Nota Ringkas Pendawaian Permukaan

December 19, 2016 | Author: Mohd Najib Slyvester | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Nota Ringkas Pendawaian Permukaan...

Description

PENDAWAIAN PERMUKAAN Disediakan Oleh : 1. Mohd Najib B. Mohd Yusof 2. Norhayati Bt. Ismail

Pemasangan Elektrik 1 Fasa

Kandungan Unit 1.

Aksesori Pendawaian

2.

Kabel

3.

Litar Akhir

4.

Sistem Pendawaian

5.

Pengujian Pemasangan

1.

Aksesori Pendawaian

1.1 Aksesori Kawalan Pembekal Aksesori kawalan pembekal adalah termasuk di dalam litar jujukan utama. Ianya bermula dari fius perkhidmatan perangkai neutral dan meter kwj. Aksesori ini adalah hak milik pembekal tenaga elektrik (TNB). Pengguna tidak boleh melakukan sebarang, percubaan, tentukan dan penyambungan luar.

Meter KiloWatt-Jam

Fius Perkhidmatan

1.2

Aksesori Kawalan Pengguna

Ianya bermula selepas meter KWj dan terus ke aksesori berikut:  Pengasing/pencil

-Suis fius atau MCCB/NFB

 Pemutus Litar Bocor ke bumi

-kendalian arus baki

 Kotak Agihan

-fius aksesori pemutus litar minature

Aksesori

Fungsi

Kotak Simpang

Menyambung bekalan elektrik dari talian perkhidmatan ke fius perkhidmatan pengguna

Fius Perkhidmatan dan perangkai neutral

Meter kWj Suis Fius (Suis Utama) Suis berangkai

Simbol Skema

Pengasingan Bekalan Menghadkan arus Perlindungan arus lebihan

Hak Milik/Peralatan Pembekal Kadaran yang sesuai Tidak boleh dipinda Tidak boleh membuat penyambungan

Pembekal

Merekod jumlah tenaga yang digunakan

Pembekal

kWJ

Pengasingan Perlindungan arus lebihan

Pengguna Kadaran yang betul

Memutuskan litar Pemutus Litar Arus apabila berlakunya Baki kebocoran arus ke bumi Mengasingkan litar utama dengan litar akhir Kotak Agihan

Pengguna

Pengguna E

N

1.2.1 Litar Pendawaian Jujukan Kawalan Pengguna Litar akhir Kotak agihan

Meter Kilowat Jam

E Fius Perkhidmatan

Kotak simpang

kWJ

Perangkai neutral

N

PLAB

Suis Utama Elektrod Bumi

Peraturan IEE Litar Kawalan Pengguna Mengikut keperluan IEE setiap litar kawalan/jujukan pengguna mestilah mengadakan: Pengasingan dan Perlindungan arus lebihan dan pengasingan mestilah dipasang pada tempat yang mudah dicapai/dikendalikan. Pengasingan mestilah dilakukan dengan memutuskan kedua-dua punca hidup dan neutral. Alat perlindungan mestilah berkadaran yang betul dan berfungsi. INFO SPEKFIKASI TEKNIKAL Suis Utama /SKN

Pemutus Litar Arus Baki

Jenis dwi kutub dan Neutral Kadaran 30A,60A & 100A Jenis Fius HRC 30A,40A,60A,80A & 100A 40A

Kadaran Arus Beban 100A 63A

Fius Perkhidmatan Jenis HRC Kadaran 30A,60A & 100A

Kadaran Kepekaan 0.3 / 300mA 0.1 / 100mA 0.03 / 30mA 0.01 / 10mA

Pemutus Litar Kenit / Miniature Circuit Breaker (MCB)

Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) / Earth Leak Circuit Breaker (ELCB)

Suis Utama / Main Switch Aksesori Di Dalam Kotak P.F.A / Kotak Agihan Kawalan Pengguna

2.

Kabel

2.1

Kabel Kabel merupakan bahan utama dalam penyambungan aksesori elektrik. Ia

bertindak sebagai perantaraan sambungan bagi membekalkan tenaga elektrik kepada peralatan elektrik. Secara amnya, kabel pendawaian domestik terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pengalir, penebat dan perlindungan mekanikal.

2.2

Pengalir Pengalir ialah satu bahan yang membenarkan arus elektrik mengalir

melaluinya. Sebahagian besar terdiri daripada logam. Pengalir yang baik dapat mengalirkan arus dengan baik.

Bahan Pengalir Bahan

1. Emas

Sifat-sifat

Kegunaan

Harga yang mahal

Litar bersepadu (tambatan)

Tahan hakisan

Penyentuh suis

Merupakan pengalir yang terbaik

2. Tembaga

Pengalir kedua

Semua kabel pendawaian dan

terbaik

palang bas belitan motor

Boleh didapati

Pengalir belitan auto pengubah

dalam bentuk lembut dan keras Mempunyai kerintangan yang rendah Liat dan mudah dilentur, mudah dipateri 3. Aluminium

Ringan

Talian atas

Murah

Kabel bawah tanah

Mudah

Filamen lampu atau tiub elektronik

mengahailsan 4. Tungsten

kepanasan Sukar lebur Tahap lebur yang tinggi

5. Nikel

Bersifat keras

Elemen pemanas alat-alat

Liat

elektrik seperti seterika, pemanas

Tidak mudah haus

air, dapur pemateri dan

atau lebur

2.3

sebagainya.

Penebat Bahan yang tidak membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya.

Penebat digunakan sebagai pembalut pengalir untuk mencegah arus keluar daripada pengalir itu.

Jenis Penebat

1. Getah asli/Sintetik

Ciri Fizikal

Kegunaan

Mempunyai daya tebatan

Penyalut pengalir

yang baik

Sesendal

Bersifat kalis air, mudah

Kasut keselamatan

lentur dan dibentuk Mudah cair apabila terkena cahaya matahari

2. Polivil Klorida

Merupakan bahan tiruan

Penebat kabel di

campuran antara plastik

tempat yang suhunya

dan getah

0 – 700C

Tahan tindakan kimia dan sinaran cahaya matahari, tidak mudah terbakar dan kalis air Mempunyai rintangan yang tinggi

3. Bakelit

Digunakan sebagai bahan alat tambah pemasangan elektrik

Tahan lama

seperti suis, soket alur keluar palam dan sebagainya.

4. Kertas

2.4

Kalis air

Penebat pengalir bawah tanah

Jenis-jenis Perlindungan Mekanikal Perlindungan mekanikal adalah cara bagaimana kabel tersebut dilindungi

dari kerosakan mekanikal. Ianya boleh diperolehi sama ada melalui sistem pendawaian atau binaan kabel tersebut.

Sistem Pendawaian

Bahan Perlindungan

Pembuluh PVK

PVK

Pembuluh Logam

Logam

Sesalur PVK

PVK

Sesalur Logam

Logam

Binaan Kabel

Bahan Perlindungan

Kabel Perisai (SWA)

Jalur dawai Keluli

Kabel Lapisan Plumbum

Lapisan plumbum

Kabel Salutan Kuprum /MICC

Salutan Kuprum

2.5

Pemilihan dan Pemasangan Kabel

Asasnya satu kabel elektrik terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu penebat, pengalir dan perlindungan mekanikal. Penebat

Perlindungan mekanikal

Pengalir

Penebat

Selain daripada bahan penebat yang digunakan ciri-ciri seperti pengalir dan perlindungan mekanikal merupakan faktor utama dalam menentukan pemilihan dan pemasangan kabel. Info Khas

Info Khas

Perlindungan Mekanikal adalah cara bagaimana kabel tersebut dilindungi daripada kerosakan mekanikal semasa pemasangan atau kecuaian penggunanya.

Teras ialah bilangan pengalir dalam sesuatu kabel tersebut. Contoh

1 teras

2 teras

3 teras

lembar ialah bilangan helaian dalam satu pengalir Contoh ; 1, 3, 7, 16 hingga 196

Info Khas

Info Khas

Muatan Arus/Kadar Arus

Susutan voltan-voltan yang sesuatu kabel disebabkan oleh rintangan kabel bergantung kepada: Bahan Jarak Luas keratin rentas pengalir suhu

Nilai arus maksimum yang mampu di bawah oleh kabel tersebut tanpa menjejaskan fizikal kabel dalam satu jangka masa yang tidak terhad.

Info Khas Saiz Pengalir - Luas keratan rentas bilangan lembar yang terdapat di dalam sesuatu kabel Contoh : Kabel 2.5mm2 /7/029

7 – bilangan lembar 0.29 – Luas keratin rentas setiap lembar 2.5 mm2 – Luas keratin rentas keseluruhan lembar

3.

Litar Akhir

3.1

Litar Akhir Lampu  Peraturan

IEE

telah

menetapkan

bahawa

bagi

satu

litar

yang

dikawal oleh satu alat pelindung mestilah tidak melebihi 1000 Watt. Pada amnya satu lampu berkadar 100 Watt setiap satu dengan litar lampu tidak melebihi 10 poin.  Kabel yang digunakan ialah kabel jenis kuprum bersalut PVK.  Saiz minima kabel yang digunakan mestilah tidak kurang 1.5mm 2.  Kadaran alat pelindung yang digunakan mestilah tidak melebihi 6Amp. ( sama ada fius atau MCB )  Pemasangan litar lampu

menggunakan lebih dari satu litar akhir

kerana sekiranya salah satu litar mengalami kerosakan litar ianya tidak menggangu litar yang lain.  Bagi pemasangan lampu dalam industri biasanya kuasa sesebuah lampu mungkin berbeza, contohnya 300 Watt, 500 Watt atau 1000 Watt, dengan itu litar ini boleh dikawal oleh fius berkadar 15 Amp. dan saiz kabel yang digunakan mestilah tidak kurang dari 2.5mm 2.

Suis 1 Hala

Kipas siling

Pemegang Lampu Edison

Suis 2 Hala dan Soket Alur Keluar 13Amp

Pemegang Lampu Pangkal Kilas

Pendawaian lampu kawalan satu hala

Pemegang lampu jenis batten

N L E

C

Suis satu hala

L1

Pendawaian lampu kawalan dua hala

N L E

C L1

L2

S1 ( Suis Dua Hala )

S2 ( Suis Dua Hala )

Gambarajah sebenar sambungan Suis Dua Hala

Masuk

C

C L1

L2

Pendawaian lampu kawalan tiga hala

N L E

Keluar ke lampu

L1

L2

Gambarajah sebenar kawalan Tiga Hala

Masuk

Keluar ke lampu

L1

C L1

C

L3

L1

L2 L2

L2

L4

Kedudukan sesentuh Suis Perantaraan

L1

L3

L1

L3

L2

L4

L2

L4

'OFF'

'ON'

iv Litar kawalan Kipas Siling

v Litar kawalan Pemalap Lampu

Kipas siling

N L E

Lampu

N L E

Alatatur kipas

Pemalap Lampu

Suis satu hala

Suis satu hala

Pendawaian Loceng Elektrik

Loceng elektrik 1 2 V

Alat ubah (240V – 12V)

E L N

Suis loceng

3.2

LITAR AKHIR KUASA

3.2.1 Litar Soket Alir Keluar ( BS 1363 ) Litar Soket Alir Keluar BS 1363 terdiri daripada dua jenis litar

iaitu :

a ) Litar Jejari b ) Litar Gelang

a) Litar Jejari  Peraturan IEE ke 16 menetapkan bilangan soket alir keluar bergantung kepada keluasan lantai bilik saiz pengalir dan kadaran perlindungan.  Litar ini mestilah dikawal oleh alat pelindungan sama ada fius atau MCB.  Kabel yang digunakan ialah kabel jenis tembaga bersalut PVC dan saiz kabel mestilah

tidak kurang daripada 2.5mm 2.

Gambarajah Pendawaian Litar Jejari.

S/K 1

E N L

S/K 2

Litar Jejari Jenis A2

Kadaran arus kabel ditentukan oleh kadaran arus perlindungan ( iaitu 30A atau 32A – Fius atau MCB ). Kabel jenis tembaga tidak kurang dari 4 mm2 boleh digunakan dan luas maksimum lantai untuk pemasangan jenis ini ialah 50 meter persegi.

Luas lantai maksimum 50 meter

persegi 4mm

30A

Litar Jejari Jenis A3

Kadaran arus kabel ditentukan oleh kadaran arus perlindungan iaitu 20A. Kabel jenis tembaga tidak kurang daripada 2.5 mm2 boleh digunakan dan luas maksimum lantai untuk pemasangan jenis ini ialah 20 meter persegi.

Luas lantai maksimum 20 meter persegi

2.5mm

20A

b) Litar Gelang Jenis A1  Peraturan IEE telah menetapkan Litar Gelang hanya boleh di pasang pada kawasan yang tidak

melebihi 100 meter persegi.

 Jumlah bilangan soket yang boleh di pasang pada satu Litar Gelang tidak terhad.  Walau bagaimanapun jumlah arus yang digunakan mestilah tidak melebihi kadaran arus fius

yang mengawal litar berkenaan.

 Jumlah 'spur' atau sulur bagi satu Litar Gelang tidak melebehi bilangan soket.  Kadaran alat perlindungan arus lebih ialah 30 Amp. / 32 Amp.  Saiz kabel yang digunakan mestilah tidak kurang daripada 2.5mm 2.  Konduktor litar membentuk suatu gelang berterusan bermula dari punca bekalan ( litar akhir )

ke beberapa poin soket alir keluar

dan balik semula ke punca bekalan. 'Spur' disambung dengan menggunakan kotak sambungan

E N L

“Spur” disambung pada terminal soket  'Spur' boleh disambung pada : a ) terminal soket dalam litar b ) menggunakan kotak sambungan diantara poin soket. c ) di tempat asal gelang itu.

3.3

Litar akhir Khas  Terdapat juga litar yang dipasang secara berasingan dalam litar akhir lampu dan kuasa disebabkan pengunaan arus yang rendah dan perlu  Pengiraan arus beban beban ini tidak termasuk dalam jadual peraturan Faktor Pelbagaian  Tiga jenis litar yang perlu pengasingan ialah :

i.

i.

Litar loceng dan Penggera elektrik

ii.

Litar lampu kecemasan

iii

Litar soket pencukur

Pendawaian Loceng dan Penggera Elektrik

Loceng elektrik dan penggera. 1 2 V

Alat Ubah (240V – 12V)

E L N

Suis Loceng

ii.

Litar Lampu Kecemasan  Litar lampu kecemasan biasanya tidak mempunyai suis kawalan  Bekalan biasa digunakan untok mengecas bateri lampu secara automatik apabila dalam keadaan normal  Saiz kabel yang digunakan ialah 1.5 mm dan dilindongi oleh pemutus litar 6Amp  Biasanya di katogerikan kepada jenis Senggara dan Tak senggara  Dalam system senggara lampu kecemasan akan sentiasa dihidupkan melalui pengubah langkah turun dan jika berlaku kegagalan bekalan ianya akan terus menyala melalui bekalan bateri  Dalam system Tak senggara pula lampu kecemasan akan hanya menyala apabila berlaku kegagalan bekalan utama

iii. Litar Pencukur  Satu litar yang di pasang didalam bilik air bagi kemudahan alat pencukur  Menggunakan unit pencukur dwi voltan  Saiz kabel yang digunakan ialah 1.5mm dan kadar alat perlindongan ialah 6 amp

4.

SISTEM PENDAWAIAN

4.1

SISTEM PENDAWAIAN PEMUKAAN DAN TERSEMBUNYI

 Satu sistem pendawaian yang dipasang dipermukaan yang mana kabel

pendawaian

tersebut

diklip

terus

ke dinding

atau

siling

bangunan.  Menggunakan kabel tembaga bersalut PVK dua lapisan ( PVK / PVK ).  Klip timah digunakan bagi mencengkam kabel-kabel yang disusun pada permukaan dinding atau siling.  Ketika kerja-kerja menyusun kabel-kabel pada permukaan dinding atau

siling

dilakukan langkah keselamatan mestilah diambil bagi

mengelakkan kabel tercedera

Pendawaian Permukaan

Proses Pendawaian Permukaan i.

Sistem ini tidak berapa popular lagi digunakan pada masa kini.

ii.

Kabel-kabel pendawaian akan diklipkan terus pada permukaan dinding atau siling.

iii.

Ia disusun mengikut jumlah dan saiz kabel yang hendak dipasang.

iv.

Kerja-kerja pendawaian ini biasanya bermula dari poin-poin akhir dan tamat di kotak agihan.

v.

Jenis kabel yang digunakan ialah kebel tembaga bersalut PVK dua lapisan ( PVK / PVK )

Amalan Semasa Mendawai Pendawaian Permukaan Antara pekara yang dilakukan bagi memudahkan kerja-kerja mendawai dan menjaga standard pendawaian adalah seperti berikut : i.

Satu saluran mestilah diadakan terlebih dahulu bagi pendawaian yang menembusi dinding.

ii.

Pastikan bilangan kabel yang dipasang tidak melebihi 12 kabel bagi satu larian. jumlah kabel yang banyak boleh mengurangkan cengkaman pencengkam.

iii.

Rancangkan laluan kabel terlebih dahulu supaya tidak berlaku tindihan. Jika

tidak dapat dielakkan lapik dengan sebarang penebat

di antara laluan kabel itu. iv.

Pastikan di bahagian hujung kabel ditandakan bagi memudahkan kerjakerja tamatan.

v.

Elakkan dari terkena tindihan beluti semasa memasang kabel di atas siling.

vi.

Semasa memasang pencengkam pastikan kabel tidak cedera.

Pencengkam

Mendatar

Menegak

Susunan klip pendawaian

Kelebihan dan kekurangan pendawaian permukaan Kelebihan * Kemas * Kos murah * Kerosakan mudah di kesan * Penambahan tidak melibatkan keseluruhan pendawaian

Kekurangan: * Terdedah kepada perlindungan mekanikal * Tidak tahan lama * Terdedah kepada bahaya kimia, gigitan serangga dan haiwan

GLOSARI Aksesori

Sebarang peranti yang berkaitan dengan sambungan atau pendawaian. Misalnya suis, ros siling, soket alur keluar, pemegang lampu.

IEE

Singkatan bagi The Institution of Electrical Engineers, iaitu badan yang mengeluarkan peraturan untuk pemasangan kelengkapan elektrik pada bangunan. Badan ini berpusat di United Kingdom.

STM

Singkatan bagi Suruhanjaya Tenaga Malaysia.Badan bebas bagi mengadakan peruntukan bagi mengawal selia pembekalan elektrik pada harga yang munasabah, perlesenan pemasangan elektrik, pengawalan mana-mana pemasangan loji dan kelengkapan elektrik.

Litar Utama

Litar utama bagi sesuatu pemasanagn yang mengadakan pelindungan dari arus lebihan dan bocor ke bumi

Litar Akhir

Litar yang diambil dari kotak agihan bagi membekalkan bekalan kepada beban. Terdiri dari litar lampu,kuasa dan peralatan individu

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF