Nota Kursus Ternakan Kambing -Complete

April 15, 2017 | Author: Masyitah N Badrul Hisham | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Nota Kursus Ternakan Kambing -Complete...

Description

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE)

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

1

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

KANDUNGAN NOTA

MUKA SURAT

TAJUK 1: INDUSTRI TERNAKAN KAMBING NEGARA, PELUANG PERNIAGAAN, BAKA DAN PEMILIHAN KAMBING

6

TAJUK 2: ASAS PENGURUSAN KAMBING JAMNAPARI

11

TAJUK 3: KANDANG DAN PERALATAN

13

TAJUK 4: PENGURUSAN ANAK BARU LAHIR HINGGA CERAI SUSU

16

TAJUK 5: PENGURUSAN KAMBING MUDA, PEMBIAK DAN PEJANTAN SERTA PEMBIAKAN

22

TAJUK 6: PEMAKANAN KAMBING

28

TAJUK 7: RUMPUT DAN MAKANAN HIJAU SERTA PENANAMAN RUMPUT

34

TAJUK 8: KESIHATAN KAMBING

40

TAJUK 9: PENYIMPANAN REKOD

46

RUJUKAN

47

PERHATIAN 

Nota ini disediakan sebagai panduan kepada para pelatih yang menjalankan kursus Ternakan Kambing Jamnapari

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

2

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

TAJUK 1: INDUSTRI TERNAKAN KAMBING NEGARA, PELUANG PERNIAGAAN, BAKA DAN PEMILIHAN KAMBING

KEDUDUKAN SEKARANG       

Bilangan kambing yang rendah (JPH, Sem. Malaysia pd 2006 – 219,473 ekor) Baka yang kurang produktif Pengeluaran daging yang rendah Permintaan daging yang tinggi Per kapita pengambilan daging 0.5 kg per penduduk Masih bergantung pada pengimportan kambing hidup (Australia, New Zealand, Indonesia, Afrika Selatan) dan daging kambing (Australia dan New Zealand) Kos makanan yang tinggi

APA YANG PERLU DILAKUKAN       

Meningkatkan bilangan ternakan dengan menambah ladang kambing Meningkatkan bilangan penternak dan pengusaha Transformasi sistem penternakan Biosekuriti, sanitari dan fitosanitari Pertanian campuran Penyelidikan dan pembangunan – penyakit, makanan Meningkatkan kualiti ternakan dan produk

KAMBING       

Kambing adalah ruminan kecil 4 bahagian perut dan ruminasi Asalnya haiwan liar Haiwan pencari makanan dan memilih Berasal dari benua Asia, Eropah dan Afrika Pemeliharaan (domestikasi) awal berlaku pada kambing di kawasan Asia Barat Tujuan pemeliharaan: susu, daging, bulu & kulit

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

3

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

BAKA JENIS TENUSU

ASAL

Saanen Alpine La Mancha Toggenburg

Eropah Eropah Eropah Eropah

JENIS DAGING Boer Ma Tou Katjang Pygmy Black Bengal

Afrika Selatan China Malaysia Afrika Selatan India, Pakistan

JENIS TENUSU DAN DAGING Damascus Barbari Jamnapari

Syria India, Pakistan India, Pkistan

Kasmir Angora

Iran, China Turkey, Afrika Selatan

Red Sokoto

Afrika Barat

BULU

KULIT

Sifat-sifat & ukuran Jamnapari        

Tinggi puncak Lingkaran dada Panjang badan Panjang telinga Panjang tanduk Berat dewasa Berat karkas Warna dominan

: 65 – 75 cm : 58 – 67 cm : 59 – 81 cm : 10 – 28 cm : 5 – 10 cm : 35 – 45 kg : 15 – 20 kg : coklat, hitam,putih

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

4

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

PEMILIHAN KAMBING BAKA Asas pemilihan Pemilihan ternakan berasaskan kepada keperluan pasaran dan permintaan setempat. Faktor pengeluaran turut diambil kira.    

Permintaan – keperluan pasaran dan harga Peningkatan berat badan yang cepat Tahan penyakit dan cuaca panas dan lembab sperti di Malaysia Pengeluaran susu yang tinggi

Ciri-ciri baka Jamnapari       

Upaya hidup dengan baik di negara panas dan banyak hujan seperti di Malaysia Tahan lasak dan kurang penyakit Berat anak semasa dilahirkan adalah tinggi Kenaikan berat badan yang cepat Mencapai 75 – 80 % berat badan maksimum pada umur 1 tahun Keluaran susu yang tinggi – boleh menampong keperluan 2 – 3 ekor anak Jarak kelahiran yang rapat

Kenapa tidak baka Boer?   

Sumber terhad Harga Perlukan kawasan

Umur dan berat badan Faktor berat badan adalah lebih baik untuk menilai prestasi kambing (juga ruminan lain) dari umur. Contoh: Dengan makanan yang baik, kambing akan cepat besar. Terdapat kambing yang berat badannya mencapai berat badan 70 – 75 % dari berat badan maksimum kurang se tahun. Kambing ini boleh dibiakkan awal. Kambing yang sama jika tidak mendapat makanan yang bermutu tidak akan mencapai berat badan seperti di atas dan akan dibiakkan lebih lewat lagi.

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

5

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

Status kesihatan    

Pilihlah kambing yang disahkan bebas dari penyakit yang berjangkit dan berbahaya. Perkhidmatan ini diberikan oleh jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia Kambing bebas dari penyakit berjangkit dan berbahaya seperti penyakit kuku dan mulut, brucellosis dan CLA Kambing bebas dari jangkitan kutu dan cacing serta telah diberikan rawatan yang sesuai Kambing yang sehat tubuh badan, tidak cacat dari segi fizikal dan bukan kambing bantut.

Pemilihan trait (sifat) kambing baka Jamnapari bermutu     

Bentuk tubuh badan yang cantik, kaki yang tegap dan lurus apabila berdiri Kesihatan yang baik Kadar pertumbuhan badan yang cepat Pengeluaran susu yang tinggi Kelahiran kembar – cuba dapatkan ibu dan jantan yang mempunyai kelahiran kembar. Dalam 2 tahun kambing akan beranak 3 kali. Dengan itu anda akan memperolehi 6 ekor anak dalam tempoh tersebut

Sifat bagi pemilihan jantan untuk baka Jamnapari            

Sihat dengan tubuh yang besar, panjang dan tiada kecacatan Dada yang lebar dan bidang Tulang dada dan belakang serta dua pasang kaki hadapan dan belakang yang kuat. Zakarnya perlulah baik dan berupaya keluar dan masuk. Dua buah zakar yang sama besar dan tergantung dengan baik dan tidak terlabuh Aktif dan mempunyai libido yang tinggi Zakar yang anjal dan boleh melakukan ereksi Daripada keturunan beranak kembar Bulu yang bersih, berkilat dan sihat Ternakan muda Tiada pertalian darah dengan kambing betina di dalam kumpulan Mempunyai kenaikan berat badan yang tinggi ketika muda

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

6

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

Sifat bagi pemilihan betina untuk baka Jamnapari           

Sihat, tidak terlalu gemuk Tiada kecacatan Kaki yang lurus dan kuat Sistem peranakan normal Keupayaan menjadi ibu (sifat keibuan ) Ambing susu perlu besar dan tergantung dengan baik. Kulit kelenjar lembut dan licin serta mempunyai pembuluh susu yang nyata Kedua-dua puting susunya pula sederhana besar dan terletak dengan baik Daripada keturunan beranak kembar Bulu yang bersih, berkilat dan sihat Ternakan muda

Kecacatan tubuh      

Rahang yang tidak selari, atas dan bawah Tanduk berpusing kearah leher Hanya satu testis atau dua tetapi berlainan saiz Tanda jangkitan, pembengkakan puting Kaki membentuk ’ X ’ Mata buta

PELUANG PERNIAGAAN DI DALAM INDUSTRI KAMBING      

Penternak Pengumpul/Pembekal/Pengimport Penjual daging & karkas Pemeroses daging Pembekal makanan, ubat-ubatan ternakan kambing Kontraktor membina kandang/reban kambing

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

7

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

TAJUK 2: ASAS PENGURUSAN KAMBING JAMNAPARI

APA PENGURUSAN TERNAKAN?  

Segala aktiviti yang dijalankan kepada haiwan ternakan untuk meningkatkan pengeluaran Penternak perlu menguruskan keperluan asas kambing o Kandang o Makan / minum o Kesihatan o Pembiakan dll

KENAPA PERLU PENGURUSAN?    

Berlaku pemeliharaan ternakan (domestikasi) yang sebelum ini duduk di hutan Perpindahan persekitaran (environmen) Manusia meningkatkan pengeluaran untuk susu, daging, bulu & kulit Mengurangkan keadaan seperti: o Pembesaran badan yg terencat o Ketidakseragaman o Penyakit & kematian

SISTEM-SISTEM PENGURUSAN KAMBING 1. Sistem lepas bebas   

Kambing di lepas bebas meragut di tepi jalan dan di kebun/ladang getah atau sawit Menimbulkan masalah sosial – masuk sawah padi, kebun sayur dan makan bunga Tiada kawalan penyakit. Jika berlaku serangan penyakit, kematian adalah tinggi

2. Sistem separuh intensif (semi-intensive)   

Kambing meragut di padang ragut Makanan konsentrat disediakan di dalam kandang Ternakan bermalam di dalam kandang

3. Sistem intensif (intensive)

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

8

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

  

Ternakan 24 jam di dalam kandang Rumput dan konsentrat diberikan di dalam kandang Kesihatan lebih terjamin kerana kambing tidak terdedah punca atau agen penyakit berjangkit

PENGURUSAN TERHADAP KAMBING JAMNAPARI Secara am terdapat 2 jenis pengurusan. Ada pengurusan yang perlu dijalankan secara harian atau setiap hari dan ada yang dijalankan berkala (iaitu apabila tiba masa dan diperlukan)  

Harian Berkala

Pengurusan harian

– makan/minum ( pemberian susu), rawatan, pembiakan, kebersihan kandang, penyimpanan rekod, pemerhatian terhadap ternakan

Pengurusan berkala

– suntikan vaksin, rawatan cacing & kutu, pengenalan, pemotongan kuku, menimbang

Pengurusan juga berbeza mengikut jenis baka yang dipelihara berdasarkan baka dan peringkat umur kambing  

Baka – daging, susu, bulu Umur – anak baru lahir akan diurus berbeza dari kambing dewasa

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

9

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

TAJUK 3: KANDANG DAN PERALATAN

KENAPA PERLU KANDANG?     

Kandang adalah keperluan asas bagi haiwan ternakan seperti kambing Kandang melindungi kambing dari panas Melindungi dari binatang liar seperti anjing dan kecurian Membantu pengasingan ternakan Memudahkan pengurusan – boleh dijalankan di dalam kandang mengikut kumpulan

PEMILIHAN LOKASI     

Ada jalan keluar dan masuk untuk pemindahan input dan output Tidak terlalu dekat dengan kawasan perumahan Kawasan yang kering dan tidak menakong air Kawasan yang berpokok untuk elak tegasan panas waktu tengahari Mempunyai punca air bersih ke kandang

KEDUDUKAN BINAAN KANDANG 

Jika kandang yang panjang ingin dibina, kawasan yang dipilih hendaklah boleh menempatkan kedudukan kandang dengan arah utara-selatan bagi membolehkan kandang menerima cahaya matahari pada waktu pagi dan petang



Jika lebih dari satu kandang ingin dibina, jarak antara 2 kandang dicadangkan sekurang-kurangnya sama lebar dengan kandang itu sendiri

PEMBINAAN KANDANG 

Rangka kandang o Pelbagai ukuran mengikut kesesuaian penternak o Ada yang mendirikan lebar kandang 24 kaki dengan panjang yang melebihi 100 kaki o Lebar 24 kaki ini akan membenarkan cahaya memasuki hingga ke tengah kandang pada waktu pagi atau petang

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

10

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

o Bila cahaya boleh memasuki kawasan kandang, lantai akan lebih kering dan baik untuk kesihatan kambing o Kayu keras digunakan pada tiang, rasuk, alang untuk kegunaan yang lama. o Pemilihan kayu untuk lantai, dinding dan bumbung terpulang kepada penternak kerana ia mudah diganti 

Lantai o Ketinggian 5 – 6 kaki bagi memudahkan pembuangan najis o Jika terlalu rendah akan menyebabkan kambing terdedah pada perwapan ammonia yang terbentuk dari air kencing yang terkumpul di bawah kandang o Lantai menggunakan kayu 1 in x 2 in dengan jarak 0.5 in o Ruang lantai untuk se ekor kambing Jamnapari dewasa ialah 1.5 meter persegi dengan anak 0.5 meter persegi



Lantai bawah kandang o Lantai tanah ( ditambah pasir) o Lantai simen



Atap o Tinggi lantai dengan alang – 8 kaki o Atap terbaik adalah dari aluminium kerana atap ini memantulkan cahaya panas. Suhu dalam kandang lebih rendah. o Bahan-bahan atap dari zink dan asbestos akan menyerap haba dan ini menyebabkan suhu dalam kandang menjadi lebih tinggi o Bumbung bentuk bertingkat atau pisang sesikat akan membantu pengeluaran haba



Dinding o Ketinggian dinding dari lantai sekurang-kurangnya 4 kaki. o Bagi kambing jantan, 5 kaki adalah mencukupi



Tangga o Tidak terlalu curam. Kecuraman 30 – 40 darjah o Kelebaran 3 – 4 kaki adalah mencukupi o Sediakan pemegang pada kiri dan kanan tangga

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

11

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )



Palong makanan o Dipasang di luar kandang untuk mengelakkan najis memasuki palong makanan o Menggunakan palong air plastik atau saloran air plastik 6” yang dibelah dua o Palong makanan juga diperbuat dari papan dan kayu



Bekas minum air / “automatic drinker” o Bekas minuman yang terdiri dari baldi atau bekas plastik adalah sesuai walaupun sukar elak najis dari memasuki bekas tersebut o Bagi yang mampu air minuman boleh diperolehi dari ”automatic drinker”. Satu unit untuk 10 ekor adalah memadai

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

12

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

TAJUK 4: PENGURUSAN ANAK BARU LAHIR HINGGA CERAI SUSU

TANDA-TANDA BUNTING AKHIR     

Pembesaran abdomen Pembesaran ambing susu Rembesan cecair seperti susu bermula Vulva bengkak dengan lendir yang pekat Abdomen relax dan ke bawah

TANDA-TANDA KELAHIRAN     

Resah Mengasingkan diri Sering duduk dan bangun Kelihatan kencing beberapa kali Kelahiran bermula

PROSES KELAHIRAN Fasa 1  

Proses kelahiran bermula apabila ibu kambing mula meneran dan ini menolak kandongan . Ibu kambing akan sama ada baring atau berdiri semasa kelahiran Penolakan pundi air allantois dan amniotik ke arah cervik. Cervik terbuka luas dan membentuk laluan lurus. Pundi air allantois pecah

Fasa 2   

Penolakan anak melalui cervik ke vagina selepas pundi air amniotik pecah. Penolakan dibantu oleh penguncupan otot rahim dan abdomen Kedudukan anak yang normal adalah kepala dan kaki depan semasa kelahiran Jika anak 2 – 3 ekor, kelahiran yang kedua atau ketiga berlaku 5 – 30 minit selepas kelahiran sebelumnya

Fasa 3 

Pengeluaran uri sebaik saja lepas kelahiran anak.

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

13

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

Nota: -

Proses kelahiran mengambil masa kira-kira 1 jam Sekiranya proses kelahiran tidak berlaku selepas 1 jam, bantuan adalag diperlukan

Tempoh bunting     

Kuda Lembu Kambing Babi Anjing

- 336 hari - 282 hari - 150 hari - 114 hari - 63 hari

ANAK KAMBING

Selepas kelahiran   

Bersihkan lendir pada mulut dan hidung anak untuk membantu pernafasan Ibu akan turut menjilat lendir dan proses ini turut membantu pernafasan dan edaran darah Anak mula berdiri

Pengurusan anak baru lahir     

Pengambilan kolostrum Rawatan pusat Pengenalan Timbang Rekod

1. Pengambilan kolostrum   

Kolostrum adalah susu awal selepas kelahiran Berwarna kuning dan pekat (pepejal yang tinggi) Susu berkhasiat tinggi

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

14

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )



  

Mengandungi antibodi yang boleh melindungi anak kambing dari serangan penyakit sehingga berumur 2 – 3 bulan. Anak mesti mendapat kolostrum untuk perlindungan dari penyakit. Jika tidak, anak akan mudah mendapat penyakit dan kadar kematian adalh tinggi Beri bantuan pada anak yang menghadapi masaalah menghisap kolostrum dari puting susu ibu Beri kolostrum secepat mungkin – dalam masa se jam selepas kelahiran, 2 – 3 kali sehari Biasakan menyimpan kolostrum yang berlebihan (yang diperah sebelum 12 jam selepas kelahiran) dan bekukan di dalam petisejuk. Kolostrum ini boleh digunakan apabila ibu mati atau kurang kolostrum selepas kelahiran.

Kuantiti pengambilan kolostrum  Dianggarkan 10 % dari berat badan anak kambing untuk sehari  Jika anak mempunyai berat badan 2 kg, kolostrum diperlukan adalah 200 ml (10 %). Jika diberi 2 kali sehari, anak kambing akan minum kolostrum 100 ml disebelah pagi dan 100 ml lagi disebelah petang.  Jika diberi 3 kali sehari, anak kambing akan diberi anggaran 60 – 70 ml kolostrum setiap kali pemberian  Beri setiap hari sehingga susu bertukar kepada susu segar Kandongan kolostrum

Kandongan

Pepejal (%) Lemak (%) Protin (%) Antibodi (mg/ml)

0

Kolostrum (jam) 12

Susu segar 24

25 6 11 38

20 5.5 9.6 32

7 5 7 21

12 3.6 3.2 -

2. Rawatan pusat  

Selepas kelahiran tali pusat masih lagi merupakan saluran yang membolehkan kuman memasuki abdomen anak kambing Tali pusat akan putus semasa kelahiran. Jika panjang ia boleh dipotong sehingga 2 – 3 inci dari pusat

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

15

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

  

Sapu atau rendamkan tali pusat dengan tincture iodine untuk membunoh kuman Lakukan sehingga pusat kering ( 4 – 5 hari) Pusat yang tidak dirawat akan menyebabkan jangkitan pada pusat (sakit pusat) dan merebak ke sendi (sakit sendi). Pusat dan lutut akan bengkak dan bernanah.

3. Pengenalan  

Anak kambing diberikan pengenalan Pengenalan adalah penting untuk sistem rekod yang berkesan

4. Timbang  

Timbang anak yang telah dilahirkan selepas bulunya kering Data yang diperolehi boleh digunakan untuk mengetahui kenaikan berat badan dan purata kenaikan berat harian. Angka ini juga boleh digunakan sebagai asas pemilihan kambing pada masa hadapan

5. Rekod  

Catatkan butiran yang diperolehi ke dalam rekod kelahiran dan stok ternakan Antara butiran yang berguna termasuklah: o Tarikh lahir o No pendaftaran o Berat lahir o Pengenalan ibu/bapa o Jantina dll

PENGURUSAN PEMAKANAN ANAK KAMBING   



Makanan utama anak kambing adalah susu Selepas 6 – 7 hari, kolostrum dari ambing susu ibu akan bertukar kepada susu segar. Berikan anak kambing menghisap susu segar dari ibunya Jika ibu tidak mempunyai susu yang cukup, dapatkan susu segar dari ibu yang lain. Susu diberi sama ada membenarkan anak menghisap dari ibu tersebut. Jika tidak dibenarkan, perah susu segar tersebut dan berikan dengan menggunakan botol susu berputing Jika susu segar tidak diperolehi, anak boleh diberi susu gantian (susu tepong)

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

16

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

Pemberian susu tepong  

Pemberian susu gantian juga menggunakan peratusan 10 % berat badan Contoh: o Jika anak kambing mempunyai berat badan 5 kg. o Jumlah susu yang diperlukan adalah 500 ml (10 % berat badan) untuk sehari. - Jika diberi 2 kali sehari, anak akan menerima 250 ml pada sebelah pagi dan 250 ml lagi disebelah petang - Jika 3 kali sehari, berikan 80 – 90 ml susu setiap kali pemberian susu

Membancuh susu gantian Susu segar dari ibu mempunyai pepejal 10 – 12 %. Dengan itu anda perlu membancuh susu gantian agar kandungan susu cair selepas dibancuh mempunyai peratus pepejal sekurang-kurangnya 10 %. Ini bermakna setiap 100 ml susu cair akan dibancuh menggunakan 10 gm susu gantian dan dibubuh air sehingga menjadi 100 ml Jika anak kambing memerlukan 250 ml susu, sebanyak 25 gm susu gantian perlu dibancuh dan dicampur dengan air sehingga 250 ml.

MAKANAN RUMPUT DAN KONSENTRAT o Mulakan awal (minggu kedua) selepas kelahiran o Sediakan konsentrat dan rumput pada jumlah yang kecil untuk dibiasakan dan dicuba oleh anak kambing o Ini akan mencepatkan pembentukan perut untuk penghazaman makanan rumput dan konsentrat o Sediakan air yang bersih pada setiap waktu

PEMBIAKAN Tidak lagi penting pada masa ini. Anak jantan dan betina bersama ibu boleh dicampurkan bersama.

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

17

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

KESIHATAN Cirit-birit berpunca dari terlebih susu atau jangkitan kuman Selsema Jangkitaqn pusat dan sendi Patah/terseliuh Ekto-parasit

PENCERAIAN SUSU o Lakukan beransur-ansur selepas anak berumur kira-kira 2 bulan o Pada umur ini anak kambing telah boleh mengambil rumput dan konsentrat o Anak diasingkan dari ibu sebelah pagi selepas menghisap susu, campurkan dengan ibu semasa penyususan disebelah petang. Asingkan semula dari ibu selepas penyusuan sebelah petang. o Lakukan kira 2 minggu sebelum diasingkan sepenuhnya dari ibu apabila telah mencapai umur 3 bulan.

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

18

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

TAJUK 5: PENGURUSAN KAMBING KUMPULAN MUDA, PEMBIAK DAN PEJANTAN SERTA PEMBIAKAN

1. KAMBING MUDA Ini adalah kumpulan kambing yang telah dicerai susu (2 – 3 bulan) dan dipisahkan sepenohnya dari ibu mereka. Secara am kumpulan ini adalah anak kambing yang berumur dari 3 bulan hingga ke 6 bulan. Tekanan (stress) dari proses cerai susu masih berlaku. Berikan anti-stress yang mengandungi vitamin minuman atau secara suntikan 3 – 5 hari sebaik saja diceraikan susu dan dipisahkan dari ibu.    

Kambing muda yang terdiri dari jantan dan betina selepas cerai susu/ibu Anak-anak jantan dan betina boleh disimpan ke dalam petak yang sama. Pembiakan tidak berlaku pada masa ini. Anak betina dan jantan (dikembiri) yang tidak sesuai untuk pembiakan dalam satu petak untuk penggemokan

Pembiakan 

Aktiviti pembiakan masih tidak penting pada masa ini.

Kesihatan 

Aktiviti kesihatan - saringan darah, pemvaksinan - berikan rawatan jika ada yang sakit - nyah cacing dan nyah kutu dijalankan, jika perlu - potong kuku jika panjang Makanan 

Pemakanan & minuman dikawal rapi kerana ia akan mempengaruhi tumbesar kambing seterusnya. Ini adalah masa di mana pembesaran badab berlaku dengan cepat



Cadangan makanan o o o o

Konsentrat : 100 – 1500 gm/hari Rumput : 3 – 4 kg sehari Garam jilat disediakan Air bersih setiap masa

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

19

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

2. KAMBING PEMBIAK Pada masa dulu, kambing betina dikatakan dewasa ketika berumur berumur 12 bulan (1 tahun). Jantan pula semasa berumur 18 bulan (1.5 tahun). Kambing betina Jamnapari didapati menunjukakan tanda berahi (minta kahwin) ketika berumur 6 - 9 bulan. Tetapi pada masa ini perkembangan sistem peranakan dan ambing susu belum lagi terbentuk sepenohnya untuk menampong kebuntingan pada kali pertama. Perkahwinan yang dirancang akan dijalankan selepas kambing dara tersebut telah mengalami 2 atau 3 kali pusingan berahi berikutnya. Dengan sistem pengurusan yang lebih baik serta disokongan dengan makanan yang lebih bermutu, pembiakan kambing adalah dicadangkan apabila berat badan kambing dara dan jantan mencapai 70 % berat badan maksimum.

Jika:  

Berat badan maksimum Jumnapari Jantan Berat badan maksimum Jamnapari betina

- 50 kg - 40 kg

Ini bermakna: Berat badan Jamnapari jantan mula membiak Berat badan jamnapari betina mula membiak

- 35 kg - 30 kg

AKTIVITI PENGURUSAN Makanan 

Pastikan kambing mendapat makanan/air yang mencukupi dengan makanan yang bermutu



Konsentrat : 100 – 150 gm sehari



Rumput: 4 - 5 kg sehari

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

20

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

Kesihatan     

Kambing perlu berada di dalam tahap kesihatan yang tinggi Beri vaksin supaya anak akan dilindungi dari penyakit Beri rawatan cacing Beri rawatan kutu, jika perlu Potong kuku jika panjang

Pembiakan       

Masa lalu, umur yang menentukan masa untuk aktiviti pembiakan pada kali pertama. Sekarang berat badan digunakan sebagai tanda kambing jantan dan betina telah bersedia untuk dibiakkan Pada berat badan 70 % dari berat badan maksimum, kambing betina telah boleh dibiakkan. Begitu juga kambing jantan. Perhatikan tanda berahi pada kambing betina kerana ini menandakan kambing betina anda telah mula sesuai untuk dibiakkan Sistem peranakan akan berfungsi sepenuhnya apabila kambing betina menunjukkan tanda-tanda berahi pada kali 2 Supaya tidak lupa, rekod tarikh kambing betina anda menunjukkan tanda berahi supaya selepas tanda berahi kedua, anda telah boleh kahwinkan dengan kambing baka jantan yang terdapat di kandang anda Tanda-tanda berahi: o Alat kelamin luar (faraj) merah dan bengkak o Faraj mengeluarkan cairan lendir yang jernih o Kambing betina menggerakkan ekor berterusan o Kambing betina gelisah dan mengembek o Nafsu makan menurun dan nafsu berahi naik sehingga membenarkan kambing lain memanjatnya

Bila kambing betina dikahwinkan? o Kahwinkan kambing betina dengan kambing jantan 8 – 12 jam setelah mula tanda berahi dilihat o Asingkan kambing betina yang mempunyai tanda berahi dari kambing betina dewasa yang lain dalam petak agar dapat bersama kambing jantan beberapa jam untuk mempastikan perkahwinan berlaku dan kambing betina bunting. o Selepas beberapa jam ( 3 – 4 jam), kambing betina boleh dikeluarkan dari petak jantan dan masukkan ke dalam petak asal (petak kambing betina dewasa)

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

21

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

Data pembiakan Jamnapari  Umur mula membiak (bulan)  Tempoh pusingan berahi (hari)  Tempoh berahi (jam)  Berahi pertama (bulan)  Jangkamasa bunting (hari)  Jarak kelahiran (hari)  Jumlah beranak dlm 2 tahun (kali)  Jumlah anak (ekor)  Berat lahir (anak tunggal) (kg)  Berat kelahiran kembar (kg)  Umur cerai susu (bulan)  Pengeluaran susu harian (kg)  Tempoh laktasi (bulan)  Bilangan laktasi produktif (kali)

: 18 (jantan), 12 (betina) : 14 – 17 : 24 – 36 : 10 – 12 : 147 – 160 : 207 – 259 :3 :1–3 : 2.6 – 5 : 2 – 3 kg :2–3 : 1.5 – 3 : 7 – 10 :8

3. KAMBING BUNTING o Tanda berahi tidak timbul lagi apabila kambing betina bunting o Tempoh bunting bagi kambing adalah dalam lingkongan 150 hari ( 5 bulan) o Tanda-tanda umum kambing bunting: o Abdomen yang membesar o Pembesaran ambing susu Perhatikan: o Makanan /air yang mencukupi. Beri konsentrat 200 – 250 gm sehari dengan rumput 5 kg sehari o Kesihatan yang baik o Lantai sentiasa kering agar tidak licin untuk elak kambing terjatuh yang boleh menyebabkan keguguran

4. KELAHIRAN Sila lihat TAJUK 4

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

22

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

5. IBU SEMASA PEMERAHAN SUSU o Kelahiran menyebabkan pengeluaran kolostrum dari selepas kelahiran hingga seminggu o Selepas itu ibu kambing akan mengeluarkan susu segar sehingga 5 – 6 bulan o Makanan dan kesihatan adalah penting pada masa ini. Beri konsentrat 250 – 300 gm/hari dengan rumput 5 kg sehari o Radang ambing (mastitis) perlu dirawat dengan segera, jika berlaku. Rawatan dengan antibiotik selama 3 – 5 hari berturut-turut secara suntikan akan menyembohkan penyakit tersebut

6. IBU SEMASA KERING o Masa kering adalah penting untuk memulihkan sistem peranakan dan ambing susu ibu kambing o Rehatkan sekurang-kurangnya dua bulan selepas susu kering sebelum ibu melahirkan anak semula o Jika radang ambing berlaku kerap di kandang anda, beri suntikan antibiotik (antibiotik jangkamasa panjang- long acting antibiotik) bagi mengawal radang ambing dari berlaku pada kelahiran yang akan datang o Beri konsentrat 150 – 200 gm sehari dengan rumput 5 kg sehari

7. KAMBING BAKA JANTAN o Kambing jantan mula menunjukkan aktiviti seksual ketika berumur 8 - 9 bulan jika mendapat pengurusan yang baik o Pejantan akan mula digunakan apabila berumur 12 bulan ke atas dan boleh digunakan sehingga berumur 5 – 6 tahun o Beri konsentrat 200 – 250 gm sehari dengan rumput 5 kg sehari o Kriteria pemilihan kambing jantan: 1. Ibu yang tinggi pengeluaran susu 2. Cepat membesar 3. Dari ibu yang beranak kembar

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

23

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

Sistem penggunaan baka pejantan 1. Baka jantan sentiasa diasingkan  Kambing betina dibawa ke kandang jantan untuk dikahwinkan 2. Kambing jantan sentiasa di kandang dengan kambing betina  Kambing jantan dimasukkan ke dalam petak sekumpulan kambing betina sehingga 45 hari (1.5 bulan)  Ini akan membolehkan ia melakukan perkahwinan untuk dua kali pusingan berahi kambing betina  Pada waktu ini kambing jantan boleh berkahwin sehingga 20 – 30 ekor betina  Keluarkan kambing jantan itu dan rehatkan hingga sebulan sebelum dimasukkan semula ke petak yang mengandungi 20 – 30 kambing betina dari kumpulan betina sebelumnya atau yang lain  Sistem ini adalah sesuai jika penternak tidak dapat mengesan berahi kambing betina Pengurusan Pembiakan Semula Ibu Kambing    

Pengurusan yang baik akan melihat kambing betina beranak 3 kali dalam tempoh 2 tahun Ibu kambing dibiakkan semula 3 bulan selepas beranak dan sewaktu ibu kambing masih mengeluarkan susu sehingga 6 bulan Selepas 6 bulan, susu ibu akan kering / dikeringkan selama 2 bulan bagi memberi masa untuk sel-sel ambing susu pulih semula Selepas 2 bulan, anak kambing yang baru dijangka akan dilahirkan

Carta Pembiakan dan Kelahiran Kambing Jamnapari

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

24

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

TAJUK 6: PEMAKANAN KAMBING

Makanan adalah penting untuk pengurusan kambing yang berkesan. Bukan sahaja jenis makanan dan kuantiti (jumlah pengambilan) perlu diambilkira, kualiti makanan juga perlu diperhatikan. Makanan yang cukup dan berkualiti akan mempengaruhi pembesaran, pembiakan dan kesihatan kambing. Kambing yang mendapat makanan yang cukup akan membesar dengan cepat. Penyelidikan pada ternakan menunjukkan makanan yang bermutu akan mempengaruhi peningkatan berat badan yang cepat. Dengan itu berat badan kambing betina pada pertama kali dibiakkan akan dicapai lebih awal (6 – 8 bulan) dari biasa (10 – 12 bulan). Pada kambing jantan, ia boleh dibiakkan lebih cepat lagi pada masa 9 – 10 bulan dan bukan 15 – 18 bulan seperti amalam yang lama. Kambing yang tidak mendapat cukup makanan akan mudah diserang penyakit.

TUJUAN MEMBERI MAKANAN    

Membekalkan tenaga Pembesaran – cepat besar, cepat matang Pengeluaran – susu, daging, bulu dan anak Ketahanan melawan penyakit

MAKANAN MEMBEKALKAN:      

1. Karbohiderat 2. Protin 3. Lemak 4. Vitamin – A,D,E,K, B1, B2, C, Niacin 5. Galian – Ca, P, Cu, Mn, Mo 6. Air

Nota: 1,2,3 – makanan primer 4,5,6 – makanan sekunder Zat galian

=(bekal tenaga) =(penting untuk hidup dan bukan sumber tenaga) = untuk tulang dan gigi

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

25

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

ASAS PEMAKANAN KAMBING     

Kambing adalah ruminan yang mempunyai 4 bahagian perut Ruminan juga melakukan ruminasi – aktiviti mengeluar dan mengunyah semula makanan (serat rumput) yang telah disimpan di dalam perut babat (perut pertama) Ruminan perlukan rumput yang membekalkan serat (selulos) Tetapi, makanan yang terdiri dari rumput sahaja tidak membekalkan zat makanan (nutrien) yang mencukupi Dengan itu konsentrat perlu ditambah

JENIS MAKANAN KAMBING Selain kolostrum dan susu bagi anak kambing, 3 jenis makanan lain untuk kambing adalah seperti berikut:   

Rumput Konsentrat Garam galian

RUMPUT     

Rumput membekalkan serat untuk dicerna di dalam perut Terdapat bakteria di dalam perut yang membantu pencernaan serat untuk menghasilkan bahan tenaga untuk kegunaan kambing Serat tidak mudah dicerna. Ia akan berada lama di dalam perut Kambing perlu rumput (serat sumber lain) anggaran 70 % dari jumlah makanan harian Baki 30 % adalah dari konsentrat

Contoh rumput  Rumput Guinea (Panicum maximum)  Rumput Napier – gajah (Pennisetum purperum)  Rumput Setaria  Petai belalang – jenis kekacang (Leucaenia leucocephala)  Kekacang  Daun nangka  Daun kelapa sawit

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

26

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

ANALISIS MAKANAN   

Bertujuan menentukan kandongan zat makanan yang terdapat di dalam makanan seperti rumput dan konsentrat 1 kg makanan dihantar ke makmal untuk ujian Makmal akan menentukan kelembapan, serat, protin, lemak, galian dan tenaga

Kandongan serat  Rumput gajah  Jerami padi  Pucuk tebu  Batang jagung manis  Kulit kacang soya  Pelepah sawit  Kulit nenas  Hampas tebu

24 % 29 % 35 % 30 % 35 % 45 % 10 % 31 %

KONSENTRAT (DEDAK)    

Bijirin dan hasil buangannya mempunyai selulos yang rendah Zat makanan di dalam konsentrat adalah lebih tinggi dari rumput Makanan ini mudah dicerna dan dikenali sebagai konsentrat (dedak) Konsentrat adalah makanan tambahan untuk menampong kekurangan zat makanan pada rumput

CONTOH KANDONGAN ZAT MAKANAN PADA KONSENTRAT  Kelembapan 12 %  Protin kasar 16 %  Lemak kasar 6%  Kalsium 0.6 %  Fosforus 0.5 %  Tenaga metabolisma 10 MJ/kg

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

27

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

BAGAIMANA KONSENTRAT DISEDIAKAN?  

Konsentrat mengandungi zat tenaga, protin dan garam galian dengan sukatan tertentu Zat-zat makanan ini diperolehi dari sumber/bahan seperti berikut: Bahan protin - dedak isirong kelapa sawit - dedak kacang soya - hampas tauhu - ikan baja - hampas bir (brewers grain) Bahan tenaga - dedak isirong kelapa sawit - jagong kisar - sekoi - dedak gandum - hampas sagu rumbia - gula molases Bahan galian - garam - trikalsium fosfat (untuk kalsium & fosforus) - dikalsium fosfat (untuk kalsium & fosforus) - kapor ( limestone untuk kalsium)



Dengan menggunakan formula khas dan mencampurkan bahan-bahan yang menandongi protin, tenaga dan galian, maka konsentrat akan terhasil.

Contoh formula konsentrat 1 (sesuai untuk kambing/bebiri membesar dan penggemokan)  Hampas kelapa sawit 65 % 97.5 %  Beras hancur 32.5 %  Garam 1% 1%  Trikalsium fosfat 1% 1%  Kapor (limestone) 0.5 % 0.5 %  Zinc oxide 0.1% (1 kg/tan campuran) 0.1 % --------------------100 % 100 % -----------------------

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

28

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

Contoh formula konsentrat 2 (sesuai untuk kambing/bebiri penusu)  Hampas kelapa sawit 74.5 %  Dedak soya 10.0 %  Jagong kisar 13.0 %  Garam 1.0 %  Trikalsium fosfat 1.0 %  Kapor (limestone) 0.5 %  Zinc oxide 0.1 % ( 1 kg/tan campuran) GARAM GALIAN   

Garam galian terutama zat kalsium dan fosforus penting untuk keperluan tulang dan gigi Walaupun zat galian terdapat dalam makanan yang diberikan kepada kambing, dikhuatiri kuantitinya tidak mencukupi. Garam jilat boleh disediakan atau dibeli oleh penternak

Contoh formula garam jilat  Garam  Trikalsium fosfat  Kapor (limestone)

40 % (4 kg) 40 % (4 kg) 20 % (2 kg) -----------------100 % (10 kg) ------------------

PANDUAN MEMBERI MAKAN KEPADA KAMBING     

Secara umum kambing anda memerlukan rumput atau bahan hijau 10 % dari berat badan kambing Bagi rumput yang dipotong dan diberikan di dalam kandang, anggaran 4 – 5 kg bagi kambing dewasa yang beratnya 40 – 50 kg Bagi daun-daun hijau berikan 15 – 20 % dari berat badan sebab tak semua akan diambil oleh kambing seperti ranting dan batang Sebaik-baiknya rumput disediakan secukupnya (ad lib) Pemberian konsentrat pula berdasarkan tujuan dan peringakat umur ternakan dipelihara o o o o o o

Aqiqah Membesar Pembiakan Menyusu Baka jantan Penggemokan

- 50 – 80 gm/hari - 100 – 150 gm/hari - 100 – 150 gm/hari - 250 – 300 gm/hari - 200 – 250 gm/hari - 500 - 700 gm/hari (konsentrat diberi bebas)

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

29

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

KEKERAPAN PEMBERIAN MAKANAN   

Beri makanan hijau dahulu dan diikuti makanan konsentrat Elak kembong Petang – tambah makanan hijau

AIR      

Kambing Jamnapari memerlukan air yang bersih anggaran 1.5 – 2.5 liter sehari Sediakan air yang bersih setiap masa Kambing muda perlukan lebih banyak air dari kambing tua Makanan konsentrat memerlukan lebih banyak air kerana ia kering Suhu yang tinggi (cuaca panas) akan menyebabkan kambing mengambil air lebih Sekiranya kekurangan air dalam badan melebihi 20 %, kambing akan mati

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

30

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

TAJUK 7: RUMPUT DAN MAKANAN HIJAU SERTA PENANAMAN RUMPUT

Penternak digalakkan menanam rumput sebagai sumber makanan untuk kambing. Rumput yang ditanam biasanya terdiri dari rumput terpilih yang biji benihnya diimport dari luar negara. Selain dari rumput terpilih, kambing Jamnapari anda juga turut mengambil makanan hijau (foraj) yang boleh diperolehi dari daun-daun pokok (seperti nangka, mengkudu) dan kekacang (Centro, Peuro, Desmodium) dan rumput tempatan (rumput kerbau, selaput tunggul) dll. Kambing juga boleh diberikan makanan buangan hasil pemerosesan pertanian seperti hampas soya dan sago, kulit pisang dan koko, batang jagong, hampas tebu dll. Rumput membekalkan zat makanan (nutrien) yang mengandungi air, karbohiderat, protin, lemak, vitamin dan galian. Bagi ruminan seperti kambing, serat adalah bahagian yang penting untuk dicerna di dalam perut yang kemudiannya menghasilkan bahan tenaga yang akan digunakan oleh kambing untuk meneruskan kehidupan. Jika makanan hijau yang diambil berserta dengan konsentrat adalah mencukupi dan berkualiti, pembesaran berserta dengan proses pembiakan, kesihatan dan pengeluaran anak, susu, daging dan bulu akan berlaku secara optimum. Serat juga boleh didapati dari hasil buangan seperti batang jagong, jerami padi, hampas batang tebu, dll

DEFINASI 

Pastura

– rumput bermutu tinggi yang ditanam untuk ragutan



Foder

- rumput yang ditanam dan diberikan kepada ternakan secara potong dan angkut (cut & carry)



Foraj

- Makanan hijau ( termasuk pastura & foder)

KEBAIKAN MENANAM RUMPUT   

Bekalan rumput dari tanaman sendiri Kurangkan kos makanan dari rumput Kambing tidak merosakkan tanaman orang lain

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

31

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

PASTURA TERPILIH   

Rumput Napier (rumput gajah) Rumput Guinea Rumput Humidicola

FORAJ 

Rumput terpilih



Rumput tempatan o Rumput Israel o Selaput tunggul o Rumput kerbau



Kekacang o Petai belalang o Turi o Peuro o Centro o Desmodium



Dedaun tumbuhan o Daun dedap o Daun nangka o Kulit pisang o Kulit nenas o Daun kelapa sawit



Rumput terpilih tidak sesuai untuk kambing (Kupram yang tinggi) o Rumput Bracharia decumbens (rumput signal) o Rumput Brezanta

Rumput tempatan tidak sesuai untuk kambing o o o o o o o o

Kapal terbang Senduduk Tahi ayam Sendayan Semalu Lalang tua Resam Paku pakis

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

32

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

KANDONGAN ZAT DALAM RUMPUT

Rumput-rumput berikut di potong se masa berumur 40 hari Perkara

Rumput Napier

Rumput Humidicola

Batang Jagong

Daun Sawit

1. Bahan kering (%)

15.3

18.8

16.4

33.1

2. Protin kasar (%)

13.5

10.2

12.5

10.9

3. Serat kasar (%)

32.8

30.4

30.8

34.9

4. Fosforus 9%)

0.36

0.30

0.20

0.25

5. Kalsium (%)

0.40

0.29

0.26

0.54

6. Tenaga metabolisma (MJ/kg)

7.43

7.84

8.4

4.62

PENGHASILAN BAHAN KERING BEBERAPA JENIS RUMPUT Jenis rumput

Penghasilan bahan kering (Tan/Hektar/Tahun)

1. Napier

21.5

2. Setaria

18.2

3. Guinea

18

4. Bracharia humidicola

15.5

5.Petai belalang

15

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

33

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

BILA MENANAM RUMPUT? o Sekurang-kurangnya 60 hari sebelum memasukkan kambing o Rumput dipotong selepas 40 hari ditanam

KELUASAN TANAH 1. Meragut

- 20 ekor dewasa/hektar atau 6 – 8 ekor/ekar

2. Potong-angkut

- 0.5 ekar untuk 100 ekor dewasa dan anak-anak kecil

PENANAMAN RUMPUT NAPIER o Nama siantifik – Pennisetum purpureum o Disyorkan jenis (variety) Taiwan – dari Taiwan o Ciri-ciri bagi rumput Napier dari Taiwan adalah sepert berikut: o Hasil yang tinggi o Zat makanan yang tinggi. Protin boleh mencecah 20 % o Mudah dicernakan o Tahan lasak- tahan kemarau, banjir dan diragut berlebihan o Pertumbuhan lepas diragut atau dipotong adalah cepat o Hasil daun tinggi berbanding batang o Mudah dicampur dengan tanaman kekacang o Digemari oleh kambing o Menguntungkan penternak jika dibanding dengan rumput lain

AKTIVITI PENANAMAN Penyediaan tanah o Pilih tanah yang rata, tak menakong air. Lereng bukit yang tidak curam pun sesuai o Bersihkan kawasan dari tumbuhan dan tanaman o Gemburkan tanah. Jika kawasan kecil, memadai menggunakan cangkul o Bagi kawasan yang luas, gunakan trektor dengan alat membajak piring (disc plough), mambajak sikat (harrow) dan memutar (rotovator) o Bagi tanaman rumput Napier, mebajak sehingga mambajak sikat adalah mencukupi.

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

34

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

pH tanah o Baja kapor hanya digunakan apabila pH tanah rendah o pH tanah yang diperlukan bagi penanaman rumput ialah antara 5 – 7 o Gunakan 1 tan baja kapor untuk meningkatkan pH pada tahap 0.5 Menanam rumput o Sebaik-baiknya awal musim hujan untuk percambahan yang baik o Pengairan menggunakan sistem semburan (sprinkler system) amat baik diamalkan Punca benih/keratan o Hubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk keterangan lanjut. Benih boleh diperolehi di Padang Hijau, Kluang, Johor dengan kadar RM 400/tan Menanam secara keratan tampang o Keratan batang, jalaran (stolon) atau anak o Penanaman keratan boleh dibuat secara cucuk atau baring mengikut barisan o Keratan boleh ditabur rata dan diputar ke dalam tanah melalui ’rotovator’ Pembajaan rumput o Taburkan baja permulaan. Baja permulaan ini ditabur 2 – 3 hari sebelum rumput ditanam atau semasa penanaman dibuat Baja permulaan o Gunakan baja dengan kandongan N:P:K (60 kg nitrogen:30 kg Phosphorus:30 kg Kalium) per hektar o Bagi tanah baru di tanam rumput, tambah baja phosphate untuk pertumbuhan akar dengan menggunakan baja triple Super phosphate dengan kadar 350 kg/hektar o Jika menanam kekacang bersama rumpu, memadai baja permulaan terdiri dari nisbah P:K (30:30) o Baja pengurusan adalah baja yang ditabur selepas rumput diragut atau dipotong

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

35

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

Baja pengurusan o Bagi rumput Napier yang dipotong dan angkut, penggunaan baja pengurusan adalah seperti berikut: o 200 – 300 N (435 – 652 kg urea) o 40 – 60 P ( 199 – 298 kg Triple Super Phosphate – TSP) o 100 – 150 K (200 – 300 kg Murate of Potash) o Penggunaan baja kompos dari tinja ternakan atau air basuhan kandang juga adalah baik dan sangat digalakkan

Pemotongan rumput o Potong rumput ketika berumur 6 minggu o Kawasan kecil – parang/sabit o Kawasan besar - jentani Pemberian rumput o Sebaiknya dirinchih sebelum diberikan kepada kambing dengan menggunakan mesin perincih rumput o Potong secukupnya untuk kegunaan harian

Pengawetan rumput Tujuan:

 

Membolehkan penternak menyimpan lebihan bahan hijau lebih lama Mengelakkan penternak keluar mencari bahan hijau setiap hari (bagi mereka yang tidak bertanah untuk tanam rumput)

Jenis pengawetan  

Pengeringan – rumput kering (hay) Penapaian - silaj

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

36

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

TAJUK 8: KESIHATAN KAMBING  

Kambing yang sehat mudah dipelihara Tanda-tanda kambing yang sehat adalah seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Mata yang bersinar dan bersih dari tahi mata Kulit yang licin dan bulu berkilat. Selera makan yang baik Cergas Tenang (tidak bising dan menggaru) Najis keras dan bulat Badan tidak kurus Selaput basah yang tidak pucat

PETUNJUK NORMAL   

Suhu Badan Pernafasan Denyutan nadi

: 38.0 – 39.5 darjah C : 15 – 30 per minit : 60 – 80 per minit

KESIHATAN AMAT DIPERLUKAN KERANA:    

Mengurangkan penyakit Mengurangkan kematian Mengurangkan kos rawatan Meningkatkan pengeluaran

PUNCA PENYAKIT KAMBING Penyakit kambing berpunca dari agen penyakit seperti bakteria, virus, kulat, parasit. Penyakit juga boleh berpunca dari kesilapan pengurusan. Faktor persekitaran turut memainkan peranan yang penting.

Contoh: Penyakit berpunca dari bakteria pada anak kambing adalah seperti sakit sendi dan pusat bernanah dan kembong. Bagi kambing dewasa penyakit Brucellosis akan menyebabkan keguguran dan perlekatan uri. Caseous lymphadenitis (CLA) menyebabkan bengkak bernanah pada nodus limfa di dagu, leher, bahu hadapan, ambing susu dll.

Virus seperti penyakit kuku dan mulut serta puru boleh menyerang kambing.

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

37

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

Kulat sering menjangkiti penyakit terutama jika kulit sering terdedah pada hujan dan basah. Walaupun boleh dirawat, bulu akan kusut dan turut tanggal. Endo-parasit adalah kumpulan parasit di dalam perut dan usus yang boleh dibahagikan ke dalam 3 kumpulan iaitu cacing hati, cacing pita dan cacing gelang. Bagi kambing yang dipelihara di atas kandang, cacing pita dan gelang adalah penting. Rawatan perlu dijalankan 3 – 6 bulan sekali. Ekto-parasit pula adalah parasit yang duduk diluar badan iaitu di bahagian kulit kambing yang kebiasaannya dipanggil kutu. Selain menghisap darah, kutu juga boleh memasuki ke dalam kulit dan menyebabkan rasa gatal yang kuat dan bulu tanggal. Terdapat juga penyakit yang berpunca dari kelemahan pengurusan. Contoh : kembong, cirit birit, luka dan patah tulang. Ini boleh di atasi dengan memperbaiki lagi pengurusan pemberian makanan dan pembinaan kandang. Kambing juga mudah mendapat selsema apabila kesejukan yang berlaku akibat hujan berterusan dan cuaca yang sejuk pada waktu malam. Dengan itu faktor persekitaran juga mempengaruhi kesihatan kambing anda.

Antara langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan kesihatan kambing termasuklah: 

Pilih kambing yang disahkan sehat sebelum memasuki kandang kita.



Pastikan amalan pengurusan kita turut diberikan perhatian untuk elak masalah kesihatan pada kambing yang dipelihara.



Anak yang baru lahir mesti mendapat kolostrum yang cukup dan rawatan pusat dijalankan



Rawatan endo-parasit (cacing) dan ekto-parasit (kutu) dijalankan



Cegah penyakit melalui pemvaksinan. Contoh: vaksin untuk cegah selsema dan penyakit pneumonia (radang paru-paru)

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

38

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

PENYAKIT YANG BIASA PADA KAMBING JAMNAPARI          

Cirit-birit Sakit mata Radang ambing susu (mastitis) Selsema dan radang paru-paru (pneumonia) Puru Luka Kembung Penyakit Brucellosis Ekto-parasit Endo-parasit

CIRIT-BIRIT Punca: Tanda: Rawatan:

Bakteria, virus, cacing dan coccidia Najis cair, bahagian ekor dan belakang yang kotor, demam, hilang selera makan, bulu kering Terapi cecair, antibiotik, rawatan cacing + coccidia. Asingkan kambing berpenyakit

SAKIT MATA Punca: Tanda: Rawatan:

Faktor fizikal seperti terkena ranting kayu, habuk Faktor agen penyakit seperti bakteria dan virus Mata merah, berair atau bertahi mata Jika jangkitan kuman, sembur dengan aerosol terramycin atau titisan antibiotik mata yang lain

RADANG AMBING SUSU (MASTITIS) Asas:

Mastitis berpunca dari kemasukan bakteria ke dalam ambing susu. Bakteria ini juga akan merosakkan susu Punca: Bakteria pathogenik Tanda: Demam, ambing keras, sakit dan bengkak, susu berketul, cair atau berdarah Rawatan: Antibiotik (24 jam untuk 3 hari) Pencegahan: Antibiotik semasa tempoh kering susu

PASTUEURELLOSIS Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

39

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

Asas:

Penyakit Pneumonia pasteurellosis. Berlaku terutama semasa stress semasa hujan berterusan, pemindahan ternakan dan kesesakan kandang Punca: Bakteria – Mannheimia haemolytica A2 Tanda: Lelehan hidong dan mulut, batuk, sukar bernafas, demam, keletihan dan tidak makan, kematian hingga 40 % Rawatan: Antibiotik dan pemvaksinan (KUSTEM) Pencegahan: Pemvaksinan ke dalam lobang hidung

PURU Punca: Tanda: Rawatan:

Jenis pox virus, Pembentukan pastule dan keruping pada mulut dan hidung serta celah kaki Bersihkan keruping, sapu iodin. Garam juga didapati berkesan. Gosokkan garam pada kawasan yang berkeruping

LUKA Luka biasa Punca: Tanda: Rawatan:

Pergaduhan terutama antara kambing jantan, terlanggar objek yang tajam (paku, papan dinding,lantai) Berdarah, bengkak, bernanah Bersihkan luka, sapu dengan ticture iodine dan sembur dengan aerosol anti-lalat (gusanex)

Luka berulat Punca: Seperti di atas Tanda: Luka berulat, bengkak, berbau busuk dan berdarah Rawatan: Buang ulat dari luka, bubuh serbuk negasunt, sapu tincture iodine dan sembur aerosol anti-lalat (gusanex). Ulang sehingga tiada ulat dan luka sembuh.

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

40

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

KEMBONG Asas: Punca:

Tanda: Rawatan:

Buih terlalu banyak terkumpul di dalam perut Berpunca dari pengambilan makanan tinggi protin (kekacang) atau makanan kering (konsentrat) terlalu banyak. Gas yang terbentuk tidak dapat dikeluarkan dan terkumpul sehingga perut membesar Pembesaran perut disebelah kiri, berhenti makan, nadi dan pernafasan cepat, mulut berbuih, terbaring dan mati Minyak sayuran melalui tiub dan jika untuk pelepasan gas yang cepat melalui tusukan dengan ’trocar’ dan ’canula’ pada perut kambing disebelah kiri

BRUCELLOSIS Asas:

Punca: Tanda: Tindakan:

Brucellosis menyerang sistem pembiakan kambing betina dan menyebabkan keguguran dan perlekatan uri. Jika kambing jantan dijangkiti, bakteria akan dipindahkan kepada kambing betina semasa perkahwinan Brucella abortus Keguguran pada kambing betina dan radang buah zakar (orchitis) pada kambing jantan. Jalankan saringan darah sebelum menerima kambing yang baru. Ujian dilakukan oleh kakitangan Jabatan Haiwan. Haiwan yang positif diasingsingkir

EKTO-PARASIT Asas: Punca: Tanda: Rawatan:

Ekto-parasit yang terdapat di bahagian kulit kambing. 4 kumpulan utama iaitu tick (kutu babi), flea, louse dan mite yang dikenali sebagai kutu. Kegiatan menggaru pada bahagian yang dijankiti, kulit mengerutu, rambut gugur terutama dibahagian kepala, leher, telinga dan bahu Malathion atau lain-lain racun kutu. Mandi, sembur atau benamkan sehingga bulu kambing basah dengan racun tersebut. Ulang sekali lagi selepas 10-14 hari kerana racun tidak berkesan pada telur dan larva kutu.

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

41

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

ENDO-PARASIT Aas: Punca: Tanda: Rawatan:

Endo-parasit yang terdapat di dalam perut dan usus kambing Cacing gelang dan cacing pita yang dikenali sebagai cacing Berak cair, pucat, kurus, bengkak dagu (jika bilangan cacing tinggi), Bulu tidak terurus dan cacing/telor cacing pada najis Racun cacing (anthelmintic) seperti Nilverm, Panacur, Ivermectin, Thiabendazole dll

BEKALAN TERNAKAN Pastikan:  Daripada kumpulan yang diketahui dan disahkan sehat dan bebas penyakit oleh JPH  Kambing bebas dari penyakit berjangkit spt Brucellosis, TB, CLA dll  Mempunyai rekod pembesaran badan yang baik  Jika tidak – anda akan memulakan projek dengan masaalah atau anda membawa bersama penyakit ke kandang anda

KETIKA MENERIMA KAMBING      

Periksa ternakan untuk mengesan luka, kecederaan, tanda-tanda penyakit Asingkan ternakan yang sakit dan rawat. Hubungi JPH untuk ambil sampel darah untuk saringan penyakit Ubat anti-stress disediakan dalam air minuman Tidak terus campur dengan ternakan sedia ada Lakukan program nyah cacing dan nyah kutu Jika tidak, penyakit akan merebak pada ternakan yang sedia ada dan menyebabkan kematian yang tinggi

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

42

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

TAJUK 9: PENYIMPANAN REKOD

PERANAN REKOD 1. Rekod yang baik akan membantu penternak membuat keputusan sama ada untuk menyimpan atau menyingkir kambing 2. Rekod juga akan membantu penternak menentukan pengurusan yang ingin dipilih serta memilih makanan, ubatan dan lain-lain input yang dibeli 3. Rekod perniagaan yang teratur akan membantu anda mengetahui samada perniagaan kambing ini menuntungkan atau sebaliknya

JENIS-JENIS REKOD     

Rekod kelahiran dan kematian Rekod stok ternakan Rekod ubat-ubatan Rekod makanan ternakan Rekod jual beli ternakan

BAGAIMANA MEWUJUDKAN SISTEM REKOD YANG TERATUR?       

Pengenalan ternakan adalah asas kepada sistem rekod ternakan. Tanpa pengenalan ternakan yang sistematik tiada rekod yang boleh diwujudkan Timbang anak kambing yang baru lahir. Ini penting jika kita ingin menilai kenaikan berat badan kambing kita pada setiap bulan Isikan maklumat penting yang lain seperti tarik lahir, jantina, ibu/bapa (jika ada pengenalan) Buat perkara yang sama jika membeli ternakan yang baru Rekod mesti diuruskan setiap hari Pastikan rekod-rekod yang lain dikemaskini setiap hari. Pastikan bilangan kambing pada rekod sama seperti angka di kandang.

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

43

NOTA KURSUS TERNAKAN KAMBING (COMPLETE )

RUJUKAN

1. Syed Zulkifli Syed Zainulabidin, Kursus Pengurusan Ternakan Kambing Jamnapari, 2007 2. Panduan Pengeluaran Kambing Muda Kaprima, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, 2006 3. L.R. Humphreys, Tropical Pastures and Fodder Crops, Longmans, 1978 4. R.D. Frandson, Anatomy and Physiology of farm Animals, Lea & Febiger, 1981 5. Md Yusoff Sudin, Pemakanan Kambing Pedaging, 2007 6. Ahmad Shukri Abdullah, Nota Pengurusan, Kandang, Kesihatan, JPH Terengganu

Disusun oleh: Syam Ghaz, Kelantan Serambi Mekah E-mail: [email protected] Blog: www.usahawantani-kelantan.blogspot.com Bersama Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya

44

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF