Nota Dunia Sains Dan Teknologi Tahun 2
March 15, 2017 | Author: muchelia | Category: N/A
Short Description
Download Nota Dunia Sains Dan Teknologi Tahun 2...
Description
Nota Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2 Unit 1: Manusia Keperluan Asas Manusia 1. Makanan, air, udara dan tempat perlindungan penting kepada manusia. 2. Semua ini dinamakan keperluan asas manusia. 3. Keperluan asas ini penting kepada manusia untuk terus hidup. Kepentingan Keperluan Asas Manusia 1. Manusia memerlukan makanan untuk mendapatkan tenaga, membantu tumbesaran dan menjaga kesihatan. 2. Manusia memerlukan tempat perlindungan untuk melindungi diri daripada bahaya, hujan dan cuaca panas. 3. Manusia memerlukan air untuk hidup. 4. Manusia memerlukan udara untuk bernafas.
Kepentingan Makanan 1. Makanan seperti roti, ubi kayu, mi, nasi, bijirin dan ubi kentang ialah contoh makanan yang memberi tenaga. 2. Ayam, telur, ikan, susu, daging dan sotong merupakan contoh makanan yang membantu tumbesaran. 3. Sayur-sayuran dan buah-buahan ialah contoh makan yang membantu menjaga kesihatan. Tumbesaran Manusia 1. Makanan membantu tumbesaran kita. Kita akan berubah dari segi ketinggian, saiz dan berat badan. Unit 2: Haiwan Keperluan Asas Haiwan 1. Keperluan asas haiwan ialah makanan, udara, air dan tempat perlindungan. 2. Haiwan memerlukan makanan untuk menjalani proses hidup seperti tumbesaran dan untuk mendapatkan tenaga.
3. Haiwan memerlukan air untuk mengawal suhu badan dan menyingkirkan bahan buangan daripada badan. 4. Haiwan memerlukan udara untuk bernafas. 5. Haiwan memerlukan tempat perlindungan atau tempat tinggal untuk hidup dengan selamat. Makanan Haiwan 1. Ada haiwan makan tumbuhan sahaja. Haiwan-haiwan ini disebut herbivor. 2. Contoh haiwan herbivor ialah belalang, kambing, rusa, arnab, gajah dan rama-rama. 3. Ada haiwan makan haiwan sahaja. Haiwan-haiwan ini disebut karnivor. 4. Contoh haiwan karnivor ialah singa, ular, helang, cicak, ikan lumba-lumba dan katak. 5. Ada haiwan yang makan tumbuhan dan juga haiwan lain. Haiwan-haiwan ini disebut omnivor.
6. Contoh haiwan omnivor ialah ayam, semut, lalat, kucing dan beruang. Tempat Tinggal Haiwan 1. Burung, lebah dan tebuan ialah haiwan yang tinggal di sarang. 2. Reban ialah tempat tinggal bagi ayam, itik, angsa dan ayam belanda. 3. Lembu, biri-biri, kerbau dan kuda tinggal di kandang. 4. Arnab, tikus dan tupai tanah tinggal di dalam lubang. Cara Haiwan Membiak 1. Contoh haiwan yang membiak dengan cara bertelur ialah burung, ikan, katak, nyamuk, kura-kura, buaya, lipas, cicak, ketam, rama-rama, itik dan belalang. 2. Contoh haiwan yang membiak dengan cara melahirkan anak ialah zirafah, arnab, rusa, beruang, kucing, kelawar, monyet, tupai, harimau, kuda, biri-biri, gajah, ikan lumba-lumba, ikan paus, singa.
Pergerakan Haiwan 1. Gajah- Berjalan 2. Rama-rama- terbang 3. Kura-kura- merangkak 4. Ikan- berenang 5. Ular- menjalar 6. Siput- mengengsot 7. Semut- merayap 8. Kuda- berlari 9. Katak- melompat
View more...
Comments