Nota Strategi, Pendekatan Kaedah Dan Teknik Pengajaran Bahasa.

April 1, 2017 | Author: Mohd Nasyat Safwan Abd Manan | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Nota Strategi, Pendekatan Kaedah Dan Teknik Pengajaran Bahasa....

Description

Nota strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran bahasa.

1

Strategi Pendekatan Berpusatkan Murid • Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan Bahasa Melayu haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Oleh itu, murid dapat membina keyakinan berbahasa.

Kepelbagaian Teknik • Pendidikan Bahasa Melayu sekolah rendah menggalakkan penggunaan pelbagai kaedah mengajar. Guru boleh memilih pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu belajar serta teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi, dan berinteraksi.

Kepelbagaian Sumber Bahan • Penggunaan pusat sumber dan komputer sangatlah digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bahan-bahan sumber seperti akhbar, majalah, buku rujukan, kamus, Internet, serta bahan sastera dan bahan berunsur ilmu hendaklah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dan juga untuk bacaan ekstensif.

Penggunaan Tatabahasa yang tepat • Pendidikan Bahasa Melayu sekolah rendah menekankan penggunaan tatabahasa mengikut kemampuan murid. Untuk mencapai tujuan tersebut, guru perlu merancang dan memilih aspek tatabahasa yang hendak diajarkan berserta contoh penggunaannya dalam pelbagai konteks dan kegiatan bahasa yang bermakna sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

Bacaan Luas • Bacaan luas memberikan peluang kepada murid menimba pengetahuan dan membentuk sahsiah yang baik bagi meningkatkan gaya berfikir dan minat ingin terus membaca. Bacaan luas boleh dijalankan dalam pendidikan Bahasa Melayu dengan menggunakan bahan-bahan ilmiah dan sastera. Pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan melalui penyerapan. 2

Pendekatan kaedahmerupakancaraataulangkah-langkah yang diambilbagimemulakandanmelaksanakansesuatutugassepertimengatasimas alah. Pendekatanseharusnyasesuaidenganperkembangandiridankebolehanmuridmurid agar suasanapembelajaranlebihsempurna, menarikdanberkesanDalampengajaranbahasaterdapatempatpendekatanpeng ajaran.

Induktif

Komunikatif

Pendekatan

Eklektif

3

Deduktif

PendekatanInduktif • Mempelajari sesuatu untuk mendapatkan hukum. • Memperkenalkan pengetahuan dan member pengalaman. • Mengumpulkan maklumat untuk membentuk hukum. • Membentuk satu kesimpulan umum daripada contoh-contoh tertentu. • Mendapatkan kesimpulan daripada satu urutan pemikiran. • Membuat justifikasi daripada yang spesifik (khusus) kepada yang umum. • Merupakan kaedah penaakulan yang bertujuan untuk mendapatkan peraturan yang umum daripada faktafakta atau contoh-contoh.

Contoh: Dalam pengajaran tentang ayat tunggal, guru akan memulakan pengajarannya dengan menunjukkan contohcontoh ayat tunggal.Kemudian berpandukan contohcontoh yang dibuat , guru akan memandu murid-murid supaya sampai kepada takrif ayat tunggal.

PendekatanDeduktif •Mempelajari sesuatu berdasarkan sesuatu hokum. •Satu proses penaakulan yang tinggi. •Satu produksi fakta untuk membuktikan satu pernyataan umum. •Menganalisis fakta atau isi yang membentuk generalisasi •Membuat pencerakinan daripada yang 4 umum kepada spesifik.

Contoh: Apabila seseorang guru mengajar ayat tunggal , guru akan member takrif ayat tersebut sebelum menunjukkkan contohcontoh penggunaanya.

PendekatanEklektif •

Satu pendekatan yang diwujudkan hasil daripada gabungan dua atau beberapa pendekatan.



Menggabungkan kedua-dua pendekatan deduktif atau induktif untuk menghasilkan satu strategi pengajaran.



Bertujuan untuk menghasilkan satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebihseimbang, berfaedah dan berkesan.



Boleh gunakan strategi pemusatan guru, murid dan bahan.



Pelaksanaan: a. Penekanan kepada pendekatan deduktif •

Model 1: GeneralisasiContohGeneralisasi b. Penekanan kepada pendekatan induktif



Model 2: ContohGeneralisasiContoh

Contoh: a)- Mulakan pengajaran dengan menyatakan atau menerangkan generalisasi. 1. Menerangkan objektif dan faedah pengajaran 2. Menerangkan peraturan-peraturan atau hukum-hukum tentang aspek bahasa yang hendak diajarkan. 3. Memberi definisi atau maksud-maksud tertentu. 4. Memperlihatkan ciri-ciri, prinsip-prinsip, kandungan isi pembelajaran, skop dan sebagainya. b). Guru-guru member contoh-contoh untuk menerangkan generalisasi tersebut. a. Contoh-contoh hendaklah mencukupi. b. Contoh harus bergerak daripada yang konkrit kepada yang abstrak. c. Contoh boleh diperlihatkan melalui gambar-gambar, rakaman, petikan, ayat-ayat, perkataan-perkataan berlawanan atau seerti. 5

d. Membuat aktiviti sepert imembua tdemonstrasi, menunjukcara, melakukan aksi, memadan, memenuhi tempat kosong, menyambung dan melengkapkan, menjawab soalan-soalan,

Pendekatan Komunikatif

Contoh:Berkongsi dan Memproses Maklumat 

Kerja kumpulan -5 - orang



Membina cerita



Tiap-tiap seorang diberi potongan ayat-ayat



Tugas murid ialah membaca ayat-ayat mereka dan berbincang untuk menyusun ayat-ayat itu seupaya menjadi sebuah cerita yang lengkap tetapi setiap murid tidak boleh melihat dan membaca ayat-ayat orang lain.

6

Kaedah

Cara menyampaikan maklumat atau menjalankan aktiviti pengajaran. Satu cara atau prosedur menjalankan sesuatu tugas pengajaran Cara-cara bagaimana pengajaran bahasa dijalankan berasaskan teori yang berkaitan dengan P&P bahasa

7

Kaedah terus

Kaedah ajuk-hafaz

Kaedah linguistik

Kaedah psikologi

Kaedah semulajadi

Jenisjenis kaedah

Kaedah kodkognitif

Kaedah terjemahan

Kaedah oral-aural

Kaedah khusus

Kaedah TatabahasaTerjemahan Tatabahasa tradisional/klasik kerana terawal digunakan dalam pengajaran bahasa Utamakan bahasa penulisan Mengkaji dan menghura ibahasa Senarai kata telah disediakan dan perkataan diasingkan daripada konteks Terjemahan dalam bahasa ibunda digunakan sebagai cara mempelajari kosa kata 8

Hukum nahu dihafaz untuk kuasai bahasa Kefahaman tidak diutamakan Berpusatkan guru

KaedahTerus Menekankan pengajaran bahasa kedua.Terjemahan bahasa ibunda tidak digunakan langsung. Kanak-kanak belajar bahasa dengan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran sehingga membentuk kelaziman bahasa membolehkan kanak-kanak berkomunikasi. Bahasa sasaran diajar secara langsung. Kemahiran lisan diutamakan Memahami maksud perkataan dan frasa berdasarkan konteks penggunanya. Bahan seperti lakaran, lakonan gambar dan lain-lain boleh digunakan untuk menerangkan makna Nahu tidak diajar secara formal Kaedah Natural dandeduktifsebaliknyatunjukcaradancontoh-contoh (induktif)

9



Bahasa alatPenguasaanlinguistikpentinguntukmengajardenganbetul. untuk menghubungkan makna dengan masej. Penguasaan bahasa berlaku jika memahami mesej dalam bahasa sasaran.



Dua cara pembelajaran kaedah ini iaitu;



Penguasaan (acquistions) iaitu berlaku secara semulajadi seperti kanak-kanak menguasai bahasa pertama.



Pembelajaran (learning) proses yang dilalui secara sedar tentang peraturan-peraturan bahasa yang dikembangkan.



Pemahaman berkesan sekiranya bahan rangsangan berdasarkan konteks dan situasi dalam pembelajaran.



Pembelajaran berasaskan keperluan pelajar. Isu/topik mempunyai hubungkait dengan pengalaman pelajar supaya kanak-kanak dapat menggunakan bahasa sasaran tanpa kesulitan.

Kaedah Linguistik/ Fonetik •

Pengajaran utamakan bunyi-bunyi perkataan/fonetik.



Matlamatnya membolehkan murid-murid memahami dan bertutur dengan sebutan dan intonasi yang baik



Mengutamakan bunyi perkataan dalam bahasa.



Murid-murid dilatihtubi untuk menyebut bunyi-bunyi bahasa.



Struktur bahasa dilaksanakan daripada mudah kepada yang susah



Dilaksanakan secara induktif. •

Aktivitipenulisanberdasarkanbahasalisandanbacaan

Kaedah Kod-Kognitif

• Mengutamakan pengamatan dan pemahaman struktur bahasa yang dipelajari •

Bahasa digunakan untuk berfikir

• Bahasa satu tingkahlaku yang ditetapkan oleh rumus-rumus bahasa. • Manusiamempunyaikecekapanuntukbe rbahasa • 10

Mengutamakanpemahamanbahasa • Kebolehanberbahasaakanberkembangsecaraa utomatik

Kaedah Ajuk Hafal

11



Dikenali sebagai kaedah latih tubi.



Pengajaran dibahagikan kepada demonstarsi dan latih tubi.



Dalamdemonstaridiajarkannahu, sebutandanperbendaraan kata



Demonstarsidilakukanoleh guru atauinforman



Latihanmenyebutdanmembacadilakukansecaralatihtubi



Unsurbahasa yang bermaknadiberikansecaraberansur-ansur.



Diajarsecarainduktifmelaluicontoh

Kaedah Situasional (Situational Language Teaching)

12



Menggunakan satu tingkahlaku/ situasi untuk melatih pelajar menggunakan ayat atau perkataan baru. Ia dijelaskan melalui objek, gambar, aksi dan mimik muka. Situasi akan dikawal sepenuhnya.



Dilaksanakan mengikut tahap keupayaan kelas. Tapi harus bergerak daripada latihan terkawal kepada lebih bebas.



Mengutamakan perbenderaan kata dan kegagalan menguasai tatabahasa dengan sempurna akan menyebabkan masalah dalam pembelajaran.



Pengajaran lisan yang mengutamakan bahasa pertuturan.



Bahasa sasaran ialah bahasa bilik darjah



Aspek bahasa diperkenalkan dan dilatih mengikut situasi (latih tubi)



Memastikan perbendaraan kata am dan biasa dilibatkan sepenuhnya



Tatabahasa digunakan daripada bentuk mudah kepada yang lebih rumit



Bacaan dan tulisan diperkenalkan sebaik sahaja asas tatabahasa telah dikuasai

Kaedah Oral Aural/Dengar – Tutur

13



Menggunakan dialog secara realistik yang dilatih tubi secara berulangulang dengan memberi perhatian kepada intonasi yang betul. Bahan rakaman boleh digunakan



Dialog yang digunakan dalam situasi yang realistik



Alat pandang dengar digunak secara meluas



Latihan menyebut dan membaca dikawal secara rapi



Menggunakan pendekatan induktif



Perbendaraan kata bermakna diberikan secara beransur-ansur.



Latihan menulis diberikan selepas pelajar menguasai kemahiran bacaan

Teknik TEKNIK









14

Menurut Kamus Dewan (edisiketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin&Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benarbenar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

15

Teknik main peranan Teknik permainan bahasa

Teknik perbincangan

Teknik latih tubi

Teknik drama

JENISJENIS TEKNIK

Teknik simulasi

Teknik bercerita

Teknik soal jawab

Teknik inkuiri

Teknik sumbangsaran

Teknik perbahasan Teknik kuiz

16

Rancangan pengajaran harian

17

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata pelajaran : Bahasa Melayu Kelas : 3 Murni Bilangan murid : 20 orang Tema : Alam Sekitar Tajuk : Percemaran Udara Tarikh : 14 September 2011 Masa : 11.00-12.00 pagi Hasil pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat : 1. menyenaraikan lima daripada enam isi penting yang terdapat dalam petikan teks “ Pencemaran Udara” dengan betul. 2. menyatakan

tiga

punca

dan

dua

kesan

petikan

teks

“Pencemaran Udara” dengan tepat. 3. menulis

karangan

pencemaran

pendek

tentang

punca

dan

kesan

udara yang berjumlah lapan puluh sehingga

seratus patah perkataan dengan menggunakan ayat majmuk yang betul.

Fokus utama : 6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks. Aras 2 i. Mengecam isi penting daripada pelbagai bahan bacaan.

Fokus sampingan : 3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk dengan menggunakan kata, istilah, frasa, ayat yang tepat dan laras bahasa yang sesuai Aras 3 ii. Membentangkan maklumat yang diperoleh secara ringkas dan tepat. 18

8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. Aras 1 ii. Membina ayat topik dan ayat huraian berdasarkan isi yang dikenal pasti tentang sesuatu tajuk. Kemahiran Bahasa : Kemahiran bertutur, menulis dan membaca Sistem bahasa : Sebutan, ayat tunggal dan ayat majmuk . Pengisian Kurikulum : Ilmu : Kajian Tempatan, Alam sekitar

Nilai : kebersihan, kerjasama dan cintakan negara

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)

Kemahiran Berfikir : Membuat perbezaan, membuat inferens, menghubung kait Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses maklumat dan melaporkan. Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis Strategi

: Konstruktivisme dan konstektual.

Pengetahuan Sedia Ada :

Murid-murid telah menjalankan aktiviti gotong royong peringkat sekolah pada minggu lepas.

Bahan Bantu Mengajar : Petikan teks, komputer riba, LCD, kertas latihan, klip video, peta minda

19

LANGKAH

Set Induksi

ISI KANDUNGAN 

(5 Minit)

Punca – punca

AKTIVITI P & P 

CATATAN

Guru memberikan

Strategi

pencemaran alam

soalan secara lisan



sekitar

tentang jenis dan punca

Berpusatkan murid

pencemaran secara umum di hadapan kelas.. Teknik 

Murid diminta menjawab



Soal jawab

soalan secara lisan selepas diberikan masa 

KBT

selama 2 minit.



Menghubungkait

Guru mengaitkan



Memproses

jawapan pelajar dengan

maklumat

tajuk mata pelajaran pada hari ini.

Langkah 1



(10 minit)

Petikan teks “



Guru mengedarkan teks

Pencemaran

petikan “ Pencemaran

Udara “

Udara “ kepada murid-

(seperti yang

murid.





Petikan

Strategi 

dilampirkan) 

BBM

Berpusatkan bahan.

Murid-murid diminta

Pemahaman

membaca secara senyap KBT

tentang

dan memahami isi

keseluruhan

kandungan petikan teks

artikel secara

“Pencemaran Udara”

individu

dalam masa 10 minit



Menerima maklumat



Memproses maklumat

Nilai 

Kerjasama



Kebersihan

Pendekatan  20

Deduktif

Langkah 2



(15 minit)

Perbincangan



dalam kumpulan

Murid dibahagikan kepada lima kumpulan.

BBM 

Petikan

murid  

Perbincangan



Murid diminta untuk

Teknik

dengan guru.

berada dalam kumpulan



Soal jawab

Menyatakan 3

dan membuat



Perbincangan

punca dan 2

perbincangan selama 5



Sumbang saran

kesan yang

minit



terdapat dalam teks “Pencemaran Udara”

KBT



Memproses maklumat

Guru meminta wakil kumpulan menyatakan



isi-isi penting secara

melaporkan maklumat.

ringkas yang terdapat di dalam petikan teks “Pencemaran Udara “ 

tentang isi-isi penting .

(10 minit )

Ayat tunggal



1) Pencemaranu

akibat asap 21



murid.

udara berlaku

Guru menerangkan ayat tunggal dan ayat majmuk



Komunikatif

ayat tunggal dan ayat

akibat kerja

2) Pencemaran



Kaedah

majmuk kepada murid

Pendekatan

Guru menulis contoh

dara berlaku

pembinaan.

Berpusatkan bahan, murid

pembentangan murid





Guru membuat rumusan berdasarkan

Langkah 3

Strategi

Guru memberikan

Terus

Strategi 

Tunjuk cara

KBT 

Menerima maklumat

kenderaan

contoh kata hubung

bermotor.

yang boleh digunakan

Pendekatan 

Deduktif

dalam ayat majmuk ( 

dan, atau, kecuali, tetapi,

Ayat majmuk

sambil)

1. Pencemaran udara berlaku

Langkah 4



(15 minit)





Murid dipilih secara

akibat kerja-kerja

rawak dan memberikan

pembinaan dan

contoh ayat tunggal dan

asap kenderaan

ayat majmuk kepada

bermotor.

guru.

3 punca dan



Guru menyoal tiga

BBM 

2kesan

punca dan dua kesan

pencemaran

pencemaran udara

udara

supaya semua murid

Strategi

mengingat kembali isi



Karangan pendek

yang telah

diantara 80-100

dibincangkan.

patah perkataan



Kertas latihan

Berpusatkan murid



Berpusatkan guru

Guru memberikan

tentang punca

latihan kepada murid

dan kesan

iaitu membuat karangan

pencemaran

pendek mengenai punca

menghubungkaitk

udara

dan kesan pencemaran

an, membuat

udara berdasarkan

inferens.

KBT 

menjana idea,

perbincangan dengan guru pada peta minda 

mengumpul,

dalam masa 15 minit.

memproses,

Murid-murid dikendaki

mencatat dan

menghantar karangan

melaporkan

pendek yang telah siap

maklumat.

kepada guru.

22



Pendekatan  Penutup

Komunikatif

Kognitif 

(5 Minit)



Punca



Guru merumuskan

BBM

pencemaran

pengajaran pada hari ini



video

udara.

dari segi kognitif dan



lirik lagu

Kesan

sosial.



Komputer riba

pencemaran udara. Sosial 1. Guru menayangkan



Guru menyoal murid secara umum tentang

Teknik

punca dan kesan

 Soal jawab

pencemaran udara.

 Nyanyian

lagu “Atuk Oh Atuk “ berserta lirik lagu tersebut.

KP 

Muzik

2. Murid dikehendaki menyanyikan lagu

Nilai

tersebut bersama-



Cintakan Negara

sama.

Refleksi : ............................................................................................................................................ ............................................................................................................................................ ............................................................................................................................................ ............................................................................................................................................ ............................................................................................................................................ ............................................................................................................... 23

Petikan Teks “Pencemaran Udara “ Pencemaran Udara Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar,melalui akhbar Utusan Pengguna pada tahun 2001,jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000 tan setahun. Daripada jumlah ini,kenderaan ialah

punca

utama

pencemaran

ini(58.1%),diikuti

oleh

stesen

jana

kuasa(23.9%),pembakaran bahan api industri(9.4%),pemprosesan industri(3.9%) dan pembakaran terbuka(4.9%). Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan,binatang dan harta benda. Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk,asap,kabus,wap dan gas. Pembangunan tanpa pengurusan yang dirancang boleh membawa kesan buruk yang akan mengancam kualiti alam sekitar.Jumlah kenderaan di seluruh negara meningkat hampir 2 kali ganda sejak 1980. Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon diosida yang dikeluarkan oleh kenderaan menjejaskan kesihatan manusia dan juga menipiskan lapisan ozon. Pencemaran udara ini adalah berpunca daripada stesen jana kuasa elektrik,kerja-kerja pembinaan,industri atau kilang,kenderaan bermotor dan pembakaran sampah sarap. Penderaan alam sekitar melalui pencemaran udara timbul akibat daripada tindakan manusia itu sendiri.Setiap manusia menyumbang terhadap kemusnahan alam sekitar seperti perokok yang mengembuskan asap ke udara,pembakaran sisa buangan di kawasan perumahan secara tidak terkawal juga membawa kesan kepada pencemaran udara. Apabila pencemaran udara berlaku, sistem pernafasan manusia akan terjejas. Dan menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru. Selain itu, tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nekrosis (keguguran daun), klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut.

24

Kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk juga terganggu. Pencemaran udara juga akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairan kepada ais di bahagian kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini. Oleh sebab itu, kita sebagai warganegara haruslah menjaga kebersihan tempat tinggal dan kawasan sekitar agar pencemaran yang berlaku boleh dikurangkan. Semangat cintakan negara haruslah dipupuk dari usia kecil lagi bagi membolehkan mereka menjadi warganegara yang prihatin terhadap kebersihan alam sekitar. Pelbagai cara boleh dilakukan jika semua pihak bekerjasama dan tidak berputus asa dalam menjaga kebersihan negara Malaysia.

25

Refleksi Individu

26

Nama : Mohd Nasyat Safwan B Abd Manan Kad pengenalan : 880926035695 Kelas : G4.3 Refleksi Individu Pada program Pemerhatian Berasaskan Sekolah (PBS ) yang lepas, saya telah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran selama 15 minit kepada murid-murid tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Seri Kota, Kota Bharu, Kelantan. Tahun 3 Murni berada di kedudukan kedua dalam senarai kelas untuk tahun tiga daripada empat kelas yang ada. Berdasarkan pemerhatian awal saya , murid-murid didalam kelas ini boleh dikategorikan sebagai bijak dan sederhana. Kenyataan ini dibuat selepas pemerhatian saya dalam subjek-subjek seperti Matematik dan Bahasa Inggeris. Murid-murid tahun 3 Murni terdiri daripada 20 orang pelajar yang dibahagikan kepada 11 pelajar lelaki dan 9 pelajar perempuan. Hasil pemerhatian ni memberi kesimpulan awal kepada saya bahawa saya perlu menyediakan rancangan pegajaran yang dapat mencapai objektif dan betul-betul sesuai dengan aras pemikiran murid-murid tahun 3 Murni. Walaupun tugasan ini dihasilkan bersama-sama dengan rakan saya iaitu Mohd Syazwan B Mohd Zain, tetapi disebabkan faktor pemilihan sekolah yang berlainan untuk program PBS ini, pengajaran dijalankan secara berasingan sesuai dengan kehendak refleksi yang memerlukan secara individu. Proses merancang rancangan pengajaran harian disediaan dengan rapi hasil daripada kerjasama dengan rakan kumpulan dan kolabrasi yang berterusan dengan pensyarah iaitu Puan Hasnah yang tidak jemu menerangkan apa yang penting dalam penghasilan sesuatu rancangan pengajaran harian. Secara formal saya telah berkolabrasi dengan pensyarah sebanyak dua kali dan secara tidak formal di dalam kelas yang melebihi tiga kali bagi mendapatkan hasil yang diingini selaras dengan kehendak dan matlamat yang ingin saya capai dalam pengajaran itu nanti. Setelah segala persiapan daripada proses merancang rancangan pengajaran harian dan juga dari segi mental dirasakan telah menepati segala kehendak untuk proses 27

pengajaran dan pembelajaran, tepat pukul 10.50 pagi iaitu 10 minit awal dari masa yang ditetapkan ,saya melangkah masuk ke dalam kelas 3 Murni. Suasana yang sederhana bising bertukar senyap mungkin kerana murid-murid tidak pernah mengenali saya dengan dekat dan ini memberikan kelebihan pada diri saya untuk mengawal kelas. Saya mengaplikasikan nasihat daripada pensyarah iaitu seorang guru tidak boleh terlalu mesra bagi mengelakkan suasana kelas menjadi tidak sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang akan berlaku. Pada pengajaran ini, saya perlu sedaya upaya untuk membolehkan tiga hasil pembelajaran yang telah ditetapkan berdasarkan rancangan pengajara harian berkesan dan dapat diserapkan pada murid-murid. Tiga hasil pembelajaran itu ialah : a) menyenaraikan lima daripada enam isi penting yang terdapat dalam petikan teks “ Pencemaran Udara” dengan betul. b) menyatakan tiga punca dan dua kesan petikan teks “Pencemaran Udara” dengan tepat. c) menulis karangan pendek tentang punca dan kesan pencemaran udara yang berjumlah lapan puluh sehingga seratus patah perkataan dengan menggunakan ayat majmuk yang betul.

Selepas sesi perkenalan diri antara saya dan murid-murid, saya memberitahu tajuk yang akan dipelajari pada hari ini iaitu “ Pencemaran Udara “. Beberapa orang murid saya lihat bercakap dengan rakan disebelah tentang asap kenderaan. Ini memberikan petanda bahawa murid telah mempunyai pengetahuan tentang pengajaran pada hari ini. Seterusnya, tanpa membuang masa, saya memulakan pengenalan atau set induksi. Saya

memberikan

soalan

tentang

apakah

punca-punca

yang

menyebabkan

pencemaran udara di negara kita dan memberikan masa selama dua minit untuk muridmurid memikirkan jawapan. Selepas tamat masa yang diberikan , secara rawak, saya memanggil nama murid dan meminta mereka memberikan jawapan. Walaupun jawapan yang diberikan tepat dan kurang tepat, tetapi peranan murid yang terlibat telah menjayakan strategi pembelajaran yang saya aplikasikan di dalam langkah ini iaitu berpusatkan murid. Kelemahan yang saya perhatikan dari pandangan saya adalah 28

segelintir murid dilihat begitu pasif dann memberikan jawapan yang salah. Ini dapat diatasi sekiranya saya menyuruh para pelajar berbincang dengan rakan mereka dalam mencari jawapan. Keadaan ini memberikan saya satu pengajaran yang boleh saya manfaatkan untuk sesi praktikal pada semester akan datang .Pengajaran bersambung dengan saya mengaitkan jawapan yang diberikan bersama tajuk pelajaran pada hari ini.

Rancangan pengajaran harian yang dirancang oleh saya terdiri daripada empat langkah pengajaran dan saya telah memilih set induksi dan langkah kedua untuk saya jalankan pengajaran mikro ini. Saya akan memberikan gambaran secara teliti dari segi kebaikkan dan kelemahan yang didapati agar refleksi yang dibuat ini boleh menjadi kayu ukur atau penanda aras pengaplikasian ilmu yang telah dipelajari oleh saya dalam menjadi seorang guru kelak. Langkah pertama pengajaran dimulakan dengan saya mengedarkan teks “Pencemaran Udara” kepada semua murid dan memberikan masa selama 10 minit untuk semua murid memahami secara umum petikan yang telah diberikan. Saya bertindak meronda bahagian kelas dan memerhatikan tingkah laku murid-murid agar mereka memahami dengan jelas isi kandungan petikan. Saya berpendapat, guru perlu bergerak dari satu bahagian ke bahagian yang lain di dalam kelas bagi mengelakkan segelintir murid yang cuba mengambil kesempatan dengan membuat perkara selain daripada membaca dan memahami kandungan teks petikan.

Setelah menjalankan sesi pengajaran mikro ini, ada beberapa perkara yang dapat saya olah menjadi kesimpulan sebagai peringatan untuk penambahbaikkan di masa akan datang.Persekitaran kelas memainkan peranan yang penting dalam keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran supaya matlamat pengajaran dapat dicapai. Seorang guru perlulah mempunyai kemahiran untuk mengawal kelas supaya proses pengajaran dan pembelajran menjadi lancar. Aspek kebersihan, murid menjadi faktor utama dalam keselesaan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, aspek fizikal guru juga penting bagi memaksimumkan penerimaan input pembelajaran. Suara yang lantang 29

serta tegas, kebersihan dan kekemasan diri memainkan peranan yang tersendiri dalam menyempurnakan proses pengajaran. Murid-murid juga perlu dipantau dalam setiap aktiviti yang dijalankan kerana mereka memerlukan perhatian yang menyeluruh dari kaca mata seorang guru . ini bagi mengelakkan sikap berdiam diri, tidak aktif dan tidak fokus pada kativiti yang dijalankan.

30

REFLEKSI MUHAMMAD SYAZWAN BIN MOHD ZAIN Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu KBSR sewaktu saya menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Seri Permaisuri, Cheras Kuala Lumpur. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Hasnah binti Mohd Salleh di atas tunjuk ajar beliau sepanjang saya mengendalikan tugasan ini. Tanpa bimbingan beliau sudah tentu saya tidak akan dapat mengendalikan tugas ini dengan sebaiknya. Bagi tugasan projek elektif bahasa Melayu pada semester 4 ini, saya dikehendaki untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi murid tahap satu. Justeru, saya telah memilih kelas tahun tiga iaitu kelas 3 Murni untuk melaksanakan pengajaran mikro. Kelas ini terdiri daripada 30 orang murid Sebelum menjalankan aktiviti pengajaran mikro ini, saya bersama rakan saya iaitu saudara Mohd Nasyat Safwan dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran harian yang mempunyai hasil pembelajaran serta aras pembelajaran yang bersesuaian dengan murid tahap satu yang telah di pilih. Selain itu, saya juga perlu memastikan bahawa pengajaran mikro yang

dijalankan mengandungi pendekatan,

kaedah, teknik dan strategi pembelajaran bahasa yang dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkara yang saya perlu tekankan ialah aktiviti P&P tersebut haruslah sesuai dengan tahap murid iaitu murid tahun tiga . Kami telah bersepakat untuk memilih kemahiran membaca sebagai hasil pembelajaran utama. Kami memilih hasil pembelajaran membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks. Bagi hasil pembelajaran sampingan, kami memilih kemahiran membaca dalam hasil pembelajaran Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk dengan menggunakan kata, istilah, frasa, ayat yang tepat dan laras bahasa yang sesuai dan Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.

31

Membuat satu Rancangan Pengajaran Harian bukanlah sesuatu yang mudah kerana perkara ini memerlukan ketelitian dan bersuaian dengan kemampuan murid. Alhamdulillah dengan bantuan hasil daripada kolaborasi dengan pensyarah, kami telah dapat menyediakan satu RPH. Pn.Hasnah telah banyak membantu kami terutama memberikan penerangan yang lebih jelas berkaitan dengan hasil pembelajaran yang ingin difokuskan. Seterusnya, saya telah menjalankan pengajaran mikro ini pada hari khamis, 25 Ogos 2011 pada pukul 10.30 sehingga 11.30 petang. Murid –murid didalam kelas menunjukkan reaksi positif dan bersemangat walaupun sedikit keletihan kerana terdapat kelas Pendidikan Jasmani pada hari tersebut. Contohnya, ketika soalan diajukan kepada mereka, mereka akan berebut rebut mengangkat tangan dan sukarela datang kehadapan. Walaupun keadaan bising namun saya masih lagi dapat mengawal kelas tersebut dengan baik. Selain itu, murid juga memberi tindak balas yang pantas ketika diajukan soalan kepada mereka.Hal ini bermakna mereka memberikan sepenuh perhatian ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung syukur kerana murid memberikan sepenuh tumpuan sepenuhnya dan seterusnya sesi pengajaran dapat berlangsung dengan baik.Ketika

set

induksi,

sayatelahmenanyakansoalansoalan

yang

mampumemberikangambarantentangapa yang ingindiajarkan. Hal ini sekali gus akan meningkatkan

kemampuan

kognitif

mereka.

Antaranya

bertanyakan

tentang

pengalaman mereka berkaitan dengan pencemaran. Selainitu,

memandangkan

kelas

ini

merupakan

kelas

yang

pertama,

kebanyakkan aktiviti yang telah dirancang dapat diikuti dengan baik oleh murid murid di dalam kelas ini.Contohnya, teks yang disediakan dapat dibaca denganbaik oleh murid.Mereka telah dapat menggunakan laras bahasa yang betul serta membaca dengan intonasi yang agak baik setiap perkataan di dalam petikan tersebut. Memandangkan mereka telah mempunyai pengalaman mempelajari tajuk kini di dalam subjek Sains, saya tidak menghadapi banyak masalah memastikan mereka faham apa yang saya ingin sampaikan. Secara tida k langsung ini akan dapat meransang komunikasi dua hala yang baik antara saya dan murid murid tersebut. 32

Namun begitu, terdapat juga beberapa kelemahan yang saya telah dapat dikesani melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini. Antara kelemahannya ialah saya gagal menguruskan masa denganbaik, Contohnya, murid gagal menyiapkan bacaan dalam tempoh yang ditetapkan, hal ini telah menganggu proses masa pengajaran yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, saya terpaksa menangguhkan beberapa aktiviti yang telah dirancang.Selain itu, terdapat murid yang sudah menyiapkan bacaan mereka membuat bising. Hal ini akan menganggu murid lain yang sedang membaca dan menyebabkanmurid yang tidak Berjaya mengikuti rentak pengajaran. Selainitu, ada juga murid yang mengambil waktu yang lama untuk menulis sesuatu ayat Di samping itu, beberapa arahan yang diberikan oleh saya kurang jelas dan hal ini telah menyebabkan murid meminta saya mengulangi semula arahan yang diberikan beberapa kali walaupun saya telah menggunakan suara yang lantang dan jelas ketika itu. Kemungkinan besar kerana saya menggunakan ayat dan bahasa yang kurang sesuai ketika memberikan arahan tersebut. Saya juga melihat kawalan kelas saya agak longgar di mana saya tidak dapat memberi perhatian kepada murid yang mengangkat tangan untuk menjawab soalan serta murid yang ingin mewakilkan diri secara sukarela untuk keluar ke hadapan. Perkara ini harus dielakkan kerana ini akan menyebabkan pelajar tersebut berasa mereka berkecil hati dan minat mereka ketika sesi pengajaran dan pembelajaranakan berkurangan. Terdapat murid yang tidak berjaya mengikuti rentak pengajaran. Selain itu, ada juga murid yang mengambil waktu yang lama untuk menulis sesuatu ayat. Berdasarkan kelemahan yang telah dikenalpasti, saya berharap akan dapat melakukan sesuatu bagi memastikan pengajaran akan menjadi lebih baik pada masa akan datang. Antara penambahbaikan yang saya ingin lakukan ialah saya perlu membuat bahan bantu mengajar yang lebih efektif dan efisien. Saya perlu memastikan bahawa setiap perkataan yang terdapat pada bahan bantu mengajar jelas dan senang difahami oleh murid. Bahan bantu mengajar yang baik haruslah besar, ceria serta dapat menarik perhatian murid. Hal ini adalah selari dengan tujuan penggunaan bahan bantu mengajar iaitu untuk membantu murid memahami sesuatu perkara yang ingin 33

disampaikan dengan lebih jelas.Contohnya ,saya boleh menyediakan satu video berkaitan dengan tajuk yang ingin saya ajarkan pada hari tersebut. Seterusnya ,bagi meningkatkan lagi tahap pengurusan bilik darjah.Saya perlu melakukan sesuatu agar saya sentiasa tampak berkeyakinan dan unggul semasa berada di hadapan kelas. Saya tidak perlu berasa keliru untuk merancang sesuatu aktiviti secara spontan.Saya harus memastikan murid yang agak pasif supaya mereka menjadi lebih aktif dalam kelas dan tidak hanya mengharapkan murid yang sama untuk menjawab soalan. Kaedah ini dilihat lebih adil dan berkesan dan memenuhi kehendak perbezaan individu. Selain itu, saya juga perlu meningkatkan kualiti penyampaian supaya lebih jelas dan bahasa yang difahami olehmurid. Saya perlu memastikan setiap murid betul-betul bersedia dengan topik yang akan diajarkan disamping mengenalpasti perbezaan individu sebelum memulakan aktiviti pengajaran. Saya juga perlu merancang satu kaedah untuk menguruskan masa dengan lebih baik supaya pengajaran tidak menjadi terlalu laju dan tidak terlalu perlahan yang boleh menyebabkan murid bosan.Selain itu, hal ini juga penting dalam memastikan semua langkah pengajaran dapat dilakukan dengan sempurna.Semua itu penting dan sebagai seorang pelatih guru saya perlu peka dengan keadaan murid. Kesimpulannya, saya berasa sangat berpuas hati terhadap apa yang telah saya lakukan pada hari tersebut. Respon daripada murid telah meyakinkan saya bahawa saya melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan jayanya. Setiap kekuatan akan dikekalkan dan kelemhan akan terus diatasi agar dapat memenuhi cita-cita saya untuk menjadi pendidik yang dapat membentuk modal insan kelas pertama kepada negara kita yang tercinta.

34

Lampiran

35

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF