Motor Arus Ulang Alik

August 29, 2017 | Author: AMBIKJE | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Motor Arus Ulang Alik...

Description

MOTOR ARUS ULANG ALIK Pengenalan.  Digunakan sebagai penukar tenaga elektrik kepada tenaga mekanik (penukaran tenaga elektromekanik).  Penghubung kepada sistem elektrik & sistem mekanik.  Jenis penukaran (boleh balik) :  Mekanik  elektrik = penjana  Elektrik  mekanik = motor

Struktur asas motor elektrik. 

Mempunyai 2 komponen utama : a) Stator.

- Bahagian motor yang tidak bergerak. - Kerangka luar motor. b) Rotor. - Bahagian motor yang bergerak bebas. - Bahagian dalam motor.

Jenis-jenis motor. 1. Motor tiga fasa. 2. Motor satu fasa.

igunakan di industri - motor aruhan & motor segerak. 

Masih ada yang menggunakan motor universal (voltan AC / DC).

MOTOR ARUHAN TIGA FASA

1. Motor Sangkar Tupai.

 Ringkas & tahan lasak.  Pengatur kelajuan yang baik pada keadaan beban yang berbeza.  Memerlukan sedikit penyelenggaraan.  Kecil.  Dibina daripada tiga bahagian asas iaitu : 2.

Motor Belitan Pemutar

 Kelajuan berubah-ubah.  Menggunakan pengawal rintangan untuk mengubah kelajuan motor.  Daya kilas mula yang kurang baik.  Kecekapan rendah.  Rekabentuk pemegun = motor aruhan sangkar tupai.  Pemutarnya mempunyai belitan tiga fasa sambungan Wye.  Tiga hujung belitan dibawa keluar melalui gelang gelincir dan berus kepada pengawalan rintangan luaran.

Operasi :  Pemegun menghasilkan medan magnet berputar dengan kelajuan segerak.  Saling ubah antara kedua-dua magnet daripada tiga wayar akan memberikan putaran yang berlawanan.  Tarikan antara medan pemegun dan medan teraruh menyebabkan pemutar berputar dan mengikut medan pemegun berputar.  Pemutar selalunya mengekori sedikit di bawah kelajuan segerak.  Gelincir bertambah sedikit dengan pertambahan beban, ini menyebabkan arus pemutar teraruh bertambah untuk keperluan beban yang baru.  Motor mempunyai kelajuan yang agak malar.  Semasa permulaan gelincir adalah 100%, daya kilas adalah rendah kerana regangan pemutar adalah tinggi.  Belitan pemegun setiap satu boleh dibina dalam dua bahagian yang kemudiannya boleh disambung pada operasi satu atau dua voltan berbeza.  Motor akan berpusing tetapi tidak bermula dengan voltan satu fasa.  Daya kilasnya akan berkurangan.  Rintangan berkesan pemutar boleh ditentukan daripada kelajuan pemutar berkunci.  Kecekapan adalah rendah pada beban ringan tetapi bertambah baik apabila beban bertambah banyak.

MOTOR ARUHAN SATU FASA

1. Motor Aruhan Fasa Terpisah  Motor AC berkelajuan malar.  Digunakan sebagai perkakasan rumah dan kegunaan industri.  Pembinannya mudah iaitu :

2. Motor Aruhan Kutub Berteduh.  Menggunakan medan pemegun berputar - dihasilkan dengan menggunakan gelung terteduh dalam setiap kutub pemegun.  Gelung terteduh = satu gelung kuprum berintangan rendah yang dilitar pintas.  Medan yang dihasilkan oleh kutub terteduh agak lemah.  Daya kilas mula adalah sedikit dan menghasilkan kecekapan yang rendah.  Tidak mempunyai suis empar, sangat lasak dan boleh diharapkan.  Gelincir motor bertambah ketika voltan rendah. Sifat ini selalu digunakan untuk mengawal kelajuan motor.  Saiz kecil.  Julat kuasa antara 4 - 5 watt.  Biasa digunakan dalam kipas kecil dan penghembus.

3. Motor Aruhan Penolakan.  Gabungan motor belitan sangkar tupai dengan motor belitan penolakan.  Mempunyai satu berus dan tidak mempunyai suis empar.  Bermula dengan prinsip penolakan dan beroperasi dengan gabungan prinsip penolakan dan prinsip aruhan.  Kelajuan motor lebih baik berbanding kelajuan motor segerak dalam keadaan tanpa beban.  Daya kilas motor besar kerana gabungan daya kilas belitan sangkar dan belitan penolakan.  Kelajuan daya kilas - motor majmuk DC.  Digunakan dalam pemampat, pengisar, peti sejuk dan mesin larik.

4. Motor Universal  Beroperasi menggunakan voltan AC / DC.  Motor sesiri AC = ciri-ciri operasi motor DC.  Daya kilas mula motor tinggi.  Motor disambung secara tetap pada peranti - kelajuan motor sesiri boleh diatur dengan menambahkan rintangan yang sesiri kepada motor.  Digunakan dalam mesin jahit, pembersih hampagas, alat tayangan dan mesin niaga.  Direkabentuk dengan kadar kuasa yang lebih kecil.  Motor sesiri AC digunakan dalam peranti tarikan.  Kelajuan boleh ditingkatkan ke nilai maksimum dengan beban yang ringan.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF