Nota lengkap PSK 3101
September 13, 2017 | Author: Maryam Norazan | Category: N/A
Short Description
PSK3101...
Description
MARYAM BINTI NORAZAN NOTA RINGKAS PSK BAB 1,2 RASIONAL, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PSK PENGERTIAN SIVIK: Hubungan individu dengan masyarakat di sekelilingnya. ( Kementerian Pelajaran Malaysia) Ilmu tatarakyat , hak, perasaan tanggungjawab seseorang terhadap masyarakatnya. (Kamus Dewan Edisi Empat) PENGERTIAN KEWARGANEGARAAN: Perihal warganegara (rakyat sesebuah negara yang terdiri daripada orang asli yang telah diterima menjadi rakyat mengikut undang-undang) (Kamus Dewan Edisi Empat) TAKRIFAN DEFINISI: Merujuk kepada bagaimana hubungan individu dengan masyarakat di sekelilingnya dan negaranya. KONSEP PENTING PSK: • Kemahiran Sosial • Memahami masyarakat • Sosialisasi politik • Sejarah negara • Sistem kerajaan dan perundangan TUJUAN AM: • Warganegara bertanggungjawab • Mengamalkan dan menghayati amalan sivik • Memberi sumbangan dalam amalan demokrasi negara • Memahami peranan dan tanggungjawabnya OBJEKTIF PENGETAHUAN: • Mengenal pasti tingkah laku yang boleh menyumbang terhadap pembangunan watak yang mulia.
•
• •
•
•
Menerangkan peranan dan tanggungjawab ke arah pembinaan keluarga yang bahagia. Menjelaskan kepentingan hidup bersama secara harmoni. Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia. Menerangkan sistem kerajaan Malaysia dan sumbangan pemimpi negara. Mengenal pasti cabaran dan ancaman dalam masyarakat.
OBJEKTIF KEMAHIRAN: Menguruskan diri dengan baik dan bertanggungjawab. • Mengamalkan kesederhanaan dalam tingkah laku. • Berinteraksi secara sopan dengan anggota keluarga, rakan dan masyarakat. • Menangani konflik diri, keluarga dan rakan. • Belajar hidup bersama untuk kesejahteraan diri dan masyarakat. • Menyertai aktiviti masyarakat untuk kebaikan bersama. • Membuat keputusan yang bijak dengan mengambil kira kepentingan diri dan orang lain. OBJEKTIF NILAI: Mempunyai keyakinan terhadap kebolehan diri. • Menghargai sumbangan ibu bapa dan anggota keluarga. • Menghormati kaum dan budaya lain. • Menyayangi alam sekitar. • Menunjukkan semangat kekitaan. • Menghormati pemimpin dan menghargai jasa mereka. • Menunjukkan perasaan bangga dan cinta akan negara.
BAB 2 PERSPEKTIF DIRI DAN DUNIA LUAR, KONSEP GOOD CITIZEN KONSEP GOOD CITIZEN Sebuah masyarakat yang hidup dalam keadaan damai, sejahtera, tenteram, selamat dan mempunyai apresiasi yang besar terhadap adanya perbezaan masa, budaya, gender dan falsafah politik. Juga bermaksud sebagai masyarakat madani atau civil society di mana merupakan satu sistem sosial yang subur yang diasaskan kepada prinsip moral yang menjamin keseimbangan antara kebebasan individu dengan kestabilan masyarakat
PERSAMAAN CIRI2 GOOD CITIZEN SEBELUM MASIHI VS ABAD 21
PERBEZAAN:
CIRI2 GOOD CITIZEN: 1) Taat setia kpd Negara 2) Sanggup bekorban utk Negara 3) Memberi sumbangan kpd Negara 4) Cinta akn Negara 5) Bersedia berkhidmat utk Negara BERBEZA MENGIKUT MASA: Sebelum masihi ----Selepas masihi--- Abad 21
Mengikut definisi kamus dewan: masa merujuk kepada jangka masa tertentu Konsep good citizen berubah mengikut peredaran masa berlalu. Hal ini dapat dilihat pada rangka rajah sebelum masihi, selepas masihi sehinggalah saat hari ini iaitu abad ke 21. Ciri-ciri bagi seorang good citizen telah berubah sepanjang tempoh masa ini.
BERBEZA BUDAYA: Budaya pelbagai tidak menghalang pembangunan masyarakat yang harmoni. Menekankan konsep, menghormati budaya dalam sesuatu masyarakat, memahami, dan menerima budaya lain. Ada budaya mengatakan sesuatu tingkah laku seperti memakai kasut dalam rumah adalah tidak salah dan ada yang mengatakan ia salah, oleh itu memahami perspektif budaya masing-masing adalah penting. BERBEZA GENDER: Perbezaan gender sebenarnya sangat membantu dalam pembinaan masyarakat yang mantap.
Perbezaan gender akan membawa pada perbezaan pemikiran antara satu gender dengan gender yang satunya. Menghormati antara satu sama lain, bertukar pendapat dan saling memerlukan membawa pada pembinaan masyarakat yang aman dan makmur tanpa sebarang penindasan.
BERBEZA POLITIK: 1. Politik adalah usaha yang ditempuh warga negara untuk mewujudkan kebaikan bersama (teori klasik Aristotle) 2. Politik adalah hal yang berkaitan dengan penyelenggaraan pemerintahan dan negara. 3. Politik adalah perkara yang diarahkan untuk mendapatkan dan mempertahankan kekuasaan di masyarakat. POLITIK ISLAM: • Beriman kepada Tuhan • Menjalani kehidupan berasaskan ajaran Al-Quran dan al-Sunnah • Pemilihan ketua : kaedah musyawarah • Kewajiban Manusia – Khalifah ( wakil Tuhan untuk menjaga alam) POLITIK BARAT: • Mementingkan pembangunan lahiriah berbanding dengan rohani • Pemilihan ketua: Demokrasi/ Autokrasi • Kewajiban Manusia – insan yang serata dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
INDIVIDU DAN MASYARAKAT YG SENTIASA BERINTERAKSI: Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK): Galakkan murid menyertai secara aktif dan interaktif dalam proses pembelajaran Memberi peluang kepada murid berinteraksi dan melibatkan diri dalam proses memperolehi pengetahuan, kemahiran serta nilai sivik dan kewarganegaraan.Dalam kata lain, dengan menggunakan pendekatan penyertaan murid secara aktif dan interaktif dalam PSK. PSK membentuk minda dan pemikiran masyarakat. Antaranya, melahirkan anggota masyarakat yang bersatu padu dan patriotik akan lebih memahami dari segi tradisi, keagamaan, kebudayaan serta etnik-etnik masyarakat Malaysia yang mempunyai kepelbagaian. PSK memupuk nilai hidup tolong-menolong semasa mengatasi cabaran dan dugaan yang berlaku dan mengambil tindakan yang wajar. Berperanan dalam menjalinkan rangkaian kemasyarakatan yang erat dan memainkan tanggungjawab sebagai rakyat Mewujudkan masyarakat yang demokrasi persamaan taraf tanpa mengira agama, bangsa dan budaya di samping melahirkan insan yang berakhlak mulia dan bersifat patriotisme
MAKSUD DIRI DAN ORANG LAIN: Individu mempunyai peranan dalam memartabatkan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, antaranya ialah mencapai konsep kendiri iaitu menghuraikan tentang perkembangan diri ke arah kecemerlangan yang meliputi aspek : Identiti dan wawasan diri, sifat- sifat peribadi mulia, kebolehan membuat keputusan, pemilihan kerjaya sepanjang hayat. mencapai kecemerlangan diri dengan mengamalkan budaya ilmu untuk kemajuan diri. berinteraksi dengan orang lain secara hormat dan sopan berkongsi dengan rakanrakantentang ciri-ciri perwatakan terpuji. AGEN PERUBAHAN: PSK merujuk bagaimana sesuatu institusi menjadi agen perubahan dalam menbentuk individu yang mempunyai identiti diri yang cemerlang. Sekolah merupakan agen perubahan yang meliputi Komponen nilai sivik yang terdiri daripada nilai murni yang perlu untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia dan warganegara yang bertanggungjawab. Selain itu, merangkumi toleransi, menghormati hak orang lain, adil, saksama, patriotisme dan integriti. KAWALAN SOSIAL: Belajar hidup bersama untuk kesejahteraan diri dan masyarakat.
Menyertai aktiviti masyarakat untuk kebaikan bersama. Membuat keputusan yang bijak dengan mengambil kira kepentingan diri dan orang. Mendisiplinkan diri dalam mencapai wawasan diri dan negara. Menjalankan tanggungjawab sebagai anggota keluarga untuk melahirkan keluargayang bahagia. Berinteraksi dengan anggota masyarakat pelbagai kaum untuk mewujudkanperpaduan negara. Menangani konflik diri, keluarga dan masyarakat
KONSTRUK SOSIAL: Negara mempunyai suatu bentuk khusus dari komponen dasar yang di dalamnya suatu sistem yang integrasi. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yan dilaksanakan di dalam negara, penting bukan sahaja kerana fungsi kebajikan dan sosialisasinya iaitu di mana kanak –kanak dididik untuk menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya serta alam sekeliling.
INDIVIDU DAN NEGARA: Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Menjelaskan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat
yang progresif dinamik dan patriotik. Menghuraikan peranan dan tanggungjawab warganegara terhadap pembangunan negara
BAB 3 DOMAIN PSK 1) 2) 3) 4)
Sivil Politik Sosio-ekonomi Budaya
1-Sivil: Konsep sivil: Sivil sebagai sesuatu perkara yang berkaitan dengan orang awam atau orang biasa, berkaitan dengan rakyat sebagai orang perseorangan. (Kamus Dewan edisi Empat) Konsep Demokratik: Demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan pemilihan rakyat. Terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi : Raja berpelembagaan Sistem republik Republik adalah sebuah bentuk kerajaan, di mana beberapa orang atau bahagian masyarakat mempertahankan kawalan tertinggi kerajaan, dan di mana ketua negara bukan seorang raja. Perkataan "republik" berasal dari frasa Latin res publica, yang boleh diterjemahkan sebagai "urusan awam". Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara. Raja berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep trias politica, atau politik tiga serangkai. Ini bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara. Apabila seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh ia dipanggil monarki mutlak atau absolute monarchy.
Malaysia telah mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak (1957). Demokrasi Berparlimen bermaksud: Rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara. Raja-Raja Melayu menjadi lambing taat setia rakyat. Rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan.Mereka berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya. Nilai Asas Masyarakat: Nilai adalah sesuatu tanggapan yang menentukan perkara baik dan buruk. Nilai-nilai murni merupakan asas kepada pembentukan kehidupan bermasyarakat. Nilai murni ini bersifat sejagat iaitu dapat diterima oleh segenap lapisan masyarakat selaras dengan budaya setiap kaum. Agama – Malaysia terdiri dari penduduknya yang berbagai keturunan dan menganuti berbagai agama, khususnya agama Islam, Buddha, Hindu, Tao dan Nasrani (Kristian), di samping lain-lain sistem kepercayaan yang diamalkan oleh berbagai kumpulan etnik yang terdapat di negara ini. – Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi di Malaysia, sementara agama-agama lain
boleh diamalkan dengan aman dan bebas. Bahasa Rasmi – Bahasa rasmi yang digunakan di negara ini ialah Bahasa Malaysia (Bahasa Melayu) namun, bahasa- bahasa berbagai kaum dan suku kaum yang lain adalah bebas digunakan seperti bahasa Cina dan Tamil. – Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua dan digunakan dengan meluasnya di bidang-bidang perdagangan dan perindustrian. Festival Dan Perayaan – Masyarakat majmuk menjadikan kebudayaan negara ini lebih berwarna- warni. Penduduknya yang berbilang kaum menyambut pelbagai perayaan sepanjang tahun. – Setiap kali perayaan, semua rakyat tanpa mengira keturunan, turut serta memeriahkan suasana dengan kunjung- mengunjungi antara satu sama lain. KONSEP DEMOKRASI DAN MASYARAKAT: Konsep: Kebebasan bersuara adalah kebebasan untuk bersuara tanpa batas atau penapisan. Hak kebebasan bersuara diiktiraf sebagai hak asasi manusia di dalam Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat. Diiktiraf dalam undang-undang hak asasi manusia dalam Perjanjian Antarabangsa mengenai Hakhak Sivil dan Politikal (ICCPR). ICCPR mengiktiraf hak kebebasan bersuara sebagai "hak mendapatkan pendapat tanpa gangguan. Kesemua
manusia akan mempunyai hak untuk menyatakan pendapat“. Hak mendapatkan kebebasan bersuara dan penyataan pendapat:Perkara 19 Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politikal. Perkara 10 Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia. Perkara 13 Konvensyen Amerika mengenai Hak Asasi Manusia. Perkara 9 Piagam Afrika mengenai Hak Asasi Manusia dan Rakyat. Tiga Bentuk Kebebasan Bersuara ialah hak mencari maklumat dan idea, hak mendapatkan maklumat dan idea, hak menyebarkan maklumat dan idea. Piawaian antarabangsa, perantauan dan negara termasuk sebarang medium,termasuk pertuturan, penulisan, pencetakan, atau melalui Internetdan bentuk kesenian. Perlindungan kebebasan bersuara sebagai hak tidak termasuk hanya kandungan, tetapi jenis medium penyataan. Pengehadan kebebasan bersuara: Kebebasan bersuara bukan hak mutlak.. Sistem perundangan dan masyarakat secara keseluruhannya mengiktiraf
pengehadan pada kebebasan bersuara, terutama apabila hak ini berkonflik dengan nilai atau hak lain.. Menggunakan kebebasan bersuara selalu dalam konteks nilai yang bercanggah. Pengehadan pada kebebasan bersuara mungkin berasal daripada "prinsip padah" atau "prinsip menyinggung (perasaan)" POLITIK Konsep: Dari segi bahasa, menurut orang Athen, politik berasal daripada perkataan polish yang bermaksud bandar. Bagi orang Athens, dunia ini adalah wilayah mereka sahaja. Plato (427-347 S.M) dan Aristotle (384-322 S.M) adalah orang yang terawal yang menggunakan istilah politik dalam buku mereka iaitu Politea dan Politica. Menurut Ahmad Atory Hussain (1998:1) dalam bukunya berjudulDari Berantakan Menuju Pembangunan Politik Melayu 1990 ± 2000, politik ialah berhubung dengan pemerintahan, cara-cara memperoleh kuasa dalam semua organisasi manusia yang formal dan tidak formal dalam sesebuah masyarakat kampung, negeri, negara atau antarabangsa. HAK UNTUK MENGUNDI: Seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan setiap warganegara Malaysia
berkelayakan untuk mengundi jika :i. telah mencapai umur 21 tahun; ii. hendaklah bermastautin dalam dalam suatu bahagian pilihanraya tersebut; dan iii. mendaftar untuk menjadi pengundi di sesuatu kawasan tersebut. Jika syarat ini dapat dipenuhi, maka warganegara tersebut layak untuk mengundi dalam sesuatu pilihanraya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Negeri di kawasan yang telah didaftarkan. Perlembagaan telah menetapkan bahawa Pilihan RayaUmum akan diadakan setiap 5 tahun. Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya.Untuk memastikan perjalanan bagi setiap pilihan raya umumberjalan dengan lancar, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah ditubuhkan. Memberikan hak kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang difikirkanmampu menjaga hak dan masa depan mereka. Sebagai contoh,pilihanraya di Amerika Syarikat 1856.
PENGLIBATAN DALAM POLITIK Politik merupakan satu kegiatan manusia yang telah lama diwujudkan. Setiap golongan masyarakat perlukan organisasi untuk menggerakkan komuniti mereka. Seorang ketua dilantik bagi menjadi pemimpin mereka. Maka, lahirlah gelaran seperti raja, sultan, khalifah, maharaja dan sebagainya. Dalam sejarah Islam, perkembangan politik ini mula berkembangsejak penghijrahan Nabi Muhammad ke Madinah. Piagam Madinah - menjadi asas kepada pembentukkan Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku dan agama. Menurut piagam ini, setiap rakyat mempunyai hak yang sama rata walaupun mereka berlainan jantina,agama dan bangsa. Hal ini dapat membantu kepada kestabilan politiksesebuah negara jika terdapat pegangan dan asas yang baik. Di Malaysia, terdapat 30 parti politik yang telah mendaftar dengan SPR. 30 parti ini merangkumi parti pembangkang dan parti yang memerintah. Parti pemerintah merupakan Barisan Nasional yang terdiri daripada parti-parti komponen yang mewakili kaum-kaum di Malaysia. Antara parti utamanya ialah UMNO, MIC dan MCA. Bagi partipembangkang pula, ia telah menubuhkan satu pakatan iaitu PakatanRakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP.
Barisan kerajaan ini diketuai oleh Dato’ Sri Najib bin Tun Abdul Razak daripada UMNO manakala barisan pembangkang pula diketuai oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim daripada PKR. Parti-parti politik ini wujud melalui semangat untuk membela kaum masing-masing. Sebagai contoh UMNO diwujudkan bagi membela nasib kaum Melayu sekaligus mewakili kaum Melayu. MIC pula bagi orang India dan begitu juga parti MCA untuk membela kaum Cina dinegara ini. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa kewujudan parti politik di Malaysia bertujuan untuk membela nasib kaum masingmasing agar hak mereka tidak ditindas oleh kaum majoriti. SOSIOEKONOMI: 1) Hak untuk keselamatan sosial 2) Hak untuk bekerja 3) Hubungan individu dengan alam pekerjaan dan kepenggunaan KONSEP: - Sosioekonomi ialah perkaraperkara yang berkaitan dengan, melibatkan unsur-unsur atau faktor-faktor kemasyarakatan dan ekonomi (Kamus Dewan edisi keempat). - Sosioekonomi merupakan kajian hubungan di antara aktiviti ekonomi dan kehidupan sosial.
1) HAK UTK KESELAMATAN SOSIAL: Sistem keselamatan negara : polis, tentera, dan sebagainya. Penggubalan undang-undang bagi setiap kes jenayah.
Fungsi mahkamah sebagai medan menghakimi keadilan dan menjatuhkan hukuman. Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 2) HAK UNTUK BEKERJA: - Akta pekerja diwujudkan (hubungan antara majikan dan pekerja dikawal oleh undangundang buruh). * Statut-statut buruh di Malaysia adalah seperti berikut: • Akta Pekerjaan, 1955 (Pindaan 1989) • Akta Kesatuan Sekerja, 1959 (Pindaan 1989) • Akta Perhubungan Perusahaan, 1957 (pindaan 1980, 1989). • Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969. • Akta Kilang dan Jentera, 1967. • Akta (pekerjaan) Kanak-kanak dan Orang Muda, 1966. Akta Pekerjaan menetapkan jumlah maksimum bagi seseorang pekerja itu bekerja. Ini tidak bermakna akta melarang majikan dan pekerja daripada menyetujui jumlah jam bekerja asalkan tidak melebihi jumlah jam maksimum yang ditetapkan oleh Akta kerana dipercayai pekerja sebagai manusia biasa sudah tentu tidak mampu bekerja tanpa had. Pekerja tidak dibenarkan bekerja: • lebih dari 5 jam berterusan tanpa rehat tidak kurang dari 30 minit. (Bagi yang bekerja selama 8 jam, tempoh rehat sementara ialah tidak kurang dari 45 minit); • lebih dari 8 jam sehari; • lebih dari 10 jam sehari bagi tempoh yang terputus-putus; • lebih dari 48 jam seminggu
(Majikan boleh meningkatkan jumlah jam bekerja kepada 12 jam tetapi tidak boleh melebihi 48 jam seminggu) - Setiap pekerja berhak mendapat cuti tahunan. Sungguhpun begitu, jangka masa cuti tahunan tidaklah tetap; ia berubah mengikut jangka masa perkhidmatan seseorang pekerja itu berkhidmat dengan majikannya : • Mengikut seksyen 60(E), pekerja berhak mendapat cuti tahunan bergaji bagi setiap dua belas bulan perkhidmatan yang berterusan di bawah majikan yang sama: • 8 hari jika jangka masa perkhidmatannya kurang dari 2 tahun; • 12 hari jika jangka masa perkhidmatannya ialah antara 2 hingga 5 tahun; • 16 hari jika jangka masa perkhidmatannya lebih dari 5 tahun. • Wanita dan lelaki diberi hak sama rata dalam memilih pekerjaan serta peluang yang sama untuk menjawat sebarang jawatan mengikut kelayakan yang telah ditetapkan. •
3) HUBUNGAN INDIVIDU DGN ALAM PEKERJAAN DAN KEPENGGUNAAN: Adanya etika pekerjaan yang perlu dipatuhi oleh para pekerja. Segala infrastruktur dan kemudahan yang disediakan hendaklah digunakan dengan cara yang berhemah. BUDAYA: KONSEP:
- Sesuatu yang dibawa dikerjakan oleh manusia. -
-
atau
Dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut sebagai culture, yang berasal daripada perkataan Latin ‘colore’ yang bermaksud menanam atau mengerjakan. Peradaban, kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya). Kamus Dewan edisi keempat.
KEPELBAGAIAN BUDAYA DLM MSY: - Malaysia : sebuah negara yang berbilang kaum. : pelbagai kebudayaan (agama, bahasa, perayaan, adat, makanan, tarian, dll). - Kebudayaan Melayu: * berteraskan ajaran agama Islam * menyambut perayaan Aidilfitri dan Aidiladha * bahasa Melayu * utamakan nilai- nilai sopan santun, kesederhanaan * keindahan dan keharmonian hidup antara ahli keluarga * jiran tetangga dan masyarakat * baju kurung dan baju Melayu - Kebudayaan Cina : * agama Buddha / Kristian * perayaan Tahun Baru Cina * bahasa Cina, Mandarin * baju ceongsam dan samfu - Kebudayaan India : * agama Hindu / Kristian * perayaan Deepavali * bahasa Tamil * baju sari dan doti - Budaya-budaya lain. * Etnik di Sabah dan Sarawak.
KETERBUKAAN DLM MENERIMA BUDAYA LAIN: - Sikap tolak ansur antara kaum menjadi pegangan. - Semua bentuk kebudayaan serta agama-agama lain perlu sentiasa dihormati. - Mengadakan rumah terbuka pada setiap kali musim perayaan semua kaum. - Setiap kali perayaan, semua rakyat tanpa mengira kaum, turut memeriahkan suasana dengan kunjung-mengunjungi antara satu sama lain. - Semua kaum menggunakan kemudahan infrastruktur yang sama ( sekolah, dewan, taman perumahan, dll ) KESEDARAN TENTANG WARISAN BUDAYA: - Industri berkaitan kebudayaan, kesenian dan warisan digalakkan dalam pembangunan ekonomi negara. Contohnya : kraf tangan. - Penubuhan Taman Budaya sebagai tempat untuk memperkenalkan aktiviti kesenian dan kebudayaan, anjurkan program latihan dan bina upaya untuk memupuk bakat dalam seni persembahan(ASWARA, dll) - Menganjurkan seminar, bengkel dan aktiviti-aktiviti kesenian dan kebudayaan.
BAB 3.2 PERKAITAN DOMAIN DGN MATLAMAT DAN DASAR2 AM KERAJAAN
CABARAN DAN NEGARA: - EKONOMI - POLITIK
HALA
TUJU
CABARAN: • Prospek pertumbuhan ekonomi negara kita menjadi lembap. Kita tersekat dalam perangkap pendapatan sederhana - kita tidak tergolong dalam kalangan ekonomi global berpencapaian unggul. • Dengan perubahan yang berlaku pada persekitaran luar, kebanyakan dasar dan strategi yang kita gunakan untuk mencapai kedudukan pembangunan yang sedia ada pada masa sekarang tidak mampu untuk membawa kita ke peringkat seterusnya. • Malah pertumbuhan ekonomi kita ini dicapai dengan menanggung kos alam sekitar yang besar dan juga tidak memanfaatkan semua lapisan masyarakat. MODEL EKONOMI BARU: TUJUAN: • MEB akan menjadi pemangkin untuk membebaskan potensi pertumbuhan Malaysia. • PTE dibentuk untuk mengerakkan Malaysia ke hadapan, keluar daripada keadaan lembap sekarang supaya dapat menjadi ekonomi berpendapatan tinggi yang terangkum dan mampan
MATLAMAT:
"Program Transformasi Ekonomi: Hala Tuju untuk Malaysia” telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, pada 25 Oktober 2010. MATLAMAT: • Mentransformasikan Malaysia ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, pendapatan negara kasar (PNK) per kapita Malaysia dari lebih kurang US$6,700 atau RM23,700 pada 2009 ke lebih daripada US$15,000 atau RM48,000 pada 2020. •
PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI: • Pelaksanaan perubahan mantap pada sektor dan bidang tertentu ekonomi. • 12 NKEA telah dipilih dan makmal telah ditubuhkan untuk setiap bagi mengenal pasti inisiatif dan projek tertentu yang akan memacu transformasi ekonomi. • 12 buah makmal tersebut melibatkan wakilwakil daripada sektor swasta dan perkhidmatan awam dengan PEMANDU
BIDANG EKONOMI UTAMA NEGARA (NKEA): 1- Minyak Gas & Tenaga 2- Minyak sawit 3- Perkhidmatan kewangan 4- Pelancongan 5- Pendidikan 6- Pertanian
HALA TUJU DLM BIDANG POLITIK: • Politik baru menuntut ketelusan dan keadilan yang mementingkan rakyat • Memajukan ekonomi negara • Keamanan negara dapat dipelihara
POLITIK DAN KERAJAAN DI MALAYSIA: PENGENALAN: • Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran raja berperlembagaan. Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama lima tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera KEADAAN POLITIK DI MALAYSIA: • Malaysia mengamalkan sistem politik berbilang parti: # UMNO, #MCA (Persatuan Cina Malaysia) # MIC (Kongres India Malaysia) # PKR CABARAN POLITIK DI MALAYSIA: • Perbalahan antara parti-parti politik • Menghulur bantuan kepada bangsa yang terpinggir bukan dilihat sebagai sebuah amanah tetapi sekadar propaganda politik dan pembinaan imej untuk diperaga. • Memilih pemimpin yang bertangungjawab • Menyatupadukan rakyat Malaysia
PELAN INTEGRITI NASIONAL PENGENALAN:
Berasaskan prinsip Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Menyerap falsafah dan prinsip Rukun Negara. Dilancarkan pada 23 April 2004 oleh PM Malaysia ke-5 Y.A.Bhg Tun Abdullah Hj Ahmad Abdullah. Selaras dengan cabaran 2020 MATLAMAT: Memantapkan amalan integriti dalam kalangan rakyat. Membasmi rasuah di setiap lapisan masyarakat OBJEKTIF UMUM: Merealisasikan Wawasan 2020 OBJEKTIF KHUSUS: Memberikan hala tuju & bimbingan dalam pelbagai sektor. –Membina masyarakat Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor. – Tingkat integriti. Menggalakkan semangat bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara Meningkatkan daya saing dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 KONSEP: Sebuah pelan induk yang bertujuan memberikan hala tuju serta bimbingan kpd semua komponen/sektor masyarakat & negara. Merupakan satu gagasan yang dicetuskan oleh pucuk pimpinan dgn sokongan padu rakyat pelbagai kaum.
Mengkoordinasi usaha semua komponen & sektor dalam usaha memantapkan integriti. VISI: Selaras dengan cabaran ke-4 Wawasan 2020 MISI: Melaksanakan objektif, strategi dan program peningkatan etika dan integriti warga Malaysia dalam semua aspek kehidupan. FALSAFAH: Digubal dgn merangkumi semangat & prinsip Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Wawasan 2020. Sbg pelan yg selaras dgn aspirasi rakyat & dilaksanakan utk kesejahteraan mereka. Kesinambungan & penterjemahan falsafah, prinsip & matlamat yg hendak dicapai dalam Perlembagaan Persekutuan & Rukun Negara. Sebuah pelan induk yg bertujuan memberikan hala tuju serta bimbingan kpd semua komponen/sektor masyarakat & negara. Suatu gagasan yg dicetuskan oleh pucuk pimpinan dgn sokongan padu rakyat pelbagai kaum. Mengkoordinasi usaha semua komponen & sektor dlm gerakan pemantapan integriti. TEKAD INTEGRITI: 5 SASARAN 1. Kurangkan gejala rasuah, penyelewengan & salah guna kuasa secara berkesan 2. Tingkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian
perkhidmatan awam & atasi karenah biokrasi. 3. Tingkat tadbir urus korporat & etika perniagaan. 4. Mantapkan institusi keluarga & komuniti. 5. Tingkat kualiti hidup & kesejahteraan masyarakat. PERANAN: Mengendalikan penyelidikan berkaitan integriti institusi & masyarakat. Menganjurkan persidangan. Menghimpun pendapat pelbagai sektor tentang kemajuan & halangan kpd integriti. Terbit & edar bahan-bahan Mengemukakan perakuan dasar bg tingkat integriti & etika. Bangunkan pengakalan data tentang integriti Berikan khidmat nasihat bg tingkat integriti
Kerangka perundangan berkesan & kehakiman bebas. Kecukupan & kecekapaan sumber Kesedian individu utk berubah KESIMPULAN: Penghayatan & penterjemahan falsafah, prinsip & objektif PIN oleh pelbagai sektor masyarakt & negara sudah pasti akan menjadi suatu kekuatan bg mengubah wajah masyarakat & negara Malaysia.
PELAN TINDAKAN: 8 KOMPONEN 1. Keluarga 2. Komuniti 3. Masyarakat sivil 4. Agama 5. Ekonomi 6. Sosiobudaya 7. Politik 8. Pentadbiran FAKTOR PENENTU: Kepimpinan berteladan Dasar yg utuh & matlamat jelas Pendidikan berterusan berulang Komunikasi berkesan Persekitaran budaya kondusif Kerjasama jentera politik pentadbiran
yg &
yg &
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN: PENGENALAN:
•
•
Digubal pada 1971 kerana sejak merdeka tiada kemajuan ke arah mewujudkan kebudayaan kebangsaan. Hal ini disebabkan kesedaran yang rendah dan kefahaman mengenai kebudayaan, kepentingan politik yg menekankan kebudayaan kaum sahaja dan penekanan yang lebih kepada kemajuan ekonomi.
DEFINISI KEBUDAYAAN: • Merupakan keseluruhan cara hidup manusia iaitu meliputi bidang-bidang fikiran/idea, kebendaan (seperti senibina,pakaian, makanan dan perabot), kesenian (seperti lakonan dan ukiran) dan nilai dan norma (seperti undangundang, adat resam, upacara, nilai agama dan kesopanan) 3 PRINSIP: 1. BERTERASKAN KEPADA KEBUDAYAAN RAKYAT ASAL RANTAU INI Menurut prinsip ini, kebudayaan kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat setempat rantau ini. “Rantau” membawa maksud alam Melayu, yakni warisan tradisi kebudayaan Kepulauan Melayu yang sebahagian besar suku bangsanya terdiri daripada orang Melayu, Bugis, Jawa, Iban, Minang, Murut, Kadazan dan lain-lain lagi. Merekalah yang dimaksudkan sebagai rakyat asal rantau ini. 2. UNSUR-UNSUR KEBUDAYAAN LAIN Prinsip ini memberi pengakuan bahawa unsur-unsur kebudayaan kaum lain yang sesuai dan wajar memanglah
telah lama diamalkan.Masyarakat pribumi telah banyak menerima unsurunsur ini sejak zaman-berzaman. Kemasukan unsur-unsur ini ke dalam kebudayaan tempatan kaum pribumi terjadi melalui pelbagai proses seperti asimilasi, difusi, evolusi dan akulturasi. Sebagai contoh, proses asimilasi wujud hasil daripada kekerapan perhubungan dan pertembungan di antara kebudayaan dan bahasa dari negera China, India dan Eropah. Begitu juga terdapat pengaruh bahasa Sanskrit, Portugis, China, Inggeris dan lain-lain dalam bahasa Melayu tempatan 3. ISLAM MENJADI UNSUR PENTING DALAM PEMBENTUKAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN Meletakkan Islam sebagai unsur penting dalam kebudayaan kebangsaan memang kena pada tempatnya. Hal ini kerana Islam merupakan agama Persekutuan yang telah lama tersurat dan diterima oleh Perlembagaan. Pelaksanaan prinsip pertama dan kedua dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan perlulah disesuaikan dengan agama Islam. Segala unsur budaya yang mewarisi pelbagai warisan budaya rakyat tidaklah menjadi status kebudayaan kebangsann secara automatis. Ia haruslah terlebih dahulu disesuaikan dengan ciri-ciri atau nilai universal Islam. Selaras dengan kehendak kebudayaan kebangsaanlah, kerajaan telah berusaha untuk menerapkan nilainilai Islam. OBJEKTIF: 1. Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan
2. Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan 3. Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
STRATEGI DAN PELAKSANAAN OBJEKTIF DICAPAI MELALUI STRATEGI BERIKUT: 1. Pemulihan dan pemuliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas kebudayaan kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya. 2. Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan mengerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan. 3. Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisma malaysia 4. Memenuhi keperluan sosiobudaya. 5. Meninggikan taraf dan mutu kesenian. KEPENTINGANNYA: • Penting dalam proses pembangunan dimana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi dan politik.
•
Usaha ini memerlukan perancangan yang rapi supaya dapat melahirkan cara hidup bersifat kemanusiaan.
TUJUAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN: 1. Perpaduan Negara Tujuan ini dapat dilihat dari aspek keseluruhan penduduk yang berbilang kaum dan keturunan di negara ini. Masyarakat majmuk Malaysia perlu dipupuk dengan nilai-nilai yang dapt dikongsi bersama. Nilai-nilai budaya yang suci ini akan membawa kepada titik-titik persamaan dalam kehidupan masyarakat. 2. Membentuk keperibadian atau identiti Malaysia. Tujuan ini sangat wajar kerana setelah lebih 45 tahun merdeka, masyarakat Malaysia masih belum mempunyai satu identiti kukuh. Semangat sayangkan bangsa, tanah air dan sebagainya masih kabur. Sikap dan imej penduduk Malaysia haruslah dapat dikenalkan di kalangan antarabangsa. 3. Meningkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi dan politik. Jika dua tujuan di atas tercapai, barulah kualiti kehidupan boleh meningkat. Keadaan ini memberi peluang kepada setiap kaum di Malaysia mengecapi pembangunan sosioekonomi dan politik yang seimbang.
PENCAPAIAN DAN MASALAH DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN: • Pelbagai usaha dijalankan untuk mencapai matlamat dasar ini
Dalam mewujudkan satu Kebudayaan Nasional, proses penyerapan dan penerimaannya perlu mengambil masa yang lama. • Identiti kewarganegaraan dan seni budaya jelas terlihat dalam perayaan-peayaan rasmi dan tidak rasmi Contohnya penggunaan Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah dan menengah Rancangan-rancangan televisyen yang pelbagai •
PENCAPAIAN DAN MASALAH: • Usaha terhadap dasar ini adalah sukar. • Antara kelemahannya ialah perkembangan sosio-ekonomi yang membawa kepada pencemaran bahasa, seni bina bangunan yang tidak melambangkan kebudayaan negara, dan sikap penduduk yg tidak menitikberat unsur-unsur budaya • Sokongan secara langsung dan tidak langsung diperlukan dari semua pihak
PENUTUP: • Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang
•
•
•
membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.
1996 -Penubuhan Jawatankuasa Kabinet Bagi Membanteras Masalah Sosial (JKMMS) • 1998 - JPPN membincangkan perlunya ada DSN - UPE minta KPNPM menggubal DSN • 1999 - KPNPM menganjurkan bengkel DSN - Pelantikan Pakar runding PINTAS • 2002 - Pakar runding PINTAS menghasilkan draf DSN - Pasukan Petugas Khas di KPNPM - DSN, jentera pelaksanaan dan pendekatan dibentangkan kepada JKMMS • 2003 - DSN diluluskan oleh Jemaah Menteri (19 Februari) - DSN dilancarkan secara rasmi (19 Ogos) •
PENGENALAN: Dasar Sosial Negara (DSN) adalah satu dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap.
DASAR SOSIAL NEGARA (DSN) LATAR BELAKAN DSN: • 1990an - Perbincangan isu-isu sosial dan keperluan satu dasar sosial negara
MATLAMAT: Mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju dan mantap dengan setiap anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan saksama selaras dengan matlamat wawasan 2020. OBJEKTIF UMUM:
Menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti tanpa mengira kumpulan etnik,agama,budaya,gender dan fahaman politik serta wilayah dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara berterusan. OBJEKTIF KHUSUS: Selaras dengan penyataan matlamat dan objektif umum, Dasar Sosial Negara menggariskan empat objektif khusus yang saling melengkapi dengan menerapkan nilai-nilai murni di setiap peringkat pelaksanaannya: - Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi; - Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat; - Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial; dan - Menjana sinergi multisektor. STRATEGI OBJEKTIF 1: 1. Mewujudkan pelbagai peluang dan kemudahan agar setiap individu, keluarga dan masyarakat dapat menikmati keperluan asas kehidupan dan menyertai arus pembangunan negara. 2. Memastikan setiap individu mendapat hak untuk kelangsungan hidup, perlindungan, perkembangan dan penyertaan serta dapat menikmati keperluan asas sepanjang hayat, tidak terpinggir dan tersisih daripada arus pembangunan.
3. Memastikan keperluan hidup yang holistik menjadi teras kehidupan setiap individu, keluarga dan komuniti. STRATEGI OBJEKTIF 2: 1. Menjamin hak janin atau kandungan untuk hidup dan berkembang dalam keadaan selamat dan sihat tanpa diganggu oleh ancaman dan eksploitasi. 2. Mengiktiraf dan memupuk keupayaan setiap bayi dan kanak-kanak berfikir dan berperasaan serta dilindungi daripada dilabel, didiskriminasi dan dijadikan mangsa oleh anggota masyarakat. 3. Menentukan setiap bayi dan kanakkanak di peringkat awal (2-6 tahun) mendapat peluang meneroka persekitaran untuk menentukan perkembangan sel-sel otak secara maksimum. Ia juga bagi membantu pembinaan tubuh,peningkatan keyakinan diri serta perkembangan identiti kendiri yang sihat di dalam satu suasana dan jalinan perhubungan yang positif dalam keluarga dan komuniti. 4. Memastikan setiap kanak-kanak menerima pendidikan wajib peringkat sekolah rendah yang mendidik kemahiran sosial dan disiplin diri serta rangsangan minda melalui kurikulum yang meningkatkan kemahiran berfikir. 5. Menentukan setiap remaja (13-18 tahun) diberikan pengiktirafan, penghormatan, peluang serta bimbingan untuk mengenali hak-hak dan tanggungjawab dan mengamalkan peranan tertentu dalam keluarga, sekolah dan komuniti sebagai persediaan untuk memainkan peranan sebagai seorang dewasa sepenuhnya kelak. 6. Menentukan setiap individu yang sudah menjangkau umur melebihi 18 tahun, yang mula mencapai taraf
berdikari dalam aspek ekonomi tertentu, diberi sokongan, bimbingan, pengetahuan dan kemahiran untuk membuat keputusan STRATEGI OBJEKTIF 3: 1. Membangunkan setiap keluarga untuk berfungsi sebagai satu pasukan yang saling menyokong dalam memainkan peranan serta tanggungjawab supaya setiap ahli keluarga berkembang dengan optimum mengikut keunikan dan potensi setiap individu. 2. Mengiktiraf identiti, kepentingan dan keperluan pelbagai kelompok etnik dalam masyarakat Malaysia untuk mewujudkan sikap toleran dan saling membantu di dalam dan di antara kaum yang berbeza. 3 Mengiktiraf kelompok keagamaan sebagai kelompok sosial yang mengamalkan sistem nilai dan cara hidup tersendiri selaras dengan Perlembagaan Negara, menghormati sistem nilai dan cara hidup penganut agama lain serta menggalakkan interaksi dan saling memahami antara penganut pelbagai agama. 4 Memberikan peluang kepada semua anggota masyarakat untuk mencapai kecemerlangan melalui sistem pendidikan yang fleksibel, inovatif,relevan dan dinikmati oleh semua anggota masyarakat sepanjang hayat mereka. 5. Memastikan sesebuah organisasi atau agensi menyediakan keperluan asas sosial serta memberikan sokongan dan bimbingan kepada kakitangannya sebagai satu tanggungjawab asas. 6. Menentukan supaya organisasi atau agensi yang memberikan khidmat sosial mementingkan kakitangan yang dilengkapi dengan kemahiran sosial dan
teknologi terkini serta yang berhubung langsung dengan kumpulan sasar. 7. Menggalakkan setiap organisasi atau agensi, di semua peringkat dan sektor menggubal dan melaksanakan dasar di peringkat organisasi sebagai panduan bagi menentukan perkembangan sosial yang optimum untuk kakitangan dan kumpulan sasarnya. 8. Menggalakkan sesebuah komuniti, sama ada di dalam bandar atau luar bandar supaya bekerjasama dan saling membantu menyediakan berbagai-bagai perkhidmatan untuk memenuhi keperluan anggotanya dan mendirikan sistem amaran awal untuk mengenal pasti gejala sosial. STRATEGI OBJEKTIF 4: 1. Menggalakkan setiap organisasi atau agensi di peringkat persekutuan, negeri, daerah dan komuniti di sektor awam, swasta dan sukarela untuk melakukan kajian dari semasa ke semasa ke atas struktur dan fungsi masing-masing bagi menentukan kemampuan pencapaian matlamat pembangunan sosial. 2. Mewujudkan mekanisma Perancangan Sosial yang bertaraf agensi pusat di peringkat persekutuan, negeri dan daerah untuk merancang, melaksana, memantau, menyelaras dan menilai keberkesanan perancangan dan pelaksanaan perkhidmatan sosial dalam masyarakat. 3. Meningkat dan mengukuhkan peranan dan fungsi bahagian pembangunan sosial di semua peringkat pentadbiran negeri, bahagian/ daerah dan komuniti.
4. Menggalakkan Pihak Berkuasa Tempatan mewujudkan program dan kemudahan sosial yang terancang dan lengkap supaya selaras dengan pembangunan fizikal dan ekonomi yang pesat. 5. Meningkatkan taraf dan memperluaskan peranan kepimpinan di peringkat akar umbi dalam perancangan, pelaksanaan dan pemantauan pembangunan sosial. 6. Memastikan setiap wakil rakyat memainkan peranan dalam pembangunan sosial dan memberikan perkhidmatan berkesan kepada anggota masyarakat tanpa mengira perbezaan ideologi atau parti politik. PENUTUP: • Dasar Sosial Negara merupakan dasar payung yang merangkumi falsafah dan pelbagai dasar pembangunan sosial negara. • Dasar ini memberi hala tuju kepada perancangan dan pelaksanaan program pembangunan sosial tersebut. Pelaksanaan dasar ini akan menjadi suatu agenda utama kerajaan untuk mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju menurut acuannya sendiri. • Pelaksanaan Dasar Sosial Negara perlu dipantau bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan pencapaian pembangunan sosial. • Kejayaannya bergantung pada komitmen, sokongan dan kerjasama sektor awam,swasta dan sukarela.
View more...
Comments