan jelas. (4) Tiada seorang pun yang mempunyai maklumat yang setakat yang diketahuinya telah dizahirkan dengan melanggar subseksyen (1) boleh menzahirkan maklumat itu kepada orang lain.

C. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ini dibina dengan tujuan untuk memberi perlindungan kepada maklumat peribadi seseorang individu yang diproses untuk tujuan transaksi komersial.

64

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Berdasarkan data yang dipersembahkan oleh akta ini, semua individu dan organisasi yang memproses data peribadi dalam urusan mereka mesti mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ini, di mana, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dikecualikan. Peraturan-peraturan ini mengandungi tujuh prinsip amalan pengendalian maklumat yang mesti dipatuhi seperti yang berikut: 1. Prinsip Am 2. Prinsip Notis dan Pilihan 3. Prinsip Penzahiran 4. Prinsip Keselamatan 5. Prinsip Penyimpanan 6. Prinsip Integriti Data 7. Prinsip Akses

Jenis-Jenis Data Yang Dilindungi oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Data peribadi kepada seseorang yang individu yang masih hidup dikenalpasti sebagai dilindungi di bawah Akta perlindungan Data Peribadi ini. Berikut adalah beberapa contoh data yang boleh dianggap sebagai data peribadi selagi seseorang itu masih hidup dan boleh dikenalpasti berdasarkan data-data yang dinyatakan seperti berikut ini: 1. Nama dan alamat 2. Nombor kad pengenalan 3. Nombor Paspot 4. Maklumat Kesihatan 5. Alamat emel 6. Gambar 65

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang 7. Imej dalam rakaman litar tertutup (CCTV) 8. Maklumat dalam fail peribadi

Pemprosesan Data Peribadi Akta Perlindungan Data Peribadi ini amat menitikberatkan maksud perkataan “pemprosesan”. Inilah sebabnya, apabila berbicara mengenai Akta ini, sesebuah organisasi itu mesti mematuhi Akta ini apabila “memproses” data peribadi. “Pemprosesan” Data Peribadi yang dimaksudkan adalah melakukan sesuatu terhadap data termasuklah mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, menyusun, mengubah, menzahirkan dan memusnahkan. Sekadar membaca dan mengakses maklumat sahaja sudah dianggap sebagai “pemprosesan”. Contoh-contoh termasuklah:

aktiviti

yang

boleh

dianggap

sebagai

“pemprosesan”

1. Mengumpul data menggunakan borang, melalui telefon atau melalui maklumat laman web 2. Menerbitkan data 3. Menjual data 4. Menggunakan data dalam pentadbiran 5. Menggunakan data untuk tujuan pemasaran 6. Merekodkan data 7. Mendedahkan atau memberikan data kepada organisasi lain 8. Memusnahkan data

Akta Perlindungan Data Peribadi ini terpakai kepada seseorang individu atau organisasi sekiranya mereka adalah “Pengguna data”. “Pengguna data” pula merujuk kepada individu atau organisasi yang: 66

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang 1. Memproses data peribadi, atau 2. Mempunyai kawalan terhadap pemprosesan data peribadi, atau 3. Membenarkan pemprosesan data peribadi

Akta ini sebaliknya tidak terpakai bagi individu atau organisasi yang memproses data bagi pihak pengguna data. Untuk mengelak kekeliruan, anda boleh fahamkan contoh ini: Katakan terdapat organisasi A yang mendapatkan khidmat organisasi B untuk memproses data bagi pihaknya, maka dalam hubungan ini, organisasi A adalah pengguna data manakala organisasi B adalah pemproses data. Contoh, anda si penghutang memberikan data pinjaman anda kepada bank untuk mengurus surat penjadualan semula tunggakan, maka pada situasi ini anda adalah pengguna data (organisasi A) manakala bank adalah pemproses data (organisasi B). Akta Perlindungan Data Peribadi menghendaki organisasi A memastikan bahawa organisasi B memberi jaminan untuk mengambil langkah-langkah keselamatan bagi melindungi data yang diproses. Organisasi A juga dikehendaki supaya memastikan bahawa organisasi B mematuhi langkah-langkah tersebut.

Subjek Data dan Hak-Hak Yang Diberikan oleh Akta Perlindungan Data Peribadi kepada Subjek Data (individu) Subjek Data merujuk kepada individu-individu yang mana data mereka diproses oleh pengguna data. Contohnya, data pinjaman anda digunakan oleh pihak bank, maka anda adalah subjek data, selaku empunya data. Akta Perlindungan Data Peribadi telah memberikan peraturan mengenai amalan yang baik berkenaan pemprosesan data peribadi bagi individu yang masih hidup. Berikut adalah hak-hak yang ada untuk subjek data (individu) seperti anda. 1. Hak untuk diberitahu samada data mereka diproses oleh sesebuah organisasi 67

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang 2. Hak untuk mengakses data peribadi 3. Hak untuk membetulkan data peribadi 4. Hak untuk menarik balik kebenaran memproses data peribadi 5. Hak untuk menghalang pemprosesan yang mungkin menyebabkan kerosakan atau tekanan (distress) 6. Hak untuk menghalang pemprosesan bagi maksud pemasaran langsung

Data Sensitif Peribadi Data Sensitif Peribadi didefinisikan sebagai maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental seseorang individu, pendapat politiknya, kepercayaan agamanya dan kepercayaan lain yang seumpamanya. Perlakuan atau sebarang pernyataan mengenai perlakuan seseorang individu juga dikategorikan sebagai data peribadi sensitif. Akta Perlindungan Data Peribadi tidak membenarkan pemprosesan data peribadi sensitif kecuali untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Akta dan pemprosesan tersebut mestilah dengan persetujuan secara nyata daripada subjek data. Individu yang merasakan bahawa data peribadi mereka telah diproses dengan cara melanggar peruntukan mana-mana peruntukan Akta bolehlah membuat aduan kepada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi. Akta ini tidak secara spesifiknya memperuntukkan hak untuk menuntut sebarang ganti rugi mengenai pelanggaran ini. Namun, dalam kes yang melibatkan data peribadi perbankan, anda boleh melakukan saman asalkan mempunyai bukti dan anda merasa teraniaya akibat daripada tindakan berkenaan. Kesalahan-kesalahan jenayah yang tertakluk di bawah Akta ini: 1. Memproses data peribadi tanpa perakuan pendaftaran 2. Memproses data peribadi selepas pendaftaran dibatalkan 68

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang 3. Melakukan pelanggaran terhadap mana-mana prinsip data 4. Memproses data peribadi selepas persetujuan ditarik balik 5. Memproses data peribadi sensitif tidak mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan 6. Menjual atau membuat tawaran untuk menjual data peribadi 7. Kegagalan mematuhi kehendak Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi bagi mematuhi notis mengenai pemasaran langsung

Ulasan: Akta Perlindungan Data Peribadi amat menitikberatkan kepentingan data seseorang individu itu adalah tertakluk kepada perundangan dan tidak boleh sewenang-wenangnya dikongsikan begitu saja tanpa kebenaran dan landasan tertentu. Pernah dikhabarkan bahawa seorang penghutang telah menjadi jutawan setelah menyaman sebuah syarikat telekomunikasi tempatan apabila mengesyaki syarikat berkenaan telah melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi dengan berkongsi maklumat bersama Agensi Perhutangan @ Debt Agency yang terlibat melalui personel Debt Collector terbabit. Berikut adalah antara hujah si penghutang: 1. Dia sudah menukar nombor telefon namun masih boleh dikesan oleh ‘pihak bank’ 2. Debt Collector terbabit telah secara silap mendedahkan bahawa maklumat tersebut diberikan oleh syarikat telekomunikasi 3. Rakaman suara dimiliki oleh si pemanggil dan rakaman yang ada pada Debt Agency membuktikan ianya benar 4. Penghutang menyaman ketiga-tiga pihak tadi 5. Syarikat telekomunikasi terbabit mendesak Debt Agency berkenaan untuk menyelesaikan hutang kerana mereka yang mendedahkan ‘pelanggaran tersebut’ 69

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Kedengaran seperti bukan sesuatu yang benar namun ia telah berlaku. Sila hubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) atau membaca pautan di bawah sebagai rujukan . (http://www2.bharian.com.my/articles/Penjara5tahun_dendaRM10jutadedahmaklumatpelanggan/A rticle/?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+yahoo%2FPUOJ+%2 8Berita+Malaysia%29

Berikut adalah jabatan-jabatan yang terlibat dengan Perlindungan Data Peribadi: Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia (JPDP) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) yang berperanan untuk memastikan pematuhan Akta berkaitan Perlindungan Data Peribadi melalui peningkatan kesedaran/ promosi, amalan nasihat yang baik dan memberikan nasihat umum dan bimbingan serta menjalankan penguatkuasaan. Tanggungjawab utama JPDP adalah untuk : - mengawalselia pemprosesan data peribadi individu yang terlibat dalam urus niaga komersial oleh pengguna data dan - menguatkuasakan Akta untuk membanteras penyalahgunaan data peribadi Secara spesifik, JPDP bertanggungjwab untuk memastikan bahawa semua pengguna data peribadi dalam transaksi komersial mematuhi undang-undang perlindungan data peribadi melalui pelaksanaan penguatkuasaan yang perlu bagi mengelakkan penyalahgunaan data peribadi.

7 Prinsip perlindungan Data Peribadi yang perlu anda tahu: - Pertama - Prinsip Am di mana seseorang pengguna tidak dibenarkan memproses data peribadi seseorang lain tanpa kebenarannya. Pengertian proses di sini harus dimengertikan sebagai mengendalikan data melalui cara atau kaedah automatis atau pengkomputeran atau apa-apa proses lain

70

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang - Kedua - mesti mematuhi Prinsip Notis dan Pilihan di mana makluman dan tujuan awalan dimaklumkan kepada subjek data berkenaan - Ketiga - ialah Prinsip Penzahiran tujuan data peribadi seseorang subjek itu demi mengenal pasti maksud yang baginya data peribadi itu hendak dizahirkan. - Keempat - Prinsip Keselamatan - apabila memproses data peribadi mana-mana subjek, mengambil langkah supaya data tersebut selamat, tidak diubahsuai, disalahguna atau diberikan kepada pihak-pihak yang tidak berkenaan. - Kelima - Prinsip Penyimpanan - sesuatu data peribadi itu tidak dibenarkan disimpan di dalam sesuatu pemprosesan lebih daripada had masa yang diperlukan - Keenam - Prinsip Integriti Data - setiap data peribadi dipastikan supaya tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini menepati maksud sesuatu data itu disimpan dan diproses. - Ketujuh - Prinsip Akses - seseorang hendaklah diberi hak akses kepada data peribadinya yang dipegang oleh seseorang pengguna data dan juga boleh membetulkan datanya itu supaya terkini. Oleh yang demikian, rakyat Malaysia khususnya perlu menyedari hak-hak mereka mengikut prinsip-prinsip yang terdapat di dalam Akta ini. Orang ramai boleh mengemukakan sebarang aduan yang berkaitan Akta Perlindungan Data Peribadi (APDP) 2010 (Seksyen 709) sekiranya merasakan sebuah organisasi atau seseorang telah melanggar salah satu daripada 7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi yang dinyatakan diatas.

Bagi yang ingin membuat aduan, berikut adalah amalan yang boleh dilakukan: i. ii.

Pengadu perlu membuat aduan dan memohon penjelasan kepada organisasi yang terlibat terlebih dahulu; Sekiranya pengadu masih tidak berpuas hati dengan jawapan dan tindakan yang diambil oleh organisasi berkenaan, maka pengadu bolehlah terus membuat aduan kepada pihak JPDP melalui alamat aduan yang disertakan bagi membolehkan penyiasatan dijalankan; 71

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang iii.

Sekiranya pengadu masih terkilan dengan keputusan Pesuruhjaya berhubung perkara tersebut, maka pengadu bolehlah merayu kepada Tribunal Rayuan dengan memfailkan suatu notis rayuan kepada Tribunal Rayuan.

Butir-butir yang perlu semasa membuat aduan:Anda hanya perlu menulis surat atau e-melkan kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi untuk menjelaskan kes anda. Di dalam surat atau e-mel anda, sila menyatakan perkara-perkara berikut:I. II. III. IV.

Nama organisasi atau orang yang anda mengadu; Menerangkan sebab kebimbangan anda; Memberi butir-butir tindak balas yang telah diterima daripada organisasi yang disyaki punca kebocoran maklumat; Menyediakan salinan apa-apa surat atau e-mel mengenai perbincangan anda dengan organisasi atau individu berkenaan.

Sebarang aduan awam dan pertanyaan sila kemukakan kepada:Alamat Surat Menyurat: Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia Aras 6, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia Lot 4G9, Persiaran Perdana Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62100 Putrajaya Tel: 03 8911 5000/7927/7906/7965 Fax: 03 8911 7959 Aduan Awam: [email protected] Sistem iSPAAA KPKK http://kkmm.bpa.jpm.my/eApps/system/index.do

72

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

BAB 6: PERJALANAN KE MAHKAMAH (KES SIVIL) Salah satu cara kekejaman yang dilakukan oleh Debt Collector adalah membuli penghutang dengan menggunakan undang-undang. Bagi Debt Collector, majoriti penghutang adalah dari golongan yang tidak berilmu khususnya di dalam bidang perundangan. Oleh itu mereka akan menyalahgunakan poin-poin perundangan untuk menakut-nakutkan para penghutang yang ada. Akibat dari penganiayaan ini, si penghutang tidak dapat tidur malam mengenangkan nasib mereka yang bakal dikenakan tindakan undang-undang. Sedar atau tidak, Debt Collector yang kejam dengan sengaja tidak menjelaskan sebaiknya sistem perundangan ini. Mereka sekadar memetik bahagian yang boleh menyebabkan si penghutang merasa takut, tertekan dan juga merasakan bahawa tiada cara lain melainkan perlu langsaikan segalanya pada ketika itu juga walau apa cara sekalipun. Antara yang paling biasa kita dengar adalah SMS yang berbunyi ala-ala begini: Sila buat pembayaran anda segera sebelum pukul 2.00PM atau sila buat pembayaran anda sebelum 28 HB ini atau anda boleh dikenakan tindakan saman... dan banyak lagi versi lain. Benar, para penghutang boleh dikenakan tindakan saman, sita dan lelongan barang, diisytihar muflis namun kesemua ini memerlukan langkah-langkah tertentu dan ianya tidak berlaku dalam masa dua tiga jam sahaja. Ianya memerlukan proses dan proses inilah yang perlu diketahui oleh para penghutang untuk mengetahui hak mereka sebagai penghutang. Anda sebagai si penghutang boleh menelaah rentetan proses yang terlibat hatta menjadikan ia sebuah ilmu pengetahuaan yang boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya secara berhemah. Kesemua keterangan tatacara adalah di dalam Bahasa Inggeris kerana kebiasaannya pihak mahkamah dan personel 73

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Debt Collector akan menggunakan terma-terma ini secara langsung di dalam Bahasa Inggeris. Jika anda memerlukan bantuan dalam pemahaman, jadikan kamus dan internet sebagai rakan. Lebih mesra jika anak-anak anda sudi menghulurkn bantuan. Berikut adalah proses perundangan:

74

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang CIVIL CASES – PROCEDURE SUBORDINATE COURTS [UNCONTESTED]

Letter of Demand (LOD)/ Recall [24 Hours] [7/14 days] File Summons [within 5 days upon instruction or upon expiry of the notice] Extract from Court [Sealed] [Within a month] Service on the Defendant by A. A. Registered [immediately upon extraction] Return of A. R. Card [liase with Post office] To file Affidavit of Service [before the next mention date] Attend Court on the Scheduled Mention Date

[To file Application For Leave in Court to Enter Judgement in the event if a Charge is involved] [to file before the next scheduled date] If the Defendant is present in Court to obtain Consent Judgement

Unable to serve the Summons File Application to Serve the Summons by way of Substitute Service [7 days from the date of nonservice] To obtain Order from Court Substitute Service 1. Court’s Notice Board 2. Advertisement 3. Defendant’s Premises File Affidavit of Service [before next scheduled date] To attend the Court on the Scheduled Mention Date and to obtain JID against the Defendant/ Borrower

To perfect the Order [14 days from the date of Order] Upon extraction of sealed Judgement to serve on the Defendant together with Notice to pay Judgement Sum [within 2 days from extraction] If the Defendant fails to pay – Bank will give further instruction to execute the Judgement [to revert to Bank within 30 days to further instruction] Execution Proceedings JDS

Bancruptcy

Winding-Up

Garnishment

Writ of Sale & Seizure

75

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang CIVIL CASES – PROCEDURE SUBORDINATE COURTS [CONTESTED] DEFENDANT TO CONTEST THE ACTION Service to Summon On Defendant [within 2 days] Defendant to enter Appearance either personally or through his Solocitors [8 or 12 days from service] Plaintif [Bank] to file Affidavit of Service [within 2 days upon service] Defendant to file Statement Of Defendant before the next Mention date Plaintif (Bank) to file the Summary Judgement – Order 26A of SCR [within 14 days of Appearance] Defendant to file Affidavit in Reply [to be filled within 14 days] To attend the Hearing Of the Plaintiff’s Application For Summon Judgement In the event Court allows the Summary Judgement Plaintif [Bank] to perfect the Order [14 days from date of Order] Defendant fails to pay Plaintiff to execute the Judgement In the event court dismiss Plaintiff’s application Defendant to file Statement of Defense if not filed earlier Parties to file Bundle of Documents, Issues to be Tried and Agreed facts before the next Mention Date To go for full Hearing Court delivers Decision

The Defendant may Appeal to High Court Appellant/ Defendant to file Notice of Appeal within 14 days from Judgement Appellant/ Defendant to file Record of Appeal within 6 weeks Court shall set a Hearing Date To file Record of Appeal Parties to Argue the Case

Court delivers Decision

76

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang CIVIL CASES – PROCEDURE HIGH COURTS [UNCONTESTED] File Writ Summons/ Statement of Claim [within 5 days upon instruction or upon expiry of the notice] Extract from Court [sealed] [within one month] Service on the Defendant by A. R. Registered / Personal Service [immediately upon extraction] To file Affidavit of Service [before the next Mention Date] Defendant to enter Appearance [8 to 12 days] Defendant failed to enter Appearance To file Certificate of Non-Appearance [within 7 days upon non-appearance] To obtain Judgement in Default [JID] of Appearance [within 7 days upon non-appearance] [to obtain leave of High Court to enter Judgement if a charge is involved] Perfect the Order [14 days from date to Order] Serve the sealed Judgement on Defendant requesting The Defendant to pay [within 2 days from extraction] Defendant fails to pay – Bank to give further Instructions to execute the Judgement [to revert to Bank within 30 days for further instruction] Execution Proceedings Writ of Sale & JDS Garnishment Bancruptcy Appointment of Seizure Receivers

Winding-Up

77

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang CIVIL CASES – PROCEDURE HIGH COURTS [CONTESTED]

DEFENDANT TO CONTEST THE ACTION Service to Writ of Summons/ Statement of Claim [within 2 days] Defendant to enter Appearance either personally or through his Solocitors [8 to 12 days from service] Plaintif [Bank] to file Affidavit of Service [within 2 days upon service] Defendant to file Statement Of Defendant [within 14 days from Appearance] Plaintif (Bank) may file the ummons in Chambers [Application for O14 – Summary Judgement] [within 14 days of Appearance] Application must be filed with a Supporting Affidavit Affidavit to be affirmed by Bank Officer To serve the sealed Summons In Chambers and Supporting Affidavit on the Defendant [within 2 days upon extraction] Defendant may file Affidavit in Reply [within 14 days] Parties to go Hearing on the scheduled date [Parties shall file Submission and Authorities before the next scheduled date] Court delivers Decision In the event Court allowed the Summary Judgement Plaintif to perfect Orders and serve on the Defendant or Defendant’s Solicitors and request the Defendant to pay [within 14 days from date of Order] Defendant may file Application for Stay of execution if the Defendant wishes to appeal the Decision [as soon as possible] If Stay of Execution is granted – Plaintiff cannot execute the Judgement. Otherwise, the Bank may do so

Defendant may Appeal][within 14 days] Defendant to file Notice of Appeal

Defendant will be known as Appellant [Perayu] and the Plaintiff will be known as Respondent

Parties to file Record of Appeal [within 6 weeks] Hearing of Appeal Court delivers Decision

78

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

BAB 7: MITOS/ KISAH BENAR Bab ini sekadar untuk dimenungkan, namun gunakanlah akal yang sihat untuk mencari permata kebenaran di sebalik insiden-insiden ini yang boleh dikaitkan dengan keseluruhan isi eBook ini dan terutamanya, pengalaman hidup anda sekalian. Ianya adalah situasi-situasi yang sering berlaku walaupun jarang diwar-warkan oleh media. Kisah-kisah ini disampaikan dari mulut ke mulut dalam bentuk sebuah penceritaan maka di sini juga penceritaan ini diulas dan digambarkan untuk tatapan pembaca.

Kes 1: Mati Ada seorang pak cik tua (Pak Mat; bukan nama sebenar) berhutang dan kini dia memiliki tunggakan yang agak besar jumlahnya. Lalu Pak Mat menerima panggilan daripada personel Debt Collector yang menuntut bayaran tunggakan dengan segera walaupun Pak Mat telah menyatakan bahawa dia tidak mempunyai kemampuan untuk melangsaikan hutangnya mengikut jumlah tuntutan oleh Debt Collector tersebut. Maka, Debt Collector bercerita mengenai tindakan mahkamah, rampasan harta benda dan sebagainya sebagai ugutan yang kononnya boleh mendesak Pak Mat untuk melakukan apa cara sekalipun, asalkan jumlah tuntutan dilangsaikan pada ketika itu juga. Namun, data yang tiada pada Debt Collector ini adalah mengenai penyakit sakit jantung Pak Mat. Melalui tekanan yang bertubi-tubi yang dihamburkan oleh Debt Collector yang penuh tamak haloba, penyakit parah Pak Mat menyerang. Jantung tuanya tidak berupaya menerima tekanan darah Pak Mat yang kini naik dengan mendadak akibat kerisauan melampau dan akhirnya pada waktu itu juga Pak Mat rebah dan meninggal dunia. ***** Ini adalah kes yang berlaku di Malaysia dan syarikat terbabit mendapat dakwaan yang begitu besar sehingga terpaksa menghentikan operasi pungutan 79

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang hutang yakni menutup syarikat. Namun, tidak lama kemudian syarikat ini muncul semula dengan nama baru dengan melakukan operati yang sama. Ulasan: Syarikat-syarikat sebegini sukar untuk mati maka janganlah menyimpan harapan bahawa mereka akan berhenti mencari mangsa-mangsa mereka yakni para penghutang. Cara yang anda boleh lakukan adalah uruskan diri anda dengan baik seperti yang disarankan pada bab-bab terdahulu. Hadapai hutang anda dan hentikan kehidupan penuh ngeri ini.

Kes 2: Interview / Temuduga Pada suatu hari, seorang anak muda (Aslān; bukan nama sebenar) berpakaian kemas, kemeja putih bertali leher biru langit, berseluar hitam dan kasut hitam yang telah digilap datang untuk temuduga kerja. Namanya dipanggil untuk masuk ke ruang bilik dan dipersilakan duduk. Penemuduga bertanya adakah Aslān mempunyai pengalaman sebagai pemungut hutang? Dengan jujurnya Aslān mengatakan bahawa dia tiada pengalaman kerja, dan dia berkelulusan lepasan SPM. Si penemuduga tidak menunjukkan minat terhadap kelulusan pengajian, jurusan yang diambil, dan segala perihal pembelajaran hanya ditolak tepi. Namun, si penemuduga menyatakan bahawa kerja ini akan menjadi miliknya sekiranya Aslān lulus dengan satu ujian sahaja. Ujian tersebut adalah kesanggupan Aslān sebagai pemungut hutang (yakni Debt Collector) menggunakan perkataan ‘Babi’ terhadap klien (yakni si penghutang). Ujian bermula. Penemuduga mengangkat gagang telefon dan menekan beberapa punat seketika sejurus itu gagang telefon dihulurkan kepada Aslān. Kini si penghutang yang degil dan telah lama diburu oleh Debt Collector berada dalam talian. Aslān menyambut gagang tersebut dan kedengaran teriakan si penghutang yang menghamburkan 1001 kata-kata kesat. Aslānpun mula membuka bicara ‘babi’, ‘babi’, ‘babi’. Gagang telefon diserahkan kembali kepada penemuduga yang kini bibirnya tersenyum sinis. Kata penemuduga, ‘Esok datang jam 9 pagi’. Aslān diterima bekerja. ***** 80

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Ulasan: Ini adalah kebiasaan yang berlaku di dalam agensi-agensi tuntutan hutang. Ramai penghutang yang agresif dan penuh tekanan. Oleh itu, mereka memerlukan pekerja yang juga agresif dan tiada belas kasihan. Sekali lagi, elakkan diri anda menjadi penghutang yang menjadi bahan ketawa orang lain dan suara anda dirakam dan dikongsikan antara orang ramai. Entah berapa banyak dosa anda telah tersebar seperti lagu MP3 yang menyuarakan kata-kata kasar. Biasanya jika anda bersopan dan tenang, tiada yang akan kongsikan apa yang anda katakan. Yang lazimnya menjadi bahan perkongsian antara Debt Collector adalah apabila anda melontar keluar ragam emosi-emosi sensitif seperti menangis, merayu, marah-marah, memaki hamun dan segala perwatakan negatif lainnya. Maka bertenang dan kekal berhemah adalah yang terbaik.

Kes 3: Jutawan Seorang lelaki (Xavier; bukan nama sebenar) dihubungi oleh Debt Collector. Xavier menyedari bahawa dia tidak pernah mengambil hutang/ Loan. Maka Xavier mengatakan kepada Debt Collector tersebut bahawa dia tidak pernah mengambil apa-apa Loan. Personel Debt Collector menerangkan bahawa panggilan ini melibatkan satu set terapi penjagaan kulit muka yang pernah dia daftarkan dan kini Xavier tidak berminat lagi akan terapi tersebut. Xavier mengatakan bahawa terapi tersebut adalah palsu dan tidak ingin membayar sebarang kos. Debt Collector mulai memberi respon dengan meninggikan suara. Xavier kemudiannya bertanya, “Dari mana pihak anda dapatkan nombor telefon saya? Kerana setahu saya, saya hanya berurusan dengan pusat terapi saja dan bukan dengan tempat lain. Malahan, saya baru menukar nombor telefon”. Soal-jawab yang panjang lebar membawa kepada personel Debt Collector TERsasul mendedahkan bahawa maklumat nombor telefon tersebut dibeli daripada syarikat telekomunikasi. Xavier melakukan tindakan berani iaitu menyaman syarikat telekomunikasi terbabit, malahan segala kos saman ditanggung oleh syarikat majikan Debt Collector terbabit atas keputusan perbicaraan pihak mahkamah. 81

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Keyakinan Xavier bukan sekadar timbul di atas angin, ianya adalah atas sokongan bukti yang berada di dalam tangannya. Rakaman perbualan antara dia dan Debt Collector tersebut wujud dan menjadi leveraj ketika membuka kes di mahkamah. Xavier bertindak dengan ketenangan dan kebijaksanaan. Satu sikap rasional yang perlu dicontohi. ***** Ulasan: Ianya adalah pendapat dan pandangan peribadi untuk mempercayai samada syarikat komunikasi berani menjual maklumat pelanggan atau tidak. Sebagaimana ramai yang tidak pernah berpengalaman dihubungi oleh pemungut hutang (seperti Debt Collector atau personel syarikat kewangan dalam tuntutan hutang) sukar untuk percaya bahawa wujudnya institusi dan syarikat yang melakukan kerja harian dengan penuh penipuan dan barbarisme.

Kes 4: Desak Seorang pegawai kerajaan (Hatiҫe; bukan nama sebenar; sebutan: Hatijae) dipanggil oleh ketuanya lalu ditanya samada benar atau tidak dia mengelak daripada membayar hutang dan mengelakkan diri dari berurusan dengan pegawai bank. Ketuanya turut menasihati dan menggesa Hatiҫe untuk menguruskan hal kehutangannya melalui pegawai bank terbabit. Senario ini sahaja telah menjatuhkan air muka Hatiҫe di tempat kerja. Keesokan harinya panggilan telefon diterima dari pegawai bank tersebut, dan personel bank meminta agar Hatiҫe membayar hutang pada tengahari itu juga. Jika tidak, saman akan dikenakan malahan pegawai bank tersebut turut menerangkan perihal peraturan tatatertib bagi kakitangan kerajaan yang tidak melangsaikan hutang. Oleh kerana terdesak, Hatiҫe mulai meminjam secara rawak, dari kawan-kawan, saudara-mara dan sebagainya untuk membayar jumlah yang diminta. Malangnya, jumlah wang yang berjaya dikumpul masih belum mencukupi. Hatiҫe menunggu panggilan daripada pegawai bank dan apabila dia menyatakan bahawa dia tidak dapat membayar jumlah yang dipinta, pegawai bank mulai mengeluarkan kata-kata amarah, "Apa ni?! Pandai hutang, 82

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang pandailah bayar! Hutang Puluh ribu nak bayar sikit sahaja! Saya bagi tempoh masa sampai jam 5.00pm ni. Jika tidak saya akan teruskan dengan tindakan". Hatiҫe mulai mencari ikhtiar, mulai mengerah otak dari mana lubuk kewangan yang boleh dijolok dan akhirnya terpaksa mengambil keputusan untuk mengadaikan cincin kahwin yang ada. Pada jam 5 petang, Hatiҫe selesai membayar satu tunggakan hutangnya (yang digesa oleh pegawai bank) melalui hasil janaan hutang-hutang keliling pinggang (yang dipinjam secara rawak dari rakan, saudara-mara dll) dan satu gadaian yang perlu ditebus. Pegawai bank yang kini berpuas hati menghubungi Hatiҫe semula untuk pengesahan pembayaran secara lisan dan dengan sopannya personel bank mengucapkan terima kasih. Kemudian, Hatiҫe diminta untuk me-Whatsapp resit pembayaran kepada pegawai bank berkenaan sebagai bukti pembayaran yang telah dibuat disamping membuktikan bahawa pembayaran yang dilakukan oleh Hatiҫe adalah hasil titik peluhnya, maka komisen akan masuk ke poket pegawai bank tersebut. ***** Ulasan: Ini adalah perkara biasa yang dilakukan oleh Debt Collector. Memaksa sehingga ke jalan buntu dan akhirnya sesuatu yang bernilai sentimental pun tergadai. Kadang-kadang maruah jua tergadai demi keinginan Debt Collector untuk mendapat komisen yang lebih. Ingat, bulan depan pegawai bank/ Debt Collector akan hubungi anda lagi sekiranya tertunggak lagi hutang. Lazimnya ianya akan berulang seperti roda, kerana hutang Loan tak tertanggung pada awalnya, kini ditambah dengan hutang-hutang dengan rakan, saudara-mara dan sebagainya untuk melangsaikan tuntutan pertama. Maka pada tuntuan kedua, bukan setakat hutang yang dituntut oleh Debt Collector malah tuntutan hutang dari rakan dll turut diterima.

83

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

LAMPIRAN Ada beberapa sebab mengapa ebook ini tidak meletakkan informasi tertentu di dalam dan sekadar berkongsikan link semata-mata. Ini kerana, ada sebahagian pemilik informasi tidak membenarkan perkongsian secara terbuka – yakni anda perlu membuat bacaan sendiri di laman web mereka. Untuk memudahkan anda membaut pembacaan lanjut, boleh layari laman web di bawah ini: BERITA: 1. Penjara 5 Tahun, Denda RM10 Juta dedah maklumat pelanggan http://www2.bharian.com.my/articles/Penjara5tahun_dendaRM10jutadedahmaklumatpelanggan/Ar ticle/?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+yahoo%2FPUOJ+%28 Berita+Malaysia%29 2. Waran Tangkap untuk individu muflis jika bersembunyi atau melarikan diri bagi mengelak membayar hutang http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/waran-tangkap-untuk-individu-muflis-jikabersembunyi-elak-bayar-hutang-1.51359 3. Tidak mampu membayar ansuran bulanan RM 100 sebulan, tindakan menghina mahkmah telah diambil oleh pihak OA untuk mensabitkan pasangan suami isteri ini ke penjara. https://www.facebook.com/notes/wardina-safiyyah-officialpage/nasib-si-bangkrap-satu-kisah-sedihuntuk-kita-terus-renung-bersama/227521903978579 4. Zalim kerajaan BN, tak bayar hutang RM150 kena penjara http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=print&sid=9792 5. Individu Bankrap Gagal Bayar Ansuran, Dipenjara Sebulan http://www.mstar.com.my/berita/berita-mahkamah/2012/05/13/individu-bankrap-gagal-bayaransuran-dipenjara-sebulan/ 6. Tiada Kompromi Dedah Rahsia Pelanggan Bank http://ww1.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20120804/ek_01/Tiada-kompromi-dedah-rahsiapelanggan-bank

84

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Informasi 1. Saman Dari Bank http://dululainsekaranglain.com/undang-undang/saman-dari-bank 2. Cerita Hutang Bank Dan Anda https://ceritahutangbankdananda.wordpress.com/ 3. Baca ini dulu sebelum berhutang http://hidupringkas.com/keusahawanan/baca-ini-dulu-sebelum-berhutang/ 4. Semua Tentang Kebangkrapan http://eforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=57927 5. Mazidul Akmal (TV3) http://www.mazidulakmal.com/2012/12/pendedahan-ini-mungkin-mengelakkan.html# 6. Jabatan Insolvensi (pengurusan hutang selepas diisytihar bangkrap) http://www.insolvensi.gov.my/ 7. Jabatan Insolvensi Cekik Darah dengan Akta Lapuk 1967??? http://arisawang.blogspot.com/2009/07/jabatan-insolvensi-cekik-darah-dengan.html 8. Akta Bafia (Penuh) https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=5&cad=rja&uact=8&ved=0CD 8QFjAEahUKEwjnhq7v8ZPHAhUOA44KHW3xApg&url=http%3A%2F%2Fwww.bnm.gov.my%2Fdocum ents%2Fact%2Fbm_bafia.pdf&ei=wgbDVeedN46GuATt4ovACQ&usg=AFQjCNFJlufwhkcIzfHv57LDM3 w4I6nhUw&sig2=TEr_1UBc-cxnEhTVFNf8ig&bvm=bv.99556055,d.c2E 9. AKTA INSTITUSI KEWANGAN. PEMBANGUNAN 2002 (Akta 618) https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&uact=8&ved=0CB 0QFjAAahUKEwib9ZKL8pPHAhXTco4KHQDLD4o&url=http%3A%2F%2Fwww.agc.gov.my%2FAkta%2FV ol.%252013%2FAkta%2520618.pdf&ei=_QbDVduCC9PluQSAlr_QCA&usg=AFQjCNFQAQvkNd7RJaDQ GT3dlP2AOZsFmQ&sig2=ncrce6tv6wgAfAVC2V59fg&bvm=bv.99556055,d.c2E dan banyak lagi info-info lain yang anda boleh cari sebagai rujukan tambahan.

Sekali lagi, terima kasih kerana memiliki ebook ini. Sekian.

85

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

86

Produk Lain Daripada Penulis: Ebook Buat Duit Dengan YouTube Adsense Laman Web Produk: http://buatduitdenganvideo.com/

Ebook ini adalah dalam bentuk PDF. Tawaran: Purata Pendapatan per channel: RM30 perhari bergantung kepada usaha anda Jumlah channel per akaun: Bergantung kepada anda Namun, anda tidak perlu beli sekarang. Anda boleh miliki ebook Mini Buat Duit Dengan YouTube Adsense sahaja dahulu secara PERCUMA. Ebook Mini ini sahaja sudah cukup untuk membantu anda mulai buat duit dengan YouTube Adsense. Namun, untuk menjimatkan masa anda, anda boleh beli ebook penuh untuk strategi rahsia yang tidak didedahkan pada umum. InsyaAllah.

Isi kandungan ebook mini: a. Cara buat akaun YouTube Adsense. Khidmat buat akaun YouTube Adsense ini dijual pada harga RM50-RM100 di pasaran Malaysia. Namun di sini saya menawarkannya secara PERCUMA sahaja. Dengan adanya akaun adsense barulah anda boleh menjana pendapatan dengan YouTube Adsense. b. Bagaimana untuk download video YouTube dan upload semula tanpa risau copyright. Bagi yang malas atau tidak pandai menghasilkan video, asalkan anda tahu mendownload dan mengupload video dari internet sudah memadai. Jangan risau, ebook mini ini akan mendedahkan kepada anda bagaimana untuk mengelakkan amaran copyright. c. Menghasilkan banyak channel dalam satu akaun. Jika anda boleh jana RM30 per channel setiap hari, bayangkan jika anda ada 10 channel? RM30 X 10 X 30 hari = RM 9000! Ianya benar-benar bergantung kepada usaha anda. d. Mencari Video Trending. Trending aka viral adalah penting dalam pemasaran video YouTube. Jika anda tahu apakah jenis video yang trending, mudah untuk anda mendapatkan trafik/ views yang mana, bagi setiap klik pada iklan tersebut akan mendatangkan komisen kepada anda. Dapatkan ebook mini Buat Duit Dengan YouTube Adsense di sini sekarang: http://buatduitdenganvideo.com/

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

5 Sebab Anda Perlu Miliki Ebook Ini?     

Anda suka duit USD masuk dalam akaun setiap hari atau setiap bulan. Anda minat nak buat duit dengan YouTube Adsense tapi masih buntu Anda tak nak membuang masa mencari dan membaca tips yang biasa-biasa sahaja Anda suka bila pihak Bank tanya, macam mana kau boleh dapat duit dari Google ni? Senyum... Anda nak join orang-orang yang tergolong dalam kategori comel.. Hehe..

Ebook ini sudah cukup untuk anda belajar sendiri bagaimana untuk menjana pendapatan dengan YouTube Adsense. Kunjungi laman web ini:

http://buatduitdenganvideo.com/ ATAU Jika anda inginkah personal coaching bernilai RM670, di mana anda boleh berjumpa, bersoal jawab face to face dan

jaminan full support seumur

hidup

, malah jika anda rasa tak suka dan inginkan wang dikembalikan, anda boleh

kunjungi laman web ini:

http://bit.ly/RASHYTRM670

P/S: Kedua-duanya boleh digabungkan untuk pendedahan lebih. InsyaAllah.

40

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF