Nota Murid dan Alam Belajar
May 7, 2018 | Author: Jessica Michael | Category: N/A
Short Description
murid dan alam belajar untuk ppismp...
Description
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
TAJUK 1
ALAM BELAJAR
Sinopsis Bab ini menjelaskan konsep alam belajar dari segi psikososial, fizikal dan komuniti pembelajaran. Bab ini juga menghuraikan pengalaman langsung pembelajaran kanak-kanak dan membincangkan konsep main dan kepentingan bermain dalam proses pembelajaran. Peranan main dalam proses pembelajaran adalah sangat penting. Tidak dapat dinafikan bahawa kanak-kanak belajar melalui proses bermain. Main boleh dikategorikan kepada permainan sosial dan permanian kognitif. Main ialah asas yang kukuh kepada pembelajaran bahasa, berfikir secara logik dan kreatif
serta
mematuhi
peraturan
dan
cara
hidup.
Guru
wajar
memanfaatkan proses main untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Perancangan yang rapi amat diperlukan untuk mendapatkan kesan yang baik. Ciri-ciri main selaras dengan ciri-ciri pembelajaran berkesan yang merangkumi aspek-aspek penglibatan aktif, motivasi intrinsik, bebas untuk memilih, menyeronokkan, proses penyesuaian, penerokaan dan simulasi. Kesimpulannya, alam belajar merupakan suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku.
Hasil Pembelajaran 1. Menerangkan konsep alam belajar. 2. Menghuraikan elemen-elemen fizikal, psikososial dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif. 3. Menjelaskan konsep main dalam proses pembelajaran kanak-kanak. 4. Menerangkan
peranan
dan
kepentingan
bermain
dalam
proses
pembelajaran. 5. Menghubungkaitkan pengalaman belajar kanak-kanak dengan konsep pengalaman langsung 1
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
KERANGKA TAJUK
Rajah 1.1: Kerangka Tajuk Alam Belajar
2
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
1.0 KONSEP ALAM BELAJAR
FIKIRKAN... Pada pandangan anda, apakah aspek-aspek dalam alam belajar yang mempengaruhi perkembangan seorang pelajar dari segi fizikal, emosi, intelek dan rohani? Antara aspek-aspek yang telah anda kenalpasti, manakah yang paling penting dan kritikal sekali? Mengapa?
Alam belajar dapat didefinisikan sebagai suatu keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah yang positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.
1.1 ALAM FIZIKAL Fizikal
boleh diibaratkan sebagai ‘guru yang kedua’ bagi seseorang
pelajar dalam bilik darjah. Alam fizikal banyak mencerminkan gaya pengajaran seorang guru di bilik darjah. Sususan kerusi dan meja , pokok-pokok dalam pasu, gambar-gambar pemandangan, papan kenyataan, hasil kerja pelajar akan mewujudkan satu keadaan yang kondisif untuk seseorang pelajar.Penyusunan meja kerusi pelajar sebagai gaya auditorium, gaya bersemuka, gaya off-set, gaya seminar dan gaya kluster akan membantu pelajar untuk meningkatkan pelajaran mereka. Lima susunan bilik darjah yang biasa digunakan oleh guru:
3
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
a. Gaya Auditorium
b. Gaya Bersemuka
4
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
c. Gaya ‘off-set’
d. Gaya Seminar
5
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
e. Gaya Kluster/ Berkelompok
FIKIRKAN... Cuba anda renungkan soalan berikut: Adakah sesebuah bilik darjah hanya terdiri daripada meja dan kerusi sahaja? Sebuah bilik darjah bukan hanya terdiri daripada meja dan kerusi sahaja tetapi perlu mengambilkira aksesori-aksesori untuk “sentuhan peribadi” (personal touch) seperti; pokok-pokok pasu gambar-gambar papan-papan kenyataan o poster / carta pendidikan o hal-ehwal umum o kata-kata hikmah o sudut bacaan o jadual-jadual : waktu / bertugas / dan lain-lain. 6
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
1.2 Psikososial Faktor psikososial
seperti nada suara yang sesuai, suasana yang
kondusif , tingkah laku yang diterima dan saling berbudi bahasa akan membantu seorang pelajar dalam aspek keselamatan dan keselesaan mereka dalam persekitaran sekolah.Seorang guru yang prihatin terhadap kebajikan pelajar dan mudah didampingi, beramah tamah, cekap, berkeyakinan diri dan mengambil berat tentang keselamatan dan keselesaan pelajar akan memenuhi keperluankeperluan psikososial murid-murid yang diajar.
Rajah1. 2: Faktor Psikososial
7
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
1.3 KOMUNITI PEMBELAJARAN Konsep kedua alam belajar yang penting dalam pembentukan murid berkaitan dengan komuniti pembelajaran. Biasakah anda dengar istilah ‘sekolah sebagai komuniti pembelajaran’? Apakah yang anda faham dengan konsep tersebut? Komuniti pembelajaran merujuk kepada sekumpulan manusia yang belajar bersama-sama dalam satu persekitaran yang selamat lagi menggalakkan dengan adanya dialog, maklumbalas, refleksi dan penurunan kuasa. Ciri-ciri satu komuniti pembelajaran; Kolaborasi sesama murid melalui pembelajaran koperatif; Penglibatan murid-murid dalam pembelajaran koperatif bersama rakan sebaya mereka; Sumber jaringan sokongan akademik dan sosial; Fokus kepada pembinaan pengetahuan dan hasil pembelajaran. Bilik darjah sebagai komuniti pembelajaran berpegang pada prinsip-prinsip ; Tanggungjawab ke atas pengetahuan dan kawalan terhadap ilmu yang akan diperoleh diperkongsikan bersama; Pembelajaran menitikberatkan pemahaman; Kolaborasi antara murid-murid dengan guru bagi memikirkan alternatif penyelesaian masalah;
FIKIRKAN... Perlaksanaan komuniti pembelajaran melibatkan kedua-dua pihak;
pihak sekolah
semua warga sekolah 8
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
1.3.1 Teori Ekologi Bronfenbrenner Teori Ekologi Bronfenbrenner menjelaskan pengaruh sosiobudaya persekitaran terhadap perkembangan dan pembelajaran individu. Elemen-elemen dalam setiap sistem dalam model Bronfenbrenner ialah seperti berikut: a. Mikrosistem. Persekitaran yang terdekat dimana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Contoh ibubapa, adik beradik, rakan-rakan, jiran dan guru. b. Mesosistem. Perhubungan antara mikrosistem.Apa yang berlaku dalam satu mesosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan rumah boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah. Contoh rumahsekolah, rumah jiran, sekolah-jiran. c. Ekosistem. Pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak dan dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Contoh sekolah-pasar raya, kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturanperaturan yang dikuatkuasakan oleh tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut. d. Makrosistem. Perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma ,nilai-nilai dan amalan masyarakat . Misalnya dalam sesetengah masyarakat peranan jantina dititik
9
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
beratkan (santrock 200H).Di sesetengah Negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan dimana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaanpekerjaan yang penting e. Kronosistem. Perubahan keadaan dalam sesuatu tempat masa .Misalnya kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan komputer jika dibandingkan dengan kanakkanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.
Sistem Makro
Sistem Krono
Sistem Ekso
Sistem Meso
Sistem Mikro
Rajah 1.3: Teori Sistem Ekologikal Bronfenbrenner
Interaksi
elemen-elemen
dalam
5
sistem
ekologikal
Teori
Ekologi
Bronfenbrenner boleh mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran murid.
10
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
PERBINCANGAN Apakah implikasi teori ini kepada anda sebagai seorang guru?
1.3.2 Implikasi Sistem Teori Ekologi Bronfenbrenner kepada guru. Persekitaran banyak mempengaruhi tingkah laku dan perkembangan intelek dan rohani seorang pelajar. Persekitaran yang membina dan positif akan membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam akedemik manakala persekitaran yang tidak sesuai atau negatif akan membantutkan segala usaha yang diambil oleh pelajar tersebut. Persekitan yang diwarisi oleh seorang pelajar akan membentuk tingkah laku yang akan mencorakkan perkembangan akedemik dan sahsiah. Oleh yang demikian persekitaran boleh mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran murid secara mutlak.
REHAT
1.4 PERANAN DAN KEPENTINGAN MAIN DALAM PEMBELAJARAN MURID-MURID 1.4.1 Konsep dan Peranan Main Konsep main boleh dijelaskan sebagai “tingkah laku dinamik, aktif dan konstruktif uang telah disebatikan dalam diri kanak-kanak. Ia merupakan satu keperluan dalam alam kanak-kanak, dari peringkat bayi sehingga peringkat remaja” (Brewer, 2001, m.s 144)
11
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Sudah tentu anda masih ingat pengalaman bermain semasa anda di bangku sekolah.
Pengalaman tersebut masih meninggalkan perasaan kegembiraan,
kebebasan dan emosi yang menenangkan jiwa.
Sebenarnya dari perseptif
psikologi, kesemua perasaan ini member kesediaan kognitif kepada individu tersebut untuk belajar pada tahap optimum. Maka sebagai pendidik, kita harus bawa keseronokan ini dalam bilik darjah.
Bermain merupakan aktiviti di dalam kehidupan seharian kanak-kanak. Melalui bermain, kanak-kanak belajar berkenaan diri sendiri dan hubungan dengan alam persekitarannya. Main adalah proses di mana pembelajaran berlaku, main ialah tugas belajar kanak-kanak. Oleh yang demikian, ibu-bapa, orang dewasa dan guru perlu meahami perana dan kepentingan main dalam proses pembelajaran kanak-kanak di sekolah rendah. Tanpa pengetahuan dan kefahaman tentang konsep ini, main dianggap tidak mendatangkan faedah dan hanya membuang masa dan tenaga sahaja.
1.4.2 Pengalaman Langsung Melalui Bermain Cara pembelajaran terbaik untuk kanak-kanak belajar tentang dunia mereka adalah melalui pengalaman langsung. Ibu bapa tidak akan berkata, “ Jangan tengok labah-labah ini, baca buku tentang labah-labah.”
Seseorang akan memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain berdasarkan pengalaman mereka. Kanak-kanak mungkin mempunyai pengalaman langsung yang terhad, guru dan ibu bapa harus mengatur peluang untuk kanak-kanak mengalaminya. Oleh itu proses pembelajaran adalah lebih berkesan bagi kanakkanak yang masih dalam peringkat perkembangan Operasi Konkrit (7-12 tahun) untuk mengalami persekitaran pembelajaran yang berunsurkan hands-on, penglibatan dan eksperintial.
Pengalaman langsung yang paling asas dan
semula jadi ialah bermain.
12
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Contoh-contoh pengalaman langsung yang boleh diimplementasikan merentasi topik dan bahantara yang berbeza-beza ialah; - projek pembelajaran berkumpulan; - pendidikan luar; - kerja lapangan; - amali; - lawatan sambil belajar; - drama, dll.
Layari Internet [Rujukan:http://www.timesofmalta.com/articles/view/20101103/local/children-getfirst-hand-experience-of-traffic-control]
PERBINCANGAN
Senaraikan tiga peranan main yang signifikan dalam proses pembelajaran. I.
_________________________________
II.
_________________________________
III.
_________________________________
13
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
1.5 KEPENTINGAN MAIN DALAM PROSES PEMBELAJARAN KANAK-KANAK 1.5.1 Mengapa bermain? Mengikut Piaget (1962), kanak-kanak memerlukan aktiviti bermain kerana: a. Main memberikan peluang kepada kanak-kanak meluahkan idea, perasaan dan emosi b. Main dapat mewujudkan perasaan teneng dan menghiburkan hati c. Main menyediakan saluran untuk kanak-kanak menggunakan tenaga yang berlebihan d. Main membolehkan kanak-kanak menyediakan diri kea rah kedewasaan atau kematangan e. Main memberikan peluang kepada kanak-kanak belajar menyelesaiakan pelbagai bentuk masalah (kognitif, motor, social) yang menyumbang kepada perkembangan intelek f. Main membudayakan proses pembelajaran termasuk mengulang, latihan, latih tubi. Peniruan, penerokaan, penemuan,perkaitan, membuat huraian, rumusan, mensintesisi dan menguji g. Main membantu dalam pembentukan jati diri, ketrampilan diri, pemupukan nilai murni seperti motivasi intrinsic, penglibatan, ketahanan, kemahiran interpersonal, keyakinan diri dan berani bertindak.
1.5.2 Kepentingan dan Faedah Bermain Secara umum, bermain boleh membantu kanak-kanak dalam perkembangan fizikal, perkembangan sosioemosi, perkembangan kognitif dan perkembangan bahasa. a. Perkembangan Fizikal Kanak-kanak menguasai kawalan motor halus dan motor kasar melalui bermain. Kemahiran motor kasar yang dapat dikembangkan melalui aktiviti seperti berlari bebas, melompat, memanjat, menendang, mengangkat,
14
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
membaling dan menyambut (bola). Ini member kesedaran kepada kanakkanak tentang fungsi badan sendiri, kegunaan ruang dan arah tujuan. Aktiviti membutang, mewarna, melukis, menampal dan mencantum dapat mengembangkan kemahiran motor halis dan koodinasi mata-tangan. Kemahiran manipulative dapat dibina melalui aktiviti seperti mencucuk benang ke dalam manik, jigsaw puzzles, mengikat reben, kraftangan dan membentuk menggunakan doh.
b. Perkembangan sosioemosi Semasa bermain, kanak-kanak berpeluang belajar berinteraksi dengan orang lain secara positif, menajak kanak-kanak keluar daripada pola egosentrik, mengambil kira pandangan rakan, menghormati hak orang lain, bersabar dan bertolak ansur. Mereka dapat belajar menangguh kehendak semerta diri (delayed gratification) untuk mencapai matlamat jangka panjang. Dengan itu main member peluang kepada kanak-kanak membina konsep kendiri yang positif, keyakinan diri serta melahirkan sentiment dan menstabilkan emosi.
Aktiviti main peranan seperti berpura-pura menjadi doctor dan pesakit atau menaiki bas olok-olok member latihan kepada kanak-kanak untuk menguasai pengethuan dari pesekitaran seta membantu perkembangan kemahiran bersosialisasi. Permainan imaginative seperti ini memberikan latihan kepada kepada kanak-kanak mengenali alam dewasa. Mereka belajar bekerjasama untuk mencapai matlamat kumpulan.
15
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
c. Perkembangan Kognitif dan Bahasa Bermain juga dapat membantu memperkembangkan kebolehan kognitif seperti mengenal pasti, mengkategori, membuat urutan, memerhati, membezakan, meramal, membuat rumusan, dan membuat perbandingan. Aktiviti seperti membina blok, permainan bahasa, permaiana dam, puzzle, teka -teki, nyanyian dan congkak membantu mengembangkan kemahiran bahasa, matematik dan sains serta berfikir secara logic dan kreatif. Kanakkanak juga dapat meningkatkan kemahiran penggunaan bahasa dalam persekitaran yang relaks, semulajadi dan seronok.
1.6 JENIS-JENIS MAIN
JENIS-JENIS MAIN
MAIN SOSIAL(MILDRED PARTEN 1932)
MAIN KOGNITIF (PIAGET 1962)
Rajah 1.4: Jenis-jenis main 16
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
FIKIRKAN Pernahkah
kita
berfikir
bahawa
kanak-kanak memerlukan main
dalam
perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif. Terdapat 2 kategori main iaitu permainan sosial yang diutarakan oleh Parten(1932)
dan permainan kognitif
pula dipelopori oleh Piaget (1962).
a. Main Sosial (Social Play) Kanak-kanak bermain bersama dalam kumpulan atau dalam lingkungan kawasan permainan secara sendirian atau berinteraksi dengan bahan.
Jenis-jenis main sosial: Unoccupied Play Main Pemerhati (Onlooker Play) Main Solitari (Solitary Play) Main Selari (Parallel Play) Main Gabungan (Associative Play)
17
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Main Koperatif (Cooperative Play)
Unoccupied Play(Perlakuan tidak menentu) - Murid berada dalam lingkungan kawasan permainan tetapi tidak bermain
Main Solitari (Solitary Play) - Murid bermain secara perseorangan / bersendirian tanpa menghiraukan rakan sekelilingnya.
18
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Main Pemerhati (Onlooker Play) - Penglibatan murid dalam permainan ini adalah minima atau tidak langsung tetapi lebih suka memerhati rakan-rakan mereka bermain.
Main Gabungan (Associative Play) - Murid bermain secara kumpulan menggunakan peralatan yang sama tetapi tiada matlamat dan peranan juga tidak ditentukan.
Main Koperatif (Cooperative Play) - Murid bermain dalam satu kumpulan dan bekerjasama untuk mencapai satu matlamat. Kanak-kanak diberi peranan dan objek khusus dan mereka mematuhi peraturan yang ditetapkan.
19
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
b. Main Kognitif(Cognitive Play) Murid menggunakan bahan konkrit/maujud untuk memperolehi pengetahuan dan meningkatkan perkembangan kognitif, psikomotor, sosioemosi dan kreativiti. Jenis-jenis main kognitif : Main Fungsian (Functional Play) Main Fantasi (Fantasy Play) Main Berperaturan (Games & Rules) Main Konstruktif (Constructive Play) Main Dramatik (Dramatic Play)
Main Fungsian (Functional Play) Kanak-kanak menggunakan sensori motor dan tubuh badan melakukan sesuatu aktiviti seperti melompat atau memanipulasi objek yang melibatkan pengulangan pergerakan.
20
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Main Fantasi (Fantasy Play) Kanak-kanak menggunakan imaginasi dan main peranan untuk mencipta aktivitiaktiviti baru di luar dunia ini berasaskan imaginasi dan daya kreativiti mereka seperti mengambil kotak untuk mewakili sebagai kereta )
Main Berperaturan (Games and Rules) Kanak-kanak bermain mengikut peraturan yang telah ditentukan dam, ketingting)
21
(polis sentri,
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Main Konstruktif (Constructive Play) Kanak-kanak bermain menggunakan bahan untuk membina pengetahuan dan mengenali dunia mereka (cipta istana pasir, binaan,memasak)
Main Sosiodrama (Sociodramatic Play) Melibatkan interaksi verbal di antara kanak-kanak untuk melakonkan watakwatak dalam aktiviti ini. Dua kategori main sosiodrama : Main yang melibatkan peristiwa harian yang benar dan realistik Main sosiodrama fantasi dan imaginasi kanak-kanak.
22
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
1.7 CIRI-CIRI MAIN a. Motivasi intrinsik (intrinsic motivation) Keinginan untuk bermain berlaku secara semulajadi dan datang dari dalam diri individu itu sendiri. Seringkali kanak-kanak bermain untuk keseronokan dan kepuasan diri, bukannya disebabkan oleh ganjaran luar.
b. Bebas untuk memilih (freedom of choice) Main tidak boleh dipaksa. Pemilihan jenis permainan harus datang dari keputusan kanak-kanak sendiri. Kanak-kanak sendiri pilih apa, cara dan bila hendak bermain. Dengan itu kanak-kanak dapat meneroka cara bermain serta menjelajah
alam
sekeliling
serta
menyesuaikan
dirinya
dengan
persekitarannya. Peranan guru ialah untuk menyediakan persekitaran yang memberangsangkan dengan sekatan yang minima.
c. Proses penyesuaian yang menyeronokkan (pleasure adaptation) Semasa bermain kanak-kanak melalui proses penyesuaian diri dengan persekitaran, peraturan, budaya, keperluan hidup dan lain-lain peranan yang dijangkakan. Main sosiodrama atau simbolik seperi main perang, doktor, kahwin dan lain-lain menyediakan peluang kepada kanak-kanak membuat penyesuaian yang menyeronokkan berdasarkan budaya hidup di dalam atau luar masyarakatnya. d. Penglibatan Aktif (active involvement) Apabila kanak-kanak bermain, pergerakan badan diperlukan. Mereka menggunakan motor kasar dan motor halus. Mereka juga membuat manipulasi terhadap bahanbahan.
Mereka melibatkan diri secara aktif
berinteraksi dengan rakan dan persekitaran. e. Penerokaan (exploration) Kedua-kedua jenis main, sosial dan kognitif, terdapat ciri penerokaan seperti meneroka alat permainan, tempat permainan, cara berkomunikasi, dan 23
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
persekitaran. Setiap peristiwa/ bahan/ rakan merupakan pengalaman baru dan mempunyai kelainan Membuka dan memasang alat permainan merupakan penerokaan. Kanakkanak meneroka cara menggunakan fungsi alat permainan dengan efisien. Aktiviti berlari, memanjat, melompat dan membuai di taman permainan merupakan penerokaan persekitaran fizikal dari segi ruang, jarak, kelajuan dan arah.
f. Simulasi (Simulation) Main merupakan bentuk simulasi jika ia dilakukan menyerupai situasi sebenar. Lakonan dan main peranan yang disediakan dengan kostum dan props yang mirip kepada senario sebenar dapat memberi kefahaman dan penghayatan pelakon (kanak-kanak) merasakan watak yang dimainkan.
1.7.1 Bermain Dalam Persekitaran Sekolah Rendah (Brewer, 2001) Konsep main dalam persekitaran sekolah rendah adalah berbeza dengan persekitaran
prasekolah.
Kadang-kadang
guru
berpendapat
peluang
pembelajaran akademik mungkin terjejas jika kanak-kanak sekolah rendah menghabiskan masa untuk bermain. Sebenarnya main membantu dalam perkembangan
kebolehan
akademik
mereka.
Apa
yang
penting
ialah
kebijaksanaan guru untuk mengenal pasti pengalaman main yang bersesuaian dengan peringkat umur kumpulan kanak-kanak tertentu.
Kanak-kanak sekolah rendah belajar daripada aktiviti main seperti membuat binaan daripada pelbagai bahan, mencipta alat/mainan daripada bahagianbahagian terbuang, mereka robot dan model, yang lebih berbentuk penerokaan, pengujian hipotesis secara saintifik. Semasa bermain, kanak-kanak berpeluang untuk berbual, memberi pendapat, mempertahankan idea, memujuk dan memberi penerangan. Pengalaman mainan pupet atau lakonan muzikal menyediakan kanak-kanak untuk memperkembangkan bahasa lisan serta 24
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
menyalurkan idea secara simbolik – yang merupakan asas kepada kemahiran membaca. Guru perlu memastikan terdapatnya peluang, masa, bahan-bahan dan juga peraturan yang bersesuaian untuk mengendalikan aktiviti main sambil belajar.
Aktiviti bermain dalam persekitaran sekolah rendah boleh dilihat sebagai satu kontinum yang bermula daripada main bebas kepada main terancang kepada main terkawal.
a. Main Bebas (Free Play) Main bebas merupakan tingkah laku yang dimotivasikan secara intrinsik, aktif dan menyeronokkan, tanpa matlamat nyata. Kanak-kanak memilih daripada kepelbagaian bahan yang ada untuk main bebas. Peranan guru ialah untuk menyediakan persekitaran yang memberangsangkan dengan sekatan yang minima.
b. Main Terancang (Guided Play) Main terancang mempunyai unsur-unsur main bebas tetapi unsur-unsur berkenaan telah dirancang oleh guru dengan rapi untuk mencapai matlamat tertentu. Guru mengenal pasti bahan tertentu dan kanak-kanak membuat pilihan. Aktiviti ini dijalankan bawah bimbingan guru. Contohnya, dalam subjek matematik, guru menggunakan permainan Monopoli untuk memperkukuhkan pembelajaran konsep nombor, tambah, tolak dan kemahiran membuat keputusan.
c. Main Terarah (Directed Play) Permainan ini ditetapkan oleh guru seperti yang diarah atau ditetapkan mengikut peraturan atau undang-undang. Guru memberi arahan dan kanak-kanak menyempurnakan tugasan tersebut, contohnya, nyanyian sambil melakukan aksi seperti “Kalau rasa gembira tepuk tangan,” mainan dalam bulatan seperti “Follow the leader” dan sebagainya. 25
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
1.7.2 Peranan Guru Dalam Proses Main
Guru memilih pengalaman main untuk disepadankan dengan matlamat program • Jika matlamat menekankan penemuan – mainan bebas • Jika guru ingin pelajar mempamerkan kemahiran khusus – mainan terarah
Adalah perlu bagi guru perlu
membuat pemerhatian tentang kelakuan kanak-kanak, memberi bantuan di mana dan jika perlu.
menyediakan persekitaran yang kaya dan aktiviti perlu ditukar dan diubah susunannya dari semasa ke semasa
merangsang main dengan menunjukkan minat dan sokongan terhadap tindakan kanak-kanak
bertindak balas terhadap minat kanak-kanak atau berkongsi pengalaman. Hormati pemikiran kanak-kanak dan sistem peraturannya.
kemukakan soalan-soalan fokus, berikan maklumat bila dikehendaki oleh kanak-kanak.
mencelah pada masa yang sesuai. Pencelahan tidak berbentuk halangan untuk mematikan semangat dan minat kanak-kanak
menilai untuk mengesan perkembangan dan keperluan kanak-kanak, merekodkan tingkahlaku, pencapaian dan perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal, emosi, intelek, sosial dan bahasa. Data-data yang diperolehi dijadikan asas perancangan bagi setiap individu
26
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
PERBINCANGAN Aktiviti Anda telah pun belajar tentang
kepentingan main dalam dunia kanak-kanak. Dan
fungsinya kepada perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif. Terdapat 2 kategori main iaitu permainan sosial dan permainan kognitif. Dengan merujuk kepada nota kuliah dan carian internet, cuba senaraikan 3 jenis permainan tradisional untuk setiap kategori. Permainan Sosial
Permainan Kognitif
Pilih satu permainan tradisional dan nyatakan kepentingannya kepada perkembangan intelek, sosioemosi dan fizikal kanak-kanak. Jenis Permainan Traditional: Perkembangan intelek
Perkembangan sosioemosi
27
Perkembangan fizikal
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
LATIHAN
TUGASAN Dalam kumpulan empat orang, buat pemerhatian ke atas kanak-kanak yang sedang bermain sama ada di pusat prasekolah atau di rumah. Sediakan satu laporan bertulis yang merangkumi aspek-aspek di bawah: i. Apakah jenis main yang anda perhatikan? ii. Siapakah kanak-kanak yang terlibat?( jantina, umur, hubungan antara mereka) iii. Di manakah aktiviti ini berlangsung? iv. Apakah perasaan kanak-kanak yang sedang bermain dan bagaimana ianya dikenalpasti? v. Apakah faedah aktiviti main ini kepada kanak-kanak dari segi fizikal,intelek dan sosio-emosi.
Bentangkan hasil pemerhatian anda dengan menggunakan persembahan Powerpoint yang merangkumi gambar foto, grafik, klip video dan sebagainya.
28
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
LATIHAN UJI MINDA 1.
Apakah
tiga
aspek alam
belajar yang
difikirkan
penting dalam
pembentukan murid yang menyeluruh? 2.
Apakah empat elemen aspek-aspek psikososial yang dimaksudkan
merangkumi? 3.
Apakah bentuk penyusunan bilik darjah yang anda syorkan sekiranya
anda ingini murid-murid anda berkolaborasi dalam kumpulan kecil bagi pembincangan secara kelas? 4.
Jikalau anda merancang untuk mengendalikan pembelajaran bercorak
kadar kendiri dan beisifat individu, apakah cara-cara penyusunan bilik darjah yang sesuai bagi anda membentuk stesen-stesen pembelajaran? 5.
Sedarkah anda bahawa sesebuah bilik darjah bukan hanya terdiri
daripada meja dan kerusi sahaja? Anda juga perlu memberi perhatian kepada aksesori-aksesori yang akan memberi “sentuhan peribadi”. Apakah sentuhan peribadi yang dimaksudkan? 6.
Ahli-ahli teoris berpendapat bahawa persekitaran fizikal yang kondusif
boleh diibaratkan sebagai guru kedua dalam bilik darjah! Apakah kepentingan persekitaram fizikal yang kondusif? 7.
Apakah itu komuniti pembelajaran?
8.
Bilik darjah yang beroperasi sebagai komuniti pembelajaran, apakah
prisip-prinsip yang perlu dipegang? 9.
Berdasarkan prinsip-prinsip di atas, cuba anda jelaskan apakah antara
pendekatan yang sesuai digunakan oleh guru. 10.
Pengalaman
langsung
berpegang
kepada
prinsip
pembelajaran
eksperiential. Pengalaman langsung boleh diimplementasi secara meluas merentasi topik dan bahantara berbeza-beza, antaranya termasuk ....................
29
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
TAMAT BAB 1
RUJUKAN Elizabeth, W & Jane, A. (2005). Play, learning and the early childhood curriculum. (2nd ed). London: Paul Chapman. Woolfolk, A.E. (2004). Educational psychology. (9th ed). New Jersey: Prentice Hall.
30
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
TAJUK 2 KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SINOPSIS
Bab ini menghuraikan tentang konsep asas pengajaran dan pembelajaran, jenis-jenis pembelajaran dan prinsip-prinsip pembelajaran Gagne. Terdapat lapan peringkat dalam proses pembelajaran Gagne. Sembilan langkah pengajaran yang dikemukakan oleh Gagne ialah menarik perhatian; maklum pelajar tentang objektif, merangsang ingatan kambali pengetahuan sedia ada/pembelajaran lepas; mengemukakan bahan rangsangan; memberikan maklum balas tentang prestasi; menilai prestasi; merangsang penyimpanan dan pemindahan pembelajaran. Mengikut Model Ewell (1997), terdapat lapan prinsip pembelajaran, iaitu, penglibatan aktif, perkaitan dan corak/konstruktivisme, pembelajaran informal, pengalaman langsung, situasi mendesak (compelling situation), maklum balas berterusan, suasana yang menyeronokkan dan refleksi. Bab ini juga akan mengenali jenis-jenis pembelajaran. Mengikut Gagne, terdapat lima jenis pembelajaran yang berbeza, iaitu, kemahiran intelek, maklumat verbal, strategi kognitif,kemahiran psikomotor dan sikap.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menjelaskan pengertian pengajaran dan pembelajaran. 2. Menghuraikan prinsip-prinsip pengajaran 3. Mengenalpasti jenis-jenis pembelajaran. 4. Membandingbeza antara prinsip pembelajaran Ewell dan jenis pembelajaran Gagne.
31
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
KERANGKA TAJUK-TAJUK
Konsep Pengajaran dan Pembelajaran
Proses Pembelajaran Gagne
Prinsip Pembelajaran Ewell
Jenis-jenis Pembelajaran Kemahiran Intelek Strategi Kognitif Maklumat Verbal Kemahiran Psikomotor Sikap
Rajah 2.1: Kerangka Tajuk Konsep Pengajaran dan Pembelajaran
32
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
PERBINCANGAN
Apakah yang anda faham tentang pengajaran dan pembelajaran? Senaraikan beberapa aspek penting dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran.
2.0 KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan yang meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, Bimbingan dan penilaian. Secara ringkas, pengajaran merupakan proses untuk menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu, menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seseorang pelajar untuk belajar dan mencabar pelajar kearah pencapaian potensi optimum. Apa pula yang dimaksudkan dengan konsep pembelajaran? Mari kita lihat definisi pembelajaran.Slavin (2005) mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan dalam seseorang individu akibat daripada pengalaman. Manusia mula belajar sejak ia dilahirkan dan semua pembelajaran ini berkait rapat dengan pengalaman. Mengikut Hill (2002) pembelajaran berlaku apabila pengalaman menyebabkan suatu perubahan yang agak kekal dalam pengetahuan atau tingkah laku seseorang. Perubahan ini mungkin secara sengaja atau tidak sengaja, untuk lebih baik atau lebih buruk, betul atau salah dan sedar atau tidak sedar. Pembelajaran adalah proses atau kegiatan belajar (Teuku Iskandar, 1986) yang berlaku dalam pelbagai bentuk (Schunk, 1991). Menurut Schunk, pembelajaran melibatkan pemerolehan dan pengubahsuaian pengetahuan, kemahiran,
strategi,
kepercayaan
dan
tingkah
laku.Pembelajaran
juga
merupakan perubahan tingkah laku atau kebolehan untuk menunjukkan perlakuan yang dikehendaki hasil daripada latihan ataupun pelbagai bentuk pengalaman
(Evans &
Brueckner, 1990;
Gagne,
1985).
Bagi Gagne,
pembelajaran merupakan perubahan dari segi kecenderungan atau kemampuan 33
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
seseorang yang diperoleh dalam masa yang panjang dan bukannya dikuasai secara mudah mengikut proses pertumbuhan seseorang. Ahli psikologi mempunyai pandangan yang berbeza mengenai pembelajaran. Ahli teoris behaviorisme menegaskan bahawa pembelajaran merujuk perubahan tingkah laku yang dapat diperhatikan. Pendukung teori kognitif pula menekankan tentang proses mental yang terlibat semasa pembelajaran berlaku tetapi tidak dapat diperhatikan.
Memberikan arahan-arahan kepada atau berkongsi pengetahuan dengan orang lain. Sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Merupakan suatu diagnostik dan preskriptif.
FIKIRKAN... Apakah respon anda terhadap gambar di bawah yang dikaitkan dengan konsep pengajaran dan pembelajaran?
2.1 KONSEP PEMBELAJARAN
Konsep pembelajaran adalah perubahan tingkah laku. Ramai ahli psikologi menyatakan pembelajaran adalah proses, melalui latihan atau pengalaman organisma, dan menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal. 34
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
LAYARI INTERNET
Pelajar diminta mencari maklumat tentang prinsip pembelajaran melalui laman berikut: http://www.intime.uni.edu/model/learning/lear.html. Seterusnya paparkan prinsip-prinsip pembelajaran dalam satu bentuk pengurusan grafik.
2.2 TEORI PEMBELAJARAN GAGNE Gagne(1968) mengatakan pembelajaran bergerak daripada tahap yang paling mudah kepada yang kompleks. Beliau telah mengenalpasti lapan jenis pembelajaran dan setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya pelajar telah menguasai pembelajaran di peringkat yang lebih awal.
Proses Pembelajaran Gagne Teori Gagne (1985) menerangkan bahawa minda manusia memproses maklumat seperti komputer. Terdapat lapan peringkat dalam proses mengubah maklumat kepada pengetahuan yang dipelajari (learned knowledge).
Peringkat 1: Motivasi
Merupakan prasyarat yang diperlukan untuk pembelajaran berlaku. Yelon dan Weinstein (1997:294) menyatakan bahawa motivasi merupakan “satu motif yang menyebabkan seseorang bertindak dalam cara tertentu”. Zindi, Peresuh dan Mpofu (1995:111) dalam Commonwealth of Learning (2002) mendefinisikan motivasi sebagai satu proses atau kuasa dalaman organisma yang mendesak sesuatu untuk bertindak.
35
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Peringkat 2 – Memberikan Perhatian:Memastikan
Pelajar akan belajar jika mereka mendengar dan menumpukan perhatian kepada pengajaran yang disampaikan.
Perhatian Pelajar Guru harus memberikan perhatian sepenuhnya kepada cara atau strategi untuk memastikan pelajar memberikan perhatian sepenuhnya kepada pengajaran. Peringkat 3 & 4 – Perolehan dan
Dalam proses pembelajaran, aspek yang amat penting ialah memori.
Ingatan Sesuatu yang dipelajari harus diingati dan oleh itu, guru harus menggunakan kaedah pengajaran yang dapat membantu pelajar mengingati perkara yang diajar. Peringkat 5 – Ingat Kembali dan
Maklumat yang disimpan akan diingat kembali dan digunakan.
Retrieval Retriveal merujuk kepada proses mengesan maklumat yang disimpan dan disalurkan kepada kesedaran pelajar (Yelon dan Weinstein, 1977). Bahan pembelajaran yang disediakan oleh guru perlu mudah difahami dan ini memudahkan maklumat diingat kembali oleh pelajar. Peringkat 6 Generalisasi
Maklumat yang diingat kembali akan digunakan dalam situasi-situasi baru. Pemindahan pembelajaran berlaku dan ini merupakan proses pembelajaran yang amat penting. Pengajaran dianggap sebagai berjaya jika pelajar dapat mengaplikasi apa-apa yang telah dipelajari dalam situasi baru di dalam atau di luar sekolah
36
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Peringkat 7 - Prestasi
Indiktator seperti aktiviti dan respons pelajar boleh menentukan sama ada pembelajaran telah berlaku. Guru boleh mempengaruhi cara pelajar memberikan respons dan maklumat ini dapat diperoleh dengan mengemukakan soalan-soalan secara lisan atau bertulis kepada pelajar.
Peringkat 8 – Maklum Balas dan
Dalam peringkat ini, pelajar telah mencapai maklumatnya.
Peneguhan Tahap ini merupakan tahap di mana motivasi perlu diberikan setelah pelajar mencapai objektif pembelajaran. Berdasarkan respons pelajar terhadap soalan, guru perlu memberikan maklum balas tentang prestasi mereka untuk memaklumkan tentang prestasi pelajar serta penambahbaikan yang perlu dilaksanakan.
Implikasi Proses Pembelajaran Gagne terhadap Pengajaran a. Menarik Perhatian
Guru menarik perhatian pelajar dengan mengarah pelajar kepada topik pengajaran.
Cara untuk merangsang pelajar seperti merangsang naluri ingin tahu pelajar, memotivasi pelajar, memberikan cabaran kepada pelajar, menggunakan anekdot, teka-teki, humor, dan gambar untuk menarik perhatian pelajar.
Contohnya guru menunjukkan pelbagi jenis segitiga menggunakan slide Powerpoint.
b. Memaklumkan Pelajar tentang Objektif Pelajaran
37
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Pelajar dimaklumkan tentang objektif pelajaran supaya mereka sedar tentang matlamat pengajaran.
Pelajar lebih bersedia dan mempunyai pemikiran yang perlu untuk pelajaran yang akan dilalui.
Bagi memperjelas matlamat pengajaran kepada pelajar, guru boleh menerangkan tujuan kandungan, mengemukakan matlamat untuk pelajar memilih dan meminta pelajar memilih matlamat sendiri.
Contohnya guru menanyakan soalan apakah ciri segitiga sama?
c. Merangsang Ingatan Kembali terhadap Pengetahuan Sedia Ada
Antara caranya ialah ujian pra atau beberapa soalan yang mencungkil pengetahuan mereka untuk memperoleh maklumat tentang pengetahuan sedia ada pelajar.
Hubung kait antara maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada akan memudahkan proses pembelajaran.
Pelajar lebih mudah untuk mengekod dan menyimpan maklumat dalam ingatan jangka panjang jika terdapat perkaitan dengan pengetahuan peribadi dan pengetahuan.
Contohnya guru mengajak pelajar mengimbas kembali pelbagai definisi segitiga.
d. Kemukakan Kandungan
Kandungan ini perlu dikelompokkan dan diorganisasikan secara sistematik dan bermakna sebelum diterang dan didemonstrasikan.
Guru perlu menggunakan pelbagai cara dan media kerana terdapat pelbagai gaya pembelajaran.
Pelajar lebih mudah mengingati gambar atau grafik berbanding perkataan.
Contohnya guru memberi takrifan segitiga sama.
e. Membimbing Pembelajaran
Untuk membantu pelajar mengekod maklumat dalam ingatan jangka panjang.
38
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Antara strategi yang boleh digunakan termasuklah penggunaan contoh, kes-kes kajian, perwakilan dan pengurusan grafik serta penggunaan mnemonik, analogi dan sebagainya.
Guru juga boleh menggalakkan pelajar membuat perbandingan antara konsep atau prinsip atau menggunakan cara aliran untuk menggambarkan kandungan.
Pelajar dibimbing untuk melibatkan diri secara aktif
Contohnya guru menunjukkan cara bagaimana melukis segitiga sama.
f. Melaksanakan Perlakuan
Pelajar dikehendaki untuk melatih kemahiran atau tingkah laku baru.
Memberikan peluang untuk mengesahkan bahawa pelajar menguasai pengetahuan yang betul dan ulangan latihan ini memanjangkan jangka masa penyimpanan pengetahuan
Guru boleh menggunakan latihan bertulis, soalan-soalan, dan ujian.
Pelajar diberikan peluang untuk melatih dan mengaplikasi kemahiran baru dalam situasi yang berbeza.
Contohnya guru meminta murid menghasilkan lima contoh segitiga yang berlainan
g. Memberikan Maklum Balas
Maklum balas perlu spesifik dan serta-merta tentang pembelajaran.
Latihan dalam pelajaran dapat mengesan kefahaman pelajar tentang pembelajaran.
Bimbingan dalam bentuk soalan dan jawapan merupakan maklum balas formatif.
Contohnya guru menyemak semua contoh murid untuk mengenalpasti jawapan yang salah atau betul.
h. Menilai Perlakuan dan Prestasi
Pembelajaran akan diakhiri dengan memberikan ujian pos atau pentaksiran akhir untuk menilai penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang diajar.
39
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Dijalankan tanpa bimbingan tambahan dan secara umumnya tahap penguasaan antara 80% hingga 90% boleh diterima.
Peringkat ini boleh dianggap sebagai peringkat penilaian sumatif atau ujian pos.
Contohnya guru mesti memaklumkan skor yang diperolehi dan mengadakan aktiviti pemulihan jika perlu.
i. Merangsang Ingatan dan Pemindahan Pembelajaran
Guru memberi contoh tambahan dan latihan-latihan untuk menambah baik pemahaman pelajar terhadap pembelajaran yang telah dikuasai.
Proses ini akan memastikan pelajar dapat memindahkan pengetahuan yang dipelajari ke dalam situasi-situasi baharu.
Contohnya guru menunjukkan kad gambar objek-objek dan meminta murid mengenalpasti objek segitiga.
2.3 PRINSIP –PRINSIP PEMBELAJARAN PRINSIP – PRINSIP PEMBELAJARAN EWELL (1997) Ewell (1997) telah membentuk satu model yang menggambarkan prinsip-prinsip pembelajaran dan ini mempengaruhi penguasaan pengetahuan, perkembangan kemahiran dan kompetensi apabila diaplikasikan di dalam bilik darjah.
a. Penglibatan Aktif Mengikut Ewell (1997) ’’the learner is not 'receptable’ of knowledge, but rather creates his or her learning actively and uniquely’’ Dalam hal ini pelajar perlu membina pengetahuan dengan melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran guru kerana pengetahuan tidak disampaikan secara langsung kepada mereka. Bruner (1961) telah mencadangkan pelajar melibatkan diri secara aktif dengan bahan pembelajaran supaya dapat kembali mengingat maklumat yang diperlukan.Mayer (2004) mencadangkan pelajar harus aktif secara kognitif. Pelajar yang terlibat dengan aktif dalam proses pembelajaran mampu menyelesaikan masalah, mengemukakan cadangan, memberikan pengertian
40
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
baru kepada sesuatu topik,dan berkebolehan untuk menghubung kait apa yang telah dipelajari kepada konteks yang baru ( Ewell 1997)
b. Perkaitan dan Corak Mengikut Ewell (1997) “involves actively creating linkages among concepts, skill elements,people and experiances” (p.7) Prinsip ini menerangkan bagaimana pelajar mempunyai peluang membina, menentu, menguji dan membina corak serta perkaitannya daripada situasi pembelajaran. Melalui pembelajaran ini, pelajar
dapat
mewujudkan
suasana
yang
bermakna
terhadap
aktiviti
pembelajaran yang mempunyai kaitan dan bentuk yang tertentu. Mengikut Woolfolk (2004), pelajar membuat perkaitan dengan pengetahuan sedia ada dan pelajar juga membuat perkaitan tentang bagaimana maklumat boleh digunakan pada masa hadapan.
c. Pembelajaran Informal Pembelajaran tidak hanya berlaku di dalam bilik darjah sahaja ataupun pada waktu pengajaran tetapi boleh berlaku di mana–mana sahaja serta pada bila-bila masa. Pembelajaran informal membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan di luar bilik darjah melalui interaksi dengan persekitaran. Sebagai contoh program lawatan sambil belajar dapat memberi peluang kepada pelajar belajar sesuatu yang baru. Pembelajaran informal merupakan pembelajaran implisit iaitu pengetahuan diperoleh akibat interaksi secara langsung atau melalui pelbagai cara daripada rakan sebaya, orang yang lebih dewasa atau persekitaran.
d. Pengalaman Langsung Melalui pengalaman langsung, pelajar diberikan peluang untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran dengan memerhati secara lansung objek atau fenomena yang ingin dikaji. Aktiviti seperti ini membantu pelajar membentuk pemahaman terhadap apa-apa yang dipelajari. Pengalaman langsung dalam konteks yang sebenarnya amat diperlukan supaya dapat mengubah tanggapan atau andaian yang salah tentang sesuatu. Pelajar dapat menemukan dan 41
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
meneroka serta mengalaminya sendiri dan bukannya melalui pembacaan, pendengaran atau maklumat dari orang lain.
e. Situasi Mendesak. Prinsip pembelajaran jenis ini mengandaikan bahawa pembelajaran optimum berkemungkinan boleh berlaku sekiranya seseorang berhadapan dengan masalah yang memerlukan penyelesaian tertentu. Sekiranya pengajaran adalah dalam situasi yang mendesak dengan pengalaman secara langsung dengan sesuatu yang benar-benar berlaku, maka pembelajaran tersebut akan lebih mencabar dan menarik bagi pelajar tersebut. Hal ini berlaku disebabkan terdapat satu keseimbangan antara cabaran dengan peluang dalam mana-mana situasi pembelajaran. Jika pelajar menghadapi satu situasi yang kompleks, ini akan memotivasikannya untuk mencari jalan penyelesaian.
f. Maklum Balas Berterusan Maklum balas merupakan maklumat yang diberikan kepada individu tentang kesesuaian tindakan serta respon mereka. Maklum balas yang berkesan harus bersandarkan kepada analisis yang tepat tentang prestasi pelajar dan perlu dilakukan serta merta supaya pelajar tidak melakukan kesilapan. Pelajar boleh mendapatkan maklum balas daripada guru dan rakan-rakannya tentang prestasinya dan dengan cara ini mereka dapat meningkatkan kemampuan prestasinya.
g. Sesuatu yang menyeronokkan. Pembelajaran perlu merupakan sesuatu yang menyeronokkan. Menurut Ewell (1997) maklum balas serta pembelajaran berkesan berlaku jika pelajar berada dalam persekitaran yang menyeronokkan, iaitu interaksi peribadi dan sokongan padu
daripada
guru
secara
peribadi.
Persekitaran
pembelajaran
yang
menyeronokkan merangkumi konteks budaya dan interpersonal menyediakan banyak peluang interaksi sosial dan pembelajaran.
42
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
h. Refleksi Refleksi ialah proses memikir atau merenung kembali pengalaman dan implikasinya terhadap diri kita. Ia merupakan satu usaha bermakna untuk menjiwai proses pengajaran dan pembelajaran,membantu mengimbangkan kepercayaan kita dengan keperluan pelajar (Noraiti, Boon & Sharifah, 2009) Pelajar dapat mengawal pembelajaran mereka serta dapat meningkatkan kemahiran penilaian kendiri dan untuk melihat semula apa yang telah dibuat dan yang perlu dibaiki.
LATIHAN AKTIVITI
Anda telah mempelajari beberapa prinsip pembelajaran yang dikemukakan oleh Ewell (1997). Sila jawab soalan berikut :
1.Terangkan dengan ringkas dua contoh aktiviti pengalaman langsung dan faedahnya.
a) Aktiviti : ______________________________________________________ Faedah : _____________________________________________________ b) Aktiviti : ______________________________________________________ Faedah : ______________________________________________________
2. Senaraikan 5 contoh aktiviti pembelajaran aktif yang boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran. a) ___________________________________________________________ b) ___________________________________________________________ c) ___________________________________________________________ d) ___________________________________________________________ e) ___________________________________________________________ 43
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
3. Menurut Ewell(1997) salah satu prinsip pembelajaran ialah pembelajaran harus sesuatu yang menyeronokkan. Dengan contoh yang sesuai berikan 2 aktiviti
yang
dapat
menimbulkan
keseronokan
kepada
pelajar
semasa
pengajaran dan pembelajaran.
Aktiviti
Contoh
1
1
2
2
2.4 JENIS-JENIS PEMBELAJARAN Sekarang mari kita melihat pula jenis-jenis pembelajaran yang dikemukakan oleh Gagne (1985). Gagne mendefinisikan pembelajaran sebagai ”a change in human disposition or capability, which persist over period of time and which is not simply ascribe to processes of growth”. Dalam bukunya, Gagne (1985) telah mencadangkan lima jenis pembelajaran utama yang mana setiap satunya memerlukan cara pengajaran yang berbeza. Kelima-lima jenis pembelajaran tersebut ialah :
a. Kemahiran intelek Kemahiran intelek merujuk kepada pengetahuan ’procedural ’ seseorang individu. Gagne (1985) telah menganalisis satu episod pembelajaran yang terdiri daripada pelajar, suatu situasi rangsangan yang merupakan episod-episod yang 44
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
merangsang deria pelajar dan satu tindakan atau respons yang terhasil akibat rangsangan.Antara kategori kemahiran intelek yang dikemukakan oleh Gagne ialah : a) Pembelajaran Isyarat - dimana individu bertindak balas terhadap terhadap sesuatu signal. b) Pembelajaran Hukum - melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu urutan atau rangkaian.Melalui pembelajaran ini, pelajar dapat menerangkan konsep, menggunakan rumus,prinsip dan membuat generalisasi. c) Pembelajaran Konsep - iaitu kebolehan untuk mengklafikasikan objek dan peristiwa mengikut ciri-ciri tertentu. d) Pembelajaran Diskriminasi - belajar membezakan benda mengikut ciri tertentu, untuk memudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan. e) Penyelesaian Masalah - pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep dan hukum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. f) Rantaian – satu rantaian dua atau lebih perkaitan rangsangan – respons dikuasai g) Asosiasi Verbal – satu pembelajaran rantaian berbentuk verbal
Kebanyakan idea Gagne tentang analisis tugasan menunjukkan pembelajaran berlaku secara berperingkat (hierarchy) iaitu bergerak daripada peringkat paling mudah kepada peringkat paling kompleks.Perkara penting dalam hierarki ini ialah mengenal pasti prasyarat yang harus disempurnakan untuk memudahkan cara pembelajaran pada setiap peringkat.
b. Maklumat Verbal Pembelajaran jenis ini merujuk kepada kebolehan seseorang mengungkap sesuatu peristiwa atau fakta sama ada secara lisan atau tulisan.Untuk membolehkan seseorang individu dapat melakukan sedemikian, dia perlu 45
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
mempunyai kemahiran intelek dalam mengungkap atau menyebut sesuatu pernyataan, konsep,prinsip-prinsip atau prosedur.
c. Strategi kognitif Strategi kognitif pula merupakan kemahiran-kemahiran di mana pelajar dapat mengawal sendiri proses
-proses dalaman seperti memberi perhatian,
belajar,mengingat dan memikir sesuatu.Untuk membolehkan kemahiran intelek ini diperoleh, pelajar perlu menguasai pelbagai strategi seperti strategi mengingat, strategi berfikir dan strategi mengingat kembali perkara yang telah dipelajari.
d. Kemahiran Psikomotor Merupakan kebolehan untuk melakukan pergerakan fizikal mengikut urutan dengan tepat dan betul. Pembelajaran jenis ini melibatkan beberapa tahap iaitu pelajar
akan
belajar
urutan
yang
berkenaan,
kemudian
mengamalkan
pergerakan psikomotor tersebut dan akhirnya pemurnian pergerakan tersebut berasaskan maklum balas daripada persekitaran mereka.
e. Sikap Gagne (1985) menyatakan sikap merujuk kepada keadaan dalaman yang mempengaruhi pilihan tindakan seseorang. Sikap seseorang dapat diperlihatkan melalui tingkah laku yang ditunjukkannya.Sikap boleh dipelajari dan dikuasai melalui pengalaman dan pemerhatian.Untuk memupuk sikap yang diingini, guru perlu mengaitkan kejayaan dengan sikap yang tertentu atau penggunaan model yang boleh memupuk sertai mengukuhkan tingkah laku positif.Selain itu, perlu pengukuhan supaya tingkah laku yang diingin dapat dimanifestasi.
46
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
LATIHAN
Anda telah
mempelajari Prinsip
Pembelajaran
Ewwel (1997) dan
jenis
pembelajaran mengikut Gagne(1985).Dengan menggunakan pengurusan grafik di bawah, banding bezakan prinsip pembelajaran Ewell (1997) dengan jenis pembelajaran mengikut Gagne (1985). Masukkan latihan ini ke dalam folio anda.
PRINSIP PENGAJARAN MENGIKUT EWELL (1997)
JENIS PEMBELAJARAN MENGIKUT GAGNE (1985)
47
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
48
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
LATIHAN UJI MINDA 1. Menurut HILL (2002), bagaimana sesuatu pembelajaran akan berlaku dalam diri seseorang? 2. Nyatakan LAPAN PERINGKAT oleh Gagne dalam proses mengubah maklumat kepada pengetahuan yang dipelajari. 3. Gagne, Wager, Golas dan keller (2005:195) telah menggariskan sembilan langkah pengajaran yang berkait dengan proses pembelajaran. Nyatakan SEMBILAN LANGKAH pengajaran tersebut. 4. Pada pendapat anda, apakah cara atau media yang boleh digunakan oleh guru untuk mempelbagaikan gaya pembelajaran? 5. Senaraikan LAPAN PRINSIP pembelajaran mengikut Model Ewell 6. Terangkan secara ringkas SATU contoh aktiviti pengalaman langsung dan faedahnya. 7. Mengikut Ewell (1997:6), “the learner is not a ‘receptacle’ of knowledge, but rather creates his or her learning activity actively & uniquely”. Apakan yang dimaksudkan dengan ayat diatas? 8. Apakah itu pembelajaran informal? Berikan SATU contoh. 9. Mengikut Gagne (1985), terdapat lima jenis pembelajaran yang berbeza. Nyatakan. 10. Maklumat verbal merujuk kepada kebolehan individu menyatakan sesuatu fakta atau set peristiwa secara lisan atau bertulis. Berikan satu contoh pembelajaran maklumat verbal.
TAMAT BAB 2
49
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Rujukan Chong L.K. (2011) Murid dan Alam Belajar (2nd ed). Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Woolfolk,A. E (2008) Educational psychology(10th ed). Boston,MA:Allyn and Bacon.
http://hagar.up.ac.za/catts/learner/tyna/gagne.html www.intime.uni.edu/model/learning/lear.html
50
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
TAJUK 3 TEORI-TEORI PEMBELAJARAN SINOPSIS Sering kali kita menolak teori sebagai sesuatu yang ideal dan tidak dapat dipraktikkan, sebenarnya teori ialah hasil daripada kajian saintifik yang telah disah terima sebagai sesuatu prinsip atau asas yang boleh dijadikan panduan pelaksanaan. Kita akan meninjau secara dasarnya teori sosial dan humanisme agar kita dapat memanfaatkannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam bab ini, kita akan menjelaskan konsep teori behavioris, sosial, humanis dan kognitif.
HASIL PEMBELAJARAN 1.
Menghuraikan
konsep
penting
dalam
teori-teori
pembelajaran
yang
memperkukuhkan pengetahuan pedagogi. 2. Menghuraikan tentang teori-teori pembelajaran behavioris, kognitif dan konstruktivis, humanis dan teori pembelajaran sosial. 3. Menjelaskan prinsip-prinsip asas pelaziman klasik dan pelaziman operan dan implikasinya kepada proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak berkeperluan khas. 4. Menganalisis teori behavioris secara PMI dan merumuskan implikasi teori behavioris terhadap pengajaran dan pembelajaran. 5. Menjelaskan prinsip-prinsip teori pembelajaran sosial dan humanis serta implikasinya kepada proses pembelajaran dan pengajaran
51
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
KERANGKA KONSEP
Pelaziman Klasik Ivan Pavlov
Teori
J.B Watson
Behavioris
Pelaziman Operan B.F. Skinner E.L.Thorndike
Teori Sosial Teori –teori Pembelajaran
Albert Bandura
Teori
Abraham Maslow
Humanistik
Carl Rogers
Jean Piaget
Teori Kognitif/ Konstruktivis Wolfgang Kohler
Rajah 3.1: Kerangka Tajuk Teori-teori Pembelajaran
52
Implikasi teoriteori pembelajaran terhadap pengajaranpembelajaran dan terhadap kanak-kanak berkeperluan khas
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
PENGENALAN Pernahkah anda mengenali dan membaca hasil penemuan bagi tokoh-tokoh yang berkaitan dengan teori pembelajaran seperti Jean Piaget, Jerome Seymour Bruner, Lev Vygotsky dan John Dewey.
FIKIRKAN... Apa tanggapan dan persepsi anda terhadap gambar-gambar di atas? Apakah yang anda fikirkan? Adakah anda pernah melihat sebelum ini? Mungkin anda pernah mempelajarinya sewaktu mengikuti kursus perguruan diperingkat sijil perguruan sebelum ini. Berikan respon anda.
53
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
3.0 TEORI PEMBELAJARAN Satu lagi alat yang boleh digunakan untuk memahami proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mendalam adalah melalui teori. Teori boleh diertikan sebagai satu set prinsip dan definisi (Kerlinger, 1986, as cited in Noriati, Boon & Sharifah Fakhriah, 2009).
Sehubungan dengan itu, dengan berbekalkan fahaman yang mendalam tentang satu-satu teori, maka individu mampu menghasilkan satu cara penyelesaian yang baru yang kreatif dan berinovasi semasa menghadapi masalah sesuatu fenomena. Seperti yang telah anda ketahui, pembelajaran adalah merupakan satu proses yang melibatkan pemikiran (kognitif), emosi, pengaruh persekitaran dan
pengalaman
yang
akan
mengakibatkan
perubahan
tingkah
laku,
pengetahuan, kemahiran, nilai dan pandangan seseorang individu (Ormrod, 1995). Dengan erti kata lain, pembelajaran sebenarnya ialah satu proses yang memberi tumpuan kepada ‘belajar’ yang mampu membawa perubahan menyeluruh kepada seseorang individu. Oleh itu, bagaimana kita boleh mengaitkan teori dengan pembelajaran? Bagaimana pula teori pembelajaran boleh membantu kita sebagai individu atau sebagai guru,khasnya?
Sebenarnya, teori pembelajaran ialah penjelasan tentang cara manusia dan haiwan belajar (Noriati, Boon & Sharifah Fakhriah, 2009). Teori pembelajaran berusaha untuk menjelaskan cara manusia belajar dan memberi cadangan cara menyelesaikan masalah pembelajaran. Di samping itu, ahli-ahli psikologi pendidikan telah mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku dan menghasilkan beberapa teori.
54
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
PERBINCANGAN
Dengan menggunakan format yang disediakan, anda dikehendaki membuat catatan tentang ujikaji yang dilakukan oleh setiap tokoh teori pembelajaran serta hasil penemuannya. Kemudian anda harus memberikan komen terhadap hasil penemuan tokoh berkenaan.
Tokoh
Burrhus F. Skinner (1904 – 1990)
Albert Bandura (1925 – sekarang)
Ujikaji
Hasil Dapatan
Kotak Skinner. Seekor tikus yang sedang melompat-lompat disekeliling kotak tiba-tiba menekan butang yang akan mengeluarkan seketul makanan.Tanpa membuang masa tikus itu akan mengulangi menekan butang tersebut untuk mendapatkan makanan. Kajian patung Bobo yang berfokuskan kepada pola tingkahlaku berhubung kait dengan tingkahlaku agresif .
55
Komen
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Ivan Petrovich Pavlov (1849 - 1936)
Abraham Maslow
Melatih anjing untuk mengeluarkan air liur apabila kedengaran bunyi loceng.(konsep rangsangan dan gerakbalas) Hirarki keperluan Maslow.Keperluan Fisiologi, keselamatan, kasih sayang, harga diri dan penyempurnaan kendiri.
( 1908- 1970)
Jean Piaget (1896- 1980)
Lev Vygotsky ( 1896- 1934)
Kanak-kanak aktif membentuk kefahaman terhadap persekitaran melalui empat tahap perkembangan kognitif. Kebolehan intelek adalah spesifik kepada budaya di mana kita dipelihara dan dibesarkan. Kebanyakan daripada apa yang kita berfikir dan cara berfikir dipengaruhi oleh budaya.
56
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
3.1 TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS Pendekatan Behavioris memberi tumpuan kepada tingkahlaku yang boleh diperhatikan (secara nyata atau tidak nyata) dan pengaruhnya terhadap perubahan tersebut. Teori ini diwakili dengan perkataan Rangsangan- Gerak balas (R-G). Perkaitan antara Rangsangan, Organisma dan Gerakbalas boleh diringkaskan dalam Rajah 3.2.
Rangsangan (R)
Organisma
Gerakbalas (G)
Rajah 3.2 Kesan rangsangan kepada organisma dan gerakbalas yang diperhatikan.
Beberapa tanggapan ahli-ahli behavioris termasuklah :i. Sebahagian besar daripada tingkah laku manusia dipengaruhi oleh rangsangan (R) dari persekitaran, ii. Pembelajaran ialah hasil dari kejadian yang boleh diperhatikan iii. Pembelajaran melibatkan perubahan tingkah laku iv. Pembelajaran akan berlaku apabila rangsangan dan tindak balas berlaku dalam masa yang dekat v. Proses mental diabaikan dalam bilik darjah behavioris vi. Prinsip pembelajaran adalah sama merentas semua spesis.
Antara contoh teori pembelajaran behavioris yang boleh diperhatikan ialah i. loceng yang berbunyi di sekolah untuk menandakan pertukaran waktu, rehat atau balik. ii. cara murid mengumpul buku latihan selepas dilatih oleh guru iii. individu yang fobia selepas mengalami sesuatu kejadian yang menakutkan iv. sitcom televisyen yang menyebabkan penonton ketawa walaupun tidak lucu. 57
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Tokoh-tokoh Teori Behavioris
Pelaziman Klasik
Pelaziman Operan
Ivan
J.B.
B.F
E.L.
Pavlov
Watson
Skinner
Thorndike
Rajah 3.3 Tokoh-tokoh teori behavioris (Sumber: Noriati, Boon, dan Sharifah Fakriah, 2009, p 49)
PERBINCANGAN Berdasarkan Input 2 di atas cuba anda perhatikan rangsangsan yang diberikan dan apa pula gerakbalas anda terhadap rangsangsan ini? Mengapa anda bertindak sedemikian? (Rangsangan, R) Apa G anda?
? (Rangsangan, R)
Apa G anda?
58
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
3.2 TEORI PELAZIMAN KLASIK Teori Pelaziman Klasik Pavlov (1849-1936).
Ivan Pavlov (1849- 1936) Berbangsa Rusia Belajar fisiologi di Universiti Leibzig, Jerman Pemenang Hadiah Nobel: Fisiologi Pencernaan
Rajah 3.4 Eksperimen pelaziman klasik Pavlov
Nama Pavlov memang sinonim dengan gambar di atas Apa sebenarnya konsep dan eksperimen yang diperkenalkan oleh Pavlov? . Cuba perhatikan Rajah 3.5 sebelum kita pergi lebih lanjut tentang Pelaziman Klasik Pavlov.
59
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Konsep penting Pelaziman Klasik
Rangsangan
Nuetral
Semula jadi
Gerak balas
Terlazim
Semula jadi
Terlazim
Rajah 3.5 Konsep-konsep penting dalam pelaziman klasik
Konsep-konsep penting dalam Pelaziman Klasik
Rangsangan Rangsangan nuetral: Semua objek, perkara atau peristiwa yang tidak ada hubungan langsung dengan diri kita, oleh itu tiada respon dari kita. Rangsangan semulajadi: Semua objek,perkara atau peristiwa yang ada hubungan semula jadi, maka respon semula jadi akan diberikan Rangsangan terlazim: Rangsangan yang terhasil apabila rangsangan nuetral digabungkan dengan rangsangan semulajadi untuk menghasilkan gerakbalas yang serupa dengan rangasangan semulajadi
Gerak balas Gerakbalas semulajadi (juga dikenali sebagai gerakbalas pantulan): dimiliki oleh semua organisma yang mempunyai siatem saraf. Contoh, air liur yang meleleh apabila melihat makanan yang enak, kelipan mata apabila terdapat gangguan. Gerakbalas terlazim: Gerakbalas yang berlaku hasil dari rangsangan terlazim
60
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Teori Pavlov Bagi Pavlov, minda manusia adalah seperti ‘kotak hitam’ yang tidak boleh dibuka; yang hanya boleh kita perhatikan ialah rangsangan yang masuk dan gerak balas atau respons yang keluar sebagai reaksi kepada rangsangan. Pelaziman klasik (classical conditioning) ialah sejenis pembelajaran yang berlaku apabila organism dapat membuat perkaitan atau hubungan antara rangsangan neutral dengan rangsangan semulajadi. Pavlov melakukan
eksperimen dengan
anjingnya. Perhatikan rajah untuk mengetahui lebih lanjut tentang ekperimen Pavlov
Penerangan rajah dan eksperimen Pavlov
Gambar 1: Makanan (food) ialah rangangan semula jadi (unconditioned stimulus). Organisma akan memberi gerak balas semulajadi (unconditioned response) kepada rangsangan semulajadi Gambar 2. Loceng (bell) ialah Rangsangan neutral (Nuetral stimulus). Tiada sebarang gerak balas atau reaksi dari organism
61
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Gambar 3 Apabila
loceng
(rangsangan
neutral)
digabungkan
dengan
makanan
(rangsangan semulajadi), juga akan menghasilkan gerak balas semulajadi. Gerakbalas atau reaksi ini adalah sama seperti apabila hanya makanan (rangsangan semulajadi diberikan). Kombinasi loceng dan makanan diberi berulang kali kepada anjing untuk mendapatkan gerakbalas yang sama. Gambar 4 Hanya loceng dibunyikan (tanpa makanan) tetapi tetap mendapat respon atau reaksi yang sama. Kini, loceng berfungsi sebagai rangsangan terlazim (conditioned stimulus) dan reaksi anjing ialah gerak balas terlazim (conditioned response) Oleh itu, pembelajaran dalam pelaziman klasik berlaku apabila organisma dapat mengaitkan dua rangsangan, iaitu rangsangan neutral dengan rangsangan semula jadi. Menurut pelopor teori ini, manusia juga mempamerkan tingkah laku ini. Oleh itu, pembentukan tingkah laku pembelajaran di bilik darjah boleh dilakukan melalui kombinasi rangsangan yang diberikan oleh guru. Contohnya bunyi loceng yang diberikan berulang kali telah menyebabkan semua murid di sekolah tahu bunyi loceng menandakan pertukaran waktu, rehat atau balik. Terdapat 3 tingkahlaku yang boleh dikaitkan dengan Teori Pelaziman Klasik.
Penghapusan (extinction) Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim (conditioned stimulus) diberikan berulang kali tanpa rangsangan semula jadi (unconditioned stimulus). Dalam erti kata ujikaji di atas, loceng dibunyikan tanpa makanan. Penghapusan melibatkan proses melemahkan gerak balas terlazim dengan meniadakan rangsangan semulajadi. Contohnya perasaan takut terhadap guru mata pelajaran dan guru matematik boleh dikurangkan sekiranya pelajar tersebut mendapat
guru
matematik
yang
memahami
menggunakan strategi dan kaedah P& P yang sesuai.
62
kelemahannya,
pandai
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Generalisasi Generalisasi berlaku apabila organism mengaitkan rangsangan terlazim dengan bunyi-bunyi lain yang seakan-akan serupa. Contohnya, anjing akan tetap melelehkan air liur sekiranya anjing tersebut mendengar bunyi wisel yang hampir sama dengan bunyi loceng. Hal ini kerana telah berlaku pemindahan pembelajaran (Noriati, Boon & Sharifah Fakhriah, 2009). Ini juga bermakna, pelajar yang takut kepada guru matematik yang tegas, Diskriminasi Diskriminasi berlaku apabila organisma hanya member respons atau gerak balas tertentu sahaja. Contohnya, anjing tidak akan member gerakbalas kepada bunyi lain selain dari bunyi loceng. Bunyi-bunyi lain selain dari bunyi loceng ialah rangsangan neutral.
Teori Pelaziman Klasik J.B Watson (1878-1956).
Watson percaya semua perbezaan tingkah laku individu adalah disebabkan oleh perbezaan pengalaman pembelajaran. Watson juga melihat psikologi sebagai kajian tentang tingkah laku manusia yang dapat dikawal dan diramal). Beliau pernah berkata,
63
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
“Give me a dozen healthy infants, well-formed, and my own specified world to bring them up in and I'll guarantee to take any one at random and train him to become any type of specialist I might select - doctor, lawyer, artist, merchantchief and, yes, even beggarman and thief, regardless of his talents, penchants, tendencies, abilities, vocations and the race of his ancestors”. (Watson, 1924, as cited in Classical Conditioning, n.d)
Watson terkenal dengan eksperimennya bersama seorang bayi berumur 11 bulan yang diberi nama “Little Albert”. Seperti gambarajah di atas, Albert diberi bermain dengan seekor tikus putih. Pada mulanya, Albert tidak menunjukkan sebarang rasa takut pada tikus ini, malah boleh bermain dengannya. Namun, beberapa saat selepas memperkenalkan tikus putih tersebut, Watson mengetuk penukul pada palang besi yang tergantung di belakang Albert. Bunyi hentaman tersebut menyebabkan bayi terkenaan menangis dengan kuat. Kejadian tikus bersama ketukan penukul ini diulangi sebanyak 7 kali selama 7 minggu berturutturut dan setiap kali Albert akan menangis ketakutan. Akhirnya, Albert akanterus mengangis apabila melihat tikus putih, walaupun tidak dirirngi oleh bunyi ketukan penukul. Watson telah membuktikan bahawa Little Albert telah mengaitkan tikus putih dengan bunyi hentaman yang menakutkan. Malah bayi berkenaan juga menunjukkanrasa takut terhadap apa-apa sahaja yang berbulu dan berwarna 64
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
putih (generalisasi). Di samping itu, Watson juga menunjukkan perkaitan antara pelaziman klasik dengan fobia. Pemerhatian ke atas Little Albert 10 hari selepas pelaziman menunjukkan rasa takut yang berkurangan (penghapusan), namun rasa takut ini berkekalan selepas sebulan. Watson juga mengatakan bahawa kanak-kanak mempunyai tiga reaksi emosi yang asas iaitu rasa takut, marah dan sayang. Oleh itu, dalam bilik darjah, guru boleh memastikan pembentukan emosi positif di kalangan pelajarnya. Suasana bilik darjah yang mesra, adil, dan berdisiplin dapat membentuk
persekitaran
psikososial
yang
positif,
yang
seterusnya
mempengaruhi emosi pelajar.
PERBINCANGAN
1.Tahukah anda mengapa seekor gajah yang besar boleh kekal terikat pada sebatang pokok yang kecil sedangkan gajah berkenaan mempunyai tenaga yang mencukupi mengheret beberapa batang balak sekaligus?. 2. Cuba anda baca kembali eksperimen yang dilakukan oleh Watson terhadap Little Albert. Bolehkah anda kenal pasti yang mana ialah rangsangan semulajadi (unconditioned stimulus), gerakbalas semulajadi (unconditioned response), rangsangan nuetral yang kemudian menjadi rangsangan terlazim (conditioned stimulus) dan gerakbalas terlazim (conditioned response)?
3.3 TEORI PELAZIMAN OPERAN Teori Pelaziman Operan (Operant Conditioning) merupakan satu bentuk pembelajaran yang melibatkan satu siri perkaitan antara rangsangan dan gerakbalas. Perkaitan ini boleh diperkuatkan atau diperlemahkan melalui peneguhan atau dendaan. Teori ini perkenalkan oleh B.F. Skinner.
65
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Teori Pelaziman Operan E.L. Thorndike (1987-1949)
Tenaga pengajar di Teachers College, Universit Columbia Banyak membuat kajian tentang proses pembelajaran “connectionism”
Ujikaji yang dilakukan oleh Thorndike adalah yang berhubung dengan hubungan atau connection antara rangsangan dengan gerakbalas yang akan menjadi kukuh jika kesan tingkah laku tersebut menyeronokkan atau memuaskan.
BUAT NOTA Sila buat rujukan tentang eksperimen Thorndike dengan seekor kucing yang cuba melepaskan diri sangkar. Menurut Thorndike, hubungan antara rangsangan dan gerakbalas akan menjadi lebih kukuh apabila wujud kesan yang positif. Dalam hal ini, masa yang diambil oleh kucing untuk melepaskan diri dari kurungan menjadi semakin singkat apabila terdapat makanan (ganjaran) selepas berjaya melepaskan diri. Berdasarkan ini, Thorndike telah memperkenalkan Tiga Hukum Pembelajaran.
66
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
a. Hukum Kesan: Sesuatu gerak balas yang dikuti dengan kesan yang menyeronokkan dan memuaskan akan menyebabkan gerak balas tersebut diulang. Namun, sekiranya berlaku kesan yang tidak memuaskan, maka gerak balas tidak akan diulangkan. Secara ringkasnya,
Rangsangan positif
Gerak balas
Rangsangan negatif
Gerak balas
=
Gerak balas diulangi
=
Gerak balas tidak diulangi
Rajah 3.8: Hukum Kesan
Dengan kata lain, Hukum Kesan mengatakan guru hendaklah menyediakan suasana pembelajaran yang dapat membawa kepada rasa berjaya. Sekiranya guru tidak kedekut dengan pujian, pelajar akan berasa puas hati dan gembira.
b. Hukum Latihan Hukum Latihan menegaskan bahawa manusia belajar melalui proses membuat dan mengulang dan lupaan berlaku apabila perkara yang dipelajari tidak dipelajari atau diulangi. Oleh itu, hubungan R-G yang positif boleh diperkukuhkan sekiranya dibuat berulang kali. Sebaliknya, hubungan R-G akan menjadi lemah jika tidak diulangi. Dalam situasi bilik darjah pula, hukum ini menggalakkan guruguru memberi latihan dalam perlbagai bentuk, latihtubi dan mengaplikasikan kemahiran dengan lebih kerap
67
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
c. Hukum Kesediaan Hukum ini memberi perhatian kepada kesediaan organisma dari segi kognitif (pengetahuan lepas), afektif (perasaan, kecenderungan dan minat) dan psikomotor (fizikal). Bagi Thorndike, sekiranya tiada persediaan yang mencukupi akan membawa kepada kekecewaan. Contohnya,
Pelajar bersedia, guru bimbing dengan baik
→
kesan positif pada pelajar, pembelajaran
berlaku Pelajar bersedia, tiada bimbingan dari sesiapa
→
kesan negatif pada pelajar,
pembelajaran tidak berjaya Pelajar belum bersedia, dipaksa untuk belajar
→
kesan mengecewakan, pembelajaran
tidak berjaya.
Oleh itu, mengikut hukum ini, guru perlu memastikan pelajar ada kesediaan yang diperlukan untuk memulakan sesuatu topik atau aktiviti pembelajaran. Pelajar boleh mengikuti pembelajaran dengan baik dan akan mencapai kejayaan sekiranya perkara yang dipelajari selaras dengan keupayaan mereka.
Teori Pelaziman Operan B.F. Skinner (1904- 1990).
Kelulusan ijazah pertama dalam Bahasa Inggeris daari Kolej Hamilton, New York. Ijazah Sarjana dan kedoktoran dalam psikologi dari Universiti Harvard. Salah sebuah dari bukunya yang popular ialah Walden II, sebuah fiksyen tentang prinsip behaviorisnya.
68
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Pelaziman operan menekankan hasil kesan-akibat yang membawa kepada sama ada tingkah laku baharu, tingkah laku lama diteruskan atau diulanginya atau sebaliknya. Bagi pelopor pelaziman operan, kesan-akibat mempunyai perkaitan rapat dengan ganjaran dan hukuman. Oleh itu, tingkah laku baharu yang diingini boleh dibentuk melalui ganjaran dan peneguhan atau hukuman dan dendaan. Skinner merumuskan pelaziman operannya seperti Rajah 3.9
Peristiwa awal
Kesanakibat
Tingkah laku
Rajah 3.9 Pembelajaran Behavioris mengikut Skinner Diterjemahkan dari Behavioural, (n.d). p.2.
Jadual 3.1: Pembelajaran dan perubahan tingkah laku
69
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Peristiwa Awal (Antecedents)
Rangsangan luaran yang menyebabkan kita untuk bertindak.
Tingkah laku (Behavior)
Untuk ahli behavioris, tingkah laku dibahagikan kepada dua kategori, yang diingini atau yang tidak diingini. Ahli Behavioris juga berpendapat, persepsi ialah segala-galanya. Contoh, keinginan seorang guru supaya pelajarnya menyiapkan kerja rumah bukan keinginan seorang peljar berkenaan untuk berbuat demikian.
Kesan akibat (Consequences)
Kesan dan akibat ialah motivasi yang akan menetukan sama ada meningkatkan atau menurunkan kemungkinan sesuatu gerak balas berulang semula.
Skinner membuktikan teori peneguhannya dengan ”Peti Skinner”. Rajah di bawah menunjukkan Peti Skinner.
Rajah 3.10 Peti Skinner
70
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Dalam ujikajinya, Skinner memastikan tikus hanya akan mendapat makanan apabila tuil (lever) suis ditekan. Tikus akan melakukan cuba-jaya (trial and error), menghidu dan mencari-cari
sehingga tertekan suis, lampu terpasang dan
akhirnya mendapat makanan (ganjaran). Selepas itu, Skinner juga mengenakan kejutan elektrik (fungsi ‘shock grid’ dalam gambarajah) apabila suis ditekan. Ringkasan uji kaji Peti Skinner boleh diperhatikan dalam Jadual 3.1
Jadual 3.2 Contoh ringkasan uji kaji dalam Peti Skinner Tingkah laku Awal
Tingkah laku/ Tindakan
Kesan Tindakan
Teknik
Kesan Tingkah Laku
Rawak
Tertekan tuil suis
Makanan keluar
Peneguhan
Diteruskan
Terlazim
Menekan tuil suis Menekan tuil suis-lampu menyala
Makanan keluar Makanan tidak keluar
Peneguhan
Diteruskan
Penguhan positif
Diteruskan
Menekan tuil suis-kejutan elektrik Menekan tuil suis-kejutan elektrik
Makanan tidak keluar
Peneguhan negatif
Tidak diteruskan
Makanan tidak keluar
Hukuman
Tidak diteruskan
Terlazim
Terlazim
Terlazim
Sumber: Noriati, Boon & Sharifah Fakhriah, 2009, p.58
71
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Konsep Peneguhan dan Hukuman mengikut Skinner Jadual 3.3 : Konsep peneguhan dan hukuman mengikut Skinner Konsep Peneguhan
Hukuman
Jenis Positif
Penerangan Kemungkinan tingkah laku diteruskan apabila tingkah laku diikuti dengan rangsangan yang menyenangkan (ganjaran)
Contoh Pelajar menyiapkan tugasan mengikut masa yang ditetapkan, guru memuji. Pujian guru akan menyebabkan murid meneruskan usaha cemerlangnya
Negatif
Kemungkinan tingkah laku akan diulangi apabila rangsangan yang tidak menyenangkan ditiadakan
Guru sering menegur seorang pelajar yang tidak berpakaian kemas. Akhirnya, pelajar menjaga kebersihan dirinya dan guru tidak lagi berleter dan mengkritik pelajar berkenaan. Pelajar mengekalkan kekemasan dirinya.
Beri
Kemungkinan tingkah laku diulangi berkurang apabila rangsang diberikan.
Pelajar ditangkap merokok di sekolah oleh itu dia dirotan.
Tarik
Kemungkinan tingkah laku diulangi berkurang hasil dari rangsangan yang selesa ditarik balik
Pelajar didapati tidak menyiapkan kerja rumah, oleh itu dia tidak dibenarkan untuk keluar berehat.
Di samping Jadual 3.3 di atas, Skinner telah memperincikan Peneguhan Positif dan membahagikan lagi kepada kategori mengikut Jadual 3.4
72
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Jadual 3.4 Jadual peneguhan positif Peneguhan
Jenis
Contoh
Berterusan
Berkala nisbah tetap
Guru beri ganjaran bagi setiap langkah pelajar semasa membuat aktiviti sehingga pelajar selesai Berdasarkan isi kandungan
Berkala Nisbah Berubah
Berkala Selang Masa Tetap
Berdasarkan masa
Berkala Selang Berubah
Bagi setiap 5 soalan, pelajar dapat menjawab dengan betul, satu token akan diberikan. Token boleh ditukar dengan aktiviti atau benda yang disukai Untuk menjawab soalan guru, pelajar perlu mengangkat tangan. Peluang untuk menjawab soalan tidak dapat dijangka. Pelajar menghadapi ujian pada setiap akhir bulan Pelajar tidak tahu bila guru akan memberi ujian pop.
3.4 IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN a. Guru hendaklah menetapkan matlamat yang spesifik. Ini bermakna,
Matlamat akhir proses pembelajaran hendaklah dinyatakan dengan jelas 73
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Pastikan matlamat yang dinyatakan adalah realistik dan boleh dicapai
b. Guru perlu menetapkan objektif bagi setiap langkah pengajaran
Objektif hendaklah khusus
c. Buat analisis tugasan
Pastikan tugasan yang diber sesuai dengan kemampuan pelajar
Pecahkan tugasan kepada bahagian-bahagian kecil supaya mudah difahami
d. Sediakan langkah pengajaran secara berperingkat
Susunan langkah haruslah secara progresif, contohnya dari mudah kepada sukar.
e. Aplikasi teknik peneguhan yang sesuai
Peneguhan berterusan diberikan pada peringkat pembentukan tingkahlaku
Peneguhan berkala selepas tingkah laku dikuasai
f. Aplikasi Hukum Kesediaan
Kaitkan pembelajaran baharu dengan pengetahuan sedia ada
Sediakan situasi yang merangsangkan
Cungkilkan rasa ingin tahu/ motivasi pelajar
g. Aplikasi hukum latihan
Banyakkan pengulangan dan latih tubi
Sediakan bahan yang banyak dan pelbagai
h. Aplikasi Hukum Kesan dan Akibat
Adakan aktiviti pengukuhan
Pilih dan aplikasi peneguhan yang sesuai
i. Sediakan amalan bilik darjah yang sesuai
Amalan rutin belajar
Amalan rutin keceriaan
Peraturan bilik darjah yang mesra dan positif
Pembelajaran koperatif dan kolaboratif
74
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
3.5 TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL
Albert Bandura
Pelopor Teori Pelopor teori pembelajaran sosial ialah Albert Bandura. Beliau merupakan ahli psikologi kelahiran Kanada dan berkhidmat di Universiti Stanford mulai tahun 1953 hingga sekarang. Teori Pembelajaran Sosial dikenali juga sebagai teori pembelajaran peniruan dan juga sebagai pembelajaran pemerhatian atau modeling menekankan faktor sosial di mana manusia berfikir dan bertingkahlaku melalui pemerhatian dan meniru tingkahlaku yang menghasilkan ganjaran. Pembelajaran sosial menurut Albert Bandura melibatkan hubungan pengaruh tiga unsur iaitu persekitaran, individu (kognitif) dan tingkah laku.(Ormrod, 2008)
Bandura mengemukakan model determinisme timbal balik yang mengandungi tiga faktor utama, iaitu perlakuan, individu (kognisi) dan persekitaran (lihat Rajah 3.11).
Faktor-faktor
tersebut
saling
berinteraksi
dan
mempengaruhi
pembelajaran. Bandura berpendapat bahawa perlakuan seseorang adalah hasil interaksi antara faktor dalam diri dan persekitaran.
Individu Persekitaran
Tingkah Laku
Rajah 3.11 Pengaruh tiga unsur dalam pembelajaran sosial
75
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Melalui satu kajian ke atas kesan perlakuan kanak-kanak apabila mereka menonton video tentang orang dewasa, Bandura mendapati bahawa kanakkanak akan meniru perlakuan orang dewasa tersebut. Kajian yang dinamakan kajian Patung Bobo memperlihatkan bagaimana kanak-kanak yang melihat perlakuan ganas orang dewasa memukul patung Bobo bertindak serupa apabila diberi peneguhan. Mengikut Bandura, apabila tingkah laku seseorang itu ditiru, orang yang ditiru itu secara spontan menjadi model kepada si peniru. Kesimpulan daripada kajian yang dilakukan oleh Bandura mendapati kanakkanak suka meniru tingkah laku yang diperhatikan terutama tingkah laku yang mendapat peneguhan.
Menurut teori ini, terdapat beberapa cara peniruan yang boleh dilakukan iaitu : a. Peniruan secara langsung Peniruan secara langsung terjadi apabila seseorang melihat orang lain (model) melakukan sesuatu dan meniru kelakuan itu. Contohnya apabila guru menunjukkan cara menendang bola, pelajar akan menirunya secara langsung. b. Peniruan sekat lakuan dan tak sekat lakuan Peniruan sekat lakuan ialah peniruan yang sesuai dilakukan dalam keadaan tertentu tetapi tidak digunakan dalam keadaan atau situasi yang lain. Contohnya murid boleh meniru kawan mereka bersorak di padang tetapi tidak boleh meniru kawan mereka bersorak di dalam bilik darjah. Peniruan tak sekat lakuan pula
76
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
melibatkan tindakan yang boleh dilakukan dalam semua situasi. Contohnya pelajar meniru gaya berbudi bahasa gurunya. c. Peniruan Elisitasi Peniruan ini melibatkan emosi dan keinginan.Dalam proses elitasi seseorang akan terus lakukan apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudah mengetahui cara melakukan tingkahlaku tersebut. Contohnya timbul keinginan di hati Kamal untuk membantu bapanya membasuh kereta setelah melihat Badrul membantu bapanya membasuh kereta.
Langkah-Langkah Pembelajaran Peniruan a.Tumpuan Perhatian Individu menumpukan perhatian dan memerhatikan perlakuan model berulang kali. b.Penyimpanan dalam Ingatan Langkah-langkah perlakuan model akan disimpan dalam ingatan oleh pelajar. Pemerhatian perlu disimpan dan dikekalkan dalam ingatan dan akan berlakunya proses mengenkod, menyimpan dan mendekod. c.Pengeluaran Maklumat, tingkahlaku dan kemahiran yang disimpan dikeluarkan dalam bentuk perlakuan. Kecekapan ini bergantung kepada keupayaan fizikal dan kemahiran tiruan motor pemerhati serta kemahiran mengingat dengan tepat.
d.Motivasi dan Peneguhan Sekiranya Individu berasa seronok dan mendapat peneguhan daripada orang lain, maka tingkahlaku itu akan diulangi dan dikukuhkan. Model dalam teori Pembelajaran Sosial Bandura dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
i. Model Sebenar / Model hidup Model ini merujuk kepada model sebenar atau model langsung seperti tingkah laku manusia, haiwan atau objek yang ditiru.
77
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
ii. Model simbolik Model simbolik merujuk kepada langkah kerja atau prosedur.Model ini boleh dalam bentuk bahasa atau bentuk visual (gambar, carta aliran, gambar rajah).Termasuk dalam kategori ini ialah watak dalam cerita, tokoh sejarah serta tingkah laku watak – watak yang ditonton dan didengar melalui media dan televisyen.
3.6 Implikasi Teori Pembelajaran Sosial Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran a. Pembelajaran berlaku melalui pemerhatian dan peniruan. Oleh yang demikian guru perlu menunjukkan tingkah laku yang boleh diteladani. b. Penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar dapat menjadi role model kepada pelajar. c. Demontrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar pelajar dapat meniru dengan cepat. d. Guru boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang sebagai model. e. Guna model sebenar yang mungkin terdiri daripada rakan sebaya yang mempunyai ketokohan yang tinggi dan sesuai untuk ditiru. f. Paparkan hasil kerja terbaik untuk membolehkan pelajar berkenaan terus berusaha dan dapat merangsang pelajar lain berusaha seperti yang mereka lakukan. g. Guru boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik main peranan dan simulasi h. Guru perlu memberi peneguhan kepada pelajar yang menunjukkan tingkah laku yang diingini. LATIHAN AKTIVITI
Muat turun maklumat daripada internet mengenai pembelajaran sosial atau modeling dan rumuskan semua isi yang bekaitan dalam bentuk peta konsep. Masukkan ke dalam portfolio anda.
78
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
3.7 TEORI PEMBELAJARAN HUMANISTIK Pendekatan humanistik melihat pelajar sebagai insan berpotensi, bermotivasi dan berkeupayaan untuk belajar dan berkembang. Bagi humanistik, manusia dilihat sebagai makhluk yang istimewa dan mempunyai keupayaan yang berbeza dengan haiwan. Humanistik percaya bahawa manusia bertindak atas dasar keperluan, motivasi, minat dan nilai, dengan itu individu itu harus dilihat sebagai satu entiti. Pendekatan humanistik terhadap pendidikan menekankan keunikan setiap individu dengan mengiktiraf persepsi, pengalaman dan pendekatan terhadap pembelajaran yang berbeza. Ini bererti pendekatan ini memberi tumpuan kepada perkembangan konsep kendiri, motivasi intrinsik dan kesedaran kendiri pelajar. Apakah objektif asas pendidikan daripada pandangan humanistik? Lima objektif asas pendidikan daripada pandangan humanistik (Gagne dan Berliner, 1991). i. Memupuk pembelajaran arah kendiri dan tidak bergantung pada orang lain. ii. Mengembangkan keupayaan bertanggungjawab ke atas pembelajaran dan perkara yang dipelajari. iii. Mengembangkan kreativiti dan pemikiran bercapah. iv. Mencungkil dan mengembangkan daya ingin tahu serta penerokaan. v. Mengembangkan kecenderungan aspek seni dan emosi.
Apakah prinsip-prinsip pendekatan pembelajaran humanistik? Gagne dan Berliner (1991) merangkumkan prinsip-prinsip pendekatan humanistik seperti berikut: i.
Pelajar akan mudah belajar perkara yang ingin dipelajari dan perkara yang ingin diketahui oleh mereka.
ii.
Mengetahui cara belajar adalah lebih penting daripada memiliki banyak pengetahuan.
iii.
Penilaian kendiri hasil kerja pelajar merupakan penilaian yang lebih bermakna, namun pelajar perli mencapai tahap pencapaian yang ditetapkan. 79
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
iv.
Perasaan adalah sama penting dengan fakta.
v.
Pelajar belajar lebih baik dalam persekitaran yang tidak mengancam seperti selamat secara fizikal, emosional, psikologikal serta nyaman.
Antara tokoh-tokon humanistik termasuklah Carl Rogers, Abraham Maslow, John Holt, Malcolm Knowles dan lain-lain. Dua tokoh utama bagi pendekatan pembelajaran humanistik ialah Carl Rogers dan Abraham Maslow. Kita meninjau secara ringkas pandangan kedua-dua tokoh ini.
Carl Rogers (1902-1989)
Carl Rogers Carl Rogers (1902-1989) dilahirkan di Oak Park, Illinois, Amerika Syarikat. Beliau terkenal sebagai pengasas teori kaunseling terapi berpusatkan klien serta psikoterapi yang bukan bersifat mengarah. Pada mulanya beliau belajar teologi dan kemudiannya beralih kepada psikologi klinikal serta psikologi pendidikan. Carl Rogers berpendapat bahawa manusia pada dasarnya adalah baik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk mencapai potensi diri. Sebagai insan yang baik, jika dijurus ke arah yang betul akan berkembang secara positif, baik rohani dan jasmani. Bagi Rogers, insan yang sempurna memiliki kualiti berikut: i. Berfikiran terbuka terhadap pengelaman dunia. Dapat membuat tanggapan yang betul tentang pengalamannya. ii. Menerima hidup seadanya. Mengutamakan perkara yang ada pada hari ini bukan semalam atau esok. iii. Mempercayai pemikiran dan perasaan sendiri sebagai sesuatu yang tepat iv. Menghargai kebebasan diri dan bertanggungjawab ke arah tindakan sendiri. 80
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
v. Kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti sosial serta menyumbang khidmat kepada masyarakat mengikut kemahiran masing-masing. Dalam pembelajaran, Rogers memberi penekanan kepada hubungan personel antara guru sebagai fasilitator dengan pelajar. Oleh itu teori humanistik mengutamakan pembelajaran berpusatkan pelajar.Prinsip umum pembelajaran bagi Rogers adalah:
Kita tidak boleh mengajar seseorang secara langsung, tetapi kita hanya dapat membimbing pembelajarannya.
Struktur dan organisasi diri seseorang menjadi lebih rigid jika dia merasakan dirinya terancam dan sebaliknya akan menjadi tenang jika tiada ancaman. Bagi Rogers, pembelajaran berkesan akan terhasil jika pelajar berasa
tenang dan bebas daripada ancaman serta perbezaan individu dan pengalaman pelajar diambil kira dalam menentukan tahap layanan yang sewajarnya. Rogers menyarankan agar menerima semua pelajar sebagai individu yang memiliki potensi dan yang sedang berkembang. Dalam pendidikan Rogers terkenal dengan teori pembelajaran pengalaman (experiental learning). Menurut Rogers semua insan mempunyai daya dan keinginan yang tinggi untuk belajar. Kegagalan untuk belajar bukan kerana ketidakupayaan pelajar tetapi puncanya suasana pembelajaran yang kurang sesuai. Dalam menyediakan suasana yang kondusif untuk murid-murid belajar, guru
perlu
menjelaskan
objektif
pembelajaran,
membekalkan
sumber
pembelajaran yang sesuai, mengimbangkan komponen intelektual dan emosi berkaitan dengan pembelajaran, dan berkongsi perasaan dan idea dengan mereka. Rogers mengkategorikan pembelajaran kepada dua bentuk. 1. Pembelajaran Kognitif 2. Pembelajaran pengalaman Pembelajaran
Kognitif
dianggap
kurang
bermakna
kerana
melibatkan
pembelajaran mata pelajaran akademik semata-mata. Melibatkan proses belajar 81
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
di dalam bilik darjah, membaca dan membincang tentang pengalaman dan hasil kerja orang lain. Pembelajaran pengalaman melibatkan aplikasi pengetahuan. Pembelajaran jenis ini mengambil kira keperluan dan kehendak pelajar. Oleh itu pembelajaran pengalaman melibatkan perkembangan diri, motivasi, daya usaha, penilaian kendiri dan mempunyai kesan jangka panjang. Pembelajaran pengalaman merupakan belajar melalui proses membuat. Pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran, yang merangkumi merancang, membuat kajian, menghasilkan
sesuatu
yang
pasti
akan
ada
hasil
dan
kesan
yang
memberangsangkan. Melalui proses ini pelajar meneroka, mencari jalan penyelesaian, membuat uji kaji, kajian dan sebagainya. Melalui proses membuat sendiri, dalam kumpulan terutamanya, pelajar akan belajar bekerjasama, berfikir, merancang, menghayati nilai, dan memupuk sikap yang baik. Secara langsung pelajar belajar mengambil tanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri.
Abraham Harold Maslow (1908-1970)
Abraham Maslow dilahirkan di Rusia dan kemudiannya menetap di Amerika Syarikat. Beliau merupakan seorang ahli psikologi yang terkenal dengan Hirarki Keperluan yang diperkenalkan pada tahun 1947 hingga 1954, dan telah diterbitkan dalam Motivation and Personality pada tahun 1954. Beliau juga digelar sebagai Bapa Psikologi Humanistik. Maslow telah menghasilkan dengan 82
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
teori
perkembangan
manusia
terutamanya
teori
keperluan.
Maslow
mengutarakan pemeringkatan keperluan manusia yang perlu dipenuhi sebelum manusia mencapai potensi diri.
Keperluan Perkembangan
Rajah 3.12: Hirarki keperluan Maslow (Sumber Teori Pembelajaran, n.d)
3.8 Hiraki Keperluan Maslow Menurut Hiraki Keperluan oleh Maslow, keperluan manusia boleh disusun mengikut satu hierarki yang bermula dengan keperluan fisiologi, diikuti dengan keselamatan, kasih sayang, penghargaan diri, kognitif, estetik dan berakhir dengan penyempurnaan kendiri.Keperluan yang paling asas sekali bagi manusia ialah memenuhi keperluan fisiologi terlebih dahulu. Jika tidak seseorang itu akan berasa kurang selesa dan bimbang. 83
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Apabila keperluan fisiologi dipenuhi, seseorang itu akan memberi tumpuan
kepada
memenuhi
keperluan
keselamatan
dan
perlindungan.
Seterusnya bagi memenuhi keperluan untuk kasih sayang dan dipunyai. Termasuk dalam keperluan ini adalah keperluan untuk berkawan, sokongan keluarga, keahlian kumpulan tertentu dan perhubungan yang intim. Peringkat seterusnya bagi memenuhi aras keempat iaitu keperluan penghargaan diri di mana seseorang itu berusaha bagi mendapatkan pengiktirafan orang lain yang dimanifestasi dalam bentuk penerimaan, prestij, status, kompetensi, keyakinan diri dan sebagainya. Individu
akan
terus
berusaha
untuk
mengembangkan
lagi
kecenderungannya dalam akademik atau seni estetik yang diminatinya. Peringkat akhir adalah keperluan penyempurnaan kendiri yang melibatkan keinginan berterusan untuk memaksimumkan potensi diri, umpamanya cuba merealisasikan bakat dan kebolehan agar menjadi individu yang menyeluruh dan sempurna. Keseluruhannya menurut Maslow keperluan fisiologi dan keperluan psikologi perlu dipenuhi agar seseorang itu bermotivasi
untuk
mengembangkan
potensi
diri,
belajar
perkara
baru,
memanipulasi keupayaan diri sepenuhnya serta berjaya mencabar diri untuk melakukan yang terbaik. Maslow membahagikan keperluan manusia kepada dua bahagian iaitu keperluan kekurangan (deficiency needs) dan keperluan perkembangan (being / growth needs). Keperluan kekurangan perlu dipenuhi peringkat demi peringkat sebelum berusaha untuk memenuhi keperluan perkembangan. Sekiranya keperluan kekurangan belum dapat dipenuhi, menurut Maslow keperluan perkembangan tidak akan bermakna. Apabila keperluan kekurangan telah dipenuhi, seseorang itu tidak bermotivasi untuk memenuhinya, tetapi akan bergerak ke hirarki yang lebih tinggi. Berbeza dengan keperluan perkembangan, seseorang itu tidak akan jemu memenuhinya dan terus berusaha untuk mengembangkan lagi minat dan kecenderungannya dalam akademik atau seni estetik yang dicapainya. Ini seterusnya membawa kepada penyempurnaan
84
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
kendiri, iaitu mencapai potensi yang menyeluruh. Apakah Implikasi Teori Keperluan Maslow dalam proses pengajaran dan pembelajaran? Seorang guru, perlu memberi perhatian agar pelajar dapat belajar dengan baik berdasarkan hirarki keperluan. i.
Memastikan keperluan fisiologi pelajar telah dipenuhi, seperti makan minum, waktu rehat, cahaya dan pengudaraan bilik darjah yang baik.
ii.
Memastikan keselamatan terjamin, seperti keadaan fizikal bilik darjah, tiada ancaman buli, peraturan dan rutin harian yang sesuai, wujudnya semangat setia kawan dan dinamika kumpulan.
iii.
Sentiasa yakin bahawa setiap pelajar adalah insan yang ada potensi. Layani pelajar secara individu.
iv.
Tugasan yang diberi biarlah sesuai dengan keupayaan pelajar supaya pelajar berjaya membuatnya. Kejayaan pelajar akan menimbulkan rasa berjaya dan meningkatkan harga diri pelajar. Beri peneguhan dan pengiktirafan bagi hasil kerja pelajar. Setelah kita mengenali dan memahami Pendekatan Humanistik, dapatkah anda fikirkan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran ?
3.9 Implikasi Pendekatan Humanistik terhadap pengajaran dan pembelajaran Secara umum dapatlah disenaraikan secara ringkas implikasi Pendekatan Humanistik terhadap pengajaran dan pembelajaran: i.
Fokus pengajaran adalah kepada pelajar dan bukannya subjek. Dalam memberi pengajaran subjek tertentu, utamakan pelajar dan kemudiannya pada mata pelajaran.
ii.
Melayan pelajar sebagai insan kemudian barulah melayani mereka sebagai pelajar.
iii.
Menerima setiap pelajar tanpa syarat. Layani perbezaan individu mengikut potensi dan keupayaan masing-masing.
iv.
Membantu pelajar menentukan matlamat yang realistik.
85
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
v.
Sentiasa melibatkan pelajar dalam aktiviti kumpulan, seperti pembelajaran koperatif. Ini dapat membina hubungan sosial dan kemahiran emosi.
vi.
Guru sebagai fasilitator bagi aktiviti kumpulan.
vii.
Untuk memupuk sikap, kepercayaan dan tabiat yang baik kepada pelajar, guru hendaklah menjadi dirinya teladan.
viii. ix.
Sentiasa memberi ganjaran kepada gerak balas pelajar. Isi pelajaran yang disampaikan hendaklah disesuaikan dengan aras pemikiran, gaya pembelajaran dan keperluan pelajar.
x.
Aktiviti pembelajaran dan bahan yang ingin dipelajari hendaklah ditentukan oleh pelajar. Ini bagi meningkatkan motivasi pelajar.
xi.
Perancangan pengajaran perlu mengambil kira minat, kecenderungan, kesediaan belajar dan perbezaan individu.
xii.
Aktiviti/ program pemulihan dapat membentuk konsep kendiri yang positif bagi pelajar yang lemah.
xiii.
Perasaan dan amalan saling hormat-menghormati dapat membantu pembelajaran berkesan.
xiv.
Percaya bahawa semu pelajar boleh belajar jika tempoh masa mempelajarinya mencukupi.
3.9 TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME Apakah konstruktivisme? Konstruktivisme ialah teori pembelajaran yang melihat pelajar
sebagai
pembina
pengetahuan,
bukannya
sebagai
pengetahuan. Dua orang tokoh asas konstruktivisme: 1.Jean Piaget - Teori Konstruktivisme ( pskologi/individu/kognitif).
86
penerima
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
2. Lev Vygotsky - Teori Konstruktivisme sosiaI.
3.9.1 Teori Konstruktivisme Psikologi/Individu/Kognitif Menurut Piaget, keupayaan mengurus maklumat dan pengetahuan berlaku secara berperingkat. Proses membina pengetahuan juga berlaku mengikut peringkat yang bermula dengan pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif. Struktur asas dalam organisasi mental ini dinamakan skema. Justeru, pengetahuan sedia ada yang menjadi asas tingkah laku ialah skema
87
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
88
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Maklumat baru diserap masuk atau disesuaikan dalam struktur kognitif melalui proses adaptasi. Proses adaptasi merujuk kepada proses menyesuaikan dan menerima maklumat baru dalam struktur kognitif untuk mendapatkan keseimbangan antara skema dengan persekitaran. Ini dinamakan equilibrasi. •
Piaget membahagikan adaptasi kepada dua proses, iaitu asimilasi dan akomodasi. 1. Asimilasi - Serap masuk maklumat serupa skema. 2. Akomodasi - Ubah suai skema sebelum maklumat baharu dapat diserap.
•
Melalui proses adaptasi, maklumat dalam struktur kognitif sentiasa diorganisasi untuk disimpan dan digunakan apabila perlu.
89
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
3.9.2 Teori Konstruktivisme Sosial Dipelopori oleh Lev Vygotsky (1896-1934).
Menurut Vygotsky, perkembangan konsep kanak-kanak berkembang secara sistematis, logikal serta rasional bantuan dan bimbingan verbal orang lain.
Dalam konteks sosial inilah individu berkongsi dan saling membina pengetahuan baru.
Zon Perkembangan Terdekat(ZPD) •
Menurut Vygotsky, isi pelajaran mudah dikuasai pelajar jika berasaskan skema ataupun pengetahuan sedia ada.
•
Merujuk kepada tugasan pembelajaran yang sukar dilakukan sendiri oleh pelajar, tetapi dapat menguasainya dengan bimbingan orang lain yang lebih mahir.
•
Sekiranya pelajar dapat melakukannya sendiri, isi pelajaran tersebut dikatakan berada pada zon bawah.
•
Sebaliknya jika pelajar dapat menguasai tugasan dengan bimbingan orang lain, tugasan tersebut berada dalam ZPD.
•
Isi pelajaran yang berada di luar zon aras bawah bermakna tidak berlaku pembelajaran kerana pelajar sudah menguasai isi pelajaran.
•
Isi pelajaran yang berada di luar zon aras atas, tidak akan dapat dikuasai pelajar walaupun dengan bimbingan orang lain.
Cara membantu: - Teknik scaffolding , iaitu proses membimbing & membantu pembelajaran.
90
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
- Teknik yang boleh digunakan untuk scaffolding ialah penjelasan verbal, soal jawab, prompting, cueing dan tanda isyarat yang lain. Ormrod (2008) mencadangkan guru mengaplikasi scaffolding sebagaimana berikut: 1. Galakkan pelajar bertanya dan beri jawapan yang munasabah bagi soalan mengapa dan bagaimana yang ditimbulkan pelajar. 2. Minta pelajar membuat jangkaan terhadap perkara yang akan berlaku apabila membuat uji kaji di dalam kelas. 3. Guna analogi untuk membantu pelajar mengaitkan konsep dan idea baharu kepada pengetahuan sedia ada mereka. 4. Sertakan model simbolik atau model sebenar untuk membantu pelajar membuat rumusan tentang sesuatu entiti atau fenomenon. 5. Beri penjelasan sesuai dengan aras kognitif pelajar. 6. Minta pelajar membuat refleksi dan mengaitkan isi pelajaran yang telah dipelajari. Prinsip-prinsip Konstruktivisme 1. Menekankan pembelajaran berpusatkan pelajar. 2. Pembelajaran berlaku melalui proses aplikasi pengetahuan. 3. Pembelajaran berlaku melalui interaksi dengan orang lain. 4. Pembinaan pengetahuan dapat diajar dan dibimbing melalui proses scaffolding. 5. Pelajar membina pengetahuan yang bermakna kepada mereka. 6. Pembelajaran baharu bergantung pada pemahaman atau pengetahuan sedia ada . 7. Pembelajaran bermula dengan premis atau pengetahuan sedia ada sehingga tercapai pemahaman baharu. 8. Interaksi sosial membantu & menyokong pembelajaran. 9.Pembelajaran bermakna berlaku dalam konteks tugasan berasaskan alam nyata. 91
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
10. Guru dan rakan pelajar berperanan sebagai fasilitator pembelajaran. 11. Persekitaran pembelajaran yang kompleks dan tugasan autentik membantu aplikasi dan pembinaan pengetahuan baharu. 12. Interaksi dan pengaruh sosial membawa kepada pemikiran aras tinggi. 13.Persembahan isi pelajaran yang pelbagai dengan contoh – contoh khusus membantu pemahaman. 14. Pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri.
Implikasi Teori Konstruktivisme kepada Pengajaran 1. Memandangkan pembelajaran lebih berpusatkan kepada pelajar belajar melalui
proses
membuat
atau
beraktiviti,
maka
guru
hendaklah
merancang pengajaran dan pembelajaran dengan teliti serta mengambil kita keupayaan pelajar. 2. Guru hendaklah mengenal pasti ZPD pelajar melalui penyediaan beberapa aktiviti yang berkaitan. 3. Gunakan ZPD pelajar untuk memastikan pembelajaran berkesan dapat berlaku. 4. Pilih pelajar yang lebih berkemahiran untuk mengajar pelajar yang belum menguasai. 5. Galakkan pelajar menggunakan private speech semasa berfikir dan menyelesaikan masalah. 6. Guru hendaklah menyediakan banyak contoh dan bahan sumber yang boleh membantu pelajar membuat perkaitan dan membina pemahaman baharu. 7. Guru hendaklah mengaitkan isi pelajaran dengan situasi sebenar. Tugasan autentik yang berasaskan masalah alam nyata, pengalaman berasaskan
konteks
sebenar,
dimanfaatkan. 92
simulasi
dan
sebagainya
boleh
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
8. Penerangan guru hendaklah jelas, selaras dengan pemikiran dan laras bahasa
pelajar.
Sertakan
contoh
yang
pelbagaikan
dalam
sesi
perbincangan. 9. Adakah gerak kerja kumpulan dan perbincangan kumpulan untuk mewujudkan interaksi yang berkualiti. Melalui aktiviti dan perbincangan dalam kumpulan, pelajar dapat berkongsi idea,mendapat pemahaman yang lebih jelas dan meluahkan buah fikiran
3.10 IMPLIKASI TEORI-TEORI PEMBELAJARAN TERHADAP PEMBELAJARAN PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS Kita telahpun melihat implikasi teori-teori pembelajaran kepada pelajar aliran perdana. Bagaimana pula teori-teori ini boleh membantu pelajar berkepeluan khas? Dalam konteks di Malaysia, pelajar berkeperrluan khas ialah kanak-kanak yang mengalami down syndrom, perkembangan lewat. Austistik, disleksia, tumpuan singkat (AD), hiperaktif dan slow learner. Perlu ditegaskan juga, setiap kategori pelajar berkeprrluan khas mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Oleh itu, proses pembelajaran mereka perlu disediakan dalam bentuk yang mudah dan disesuaikan mengikut kkeperluan mereka.
Implikasi Teori-teori Pembelajaran. a. Modifikasi tingkah laku boleh dilakukan melalui aplikasi Teori Behavioris terutamanya Pelaziman Operan. Teknik peneguhan, Hukum Kesediaan, Latihan dan Hukum Kesan boleh digunakan. Antarnya termasuklah;i. Perbanyakkan pengulangan, latihan dan latih tubi ii. Beri peneguhan dalam bentuk hadiah, secara verbal sama ada pujian atau ganjaran lain yang lain yang akan mengukuhkan tingkah laku iii. Tetapkan matlamat yang realistik yang sesuai dengan pelajar keperluan iv. Aplikasikan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan token, kontrak, dendaan, dan pengasingan untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini.
93
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
b. Melalui Teori Sosial pula, pelajar boleh mengikuti dan meniru tingkah laku yang diperhatikan melalui modeling. Contoh aplikasi yan boleh dilakukan termasuklah:i. Gunakan model tingkah laku seperti model sebenar dan model simbolik ii. Kukuhkan tingkah laku model agar pelajar mengikut tingkahlaku yang dikukuhkan .c. Melayani pelajar keperluan khas berdasarkan keperluan mereka seperti yang dikehendaki oleh Teori Humanistik.Sediakan persekitaran pembelajaran yang menyerupai persekitaran pelajar normal Kenal pasti keupayaan pelajar dan sediakan rancangan pendidikan individu Gunakan pendekatan pelbagai deria (multi sensory) seperti mendengar, melihat, membuat, berbincang dan merasa Perlu juga diberi perhatian kepada pelajar berkeperluan khas yang bermasalah penglihatan dan pendengaran yang memerlukan pendekatan khusus bagi kekurangan yang dialami
LATIHAN
UJI MINDA 1.) Dalam teori pembelajaran behavioris terdapat 2 jenis teori perlaziman. Namakan. 2.) Terdapat 3 jenis rangsangan dan 2 jenis gerak balas dalam teori pembelajaran behavioris.Namakan. 3.) J.B.Watson membentuk teori bahawa kanak-kanak memiliki tiga tindak balas emosi yang asas, apakah tiga tindak balas emosi asas itu? 4.) Huraikan maksud Peneguhan dan hukuman dalam teori pelaziman operan B.F.Skinner. 5.) Namakan 2 jenis hukuman dalam teori pelaziman operan B.F.Skinner. 6.) Nyatakan dua orang tokoh asas konstruktivisme.
94
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
7.) Nyatakan antara 3 prinsip dalam konstruktivisme sosial. 8.) Apakah 2 tahap perkembangan murid yang dikemukakan oleh Lev Vygotsky. 9.) Apakah 2 proses yang dikatakan oleh Jean Piaget tentang untuk mmbuat adaptasi dengan persekitaran kita? 10) Nyatakan peringkat-peringkat Perkembangan Kognitif.
TAMAT BAB 3
RUJUKAN Noriati, A.Rashid, Boon, P.Y., & Sharifah, Fakriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan
alam belajar. (Siri Pendidikan Guru). Shah Alam: Oxford Fajar. Ormrod, J. E. (2008). Educational Psychology: Developing Learners (6th ed.). Uppersaddle River, New Jersey: Pearson Prentice Hall. Slavin, R.E. (2005) , Educational Psychology: Theory into Practice.Englewood Cliff:Prentice Hall Ltd Woolfolk, A. (2004) Educational Psychology (9th ed) New Jersey: Prentice Hall
www. funderstanding.com
http://tip.psychology.org
95
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
TAJUK 4
MODEL, PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN
Sinopsis Tajuk
ini membincang
tentang model pengajaran
seperti model
pengajaran behaviorisme dan model pemprosesan maklumat. Kandungan dalam
tajuk
ini
telah
menghuraikan
konsep
dan
ciri-ciri
model
behaviorisme dan model pemprosesan maklumat serta implikasinya dalam pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, dalam tajuk ini juga menerangkan dan membincangkan tentang model sosial dan model personal serta membanding dan membezakan perbezaan antara keduadua model ini. Tajuk ini juga akan membincangkan beberapa pendekatan pengajaran seperti pendekatan induktif,deduktif, pendekatan elektif, pendekatan dan pendekatan tematik. Terdapat empat jenis strategi pengajaran, iaitu strategi pemusatan guru, pemusatan murid, berasaskan bahan dan berasaskan tugasan. Dari segi kaedah dan teknik pengajaran pula, terkandung lima jenis, iaitu sumbang saran, bercerita, perbincangan, demonstrasi dan penyelesaian masalah. Dalam pedagogi bestari pula, terdapat
tujuh jenis strategi pengajaran
pengajaran
direktif,
pengajaraan
mediatif,
dan
pembelajaran,
penagajaran
iaitu
generatif,
pengajaran melalui pemerhatian, pengajaran kontekstual, pengajaran metakognitif dan kajian masa depan.
HASIL PEMBELAJARAN 1. Menganalisis model-model pengajaran 2. Menyatakan implikasi model-model pengajaran terhadap pengajaran dan pembelajaran 3. Membezakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran 4. Menyatakan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pedagogi Bestari 96
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
KERANGKA TAJUK
Model pemprosesan maklumat
Pengajaran konsep -inkuiri -ekspositori
Pengalaman langsung Model sistem behavioral Pembelajaran masteri Model-model pengajaran Pembelajaran koperatif Model sosial Main peranan dan simulasi
Model personal
Rajah 4.1: Kerangka Konsep Model-model Pengajaran
97
Synectics
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
4.0 MODEL-MODEL PENGAJARAN Model pemprosesan maklumat Model behavioral Model sosial Model personal
4.1 Model Pemprosesan Maklumat Model pemprosesan maklumat berfokus pada naluri semulajadi kita untuk memahami dunia dengan lebih mendalam melalui langkah-langkah berikut. i.
Kepekaan terhadap masalah yang timbul
ii.
Pemerolehan dan penyusunan maklumat
iii.
Penjanaan cara-cara penyelesaian yang sesuai
iv.
Pengembangan konsep yang berkenaan
Pengajaran konsep Inkuiri Dikenali sebagai teknik tinjau siasat Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah Menimbulkan minat dan daya kreativiti serta daya refleksi dalam kalangan pelajar Melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan.
Pengendalian teknik inkuiri ialah: i.
Proses mengenali masalah
ii.
Mengkaji ramalan
iii.
Mengumpul maklumat
iv.
Menganalisis
v.
Membuat rumusan
98
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Ekspositori Ekspositori bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci Dalam
konteks
pengajaran,
ekspositori
merupakan
penyampaian
maklumat atau isi kandungan pelajaran secara langsung kepada muridmurid dalam kelas Kaedah
ekspositori
ialah
cara
penyampaian
pelajaran
melalui
penerangan, bercerita, demontrasi dengan tujuan mengajar sesuatu. Dalam konteks ekspositori ini, guru memberi penerangan terlebih dahulu dan murid mendengar dengan teliti hingga mereka memahami dan mengingatinya atau merekodkan isi pentingnya dalam buku rekod mereka.
Cara-cara penyampaian dengan menggunakan model ekspositori adalah dihuraikan seperti berikut: i.
Menerang, menginterprestasi dan menghuraikan idea daripada buku teks
ii.
Menerang sambil membuat tunjukcara cara melukis atau membina bentuk-bentuk geometri
iii.
Menerangkan
langkah-langkah
penyelesaian
masalah
berdasarkan
kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari iv.
Menerangkan sesuatu konsep dengan alat bantu mengajar
4.2. Model Behavioral Berasaskan
eksperimen
pelaziman
klasik
Pavlov,
pembelajaran
berasaskan ganjaran Thorndike dan kajian Watson Dikenali sebagai teori pembelajaran sosial atau modifikasi tingkahlaku dan terapi tingkahlaku Antara strategi yang tergolong di dalam model ini ialah pengajaran langsung dan pembelajaran masteri
99
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Pengajaran Langsung (Direct Instruction) Satu strategi yang berarahkan guru di mana guru akan menyampaikan isi pengajaran agar dapat mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan serta mengembangkan kemahiran yang hendak diajar secara langkah demi langkah.
Langkah-langkah mengendalikan pengajaran yang menggunakan strategi pengajaran langsung : i.
Kenalpasti hasil-hasil pembelajaran yang ingin dicapai
ii.
Rangsangkan minat murid-murid terhadap apa yang akan disampaikan
iii.
Tinjau semula pengetahuan dan kemahiran lalu yang perlu dikuasai bagi memudahkan kefahaman mereka
iv.
Tinjau semula praktis tersebut melalui kuiz yang akan dijawab mereka.
v.
Beri kerja rumah bertujuan mengukuhkan kefahaman mereka
Pembelajaran Masteri Kaedah pengajaran secara individu yang menggunakan kurikulum berstruktur dan dibahagikan kepada unit-unit kecil pengetahuan serta kemahiran yang akan dipelajari Pembelajaran masteri berasaskan kepada falsafah bahawa semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh berkeyakinan sekiranya keadaan yang sesuai serta masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya. (Bloom,1968)
Prinsip-prinsip pembelajaran masteri.
Semua murid normal boleh menguasai apa-apa yang diajar guru.
Pembelajaran dipecah kepada unit-unit kecil di mana pengetahuan di susun daripada mudah kepada sukar supaya mudah difahami oleh murid.
Masa yang diperuntukkan harus mencukupi dan fleksibel untuk semua murid mencapai objektif /hasil pembelajaran 100
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Guru
berkeyakinan
bahawa
semua
pelajar
yang
berbeza
boleh
menguasai apa-apa yang diajar .
Guru harus merancang dan mempelbagaikan kaedah mengajar dengan mengambil kira gaya pembelajaran pelajar yang berbeza
Guru digalakkan untuk mempelbagaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya mereka dapat menguasai apa-apa yang diajar dalam masa yang singkat.
4.3 Model Sosial Model ini melatih pelajar agar berkebolehan menyusun maklumat sertamerta dan mensintesis maklumat untuk menyelesaikan masalah Antara model-model yang terkandung dalam kumpulan model sosial ialah pembelajaran koperatif, main peranan dan simulasi.
Pembelajaran Koperatif Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain.
Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah: 1. saling bergantung antara satu sama lain secara positif, 2. saling berinteraksi secara bersemuka, 3. akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, 4. kemahiran koperatif, 5. dan pemprosesan kumpulan
Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing
101
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
dan
memainkan
peranan
berbeza
bergilir-gilir.
Kemahiran
sosial
dan
pemprosesan kumpulan digalakkan.
Main Peranan Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Pelajar
diberi peranan dan
bertindak
sebagai
watak-watak
yang
ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan situasi kepada pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.
Simulasi Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini pelajar digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat
keputusan
dan
menyelesaikan
masalah
berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.
102
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. Dapat mewujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.
4. 4 Model Personal Menekankan kepada pembentukan kendiri seseorang individu dan mendorong pelajar untuk berdikari secara produktif serta mempunyai kesedaran diri dan bertanggungjawab terhadap matlamat sendiri. • Synectics (aplikasi kreativiti seperti membuat analogi dan metafora) Langkah-langkah model synthetics 1. Sediakan maklumat 2. Kemukakan analogi 3. Gunakan analogi peribadi untuk mencipta konflik bertentangan (compressed) 4. Bandingkan konflik bertentangan dengan subjek 5. Kenal pasti perbezaan 6. Semak semula subjek asal 7. Reka analisis langsung yang baharu 8. Buat penilaian •
Ringkasnya, model synectics digunakan untuk jump start proses kreatif dan mencari pandangan baharu dalam penyelesaian masalah
LATIHAN
103
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Aktiviti Jenis Model
Contoh
Huraian
Pengajaran
Implikasi terhadap Pengajaran dan Pembelajaran dalam bilik darjah
1.Model
Inkuiri
pemprosesan Maklumat 2.
Ekspositori Model Pengajaran
Behavioral
Langsung
Pembelajaran Masteri
3. Model Sosial
Pembelajaran Koperatif
Main Peranan dan Simulasi 4. Model Personal
Synectics
104
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
4.5
PENDEKATAN,
KAEDAH,
TEKNIK
DAN
STRATEGI
PENGAJARAN A. Pendekatan Cara mendekati sesuatu (bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektif jangka panjang.) B. Strategi Pengajaran Kemahiran merancang dan uruskan kaedah dan teknik pengajaran untuk mencapai hasil pembelajaran. C. Kaedah Pengajaran Cara mengelolakan dan menggunakan teknik, isi pengajaran dan alat bantu mengajar untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran. D. Teknik Pengajaran Kemahiran/cara melaksanakan penyampaian bahan pengajaran kepada pelajar dari segi langkah dalam aktiviti pembelajaran. Penyampaian bahan pengajaran untuk mempercepatkan penanggapan pelajar.
4.6 DEFINISI, JENIS dan PRINSIP-PRINSIP PENDEKATAN Pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu. Ia merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan objektifnya. Terdapat beberapa pendekatan yang boleh diguna di dalam bilik darjah iaitu pendekatan induktif, deduktif, integratif, eklektik dan tematik.
i.
Pendekatan Dan Strategi Integratif/Kesepaduan
Penggabungjalinan o Proses penyampaian beberapa kemahiran o Kecekapan melaksanakan aktiviti – membaca, menulis, menghurai, mengira, mewarna, menyanyi, melukis, melabel, mengarang, bercerita, berlakon dan sebagainya. o Mendengar, lisan, membaca dan menulis secara bersepadu o Kemahiran matematik digabungjalinkan dengan kemahiran bahasa 105
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
o Ciri-ciri gabugjalin:
Integrasi beberapa kemahiran
Prosesnya bersepadu dan menyeluruh
Aktiviti dipelbagaikan dengan menarik
Kemahiran utama menjadi fokus
Organisasi kemahiran fleksibel
Kemahiran diintegrasikan saling kukuh mengukuh antara satu sama lain.
o Cara mengguna gabungjalin
Mengenalpasti kemahiran utama dan kemahiran sampingan
Kemahiran utama diberi fokus
Kemahiran-kemahiran sampingan dikuasai dahulu untuk kukuhkan kemahiran utama
Kemahiran utama digunakan di peringkat perkembangan pelajaran,
kemahiran sampingan digunakan di semua
peringkat pelajaran
Strategi
penggabungjalinan
kemahiran
hendaklah
dirancangkan berdasarkan objektif pelajaran, kebolehan dan pencapaian murid.
Kemahiran-kemahiran diintegrasikan dalam urutan yang sesuai. Setiap kemahiran hendaklah dikaitkan dengan kemahiran yang berikutnya secara logikal.
Penyerapan o Proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran o Isi matapelajaran sains dan kajian tempatan diserap menjadi isi mata pelajaran bahasa. o Pendidikan moral, Pendidikan seni, Pendidikan jasmani dan Muzik juga diserapkan dalam program bahasa sebagai aktiviti sokongan.
106
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
o Geografi, Sejarah, Kesihatan dan pendidikan moral diserapkan secara bersepadu dalam Sains /Kajian Tempatan. o Penerapan nilai murni, kurikulum akademik disepadukan dengan kokurikulum, kurikulum formal disepadukan dengan kurikulum tak formal.
Ciri-ciri penyerapan :
Mengandungi beberapa unsur ilmu pengetahuan
Berbagai unsur diserapkan dalam satu matapelajaran
Bilangan mata pelajaran dalam penyerapan fleksibel
Organisasi isi kandungan - Unsur utama dan unsur sampingan
Proses penyerapan boleh berlaku serentak dengan proses penggabungjalinan.
ii.
Pendekatan Dan Strategi Pengajaran Induktif
Mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat kemudian membuat generalisasi/kesimpulan
Bermula dengan memberi beberapa contoh yang khusus
Contoh-contoh mempunyai prinsip yang sama
Murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenalpasti dan mentafsir maklumat untuk membuat generalisasi/kesimpulan
Matematik, bahasa dan sains banyak menggunakan pengajaran induktif
Kaedah inkuiri-penemuan diamalkan apabila mengajar sains o Contoh khusus ikan emas, udang, sotong, berudu o Memerhati dan mengkaji – bernafas melalui insang o Mentafsir dan membuat generalisasi – Haiwan hidup dalam air mempunyai insang untuk bernafas.
Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Induktif o Sediakan contoh-contoh yang sesuai o Soalan-soalan disediakan untuk membimbing membuat kesimpulan
107
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
o Guru tidak menghuraikan isi pelajaran, murid dibimbing untuk mencari kesimpulan o Jenis contoh khusus dipelbagaikan tetapi mengandungi ciri yang sama o Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai dan mencukupi. o Murid-murid digalakkan memberi contoh yang sama o Guru tidak harus memberi contoh sekaligus o Sediakan alat bantu mengajar o Penggunaan deria-deria murid dalam aktiviti – lihat, dengar, hidu dan sentuh. o Pengajaran mengikut urutan yang tepat – contoh-contoh spesifik membawa kepada kesimpulan umum.
iii.
Pendekatan Dan Strategi Pengajaran Deduktif
Strategi
Pengajaran
Deduktif
merupakan
kaedah
mengajar
yang
kompleks kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus.
Bermula daripada berberapa rumus, prinsip, hukum, teorem/peraturan
Digunakan kesimpulan baru, generalisasi baru daripada rumus, hukum, peraturan
Proses pengajaran: o Prinsip/rumus o Kaedah deduktif o Aplikasi rumus/prinsip o Mendapat rumus baru, prinsip baru dan sebagainya.. o Guru memberi tahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal, o Murid dibimbing mengingat kembali hukum, prinsip, teori, peraturan bagi mendapat kesimpulan yang baru/ menyelesaikan masalah.
108
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
iv.
Pendekatan Dan Strategi Pengajaran Eklektik
o Eklektik bermakna bercampur o Gabungan pendekatan digunakan o Menggabungkan pendekatan indukti dan deduktif o Banyak digunakan dalam pengajaran sains dan matematik o Boleh
menggunakan
strategi
berpusatkan
guru,
berpusatkan
murid,
berpusatkan bahan atau berpusatkan tugasan o Digunakan dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan
v.
Pendekatan Dan Strategi Pengajaran Tematik
Pokok perbicaraan/topik utama contoh tema alam semula jadi, tema perpaduan kaum dan sebagainya.
Tema dipecahkan kepada sub-topik untuk perbincangan o kumpulan pelbagai kebolehan o sama kebolehan
Tema yang sama dibincangkan oleh o kumpulan pelbagai kebolehan o sama kebolehan
Tema yang berbeza tetapi saling melengkapi o kumpulan pelbagai kebolehan o sama kebolehan
Selepas
perbincangan,
dapatan-dapatan
dibentangkan
oleh
wakil
kumpulan
Membuat rumusan
vi.
Pendekatan
Dan
Strategi
Pengajaran
Masteri
(Mastery
Learning)
Penguasaan, Kemahiran , Cekap, Lengkap
Maklumbalas pembelajaran, pengubahsuaian, meningkat keberkesanan
Faktor pencapaian murid: o Kebolehan asas 109
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
o Kuantiti dan kualiti pengajaran/pembelajaran o Kebolehan memahami pengajaran o Daya usaha pembelajaran berterusan o Masa pembelajaran
Strategi pengajaran – adakan objektif yang jelas dan boleh diukur.
Pilih kaedah dan teknik yang berkesan
Nilai hasil pembelajaran dengan ujian formatif (diagnostic) dan ujian sumatif berdasarkan objektif pelajaran bagi melihat tahap penguasaan pelajaran.
Aktiviti pemulihan kepada yang belum menguasai sesuatu pelajaran
Yang lemah diberi pemulihan dan yang mencapai objektif diberi aktiviti pengayaan.
110
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
LATIHAN
AKTIVITI Berdasarkan pengalaman anda, terangkan satu contoh pelajaran/aktiviti untuk setiap jenis pendekatan
Jenis
Prinsip Pembelajaran
Pendekatan
Induktif
Mengajar dari spesifik ke umum
Deduktif
Mengajar dari umum ke spesifik
Integratif
Mengintegrasi isi kandungan dan kemahiran ke dalam satu Pelajaran
Eklektif
Kombinasi deduktif, induktif atau integratif
Tematik
Mengajar pelajaran mengikut satu tema sahaja
111
Contoh aktiviti
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
4.7 DEFINISI, JENIS DAN PRINSIP-PRINSIP STRATEGI Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh didefinisikan sebagai kebijaksanaan memilih,
menyusun
dan
mengurus
sesuatu
rancangan
supaya
boleh
menghasilkan pencapaian yang optimum.
Klasifikasi Strategi Pengajaran dan Pembelajaran • Strategi Pemusatan guru • Strategi Pemusatan murid • Strategi Berasaskan bahan • Strategi Berasaskan tugasan/aktiviti
Ciri-Ciri Strategi Pemusatan Guru
Guru memainkan peranan penting
Komunikasi sehala. Guru banyak bercakap.
Kepimpinan guru secara autokratik
Pencapaian objektif guru diutamakan
Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni/perkembangan emosi.
Penyampaian
fakta
secara
menghafal.
Pembelajaran
berbentuk
demonstrasi,
syarahan,
mengingat/menghafal.
Interaksi di antara murid adalah pasif.
Kaedah keseluruhan kelas.
Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif.
Kaedah
dan
Teknik
–
penerangan,
kumpulan/pasukan, bercerita, keseluruhan kelas.
Ciri-Ciri Strategi Pemusatan Murid
Murid memainkan peranan penting
Komunikasi dua hala. Guru menyoal/membimbing.
112
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan/galakan murid memberi pendapat,
Objektif pencapaian murid diutamakan
Perkembangan murid secara menyeluruh/seimbang
Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid.
Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna, memahami dan membuat kesimpulan,
Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong)
Kaedah kumpulan/perbezaan dan minat murid dipupuk,
Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif.
Kaedah dan Teknik – projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan kecil dan sebagainya..
Ciri-Ciri Strategi Pemusatan Bahan Pelajaran
Bahan pelajaran memainkan peranan penting. Pergantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran.
Komunikasi/interaksi
berlaku
antara
guru/bahan
atau
murid/bahan
pembelajaran
Kecekapan/kemahiran
penggunaan
bahan
pengajaran-pembelajaran
diutamakan
Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari.
Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan.
Peluang interaksi antara murid banyak. Sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil – ujikaji, projek, perbincangan dan sebagainya..
Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pelajaran
113
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Kaedah dan Teknik – komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan, kamus, perakam pita, carta, peta, geraf, spesimen, slaid, video, televisyen, projektor, dan sebagainya..
Ciri-Ciri Strategi Pemusatan Tugasan/Aktiviti Guru melibatkan pelajar dalam aktiviti atau tugasan yang memberikan peluang kepada pelajar untuk berlatih atau mengaplikasi apa-apa yang dipelajari. Antara kriteria yang diambil kira dalam pemilihan atau membentuk aktiviti ialah:
Aktiviti yang dipilih harus berfokus kepada maklumat utama topik yang ingin diajar.
Berdasarkan matlamat pengajaran, pelbagai aktiviti boleh disediakan.
Aktiviti akan menyediakan peluang untuk berinteraksi dan membuat refleksi, bukannya aktiviti yang dilaksanakan secara individu.
Aktiviti juga harus berkait dengan peristiwa atau isu semasa.
Aktiviti
perlu
dipersembahkan
dan
dipantau
serta
disusuli
jika
menginginkan impak yang sepenuhnya. Semasa memperkenalkan aktiviti, guru perlu menegaskan tujuan-tujuan agar pelajar akan melibatkan diri dalam aktiviti. Pelajar hendaklah jelas tentang matlamat yang ingin dicapai. Apabila pelajar mula melaksanakan aktiviti, guru memantau kemajuan dan menyediakan bantuan jika perlu. Kesemua tugasan perlu disusuli dengan refleksi atau perbincangan. Guru menyemak dan memberi maklum balas umum tentang prestasi dan mengukuhkan idea-idea utama.
4.8 Kaedah dan Teknik Pengajaran A. Sumbang saran Persekitaran pembelajaran yang aktif adalah penting. Pelaksanaan
persekitaran
pembelajaran
aktif
adalah
dengan
membahagikan pelajar ke dalam kumpulan kecil dan pelajar boleh berinteraksi serta belajar secara harmoni di samping mewujudkan iklim pembelajaran, di mana perkongsian idea/ maklumat boleh berlaku. 114
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Apakah itu sumbang saran? •
Satu teknik pembinaan kemahiran yang mudah dan berkesan jika satu tahap kreativiti tinggi diperoleh dalam pembelajaran yang diingini. ( Orlich et al. (2007))
•
Satu teknik perbincangan yang kreatif untuk mendapatkan beberapa idea daripada sesuatu kumpulan dalam masa yang terkawal.
•
Aktiviti perbincangan, di mana ahli dalam kumpulan besar mengemukakan seberapa banyak idea dengan tujuan menyelesaikan sesuatu masalah . Setiap ahli digalakkan untuk memberi idea dan idea itu akan dikaji dengan teliti.
Idea
yang
paling
sesuai
akan
diterima
sebagai
rumusan
perbincangan. Keputusan yang dicapai merupakan keputusan kumpulan. •
Sumbang saran bertujuan melatih pelajar mengemukakan idea atau pandangan yang bernas.
•
Guru meningkatkan keyakinan pelajar untuk mengemukakan pendapat di hadapan orang ramai dan memupuk semangat berkongsi idea serta menerima pendapat orang lain. Ini juga dapat dapat memupuk sifat-sifat sosial dan menggalakkan perkembangan mental pelajar.
Prinsip-prinsip sumbang saran 1. Topik perbincangan haruslah sesuai dengan kebolehan dan minat pelajar. 2. Suasana
perbincangan
harus
kondusif
dan
tidak
formal
untuk
menggalakkan perbincangan. 3. Pelajar diberikan peluang untuk mengemukakan seberapa banyak idea atau pendapat. 4. Pelajar dilarang untuk membuat kritikan atau menilai idea semasa sumbang saran. Penilaian idea dibuat pada peringkat akhir. 5. Semua pendapat/idea dicatat dan huraian orang lain adalah dibenarkan. 6. Pelajar digalakkan untuk mengembangkan satu-satu idea agar melahirkan pandangan yang baharu.
115
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
7. Masa untuk mengemukakan idea adalah terkawal supaya ahli-ahli boleh digalakkan berfikir secara pantas.
Pelaksanaan Sumbang saran Melibatkan seluruh kelas, tetapi jika tempoh masa untuk perbincangan adalah pendek, bilangan pelajar di dalam kelas seharusnya kecil. Kelas boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 1. Tajuk perbincangan dikemukakan kepada pelajar dengan jelas oleh ketua kumpulan. 2. Menentukan satu cara untuk merekod semua idea( grafik/carta) 3. Setiap pelajar diberikan peluang untuk mengemukakan idea secara giliran. 4. Setiap idea / pendapat dibincangkan. 5. Rumusan idea dibuat hasil daripada persetujuan semua pelajar dalam kumpulan.
Peraturan dalam sesi sumbang saran: 1. Semua idea kecuali jenaka harus diterima dan dicatatkan. 2. Tiada kritikan terhadap mana-mana idea / cadangan. 3. Ahli kumpulan harus menambah idea rakan-rakan. 4. Ketua
kumpulan
harus
cuba
menggalakkan
semua
ahli
untuk
mengemukakan idea serta memberikan peneguhan positif. 5. Kualiti idea tidak begitu dipentingkan. Namun, ahli digalakkan untuk berfikir secara kreatif dan berintelek.
Kelebihan sumbang saran: •
Semua pelajar melibatkan diri dalam mengemukakan idea.
•
Mengalakkan pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan pelajar.
•
Pelajar digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif.
•
Nilai-nilai murni dipupuk dan wujudnya unsur hormat-menghormati idea atau pendapat orang lain.
116
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
•
Sumbang saran adalah kurang sesuai untuk pelajar yang lemah kerana mereka tidak dapat memberikan idea. Mereka akan berasa kecewa dan rendah diri jika idea mereka ditolak pada akhir sesi sumbang saran.
•
Orlich et al. (2007) menyarankan agar sumbang saran merupakan satu proses pencetusan idea dan harus dilanjutkan. Contoh, idea yang dijana dalam sumbang saran digunakan sebagai satu asas untuk perbincangan yang lain.
B. Bercerita o Satu susunan kejadian yang berlaku sama ada benar-benar berlaku atau diciptakan. o Dianggap sebagai satu cabang seni dan memainkna peranan yang penting sebagai sumber hiburan rakyat. o Teknik ini bertujuan untuk mencernakan daya kreatif dan imaginasi pelajar selain melatih pelajar tentang pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kemahiran lisan seperti mendengar dan bertutur. o Pelajar dapat memperluas pengalaman dan pengetahuan melalui teknik ini. o Pemikiran pelajar juga dapat menjadi lebih matang dengan mendengar cerita secara kritis.
Prinsip-prinsip teknik bercerita Sesuai dengan kebolehan dan minat pelajar. Topik perlu berkait dengan objektif pembelajaran. Suasana bilik mesti kondusif. Bahan bantu mengajar boleh digunakan untuk menghidupkan suasana penceritaan. Bahasa mudah digunakan agar semua pelajaran dapat memahami. Soalan turut dikemukakan untuk memwujudkan interaksi. Gerak- geri darI segi isyarat lisan dan tanpa lisan hendaklah sesuai dengan isi cerita.
117
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Aktiviti susulan dijalankan untuk berbincang tentang nilai-nilai murni yang terkandung dalam cerita.
Cara bercerita Guru bercerita keseluruhan dan pelajar mencatat urutan perisitiwa. Guru bercerita keseluruhan cerita dan pelajar menceritakan semula. Guru menceritakan awal cerita dan pelajar meramalkan kesudahan cerita. Guru menceritakan bahagian akhir cerita dan pelajar membina permulaan cerita. Pelajar diminta mendengar rakaman cerita dan pelajar menceritakan semula. Guru memberi peluang kepada pelajar untuk bebas memilih cerita dan bercerita secara lisan. Guru boleh meminta pelajar membina cerita sendiri berdasarkan bahan rangsangan dan menceritakannya.
Langkah pelaksanaan teknik bercerita Persediaan awal Cerita yang dipilih mesti menarik dan sesuai dengan objekitif,kebolehan dan minat pelajar. Tidak begitu panjang dan mempunyai saspens dan kecindaan. Penyediaan bahan bantu mengajar. Semasa bercerita Kemahiran verbal
Nada suara harus sesuai dengan situasi tertentu. Intonasi suara harus dipadankan dengan cerita. Pencerita dikehendaki menggunakan ayat yang mudah.
Kemahiran bukan verbal.
Gerak mata mengambarkan situasi. Mimik muka mengambarkan emosi. Gerak badan digunakan untuk menghidupkan sesuatu watak. 118
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Selepas bercerita dan aktiviti susulan Sesi perbincangan diadakan. Menguji kefahaman pelajar tentang cerita melalui soalan konvergen dan divergen. Contoh aktiviti susulan: o Membina soalan berdasarkan cerita yang didengar. o Meringkaskan cerita secara lisan atau bertulis. o Melakonkan cerita dalam main peranan atau pantomin. o Latihan memperkayakan perbendaharaan kata. o Melukis gambar watak berdasarkan cerita. o Menulis semula cerita dalam bentuk puisi. C. Perbincangan Satu proses aktif yang melibatkan guru dan pelajar. Perbincangan bukan sahaja merangsang interaksi antara pelajar secara bermakna tetapi juga menggalakkan pelbagai pembelajaran yang merangkumi
kandungan,kemahiran,sikap
dan
proses-proses
pembelajaran. Orlich et al(2007) berpendapat bahawa perbincangan merupakan teknik yang boleh meningkatkan kemahiran dan pemikiran pelajar.
Tiga objektif: Meningkatkan pemikiran dan membantu pelajar membina kefahaman kandungan. Merangsang penglibatan. Membantu
pelajar menguasai
kemahiran
komunikasi
dan
pemikiran. Pelaksanaan sesi perbincangan Proses dan interaksi Proses komunikasi amat penting untuk menjayakan perbincangan.
119
proses
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Penglibatan pelajar dalam perbincangan merupakan sebahagian daripada proses perbincangan. Peranan dan tanggungjawab Guru berperanan sebagai fasilitator dimana beliau akan membimbing pelajar dengan kemahiran,memberi bahan dan peluang kepada palajar. Guru
juga
perlu
mendengar,memerhati,
bergerak dan
ke
tiap-tiap
menggalakkan
kumpulan
setiap
pelajar
untuk untuk
melibatkan. Setiap kumpulan terdapat seorang ketua dan pencatat. Peranan ini boleh digilirkan. Kepemimpinan Ketua kumpulan mempunyai autoriti dan sebagai jurucakap. Atribut seorang ketua kumpulan: Populariti tahap pencapaian akademik kemahiran sosial kebolehan berfikir dan bertutur. Kejeleketan “the” “we” attitude dimana ahli kumpulan mesti saling menyokong dan mempunyai rasa bangga terhadap kumpulan.
D. Demonstrasi Satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Dalam proses ini terdapat komunikasi lisan secara langsung daripada guru kepada pelajar. Teknik ini bertujuan memberikan peluang kepada pelajar agar benarbenar memahami perkara yang hendak dipelajari melalui prosedur yang ditunjukkan.
120
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Membolehakan pelajar menguasai sesuatu perkara dengan lebih mudah dan ia juga dapat meningkatkan ingatan pelajar terhadap terhadap sesuatu perkara.
Demonstrasi boleh digunakan untuk: Menunjukkan sesuatu isi atau prosedur secara berkesan Menimbulkan minat dalam sesuatu topik Menyediakan model untuk kemahiran mengajar Mengubah kadar pembelajaran pelajar. Demonstrasi yang baik memerlukan objektif dan kandungan yang teliti,penerangan yang jelas,tumpuan dari pelajar,rumusan ,dan aktiviti susulan dalam memperkukuhkan kefahaman pelajar.
Pelaksanaan: 1. Guru menentukan topik serta menyediakan alatan atau bahan. 2. Langkah-langkah yang perlu diikuti dituujukkan. 3. Gerak balas diberikan untuk setiap persoalan. 4. Guru menyoal demi pemahaman pelajar. 5. Urutan perlu dicatatkan supaya tiada perkara penting yang ditinggalkan. 6. Guru
meminta
pelajar
mengulangi
langkah
dan
pelajar
akan
mempraktikan apa yang dipelajari.
Kelebihan demontrasi: Memperkenalkan bahan pembelajaran baharu kepada pelajar melalui penglihatan dan pendengaran. Pelajar boleh menguasai kemahiran baru Memotivasikan pelajar kerana konsep dan prinsip ditunjukkan secara ilustrasi.
121
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
E. Penyelesaian masalah Suatu proses inkuiri dimana pelajar mencari jawapan untuk soalan yang relevan kepada mereka. Teknik ini berasaskan falsafah konstruktivisme dimana pelajar melibatan diri secara aktif dalam proses pembelajaran. Peranan guru dalam teknik ini adalah mewejudkan persekitaran yang membolehkan pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti kelas atau penerokaan internet.
Proses penyelesaian masalah Pelajar mengenal pasti masalah Menjelaskan isu-isu Mencadangkan
cara
untuk
memperoleh
maklumat-maklumat
yang
diperlukan Menilai idea dan rumusan.
Langkah-langkah menyelesaikan masalh—Orlich et al(2007) Menyedari masalah Mengenalpasti masalah Mendefinisi semua masalah Menentukan had masalah Membuat analisis Mengumpulkan data yang relevan Menguji dan menilai data Membuat sintesis Membuat generalisasi Melaporkan keputusan
Contoh pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan penyelasaian masalah:
Sesi soal jawab berdasakan kesusasteraan 122
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Aktiviti pengayaan
Aktiviti geografi
Aktiviti kajian tempatan
TOC( theory of constraint) Satu lagi perspektif daripada pengajaran. Membolehkan pelajar menerangkan masalah dan mencipta penyelesaian kreatif,menganalisis, berfikir melalui akibat terhadap tindakan dan ideaidea serta mengaplikasi apa-apa yang dipelajari sehingga mencapai keputusan. Merupakan satu alat berfikir dan komunikasi yang amat efekti – Vishalache Balakrishnan(2002) Teknik ini bukan sahaja menghafal tetapi merangsang pemikiran. TOC perlu menyokong salah satu daripada tiga objektif iaitu: A. Apa yang akan diubah? B. Apa yang hendak diubah? C. Bagaimana membuat perubahan?
4.9 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pedagogi Bestari Pengajaran Direktif •
Pengajaran Direktif bertujuan untuk membantu pelajar memahami dan menguasai maklumat sebagai asas untuk membaca dan menaakul secara kritis.
•
Pelajar dikehendaki untuk meniru kemahiran yang disampaikan oleh guru
•
Melibatkan penggunaan latih tubi, praktis, pembelajaran masteri dan pengajaran langsung.
•
Pendekatan yang bercorak autoritarian, di mana guru sebagai punca maklumat.
123
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
•
Pelajar adalah pasif dan bergantung pada guru untuk membekalkan maklumat dan penyelesaian masalah.
•
Pengajaran mengikut langkah demi langkah dari segi topik demi topik berdasarkan analisis tugasan.
•
Proses utama ialah menarik perhatian pelajar, memberikan motivasi, menggunakan
pengurusan
grafik
dan
cara
ekspositori
untuk
menyampaikan kandungan utama serta pengetahuan relevan kepada pelajar •
Penggunaan contoh-contoh, bahan bantu visual dan tunjuk cara untuk menerangkan konsep yang konkrit dan abstrak digalakkan dalam pengajaran langsung (penyampaian maklumat secara sehala).
•
Pengajaran direktif adalah berdasarkan strategi berpusatkan guru dan pembelajaran secara tradisional.
Pengajaran Mediatif •
Membolehkan pelajar belajar menilai pandangan berbeza terhadap isu-isu kontroversi, menghormati pandangan orang lain dan menggunakan proses-proses alternatif
•
Guru merupakan pengantar yang mengemukakan soalan-soalan dan isu yang dapat merangsang naluri ingin tahu pelajar selain menggalakkan inkuiri serta mengakibatkan pelajar menemukan keputusan
•
Guru harus mengelakkan daripada membuat penghakiman terhadap idea yang dikemukakan oleh pelajar.
•
Guru harus menyokong dan melatih pelajar untuk membentuk dan menguji-uji idea-idea sendiri.
•
Pelajar digalakkan untuk menaakul secara induktif dan deduktif untuk mengemukakan penerangan yang lengkap dengan bukti yang logikal.
•
Mereka diberi peluang untuk mengorganisasi dan mengawal prosesproses pemikiran tinggi dalam pengajaran mediatif.
•
Pelajar dilatih untuk menggunakan kemahiran yang telah dikuasai bagi menyelesaikan masalah dengan sendiri. 124
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
•
Pelajar diberikan kesedaran tentang apa-apa yang dipelajari oleh mereka dan ini akan memudahkan mereka mencapai kawalan kendiri sebagai cara aktif mereka cipta kemahiran penyelesaian masalah.
•
Lama-kelamaan, pelajar akan kurang bergantung kepada guru dan berdikari.
Model pembentukan konsep Taba •
Model
pembentukan
konsep
Taba
membina
idea
dan
konsep
berlandaskan pengetahuan sedia ada pelajar serta pengetahuan kini. •
Pelajar diajar untuk membuat pemerhatian, membentuk inferens yang berbeza berdasarkan pemerhatian dan mengumpulkan data berasaskan persamaan yang sedia ada
•
Kemudian, pelajar akan membentuk kategori-kategori dan label-label untuk data bagi menghasilkan satu sistem konseptual.
•
Dalam proses ini, pelajar memperkembangkan kemahiran pemikiran.
Strategi mediatif melalui inkuiri •
Inkuiri direka bentuk untuk mengajar pelajar bagaimana menyiasat masalah dan soalan berdasarkan fakta serta pemerhatian.
•
Model inkuiri berdasarkan kepada lima langkah berikut:
1. Mengenal pasti soalan/ masalah 2. Membuat hipotesis 3. Mengumpul data 4. Menganalisis data 5. Membuat generalisasi
Dengan menggunakan naluri ingin tahu pelajar, ini akan membantu pelajar mendekati masalah dengan penuh keyakinan apabila meneroka dan mencari penyelesaian, berkebolehan untuk menemukan kerelevenan
125
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
fakta serta dapat meningkatkan proses ingatan pelajar apabila mereka menyepadu bahan ke dalam struktur kognitif dan mudah diingat kembali
Peranan guru dalam strategi mediatif melalui inkuiri adalah untuk mewujudkan situasi yang bermasalah, mengadili prosedur inkuiri, memberikan respons kepada pertanyaan pelajar, membantu pelajar menentukan fokus dalam inkuiri dan memudah cara perbincangan dalam situasi bermasalah
Pengajaran Generatif •
Dapat membantu pelajar cipta pengetahuan dan membentuk cara baru serta kreatif untuk menyelesaikan masalah
•
Bertujuan: meransang imaginasi pelajar dengan penggunaan metafora /situasi aneh
•
Guru akan mengelak daripada membuat perhakiman agar tidak mengongkong kreativiti pelajar
•
Strategi ini membantu pelajar bertindak dalam situasi-situasi tertentu dan menggunakan kecerdasan pelbagai.
•
Perkara ini merangkumi alat-alat seperti sumbang saran, synthetics, pemikiran lateral dan kreativiti melalui reka bentuk
•
Pengajaran generatif boleh digunakan untuk ekspresif serta membentuk penyelesaian masalah bukan rutin dan inkuiri
•
Pelajar diberi kebebasan dan menggunakan kreativiti mereka
Pengajaran Melalui Pemerhatian •
Berlaku apabila pembelajaran berlaku dengan memerhati orang lain melakukan tingkah laku
•
Tingkah laku seseorang pemerhati dipengaruhi oleh akibat secara positif/negatif dan ini dinyatakan peneguhan vicarious /dendaan vicarious terhadap tingkah laku model (Ormrod, 2008)
•
Menurut Bandura, terdapat 4 proses dalam pembelajaran, iaitu
1. Proses memberikan perhatian 126
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
•
-pelajar menumpukan perhatian kepada ciri-ciri signifikan tingkah laku yang ingin dipelajari
2.
Proses ingatan •
mengorganisasikan pemerhatian agar dapat mengingat perkara yang diperhati
3.
Proses reproduksi motor •
melakukan pergerakan fizikal sebenar melalui proses cuba jaya secara berulang
4.
Proses motivasi •
menerima ganjaran supaya mereka akan melakukan tingkah laku yang dipelajari
•
Pelajar diberi peluang untuk memerhati dan memodelkan tingkah laku akan membawa peneguhan positif
•
Guru harus menggalakkan pembelajaran kolaboratif kerana pembelajaran berlaku dalam konteks persekitaran dan sosial
Pengajaran Kontekstual •
Membantu pelajar menghubungkaitkan pembelajaran kandungan dengan situasi sebenar dan memotivasi pelajar untuk membuat kaitan antara ilmu yang dipelajari dengan kehidupan sebenar
•
Guru
digalakkan
untuk
memilih
dan
mereka
cipta
persekitaran
pembelajran yang menyepadukan pelbagai bentuk pengalaman, iaitu sosial, fizikal dan psikologi dalam proses pencapaian hasil pembelajaran yang diingini •
Pelajar akan menemukan perkaitan bermakna antara idea-idea abstrak dengan aplikasi dalam dunia sebenar
•
Dalam pembelajaran secara konteksual, pelajar digalakkan mengalami 5 teknik pembelajaran : Strategi REACT
127
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Strategi REACT •
(R-relate) menghubung kait: di mana pelajar belajar dalam konteks menghubung kait pengetahuan baru dengan pengalaman hidup
•
(E-experiencing)
mengalami:
pembelajaran
melalui
penerokaan,
penemuan dan mereka cipta idea. •
(A-apply mengaplikasi): pengetahuan dalam situasi lain
•
C-cooperate) bekerjasama: dalam memberikan maklum balas dan berkomunikasi dengan ahli kumpulan serta guru
•
(T-transfering)
memindahkan:
pengetahuan
sedia
ada
dengan
menggunakan daripada apa-apa yang tahu •
contoh aktiviti: pembelajaran eksperiental, sesi hand-on dan minds-on, seminar, bengkel
Pengajaran Metakognitif •
Pengajaran tentang proses pemikiran terhadap ‘apa yang kita tahu ‘ & ‘ apa yang kita tidak tahu
•
Flavell (1976): pengajaran metakognitif sebagai pengetahuan terhadap proses-proses kognitif seperti ciri-ciri relevan maklumat
•
Metakognisi menerangkan sebab kanak-kanak yang berbeza umur menangani tugasan pembelajaran dalam pelbagai cara
•
Metakognisi melibatkan pemantauan aktif dan pengawalan proses-proses kognitif. Pengajaran metakognitif meransang kesedaran pelajar tentang perkara yang diketahui oleh mereka & yang tidak diketahui mereka untuk menyelesaikan masalah
•
Menurut Dirkes (1985), strategi Asas Metakognitif:
o Menghubungkaitkan maklumat baharu dengan maklumat lama o Memilih strategi-strategi berfikir o Merancang, memantau dan menilai proses berfikir
128
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Cara membina tingkah laku metakognitif pelajar: •
Penggunaan jurnal, di mana pelajar membuat refleksi terhadap pemikiran mereka, sedar tentang keraguan, ketidaksejajaran dan komen tentang bagaimana mengatasi kesukaran
•
Pelajar
diajar
untuk
membuat
rancangan
untuk
pelbagai
aktiviti
pembelajaran •
Selepas aktiviti, guru boleh membimbing pelajar membuat semakan aktiviti , mengumpulkan data tentang proses berfikir dan perasaan
•
Kemudian, kumpulan mengklasifikasikan idea-idea berkait, mengenal pasti strategi berfikir yang digunakan
•
Akhirnya, menilai kejayaan, mengenal pasti strategi yang sesuai untuk kegunaan masa depan serta mencari pendekatan yang lebih baik
Kajian Masa Depan •
Strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan pelajar dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan (PPK,2001).
•
Kauffman: memberi pelajar pemahaman tentang isu-isu penting , masalah-masalah dan peluang-peluang yang akan dihadapi serta mengajar kemahiran-kemahiran yang perlu untuk sentiasa pandang ke hadapan.
•
Terdapat 4 prinsip dalam kajian masa hadapan:
o Prinsip perubahan, o prinsip pandangan jauh, o prinsip perancangan strategik, o prinsip pengupayaan •
Pelajar kini perlu berpandangan jauh supaya dapat membuat keputusan dengan bijak dalam menangani perubahan dan kesan krisis.
•
Mereka perlu dibekal dengan kemahiran tersebut agar tidak dilanda kebimbangan apabila menghadapi sesuatu yang tidak dijangka.
•
Faedah menggunakan kajian masa depan sebagai strategi ialah 129
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
1. Merangsang pemikiran pelajar secara krisis dan kreatif. 2. Pelajar
dapat
menangani
cabaran
serta
berupaya
untuk
menyelesaikannya. 3. Menyemai keyakinan diri pada pelajar utk menghadapi apa-apa jua cabaran. 4. Memberikan peluang kepada pelajar merancang dan membuat keputusan semasa menyelesaikan masalah. 5. Pelajar dapat melibatkan diri dan peluang untuk mengemukakan idea mereka semasa menyelesaikan masalah. 6. Guru berperanan sebagai fasilitator dalam membimbing pelajar ke arah pencapaian hasil pembelajaran. 7. Suasana bilik darjah menarik dan menyeronokkan kerana murid libat diri dalam proses pembelajaran. 8. Pelbagai gaya pembelajaran dapat digunakan berdasarkan kepada kumpulan murid. 9. Tiga kemahiran dipelajari
=
membuat ramalan menjangka akibat mengendalikan perubahan
Tiga cara pengajaran melalui kajian masa depan •
Guna matriks pengajaran,
•
Menyisipkan kajian masa depan
•
Menggunakan unsur kajian masa
depan
sebagai induksi/susulan
pengajaran.
Integrasi Kemahiran Generik dalam Pengajaran dan & Pembelajaran •
Kita harus melahirkan pelajar sebagai pemikir berkesan.
•
Pelajar perlu bertindak efektif, dilengkapi dengan kemahiran berfikir dan belajar seumur hidup agar dapat menguasai dan memproses maklumat dalam masyarakat dan dunia yang berteknologi tinggi ini.
130
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
•
Dalam P&P sekolah bestari, kemahiran generik seperti kemahiran komunikasi, kemahiran belajar, memudah cara, berfikir dan strategi lain membantu pencapaian membaca dan pemikiran secara krisis dalam kalangan pelajar.
•
Kemahiran generik murid terpancar dalam kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah melalui pengajaran dan amalan.
•
Kemahiran generik berunsurkan kemahiran, kecekapan, dan keterampilan. Elemen-elemen dalam kemahiran generik merupakan kemahiran hidup tertentu dan diperlukan untuk kejayaan karier dan peribadi; kemahiran utama berfokuskan kepada keupayaan, menyepadukan kemahiran dan pengetahuan di alam pekerjaan; kemahiran yang boleh dipindahkan ke tempat kerja.
•
Dalam konteks pendidikan, kemahiran generik perlu ada pada pelajar untuk melaksanakan tugas dengan sempurna.
•
Kemahiran berkomunikasi– kebolehan menyata,menghurai, menjawab soalan, berucap dan menulis.
•
Kemahiran guna teknologi – melibat penggunaan alat-alat, memahami dan menggunakan kaedah saintifik serta prinsip-prinsip teknologi dalam pengendalian alat-alat.
•
Kemahiran merancang dan mengelola aktiviti– merangkumi penggunaan masa dan sumber serta berupaya untuk menentukan keutamaan dan mengawasi pencapaian diri.
•
Kemahiran
menyelesaikan
masalah–
mengenalpasti
masalah,
menganalisasi masalah, memperoleh maklumat, berfikir secara lateral dan kreatif serta membuat pilihan. •
Kemahiran generik yang disepadukan dalam kurikulum pedagogi bestari akan meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses P&P.
Antara strateginya: •
Memberikan tugasan bercorak tinjauan perpustakaan, dan aktiviti berpengalaman eksperiential. 131
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
•
Pelajar dilibatkan secara langsung dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti agar mereka dapat libat diri dalam pemikiran kreatif dan kritis untuk membina keyakinan dan harga diri pelajar.
TAMAT BAB 4
Rujukan Arends,R.L.(2001). Learn to teach. Boston:Mc-Graw Hill. Bennett, N., Wood, E. & Roger, S. (1997). Teaching through play:Teachers’ thinking & classroom practice. Buckingham: Open University Press. Chong L.K. (2011) Murid dan Alam Belajar (2nd ed). Kumpulan Budiman Sdn. Bhd Joyce, B.,Weil,M.,& Calhoun,E. (2003) Models of teaching (7th ed.) Englewood Cliffs,NJ: Prentice-Hall. Noriati, A.Rashid, Boon, P.Y., & Sharifah, Fakriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam Belajar. (Siri Pendidikan Guru). Shah Alam: Oxford Fajar.
132
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
TAJUK 5
PERBEZAAN INDIVIDU DAN GAYA PEMBELAJARAN, MOTIVASI DAN GAYA PEMBELAJARAN, PEMBENTUKAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF
SINOPSIS Dalam tajuk ini, kita dapat mengenal pasti dan menguasai konsep perbezaan individu dan aspek-aspek perbezaan individu. Oleh itu, perbezaan individu dapat dikaitkan dengan kesan terhadap pembelajaran. Dalam tajuk ini kita akan berusaha untuk memahami persamaan individu dari segi psikologi dan secara khusus, dan apakah ciri-ciri psikologikal yang berbeza antara mereka. Tajuk ini juga mendorong kita untuk meningkatkan kemajuan diri dengan menggunakan pendekatan pengajaran yang sesuai berdasarkan tahap kecerdasan murid. Tambahan pula, perlakuan insan yang
mempunyai
kecerdasan
emosi
dapat
dipamerkan
sewaktu
mengendalikan bilik darjah sehingga dapat dicontohi oleh murid. Di samping itu, suasana bilik darjah yang mesra yang mempamerkan kesedaran sosial yang tinggi dapat dibina selepas pembelajaran ini. Tambahan pula, pembelajaran ini mampu mendorong pelajar ke arah kemahiran berfikir sewaktu melaksanakan pengajaran. HASIL PEMBELAJARAN 1. Menyatakan aspek-aspek perbezaan individu. 2. Menyenaraikan sifat-sifat utama setiap jenis kecerdasan pelbagai. 3. Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi gaya pembelajaran murid. 4. Mendefinisikan dua jenis motivasi. 5. Membezakan nilai pencapaian, nilai instrinsik dan nilai minat yang mendorong seseorang murid. 6. Menghuraikan teori-teori yang berkaitan motivasi dalam pembelajaran 7. Membuat refleksi tentang aspek-aspek yang mempengaruhi persekitaran bilik darjah. 8. Melakarkan pelan bilik darjah yang mempunyai persekitaran pembelajaran kondusif.
133
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
KERANGKA KONSEP PERBEZAAN INDIVIDU DAN GAYA PEMBELAJARAN
Aspek Perbezaan Individu
Teori Sternberg
Kecerdasan
Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner
Teori Emosi Goleman
Perbezaan Individu dan Gaya Pembelajaran
Field Dependence dan Field Independence
Gaya Pembelajaran
Kolb
Implikasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran
Berdasarkan Kecerdasan Pelbagai
Rajah 5.1a Kerangka Konsep Perbezaan Individu dan Gaya Pembelajaran
KANDUNGAN ISI
134
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
PENGENALAN
FIKIRKAN... Lihat di sekeliling anda. Apakah perbezaan atau persamaan yang anda lihat antara diri anda dan keluarga anda serta rakan-rakan anda ? Pada hakikatnya memang mustahil untuk mendapat dua orang individu yang sama. Akan tetapi terdapat juga beberapa ciri yang serupa antara manusia.
Oleh itu sebagai
seorang guru, kita harus memahami perbezaan individu dalam kalangan pelajar dan memberi perhatian tentang hal ini di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
5.0 PERBEZAAN INDIVIDU DAN GAYA PEMBELAJARAN Menurut (Borich & Tombari,1997),perbezaan individu adalah variasi yang boleh diperhatikan di kalangan ahli-ahli dalam satu kumpulan individu dalam aspek temperamen, tahap tenaga, pola persahabatan dan hubungan ibu bapa dengan anak-anak
Slavin (2005) pula menumpukan perhatian kepada perbezaan individu dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau menjelaskan kepelbagaian murid dari
segi
tahap
prestasi,
kadar
belajar,
gaya
kognitif
atau
gaya
pembelajaran,etnik, budaya, kelas sosial, bahasa di rumah, jantina, bakat serta minat.
Woodcock (2000) membahagikan perbezaan individu kepada 2 jenis : I.
Interindividu
II.
Intraindividu
Perbezaan intraindividu – perbezaan dalam individu yang dipengaruhi oleh masa, tempat dan keadaan.
135
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Perbezaan interindividu – perbezaan yang terdpt antara seseorang individu dengan individu yang lain. Perbezaan antara individu adalah dalam pelbagai bentuk dan perkara yang memberikan kesan terhadap cara mereka bertindak balas terhadap sesuatu perkara dalam kehidupan seharian mereka. Malah cara setiap murid memberikan tindak balas terhadap pengajaran guru adalah berbeza.
Terdapat murid yang sangat responsif, menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru, tekun serta melaksanakan setiap tugasan dalam jangka masa yang ditetapkan oleh guru. Namun, ada juga kalangan pelajar yang lambat memahami pengajaran guru, leka, pasif, dan lambat menyiapkan tugasan. Ahli psikologi kebanyakannya bersetuju bahawa terdapat 2 faktor utama yang mendorong kepada perbezaan individu, iaitu faktor persekitaran dan faktor baka.
Faktor persekitaran setiap individu adalah berbeza dan mempengaruhi personaliti seseorang. Pengalaman awal kanak-kanak banyak mempengaruhi perkembangan dan pembesarannya. Perkara ini semua mempunyai pengaruh yg kuat terhadap diri seseorang. Antara elemen persekitaran yang mempengaruhi seseorang manusia ialah : latar belakang keluarga, orang yang berada di sekelilingnya, rakan sebaya, persekitaran tempat tinggal, didikan dan media massa.
Faktor baka pula berkaitan dengan keturunan seseorang individu. Faktor baka jelas mempengaruhi perbezaan interindividu dari segi fizikal dan rupa paras. Raut wajah anak-anak mirip wajah ibu atau bapa mereka dari segi warna kulit, bentuk mata, hidung, ketinggian dan lain-lain.
5.1 Kecerdasan Dalam proses pembelajaran, perbezaan individu mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pencapaian murid dalam akademiknya. Adakah kecerdasan 136
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
seseorang itu diwarisi atau kecedasan itu dapat dipupuk melalui persekitaran? Menurut Wooffolk(1998), sukar untuk memisahkan kecerdasan dalam baka atau kecerdasan dalam persekitaran dan pengalaman.
Kebanyakan ahli psikologi
percaya bahawa keturunan dan persekitaran sama-sama memainkan peranan dalam menentukan tahap kecerdasan individu.
Alfred Binet (dalam Brody) dari Perancis turut membincangkan konsep kecerdasan. Menurut Binet, perbezaan individu semakin ketara pada peringkat proses kognitif. Dengan bantuan rakannya , iaitu Simon, pada tahun 1905, item ujian Binet diterbitkan. Antara aspek yang terkandung dalam ujian Binet (Vialle et al., 2000) ialah: 1) Daya ingatan 2) Imaginasi 3) Perhatian 4) Pemahaman 5) Keupayaan mencadang 6) Nilai estetika 7) Nilai moral 8) Kekuatan tubuh badan dan semangat diri 9) Kemahiran psikomotor 10) Kemahiran menghubungkaitkan ruang
Binet telah menyusun item tersebut dengan memberi skala mengikut aras kesukaran dengan memberi lima item bagi setiap satu kumpulan mengikut umur. Binet akan mengira keupayaan berfikir kanak- kanak menurut umur. Hasil Ujian mendapati kanak-kanak yang cerdas mempunyai keupayaan berfikir setanding dengan kanak-kanak yang lebih dewasa, manakala kanak-kanak yang kurang cerdas merupakan golongan yang keupayaan berfikirnya sama dengan kanakkanak yang lebih muda. Item ujian Binet telah diguna pakai di Amerika Syarikat dan telah digunakan untuk mengenalpasti kumpulan murid cerdas dan kumpulan murid lembam. 137
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Dari semasa ke semasa, pemahaman terhadap konsep kecerdasan berubah selari dengan perkembangan dalam penyelidikan berhubung kecerdasan. Permahaman traditional terhadap konsep kecerdasan (Intelligence Quotient=IQ) yang berfokus kepada keupayaan dalam membaca, menulis dan mengira berkembang terus sehingga melibatkan keupayaan dalam hubungan sosial (Social Quotient=SQ) dan kecerdasan emosi (Emotional Quotient=EQ)
5.1.1 Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner (1983) bangkit dengan konsep Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligence) .Lapan kecerdasan pelbagai Gardner dapat dijadikan panduan kepada guru dalam mendorong pembelajaran murid serta merangsang murid untuk membina masa depan mereka berdasarkan kelebihan yang dimiliki oleh mereka.
Kecerdasan pelbagai Gardner dapat dimanafaatkan oleh guru
dengan menterjemahkannya dalam pelakuan pembelajaran yang mendorong kerjaya murid.
Guru boleh mengaplikasikan kecerdasan pelbagai dalam
kalangan muridnya dengan merancang aktiviti dan tugasan yang sepadan dengan murid. Hal ini ditunjukan seperti dalam jadual -
Domain Kecedasan
Kecerdasan Linguistik
Kecerdasan Visual – Spatial
Contoh Perlakuan
Pilihan Kerjaya
Aktiviti Dalam P&P
Kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada secara lisan atau tulisan, termasuk - kebolehan memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapan dengan baik dan sempurna.
Penyair Pemidato Ahli politik Wartawan
Perbahasan Perbendaharaan kata Ucapan formal Penulisan kreatif, jurnal, diari, puisi, Bacaan Bercerita
Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual.
Pengukir PelukisArkitek Juruterbang
Melukis Mengecat Garis rentuk dan ruang
138
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Berkepekaan terhadap warna, garis, bentuk dan ruang. Kecerdasan Muzik
Kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik.
Penggubah lagu Penyanyi
Mencipta gambaran mental Imaginasi aktif Peta minda Persembahan muzik Bunyi vokal Bunyi instrumental Nyanyian Drama lagu.
Kecenderungan ini termasuk kepekaan terhadap ritma, melodi atau kelangsingan suatu hasil muzik
Kecerdasan Logik Matematik
Kebolehan menggunakan nombor, menaakul,mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat (logik)
Saintis Ahli matematik
Penggunaan simbol Urutan nombor Perkaitan sebab dan akibat (logik) Penyelesaian masalah Pengurusan grafik Pengiraan
Penari Ahli gimrama Peninju Pemain badminton
Tarian kreatif Drama Main peranan Aktiviti jasmani Latihan fizikal Pemain sukan Seni pertahanan diri.
Melibatkan pemikiran saintifik, termasuk pemikiran secara heuristik,induktif dan deduktif, membuat inferens, mengkategori,generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis. Kecerdasan Fizikal /Kinestatik
Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi,keseimbangan dan kelenturan badan. Menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea dan perasaan.
139
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Kecerdasan Intrapersonal
Berpengetahuan kendiri dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri.
Penulis Kaunselor Ahli falsafah
Strategi pemikiran Proses emosi Disiplin diri Amalan pemusatan
Mempunyai gambarann yang tepat tentang diri sendiri, kesedaran terhadap mood dalaman,kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan dan kemampuan untuk mendisipIinkan diri dan jati diri. Kecerdasan Interpersonal
Kemampuan untuk mendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan
Ahli politik Peniaga Pengacara Usahawan
Komunikasi antara individu Latihan empati Latihan kolaboratif Memberi maklum balas Strategi pembelajaran kooperatif dan sedia bekerja sama
Kecerdasan Naturalis
Mengenali, menyusun dan mengkategorikan pelbagai jenis flora dan fauna
Petani Ahli botani Ahli biologi Perancang Bandar Geologist
Lawatan sambil belajar
Rajah 5.1b. : Domain Pelbagai Kecerdasan Gardner dan pengaplikasianya dalam P&P
140
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
5.1.2 Kecerdasan Emosi
Cukup sempurnakah manusia sekiranya hanya memiliki kecerdasan akal? Dalam
kecerdasan pelbagai seperti yang dikemukakan oleh Gardner
sebenarnya tersirat banyak elemen emosi.Emosi ditakrifkan sebagai perasaan sama ada gembira, sedih, marah, takut, dan sebagainya. Menurut Daniel Goleman(1995), seorang tokoh terkenal dalam bidang pengurusan emosi menyatakan bahawa kecerdasan emosi merujuk kepada Kemampuan kita untuk mengenalpasti perasaan kita, memotivasi diri, dan membina ketahanan dalaman sehingga berupaya menyusun jiwa masing-masing. Juga mengalami kepuasan diri semasa berdepan dengan cabaran seharian.
Coleman membahagikan keupayaan manusia dalam mengurus emosi kepada dua bentuk iaitu kompetensi personal dan kompetensi sosial.
141
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Komponen
Huraian ringkas
Kompetensi Peribadi Kesedaran kendiri
Merangkumi aspek –aspek seperti : Kesedaran emosi kendiri, kesedaran mengenai kekuatan dan kelemahan diri, keyakinan diri, penghormatan kendiri dan kesejahteraan kendiri demi menikmati kehidupam yang bahgia dengan penuh kesyukuran
Pengurusan Kendiri
Mencakupi aspek-aspek seperti: kawalan emosi kendiri, kebolehpercayaan, keluwesan dan ketekunan
Motivasi kebdiri
Meliputi aspek-aspek seperti: inovatif, berorientasikan pencapaian, inisiatif, dan optimis
Kompetensi Sosial Kesedaran sosial
Merangkumi aspek –aspek seperti : empati, berorientasikan perkhidmatan, kesedaran organisasi,dan kemampuan melayani kepelbagaian mengikut keperluan pelanggan
Kemahiran sosial
Mencakupi aspek-aspek seperti: Kemahiran berkomunikasi, kepimpinan berinspirasi, mempunyai pengaruh untuk memujuk dengan menggunakan pelbagai cara dan strategi positif, berkolaborasi dan berpasukan, menjadi pemangkin perubahan dan pengurusan konflik
Rajah 5.2. : Komponen-komponen dan sub komponen Kecerdasan emosi
Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk mengintegrasikan elemen kecerdasan emosi dalam pengajaran dan pembelajaran.Semua objek dapat diselitkan dengan elemen kecerdasan emosi. Pengintegrasikan elemen kecerdasan emosi dapat dilaksanakan sama ada secara tersurat apabila bahan yang dipelajari oleh murid mengandungi elemen tersebut, atau secara tersirat apabila
aktiviti
pengajaran
dan
pembelajaran
mempraktikkan kecerdasan emosi. 142
menggalakkan
murid
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
5.1.3 Kecerdasan Emosi dan Spiritual Sejak kebelakangan ini, banyak yang berpendapat bahawa kecerdasan emosi tidak akan berkesan tanpa kecerdasan spiritual. Elemen spiritual ialah kekuatan dalaman yang lebih berperanan besar dalam menguruskan emosi seseorang. Pendekatan kecerdasan emosi dan spiritual (Emosional Spiritual Quotient = ESQ) semakin hebat diperkatakan yang akan mengukuhkan kompetensi dalam mengurus emosi.
APA ITU ESQ??? Manusia
Kecerdasan akal = IQ
Manusia
Manusia = EQ
Manusia
Tuhan = SQ
Manusia IQ + EQ + SQ = ESQ AKTIVITI
143
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
FIKIRKAN...
Cuba anda fikirkan bagaimana sesorang guru dapat meningkatakan tahap kecerdasan emosi dalam kalangan murid-murid mereka?
Victor E. Frankl di dalam bukunya Man’s Search for Meaning menekankan keperluan manusia untuk mencari makna dan nilai dalam kehidupan. Pemikiran ini telah menyebabkan kepentingan IQ + EQ ditambah pula dengan kepentingan SQ (Spiritual Quotient).
SQ merupakan elemen pertama untuk membawa
manusia ke arah pencarian makna dan nilai.
Kecerdasan spiritual (SQ) mula diperbincangkan dan diperkatakan apabila ahli saraf, iaitu Ramachandran dari California University menemukan God Spot dalam otak manusia sebagai pusat spiritual yang terletak di antara jaringan saraf dan otak. God spot itu terdapat nilai manusia yang tertinggi. Pemisahan antara EQ dengan SQ akan wujud dan menyebabkan manusia membahagikan kehidupan mereka kepada dua iaitu EQ untuk hubungan sesama manusia manakala SQ ialah hubungan dengan Tuhan. Dengan ada pemisahan itu, perlakuan manusia akan tidak seimbang.
Danah Zohar dan Ian Marshall (2000) mengemukakan takrifan kecerdasan spiritual sebagai kecerdasan untuk menghadapi persoalan makna atau nilai bagi meletakkan perlakuan dan kehidupan kita dalam konteks makna yang luas dan kaya serta kecerdasan untuk menilai tindakan kita lebih bermakna daripada yang lain. SQ merupakan landasan bagi memanfaatkan IQ dan EQ. Pada zaman ini, ramai manusia kaya dengan IQ dan hasilan IQ telah membolehkan manusia untuk memperoleh kedudukan, pangkat, dan darjat.
Melalui EQ, hubungan
dengan manusia lain terjalin dengan baik. Darjat dan kedudukan yang diperoleh turut dipengaruhi oleh EQ yang mantap. dan nilai dalam kehidupan adalah kabur. 144
Namun tanpa SQ pencarian makna
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Peranan Guru Mengintegrasikan ESQ dalam Pengajaran dan Pembelajaran turut penting. Guru perlu merancang dengan teliti setiap rancangan pengajarannya untuk menerapkan elemen ESQ kepada murid. Setiap kandungan pelajaran perlu ditekankan dengan pengetahuan dan amalan berhubung dengan kecerdasan emosi dan spiritual. Contoh : 1. Penggunaan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran 2. Pendekatan dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran. 3. Penggunaan multimedia 4. Aktiviti di luar bilik darjah
5.1.4 Gaya Pembelajaran
Perbezaan individu juga mempengaruhi gaya murid-murid belajar. Gaya pembelajaran bermaksud cara seseorang
menerima dan memproses
maklumat dalam pelbagai cara yang berbeza. pembelajaran menekankan
kepada
Teori berhubung gaya
sebanyak mana murid belajar dan
memperoleh pengalaman pembelajaran bergantung pada gaya pembelajaran dan bukan persoalan tentang pelajar itu hebat atau pintar.
Ahli psikologi pendidikan menjalankan kajian berhubung gaya pembelajaran manusia dan hasil kajian mereka adalah berasaskan faktor warisan, cara didikan dan persekitaran. Setiap individu mempunyai peluang untuk menerima dan
145
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
memproses maklumat dalam cara yang berbeza. Perbezaan dalam melakukan sesuatu itu diklasifikasikan seperti: 1. Penerima konkrit dan abstrak Penerima konkrit akan menerima maklumat melalui pengalaman, tindakan, merasa, perasaan dan melakukan. Manakala penerima abstrak mengambil maklumat melalui analisis, pemerhatian dan berfikir.
2. Pemproses yang aktif dan reflektif Pemproses yang aktif menggunakan maklumat yang diperoleh melalui pengalaman sebagai
asas berfikir. Pemproses yang
reflektif menjadikan pengalaman sebagai asas untuk membuat renungan(refleksi) dan terus memikirkan perkara tersebut.
Field Independence
Rajah 5.1c. : Jenis-Jenis Gaya Pembelajaran
Gaya Pembelajaran Kognitif Medan Bersandar (FD) dan Medan Bebas(FI) 146
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Murid yang bersifat Field Dependence Memproses maklumat secara global dan kurang memberi perhatian kepada butiran yang terperinci. Berorientasikan sosial, lebih responsif kepada ganjaran dan dendaan. Gemar kerja kumpulan dan lebih peka terhadap orang lain. Hanya menerima maklumat tanpa berusaha untuk membuat sebarang penstrukturan semula.
Murid yang bersifat Field Independence Lebih analatikal, berminat terhadap perincian dan butiran. menyusun semula maklumat agar selaras dengan kehendaknya. bersifat individualistik dan cenderung kepada ke arah kendiri.
Gaya Pembelajaran
Field Dependence
Field Independence
Mempersepsikan secara global
Mempersepsikan secara analitikal
Mengkategorikan konsep secara umum.
Mengkategorikan konsep secara khusus.
Berorientasikan sosial.
Orientasi yang tidak bersifat peribadi.
Lebih di pengaruhi oleh kritikan.
Kurang dipengaruhi oleh kritikan.
Perlu penentuan matlamat dan pengukuhan luaran.
Mempunyai matlamat dan pengukuhan yang ditentukan sendiri. Rajah 5.1d. : Banding beza Antara Field Dependence dan Field Independence
LAYARI INTERNET http://www.eltnewsletter.com/back/June2002/art1022002.htm
5.1.5 Model Gaya Pembelajaran Kolb 147
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Pada tahun 1984, David Kolb telah menerbitkan model gaya pembelajaran Kolb. Teori pembelajaran Kolb mengutarakan empat jenis gaya pembelajaran yang berasaskan kitaran pembelajaran empat tahap.
Mengikut beliau, secara
semulajadi, setiap individu mempunyai kecenderungan kepada satu jenis gaya pembelajaran.
Akan tetapi, sapanjang melalui tahap perkebangan hidup, kita
berupaya mengintergrasikan keempat-empat gaya pembelajaran tersebut. Gaya pembelajaran Kolb digambarkan seperti rajah di bawah.
Rajah 5.1e. : Gaya Pembelajaran Kolb
5.1.6 Gaya Pembelajaran Pelbagai kecedasan Terdapat satu pendekatan baru berhubung dengan gaya pembelajaran, iaitu yang berdasarkan kecerdasan pelbagai.
Merupakan pasukan yang terulung
yang membina satu inventori soalan untuk membentuk gaya pembelajaran seseorang.
148
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Berpendapatan bahawa semua orang mempunyai kekuatan yang tersendiri. Membahagikan gaya pembelajaran kepada 2 kelompok iaitu pelajar global dan pelajar analitis. Pelajar global lebih suka persekitaran belajar yang fleksibel sementara pelajar analitis pula lebih suka persekitaran belajar yang berstruktur dan formal.
Umumnya, terdapat 7 jenis utama pelajar seperti berikut: 1. Pelajar visual. 2. Pelajar auditori. 3. Pelajar taktik/kinestetik. 4. Aktivis. 5. Reflektor. 6. Teoris. 7. Pragmatis.
Jadual berikut menjelaskan ciri-ciri bagi setiap gaya pembelajaran berdasarkan kecerdasan pelbagai.
Gaya
Ciri-ciri
Pembelajaran Visual (spatial)
Murid ini berkata “ Nak tengok, nak tengok.” Mereka menjalankan pembelajaran melalui penglihatan. Mereka perlu menatap wajah guru yang menyampaikan isi pelajaran yang menarik dengan bantuan: 1. Bahasa isyarat 2. Imej gambar-gambar 3. Paparan visual - ilustrasi - tranparensi - video - carta 149
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Auditori (auditory musical)
Pelajar Taktik (BodilyKinesthetic)
Murid ini berkata “ Beritahu saya!” Mereka menjalankan pembelajaran melalui pendengaran. Mereka belajar dengan lebih berkesan melalui kuliah, perbincangan dan mendengar pendapat orang lain. Bagi mereka, intonasi suara, pitch, kelajuan adalah sangat penting. Mereka juga mendapat banyak manfaat melalui 1. Aktiviti bercerita 2. Membaca teks 3. Menggunakan pita perakam.
Aktivis
Reflektor
•
•
Murid ini berkata “Saya nak buat!” Mereka menjalankan pembelajaran melalui pergerakan, merasa, menyentuh, menyusun, mereka mencipta dan membuat. Mereka belajar dengan lebih berkesan melalui pendekatan hands-on, yakni meneroka dan menyiasat secara aktif persekitaran fizikal. Mereka jarang duduk diam dengan lebih lama.
Mereka lebih suka mengambil bahagian dengan aktif dalam proses pembelajaran. Melibatkan diri dalm proses pembelajaran dengan rela, tiada sebarang paksaan. Melibatkan diri dalam pelajaran secara peribadi Menganggap ilmu sebagai kepunyaan peribadinya Mereka gemar berfikir dan mengkaji semula maklumat yang diperolehi supaya dapat disesuaikan ke dalam kerangka pengetahuan yang sedia ada. Kadangkala terlalu banyak renungan akan 150
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
merugikan masa dan kurang mencapai hasil pembelajaran. Teoris
Mereka sentiasa mencari bukti supaya dapat membuat generalisasi bagi hukumhukum dan teori-teori. Contohnya dalam bidang: 1. Matematik 2. Sains 3. Seni halus 4. Agama 5. Falsafah Mereka sentiasa cuba menganalisis dan mensintesiskan data, mengorganisasikan konsep dan prinsip serta mencadangkan idea-idea dan hubungan-hubungan.
Pragmatis
Mereka sentiasa ingin mengetahui bagaimana sesuatu perkara berfungsi. Mereka menganggap pembelajaran adalah suatu proses membina semula pengalaman. Mereka mampu menyelesaikan masalah secara bijak.
Rajah 5.1f. : Gaya Pembelajaran Berdasarkan Model Dunn dan Dunn
5.1.7 Implikasi perbezaan individu dan gaya pembelajaran terhadap P&P 1. Penentuan hasil pembelajaran
hasil pembelajaran hendaklah berasaskan keupayaan dan kemampuan murid
guru perlu menentukan hasil pembelajaran yang sesuai dengan muridnya, iaitu mengikut kemampuan murid.
hasil pembelajaran bagi murid yang cerdas perlu lebih tinggi arasnya berbanding kumpulan yang lemah
151
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
guru boleh menyediakan tugasan murid yng pelbagai aras bagi memastikan semua murid mendapat manfaat.
2. Kepelbagaian strategi dan kaedah P & P
guru sentiasa menyediakan pelbagai strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid mencapai hasil pembelajaran masing-masing.
3. Kepelbagaian bahan dan peralatan mengajar
bagi murid yang kurang berminat untuk belajar, guru boleh mendorong pembelajaran aktif dengan menggunakan audio visual yang menarik.
mewujudkan pusat pembelajaran di satu sudut di luar bilik darjah seperti bahan-bahan hidup (daun, bunga, ikan, burung atau arnab) dan elemenelemen persekitaran (awan, matahari, langit, bukit-bukau dan sebagainya).
4. Penyampaian guru
guru wajar menjadikan diri mereka sebagai seorang penghibur yang berbakat
152
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
LATIHAN
TEORI KECERDASAN PELBAGAI GARDNER Howard Gardner telah memperkenalkan 8 jenis kecerdasan. Di bawah adalah jadual yang menunjukkan jenis-jenis kecerdasan yang ada pada setiap orang. Cuba layari internet dan lengkapkan sifat-sifat utama untuk setiap jenis kecerdasan
Kecerdasan
Pekerjaan
Logik Matematik
Saintis, pakar statistik ahli nuklear, ahli kaji bintang Pengarang,penyair, wartawan, pemidato, ahli politik
Linguistik/Bahasa
Muzikal
Ruang (Spatial) Kinestetik badan Interpersonal Intrapersonal
Sifat-sifat Utama
Penggubal lagu, penyanyi, pemain alat-alat muzik Pelaut, juruterbang, pelukis Penari, ahli sukan, ahli Gimnastik Juru jual, kaunselor, guru Ahli ulama, ahli falsafah, ahli psikologi dan ahli teologi.
153
.
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
LATIHAN
UJI MINDA 1. Sila nyatakan lapan kecerdasan pelbagai Gardner. 2. Sila cadangkan aktiviti dalam P&P untuk murid yang mempunyai kecerdasan Naturalist. 3. Apakah maksud gaya pembelajaran? 4. Nyatakan tujuh jenis utama pelajar.
5. Bagaimana kumpulan pelajar visual menjalankan pembelajaran? 6. Apakah yang sangat penting bagi pelajar auditori memahami makna tersirat apabila mereka mendengar sesuatu?
7. Bincangkan dgn rakan anda sama ada anda ialah intraindividu atau interindividu. 8. Bincangkan dgn rakan, anda dlm mana satu kategori pemikiran. 9. Pada zaman sekarang, kes-kes salah laku murid semakin berleluasa. Pada pandangan anda, mengapakah murid melakukan perbuatan tersebut.
154
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Rujukan
Chong L.K. (2011) Murid dan Alam Belajar (2nd ed). Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
Kementerian Pendidikan Malaysia ( 2001) Belajar cara belajar. Kuala Lumpur: PPK.
Noriati, A.Rashid, Boon, P.Y., & Sharifah, Fakriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam Belajar. (Siri Pendidikan Guru). Shah Alam: Oxford Fajar.
Teori Pembelajaran, (n.d). Retrieved on October 21, 2009 from http//:limuna.ipislam.edu.my. Woolfolk, A.E. (2004). Educational psychology. (9th ed). New Jersey: Prentice Hall.
155
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
5.2 MOTIVASI UNTUK PEMBELAJARAN Motivasi bermakna sesuatu kuasa yang mendorongkan seseorang melakukan sesuatu untuk mencapai matlamat atau kejayaan.
Keadaan dalaman yang
meransang, mengarah dan mengekal tingkah laku. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, motivasi dianggap sebagai satu unsur yang penting yang membolehkan murid-murid melibatkan diri secara aktif, di samping menjadikan proses pembelajaran itu berlangsung dalam keadaan bermakna, berfaedah dan menggembirakan (Kamarudin Hj Husin, 1993).
Santrock (2008) mengatakan
“motivation is the reason why people behave theway they do. Motivated behavior is
energized,
directed,
and
sustained”.
Motivasi
adalah
kuasa
yang
menggerakkan manusia mencapai sesuatu matlamat.
Behaviorisme
Motivasi Ekstrinsik Skinner Hierarki Keperluan Maslow
Jenis-jenis Motivasi
Humanisme
Motivasi Pembelajaran
Teori Carl Rogers Pendekatan Teori Atribusi Weinar Kognitif Teori Expectancy X value Sosio budaya
Rajah 5.2a Kerangka Motivasi Pembelajaran
156
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
5.2.1 Jenis-Jenis Motivasi Secara amnya, terdapat dua jenis teknik motivasi yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah, iaitu teknik motivasi intrinsik dan teknik motivasi ekstrinsik
Rajah 5.2b: Jenis-jenis motivasi
Motivasi intrinsik ialah dorongan dan minat yang terdapat pada diri seseorang pelajar untuk melakukan sesuatu tanpa mengambil kira ganjarannya. Dengan itu, teknik motivasi intrinsik berkait rapat dengan sifat semula jadi seseorang dengan unsur yang sedia ada dalam pembelajaran.
Motivasi intrinsik juga
berkait rapat dengan aktiviti yang merupakan ganjaran dan berasal daripada gerakan dalaman.
Antara cara yang sesuai untuk mendorong pelajar secara intriksik ialah: i.
Rangsangkan pelajar untuk mencari pengetahuan. 157
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
ii.
Gunakan strategi-strategi seperti kejutan, raguan, kekeliruan dan konflik untuk mengekalkan naluri ingin tahu.
iii.
Gunakan pelbagai medium persembahan seperti persembahan ICT, demontrasi dan main peranan.
iv.
Minta pelajar menentukan matlamat sendiri
v.
Gunakan teknik permainan dan simulasi
Pada amnya, motivasi intrinsik menekankan kepada galakan untuk kebebasan belajar berasaskan minat dan keseronokan belajar.
Ini membawa kesan
pembelajaran yang lebih berkekalan oleh pelajar tanpa paksaan walaupun belum diajar oleh guru.
Motivasi Ekstrinsik direkacipta oleh faktor luaran seperti ganjaran dan dendaan.
Punca motivasi wujud daripada persekitaran (Woolfolk, 2006).
Motivasi ekstrinsik merupakan galakan atau tarikan yang berpunca daripada persekitaran. Maka motivasi ekstrinsik berkait dengan unsur luaran yang tidak semula jadi dengan pembelajaran. Ganjaran yang nyata seperti pujian, hadiah, markah, gred, wang, penghargaan diberkan kepada mereka yang berjaya mencapai prestasi baik atau melakukan sesuatu tugasan atau aktiviti yang diamanakkan.
Dalam keadaan tertentu, motivasi ekstrinsik mungkin merupakan bentuk motivasi yang paling sesuai untuk pencapaian akademik atau tingkahlaku produktif contohnya dalam mengalih pelajar kea rah kejayaan pembelajaran dan tingkah laku produktif di dalam bilik darjah.
158
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Pendekatan Motivasi
Rajah 5.2c: Pendekatan Motivasi Pembelajaran
5.2.2 Pendekatan Behaviorisme Motivasi dari perspektif behaviorisme amat berkait rapat dengan prinsip, di mana tingkah laku yang telah diberikan peneguhan akan berlaku berbanding dengan tingkah laku yang tidak diberikan peneguhan, malahan dendaan. Untuk memotivasikan pelajar, kita mesti mengiktiraf dan memberikan peneguhan kepada kejayaan mereka serta membantu mereka menimbangkan nilai dan manfaat peribadi terhadap pembelajaran mereka.
Kajian menunjukkan aktiviti yang menyeronokkan boleh ditingkatkan melalui peneguhan ekstrinsik.
Namun, pelakuan akan merosot jika penenguhan itu
dihentikan. Peneguhan ekstrinsik sebegini akan memberikan kesan jika pelajar mempunyai
tanggapan
bahawa
peneguhan
sebagai
mengawal
atau
memanipulasi, bukan sebagai merangsang penambahbaikan dan kemajuan (Ormrod, 2008)
159
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Apabila
ingin
menggunakan
peneguhan ekstrinsik, pendidik harus pastikan
bahawa
sememangnya
peneguhan
perlu,
iaitu
itu
pelajar
berkenaan tidak mempunyai keinginan intrinsik untuk menguasai kemahiran akademik dan tingkah laku bilik darjah yang amat diperlukan untuk kejayaan pelajar.
Peneguhan ekstrinsik yang
berterusan
akan
meningkatkan
kemahiran dan kompetensi pelajar bertambah baik sehingga pelajar akan mula berpandangan bahawa aktiviti tersebut memang sesuai untuk mereka melibatkan diri demi kebaikan mereka sendiri.
Oleh yang demikian guru harus secara
konsisten memberikan ganjaran kepada sesuatu tingkah laku yang diharapkan dan ini secara tidak langsung akan membentuk kebiasaan dalam diri pelajar (pelaziman) untuk bertindak dengan cara yang tertentu.
5.2.3 Pendekatan Humanis Pendekatan Humanis menekankan kebebasan peribadi, pilihan, kegigihan kendiri dan menuju ke arah pertumbuhan kendiri. Manusia dilahirkan dengan kecenderungan semula jadi serta keperluan untuk berusaha mencapai potensi yang optimum. Manusia didorong untuk melakukan tingkah laku tertentu kerana penyempurnaan kendiri, iaitu semua manusia mempunyai keinginan dalaman untuk mencapai segala yang diinginkan oleh mereka.
Antara pengkaji teori humanis adalah Maslow (1997) yang membuat kajian mengenai peranan keperluan dalam menentukan motivasi.
Menurut Maslow,
keperluan merupakan keadaan deprivasi yang memotivasikan seseorang untuk bertindak terhadap sesuatu matlamat, sama ada keperluan fisiologi, psikologi, emosi atau intelek.
160
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Pendekatan humanistik juga meninjau tentang ciri-ciri peribadi seseorang seperti kompetensi kendiri, harga diri, kegigihan kendiri, pencapaian kendiri dan autonomi dan memberi penekanan terhadap individu yang mempunyai kawalan dalaman tentang proses-proses hidup sendiri.
Matlamat pendekatan humanistik untuk merangsang pengalaman pelajar supaya mereka akan mengurangkan tabiat mempertahankan diri dan bertindak lebih terbuka terhadap pembelajaran daripada persekitaran. Dengan demikian, pelajar dapat mengawal diri sendiri dan tidak dipengaruhi oleh lokus kawalan luaran. Antara strategi yang boleh digunakan oleh pendidik untuk memingkatkan motivasi secara pendekatan humanis adalah: a. Membantu pelajar menimba kejayaan, terutama sekali tugasan yang mencabar. b. Memberi pelajar mekanisme konkrit supaya mereka dapat melihat kemajuan masing-masing dari semasa ke semasa. c. Mengurangkan persaingan dan elakkan wujudnya situasi-situasi dimana pelajar dinilai secara kurang adil dalam kalangan rakan sebaya. d. Menggalakkan pelajar mencari makna dalam pembelajaran secara aktif. e. Menggalakkan pelajar menentukanmatlamat sendiri. Ahli humanis juga menyatakan perlunya hubungan rapat/ keakraban antara guru, ibu bapa dengan pelajar kerana keadaan ini akan mewujudkan motivasi intrinsik yang tinggi. Penglibatan dan sokongan autonomi yang tinggi akan meningkatkan kompetensi, tanggungjawab dan pencapaian pelajar.
Secara tidak langsung
pelajar akan bermotivasi untuk melaksanakan tugasan atau aktiviti yang diberikan.
161
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Pendekatan Kognitif Pendekatan Kognitif menekankan bahawa tingkah laku dipengaruhi oleh cara menusia berfikir tentang mereka dan persekitaran. Arah dimana tingkah laku diambil boleh diterangkan berdasarkan 4 pengaruh iaitu: •
Keperluan untuk membina suatu asas pengetahuan yang teratur dan konsisten.
•
Harapan seseorang untuk menyempurnakan tugasan dengan berjaya.
•
Faktor-faktor di mana seseorang percaya akan menghasilkan kejayaan/kegagalan.
•
Kepercayaan seseorang terhadap kebolehan kognitif.
Dalam teori kognitif, manusia dilahirkan dengan naluri ingin tahu intrinsik, bermotivasi, dan meneroka untuk menyelesaikan masalah sebagai suatu bentuk tingkah laku penyesuaian. Untuk memotivasikan pelajar, kita harus merangsang naluri ingin tahu dan menyokong kepercayaan tentang kebolehan mereka untuk berjaya.
Terdapat 2 jenis teori kognitif yang akan dibincangkan iaitu: •
Teori Atribusi Weiner
•
Teori Ekspektansi x Nilai
5.2.4 Teori Atribusi Weiner
Bernard Weiner
162
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Teori Atribusi Weiner (Weiner, 1980, 1992), merupakan teori kontemporari yang berpengaruh terhadap implikasi untuk motivasi akademik. Teori ini menegaskan pelajar akan bermotivasi jika memperoleh sesuatu hasil yang diingini. Penekanan ditumpukan kepada persepsi pekajar yang mempengaruhi cara mereka
mentafsir
kejayaan
/
kegagalan
usaha
mereka
yang
turut
mempengaruhi kecenderungan pelajar untuk mengulangi tingkah laku yang sama. Menurut Weiner, atribut boleh wujud dalam 3 dimensi: a. Lokus (lokasi di mana penyebab itu berada) b. Stabiliti ( penyebab boleh berubah atau tidak) c. Kawalan (sejauh mana murid-murid kita bertanggungjawab ke atas kejayaan atau kegagalan mereka untuk mengawal situasi pembelajaran yang sedang dilalui.
Terdapat empat faktor yang akan mempengaruhi motivasi dalam pendidikan seperti yang diringkaskan dalam jadual di bawah: Atribut
Lokus (lokasi penyebab)
Stabiliti (penyebab)
Kawalan (situasi pembelajaran)
Kebolehan
Di dalam murid murid
Stabil
Luar kawalan
Usaha
Di dalam murid murid
Tidak stabil
Dalam kawalan
Nasib
Di luar murid-murid
Tidak stabil
Luar kawalan
Aras kesukaran Di luar Atribut murid-murid kawalan Jadual 5.2d: Ciri-ciri berhubungStabil dengan dimensi Luar atribut. tugasan
Peranan guru dalam meningkatkan motivasi pelajar antara lain adalah seperti berikut: 1. Guru perlu membantu pelajar memastikan mereka percaya bahawa mereka adalah kompeten. Kegagalan hanya berlaku sekali-sekala
163
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
adalah disebabkan oleh nasib dan usaha yang tidak mencukupi dan perkara ini tidak akan wujud pada masa hadapan. 2. Galakkan mereka untuk berusaha dan jika berjaya, usaha dilipatgandakan. 3. Pastikan pelajar berusaha dan beranggapan mereka boleh berjaya. Elakkan daripada situasi pelajar berulang kali gagal kerana ini akan menyebabkan mereka berasa tidak kompeten. 4. Bantu pelajar memahami bahawa tingkah laku mereka akan membawa mereka ke tahap kejayaan /kegagalan. 5. Merangsang konsep kendiri pelajar dan sentiasa berfokus kepada usaha sebagai faktor kejayaan.
5.2.5 Teori Ekspektansi x Nilai
Victor Vroom
Menurut Victor Vroom, kita biasanya dimotivasikan untuk melakukan sesuatu berasaskan kepada apa yang kita anggapkan sebagai impak ke atas tindakan kita.
Kita akan mengkaji ganjaran yang timbul hasil daripada tindakan yang kita ambil, seterusnya akan bertindak mengikut cara yang akan membawa kepada kejayaan serta pemberian ganjaran yang paling besar sekali.
164
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Teori Ekspektansi x nilai berpandangan bahawa motivasi ialah gabungan antara dua elemen penting, iaitu “nilai” dan ekspektansi.
Dengan perkataan lain
motivasi merupakan fungsi ekspentasi seseorang untuk mencapai matlamat dan nilai yang diletakkan pada matlamat tersebut. Motivasi adalah hasil harapan dan nilai, jikalau mana-mana antara faktor ini adalah sifar, maka tidak akan wujud motivasi untuk berusaha ke arah pencapaian matlamat. Dengan itu guru perlu memastikan tugasan penguasaan dan perkembangan yang membolehkan pelajar memperolehi kejayaan. Dua konsep yang penting: a. Nilai tugasan yang dipersepsikan/persoalan Nilai ini berdasarkan kepercayaan kognitif peribadi setiap individu dan ini termasuklah matlamat, nilai dan minat mereka b. Ekspektansi Merupakan kepercayaan tentang kompetensi peribadi serta kebolehan individu terhadap tugasan
Menurut teori ini, adalah perlu bagi seseorang guru
merangsang pelajar untuk menghargai nilai pendidikan sebagai satu cara meningkatkan taraf hidup mereka
memberikan semangat tentang nilai pendidikan dengan membawa model yang berjaya untuk berkongsi kejayaan
menekankan bahawa model yang berjaya kini ialah pelajar yang tidak begitu cemerlang pada masa dahulu
pastikan tugasan penguasaan dan perkembangan yang membolehkan pelajar memperoleh kejayaan
LAYARI INTERNET www.wmc.ac.uk/flm/motivation/vroom.html
165
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
5.2.6 Pendekatan Sosio-budaya Pendekatan sosio-budaya adalah gabungan antara pendekatan behaviorisme dengan kognitivisme.
Bandura(1977), telah menyarankan betapa pentingnya
pemerhatian, peniruan dan peneguhan vikarious.
Peneguhan vikarious dan
peneguhan langsung amat penting dalam meningkatkan efikasi kendiri individu terhadap sesuatu tugas untuk membawa motivasi ke tahap yang lebih tinggi. Efikasi kendiri merujuk kepada kepercayaan tentang kompetensi peribadi kita dalam sesuatu bidang. Ianya dipengaruhi oleh: a. pengalaman lampau b. pengalaman vicarious c. input lisan daripada pihak luar terhadap kepercayaan kebolehan individu menyempurnakan tugas d. gerak hati fisiologikal dan emosi
Persepsi efikasi kendiri membantu dalam menentukan bagaimana individu menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh.
Ini boleh
merangsang pencapaian manusia dan mempengaruhi pilihan seseorang terhadap tindakan selanjutnya.
Individu berkecendurungan untuk memilih tugas yang mereka fikir mereka rasa kompeten dan yakin dan mengelakkan tugas yang mereka tidak berkebolehan. Semakin tinggi efikasi kendiri, semakin berusaha dan tekun seseorang pelajar. Kepercayaan efikasi kendiri juga mempengaruhi pola pemikiran dan reaksi emosi seseorang.
Pelajar yang mempunyai kompetensi peribadi yang tinggi akan
menghadapi tugas yang mencabar.,melibatkan diri dalam aktiviti secara aktif, merangka matlamat yang lebih mencabar dan mengekalkan komitmen dan meningkatkan usaha semasa menghadapi kegagalan. Pelajar begini biasanya dapat pulih dengan cepat selepas sesuatu kegagalan dan mengatribusikan kegagalan kepada usaha yang kurang mencukupi/kurang dari segi pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai.
166
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Efikasi tinggi membantu dalam mewujudkan ketenangan apabila menghadapi tugas dan aktiviti yang sukar. Individu yang mempunyai efikasi rendah akan percaya bahawa sesuatu perkara lebih sukar daripada yang sebenarnya dan ini akan mewujudkan kebimbangan, stres, kemurungan.
Dalam pendekatan ini, adalah penting sebagai seorang guru
Meningkatkan efikasi kendiri pelajar dengan membantu mereka merangka matlamat realistik
Merancang aktiviti yang sesuai dengan kebolehan mereka ujukan
Chong L.K. (2011) Murid dan Alam Belajar (2nd ed). Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
Kementerian Pendidikan Malaysia ( 2001) Belajar cara belajar. Kuala Lumpur: PPK. Maslow, A.H.(1970). Motivation and Personality (2nd ed). New York: Harper and Row
Noriati, A.Rashid, Boon, P.Y., & Sharifah, Fakriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan alam belajar. (Siri Pendidikan Guru). Shah Alam: Oxford Fajar.
Ormrod, J.E. (2008), Educational Psychology: Developing Learners. New Jersey: Merill Prentice Hall.
Teori
Pembelajaran,
(n.d).
Retrieved
on
October
21,
2009
from
http//:limuna.ipislam.edu.my. Woolfolk, A.E. (2004). Educational psychology. (9th ed). New Jersey: Prentice Hall. www.wmc.ac.uk/flm/motivation/vroom.html 167
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
LATIHAN
TEORI-TEORI BERKAITAN MOTIVASI Teori motivasi boleh dilihat dari perspektif Teori Pembelajaran Tingkahlaku Behaviorisme, Teori Pembelajaran Kognitif, Teori Humanisme dan Teori Pembelajaran Sosial-kognitif. Dengan merujuk nota kuliah dan carian internet isikan jadual di bawah. Jadual Menjelaskan Tentang Beberapa Perspektif Tentang Motivasi
Konsep
Idea Utama
Perspektif tentang Motivasi
Behaviorisme
Humanistik
Kognitif
SosialKognitif
168
Huraian
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
LATIHAN UJI MINDA 1. Apakah motivasi ? 2. Nyatakan perbezaan utama antara motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. 3. Apakah motivasi intrinsik? 4. Apakah motivasi ekstrinsik? 5. Apakah cara-cara untuk merangsang motivasi intrinsik? I.
Kegunaan gred
II.
Memberikan pujian spesifik
III.
Menggunakan permainan dan simulasi
IV.
Merangsang keinginan untuk memperoleh pengetahuan
V.
Menggalakkan pelajar menentukan matlamat sendiri.
A I, II dan III B I, III dan IV C II, IV dan V D III, IV dan V 6. Ali
memperoleh
tujuh
“A”
dalam
peperiksaan
akhir
tahun
dan
dia
mengatribusikan kejayaan kepada galakan dan dorongan yang diberikan oleh ibu bapa dan gurunya. Atribusi terhadap kejayaannya didasarkan kepada A satu lokus kawalan yang stabil B satu lokus kawalan luaran C satu lokus kawalan dalaman 7. Apakah yang ditekankan dalam pendekatan humanistik? 8. Apakah matlamat pendekatan humanistik? 9. Nyatakan lima strategi meningkatkan motivasi secara pendekatan humanis. 10. Apakah yang ditegaskan dalam Teori Atribusi Weiner? 11. Nyatakan 4 peranan guru dalam meningkatkan motivasi pelajar. 12. Apakah 3 aspek yang telah disarankan oleh Bandura melalui Pendekatan sosiobudaya.
169
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
5.3 PEMBENTUKAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF PENGENALAN Cuba renung kembali tajuk-tajuk yang anda telah pelajari. Aspek manakah paling mempengaruhi persekitaran bilik darjah? Berdasarkan pengalaman anda sebagai pengurus bilik darjah, bagaimana anda dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam bilik darjah?
Cuba anda lakarkan pelan bilik darjah yang mempunyai persekitaran pembelajaran yang kondusif dengan maklumat dan pengetahuan yang diperolehi sepanjang kursus ini. Rajah di bawah menunjukkan contoh susunan bilik darjah yang selesa.
FIKIRKAN... Selain daripada susunan fizikal bilik darjah yang selesa, apakah aspek-aspek lain
yang
harus
di
beri
perhatian
pembelajaran yang kondusif?
170
dalam
menghasilkan
persekitaran
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Rajah 5.3a Contoh susunan bilik darjah sekolah rendah yang selesa
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif boleh dikekalkan sekiranya tiga perkara ini dipatuhi iaitu strategu umum, membentuk dan mengekalkan prosedur dan peraturan serta meningkatkan kerjasama murid.
Strategi Umum
Pembentukan Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif
Prosedur dan Peraturan
Kerjasama Murid
Rajah 5.3b: Persekitaran Pembelajaran yang kondutif
171
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
5.3.1. Strategi umum a. Strategi Autoritatif Guru boleh menggunakan strategi autoritatif seperti ibu bapa dengan memantau tingkah laku murid-murid di samping menggalakkan mereka untuk berdikari dari segi pemikiran dan perlakuan. Di samping itu, memupuk sikap tolak ansur dalam kalangan mereka.
Walaupun prihatin, guru perlu
menetapkan batasan-batasan tertentu, jika difikirkan perlu.
Ini bagi
memastikan murid-murid menjadi lebih aktif serta mempunyai kawalan kendiri.
b. Mengurus Aktiviti Kumpulan Secara Berkesan. Dalam memastikan pengurusan yang berkesan dalam bilik darjah, cara pengurusan seelok-eloknya merangkumi tugas-tugas seperti berikut:
Menyedari apa yang berlaku dalam bilik darjah agar lebih mudah mengesan tingkah laku yang kurang sesuai dan tidak melampaui batas.
Mampu menangani situasi dalam bilik darjah yang bertindan tindih. Sebagai contoh, semasa bergerak dari satu meja ke meja yang lain sambil membimbing murid-murid menyiapkan latihan, guru juga perlu menyedari apa yang sedang dilakukan oleh murid-murid lain.
Mengekalkan kesinambungan isi pelajaran yang disampaikan untuk memastikan agar tumpuan murid-murid tidak terjejas semasa pertukaran guru antara sesi pengajaran.
Libatkan murid dalam aktiviti pembelajaran yang mencabar tetapi berada dalam tahap kebolehan mereka dan skop sukatan pelajaran.
Tindakan
ini
penting
untuk
merangsang
murid
menyiapkan tugas yang diberi secara berdikari tanpa pengawasan yang terlalu rapi.
172
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
5.3.2. Membentuk dan Mengekalkan Prosedur dan Peraturan Apa
itu
prosedur?
Prosedur
memerihalkan
bagaimana
aktiviti-aktiviti
dilaksanakan di bilik darjah. Membentuk dan mengekalkan prosedur perlu ada untuk menjamin proses P&P yang lancar.
Enam bidang yang dipertimbangkan apabila menjalankan rutin ialah:I.
rutin pentadbiran misalnya mengambil rekod kedatangan murid
II.
pergerakan murid keluar masuk kelas seperti keluar ke tandas atau ke bilik guru
III.
pengurusan bilik darjah- membersihkan bilih darjah
IV.
rutin pengajaran dan pembelajaran (P&P)- mengumpul tugasan
V.
interaksi antara murid dan guru misalnya cara guru menarik perhatian murid dalam pengajaran
VI.
interaksi antara murid seperti saling memberi bimbingan
Secara ringkas, peraturan menyenarai tindakan murid yang dibenar atau dilarang dalam bilik darjah. Peraturan biasanya ditampal di tempat yang strategik dalam bilik darjah. Peraturan bilik darjah yang dibentuk seelok-eloknya konsisten dan koheren (ada kesinambungan) dengan peraturan sekolah serta mematuhi prinsip-prinsip pembelajaran. Contoh panduan peraturan adalah seperti: •
Bersopan sepanjang masa. Gunakan perkataan “terima kasih”, “minta maaf”.
•
Hormati harta benda orang lain. Minta kebenaran orang lain sebelum menggunakan harta benda rakan.
•
Jangan tolak,pukul atau mencederakan orang lain.
173
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Patuhi Peraturan dalam Bengkel
5.3.3. Meningkatkan Kerjasama murid Terdapat tiga strategi yang boleh digunakan. a . Membina hubungan yang positif dengan murid. Guru hendaklah benar-benar mengambil berat tentang kebajikan murid yang diajar di samping pencapaian akademik mereka. hendak
menyempurnakan
sukatan
pelajaran
Seringkali guru asyik sehingga
mengabaikan
keperluan sosio-emosi murid. Antara strategi yang boleh dijadikan panduan oleh guru dalam membina hubungan adalah seperti: •
Tanyakan murid secara peribadi mengenai perasaan pada hari berkenaan.
•
Tuliskan nota ringkas yang mengandungi kata-kata motivasi.
•
Tingkatkan kekerapan memanggil nama murid-murid semasa sesi pengajaran.
•
Maklumkan kepada mereka bahawa anda bersedia memberi sokongan moral, jika perlu.
•
Jadikan seorang pendengar aktif dan tumpukan perhatian kepada apa yang diperkatakan oleh mereka.
b. Berkongsi dan memikul tanggungjawab bersama
174
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Murid seharusnya diberi peluang untuk bersama-sama membentuk prosedur dan peraturan bilik darjah.Secara tidak langsung, komitmen mereka terhadap peranan mereka sebagai murid akan bertambah. Antara yang boleh dipertimbangan yang boleh dilakukan adalah : •
Melibatkan murid dalam perancangan dan pelaksanaan program dan aktiviti dalam bilik darjah.
•
Memberi galakan mereka untuk menilai tingkah laku mereka.
•
Jangan menerima alasan yang diberi.
•
Beri peluang untuk murid melibatkan diri.
c. Memberi ganjaran bagi tingkahlaku yang sesuai. •
Berikut adalah garis panduan: •
Pilih
pengukuhan
yang
berkesan.
Guru
perlu
kenal
pasti
pengukuhan mana yang sesuai bagi setiap murid. •
Gunakan galakan dan pembentukan tingkahlaku secara berkesan. Ganjaran harus diberi bagi penambahbaikan yang diperhatikan walaupun agak kecil.
•
Gunakan ganjaran untuk maklumkan penguasaan pembelajaran, bukan mengawal tingkah laku.
Kesimpulannya, persekitaran kelas haruslah kondusif untuk proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan dan lancar. Peranan guru adalah mewujudkan suasana bilik darjah dimana murid dapat mengambil bahagian dengan konsisten dalam aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan.
175
Selain itu, hanya terdapat
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
sebilangan kecil sahaja yang akan bersifat disruptif dan mengganggu perjalanan licin sesi pembelajaran.
Oleh itu, amat penting untuk kita teruskan dengan usaha agar dapat merealisasikan hasrat tersebut. Strategi mewujudkan ciri-ciri bilik darjah yang kondusif termasuklah: i.
Perancangan
yang
teliti
agar
murid
terus
berminat
untuk
melaksanakan aktiviti P&P. (Menepati kecerdasan pelbagai murid) ii.
Menyesuaikan rancangan mengajar berdasarkan perkembangan dan minat murid.
iii.
Bersiap sedia menghadapi kerenah dan tingkah laku murid serta mengatasi tingkah laku yang menggangu perjalanan P&P sebelum murid mempengaruhi rakan-rakannya yang lain.
iv.
Menyediakan aktiviti yang mendorong penglibatan murid.
v.
Susunan kelas yang memudahkan interaksi guru dengan murid.
vi.
Bina suasana bilik darjah yang mewujudkan perasaan dihargai dan kepunyaan serta mampu memotivasikanmurid.
vii.
Menetapkan peraturan bagi mengurangkan salah laku murid.
viii.
Merancang aktiviti yang menekankan tugasan tingkah laku.
ix.
Memantau perlakuan dan aktiviti murid secara berterusan.
x.
Menambah baik bimbingan terhadap murid.
xi.
Susunan meja guru dan murid memudahkan guru berinteraksi dengan murid.
xii.
Guru mudah dan mesra dalam berinteraksi dengan murid, nilai penyayang dan prihatin guru dapat menarik minat murid untuk berada di dalam bilik darjah
xiii.
Wujudkan perasaan kemasyarakat dalam kalangan murid.
xiv.
Memberikan penghargaan dan ganjaran atas usaha-usaha serta sikap positif murid.
xv.
Memaklumkan aktiviti dan tugasan yang akan diberikan kepada murid lebih awal supaya murid bersiap sedia. 176
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
xvi.
Memberikan pilihan kepada murid untuk menentukan masa yang diperlukan
bagi
menyudahkan
tugasan
dan
bagaimana
untuk
melaksanakan tugasan mereka.
TAMAT BAB 5
Rujukan Chong L.K. (2011) Murid dan Alam Belajar (2nd ed). Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
Noriati, A.Rashid, Boon, P.Y., & Sharifah, Fakriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam Belajar. (Siri Pendidikan Guru). Shah Alam: Oxford Fajar. The classroom – A Community of learners. [Online]. Diperolehi: http://www.project-approch.com/foundation/class.htm. [2008,Mei10]
Woolfolk, A.E. (2004). Educational psychology. (9th ed). New Jersey: Prentice Hall.
177
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
LATIHAN SOALAN ANEKA PILIHAN 1.Tujuan utama main ialah memperkembangkan potensi kanak-kanak dari aspek jasmani, intelek dan sosio emosi secara seimbang dan menyeluruh. Melalui main simbolik dan main sosio dramatik, kanak-kanak dapat (A) membentuk kemahiran fizikal (B) membentuk kemahiran intelek (C) membentuk kemahiran berfikir kritis (D) menguasai persediaan untuk kehidupan harian
2. Dalam satu sesi pengajaran Pendidikan Jasmani Cikgu Asmah telah menayangkan video yang menunjukkan cara melakukan servis dalam permainan badminton. Berdasarkan penyataan di atas, kita dapat merumuskan bahawa Cikgu Asmah telah melaksanakan sesi pengajarannya dengan kaedah tunjuk cara jenis (A) Model statik (B) Model hidup (C) Model persepsi (D) Model simbolik
3. Menurut teori pembelajaran behaviouris, jika sesuatu tingkah laku hendak digalakkan, ianya perlu dijalankan melalui (A) Pelaziman (B) Kerja amal (C) Kesediaan belajar (D) Pemulihan semerta
4. Bandura menyatakan bahawa pembelajaran boleh berlaku melalui peniruan. Susunkan langkah-langkah pembelajaran peniruan mengikut urutan yang betul. 178
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
I. Memberi perhatian kepada tingkah laku yang mudah ditiru II. Mendapat kepuasan, ganjaran atau peneguhan selepas tingkah laku itu selesai dilakukan III. Melakukan tingkah laku itu seperti yang dilihat IV. Menyimpan tingkah laku yang diperhatikan dalam fikiran
(A) I IV III II (B) II IV III I (C) III I IV II (D) IV III II I
5. Teori Humanis yang diperolehi oleh Abraham Maslow memberi penekanan kepada beberapa prinsip penting berkaitan dengan aspek kemanusiaan. Apakah aspek-aspek yang wajar dipraktikkan oleh seseorang guru berdasarkan teori tersebut? II. Pemberian gred III. Peningkatan daya cipta murid IV. Peningkatan minat dan motivasi murid V. Bertanggungjawab di atas segala tindakan yang dilakukan VI. Penumpuan pembelajaran yang mengutamakan bimbingan guru
(A) I,II dan III sahaja (B) I,II dan V sahaja (C) II,III dan IV sahaja (D) III,IV dan V sahaja
6. Bermain boleh membantu kanak-kanak dalam perkara-perkara berikut kecuali (A) perkembangan fizikal (B) perkembangan intelek (C) perkembangan sosioemosi (D) perkembangan sikap bersaingan 179
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
7. Dalam pembelajaran aktif, pengetahuan tidak disampaikan kepada pelajar secara langsung tetapi pelajar harus membina pengetahuan sendiri. Mana satu aktiviti yang berikut tidak merupakan pembelajaran aktif? (A) Main peranan (B) Bahas (C) Latih Tubi (D) Kajian Kes
8. Baca empat situasi pembelajaran dalam jadual di bawah dengan teliti. Cik Laila memastikan kerja-kerja muridnya diperiksa dan diberi maklumbalas yang sepatutnya agar mereka dapat membaiki bidang kelemahan masingmasing.
Jamilah mengikuti langkah-langkah yang ditunjukkan dalam tutorial Power Point cara menyelitkan tayangan video klip dalam persembahan slaidnya.
Azilah, seorang pelajar pendidikan jarak jauh membuat Ujian Pra dan Ujian Pasca dalam Unit Pembelajaran sebagai cara memantau kemajuan dirinya dalam kursus tersebut.
Cikgu Ali menentukan dengan jelas objektif pembelajaran pada awal pengajaran supaya pelajarnya tahu kriteria pembelajaran yang perlu dicapai.
Model pengajaran yang tepat menjelaskan keadaan di atas ialah (A) model sosial (B) model personal (C) model behavioris (D) model pemprosesan maklumat
180
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
9. Di antara kemahiran berikut yang manakah diterapkan dalam kurikulum sekolah bestari? I. kemahiran kreatif II. kemahiran berfikir III. kemahiran peribadi IV. kemahiran ICT V. kemahiran bekerjasama
(A) I, II dan III sahaja (B) I, II dan IV sahaja (C) I, II, IV dan V sahaja (D) I, III, IV dan V sahaja
10. Strategi pengajaran dan pembelajaran Sekolah Bestari lebih berpusatkan pelajar. Apakah tujuan utama perubahan itu? (A) Ramai murid dalam kelas (B) Adanya sumber teknologi (C) Dapat memenuhi kehendak pelajar dan ibu bapa (D) Pembelajaran akan menjadi berkesan dan bermakna
11. Berikut adalah jadual peranan dan sifat guru dan pelajar dalam pembelajaran bestari. Peranan Guru
Peranan Pelajar
Pembimbing
Belajar secara aktif
Sokongan psikologi
Menggunakan budaya berfikir
Menentukan hala tuju
Menggunakan kemahiran penyelesaian masalah
Membina kemahiran sosial
X 181
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Pilih jawapan yang sesuai sekali untuk tanda (X). (A) menguasai kemahiran ucapan awam (B) menggunakan ICT dalam tugasan (C) bekerjasama dengan rakan-rakan sebaya (D) menghormati guru dan kawan
12. Dalam pendekatan behavioris, pembelajaran berlaku disebabkan aktiviti pelaziman. Berdasarkan pernyataan di atas, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling sesuai berbentuk (A) latih tubi (B) bercerita (C) demonstrasi (D) uji kaji
13. Pendekatan humanistik dalam pengajaran berfokuskan kepada unsur-unsur minat dan keperluan asas manusia. Oleh itu, guru yang bersifat humanis mempunyai ciri-ciri berikut, kecuali (A) menggalakkan pemerolehan pengetahuan (B) menggunakan strategi berpusatkan pelajar dan individu (C) membimbing muridnya untuk berusaha ke arah kecemerlangan dan kesempurnaan (D) mengetahui bahawa kandungan pemeblajaran seharusnya dirancang untuk memenuhi keperluan individu
14. Cikgu Hasnah ingin meningkatkan kemahiran motor halus murid-muridnya. Aktiviti bermain yang paling sesuai untuk mencapai objektif tersebut ialah (A) main doh (B) main masak-masak (C) main ‘Laga Ayam Jantan’ (D) main ‘Polis dengan Pencuri’ 182
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
15. Berikut ialah ciri-ciri yang terdapat dalam main kecuali (A) berpasukan (B) memberi keseronokan (C) bermotivasi secara intrinsik (D) bebas dipilih oleh peserta yang bermain
16. Seorang guru mendapati sekumpulan murid Tahun 5 masih tidak menyiapkan tugasan Pendidikan Kesihatan yang diberikan pada minggu lepas. Beliau berkata, “Kamu semua tidak dibenarkan bermain bola sepak semasa Pendidikan Jasmani sehingga kamu menyiapkan tugasan yang diberi.” Teknik modifikasi tingkah laku yang digunakan oleh guru tersebut ialah (A) Pengasingan (B) Peneguhan positif (C) Peneguhan kendiri (D) Peneguhan negatif
17. Konsep-konsep penting dalam Teori Humanistik ialah seperti berikut kecuali (A) kebebasan belajar apa yang diminati (B) kebajikan & keperluan murid diutamakan (C) perkembangan potensi individu dengan sepenuhnya (D) permainan dipentingkan dalam pengajaran pembelajaran
18. Apakah persamaan antara pengajaran dan pembelajaran? (A) Pembelajaran mengutamakan interaksi guru manakala pengajaran mengutamakan interaksi murid (B) Pengajaran merupakan proses untuk memberi kemudahan kepada pembelajaran (C) Pengajaran berlaku secara formal manakala pembelajaran secara formal dan tidak formal (D) Pengajaran dan pembelajaran ialah aktiviti untuk mengubah tingkah laku guru dan murid 183
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
19. Pembelajaran Bestari memerlukan seseorang murid mempunyai kemahiran generik seperti berikut kecuali (A) kemahiran berfikir (B) personaliti yang unggul (C) mempunyai kemahiran belajar (D) kebolehan menilai dan mentafsir
20. Gagne menyenaraikan sembilan perisitiwa pengajaran yang berlaku dalam proses pembelajaran. Yang manakah perisitwa yang terakhir dalam senarai ini? (A) menilai prestasi murid (B) mendapatkan perhatian murid (C) merangsangkan pembelajaran sedia ada (D) memperkukuhkan ingatan dan pemindahan ke konteks lain
21. Konsep Sekolah Bestari merujuk kepada (A) sekolah yang mempunyai ramai bilangan cerdik pandai. (B) sebuah sekolah yang lengkap dengan kemudahan komputer. (C) pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada teknologi maklumat. (D) pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan yang berlandaskan teknologi untuk memenuhi keperluan murid. Pelajar belajar mengikut aras kebolehan sendiri, belajar mengikut unit demi unit, berpindah ke kemahiran atau isi kandungan yang lain apabila sudah menguasai kemahiran atau kandungan sebelumnya. Pelajar belajar dalam masa yang cukup dan fleksibel.
22. Merujuk kepada pernyataan di atas, guru sedang melaksanakan (A) pembelajaran masteri (B) pengajaran kontekstual (C) pengajaran berasaskan projek (D) struktur pembelajaran koperatif 184
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
23. Manakah antara di bawah ini bukan tunjang pembelajaran bestari? (A) pembelajaran akses kendiri (B) pembelajaran kadar kendiri (C) pembelajaran terarah kendiri (D) pembelajaran kesedaran kendiri . 24. Berdasarkan pernyataan ini, gaya pembelajaran pelajar ini dipengaruhi oleh faktor (A) emosi (B) fisiologi (C) sosiologi (D) persekitaran
Menurut Dunn & Dunn, pelajar ini suka belajar dalam keadaan yang diselangi visual, auditori, ada kinestetik dan pada ketika waktu tertentu seperti pagi, petang atau malam dan sebagainya
25. Cikgu Seroja mendapati beberapa orang muridya begitu petah bercakap dalam memberi pendapat tentang tajuk yang dibincangkan. Mengikut teori Pelbagai Kecerdasan, ini menunjukkan murid-murid tersebut mempunyai kecerdasan (A) Ruang (B) Linguistik (C) Kinestetik (D) Interpersonal
TAMAT
185
View more...
Comments