Nota Pengurusan Folio, Buku Log, Laporan Aktiviti

August 31, 2022 | Author: Anonymous | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Nota Pengurusan Folio, Buku Log, Laporan Aktiviti...

Description

 

BUKU LOG  LOG  Dalam dunia kepengakapan, sesebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti bertulis atau dicatatkan oleh seseorang Pengakap yang mengambil sesuatu ujian lencana atau anugerah adalah dipanggil sebagai ‘Buku Log’.  Log’.  Buku Log seharusnya mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan panduan, laporan dan juga pengesahan terhadap penglibatan seseorang Pengakap itu. Ianya juga boleh merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti Pengakap. Sehubungan itu, seseorang pencatat buku log haruslah mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya serta mampu pula menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran mahupun bantuan visual ataupun grafik. Di dalam buku log ahli Pengakap, Pemimpin juga boleh mencatat komen terhadap penulisan serta memberikan pengesahan terhadap ujian yang diambil oleh ahli Pengakap tersebut. NOTA: Semasa Ujian Pentarafan Pengakap Raja, buku log peserta akan diperiksa oleh Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Negeri untuk melihat sejarah serta penglibatan  peserta

dalam

Kepengakapan

secara

keseluruhan.

Jadi,

pemeriksa

akan

mengharapkan yang peserta akan melampirkan atau melekatkan salinan sijil-sijil kelulusan bagi lencana dan ujian terbabit di dalam buku log mereka.  mereka.  Setakat ini, tiada had piawai bagi jumlah mukasurat sesebuah buku log. Namun berdasarkan pengalaman, buku log yang baik hendaklah mempunyai sekitar 200  –  –   300 helaian dan sebaiknya yang berkulit tebal agar ianya boleh disimpan dengan baik pada satu jangka masa yang lama. Berikut merupakan cadangan bagaimana pembahagian pembahagian catatan Buku Log bagi tajuktajuk tajuk asas yang sesuai dan mudah dijaga oleh seseorang Pengakap. UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK  KANAK-KANAK  1) Catatan Peribadi (Maklumat diri) + Lencana Keahlian - 1 buku 2) Lencana Keris Gangsa - 1 buku 3) Lencana Keris Perak - 1 buku

 

4)

Lencana

Keris

Emas

+

Rambu

Pengakap

Kanak-kanak

-

1

buku

UNIT PENGAKAP MUDA  MUDA  1) Catatan Peribadi (Maklumat diri) + Lencana Keahlian - 1 buku 2) Lencana Usaha - 1 buku 3) Lencana Maju - 1 buku 4) Lencana Jaya + Rambu Pengakap Muda - 1 buku 5) Buku Log Pengembaraan - 1 buku UNIT PENGAKAP REMAJA  REMAJA  1) Lencana Ekspedisi - 1 buku 2) Lencana Jayadiri - 1 buku 3) Lencana Kegiatan - 1 buku 4) Lencana Kemahiran - 1 buku 5) Lencana Perkhidmatan - 1 buku 6) Ujian Sikap - 1 buku UNIT PENGAKAP KELANA  KELANA  1) Catatan Peribadi + Lencana Keahlian + Vigil + Pertabalan - 1 buku 2) Lencana-lencana Kemajuan - 1-5 buku 3) Projek - 1 buku 4) Program atau Aktiviti Khas (jika ada) - 1 buku * Bagi semua unit-unit Pengakap di atas, program atau aktiviti tambahan yang disertai seperti perkhemahan, kursus, jambori dan sebagainya boleh dimuatkan dalam 1 buku berasingan. Kegunaan Buku Log sebenarnya bukan hanya terhad kepada ahli Pengakap yang ingin mengambil ujian. Pemimpin serta Pesuruhjaya Pengakap juga masih boleh menggunakan kaedah buku log untuk merekodkan benda-benda seperti berikut : - Kemajuan atau prestasi ahli Pengakap di bawah bimbingannya. - Kursus dan seminar yang dijalan - Jambori dan perkhemahan yang dihadir - ‘Trip’ atau rombongan lawatan yang diserta

 

N o t a :   Hingga

kini, saya masih membuat catatan Buku Log Setiausaha Latihan

Negeri yang mencatatkan maklumat berkaitan perjalanan serta Kursus-kursus Kepimpinan Manikayu dan Vigil Pengakap Kelana yang saya hadiri dan bantu di serata negeri.  negeri.  MAKLUMAN:

Untuk kegunaan Pentarafan Pengakap Raja, pihak Lembaga Pentaraf Negeri telah menetapkan bahawa setiap calon harus menghantar atau membawa bersama bukubuku log berikut untuk diperiksa serta bagi kegunaan ujian semasa pentarafan.  pentarafan.  1) Buku Log Catatan peribadi / Lencana Keahlian 2) Buku Log Lencana Usaha 3) Buku Log Lencana Maju 4) Buku log Lencana Jaya 5) Buku log Pengembaraan 6) Buku log Lencana Jayadiri 7) Buku log Lencana Kegiatan 8) Buku log Lencana Kemahiran 9) Buku log Lencana Perkhidmatan 10) Buku log Lencana Ekspedisi 11) Buku Log Ujian Sikap * Buku-buku Log tersebut di atas haruslah telah disahkan oleh Pesuruhjaya Daerah atau sekurang-kurangnya Pemimpin Kumpulan.  Kumpulan.  FORMAT ASAS SESEBUAH BUKU LOG  LOG   Saiz dan ketebalan Saiz Buku Log yang sesuai adalah 21 cm x 32 cm dengan ketebalan 200 muka surat dan berkulit tebal. (200 Foolscap Book)

 

Kulit Luar (Cover) Kulit luar buku amat penting dijaga agar ianya tahan lama dan tidak mudah rosak. Sebaiknya kulit buku tersebut dibalut dengan plastic (pvc book wrapper) agar tidak mudah binasa akibat basah. Logo bagi ujian atau lencana berkaitan boleh dilekatkan bagi memudahkan penulis serta pemeriksa membezakan buku-buku log yang ada mengikut isi kandungannya.

Contoh bagi lapisan luar buku yang telah saya keluarkan bagi pihak Majlis Pengakap Daerah Penampang. 

Halaman pertama Halaman pertama merupakan halaman yang paling penting kerana di sinilah selalunya para pemeriksa dapat membuat pemerhatian umum dan mengagak kesungguhan

penulis

dalam menyediakan

buku

tersebut (First impression

evaluation). Sebaik-baiknya halaman pertama dimuatkan dengan maklumat peribadi penulis. Contoh maklumat adalah seperti berikut : Maklumat Asas Nama Penuh No. Sijil Lahir / Kad Pengenalan Tarikh dan Tempat Lahir No. telefon / Telefon bimbit

 

 Alamat e-mail / url  Alamat surat menyurat

Maklumat Kepengakapan Tarikh Mula Berpengakap Nama Sekawan / Patrol (terkini) No. Kumpulan / Troop / Krew (terkini) Nama dan alamat Sekolah (terkini) Daerah (terkini)

Maklumat Waris dan Alamat Perhubungan  Alamat tetap Nama Bapa dan pekerjaannya No. telefon / Telefon bimbit Nama Ibu dan PekerjaannyaNo. telefon / Telefon bimbit

Contoh halaman pertama buku log yang mengandungi maklumat peribadi penulis bagi buku log tersebut

Halaman kedua Halaman kedua selalunya adalah lebih baik dimuatkan kandungan atau sukatan bagi ujian lencana (bagi buku log lencana). Ruangan untuk tandatangan pengesahan

 

pemimpin beserta tarikhnya juga harus disediakan di tepi kanan setiap tajuk ujian yang disenaraikan. Nota : Di masa lepas, setiap Pengakap dibekalkan dengan 'Kad Ujian' (Laporan Kemajuan) mengandungi sukatan ujian serta ruangan tandatangan Pemimpin. Dan kad ini dilekatkan pada buku log. Pada hari ini, Buku Log berfungsi sebagai 'Kad Ujian' bagi setiap ahli Pengakap.

Ruangan Catatan di setiap muka surat  surat   Adalah dicadangkan agar ruangan selebar 1  –  –   2 inci disediakan di sebelah kanan setiap muka surat di dalam buku log. Ini adalah untuk memudahkan perkara-perkara berikut : 1)

Ruangan

bagi

2)

Pembetulan

komen,

fakta

yang

ulasan perlu

dan dibuat

pengesahan selepas

pemeriksa selesai

buku.

penulisan.

3) Penambahan fakta (jika tertinggal semasa menulis nota / fakta yang diperolehi sesudah penulisan nota)

 

  Contoh kegunaan ruangan kosong di sebelah kanan setiap muka surat di dalam

Buku Log. Foto, lakaran dan sampel di dalam buku log  log   Penulis bebas untuk menggunakan foto, lakaran, lukisan mahupun sebarang bentuk ilustrasi untuk menyokong laporan ataupun nota di dalam buku log mereka. Namun, ianya haruslah tulen dan menggambarkan perkara sebenar mengikut skim ataupun berdasarkan pengalaman ataupun apa yang telah dilakukan oleh penulis.

Contoh laporan bergambar di dalam Buku Log

 

Untuk tugasan tertentu contohnya di dalam Pengembaraan di mana ahli Pengakap diarahkan untuk mengumpulkan sampel tertentu seperti tumbuhan, serangga dan sebagainya, penulis buku log haruslah mempelajari teknik mengawet (sekiranya perlu) dan sampel boleh dilekatkan di dalam buku log mereka. 

Contoh sampel yang disimpan di dalam Buku log

Lakaran ataupun lukisan sebaik-baiknya dilukis sendiri oleh penulis. Pemeriksa buku log tidak menilai atas cantik atau tidaknya sesebuah lukisan yang dibuat di dalam buku log. Apa yang lebih penting ialah penulis berupaya menyampaikan laporan serta nota dengan jelas hasil dari kerja tangan mereka sendiri.  

Contoh lukisan di dalam Buku Log

 

Bentuk penulisan dan isi nota  nota   Penulisan di dalam Buku Log haruslah benar, asli dan jelas. Penulis haruslah menggunakan ayat yang ringkas tetapi padat, tepat dan jelas. Elakkan penggunaan ayat yang panjang berjela-jela.

Contoh bentuk penulisan laporan Apakah yang perlu dimuatkan di dalam Catatan peribadi?  Buku Log Catatan Peribadi lebih merupakan 'Profail' diri penulis secara keseluruhan. Di dalam buku tersebut, antara bahan-bahan yang boleh dimuatkan adalah seperti berikut : 1) Maklumat lengkap penglibatan dalam Pengakap 2) Kursus-kursus yang telah dihadiri (beserta salinan sijil berkaitan) 3) Ujian-ujian yang telah dilepasi (beserta salinan sijil berkaitan) 4) Kemahiran khusus atau luar skim latihan yang dimiliki.

 

CONTOH LAPORAN AKTIVITI LAPORAN AKTIVITI KURSUS LENCANA KEAHLIAN PKK

PERSATUAN PENGAKAP  SEKOLAH KEBANGSAAN MACHANG 1  LAPORAN AKTIVITI  KURSUS LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP   TARIKH :  14 APRIL 2012  TEMPAT :  SEKOLAH KEBANGSAAN MACHANG1  18500 MACHANG, KELANTAN  ANJURAN:  PERSATUAN PENGAKAP  SEKOLAH KEBANGSAAN MACHANG 1  DENGAN KERJASAMA:  UNIT KOKURIKULUM 

 







Pendahuluan  1.1 Lencana Keahlian merupakan lencana asas pengakap kanak-kanak. Pengakap kanak-kanak akan diuji tentang beberapa perkara untuk memastikan mereka memahami dan mengerti makna setiap perkara seperti Persetiaan dan undang-undang pengakap, Kelima-kelima rukun negara, Tabik dan hormat pengakap, isyarat hormat pengakap dan cogan kata Pengakap, Sejarah permulaan Pergerakan Pengakap dan Cerita Hutan dan Laung Agung Objektif   2.1 Lencana Keahlian merupakan lencana asas bagi seorang pengakap kanakkanak 2.2 Mempraktikkan ilmu pengakap yang dipelajari semasa perjumpaan mingguan seperti persetiaan dan undang-undang pengakap, sejarah  permulaan pergerakan pengakap, tabik dan isyarat hormat, laung agung dan cogan kata pengakap 2.3 Melatih ahli pengakap kanak-kanak sentiasa berdisplin, berakhlak,  bertanggungjawab dan berdikari selari dengan ajaran Islam

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI SENARAI   TUGAS   TUGAS Bil  Bidang

Pemimpin 

Catatan 

tugas 

mencatat

1

Pendaftaran

1.  Pn. Yusmawani bt. Mat Ghani

kehadiran ahli

2.  Pn. Zubaidah bt. Yaakob

sumbangan

2

memungut  pendaftaran menguruskan disiplin dari awal hingga akhir

Keselamatan dan Disiplin

dalam keadaan 1.  En.Kamaruzzaman  baik.  b. Mat Isa Memastikan 2.  En. Zainuddin b. Ujian Lencana Samat Keahlian berjalan dengan suasana harmoni. 1.  Pn. Umi Kalsum  bt. Hashim

3 Persegaran

2. 

Pn. Zanariah Bt.

Mustapha

memastikan  pengagihan makanan berjalan lancar

 

  4

memastikan ujian lencana keahlian

Urus setia

1.  En. Noorizan b. Mohd Esa 2. 

En. Nasir b. Muda

dapat dijalankan dengan lancar memastikan  peralatan dan bahan ujian mencukupi memastikan nama pelajar

5

mengikut kad 1.  Pn. Umi Kalsum  bt. Hashim

Sijil/ Cenderahati

2.  Pn. Zanariah Bt. Mustapha

 pengenalan. Menaip nama  pelajar dengan  betul. Menguruskan majlis  penyampaian sijil di akhir kursus

6

1.  En. Roslan b. Ismail Keagamaan

2.  Pn. W. Norafni bt. W. Muhammad

7

Memastikan PKK menunaikan solat apabila masuk Waktu Membantu PKK

Hal

Ehwal

Wanita

1.  Pn. W. Norafni bt. W. Muhammad

wanita yang mengalami masalah Memastikan

8

dokumentasi Buku Program dan Dokumentasi

1.  En. Noorizan b. Mohd Esa 2.  En. Azmi b. Abdullah

disediakan di akhir  perkhemahan. Menyediakan ‘brosur’ mudah  berkaitan  perkhemahan

9 Aktiviti

1.  En. Azmi b. Abdullah

Melantik penguji Memastikan setiap stesen ada

 

 penguji atau  pegawai bertugas Memastikan semua aktiviti  berjalan lancar. Menyediakan

10

kain rentang sebagai publisiti selewat-lewatnya

Kain Rentang dan

1.  En. Roslan b. Ismail

seminggu sebelum  perkhemahan.

Sia raya

Memastikan alat siar raya dalam keadaan baik dan  boleh digunakan

TENTATIF PROGRAM  Tarikh: 14 April 2012  Hari: Sabtu 

  8.00 8.0 0 pagi pagi Pendaftar Pendaftar an, takl im at dan pembahag pembahagian ian kum pulan 

aik, bang khusyuk sangat tu..

Seramai 73 orang ahli pengakap kan kanak-kanak ak-kanak telah menyertai Kursus Lencana Keahlian. Pendaftaran dijalankan oleh Puan Yusmawani bt. Mat ghani dan puan Zubaidah binti yaakob. yaakob. PKK telah diberi taklimat dan dibahagi kepada kepada sembilan kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 8 hingga 9 orang PKK. PKK

 

diberikan senarai semak item-item yang akan diuji. PKK diagihkan kepada stesenstesen 1, 2, dan 3. Di mana, setiap stesen akan terdapat dua kumpulan pada satu masa. Setiap stesen terdiri daripada empat orang guru.   9.00 pagi Ses Sesi pertama L encana Ke K eahl i an ber ber mul a 

Stesen

1

se semangat mangat PKK se sedang dang diu ji . in gat ke?   

PKK dikehendaki membaca persetiaan dan undang-undang pengakap dan juga rukun negara. Guru-guru yang terlibat ialah Pn. Yusmawani bt. Mat Ghani, Pn. Zubaidah  bt. Yaakob, Pn. W. Norafni bt. W. Muhammad Pn. Umi Kalsum bt. Hashim. Kumpulan PKK yang terlibat adalah kumpulan PKK1, PKK2 dan PKK3. Setesen 2

sorang-sorang tu...jangan gabra, nanti kantoi...

Di Stesen 2, PKK diminta membincangkan membincangkan Sejarah permulaan pergerakan pengakap dan cogan kata PKK iaitu Buat Habis Baik. Guru yang terlibat ialah En. Kamaruzzaman b. Mat Isa, En. Zainuddin b. Samat, En. Nasir b. Muda dan En. Ahmad zawawi b. Ruslan. Kumpulan PKK yang terlibat adalah PKK 4, PKK5 dan

 

PKK6. Stesen 3

amacam?, boleh buat ker? baik-baik nanti tersasol plak!

Guru-guru yang terlibat di stesen 3 pula ialah En. Roslan b. Ismail, Ismail, En. Azmi b. Abdullah, En. Noorizan b. Mohd Esa dan Pn. Zanariah Bt. Mustapha. Setiap kumpulan dikehendaki membuat aktiviti laung agung. Laung agung adalah aktiviti  pertama yang dilakukan pada setiap perjumpaan pengakap. pengakap.   10.30 10. 30 pagi pagi M in um pagi 

masa yang dinanti dah tiba. sekarang jom, kita makan dulu...

PKK diberi rehat selama 30 minit untuk menjamu selera dan berehat. Sarapan pagi disediakan iaitu roti jala dan tea ’o’.  ’o’.    11.00 11.0 0 pagi Ses Sesi kedua L encana K eahl i an  Sesi kedua ujian lencana keahlian dijalankan. Pergerakan stesen berubah. PKK 1, PKK2 dan PKK 3 ke stesen 2, PKK 4, PKK 5, PKK 6 bergerak ke stesen 3. Manakala, PKK 7, PKK8 dan PKK 9 ke Stesen 1.   te tengah ngah hari M akan tengah tengah hari har i , rehat dan dan Solat Solat Z uhu r  PKK diberi rehat selama satu jam setengah untuk makan tengah hari dan menunaikan Solat Zuhur. Persiapan untuk sesi ketiga ujian keahlian dibuat.

 

  2.30 pe petang. Ses Sesi ketiga K ur sus Le L encana K eahl i an  Sesi ketiga ujian lencana keahlian dijalankan. Pergerakan stesen berubah. PKK 1, PKK2 dan PKK 3 ke stesen 3, PKK 4, PKK 5, PKK 6 bergerak ke stesen 1. Manakala, PKK 7, PKK8 dan PKK 9 ke Stesen 2.

4.00 petang. 4.00 petang. M ajl i s Per Per asmian asmian Penutu Penutu p K ur sus L encana K eahl ian Pengakap Pengakap   Kanak-kanak 

Pesuruh Jaya Pengakap Daerah Machang, Tn Haji Ismail b Omar semengat berucap memberikan katakata perangsang kepada PKK SKM1

khusyuk nampaknya PKK mendengar ucapan yang diberikan oleh Peseuruh Yaya Pengakap Machang, Tuan Haji Ismail b Omar

Kursus Lencana Keahlian Pengakap Sekolah Kebangsaan Machang 1 telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tn. Hj. Ismail bin Abd. Omar Pesuruhjaya Pengakap Daerah Machang. Dalam ucapan perasmian penutup beliau mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Machang 1, Machang, Kelantan kerana sentiasa bergerak dalam kumpulan untuk setiap program yang diadakan peringkat sekolah. Beliau juga berharap usaha ini akan  berterusan demi mencipta pelbagai kejayaan.   5.00 pe petang tang M i nu num m petang petang dan ber ber sur ai  Tn. Hj. Ismail bin Omar, pemimpin pengakap Sekolah Kebangsaan Machang 1 dan

 

PKK dijamu dengan minuman petang sebelum bersurai 5.0 PENYERTAAN 

rsus Lencana Keahlian di hadiri oleh 73 orang pengakap kanak-kanak Sekolah Kebangsaan Machang 1 yang terdiri daripada murid Tahun 4 dan Tahun 5 Senarai nama PKK rujuk lampiran A1 PERBELANJAAN KEWANGAN  Sumber Kewangan  1 Pendaftaran Peserta

2

RM 5.00 × 73 =

RM 365.00

orang

Sumbangan Unit

=

RM 150.00

=

RM100.00

Kokurikulum 3

Sumbangan PIBG

JUMLAH  Perbelanjaan   Makan minum Urus 1  

setia/ pemimpin/

RM615.00  

RM 4.00 × 89 =

RM 356.00

orang

 peserta 2 3 4 5

Sijil Keahlian Buku Program Urus setia Cenderahati Perasmian Penutup

JUMLAH 

RM 0.50 × 73 =

RM 36.50

orang RM 0.30 × 15

=

RM

=

RM180.00

=

RM 38.00

4.50

RM615.00  

PENUTUP 

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua AJK Pelaksana dan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Kursus Lencana Keahlian Pengakap Sekolah Kebangsaan Machang 1, Machang, Kelantan.

Disediakan oleh,

 

  ................................................ (NOORIZAN BIN MOHD ESA) Setiausaha, PROGRAM KURSUS LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP KANAK-KANAK, SEKOLAH KEBANGSAAN MACHANG 1, MACHANG

Disahkan oleh, ................................................. (ENCIK AZMI BIN SALLEH) Pengerusi, PROGRAM KURSUS LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP KANAK-KANAK, SEKOLAH KEBANGSAAN MACHANG 1, MACHANG

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF