Mozek

October 6, 2022 | Author: Anonymous | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Mozek...

Description

 

 

Topik  10 



Kegiatan Membuat Mozek

HA SIL HASI L PEMB PE MBEL ELA A AR ARAN AN Di akhir topik topik ini, anda seh seharusnya arusnya dapat: 1.

 

Mengaplikasikan alat, media dan bahan dalam menghasilkan mozek;

2. 

Menggunakan teknik yang betul dalam penghasilan mozek; dan

3. 

Menjalankan apresiasi seni secara mudah.

  PENGENALAN Dalam topik ini perbincangan dimulakan dengan menyentuh tentang definisi mozek. Kemudian beralih pula kepada mengenal alatan, media dan teknik-teknik yang digunakan dalam aktiviti mozek. Penerangan diperjelaskan lagi dengan melihat berbagai contoh bagaimana alatan, media dan teknik di Aplikasi ke atas aktiviti mozek. Dalam persembahan hasil karya pula melihat perbezaan cara penilaian dijalankan di antara dahulu dan sekarang. Cara mudah menjalani apresiasi seni ialah dengan mengambil kira aspek-aspek seperti peringkat diskriptif, analisa formal, interpretasi, dan penilaian. Terdapat contoh-contoh  bagaimana setiap peringkat penilaian itu boleh dijalankan. Sebelum anda mula membaca, nyatakan apakah yang dimaksudkan dengan definisi mozek?

 

 

TOPIK 10

10.1 (a) 

KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

 

161

PENGENALAN AKTIVITI MOZEK

Definisi Mozek   Mengikut rujukan dari kamus Glosari Seni Lukis, mozek  boleh didefinisikan sebagai satu reka bentuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar.



Dapatan seterusnya dari internet (http://www.google.com.my   define:Mosaic) pula menjelaskan seperti yang dinyatakan di bawah:   Sebuah gambar atau corak hiasan dibuat dengan menyusun carikan kecil  bahan-bahan seperti kaca, marmar dan seramik (tessera), di susun di atas dinding, lantai atau permukaan yang tidak rata dan menghasilkan pantulan/kilauan.



  Satu imej yang berasingan dan tidak bertindih, disusun secara  bersebelahan.



Rajah 10.1: Contoh Mozek Wankelman, W.F. & Wigg, P. (1993). A ha ndbook of arts a nd crafts. USA: Brown and Benchmark.

  Foto mozek adalah gambar hasil dari cantuman beberapa gambar lain disusun menjadi satu tema/tajuk.



  Satu media seni di mana kepingan-kepingan kecil kaca, batu atau seramik disusun di bahagian latar yang di plaster.



  Satu corak seni yang dihasilkan dengan menekan kepingan batu, kaca, seramik atau tessera.



  Satu seni dekoratif lama dengan menyusun kepingan kecil kaca, batu, tessera di permukaan dinding, siling dan lantai.



  Satu bentuk seni di mana kepingan bahan semula jadi atau bahan  buatan manusia yang berwarna disusun bersebelahan tidak ditindih di atas permukaan rata untuk menghasilkan gambar atau corak.



 

162    

TOPIK 10

KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

Mengikut sejarah lama mozek telah diperkenalkan oleh orang Greek. Pada asalnya mereka mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan lantai. Orang Roman pula menghias batu, marmar, seramik menggunakan teknik mozek pada permukaan dinding dan lantai. Manakala orang Kristian Orthodok Byzantine pada abad ke 16 menghiasi gereja mereka dengan teknik mozek. Kini teknik mozek luas digunakan dalam pembinaan bangunan dan aktiviti seni di sekolah. Di peringkat sekolah rendah aktiviti mozek diperkenalkan dalam subjek Pendidikan Seni Visual. Ia adalah sebahagian daripada aktiviti yang dicadangkan dalam kegiatan menggambar. Aktiviti mozek ini  boleh dijalankan dalam berbagai cara dan teknik. Sebelum mengenal bagaimana teknik-teknik mozek dijalankan, kita perlu mengetahui jenis-jenis alatan, bahan dan media terlebih dahulu. Mungkin di peringkat sekolah rendah penggunaan alatan dan bahan adalah terhad kepada tahap keupayaan murid itu sendiri. Berikut ialah cadangan  beberapa jenis peralatan yang boleh diguna pakai oleh murid-murid di sekolah rendah: (b)  Alat dan Media   Berbagai jenis kertas seperti kadbod, kertas lukisan, kertas menaip, kertas nota, kertas surat khabar, kertas binaan (construction (construction paper )



  Berbagai jenis pelekat seperti gam biasa, gam putih, gam kayu, gam simen



  Bekas untuk menyimpan carikan kertas, kadbod, syiling, bijirin



  Playar, pembaris, Âclear Âclear spray Ê



  Bahan semula jadi seperti bunga-bunga kering, berbagai daun kering,



rumput   Pelbagai jenis biji-bijian atau objek semula jadi



  Pewarna makanan



  Pensel, pen, tali



  Kertas berbagai warna, kertas majalah berwarna, gambar-gambar  berwarna



 

 

(c) 

TOPIK 10

KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

 

163

Teknik Secara amnya terdapat tiga jenis teknik menghasilkan mozek iaitu Âdirect Âdirect method Ê, Ê, Âindirect method Ê dan Âdouble Âdouble indirect method Ê. Ê. Yang dikatakan dengan teknik secara langsung atau Âdirect Âdirect method Ê itu, ialah dengan menggambar bahan di atau permukaan seperti kertas, kadbod, permukaan pasu, lantai dan sebagainya. Ianya sesuai dilaksanakan pada projek-projek kecil yang mudah alih. Kebaikan mozek cara ini ialah mozek yang dihasilkan jelas kelihatan. Keburukannya pula pelukis atau pembuat mozek perlu bekerja secara terus menerus di atas permukaan yang dipilih. Ianya dianggap sebagai satu hasil kerja yang tidak praktikal pada jangka masa yang lama, tidak sesuai pada projek berskala besar dan susah untuk mendapatkan kesamaan permukaan yang siap. Cara ini sesuai untuk permukaan kertas lukisan, lantai dan permukaan meja. Teknik secara tidak nyata atau Âindirect Âindirect method Ê pula berlaku semasa proses menghasilkan sesuatu Apabila mozek siap, media yang sama diletakkan di atasnya. Hasilkerja. mozek diterbalikkan dan bahagian asli diasingkan dari bawah mozek tadi. Teknik Âindirect Âindirect method Ê dan Âdouble Âdouble indirect method Ê selalunya dibuat mengikut bahagian demi bahagian sesuatu gambar terlebih dahulu sebelum hasil mozek itu dihantar ke tempat destinasi untuk ditampal. Ianya amat sesuai untuk projek besar seperti projek mural. Terdapat juga mozek yang boleh dihasilkan dalam digital imej. Imej yang dihasilkan tidak ditindih. Foto mozek pula adalah satu gambar yang dibuat daripada beberapa cantuman gambar-gambar lain yang tidak ditindih. Berikut ialah senarai beberapa teknik menghasilkan mozek dan boleh disesuaikan untuk murid-murid di tahap sekolah rendah:   Mozek kertas



  Mozek timbul



  Mozek catan



  Mozek campuran



  Mozek potongan kertas



  Mozek cebisan kertas



  Mozek tebuk (ÂpuncherÊ)



  Mozek koyakan kertas



  Mozek fabrik



  Mozek bijian   Mozek bahan buangan





 

164    

TOPIK 10

KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

AKTIVITI 10.1 1.

Apakah perbezaan dikemukakan?

2.

Hasilkan mozek mudah dengan menggunakan pelbagai jenis teknik yang telah dinyatakan.

10.2

di

antara

teknik-teknik

mozek

yang

APLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK

Di peringkat sekolah rendah, mozek boleh digubah dengan menggunakan carikan/potongan/guntingan/cebisan kertas-kertas berwarna dan ditampal di atas permukaan rata seperti kertas lukisan, kadbod, kayu playwood dan sebagainya. Walaupun cara menampal kertas-kertas dalam aktiviti kolaj dan mozek boleh dikira ada persamaan tetapi masih terdapat perbezaan dalam melaksanakannya. Kolaj digubah dengan menampal keratan kertas secara tindihan manakala mozek pula digubah dengan menampal keratan kertas secara bersebelahan dan tidak ditindih. Kedua-dua hasil kerja ini boleh dianggap rumit juga tetapi menarik perhatian orang ramai apabila siap. Mari kita perhatikan contoh-contoh  bagaimana aktiviti mozek itu dilaksanakan. CONTOH 1  Jenis Mozek: Mozek dari kertas Tema: Haiwan/figura Alat dan Bahan: gunting, kertas berwarna dari berbagai sumber, gam atau gam simen, pin rambut atau pencungkil gigi untuk mengangkat cebisan kertas, pensel, kertas latar Cara-cara: 1. 

Buat satu lakaran pensil tentang tema atau tajuk yang hendak dibuat di atas permukaan kertas.

2. 

Potong kertas warna dalam rupa bentuk yang sama. Potongan kertas yang  berlainan warna perlu diasingkan supaya senang diperolehi dan boleh menjimatkan masa semasa proses menampal dijalankan.

 

 

3. 

4. 

TOPIK 10

KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

 

165

Letak gam atau pelekat pada cebisan kertas dan di atas permukaan kertas yang mempunyai lakaran. Lekat potongan kertas berwarna tersebut pada kawasan lakaran tersebut. Tinggalkan ruang di antara cebisan-cebisan kertas supaya tindihan tidak berlaku. Potongan kertas boleh diangkat dengan menggunakan pin rambut atau pencungkil gigi yang diletak sedikit gam. Teruskan kerja-kerja menghasilkan mozek sehingga habis.

Tips: Cara memotong kertas berwarna ada berbagai-bagai. Di antaranya ialah dengan cara carikan, koyakan, potongan bebas, potongan tiga segi, potongan empat segi, menebuk dengan menggunakan penebuk kertas, potongan dengan pembaris dan sebagainya. Warna pada kertas perlu dipilih dengan betul dan sesuai dengan tema/tajuk/objek yang hendak dihasilkan.

b erbagai bentuk berdasarkan tema Rajah 10.2: Contoh mozek dari potongan kertas berbagai figura/haiwan Sumber: Wankelman, W.F. & Wigg, P. (1993). A handbook of arts and crafts. USA: Brown and Benchmark

 

166    

TOPIK 10

KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

CONTOH 2  Jenis Mozek: Mozek timbul (relief) dari biji-bijian Tema: Tumbuh-tumbuhan Alat dan bahan: kadbod, kertas binaan, gam putih, berbagai jenis biji-bijian dari alam semulajadi, pewarna makanan, pensel, tali atau benang, Âclear sprayÊ. Cara-cara: 1. 

Hasilkan lakaran di atas kertas binaan dengan memerhatikan tempat atau kawasan di mana bijian perlu diletak.

2. 

Lekat kertas binaan di atas kadbod keras, kedua-duanya mempunyai saiz yang sama supaya kelihatan kukuh.

3. 

Letakkan gam di kawasan yang dilakar dan susun bijian, manik, objek semulajadi pada lakaran dan penuhkan lakaran tersebut.

4. 

Untuk kelihatan lebih kemas aturkan bijian di kawan rupa luar objek terlebih dahulu kemudian penuhkan bahagian dalam pula.

5. 

Bijian-bijian atau manik-manik bersaiz halus susah untuk diatur dan memakan masa yang lama untuk menyiapkan. Untuk mempercepatkan proses, guna pencungkil gigi yang diletakkan sedikit gam dihujungnya supaya senang proses mengangkat bijian tersebut.

6. 

Bila siap buang lebihan bijian dan sembur hasil kerja mozek dengan Âclear sprayÊ untuk mendapatkan kesan yang lebih menarik.

Tips: Tambahan bahan boleh digunakan seperti tali, benang, kulit kayu dan lainlain yang bersesuaian untuk kelihatan lebih menarik. Lebih baik jika hasil kerja ini dibingkaikan dengan meletakkan cermin atau plastik keras supaya bijian kekal lama.

Rajah 10.3: Contoh mozek dari bijian, bi jian, manik bertemakan tumbuh-tumbuhan dan figura Sumber: Wankelman, W.F. & Wigg, P. (1993). A handbook of arts and crafts. USA: Brown and Bench

 

 

TOPIK 10

KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

 

167

CONTOH 3: Terdapat juga mozek dari teknik catan. Mozek jenis ini lebih sesuai untuk muridmurid di tahap dua kerana ia memerlukan kawalan, disiplin dan ketekunan semasa menghasilkannya. Ia juga berguna sebagai latihan mewarna. Kejayaan mozek ini bergantung kepada latarbelakang pelukis itu sendiri. Lihat contoh mozek dari teknik catan:

Rajah 10.4: Contoh mozek dari teknik catan Sumber: Haley, Ivy. (1971). Creative collage. London: Charles T. Bransford

 Jenis mozek: Mozek catan Tema: haiwan Alat dan bahan: pensil, pembaris, air, berus, kertas lukisan, warna air atau warna poster Cara-cara: 1. 

Lakar rupa bentuk ikan di atas permukaan kertas lukisan. Tambahkan mata, sirip di bahagian dalam dan tumbuh-tumbuhan air supaya kelihatan lebih menarik.

2. 

Buat garisan dengan ukuran 2cm 5  2cm di keseluruhan kertas lukisan termasuk lakaran. Garisan pensel perlu dibuat secara nipis sahaja.

3. 

Kotak-kotak tersebut diwarnakan dengan warna air atau warna poster dengan warna yang dikehendaki. Hadkan warna kepada tiga warna sahaja.

4.

 

Proses mewarna mengambil masa yang agakdigunakan lama juga warna untuk kedua disiapkan. Satu warna dihasilkan sehingga siap barulah dan warna ketiga.

 

168    

TOPIK 10

KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

5. 

Garisan yang memisahkan empat segi dalam beberapa bahagian perlu diwarnakan dengan warna yang berlainan. Dengan cara ini corak ikan akan kelihatan lebih menarik apabila siap nanti.

6. 

Aktiviti ini sesuai dijalankan dalam kumpulan kecil.

Tips: Walaupun aktiviti mozek ini tidak menggunakan teknik menampal bahan bahan, konsep mozek masih boleh diperkenalkan. Dalam aktiviti ini adalah dicadangkan warna-warna yang hendak digunakan adalah warna-warna kontra supaya objek yang dilukis jelas kelihatan. CONTOH 4: Dalam Rajah 10.5, mozek dihasilkan dengan teknik catan dan dakwat manakala mozek dalam Rajah 10.6 pula dihasilkan dengan menggunakan kertas yang  berjalinan dan dakwat. Rajah 10.7 mozek dihasilkan dengan menggunakan  bulatan kecil kertas ditebuk dengan menggunakan penebuk kertas (puncher). Kertas latar adalah dari jenis kertas yang berwarna. Lihat perbezaan antara ketiga-tiga ikan tersebut. Ia menggunakan tema yang sama tetapi menggunakan teknik yang berlainan. Aktiviti mozek ini sesuai dijalankan di dalam kelas secara berkumpulan dimana  berlainan kumpulan menghasilkan tema yang sama tetapi menggunakan teknik yang berlainan. Contoh-contoh ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut lagi dalam sub tajuk persembahan hasil karya.

Rajah 10.5: Contoh mozek dari catan dan dakwat

 

 

TOPIK 10

KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

 

Rajah 10.6: Contoh mozek dari potongan kertas berjalinan dan dakwat

Rajah 10.7: Contoh mozek dari potongan bulatan kecil kertas Rajah 10.5, 10.6, 10.7: Sumber: Haley, Ivy. (1971). Creative collage. London: Charles T. Bransford

AKTIVITI 10.2 Analisa hasil kerja senitentang dari aktiviti mozekdan oleh beberapa orang pelukis dan bincangkan tema, bahan teknik-teknik yang mereka gunakan.

169

 

170    

10.3

TOPIK 10

KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

PERSEMBAHAN HASIL KARYA

Dalam mempersembahkan tentang sesuatu hasil karya, perkara-perkara seperti membuat penilaian, membuat kritikan, berkomunikasi, ekspresi diri, luahan perasaan, diskusi, dan bersoal jawab seringkali dikaitkan. Persembahan hasil karya sendiri atau orang lain diterima sebagai bahan penting untuk dirujuk semasa menjalani sesi apresiasi seni. Hasil kerja seni terutama murid-murid sekolah rendah dianggap satu kerja yang  jujur, segar, berterus terang, penuh imaginatif dan intuitif. Ciri-ciri yang ada pada diri murid-murid ini akan menghasilkan satu suasana pembelajaran yang positif terutama bagai murid-murid dalam golongan Âstudents critical appreciative activitiesÊ. Apabila seseorang murid itu berkomunikasi di antara rakan-rakannya atau gurunya,dia dikatakan telah menggunakan linguistik dan ekspresi visual dalam aktiviti harian mereka. Dalam buku Artwork For Elementary School Teachers,  bab 12 bertajuk Art Criticism m.s. 203 ada menyatakan: ÂCritical activities are the meeting ground between art and language arts, and it is because of the studentsÊ familiarity with the latter that they take so readily to applying language to the understanding of artworks.Ê Dari kata-kata ini jelaslah menunjukkan bahawa kemahiran kritis dan kreatif  boleh dikembangkan bersama-sama dengan aktiviti seni. Dari itu guru harus mengambil peluang terbaik dari aktiviti-aktiviti seni kegiatan menggambar untuk menjalani sesi ekspresi diri dan apresiasi seni berdasarkan Âstudio activity centred method.Ê Ia bermaksud seseorang itu percaya bahawa ekspresi diri tidak  boleh diceraikan daripada apresiasi seni. Orang-orang terdahulu juga telah lama menjalani apresiasi terhadap hasil kerja seni yang dihasilkan sendiri atau orangsesi lain. Berikutseni ialah perbandingan di antara dahulu dan sekarang  berkaitan cara mengembangkan apresiasi seni melalui kemahiran kritis.]  Jadual 10.1: Perbandingan Apresiasi Apresiasi Seni Dahulu dan Sekarang Dahulu

Sekarang

1. Jarang melihat reaksi spontan dalam hasil kerja seni

1. Penilaian dijalankan setelah pemerhatian dan kajian.

2.

2. Arahan berdasarkan komunikasi, konteks, persepsi, kajian, pemeriksaan, aktiviti studio.

Arahan secara Âteacher centredÊ

membuat

 

 

TOPIK 10

KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

 

171

3.

Rujukan dibuat berdasarkan contoh-contoh hasil kerja seni yang ada

3. Media luas l uas seperti slaid, buku, video, filem, hasil kerja asli, muzium, galeri, lawatan ketempat pelukis sendiri.

4.

Perbincangan terhad kepada nilai sentimental

4. Kualiti formal sesuatu hasil kerja seni perbincangan terhadap isu sosial

5.

Tertumpu pada Âanecdotal accountsÊ kehidupan seseorang pelukis

5. Tumpu terhadap hasil kerja pelukis tersebut dan kritikan dengan konteks insure

6.

Tumpuan kepada artist terkenal sahaja

6. Pandangan lebih meluas termasuk, kraf, ilustrasi, media, seni reka, komik, seni halus melalui pendekatan Âgreat worksÊ.

Penilaian hasil kerja seni berdasarkan empat insurea iaitu bahagian diskriptif,  bahagian formal analisis, bahagian interpretasi dan bahagian penilaian. Menilai kerja seni di peringkat diskriptif memerlukan seseorang menggunakan deria lihat dan menyatakan apa yang mereka lihat dalam sesuatu hasil karya. Mereka akan menyatakan pandangan mereka buat pertama kali tentang apa yang mereka lihat pada sesebuah lukisan/catan misalnya. Biasanya mereka akan memperkatakan tentang sesuatu tema/tajuk hasil kerja itu termasuk objek/imej yang terdapat dalam hasil kerja itu. Menilai hasil kerja di peringkat formal analisis lebih terancang. Perkara-perkara yang perlu dibincangkan adalah seperti struktur komposisi yang terdapat dalam hasil kerja tersebut, perbezaan antara simetri dan asimetri, mengenal pasti alatan dan media yang digunakan dalam hasil kerja, teknik-teknik yang digunakan dalam penghasilan hasil kerja, unsur-unsur seni, prinsip-prinsip rekaan yang diguna pakai. Manakala peringkat seseorang interpretasimurid pula itu, perbincangan menjurus tahap-tahapdi imaginasi membuat lebih spekulasi maknakepada yang tersirat dalam hasil kerja tersebut dan membuat andaian tentang tujuan pelukis melukis hasil karyanya. Untuk menghasilkan perbincangan ini, seseorang murid ditanya bagaimana membuat perkaitan di antara struktur yang boleh diperhatikan dengan arah tujuan pelukis yang menghasilkan hasil karya tersebut. Di peringkat ini murid akan dapat mengetahui penggunaan komposisi elemen yang telah digunakan oleh pelukis. Mereka juga boleh mengaitkan elemenelemen warna dengan perasaan pelukis, pandangan pelukis terhadap objek/imej yang dilukis. Perkara-perkara tersebut memerlukan perbincangan lanjut dalam tahap interpretasi ini. Pada peringkat ini cadangan yang dikemukakan oleh murid-murid terhadap sesuatu hasil karya adalah bersifat terbuka dan tanpa memikirkan jawapan yang diberi sama ada betul atau salah. Semua cadangan mereka boleh diterima.

 

172    

TOPIK 10

KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

Di peringkat penilaian pula, perbincangan lebih tertumpu kepada melihat kejayaan seseorang pelukis sama ada berjaya dihasilkan atau pun tidak. Peringkat ini dipanggil peringkat kritikal kerana perlu menjalani satu rumusan terhadap kejayaan atau kegagalan hasil kerja tersebut. Hasil kerja tersebut boleh dibuat gredkan dan dibuat perbandingan dengan hasil kerja lain. Kritikan yang dijalankan di peringkat sekolah lebih ke arah kecenderungan sama ada suka atau tidak terhadap hasil karya tersebut, manakala kritikan yang dibuat oleh orang dewasa lebih ke arah tahap lebih matang dan profesional. Perbahasan tentang sama ada suka atau tidak dalam hasil kerja itu adalah hak seseorang murid itu. Reaksi tersebut sama ada suka, tidak, tidak menarik, tak ceria dan sebagainya adalah reaksi psikologi yang lahir dari perasaan mereka sendiri menyebabkan perbincangan ditamatkan. Apabila seseorang membuat pernyataan seperti „Mozek itu sangat lemah‰ atau „Mozek itu sangat menarik‰ maka seseorang akan menyatakan „Kenapa anda  berkata begitu‰ dan memerlukan beberapa justifikasi dalam peringkat penilaian.  Jika justifikasi itu lemah atau kontroversi, barulah dibuka untuk perbincangan dengan lebih lanjut. Tujuan diadakan aktiviti belajar secara kritis dan kreatif ini adalah untuk membuat anjakan paradigma dari minda yang tertutup kepada minda yang lebih terbuka. Selalunya dalam membuat penilaian hasil kerja, kebanyakannya akan memilih hasil kerja yang mempunyai kualiti yang tinggi daripada hasil kerja yang mempunyai kualiti yang rendah. Menjalankan sesi apresiasi seni tidak perlu menggunakan masa yang lama dan hasil kerja yang mempunyai tema yang kukuh, Âsubject Âsubject matter Ê yang menarik dan struktur komposisi yang jelas akan mencetuskan respons yang baik.

 

 

TOPIK 10

KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

 

173

Contoh soalan-soalan yang boleh dikemukakan dalam sesi apresiasi seni  berpandukan Rajah 10.5, 10.6 dan 10.7: DISKRIPSI   1. 2. 

Apakah yang anda lihat dalam gambar tersebut? Boleh anda namakan jenis-jenis ikan tersebut?

3. 

Apa yang terdapat pada ikan tersebut? ANALISA FORMAL

1. 

Apakah alatan, bahan, media yang digunakan oleh pelukis?

2. 

Apakah teknik-teknik yang digunakan dalam menghasilkan mozek ini?

3. 

Garisan-garisan apakah yang anda dapat lihat dalam gambar tersebut?

4. 

Apakah bentuk-bentuk yang digunakan dalam menghasilkan mozek ini?

5. 

Adakah struktur ikan ini seimbang?

6. 

Warna-warna apa yang diguna pakai dalam menghasilkan mozek ini?

7. 

Apakah tujuan pelukis menggunakan warna-warna kontra ini?

8. 

 Jalinan apakah yang anda dapat lihat dalam hasil kerja ini? INTERPRETASI

1. 

Apakah yang anda dapat bayangkan apabila melihat ikan-ikan tersebut?

2. 

Agaknya kenapa pelukis menggunakan tema ikan terhadap ketiga-tiga ikan ini?

3. 

Apakah tujuan pelukis sebenarnya melukis ikan-ikan tersebut?

4. 

Kenapa pelukis ini suka sangat menggunakan warna-warna kontra,  bentuk-bentuk tersebut?

5.  6. 

Kenapa jalinan dicipta oleh pelukis pada permukaan ikan-ikan tersebut? Adakah anda rasa kadar banding ikan itu sesuai? PENILAIAN

1. 

Adakah anda fikir hasil kerja ini berjaya atau tidak?

2. 

Kenapa anda berkata begitu?

3. 

Pada pandangan anda apakah gred yang anda akan beri terhadap ketigatiga gambar tersebut?

4. 

Adakah anda suka atau tidak terhadap ketiga-tiga gambar ini?

5. 

 Jika suka kenapa?

6. 

 Jika tidak kenapa?

7. 

Bolehkan anda kaitkan gambar-gambar tersebut dengan kehidupan anda?

 

174    

TOPIK 10

KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

AKTIVITI 10.1 1.

Hasilkan satu mozek dengan menggunakan teknik-teknik yang anda ketahui.

2.

Jalani satu peringkat sesi apresiasi seni dariyang hasiltelah kerja anda dan rakan anda mengikut penilaian dibincangkan. Buat perbandingan di antara hasil karya tersebut dari aspek asas seni reka.

  Satu hasil kerja seni menggambar yang dihasilkan dengan menyusun bahan bahan tertentu di atas permukaan rata.



  Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun bahan secara bersebelahan dan rapat tetapi masih meninggalkan ruang latar.





yang digunakan dari bahan semula jadiyang atau hendak buatan   Bahan-bahan manusia mengikut kesesuaian adalah tahap murid dan jenis kelas diajar.   Orang Greek, Roman dan menggunakan teknik mozek.



Kristian

mula-mula

seni

menggambar

  Aktiviti mozek boleh dijalankan sebagai aktiviti dalam seni menggambar di dalam sekolah dan pada bangunan-bangunan di luar sekolah.



  Terdapat tiga jenis teknik menghasilkan mozek iaitu secara Âdirect Âdirect method Ê, Ê, Âindirect method Ê dan Âdouble Âdouble direct method ÊÊ..



  Setiap teknik dalam aktiviti mempunyai perbezaan dari segi penggunaan alatan, bahan dan media.



kertas boleh dijalankan dengan berbagai bentuk dan tidak terhad   Potongan kepada satu bentuk sahaja.



  Tips untuk mengangkat cebisan kertas dengan mudah ialah dengan cara meletakkan sedikit gam pada penghujung alatan tersebut.



  Penyesuaian warna untuk mozek perlu dibuat dengan teliti untuk menampakkan prinsip kontra pada objek yang dihasilkan.



  Teknik mozek timbul (relief) lebih sesuai menggunakan bahan-bahan timbul.



  Semburan lutsinar ke atas permukaan hasil kerja mozek menjadikan mozek lebih menarik.



  Bahan-bahan yang dilekatkan untuk menghasilkan mozek boleh di campur.



 



Teknik mozek catan ialah satu-satunya teknik yang tidak memerlukan bahan untuk menampal.

 

 

TOPIK 10

KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

 

175

  Penggunaan linguistik dan ekspresi visual penting dalam menilai sesuatu hasil kerja seni.



  Kemahiran kritis dan kreatif boleh dikembangkan bersama-sama aktiviti seni.



  Guru boleh menjalankan hasil kerja murid secara Âstudio Âstudio aktiviti centred



method ÊÊ..   Apresiasi seni pada zaman dahulu lebih tertumpu kepada Âteacher Âteacher centred Ê dan terhad kepada rujukan sedia ada, nilai sentimental, Âanecdotal Âanecdotal accounts Ê dan artis terkenal sahaja.



  Apresiasi seni pada zaman sekarang lebih tertumpu kepada kajian, pemerhatian, cara berkomunikasi, persepsi, analisia, sintesis, penggunaan alatan dan media yang lebih meluas, perbincangan tentang isu-isu social dan kritikan membina.



  Apresiasi seni boleh dijalankan berdasarkan empat peringkat iaitu diskriptif, analisa formal, interpretasi dan penilaian.



Âanecdotal accountsÊ

Marmar

Âdirect methodÊ

Mozek

Âdouble direct methodÊ

Mozek bahan buangan

Âgreat worksÊ

Mozek bijian

Âindirect methodÊ

Mozek campuran

Anjakan paradigma

Mozek catan

Asimetri

Mozek fabric

Dekoratif

Mozek kertas

Diskriptif

Mozek relief

Ekspresi visual

Mozek tebuk

Formal analisis

Penilaian

Foro mozek

Sentimental

Interpretasi

Seramik

 Justifikasi

Simetri

Komposisi elemen

Tessera

Linguistik

 

176    

TOPIK 10

KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

Define: Mosaic   google search (2007). Retrieved March 15.2007, From http://www.google.com.my. Haley, Ivy. (1971). Creative collage. London: Charles T. Bransford. Herberholz, Donald & Herberholz, Babara. (2002). Artwork for elementary school teachers: Developing Artistic and perceptual awareness , New Jersey: McGraw-Hill. Linderman, M. G. (Eds.). (1997). Art in the elementary school , Boston: McGraw-Hill. Wankelman, W.F. & Wigg, P. (1993). A handbook of arts and crafts . USA: Brown and Benchmark.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF