Nota Pjk Tingkatan 1

March 16, 2017 | Author: Lee DD | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Nota Pjk Tingkatan 1...

Description

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1) Pengenalan Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial . Definisi •

Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks ‘pengalaman pendidikan menyeluruh’ dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu.



Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak.



Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpukan pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.



Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi.



Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1)

Topik 1: Daya Tahan Kardiovaskular Daya tahan kardiovaskular dapat dibina dengan melakukan latihan tertentu seperti senamrobik, skiping, serta berlari dengan pantas. Aktiviti untuk membina daya tahan kardiovaskular melibatkan jantung, otot-otot di bahagian abdomen, tangan dan kaki. Semasa melakukan aktiviti tersebut, otot-otot sentiasa terdedah kepada risiko kecederaan seperti terkoyak. Oleh itu, aspek keselamatan perlu diberi perhatian bagi mengelakkan kecederaan yang mungkin berlaku. Bagi mendapatkan kesan yang baik, aktiviti untuk membina daya tahan kardiovaskular perlu dilakukan selama 15 hingga 30 minit secara berterusan sekurangkurangnya tiga kali seminggu. Senamrobik Senaman yg mempunyai ritma & byk melibatkan pengerakan kaki & tangan. Penggunaan muzik dpt menambahkan minat dan keseronokan semasa melakukannya. Setiap pengerakan diikuti dengan kiraaan empat atau lapan bersesuai dengan ritmanya. Setiap aktiviti diulang beberapa kali sebelum beralih kepada seterusnya. Aktiviti pertama hingga

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1) aktiviti terakhir boleh juga diulang mengikut kemampuan.

Topik 2 : Daya Tahan Otot Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dilakukan untuk membina daya tahan otot, misalnya angkat tumit (heel rises), bangkit tubi, tekan tubi, dan dekam lunjur (squad thrust). Aktivitiaktiviti ini dilakukan dengan menggunakan berat badan sendiri sebagai beban atau rintangan. Beban atau rintangan boleh diubah suai dengan mengubah kedudukan badan semasa melakukan aktiviti. Aktiviti untuk membina daya tahan otot hendaklah dilakukan seberapa lama yang boleh, dan mengikut kaedah yang betul supaya seorang itu mendapat kesan yang baik. Tekan tubi (ujian daya tahan otot) bagi pelajar lelaki. Prosedur/langkah-langkah: 1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan. 2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span. 3. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia. 4. Tekan tubi diteruskan sehingga satu minit atau murid tidak berupaya meneruskannya. 5. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut arahan 1 hingga 3. 6. Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A. Topik 3 : Kekuatan Otot Kekuatan otot bermaksud kemampuan otot melakukan aktiviti otot melakukan rintangan atau mengangkat beban dengan menggunakan daya yang maksimum. Bagi mendapat kekuatan otot yang kuat, latihan yang sistematik dan berterusan adalah penting. Latihan hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Latihan untuk membina kekuatan otot boleh dilakukan dengan mengguakan rintangan atau berat badan sendiri sebagai beban. Aktiviti yang boleh dilakukan untuk membina kekuatan otot ialah mendagu, tekan tubi, naik turun bangku dan bangkit tubi. Latihan yang dilakukan mengikut kaedah dan teknik yang betul akan dapat memberi beberapa kebaikan. Prosedur: Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang sesuai. 1. Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri (yang mana sesuai) diletakkan di atas bangku.

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1) 2. Penguji akan memberikan isyarat “mula‟. 3. Murid melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik, kaki kanan turun diikuti kaki kiri turun, kemudian kaki kanan naik atau sebaliknya). 4. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 96 detik seminit selama 3 minit. 5. Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta. 6. Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan dengan kiraan dilakukan oleh guru atau menggunakan Polar Heart Rate Monitor. 7. Kadar nadi diambil dalam jangkamasa 1 minit. 8. Jika murid tidak menamatkan lakuan selama 3 minit, skor murid ini dibatalkan. Topik 4 : Kelenturan Kelenturan bermaksud keupayaan otot, sendi, tendon dan ligament membenarkan anggota anggota badan bergerak pada julat pergerakkan yang maksimum. Kelenterun dapat dibina melalui aktiviti rengangan. Aktiviti rengangan dilakukan dengan merengangkan otot semaksimum yang boleh dan bertahan selama 10 hingga 30 saat. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan untuk membina kelenturan, misalnya kilas pinggang, bengkok sisi, duduk membujur dan jagkau; dan meniarap, angkat tangan dan kaki melunjur dan jankau; dan meniarap, angkat tangan dan kaki secara bersilang. Semasa melakukan aktiviti ini, beberapa aspek keselamatan perludiberi perhatian bagi mengelakkan kecederaan dan kemalangan. Tahap kelenturan yang baik dapat meberikan kebaikan kepada seseorang individu jika latihan dilakukan mengikut kaedah yang betul dan berterusan. Prosedur: 1. Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki di letak di belakang penanda 23 sentimeter. 2. Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang lutut. 3. Tapak tangan kanan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari tengah hendaklah sama. 4. Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita pengukur. 5. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap. 6. Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubahan terbaik diambil kira sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir. Tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan. 7. Murid yang membantu memegang lutut pelaku tidak menganggu pelaku. Kemahiran Sukan. Topik 1 : Bola Sepak Pengenalan Bola sepak ialah salah satu permainan yang tertua di dunia dan merupakan permainan yang paling popular hingga ke hari ini. Di Malaysia, permainan ini telah diperkenalkan oleh tentera inggeris pada tahun 1825. Permainan ini mula diketegahkan pada tahun 1905, apabila tertubauhnya Liga Bola Sepak Amatur Selangor. Pertandingan bola sepak yang pertama telah diadakan pada tahun 1921 untuk merebut Piala HMS Malaya (kini Piala Malaysia). Permainan ini terus berkembang dengan tertubuhnya Persatuan Bola Sepak Malaya (kini Persatuan Bola Sepak Malaysia) pada tahun 1926, yang bergabung dengan

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1) Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada tahun 1956. Malaysia terus menganjurkan beberapa siri pertandingan termasuklah pertandingan yang melibatkan pasukan Negara luar, seperti Pesta Bola Sepak Merdeka, Piala FA, Piala FAM, Piala Sumbangsih da Liga Perdana. Melalui pertandingan ini, lahirlah beberapa orang pemain yang terkenal di peringkat antarabangsa, seperti Allahyarham Moktar Dahari dan mendiang R. Arumugam. KEMAHIRAN ASAS DALAM PERMAINAN BOLA SEPAK Kemahiran yang perlu dikuasai dalam permainan bola sepak termasuklah : 1) Menendang

4) Melakukan hantaran

 Tendangan leret

 Hantaran ke hadapan

 Tendangan lambung

 Hantaran ke sisi

 Tendangan voli

 Hantaran silang

2) Menyerkap

5) Menanduk

 Menyerkap bola leret

 Menanduk ke hadapan

 Menyerkap bola tinggi

 Menanduk ke sisi

3) Menggelecek

6) Menjaga gol  Menangkap bola leret  Menangkap bola tinggi  Menumbuk bola  Tendangan bola

1.1 MENENDANG Tendangan yang baik dapat dihasilkan dengan menggunakan teknik yang betul. Seseorang pemain juga dapat menendang dengan baik sekiranya mempunyai kekuatan otot dan kuasa yang baik di bahagian kaki. Menendang bertujuan untuk melakukan hantaran kepada rakan sepasukan, melakukan tendangan sudut atau tendangan bebas, mengeluarkan bola dari kawasan gol, menjaringkan gol dan melakukan sepakan penalti. Pada asasnya, terdapat tiga jenis tendangan iaitu tendangan leret, tendangan lambung dan tendangan voli.

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1) Tendangan leret •

Tendangan leret dilakukan apabila membuat hantaran dekat dan menjaringkan gol.

Teknik melakukan tendangan leret : • •

Kedudukan bersedia. Letakkan kaki sokongan di sisi bola. Badan hampir lurus. Mata memandang bola. Ayunkan kaki menendang ke belakang. Badan dibongkokkan sedikit ke hadapan. Kaki sokongan dibongkokkan sikit.



Tendang di bahagian tengah bola.



Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

Tendangan Lambung • Tendangan lambung dilakukan ketika membuat hantaran jauh, tendangan bebas, tendangan sudut, mengeluarkan bola dari kawasan gol dan semasa menjaringkan gol Teknik melakukan tendangan lambung : • •

Kedudukan bersedia. Letakkan kaki sokongan di belakang bola. Badan hampir lurus. Mata memandang bola. Ayunkan kaki menendang ke belakang. Lutut kaki sokongan dibengkokkan sedikit.



Tendang di bahagian bawah bola. Badan condong ke belakang.



Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

Tendangan Voli • Tendangan voli dilakukan untuk mengeluarkan bola dari kawasan gol dan untuk menjaringkan gol. Tendangan voli dilakukan menggunakan bahagian kekura kaki semasa bola di udara Teknik melakukan tendangan voli : • •

Kedudukan bersedia. Berdiri menghadap bola. Ayunkan kaki menendang ke belakang. Lutut kaki sokongan dibengkokkan sedikit. Mata memandang bola.



Tendang di bahagian bawah bola menggunakan kekura kaki. Badan condong ke belakang.



Ikut lajak selepas melekukan tendangan.

1.2 MENYERKAP Kebolehan menyerkap bola yang datang memudahkan seseorang pemain itu melakukan tindakan yang seterusnya dalam bola sepak. Pelbagai bahagian anggota badan , kecuali tangan boleh digunakan untuk menyerkap bola. Penggunaan bahagian anggota badan bergantung kepada keadaan bola yang datang, sama ada meleret atau tinggi.

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1) Menyerkap Bola Heret •

Menyerkap bola leret boleh dilakukan dengan menggunakan bahagian dalam kaki, bahagian luar kaki, kekura kaki dan tapak kaki.

Teknik menyerkap bola leret : • •

Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola. Apabila bola hampir, gerakkan kaki yang hendak menyerkap ke hadapan.



Sebaik sahaja bola menyentuh kaki, bawa kaki ke belakang.



Kaki menyentuh bahagian tengah bola. Kaki menyerkap dan badan condong ke arah bola datang

Menyerkap Bola Tinggi •

Menyerkap bola tinggi boleh dilakukan dengan menggunakan bahagian dalam kaki, paha dan dada.

Teknik menyerkap bola tinggi menggunakan bahagian dalam kaki : • •

Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola. Apabila bola hampir ke kaki, sesuaikan kedudukan supaya badan sentiasa menghadap bola.



Sebaik sahaja bola hampir mencecah tanah, ayunkan kaki menyerkap ke sisi.



Serkap bola sebaik sahaja bola mencecah tanah. Badan condong ke arah bola datang.

Teknik menyerkap bola tinggi menggunakan bahagian paha : •

Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1) •

Apabila bola hampir, gerakkan paha menyerkap ke hadapan dan ke atas dengan lutut bengkok. Badan dicondongkan ke belakang.



Sebaik sahaja bola menyentuh paha, bawa paha ke bawah. Paha menyentuh bahagian bawah bola.

Teknik menyerkap bola tinggi menggunakan dada : • •

Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola. Apabila bola hampir ke dada, bawa dada ke hadapan dan ke atas sambil tangan dibuka di sisi badan. Berdiri di atas bebola kaki.



Sebaik sahaja bola menyentuh dada, lentikkan badan ke belakang kemudian bawa badan ke hadapan.

1.3 MENGGELECEK Kemahiran ini melibatkan kebolehan berlari sambil mengawal bola ke kiri, ke kanan, ke hadapan atau berpusing ke belakang. Kebolehan melakukan kemahiran ini dengan baik sangat penting untuk mengatasi pemain lawan. Menggelecek boleh dilakukan dengan sebelah kaki. Biasanya, bahagian dalam dan bahagian luar kaki digunakn untuk menggelecek. Teknik menggelecek menggunakan sebelah kaki : • •

Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Mata memandang bola. Dengan menggunakan bahagian dalam kaki kanan, gerakkan bola ke kiri.



Badan condong ke kiri dan tangan dibuka di sisi dengan lutut kiri dibengkokkan sedikit.



Tolak bola ke kanan menggunakan bahagian luar kaki yang sama dan badan condong ke kanan.

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1)

1.4 MELAKUKAN HANTARAN Kemahiran melakukan hantaran adalah penting untuk memastikan bola sampai kepada rakan sepasukan dengan tepat. Hantaran biasanya dilakukan dengan menggunakan kemahiran menendang. Tendangan leret digunakan untuk membuat hantaran dekat, manakala tendangan lambung digunakan untuk membuat hantaran jauh. Seseorang pemain boleh menggunakan hantaran dekat dan hantaran jauh semasa melakukan hantaran ke pelbagai arah, seperti ke hadapan, ke sisi dan menyilang, bergantung kepada situasi ketika bermain. Hantaran ke hadapan •

Hantaran ini dilakukan dengan menendang bola menggunakan bahagian dalam kaki atau kekura kaki.

Teknik melakukan hantaran ke hadapan : • Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. • Mata memandang bola. •

Ayunkan kaki menendang ke belakang.



Tendang di bahagian belakang bola.



Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

Hantaran ke sisi Hantaran ke sisi dilakukan dengan menendang bola menggunakan bahagian luar kekura sama ada kaki kiri atau kaki kanan, bergantung kepada kaki yang sedang digunakan untuk mengawal bola. Teknik melakukan hantaran sisi :

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1) • •

Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Mata memandang bola. Ayunkan kaki menendang ke belakang. Badan condong ke hadapan. Tendang di bahagian sisi bola.



Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

Hantaran Silang Hantaran ini dilakukan dengan menendang bola menggunakan bahagian dalam kekura kaki. Jika bola hendak dihantar menyilang dari kiri ke kanan, kaki kiri digunakan untuk menendang bola. Sebaliknya, jika bola hendak dihantar menyilang dari kanan ke kiri, kaki kanan digunakan untuk menendang bola. Teknik melakukan hantaran silang : • •

Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Mata memandang bola. Ayunkan kaki menendang ke sisi.



Badan condong ke arah bola hendak dihantar.



Tendang di bahagian sisi bola.



Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

1.5 MENANDUK Kemahiran menanduk boleh digunakan untuk menjaringkan gol dan melakukan hantaran. Menanduk dilakukan dengan menggunakan bahagian dahi. Jenis tandukan yang biasa dilakukan semasa bermain ialah tandukan ke hadapan, tandukan ke belakang dan tandukan ke sisi.

Teknik menanduk ke hadapan : • Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola. • Apabila bola hampir, lentikkan badan ke belakang dengan lutut dibengkokkan sedikit. Kedua-dua tangan dibuka di sisi.

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1) •

Bawa badan dan kepala ke hadapan dan tanduk bola menggunakan bahagian dahi. Dahi menyentuh bahagian bawah bola.



Ikut lajak selepas melakukan tandukan

Teknik menanduk ke sisi : • •

Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola. Apabila bola hamper tiba, kilaskan badan ke arah bertentangan dengan sasaran tandukan. Kedua-dua tangan dibuka di sisi.



Kilaskan badan ke arah sasaran tandukan dan tanduk bola menggunakan dahi.



Ikut lajak selepas melakukan tandukan

Teknik menanduk ke belakang : • •

Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.



Apabila bola hampir, lentikkan badan ke belakang sambil mendongakkan kepala ke atas, dan tanduk bola menggunakan bahagian dahi.



Dahi menyentuh bahagian bawah bola.

1.6 MENJAGA GOL

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1) Penjaga gol boleh menggunakan keseluruhan anggota badannya untuk menghalang cubaan jaringan yang dibuat oleh pasukan lawan. Penjaga gol yang baik mestilah menguasai kemahiran menangkap, menumbuk dan menendang. Selain menguasai kemahiran tendangan leret dan tendangan lambung, penjaga gol juga perlu menguasai kemahiran tendangan bola di udara dan tendangan lantun. Kedua-dua jenis tendangan ini dilakukan dengan menggunakan bahagian kekura kaki Teknik menangkap bola leret : • •

Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Sebelah kaki di hadapan dan sebelah lagi di belakang. Mata memandang bola.



Apabila bola hampir ke kaki, rendahkan badan dengan lutut kanan di atas tanah di belakng tumit kiri.



Tangkap bola di hadapan badan dan bawa ke dada.

Teknik menangkap bola tinggi : • •

Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola. Apabila bola hampir, sebelah kaki melangkah ke hadapan sambil melompat.



Luruskan tangan ke atas di hadapan kepala dengan ibu jari kedua-dua belah tangan hampir rapat.



Tangkap bola setinggi yang boleh dicapai. Bawa bola ke dada.

Teknik menumbuk bola : • Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola. • Apabila bola hampir, lompat dengan kedua-dua belah kaki sambil menumbuk bola. •

Tangan menyentuh bahagian bawah bola.

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1)

Teknik tendangan bola di udara : • •

Kedudukan bersedia. Berdiri dengan memegang bola menggunakan kedua-dua belah tangan. Kaki sokongan melangkah ke hadapan dan kaki menendang diayunkan ke belakang. Badan condong ke hadapan.



Jatuhkan bola di hadapan badan dan tendang bola sebelum bola mencecah tanah.



Ikut lajak selepas menendang.



Mata memandang bola.

Teknik tendangan lantun : • • •

Kedudukan bersedia. Berdiri memegang bola menggunakan kedua-dua belah tangan. Mata memandang bola. Kaki sokongan melangkah ke hadapan dan kaki menendang diayunkan ke belakang. Badan condong ke hadapan. Jatuhkan bola di hadapan badan dan tending bola sebaik sahaja bola melantun dari tanah. Ikut lajak selepas menendang

Topik 1 : Malnutrisi Pengenalan

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1) Malnutrisi adalah salah satu masalah kesihatan yang penting yang kini telah dikenal pasti oleh Kerajaan Malaysia. Masalah ini adalah menjadi factor penyumbang kepada masalah-masalah lain seperti nutrisi, parasitisme, tumbesaran dan perkembangan kanakkanak dan juga aspek sosio-budaya yang berkaitan dengan kesihatan. Malnutrisi menjadi masalah yang penting terutamanya negara-negara mundur yang ekonomi dan pendidikan lemah di dunia seperti Somalia, Senegal dan Uganda di benua Afrika serta Bangladesh, Selatan India dan Pakistan di benua Asia. Di Malaysia ia merupakan masalah yang sederhana yang terkawal, hasil daripada keadaan ekonomi yang stabil dan pendidikan yang berkesan. Cuma malnutrisi ini masih terdapat di kawasan-kawasan pedalaman Malaysia kerana masalah lokasi dan perhubungan antara satu tempat dengan tempat lain yang lebih maju. Di kawasan terpencil ini perkhidmatan penjagaan kesihatan moden adalah rendah atau tidak kedapatan. Mengikut fakta, 2/3 kanak-kanak tidak sihat di dunia adalah di Asia manakala ¼ adalah daripada benua Afrika. Menurut kajian terdapat banyak penyakit yang berpunca daripada malnutrisi. Terdapat persetujuan mengatakan bahawa malnutrisi merupakan punca utama kepada kematian kanak-kanak di negara mundur dan sedang membangun termasuk Malaysia. Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga antaranya mengatakan : “Seluruh dunia, disebabkan kekurangan langkah kesihatan walaupun langkah yang paling mudah, ramai orang mati disebabkan oleh penyakit yang boleh dicegah dan diubati, yang biasanya dapat dikaitkan dengan malnutrisi, ataupun hidup dengan kecacatan anggota dan mental.”

Definisi Malnutrisi Malnutrisi adalah satu keadaan yang terhasil atau terjadi apabila badan manusia memperolehi atau menerima kandungan yang tidak seimbang untuk vitamin, mineral dan nutrien yang lain, dimana kandungan tersebut diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tisu badan dan fungsi organ tubuh. Dalam ertikata lain, malnutrisi ( nutrisi yang tidak teratur ) adalah keadaan patologi yang terhasil daripada kekurangan relatif atau mutlak atau kelebihan satu atau lebih nutrien. Kategori dan Jenis Malnutrisi Malnutrisi boleh di kategori kepada 2 iaitu : 1. Malnutrisi primer - keadaan dietri tidak teratur

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1) 2. Malnutrisi sekunder - ketidaknormalan nutrisi akibat proses penyakit di dalam badan manusia Dua kategori utama malnutrisi ini dapat dibahagi lagi kepada empat jenis keadaan patologi seperti yang berikut: Nutrisi berkurangan Keadaan akibat daripada pengambilan nutrien yang tidak mencukupi. Lazimnya ia ádalah kesan penggunaan terlalu sedikit nutrien yang penting atau menggunakan atau proses perkumuhan yang terlalu pantas daripada proses menggantikannya. Kanak-kanak, remaja, wanita mengandung dan perempuan yang menyusui bayi sangat memerlukan nutrien tambahan. Kehilangan banyak nutrien boleh juga disebabkan oleh diarrhea, kadar perpeluhan melampau, kehilangan banyak darah dan buah pinggang kurang berfungsi. Sementara itu pengambilan nutrien yang sepatutnya akan terhalang akibat daripada penyakit tua, proses diet yang melampau, alahan makanan, kecederaan yang tertentu atau penggunaan bahan makanan yang sia-sia. Nutrisi berlebihan Hasil daripada pengambilan makanan yang berlebihan. Dietari yang tidak seimbang ini juga akibat pengambilan makanan berlebihan yang salah dari segi kandungan nutriennya, senaman yang tidak mencukupi dan pengambilan terlalu banyak vitamin atau suplemen diet yang salah. Risiko ini turut bertambah sekiranya memiliki berat badan berlebihan 20%, pengambilan lemak dan garam berlebihan serta pengambilan dos berlebihan untuk ; niacin untuk merendahkan tahap kolestrol yang tinggi, vitamin B6 untuk melegakan sindrom premenstrual, vitamin A untuk menghilangkan masalah kulit dan zat besi atau bahan mineral lain yang tidak mendapat preskripsi doktor. Pengambilan nutrien yang tidak teratur boleh mempengaruhi sistem tubuh badan serta deria bau, rasa dan melihat. Ia juga dapat melahirkan perasaan cemas, perubahan perasaan hati dan simptom psikiatri. Kekurangan spesifik Keadaan berlaku akibat kekurangan relatif atau mutlak sesuatu nutrien yang penting seperti contohnya asid amino dan vitamin A.

Ketidakseimbangan Keadaan terhasil akibat daripada pengambilan nutrien yang diperlukan tidak seimbang bukan disebabkan kekurangan sesuatu nutrien. Faktor-faktor Penyebab Malnutrisi

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1)

Terdapat faktor tidak langsung dan faktor penyebab cara langsung yang menyebabkan berlakunya malnutrisi. Di antara faktor-faktor penyebab yang utama adalah :

Keadaan sosio-ekonomi yang mundur – Kemiskinan dan Pengetahuan yang Rendah Menurut satu kajian : “….bagi sesuatu kumpulan yang dikaji, tahap kemiskinan didapati berkadar songsang dengan tahap pengambilan protein sumber haiwan…..”. Ini jelas menunjukkan bahawa kemiskinan adalah salah satu punca utama manutrisi dan berkait rapat dengan tahap pengetahuan yang rendah. Pendapatan yang rendah menyebabkan mereka tidak berkeupayaan membeli makanan yang mempunyai diet yang seimbang. Ini akan menyebabkan diet berkurangan dan tidak sempurna.

Amalan Pemakanan dan Penyakit Tabiat pemakanan semakin berkurangan apabila usia semakin meningkat. Orang tua yang hilang tabiat pemakanannya akan semakin diancam oleh malnutrisi. Penyakit yang sering menyerang orang tua seperti Alzheimer akan menyebabkan mereka lupa untuk makan makanan yang seimbang. Risiko malnutrisi juga semakin meningkat bagi orang yang mengidap sesetengah penyakit bahaya contohnya buah pinggang, hati, kanser, AIDS dan gastrik. Penghidap

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1) penyakit ini akan terhalang untuk memakan sesuatu jenis diet dan kelemahan sistem badan mereka untuk menyerap makanan yang telah dicernakan. Orang yang bergantung hidup dengan dadah dan alkohol juga mempunyai risiko tinggi terhadap malnutrisi. Golongan ini mempunyai diet tertentu yang perlu diamalkan dalam satu tempoh jangkamasa yang ditetapkan. Diet ini akan mengurangkan keseimbangan makanan yang diambil, dan selalunya golongan ini mempunyai kegagalan dalam sistem pencernaannya akibat kesan pengambilan dadah dan alcohol terutama yang melibatkan organ hati, pankreas dan buah pinggang. Alahan terhadap sesejenis makanan akan menyukarkan seseorang itu memperolehi makanan yang boleh mereka cernakan. Golongan ini memerlukan kalori tambahan yang diambil untuk mengekalkan berat yang diambil dan seterusnya mengekalkan berat badan mereka sendiri. Sifat terlampau ingin kurus menyebabkan pemakanan yang tidak teratur bagi golongan anoreksia dan bulimia yang terlampau menghadkan pengambilan makanan mereka, sehingga tidak sihat akibat kekurangan nutrien yang penting untuk badan mereka. Adat resam sesuatu masyarakat juga mempengaruhi amalan makanan sesuatu golongan. Contohnya amalan masyarakat Melayu, wanita di dalam pantang di halang memakan buahbuahan dan sayur-sayuran yang mempunyai nutrien yang tinggi. Sedangkan pada masa ini ibu yang sedang menyusui bayi memerlukan kandungan nutrien yang tinggi. Ini menyebabkan mereka mudah terdedah kepada penyakit seperti anemia.

Parasitisme dan Infeksi Penyakit Masih terdapat penyakit berjangkit dan penyakit berparasit yang kronik berlaku di sesetengah tempat yang boleh menjurus kepada malnutrisi. Penyakit berjangkit yang lazim seperti tuberkulosis, malaria dan semua jenis disentri contohnya cirit birit, sementera penyakit berparasit adalah seperti askaris, trikuris, cacing usus dan kutu kepala.

Penyakit- penyakit ini akan menyebabkan masalah-masalah berikut : • •

Kehilangan nutrien yang tinggi Keperluan fisiologi yang lebih tinggi terhadap nutrien dengan beban yang lebih, akibat daripada penyakit



Malfungsi sistem penyerapan yang menghasilkan malserapan

Simptom Malnutrisi

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1) Di antara simptom-simptom kemungkinan malnutrisi adalah kehilangan berat badan tanpa disedari sebanyak 10 pound atau lebih. Orang yang tidak subur kebiasaannya berbadan kurus dan kepala agak besar dengan keadaan kulit mereka pucat, tebal, kering dan mudah nampak lebam. Gatal-gatal kulit dan perubahan pigmentasi selalu biasa berlaku kepada mereka. Rambut adalah nipis, kerinting kasar dan mudah tercabut dari kulit kepala. Selalu berasa sakit pada bahagian sendi dan tulang mereka lembut dan mudah patah. Bahagian gusi selalu mengalami pendarahan dan lidah yang membengkak, berkedut serta retak-retak.

Berlaku gangguan pada penglihatan termasuklah rabun malam dan sangat sensitif pada cahaya serta kilauan. Simptom-simptom malnutrisi yang lain adalah : • •

Diarrhea Kebingungan



Berkeadaan bimbang



Kehilangan tindakan refleks dan koordinasi otot semakin berkurangan



Otot tersentak



Amenorrhea



Bibir dan mulut yang pecah dan retak

Kanak-kanak yang menghidapi malnutrisi kebiasaannya pendek umur, kurus, tidak dan mempunyai daya tahan badan yang sangat lemah.

Diagnosis Malnutrisi Kehadiran malnutrisi pada seseorang dapat dikesan daripada penampilan keseluruhan diri seseorang, tingkah laku, agihan lemak pada badan dan fungsi organ tubuh badan. Pesakit akan di temu bual dan direkodkan data tentang bahan yang dimakan pada waktu-waktu spesisifik mereka. X-ray boleh dijalankan bagi mengesan isipadu tulang, gangguan pada organ perut dan kerosakan pada bahagian hati serta jantung.

Ujian darah dan air kencing juga dapat dilakukan bagi mengukur peringkat kandungan vitamin, mineral dan bahan kumuh pesakit. Status nutrisi pada seseorang juga dapat di anggarkan secara : • •

Membandingkan berat pesakit dengan carta Standard Mengira indeks jisim badan (BMI) berdasarkan formula yang membahagikan tinggi terhadap berat



Mengukur ketebalan kadar lipatan kulit (‘skinfold’) atau lilitan pada lengan atas

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1) Jenis-jenis Penyakit Akibat Malnutrisi Di antara penyakit-penyakit utama berpunca daripada malnutrisi adalah seperti berikut : 1. Kwashiorkor Penyakit berpunca daripada kekurangan zat protein atau di kenali juga sebagai penyakit “red boy”. Seseorang yang kekurangan protein asid–asid amino. Penyakit ini biasanya dijangkiti oleh kanak–kanak yang tidak lagi menyusu dengan ibunya ketika berusia 5 tahun dan selalunya akan makan makanan yang mengandungi sama ada bijirin, ubi kentang atau yang berkanji. Simptom umum Kwashiorkhor : •

Penampilan seolah-olah seperti anak gemuk (gemuk air)



Penurunan kesedaran (lebih sering dari anak yang berpenyakit marasmus)



Tubuh menjadi lemah dan urat saraf



Otot-otot mengecil, anak berbaring terus-menerus



Anak sering menolak segala jenis makanan



Rambut berwarna kusam dan mudah dicabut



Gangguan kulit berwarna kemerahan dan merebak serta berubah menjadi hitam dan terkelupas



Pembesaran hati disebabkan kemasukan lemak.

Rawatan biasanya ialah memberi kanak–kanak makanan yang mengandungi asid–asid amino. Susu tepung tanpa lemak juga boleh diberikan bagi meningkatkan zat protein. 2. Marasmus Marasmus adalah sejenis penyakit yang terjadi disebabkan oleh kekurangan kalori dan protein (Protein Clorie Malnutrition Diseases). Ia biasanya berlaku pada kanak–kanak yang berumur 1 tahun di negara yang miskin dan sedang membangun.

Simptomnya adalah seperti : •

Wajah seperti orang tua



Sering terdapat penurunan kesedaran



Kulit kering, dingin dan kendur



Otot-otot mengecil sehingga tulang-tulang kelihatan jelas



Sering disertai diare atau konstipasi

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1) •

Tekanan darah, frekuensi jantung dan frekuensi pernafasan berkurangan



Berat badan merosot



Sering cirit birit

Pemakanan yang diambil perlulah dapat menampung kalori dari jumlah protein yang diambil mencukupi dan mengandungi kandungan biologi yang baik serta kandungan mineral dan vitamin. Pengawalan penyakit ini boleh dilakukan dari awal iaitu dengan meminum susu kering tanpa lemak. 3. Xeroftalmia Merupakan penyakit mata yang disebabkan oleh kekurangan vitamin A. keadaan ini menyebabkan mata seseorang itu mengalami sensitif pada cahaya. Akibat dari pada penyakit ini, kelopak mata akan menjadi bengkak akibat daripada tiada rembesan air mata dan seterusnya melekat pada nanah. Selain itu juga, bakteria akan memasuki mata dan tumbuh pada kornea. Jika keadaan ini berterusan pesakit itu boleh menjadi buta. 4. Rabun Malam Penyakit ini adalah kegagalan penglihatan untuk menyesuaikan secara pantas dari keadaan yang terang kepada keadaan gelap di dalam bilik pada masa yang lama. Pesakit yang mengalami penyakit ini disebabkan kekurangan vitamin A. Pesakit hendaklah memperbanyakkan makan makanan yang mempunyai vitamin A yang boleh di dapati dari : •

Susu



Mentega keju



Kuning telur



Hati



Ikan berlemak



Sayur sayuran

5. Beri-beri Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B1 tiamina. Ia adalah satu penyakit suku bangsa yang bergantung kepada makanan beras kisar sahaja sehingga memberi satu wabak penyakit. Tanda – tanda penyakit ini : •

Kecederaan saraf

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1) •

Kaki dan jari–jari kaki menjadi kebas dan terasa sengal – sengal.



Pergelangan kaki kaku



Badan menjadi lemah



Susah berjalan



Kemungkinan kaki boleh menjadi lumpuh



Hilang nafsu makan



Cepat letih



Pencernaan makanan tak sempurna

Terdapat dua jenis penyakit beri–beri iaitu : a) beri-beri basah Penyakit orang dewasa, badan pesakit menjadi bengkak yang bermula dari kaki. Ini disebabkan oleh kelemahan jantung untuk mengepam darah ke paru–paru. Oleh itu tisu–tisu pada tangan akan penuh dengan cecair tisu dan akan membengkak serta boleh menyebabkan kematian. b) beri-beri kering Juga terjadi pada orang dewasa, badan tidak menunjukkan bengkak tetapi otot–otot menjadi lisut dan boleh lumpuh. Penyakit ini adalah dari sistem saraf terutamanya bahagian yang mengawal otot–otot tangan dan kaki. Lama-kelamaan bahagian ini akan menjadi lemah dan tidak bermaya. Pesakit perlulah makan makanan yang banyak tiamina seperti beras yang belum dikisar, kacang pis dan bijirin tulen. 5. Penyakit Tulang Penyakit ini disebabkan oleh kekurangan vitamin D yang menyebabkan tumbesaran tulang yang terencat berlaku pada kanak–kanak. Vitamin ini amat penting dalam metabolisme kalsium dan fosfurus yang membolehkan garam tak organik kalsium fosfat dienapkan di dalam tulang–tulang. Kekurangan vitamin ini menyebabkan kemerosotan enapan kalsium dalam

tulang

dan

mengakibatkan

tulang

menjadi

rapuh

serta

mempercepatkan

pembongkokkan dan pembantutan. 6. Beguk Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan iodin. Kelenjar tiroid membengkak dan menyebabkan kemerosotan metabolisme asas seterusnya menjejaskan fizikal dan mental pesakit. Penyakit ini sering berlaku pada negara yang tiada sumber makanan diri laut, ini keranan ikan air laut mempunyai banyak iodin. 7. Anemia

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1) Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan zat besi. Jika berlaku penurunan kepekatan hemoglobin, ini menunjukkan tanda–tanda berlakunya Anemia. Tanda–tandanya adalah keletihan, hati membesar, susah bernafas dan kulit yang pucat. Punca kekurangan zat besi adalah dari segi amalan pemakanan, kehilangan darah yang berlebihan dan penyerapan zat besi yang lambat.

Langkah-langkah Rawatan Secara Am Kebiasaannya status nutrisi bermula dengan penilaian terhadap nutrisi tersebut. Proses ini membolehkan ‘clinical nutrionist’ atau pakar pemakanan menentukan kehadiran malnutrisi, menilai kesan terhadap kekacauan nutrisi dan memformulasikan satu diet yang menyimpan nutrisi yang mencukupi. Pesakit yang tidak boleh atau tidak mahu makan atau sesiapa yang tidak dapat menyerap nutrient yang dimakan, akan disuap secara intravenous atau melalui kapilari tiub yang disumbat ke dalam ‘gastrointestinal (GI) tract’. Sistem menyuap menggunakan tiub biasanya digunakan kepada pesakit yang menderita terbakar badan atau penghidap penyakit yang melibatkan usus. Prosedurnya ialah memasukkan tiub kecil melalui hidung sepanjang kerongkong sehingga sampai ke dalam perut atau usus kecil. Sekiranya pesakit memerlukan cara tiub dalam jangkamasa yang lama, tiub akan dimasukkan terus ke dalam perut atau usus kecil melalui potongan/hirisan pada bahagian abdomen. Pemakanan secara tiub tidak selalu boleh membekalkan nutrien yang mencukupi kepada pesakit yang: •

Serius ketidaksuburannya



Memerlukan pembedahan



Menjalani kemoterapi atau rawan radiologi



Terbakar yang serius



Cirit birit dan muntah yang berterusan

Bagi sistem pemakanan melalui saluran darah boleh membekalkan hamper kesemua nutrien yang diperlukan oleh pesakkit.

Langkah-langkah Pencegahan Awal

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1) Memberi susu badan kepada bayi untuk selama sekurang-kurangnya enam bulan pertama adalah langkah terbaik mencegah malnutrisi pada peringkat awal bayi. Pada peringkat umur melebihi dua tahun adalah digalakkan mengikut tabiat yang berikut : • •

Memakan banyak buah-buahan, bijirin dan sayuran Makan makanan yang berkandungan lemak dan kolestrol yang rendah serta mengandungi kandungan garam, gula dan sodium yang berpatutan.



Melakukan aktiviti fizikal yang bersesuaian selama lebih kurang 30 minit beberapa kali dalam seminggu



Mencapai atau mengekalkan berat badan yang ideal



Elakkan penggunaan alkohol yang berlebihan

Setiap pesakit yang dimasukkan ke hospital perlulah di periksa dan di saring bagi mengesan kehadiran penyakit serta keadaan yang boleh menjuruskan kepada malnutrisi tenaga protein. Pesakit yang mempunyai risiko tinggi terhadap malnutrisi perlulah diberi penilaian yang lebih selama mereka dirawat di hospital atau di rumah. Kesimpulan Malnutrisi sepatutnya boleh dicegah dari peringkat awal lagi sekiranya masyarakat sedar dan tahu kesan-kesan yang boleh disebabkannya. Pendidikan nutrisi merupakan langkah yang penting bagi melengkapkan pendidikan kesihatan. Pendidikan ini akan menjadi mustahak kepada sistem penjagaan kesihatan yang menekankan langkah-langkah mencegah dan promosi . Dalam erti kata yang lain, pendidikan nutrisi adalah berkesan bagi memerangi kejahilan tentang keperluan nutrisi dan ancaman-ancaman yang berkaitan dengannya. Kita perlu mengadakan aktiviti-aktiviti nutrisi yang cekap seperti pemeliharaan halaman rumah, kebersihan diri, pengimunan dan lain-lain program piawaian nutrisi yang penting dalam mengurangkan serta menghapuskan masalah malnutrisi dalam masyarakat kita.

Topik 1 : Pengurusan Sukan

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1) Pengurusan alatan sukan yang cekap dan berkesan akan memastikan alatan sukan sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk digunakan. Alatan sukan yang diurus dengan baik dapat memastikan keselamatan pengguna dan memudahkan proses mengenal pasti bilangan alatan yang rosak atau hilang. Imej sekolah juga dapat ditingkatkan dengan pengurusan sukan yang cekap.

Kebaikan susunan alatan sukan: 1. Memudahkan pengambilan & penyimpanan alatan. 2. Memudahkan pengiraan alatan. 3. Menjimatkan ruang. 4. Menjamin keselamatan pengguna.

Langkah keselamatan semasa menyimpan alatan sukan

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1)

ISU DALAM SUKAN Rasuah Rasuah dalam sukan boleh disamakan dengan tindakan menjual perlawanan oleh seseorang pemain. Dalam hal ini, keputusan perlawanan yang akan dipertandingkan telah pun ditentukan lebih awal sebelum pertandingan. Mereka yang mengatur keputusan ini terdiri daripada bookie atau orang tengah yang menjadi agen sindiket perjudian. Bookie bertindak dengan cara memancing pemain untuk menjual perlawanan dengan memberikan sogokan berbentuk wang atau barang lain yang bernilai. Pemain atau ahli sukan yang mengamalkan rasuah boleh dianggap penjenayah. Amalan ini bukan sahaja mencemarkan nama & masa depan sukan yang terlibat, malahan maruah pasukan dan imej negara secara keseluruhannya. Negara akan dikaitkan sebagai pusat perjudian haram & ahli sukan pula dianggap sebagai tidak mempunyai semangat kesukanan yang tulen kerana mengamalkan rasuah. Penggunaan bahan terasing Larangan penggunaan steroid berkait rapat dengan kesan jangka panjang penggunaannya. Steroid ini memberi sedikit kelebihan prestasi tetapi kesan sampingan amat besar. Disamping itu, steroid boleh membawa maut atau kerosakan terhadap sistem tubuh. Antara bentuk hukuman jika mengambil steroid dalam sukan : Kemenangan batal Pingat serta hadiah yang dimenangi akan ditarik semula Rekod yang dicatatkan tidak akan diiktiraf. Dikenakan hukuman yang berat oleh badan sukan dunia.Dilarang bergiat & menyertai sebarang kejohanan sukan untuk tempoh masa yang panjang.

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1)

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF