OK Amali Bulan

March 10, 2017 | Author: mhamdi77 | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Amali SCE3110...

Description

PRAKTIKAL 4 Tajuk

: Fasa Bulan

Tujuan

: Untuk memerhati pergerakan bulan dan fasa-fasanya.

Pengenalan :

Bulan adalah objek langit yang paling dekat dengan bumi. Oleh sebab jaraknya yang “paling dekat” tersebut, bulan adalah objek langit yang paling mudah dilihat dengan mata kasar. Bulan biasanya kelihatan pada waktu malam, namun adakalanya kita tidak dapat melihatnya kerana beberapa faktor seperti cuaca dan awan tebal. Bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri dan ia kelihatan bercahaya kerana memantulkan cahaya matahari kepada bumi.

Bulan adalah satelit semulajadi yang saiznya ialah satu perempat saiz bumi. Ia berputar mengelilingi bumi pada jarak 384 000 km atas paksi yang condong sedikit berbanding Dataran Ekliptik. Sambil mengelilingi bumi, bulan berputar atas paksinya sendiri dengan kelajuan yang sama, iaitu 360 darjah dalam masa lebih sedikit dari 27 hari. Ini menyebabkan permukaan bulan yang sama menghadap bumi.

Fasa-fasa bulan adalah bentuk bulan yang berlainan yang dapat dilihat dari bumi. Fasa bulan dipengaruhi oleh kedudukannya diantara bumi dan matahari. Cahaya matahari yang terkena pada bulan akan dipantulkan bulan. Orang yang berada di bumi akan dapat melibat bentuk atau fasa bulan yang berbagai ini mengikut tempat dan keadaan tertentu. Fasa bulan boleh di bahagikan kepada 8 fasa iaitu anak bulan, bulan sabit, bulan separa, bulan hampir purnama, bulan purnama, bulan purnama lama, bulan separa lama dan bulan sabit lama.

1

Antara perkara yang penting dalam mengkaji fasa-fasa bulan ialah dengan mengetahui terlebih dahulu waktu terbit dan terbenam bulan. Ini dilakukan supaya kita dapat menganggarkan waktu yang sesuai untuk merekod gambar bulan. Waktu bulan terbit adalah apabila bahagian atas bulan melepasi garisan ufuk manakala waktu bulan terbenam adalah apabila bahagian bawah bulan menghilang di bawah garisan ufuk.

Menentukan terbit dan terbenam bulan, nilai azimut juga perlu di tentukan. Azimut adalah jarak garisan mendatar ketika bulan terbit dan bulan terbenam. Azimut biasanya diukur menggunakan kompas. Dalam 360 darjah, dan dikira mengikut arah jam, utara memberikan azimut 0o , timur memberikan azimut 90o, selatan memberikan 180o dan barat memberikan nilai 270o. Anak panah kecil pula menunjukkan arah matahari terbit berdasarkan peta yang menunjukkan utara ke atas.

Altitud bulan pula dikenalpasti semasa merekod gambar bulan. Altitud merujuk kepada jarak pusat bulan kepada garisan horizon. Selain itu, dalam fasa yang berbeza akan memberikan kecerahan yang berbeza.

2

Radas

: Kamera.

Prosedur

:

1. Maklumat mengenai terbit dan terbenam bulan dicari daripada buku, majalah, jurnal, surat khabar atau internet.

2. Lokasi yang sesuai dipilih serta bulan diperhatikan setiap hari bermula dari fasa anak bulan hingga fasa bulan purnama.

3. Pemerhatian dijalankan menggunakan mata kasar.

4. Kamera yang sesuai digunakan untuk mengambil gambar.

5. Tarikh dan waktu pemerhatian direkodkan.

6. Kedudukan bulan dan sebarang perubahan bentuk bulan dicatatkan ke dalam jadual.

7. Data yang diperoleh dianalisis dan ditafsirkan.

3

Keputusan :

Pemerhatian 1 Tarikh

Masa

Lokasi

Fasa bulan

1 Februari 2014

09:40

Kawasan Kediaman

Bulan sabit lama

Masa Terbit

Masa Terbenam

08:52

20:53

Azimut Terbit

Altitud

Kecerahan

76.8°

3.0%

Terbenam

98°

264°

Pemerhatian 2 Tarikh

Masa

Lokasi

Fasa bulan

4 Februari 2014

21:50

Kawasan Kediaman

Bulan sabit

Masa Terbit 11:05

Azimut

Masa Terbenam 23:35

Terbit

Terbenam

83°

279°

4

Altitud

Kecerahan

86.8°

25.8%

Pemerhatian 3 Tarikh

Masa

Lokasi

Fasa bulan

09 Februari 2014

09:00

Kawasan Kediaman

Bulan separa

Masa Terbit 15:05

Masa

Azimut

Terbenam 02:55

Terbit

Altitud

Kecerahan

76.9°

75.6%

Terbenam

71°

289°

Pemerhatian 4 Tarikh

Masa

Lokasi

Fasa bulan

11 Februari 2014

9:15

Kawasan Kediaman

Bulan hampir purnama

Masa Terbit 16:41

Masa Terbenam 04:31

Azimut Terbit 72°

Terbenam 289°

5

Altitud

Kecerahan

76.9°

89.9%

Pemerhatian 5 Tarikh

Masa

Lokasi

Fasa bulan

15 Februari 2014

09:45

Kawasan Kediaman

Bulan purnama

Masa Terbit 19:45

Masa

Azimut

Terbenam 07:29

Terbit 83°

Terbenam 279°

Altitud

Kecerahan

85°

99.8 %

Pemerhatian 6 Tarikh

Masa

Lokasi

Fasa bulan

19 Februari 2014

10:00

Kawasan Kediaman

Bulan purnama lama

Masa Terbit 22:50

Masa Terbenam 10:19

Azimut Terbit 100°

Terbenam 262°

6

Altitud

Kecerahan

77°

86.4 %

Pemerhatian 7 Tarikh

Masa

Lokasi

Fasa bulan

23 Februari 2014

09:25

Kawasan Kediaman

Bulan separa lama

Masa Terbit 01:27

Azimut

Masa Terbenam 13:39

Terbit

Terbenam

108°

251°

Altitud

Kecerahan

65.1°

47.3%

Pemerhatian 8 Tarikh

Masa

Lokasi

Fasa bulan

27 Februari 2014

09:40

Kawasan Kediaman

Bulan sabit lama

Masa Terbit

Masa Terbenam

05:19

17:35

Azimut Terbit

Altitud

Kecerahan

70.2°

7.2%

Terbenam

104°

257°

7

Pemerhatian 9 Tarikh

Masa

Lokasi

Fasa bulan

2 Mac 2014

09:45

Kawasan Kediaman

Bulan sabit lama

Masa Terbit

Masa Terbenam

08:01

20:26

Azimut Terbit

Altitud

Kecerahan

84.0°

1.3%

Terbenam

91°

272°

Perbincangan : Untuk mengkaji fasa-fasa bulan di atas, perkara utama yang perlu dilakukan ialah dengan memastikan tarikh qamari supaya kemunculan fasa-fasa bulan dapat dipastikan dengan tepat. Kemudian, maklumat berkenaan waktu terbit dan waktu terbenam bulan dipastikan supaya kita dapat menjangka waktu yang tepat untuk mengambil gambar bulan.

Maklumat

tersebut

dapat

diperolehi

dengan

melayari

internet

http://www.timeanddate.com/worldclock/astronomy.html?n=1228&month=2&year= 2014&obj=moon&afl=-1&day=1. Maklumat tersebut adalah seperti berikut :

8

di

Masa Bulan Terbit dan Terbenam Bagi Kawasan Georgetown

9

Daripada data yang diperolehi, nilai azimut, altitud, lepasan meridian bulan dan perlbagai lagi maklumat lain dapat dikenalpasti. Kesemua maklumat ini menjadi pengukur bagi menentukan fasa-fasa bulan. Setelah maklumat keseluruhan diperolehi seperti di atas, jadual perancangan dilakukan untuk memilih tarikh sesuai untuk membuat pemerhatian terhadap bulan. Jadual tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh 01 Februari 2014 02 Februari 2014 04 Februari 2014 05 Februari 2014 08 Februari 2014 09 Februari 2014 11 Februari 2014 12 Februari 2014 15 Februari 2014 16 Februari 2014 18 Februari 2014 19 Februari 2014 23 Februari 2014 24 Februari 2014 27 Februari 2014

Masa Bulan

Masa bulan

Terbit

Terbenam

08:32 09:25 11:05 11:53 14:17 15:05 16:41 17:28 19:45 20:30 22:02 22:50 01:27 02:24 05:19

20:53 21:49 23:35 00:26 02:06 02:55 04:31 05:18 07:29 08:11 09:35 10:19 13:39 14:36 17:35 10

Pemerhatian Anak bulan Anak bulan Bulan sabit Bulan sabit Bulan separa Bulan separa Bulan hampir purnama Bulan hampir purnama Bulan purnama Bulan purnama Bulan purnama lama Bulan purnama lama Bulan separa lama Bulan separa lama Bulan sabit lama

28 Februari 2014 01 Mac 2014 02 Mac 2014

06:15 07:09 08:01

18:34 19:31 20:26

Bulan sabit lama Anak Bulan Anak bulan

Seterusnya lokasi yang sesuai dipilih dan ditetapkan iaitu kawasan kediaman saya di Kampung Sungai Semambu, Bagan Serai, Perak untuk mengambil gambar fasa bulan. Hasil daripada pemerhatian yang telah dibuat, saya dapat tentukan kesemua bentuk fasa-fasa bulan bermula daripada anak bulan, bulan separa, bulan purnama hinggalah kembali kepada anak semula. Namun bentuk bulan sabit pada 4 Februari 2014 kelihatan terbalik daripada bentuk yang sepatutnya diperolehi. Ini adalah kerana waktu puncaknya dimana ia berada 900 dari garisan ufuk atau “meridian passing” adalah pada pukul 17:19. Apabila gambar yang diambil melebihi waktu puncaknya iaitu pada pukul 21:50 maka imej yang diperolehi juga akan kelihatan terbalik kerana pada waktu itu bulan sudah melalui waktu terbenam.

Kesimpulan: Fasa- fasa bulan adalah bentuk-bentuk bulan yang berlainan yang kelihatan daripada bumi. Ini adalah kerana kedudukan bulan yang berlainan akan menyebabkan ia memantulkan cahaya matahari pada kawasan-kawasan bulan yang tertentu sahaja.

Soalan 1. Kita amat kenal dengan bulan. Kita biasa melihat bulan pada waktu malam. tetapi bulan juga dapat dilihat pada waktu pagi. Bilakah kita lihat bulan pada waktu malam dan pada waktu pagi? Waktu kita dapat melihat bulan pada waktu malam dan waktu pagi bergantung kepada waktu terbit dan terbenamnya bulan itu sendiri. Waktu bulan terbit pada setiap hari adalah tidak sama dan akan berubah. Jika bulan terbit pada waktu pagi, kita akan dapat melihatnya pada waktu pagi dan kita tidak akan dapat melihatnya pada malam hari. Begitu juga sebaliknya. Sebenarnya bulan sentiasa memantulkan cahaya matahari sama ada di malam hari atau di siang hari. Namun demikian, disebabkan kemunculan cahaya matahari pada waktu pagi kadang-kadang menyukarkan kita melihat bulan pada waktu tersebut. 11

2. Bagaimanakah kejadian bulan terbit dan tenggelam dikaitkan dengan fasa bulan dan posisi bulan sejajar dengan kedudukan bumi dan matahari? Kejelasan untuk melihat fasa- fasa bulan bergantung kepada waktu bulan terbit dan bulan terbenam dan diantaranya. Selepas bulan terbit, ia mengambil masa beberapa jam untuk membolehkannya berada dalam keadaan 90 o dari garisan ufuk. Kedudukan bulan juga mempunyai hubung kait dengan bumi dan matahari. Hal ini demikian kerana bulan berputar dan beredar mengelilingi bumi. Bumi pula berputar dan beredar mengelilingi matahari. Dalam kedudukan bulan, bumi dan matahari yang berlainan, fasa-fasa bulan yang berlainan akan terhasil. Contohnya apabila bulan berada di antara bumi dan matahari, fasa anak bulan akan berlaku. Kebiasaannya, bulan tidak akan kelihatan. Sekiranya kelihatan ia terlalu kecil untuk dilihat oleh mata kasar. Kemudian, jika bumi berada antara bulan dan matahari, fasa bulan purnama akan berlaku dan bulan akan kelihatan penuh. Namun jika bulan berada betul-betul pada garisan lurus, gerhana akan berlaku. Gerhana matahari boleh berlaku ketika fasa anak bulan manakala gerhana bulan boleh berlaku apabila bulan berada dalam fasa purnama penuh. Oleh itu, pelbagai kejadian boleh berlaku disebabkan kedudukan bulan yang tertentu antara bumi dan matahari.

3. Tugasan aktiviti untuk pelajar sekolah rendah membuat pemerhatian tentang fasa-fasa bulan.

Aktiviti

: Memerhati fasa-fasa bulan

Bahan-bahan

: Sebiji bola putih bersaiz 4 (saiz bola sepak) yang separuh bahagian telah diwarnakan hitam, sebuah bangku, pelekat, kertas hitam, kapur putih.

Prosedur

:

1. Sebiji bola putih yang telah diwarnakan hitam pada separuh bahagian diletakkan di atas sebuah bangku.

12

2. Bangku tersebut berserta bola di atasnya di letakkan di tengah satu kawasan lapang (depan kelas/ dataran/ kawasan lapang lain-lain) 3. Kerusi disusun disekeliling bola tersebut dalam bentuk bulatan. 4. Kemudiannya, murid duduk di setiap kerusi yang telah diletakkan. 5. Murid dibekalkan dengan sekeping kertas hitam dan kapur putih. 6. Guru membuat sesi penerangan tentang fasa- fasa bulan bersama murid. 7. Kemudian, murid diminta melukis bentuk yang dilihat pada bola tersebut dari kerusi yang mereka berada. 8. Setiap murid menunjukkan hasil lukisan mereka. 9. Guru bersama murid berbincang dan mengaitkan lukisan dengan fasa-fasa bulan.

13

RUJUKAN

BUKU Alias A. (2011). Xpress 2011 UPSR Science Bilingual. Sasbadi Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Selangor.

Moo, L.S (1994). Asas pengajaran sains sekolah rendah: Pendekatan Pembelajaran Sains. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Lutgens F. et al (2009).

INTERNET Fasa Bulan (2010) Diakses pada 16 Mac 2014 daripada http://aguscb.blogspot.com/2010/08/fasa-bulan.html

Fasa Bulan (2013) Diakses pada 16 Mac 2014 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Fasa_bulan

Fasa-fasa Bulan (2009) Diakses pada 16 Mac 2014 daripada http://astronomifalak.blogspot.com/2009/10/fasa-fasa-bulan.html

Fasa-fasa Bulan (2011) Diakses pada 16 Mac 2014 daripada http://sklk-panitiasains.blogspot.com/2011/01/fasa-fasa-bulan.html

Fasa-fasa Bulan (2012) Diakses pada 16 Mac 2014 daripada http://www.slideshare.net/4coursemates/fasa-fasa-bulan-12933521

Fasa-fasa Bulan (2014) Diakses pada 16 Mac 2014 daripada http://astronomi.angkasa.gov.my/cms3/page/index/id/74

Moonrise and Moonset in George Town (2014) Diakses pada 16 Mac 2014 daripada http://www.timeanddate.com/worldclock/astronomy.html?n=1228&month=1&year 14

=2014&obj=moon&afl=-1&day=1

Phases of the Moon (2013) Diakses pada 16 Mac 2014 daripada http://www.hometrainingtools.com/moon-phases-science-teaching-tip/a/1088/

Teaching Moon Phase. (2009) Diakses pada 16 Mac 2014 daripada http://blogs.scholastic.com/3_5/2009/02/teaching-moon-phases.html

15

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF