Net Play

August 8, 2022 | Author: Anonymous | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Net Play...

Description

 

2.8

N E T P L A Y ”   ”     



2.8.1 PENGENALAN

Net Play   atau permainan di jaring merupakan salah satu teknik permainan

badminton yang tidak kurang pentingnya. Net play memerlukan lebih kehalusan bermain berbanding tenaga dan kekuatan. Hal ini kerana, hanya dengan sedikit pergerakan

pergelangan

tangan

mampu

menundukkan

lawan.

Gerakan

halus

pergelangan tangan ini akan mengakibatkan perubahan pada sudut muka reket, dan seterusnya boleh mengelirukan pihak lawan tentang pergerakan bulu tangkis. Bagi kebanyakan pemain dan peminat sukan badminton, mendapatkan mata perlawanan melalui Net Play ini lebih bermakna berbanding pukulan kuat seperti Smashing. 

2.8.2 JENIS-JENIS “NET PLAY”  

Secara amnya, terdapat tiga jenis Net Play   yang sering dilakukan oleh para pemain badminton, sama ada professional atau amatur. Tiga jenis Net Play tersebut adalah seperti yang berikut :

 

1) “NET SHOTS”  

Net Shot dimainkan di sekitar kawasan jaring gelanggang seseorang pemain ke

kawasan belakang jaring pihak lawan. Net Shot boleh dimainkan secara pukulan hadapan (forehand) atau pukulan belakang (backhand) . Net Shot

sesuai dilakukan

sekiranya pihak lawan berada jauh dari jaring. Tujuan utama melakukan Net Shot ialah memaksa pihak lawan untuk mengangkat pukulan ini yang tidak akan melepasi jaring / net badminton, atau menyukarkan pihak lawan untuk mengangkat semula pukulan dengan pukulan yang kuat. Net Shot boleh dimainkan secara lurus atau menyilang gelanggang.  Antara teknik teknik yang yang perlu dititik beratkan beratkan semasa semasa melakukan melakukan Net Shot ialah : Tingkatkan kemahiran memegang reket, sama ada pegangan hadapan untuk pukulan forehand dan pegangan belakang untuk pukulan backhand . Pastikan reket sentiasa berada di hadapan badan pemain. Gerakan reket ke hadapan secara tiba-tiba akan lebih mengelirukan pihak lawan. Pastikan reket dipegang setinggi yang sesuai bagi membolehkan bulu tangkis dipukul seawall mungkin. Teknik yang tepat ialah membiarkan muka reket selari dengan lantai dan membiarkan bulu tangkis melantun di atas muka reket. Pergerakan mengejut kehadapan dan muka reket yang selari dengan lantai adalah dua faktor yang akan memastikan bulu tangkis melantun masuk ke gelanggang pihak lawan.

 

  Pemain harus kembali kembali ke base  sesegera mungkin setelah melakukan Net Shot   untuk bersedia menerima pukulan balas. Selain itu, pemaian juga harus mencari peluang untuk melakukan pukulan Net Kill selepas berjaya menghantar bulu tangkis secara Net Shot .

Gambarajah di bawah menjelaskan arah trajektori bulu tangkis dalam pukulan Net Shot :

 Arah trajektori trajektori bulu bulu tangkis tangkis

Gambar menunjukkan seorang pemain sedang melakukan Net Shot :

Terdapat satu variasi Net Shot   yang lebih sukar untuk dilakukan, di mana bulu tangkis di angkat apabila hampir menyentuh ke lantai gelanggang. Pukulan ini di

 

panggil Hair Pin Net Shot , kerana arah trajektori bulu tangkis kelihatan seperti pi n rambut yang diterbalikkan. Teknik melakukan pukulan ini adalah sama dengan teknik pukulan Net Shot   yang biasa. Walau bagaimanapun, disebabkan bulu tangkis lebih rendah, reket perlu digerakkan ke atas sedikit untuk memastikan bulu tangkis boleh bergerak. Sekiranya pemain hanya mengharapkan lantunan bulu tangkis pada muka reket dalam situasi ini, sudah pasti bulu tangkis tersebut tidak akan melepasi jaring. Berikut adalah gambarajah yang menunjukkan trajektori Hair Pin Net Shot  :  :

 Arah trajektori trajektori bulu bulu tangkis tangkis Gambar menunjukkan seorang pemain sedang melakukan Hair Pin Net Shot :

 

2.8.4 “NET KILL”  

Net Kill pula merupakan satu pukulan tajam dari atas net. Peluang untuk

melakukan Net Kill hanya datang sekiranya pihak lawan memulakan permainan net dengan pukulan yang lemah dan betul-betul berada di atas net. Situasi ini akan memberikan peluan kepada pemain untuk memukul bulu tangkis dengan tajam dan tepat ke gelanggang lawan. Pemain yang bijak dan berpengalaman tidak akan melepaskan peluang untuk melakukan Net Kill , kerana pukulan ini sangat efektif untuk mendapatkan mata dalam perlawanan. Pergerakan dalam melakukan Net Kill adalah sama dengan pergerakan melakukan Net Shot . Perbezaan yang ketara hanyalah pada kedudukan muka reket, di mana dalam melakukan Net Kill, reket perlu berada tegak dan tinggi di atas pemain untuk memastikan bulu tangkis dapat dipukul melepasi jaring. Kunci utama dalam melakukan Net Kill   ialah ialah pergerakan mengejut yang pantas ke hadapan jaring. Untuk mendapatkan satu pukulan Net Kill yang mantap, pukulan tersebut haruslah securam dan setajam yang boleh. Sekiranya pukulan mendatar, ini akan memudahkan pihak lawan untuk mengangkat semula pukulan tersebut. Dan sekiranya pihak lawan berjaya membuat pukulan balik berkenaan, maka dia akan memenangi perlawanan tersebut.

 

 

Kehebatan sesuatu pukulan Net Kill   bergantung kepada ketajaman sudut bulu

tangkis jatuh ke gelanggang. Sekiranya pemain memilih untuk pukul ke bahagian hadapan gelanggang, sebelum garis servis pendek, arah jatuh bulu tangkis tidak begitu memainkan peranan. Akan tetapi, sekiranya pemain membuat keputusan untuk membuat Net Kill sedikit ke belakang, pastikan ianya tepat pada pihak lawan atau jauh dari pihak lawan. Elakkan memukul berdekatan dengan pihak lawan, kerana kemungkinan besar pihak lawan mampu mengangkat semula bulu tangkis adalah lebih tinggi. Salah satu kesukaran yang mungkin dihadapi oleh pemain amatur untuk melakukan pukul ini ialah untuk memastikan reket tidak terkena pada jaring. Oleh hal yang demikian, semasa melakukan pukulan ini, pemain digalakkan menggunakan pergerakan pergelangan tangan dengan sedikit pergerakan batang reket. Setelah muka reket mengenai bulu tangkis, pastikan anda menarik balik reket untuk mengelakkan gerakan momentum yang akan menyentuh jaring. Berikut adalah gambarajah yang akan menjelaskan pergerakan bulu tangkis dalam pukulan Net Kill  :  :

 Arah trajektori trajektori bulu bulu tangkis tangkis

 

 

Gambar seorang pemain sedang membuat pukulan Net Kill  :  :

2.8.5 “NET LIFT”  

Teknik terakhir dalam kaedah permainan Net Play  ialah  ialah pukulan Net Lift . Pukulan Net Lift   sebenarnya merupakan satu pukulan untuk melengahkan permainan. Hal ini

disebabkan dengan pukulan Net Lift ini, pihak lawan terpaksa berundur ke hujung gelanggang untuk melakukan pukulan balas. Antara lain, pukulan ini boleh dilakukan untuk menamatkan permainan Net Play. Pukulan ini juga boleh dilakukan secara lurus atau menyilang gelanggang. Kebolehan untuk memastikan setinggin mana dan selurus mana gerakan bulu tangkis dalam pukulan Net Lift ini akan ditentukan oleh kemahiran seseorang pemain.

 

Secara ringkasnya, pukulan ini mempunyai asas pergerakan seperti pukulan Net Shot . Walau bagaimanapun, tidak seperti pukulan Net Shot , pergelangan tangan perlu

digerakkan dengan gerakan mengejut untuk memukul bulu tangkis tinggi ke belakang gelanggang lawan. Sekiranya pemain boleh mengaburi pergerakan mereka, pihak lawan akan mengalami kesukaran untuk membuat pukulan balas ke atas pukulan Net Lift tersebut.

 Antara kemahiran kemahiran dalam pukulan pukulan Net Lift ialah : Tingkatkan kemahiran memegang reket, sama ada pegangan hadapan untuk pukulan forehand dan pegangan belakang untuk pukulan backhand . Hulurkan ke hadapan reket anda sambil anda bergerak ke hadapan gelanggang. Tempat jatuh bulu tangkis ke atas muka reket perlulah tepat di hadapan pemain dan sedikit tinggi. Hayunkan reket ke atas sebaik sahaja bulu tangkis jatuh tepat pada muka reket. Gerakkan pergelangan tangan untuk menghasilkan satu pukulan beralun seperti cemeti. Teruskan mengikut arah gerakan trajektori bulu tangkis. Sebaik sahaja siap melakukan pukulan, segera kembali ke base anda.

 

Berikut adalah gambaran trajektori bulu tangkis dalam pukulan Net Lift  :  :

 Arah trajektori trajektori bulu bulu tangkis tangkis

Gambar seorang pemain bersedia untuk melakukan satu pukulan Net Lift  :  :

 

RUJUKAN

“Badminton Net Play”   (2012). Dilayari pada 17 Mac 2014, dari http://www.badminton-

information.com/badminton_net_play.html

“Badminton Net Play 1 & 2” (2007). Dilayari pada 17 Mac 2014, dari http://badminton-

sport.blogspot.com/2007/03/badminton-net-play-1.html

“How to hit a net shot in Badminton” . Dilayari pada 17 Mac 2014, dari

http://www.wikihow.com/Hit-a-Net-Shot-in-Badminton

“Winning

the

rally

at

the

net”   (2008).

Dilayari

pada

17

Mac

2014,

http://www.badmintonbible.com/articles/singles-tactics/winning-shots/netplay.php

dari

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF