Nota Pendidikan Islam Tahun 2
April 6, 2017 | Author: Normawati Abd Razak | Category: N/A
Short Description
Download Nota Pendidikan Islam Tahun 2...
Description
NOTA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2
ALLAH BERSIFAT WUJUD
1-
Sifat Wajib bagi Allah ada 20. kita wajib mempercayai dan meyakininya.
2-
Sifat Wajib bagi Allah yang pertama ialah WUJUD.
3-
Wujud
4-
Maksudnya Allah Wajib ADA. Buktinya ada alam ini menunjukkan kewujudan
)(وجود
ertinya ADA.
Allah. Wujudnya langit, bumi, matahari, bulan dan segala makhluk yang lain menjadi tanda adanya Allah yang menciptakan. Semua itu tidak mungkin terjadi dengan sendirinya tanpa ada penciptanya. 5-
Dalil Naqli Allah bersifat Wujud ialah firman Allah dalam surah Al Ikhlas :
قل هو هللا أحد Maksudnya : “Katakan olehmu (wahai Muhammad) Allah itu Esa.” (surah Al Ikhlas ayat 1). 6-
Dalil A’qli Allah bersifat Wujud ( dalil akal) ialah:Adanya ala mini sebagai bukti kewujudan Allah. Alam ini tidak terjadi dengan sendirinya. Sesuatu yang terjadi tentu ada penciptanya.
7-
Contoh-contoh tanda kekuasaan Allah. Alam ini ( bumi ini) Kejadian makhluk ( manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya). Kejadian siang dan malam. Kejadian hujan dan panas. Kejadian rebut dan taufan. Kejadian tsunami. Kejadia gempa bumi dan lain-lain lagi.
8-
Hukum mempercayai bahawa Allah bersifat wujud adalah WAJIB.
9-
Kesan mempercayai kewujudan Allah ialah melakukan suruhan Allah dan meninggalkan larangan Allah.
NOTA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2
ALLAH BERSIFAT QIDAM 1- Pengertian – Qidam قدو
قدم
bermaksud SEDIA ADA.
(tiada permulaan bagi Allah)
2- Maksud Allah bersifat QIDAM ialah :Tiada permulaan bagi kewujudan Allah dan kewujudan Allah tidak pernah didahului iaitu tiada yang sebelumnya. Bermakna Allah itu tiada awal permulaan dan wujud Allah sejak azali lagi. Tiada sesuatu makhluk pun yang wujud dahulu daripadanya.
3- HUKUM :- Kita WAJIB percaya dan beriman bahawa Allah tidak ada permulaan bagi kewujudannya. Allah ada sejak azali lagi.
4- Dalil Naqli Allah bersifat QIDAM ialah Firman Allah s.w.t dalam surah Al Hadid ayat 3 iaitu :-
هىاألول واألخر وانظـهر وانباطن وهى بكم شئ عهيى Maksudnya :” Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, dan Yang Zahir dan Yang Batin, dan Dialah Maha Mengetahui segalanya” 5- Dalil A’qli Allah bersifat Qidam:
Makhluk ada permulaannya.
Allah tidak serupa dengan makhluknya.
Allah tidak ada permulaannya.
Allah beersifat Sedia Ada.
6- Kesan mempercayai Allah bersifat Qidam.
melahirkan insan yang patuh kepada Allah.
Peercaya dengan kebesaran Allah s.w.t.
Manusia adalah makhluk dan hamba Tuhan yang lemah.
NOTA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2
)أسماء الحسنى (العفو ASMAUL HUSNA AL AFUWWU 1- Pengertian AL AFUWWU ialah Allah Yang Maha Pemaaf. 2- Maksudnya : Allah memaafkan kesalahan orang-orang yang kembali bertaubat setelah melakukan kesalahan dan dosa-dosa terhadapnya. 3- Cara memohon kemaafan daripada Allah ialah :
Benar-benar menyesal terhadap kesalahan dan dosa yang dilakukan.
Sentiasa mengambil wuduk.
Banyak melakukan perkara atau amalan sunat.
Sentiasa bertaubat kepada Allah.
Berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut.
Tidak mengulangi kesalahan dan dosa-dosa yang telah dilakukan lagi.
4- Kesan beriman kepada Allah AL AFUWWU.
Hati dan jiwa menjadi tenteram dan aman.
Tidak mudah menjadi lemah dan berputus asa.
Mendapat rahmat dan hidayah daripada Allah.
Tanda kasih dan sayang Allah kepada makhluknya.
NOTA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2
)أسماء الحسنى (الغفور ASMAUL HUSNA AL GHAFUUR 1- Pengertian AL GHAFUUR ialah Allah Yang Maha , PENGAMPUN. 2- Maksudnya : Allah akan mengampuni segala dosa hambanya apabila mereka bertaubat, kecuali dosa syirik kerana orang yang syirik telah terkeluar dari agama islam. (Orang yang syirik akan kembali semula sebagai islam jika membuat pengakuan dengan dua kalimah shahadah dan memohon ampun daripada Allah.) 3- Cara memohon keampunan Allah ialah : Benar-benar menyesal terhadap kesalahan dan dosa yang dilakukan. Sentiasa mengambil wuduk. Banyak melakukan perkara atau amalan sunat. Sentiasa bertaubat kepada Allah. Berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. Tidak mengulangi kesalahan dan dosa-dosa yang telah dilakukan lagi. 4- Kesan beriman dengan sifat AL GHAFUUR IALAH:-
Dapat menenang dan mententeramkan hati.
-
Tidak mudah putus asa.
-
Mendapat rahmat dan hidayah Allah.
-
Tanda kasih sayang Allah kepada makhluk.
-
Beristighfar dan memohon keampunan Allah.
NOTA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2
FARDHU A’IN DAN FARDHU KIFAYAH. 1- Fardhu A’in ialah perkara-perkara yang dituntut ke atas setiap muslim melaksanakannya. Contohnya : Solat Fardhu, berpuasa, taat kepada ibubapa, belajar mengenal Allah, bersyukur dengan nikmat Allah. 2- Fardhu Kifayah ialah perkara-perkara yang dituntut ke atas semua umat islam dan jika ada yang melakukannya, gugurlah tuntutan itu ke atas yang lain. Contohnya : menjadi doktor, membuka gedung pakaian, berniaga, solat jenazah, belajar ICT dan lain-lain lagi. 3- Jika tidak melakukan fardhu ain, kita berdosa dan akan diazab diakhirat. 4- Jika tidak melakukan fardhu kifayah, umat islam akan mundur dan berdosa.
TANGGUNGJAWAB BERSUCI 1- Bersuci ialah menghilangkan hadas atau najis yang ada pada tubuh badan, pakaian dan tempat. 2- Hukum bersuci ialah WAJIB kepada setiap umat islam. 3- Kita diwajibkan bersuci kerana :o Ia satu tuntutan agama. o membolehkan kita melakukan ibadat seperti solat. o memelihara kesihatan tubuh badan. 4- Dalil wajib bersuci : Firman Allah dalam surah Al Maidah ayat 6 bermaksud : “ Maka berwuduklah kamu untuk menyucikan diri” 5- Kita boleh bersuci dengan menggunakan air mutlak.
NOTA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2
6- Selain itu alat-alat untuk bersuci ialah debu tanah(untuk Tayammum), benda-benda kesat (seperti batu, tisu, kayu untuk menyucikan tempat keluar najis) 7- Faedah bersuci ialah ;o Sentiasa dalam keadaan bersih, sihat dan cergas. o Supaya setiap amalan diterima oleh Allah. o Dapat menjauhkan diri daripada kuman dan penyakit. o Kebersihan zahir boleh membawa kebersihan batin. 8- Akibat tidak bersuci :o Dimurkai Allah. o Mudah terdedah kepada pelbagai penyakit. o Setiap amalan tidak diterima Allah. o Masyarakat tidak menyenanginya. o Zahir dan batin akan menjadi tidak tenteram.
NOTA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2
BERSUCI DARIPADA HADAS Bersuci daripada hadas kecil ialah dengan cara BERWUDUK. WUDUK ialah bersih dan indah. Maksudnya membersihkan anggota wuduk untuk menghilangkan hadas kecil. Anggota wuduk ialah muka, tangan hingga siku, kepala dan kaki. Hukum berwuduk sebelum bersolat adalah WAJIB.
PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDUK 1- Keluar sesuatu daripada Qubul dan Dubur. 2- Tidur yang tidak tetap punggung di tempat duduk. 3- Hilang akal dengan sebab mabuk, pitam atau gila. 4- Bersentuh kulit lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa berlapik. 5- Menyentuh kemaluan manusia dengan tapak tangan tanpa berlapik. 6- Murtad (keluar dari agama Islam).
HIKMAH MENGAMBIL WUDUK DENGAN SEMPURNA 1- Membersihkan anggota yang terdedah kepada kekotoran. 2- Dapat menyegarkan badan dan menenangkan jiwa. 3- Dapat membersihkan kesalahan dan dosa-dosa yang telah dilakukan oleh anggota tertentu.
NOTA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2
NABI DIDIDIK DALAM MASYARAKAT DESA Nabi dibesarkan di desa Bani Saad. Di desa ini kehidupan masyarakat penuh nilai-nilai murni, bersatu padu berakhlak mulia, bekerjasama dan kukuh persaudaraan. Nabi dididik di desa ini dengan akhlak yang mulia. Pelbagai ilmu yang diperolehi seperti fasih berbahasa, hidup berdikari, bertanggung jawab dan jati diri. KESAN TERHADAP DIRI NABI Nabi menjadi seorang yang lemah lembut dalam tutur kata, bertimbang rasa, amanah dan sabar. KEMAHIRAN YANG NABI PEROLEHI Baginda dapat menguasai bahasa arab dengan baik, pandai mengembala kambing dan pandai bergaul dengan masyarakat. KEHILANGAN AYAH DAN IBU TERSAYANG Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan sebagai anak yatim. Bapa nabi meninggal dunia ketika baginda masih dalam kandungan ibunya. Pada masa itu, bapa nabi pergi ke SYAM untuk berniaga. Dalam perjalanan pulang ke Mekah bapa nabi jatuh sakit dan meninggal dunia di YATHRIB (MADINAH). Jenazah beliau telah dikebumikan disana. Selepas lahir, nabi tinggal dengan ibu susunya HALIMATUSSAADIAH sehingga berumur 4 tahun. Nabi pulang ke Mekah dan tinggal dengan ibunya semula. Setelah berumur 6 tahun nabi dibawa oleh ibunya ke Madinah untuk menziarahi keluarga dan kubur bapanya. Mereka ditemani oleh pengasuhnya iaitu Ummu Aiman. Setelah selesai menziarahi kubur ayahnya mereka pulang ke Mekah. Semasa tiba di satu tempat iaitu ABWAK, ibu nabi sakit lalu meninggal dunia di situ. Setelah dikebumikan, nabi dibawa oleh pengasuhnya pulang ke Mekah dan diserahkannya kepada datuknya iatu ABDUL MUTALIB.
NOTA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2
KEMATIAN DATUK NABI Nabi menjadi yatim piatu ketika berumur 6 tahun. Datuknya, Abdul Mutalib memelihara nabi dengan penuh kasih sayang. Baginda dididik dengan akhlak yang mulia. Nabi dipelihara oleh datuknya selama 2 tahun kerana datuknya meninggal dunia ketika nabi berumur 8 tahun. Kemudian nabi dijaga oleh bapa saudaranya ABU TALIB. Abu Talib menjaga nabi dengan penuh kasih sayang. Abu Talib ialah kekanda kepada Abdullah, ayah nabi. Nabi tinggal dengan Abu Talib sehingga dewasa. Abu Talib menjaga nabi seperti anaknya sendiri. Dididik dengan ilmu yang berguna seperti baginda diajar berniaga dan mengembala kambing. Abu Talib juga melindungi nabi daripada ancaman orang kafir quraisy.
NOTA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2
ADAB BERKENDERAAN
1- Baca BISMILLAH. 2- Baca doa “Ya Allah selamatkanlah perjalananku ini” 3- Mulakan dengan langkah kanan. 4- Ikut giliran jika menaiki bas. 5- Berdisiplin di jalan raya. 6- Utamakan orang yang lebih memerlukan. 7- Bertatatertib dan mematuhi peraturan jalan raya. 8- Tidak boleh bermain-main ketika dijalanraya. 9- Dilarang berlumba-lumba dijalanraya.
Doa menaiki kenderaan
سبحان الذي سخرلنا هذا وما كنا له مقرنين وانا الى ربنا لمنقمبون ADAB MASUK DAN KELUAR RUMAH
1-Adab masuk rumah. *memberi salam )(السالم عميكم *membuka kasut sebelum masuk kerumah. *melangkah masuk dengan kaki kanan. *elakkan membawa kekotoran ke dalam rumah. *menghormati tetamu jika ada di rumah.
NOTA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2
2- Adab keluar rumah. * meminta izin apabila hendak keluar. * memberitahu tempat yang dituju. * memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat. * bersalaman dengan ahli rumah. * memakai selipar atau kasut. * membaca doa keluar rumah
بسم اهلل توكمت عمى اهلل وال حول وال قوة اال باهلل FAEDAH MENGAMALKAN ADAB MASUK DAN KELUAR RUMAH. 1-
Maruah diri terpelihara.
2-
Terselamat daripada gangguan.
3-
Dihormati dan dicontohi.
AKIBAT TIDAK MENGAMALKAN ADAB MASUK DAN KELUAR RUMAH. 1-
Maruah diri tercemar.
2-
Keselamatan diri tidak terjamin.
3-
Dibenci dan dicela.
NOTA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2
ADAB PERGAULAN ADIK BERADIK
1-
Sentiasa menjaga hati dan perasaan.
2-
Memberi nasihat dan tunjuk ajar yang baik.
3-
Memberi bantuan dengan segera jika diperlukan.
4-
Sentiasa bersikap adil.
5-
Mengawal pandangan dan percakapan.
6-
Sayang menyayangi antara satu sama lain.
Faedah beradab dengan keluarga.
1-
Mengeratkan kasih sayang.
2-
Sentiasa dihargai.
3-
Dipercayai.
4-
Dihormati.
5-
Hidup bahagia.
Akibat tidak dengan keluarga
1-
Dibenci oleh keluarga.
2-
Mengurangkan kasih sayang keluarga.
3-
Memalukan keluarga.
ADAB DI MASJID DAN SURAU
1-
Jangan bising dan bergurau-gurau.
2-
Beriktikaf dan berdoa di dalam masjid.
3-
Masuk ke dalam masjid dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki kiri.
4-
Menjaga kebersihan masjid.
5-
Jangan melintas di hadapan orang yang sedang solat.
6-
Sentiasa berzikir, bertasbih, melakukan solat sunat atau membaca Al Quran semasa dalam masjid.
7-
Lipat semula sejadah selepas digunakan.
8-
Susun semula Al Quran yang digunakan.
NOTA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2
Doa masuk masjid atau surau
المهم افتح لى ابواب رحمتك Doa keluar masjid atau surau
المهم انى اسئمك من فضمك Niat solat tahiyyatul masjid.
اصمى سنة تحية المسجد ركعتين هلل تعالى Sahaja aku menunaikan solat sunat Tahiyyatul masjid dua rakaat kerana Allah Taala.
NOTA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2
ADAB KE SEKOLAH Bangun awal Membersihkan diri. Solat subuh. Berpakaian kemas. Bersarapan. Bersalam dengan ibu bapa. Membaca doa keluar rumah. Berhati-hati dan segera ke sekolah. Mengucap salam atau selamat kepada guru atau rakan.
Faedah mengamalkan adab ke sekolah o Badan akan segar dan cergas. o Mendapat keberkatan Allah. o Dikasihi semua orang. o Melatih berdisiplin. o Mudah menghadapi pelajaran.
Akibat meninggalkan adab ke sekolah. o Badan lemah dan tidak bersemangat. o Tidak diberkati Allah. o Dimarahi guru. o Dikenakan tindakan disiplin. o Tidak disukai guru dan rakan.
ADAB BELAJAR
NOTA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2
1- Membaca doa penerang hati. 2- Menghormati guru. 3- Mestilah duduk dengan sopan. 4- Mendengar pengajaran guru dengan teliti. 5- Berlumba-lumba dalam pelajaran. 6- Sabar ketika belajar dan selalu membuat ulangkaji.
SALAHLAKU MURID SEMASA BELAJAR 1- Membuat bising dan mengganggu kawan. 2- Berbual-bual ketika belajar. 3- Tidak memberi perhatian kepada pengajaran guru. 4- Tidak menyiapkan kerja sekolah.
FAEDAH MENGAMALKAN ADAB BELAJAR.
1- Mendapat keberkatan. 2- Mudah memahami pelajaran. 3- Mendapat ilmu yang bermanfaat. 4- Mudah menjawab soalan. 5- Disayangi oleh semua orang. 6- Mendapat kejayaan keperingkat yang lebih tinggi.
Doa belajar ِ رب زدني عمما نافعا وارزقني فهما واسعا
NOTA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2
ADAB MEMBAWA DAN MENYIMPAN AL QURAN
1- Mengambil wuduk sebelum menyentuh atau memegang Al quran. 2- Pegang dengan tangan kanan. 3- Simpan ditempat yang tinggi dan bersih. 4- Tidak meletakkan sesuatu di atas Al quran sebagai menghormatinya.
FAEDAH MENJAGA ADAB MEMBAWA DAN MENYIMPAN AL QURAN
1- Di kasihi Allah. 2- Mendapat pahala. 3- Jiwa bersih. 4- Dijauhi bala. 5- Mendapat keberkatan. 6- Ketenangan jiwa.
AKIBAT TIDAK BERADAB DENGAN AL QURAN
1- Mendapat dosa. 2- Tidak mendapat keberkatan. 3- Di benci orang.
ADAB MEMBACA AL QURAN
Al Quran adalah kitab suci Allah. Adab membaca dan memegang Al Quran.
1-
Berwuduk terlebih dahulu.
2-
Tidak dalam hadas besar.
NOTA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2
3-
Orang yang berhadas kecil boleh membaca tetapi tidak boleh memegang Al quran.
4-
Menutup aurat ketika membaca Al Quran.
5-
Disunatkan membaca Istia’zah ( ) dan Bismillah.
FAEDAH BERADAB MEMBACA AL QURAN 1-
Allah akan memberi pahala dan diberi keberkatan.
2-
Melatih hidup kita berdisiplin dan mendapat ketenangan jiwa.
Perhatian:Orang yang tidak beradab ketika membaca Al Quran adalah orang yang tidak bersopan. Mereka tidak akan mendapat pahala dan dianggap tidak berdisiplin
Semoga kita sentiasa akan menjaga adab semasa membaca Al Quran. AMIIN..
.
View more...
Comments