Nota Pendidikan Islam Tingkatan 5
July 3, 2018 | Author: Muhamad Efendy Jamhar | Category: N/A
Short Description
Download Nota Pendidikan Islam Tingkatan 5...
Description
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM TINGKATAN 5
TILAWAH TINGKATAN 5 Bab 1 :Layanan baik ke atas orang bukan Islam yang berminat terhadap Islam
Dan jika seorang daripada orang bukan Islam meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami ajaran Islam) maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan keterangan Allah (tentang hakikat Islam) kemudian hantarkanlah mereka ke manamana tempat yang aman baginya. Perintah tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui. 3 perintah Allah kepada umat Islam : Wajib beri perlindungan kepada orang bukan Islam sekiranya mereka meminta perlindungan Hendaklah menerangkan ajaran Islam kepeda mereka Hendaklah dihantar ke tempat yang aman
o o o o
Suasana harmoni Suasana aman Menjaga hubungan baik dengan orang bukan Islam Menunjukkan contoh teladan yang baik Maksud dakwah mengajak manusia melakukan yang makruf dan meninggalkan yang mungkar Ciri ciri pendakwah
5.
6. 7. 8. 9. 10. 11.
Beriman dan bertakwa kepada Allah swt Sabar dan tabah menghadapi semua dugaan semasa berdakwah Tidak mudah berputus asa sekiranya dakwah yang disampaikan tidak berjaya Berani menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran Memiliki akhlak-akhlak yung mulia yang menjadi contoh kepada orang ramai Memiliki ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang tersebut
© Muhamad Efendy Jamhar/12
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM TINGKATAN 5 BAB 2 : BATAS-BATAS PERGAULAN : AN-NUR AYAT 31
Cara-cara menjaga maruah diri 1. Tidak memandang perkara yang diharamkan. 2. Memelihara kehormatan diri. 3. Menutup aurat. Batas-batas aurat 1. Lelaki dengan lelaki : di antara pusat hingga ke lutut. 2. Lelaki dengan perempuan ajnabi : di antara pusat hingga ke lutut. 3. Perempuan dengan lelaki ajnabi : seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. 4. Perempuan dengan mahram : di antara pusat hingga ke lutut. 5. Perempuan dengan perempuan kafir : seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.
© Muhamad Efendy Jamhar/12
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM TINGKATAN 5 Pengajaran ayat 1. Wajib ke atas lelaki atau perempuan menghindari daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan. 2. Kita wajib menjaga kehormatan diri. 3. Haram kepada perempuan melakukan perkara yang boleh mendatangkan fitnah. 4. Haram berpakaian yang menampakkan susuk badan.
© Muhamad Efendy Jamhar/12
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM TINGKATAN 5 BAB 3 : PERIBADI MUKMIN (15 -16 AS-SAJADAH)
Ciri-ciri orang beriman berdasarkan ayat 1. 2. 3. 4. 5.
Sujud kepada Allah Sentiasa mengingati Allah Tidak takbur Melazimi qiamullail Menginfaqkan harta untuk jalan Allah
Jenis-jenis sujud 1. Sujud tilawah 2. Sujud sahwi 3. Sujud syukur Pengajaran ayat 1. 2. 3. 4.
Umat Islam disunatkan membanyakkan solat dan zikir. Allah menjanjikan pahala besar kepada orang yang melazimi qiamullail. Orang mukmin hendaklah bersifat tawaduk. Islam menggalakkan mencari harta yang halal dan menginfaqkannya ke jalan Allah.
© Muhamad Efendy Jamhar/12
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM TINGKATAN 5 HADITH
TINGKATAN 5
TAJUK : KEHIDUPAN DI DUNIA IBARAT SEORANG PERANTAU
Teknik pengurusan masa secara efektif 1. Merancang penggunaan masa 2. Mengurus masa dengan bijak 3. Menentukan wawasan hidup Kelebihan menyegerakan segala urusan kehidupan 1. Dimuliakan Allah dan rasul 2. Urusan dapat disempurnakan dengan berkualiti dan mengikut jadual 3. Menyumbang ke arah kemajuan negara Bekalan untuk hari akhirat 1. Taqwa 2. Ikhlas 3. Melakukan amalan-amalan sunat. Pengajaran hadith 1. 2. 3. 4.
Tempoh kehidupan manusia di dunia adalah singkat Manusia hendaklah menggunakan tempoh kehidupan di dunia sebaik mungkin Islam melarang kita menangguh-nangguhkan urusan kehidupan Seseorang muslim hendaklah menguruskan masanya dengan bijak.
© Muhamad Efendy Jamhar/12
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM TINGKATAN 5 TAJUK : ORANG BERIMAN KEKASIH ALLAH
Pengertian wali Dari segi bahasa : bantuan atau perlindungan daripada Allah Dari segi istilah : manusia biasa yang beriman, bertaqwa, beristiqamah melaksanakan perintah Allah dan menjauhkan segala laranganNya secara zahir dan batin. Ciri-ciri orang soleh 1. Berilmu 2. Beramal 3. Berakhlak mulia Amalan-amalan sunat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah 1. 2. 3. 4. 5.
Solat sunat Puasa sunat Membaca al-Quran Berzikir Berdoa
Kelebihan orang yang melakukan ibadah-ibadah nawafil 1. 2. 3. 4. 5. 6.
Disayangi Allah dan rasul Berkat kehidupannya Terpelihara daripada melakukan perkara maksiat Makbul doa Mendapat ganjaran pahala dan syurga Mengecapi kenikmatan beribadah
Pengajaran hadith 1. Kekasih Allah ialah mukmin yang banyak melakukan ibadah nawafil. 2. Orang yang hampir dengan Allah ialah mukmin yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia. 3. Allah memperkenankan doa orang yang hampir kepadaNya
© Muhamad Efendy Jamhar/12
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM TINGKATAN 5 IBADAT
TINGKATAN 5
TAJUK : PERKAHWINAN Hikmah Perkahwinan Dari Segi Kesihatan Perkahwinan dapat menjauhkan diri daripada maksiat terutama jenayah zina yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti Aids dan siplis. Penyakit ini menjejaskan kesihatan dan memusnahkan kehidupan. TAJUK : WALI Sebab-sebab wali nasab berpindah kepada wali hakim 1. Tidak terdapat wali nasab mengikut susunan 2. Wali akrab tidak dikesan dan tidak diketahui sama ada hidup atau mati 3. Wali tinggal jauh melebihi dua marhalah 4. Wali akrab dalam tahanan dan tidak dapat dihubungi 5. Wali sedang dalam ihram 6. Wali menyembunyikan diri 7. Wali setaraf bergaduh dan tidak dapat diselesaikan 8. Wali sendiri yang hendak berkahwin dengan perempuan itu dan tiada wali lain yang setaraf dengannya 9. Wali enggan mewalikan
TAJUK : IDDAH
Pengertian Bahasa : tempoh pengiraan Syarak : tempoh masa larangan berkahwin yang wajib dipatuhi oleh isteri selepas berpisah dari suami Jenis Iddah 1. Kematian suami 2. Penceraian Iddah disebabkan kematian suami
© Muhamad Efendy Jamhar/12
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM TINGKATAN 5 STATUS ISTERI IDDAH Hamil Hingga melahirkan anak Tidak hamil 4 bulan 10 hari Putus haid 4 bulan 10 hari Belum disetubuhi 4 bulan 10 hari Iddah disebabkan penceraian hidup STATUS IDDAH Hamil Hingga melahirkan anak Tidak hamil Tiga kali suci Putus haid Tiga bulan Belum disetubuhi Tiada iddah Sebab-Sebab Perbezaan Tempoh Jenis-Jenis Iddah 1. Iddah Bagi Perempuan Bercerai Hidup Tempoh iddah tersebut dapat membersihkan rahim perempuan daripda benih hasil perhubungan dengan bekas suami. Bagi perempuan hamil tempoh hingga melahirkan anak cukup untuk menumpukan perhatian kepada penjagaan kesihatan dan kandungan 2. Iddah Bagi Perempuan Yang Tercerai Mati Tempoh iddah tersebut sesuai bagi isteri yang kematian suami sebagai tanda perhubungan dan kesedihan 3. Iddah Bagi Perempuan Yang Belum Disetubuh Tiada beriddah kerana rahimnya bersih daripada benih suami
Hikmah Iddah 1. Memastikan isteri tidak hamil dengan bekas suaminya untuk mengelak daripada berlaku percampuran keturunan 2. Memberi peluang kepada suami isteri untuk berfikir dan menyesal di atas perbuatannya 3. Menzahirkan kepentingan dan kesucian ikatan perkahwinan yang tinggi nilainya disisi agama dan masyarakat 4. Memberi penghormatan kepada suami yang meniggal dan menjaga perasaan keluarganya terutama isteri
© Muhamad Efendy Jamhar/12
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM TINGKATAN 5 Hak Dan Status Isteri Semasa Dan Selepas Iddah Hak Semasa Iddah 1. Isteri yang dicerai talak 1 dan 2 berhak mendapat hak sebagaimana sebelumnya seperti nafkah zahir dan dilarang keluar dari rumah yang disediakan oleh suami tanpa izin 2. Isteri dalam tempoh iddah talak bain tidak berhak mendapat nafkah kecuali tempat tinggal dan tidak mendapat hak perwarisan 3. Isteri yang kematian suami berhak mendapat tempat tinggal selama dalam iddah oleh waris terdekat suami Hak Selepas Iddah 1. Tidak lagi mempunyai hubungan dengan bekas suaminya 2. Bebas menentukan pilihan sendiri 3. Berhak berkahwin semula dan boleh dipinang oleh lelaki yang ingin memperisterikannya Perkara Yang Dilarang Semasa Iddah PERKARA YANG DILARANG SEMASA TEMPOH IDDAH TALAK SEMASA TEMPOH IDDAH KEMATIAN SUAMI Pinangan Diharamkan pinangan oleh lelaki lain secara terang dan sendirian Diharamkan pinangan secara terang tetapi diharuskan secara sendirian Keluar dari rumah yang disediakan oleh suami Tidak boleh keluar tanpa keiziznan kecuali keperluan yang dibenarkan syarak Tidak boleh keluar kecuali keperluannya kecuali dibenarkan syarak Menghias diri Perempuan iddah rajie diharuskan berhias Perempuan iddah bain disunatkan tidak berhias Diharamkan berhias Perkahwinan Diharamkan berkahwin dengan lelaki bukan suaminya Haram berkahwin
© Muhamad Efendy Jamhar/12
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM TINGKATAN 5 TAJUK : RUJUK
Pengertian Bahasa : kembali Istilah : Suami yang mengambil kembali isteri yang telah diceraikan kepangkuannya Rukun Rujuk 1. Orang yang merujuk iaitu suami atau wakilnya. 2. Orang yang dirujuk iaitu isteri. 3. Lafaz rujuk Syarat Rujuk Suami 1. Islam 2. Baligh 3. Berakal 4. Kemahuan sendiri Isteri 1. Islam 2. Telah disetubuhi oleh suami 3. Bukan penceraian secara fasakh 4. Bukan dijatuhkan talak tiga 5. Masih dalam tempoh iddah Sighah 1. Menggunakan lafaz rujuk “aku rujuk engkau” 2. Tidak bertaklik “ aku rujuk jika engkau setuju” 3. Tidak ditentukan masa “ aku rujuk engkau selama 3 bulan” Kesan Rujuk 1. Anak dan keluarga gembira dan bahagia. 2. Memberi ketenangan jiwa selepas kehilangan kasih sayang. 3. Suami isteri dapat peluang memperbaiki kelemahan masing-masing. Hikmah Rujuk 1. bertepatan dengan fitrah manusia yang ingin kembali kepangkal jalan apabila melakukan kesilapan 2. suami & isteri diberi peluang untuk menyambung semula hubungan mereka dengan keazaman dan sikap yang baru 3. suami dan isteri berkesampatan memperbaiki kelemahan kesilapan yang lalu 4. dapat memberi ketenteraman jiwa 5. dapat menyatukan semula keluarga
© Muhamad Efendy Jamhar/12
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM TINGKATAN 5 TAJUK : ZIHAR Pengertian Zihar Bahasa : belakang Istilah : suami menyamakan isterinya atau mana-mana anggotanya dengan ibunya atau dengan mana-mana perempuan mahram baginya Hukum Zihar ialah haram dan berdosa besar Rukun Dan Syarat Zihar Rukun Syarat Suami 1. Baligh 2. Berakal 3. Sah talak. Tidak sah zihar kepada isteri yang berada dalam iddah talak bain 4. Kemahuan sendiri Isteri 1. Isteri yang sah 2. Zihar disandarkan kepada isterinya atau mahar anggotanya Orang yang diserupakan dalam zihar 1. Perempuan 2. Perempuan yang muhrim dengan sebab nasab penyusuan dan persemendaan Sighah 1. Lafaz yang digunakan jelas dan khusus tidak memerlukan kepada niat 2. Lafaz yang digunakan tidak jelas dan tidak khusus, ia memerlukan kepada niat. Langkah Mengelak Daripada Berlaku Zihar 1. Tidak mengikut sifat arab jahiliah apabila marah seperti menyamakan isteri dengan ibunya atau mana-mana mahramnya. 2. Memahami konsep zihar 3. Suami hendaklah menahan kemarahan supaya tidak tergesa-gesa menzihar isteri Kifarah Zihar Mengikut tertib berikut: 1. Memerdekakan seorang hamba mukmin 2. Jika tidak mampu suami wajib berpuasa selama dua bulan berturut-turut 3. Jika tidak mampu berpuasa, suami wajib memberi makan enam puluh orang miskin dengan kadar secupak bagi setiap orang Akibat Zihar 1. 2. 3. 4.
Suami yang melakukan zihar mendapat kemurkaan Allah dan berdosa besar Suami isteri haram melakukan persetubuhan Perbuatan zihar menjatuhkan maruah isteri Suami wajib membayar kifarah
© Muhamad Efendy Jamhar/12
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM TINGKATAN 5 TAJUK : POLIGAMI
Pengertian Poligami Bahasa : Banyak isteri Syarak : Lelaki yang beristeri lebih daripada seorang tetap tidak lebih empat orang isteri pada satu masa Hukum Poligami adalah harus Syarat Poligami 1. Tidak melebihi empat isteri 2. Boleh berlaku adil 3. Mampu dari segi jasmani dan kewangan Kesan Poligami Yang Tidak Mengikut Syarak 1. Mengundang kemurkaan Allah 2. Isteri tidak puas hati dan berlaku pergaduhan 3. Anak-anak tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada keluarga Hikmah Poligami 1. 2. 3. 4.
Menyambung keturunan Membela anak yatim dan wanita Mengelakkan diri daripada maksiat Mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat
© Muhamad Efendy Jamhar/12
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM TINGKATAN 5 TAJUK : HADHANAH Pengertian Hadhonah Hak penjagaan anak yang masih kecil yang belum mumayiz dan tidak mampu menguruskan diri sendiri Hukum Hadhonah ialah wajib dan orang yang mengabaikan tanggungjawab berdosa Hak Hadhonah Bila berlaku penceraian ibu adalah orang yang paling berhak memelihara anaknya Jika ibu hilang kelayakan hak hadhonah, ia berpindah kepada individu berikut susunan: 1. Nenek sebelah ibu hingga ke atas 2. Bapa 3. Nenek sebelah bapa hingga ke atas 4. Datuk 5. Saudara perempuan seibu sebapa 6. Saudara perempuan seibu 7. Saudara perempuan sebapa 8. Anak perempuan kepada saudara perempuan seibu sebapa 9. Anak perempuan kepada saudara perempuan seibu 10. Anak perempuan kepada saudara perempuan sebapa 11. Emak saudara sebelah ibu 12. Emak saudara sebelah bapa 13. Waris lelaki yang boleh menerima asobah Syarat Orang Yang Mendapat Hak Hadhonah 1. Islam 2. Sempurna Akal 3. Dewasa 4. Berakhlak Mulia Sebab-Sebab Gugur Hak Hadhonah 1. Berkahwin dengan sorang lelaki yang tidak mempunyai pertalian nasabkanak-kanak tersebut 2. Berkelakuan buruk 3. Berpindah tempat kediaman untuk menghalang bapa kanak-kanak menziarahinya 4. Cuai atau menganiaya kanak tersebut 5. Murtad Tempoh Hadhonah 1. Apabila kana-kanak tersebut telah dewasa dan dapat berdikari 2. setelah mencapai umur mumayiz, dia berhak memiliki untuk tinggal sama ada dengan ibu atau bapanya
© Muhamad Efendy Jamhar/12
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM TINGKATAN 5 AKIDAH
TINGKATAN 5
TAJUK : AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH Pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah Kumpulan yang berpegang teguh dengan al-Quran dan sunnah Rasulullah saw dalam perkara yang dibawa oleh para sahabat serta menentang perkara-perkara bid‟ah. Prinsip-prinsip aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah 1. 2. 3. 4. 5.
Berpegang teguh dengan al-Quran dan al-Sunnah Berpegang dengan prinsip-prinsip al-Salafu al-Soleh Apabila terdapat pertelingkahan pandangan mereka merujuk kepada al-Quran Mereka tidak mencela dan mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka Mereka tidak menghukum kecuali terdapat bukti yang sahih.
Kepentingan berpegang dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah 1. Dapat membersihkan aqidah daripada sebarang kekeliruan dan kesesatan. 2. Asas kepada penerimaan sesuatu amalan. 3. Hidup diredhai Allah. TAJUK : KHAWARIJ Pengertian khawarij Golongan penyokong Saidina Ali yang berjuang menentang Muawiyah tetapi tidak menerima Majlis Tahkim. Pegangan khawarij 1. Beriktikad bahawa pelaku dosa besar adalah kafir. 2. Mengkafirkan serta menghalalkan darah semua umat Islam yang berbeza iktiqad dengan mereka. 3. Membataskan sumber syariat hanya kepada al-Quran sahaja.
© Muhamad Efendy Jamhar/12
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM TINGKATAN 5 TAJUK : AJARAN SESAT Pengertian ajaran sesat ialah ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan hakikatnya bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah. Contoh ajaran sesat Qadiani Pengasasnya ialah Mirza Ghulam Ahmad. Ajaran ini mula muncul pada tahun 1889M. Dibawa ke Malaysia oleh Maulana Muhammad Sadiq bin Barakatillah pada tahun 1949M. Siri kesesatan ajaran Qadhiani 1. Iktiqad bahawa Mirza Ghulam Ahmad sebagai al-Mahdi, Nabi dan jelmaan Krishna (tuhan dalam agama Hindu). 2. Beriktikad bahawa Allah menurunkan kepada Mirza Ghulam Ahmad sebuah kitab yang bernama al-Tazkirah. 3. Beriktiqad bahawa Mirza Ghulam Ahmad mempunyai sejuta jenis mukjizat. 4. Menghapuskan jihad. 5. Mengubah ayat al-Quran seperti ayat 6, surah al-Saf, ayat 52 surah al-Hajj dan ayat 1 surat al-Qadr. 6. Mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah. 7. Mengisytiharkan Qadhiani sebagai tanah suci dan tempat menunaikan haji. 8. Mendakwa bahawa Nabi Isa meninggal dunia dan dimakamkan di Srinaga, India. 9. Menghukum kafir selain penganut Qadhiani. Taslim Diasaskan oleh Hj. Muhammad bin Syafie pada tahun 1870an di Kampung Serunak, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Ajaran sesat yang paling tua di Malaysia. Mempunyai persamaan dengan kepercayaan Syiah Ismailiyyah Batiniyyah. Ciri kesesatan ajaran taslim 1. Beriktiqad bahawa diri batin manusia ialah Allah dan diri zahir manusia ialah nur Muhammad. 2. Beriktiqad bahawa alam bersifat qadim. 3. Mentafsirkan ayat-ayat al-Quran mengikut hawa nafsu. 4. Mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah batin. 5. Menolak kewujudan hari kiamat, syurga dan neraka. 6. Solat secara niat tanpa rukun qauli dan fikli. 7. Menganggap Hj. Muhammad Matahari sebagai pemimpin yang maksum.
© Muhamad Efendy Jamhar/12
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM TINGKATAN 5 TAMADUN ISLAM TINGKATAN 5
TAJUK : KERAJAAN BANI ABBASIYAH Faktor Penyebaran Islam Faktor Dalaman 1. Keinginan daripada penduduk setempat yang tertarik dengan Islam serta akhlak umatnya. 2. Galakan khalifah yang menyediakan peruntukan khas dari Baitulmal untuk para pendakwah. 3. Dasar Kerajaan yang menyamakan kedudukan bangsa Arab dan bukan Arab. 4. Kedudukan Kota Baghdad yang menjadi tumpuan dalam bidang keilmuan dan perdagangan antarabangsa. Faktor Luaran 1. Pembukaan wilayah-wilayah baru 2. Penggunaan Bahasa Arab secara meluas yang mendorong kepada pemahaman al-quran dan hadis 3. Hubungan diplomatik antara kerajaan Abbasiyah dengan Negara luar. 4. Usaha para pedagang Islam berdakwah menerusi perdagangan mereka. Bidang-bidang Ilmu 1. Ilmu Berteraskan Wahyu. a) Ilmu Tafsir Tokoh :i: Yahya bin Ziyad al-Farra‟. 207H kitabnya Maani al-Quran. ii: Ibnu Jarir at-Tabari 310H kitabnya Tafsir atTabari. b) Ilmu Hadis Tokoh : i: Bukhari 256 H Kitabnya Sahih Bukhari ii: Muslim 261H Kitabnya Sahih Muslim iii: Abu Daud 275H Sunan Abu Daud iv: Tarmizi 279H Kutubu as-Sittah v: Nasaei 303H Kutubu as-Sittah vi: Ibnu Majah 273H Kutubu as-Sittah c) Ilmu Fekah Tokoh : i: Imam Abu Hanifah 150H ii: Imam Malik 179H iii: Imam Syafiee 204H iv: Imam Ahmad Hanbal 241H v: al-Qadhi Abu Yusuf 182H vi : Sahnun 240H vii: al-Mawardi 450H viii : Ibnu Qudamah 620H
© Muhamad Efendy Jamhar/12
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM TINGKATAN 5 d) Ilmu Tauhid Tokoh : i: Imam Abu Hassan al-As‟ari 324H Ii: Imam al-Ghazali 505H 2. Ilmu Berteraskan Aqal a) Ilmu Matematik Formula: Trigonometri, Algebra, Geometri, Logarithma, pengenalan kepada system angka dalam abjad, pengenalan bilangan sifar (0) dalam system angka. Tokoh : Muhammad bin Musa al-Khawarizmi (236H), dengan karyanya yang agung bertajuk “Hisabul Jabri wal-Muqabalah” (Integration and Equations) b) Ilmu Falak Penemuan Baru: 1. Mengukur jarak antara bumi dan matahari. 2. Membuat jadual pegerakan bulan dan bintang. 3. Menjelaskan sistem geologi bumi serta pengaruh bulan dan matahari terhadap pertukaran musim. 4. Mencipta alat pengukur sudut (astrolabe) Tokoh : al-Batani (317H). c) Ilmu Kimia 1. Penemuan asid galian seperti asid nitric, asid sulfuric, dan asid hidroklorik. 2. Teori penghasilan alcohol. 3. Membaiki proses pembuatan kaca. Tokoh : Jabir bin Hayyan (198H) d) Ilmu Fizik Bentuk-bentuk pencapaian 1. 2. 3. 4.
Mencipta teori pergerakan jirim, daya gravity dan pantulan cahaya. Menjelaskan tentang lapisan mata serta proses penglihatan. Menyukat kelajuan bumi dan cahaya. Mencipta cermin mata.
Tokoh: Al-Hassan bin Haitam (430H) Menghasilkan lebih 200 karya seperti Kitabul Manazir, Maqalatun Fi Dhau‟I dan Maqalatun Fi at-Tahlil wa at-Tarkib e) Geografi Penemuan 1. Memberi ujaran yang tepat tentang keluasan permukaan bumi. 2. Menghasilkan peta dunia pertama dalam bentuk glob. Tokoh: As-Syarif al-Idrisi (461H) menghasilkan ensiklopaedia peta Eropah
© Muhamad Efendy Jamhar/12
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM TINGKATAN 5 f) Ilmu Perubatan Pencapaian 1. menjelaskan kesan kuman dalam penyakit. 2. menjelaskan teori jangkitan virus seperti Tibi. 3. Menemui pelbagai penyakit seperti Rubella. 4. Alahan, Cacar, dan penyakit jiwa. 5. Mencipta ubat-ubatan untuk berbagai-bagai penyakit kronik. 6. Mencipta picagari, ubat bius, dan benang yang khusus untuk menjahit luka pembedahan. Tokoh: Ibnu Sinna (428H) Qanun fi al-Tibb
TAJUK : IBNU KHALDUN Biodata Nama : Abdul Rahman bin Muhamad bin Muhamad Lahir : Tunisia Tarikh Lahir : 732H/ 1332M Keturunan : Arab Yaman Bapanya : Seorang sarjana Jawatan : Setiausaha Negara di istana Sultan Abu Ishak bin Ali Yahya Anggota majlis Ilmiah Anggota Jabatan setiausaha sulit Sultan Abu Salim bin Abi al-Hassan di Fas, Maghribi Usia : 87 tahun Meninggal dunia : Di Kaherah, Mesir 808H/1406M Keperibadian Ibnu Khaldun 1. Tekun mencari ilmu. 2. Berjiwa pemimpin. 3. Kreatif. Pendidikan 1. Mempelajari asas agama dan Bahasa Arab dari bapanya. 2. Mempelajari ilmu fardhu kifayah seperti mantiq, falsafah, sains, dan matematik dari Muhamad bin Ibrahim al-Abadi. 3. Mendapat pendidikan tinggi dari guru-guru yang terkenal seperti Ahmad bin al-Qassar dan Lisannuddin bin al-Khalib. Sumbangan dalam bidang ilmu dan pemikiran Islam 1. Merupakan pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden khususnya dalam bidang sejarah, politik, ekonomi,, sosialogi dan pendidikan. 2. Pemikiran beliau sering dijadikan wacana, tema-tema seminar, bengkel, persidangan ilmuan serta judul- judul buku dan tesis di peringkat pengajian tinggi.
© Muhamad Efendy Jamhar/12
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM TINGKATAN 5 TAJUK : SHEIKH MUHAMMAD ABDUH Biodata Nama: Muhammad bin Abduh b Hassan Khaizullah Lahir: Tonto, Mesir Tarikh Lahir: 1266H/1849M Jawatan: Guru di Masjid al-Husaini dan Darul Ulum, Mesir Guru di Sekolah as-Sultaniyah Beirut. Ketua Editor akhbar al-Waqa‟ul al-Masriyah Hakim Mahkamah Rayuan Mesir. Anggota Majlis Pengurusan Universiti al-Azhar Mufti kerajaan Mesir. Meninggal: 1314H/1905M di Iskandariah, Mesir.
Keperibadian Sheikh Muhamad Abduh 1. Berani menyatakan idea-idea Islah. 2. Tegas dan penyayang kepada anak-anak muridnya. 3. Berketerampilan sehingga diberi kepercayaan untuk menyandang beberapa jawatan penting dalam Negara. Pendidikan 1. 2. 3. 4. 5. 6.
Belajar menulis dan membaca daripada bapanya sendiri. Mempelajari alQuran dan menghafaznya dalam masa 2 tahun. Mempelajari Bahasa Arab di Masjid al-Ahmadi. Belajar Tasawuf dan Tatabahasa Arab dari Sheikh darwis. Belajar Ilmu Hisab dan falsafah dari Sheikh Hassan at-Tawil di Universiti al-Azhar. Mendapat ijazah dari al-Azhar pada tahun 1877M
Aliran Pemikiran Sheikh Muhammad Abduh 1. Aqidah. 2. Integrasi Ilmu. 3. Kecekapan Pentadbiran. Faktor Sheikh Muhamad Abduh Melakukan Pengislahan Dalam Sistem Pendidikan 1. Inspirasi gerakan Islah Sheikh Jamaluddin yang menjurus kearah menjadikan integrasi ilmu. 2. Kesedaran Sheikh Muhamad Abduh terhadap keperluan Islah dalam kurikulum sekolah dan universiti yang sudah ketinggalan zaman. 3. Sistem pendidikan pada masa itu lebih menjurus kearah taklid dan jumud. 4. Kekurangan prasarana pendidikan serta bantuan kerajaan menyebabkan golongan miskin terpinggir.
© Muhamad Efendy Jamhar/12
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM TINGKATAN 5 Method Islah Sheikh Muhammad Abduh 1. Proses pengajaran di masjid al-Hussain Darul Ulum dan Universiti al-Azhar. 2. Media massa seperti majalah al-Urwatul wusta serta al-Ahram. 3. Karya-karya ilmiah seperti risalah tauhid, tafsir juz Amma dll. 4. Jawatan-jawatan yang disandangnya seperti hakim Mahkamah Rayuan Mesir, anggota majlis pengurusan universiti al-Azhar dan Mufti kerajaan Mesir
Sumbangan Sheikh Muhammad Abduh dalam bidang pendidikan 1. Mewujudkan matapelajaran matematik, geomatri, algebra, geografi, sejarah dan seni khat. 2. Mewujudkan piawaian dalam penganugerahan sijil. 3. Mewujudkan farmasi khusus untuk pelajar universiti al-Azhar. 4. Menyediakan peuntukan gaji guru dari perbendaharaan Negara dan wakaf Negara, 5. Memperbaiki asrama pelajar dan menekankan aspek keselamatan dan kesihatan. Karya. 1. 2. 3. 4.
Risalah at-Tauhid. Tafsir Juz Amma. Tafsir Suratul Asr. Risalah Al-Rad Ala Al-Dahriyyin
Contoh Soalan 1. Nyatakan dua jawatan yang pernah disandang oleh Sheikh Muhammad Abduh. 2. Terangkan dua sumbangan Sheikh Muhammad Abduh dalam bidang pendidikan. 3. Senaraikan dua hasil karya Sheikh Muhammad Abduh.
© Muhamad Efendy Jamhar/12
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM TINGKATAN 5 TAJUK : HAMKA Biodata Nama : Abdul Malik Bin Sheik Abdul Karim Bin Sheikh Muhammad Amrullah. Lahir : 13 Muharram 1362 Hijrah versamaan 16 Februari 1980 M. Tempat Lahir : Sumatera Barat, Indonesia. Bapanya : Sheik Abdul Karim seorang ulama terkenal yang membawa perubahan di Minangkabau. Usia : 73 tahun. Meninggal : 24 Julai 1981M Jawatan: 1. 2. 3. 4. 5.
Pernah menjadi guru agama di Perkebunan Tebing Tinggi, Medan dan Padang Panjang. Pensyarah di Universiti Islam Jakarta dan Universiti Muhammadiyah Padang Panjang. Rektor Perguruan Tinggi Jakarta. Pegawai Tinggi Agama Indonesia. Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia.
Anugerah 1. Anugerah Doktor Kehormat oleh Universiti al-Azhar Mesir tahun 1959M. 2. Anugerah Guru Besar (Pofesor) oleh Universti Moestopo, Jakarta pada tahun 1960M. 3. Anugerah Doktor Kehormat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1974M. Keperibadian: 1. Petah berpidato dimana beliau pernah diberi penghormatan untuk berpidato dalam satu rancangan radio Arab Saudi. 2. Barjiwa seni dimana rangkap-rangkap pantun, syair dijadikan selingan dalam kebudayaan penulisan beliau. 3. Berani mengatur siri pidato untuk membangkitkan semangat umat islam menentang penjajah Belanda. Pendidikan 1. Mempelajari al-Quran dan asas agama daripada bapanya. 2. Pendidikan rendah di sekolah Desa Padang Panjang di sekolah Agama at-Tawalib yang didirikan oleh bapanya. 3. Mengikuti pengajian di masjid-masjid dan surau. 4. Guru-gurunya: Sheikh Ibrahim Musa, Sheikh Ahmad Rasyid. 5. Masa lapang dihabiskan di perpustakaan. Kegigihan Hamka mengembangkan dakwah Islamiah di Nusantara. 1. Sejak 17 tahun melibatkan diri dalam kegiatan dakwah dengan menerbitkan majalah “Hatibul Ummah”. 2. Mengasaskan Persatuan Hindia Timur untuk mengajar haji kepada jemaah Indonesia pada tahun 1927. 3. Mengasaskan kuliah „al-Mubaligh‟ pada tahun 1935M. 4. Menerbitkan majalah „Pedoman Masyarakat‟ pada tahun 1936M. 5. Mengasaskan beberapa majalah seperti Menara, Merdeka, Perundangan Panji Masyarakat dan Gema Islam. 6. Tahun 1953 dilantik sebagai anggota pimpinan pusat Muhamadiyah.
© Muhamad Efendy Jamhar/12
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM TINGKATAN 5 Sumbangan 1. Penerus idea Islah yang dibawa oleh Syed Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh. 2. Karya-karya beliau terutama Tafsir al-Azhar meninggalkan kesan mendalam dalam bidang ilmu dan pemikiran di alam Melayu. Hasil Karya Hamka Dalam Bidang Agama 1. Tafsir al-Azhar. 2. Tasawuf Moden. 3. Pedoman Membanding Islam. 4. Arkanul Islam. 5. Sejarah Umat Islam. 6. Revolusi Agama Dalam bidang Falsafah 1. 2. 3. 4. 5.
Falsafah Hidup Lembaga Hidup Falsafah Ideologi Islam Expensi Ideologi Pandangan Hidup Muslim
Dalam bidang Sastera 1. 2. 3. 4. 5.
Tengelamnya kapal Van Der Wijck Di bawah Lindungan Kaabah Laila Majnun Mandi Cahaya Tanah Suci Menunggu Beduk Berbunyi.
Perjuangan Hamka 1. Mengetuai Front Pertahanan Nasional untuk menyekat kemaraan Belanda di Indonesia. 2. Melancarkan penentangan terhadap khurafat, bidaah, dan tarekat kebatinan yang sesat/ mendirikan pusat latihan dakwah Muhammadiyah. 3. Menyampaikan ajaran Islam tanpa rasa takut dan gentar. 4. Lantang mengkritik pentadbiran kerajaan Indonesia yang menyebabkan beliau dipecat daripada jawatan Ketua Umum Majlis Ulama‟ Indonesia. (MUI). 5. Beliau pernah dipenjara bersama tokoh-tokoh Majlis Syura Muslim Indonesia.
© Muhamad Efendy Jamhar/12
View more...
Comments