Modul STPM naskah guru (3).docx

February 4, 2018 | Author: Umie Syazwanie | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Modul STPM naskah guru (3).docx...

Description

KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF

922/2

SASTERA DAN PEMBANGUNAN

PENGGAL 2

Disediakan oleh:

Wan Addenan Bin Wan Ahmad

1

SMK Seri Nering 22000 Jerteh Terenggganu

SELAYANG PANDANG SULALATUS SASALTIN (SEJARAH MELAYU)

SOALAN INTENSIF KEFAHAMAN SULALATUS SALATIN

Bab 1

1. Menjunjung titah raja (2) : Siapakah yang menerima perintah dan apakah yang diperintahkan untuk dibuatnya ? Tun Seri Lanang (Tun Muhammad) telah diperintahkan oleh Raja Abdullah supaya mengolah semula Hikayat Melayu yang di bawa dari Goa supaya dapat dibaca oleh generasi akan datang. Terutamanya tentang sejarah raja-raja Melayu dan adat-istiadatnya. Sejarah itu dapat diingati dan diambil faedah darinya sebagai teladan dalam kehidupan.

2

2. Penaklukan Iskandar Zulkarnain (4): Nyatakan sebab Iskandar Zulkarnain melakukan penaklukan. Tujuan utama Iskandar Zulkarnain melakukan perjalanan ke timur adalah untuk melihat matahari terbit. Baginda juga mahu menyebarkan agama Nabi Ibrahim a.s.. Mendakwahkan iman tauhid kepada Allah. Di samping itu beliau dapat meluaskan jajahan takluk kerajaannya.

3. Perkahwinan puteri Syahrul Bariyah (6) : Ceritakan proses perkahwinan Iskandar Zulkarnain dengan puteri Syahrul Bariyah . Puteri Syahrul Bariyah adalah anak raja Kida Hindi. Setelah Raja Kida Hindi ditawan oleh Iskandar Zulkarnain dan memeluk agama Islam, dia telah berhasrat hendak mengahwinkan anaknya itu dengan Iskandar Zulkarnain kerana baginda adalah seorang raja yang amat besar. Kerajaannya dari timur ke barat. Budi pekertinya sangat mulia. Rupa parasnya pun sangat cantik. Raja Kida Hindi telah menyuruh seorang menterinya memanggil Nabi Khidir. Setelah Nabi Khidir datang beliau telah pergi mengadap Iskandar Zulkarnain untuk meminta persetujuannya untuk berkahwin dengan Puteri Syahrul Bariyah. Setelah Raja Kida Hindi mewakilkan walinya, perkahwinanpun dijalankan. Mas kahwin perkahwinan ialah sebanyak 300 000 dinar emas.

4. Zuriat Iskandar Zulkarnain (8): Siapakah zuriat keturunan Iskandar Zulkarnain yang datang ke alam Melayu ? Raja Suran

5. Perjalanan hendak menaklukan negeri Cina (10) : Apakah muslihat raja Cina untuk menghalang Raja Suran menyerang negara Cina ? Raja Cina telah menghantar satu rombongan ke Temasik dengan menaiki sebuah tongkang. Orangorang tua telah dipilih. Gigi mereka telah gugur untuk menunjukkan bahawa negeri Cina sangat jauh. Jarum-jarum seni lagi berkarat dikatakan berasal dari besi-besi sebesar lengan. Pohon-pohon yang telah berbuah ditanamkan di atas kapal kononnya dari biji-biji buah yang dimakan. Kerana jauh perjalanan biji-biji itu telah cambah dan tumbuh sehingga berbuah. Raja Suran telah tertipu dengan tipu muslihat itu.

6. Hendak mengetahui isi laut (14): Nyatakan latar masyarakat negeri dalam laut yang dikunjungi oleh Raja Suran ? Negeri itu bernama Dika. Kaumnya berbangsa Bu Sum. Rajanya bernama Aktabul Ard. Penduduknya tersangat banyak. Ada yang Islam dan ada yang kafir.

3

7. Zuriat Raja Suran (15): Siapakah nama anak-anak raja Suran ? Raja Suran telah mengahwini Puteri Mahtabul Bahri. Beliau mendapat tiga orang anak yang bernama Nila Pahlawan, Krisyna Pendita dan Nila Utama.

Bab 2. 8. Kisah bermula di Bukit Si Guntang (19) : Huraikan perubahan alam di Bukit Seguntang setelah anakanak Raja Suran turun di sana. Telah keluar cahaya yang terang umpama cahaya matahari. Tanah bukit seguntang bertukar warna menjadi keemas-emasan dan sangat subur. Pohon padi telah berubah. Buahnya menjadi emas, daunnya perak dan batangnya menjadi suasa.

9. Asal raja Minangkabau dan Tanjung Pura (22) : Namakan pemerintah awal Minangkabau dan Tanjung Pura. Raja Minangkabau ialah Patih Suatang. Demang Lebar Daun telah menghantar Nila Pahlawan atau Sang Si Perba untuk dirajakan di sana. Krisyna Pendita pula dirajakan di Tanjung Pura. Nilau Utama atau Seri Teri Buana tetap beraja di Minangkabau.

10. Bersumpah berteguh janji (25) : Nyatakan isi perjanjian. Demang Lebar Daun mahukan supaya Raja jangan berlaku zalim. Jikalau rakyat berlaku salah dan patut dihukum bunuh, dia dibunuh. Jangan menjatuhkan hukuman yang boleh memalukan. Anaknya boleh dikahwini dan kalau ianya kedal, Demang Lebar Daun minta supaya jangan diusir dari istana. Biarlah dijadikan khadam di istana. Kiranya raja zalim, kerajaannya akan dimusnahkan tuhan. Seri Teri Buana pula meminta supaya rakyat jangan derhaka. Sesiapa yang derhaka, rumahnya akan diterbalikkan, tiang ke langit.

11. Membunuh ular sakti mona (28) : Bagaimanakah ular Sakti Mona dibunuh ? Sang Si Perba telah memberikan curik Si Mandang Kini kepada seorang hulubalang yang bernama Permasku Mambang. Permasku Mambang telah ke gua tempat ular bersembunyi. Bila ular keluar, Permasku Mambang dengan curik berkenaan. Ular terbunuh. Curik raja menjadi sumbing 99.

12. Mencari tempat baru untuk berbuat negeri (30) : Nyatakan peristiwa yang berlaku dalam pelayaran Seri Teri Buana untuk membuka negeri baru. Bekalan air minuman telah habis. Seri Teri Buana memerintahkan supaya gelung rotan dicampak ke air laut. Dia mencelupkan kakinya ke dalam gelung berkenaan. Air laut yang terdapat di dalam gelung menjadi tawar. Tempat peristiwa ini berlaku dikenali sebagai Selat Air Tawar. Bila sampai di tanjung Bintan, Seri Teri Buana telah dijemput oleh Wan Seri Beni ke istananya. Seri Teri Buana dijadikan anak angkat pemerintah Bintan itu. Seri Teri Buana memerintah di situ selama 2 tahun. Semasa

4

berburu di Tanjung Sengkuang, anjing pemburuan raja telah ditendang oleh pelanduk putih hingga terjatuh ke laut.

13. Jadi anak angkat raja perempuan Bintan (34) : Apakah hubungan Raja Perempuan Bintan dengan Seri Teri Buana ? Raja Perempuan Bintan telah menjadikan Seri Teri Buana sebagai anak angkatnya. Dia juga menyerahkan takhta kerajaannya kepada Seri Teri Buana.

14. Temasek dijumpai (39) : Nyatakan keganjilan yang berlaku semasa Seri Teri Buana mahu membuka negeri Singapura . Bila Seri Teri Buana dan rombongannya sampai di Teluk Belanga telah berlaku ribut. Untuk meredakan ribut, Seri Teri Buana telah mencelupkan mahkotanya ke air laut. Ributpun menjadi teduh. Bila sampai di darat, Seri Teri Buana telah terpandang kepada seekur singa. Singa itu kemudiannya ghaib. Sempena dengan kemunculan singa itu, nama Temasik diubah menjadi Singapura.

Bab 3

15. Puteri Nila Pamcadi ke Singapura (42) : Siapakah Puteri Nila Pancadi ? Beliau adalah anak raja Jambuga Rama Mudaliar, seorang raja di Benua Keling. Beliau telah dipinang oleh SeriTeri Buana untuk anaknya Raja Kecil Besar. Raja rama Mudaliar telah menghantarkan puterinya itu ke Temasik untuk dikahwini oleh Raja Kecil Besar. Hasilnya lahirlah Raja Muda yang kemudiannya dikenali sebagai Paduka Seri Maharaja. 16. Raja dan bendahara adik beradik (44) : Siapakah raja dan bendahara adik beradik itu ? Mereka ialah anak-anak Seri Teri Buana iaitu Raja Kecil Besar dan Raja Kecil Muda. Raja Kecil Besar menjadi raja bergelar Paduka Seri Pikrama Wira dan Raja Kecil Muda menjadi bendahara bergelar Tun Perpatih Permuka Berjajar.

17. Peristiwa tatal dan menarah kepala budak (45) : Nyatakan akibat peristawa tatal dan menarah kepala budak itu. Betara Majapahit telah menghantar hadiah tatal yang bergulung ke Temasik untuk menunjukkan di Majapahit adanya tukang kayu yang mahir. Tatal ini ditafsirkan oleh Paduka Seri Pikrama Wira sebagai subang. Betara Majapahit dianggap cuba menghinanya sama seperti seorang perempuan. Untuk membalas hadiah itu dia menyuruh Cedun Pawang Antan menarahkan kepala budang dengan beliung. Beliung itu dihantarkan ke Majapahit. Betara Majapahit pula menyangka raja Singapura mahu menarah kepalanya. Akibatnya berlakulah peperangan antara majapahit dengan Singapura.

18. Badang beroleh gagah (47) : Bagaimanakah Badang mendapat kegagahan ?

5

Badang mendapat kegagahan dengan memakan muntah hantu. Hantu itu ditangkapnya kerana mencuri ikan yang terperangkap dalam lukah yang ditahannya. Badang mahu membunuh hantu itu. Hantu berjanji untuk menunaikan apa sahaja permintaan Badang, kalau dia tidak dibunuh. Badang minta supaya mendapat kegagahan. Oleh itu hantu menyuruhnya memakan muntahnya. Selepas itu Badang menjadi gagah.

19. Kegagahan badang diuji (50) Apakah bukti kegagahan Badang ? Badang dapat mencabut pokok sebesar sepemeluk dengan sebelah tangan sahaja. Dia dapat membersihkan hutan perhumaan tuannya dengan sekejap sahaja. Pengayuh perahunya adalah batang kayu sebesar sepemeluk, itupun masih lagi patah. Kepalanya bila terhempas ke batu, batu menjadi pecah. Badang dapat menyorong kapal yang panjangnya lima belas dengan seorang diri, sedangkan ianya tidak terdaya untuk ditolak oleh orang seramai 500 orang. Badang berjaya mengalahkan pahlawan Benua Keling yang bernama Nadi Bija Biakra. Dia juga menindih peha Benderang sehingga Benderang tidak mampu mengangkatnya.

20. Mula kedatangan Islam ke alam Melayu (54) : Huraikan proses kedatangan Islam ke alam Melayu. Orang yang bertanggungjawab membawa Islam ke alam Melayu ialah Sheikh Ismail dan Fakir Muhammad. Sheikh Ismail telah disuruh oleh Syarif Mekah untuk ke Semudra. Dia singgah di negeri Mu’tabari untuk mengambil Fakir Muhammad yang asalnya seorang raja. Fakir Muhammad telah berjaya mengislamkan penduduk Fansuri, Lamiri, Haru dan Perlak sebelum sampai ke Semudra. Di Semudra dia telah mengislamkan Merah Silu yang kemudiannya menukar namanya kepada Sultan Malikul Mansur.

21. Raja Pasai ditipu dan ditawan (60): Bagaimanakah Raja Pasai ditipu ? Raja Syahrun Nuwi telah menghantar serombongan pahlawannya ke Pasai. Para pahlawan itu dimasukkan ke dalam tong. Tong-tong ini dibawa ke balai penghadapan kononnya berisi hadiah untuk dipersembahkan kepada raja. Bila sampai di hadapan raja, para hulubalang Siam itu telah keluar dari tong dan menangkap Sultan Malikul Tahir. Di Siam, dia telah dijadikan gembala ayam istana.

22. Peristiwa kerana seorang dayang (62) : Huraikan “peristiwa kerana seorang dayang” ini . Sultan Malikul Mansur telah pergi ke istana Sultan Malikul Tahir. Dia telah mengambil seorang dayang istana Sultan Malikul Tahir. Bila SMT dapat kembali ke Pasai dari Siam, dia telah menjemput SMM ke istananya untuk upacara berkhatan anaknya. SMM ditangkap dan di buang ke Manjung. Penasihat SMM iaitu Sidi Ali Yaumid Din telah dibunuh. Selepas 3 tahun SMT menyesali perbuatannya. Dia memanggil balik SMM tetapi telah meninggal dunia semasa singgah di Padang Maya semasa menziarahi kubur SAY.

6

Jadikan membaca satu amalan dalam hidup.

Bab 4.

23. Singapura dilanggar todak (67) : Apakah sebab Singapura dilanggar todak ? Dapat dikatakan Singapura dilanggar todak adalah sebagai balasan kerana Paduka Seri Maharaja telah mengarahkan seorang alim iaitu Tuan Jana Khatib supaya dibunuh. Tuan Jana Khatib dituduh cuba menunjuk-nunjukkan kebolehannya dengan menilik pokok pinang sehingga terbelah dua semasa permaisuri berada di jendela istana.

24. Akibat khianat, Singapura dikalahkan (69) :Siapakah pengkhianat, kenapa beliau berlaku khianat? Penghulu Bendahari dikatakan sebagai pengkhianat. Beliau bertindak khianat untuk membalas dendam kepada raja yang telah menjatuhkan hukuman sula terhadap anak perempuannya. Peristiwa ini amat memalukannya. Anak perempuannya itu adalah dayang istana yang telah difitnah berlaku curang. Penghulu Bendahari telah menulis surat menjemput Majapahit menyerang Singapura dan dia berjanji akan berlaku belot dari dalam. Akibatnya Singapura berjaya dikalahkan oleh Majapahit.

25. Raja Iskandar berlepas ke darat (70) : Nyatakan peristiwa yang ditempuhi oleh Raja Iskandar sebelum sampai ke Melaka. Di Hulu Muar, Raja Iskandar membuka sebuah petempatan tetapi pada waktu malam tempat itu diserbu oleh biawak-biawak. Beribu biawak dibunuh sehingga mengeluarkan bau yang sangat busuk. Tempat itu dinamakan Biawak Busuk dan ditinggalkan. Di Sungai Ujong, baginda membuka kota baharu, malangnya pada keesokkan harinya, kota itu menjadi buruk. Tempat itu dipanggil, Kota Buruk. Selepas itu baginda pindah pula ke Sening Ujong dan seterusnya ke Melaka.

26. Membuka negeri Melaka (71) : Kisahkan pembukaan negeri Melaka. Semasa Raja Iskandar sampai ke Bertam, anjing pemburuan baginda telah dikejar oleh pelanduk putih sehingga terjatuh ke dalam sungai. Pada masa itu Raja sedang berehat di bawah pokok Melaka. Kerana menyangka tempat itu bertuah kerana mempunyai haiwan yang gagah, Raja Iskandar telah

7

memerintahkan supaya kota barunya di bina di situ. Negeri yang dibuka itu dinamakan sebagai negeri Melaka mengambil sempena nama pokok tempat beliau berehat itu.

27. Kedatangan Islam ke Melaka (73) : Nyatakan proses kedatangan Islam ke Melaka. Raja Kecil Besar telah bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w.. Rasulullah dikatakan mengajarnya 2 kalimat syahadat dan menukarkan namanya menjadi Sultan Muhammad Syah. Rasulullah juga memberitahunya akan datang satu rombongan dari Mekkah yang akan turun solat Asar di pantai pada esoknya. Kalam baginda menjadi seperti orang yang telah berkhatan. Besoknya bila Syed Abdul Aziz turun solat Asar di pantai, beliau telah dijemput ke istana. Sekalian pembesar dan rakyat jelata telah memeluk agama Islam.

28. Susunan tertib adat istiadat raja (75) : Jelaskan adat-istiadat utama di Melaka. Sultan Muhammad Syah membuat beberpa pantang larang termasuk melarang rakyat menggunakan kain warna kuning melainkan untuk dibuat kain, baju dan destar. Rakyat juga tidak boleh berbuat rumah tiang gantung, Perahu tidak boleh bertingkap dan berpenghadapan. Tidak boleh memakai penduk dan teterapan keris. Tidak boleh bergelang emas di kaki. Tidak boleh berkeroncong emas kepala perak. Barangan emas tidak boleh dipakai kecuali dianugerahkan oleh raja. Jika hendak masuk ke istana perlu memakai kain berpancung, berkeris di hadapan dan bersebai. Jika keris di belakang akan dirampas. Payung putih khusus untuk raja. Payung kuning pula untuk putera raja.

o

Susunan tertib adat istiadat raja (75) : Upacara mengadap di balairung seri.

o

Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, menteri, orang besar-besar dan sida-sida duduk di seri balai.

o

Anak-anak raja duduk di kelek-kelekan balai kiri dan kanan.

o

Sida-sida yang muda-muda duduk di selang-selang antara bentara.

o

Hulu balang muda-muda berdiri di ketapakan balai memikul pedang.

o

Kepala bentara di kiri daripada anak cucu menteri yang patut jadi Bendahara, Penghulu Bendahari dan Temenggung.

o

Kepala bentara di kanan anak cucu hulubalang yang patut jadi laksamana dan Seri Bija Diraja.

Acara menjunjung duli (75) : o

Dimulai dengan bentara yang empat lima orang. Diikuti oleh sida-sida yang duduk di seri balai.

o

Nakhoda Cempa pilihan duduk di seri balai.

8

o

Anak tuan-tuan duduk di selasar balai.

o

Perkakas raja seperti ketur, kendi, kipas di selang-selang duduk raja.

o

Puan dan pedang dikelek-kelekan kanan dan kiri.

o

Pedang dipikul oleh laksamana atau Seri Bija Diraja.

Protokol menyambut utusan (76) dari Pasai dan Haru. o

Bagi utusan-utusan dari negeri lain, adat sambutan akan dikurangkan.

o

Ceper dan kerikal dibawa hamba raja dari dalam. Disambut oleh kepala bentara di kanan. Diletakkan had bendahara.

o

Ceper dan tetampan diberikan pada orang yang membawa surat.

o

Surat dijemput dengan selengkap alat kerajaan seperti gendang, serunai, nafiri, negara, payung putih dua berapit melainkan mendeli.

o

Menteri mengepalakan gajah, bentara di buntut gajah, sida-sida membawa surat dengan penghulu biduanda kecil.

o

Gajah dikepilkan di hujung balai. Surat disambut oleh hulubalang asal (kepala bentara yang di kiri).

o

Kepala bentara yang di kanan menyampaikan titah raja kepada utusan.

Adat menjemput tamu : o

Jika Perserian dijemput oleh Orang besar-besar.

o

Jika Persangan dijemput oleh orang kecil.

o

Jika Pertuanan dijemput oleh orang sedang.

Penggunaan payung ; o

Payung kuning untuk anak-anak raja dan orang besar-besar.

o

Payung ungu, merah, hijau untuk sida dan bentara hulubalang.

o

Payung biru dan hitam untuk orang bergelar.

Adat persalinan (77). o

Bakal bendahara 5 ceper : baju, kain, destar, sebai dan ikat pinggang.

o

Anak raja dan para menteri 4 ceper : tiada ikat pinggang.



Bentara sida-sida hulubalang 3 ceper: kain, baju dan destar.

9



Ada juga yang tiada berceper.

Istiadat / peraturan apabila raja berangkat di hari raya (77). o

Penghulu Bendahari di kepala usungan kanan.

o

Laksamana di sebelah kiri.

o

Di belakang menteri keduanya.

o

Rantai dekat kaki raja dipegang oleh Seri Bija Diraja.

o

Bentara dan hulubalang berjalan di hadapan raja.

o

Alat kerajaan dibawa di hadapan raja. Tombak kerajaan di kanan dan kiri. Bentara memegang pedang. Dihadapan sekali pembawa lembing.

o

Dibawa juga alatan bunyi-bunyian seperti gong, gendang dan nafiri.

o

Bendahara, kadi, pakeh, orang besar-besar dan menteri yang tua-tua berjalan di belakang raja.

Peraturan ketika raja bergajah (78). o

Temenggung di kepala gajah.

o

Laksamana atau Seri Bija Diraja di buntut.



Bentara memikul pedang kerajaan.

 Peraturan apabila bekerja / pekerjaan raja (78). o

Penghulu bendahari menguruskan segalanya sambil dibantu oleh syahbandar.

o

Temenggung mengatur orang di balai.

o

Orang biasa makan empat orang sehidangan.

o

Bendahara makan sehidangan dengan anak raja.

Acara bernobat (79). o

Orang besar-besar dari kanan gendang.

o

Orang kecil-kecil dari kiri gendang.

o

Orang yang kena sirih nobat : Bendahara, anak raja-raja, Penghulu Bendahari, Temenggung, Menteri keempat, kadi dan pakeh, Laksamana, Seri BijaDiraja, Sida yang tua-tua dan sesiapa yang dikehendaki oleh raja.

Peraturan berkunjung ke masjid di malam 27 ramadhan. (79)

10

o

Temenggung mengepalakan gajah.

o

Alat kebesaran kerajaan di bawah ke masjid pada waktu siang.

o

Raja berangkat pada waktu malam untuk sembahyang terawih.

o

Pakaian raja ke masjid bertelengkolong berbaju sarung.

Protokol sambutan Hari Raya. o

Semua pembesar masuk berkumpul di istana.

o

Penghulu Bendahari membawa masuk usungan raja.

o

Gendang dipalu dan nafiri dimainkan.

o

Raja berangkat ke masjid naik usungan.

Peraturan dan protokol sangat penting dalam kehidupan di istana terutama dalam majlis penghadapan di Balairung Seri. Dalam acara nobat dan menjunjung duli. Semasa menyambut kedatangan utusan dari negara luar dan semasa raja mahu berangkat kemana-mana. Sama ada ketika raja mahu ke masjid di hari Jumaat, di malam bulan Ramadhan untuk berterawih di masjid dan juga di hari raya. Semua peraturan ini adalah untuk menjaga keselamatan raja dan mengagungkan raja berkenaan.

29. Membuang diri kerana berkecil hati (80) :Apakah sebab tokoh terlibat membuang diri dan berkecil hati ? Mani Purindam telah berkecil hati kerana cadangannya tentang pembahagian harta pusaka iaitu berkaitan papan cuki (catur) emas yang buahnya permata merah dan hijau tidak diterima oleh adiknnya iaitu Raja Akhbar Muluk Kud. Papan cuki itu diadangkan oleh Mani purindam supaya diberikan kepada adindanya yang perempuan tetapi Raja Akbar mahu papan itu dinilai dan dibayar oleh Damia Seri Wandi, kiranya ia mahu. Mani Purindam berkecil hati dan merasakan pendapatnya sebagai saudara tua tidak akan diterima oleh adiknya kerana itu ia bertolak ke Melaka untuk menghambakan diri dengan Raja Melaka. Di Melaka ia diangkat menjadi seorang menteri.

30. Pengaruh golongan India Muslim di Melaka. Mani Purindam telah diangkat menjadi menteri di Melaka. Diambil menjadi menantu oleh Seri Nara Diraja (Penghulu Bendahari) iaitu dengan mengahwini Tun Ratna Sendari. Mendapat dua orang anak iaitu Tun Ali dan Tun Ratna Wati. Tun Ratna Wati telah diperisteri oleh Sultan Muhammad Syah dan

11

melahirkan Raja Kassim. Raja Kassim telah merampas kuasa dari adiknya Raja Ibrahim (Sultan Abu Syahid) dan menjadi Sultan Melaka bergelar Sultan Muzzafar Syah. Tun Ali telah dilantik menjadi Penghulu Bendahari menggantikan nendanya Seri Nara Diraja. Tun Ali juga telah diambil menjadi menantu Bendahara Seri Amar Diraja.

Jadinya Mani Purindam telah dilantik menjadi menteri. Anak perempuannya (Tun Ratna Wati) menjadi isteri Sultan (Muhammad Syah). Anak lelakinya (Tun Ali) pula dijadikan Penghulu Bendahari merangkap menantu Bendahara (Seri Amar Diraja) . Cucu lelakinya (Raja Kassim) pula menjadi telah menjadi Sultan. Tun Ali kemudiannya diangkat menjadi Bendahara menggantikan Bendahara Seri Wak Raja yang mati membunuh diri.

31. Istana di bawah pengaruh Raja Rekan (83) : Siapakah Raja Rekan ? Raja Rekan adalah sepupu Raja Perempuan, emak Raja Ibrahim (Sultan Abu Syahid). Raja Rekan adalah anak Sultan Sidi, saudara Sultan Sujak. Bila Raja Rekan ke Melaka dia didudukkan setara dengan Bendahara Melaka iaitu Bendahara Seri Wak Raja. Oleh kerana Sultan Abu Syahid adalah seorang budak, Raja Rekan memangku jawatan Sultan dan menjadi orang yang berkuasa di Melaka.

32. Peristiwa rampasan kuasa (85) : Huraikan sebab dan proses berlakunya rampasan kuasa. Sultan Muhammad Syah memerintah Melaka selama 67 tahun. Raja Ibrahim ditabal menjadi Sultan bergelar Sultan Abu Syahid. Oleh kerana dia masih budak, Raja Rekan telah memainkan peranan penting di Melaka. Raja Rekan telah menghalau Raja Kassim dari istana Melaka dan dia tinggal dengan seorang nelayan dan menjadi seorang pengail.

Maulana Jalaluddin telah datang ke Melaka dan dia bersetuju untuk membantu Raja Kassim merampas kuasa. Raja Kassim dengan bantuan Seri Nara Diraja Tun Ali (bapa saudaranya) dan Bendahara Seri Amar Diraja serta Maulana Jalaluddin telah merampas kuasa. Para pembesar negeri yang lain telah turut serta apabila menyangka Bendahara yang melakukan angkara rampasan kuasa itu. Raja Rekan yang tercedera telah membunuh Sultan Abu Syahid, Raja Kassim ditabalkan dengan gelar Sultan Muzaffar Syah. Bendahara yang telah tua meninggal dunia telah digantikan anaknya Tun Perpatih Sedang bergelar Bendahara Seri Wak Raja. Bagaimanapun pendapat Seri Nara Diraja lebih dipakai oleh sultan. Bila Bendahara Seri Wak Raja mati membunuh diri, Seri Nara Diraja pula diangkat menjadi Bendahara bergelar Bendahara Seri Nara Diraja Tun Ali.

Bab 5.

33. Jelaskan sejarah peribadi Tun Perak. Tun Perak adalah anak Bendahara Seri Wak Raja. Bendahara yang telah mati membunuh diri. Beliau adalah saudara lelaki Tun Kudu. Tun Kudu ialah permaisuri Melaka. Isteri Sultan Muzaffar Syah (Raja Kassim). Beliau juga adalah abang kepada Tun Perpatih Putih. Tun Perak telah dilantik menjadi Penghulu di Kelang.

12

34. Bakat kebijaksanaan Tun Perak (89) : Nyatakan bukti kebijaksanaan Tun Perak. Tun Perak telah dipilih oleh orang-orang Kelang untuk menjadi penghulu mereka. Beliau telah mengerah tenteranya membawa anak isteri untuk pergi berperang ketika Melaka diserang oleh Siam untuk menaikkan semangat mereka. Pangkat Tun Perak sentiasa diangkat oleh raja dari menjadi bentara istana, menteri, Perdana Menteri dan seterusnya dilantik menjadi bendahara.

35. Satu cara mengelakkan pecah belah (92) : Bagaimanakh cara yang dilakukan untuk mengelakkan pecah belah. Sultan Mansur telah menceraikan isterinya iaitu Tun Kudu bagi diperisterikan oleh Bendahara Tun Ali dalam usaha banginda memujuk Tun Ali supaya meletakkan jawatan. Tun Ali meletakkan jawatan dan jawatan Bendahara diserahkan kepada Tun Perak. Hubungan Tun Ali dengan Tun Perak menjadi akrab kerana mereka beripar.Tun Kudu adalah kakak Tun Perak.

36. Langgaran Siam dipatahkan (94) : Bagaimanakah cara langgaran Siam dipatahkan ? Tun Perak dilantik mejadi panglima perang. Belaiu mengarahkan Tun Umar menjadi suluh. Tun Umar telah menghampiri kapal-kapal Siam dan meyerang mereka seorang diri. Beberapa kapal dapat dikalahkan. Tentera Siam menyangka semua tentera Melaka handal-handal belaka seperti Tun Umar. Beliau juga mengarahkan supaya dipasang jamung pada pokok-pokok di sepanjang pantai Melaka. Cara ini menyebabkan Tentera Siam menyangka angkatan tentera Melaka adalah terlalu ramai. Mereka menjadi kecut perut dan berundur. Sebaik melihat mereka berundur, Tun Perak telah mengejar mereka hingga ke Singapura.

37. Pemerintahan Sultan Mansur Syah (96) : Nyatakan perwatakan Sultan Mansur Syah. Nama sebenar Sultan Mansur Syah ialah Raja Abdullah. Baginda aadalah anakanda Sultan Muzaffar Syah. Menaiki takhta ketika berumur 27 tahun setelah bapanya (Sultan Muzaffar) meninggal dunia setelah berkerajaan selama 42 tahun.. Mempunyai seorang anak gundik bernama Puteri Bakal. Baginda gemar beristeri. Antara isterinya ialah Tun Putih, anak Seri Nara Diraja. Tun Kudu, anak Bendahara Seri Wak Raja. Puteri Hang Liu, anak Maharaja Cina dan Raden Galuh Cendera Kirana, anakanda Betara Majapahit. Baginda seorang yang berani. Contohnya berani menyerang negeri Inderapura yang berada di bawah jajahan Siam. Seorang ahli diplomatik. Mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara Sulawesi, Siam, Cinda dan Majapahit.

38. Raja Indera Pura ditawan (98) : Apakah sebab raja Inderapura ditawan Sultan Mansur Syah ingin menawan negeri Indera Pura kerana negeri itu kaya dengan hasil hutan terutama kayu kelian emas. Binatang pemburuannya banyak terutama gajah, badak, harimau dan seladang. Negeri ini juga dibawah taklukan Siam. Rajanya bernama Maharaja Dewasura.

13

39. Jelaskan bagaimana negeri Indera Pura ditawan. Sultan menitahkan Bendahara Paduka mengetuai angkatan perang dengan kelengkapan 200 kapal. Beliau diringi oleh ramai pembesar termasuklah Seri Bija Diraja. Bila berlaku perang, kalahlah orang Pahang. Maharaja Dewa Sura melarikan diri ke hulu. Puteri Onang Sari ditawan oleh Bendahara. Maharaja Dewa Sura berjaya ditangkap oleh Seri Bija Diraja. Lalu dibawa ke Melaka. Seri Bija Diraja telah dinobatkan oleh Sultan Mansur di Pahang.

40. Hubungan muhibbah Melaka-Sulawesi (100) : Bagaimanakah hubungan Melaka-Sulawesi dieratkkan. Sultan Mansur ingin bersahabat dengan Mengkasar. Keinginannya itu disokong oleh Bendahara. Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja diutuskan ke Mengkasar membawa surat utusan. Mereka disambut oleh raja di Goa. Raja di Goa gemira dengan hasrat Melaka untuk bermuafakat dengan Makasar. Surat utusan dibalas dan dibawa balik ke Melaka. Serang budak dijadikan hadiah ke Melaka.

Jangan mudah tention !

41. Dari mana Hang Tuah berasal (103) : Huraikan asal usul Hang Tuah . Hang Tuah adalah dari keturunan anak raja Bajung. Sebuah kampung dalam jajahan raja di Goa, Mengkasar. Nama sebenarnya ialah Daeng Mempawah.

42. Maharaja Dewa Sura dibebaskan

(105) : Bagaimanakah cara Maharaja Dewa dibebaskan.

Gajah tunggangan Sultan Mansur yang bernama Kemanci telah terlepas lari ke hutan. Usaha menangkapnya semula dilakukan oleh Panglima Gajah iaitu Seri Rama gagal. . Dia meminta pertolongan Maharaja Dewa Sura. Dewa Sura mensyaratkan dia dibebaskan dahulu. Sultan Mansur setuju. Gajah Kemanci berjaya ditangkap semula.

14

43. Hubungan berbaik-baik Melaka-Siam (107) : Bagaimanakah hubungan Melaka-Siam dieratkkan Sultan Mansur merasakan satu kerugian apabila tiada hubungan dengan Siam. Keinginan membuat hubungan itu disokong Bendahara dan dia mencadangkan supaya Tun Telanai (anak Bendahara sendiri) dan Menteri Jana Putera dititahkan ke sana. Surat utusan dikarang olen Bendahara dibawa bersama. Semasa di negeri Siam, angkatan Melaka berjaya menewaskan sebuah negeri musuh Siam. Atas jasanya itu, Tun Telanai dianugerahkan seorang puteri bernama Onang Minaling Lang. Utusan balas dari Siam juga diutuskan ke Melaka.

Bab 6. 44. Malang membawa Tuah (112) : Apakah maksud Malang Membawa Tuah. Anak raja Tanjung Pura (keturunan dari Bukit Si Guntang) yang bernama Raden Perlan Langu telah karam di laut dan terdampar di Pantai Begawan. Dia diselamatkan oleh seorang penyadap. Dijadikan anak angkat dengan nama Ki Mas Jaya. Sementara itu ratu Majapahit telah meninggal dunia. Pemerintahan diturunkan pada anak perempuannya yang bernama Raden Galuh Awi Kesuma. Patih Gajah Mada hendak mengahwinkan Awi Kesuma bagi mengelakkan fitnah takut dikatakan dia mahu membolot kuasa. Awi Kesuma memerintahkan supaya kaum lelaki dikumpulkan dan dia akan memilih sendiri jodohnya. Ki Mas Jaya turut hadir dan dia dipilih menjadi suami Awi Kesuma.

45. Bakal Ratu Majapahit (115) : Siapakah yang dimaksudkan bakal Ratu Majapahit itu ? Raden Perlan Langu atau nama keduanya Ki Mas Jaya. Anak angkat si penyadap. Dia adalah anak raja Tanjung Pura yang dipilih menjadi suami kepada Raden Galuh Awi Kesuma, anak perempuan Betara Majapahit.

46. Menjalin hubungan muhibbah Melaka-Majapahit (118) : Bagaimanakah hubungan Melaka-Majapahit dieratkkan Sultan Mansur Syah yang mendengar berita kecantikan Radin Galuh Cendera Kirana tekah jatuh berahi dan ingin mengahwini puteri itu. Baginda telah bertolak ke Majapahit untuk meminang dan mengahwini puteri tersebut. Setelah menghadapi pelbagai ujian, Sultan Mansur telah berjaya kahwin dengan Radin Galuh Cendera Kirana. Betara Majapahit juga telah memberikan beberapa jajahan Majapahit kepada Melaka. Antaranya ialah Inderagiri, Jambi, Tungkal dan Siantan.

47. Telatah budak-budak Raja Melaka (121) : Nyatakan telatah budak-budak Melaka di Majapahit itu. Tun Bijaya Sura telah menari di balai penghadap Betara Majapahit, dia telah menggertak anjing yang ditambat di situ. Anjing itu terkejut, rantai pengikatnya yang diperbuat dari emas terputus dan anjing itu lari ke hutan. Tun Bijaya Sura juga bermain sapu-sapu rengit. Beberapa budak telah disuruh berlunjur kaki ke arah Betara. Perbuatan ini cuba ditegah hulubalang istana tapu diteruskan juga. Sebenarnya perbuatan ini dianggap berlaku biadap kepada Betara. Tujuan Tun Bijaya Sura berbuat begitu adalah untuk membalas perbuatan Betara yang menambat anjing di bawah singgahsananya. Apabila Sultan Melaka menyembah Betara seolah-olah menyembah anjing itulah. Hang Tuah dan empat orang sahabatnya pula telah menceroboh balai larangan. Mereka segera ditombak pengawal

15

tetapi semuanya berjaya dipatahkan. Beribu-ribu tombak dipatahkan. Keadaan ini menimbulkan huruhara. Bila diketahui oleh Betara, sahabat berlima itu dibenarkan duduk-duduk di sana. Rupa paras Hang Tuah yang sangat kacak juga menimbulkan keadaan huru-hara di Majapahit. Perempuan tidak kira tua muda berebut-rebut untuk melihat Hang Tuah. Tun Bijaya Sura sekali lagi telah diminta bermain di balai penghadapan istana. Kali ini bermain “Berkeliling gelagat”. Habis disapunya mukamuka pembesar yang duduk di balai itu. Muka betara juga hampir-hampir disapunya. Tun Bijaya Sura juga telah mencuri keris Betara Majapahit. Perbuatan ini dilakukannya untuk membalas perbuatan hamba Betara yang mencuri kerisnya terlebih dahulu.

48. Memohon jajahan sebelum kembali Nyatakan jajahan yang diberikan Betara Majapahit dan siapakah penerimanya. Sultan Melaka telah menyuruh Tun Bijaya Sura memohon jajahan Inderagiri, Hang Jebat memohon daerah Jambi dan Tungkal. Hang Tuah pula diminta memohon jajahan Siantan.

49. Nyatakan nama isteri-isteri Sultan Mansur dan anakandanya (130).. Dengan Radin Galuh Cendera Kira baginda mendapat anak bernama Raden DiKelang. Dengan isterinya anak Seri Nara Diraja mendapat dua anak iaitu Raja Mahadewi dan Raja cendera. Dengan isterinya saudara Bendahara Paduka Raja (Tun Kudu) mendapat anak lelaki yang diberi nama Raja Hussain. Radin DiKelang mati kerana mengembari orang mengamuk. Paduka Mimat iaitu anaknya dengan Hang Liu juga meninggal. Adiknya Paduka Seri Cina dirajakan di Jeram, dekat Langat. (rujuk hlm. 170 –171).

50. Hang Tuah dihukum bunuh (130) : Nyatakan sebab Hang Tuah dihukum bunuh. Hang Tuah dikatakan telah bermukah (berzina) dengan seorang dayang istana. Bila diketahui sultan, baginda sangat marah dan menjatuhkan hukuman bunuh. Seri Nara Diraja diperintah menjalankan hukuman itu.

51. Perhubungan dengan negeri Cina (131) : Bagaimanakah hubungan Melaka-Cina dieratkkan Maharaja Cina telah menghantar satu utusan ke Melaka untuk bersahabat. Mereka membawa pelbagai hadiah termasuk kain-kain sutera dan jarum yang diisi penuh dalam sebuah kapal (pilau). Untuk membalas utusan ini, Sultan Mansur telah menyuruh Tun Perpatih Putih ke Cina dengan membawa sagu rendang penuh sekapal. Raja Cina menghantar puteri Hang Liu untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur. Baginda mengislamkan Hang Liu berserta 500 orang dayang-dayang Cina. Satu utusan lagi dihantar ke Cina diketuai oleh Tun Telanai dan Menteri Jana Putera.

52. Kedal kerana tulah (135) : Kenapa Raja Cina kedal dan bagaimana dia dipulihkan ?

16

Raja Cina telah ditimpa penyakit kedal. Penyakit gatal-gatal diseluruh tubuh. Beliau berubat dengan beratus-ratus tabib tapi tidak sembuh. Menurut seorang Tabib tua, penyakit kedal itu disebabkan baginda menerima sembah raja Melaka. Ketulahan. Untuk sembuh dari sakit itu, baginda dikehendaki membasuh muka dan meminum air basuh kaki Raja Melaka. Satu utusan dihantar ke Melaka untuk mendapatkan air basuh kaki raja Melaka itu. Selepas minum air tersebut, baginda telah pulih dari penyakit kedal anjing itu.

Bab 7.

53. Hang Jebat kesiangan di istana (138) : Apakah maksud Hang Jebat kesiangan di istana. Hang Jebat kecewa kerana Hang Tuah dihukum bunuh. Beliau telah mengambil tindakan merampas istana raja Melaka. Sultan dan permaisuri terpaksa melarikan diri dari istana. Hang Jebat bermaharajalela di istana. Beliau bertindak ganas termasuk membunuh dayang istana. Sultan Mansur seolah-olah telah hilang kerajaannya.

54. Pertarungan Hang Tuah-Hang Jebat (140) : Kenapa berlakunya pertarungan Hang Jebat dengan Hang Tuah ? Apakah akibat pertikaman itu ? Hang Tuah diperintahkan oleh Sultan Mansur membunuh Hang Jebat untuk menghilangkan kemaluannya. Muka baginda seolah diconteng arang oleh Hang Jebat. Hang Jebat pula bertindak merampas dan mengamuk diistana untuk membela “kematian” Hang Tuah. Seri Nara diraja yang diperintah membunuh Hang Tuah telah memberitahu raja yang hang Tuah telah mati dibunuhnya. Pertikaman telah berlaku dan Hang Tuah berjaya membunuh Hang Jebat. Hang Tuah yang berjaya membunuh Hang Jebat diberi gelaran Laksamana. Seri Nara Diraja yang membawa balik Hang Jebat semula diberikan daerah Sening Ujong. Anak isteri Hang Jebat habis diumbut, Kaki tiang dan tanah bekas rumahnya habis dibuang ke laut. Sultan Mansur pula telah berpindah ke istana baru. Baginda tidak mahu duduk di istana yang dicerobohi Hang Jebat itu. Istana baru itu diberi gelar Mahligai Hawa Nafsu.

55. Istana sultan Mansur Syah terbakar (143) : Apakah sebab istana Melaka dibina semula. Istana atau Mahligai Hawa Nafsu telah terbakar secara tiba-tiba. Istana ini habis hangus. Sultan memerintahkan Bendahara membuat istana yang lain. Mesti siap dalam masa sebulan.Istana ini lbih baik dari Mahligai Hawa Nafsu yang terbakar itu.

56. Ramalan Bendahara Paduka Raja (145) : Nyatakan ramalan-ramalan yang dibuat bendahara Paduka Raja. Bendahara Paduka Raja telah melihat cahaya telah keluar dari kepala Tun Mutahir hingga ke langit. Bila dilihat Bendahara, cahaya itupun hilang. Ekoran itu Bendahara telah berfirasat bahawa Tun Mutahir akan memperolehi kebesaran. Lebih besar dari dirinya sendiri. Bagaimanapun kebesaran itu tidak akan kekal lama. Setelah dewasa, Tun Tahir dilantik menjadi Penghulu Bendahari bergelar Seri Nara Diraja juga dan Tun Mutahir dilantik menjadi Temenggung bergelar Seri Maharaja. Tun Abdullah pula bergelar Seri Nara Wangsa.

17

57. Akibat tiada menyembah ke Melaka (148) : Apakah akibat tidak menyembah ke Melaka itu ? Maharaja Jaya, pemerintah Kampar yang berpusat di Pekan Tua tidak mahu menyembah ke Melaka. Seri Nara Diraja dititahkan mengetuai angkatan Melaka ke Kampar itu. Khoja Baba telah berjaya membunuh Tun Demang (Bendahara Kampar) dan Seri Nara Diraja sendiri berjaya membunuh Maharaja Jaya. Kampar dikalahkan. Orang Melaka memperolehi banyak harta rampasan. Kampar diserahkan kepada Seri Nara Diraja dan beliau melantik adipatinya ke sana.

58. Sesudah Kampar, Siak pula (150) : Apakah peristiwa yang berlaku di Siak dan kampar ini? Maharaja Parameswara juga tidak mahu menyembah ke Melaka. Sultan Mansur menitahkan Seri Udana menyerang Siak. Maharaja Parameswara telah berjaya dipanah mati oleh Akhtiar Muluk (Gelaran bagi Khoja Baba). Rakyat Siak kalah dan orang Melaka memperolehi banyak rampasan. Anak lelaki MP yang bernama Megat Kudu ditawan dan dibawa balik ke Melaka bersama-sama Tun Jana Pakibul (Mangkumi/ Bendahara Siak). Seri Udana dilantik menjadi Perdana. Megat Kudu dikahwinkan dengan anak Sultan Melaka. Mereka memperolehi seorang anak lelaki bernama Raja Abdullah. Tun Jana Pakibul dikekalkan sebagai Mangkubumi.

59. Ditolak bumi Melaka (152) : Sebab “ditolak bumi Melaka” ? Anak Sultan Mansur yang bernama Raja Muhammad telah membunuh anak bendahara Paduka Raja yang bernama Tun Besar. Akibatnya dia dimurkai oleh ayahandanya sendiri. Sultan Mansur tidak jadi hendak melantik Raja Muhammad sebagai penggantinya di Melaka. Bagaimanapun Raja Muhammad dilantik menjadi sultan di Pahang. Tun Hamzah, menantu Bendahara Seri Amar Diraja dijadikan Bendahara. Sultan bertindak begitu kerana dia mengetahui yang Bendahara Paduka Raja telah bersumpah tidak mahu mempertuankan Raja Muhammad.

60. Juara catur (154) : Siapakah juara catur di Melaka ? Juara catur itu ialah orang Pasai yang datang ke Melaka. Beliau bergelar Tun Bahara. Tiada siapa dapat mengalahkannya kecuali Tun Pikrama yang dapat menandinginya, sekali-sekala.

61. Disuruh merompak ke Ujung Tanah (154) : Siapakah perompak itu dan kenapa dia datang merompak ke Ujung Tanah ? Semerluki anak kepada Raja Keraeng Majiko. Raja tanah Mengkasar. Semerluki disuruh merompak ke Ujung Tanah supaya dia dapat mengahwini perempuan yang cantik selain daripada emak saudaranya sendiri. Semerluki tergila-gilakan emak saudara iaitu adik bongsu emaknya yang juga merupakan isteri ayahnya sendiri. Raja Keraeng itu mengahwini anak Raja Tandering Jikanak 7 bersaudara. Semerluki diberitahu di Ujung Tanah (Semenanjung Tanah Melayu : Johor atau Melaka) terdapat ramai perempuan-perempuan yang cantik.

18

62. Nyatakan peristiwa yang dialamai Semerluki. Semerluki dengan kelengkapan sebanyak 200 perahu telah belayar untuk menakluk segala negeri di bawah angin. Dia berjaya menguasai beberapa temapt dalam jajahan Jawa dan Siam. Di Melaka dia ditentang oleh Laksamana Hang Tuah dan di Pasai dia ditentang oleh Raja Kenayan. Selepas itu Semerluki telah kembali ke Mengkasar.

63. Kitab Duri’l Mazlum (159) :

Apakah isi kandaungan kitab Duri’l Mazlum ?

Kitab Duri’l Mazlum ini dikarang oleh Abu Ishak, seorang alim tasauf di Mekah. Beliau telah menyuruh muridnya yang bernama Maulana Abu Bakar untuk ke Melaka, mengajarkan kitab tersebut. Dia dimuliakan di Melaka. Sultan Mansur menjadi muridnya. Kitab ini diterjemahkan oleh Makhdum Patakan, Pasai. Kitab ini dikarang dalam tiga bahasa ; bahasa zat, bahasa sifat dan bahasa af’al. Isinya mengenai ilmu tasauf. Ilmu ketuhanan termasuklah soal Syurga dan Neraka.

Bab 8.

64. Raja Cempa dan zuriatnya (162) : Apakah peristiwa yang berlaku ke atas Raja Cempa ? Raja Cempa mendapat seorang bayi lelaki dalam mayang pinang. Bayi ini dinamakan Pau Gelang. Pau Gelang dikahwinkan dengan anak perempuannya yang bernama Pau Bania. Dari keturunannya lahirlah Pau Gama. Pau Gama ini dikahwinkan Betara Majapahit dengan Raden Galuh Ajeng ketika dia pergi ke Majapahit. Mereka mendapat seorang anak lelaki yang diberi nama Raja Jakanak. Cucunya bernama Pau Kubah. Raja Kuci telah meminang anak perempuan Pau Kubah tapi Pau Kubah tidak terima. Peperangan berlaku. Seorang Bendahari Pau Kubah belot, orang-orang Kuci telah menang. 2 orang anak Raja Cempa lari ke Aceh dan Melaka. Syah Indera Berma yang lari ke Melaka telah memeluk agama Islam dan dilantik menjadi menteri di Melaka.

65. Gema peristiwa rampas kuasa di Pasai (165) : Jelaskan peristiwa rampas kuasa di Pasai ? Sultan Zainal Abidin, Sultan Pasai telah menghadapi pemberontakan. Adiknya merampas kuasa. Dia lari ke Melaka. Sultan Mansur Syah telah memerintahkan angkatan Melaka merajakan semula Sultan Zainal Abidin ke Pasai. Setelah perang berlansung, orang Pasai kalah dan Sultan ZA dirajakan semula. Malangnya Sultan ZA tidak mahu menyembah ke Melaka. Selang seketika angkatan Melaka pulang, SZA telah dikalahkan semula oleh adiknya itu. Bendahara tidak lagi mahu menolong SZA walaupun Laksamana berhasrat untuk menolongnya sekali lagi. Bendahara menganggap SZA

66. Wasiat Sultan Mansur Syah (170) : Nyatakan isi wasiat Sultan Mansur Syah.

19

Wasiat ini diucapkaan oleh Sultan Mansur dihadapan orang-orang besar baginda ketika sedang sakit, hampir matinya. Dia mewasiatkan supaya Bendahara Paduka Raja melantik Raja Ahmad sebagai gantinya jika dia mati. Sebarang salahnya mohon dimaafkan kerana Raja Ahmad masih lagi dianggal bebal. Kepada Raja Ahmad, baginda mengingatkan bahawa kehidupan dunia adalah sementara saja. Setiap yang hidup akan mati. Hanya budi baik akan dikenang orang. Hendaklah memerintah dengan adil. Jangan mengambil hak

orang orang tanpa kebenaran. Jangan lalai dalam pemerintahan sebab hak rakyat tergantung atas raja. Setiap yang sakit ditolong. Mereka yang teraniaya diperiksa baik-baik. Hendaklah muafakat dengan menteri dan orang-orang besar. Akhir sekali baginda mengingatkan agar wasiat itu dipatuhi.

67. Pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Syah (172) : Bagaiamanakah Sultan Alaudin menaiki takhta ? Sultan Alauddin Riayat Syah menaiki takhta menerusi wasiat yang ditinggalkan ayahanda baginda iaitu Sultan Mansur Syah.

68. Langkah membasmi pencuri (174) : Bagaimanakah gejala mencuri dhapuskan di Melaka. Sultan Alaudin sendiri sanggup keluar meronda negeri. Dia keluar bersama Hang Isap dan Hang Ishak (penjawat sirihnya).. Satu kali beliau berjaya membunuh 2 dari lima orang pencuri yang dijumpainya. 1 orang dibunuh oleh Hang Isap dan 2 orang cabut lari. Semenjak hari itu Temenggung Seri Maharaja telah mengetatkan kawalan dalam negeri. Satu hari dia berjaya memarang lengan seorang pencuri hingga putus. Lengan itu tergantung di muka pintu kedai seorang perempuan. Kerana ngerikan peristiwa itu, tiada lagi kejadian mencuri di Melaka. Bagaimanapun kawalan diteruskan. Balai-balai kawalan di buat di simpang empat dalam negeri. Harta yang dijumpai diserahkan pada penghulu bertugas di balai itu.

69. Akibat salam dibacakan sembah (176) : Apakah akibat peristiwa salam dibacakan sembah ? Maharaja Diraja, raja Haru telah mengutuskan Raja Pahlawan ke Pasai. Surat Maharaja Diraja yang berkirim salam dikatakan berkirim sembah oleh khatib yang bertugas. Raja Pahlawan telah mmbuat teguran tapi teguran tidak diendahkan, Akibatnya Raja Pahlawan telah mengamuk. Ramai rakyat Pasai terbunuh. Raja Pahlawan dan rombongannya juga ramai terbunuh. Mulai kes itu, Haru bermusuhan dengan Pasai.

70. Maharaja Diraja telah menyuruh pahlawannya yang bernama Seri Indera mengamuk dalam jajahan Pasai. Seri Indera terlanjur hingga ke jajahan Melaka. Sultan Alaudin telah menitahkan Paduka Tuan, Laksamana Hang Tuah dan Seri Bija Diraja menyekat amukan Haru. Orang Haru kalah dan mengundurkan diri.

20

Baca jangan tak baca ! Membaca amalan mulia.

71. Mia Ruzul dengan kambing randuk (178) : Jelaskan peristiwa Mia Ruzul dengan kambing randuk itu . Mia Ruzul adalah seorang keling yang turut serta dalam angkatan perang Melaka ke Haru. Dia telah naik ke darat untuk buang air besar. Dia terpandangkan seekor kambing disangkanya orang tua Haru yang mengintainya. Bila disergah kambing itu melawan, akibatnya Mia Ruzul lari lintang pukang. Bila disiasat ternyata hanyalah seekor kambing. Semua orang ketawa dan marahkan Mia Ruzul.

72. Ketiganya sama gagah (179) : Siapakah orang-orang gagah itu ? Mereka ialah Raja Maluku, Telanai Terengganu dan Sultan Alauddin Riayat Syah.

73. Gema pembunuhan Telanai Terengganu (182) : Apakah sebabnya Telanai Terengganu dibunuh ? Telanai Terengganu dimurkai kerana pergi mengadap ke Melaka tanpa memberitahu ke Pahang terlebih dahulu. Sultan Muhammad (Pahang) telah murka. Baginda menganggap Terengganu adalah di bawah taklukan Pahang.

Bab 9.

74. Membunuh tanpa memberitahu ke Melaka memberitahu ke Melaka itu ?

(184) : Apakah akibat peristiwa membunuh tanpa

Sultan Muhammad (Pahang) telah mengarahkan Seri Akar Diraja pergi membunuh Telanai Terengganu. Telanai Terengganu mati terbunuh, anak-anak cucunya habis lari ke Melaka. Sultan Melaka pada mulanya ingin menyerang Pahang tetapi atas nasihat Bendahara, Laksamana Hang Tuah sahaja dihantar ke sana. Di Pahang, Hang Tuah telah menyuruh orangnya membunuh saudara sepupu Seri Akar Diraja. Bila orang yang membunuh itu ditangkap, Hang Tuah tidak membenarkan diambil sebarang tindakan kerana katanya, Seri Akar Diraja juga ada salahnya dengan Sultan Melaka iaitu membunuh Telanai Terengganu tanpa memberitahu ke Melaka.

21

75. Pemerintahan Sultan Mahmud Syah (186) : Huraikan perwatakan Sultan Mahmud Syah. Sultan Mahmud atau nama sebenar raja Mamad menaiki takhta Melaka setelah kematian ayahnya Sultan Alauddin. Pada masa itu dia masih lagi seorang kank-kanak. Malahan untuk mengurus diripun belum mampu lagi. Buktinya bila Sultan Mahmud sakit, Bendahara dan Laksamana telah bersama membasuh berak, memandi dan menyuap nasi untuk baginda.

76. Bendahara Paduka raja dengan Laksamana(188) : Apakah peristiwa yang berlaku antara Bendahara dengan Laksamana ? Setelah sembuh dari sakit, Sultan Mahmud menganugerahkan Bendahara dan Laksamana akan usungan. Laksamana menggunakannya tetapi bendahara tidak. Bila anak-anak buahnya mengomen, Bendahara mengatakan dia tidak mahu dipandang sama taraf atau lebih mulia dari Raja. Bendahara juga selalu memberikan apa-apa hadiah istimewa yang diterimanya kepada laksamana seperti perahu, gajah, kuda atau alat senjata. Alasannya supaya Laksamana dapat memanfaatkan alat-alat itu untuk negara.

77. Wasiat Bendahara Paduka Raja (190) : Nyatakan isi wasiat Bendahara Paduka Raja. Bila bendahara jatuh sakit, dia mengumpulkan semua anak cucunya. Untuk mereka dia berwasiat. Nasihatnya kepada Tun Mutahir, Tun Zainal Abidin, Seri Nara Diraja Tun Tahir, Tun Pauh dan juga Tun Isap. Sultan Mahmud juga datang menziarahi Bendahara.

Bendahara mewasiatkan anak cucunya supaya jangan menukar agama dengan dunia. Dunia tidak kekal. Setiap yang hidup akan mati. Hendaklah sentiasa berazam untuk berbuat kebaktian kepada raja. Siapa yang berbakti kepada raja seperti berbakti kepada Rasul dan Allah. Dia juga berpesan supaya wasiatnya jangan dilupai. InsyaAllah dengan mengingati wasiat itu, mereka akan mendapat kebesaran dunia dan Akhirat.

78. Nyaris lembing diterbangkan ke dada (193) : Kenapakah “nyaris lembing diterbangkan ke dada” ini ? Sultan Mahmud telah berlaku curang dengan isteri Tun Biajid ketika Tun Biajid pergi ke Merba. Semasa mahu pulang di waktu dinihari, dia terserempak dengan Tun Biajid. Tun Biajid hampir melembing Sultan Mahmud kalaulah tidak dingatnya yang Sultan Mahmud adalah tuannya.

79. Peristiwa pembunuhan Tun Ali Sandang (194) : Nyatakan sebab Tun Ali Sandang dibunuh . Pada satu malam, Sultan Mahmud pergi ke rumah Tun Dewi, Di sana di dapati telahpun ada Tun Ali Sandang. Dia memberikan sirih dalam puan kepada Tun Isap sebagai isyarat supaya Tun Isap membunuh Tun Ali Sandang itu. Setelah menerima sirih, Tun Isappun pergi membunuh Tun Ali Sandang.

22

80. Telatah orang-orang yang dikasihi raja (196) : Ceritakan telatah-telatah orang-orang yang dikasihi raja itu . Pada waktu terdapat 4 orang yang sangat dikasihi oleh Sultan iaitu Seri Wak Raja sendiri, Tun Umar, Hang Isa pantas dan Hang Hussin Cengang. Baginda berjanji akan menunaikan apa sahaja permintaan mereka. Bagaimanapun bila Seri Wak Raja memohon jadi panglima gajah, tidak ditunaikan kerana Seri Rama masih hidup. Tun Umar mohon jadi raja di laut itupun tidak ditunaikan kerana Laksamana masih hidup. Permintaan Hang Isa mahukan emas dan kain baju, segera ditunaikan. Hang Hussin pula mohonkan kerbau 15 kelamin dan hamba 50 orang. Segera juga ditunaikan. Seri Wak Raja sendiri bila dipanggil oleh raja, sengaja dia melewat-lewatkannya. Kecuali bila Tun Isap yang datang kerana Tun Isap akan meminta pelbagai perkara sambil menantikan Seri Wak Raja siap. Hang Isa Pantas pula mahir dalam permainan layang-layang. Layang-layang Raja Ahmad yang besarpun putus apabila bergesel dengan layang-layangnya. Hang Hussain pantas pula seorang yang kuat makan.

Buat kerja tu biar berhati-hati !

81. Manjong dan Kelantan di serang (202) : Nyatakan sebab manjung dan Kelantan diserang. Sultan Mahmud menitahkan Paduka Tuan untuk menyerang Manjong kerana Manjong bermusuhmusuhan dengan Beruas. Beruas adalah jajahan Melaka. Paduka Tuan berjaya mengalahkan Manjong. Seri Maharaja pula dititahkan menyerang Kelantan. Kelantan pada masa taklukan Siam dan tidak menyembah ke Melaka. Kelantan juga berjaya dikalahkan.

Bab 10

82. Tun Mutahir dijadikan Bendahara(205) : Bagaimanakah Tun Mutahir diangkat menjadi bendahara. Setelah Bendahara Putih meninggal terdapat 9 orang yang layak untuk dilantik sebagai bendahara. Bonda Sultan Mahmud adalah saudara Tun Mutahir. Dia telah mempengaruhi Sultan Mahmud agar melantik saudaranya itu sebagai Bendahara. Beliau bergelar Bendahara Seri Maharaja.

83. Titisan keturunan Bendahara Seri Maharaja (208) : Nyatakan peristiwa penting dalam bab ini. Setelah Bendahara Putih meninggal terdapat 9 orang yang layak untuk dilantik sebagai bendahara. Bonda Sultan Mahmud adalah saudara Tun Mutahir. Dia telah mempengaruhi Sultan Mahmud agar melantik saudaranya itu sebagai Bendahara. Beliau bergelar Bendahara Seri Maharaja. Anak Bendahara Seri Maharaja sangat ramai. Anaknya yang sulung ialah Tun Hassan Temenggung.

23

Anaknya Tun Biajid Rupat bergelar Seri Petam. Seri Nara Diraja iaitu kakak Bendahara Seri Maharaja pula dilantik sebagai Penghulu Bendahari. Mempunyai 5 orang anak. Tun Abdul, adik Bendahara Seri Maharaja pula bergelar Seri Nara Wangsa.

84. Peristiwa Patih Adam dengan Tun Minda (210):Apakah peristiwa antara Patih Adam dengan Tun Minda. Patih Adam adalah Pangeran Surabaya, dia telah bertamu ke rumah Seri Nara Diraja. Tun Minda yang masih kecil dan baru tahu berlari-lari telah berlari-lari di depan Patih Adam. Seri Nara Diraja sambil bergurau mengatakan Tun Minda berkata mahu berlakikan Patih Adam. Setelah Tun Minda besar, Patih Adam telah datang semula ke Melaka bersama 40 peria untuk menuntut janji Seri Nara Diraja. Pada mulanya Seri Nara Diraja tidak bersetuju. Pateh Adam menjalankan helah untuk menangkap Tun Minda di rumahnya. Setelah pengawal dirasuah dapatlah dia masuk dan menangkap Tun Minda. Tun Minda diikat dan dia sendiri menindih peha Tun Minda. Setelah semua pengikutnya mati terbunuh, Tun Minda tidak dilepaskan. Akhirnya dapatlah dia mengahwini Tun Minda dan kembali ke Surabaya.

85. Meminang Puteri Gunung Ledang (212) : Nyatakan syarat penerima peminangan oleh Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Mahmud. Dang raya Rani iaitu pengetua Puteri Gunung Ledang telah menanyakan Puteri Gunung Ledang yang Sultan Mahmud mahu mengahwininya. Tuan Puteri Gunung Ledang sedia menerima pinangan Sultan Mahmud tapi baginda dikehendaki membina jambatan emas dan perak ke gunung Ledang dari Melaka, hati nyamuk 7 dulang, Hati kuman 7 dulang, air mata setempayan, air pinang muda setempayan dan darah anak raja semangkuk.

86. Tepuk berbalas, Alang berjawat (215) : Nyatakan maksud “Tepuk berbalas , Alang berjawat” ini. Sultan Nara Singa, raja Inderagiri dijadikan menantu Sultan Mahmud. Setelah bernikah dia tidak dibenarkan balik ke Inderagiri. Bila dapat kesempatan balik, Inderagiri telah diperintah oleh Maharaja Isap. Bila Sultan Nara Singa balik, Maharaja Isap lari ke Lingga. Dijadikan menantu Raja Lingga dan kemudian menggantikan mertuanya sebagai raja Lingga. Semasa Maharaja Isap datang mengadap ke Melaka, Sultan Nara Singa telah menyerang Lingga. Sebaliknya bila Sultan Nara Singa mengadap ke Melaka, Maharaja Isap pula menyerang Inderagiri dan lekas-lekas dia ke Melaka. Di Melaka, mereka didamaikan oleh Sultan Mahmud.

87. Hang Nadim dititahkan ke Benua Keling (218) : Huraikan peristiwa yang dialami Hang Nadim di Benua Keling. Hang Nadim, menantu Laksamana Hang Tuah, telah dititahkan ke Benua Keling untuk membeli kain batik. 40 bagai, satu bagai 40 helai, 1 helai 40 jenis bunga. Beliau pergi dengan kapal Hang Isap. Cuma 2 orang pelukis sahaja yang mampu menyediakan corak kain yang dikehendaki oleh Hang Nadim itu. Setelah kain batik siap, Hang Nadim segera bersiap untuk pulang. Malangnya Hang Isap telah berkelahi dengan seorang peniaga saiyid. Hang Isap didakwa tidak menjelaskan semua bayarannya dan dia mengatakan kepada Saiyid itu sebagai “wali pelir”. Kerana marah dia bersumpah

24

bahawa Hang Isap akan karam dalam perjalanan pulang nanti. Sumpahnya menjadi kenyataan bila kapal Hang Isap telah karam dipukul ribut. Bagaimanapun Hang Nadim berjaya menyelamatkan diri ke Pulau Selon.

Bab 11.

88. Seri Wak Raja dengan gajah Pahang (221) :Apakah yang terjadi antara Seri Wak Raja dengan gajah pahang tersebut ? Seri Wak Raja telah diajaka oleh Sultan Abdul Jamal untuk berjerat gajah tetapi ditoalk oleh Seri Wak Raja sebab dia ingin segera kembali ke Melaka. Namun Seri Wak Raja meminta untuk melihat orang menjerat gajah. Sultan telah meminta para bomoh menjerat gajah tetapi mereka gagal . Mereka akhirnya mengaku tidak dapat selagi ada Seri Wak Raja.

89. Peri cantiknya paras anak Bendahara Pahang (224) : Gambarkan kecantikan anak Bendahara Pahang. Kecantikan Tun Teja Ratna Menggala sehingga dibuat pantun oleh orang : Tun Teja Ratna Menggala, Pandai membelah lada sulah; Jikalau tuan tidak percaya, Mari bersumpah kalam Allah.

90. Tun Teja dilarikan ke Melaka (227) : Bagaimanakah cara Tun Teja berjaya dilarikan ? Hang Nadim telah pergi ke Pahang untuk menculik Tun Teja. Dia berhasrat agar dapat mempersembahkan Tun Teja kepada Sultan Mahmud untuk menebus kemarahan Sultan Mahmud kepadanya. Hang Nadim telah ke Pahang. Beliau bersubahat dengan seorang nakhoda bernama Saiyid Ahmad dan juga seorang tua tukang pelulut. Perempuan tua itu dirasuahkannya supaya bersubahat dengannya. Perempuan itu telah melulut Tun Teja dengan minyak yang diberikan oleh Hang Nadim. Dia juga berjaya mempengaruhi supaya Tun Teja berjumpa Hang Nadim. Hang Nadim juga telah menyuruh perempuan pelulut merasuah para pengawal di rumah Bendahara. Bila dinihari Tun Teja telah dibawa keluar oleh tukang pelulut berjumpa Hang Nadim. Hang Nadim telah melarikan Tun Teja ke kuala Pahang untuk menaiki jong Saiyid Ahmad yang telahpun menunggu di sana. Untuk melepas halangan atau batangan di sungai, hang Nadim berpura-pura menjalan ikan.

91. Pertempuran di laut Pulau Keban (229) : Apakah sebab berlakunya pertempuran di laut Pulau Keban ? Pertempuran berlaku antara Hang Nadim dan Nakhoda Saiyid Ahmad dengan angkatan Sultan Abdul Jamal. Sultan cuba mendapatkan semula tunangnya Tun Teja yang dilarikan oleh Hang Nadim untuk dibawa ke Melaka.

25

92. Gajah Sultan Pahang pula dilarikan (231) : Kenapakah gajah Sultan Pahang dilarikan ? Sekembalinya Sultan Abdul Jamal ke istana, dia sangat marah, dengan menunggang gajahnya yang bernama Ai Kening dilanggarnya balairung istananya sendiri. Kononnya begitulah dia akan melanggar istana Melaka. Khabar ini didengar oleh Sultan Mahmud di Melaka. Disuruhnya pula curi gajah tersebut. Laksamana Khoja Hassan telah pergi ke Pahang. Dengan tipu helahnya, Ai Kening telah berjaya dilarikan ke Melaka.

93. Bersyaikh diri di Lubuk Pelang (233) : Apakah sebab tokoh bersyaikh di Lubuk Pelang ? Sultan Abdul Jamal terlalu kecewa setelah tunangnya Tun Teja dilarikan Hang Nadim dan gajahnya Ai Kening dilarikan pula oleh Laksamana Khoja Hassan. Baginda telah turun takhta dan bersyaikh diri di Lubuk Pelang. Anakanda baginda yang bernama Sultan Mansur Syah dilantik menjadi sultan dengan dipangku oleh Raja Muzaffar dan Raja Ahmad.

94. Rahsia pembunuhan Raja Zainal (235) : Kenapakah Raja Zainal dibunuh ? Dia adalah saudara Sultan Mahmud sendiri. Kecantikannya tiada tara pada waktu itu. Dia menjadi kegilaan orang-orang perempun di Melaka. Bila dia berkuda, habislah gempar sekalian orang perempuan mahu melihatnya. Berebutan mereka mahu memberikan hadiah kepadanya. Mendengar hal ini, Sultan Mahmud murka dan secara senyap-senyap dia telah menyuruh Hang Berkat pergi membunuh Raja Zainal

95. Sultan Mahmud Syah serba salah (236) : Kenapakah Sultan Mahmud berada dalam keadaan serba salah ? Satu hari isteri Sang Sura telah berzina dengan Sang Guna. Sang Sura mahu Sang Guna dibunuh. Akibatnya sultan serba salah kerana Sang Guna adalah tukang keris istana yang mahir. Bagaimanapun Sang Guna telah dihukum berkurung dalam rumah. Untuk berdiri di muka pintupun tidak dibenarkan. Tidak dibenarkan ke mana-mana. Akhirnya Sang Guna minta dikat dan diserahkan kepada Sang Sura supaya dibunuhnya sekali.

Bab 12.

96. Raja Legor gagal menyerang Pahang (238) : Berikan sebab Raja Legor gagal menyerang Pahang ? Raja Legor yang bernama Maharaja Dewa Sura telah dititahkan oleh Raja Siam untuk menyerang Pahang. Berita ini didengar ke Melaka. Setelah bermesyuarat, Sultan Mahmud telah bersetuju menghantar tentera Melaka bagi membantu Pahang. Bendahara Seri Maharaja telah diarahkan ke sana. Dia juga meminta Laksamana turut sama. Dengan bantuan Melaka, Pahang tidak berjaya ditewaskan oleh Legor.

97. Biadab di hadapan Bendahara (240) : Nyatakan perlakuan biadab di hadapan Bendahara itu .

26

Seorang pembesar bernamaTun Perpatih Hitam, dia mempunyai seorang anak bernama Tun Hussin. Dia pernah bersumpah akan mengamuk sekiranya bapanya dibicarakan orang. Satu kali bapanya itu dipanggil bicara di hadapan Bendahara kerana berselisih faham dengan seorang dagang. Pada masa perbicaraan itu berlansung, Tun Hussin telah datang. Melihat kedatangan anaknya itu, Tun Perpatih hitam telah menguis tikar dihdapan Bendahara. Perlakuan ini dianggap biadab oleh Laksamana dan dia segera dibunuh. Tun Hussin yang mahu mengamuk juga dibunuh. Laksamana segera melapurkan pada Sultan dan Sultan bersetuju dengan tindakan Laksamana itu.

98. Zuriat Laksamana Hang Tuah (241) : Siapakah isteri dan anak-anak Hang Tuah . Laksamana mempunyai 2 orang isteri. Isteri pertama iaitu saudara Seri Bija Diraja Datuk Bongkok ada 3 anak iaitu Tun Sirah (Isteri temenggung Khoja Hussin), Tun Biajid dan Tun Daerah (isteri Sultan Mahmud). Dengan isterinya yang kedua dari keluarga Bendahara Paduka Raja ada 2 orang anak iaitu Sang Guna dan Tun Emas Jiwa (Isteri Hang Nadim).

99. Raja Petani dan Kedah dinobatkan (242) : Kenapakah Raja Petani dan Kedah dinobatkan semula oleh Raja Melaka ? Anak raja Siam Cau Seri Bangsa telah menyerang Kota Mahligai yang diperintah oleh Raja Sulaiman Syah. Dia berjanji kiranya dia berjaya, dia akan memeluk agama Islam. Takdir Allah dia menang. Diapun memeluk Islam. Mendirikan kota di Petani. Dia meminta dinobatkan oleh Melaka. Melaka telah menobatkannya dengan gelaran Sultan Seri Ahmad Syah. Raja Kedah juga telah ke Melaka untuk dinobatkan. Beliau juga dinobatkan oleh Sultan Mahmud.

100.Kebesaran Melaka dan kedatangan Peringgi (244) : Nyatakan bukti kebesaran Melaka ke atas Peringgi. Askar Portugis dengan diketuai oleh Kapitan Mor telah datang menyerang Melaka atas arah Alfonso d’Albuquerque. Tentera Portugis berjumlah 2000 orang tidak termasuk tentera upahan. Bagaimanapun tentera Melaka yang diketuai Tun Hassan Temenggung telah berjaya menewaskan tentera penyerang itu. Ramai Portugis mati dan mereka lari balik ke India. Alfonso mahu Melaka diserang lagi tetapi Kapitan Mor melarang menyerang Melaka selagi Bendahara Seri Maharaja masih hidup.

101.Makhdum dipersenda muridnya (246) : Bagaimanakah Makhdum dipersendakan oleh muridnya. Satu ketika seorang pendita dari Jeddah telah datang ke Melaka, beliau bernama Maulana Sadar Jahan. Sultan dan pembesar Melakapun berguru dengannya. Ketika berada di rumah Bendahara, datanglah Seri Rama. Beliau baru kembali dari meminum arak di istana. Beliau memang seorang yang kuat minum. Bila tiba di hadapan Makhdum, Makhdum telah memberitahunya yang “Al-Khamru ummul al-khabaith” (Arak itu ibu segala najis). Seri Rama pula menjawab “AL-Hamku ummul Khabaith” (Hamak itu ibu segala najis). Maksudnya dia telah memperli Makhdum yang dikatakannya datang ke Melaka untuk mencari harta. Marahlah Makhdum padanya.

27

102.Tun Mai Ulat Bulu juga telah mempersendakan Makhdum. Puncanya dia dikatakan keras lidah. Sebaliknya Tun Mai Ulat Bulu telah menyuruh Makhdum menyebutkan perkataan seperti “kunyit, nyiru dan kucing”. Makhdum gagal menyebutnya. Tun Mai Ulat bulu mengatakan ; begitulah halnya dengan dia sendiri yang gagal untuk menyebut huruf-huruf Arab.

103.Bertanya satu masalah agama ke Pasai (247) : Apakah masalah yang menjadi kemusykilan ? Orang Kaya Tun Muhammad dititahkan ke Pasai untuk bertanyakan masalah agama tentang rezeki. Ada pendapat mengatakan ketetapan rezeki adalah sejak azali. Ada pula mengatakannya tidak. Untuk menjawab masalah itu, raja telah menyuruh Tun Hassan menyelesaikannya. Jawpaan itu dipersetujui oleh Tun Muhammad. Selepas itu diapun kembali ke Melaka.

Bab 13.

104.Tun Fatimah anak Bendahara Seri Maharaja (250) : Siapakah Tun fatimah ? Tun Fatimah adalah anak Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir. Kecantikannya diumpamakan laut madu, bertasik susu dan berpantaikan sakar (gula). Tun Fatimah ditunangkan dan dikahwinkan dengan Tun Ali, anak Seri Nara Diraja, sepupunya. Bila suaminya dibunuh Sultan, dia dikahwini pula oleh Sultan dan menjadi permaisuri Raja Melaka.

105.Kekayaan bendahara Seri Maharaja (252) :Buktikan kekayaan Bendahara Tun Mutahir. Bendahara sangat kaya. Mempunyai simpanan emas sebanyak 6 bahara. Lebih satu bahara dari kepunyaan Raja Mendaliar, Syahbandar Melaka. Anak-anak cucunya diberikan emas, jikalau hilang diberinya yang lain. Kerbau pemeliharaannya di Kayu Ara juga banyak. Jikalau anak buahnya pergi berburu tapi tidak dapat, maka kerbau dikandang itulah yang disembelih mereka.

106.Tun Hassan Temenggung cuba dibeli (254) : Bagaimanakah Tun Hassan Temenggung cuba dibeli. Semua orang besar-besar datang ke rumah Ali Manu Nayan, seorang kaya di Melaka. Mereka semua diberikan hadiah. Hanya Tun Hassan Temenggung saja yang tidak datang. Ali Manu Nayan pernah menyatakan ; Kiranya Tun Hassan berdiri sahaja di hadapan kedainya, dia akan memberikan 10 tahil emas. Tun Hassan tidak juga mahu pergi kerana dia tidak mahu makan sedekah orang.

28

107.Punca mencetuskan sekejam-kejam hukuman (255) : Apakah punca jatuhnya hukuman yang kejam itu. Nina Dewa Sura telah bertelingkah dengan Raja Mendaliar. Mereka pergi berhukum pada Bendahara. Kerana hari telah petang, mereka disuruh datang keesukan harinya. Malam itu, Nina Sewa Sura telah merasuahkan emas sebanyak sebahara kepada Bendahara supaya dia menang dalam kesnya dengan Raja Mendaliar. Kitul, seorang yang ada berhutang dengan Raja Mendaliar telah pergi memberitahu Raja Mendaliar tentang perihal Nina Dewa Sura itu. Dikatakan Nina Dewa Sura merasuahkan emas 10 kati supaya Bendahara membunuh Raja Mendaliar dan dikatakan bahawa Bendahara telah bersetuju. Segala hutang Kitul telah dihalalkan. Pada malam itu juga, Raja Mendaliar telah pergi mengadu kepada Laksamana Khoja Hassan. Dirasuahnya dengan emas sebahara disamping permata dan kain baju yang indah-indah. Dikatanya Bendahara mahu merampas takhta kerajaan. Bendahara telahpun menempah takhta kerajaan, piu dan kaus emas. Kerana termakan pujuk, Laksamana bersedia memberitahu raja. Sebaik menerima aduan Laksamana, Sultan Mahmud telah mengarahkan Tun Sura Diraja dan Tun Indera Segara pergi membunuh Bendahara.

108.Tamat riwayat tiga orang besar negara (257) : Bagaimanakah tiga orang besar itu tamat riwayatnya. Sebaik menerima aduan Laksamana, Sultan Mahmud telah mengarahkan Tun Sura Diraja dan Tun Indera Segara pergi membunuh Bendahara Seri Maharaja . Tun Hassan Temenggung ingin menentang tapi dihalang oleh Bendahara. Tun Hassan juga mahu membuang peti-peti emasnya, itupun dihalang oleh Bendahara. Bendahara, Seri Nara Diraja, Tun Hassan Temenggung dan Tun Ali (suami Tun Fatimah) dibunuh orang. Tun Abdul Karim, Tun Jenal dan Tun Fatimah tidak dibunuh. Sebaliknya Tun Fatimah dijadikan isterinya

109.Bendahara Paduka Tuan (Bendahara Tepok) (259) : Siapakah bendahara Paduka Tuan ? Paduka Tuan iaitu anak Bendahara Paduka Raja telah dilantik menjadi Bendahara. Dia sudah tua, giginya telah tanggal dan kakipun telah tepok.Bila dinyatakan dia akan diangkat menjadi Bendahara, dia menolak tapi dipaksakan juga oleh Sultan. Dia juga dikenali sebagai Bendahara Lubuk Batu. Seorang yang kuat makan dan bila mahu berjalan sepasu minyak wangi digunakannya.

110.Sultan Mahmud membuang kerajaan (264) :Nyatakan sebab Sultan Mahmud Syah meletakkan jawatannya. Sejak diperisterikan Sultan Mahmud, Tun Fatimah tidak pernah senyum. Dia sentiasa berdukacita. Sultan Mahmud juga sangat menyesal kerana membunuh Bendahara Seri Maharaja. Bendahara ternyata telah menjadi mangsa fitnah. Sultan Mahmud telah turun takhta dan diserahkan pada anaknya Sultan Ahmad Syah. Baginda membawa diri ke Kayu Ara dengan ditemani oleh Sang Sura.

29

Bab 14.

111.Di saat akhir kesultanan Melayu Melaka (267) : Jelaskan peristiwa serangan Portugis ke Melaka. Alfonso d’Albuquerque setelah turun daripada wizurai Goa telah kembali ke Portugal meminta armada untuk menyerang Melala. Dari Goa dia telah menyerang Melaka dengan 43 buah kapal. Cubaan pertama Alfonso dapat dipatahkan oleh angkatan Melaka yang diketuai sendiri oleh Sultan Ahmad. Pada waktu malam, dibacakan Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Hanafiah untuk membangkitkan semangat perang. Dalam perang keesukan harinya, tangan sultan telah terluka dan Melaka berjaya ditawan oleh Portugis.

112.Sultan Mahmud, Sultan Ahmad berlepas diri (270) : Kenapakah Sultan Mahmud dan Sultan Ahmad berlepas diri ? Portugis telah berjaya menewaskan angkatan Melaka. Sultan Ahmad lari ke Pagoh. Sultan Mahmud lari ke Batu Hampar dan Bendahara ke Lubuk Batu. Beliau meninggal di sana dan digelar Bendahara Lubuk Batu. Portugis sekali lagi menyerang Pagoh menyebabkan Sultan lari lagi ke Pahang dan seterusnya ke Johor. Bagaimanapun nasib Sultan Ahmad mati muda. Dia tidak menghormati pembesar-pembesar tua menyebabkan dia akhirnya disuruh bunuh oleh Sultan Mahmud. Ditanamkan di Bukit Batu.

113.Melantik orang besar-besar kerajaan (271) : Siapakah orang-orang besar yang dilantik dan apakah jawatan mereka ? Sultan Ahmad digantikan dengan Sultan Muzaffar. Sultan Muzaffar masih lagi kanak-kanak. Tun Khoja Ahmad anak Bendahara Lubuk Batu dijadikan Bendahara bergelar Paduka Tuan. Tun Abu Ishak dijadiikan Perdana Menteri bergelar Seri Amar Bangsa. Tun Hamzah anak Seri Nara Diraja dijadikanBendahari.Tun Abdul Karim dan Tun Jenal juga diberikan gelar. Bila Laksamana Khoja Hasaan mati, dia ditanamkan di Bukit Pantar dan digantikan pula oleh Hang Nadim.

114.Anak Raja bakal kerajaan (273) : Siapakah Anak Raja yang bakal digantikan itu dan kenapa ia perlu diganti ? Bila Tun Fatimah hamil dan melahirkan anak lelaki, Sultan Mahmud sangat gembira. Anak itu dinamakan Raja Ali dengan timangannya Raja Kecil Besar. Peterana dan permaidani Sultan Muzaffar diambil untuk digunakan oleh Raja Ali. Setelah genap 40 hari, acara pertabalan dijalankan. Sultan Muzaffar diturunkan takhta dan Raja Ali ditabalkan sebagai Sultan Alaudin Riayat Syah dan digelar juga Sultan Muda. Sultan Mahmud sendiri memangku kerajaan.

115.Tun Ali Hati lebih rela mati (274) : Untuk apakah Tun Ali Hati rela mati.

30

Semasa kematian Sultan Ahmad, semua kawan-kawan Sultan Ahmad dikumpulkan oleh Sultan Mahmud dan mereka diminta taat setia pada Sultan Alaudin Riayat Syah . Semua orang lain datang kecuali Tun Ali Hati. Dia tidak datang dan minta dibunuh sahaja. Walaupun pada mulanya Sultan Mahmud enggan tetapi akhirnya dia dibunuh juga oleh Sultan Mahmud.

116.Raja Abdullah ditawan Peringgi (275) : Bagaimanakah Raja Abdullah ditawan oleh Peringgi. Raja Abdullah adalah pemerintah Kampar. Saudara Sultan Mahmud. Bila Sultan Mahmud kalah, Raja Abdullah cuba berbaik-baik dengan Portugis dengan harapan dia akan diangkat menjadi sultan yang baru di Melaka. Belaiu telah ditangkap, dibawa ke Melaka dan seterusnya dibawa ke Goa.

117.Angkatan Peringgi menyerang Bintan (277) : Apakah sebab Bintan dapat dikalahkan dengan mudah oleh Portugis. Angkatan Sultan Mahmud tidak ramai di Bintan. Temenggung Seri Udani melengah-lengahkan diri untuk turun menentang Portugis. Dia sebenarnya kecewa kerana hidup miskin. Dia dilantik jadi temenggung tapi tidak diberikan sebarang mesara (gaji / elaun). Dia hanya turun berperang setelah Portugis sudah berada di kuala Kota Kara. Senjata dan ubat bedil hanya sedikit, ada empat tempayan sahaja. Akhirnya Temenggung mati terbunuh. Kota Kopak dibakar Peringgi dan Sultan dibawa Seri Nara Diraja lari ke Kampar.

118.Membalas kasih raja (280) : Bagaimanakah kasih raja dibalas. Semasa dalam pelarian hanya Seri Nara Diraja yang rapat dengan keluarga Sultan Mahmud. Satu hari sultan sekeluarga kelaparan. Seri Nara Diraja telah meminta Seri Wak Raja tolong mencarikan makanan. Beliau sempat mengingatkan Seri Wak Raja supaya mencari makanan untuk membalas budi Raja yang telah membunuh ahli keluarga mereka. Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir, Seri Nara Diraja, Tun Hassan temenggung dan Tun Ali (suami Tun Fatimah dulu). Sultan Mahmud bila mendengar sindiran ini merasa sangat sedih.

119.Dari Bintan pindah ke Kampar (283) : Kenapakah perpindahan perlu dilakukan dari Bintan ke Kampar Setelah Peringgi balik ke Melaka, Sultan dan rombongannya pergi ke Kampar. Kota Kopak di Pulau Bintan telah musnah dibakar oleh Peringgi. Bila sampai di sana baginda terkejut mendengar berita adinda iaitu Raja Abdullah, yang ditangkap Portugis itu. Sultan menduduki istana Raja Abdullah. Malangnya permaisuri telah meninggal dunia di Kampar. 40 hari Sultan tiada nobat.

120.Masalah tiada mempunyai putera lelaki. Apakah kesan raja tidak mempunyai anak lelaki ? Sultan Abdul Jamal (Pahang) telah mangkat di Lubuk Pelang. Sultan Mansur Syah pula menggantikan ayahandanya. Dia hanya mempunyai dua anak perempuan iaitu Raja Puspa Dewi dan Raja Kesuma Dewi. Tiada anak lelaki. Ini bermakna Sultan tiada putera yang akan menggantikannya bila mangkat kelak. Satu ketika, Raja Muhamad, raja Terengganu yang berasal dari anak raja Kelantan telah datang ke Pahang. Dia didudukkan dengan dua pupu Sultan. Dapat seorang anak lelaki. Dinamai Raja Ahmad

31

dan dijadikan anak angkat Sultan. Bila sudah besar, Raja Ahmad dikahwinkan dengan anakanda baginda Raja Puspa Dewi. Dapat seorang anak dinamakan Raja Omar.

Bab 15 .

121.Sultan Mahmud Syah mangkat di Kampar (287) : Huraikan peristiwa yang berlaku di akhir hayat Sultan Mahmud Syah. Sultan Mahmud semasa sakit hendak mati telah mewasiatkan Bendahara menjaga anaknya Sultan Muda. Sultan Mahmud juga sempat berpesan kepada Sultan Muda supaya bersabar, jangan tinggalkan bendahara dan menteri dalam sebarang urusan. Hendaklah berlaku adil terhadap rakyat dan tentera. Jangan mudah mendengar fitnah (sembah orang). Siasat dahulu kerana rakyat sangat mengharapkan keadilan dan kemurahan raja. Setelah Sultan Mahmud mangkat, Sultan Alaudin pun pindah ke Pahang semula.

122.Bertapak semula di bumi Semenanjung (289) : Bagaimanakah Sultan Melayu dapat bertapak semula di bumi semenanjung ? Di Pahang, Sultan Alaudin telah berkahwin dengan anak Sultan Mansur yang bernama Raja Kesuma Dewi. Setelah kahwin, mereka pindah pula ke Johor. Dengan diketuai Laksamana Hang Nadim, merekapun pindah ke Johor.

123.Berbuat negeri di Kuala Johor (291) : Dimanakah ibu kota kerajaan Melayu Johor ? Di Johor, Sultan Alauddin membuka istana di Kuala Johor. Laksamana Hang Nadim ditugaskan membangunkan Pulai Bintan. Kedua-dua tempat membangun dan makmur.

124.Surat meminang dari Pahang (293) : Siapakah pengantin Pahang dan Johor itu ? Sultan Alaudin mendapat dua orang anak iaitu Raja Muzaffar dan Raja Fatimah. Sultan Pahang (mertua Sultan Alaudin sendiri) telah datang ke Johor untuk meminang Raja Fatimah bagi dijodohkan dengan Raja Omar. Kedua mereka adalah saudara sepupu. Raja Fatimah anak Raja Kesuma Dewi. Raja Omar anak Raja Puspa Dewi. Raja Kesuma Dewi dan Raja Puspa Dewi adalah adik beradik, anak Sultan Mansur (Pahang).

125.Hasrat Sultan Pahang tercapai (296) : Apakah hasrat Sultan Pahang ? Sultan Pahang iaitu Sultan Mansur berhasrat menikahkan cucu-cucunya iaitu Raja Omar dengan Raja Fatimah.

32

126.Istiadat perkahwinan diraja Johor-Pahang (299) : Nyatakan adat istiadat perkahwinan diraja. Adat dimulai dengan upacara meminang. Seri Akar Raja dan Seri Nara Wangsa telah dititahkan Sultan Mansur ke Johor untuk meminang Raja fatimah. Sultan Alaudin mesyuaratkan pinangan itu dengan Bendahara. Bendahara menyetujuinya. Pinangan diterima. Sultan Mansur pun bertolak ke Johor untuk mengahwinkan kedua cucunya itu. Bila sampai di Johor, Sultan mansur telah menghantar sirih dengan emas belanja untuk pekerjaan berjaga-jaga, 40 hari 40 malam. Pelbagai permainan dimainkan. Setelah cukup 40 hari, raja Omar diarak dengan gajah ke istana Sultan Alaudin. Perarakan lengkap dengan segala alat kebesaran kerajaan. Diiringi dengan pelbagai alat muzik seperti gendang, serunai, nafiri, nagara dan madeli.Tuan Kadhi menikahkan kedua-dua pengantin. Kenduri dijalankan. Kenduri kerbau, lembu, kambing, itik, ayam disembelih. Upacara makan beradap-adapan dilansungkan. Jamuan untuk tamu diawasi oleh Temenggung dan para bentara.

127.Selepas mangkat Sultan Alauddin (303) : Nyatakan peristiwa yang berlaku selepas kemangkatan Sultan Alaudin Riayat Syah. Tidak lama selepas perkahwinan Raja Omar-Raja Fatimah, dikahwinkan pula Raja Muzaffar dengan cucu Bendahara, Tun Emas Jiwa iaitu anak Tun Hassan Temenggung. Kemudian Sultan Alaudin pun mangkat dan disebut orang Marhum di Johor Lama. Raja Muzaffar dilantik menjadi raja dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah. Ketika itu baru berusia 19 tahun. Sultan Mansur di Pahangpun mangkat dan diganti oleh Raja Ismail (anakanda ke-3, selepas Raja Puspa Dewi dan raja Kesuma Dewi) dan bergelar Sultan Jamal Syah.

128.Setelah beberapa lama di Johor Lama, Sultan Muzaffar pindah ke Seluyud. Raja Omar pula menjadi benci pada isterinya yang dari Pahang, iaitu emak Raja Mansor. Ditalaknya dan dihantar ke rumah Seri Nara Diraja, sebab emak Raja Mansur adalah saudara Seri Nara Diraja.

129.Nikah dalam sunyi (304) : Siapakah yang bernikah dalam sunyi. Satu hari Sultan Muzaffar pergi ke rumah Seri Nara Diraja dan dia terpandang pada emak Si Mansur dan terus jatuh berahi. Setelah muafakat dengan Bendahara dan Seri Nara Diraja, Sultan Muzaffarpun nikahlah dengan bonda Sultan Mansur secara senyap-senyap.

130.Wasiat Sultan Muzaffar Syah (307) : Nyatakan wasiat Sultan Muzaffar Syah. Bila Sultan Muzaffar Syah hendak mangkat diwasiatkan agar Raja Abdul Jalil dijadikan sultan. Dipangku oleh Bendahara.

33

131.Wasiat Sultan Abdul Jalil diketepikan (307) : Nyatakan wasiat Sultan Abdul Jalil. Raja Abdul Jalil setelah berusia 9 tahun telah jatuh sakit dan meninggal dunia. Sebelum mati baginda sempat mewasiatkan agar takhta diperturunkan kepada Raja Abdullah. Ianya dibantah oleh emaknya, Raja Fatimah tetapi tidak diendahkan. Bila Raja Abdullah hendak dinobatkan Raja Fatimah mengancam mahu melarikan diri. Ini menyebabkan Bendahara terpaksa tunduk kepada permintaannya. Dia juga takut dianggap mahu berkuasa, memangku raja. Raja Omar dinobatkan dengan gelaran Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri’ayat Syah. Terlalu kasihkan pula pada bendahara.

132.Tun Seri Lanang jadi bendahara (309) : Siapakah Tun Seri Lanang. Bendahara Paduka Raja gering dan meninggal dunia. Tun Seri Lanang pula diangkat menjadi bendahara. Bergelar Bendahara Paduka Raja juga.

Fikirkanlah apa yang cikgu suruh anda lakukan ini. Semuanya adalah untuk kepentingan dan kejayaan dirimu sendiri :

Ihsan Allahyarham Shamsudin Jaafar, Kg. Bukit Merbau, 16810, Selising, Pasir Puteh, kelantan.

34

Jurai Keturunan Raja-Raja Melaka Raja Iskandar Syah

35

(Raja Singapura yang terakhir) -Melanggar waad:kerajaan jatuh ke tangan Majapahit - Membuka Melaka

Raja Besar Muda

Raja Tengah

+ Puteri Raja Rekan

+ Besar Raja Kecil

Tun Ratna Wati

(Sultan Muhammad Syah)

(anak Mani Purindan)

Raja Ibrahim

Raja Kassim

(diangkat jadi Sultan bergelar Sultan Abu Syahid)

(Sultan Muzaffar Syah)

-tetapi diguling oleh Raja Kassim

-berperang dengan Siam -bertanggungjawab lantik Tun Perak

Tuan Puteri Onang Sari

+

+ Raja Abdullah

Raden Galuh Cendera Kirana

(Sultan Mansur Syah)

(dari Indera Pura)

(Puteri Betara Majapahit)

-kegemilangan Melaka -hubungan dengan kuasa-kuasa besar

Raden Kelang (mati dubunuh waktu menentang orang mengamuk

-China,Majapahit,Siam

di Kampung Keling) Raja Ahmad

Raja Muhammad -Bakal pengganti Sultan Melaka,tapi dirajakan di

(Sultan Alau’d-Din Riayat Syah menghapus pencuri

Pahang kerana membunuh Tun Besar, anak Bendahara Paduka Raja Tun Perak

tokoh legenda Raja Mamad menyerang tanah jajahan yg memberontak

36 Raja Ahmad

Petunjuk:

-melakukan kezaliman -pinang Puteri Gunung Ledang -berkahwin dengan Tun Teja -bunuh Tun Mutahir sekeluarga -letak jawatan dan lantik Raja Ahmad

(Sultan Ahmad Syah) -berperang dgn Peringgi -Melaka ditewaskan Peringgi

Watak dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)

Zaman Awal. 1. Nur Muhammad (hlm. 1).

2. Nabi Adam a.s. (hlm. 1).

3. Iskandar Zulkarnain + Puteri Syahrul Bariyah (anak Raja Kida Hindi). (hlm. 4)

4. Raja Suran di negeri Amdan negara (Benua Hindi). (hlm. 10) + Puteri Mahtabul Bahri di negeri Dika hlm.15). .

37

Zaman Singapura. 5. Raja Nila Utama (Seri Teri Buana) + Raden Ratna Cendera Puri (anak Demang Lebar, keturunan Raja Sulan, saudara Raja Suran) di Palembang (hlm. 27), Bintan (hlm. 36), di Singapura (hlm. 40).

6. Raja Paduka Seri Pikrama Wira (hlm. 44) + Puteri Nila Pancadi (dari Benua Keling). Berlaku peristiwa tatal dan menarah kepala budak.

7. Raja Muda @ Rakna Wikrama (hlm. 47). Peristiwa Badang.

8. Damia Raja @ Paduka Seri Maharaja (hlm. 54). Peristiwa pembunuhan Tun Jana Khatib (hlm. 67).

9. Raja Iskandar Syah (hlm. 69). Pembunuhan anak Sang Rajuna Tapa. Buka Melaka (hlm. 71).

Zaman Melaka.

10. Raja Iskandar Syah.

11. Raja Muda / Raja Besar Muda (hlm. 71).

12. Raja Tengah (hlm. 72).

13. Raja kecil Besar @ Sultan Muhammad Syah (hlm. 72)..

14. Raja Ibrahim @ Sultan Abu Syahid (hlm. 83).

15. Raja Kassim @ Sultan Muzaffar Syah (hlm. 86).

16. Raja Abdullah @ Sultan Mansur Syah (hlm. 96).

17. Raja Hussein @ Sultan Alauddin Riayat Syah (hlm. 173).

38

18. Raja Mamad @ Sultan Mahmud Syah (hlm. 187).

19. Raja Ahmad @ Sultan Ahmad Syah (hlm. 264).

Zaman Johor.

20. Raja Muzaffar @ Sultan Muzaffar (hlm. 271).

21. Raja Ali / Raja Kecil Besar / Sultan Alaudin Riayat Syah / Sultan Muda (hlm. 274).

22. Raja Muzaffar (hlm. 303).

23. Raja Abdul Jalil (hlm. 307).

24. Sultan Ala Jalla Abdul Jalil (hlm. 309).

25. Raja Mangsur / Sultan Alauddin Riayat Syah (hlm. 319).

Perwatakan : keterangan tentang watak.

Zaman Awal. 1. Nur Muhammad (hlm. 1). Dalam bab pengenalan “Bismillahir Raahmanir Rahim”. Pengarang memuji Allah kerana menjadikan Nur Muhammad sebagai asal segala kejadian makhluk termasuklah nabi-nabi.

2. Nabi Adam a.s. (hlm. 1). Sebagai nabi yang pertama dijadikan Allah di muka bumi.

39

3. Iskandar Zulkarnain + Puteri Syahrul Bariyah (anak Raja Kida Hindi). (hlm. 4) Anak Raja Darab berbangsa Rom dari negeri Makadunia. Meluaskan jajahan ke Benua Hindi. Kahwini Syahrul Bariyah anak Raja Kida Hindi. Dapat anak diberi nama Aristun Syah. Memerintah selama 355 tahun (hlm. 8).

4. Raja Suran di negeri Amdan negara (Benua Hindi). (hlm. 10) + Puteri Mahtabul Bahri di negeri Dika hlm.15). . Menguasai negeri Gangga Negara (Dinding, Perak), Langgiu (Hulu Johor) dan Temasik. Masuk ke dalam laut, kahwin di negeri Dika, dapat 3 anak.

Zaman Singapura. 5.

Raja Nila Utama (Seri Teri Buana) + Raden Ratna Cendera Puri (anak Demang Lebar, keturunan Raja Sulan, saudara Raja Suran) di Palembang (hlm. 27), Bintan (hlm. 36), di Singapura (hlm. 40).

6.

Raja Paduka Seri Pikrama Wira (hlm. 44) + Puteri Nila Pancadi (dari Benua Keling). Berlaku peristiwa tatal dan menarah kepala budak.

7. Raja Muda @ Rakna Wikrama (hlm. 47). Peristiwa Badang.

8. Damia Raja @ Paduka Seri Maharaja (hlm. 54). Peristiwa pembunuhan Tun Jana Khatib (hlm. 67).

9. Raja Iskandar Syah (hlm. 69). Pembunuhan anak Sang Rajuna Tapa. Buka Melaka (hlm. 71). Memerintah Singapura 32 tahun dan 3 tahun di Melaka (hlm. 71).

Zaman Melaka.

10. Raja Iskandar Syah.

11. Raja Muda / Raja Besar Muda (hlm. 71). Melantik menteri 4, 40 bentara istana,

40

12. Raja Tengah (hlm. 72).

13. Raja kecil Besar @ Sultan Muhammad Syah (hlm. 72)..

14. Raja Ibrahim @ Sultan Abu Syahid (hlm. 83).

15. Raja Kassim @ Sultan Muzaffar Syah (hlm. 86).

16. Raja Abdullah @ Sultan Mansur Syah (hlm. 96).

17. Raja Hussein @ Sultan Alauddin Riayat Syah (hlm. 173).

18. Raja Mamad @ Sultan Mahmud Syah (hlm. 187).

19. Raja Ahmad @ Sultan Ahmad Syah (hlm. 264).

Zaman Johor.

20. Raja Muzaffar @ Sultan Muzaffar (hlm. 271).

21. Raja Ali / Raja Kecil Besar / Sultan Alaudin Riayat Syah / Sultan Muda (hlm. 274).

22. Raja Muzaffar (hlm. 303).

23. Raja Abdul Jalil (hlm. 307).

24. Sultan Ala Jalla Abdul Jalil (hlm. 309).

25. Raja Mangsur / Sultan Alauddin (hlm. 319).

41

Watak dan Perwatakan dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)

Sultan Muhamad Syah ( Raja Kecil Besar )

LATAR BELAKANG WATAK

PERWATAKAN

Nama asal : Raja Kecil Besar

1- Seorang pemerintah yang adil – mendorong kedatangan pedagang ke Melaka (hlm 79-80)

Anakanda kepada : Raden Tengah

2- Seorang yang baik dan menghormati tetamu

Berkahwin dengan : i – anak Tun Perpatih Permuka Berjajar

3- Bertanggungjawab terhadap kemajuan dan kemantapan Melaka

ii- Tun ratna wati

42

4- Adil

43

Sultan Muzaffar Syah ( Raja Kassim )

PERWATAKAN

1- mempunyai perangai yang baik,adil, pemurah dan saksama terhadap rakyat LATAR BELAKANG WATAK

2- memperantikkan undang-undang terhadap menteri supaya tidak melanggar peraturan

Nama asal : Raja Kassim

3- sanggup berkorban semata-mata mahu melihat Melaka terus berada dalam keadaan aman

Anakanda kepada : Sultan Muhamad 4- bersifat tegas dan tidak mahu tunduk di bawah pemerintahan Siam

Syah

Cthnya : apabila Siam meminta Melaka menyembah Siam.

Berkahwin dengan : i – anak

5- seorang sultan yang menghormati dan menghargai jasa orang lain

Bendahara Seri Amar

Cthnya : Tun Perak dilantik menjadi menteri dan akhirnya sebagai Bendahaa kerana jasanya kepada Melaka

Diraja Raden Anum

6- Sultan yang mempunyai sikap pilih kasih

ii- Tun Kudu

44 Berputerakan : i- Raja Abdullah

Cthnya ; walaupun Seri Wak Raja Bendahara, namun baginda lebih suka mendengar cakap Seri Nara Diraja

45

Sultan Mansur Syah (Raja Abdullah)

PERWATAKAN LATAR BELAKANG WATAK 1. seorang yang baik parasnya, adil dan Nama asal : Raja Abdullah pemurah

2. merupakan sultan yang gemar meluaskan jajahan takluknya baginda

Anakanda kepada : Sultan Muzaffar Syah

3. seorang sultan yang berdaulat Cth : bila baginda menyambahkan Raja China, Raja China mendapat sakit kedal akibat tulah Sultan Mansur Syah

Berkahwin dengan : i . Tun Putih ii . Puteri Onang

4. seorang sultan yang bertanggunjawab terhadap negeri Melaka

Sari

Cth : baginda menyurah laksamana Hang Tuah menghalang tindakan Semerluki yang cuba memusnahkan jajahan Melaka

iii . Raden Galuh Cendera

Kirana

5. mempunyai rasa kemanusian dan sanggup membantu rakan atau kalangan raja di negeri lain

iv . Puteri Hang Liu

6. berpandangan jauh - mentadbir Melaka dengan berusaha menjalin perhubungan dengan kuasa-kuasa besar seperti China, Majapahit dan Siam.

Berputerakan : i- Raden Kelang ii- Paduka Hamimat

7. Mempunyai sikap terbuka dan mahu mengakui kesilapan. 8. Membuat kesilapan besar apabila terburu-buru menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hang Tuah menyebabkan Hang Jebat bangkit memberontak. 9. Menjalankan dasar perluasan kuasa. 10. Bijak - merajakan Raja Muhamad di Pahang – peristiwa sepak raja

46

Sultan Alau’d-Din Riayat Syah ( Raja Ahmad )

PERWATAKAN

47

1. seorang yang gagah perkasa/berani – membenteras kecurian 2. sultan yang adil kerana

LATAR BELAKANG WATAK

Nama asal : Raja Ahmad

Anakanda kepada : Sultan Mansur Syah

Berkahwin dengan : i –seorang anak raja ii- Tun Naja

Berputera-puterikan : i- Raja Menawar ii- Raja Zainal iii- Raja Hitam iv- Raja Muhamad v- Raja Fatimah

48

Sultan Mahmud Syah ( Raja Mamad )

LATAR BELAKANG WATAK

PERWATAKAN

Nama asal : Raja Mamad

1- seorang yang pendendam 2- seorang yang buas nafsu dan sukakan perempuan

Anakanda kepada : Sultan Alau’dDin Riayat Syah

Cth : membunuh keluarga Tun Mutahir kerana inginkan Tun Fatimah yang pada itu telah berkahwin dengan Tun Ali

Berkahwin dengan : i –anak Sultan Muhamad

3- sultan yang mementingkan diri

Syah

4- bersifat zalim Cth : semasa memerintah Melaka, melakukan pembunuhan ke atas Seri Bija Diraja, Tun Ali Sandang dan keluarga Tun Mutahir adalah di luar batas kemanusiaan.

ii- Tun Teja iii-Tun Fatimah

5- mempunyai sikap pilih kasih 6- sultan yang bongkak

49

Cth : tindakan baginda yang menghendaki Puteri Gunung Ledang sebagai permaisuri baginda kerana baginda

50

LATAR BELAKANG WATAK

Gelaran : Bendahara Paduka Raja Anak kepada ; Seri Wak Raja Saudara kepada : I- Tun Kudu ii- Tun Perpatih Putih Tugas : menjadi penghulu bagi orang-orang di Kelang.

Bendahara Paduka Raja (Tun Perak)

Bendahara Paduka Raja ( Tun Perak )

PERWATAKAN 1- seorang yang pintar dan petah bercakap Cth : mematahkan tuduhan dan kata-kata Seri Amerta iaitu Bentera Melaka 2- bijaksana Cth : membuat muslihat sehingga tentera Siam berundur pulang 3- mempunyai pengaruh besar di Melaka 4- menjadi penasihat sultan dalam hal-hal pentadbiran dan pendapat beliau diikuti sultan 5- 51 seorang yang rendah diri 6- taat setia terhadap sultan tidak berbelah bagi 7- memiliki sifat tegas

LATAR BELAKANG WATAK

52 1. Anak kepada Bendahara Seri Nara Diraja Tun Ali.

Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir

53

Watak Dan Perwatakan Pembesar lain

Bil 1

Watak Bendahara Seri Nara Diraja Tun Ali

Latar belakang dan Perwatakan 1. Anak Mani purindam dengan isteri Tun Ratna Sandari 2. Campur tangan dalam rampasan kuasa pada zaman pemerintahan Sultan Abu Syahid 3. Dilantik menjadi bendahara semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah 4. Punca perselisihan di kalangan pembesar (Tun Perak) 5. Berani 6. Bijaksana 7. Bertanggungjawab Melaka.

mengurus

kewangan

kerajaan

8. Ketua kepada samua bendahari, pemungut cukai dan

54

syahbandar

2

Tun Hassan Temenggung

1. Anak Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir 2. Kacak dan segak 3. Taat setia tak berbelah bagi 4. Memandang rendah terhadap pedagang India-Muslim 5. Pilih kasih 6. Gagah berani

3

Tun Bijaya Sura

4

Hang Nadim

55

Watak Dan Perwatakan Golongan wanita

Bil

1

Watak

Latar belakang dan Perwatakan

Tun Fatimah

56

2

Tun Kudu

3

Tun Teja

57

SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR SEPINTAS LALU Sinopsis:

Bab 1 Datu Tan datang lebih awal ke pejabat En. Muhammad (Muhd) dan dia rasa kagum dengan suasana dan kelengkapan yang ada di bilik En. Muhd. Ianya menggambarkan ketokohannya sebagai seorang tokoh koprat. Kehadiran En. Muhd. dengan kejayaannya memperolehi kontrak pembekalan lada hitam dengan syarikat dari Jerman menguatkan lagi keyakinan Datuk Tan akan keupayaan En. Muhd. dalam mengendalikan urusan perniagaan. Kekaguman Datuk Tan juga turut merangkumi ketokohan ayah En. Muhd. Peristiwa seterusnya ialah En. Muhd. mengingatkan Mahani supaya memanggilnya dengan panggilan Pakcik untuk mengelakkan apa saja perasaan antara mereka berdua.

Peristiwa Penting: (Fokus Utama) 1. Kedatangan Datuk Tan ke pejabat En. Muhammad untuk berbincang soal perniagaan dan perdagangan. 2. En. Muhammad seorang tokoh koprat yang berjaya. 3. Kejayaan yang dicapai oleh En. Muhammad . 4. En. Muhammad mahu Mahani memanggilnya dengan panggil pakcik.

- Perpaduan penting dalam sebuah Negara yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Nilai: Kemanusiaan: Kegigihan- dalam perniagaan untuk memperolehi kontrak perdagangan antarabangsa.

Watak dan perwatakan: Peranan En. Muhammad sebagai tokoh koprat yang berjaya: - Orang penting dalam syarikat Serba Dagang Internasional - Peranan sebagai Pengarah Urusan - Seorang yang luar biasa - Dinamik – gigih berusaha mendapat kontrak perdagangan - Unik – orang Melayu yang berjaya ditengah-tengah masyarakat cina

58

- Orang Kanan Datuk Tan – dipercayai menguruskan anak syarikat Tan Enterprise - Rakan Kongsi – 60 % dalam Syarikat

Bab 2 Datuk Tan membaca laporan sejarah salsilah keluarga En. Muhammad yang disediakan oleh seorang professor sejarah yang diupahnya . Ketokohan En. Muhammad yang begitu menonjol menyebabkan dia berminat untuk mengkaji latarbelakangnya. Ini penting untuk kelangsungan urus niaga antaranya dengan En. Muhammad. Satuk Tan juga mempunyai hubungan yang baik dengan sultan, kerana dia pernah menyumbangkan wang untuk projek pembinaan padang golf. Beliau berhasrat untuk memohon gelaran orang kaya wilayah Tualang untuk En. Muhammad . Ianya bertujuan mengukuhkan lagi kedudukannya dalam dunia dagang. Keluarga Datuk Tan juga turut dipaparkan dalam bab ini.

Peristiwa-peristiwa Penting: 1. Salsilah @ asal usul keturunan En. Muhammad diteliti oleh Datuk Tan. 2. Datuk Tan mahu gelaran Datuk Indera Orang Kaya wilayah akan diberikan kepada En. Muhammad . 3. Salsilah keturunan Datuk Tan dan keluarga. 4. Sejarah hubungan perniagaan di antara orang Melayu dan orang Cina. Petikan Penting: m.s 14 & 15 1. Ekonomi - Kegiatan perlombongan bijih timah pernah menjadi penyumbang perkembangan ekonomi Negara. 2. Sosial

- Perpaduan kaum di Negara ini yang terdiri daripada masyarakat majmuk.

Bab 3: Cik Puan Tipah menerima surat dari Jahid yang menjadi penghubung keluarga. Isi kandungan surat tersebut menceritakan tentang projek tanaman orkid yang memang sesuai untuk dijalankan. Jahid juga turut menceritakan tentang perubahan sikap ayahnya Penghulu Mahmud yang mula berkira-kira untuk menjual tanah milik keluarga mereka yang terletak di Jeram Medang. Cik Puan Tipah teringatkan Rahim yang sejak akhir-akhir ini surat yang dikirimnya mulai memperlihatkan sikapnya yang menentang ayahnya.

59

Peristiwa-peristiwa penting: 1. Cik Puan Tipah Terima surat daripada Jahid 2.Ingatan Cik Puan Tipah ketika dia berkahwin dengan En. Muhammad dan baru mengetahui suaminya mempunyai keluarga besar. 3.Isi Kandungan surat tentang projek tanaman orkid di kawasan Jeram Medang. 4. Surat Rahim sejak kebelakangan ini mulai berubah dan mula menentang kemewahan yang menjadi matlamat ayahnya. 5. Penghulu Mahmud yang mahu menjual tanah bagi kerjasama projek antara YB Mohd. Yusof dengan tauke Cina.

Bab 4: Syarifah Muinah sentias resah dan bimbang apabila setiap kali menjelang hari jadi Mahani. Dia takut jika sekiranya Mahani mengetahui yang dia bukanlah ibu kandungnya. Bagi Tan Sri Syed Aris semua itu

tidak penting, kerana mereka berdua memang menyayangi Mahani kerana inilah satu-satunya anak mereka, walaupun Mahani sebenarnya adalah anak kepada Syarifah Naemah iaitu kakaknya sendiri. Syarifah Muinah juga bimbang memikirkan jodoh Mahani yang mula mendapat tempat di hati isteri Penghulu Mahmud. Mahani pula masih dalam kekeliruan dengan perasaannya terhadap 3 orang jejaka yang hadir dalam hidupnya iaitu antara Rahim , Jahid dan juga Robert.

Petikan Penting: m.s 27 & 29

1.Sosial dan budaya -Kasih sayang-Ikatan darah mengikat hubungan yang penuh kasih sayang. -Kepatuhan kepada orang tua -Perkahwinan ganti tikar

60

2. Agama -Guru agama dihormati dan dimuliakan oleh masyarakat -Didikan agama penting dalam pembentukan akhlak dan peribadi seseorang

Bab 5: Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan akan mengadakan lawatan ke Pekan Tualang sempena hari keputeraannya-. Beliau berhasrat untuk membahagikan harta keluarganya mengikut hukum faraid. Tetapi hasratnya itu telah ditentang oleh Jahid kerana bagi jahid maruah perlu dijaga. Penghulu Mahmud kagum dengan Jahid walaupun masih muda tapi mempunyai pemikiran yang matang. Penghulu Mahmud rasa peluangnya untuk mendapat gelaran Orangkaya Indera tipis memandangkan adiknya Muhammad adalah orang kaya yang berpengaruh .En. Muhammad datang menziarahi abangnya di samping untuk memaklumkan tentang projek tanaman orkid di tanah milik keluarga mereka di Jeram Medang dan memaklumkan abangnya tentang gelaran Datuk Indera Orang Kaya . En. Muhammad juga berkesempatan berjumpa dengan rakan-rakan lamanya, melalui mereka En. Muhammad mendapat maklumat penduduk kampungnya masih lagi dibelenggu kemiskinan dan ramai anak-anak muda telah berhijrah ke Bandar.

Petikan Penting: m.s 34 / m.s 35

Aspek kajian 1. Agama

- Pembahagian harta mengikut hukum faraid

2. Soaial dan Budaya

- Ketaatan dan kesetiaan kepada sultan - Orang Melayu bergantung hidup dengan harta pusaka - Maruah dan harga diri golongan bangsawan

4. Ekonomi

- Golongan bangsawan yang memiliki tanah terlalu bergantung kepada hasil pusaka. - Orang Melayu ingin cepat kaya dan mendapat wang yang banyak tanpa berusaha. - Sumber ekonomi orang Melayu bergantung pada sektor pertanian - Tiada kemudahan asas.

61

Bab 6: Sudin dan Sarip meninjau kawasan di sekitar Jeram Medang untuk menyiasat hak milik tanah yang dimiliki oleh keluarga Penghulu Mahmud. Menurut Sarip boleh dikatakan hampir keseluruhan kawasan di situ adalah hak milik keluarga Penghulu Mahmud. Dalam perjalanan mereka telah berjumpa dengan Ali yang sedang mengepalai beberapa orang pemuda yang sedang menebas kawasan hutan di situ. Maklumat yang diperolehi daripada Ali, tanah itu hendak ditanam dengan tanaman orkid . Sudin tidak yakin dengan apa yang diberitahu oleh Ali. Mereka seterusnya telah membuat temujanji untuk berjumpa di rest house pada petang nanti. Mereka terus ke kawasan Jeram Medang untuk berehat , di situ sarip menjelaskan tanah di sekitar kawasan itu juga adalah hak milik keluarga Penghulu Mahmud. Sementara itu Ali telah ke rumah Jahid untuk memaklumkan tentang petemuanya dengan Sudin dan janji temu mereka . Jahid mahu ali menceritakan perihal sebenar tantang tanah yang sedang diusahakan itu tanaman orkid.

Peristiwa-peristiwa Penting

1.Sudin dan Sarip sedang memantau tanah milik keluarga Penghulu mahmud. 2.Sudin menemui Ali ketua projek tanaman orkid untuk mendapatkan maklumat ,seterusnya mereka berjanji untuk berjumpa di rest house. 3. Ali telah memaklumkan kedatangan Sudin kepada Jahid dan Penghulu Mahmud – Jahid mahu Ali berterus-terang sahaja.

Aspek kajian: 1. Petikan-petikan peting m.s 43 dan m.s 50 2. Sosial &Budaya - Pemilikan tanah dan pengaruh golongan bangsawan masyarakat Melayu. 3. Politik

- Sokongan kepada wakil rakyat yang dipilih

Bab 7 Sudin memaklumkan hasil petemuanya dengan Ali kepada Yang Berhormat Muhd. Yusof tentang rancangan En. Muhammad untuk menanam orkid. Walau bagaimanapun YB tidak mempercayainya. Sudin

62

juga berharap agar YB dapat memujuk Penghulu Mahmud untuk bekerjasama dengannya dalam menjayakan projek rumah kos rendah. Kejayaan kerjasama antara mereka sangat penting buat Sudin, kerana dia berharap kejayaan itu nanti akan memudahkannya untuk meminta bantuan YB bagi melangsaikan hutang-hutangnya semasa dia menjadi broker dulu. YB bangga menceritakan tentang kejayaannya membangunkan projek rumah murah di Pekan Tualang. Kelangsungan politik YB bergantung kepada projek kerjasamanya dengan Tauke Chan yang melibatkan tanah Penghulu Mahmud di jeram Medang. Projek tanaman orkid tersebut dilihat sebagai penghalang cita-citanya.

Peristiwa-peristiwa Penting 1. Sudin memaklumkan kepada YB Mohd. Yusof , Ali memberitahu tanah tersebut hendak ditanam dengan orkid. 2. Sudin berharap agar YB dapat membantunya menyelesaikan maslah hutang-hutangnya. 3.Sudin berharap agar YB dapat mempengaruhi P. Mahmud untuk menjual tanah-tanahnya 4. YB berasa bangga kerana telah berjaya membangunkan Pekan Tualang dengan projek rumah murah. 5.YB berasa kedudukan keluarga P. Mahmud sebagai pemilik tanah terbanyak akan menganggu cita-citanya.

Aspek kajian: Petikan Penting:

m.s. 51 & 59

1. Ekonomi – Kebanyakkan orang Melayu bergantung hidup pada sektor pertanian sebagai sumber ekonomi mereka. - Tidak memiliki rumah sendiri

Bab 8: En. Muhammad berbincang dengan Tan Sri Syed Aris tentang projek mereka hendak membuka ladang lada hitam di Johor. En. Muhammad mengingatkan Tan Sri agar tidak menyamakan falsafah politik dengan perniagaan apabila beliau menjelaskan tentang hasrat kerajaan sekurang-kurangnya 30 % ekonomi Negara dimiliki oleh orang Melayu. En. Muhammad kemudian ke hotel untuk berjumpa YB bagi

63

menyelesaikan masalah berhubung dengan pembangunan wilayah Tualang. YB dan En. Muhammad mempunyai misi yang sama iaitu untuk membangunkan kawasan tersebut dan membantu penduduknya. YB menjelaskan tentang rancangannya untuk bekerjasama dengan tauke Chan dalam projek perumahan untuk membantu penduduk yang tidak memiliki tanah dan rumah dan Penghulu Mahmud telah bersetuju untuk menjual tanahnya. En. Muhammad mengingatkan YB bahawa kerjasama tersebut seumpama bekerjasama dengan harimau. Sebenarnya YB Cuma mengambil kesempatan di atas kesediaan Tauke Chan untuk membiayai projek tersebut dengan syarat beliau dibenarkan untuk membina rumah untuk orang-orang Cina di Pekan Tualang yang tidak mempunyai tanah. Akhirnya kedua-duanya mencapai kata sepakat untuk bekerjasama bagi kepentingan masing-masing, En, Muhammad untuk kepentingan peniagaan manakala YB pula untuk kelangsungan politiknya.

Peristiwa-peristiwa Penting 1. Pertemuan antara En.Muhammad dengan YB Mohd.Yusof untuk berkongsi pendapat tentang pembangunan di wilayah Tualang. 2.YB menerangkan tentang kerjasamanya dengan tauke Chan untuk membangunkan wilayah Tualang.- Penghulu Mahmud telah bersetuju untuk menjual sebahagian tanahnya di Jeram Medang. 3. En.Muhammad memaklumkan yang dia juga hendak membangunkan wilayah Tualang dengan membuka kembali perusahaan perlombongan dan juga mahu memajukan tanah milik keluarganya dengan projek tanaman orkid. 4. Kedua-dua bersetuju untuk bekerjasama bagi memajukan wilayah Tualang di samping menjaga kepentingan mereka.

Aspek kajian 1. Ekonomi-Penglibatan orang Melayu dalam dunia perniagaan selaras dengan dasar kerajaan iaitu DEB, 30 % (hlm 61) 2. Politik-Politik yang berasaskan perkauman akan menjejaskan hubungan antara kaum.(hlm.61) 3. Moral-Golongan politik/peniaga minum minuman keras (hlm 64) 4. Sosial-Kemewahan dalam hidup membawa kemudaratan-(hlm 66)

Petikan penting: 1. Halaman 61

64

2. Halaman 69

Bab 9 Minyak wangi yang dipakai oleh mahani mengingatkan En. Muhammad kepada anaknya Ana. En. Muhammad bertanyakan Mahani kenapa surat Rahim ada diatas mejanya. Mahani memberitahu surat tersebut dialamatkan atas nama Pengarah Urusan. En. Muhammad meminta pendapat Mahani tentang surat tersebut, Mahani berpura-pura tidak memahaminya, sebenarnya dia telah pun membacanya. En. Muhammad pernah menulis surat kepada Rahim supaya menumpukan perhatian kepada pelajaran dan tidak berfikir perkara yang lain.

Petikan Penting: 1. Halaman 7

Bab 10 Mahani tidak dapat tidur memikirkan tentang surat Rahim yang diminta oleh En. Muhammad supaya dia beri komen. Sebelumnya Mahani meminta bantuan walid dan uminya untuk beri pendapat. Mahani keliru tentang perasaanya terhadap Rahim. Dalam masa yang sama Jahid juga turut hadir di hatinya. Keesokkannya Mahani kecewa kerana walidnya telah pun keluar sebelum sempat dia mendapat pandangan walidnya. Uminya S.Muinah berharap agar Mahani dan Rahim akan bersatu. Pada pandangan Uminya surat Rahim itu sebenarnya adalah luahan hati Rahim yang mencintainya

Peristiwa-peristiwa Penting: 1. Mahani keliru dengan perasaanya dan sedang berfikir bagaimana cara untuknya memberi jawapan kepada En. Muhammad. 2. Mahani juga turut keliru dengan perasaannya terhadap Rahim dan juga Jahid. 3. S. Muinah mahu Mahani dijodohkan dengan Rahim kerana dia berpendapat surat Rahim sebenarnya adalah luahan hatinya yang mencintai Mahani.

Aspek kajian

65

1. Persoalan Kasih sayang- ibubapa seringkali menpunyai nilai kasih sayang yang tinggi dan sentiasa mahu yang terbaik untuk anak-anak mereka. Cth: S. Muinah yang mahu menjodohkan Mahani dengan Rahim kerana mahu yang terbaik untuk Mahani demi kasihnya kepada Mahani.

2. Akhlak dan budi mulia menjadi aset penting kepada seseorang pada pandangan masyarakat. Cth: S. Muinah selalu menekankan tentang akhlak dan berbudi mulia kepada Mahani, sehingga Mahani sering menjadi sebutan isteri Penghulu Mahmud yang cukup berkenan dengan akhlak dan budi mulia Mahani. (hlm 85)

3. Nilai Keagamaan :Halaman 81

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Surat Rahim yang dihantar beralamatkan Pengarah urusan telah dibaca oleh Mahani tanpa pengetahuan En. Muhammad. En. Muhammad mahu Mahani memberi komen tentang isi kandungannya.

2. Surat yang ditulis Rahim menunjukkan perubahan sikap Rahim yang mula menentang golongan kaya yang tamak.

Bab 11

66

Ketika Sudin iaitu wakil kepada wakil rakyat sampai di kedai Pak salim semua pemuda di situ keluar. Sudin berbual dengan Pak Salim tentang sikap dingin ayahnya. Mengikut Pak Salim keadaan itu berpunca daripada perselisihan faham yang dikatakan berkait dengan politik. Pak Salim kenal Sudin sejak dari kecil lagi dan hubungannya dengan ayah Sudin juga rapat kerana mereka pernah belajar agama bersama. Sudin sedar kemarahan ayahnya kerana dirinya yang tidak warak, kahwin cerai dan penglibatannya dalam membawa diri.Pak Salim menasihatinya supaya Sudin pulang ke rumahnya untuk menyelesaikan masalahnya dengan ayahnya. Peristiwa-peristiwa Penting: 1.Sudin tidak digemari oleh pemuda kampong kerana menjadi wakil wakil rakyat ayahnya juga bersikap dingin dengannya. 2.Sudin sedar kerenggangan hubungan dia dengan ayahnya kerana dia tidak warak , kahwin cerai dan terlibat dengan politik. 3.Sudin membawa diri kerana kecewa tidak dapat kahwin dengan gadis idamannya 4. Pak salim menasihatinya supaya pulang ke rumah untuk menyelesaikan masalahnya dengan ayahnya.

Petikan Penting: 1. Halaman 90 - 91 (perenggan akhir dan ke-2) 2. Halaman 92 (perenggan 6) Aspek kajian 1. Persoalan Agama- Golongan agama(pandangan masyarakat) Cth: Siapa dan kenapa (hlm 89 dan 91) 2. Persoalan politik – Fahaman politik Cth: (hlm 89)

Bab 12 Sudin dapat merasai akan kedinginan hubungan dengan ayahnya. Namun dia sedar yang dia perlu bersemuka untuk menyelesaikannya. Imam Saad memberitahu bahawa dia mendengar khabar yang mengatakan Sudin melarikan Gayah, Sudin menafikan tuduhan tersebut. Imam Saad juga memberitahu Sudin tentang kenapa mereka tidak meminang Gayah- Ini semua berpunca dari persengketaan keluaga yang berkurun lamanya telah menghalangnya untuk berbuat demikian. Imam Saad memberitahu bahawa keluarga Penghulu Mahmud memandang hina mereka kerana persengketaan tersebut. Imam Saad juga tidak mengetahui siapa yang sebenarnya menyebarkan berita tentang Sudin melarikan Gayah, dia mahu Sudin menyiasat sendiri siapa yang menyebarkan berita tersebut.

Peristiwa-peristiwa Penting: 1. Hubungan Sudin dengan ayahnya dingin. 2. Imam Saad memberitahu Sudin tentang khabar 67 yang Sudin telah melarikan Gayah. 3. Sudin kesal dengan tindakan ayah dan ibunya yang tidak meminang Gayah dulu. 4. Imam Saad menceritakan tentang persengketaan keluarga antara keluarganya dengan keluarga

Aspek kajian 1. Kasih sayang – kasih sayang ibu bapa terhadap anak berpanjang walau pun anak-anak melukakan hati mereka namun mereka akan tetap menyayangi anak-anak mereka. Cth: Mak Minah dan Imam Saad tetap menyayangi Sudin walaupun Sudin pernah menyakiti hati mereka dengan tindakkanya berkahwin tanpa pengetahuan mereka. 2. Hormat kepada orang tua 3. Berani

Petikan Penting: 1. Hlm. 103 & 99 Bab 13 Akibat kemalangan yang telah menimpanya Sudin terpaksa terlantar di hospital, Sudin sedar kejadian itu sebenarnya adalah perbuatan khianat. Sudin cuba mengingatkan kembali rentetan peristiwa sehingga dia terlantar di hospital. Dia yakin dan cam suara orang yang telah memukulnya namun dia tiada bukti untuk melaporkan kejadian tersebut pada polis. Semasa di Balai Raya dia mendapat berita dari rakan-rakannya yang mengatakan dia telah melarikan Gayah. Di hospital beliau telah diziarahi oleh YB bersama dengan Jahid, kehadiran Jahid menimbulkan tanda Tanya. Sudin berharap agar YB datang menziarahinya seorang diri kerana dia ingin mendapatkan maklumat tentang kerjasama YB dengan Tauke Chan. Ini penting baginya kerana kejayaan projek itu akan menyelesaikan masalah hutang-hutangnya.

Peristiwa-peristiwa Penting: 1. Sudin terlantar di hospital akibat kemalangan dan dibelasah oleh Mat Akil 2.Sudin teringatkan kembali peristiwa bagaimana dia boleh terlantar di hospital, dia pasti orang yang telah menganiayainya ialah Mat Akil namun dia tiada bukti. 3. Kehadiran Jahid bersama dengan YB ketika melawatnya menimbulkan tanda Tanya di benak Sudin. 4. Sudin sebenarnya ingin mendapat maklumat tentang kerjasama YB dengan Tauke Chan.

68

Aspek kajian

1. menziarahi orang yang sakit adalah merupakan unsur positif yang perlu dilakukan oleh semua orang. Cth: Jahid dan YB menziarahi Sudin yang terlantar di hospital kerana telah dipukul oleh orang yang tidak dikenalinya.

2. Sabar dan tabah dalam mengahdapi dugaan tuhan. Cth: Sudin masih sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan tuhan iaitu dia telah dipukul oleh mereka yang tidak diketahuinya tanpa sebab.

Petikan-petikan penting:

1. Halaman 108 2. Halaman 112

Bab 14 En. Muhammad berasa tenang setelah mendekatkan dirinya dengan tuhan, dia berdoa agar penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang akan mendapat kejayaan. Bagi beliau nasib penduduk Kampung Pulai akan berubah dan kehidupan mereka akan lebih terjamin. Beliau juga resah dengan hasrat Datuk Tan yang mahu mengurus sendiri syarikat tersebut tetapi dia tidak mahu bertanggung jawab sebelum urusan tanah diselesaikan. YB telah berusaha untuk membantu mereka menyertai rancangan FELDA . En. Muhammad juga berharap agar abangnya akan dilantik sebagai Orang kaya Indera ini penting untuk menjamin perusahaan perlombongan itu nanti berjalan dengan lancar. Beliau bercadang untuk mengadakan sambutan besar-besaran sempena perlantikan abangnya sebagai OrangKaya Indera Datuk Mahmud. Ini adalah untuk mengambil hati penduduk di Pekan Tualang supaya perusahaan perlombongannya tidak ditentang. Dan mereka nanti senang untuk dipujuk berpindah ke rancangan FELDA.

Peristiwa-peristiwa Penting

69

1. En. Muhammad beribadat untuk mendapat petunjuk daripada Tuhan sempena penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang. 2. En. Muhammad berasa keliru dengan keputusan Datuk Tan yang mahu mengurus sendiri

Aspek kajian 1. Kerajinan – hlm. 115 2. Sayangkan kampung halaman – 114 3. Menghormati dan mengagungkan raja sebagai lambang kedaulatan.

Isu Penting: Alasan-alasan kenapa En.Muhammad mahu abangnya Penghulu Mahmud menerima gelaran Orang Kaya Indera Wilayah Tualang yang membawa gelaran datuk. 1. Gelaran tersebut adalah milik keluarga En. Muhammad yang diwarisi secara turun temurun. Penghulu Mahmud paling layak kerana dia adalah anak sulung dalam keluarga Datuk Idris. 2. Untuk mengelakka kerjasama antara Penghulu Mahmud dengan Tauke Chan dalam projek perumahan kos rendah di Jeram Medang, senario tersebut boleh mengagalkan rancangannya untuk membuka syarikat perlombongan. 3. Gelaran tersebut merupakan satu penghormatan kepada Penghulu Mahmud dan juga kepada penduduk Kampung Pulai ini adalah kerana Penghulu Mahmud sebenarnya berasal dari Kampung Pulai.

70

4. Kebaikan yang ditunjukkan olej En. Muhammad akan menambat hati penduduk kampung Pulai, anggapan mereka En. Muhammad tidak mementingkan diri sendiri – rancangan untuk melombong di Kampung Pulai tidak akan ditentang.

Petikan Penting: 1. Hlm – 114 2. Hlm. 116 3. Hlm. 118

Bab 15: Mat Akil ke Kuala Lumpur untuk mencari Gayah. Dia sebenarnya pernah tinggal dan bekerja sebagai budak jaga kereta bersama dengan Kassim di Kuala Lumpur. Kedatangannya ke KL bersama dengan sejumlah wang yang dibawa kiriman rakan-rakannya membimbangkan dia. Di KL ramai penyeluk saku, Dia berharap dia dapat berjumpa dengan Kassim untuk membantunya mencari Gayah. Tapi nasibnya malang kerana Kassim yang dicari telah berhenti kerja, mujurnya rakan Kassim yang bernama Ali mahu membantunya mengesan di mana Kassim bekerja. Mat Akil sebenarnya bercita-cita untuk menjadi menantu saudara kepada En. Muhammad kerana dia dapat merasakan banyak peluang yang akan terbuka untuknya nanti. Ketika di Wisma Yakin dia terlihat Kassim yang menurunkan Sudin dan Jahid. Mat Akil terus mendapatkan Kassim, mengikut Kassim dia telah 2 bulan bekerja dengan En. Muhammad setelah Ali pemandunya ditugasjan untuk mengendalikan lading orkid di Jeram Medang.

Peristiwa-peristiwa Penting: 1. Mat Akil ke Kuala Lumpur untuk mencari Gayah di samping meminta bantuan Kassim tetapi nasibnya kurang baik Kassim telah lama berhenti kerja. 2. Mat Akil terlihat Sudin dan Jahid keluar dari kereta yang dipandu oleh Kassim. 3. Mat Akil bertemu dengan Kassim tetapi tidak jadi menabur fitnah tentang Sudin,

Aspek kajian: 1. Perasaan simpati dan belas kasihan Cth: Ali dan Atan yang mengajaknya tinggal dengan mereka dan berjanji untuk membantu Mat Akil untuk mencari Kassim.

71

2. Masyarakat bandar sukakan hiburan- disko dan kelab malam merupakan sebahagian daripada kehidupan warga kota. Cth: Mat Akil sering ke disko dan kelab malam berkawan dengan anak orang-orang kaya.

3. Gejala maksiat berlaku secara meluas – maksiat menjadi-jadi di bandar kerana sikap anggota masyarakatnya yang tidak mempedulikan hal orang lain. Cth: minah menjadi perempuan simpanan pada Mr. Wong yang menyewa disebuah pangsapuri di belakang Medan Tuanku.

4. Gejala sosial menjadi sebahagian dari fenomena biasa di bandar – kehidupan di bandar yang mencabar menyebabkan ada yang tewas dan terlibat dengan gejala sosial. Cth: kegiatan menyeluk saku berlaku dengan serius di Selangor Mansion seperti yang digambarkan oleh pengarang menerusi watak Mat Akil yang sentiasa berhati-hati memegang kocek seluarnya bimbang diseluk orang.

5.Sikap pemandu di bandar tidak mematuhi peraturan jalan raya- mereka suka potong-memotong dan mencelah tanpa menghiraukan keselamatan orang lain. Cth: Kasim menceritakan keadaan pemandu di Kuala Lumpur kepada Mat Akil (hlm 129)

Petikan Penting: 1. Hlm. 122 2. Hlm. 125

Bab 16 Bas sewa khas yang akan membawa rombongan perkahwinan Sudin dan Gayah ke Kuala Lumpur telah tiba di Kampung Pulai menjadi perhatian kanak-kanak, sehingga menyebabkan anak Pak Salim menasihati pemandunya supaya berhati-hati. Mat Akil dan rakan-rakanya menganggap diri mereka sebagai kucing kurap kerana tidak diundang menghantar rombongan perkahwinan Sudin. Pemandu bas itu memberitahu anak Pak Salim basnya menghadapi masalah kekurangan angin dan terpaksa ke pekan dahulu. Mat Akil kecewa dengan budak yang diupahnya untuk merosakkan tayar bas sebaliknya dia hanya mengurangkan angin sahaja. Mat Akil dapat rasa Sudin telahpun menang pertandingan untuk memiliki Gayah. Kekecewaan dan kemarahan menyebabkan Mat Akil pulang ke rumah Pak Alangnya kemudian mencuri sejumlah wang dia kemudiannya ke rumah Sudin dan dia telah menajisi cadar pengantin Sudin.

72

Peristiwa-peristiwa Penting: 1. Perkahwinan Gayah dan Sudin akan dilangsungkan di KL 2. Mat Akil yang kecewa telah mengupah seorang budak untuk merosakkan tayar bas, tetapi malangnya budak itu hanya mengurangkan angin tayar bas. 3. Mat Akil menyedari Sudin telahpun berjaya dalam pertandingan merebut Gayah dan ini menyebabkan kemarahannya memuncak. 4. Mat Akil menncuri wang Mak Alangnya dan telah menajisi cadar pengantin Sudin.

Bab 17 Rumah En. Muhammad telah menjadi tempat kenduri perkahwinan antara Sudin dan Gayah, suasana di rumah itu meriah dengan ramai yang hadir. En. Muhammad rasa bertanggungjawab ke atas Gayah kerana abangnya Yaakob telah meninggal dunia. En. Muhammad rasa bersyukur kerana perkahwinan yang dicadangkan oleh YB itu telah menjadi kenyataan. Perkahwinan tersebut diharap akan menjadi penyambung silaturahim antara dua keluarga yang pernah bersengketa suatu masa dulu. Ianya akan menyatukan dua keluarga yang cukup berpengaruh iaitu keluarga Penghulu Mahmud dan juga Imam Saad.

Peristiwa-peristiwa Penting: 1. Perkahwinan antara Sudin dan Gayah telah dilangsungkan di rumah En. Muhammad. 2. En. Muhammad seolah-olah berlakon apabila dia begitu ramah dengan beberapa orang tua kampong Pulai, dia tidak berniat jahat sebaliknya cuba mencari pengaruh. 3. En. Muhammad melihat perkahwinan antara Sudin dan Gayah yang menyatukan dua keluarga yang berpengaruh akan memudahkan urusannya memenangi hati penduduk kampong Pulai. 4. Hubungan antara En. Muhammad dengan Imam Saad mula terjalin.

Aspek kajian

73

1.Perkahwinan – ianya merupakan tuntutan dalam agama. Cth: Perkahwinan antara Sudin dan Gayah – yang telah mengeratkan hubungan silaturahim dan memadamkan perasaan dendam dan sengketa antara dua keluarga.

2.Perasaan dendam dan persengketaan akan memutuskan hubungan silaturahim Cth: Konflik keluarga antara keluarga Imam Saad dan keluarga En. Muhammad menyebabkan hubungan antara mereka menjadi renggang – terbukti apabila ibubapa Sudin tidak meminang Gayah untuk Sudin bimbang tidak diterima.

3. Merendah diri merupakan amalan yang boleh meninggikan maruah dan dipandang mulia. Cth: En. Muhammad bersikap rendah diri, walaupun dia seorang tokoh koprat yang telah berjaya, tetapi dia dilihat sebagai seorang yang bersikap mulia apabila kemesraan dan keramahannya melayan tetamu mendapat pujian.

4. Golongan tua dan mereka yang mempunyai kekuatan dari segi agama seharusnya dihormati. Cth: Imam Saad dihormati sebagai orang tua dan Imam di kampung Pulai oleh En. Muhammad dalam usahanya memeenangi hati penduduk kampung Pulai.

5. Bersyukur

halaman 147

6. Keberanian halaman 147 7. Berjasama Bab 18 Sudin dilantik menjadi Pegawai Hubungan raya SLLT, beliau telah diamanahkan untuk membentuk jawatan kuasa bagi mengadakan sambutan sempena kunjungan Sultan ke Wilayah Tualang. Mat Akil juga turut disenaraikan dalam AJK tersebut. Ini adalah untuk mengelakkan Mat Akil dan rakan-rakannya dari menghuru-hara keadaan. Di samping itu juga, penglibatan beliau adalah untuk memudahkan urusan jual beli tanah nanti kerana Mat Akil juga memiliki tanah. Tuk Empat Dahlan juga diminta pandangannya berhubung dengan penglibatan Mat Akil di samping itu juga beliau adalah salah seorang yang berpengaruh yang harus didekati untuk meudahkan urusan tanah nanti.

Peristiwa-peristiwa Penting: 1. Sudin dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Raya SLLT. 2. Sambutan besar-besaran perlantikan Penghulu Mahmud sebagai Datuk Orangkaya Indera akan diadakan dan akan melibatkan semua pihak yang menelan belanja RM 10, 000.00 ditanggung oleh En. Muhammad. 3. Mat Akil dan rakan-rakannya juga turut disenaraikan sebagai AJK dalam jawatankuasa sambutan. 4. Jahid dan Sudin menemui Tuk Empat Dahlan bagi mendapat pandangannya serta untuk 74 mempengaruhinya.

Aspek kajian 1. Maruah dan harga diri-maruah adalah aset dan harga diri seseorang yang jika ianya tercemar boleh menyebabbkan masyarakat akan memandang hina. Maruah dan harga diri merupakan aset penting yang perlu dijaga dan dipertahankan. Cth: Mak Minah melihat perbuatan memberaki cadar pengantin anaknya sama dengan perbuatan orang meludahi mukaanya sendiri. Begitu juga dengan Gayah yang masih berasa malu dengan penghinaan tersebut. Cth: Sudin berazam untuk membalas dendam bagi mengembalikan maruah dan harga diri keluarganya yang dihina dengan perbuatan Mat Akil yang memberaki cadar pengantinnya.

2. Yakin dan bersifat optimist serta memandang ke depan akan membawa kejayaan. Cth: Sudin sentiasa berpandangan jauh dan akhirnya berjaya dalam hidupnya apabila dia dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Raya syarikat Lombong Lemah Tualang.

3. Rasional – Tindakan En. Muhammad melibatkan Mat Akil dalam jawatankuasa kecil perayaan untuk mengelakkan mereka dari terasing yang nanti boleh menyebabkan mereka bertindak di luar kawalan.

Bab 19 Isi surat yang dibaca oleh Mahani menbayangkan Rahim menentang penubuhan Syarikat Lombong tersebut. Bagi Rahim tindakan ayahnya seperti memusnahkan sebuah kampong. Kebanyakkan surat Rahim yang diterimanya menjelaskan Rahim tidak bersetuju dan menentang apa yang dilakukan oleh ayahnya tambah mengelirukan apabila Rahim membuat kesimpulan yang tindakan ayahnya akan menganiayai penduduk di Kampung Pulai . Mahani sedar perasaannya terhadap Rahim , berikutan kenyataan Rahim mengatakan antara mereka berdua tidak pernah berubah tetap seperti dulu. Mahani resah dan keliru dengan kenyataan Rahim yang sentiasa menentang ayahnya. Mahani dapat merasakan apa yang berlaku kerana Rahim tidak dinyatakan dengan jelas situasi sebenar di Kampung Pulai. Mahani telah mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Jahid bagi mendapat maklumat selanjutnya untuk diberitahu kepada Rahim.

75

Peristiwa-peristiwa Penting 1. Surat Rahim membayangkan penentangannya terhadap penubuhan SLLT yang pada pandangannya akan memusnahkan sebuah kampong. 2. Hubungan antara Rahim dengan Mahani menjadi semakin intim dimana mereka saling berutus surat. 3. Mahani mengambil keputusan untuk bertemu dengan Jahid bagi mendapat maklumat lanjut tentang situasi Kampung Pulai untuk disampaikan kepada Rahim.

Aspek kajian 1. Solat boleh membantu menenangkan perasaan yang becelaru. (hlm 162) 2.Agama merupakan pegangan yang boleh melindungi seseorang dari terjebak ke kancah maksiat. 3.Bersyukur 4.Simpati

Bab 20 Di kedai Pak Salim orang mulai bercakap tentang pampasan yang akan diterima, senario itu telah mencetuskan pertengkaran di antara mereka yang memiliki tanah diwakili oleh Mat Akil dengan penduduk yang menumpang tanah orang lain.diwakili oleh Kemat Jerangkung. Sudin yang kebetulan berada di situ telah berjaya meleraikannya. Sudin kemudiannya mengarahkan Mat Akil yang telah menjadi orang penting Sudin untuk mengedarkan risalah berhubung dengan perpindahan penduduk kampong. Majlis penerangan itu akan diadakan pada hari jumaat dan jamuan disediakan. YB akan memberi penerangan tentang projek perpindahan penduduk ke rancangan FELDA. Penduduk di situ belum mengetahui tujuan sebenar rancangan tersebut. Sudin juga bimbang sekiranya ada yang tidak mahu berpindah, ini kerana tugasnya adalah memastikan semua orang akan berpindah. Sejak sambutan perayaan Penghulu Mahmud mendapat gelaran Datuk Indera penduduk Kampung Pulai mulai dapat dimenangi begitu juga dengan perubahan Mat Akil walaupun Sudin dapat merasakan bahawa perubahan itu tidaklah sepenuhnya.

76

Peristiwa-peristiwa Penting: 1. Berlaku pertengkaran di antara penduduk yang memiliki tanah dengan penduduk yang tidak ada tanah. 2. Mat Akil dan rakan-rakanya mulai terlibat secara langsung dalam projek SLLT. 3. Penduduk Kampung Pulai tidak mengetahui muslihat sebenar disebalik perpindahan mereka ke rancangan FELDA yang diuruskan oleh YB. 4. Sudin sedar penduduk Kampung Pulai sudah dapat dimenangi dan Mat Akil masih belum berubah sepenuhnya.

Aspek kajian

1. Kebijaksanaan dan kepintaran Cth: En. Muhammad seorang yang pintar dalam menjalankan rancangannya sehingga tindakan-tindakan negatif yang dilakukan tidak dapat dikesan.

2. Keagamaan – solat jumaat wajib 3. Keberanian Cth: Kemat Jerangkung berani mempertahankan pendapatnya 4. Mengenang budi Cth: Sudin merakamkan ucapan terima kasih kepada Mat Akil dan rakan-rakannya kerana membantu.

Bab 21 Golongan pemuda sedang sibuk memasak bagi jamuan sempena majlis penerangan YB tentang penyertaan penduduk Kampung Pulai ke rancangan FELDA. Mat Akil menyampaikan maklumat kepada Sudin tentang ada pihak-pihak tertentu yang telah datang memujuk penduduk Kampung Pulai supaya menjual tanah mereka. Namun semuanya dapat diatasinya. Majlis itu turut dihadiri oleh En. Muhammad , selepas YB berucap ringkas majlis diteruskan dengan ucapan En. Muhammad, beliau berjanji akan membayar pampasan yang sewajarnya kepada mereka yang tidak memiliki tanah dan menumpang di tanah keluarganya. Sudin kesal dengan tindakan En. Muhammad yang tidak menjelaskan tentang SLLT. En.

77 Peristiwa-peristiwa Penting: 1. Majlis jamuan diadakan di surau Kampung Pulai bagi meberi penerangan tentang perpindahan

Muhammad mengambil kesempatan itu untuk beramah mesra dengan penduduk kampong termasuklah Mat Akil.

Aspek kajian: 1. Keagaman – Solat jumaat wajib kepada semua orang lelaki yang telah akil baligh Cth: Surau Kampung Pulai ada ketikanya tidak dapat mengadakan solat Jumaat kerana tidak cukup 40 orang makmun yang hadir, imam Saad terpaksa mengimamkan solat zohor sahaja.

2. Kerjasama – Kebiasaannya jika ada kenduri kendara masyarakat kampung akan saling bekerjasama untuk menjayakannya. Cth: Semasa majlis penerangan ke rancangan Felda , pemuda-pemuda kampung sibuk menguruskan kerja masak-memasak di sabak dan menguruskan balai tempat berjamu.

3. Keramahan dan kemesraan boleh mengeratkan hubungan silaturahim Cth: Keramahan dan kemesraan En. Muhammad mendapat pujian dan memudahkan penduduk Kampung Pulai mendekatinya.

4. Simpati- En. Muhammad amat bersimpati dengan nasib penduduk kampung Pulai yang masih lagi miskin beliau berazam membantu mereka dengan menempatkan mereka di rancangan Felda.

78

5. Hormat-menghormati – Penduduk kampung Pulai menghormati Datuk Indera Mahmud dan En. Muhammad sebagai pihak yang telah banyak membantu mereka .

Bab 22 En. Muhammad tidak memahami tindakan Datuk Tan yang tidak mahu bekerjasama dengan syarikat orang putih. Disamping mahu 2 jawatan penting dalam SLLT.Bagi En. Muhammad ia akan menjanjikan pulangan yang cepat tanpa risiko. En. Muhammad kini mulai yakin penduduk Kampung Pulai telah dimenanginya , ini berdasarkan sambutan ketika majlis yang diadakaqn sebelumnya. Persoalan yang kini timbul ialah tanah yang dimiliki oleh golongan tua yang mereka ini tidak layak untuk menyertai rancangan FELDA. Mereka pula adalah golongan penting dan berpengaruh. En. Muhammad berharap agar YB dapat menyelesaikannya . Antara rangkanya Imam Saad akan dilantik menjadi imam di Pekan Tualang dan Tuk Empat Dahlan pula akan mengantikan abangnya sebagai penghulu. En. Muhammad seterusny memaklumkan kepada Cik Puan Tipah tentang surat Rahim yang diterimanya.

Peristiwa-peristiwa Penting: 1. En.Muhammad yang mahu menggunakan khidmat syarikat asing tidak dipersetujui oleh Datuk Tan. 2. En. Muhammad mulai yakin hati penduduk kampong Pulai sudah dapat dimenanginya. 3. Kebimbangan yang mungkin akan menyulitkan keadaan ialah tanah yang dimiliki oleh golongan tua dan mereka berpengaruh- beliau berusaha mengatasinya dengan harapan Imam Saad akan dilantik sebagai Imam di Pekan Tialang dan Tuk Empat Dahlan sebagai penghulu.

Aspek kajian: 1. Politik Peranan dan tanggungjawab wakil rakyat ialah untuk membela nasib rakyat dalam kawasan yang diwakilinya. Cth: YB Muhd. Yusof bersungguh-sungguh dalam menjayakan rancangan penempatan penduduk kampung Pulai ke rancangan Felda kerana rasa bertanggungjawab mengubah cara hidup mereka yang masih miskin. 2. Pengaruh orang tua yang berjawatan dan disegani kerana agamanya.

79

Golongan tua terutama yang berjawatan dan berimam mempunyai pengaruh dan kedudukan yang dihormati di kampung. Cth: En. Muhammad sering berfikir tentang golongan tua ini yang boleh menjadi penghalang kepada kejayaan cita-citanya , antara mereka ini ialah Tuk Empat Dahlan yang memgang jawatan sebagai ketua kampung, Imam Saad imam di Kampung Pulai serta P.Salim . 3.Strategi Perniagaan dan perdagangan Perniagaan dan perdagangan yang berjaya tidak boleh melibatkan sebarang sentiman atau emosi. Cth: En. Muhammad menolak unsur-unsur sentimen dan emosi dalam urus niaganya sehingga dia pernah menolak kontrak peniaga-peniaga kecil semasa dia berkhidmat dengan syarikat Inggeris.

Bab 23 Sani datang berjumpa dengan Sudin untuk meminta bantuannya menyelesaikan masalah hutanghutangnya. Ini kerana dia sudah pun ada idea untuk menyelesaikannya . Apa yang dimintanya bantuan untuk diperkenalkan dengan Pengurus Syarikat Kewangan. Sudin telah berjanji untuk membantunya tetapi bukan apa yang dicadangkan oleh Sani. Sudin sebaliknya menawarkan kerja kepada Sani sebagai wakil wakil rakyat – Ini kerana Sudin ingin menggunakan situasi sani bagi membantu En. Muhammad menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan Imam Saad. En. Muhammad mahu Sudin menggunakan situasi itu untuk memerangkap Sani tanpa disedarinya.

Peristiwa-peristiwa Penting: 1. Sani datang berjumpa dengan Sudin untuk meminta bantuannya yang terdesak untuk menyelesaikan hutang-hutangnya. 2.Sudin mengesan yang masalah Sani dapat dieksploitasi untuk kepentingan rancangan En. Muhammad. 3. Sudin telah memaklumkan kepada En. Muhammad akan peluang tersebut dan dia minta Sudin mengurusinya dan beri apa yang diminta oleh Sani supaya dia tidak mengsyaki nya.

80

Aspek kajian: 1. Ikhlas dan jujur Cth: Sudin sanggup membantu sani dari kehidupannya yang dikelinlingi hutan dengan menawarkan kerja sebagai wakil kepada wakil rakyat. 2. Semangat setiakawan 3. Tolong-menolong

Petikan penting: Halaman 186

Bab 24 Rahim akan pulang ke tanah air pada bulan Julai dan mengikut Jahid Rahim akan bekerja di SLLT sebagai pegawai pengurusan perlombongan. Topik tentang Rahim menjadi isi perbualan di antara Jahid dengan Mahani. Mahani cuba menggunakan kesempatan tersebut untuk mengcungkil maklumat yang berkaitan tentang perpindahan Penduduk Kampung Pulai ke Rancangan FELDA. Jahid pula bertanyakan tentang hubungan Rahim dengan Mahani. Mahani berharap agar maklumat itu nanti akan disampaikan kepada Rahim dan penentangan Rahim terhadap rancangan ayahnya dapat dibendung.

Peristiwa-peristiwa Penting: 1. . Rahim menjadi topik/ isu perbincangan di antara Mahani dan Jahid.

2. Surat-surat Rahim banyak yang menentang ketidakadilan/ penganiayaan terhadap penduduk Kampung Pulai

3. Mahani cuba mendapat maklumat daripada Jahid tentang perpindahan penduduk ke rancangan Felda untuk disampaikan kepada Rahim.

4. Mahani keliru siapa yang hendak disebelahinya dan harap penentangan Rahim terhadap ayahnya dapat dibendung.

81

Aspek kajian

1. Pendidikan- ilmu pengetahuan penting dalam kehidupan dengannya status dan kedudukan seseorang akan di pandang mulia. Cth: En. Muhammad mementingkan pendidikan dimana dia telah menghantar Rahim ke universiti terkenal di London dan telah berjaya memperolehi ijazah .

2. Kesabaran dalam menghadapi sesuatu masalah adalah kunci kejayaan. En.Muhammad seorang yang tenang dan sabar dalam menghadapi tentangan daripada penduduk Kampung Pulai terutama dalam kes penempatan penduduk ke rancangan Felda.

Petikan penting: Hlm 194

Bab 25 Berita tentang kehadiran keluarga Datuk Mahmud telah menyebabkan Mahani tertanya-tanya siapa sebenarnya yang hendak meminangnya. Mahani bimbang sekiranya Jahid yang datang merisik, kerana dia teringatkan Rahim yang sudah lama dikenalinya.Apabila Tan Sri Syed Aris pulang mereka telah berbincang akan keputusan Mahani-Mahani masih keliru tentang siapa yang merisiknya, apabila uminya bertanyakan tentang tidakkah dia berutus surat, Mahani sedar yang datang ialah wakil Rahim.Mahani diminta memberi jawapan keesokkan harinya. Tapi semasa makan malam Mahani minta diberi tempoh 24 jam. Mahani seterusnya menghantar telegram kepada Rahim tentang status perasaanya terhadap Mahani. Keesokkan harinya Mahani ke pejabat untuk menyediakan fail-fail penting En. Muhammad. Dia kemudiannya pulang. Mahani menerima telegram daripada Rahim.

Peristiwa-peristiwa Penting: 1. Mahani tertanya-tanya tentang siapakah jejaka yang datang merisiknya.

2.Mahani diberikan tempoh untuk memberi jawapan, namun Mahani meminta diberi tempoh 24 jam.

3. Mahani menghantar telegram kepada Rahim untuk 82 mengetahui status perasaannya terhadap Mahani.

Aspek kajian 1. Adat – Merisik merupakan salah satu adat orang Melayu yang masih utuh dipertahankan ianya menjadi alat untuk mengetahui perihal seseorang untuk dijadikan calon isteri. Cth:- Datuk Indera mahmud datang untuk merisik Mahani untuk ditunangkan dengan Rahim anak saudaranya. 2. Kasih sayang- demi kasih sayang seseorang sanggup melakukan apa saja demi memastikan anaknya mendapat kebahagiaan. Cth:- Tan sri Syed Aris memberi masa untuk Mahani berfikir tentang risikan dari keluaga En. Muhammad agar anaknya bahagia dengan keputusan yang akan diambil. 3. Keagama- solat berjemaah adalah penting kerana selain ganjaran pahala yang besar ia sebenarnya juga turut mengeratkan hubungan antara anggota keluarga. Cth:- S. Muinah berdoa agar dosanya diampunkan kerana tidak mengambil kesempatan untuk solat berjemaah dengan suaminya.

3. Sopan- Jahid dilihat oleh Mahani mempunyai sifat yang sopan dan bertindak sebagai pelindung kepada wanita.

Petikan Penting: 1. m.s 201 2. m.s 202

Bab 26: Majlis pertunangan Mahani dan Rahim diadakan meriah walaupun sederhana,kerana inilah yang dikhendaki oleh Mahani dan dipersetujui oleh Walidnya. Mahani teringat akan surat yang ditulis oleh Rahim yang mengajaknya berjuang menentang ibubapa mereka yang jahil tentang nilai kemanusiaan. Jika sekiranya surat tersebut dibaca oleh ibu bapanya tentu mereka akan menentang pertunangan tersebut. Mahani berasa amat bahagia apabila cincin pertunangan disarungkan oleh isteri Datuk Mahmud. Mahani teringatkan Rahim yang baginya seorang yang praktis dengan gagasannya menentang akan kemusnahan kemanusiaan. Kerana pada pendapat Rahim cara yang dilakukan oleh ayahnya seperti meruntuhkan kemurnian bangsanya sendiri. Ini kerana cara pemikiran ayahnya ialah pemikiran barat yang melahirkan hokum-hukum kehidupan yang buruk kerana kasih saying sesama manusia dilakukan mengikut kepentingan atau tujuan tertentu.. Pada keesokkan harinya Mahani terlewat bangun, dia menghubungi ibunya yang berada di rumah Cik Puan Tipah berbincang tentang persiapan kenduri kahwin. Mahani memberitahu yang dia hendak ke rumah Datin Tan, kerana dia hendak mendapatkan maklumat tentang SLLT untuk disampaikan kepada Rahim.

83

Peristiwa-peristiwa Penting: 1.Majlis pertunangan Mahani dan Rahim dijalankan dengan meriah namun sederhana mengikut kehendak Mahani. 2. Rahim pula dalam surat-suratnya memperlihatkan dirinya seorang yang rasional dan praktikal apabila dia melihat pembangunan yang akan berlangsung adalah acuan barat yang tidak sesuai dengan bangsa. 3. Mahani ke rumah Datin Tan untuk mendapatkan maklumat tentang SLLT untuk disampaikan kepada Rahim.

Aspek kajian 1. Adat resam- Pertunangan merupakan salah satu adat yang penting dalam masyarakat melayu. Cth:- majlis pertunangan antara Mahani dengan Rahim telah diadakan penuh meriah di rumah Tan Sri.

2. Keagama-Solat merupakan perkara wajib yang perlu diutamakan walaupun dalam situasi tertentu. Cth:- Mahani menunaikan solat isyak terlebih dahulu sebelum upacara pertunangannya.

3. Kasih sayang- Mahani amat menyayangi kedua ibu bapanya ini terbukti apabila dia memeluk dan mencium ibunya sebaik sahaja cincin pertunangannya disarungkan. (hlm 213)

2. Keberanian- Rahim berani menentang ayahnya walaupun mungkin ini satu bentuk penderhakaan tetapi demi menegakkan keadilan dan membela nasib mereka yang teraniaya iaitu penduduk kampung Pulai yang dipedaya untuk berpindah ke rancangan Felda demi untuk mencapai cita-cita En. Muhammad dalam dunia perniagaan.

Bab 27:

84

En. Muhammad teringatkan surat Rahim yang memberi amaran kepadanya supaya tidak mementingkan kekayaan sehingga sanggup menyingkirkan penduduk Kampung Pulai.Bagi Rahim itu suatu penganiayaan dan satu bentuk kezaliman. Rahim juga belum lagi menerima tawaran kerja dengan SLLT. Jika dia bekerja dia akan menentang rancangan yang hanya mementingkan kekayaan dengan mengenepikan kebajikan dan nilai-nilai moral. Bagi En. Muhammad Rahim belum mengerti erti kehidupan yang sebenar . Surat Rahim juga turut meresahkan Cik Puan Tipah. En. Muhammad mengaturkan rancangan untuk menjodohkan Mahani dengan Rahim, kerana baginya Mahani boleh dijadikan umpan untuk mengubah cara pemikiran Rahim. Ditambah mereka berdua saling mencintai. Ketika dia menelefon Sudin, En. Muhammad dikejutkan dengan satu insiden yang baru terjadi. Pada masa yang sama YB juga turut membuat laporan tentang satu insiden telah berlaku di pecan Kuala. Kedua-dua berita itu menyebabkan En. Muhammad berfikir tentang apakah sebenarnya insiden tersebut.Beliau seterusnya menuju restoren tempat pertemuan yang dijanjikan.

Peritiwa-peristiwa Penting: 1. En.Muhammad berjaya menyatukan Rahim dengan Mahani dalam ikatan pertunangan 2. Surat-surat Rahim kebanyakkan isi kandungannya menuduh ayahnya menganiaya penduduk Kampung Pulai. 3. En. Muhammad dikejutkan dengan insiden yang berlaku di Kampung Pulai yang dilaporkan oleh Sudin dan juga YB.

Aspek kajian

1. Bersyukur-En.Muhammad bersyukur kepada Allah kerana Mahani dan Rahim telah selamat dijodohkan melalui ikatan pertunangan.

2.Keberanian-Rahim berani menentang tindakan ayahnya, yang dirasakannya mementingkan diri sendiri demi untuk kepentingan perniagaanya.

Bab 28: Perkahwinan anatara Mahani dan Rahim terpaksa ditunda ke bulan September kerana Rahim tidak jadi

85

pulang pada bulan Julai. Bagi En. Muhammad penangguhan tersebut memberi ruang kepadanya untuk menyelesaikan insiden yang baru dilaporkan oleh Sudin dan YB. Kebetulanya kedua-dua insiden tersebut melibatkan pemusnahan lading orkid dan juga pergaduhan antara pemuda-pemuda di Pekan Kuala dengan Ali yang mengelolakan projek tersebut. Menurut YB motif kejadian tersebut ialah politik , ini kerana Ali adalah ketua pemuda parti politik YB manakala guru silat yang memukulnya dari parti politik pembangkang. Sudin dan Jahid berpendapat Ali dipukul kerana peranannya dalam kempen pemilihan imam Pekan Kuala. En. Muhammad bimbang jika rancangan memindahkan imam Kampung Pulai ke Pekan Tualang diketahui. Mahani kemudiannya diminta untuk menhubungi peguam, En. Muhammad mahu peguam menyelesaikan kes tersebut dalam masa 3 minggu tanpa melibatkan dirinya dan juga YB. En. Muhammad mengajak Mahani ke Pekan Tualang dan dia turut mendedahkan akan sikap Rahim yang kasar berbanding dengan Mahani yang lembut dan dia harap Mahani dapat bersabar.

Peristiwa-peristiwa Penting: 1. Penundaan perkahwinan Mahani dan Rahim memberi ruang kepada En. Muhammad untuk menyelesaikan insiden yang baru berlaku di Kampung Pulai. 2. Masalah yang timbul ialah projek tanaman orkid telah dimusnahkan dan Ali telah dipukul oleh beberapa pemuda di Pekan Kuala. 3. En. Muhammad berjumpa dengan peguam untuk menyelesaikan masalah ini, dia mahu peguam menyelesaikannya dalam masa 3 minggu tanpa melibatkan dirinya dan YB.

4.En. Muhammad menjemput mahani ke Pekan Tualang untuk bercuti di sana.

Aspek kajian: 1. Persoalan Politik – Pertentangan fahaman politik boleh mencetuskan keadaan yang genting, seperti perkelahian dan boleh memecahbelahkan masyarakat. Cth: Kejadian yang menimpa Ali, iaitu dia telah dibelasah oleh sekumpulan pemuda di Pekan Kuala berpunca dari masalah politik kerana Ali adalah penyokong parti yang diwakili oleh YB manakal kumpulan pemuda itu pula dari parti pembangkang.

86

2. Kasih sayang – kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya tidak berbelah bagi dan dia sanggup menegnepikan sikap anak yang tidak bersetuju dengannya. Cth: En. Muhammad sanggup menegenpikan tuduhan Rahim ke atasnya semata-mata kerana dia amat menyayangi Rahim dan mahu Rahim mengambilalih tempatnya sebagai seorang peniaga yang berjaya.

Bab 29: Sepanjang bercuti, Mahani berfikir tentang kehidupannya sebagai isteri kepada Rahim yang berpendirian tegas. Mahani turut mengutus surat kepada Rahim menceritakan tentang majlis pertunangan mereka. Mahani dalam suratnya turut berkias yang dia sebenarnya dijadikan denak untuk memikat jalak yang gagah. Mahani harap Rahim akan memahaminya. Mahani turut menceritakan maklumat pembelian tanah di Kampung Pulai, cara hidup mereka serta masalah dan perasaan mereka yang masih daif dan perlu dibantu. Mahani juga turut menceritakan harapan Imam Saad terhadap golongan muda. Bagi Mahani En. Muhammad tidak berniat menganiaya penduduk kampungtetapi dia hanya menjalankan urus niaga. Di Pejabat sesi temuduga telah diadakan bagi mencari pembantu Mahani yang semakin sibuk sejak penubuhan SLLT. Cik Puan Tipah juga turut hadir kerana ada temu janji dengan peguam. Mahani tidak tahupunca kejadian pemusnahan lading orkid. Mahani berasa tindakan SLLT tidak memaklumkan tentang pembelian tanah di Kampung Pulai kerana berhadapan dengan masalah. Mahani cuba mencari helah untuk mendapat maklumat tentang perkara yang dibincangkan tetapi En. Muhammad tidak membenarkanya masuk.

Peristiwa-peristiwa Penting: 1.Isi surat Mahani kepada Rahim yang menceritakan tentang majlis pertunangannya serta kiasan Mahani yang dia sebenarnya adalah denak untuk menjinakkan Jalak.

2. Cik Puan Tipah ke pejabat untuk bertemu dengan peguam bagi menyelesaikan kes berhubung dengan pemusnahan lading orkid.

3. Mahani cuba mendapat maklumat tentang perkara yang dibincangkan namun En. Muhammad tidak membenarkannnya masuk.

Bab 30

87

Mahani, En. Muhammad dan Cik Puan Tipah ke sebuah restoren yang sering dikunjungi oleh En. Muhammad. Mereka kemudiannya telah memesan makanan barat iaitu steak kerana menurut En. Muhammad disinilah paling enak dan pula dia memiliki syer dalam restoren ini. En. Muhammad memberitahu Mahani bahawa Rahim tidak cerewet tentang makan, Cik Puan Tipah memberitahu Rahim paling suka gulai tempoyak. Mahani juga turut menggemarinya, tetapi umi dan walidnya tidak mengemari durian. Mahani turut bertanyakan tentang kes kemusnahan lading orkid, En. Muhammad memberitahu yang kes itu sudahpun selesai dan hari perbicaraanya akan diadakan pada hari Isnin nanti. Mahani turut menceritakan tentang surat Rahim yang banyak memperkatakan tentang teori pembangunan dan ekonomi. Bagi En. Muhammad Rahim hanya belajar teori, hakikat kehidupan sebenar tidak seperti teori. Mahani berpendapat Rahim juga anak Melayu tentu dia memahami erti pembangunan. Tapi bagi En. Muhammad Rahim dibesarkan dalam masyarakat cosmopolitan dan tidak mengerti tentang masyarakat Melayu sebenarnya. Masyarakat melayu bukan masyarakat kota atau masyarakat niaga. Mahani turut disoal tentang masa depan mereka, menurut Mahani rahim hanya mahukan 4 orang anak. En. Muhammad memaklumkan tentang sikap Rahim yang suka mencari kebenaran dan dia berharap Mahani dapt bersabar. Bagi beliau tanpa Rahim dalam SLLT, SLLT akan tetap berusaha untuk meninggikan ekonomi dan taraf hidup masyarakat Kampung.

Peristiwa-peristiwa Penting: 1. Makan tangahari antara Mahani. Cik Puan Tipah dan En. Muhammad untuk berbincang tentang Rahim. 2.En. Muhammad dan Cik Puan Tipah sebenarnya mahu mengetahui akan tanggapan Mahani terhadap rahim 3. Topik perbincangan lebih berfokus pada sikap Rahim yang mempunyai prinsip yang berbeza dengan ayahnya tentang pembangunan. 4. En. Muhammad berharap agar Mahani dapat bersabar dengan Rahim yang suka mencari kebenaran.

Bab 31

Sani yang bersetuju untuk menetap di kampong atas cadangan Sudin berada dalam kekeliruan tentang masa depannya jika menerima tawaran kerja sebagai wakil kepada wakil rakyat.Dia bimbang kerana politik akan berubah dalam setiap 5 tahun sekali. Dia sebenarnya berharap agar YB menawarkan kerja di kilang papan yang tidak berisiko. Sudin menasihatinya supaya menerima saja tawaran tersebut. YB datang untuk mendapat jawapan dari Sani, kesempatan tersebut digunakan oleh Sani untuk mengetahui akan kedudukan ayahnya. Sani sedar ayahnya semakin uzurdan memerlukannya kerana dia adalah anak tunggal. Sebenarnya persaraan ayah sani akan memberi peluangkepada imam pecan Tualang kembali ke tempat asalnya di Pekan Kuala dan mudah-mudahan ayah Sudin akan dilantik sebagai imam di Pekan Tualang. YB mengajak mereka ke rumah Datuk mahmud untuk berbincangtentang pembelaan terhadap penduduk kampong. Tujuannya untuk meninggikan taraf hidup mereka. Satu rancangan telah diatur untuk

88

menempatkan mereka di tanah rancangan FELDA. Tetapi masalah yang mungkin akan wujud ialah golongan tua termasuklah imam Saad. Mereka ingin mendapatkan pandangan Datuk Mahmud bagi melantik Imam Saad sebagai imam Pekan Tualang.

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Sani keliru samaada mahu menerima tawaran kerja dengan YB, kerana masa depannya tidak terjamin kerana ia melibatkan politik yang akan berubah 5 tahun sekali.

2.Sani akhirnya akur dengan nasihat Sudin supaya menerima tawaran tersebut demi untuk ayahnya yang semakin memerlukannya kerana uzur.

Bab 32

Pak Salim tiba-tiba menantang cadangan untuk menjadikan gerainya sebagai tempat perbincangan dengan penolong pegawai daerah dan pegawai FELDA. Sudin meminta maaf kerana menyusahkan P. Salim dan dia mahu P. Salim memaklumkan kepada orang ramai tentang perubahan tempat untuk taklimat di surau. Sudin dalam perjalanan ke rumah Datuk Mahmud telah menumpangkan Mat Akil dan rakan-rakannya, Sudin menyindir mereka tidakkah mereka takut dengan pengikut-pengikut Pendekar Omar. Sudin juga mengingatkan mereka supaya hadir sama pada hari Isnin di surau dalam majlis penerangan nanti. Mat Akil memaklumkan sebenarnya Pak salim marah kerana tinggal dia seorang orang tua yang nanti terpaksa mengikut anaknya ke tanah rancangan. Sedangkan Imam saad telah diterima sebagai Imam di pekan Tualang. Mengikut Mat Akil P. Salim rasa ada pilih kasih dalam soal tersebut. Di rumah Datuk mahmud semuanya telah ada bagi berbincang tentang pembelian tanah penduduk Kampung Pulai,bagi sudin semuanya telah beres kecuali masalah kecil tentang P. salim. En. Muhammad berharap agar YB dapat mengusahakan sebuah tapak kedai dengan rumahnya sekali di tanah rancang kepada P. Salim dan mereka berharap P. salim akan bersetuju.

89

Peristiwa-peristiwa Penting: 1. Pak salim enggan membenarkan gerainya digunakan sebagai tempat taklimat yang akan disampaikan oleh Penolong Pegawai daerah dan Pegawai FELDA.

2. M.Akil memaklumkan sebenarnya P. Salim sedih kerana dia seorang orang tua yang terpaksa ikut anaknya ke tanah rancangan sedangkan Imam Saad dan Tuk Empat Dahlan tidak.

Bab 33

En. Muhammad berasa tenang apabila dia menghadap tuhan pada hari jumaat di Kampung Pulai sempena pengumuman SLLT akan membeli tanah penduduk kampong. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suara penentangan dari seorang pemuda berjubah yang menuduh En. Muhammad bertujuan untuk mengusir mereka bagi mendirikan hotel peranginan yang akan membawa maksiat. En. Muhammad dikatakan hanya mementingkan keuntungan. Jamaluddin turut membuat tuduhan bahawa perpindahan mereka ke rancangan FELDA mempunyai maksud tertentu. Menurutnya orang-orang tua di kampong itu telah dibeli dan dijanjikan dengan pangkat dan kesenangan supaya tindakan mengusir penduduk kampong tidak berhadapan dengan masalah. En. Muhammad kesal dengan tuduhan tersebut, mereka tidak sedar hasrat murninya untuk meninggikan taraf ekonomi penduduk kampong. Dia berdoa agar mereka yang menentangnya diberi petunjuk dan pengertian akan niatnya. Selepas makan di rumah datuk Mahmud mereka telah mengadakan bedah siasat bagi mengenalpasti punca penentangan tersebut. Andaian yang dibuat jamaluddin menentang kerana ayahnya tidak dilayan selayaknya sepertimana Imam Saad dan juga Tuk Empat Dahlan. Manakala Pemuda berjubah itu pula dikatakan hanya bersifat sentiment politik. Menurut YB masalah Pak salim telah dapat diselesaikan, dia juga mencadangkan agar majlis pada hari Isnin nanti ditangguhkan tetapi tidak dipersetujui oleh En. Muhammad. Penentangan itu mengingatkan En. Muhammad pada zaman mudanya yang banyak menganiaya peniaga-peniaga yang tidak mematuhi kontrak. Dia juga teringatkan akan Mary yang pernah menjadi sebahagian dari hidupnya, tapi sekarang Mahani telah mengubah hidupnya yang dulunya penuh kemaksiatan.

90

Peristiwa-peristiwa Penting: 1. Pengumuman tentang SLLT akan membeli tanah kepunyaan penduduk Kampung telah dibuat oleh En. Muhammad sebelum sembahyang Jumaat. 2. Jamaluddin dan pemuda berjubah menentangnya dengan mengatakan En. Muhammad hanya mementingkan keuntungan dan membawa maksiat. 3. Selepas sembahyang bedah siasat telah diadakan bagi mengenalpasti punca penentangan tersebut yang akan mengagalkan rancangan En. Muhammad. 4. En. Muhammad teringat zaman mudanya yang pernah menganiaya peniaga kecil dan

Bab 34

En. Muhammad ke pejabat Datuk Tan untuk berbincang tentang masalah SLLT seperti dalam laporan peguam. En. Muhammad dikejutkan dengan cadangan Datuk Tan supaya mengambil Mary bekerja, tetapi En. Muhammad menolaknya kerana berasa dirinya sudah tua. Beliau seterusnya menceritakan tentang kejadian pemusnahan ladang orkid dan juga pergaduhan, beliau mengesyaki ada motif tertentu disebalik kejadian tersebut. Beliau dapat rasakan orang yang mengupah Pendekar Omar untuk menakutkan orang kampong supaya tidak menandatangani petisyen persaraan Imam, sekiranya ia benar tentunya melibatkan soal politik ini kerana Ali ialah penyokong YB. Motif kedua pula adalah untuk menakutkan En. Muhammad supaya tidak melabur di Kampung Pulai. Beliau turut mengesyaki tauke Chan yang menjadi dalangnya. Tetapi Datuk Tan tidak mempercayainya kerana dia kenal Tauke Chan yang tentunya tidak berani untuk menentangnya. Datuk Tan mengesyorkan supaya peguam terus membuat penyiasatan yang lebih terpeinci. Datuk Tan bertanya sekiranya Kampung Pulai tidak berjaya dibeli adakah operasi perlombongan dapat dijalankan. En. Muhammad memberitahu operasi masih boleh dijalankan. Tapi beliau bimbang jika ini berlaku Kampung Pulai akan menjadi pulau dikelinlingi lombong.

Peristiwa-peristiwa Penting: 1. En. Muhammad ke pejabat datuk tan untuk berbincang tentang kejadian di kampong Pulai seperti yang dilaporkan oleh peguam.

2. En. Muhammad insaf dan berasa dirinya tua apabila Datuk Tan memberitahu tentang Mary yang berminat untuk berkerja.

3. Mereka keliru tentang motif sebenar disebalik kejadian tersebut samada ia melibatkan politik atau Tauke Chan.

91

Aspek kajian 1. Keinsafan –Zaman mengubah kehidupan manusia dan kebiasaanya apabila usia meningkat tua keinsafan akan datang. En. Muhammad insaf dengan kehidupan zaman mudanya yang penuh kemaksiatan seperti hubungan sulitnya dengan Mary.

2. Berdisiplin – Untuk menjadi seorang ahli peniagaan yang berjaya disiplin adalah penting. Cth: En. Muhammad tidak pernah berlembut dengan sesiapa saja yang menyebabkan perniagaannya mengalami kerugian. (hlm 270)

Bab 35

Sudin menyerahkan wang kepada Mat Akil sebagai imbuhan di atas sumbangan mereka. Semasa di kedai pak Salim, Mat Akil turut bertanyakan tentang Jamaludin dan Lebai Maarup yang lantang menentang rancangan En. Muhammad. Mat Akil menyatakan yang Lebai Marup sebenarnya pengintip. Mereka kemudian ke pondok tempat mereka berkumpul. Semasa dalam perjalanan mereka telah terserempak dengan Mak Ngah dan anak gadisnya yang diminati oleh Man. Mat Akil mengapi-apikan Man dengan mengatakan tentunya Lebai Endut akan memilih Lebai Marup sebagai calon menantu. Mat Akil seterusnya membahagi-bahagikan wang yang diberikan oleh Sudin . Pembahagian tersebut sebenarnya digunakan oleh Sudin untuk membayar hutang kepada rakan-rakannya. Beliau bijak memainkan peranan tanpa diketahui oleh rakan-rakannya yang wang tersebut sebenarnya untuk mereka. Mat Akil seterusnya ke rumah Sudin untuk kali yang keduanya setelah kali pertama dulu dia telah dihalau oleh Mak Minah. Mat Akil sebenarnya masih menaruh harapan untuk memiliki Gayah tetapi dia terpaksa berbaik dengan Sudin untuk mendapatkan wang.

92

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Mat Akil membuat spekulasi bahawa di kampong mereka sudah ada pengintip yang ditujukan kepada Lebai Marup yang mahu menghasut penduduk kampong supaya tidak menjual tanah mereka.

2. Mat Akil kemudian mengapi-apikan Man dengan Lebai Marup dengan mengatakan Lebai Marup adalah calon menantu pilihan Lebai Endut.

Bab 36

Mat Akil melaporkan kepada Sudin yang Lebai Marup sebenarnya ejen politik yang mahu mengagalkan usaha YB. Dia juga turut menceritakan tentang latarbelakang Lebai Marup di samping tokok tambahnya. Menurutnya Lebai itu sekarang menumpang di rumah Lebai Endut kerana mereka bersaudara. Mat Akil resah menunggu kedatangan rakan-rakannya di kedai Pak Salim berhubung dengan rancangan mereka hendak menakut-nakutkan Lebai Marup. Sementara menunggu Mat Akil cuba mendapat penjelasan tentang penentangan Jamaludin, menurut P. Salim anaknya tidak berminat ke tanah rancangan sebaliknya berhastar untuk berniaga. Dia sebenarnya buat helah untuk mendapat peluang berniaga di Pekan Tualang, Mat Akil mengesyorkan P. Salim meminta bantuan YB, semuga dia mendapat peluang untuk berniaga. P. Salim turut bertanyakan rancangan Mat Akil dan rakan-rakanya tentang rancangan mereka nanti di tanah rancangan. Mereka sebenarnya tidak berminat sebaliknya mereka mahu menjolikan wang ayah mereka. Rancangan menakut-nakutkan Lebai Marup telah berjaya dilakukan oleh rakan-rakan Mat Akil.Man memberitahu yang Lebai Marup teruk dibelasahnya. Mat Akil menggunakan kesempatan tersebut untuk mengapi-apikan Man. Man mencadangkan agar mereka memerangkap Labai Marup dengan anak-anak gadis yang belajar mengaji dengannya dan juga menghebahkan tentang Lebai Marup mengajar ajaran sesat. Mat Akil seterusnya memaklumkan kepada Sudin yang Lebai itu telah dibelasah, Sudin berharap perbuatan mereka kali ini akan mendapat balasan.

93

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Lebai Marup didakwa oleh Mat Akil sebagai ejen sebuah parti politik yang cuba untuk mengagalkan rancangan YB.

2. Penentangan Jamaludin sebenarnya sebagai helah untuknya mendapat peluang perniagaan di Pekan Kuala atau Pekan Tualang.

3. Rancangan untuk menakut-nakutkan Lebai marup telah berjaya dilakukan- Lebai telah dipukul oleh rakan-rakan Mat Akil.

Bab 37:

Sudin terfikir yang orang Kuala Lumpur termasuklah En. Muhammad hanya mementingkan wang. Dia juga teringatkan cerita Mat Akil tentang Lebai Marup, dia juga teringatkan kata-kata ayahnya yang menyanjung Lebai Marup kerana berani mengajak golongna muda ke jalan yang benar. Bagi Mat Akil, L. Marup ejen parti politik yang hendak mengagalkan rancangan kerajaan membangunkan masyarakat di situ. Sudin ingin menghubungi Mat Jerangkung agar Mat Akil dan rakan-rakannya ditangkap atas perbuatan mereka. Sani memberitahu cerita tentang pendekar Omarlah yang bertanggungjawab merosakkan kebun orkid dan dia sebenarnya diupah oleh Tauke Chan – Ini mungkin benar kerana En. Muhammad telah mengagalkan rancangannya untuk bekerjasama dengan Penghulu Mahmud. Sudin juga berharap agar dia dapat membantu Lebai Marup dengan menangkap Mat Akil dan rakan-rakanya di samping membalas dendam atas perbuatannya menajisi cadar pengantinnya dulu. En. Muhammad pula seorang yang bijak memainkan peranannya sehingga perbuatannya tidak dapat dikesan kerana kebaikan yang dilakukkannya telah mengabui masyarakat malah dia dianggap sebagai penyelamat. Sudin terkenangkan ayahnya yang sedih kerana tidak berupaya menjalankan tanggungjawab sebagai Imam.Sudin sebenarnya mengagumi usaha Leabai Marup tetapi dia tidak setabahnya, dia mahu ke Kuala Lumpur untuk bersama dengan En. Muhammad menjalankan perniagaan. Sudin juga teringatkan kata-kata Jamaluddin yang orang-orang tua telah berjaya dibeli dengan pangkat dan kedudukan, orang kampong pula telah berjaya dimenangi dengan pesta keraian Sultan dan perkahwinannya dengan Gayah juga sebahagian daripada rancangan En. Muhammad untuk mengula-gulakan keluarganya.

94

Peristiwa-peristiwa Penting: 1. Sudin dalam usaha untuk memerangkap Mat Akil dan rakan-rakannya kerana perbuatan mereka.

2. Penentangan Lebai Marup dan juga Jamaludin sebenarnya tidak mempunyai kaitan dengan politik.

3. Kesedihan Imam Saad kerana gagal dalam usahanya untuk memperteguhkan imam penduduk kampong Pulai.

Bab 38

En. Muhammad resah memikirkan masalah yang baru di laporkan oleh Sudin. Situasi itu turut membimbangkan Cik Puan Tipah . En. Muhammad sebelum ini begitu yakin bahawa semua pihak yang terlibat telah dapat dikuasainya. Ini termasuklah tuntutan Jamaluddin yang mahu tapak kedai di Pekan Tualang. Tetapi masalah yang ditimbulkan oleh Labai Marup benar-benar menganggu fikirannya.

Peristiwa-peristiwa Penting

1. En. Muhammad dimaklumkan oleh Sudin tentang maklumat yang berkaitan dengan penentangan Jamaludin dan Lebai Marup.

2. Masalah berkait dengan Labai Marup menganggu fikirannya kerana dia menyangka

Bab 39

Lebai Marup dan Imam Saad datang menemui Sudin untuk memberitahu yang dia telah dipukul. Walaupun mengetahuinya, Sudin pura-pura terkejut. Dia mencadangkan agar Lebai Marup buat laporan polis tetapi Labai Marup tidak mahu kerana tiada bukti dan dia tidak mahu menuduh tanpa bukti. Lebai Marup memberitahu yang dia akan mengadakan perjumpaan dengan penduduk kampong bagi memberi penerangan kenapa dia dipukul. Sudin cuba untuk mendapatkan penjelasan, namun Lebai Marup tetap berahsia dan mahu Sudin hadir sama.

95

Sudin seterusnya pergi berjumpa dengan Mat Akil dan Kemat Jerangkung memberitahu rancangan Lebai Marup . Sudin dan YB ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan En. Muhammad, dalam perjalanan YB menyalahkan Lebai Marup kerana menganggu orang kampong tapi bagi Sudin Lebai Marup ada hak untuk berbuat demikian.

Peristiwa-peristiwa Penting

1. Lebai Marup datang berjumpa dengan Sudin untuk memberitahu yang dia dipukul serta menjemput Sudin hadir sama dalam majlis penerangannya.

2.Lebai Marup akan mengadakan satu pertemuan dengan penduduk kampong bagi memberi penerangan tentang kenapa dia dipukul,

3. Mat Akil dan Kemat Jerangkung diberitahu oleh Sudin berhubung dengan perjumpaan yang

Bab 40

Lebai Marup dan orang-orang tua di kampong Pulai terperangkap di surau kerana hujan. Mereka cuba mendapat maklumat darinya namun Lebai Marup tetap berahsia. Di Kedai Pak Salim ramai yang menunggu untuk ke Balai raya bagi mendengar penjelasan Lebai Marup. Mat Akil dan rakan-rakannya menuduh Lebai Marup sekarang dah naik daun, mereka semua menuju ke Balai raya termasuklah 2 orang pemuda yang tidak dikenali. Di Balai raya Lebai Marup menjelaskan kenapa dia dipukul, dia menjelaskan dia sebenarnya bukan orang asing sebaliknya dia pulang untuk menetap di kampong Pulai . Beliau juga ingin menjernihkan keadaan kerana niatnya hanya untuk mengajar agama. Mat Akil dan rakan-rakannya cuba menganggu majlis dengan memburuk-burukkan Lebai Marup. Dia dituduh bersikap kurang ajar

96

apabila menuduh En. Muhammad hendak membawa maksiat . Man pula menuduh Labai Marup pengacau anak bini orang. Lebai Marup menjelaskan dia hanya hendak mengingatkan penduduk supaya wang pampas an yang diterima tidak disalahgunakan . Dia juga berasa puas apabila En. Muhammad menarik balik pembinaan hotel. Dia juga sanggup dihukum jika sekiranya dia menganggu anak bini orang. Man yang marah telah membaling batu dan kena pada muka Lebai Marup, serentak itu Mat Akil meluru untuk menikam Lebai Marup . Kemat Jerangkung tak sempat menghalangnya pisau tersebut kena di bahu Lebai Marupdarah banyak keluar. Seterusnya semua dikejutkan dengan tembakan dan 2 orang yang tidak dikenali telah berjaya menangkap dan mengari Mat Akil dan rakan-rakanya.

Bab 41

En. Muhammad baru saja menerima panggilan telefon daripda Sudin, mula berasa lapar. Dia mahu makan tengahari di tepi kolam apabila Cik Puan Tipah memberitahu yang Mak Enon akan masak gulai tempoyak. Dia kemudian memberitahu Cik Puan Tipah dia akan adakan kenduri dan ingin menjemput Lebai Marup untuk membacakan doa. Pada malam nanti dia akan berjumpa dengan Sudin dan YB untuk menyelesaikan beberapa perkara supaya ianya selesai dalam masa seminggu.

97

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. En. Muhammad bercadang mengadakan kenduri doa selamat dan menjemput Lebai Marup untuk membacakan doa selamat.

Bab 42

Lebai Marup hamper pengsan ketika dibawa ke hospital kerana banyak kehilangan darah. Sudin dan Bilal Endut masih menunggu kerana Lebai Marup masih dalam bilik rawatan. Manakala yang lain-lain ke Balai Polis untuk memberi keterangan. Doktor memberitahu Lebai banyak kehilangan darah dan dia perlu berehat dan tidak boleh diganggu. Sudin dan Lebai Endut ke Balai Polis untuk beri keterangan. YB dan Sani juga turut hadir, Sudin ingin ke Kuala Lumpur nanti untuk memberitahu En. Muhammad tentang kejadian tersebut.Sudin juga ke lokap untuk berjumpa Mat Akil dan rakan-rakannya , dia sebenarnya rasa puas tetapi berpura-pura akan melakukan sesuatu untuk membantu mereka.Dalam perjalanan pulang keretanya ditumpangi oleh Imam Saad, Tuk Empat Dahlan. Bilal Endut dan juga Pak Salim. Tuk Empat Dahlan meminta maaf kepada Bilal Endut atas apa yang terjadi. Bilal Endut memberitahu yang Lebai Marup sebenarnya baik dia juga mahu menjual tanahnya untuk ke tanah rancangan. Imam Saad berharap Lebai Marup akan meneruskan perjuangan ke jalan Allah kerana berasa dirinya gagal dan sudah tua. Sudin bertekad untuk membantu sedaya upayanya.

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Lebai Marup terpaksa ditahan dihospital kerana mengalami kehilangan darah yang banyak.

2. Mereka yang melihat kejadian tersebut telah ke balai polis untuk memberi keterangan tentang apa yang terjadi.

3. Sudin menjenguk Mat Akil dan rakan-rakannya dilokap dia berjanji akan membantu mereka dengan mencari peguam yang baik.

4. Sudin dapat rasakan Lebai Marup orang yang berani dalam menegakkan syiar Islam dan dia berjanji pada dirinya untuk membantu sedaya upayanya.

98

Bab 43

Satu jamuan akan diadakan di rumah En. Muhammad untuk meraikan tetamu-tetamu penting, termasuklah peguamnya. Kini segala-galanya telah beres kerana Lebai Marup akan menjual tanahnya untuk ke tanah rancangan. En. Muhammad lega kerana dia tidak lagi akan dituduh membawa maksiat. Beliau berharap agar namanya dan Sudin tidak dikaitkan dengan perbuatan yang dilakukan oleh Mat Akil. Suasana majlis jelas meriah bagi Sudin perbualan tentang Lebai Marup boleh dijadikan umpan untuknya mendekati Mahani bagi mendapat maklumat tentang Rahim. En. Muhammad mahu Sudin datang menemuinya bagi berbincang dengan peguam berhubung dengan kes Mat Akil. Dalam perjalanan pulang YB memuji En. Muhammad dan Datuk Tan kerana handal dalam menyelesaikan masalah.

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. En. Muhammad mengadakan jamuan dengan menjemput semua orang penting yang telah membantunya mencapai cita-citanya.

2. Masalah berkaitan dengan Lebai Marup telah berjaya di atasi.

3. Sudin bertekad untuk mendekati Mahani bagi menyelami perasaan Rahim yang belum menerima tawaran kerja dengan En. Muhammad.

Bab 44

Kejadian di balai raya masih lagi dapat dirasai ketegangannya ketika majlis perjumpaan dengan Penolong Pegawai Daerah dan pegawai FELDA. Sudin memulakan majlis dengan memberitahu tanah orang-orang kampung akan dibeli oleh SLLT dengan harga yang tinggi. Manakala mereka yang tidak mempunyai tanah dan menumpang di tanah orang akan diberi pampasan. Sudin juga turut memuji YB dan juga kemurahan

99

keluarga Datuk Indera Mahmud. Sudin terpaksa meminta diri untuk ke Kuala Lumpur bagi berjumpa dengan En. Muhammad dan peguam bagi menjual urusan beli tanah. Sudin juga turut menziarahi Lebai Marup . Sudin rasa berpuashati apabila Lebai Marup mahu peristiwa tersebut dilupakan. Lebai Marup juga turut menceritakan tentang dirinya yang bekelulusan SPM. Sudin terpaksa minta diri kerana bimbang takut terlewat.Di pejabat En. Muhammad semuanya telah beres , En. Muhammad mahu peguam memudahkan perbicaraan ke atas Mat Akil dan rakan-rakannya. Sudin juga bertjanji akan menyelesaikan masalah hak milik tanah Lebai Marup yang masih atas nama ayahnya.

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Majlis penerangan diadakan dib alai raya dengan kehadiran Penolong Pegawai Daerah dan Pegawai FELDA.

2. Sudin memaklumkan SLLT akan membeli dan membayar ganti rugi kepada semua penduduk ke tanah rancangan.

3. Sudin ke hospital untuk menziarahi Lebai Marup untuk mendapat maklumat yang

Bab 45

Sudin dapat merasai akan penderitaan yang dialami oleh ayahnya yang bimbang penduduk kampung akan dilingkari dengan perbuatan mungkar. Sudin teringat kata-kata Lebai Marup kehidupan lebih bermakna jika mematuhi perintah tuhan dan kita mengabdikan diri kepadanya. Pegangan hidup itu berbeza dengan pandangan En. Muhammad yang hanya memikirkan kebendaan. Sudin juga teringat akan kata-kata Mahani yang perkahwinannya dengan Rahim mungkin akan ditangguhkan kerana En. Muhammad mahu Rahim mengerti akan isi dan stail dia bekerja. Sudin berharap agar Rahim akan dapat mengubah sedikit pendirian En. Muhammad. Semuga perubahan sikap itu nanti akan menjadi penawar derita batin ayahnya.

100

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Sudin teringatkancita-cita dan harapan Lebai Marup dan ayahnya untuk membentuk akhlak manusia.

Bab 46

Semua ahli keluarga Datuk Indera Mahmud berkumpul untuk urusan pembahagian harta kerana tanah milik keluarganya akan dibeli oleh SLLT. Mengikut risalah yang diedarkan oleh peguam mereka yang layak menerimanya ialah Datuk Indera Mahmud, En. Muhammad dan 3 orang adik-beradiknya yang telah meninggal serta warisnya. Suasana menjadi bising kerana ramai diantara mereka yang tidak memahaminya. Ketika Datuk Indera Mahmud bercakap suasana masih lagi bising, situasi ini tidak disukai oleh En. Muhammad yang menganggap mereka semua tidak menghormati yang tua selaku ketua keluarta Datuk Indera Idris. Ketika beliau meminta pendapat tentang pembahagian harta tersebut dia telah ditanya oleh Muahammad Ali iaitu anak Maimunah untuk melaburkan wang hasil jualan tanah dalam SLLT, pada peringkat awal En. Muhammad rasa ketokohan tercabar, tetapi apabila anak buahnya menerangkan dia sebenarnya pensyarah ekonomi di Universiti Malaya dan lulusan London barulah dia rasa terpanggil untuk beri respon. Majlis tersebut berlangsung dengan meriah kerana ada di antara mereka saling tidak mengenali antara satu dengan yang lain. En. Muhammad dan Sudin kemudian ke surau untuk bertemu dengan Lebai Marup. En. Muhammad dikejutkan dengan hasrat Lebai Marup yang mahu mewakafkan tanah milik ayahnya. Keadaan itu menyebabkan En. Muhammad rasa serba salah. Beliau dengan tegas mengatakan semua tanah di Kampung Pulai akan dilombong. Namun Lebai Marup tetap mahu tanahnya digunakan untuk tujuanagama apabila syarikat tersebut mula beroperasi. En. Muhammad yang putus idea telah menyerahkan urusan itu untuk diselesaikan oleh Sudin.

101

Peristiwa-peristiwa Penting: 1. Seluruh ahli keluarga Datuk Indera mahmud berkumpul untuk urusan pembahagian harta kerana tanah milik keluarga mereka akan dibeli oleh SLLT.

2.En. Muhammad kesal dngan sikap mereka yang tidak menghormati golongan tua selaku ketua keluarga.

3.Kemunculan Muahammad Alif telah mencabar keegoan En. Muhammad.

Bab 47

Sudin tidak pernah melihat En. Muhammad begitu marah. Kemarahan itu meresahkan Sudin. Tetapi Lebai Marup memberitahu Sudin jangan bimbang kerana segala-galanya akan selesai. Kemarahan En. Muhammad sebenarnya berpunca dari keegoan dan ketamakkanya. Di pejabatnya, Sudin menerima panggilan telepon daripada Mahani yang bertanyakan tentang apa yang terjadi sehingga En. Muhammad tidak datang ke pejabat. Sudin akan memaklumkannya nanti di pejabat En. Muhammad. Dalam pertemuan itu Mahani mengemukakan cadangan untuk mendamaikan Rahim dengan ayahnya serta menerima rancangan Lebai Marup. Dia yakin En. Muhammad akan menerimanya dan itulah jalanyang terbaik untuk menyelesaikan pertentangan pendapat antara En. Muhammad dengan Rahim. Sudin gembira dengan apa yang dirancangkan mereka.

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. En. Muhammad kecewa dengan sikap Sudin yang gagal menguruskan soal tanah kepunyaan Lebai Marup.

2. Sudin berhadapan dengan dilema bagaimana hendak menyelesaikan masalah Lebai Marup.

Bab 48

102

Kepulangan Rahim dan Robert telah disambut oleh Mahani tanpa pengetahuan En. Muhammad sekeluarga. Sebenarnya Mahani ingin mengambil kesempatan tersebut untuk menerangkan rancangannya kepada Rahim agar keegoan dan ketamakan En. Muhammad dapat diatasi. Robert turut menyokong cadangan tersebut kerana pembangunan , perniagaan perlu bagi orang Melayu tetapi jangan sampai lupa nilai kemanusiaan seprti mana pandangan Robert terhadap ayahnya dan orang Cina yang menganggap wang itu adalah tuhan.

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Kepulangan Rahim dan Robert telah disambut oleh Mahani tanpa pengetahuan keluarga masing-masing.

Bab 49

Berita kepulangan Rahim telah disambut dengan gembira .Dalam perjalanan pulang Ana paling banyak bertanya kepada Rahim. Di rumah Mak Enon menangis kerana Rahim masih lagi menghargainya. En. Muhammad kemudian telah memanggil Rahim ke bilik kerjanya. Di bilik tersebut Cik Puan Tipah dapat rasakan suasana yang hangat dan tegang. Keadaan tersebut telah mendorongnya untuk masuk, apa yang dilihatnya mereka berdua ketawa kerana berceritakan tentang Robert yang banyak mengkaji falsafah ketuhanan. Cik Puan Tipah cuba menyuarakan tentang kerja di SLLT, namun Rahim meminta supaya perkara tersebut dibincangkan kemudian. Cik Puan Tipah gagal mendapat maklumat tentang perbincangan antara Rahim dan En. Muhammad.

Peristiwa-peristiwa Penting:

1, Kepulangan Rahim dan Robert disambut penuh kegembiraan oleh kedua-dua keluarga.

2. En. Muhammad dan Rahim telah bersemuka berhubung dengan tawaran kerja di SLLT,

Bab 50

103

Rahim kemudian memberikan hadiah kepada semua orang, Rahim kemudian meminta izin untuk ke rumah Mahani. Di sana Rahim telah menceritakan tentang persetujuan yang telah dicapai antara dia dengan ayahnya berhubung dengan tawaran kerja di SLLT.Mengikut Rahim dia akan tinggal di kompleks di kawasan lombong yang akan didirikan di atas tanah wakaf yang di wakafkan oleh Lebai Marup. Walaupun pada peringkat awal, ayahnya menentang dan menganggapnya ekstrimis, radikal , hijau dan tidak rasional namun Rahim menyatakan yang ayahnyalah sebenarnya tidak berfikiran jauh, tidak berfikir berteraskan kebudayaan sendiri kerana hanya mementingkan dunia dan kebendaan. Tan Sri setuju dengan Rahim dan baginya En. Muhammad bukanlah orang jahat namun bagi En. Muhammad dalam dunia perniagaan perlukan kekuatan dan gigih untuk mencari peluang . Rahim juga setuju, namun ayahnya melakukan itu semua kerana kepentingan diri sendiri. Berbeza dengan Lebai Marup dan Imam Saad yang sanggup melakukan sesuatu kerana pengabdiannya kepada Allah. Rahim menafikan yang dia menyertai kumpulan dakwah sebaliknya dia banyak membaca buku-buku agama milik Robert. Dia kini bersyukur kerana ayahnya telah sedar bahawa pembangunan ekonomi tidak boleh meranapkan agama, akhlak dan budaya orang Melayu. Ayah akhirnya bersetuju dengannya untuk terus mengekalkan kompleks tersebut walaupun perlombongan di hentikan nanti. Mahani memberitahu Rahim bahawa dia perlu memaklumkan kepada Sudin tentang kemenangan ayahnya yang sabar dan ikhlas. Mereka berdua memandang ke depan , ke dunia baru yang akan bermula.

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Rahim ke rumah Mahani

2. Rahim menceritakan tentang apa yang berlaku berhubung dengan isu tanah wakaf milik Lebai Marup.

104

1.0

PEMBANGUNAN INSAN

Konsep Pembangunan

Konsep Insan

105

Perihal membangun, proses membangun(mencapai kemajuan, perkembangan dsb)usaha atau kegiatan membangunkan (memajukan dan mengembangkan)

Makhluk yang dicipta oleh Allah SWTyang tidak terlepas daripada kealpaan, insan juga ditakrifkan sebagai manusia.

(Kamus Dewan edisi keempat hlm. 93)

. modal insan yang baik pertama, insan yang

pembangunan merupakan proses berbagaibagai dimensi yang melibatkan perubahan terhadap struktur masyarakat, sikap, dan institusi yang juga melibatkan pertumbuhan ekonomi, pengurangan kadar ketidakadilan dan penghapusan kemiskinan.

bertaqwa yang mengikut ajaran dan perintahNya serta meninggalkan segala yang ditegah. Kedua, insan yang mempunyai hubungan baik sesama manusia tanpa mengira agama, ketuturunan dan warna kulit.

Pembangunan juga harus menngizinkan mereka bergerak meninggalkan keadaan dan suasana yang sukar dan kurang memuaskan kehidupan yang dianggap lebih baik dari segi material dan rohaniah

Kesimpulan Pembangunan Insan Insan atau modal insan merujuk kepada manusia yang dianggap sebagai aset paling penting dan berharga yang perlu dibangunkan secara berterusan ke arah melahirkan tenaga kerja yang berkualiti dan mampu menghasilkan produk yang berkualiti dan meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi dan negara.

Pembangunan insan juga boleh dilakukan melalui 106 gerakan dakwah yang bertujuan menyeru dan mengajak manusia kepada ALLAH s.w.t . Ini bertepatan dengan ajaran Islam tentang tanggungjawab umat ini pada mengerjakan dakwah sebagaimana ALLAH berfirman yang bermaksud :Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia , kamu mengajak untuk mengerjakan kebaikan dan

Bertangg ungjawa b

Tinggi nilai budi

insan maju

Baik hati Mesra

Kesan Pembangunan Insan

berilmu jujur

Rajin Kekuatan

Berani

dalaman

Lebih yakin

107

Matlamat Pembangunan Insan mengikut perspektif Islam

Matlamat

Berfungsi sebagai abid dan khlifah Allah

menjaga kemuliaan dan menjadi model manusia lain Berfungsi sebagai abid dan khlifah Allah

Pembangunan Insan mengikut perspektif Islam ciri-ciri menyeru muttaqin, kebaikan dan Mengambil syakirin, mencegah pedoman mukminin dan kemungkaran mukhlisin

menjaga kemuliaan dan menjadi model manusia lain

menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran

LANGKAH-LANGKAH PEMBANGUNAN INSAN

Ilmu Agama

Cara hidup beragama

Berbudi bahasa

Berilmu pengetahuan

Daya Intelektual Tinggi

108 Bijaksana

Mengambil pedoman

ciri-ciri muttaqin, syakirin, mukminin dan mukhlisin

1.1

KEAGAMAAN

Keagamaan merujuk kepada perihal agama/hal-hal yang berkaitan dengan agama sama ada berbentuk niat, lafaaz, perbuatan, atau sebagainya.

Nilai agama merujuk kepada sifat ketinggian agama Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW.

Kehidupan beragama merujuk kepada perihal hidup yang mematuhi ajaran agama, taat agama, beribadat. Mengikut Zainal Abidin Borhan dalam artikel beliau “Peradaban dan Jati Diri Melayu” (atas talian), kehidupan beragama bukan sekadar perilaku yang ritualistik sahaja, tetapi menuntut interaksi yang amat mendalam antara makhluk dengan Khalik. Suatu tuntutn yang habluminallah,yang menyatu antara yang ritualistik dengan ketaqwaan dan keimanan, juga interaksi perilaku dan tuturkata yang hablumminannas sesama manusia.

Nilai Islam

Kehidupan Beragama

Taat kepada Allah

Menuntut ilmu Membaca Al-Quran

Tawakal

Berzikir

Redha

Nilai Islam

Berdoa

Kehidupan beragama

Sanggup berkorban

Bersyukur

Bersolat

Berdakwah Bersedekah / Pemurah

109

Berpuasa

Nota: Nilai Islam dan kehidupan beragama yang dinyatakan di atas hanya sebahagian daripada konsep. Pelbagai nilai Islam dan kehidupan beragama boleh diperoleh dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur.

1.1.1 Antara nilai agama yang mungkin terdapat dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan Saudagar Besar dari Kuala Lumpur ialah ialah:

Taubat.

Amanah

Takut akan Allah (khauf).

Sanggup berkorban

Zahid / zuhud.

Pemaaf

Sabar.

Bertaqwa

Mensyukuri nikmat.

dll

Ikhlas. Tawakkal. Kasih kepada Allah taala.

110

Redha akan qada’ (Ketetapan / keputusan) Allah taala. ingatkan mati.

1.1.2 Antara aspek kehidupan beragama yang mungkin terdapat dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan Saudagar Besar dari Kuala Lumpur ialah:

Membaca Al Quran

Menuntut ilmu agama

Berdakwah

Mengajarkan ilmu.

Sambutan dan perayaan

Berdoa.

Bersedekah.

Berkhatan/berkhatam

Berpuasa,

Mengucap

Perkahwinan Taat guru/memuliakan alim ulama Menegakkan pemerintahan yang adil Sembahyang Meninggalkan dan menunaikan wasiat

1.1.3 Aspek keagamaan berdasarkan watak Maulana Abu Bakar dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang membentuk pembangunan insan.

1. Asas ketuhanan (Ilmu ketuhanan/tasawuf/suluk/tauhid) – sifat-sifat tuhan yakni bahasa zat, bahasa sifat dan bahasa af’al yang diketahui oleh Maulana Abu Bakar (Berdasarkan kitab Duri’l mazlum. 2.

Belajar agama – Sultan Mansur Syah dan Kadi Yusuf belajar agama daripada Maulana Abu Bakar.

3. Mengaajar agama – Maulana Abu Bakar mengajar agama kepada Sultan Mansur Syah, Kadi Yusuf dan para pembesar Melaka. 4. Kewalian (wali Allah) – orang yang mempunyai makam yang tinggi (cahaya menerangi tubuh Maulana Abu Bakar) 5.

Berdakwah- Maulana Abu Bakar dari Mekkah ke Melaka

6.

Kitab agama – Kitab Duri’l mazlum karangan Abu Ishak guru kepada Maulana Abu Bakar.

7. Persoalan isi syurga dan isi neraka – dibangkitkan oleh Sultan Mansur Syah kepada Maulana Abu Bakar.

111

1.1.4 Nilai keagamaan yang membawa kepada pembangunan insan berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur.

1. Sanggup berkorban – insan yang sanggup berkorban demi/kepentingan agama dipertahankan. Lebai Maarup sanggup mewakafkan tanah pusakanya untuk kepentingan agama Islam. Tanah pusaka Lebai Maarup dicadangkan tapak surau untuk penduduk Kampong Tualang. 2. Bertanggungjawab mengembangkan agama Islam – insan yang menjalankan gerakan dakwah. Lebai Maarup giat menjalankan gerakan dakwah kepada generasi muda Kampung Tualang. Ramai golongan muda dating ke surau untuk solat berjemaah. 3. Bertaqwa/beriman - - insan yang kuat pegangan dan kepatuhan ajaran Islam/melaksanakan hukum/ajaran Islam. Walaupun sudah kaya/moden masyrakat bandar yang teguh kepada ajaran Islam seperti datang ke surau sembahyang berjemaah. Tan Sri Syed Aris dan Isteri Syarifah Mu’inah sentiasa soalat berjemaah di rumahnya. 4. Patuh kepada hukum agama – melaksanakan pembahagian harta pusaka mengikut ajaran Islam/mengikut hukum faraid. Peguam keluarga Datuk Indera dengan dibantu tuan kadi Wilayah Tualang diamanahkan untuk membuat pembahagian harta pusaka Datuk Indera secara faraid. Semua ahli keluarga Encik Muhammad dan Orang Kaya Datuk Indera Mahmud mendapat bahagian masing-masing mengikut hukum faraid yang ditetapkan. 5. Pemaaf – Insan yang mempunyai nilai keimanan yang tinggi akan memaafkan orang lain. Lebai Maarup mempunyai tahap keimanan yang agak tinggi apabila beliau memaafkan Mat Akil.

1.1.5 Pembangunan insan dari aspek keagamaan seperti yang tergambar dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)

1. Asas ketuhanan (Ilmu ketuhanan/tasawuf/suluk/tauhid) – sifat-sifat tuhan yakni bahasa zat, bahasa sifat dan bahasa af’al yang diketahui oleh Maulana Abu Bakar (Berdasarkan kitab Duri’l mazlum. 2. Cinta agama/Belajar agama – Sultan Mansur Syah dan Kadi Yusuf belajar agama daripada Maulana Abu Bakar. Sultan Mahmud Syah belajar agama dengan Maulana Sadar Jahan. Bertanya satu masalah agama ke Pasai (hlm 247)

112

3. Mengajar agama – Maulana Abu Bakar mengajar agama kepada Sultan Mansur Syah, Kadi Yusuf dan para pembesar Melaka. 4. Kewalian (wali Allah) – orang yang mempunyai makam yang tinggi (cahaya menerangi tubuh Maulana Abu Bakar) 5.

Berdakwah- Maulana Abu Bakar dari Mekkah ke Melaka (hlm 56)

6.

Kitab agama – Kitab Duri’l mazlum karangan Abu Ishak guru kepada Maulana Abu Bakar.

7. Persoalan isi syurga dan isi neraka – dibangkitkan oleh Sultan Mansur Syah kepada Maulana Abu Bakar. 8. Tahu hukum hakam/peraturan/undang Islam – Wasiat Sultan Mansur Syah (hlm 170 –dosa dan pahala, haram dan halal) 9. Solat/kepentingan solat – Membuka Melaka (hlm 71) Kedatangan Islam Ke Melaka- Syed Abdul Aziz (hlm 73) Pembukaan Pasai – Sheikh Ismail dan Fakir Muhammad 10.

Amanah/jujur – Sultan Alau’d-Din Riayat Syah

11.

Adil – Sultan Alau’d-Din Riayat Syah, Sultan Mansur

12.

Sabar – Sultan Mansur

13. Akhlak terpuji/beriman/bertaqwa/pekerti yang baik/zuhud/merendah diri – Fakir Muhammad, Sultan Mansur Syah, Sultan Mahmud Syah(Sultan Membuang Kerajaan-hlm 266) 14. Ukhuwah/Silaturrahim/perpaduan – Tun Perak dengan Tun Ali – satu cara mengelak pecah belah (hlm 92) 15. Baca Al-Quran/belajar Al-Quran – Fakir Muhammad hlm 57)

(Mula kedatangan ke Alam Melayu –

16.

Taat kepada pemimpin – selagi tidak bercanggah dengan ajran Islam

17.

Memuliakan/menghormati alim ulamak/guru agama

1.1.6 Aspek keagamaan berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur sebagai tonggak pembangunan sahsiah.

Taqwa. Adalah sifat yang paling penting dalam diri orang yang beriman. Takut kepada Allah dan harap kepada rahmatnya. Takut melakukan dosa kerana akan menyebabkan azab Neraka. Harap pada rahmat Allah dan dapat masuk syurga. Tuan Guru Sheikh Syed Salim tidak membenarkan Syarifah Naimah dan syarifah Mu’inah bergaul bebas dengan Syed Aris kerana mereka bukan mahram (hlm. 30).

Redha akan qada’ (Ketetapan / keputusan) Allah taala. Tidak marah-marah kepada orang yang menganiaya. Sanggup memberikan kemaafan dan terima nasib malang dengan redha. Lebai maarup redha dengan peristiwa buruk yang menimpanya. Dia menjemput orang kampong ke balairaya untuk menyatakan sikapnya yang tidak berdendam dan tidak akan melakukan pembalasan terhadap dengan orang yang memukulnya (Mat Akil).(hlm. 311).

113

Sabar. Lebai maarup bersabar bila dipukul oleh kawan-kawan Mat Akil. Dia tidak mahu menuntut keadilan dari pihak berkuasa. Dia mahu kes dia dipukul dimatikan saja, tidak ada umpat mengumpat dan huru-hara dalam kampung (hlm. 311).. Bersyukur. Berterima kasih kepada Allah setelah menerima pertolonagan Allah. Sudin bersyukur kepada Allah kerana dia tidak meninggal dunia setelah dipukul oleh mat Akil (109). En Muhammad bersyukur kerana Syarikat perlombongan Berjaya ditubuhkan. Dia bersembahyang tahajud dan berzikir kepada Allah. YB Mohd Yusuf dan En Muhammad bersyukur kepada Allah kerana rancangan pindahkan penduduk ke FELDA dilihat akan Berjaya (260). Sudin meminta penduduk Kampung Pulai bersyukur kepada Allah kerana mempunyai pemimpin seperti YB Mohd Yusuf dan En Muhammad yang baik hati (hlm. 328). Pemurah dan tidak bakhil. En Muhammad menyumbang 10 ribu ringgit untuk kenduri 3 hari 3 malam meraikan perlantikan Penghulu Mahmud sebagai Datuk Indera (hlm. 171). Sekali lagi dia menyumbangkan seekur kambing untuk dikendurikan sempena pengumuman YB Mohd Yusuf dan pegawai FELDA di masjid (hlm 171). En Muhammad juga mengumumkan untuk member saguhati kepada penduduk yang tidak bertanah dan menumpang di tanah keluarganya, sekiranya mereka mahu pindah ke FELDA. Tawadhu dan menghormati yang lebih tua. Anak saudara En Muhammad yang bernama Muhamad Alif bin abdul Karim, seorang yang bekerja sebagai pensyarah di Universiti Malaya dan berkelulusan sarjana ekonomi dari London school of economics, merendahkan dirinya kepada En Muhammad dan memanggil En Muhammad sebagai Pak Su (hlm. 338). Amanah. Menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah termasuklah menuntut ilmu agama dan mengajarkannya. Menjalankan dakwah mengajak manusia bertaqwa kepada Allah. Lebai Maarup menegaskan dia berusaha untuk berdakwah mengajak manusia kepada Allah. Mengajar budak-budak mengaji al-Qur’an (hlm 311). Fatanah / Bijaksana. Menyusun strategi untuk selesaikan masalah. En Muhammad menyusun pelbagai strategi untuk menjayakan projek perlombongan di Kampun Tualang. Penduduk akan dipindahkan ke rancangan FELDA. Tanah penduduk akan dibayar dengan harga yang tinggi. Penduduk tidak bertanah diberikan saguhati. Sudin diambil bekerja dengan Syarikat perlombongan Lembah Tualang. Imam Saad akan dijadikan Imam di Pekan Kuala. Tuk Empat Dahlan dijadikan penghulu Pekan Tualang. Imam Pekan Tualang dipindahkan ke Pekan Kuala dan Imam Pekan Kuala diminta bersara awal. Untuk memujuk Imam Pekan Kuala bersara, Sani diambil bekerja dengan YB Mohd Yusuf.

Mohon kemaafan. Untuk memohon kemaafan dari orang lain adalah berat bagi mereka yang tidak beriman. Begitu juga untuk memberikan kemaafan kepada orang lain. Mahani memohon maaf dari Datuk Tan kerana tidak membuat persiapan yang sepatutnya bagi menyambut kedatangan Datuk Tan ke pejabatnya (hlm. 1). Menuntut ilmu agama dan mengajarkannya. Syed Salim al-Makky belajar ilmu agama di Mekah. Bila pulang dia pulang menjadi guru agama di istana (hlm. 28) . Tok guru haji Ismail pula menjadi guru agama yang disegani di Kampung Pulai. Imam Saad dan Pak Salim berguru kepadanya (Hlm 87). Imam Saad kini menjadi imam dan bertanggungjawab mengajar mengaji kepada budak-udak kampung (93). Lebai Marup pula belajar ilmu agama di Tanjung karang dan pulang ke kampong Pulai untuk mengajar ilmu agama di sana pula (hlm 310).

114

Mendirikan solat. Mendirikan solat fardhu dan juga solat sunat. Lebai Maarup, Imam Saad, Bilal Endut dan Kemat Jerangkung adalah orang yang rajin mendirikan solat berjemaah termasuklah solat subuh (hlm. 307). En Muhammad juga rajin mendirikan solat tahajud kepada Allah, contohnya pada malam penubuhan Syarikat Perlombongan Lembah Tualang (hlm. 260) Berdoa. Memohon bantuan daripada Allah supaya masalah hidup dapat diselesaikan. Selain berzikir, En Muhammad juga berdoa kepada Allah supaya cita-citanya untuk melaksanakan projek perlombongan akan berjaya (hlm. 260). Sedekah. Menjamu makan termasuk dari amalan sedekah atau menginfaqkan harta yang disukai Allah. En Muhammad termasuk dalam golongan orang yang suka bersedekah. Dia menyumbang 10 ribu ringgit untuk mengadakan jamuan bagi meraikan perlantikan Penghulu Mahmud sebagai Orang Kaya Indera (hlm. 171). Dia mengadakan kenduri meraikan pernikahan Sudin dengan gayah di rumahnya (hlm. 140). Syed Aris juga mengadakan kenduri sempena pertunangan Mahani dengan Rahim (hlm. 208). Mewakafkan harta. Memberikan harta untuk kegunaan orang ramai. Imam Saad mewakafkan tanahnya di Kampung Pulai untuk dibina surau (hlm. 256). Lebai maarup juga mahu mewakafkan tanahnya seluas 2 ekar kepada syarikat perlombongan Lembah Tualang bagi pembinaan kompleks pekerja termasuklah pembinaan surau (hlm. 360). Bertunang, berkahwin dan mengadakan walimatul urus. Dalam Islam majlis pertunagan, perkahwinan dan jamuan walimatul urus sebaiknya dibuat secara sederhana sahaja. Tidak perlu secara besar-besaran yang biasanya melibatkan pembaziran. Mahani meminta ibubapanya mengadakan majlis pertunangannya dengan Rahim dibuat secara sederhana saja, jangan besar-besaran untuk elak pembaziran (hlm.hlm. 208 ) Majlis perkahwinan Sudin dengan Gayah juga dibuat secara sederhana dan tidak melibatkan persandingan (hlm. 140). Menziarahi orang sakit. Melawat orang sakit atau orang yang ditimpa musibah adalah dianjurkan dalam Islam. Semasa Sudin terlantar di rumah sakit setelah dipukl oleh Mat Akil, YB Mohd Yusuf telah dating melawatnya (hlm. 105). Sudin pula diminta oleh En Muhammad supaya menziarahi Lebai maarup di hospital (hlm. 327). En Muhammad sendiri juga telah datang menziarahi Lebai maarup yang dipukul oleh kawan-kawan Mat Akil (hlm. 341). Berzikir atau mengingati Allah. Bertasbih, tahmid, tahlil dan takbir kepada Allah . Termasuklah juga beristighfar dan berselawat kepada rasulullah s.a.w.. En Muhammad bangun bersolat tahajud, berzikir dan bersyukur kepada Allah pada malam penubuhan Syarikat Perlombongan Lembah Tualang. Dia merasakan dirinya dekat dengan tuhan. (hlm. 260).

Menunaikan hutang. Setiap hutang wajib dibayar. Memberi hutang dan membayar hutang adalah merupakan ibadat kerana menolong orang yang berada dalam kesempitan. Sudin telah meminta En Muhammad memberikan hutang kepada Sani sebanyak 9000 ringgit. En Muhammad minta Sani mencagarkan geran tanah ataupun mendapatkan jaminan dari YB Mohd Yusuff (hlm. 191). Mat Akil pula membayar hutang kepada kawannya yang bernama Man tetapi tak cukup 10 ringgit dan dia minta dihalalkan (hlm. 278). Berbakti dan menunaikan hak orang tua. Bila ibubapa telah tua dan uzur, anak hendaklah bertanggungjawab menjaga orang tua itu sebagaimana mereka dulu menjaga kita di waktu kita kecil. Sudin

115

telah membawa diri kerana kecewa ibubapanya tidak mahu meminang Gayah. Setelah 15 tahun dia kembali semula ke rumah ibubapanya kerana menginsafi bahawa ibubapanya telah tua dan perlu dibantu (hlm. 94). Taat kepada ibubapa. Anak tidak boleh derhaka kepada ibubapa. Suruhan mereka hendaklah dipatuhi. Larangan mereka hendaklah dijauhi. Tidak taat kepada ibubapa menyebabkan anak menjadi derhaka. Syarifah Mu’inah mematuhi suruhan ayahnya, Syed Salim supaya kahwin dengan abang iparnya sendiri, Syed Aris selepas kakaknya meninggal dunia. Arahan itu dipatuhi walaupun dia terasa amat berat (hlm. 29). Amar makruh Nahi Mungkar. Menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tugas ini amat berat tetapi sangat besar ganjaran pahalanya di sisi Allah. Lebai Maarup meminta penjelasan dari En Muhammad apakah benar ingin membina hotel di jeram Medang. Pembinaan hotel itu akan mengundang angkara judi, arak dan zina. Kalau boleh dia tidak mahu semua maksiat itu berlaku di Kampung Pulai (hlm. 261). Menolong orang yang kesusahan. Sifat tolong-menolong atau membantu orang yang kesusahan adalah sifat yang terpuji. Orang yang menerima bantuan akan sentiasa terkenang budi orang yang sanggup menolong. Pertolongan itu sangat perlu terutama kepada orang miskin dari kalangan kaum keluarga dan jiran tetangga dekat. En Muhammad berhasrat mahu menolong orang kampungnya yang miskin. YB Mohd Yusuf juga sentiasa bekerja untuk menolong orang kampung. Mereka berdua berbincang untuk membantu penduduk yang miskin itu (hlm. 69). Mencari rezeki yang halal dan baik. Tidak baik mencari rezeki yang tidak halal ataupun dengan cara yang tidak baik. Pada mulanya Syed Aris tidak membenarkan Mahani menjadi setiausaha tetapi akhirnya dia membenarkan Mahani menjadi setiausaha tetapi di pejabat En Muhammad sahaja. Dia bimbang Mahani akan terjebak dalam angkara dosa (hlm. 79).

116

ELEMEN 1 (AKTIVITI) Aktiviti 1

Nyatakan nilai Islam dan kehidupan beragama yang menjadi tonggak pembangunan sahsiah berdasarkan watak yang terdapat dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur atau Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)

1.

Nilai Islam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur

Nilai-nilai Islam

Peristiwa

Kesan

(Perbuatan)

Pembangunan insan

Watak

1. Bertaqwa / Beriman

2. Sanggup berkorban

3.Berdakwah

4. Bertanggungjawab

5. Kepatuhan pada hukum agama / amanah

6. Menghormati orang tua /golongan agamawan

117

7. Pemaaf

118

Aktiviti 2

Nilai-nilai agama dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)

Arahan: Senaraikan watak yang terlibat serta jelaskan peristiwa yang berkaitan dengan nilai-nilai agama tersebut.

Nilai-nilai agama

Peristiwa

Kesan

(Perbuatan)

Pembangunan insan

Watak

1. Bertaqwa / Beriman

2. Sanggup berkorban

3.Berdakwah

4. Bertanggungjawab

119

5. Kepatuhan pada hukum agama / amanah

6. Menghormati orang tua /golongan agamawan

Aktiviti 3

Kehidupan beragama dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) Kehidupan beragama

Menuntut

Berdakwah

ilmu

Peristiwa

Kesan

(Perbuatan)

Pembangunan insan

S. Mahmud Syah

Menggunakan gelaran fakir bagi menuntut ilmu agama iaitu kitab Maklumat daripada Khadi Yusof.

Mengukuhkan lagi pegangan agama.

Maulana Abu Bakar

Sanggup datang dari Jeddah ke Melaka dengan membawa bersama kitab Duril Mazlum(hlm. 157)

Berjiwa murni

Watak

120

Bersolat

Syed Abdul Aziz

sesampainya di Melaka dia bersolat di pantai Melaka (sebagaimana yang dimimpikan oleh Sultan Kecil Besar). (hlm. 73)

Membaca al-Quran

Merah Silu/Sultan Maliku’s Salleh

bermimpi bertemu dengan Rasulullah lalu diludahi mulut Merah Silu keesokkan harinya apabila fakir membawa alQuran lalu dibacakan oleh Merah silu.(hlm 57)

Beriman

Sultan Mansor Syah

mengarahkan agar kitab Duril Mazlum dan Maulana Abu Bakar diarak ke istana mengikut adat istiadat diraja (hlm.157)

merendah diri

Memuliakan golongan agamawan

121

Ikhlas/Jujur

Aktiviti 4

Kehidupan beragama dalam Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur

Arahan:Nyatakan kehidupan beragama, senaraikan watak yang sesuai serta jelaskan kesan ke atas pembangunan insan.

Kehidupan beragama

Peristiwa Watak (Perbuatan) Syarikat Lombong Lembah Tualang telah ditubuhkan. Encik Muhammad bin Idris duduk tafakur di atas sejadah, berzikir dan berdoa. (hlm. 113) Ayahnya yang menggantikan, mengajar orang kampung mengajidi surau. Ada juga dua tiga orang yang mengaji kitab. (hlm. 91) Baru sebulan yang lalu dia pulang bersama isteridan anaknya serta pula dengan anak sahabatnya yang juga setiausahanya, Mahani. Tak kan orang tua ini mengharapkan dia datang lagi sekeluarga. (hlm. 36) “Kedua beritahu semua pegawai dan kakitangan, besok kita semua makan tengah hari di Paddock. Semua dijemput hadir.” (hlm. 8) “Maksud saya hendak wakafkan kepada encik supaya encik atau keluarga encik sampai masa akan datang memakainya untuk keperluan-keperluan agama. Apaapalah asal untuk keperluan agama.” (hlm 341) Dahulunya hanya Imam Saad dengan Bilal Endut sahaja tetapi semenjak lebai Maarup datang, jemaah bertambah ramai. Kadangkadang sampai sepuluh orang.Makin hari makin ramai yang dapat ditarik oleh Lebai Maarup mengaji dan berjemaah(hlm. 307)

122

Kesan Pembangunan insan

Kepentingan Kehidupan Beragama

123

Peristiwa

Meningkatkan Allah s.wt

keimanan

1. Bersolat

2.Berdakwah

kepada Syed Abdul Aziz bersolat di pantai Melaka menunjukkan ketaatan beliau kepada Allah sehingga bersolat di mana sahaja.

dapat merasakan diri rendah Sultan Muhammad menjadi berbanding dengan kuasa tuhan fakir dan melepaskan jawatan sebagai raja untuk berdakwah. (SS hal. 56)

3.

4.

5.

6.

124

Aktiviti 5

Jelaskan kepentingan kehidupan beragama berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dalam konteks pembangunan insan.

Aktiviti 6

1. Huraikan kehidupan beragama berdasarkan watak Lebai Maarup dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur

Kehidupan Beragama

Huraian

Peristiwa

1.

2.

125

3.

4.

5.

6.

2. Bincangkan kehidupan beragama berdasarkan watak Fakir Muhammad dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)

Kehidupan Beragama

Huraian

Peristiwa

1.

126

2.

3.

4.

5.

6.

ELEMEN 2 (Latihan)

127

1. Nilai Islam merupakan tonggak pembangunan sahsiah. Bincangkan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan insan berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur [25] 2.

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

“sebermula ,maka tersebutlah pada zaman Rasul Allah salla’llahu ‘alaihi wa salam, baginda bersabda pada segala sahabat: “Pada akhir zaman kelak, ada sebuah negeri di bawah angin, Semudra namanya; maka apabila kamu dengar khabarnya negeri Semudra itu, maka segeralah kamu pergi ke negeri itu, bawa isi negeri Semudra itu masuk Islam, kerana dalam negeri itu banyak wali Allah akan jadi; tetapi ada pula seorang fakir di negeri Mutabari namanya, ialah kamu bawa serta kamu, setelah berapa lamanya kemudian daripada sabda nabi salla’llahu ‘alaihi wa salam, maka terdengarlah kepada segala negeri, datang ke Mekah pun kedengaran nama negeri Semudra itu. Syarif di Mekah menyuruh sebuah kapal membawa segala perkakasan kerajaan seraya disuruhnya singgah ke negeri Mu’tabari; adapun nama nakhoda kapal Sheikh Ismail itu

(Dipetik daripada A. Samad Ahmad [peny.] 2003. Sulalatus Salatin Sejarah Melayu (Edisi Pelajar). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 55) (a) Nyatakan hal yang berkaitan Islam sebagaimana yang tergambar dalam petikan di atas.

[5]

(b) Berdasarkan watak fakir dalam petikan di atas, ulaskan kehidupan beragama sebagai tonggak pembangunan insan. [20] Cadangan jawapan

(a)

Hal yang berkaitan dengan Islam ialah;

1.

Rasul Allah salla”alaihi wa salam ajaran Islam

2.

Wali Allah -

3.

Fakir - Seseorang yang tidak mementingkan hal keduniaan. Kehidupannya tertumpu pada akhirat semata-mata.

4.

Mekah - iaitu kota suci umat Islam.

5.

Sabda – Pesanan Rasul Allah salla”alaihi wa salam

6.

Dakwah – menyebar dan menyampaikan ajaran Islam

7.

Sahabat Rasul Allah salla”alaihi wa salam

Orang yang dipilih oleh Allah SWT untuk menyampaikan

Orang yang diberi kelebihan oleh Allah.

(b) Kehidupan beragama sebagai tonggak pembangunan insan. 1.

Berdakwah/menyebarkan ajaran Islam

128

Fakir menyebarkan/menyampaikan Islam bukan sahaja di negeri Semundra, malah Fakir berjaya menyebarkan ajaran Islam di Fansuri,Lamiri dan Haru. 2.

Menyuruh membaca al-Quran. Setiap tempat yang disingahi oleh Fakir Muhammad, maka beliau menyuruh orang membaca alQuran

3.

Mengislamkan masyarakat. Fakir telah mengislamkan masyarakat/rakyat di negeri yang disinggahinya seperti negeri Semundra, Fansuri, Lamiri dan Haru. Beliau juga telah mengislamkan Mereh Silu apabila sampai ke negeri Semudra.

4.

Bersifat merendah diri. Sultan Muhammad sanggup merendah diri untuk menjadi fakir semata-mata menunaikan amanat Rasul Allah dan cintanya akan Islam.

5.

Taat kepada perintah Rasul. Sharif Mekah dan Fakir Muhammad patuh pada perintah Nabi untuk mengislamkan isi negeri Semundra..

6.

Dedikasi dalam pekerjaan. Fakir sanggup berkorban masa dan tenaga semata-mata untuk menyebarkan ajaran Islam ke Alam Melayu. Beliau meninggalkan takhta dan negara untuk mengajar agama di Semundra sebagai menyahut perintah Rasul.

3. Berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) bincangkan nilai keagamaan dalam konteks pembangunan insan. [25] Cadangan jawapan

Pengenalan [3]

Konsep nilai keagamaan Isi yang akan dibincangkan

Isi [20] 1.

Menuntut ilmu Contoh: Sultan Mahmud Syah belajar tasawuf dengan Maulana Yusuf

2.

Mengembangkan agama/berdakwah Contoh: Syed Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Maulana Sadar Jahan dan Maulana Yusuf merupakan tokoh pendakwah yang bertanggungjawab mengembangkan agama Islam di Melaka

129

3.

Bertaqwa/beriman Contoh: Maulana Abu Bakar seorang ulamak yang warak.

4.

Patuh kepada hukum agama Contoh; Wasiat, menunaikan solat, puasa dan sebagainya.

5.

Bertanggungjawab melaksanakan tugas/amanah Contoh: Sultan Alauddin dan Sultan Mansur Syah merupakan pemimpin yang bertanggungjawab menunaikan tanggungjawabnya sebagai pemerintah/pemimpin.

Penutup [2 markah] Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

4. Agama merupakan asas penting dalam pembangunan insan. Berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur bincangkan kehidupan beragama yang mampu manjadi tonggak pembangunan diri anda. [25]

Cadangan jawapan Pengenalan

1.

Konsep kehidupan beragama merujuk kepada perihal hidup yang mematuhi ajaran agama, taat agama, beribadat

2.

Isi yang akan dibincangkan

Isi 1.

Mengerjakan solat secara berjemaah Contohnya,Lebai Maarup sentiasa mengerjakan solat secara berjemaah di surau bersama-sama Iman Saad, Tuk Empat Dahlan dan beberapa orang kampung.Malah dia juga berusaha mengajak masyarakat khususnya golongan muda bersama-sama meramaikan surau di kampung.Di sini membuktikan agama dapat membentuk keperibadian insan.

130

2

Mewakafkan harta/bersedekah Contohnya, Lebai Maarup yang ingin mewakafkan tanah pusaka milik keluarga kepada Syarikat Perlombongan Lembah Tualng untuk kebajikan seperti membina surau untuk pekerja.Hal ini menunjukkan Lebai Maarup seorang yang ikhlas kerana dia boleh mendapatkan sejumlah wang yang banyak jika dia menjual tanah tersebut.Jelaslah agama dapat melahirkan insan yang sanggup berkorban.

3

Menentang kemungkaran Contohnya ,Lebai Maarup menentang perancangan pembinaan hotel di Jeram Medang kerana pembinaan hotel tersebut boleh membawa maksiat ke kampung dan merosakkan golongan muda. Agama dapat menghalang seseorang daripada melakukan maksiat dan bersubahat dalam perkara tersebut.

4

Berdakwah/mengajak masyarakat kembali mengamalkan ajaran Islam Contoh,Lebai Maarup mengajak masyarakat kampungnya kembali mengamalkan ajaran Islam khususnya golongan muda.Apabila generasi muda kembali mentaati Allah SWT, secara tidak langsung dapat membentuk peribadi yang sempurna dan ini dapat menggelak berlakunya perkara yang negatif. Agama menjadikan seseorang itu bertanggungjawab kepada dirinya dan orang lain.

5.

Menuntut ilmu/menyampaikan ilmu Contoh Haji Ismail pula menjadi guru agama yang disegani di Kampung Pulai. Imam Saad dan Pak Salim berguru kepadanya. Imam Saad kini menjadi imam di Kampung Pulai mengajar mengaji anak-anak di Kg Pulai. Lebai Marup pula belajar ilmu agama di Tanjung Karang dan pulang ke kampung Pulai untuk mengajar ilmu agama.

6.

Pembahagian harta mengikut hukum faraid. Contohnya, pembahagian harta pusaka keluarga Datuk Idris dilakukan mengikut hukum Faraid.

7.

Perkahwinan Contohnya, perkahwinan Sudin dengan Gayah juga dibuat secara sederhana dan tidak melibatkan persandingan

8.

Menziarahi orang sakit Contohnya, semasa Sudin terlantar di rumah sakit akibat dipukul oleh Mat Akil, YB Mohd Yusuf telah datang melawatnya. Sudin pula diminta oleh En Muhammad supaya menziarahi Lebai maarup di hospital . En Muhammad sendiri juga telah datang menziarahi Lebai maarup yang dipukul oleh kawan-kawan Mat Akil.

9.

Berzikir atau mengingati Allah. bertasbih, tahmid, tahlil dan takbir kepada Allah .

131

Contohnya,En Muhammad bangun bersolat tahajud, berzikir dan bersyukur kepada Allah pada malam penubuhan Syarikat Perlombongan Lembah Tualang. Dia merasakan dirinya dekat dengan Allah. . Penutup Menyimpulkan apa yang dibincangkan atau mengemukakan pandangan/saranan/rumusan/pendirian

5. Berdasar teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) sejauhmanakah nilai Islam mampu membentuk keperibaadian seseorang. [25]

6. Berdasarkan watak-watak tertentu dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), bincangkan kehidupan beragama sebagai tonggak pembangunan sahsiah. [25]

7. Berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur bincangkan nilai keagamaan dalam konteks pembangunan insan. [25]

132

8. Berdasarkan wasiat Sultan Mansur Syah kepada Raja Ahmad dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), huraikan aspek keagamaan yang terkandung dalam wasiat tersebut yang dapat dimanfaatkan dalam kehidupan anda. [25]

Cadangan jawapan

Pengenalan 1.

Keagamaan merujuk kepada perihal agama/hal-hal yang berkaitan dengan agama sama ada berbentuk niat, lafaz, perbuatan, atau sebagainya.

2.

Isi yang akan dibincangkan.

B.

Isi

1.

Kehidupan di dunia tidak akan kekal. Segala sesuatu yang hidup di dunia ini tidak akan kekal buat selama-lamanya, sama ada ianya manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan. Semuanya akan mati. Yang kekal hanya Allah jua.

2.

Iman yang sempurna/kesempurnaan iman. Setiap manusia harus beriman terhadap Allah s.w.t dan sentiasa melakukan amal salih.

3.

Pekerti yang baik. Seseorang yang mempunyai budi pekerti yang baik akan dikenang/disebut orang selama-lamanya. Orang yang mempunyai pekerti yang baik juga akan disenangi dan disayangi oleh sesesiapa saja.

4.

Berlaku adil. Seseorang raja atau pemerintah yang hebat ialah yang mampu berlaku adil terhadap rakyatnya atau orang di bawahnya.

133

5.

Amanah. Seseorang raja ditegah sama sekali mengambil hak milik orang lain sesuka hati. Perbuatan tersebut akan menyebabkan berlakunya penganiayaan. Allah s.w.t. juga tidak akan mengampuni orang yang mengambil hak orang lain kecuali dengan izin tuannya.

6.

Perihatin. Raja atau pemerintah mestilah bersedia membantu rakyatnya yang menghadapi kesukaran. Raja atau pemerintah juga perlu menyiasat setiap dakwaan yang melibatkan rakyatnya dengan sebaikbaiknya dan seterusnya menghakiminya dengan seadil-adilnya, yakni, tanpa pilih kasih.

Penutup Menyimpulkan apa yang dibincangkan atau mengemukakan pandangan/saranan/rumusan/pendirian

STPM P2/2013

2. Pengarang Saudagar Besar dari Kuala Lumpur memuatkan nilai keagamaan dalam usaha mendidik insan dalam novelnya. Bincangkan penyataan tersebut. [25] _________________________________________________________________________________

Cadangan jawapan

Pengenalan [3]

134

Nilai bolehlah ditakrifkan sebagai sifat ketinggian yang merangkumi pemikiran, agama dan sebagainya. Manakala keagamaan pula bermaksud perihal yang berkaitan dengan agama. Di antara nilai-nilai agama seperti sanggup berkorban, beriman, bertangungjawab dan sebagainya.

Isi [20] Antara nilai Islam yang mampu mendidik insan berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur ialah sanggup berkorban demi agama/kepentingan agama dipertahankan/wakafkan harta/sedekah. Kesanggupan berkorban demi agama merupakan kesediaan seseorang individu melakukan sesuatu dengan rela hati tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Apa yang dilakukan adalah semata-mata mencari keredhan Allah serta mengharapkan pembalasan dari Allah jua. Sifat ini akan menjadikan seseorang itu redha atas segala ketentuanNya, sabar, tawakal dan dekat kepada Allah, tanpa mengharapkan sesuatu ganjaran di dunia ini. Jika seseorang itu mementingkan diri dan harta dunia dengan meletakkan material lebih penting dari agama sudah tentu dia akan menjadi seorang yang sangat bakhil.Sifat bakhil merupakan sifat yang amat dimurkai oleh Allah. Lebai Maarup misalnya, sanggup mewakafkan tanah pusakanya untuk keperluan masyarakat Kampung Pulai mendirikan surau. Sesungguhnya pengorbanan Lebai Maarup adalah kerana kecintaannya terhadap agama Islam sebagaimana yang dinyatakannya kepada Encik Muhammad. Pengorbanan yang dilakukan oleh Lebai Maarup menjadikannya seorang yang penyabar, pemurah, redha dan dekat dengan Allah. Jelaslah kesanggupan berkorban demi agama mampu membentuk seseorang individu lebih bersifat zuhud tidak pentingkan diri sendiri.

Bertanggungjawab mengembangkan agama/keilmuan .(huraian perbincangan) Lebai Maarup giat menjalankan gerakan dakwah kepada generasi muda Kampung Tualang. Sejak kedatangannya ramai golongan muda datang ke surau untuk solat berjemaah dan mengaji al-Quran. Tanpa keterampilan diri yang berimejkan agama sudah tentu beliau akan dipulau . Gerakan dakwah ternyata mampu menjadi seseorang itu insan yang berpegang teguh dengan ajaran agama.

Bertakwa/beriman. (huraian perbincangan) Contoh Tan Sri Syed Aris dan isteri Syarifah Mu’inah sentiasa solat berjemaah di rumahnya/Encik Muhammad solat sunat tahajud dan suyukur kerana berjaya menubuhkan Syarikat Lombong lembah Tualang.

Kepatuhan kepada hukum agama. (huraian perbincangan). Contoh: Semua ahli keluarga Encik Muhammad dan Orang Kaya Datuk Indera Mahmud mendapat bahagian masing-masing mengikut hukum faraid yang ditetapkan.

Pemaaf/menghormati orang tua. (huraian perbincangan)Lebai Maarup, Imam Saad, Bilal Endut mempunyai keimanan yang tinggi/teguh ajaran agama/seorang yang beriman.Lebai Maarup memaafkan Mat Akil

Kesimpulan.

135

(Lengkapkan huraian dan perbincangan bagi soalan di atas dan kaitkannya dengan aspek pembangunan insan) STPM U2/2015 1. “Keagamaan merupakan unsur penting dalam pembangunan insan,” Bincangkan pernyaataan tersebut berdasarkan watak Maulana Abu Bakar dalan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) [25]

Cadangan jawapan

Pengenalan [3] 1. Keagamaan merujuk kepada perihal agama/hal-hal yang berkaitan dengan agama sama ada berbentuk 2.

Isi-isi penting yang akan dibincangkan

Isi [20] 1.

Asas kefahaman(ilmu tasawuf/sufi/suluk/tauhid)

Memahami sifat-sifat tuhan yakni bahasa zat, bahasa sifat dan bahasa af’al yang diketahui oleh Maulana Abu Bakar. Kitab tersebut telah diajar oleh Maulana Ishak kepada Maulana Abu Bakar sehingga beliau benar-benar memahaminya, sebelum dikirimkan ke Melaka.

2.

Belajar agama

Maulana Abu Bakar mencadangkan kitab Duri’l-Mazlum diterjemahkan kepada bahasa af’al (Kelakuan/perbuatan) – asalnya kitab tersebut ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa zat dan bahasa sifat.

3.

Mengajar agama

Maulana Abu Bakar telah menjadi guru agama kepada Sultan Mansur Syah, beliau juga turut mengajar para pembesar di istana Sultan Mansur.

4.

Kemuliaan (Wali Allah) / dipermuliakan

Orang yang mempunyai makam yang tinggi(cahaya mengelilingi Maulana Abu bakar sebagaimana yang dilihat oleh Kadi Yusof)

5.

Berdakwah/pendakwah

Maulana Abu Bakar yang berasal dari Mekah telah diminta oleh Maulana ishak untuk ke Melaka bagi tujuan berdakwah dengan membawa kitab Duri’l-Mazlum.

136

6.

Kitab Agama

Maulana Abu Bakar memberi pengiktirafan terhadap usaha terjemahan kitab Duri’l-Mazlum ke dalam bahasa Melayu – Sultan Mansur Syah menitahkan pembesarnya membawa kitab itu ke Pasai untuk diberikan erti/terjemah ke bahasa Melayu oleh Makhdum Patakan; Sultan Mansur dan Maulana Abu Bakar gembira dengan terjemahan yang dibuat oleh Makhdum Patakan.

Penutup [2] Merumuskan isi perbincangan

(Buat satu esei berdasarkan isi dan contoh yang dikemukakan di atas dan kaitkan dengan aspek pembangunan insan)

STPM P2/2016 1. Huraikan pembangunan insan dari aspek keagamaan seperti yang tergambar dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). [25]

Cadangan jawapan

Pengenalan [3] 1. Keagamaan: perihal yang berkaitan dengan agama sama ada berbentuk niat, lafaz, perbuatan, atau sebagainya. 2.

Menyenaraikan isi yang akan dikemukakan

Isi [20] 1. Tahu hukum hakam/peraturan/undang Islam – Wasiat Sultan Mansur Syah (hlm 170 –dosa dan pahala, haram dan halal)

137

2. Solat/kepentingan solat – Pembuka Melaka (hlm 71) Kedatangan Islam Ke Melaka- Syed Abdul Aziz (hlm 73) Pembukaan Pasai (Merah Silu)Sheikh Ismail dan Fakir Muhammad (hlm 55-57)

3.

Amanah/jujur – Sultan Alau’d-Din Riayat Syah

4.

Adil – Sultan Alau’d-Din Riayat Syah, Sultan Mansur

5.

Sabar – Sultan Mansur

6. Akhlak terpuji/beriman/bertaqwa/pekerti yang baik/zuhud/merendah diri – Fakir Muhammad hlm 55) Sultan Mansur Syah, Sultan Mahmud Syah (Sultan Membuang Kerajaan-hlm 266)

7. Ukhuwah/Silaturrahim/perpaduan – Tun Perak dengan Tun Ali – Satu cara mengelak pecah belah (hlm 92)

8. Baca Al-Quran/belajar Al-Quran/hafal Al-Quran – Fakir Muhammad Alam Melayu – hlm 57)

9.

(Mula kedatangan ke

Taat kepada pemimpin – selagi tidak bercanggah dengan ajran Islam

10. Memuliakan/menghormati alim ulamak/guru agama – Sultan Mansur Syah – Maulana Abu Bakar, Sultan Mahmud- Belajar kitab Maklumat dengan Maulana Yusuf (hlm 201 -202)

11. Cinta akan agama/belajar agama/pentingkan ilmu agama – Bertanya satu masalah agama ke Pasai (hlm 247) Sultan Mahmud, Sultan Ahmad belajar dengan Maulana Sadar Jahan (hlm 246), Sultan Ahmad Syah belajar tasauf dengan Maulana Sadar Jahan (hlm 266)

12. Berdakwah/mengajar agama/menyeru kepada Isalam/sampaikan ajaran agama – Mula Kedatangan Islam Ke Alam Melayu – Syeikh Ismail, Fakir Muhammad (hlm 55- 56), Kedatangan Islam Ke Melaka – Syed Abdul Aziz (hlm 73-74)

Penutup [2]

Harapan/pandangan/kesimpulan

138

(Buat satu esei berdasarkan isi dan contoh yang dikemukakan di atas dan kaitkan dengan aspek pembangunan insan)

STPM P2/2016

2. “Nilai Islam sebagai tonggak pembangunan sahsiah.” Dengan mengemukakan contoh watak-watak yang terdapat dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, huraikan pernyataan tersebut. [25]

Cadangan jawapan

Pengenalan [3]

1. Nilai Islam: sesuatu yang dilakukan/dilaksanakan/dikerjakan, dan sebagainya sebagai suatu kebiasaan dalam Islam atau perbuatan baik dan kebajikan dalam Islam. 2. Sahsiah: keperibadian atau perihal peribadi, sifat (watak, ciri-ciri, dan sebagainya) yang khusus terdapat pada seseorang individu. 3.

Menyenaraikan isi-isi yang akan dibincangkan.

Isi [20]

1.

Bersolat/mentaati perintah Allah

Sebagai tanda syukur akan nikmat yang dikurniakan Allah, membentuk diri; tuntutan agama yang tidak boleh dipandang ringan; tunjukkan kesatuan tanpa mengira kedudukan ketika bersolat seperti Imam Saat. En Muhammad menunaikan solat sunat syukur apabila hasratnya menubuhkan Syarikat Lombong Lembah Tualang terlaksana.

“En Muhammad bin Idris duduk tafakur diatas sejadah,berzikir dan berdoa.Dia baru selesai sunat sembahyang sunnat syukur dan dan sunat Tahajjud. Dia mencuba sedaya upaya menghenikan cipta,mengosongkan nati nuraninya darisegala waswas dan khannas,menyerah seikhlas-ikhlasnya kepada Allah subahanahu wa taala.”(hal :113) 2.

Berwakaf

139

Sedekah harta sendiri untuk menyucikan diri, hindarkan sikap mementingkan diri; sangat digalakkan dalam Islam. Lebai Maarup ingin mewakafkan tanah pusakanya untuk membina madrasah/surau di Kg Pulai.

3.

Menuntut ilmu/belajar ilmu/belajar agama

Menuntut ilmu agama atau dunia merupakan satu ibadah/kewajipan kepada lelaki dan perempuan; hindarkan sikap mazmumah/keji; baiki kehidupan; bantu orang lain. En. Muhammad, Rahim dan Lebai Maarup menuntut ilmu.

4.

Bermusyawarah/bermuafakat

Perlu mencapai kesepakatan dalam setiap perkara/tindakan; elak tindakan terburu-buru; tuntutan agama Islam dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Ahli keluarga Penghulu Mahmud dan En. Muhammad mencapai kata sepakat sebelum aktiviti perlombongan dijalankan di tanah milik keluarga mereka. Berbincang tentang pembahagian harta Orangkaya Indera Datuk Idris.

5.

Berdakwah

Imam Sad, Lebai Maarup menyeru penduduk Kg Pulai agar melakukan kebaikan; berkongsi ilmu yang dimiliki dengan orang lain.

6.

Hubungan silaturahim

Eratkan hubungan dengan keluarga, rakan, amalan ziarah menziarahi, memenuhi undangan perkahwinan, meraikan perkahwinan merupakan aspek muaamalat yang dituntut dalam Islam. En. Muhammad, YB Muhd Yusuf.

7.

Bersyukur/akhlak terpuji/redha/insaf/taubat

Sebagai tanda menghargai nikmat yang diberikan Allah Yang Maha Esa; galakan amalan baik berterusan. En. Muhammad, Lebai Maarup, Imam Saad.

8.

Amanah/sabar/jujur/pemaaf

Membentuk insan kamil. Lebai Maarup

140

Penutup [2] – Harapan/pandangan/kesimpulan

(Buat satu esei berdasarkan isi dan contoh yang dikemukakan di atas dan kaitkan dengan aspek pembangunan insan)

141

1.2

ILMU

Konsep ilmu

Kajian berkenaan sesuatu perkara. (Kamus Dewan Edisi Keempat; 2007)

pengetahuan, kepandaian dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dan sebagainya.

ILMU

sesuatu yang sampai ke dalam diri insan dan memberi makna dalam kehidupan". (kesan)

"ilmu adalah pengetahuan yang sistematik, benar dan menyakinkan".

Rahmah Ahmad Osman dalam , Kedudukan Ilmu Dalam Kesusasteraan: Teori & Praktis menyatakan secra tidak langsung, dapat difahami bahawa ilmu adalah sesuatu yang bertentangan dengan kejahilan

142

secara mutlak. Apa jua bentuk kejahilan, yang biasanya wujud tanpa asas yang kukuh, fakta yang jelas, sumber yang boleh dipercayai, akan membuatkan diri jauh dari ilmu lebih-lebih lagi cabang ilmu yang didapati langsung daripada sumber utama bagi umat Islam iaitu al-Qur’an dan Hadith.

Mengikut Rahmah Osman lagi, konsep ilmu dalam Islam adalah konsep yang menyeluruh dan bersepadu. Secara dasarnya, keseluruhan konsep ilmu Islam bukan sahaja terhad kepada ilmu yang diturunkan kepada para Nabi dan Rasul, tetapi juga kepada manusia lainnya melalui beberapa cara seperti pemahaman wahyu, pemerhatian terhadap alam semesta, pengkajian sejarah, inovasi dan pengalaman hidup manusia itu sendiri.

Mengikut Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam bukunya Tinjuan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam, Ilmu adalah suatu gerak daya memperoleh pengetahuan dan merujuk kepada suatu sifat yang berada pada sesuatu (insan) yang hidup, yang membolehkan diri yang mengetahui itu mengetahuai yang diketahui.

Jelaslah, ilmu ialah pengetahuan tentang sesuatu bidang/disiplin yang disusun secara bersistem menurut metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan/merungkaikan gejala/fenomena tertentu. Ilmu mampu mengangkat kedudukan seseorang individu sama ada darjat, pangkat ataupun statusnya pada pandangan masyarakat .

143

Membangu nkan modal insan pada masa hadapan

Dihormati dan di sanjungi

Keluar dari kepompong kemiskinan

kepentinga n ilmu

Melahirkan insan yang bermoral / beriman / bertanggung

Membuka peluang pekerjaan

jawab / amanah

Ilmu dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) – sekadar contoh

ILMU BATIN

ILMU AGAMA ILMU

ILMU GAJAH

144 JENIS ILMU

TASAWUF

Ilmu dalam Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur – sekadar contoh

ILMU PERTANIA N

ILMU AGAMA ILMU

ILMU

PERLOMBONGAN

PERNIAGAAN JENIS ILMU

ILMU

ILMU

KESETIAUSAHAAN

KEPAHLAWANAN ILMU PENGURUSA N

145

ELEMEN 1 (AKTIVITI) Aktiviti 1 : Tuliskan watak dan peristiwa yang berkaitan dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) di ruang kosong di bawah. PEMBANGUNAN ILMU

WATAK

PERISTIWA INSAN

Agama

Ilmu gajah

Ilmu kuda

Ilmu firasat

Ilmu kebatinan

Ilmu kepahlawanan

146

Ilmu hikmat

Tasawuf

Perkapalan/Pelayaran

Perdagangan

Aktiviti 2

Sulalatus salatin (Sejarah Melayu) turut memberi penekanan dalam pembangunan insan melalui ilmu pengetahuan. Bincangkan bagaimana ilmu pengetahuan diaplikasikan dalam pembangunan insan.

Arahan: Baca petikan di bawah dengan teliti, kenalpasti ilmu pengetahuan yang dipaparkan serta bincangkan bagaimana ilmu pengetahuan diaplikasikan dalam pembangunan insan.

Petikan 1 petikan hlm. 157

Setelah sudah, maka Maulana Abu Bakar pun turunlah ke bawah angin membawa kitab itu, mcnurupang kapal dari Jeddah ke Melaka, Setelah berapa lamanya di laut, sampailah ke Melaka, Maka sangat dipermulia oleh Sultan Mansur Syah A-198 akan Maulana Abu Bakar. Kitab Duri'l-mazlum itu disuruh baginda arak lalu ke balairung. Maka Sultan Mansur Syah pun bergurulah pada Maulana Abu Bakar; maka sangatlah dipuji B-160 oleh Maulana Abu Bakar akan Sultan Mansur Syah, terlalu amat terang hati; banyaklah ilmu diperoleh baginda, Maka oleh Sultan Mansur Syah Duri'l-mazlum itu disuruh ertikan ke Pasai kepada Makhdum Patakan.

147

Fakta:

Huraian/Contoh

Kepentingan

Petikan 2 hlm 131

Setelah Sultan Mansur Syah mendengar bunyi surat itu, baginda pun tersenyum. Maka disuruh baginda ambil segala jarum yang di pilau itu, dan pilau itu disuruh baginda isi dengan sagu rendang sehingga sarat. Maka Tun Perpatih Putih, adik Bendahara Paduka Raja, dititahkan Sultan Mansur Syah membawa utusan ke benua China. Maka Tun Perpatih Putih pun pergilah. Beberapa lamanya di jalan, sampailah ke benua China. Maka oleh raja China disuruhnya arak surat dari Melaka itu, dihentikan di rumah Perdana Menteri yang bernama Li Po. Setelah Hampir dinihari, maka masuklah Li Po membawa Tun Perpatih Putih dengan segala menteri dan Orang Besar-besar hendak mengadap raja China. Maka datanglah gagak sekawan, tiada terhisabkan banyaknya, turut masuk sama-sama

148

Fakta:

Huraian/Contoh

Kepentingan

Petikan 3 hlm 173

Maka Sultan Alau'd-Din Riayat Syah pun berjalanlah tiga orang dengan penjawat sirih santap baginda, berkeliling negeri Melaka itu, hendak melihat hal negeri itu. Setelah datang pada suatu tempat, maka baginda bertemu dengan pencuri lima orang; mengusung satu candu-peti dua orang, dan yang tiga orang lagi mengiringkan dia. Maka segera diusir baginda pencuri itu, setelah Hampir, maka pencuri itu pun terkejut,

Fakta:

Huraian/Contoh

149

Kepentingan

Petikan 4 hlm 218

Hatta maka Sultan Mahmud pun hendak menyuruh ke benua Keling, membeli kain serasah empat puluh bagai; pada sebagai empat puluh helai; pada sehelai empat puluh perkara bunganya. Maka Hang Nadim dititahkan baginda ke benua Keling membeli kain itu; kerana Hang Nadim itu terlalu pandai barang pekerjaan. (lihat sehingga hlm 219)

Fakta:

Huraian/Contoh

Kepentingan 150

Petikan 5 hlm 67

Setelah dilihat oleh Paduka Seri Maharaja perihal itu maka baginda pun terlalu murka; titah baginda, "Lihatlah kelakuan Tuan Jana Khatib, diketahuinya isteri kita ada di pintu maka ia menunjukkan ilmunya. "Maka disuruh baginda bunuh; Tuan Jana Khatib pun dibawa orang akan dibunuh, Hampir ujung negeri tempat orang membuat bikang; di sanalah ia ditikam orang. Maka titik darahnya setitik, badannya pun ghaiblah. Orang yang membunuh itu pun kembalilah, dipersembahkannya kepada raja. Maka oleh perempuan yang membuat bikang itu, darah Tuan Jana Khatib yang titik itu ditutupnya dengan tudung bikangnya. Dengan berkat darah wali Allah, perempuan itu pun menjadi kayalah dari harga bikangnya; tutup bikang pun menjadi batu. ada sekarang di Singapura.

Fakta:

Huraian/Contoh

Kepentingan

151

Petikan 6 hlm 55

Maka oleh Sultan Abdul Jamal, disuruh baginda lepaskan seekor gajah jinak, maka dikepung oranglah dengan beberapa ekor gajah yang lain, dan beberapa orang bomor yang tahu A-295 memegang jerat, seperti laku orang menjerat gajah liar, demikianlah rupanya. Maka disaukkannyalah jerat itu pada kaki gajah yang dilepaskan itu, tiada kena; terkena pada kaki gajah yang lain, dan terkena kepada leher samanya bomor dan pada kakinya, rebah rirupah tertiarap. Maka segala bomor itu pun hairanlah akan dirinya; maka sembah segala bomor itu pada Sultan Abdul Jamal, "Ampun tuanku, tiadalah dapat patik sekalian menjerat gajah di hadapan Orang Kaya Seri Wak Raja ini, kerana sangat terlalu tahu kepada gajah." Maka Sultan. Abdul Jamal terlalu malu melihat perihal itu, lalu baginda masuk ke dalam istana; maka segala yang mengadap pun masing-masing pulang ke rumahnya

Fakta:

Huraian/Contoh

Kepentingan

Petikan 7 hlm 119

152

Setelah Jawa itu melihat Hang Tuah, lalu diusimya; maka Hang Tuah pura-pura lari dan kerisnya dijatuhkannya. Setelah dilihat oleh Jawa itu keris Hang Tuah, maka dibuangkannya pula goloknya, lalu diambilnya keris Hang Tuah. Adapun akan Hang Tuah terlalu tahu pada melihat keris; maka oleh Hang Tuah diambilnya golok Jawa itu, lalu segera Jawa itu diusimya. Maka oleh Jawa itu ditikamnya Hang Tuah, maka Hang Tuah melorupat, tiada kena, serta ditikamnya Jawa itu dengan golok itu kena dapurdapur susunya terus, maka Jawa itu pun mati. Dipersembahkan oranglah kepada Sultan Mansur Syah, Jawa itu sudah mati dibunuh oleh Hang Tuah, Maka baginda menyuruh memanggil Hang Tuah. Setelah ia mengadap maka dianugerahi persalinan, dilekatkan bagindalah gelar Hang Tuah itu "Laksamana". Maka masyhurlah gelar Hang Tuah "Laksamana" disebut orang.

Fakta:

Huraian/Contoh

Kepentingan Petikan 8 hlm 89

Maka berkampunglah sekaliannya ke Melaka; maka Tun Perak mudik ke Melaka orang Kelang dengan segala anak bininya sekali. Maka orang Kelang pun masuk mengadap raja, persembahkan segala perihal; demikian sembahnya: "Tuanku, segala teluk rantau yang lain semuanya mengadap dengan lelaki juga, akan patik sekaliannya dibawa oleh Tun Perak dengan perempuan."

Fakta:

Huraian/Contoh

153

Kepentingan

Petikan 9 hlm 109

Hatta berapa lamanya di jalan, maka sampailah ke benua Siam. Maka diwartakan oranglah kepada Paduka Bubunnya, "Ada utusan dari Melaka datang," Maka oleh Paduka Bubunnya disuruhnya jemput surat itu pada Pra Kelung. Disuruhnya arak dengan sepertinya. Setelah datang ke balairung maka surat itu dibaca oleh jurubahasa. Setelah diketahui ertinya, maka terlalu sukanya mendengar bunyi .surat itu. Maka titah baginda Paduka Bubunnya kepada Tun Telanai, "Siapa mengarang surat ini?" Maka sembah Tun Telanai, "Mangkubumi raja Melaka, tuanku." Maka titah Paduka Bubunnya, "Bukan layak Mangkubumi Melaka, layaknya Mangkubumi aku; dan siapa nama raja Melaka?" Maka sembah Tun Telanai, "Sultan Mansur Syah." Maka titah Paduka Bubunnya, "Apa erti Mansur Syah?" Tun Telanai diam. Maka sembah Menteri Jana Putera, "Erti Mansur Syah, raja yang dimenang akan Allah Taala daripada segala seterunya."

Fakta:

Huraian/Contoh

154

Kepentingan

Petikan 10 hlm 145

Maka pada suatu malam Bendahara turun hendak sembahyang subuh, maka dilihat oleh Bendahara betul pada kepala Tun Mutahir bercahaya menerus ke langit. Maka diHampiri oleh Bcndahara, dilihatnya Tun Mutahir. Maka dengan sekejap juga cahaya itu pun padamlah. Maka kata Bendahara akan Tun Mutahir, “Budak ini kelak menjadi Orang Besar- besar. Daripada Hamba pun lebih kebesarannya, tetapi tiada kekal. “Maka oleh Bendahara segala candu peti yang ditinggalkan Seri Nara Diraja akan anaknya itu dituanginya timah, supaya jangan dapat dibuka orang lagi. Maka makan pakai Tun Mutahir Tun Tahir pada Bendahara Paduka Raja.

Fakta:

Huraian/Contoh

Kepentingan

155

Petikan 11 hlm 106

Maka oleh Sultan Mansur Syah akan Maharaja Dewa Sura itu dianugerahi baginda persalinan dengan sepertinya, serta dititahkan baginda segala Anak Tuan-tuan berguru kepada Maharaja Dewa Sura itu akan ilmu gajah, kerana adat Sultan Mansur Syah apabila orang tahu pada ilmu gajah atau kuda, atau tahu bermain pelbagai senjata, istimewa tahu akan ilmu hulubalang, maka segala Anak Tuan-tuan sekalian disuruh baginda belajar atau mencari, akan belanjanya baginda menganugerahi mereka itu.

Fakta:

Huraian/Contoh

Kepentingan

156

Petikan 12 hlm 143

Maka baginda memberi titah kepaada Bendahara Paduka Raja, menyuruh membuat istana. Maka Bendahara sendiri mengadap dia, kerana adat Bendahara pengangannya Bintan. Adapun besar istana tujuh ruang, pada seruang tiga-tiga depa luasnya; besar tiang sepemeluk, tujuh pangkat kemuncaknya. Pada antara itu diberinya berkapa-kapa, pada antara kappa-kapa itu diberinya bumbungan melintang dan bergajah-menyusu; sekaliannya bersayap laying-layang, sekaliannya itu diukir dan bersengkuap. (lihat juga hlm 145)

Fakta:

Huraian/Contoh

Kepentingan

Petikan 13 hlm 156

Alkisah maka tersebutlah perkataan seorang pendeta, Maulana Abu Ishak namanya, terlalu faham pada ilmu tasauf. Maka tuan itu tawaf di Kaabah berapa lamanya, sentiasa dengan air sembahayang juga, tiada hadas lagi, melainkan pada sebulan dua kali mengambil air sembahyang…..(lihat sehingga hlm 161)

Fakta:

157

Huraian/Contoh

Kepentingan

Petikan 14 hlm 201

Arakian Sultan Mahmud hendak pergi mengaji Maklumat pada Maulana Yusuf; akan tuan itu telah jenun, jika layang-layang lalu di atas bumbung rumahnya, disuruhnya buangi ali-ali. (lihat sehingga hlm 202)

Fakta:

Huraian/Contoh

158

Kepentingan

Petikan 15 hlm 219

Hatta musim kembali pun datanglah, maka Hang Isap pun hendak kembali; Hang Nadim pun naiklah kapal. Hang Nadim dan Hang Isap akan bersama-sama kembali, bermuat segala hartanya ke dalam kapal Hang Isap itu. Adapun akan Hang Isap itu berniaga dengan seorang Saiyid, hamba Allah.

Fakta:

Huraian/Contoh

159

Kepentingan

Petikan 11 hlm 226

Maka oleh Hang Nadim, sipelulut diberinya emas dan kain baju terlalu banyak. Setelah si tua itu memandang harta banyak itu, maka tertawanlah hatinya akan harta dunia; maka mengakulah ia menaanggung rahsia Hang Nadim. Maka kata Hang Nadim, “Jikalau dapat, hendaklah dengan daya upaya mandaku, akan Tun Teja itu mandaku bawa kepada aku, supaya ku persembahkan kepada raja Melaka. “Maka diberinya oleh Hang Nadim si pelulut itu satu lulut, katanya, “Ini sapukan pada Tun Teja.”

Fakta:

Huraian/Contoh

Kepentingan

Petikan 11 hlm 246

160

Arakian maka turun sebuah kapal dari Jeddah ke Melaka, dalam kapal itu ada seorang pendeta, Maulana Sadar Jahan namanya, terlalu alim. Maka Sultan Mahmud Syah pun berguru padanya, dan anakanda baginda, Raja Ahmad pun disuruh baginda mengaji. Maka Maulana Sadar Jahan disebut orang Makhdum. Pada suatu malam, Bendahara Seri Maharaja duduk dengan Makhdum Sadar Jahan berkata-kata ilmu; maka Seri Rama pun datang dengan mabuknya, kerana Seri Rama terlalu peminum. (lihat sehingga hlm 247)

Fakta:

Huraian/Contoh

Kepentingan

Petikan 11 hlm 266

Hatta maka Tun Fatimah hamil pula; setelah genap bulannya, maka Tun Fatimah pun beranak perempuan juga; maka dinamai oleh Sultan Mahmud, Raja Khadijah. Akan Sultan Ahmad Syah, sentiasa baginda mengaji tasauf pada Makhdum Sadar Jahan.

Fakta:

161

Huraian/Contoh

Kepentingan

Petikan 11 hlm 267

Maka Sultan Ahmad pun keluar naik gajah, Jinak Ci namanya; Seri Udani di kepala gajah, Tun Ali Hati di buntut gajah, Makhdum Sadar Jahan dibawa baginda bertimbal rengka, kerana baginda berguru ilmu tauhid kepadanya.

Fakta: Huraian/Contoh

162

Kepentingan

Aktiviti 3

Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur ada memperlihatkan kepentingan ilmu dalam kehidupan. Setujukah anda ilmu yang terdapat dalam novel tersebut penting dalam kehidupan seseorang. [25]

Cadangan jawapan

Pengenalan [ 3 ]

1.

Ilmu merujuk kepada pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dan sebagainya.

2.

Pengetahuan tentang sesuatu bidang/disiplin yang disusun secara bersistem menurut metod yang tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan/merungkaikan gejala/fenomena tertentu

3.

Isi yang akan dibincangkan

Isi [ 20]

1.

Ilmu agama Ilmu agama akan menjadikan kehidupan beragama seseorang lebih terserlah dan mantap. Kehidupan beragama yang baik dan mantap akan menglahirkan insan yang lebih bertaqwa. Contohnya Ilmu agama yang dimiliki oleh Lebai Maarup dan Iman Saat menjadikannya lebih bertaqwa.

163

2.

Ilmu pertanian Ilmu pertanian penting untuk menjadi usahawan dalam bidang pertanian. Pertanian merupakan sektor ekonomi yang mampu menjana pendapatan yang lumayan kepada seseorang. Dengan adanya ilmu pertanian maka ia akan menjadikan seseorang usahawan itu lebih berdaya saing. Cik Puan Tipah mengusahakan kebun orkid dengan berbekalkan ilmu pertanian yang dia miliki.

3.

Ilmu perniagaan/perdagangan Ilmu perniagaan/perdagangan penting kepada seorang peniaga atau pedagang untuk memajukankan diri dan dapat bersaing di peringkat global. En. Muhammad, Datuk Tan, Tan Sri Syed Aris dan lain-lain mampu bersaing di peringkat global kerana mereka memiliki ilmu perniagaan. Buktinya, En. Muhammad dan Datuk Tan melalui Syarikat Serba Dagang Internasional berusaha membekal lada hitam kepada Frankfurt Import-Eksport di Jerman.

4.

Ilmu perlombongan Ilmu perlombongan amat penting kepada pengusaha lombong sama ada lombong bijih timah, bijih besi, emas, tembaga dan sebgainya. Dengan adanya ilmu perlombongan seseorang dapat mengusahakan lombong dengan lebih berkesan dan dapat meningkatkan produktiviti/pengeluaran. Ilmu perlombongan juga memungkinkan seseorang pengusaha dapat meminimakan kos pengeluaran dan memaksimakan pendapatan/hasil. Robert, misalnya telah dihantar oleh Datuk Tan belajar di salah sebuah universiti di London berkaitan kejuruteraan perlombongan dengan harapan apabila tamat pengajian kelak, Robert dapat membantunya untuk mengusahakan lombong bijih timah peningalan datuknya di Lembah Tualang.

5.

Ilmu politik Seseorang yang berkecimpung dalam bidang politik memerlukan ilmu politik. Ilmu politik akan menjadikan seseorang ahli politik itu berjaya dan berpengaruh. Dengan adanya ilmu politik, YB Mohd Yusuf mampu menpengaruhi rakyat di Kampung Pulai, dan akhirnya ia dilantik menjadi wakil rakyat.

6.

Ilmu pengurusan Ilmu pengurusan akan menjadikan seseorang pengurus itu berupaya menguruskan sesebuah syarikat atau organisasi supaya syarikat atau organisasi berkenaan berkembang pesat, teguh dan mampu bersaing di peringkat global. En. Muhammad dan Datuk Tan yang mempunyai ilmu pengurusan telah berjaya menguruskan Syarikat Serba Dagang Internasional sehingga syarikat berkenaan berjaya mendapat kontrak membekalkan lada hitam kepada Frankfurt Import-Eksport di Jerman.

164

7.

Ilmu kesetiausahan Penting bagi individu yang berkecimpung dalam bidang pengurusan pejabat. Ilmu ini akan menjadikan seseorang pekerja itu cekap serta berkemahiran tinggi. Mahani yang mendapat pendidikan sehingga tingkatan 5 meneruskan pengajiannya dalam bidang kesetiausahaan selama setahun. Kemudian bekerja dengan Encik Muhammad sebagai setiausaha. Beliau merupakan seorang setiausaha yang cekap dan bijak dan dipercayai oleh majikannya.

Penutup[ 2 ] Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

Nota: 1.

Calon perlu menyatakan pendirian dengan mengemukakan hujah dan alasan.

2. Buat satu esei lengkap berdasarkan fakta dan contoh yang dicadangkan seperti diatas dengan mengemukakan huraian dan perbincangan.

165

Aktiviti 4 : Tuliskan jenis ilmu , watak , peristiwa dan kesan pembangunan insan dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur yang berkaitan di ruang kosong di bawah.

PEMBANGUNAN ILMU

WATAK

PERISTIWA INSAN

166

Sebahagian contoh petikan yang berkaitan dengan ilmu dalam novel SBDKL

1. Memang pasti rancangan Pak Cik Muhammad.Dia tentu percaya dengan ilmu pengentahuan pengurusan moden yang telah diperolehinya itu Rahim akan segera maju dan memperolehi pula pengalaman yang amat penting....(hal :194)

2. Calon yang akan dipilih itu memang calon yang dikemukakan oleh Mahani.Tapi ia terlalu muda,baru lulus SPM.Maka Pak Cik mencari yang lebih dewasa sikit,kalau boleh lepasan ITM,mungkin calon pilihan itu akan bekerja sebagai kerani sahaja buat sementara waktu.(Hal : 233)

3. Saya ini memang di besarkan dalam sawah dan surau.Tapi saya lulus SPM.Pendeknya dunia saya dari kecil hanya itulah:bendang,surau dan lampu pelita.Disurau Tuk Guru itu ada seorang guru sekolah kebangsaan berijazah sama-sama mengaji dengan kami.”(hal:329)

167

168

ELEMEN 2(LATIHAN)

1. Ilmu penting dalam kehidupan setiap insan. Dengan menggunakan contoh watak daripada Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) huraikan kepentingan ilmu dalam konteks pembangunan insan di Melaka. [25] Cadangan jawapan

Pengenalan [3]

1. Konsep ilmu - Ilmu merujuk kepada pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dan sebagainya. Ilmu juga merujuk kepada pengetahuan tentang sesuatu bidang/disiplin yang disusun secara bersistem menurut metod yang tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan/merungkaikan gejala/fenomena tertentu

2.

Isi yang akan dibincangkan

Isi [20]

1.

Agama Sultan Muhammad syah belajar agama dengan Maulana Abdul Aziz, begitu juga dengan Sultan Mansur Syah belajar ilmu agama dengan Kadi Yusof dan Maulana Abu Bakar.

2.

Ilmu gajah Sultan Mansur Syah menyuruh segala anak tuan-tuan berguru ilmu gajah dengan Maharaja Dewa Sura.

3.

Ilmu kuda Sultan Mansur Syah menggalakkan rakyatnya mempelajari pelbagai ilmu termasuk ilmu kuda dengan sanggup membiayainya.

4.

Ilmu firasat/nujum/amalan

169

Bendahara Paduka Raja memerintahkan pahlawan-pahlawannya mengejar Maharaja Dewa Sura yang melarikan diri. Seri Bija Diraja tidak tergesa-gesa seperti orang lain kerana dengan ilmu firasat yang ada padanya dia tahu musuhnya itu tidak akan terlepas dari tangannya. 5.

Ilmu kepahlawanan Sultan Mansur Syah menggalakkan rakyatnya mempelajari pelbagai ilmu termasuk ilmu kuda dengan sanggup membiayainya.

6.

Tasawuf Maulana Abu Bakar telah membawa kitab Duri’l Mazlum karangan Maulana Abu Ishak ke Melaka. Ianya merupakan kitab tasawuf.

Penutup [2] Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

STPM Ulangan 2013

2. Keris Mas melalui novelnya bertajuk Saudagar Besar dari Kuala Lumpur ada menekankan pembangunan insan melalui ilmu pengetahuan. Bincangkan bagaimana ilmu pengetahuan diaplikasikan dalam pembangunan insan. [25]

Cadangan jawapan:

Pengenalan[3]

1. Ilmu merujuk kepada pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan sebagainya. Ilmunya juga merupakan pengetahuan tentang sesuatu bidang/disiplin yang disusun secara bersistem menurut metode yang tertentu. Ilmu dapat digunakan untuk menerangkan /merungkaikan gejala/fenomena tertentu.

2.

Menyenaraikan kelima-lima isi penting yang hendak dikemukakan.

170

Isi [20]

1.

Ilmu perdagangan - En. Muhammad memperolehi ilmu perdagangan melalui pengalaman khususnya dengan Dato Tan. - Rahim – belajar pengurusan dagang di London Ilmu yang diperolehi – buka Syarikat Lombong Lembah Tualang

Ilmu perdagangan penting dan dapat diaplikasikan dalam pembangunan insan. Ilmu perdagangan akan melahirkan ahli perniagaan yang dinamik dan berjaya dalam mengharungi dunia perdagangan dan perniagaan yang serba mungkin. Ilmu perdagangan juga akan melahirkan seseorang yang faham dan arif tentang sepak terajang dunia perniagaan. Penguasaan terhadap ilmu perdagangan juga akan melahirkan seorang ahli perniagaan yang mampu bersaing sama ada diperingkat tempatan atau antarabangsa yang akhirnya membawa kepada pembangunan insan. Kedangkalan tentang selok belok perdagangan dan perniagaan akan meletakkan seseorang ahli perniagaan itu dalam kerugian, atau ketinggalan berbanding dengan orang yang mempunyai ilmu perdangangan. Encik Muhammad misalnya, mempunyai ilmu perdagangan yang cukup mantap dan luas. Hal ini diakui sendiri oleh Datuk Tan, yakni rakan kongsi Encik Muhammad. Keyakinan Datuk Tan terhadap Encik Muhammad menyebabkan Datuk Tan menaruh harapan yang tinggi terhadap keupayaan Encik Muhammad memenuhi kontrak membekalkan lada hitan ke Jerman. Selain itu juga, Encik Muhammad juga menyediakan anaknya Rahim dengan ilmu perdagangan. Encik Muhammad telah menghantar Rahim belajar di England dalam jurusan Pengurusan Dagang. Dengan ilmu yang dimiliki oleh Rahim, diharapkan Rahim dapat menguruskan Syarikat Lombong Lembah Tualang dengan jayanya. Jelaslah di sini bahawa ilmu perdagangan mampu menyediakan seseorang itu peluang untuk berjaya dan membangun.

2.

Ilmu perlombongan – Robert belajar bidang Kejuruteraan Lombong di London – apabila pulang, diharapkan dapat mengambil alih syarikat yang diterajuai oleh ayahnya.

3.

Ilmu agama – Lebai Maarup belajar agama dengan seorang guru di Tanjung Karang

Ilmu agama penting dalam pembangunan diri insan. Ilmu agama yang diperolehi akan menjadikan seseorang insan itu lebih bertaqwa, redha, dan berakhlak mulia. Dengan mendalami ilmu agama juga,

171

seseorang itu akan lebih dekat dengan Allah, tahu akan halal haram sesuatu perkara, dan sentiasa mengamalkan yang makruf serta menjauhi yang mungkar. Sebaliknya, jika seseorang itu dalam keadaan jahil/cetek pengetahuan agamanya, maka sudah tentu akan mendorongnya melakukan sesuatu yang mungkar dan bertentangan dengan hukum tabii manusia. Orang yang jahil juga adalah orang yang rosak akhlaknya. Ilmu agama yang dimiliki oleh Lebai Maarup dalam novel SBDKL telah menjadikannya insan yang berakhlak mulia, redha dengan ketentaun Allah dan sentiasa menjaga hubungan sesama manusia. Akhlak mulia yang terjelma hasil dari ilmu agama yang ada padanya terserlah apabila Lebai Maarup sanggup mewakafkan tanah pusaka miliknya untuk didirikan surau demi kemaslahatan penduduk Kg Pulai. Keadaan ini jauh bezanya dengan Mat Akil. Mat Akil tidak memiliki ilmu agama, lantaran itu didapati Mat Akil bukanlah seorang berakhlak mulia. Ini dapat dilihat apaabila beliau memberaki katil pengantin-Sudin, memukul Lebai Maarup, menyebarkan fitnah terhadap Lebai Maarup dan sebagainya. Jelaslah di sini bahawa ilmu agama yang diaplikasikan dalam kehidupan akan membentuk peribadi yang mulia. 4.

Ilmu pertanian- Cik Puan Tipah

5.

Ilmu Pengurusan Pejabat – Mahani

6.

Ilmu perhubungan awam - Sudin

Penutup [2] Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

Buat satu esei lengkap berdasarkan fakta dan contoh yang dicadangkan seperti diatas dengan mengemukakan huraian dan perbincangan.

172

STPM 2014 1. Ilmu penting dalam kehidupan manusia. Dengan mengemukakan contoh watak daripada novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, jelaskan pernyataan tersebut dalam konteks kehidupan anda sebagai pelajar. [25]

Cadangan jawapan:

Pengenalan[3] 1. Ilmu merujuk kepada pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan sebagainya. Ilmunya juga merupakan pengetahuan tentang sesuatu bidang/disiplin yang disusun secara bersistem menurut metode yang tertentu. Ilmu dapat digunakan untuk menerangkan /merungkaikan gejala/fenomena tertentu. 2.

Menyenaraikan kelima-lima isi penting yang hendak dikemukakan.

Isi [20]

1.

Ilmu keagamaan Lebai Maarup amat mementingkan ilmu agama. Beliau berdakwah kepada golongan muda/masyarakat kampong supaya mendekati Allah/patuh ajaran agama. Ramai golongan muda/masyarakat Kg Pulai sembahyang Jemaah/datang ke masjid.

173

2.

Ilmu perniagaan/eksport import En. Muhammad mendapat pengalaman bekerja dan ilmu perniagaan sewaktu bekerja dengan syarikat dagangan orang Inggeris sebagai Pengurus Kawasan Timur Semenanjung. Ilmu yang diperolehinya telah membantunya membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang.

3.

Ilmu pertanian. Cik Puan Tipah merupakan satu-satunya wanita Melayu yang berani menceburi bidang pertanian dengan membuka kebun orkid. Dato Tan – Getah Petani – Lada hitam

4.

Ilmu perlombongan Datuk Orangkaya Indera Idris merupakan orang Melayu pertama yang menceburi bidang perlombongan bijih timah.

5.

Ilmu kejuruteraan perlombongan – Robert

6.

Ilmu pengurusan – En. Muhammad

7.

Pengurusan pejabat/kesetiaushaan – Mahani

8.

Ilmu perhubungan awam – Sudin

9.

Ilmu politik – YB. Mohd Yusof

Penutup [2] Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

Buat satu esei lengkap berdasarkan fakta dan contoh yang dicadangkan seperti diatas dengan mengemukakan huraian dan perbincangan.

STPM UP2/2014

174

2. Dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, terdapat beberapa individu yang memiliki ilmu tertentu. Bincangkan bagaimana ilmu yang dimiliki oleh watak-watak yang berkenaan dapat dimanfaatkan dalam kehidupan anda. [25]

Cadangan jawapan:

Pengenalan[3] Ilmu merujuk kepada pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan sebagainya .Ilmunya juga merupakan pengetahuan tentang sesuatu bidang/disiplin yang disusun secara bersistem menurut metode yang tertentu. Ilmu dapat digunakan untuk menerangkan /merungkaikan gejala/fenomena tertentu.

Nota: 3 markah diberikan jika pernyataan yang lengkap melibat-libatkan ketiga-tiga isi jawapan di atas

menyenaraikan kelima-lima isi penting yang hendak dikemukakan.

Isi [20]

Ilmu keagamaan turut mendapat perhatian pengarang novel, ilmu ini disampaikan menerusi watak Lebai Maaruf yang amat mementingkan ilmu keagamaan. Beliau berdakwah kepada golongan muda/masyarakat kampung supaya mendekati tuhan/mematuhi ajaran agama. Ramai golongan muda/masyarakat yang mula menunaikan solat berjemaah di surau antaranya termasuklah Kemat Jerangkung dan juga Sudin. Ramai golongan muda turut belajar mengaji al-Quran.Ilmu agama mampu membentuk diri saya lebih bertakwa dan mematuhi ajaran agama.

Selain itu,Ilmu perniagaan/perdagangan/keusahawanan turut mendapat tempat dalam novel menerusi watak Encik Muhammad. Encik Muhammad mendapat ilmu ini menerusi pengalaman bekerja dengan syarikat dagang orang Inggeris di Kuala Lumpur. Ilmu yang dipelajarinya itu telah membantunya membuka syarikat pernigaannya sendiri/membuka syarikat perlombongan. Ilmu perniagaan harus dikuasai terlebih dahulu dengan mencari pengalaman bekerja pasti akan membantu saya dalam kehidupan apabila saya ingin menceburkan diri dalam perniagaan.

Di samping itu, Ilmu berkebun/pertanian juga diselitkan dalam novel menerusi watak Cik Puan Tipah, dia yang menceburi penanaman orkid dirumahnya mempunyai ilmu tentang penanaman orkid sehingga mendorongnya untuk membuka ladang orkid.

(contoh 2: Penanaman getah secara estet oleh Datuk Tan).

175

(contoh 3: Pembukaan ladang lada hitam oleh Encik Muhammad)

Mempunyai ilmu yang berkaitan pertanian membantu saya untuk menjalankan aktiviti pertanian secara lebih sistematik.

Ilmu perlombongan turut dipaparkan menerusi watak Datuk Indera Idris merupakan orang Melayu yang bekerjasama dengan datuk kepada Datuk Tan menjalankan perusahaan lombong di kampung Pulai. Usahanya itu diteruskan pula oleh Encik Muhammad yang melihat potensi perusahaan perlombongan kerana ianya boleh mengembangkan lagi empayar perniagaanya. Ilmu perlombongan boleh mengangkat tahap keilmuan saya kerana ianya satu bidang baru.

Ilmu kejuruteraan turut mendapat tempat dalam novel . Hasrat Encik Muhammad dan Datuk Tan agar anak-anak mereka dapat meneruskan usaha mereka menyebabkan mereka menghantar Rahim dan Robert belajar di luar negara dalam bidang tersebut bagi memudahkan syarikat lombong beroperasi nanti. Membantu saya untuk mengaplikasinya dalam kehidupan seperti membaiki peralatan / mesin di rumah.

Ilmu pengurusan/kesetiausahaan , watak yang memiliki ilmu berkaitan dengan pengurusan ialah Encik Muhammad beliau telah dilantik menjadi pengarah syarikat kerana beliau bijak dan menguasai ilmu pengurusan sehingga menjadikan syarikatnya antara yang terbaik. (contoh 2) Mahani menguasai ilmu kesetiausahaan dengan belajar. Membentuk diri saya lebih berdisiplin dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diserahkan kepada saya.

Ilmu perhubungan awam , watak Sudin menguasai ilmu pengurusan awam hasil daripada pengalamannya bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat, membolehkannya menjawat jawatan sebagai pegawai perhubungan raya syarikat Lombong lembah Tualang. Boleh meningkatkan keyakinan diri saya dalam berkomunikasi dalam kalangan masyarakat.

Ilmu Politik juga turut diperkatakan oleh pengarang novel menerusi watak YB Muhd. Yusof .Beliau sememangnya merupakan seorang ahli politik yang menguasai ilmu politik sehingga dia mampu dipilih menjadi wakil rakyat. Penguasaan ilmu politik mampu membantu saya memahami senario politik negara untuk membolehkan saya mencurahkan bakti buat negara tercinta.

Penutup [2] Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

176

Buat satu esei lengkap berdasarkan fakta dan contoh yang dicadangkan seperti diatas dengan mengemukakan huraian dan perbincangan.

Kepentingan ilmu Sabda Rasulullah SAW bermaksud;

“Sesiapa yang mahu mencapai kemajuan di dunia, maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang mahu mencapai kebahagian di akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang mahu mencapai kebahagian di dunia dan di akhirat maka hendaklah ia berilmu”

1.3

JATI DIRI

Konsep

177

Jati diri merupakan keperibadian unik, utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau bangsa. Mengikut Zainal Abidin Borhan dalam makalahnya Peradaban dan Jati Diri Melayu (atas talian) menyatakan bahawa Jati diri Melayu itu ada jiwa dan rohnya. Kemelayuan bukan sahaja dilihat dari sudut siratan yang bertali kepada asal-usul sejarah, bahasa, budaya, agama dan wilayah. Penerokaan selanjutnya ialah menyelusuri aspek dalaman atau batiniah Melayu.

Setia Patriotik

Berani

Amanah

Berwawasan Jati Diri

Jujur

Gigih

Bijaksana

Berdikari

Bertanggungjawab

Nota: 1.

2.

Jati diri mulia tidak hanya terhad seperti yang dinyatakan di atas. Terdapat banyak lagi jati diri mulia yang terdapat dalam setiap insan sebagaimana yang tergambar dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu dan dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur Jati diri harus dilihat pada watak yang berkenaan dan berkaitan sahaja.

178

ELEMEN 1 (AKTIVITI)

Aktiviti 1

Senaraikan sifat jati diri watak-watak dalam rajah di bawah dan nyatakan contoh dengan menulis halaman sama ada dalam teks Sulalatus Salatin(Sejarah Melayu) atau novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur.

Sultan Mansur Syah Berilmu/mementingkan ilmuBelajar ilmu- hlm 106, 157

Bijaksana –hubungan diplomatik – hlm 107,118,132

179

Buat satu esei lengkap berdasarkan fakta dan contoh yang nyatakan dalam jadual diatas dengan mengemukakan huraian dan perbincangan yang dikaitan dengan pembangunan insan

180

Berani – membasmi pencurihlm 174-175

Sultan Alau’d-Din Riayat Syah

Bijaksana –hubungan diplomatik – hlm 107,118,132

Mementingkan ilmu pengetahuan

Sultan Mahmud 181 Syah

Taat setia-

Paduka Raja Tun Perak

Bijaksana

182

Alim-

Seri Maharaja Tun Mutahir

Bijaksana –

183

Berwibawa-

Buat satu esei lengkap berdasarkan fakta dan contoh yang nyatakan dalam jadual diatas dengan mengemukakan huraian dan perbincangan yang dikaitan dengan pembangunan insan

Tabah-

Tun Fatimah

Setia -

184

Hang Tuah Taat-

Bijaksana – Berani -

Buat satu esei lengkap berdasarkan fakta dan contoh yang nyatakan dalam jadual diatas dengan mengemukakan huraian dan perbincangan yang dikaitan dengan pembangunan insan

185

En. Muhammad

Bijaksana –

Berwawasan-

186 Rahim Tegas -

Pemurah/Sanggup berkorban-

Lebai Maarup Berilmu/mementingkan ilmu-

187 Gigih-

Kuat semangat-

Sudin

Gigih-

188

Buat satu esei lengkap berdasarkan fakta dan contoh yang nyatakan dalam jadual diatas dengan mengemukakan huraian dan perbincangan yang dikaitan dengan pembangunan insa

ELEMEN 2 (LATIHAN)

1.

Jati diri merupakan tonggak pembangunan sahsiah. Berdasarkan jati diri Sultan Mahmud Syah dalam Sulalatus Salatin (sejarah Melayu), sejauh manakah jati diri boleh membawa kepada pembangunan sahsiah. @ [25]

Cadangan jawapan

Pengenalan [ 3 ]

1. Konsep jati diri-Jati diri merupakan keperibadian unik, utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau bangsa. 2. Latar belakang watak Sultan Mahmud Syah. 3. Isi yang akan dibincangkan

Isi [ 20]

1.

Mementingkan pendidikan/ilmu pengetahuan Contoh :Belajar Maklumat dengan Maulana Yusuf, memberi galakan dan didikan agama kepada puteranya dan pembesar belajar agama, hantar utusan ke Pasai bertanya masalah agama.

189

2.

Menghormati guru/merendah diri Contoh :Sanggup membahasakan diri sebagai fakir Mahmud semata-mata ingin menuntut ilmu dengan Maulana Yusuf

3.

Berwawasan/berpandangan jauh Contoh :Menitahkan Paduka Tuan menyerang Manjong dan Seri Maharaja menyerang Kelantanmeluaskan tanah jajahan dan mengukuhkan pemerintahan. Hubungan diplomatik –hantar Hang Nadim ke Benua Keling, bantu Pahang menentang Legor,bersahabat dengan Pasai

4.

Penyelamat dan pelindung Contoh :Membantu Pahang menentang Legor

5.

Pemurah Contoh :Memberi anugerah kepada mereka yang berjasa-anugerah persalinan

6.

Tabah/gigih Contoh: Setelah kejatuhan Melaka di tangan Peringgi, Sultan Mahmud Syah masih lagi berusaha melancarkan serangan ke atas Peringgi di Melaka dengan mengarahkan Hang Nadim, Sri Udani, Tun Umar dan lain-lainnya merampas semula Melaka di samping

Nota: Calon dikehendaki menilai sesuatu faktor, perkara, atau hal dalam sesuatu proses atau fenomena berbanding dengan fak,tor, perkara, atau hal yang lain

Penutup[ 2 ] Menyimpulkan apa yang dibincangkan atau mengemukakan pandangan/saranan/rumusan/pendirian

190

2. Watak-watak wanita dalam teks Sulalatus Salatin (sejarah Melayu) ada memperlihatkan jati diri. Huraikan sifat jati diri yang terdapat pada watak-watak wanita dalam teks Sulalatus Salatin (sejarah Melayu) yang membawa kepada pembangunan insan. @ [25]

Cadangan jawapan Pengenalan [ 3 ] 1.

Konsep jati diri-Jati diri merupakan keperibadian unik, utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau bangsa.

2.

Latar belakang watak wanita dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) seperti Tun Kudu, Tun Teja, Tun Fatimah dan sebagainya.

2.

Isi yang akan dibincangkan

B.

Isi [ 20]

1.

Tabah Tun Fatimah merupakan seorang wanita yang amat tabah. Ketabaahan Tun Fatimah terserlah apabila beliau terpaksa berhadapan dengan tragedi pembunuhan ayah, suami, adik dan bapa mertuanya. Kesedihan Tun Fatimah bukan alang kepalang, tetapi beliau tetap tabah menghadapi pembunuhan keluarga yang cukup tragis.

2.

Tidak mementingkan harta dan kedudukan. Tun Fatimah bukanlah wanita yang mementingkan harta dan kedudukan. Walaupun sudah menjadi permaisuri Sultan Mahmud Syah, beliau tetap berdukacita mengenang ayah, suami, adik, dan ayah mertuanya.

3.

Bijaksana Kebijaksanaan Tun Fatimah dapat dilihat apabila beliau sedar Raja Ahmad akan menjadi penganti Sultan dan anaknya tiada peluang menjadi sultan. Oleh kerana itu, setiap kali hamil, digugurkan. Tindakannya amat menyedihkan Sultan Mahmud Syah, sehingga baginda bertanya Tun Fatimah kenapa berbuat demikian. Tun Fatimah mengatakan tiada gunanya ia beranak kalau anak itu tidak menjadi raja. Akhirnya Sultan Mahmud berjanji jika lahir nanti anak laki-laki akan dijadikan raja.

4.

Sanggup berkorban. Sifat ini boleh dilihat dalam watak Tun Kudu. Tun Kudu terpaksa berkorban apabila diceraikan oleh Sultan Muzaffar Syah demi untuk menyelesai perbalahan dua pembesarnya. Tun Kudu telah dijadikan alat untuk mencapai perdamaian antara Tun Perak dan Seri Nara Diraja Tun Ali. Sebagai wanita, pengorbanan yang dipaksakan itu amat menyeksa perasaannya, tetapi tetap tabah menghadapinya.

5.

Setia

191

Walaupun pada peringkat awal Tun Fatimah dilihat amat mendendami Sultan Mahmud Syah, tetapi akhirnya Tun Fatimah setia dan kekal bersama Sultan Mahmud Syah sehingga ke akhir hayatnya. Kesetian Tun Fatimah terbukti apabila beliau dikatakan ikut berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat bersama-sama baginda Sultan sebagai orang pelarian setelah Melaka dialahkan oleh Peringgi.

6.

Tegas Tun Fatimah digambarkan sebagai wanita yang keras hati dan tegas. Selepas mengharungi tragedi yang menyedihkan, Tun Fatimah telah berkahwin dengan Sultan Mahmud Syah. Beliau bertindak berani dengan mengugurkan kandungannya apabila mendapati dirinya hamil. Tun Fatimah bertindak sedemikian berulang kali sebagai manifestasi penentangan dan rasa benci terhadap Sultan Mahmud Syah. Ketegasan Tun Fatimah akhirnya terlerai apabila Sultan Mahmud berjanji jika lahir nanti anak laki-laki akan dijadikan raja. Penutup[ 2 ] Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

3. Jati diri merupakan asas penting dalam pembangunan insan. Berdasarkan watak Rahim dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, bincangkan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan insan. [25]

Cadangan jawapan

Pengenalan [ 3 ]

1.

Konsep jati diri-Jati diri merupakan keperibadian unik, utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau bangsa.

2.

Latar belakang watak Rahim.

3.

Isi yang akan dibincangkan

Isi [ 20]

1.

Berpandangan jauh. Walaupun Rahim belajar di London dan berjaya memperolehi ijazah dalam bidang pengurusan dagang, namun beliau berhasrat untuk kembali ke tanah air bagi mencurahkan baktinya, dimana dia sanggup bekerja dengan Syarikat Lombong Lembah Tualang asalkan ayahnya bersetuju dengan rancangan Lebai Maarup berhubung dengan tanah wakaf di Kampung Pulai.

2.

Amanah

192

Rahim memikul amanah ayahnya dengan sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan yang diimpikan. Sewaktu berada di London Rahim tidak leka dengan pengaruh budaya barat. Rahim akhirnya berjaya menamatkan pengajiannya dengan memperolehi Ijazah Sarjanaa Muda Pengurusan Dagang.

3.

Bijaksana Pendidikan yang diperolehi oleh Rahim sewaktu beliau belajar di London, telah menjadikannya seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan bijaksana. Dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki, beliau mampu berfikir dan bertindak dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Dengan ilmu yang ada padanya, maka ia menentang hasrat ayahnya untuk membuka lombong bijih di Lembah Tualang kerana pada pandangannya kegiatan perlombongan boleh membawa kesan negatif kepada penduduk kampung.

4.

Merendah diri Biarpun memiliki ilmu yang tinggi dan dalam kalangan keluarga yang berada, beliau tidak sombong dan bangga diri. Beliau sanggup mendengar dan menerima cadangn Sudin serta Lebai Maarup yang hendak mewakafkan tanah untuk kepentingan penduduk kampong.

5.

Bertanggungjawab Sikap bertanggungjawab Rahim dapat dilihat apabila beliau sanggup menentang cadangan ayahnya untuk menjalankan kegiatan perlombongan di Kampung Pulai. Rahim cuba membela nasib penduduk Kampung Pulai yang mungkin akan kehilangan tanah jika cadangan En. Muhammad untuk membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang menjadi kenyataan.

6.

Berani Rahim berani menyuarakan pendapat dan pandangannya tentang sesuatu perkara yang dianggapnya tidak wajar. Sikap Rahim ini dapat dilihat dengan jelas apabila ia mengkritik dan menentang sikap ayahnya yang dirasakan lebih mengutamakan keuntungan semata-mata berbanding dengan nasib yang akan menimpa penduduk Kampung Pulai apabila ayahnya ingin membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang.

7.

Gigih Selepas menamatkan pengajian di peringkat menengah, En. Muhammad telah menghantar Rahim belajar di London dalam bidang pengurusan dagang. Berkat kegigihan, akhirnya beliau berjaya memperolehi ijazah sarjana muda pengurusan dagang dari sebuah university terkemuka di London.

C.

Penutup[ 2 ]

193

Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

4. Jati diri merupakan asas penting dalam pembangunan insan. Berdasarkan jati diri Encik Muhammad dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, bincangkan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan insan. [25]

Cadangan jawapan

Pengenalan [3]

1.

Konsep jati diri

2.

Latar belakang En. Muhammad

3.

Isi yang akan dibincangkan

Isi [20]

1.

Bijak mengurus Bertindak pantas merebut peluang perniagaan dan menewaskan lawan secepat mungkin.

2.

Berani Mengambil risiko / berusaha merebut peluang perniagaan tanpa mengira kesusahan yang bakal ditempuhinya.

3.

Berkarisma Tokoh yang ada daya penarik , proaktif, karismatik serta tidak menghiraukan apa jua risiko yang perlu dihadapi demi mengisi cita-cita unggulnya sebagai tokoh perniagaan Melayu yang berjaya dan disegani bangsa asing.

4.

Berwawasan Beliau tidak mahu bangsanya diperlekehkan oleh bangsa asing yang diketahuinya masih tertinggal dalam dunia perniagaan.Kejituan idea dan pandangannya dalam menangani dunia perniagaan Firma serba Dagang Internasional.

194

5.

Gigih Meluaskan empayar perniagaannya di mana-mana sahaja ada peluang sesuai dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang mahukan penyertaan orang Melayu sebanyak mungkin dalam dunia perniagaan.

6

Bertanggungjawab Memberi pendidikan tinggi kepada anaknya dan meneruskan legasi perniagaan keluarga.

Penutup [2] Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

5. Hang Tuah dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) digambarkan sebagai seorang tokoh yang mempunyai jati diri yang unggul. Bincangkan bagaimana jati diri tokoh ini dapat dimanfaat dalam kehidupan anda. [25]

STPM P2 2013

1 Tun Perak merupakan antara tokoh yang mempunyai jati diri yang unggul di Melaka seperti yang tergambar dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Bincangkan bagaimana jati diri tokoh ini dapat diterapkan dalam kehidupan anda. [25] _______________________________________________________________________________

Cadangan Jawapan

Pengenalan [3] 1.

Konsep jati diri-Jati diri merupakan keperibadian unik, utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau bangsa.

2.

Latar belakang Tun Perak.

3.

Menyatakan secara ringkas Isi yang akan dibincangkan

Isi [20] 1.

Bijaksana/bijak bertindak

Sebagai penghulu Kelang, dia membawa sama isteri dan anak-anak ke medan perang untuk menaikkan semangat dalam menghadapi serangan Siam ke atas Melaka/strategi menghadapi serangan Siam/pulih hubungan Melaka-Siam ialah idea Tun Perak. Penerapan dalam kehidupan.

195

2.

Pakar strategik

Perancangan untuk mengalahkan serangan Siam- susun stategi agar dapat memperdaya angkatan Siam dalam serangan kedua menerusi muslihat memasang api pada segala pokok di sepanjang tepi pantai. Penerapan dalam kehidupan. 3.

Setia/tidak menderhaka

Peristiwa kematian Tun Besar yang dibunuh Raja Muhammad dalam kes main sepak raga di lebuh – walaupun anaknya dibunuh Tun Perak tetap setia/tidak menderhaka Penerapan dalam kehidupan. 4.

Bertanggungjawab

Sebagai seorang penghulu/Bendahara/pemangku raja, Tun Perak menjalankan tugasnya dengan baik. Penerapan dalam kehidupan. 5.

Amanah

Penuh amanah memelihara anak-anak saudaranya yang kematian ayah serta diberikan dua peti berisi emas untuk disimpan bagi anak-anaknya apabila dewasa – anak-anak itu dipelihara, diberi didikan dan apabila dewasa diserahkan semula hartanya. Penerapan dalam kehidupan.

6.

Berilmu

Ilmu firasat – dapat meramal Tun Mutahir/firasat tentang kelakuan zalim Sultan Mahmud. Penerapan dalam kehidupan.

7.

Merendah diri/tidak besarkan diri/tidak bermegah-megah

Tidak menggunakan tandu yang dianugerahkan oleh Sultan Mahmud. Penerapan dalam kehidupan.

Penutup [2] Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

STPM UP2 2016 1. “Jati diri merupakan satu aspek yang terdapat dalam pembangunan insan.” Bincangkan pernyataan tersebut berdasarkan watak Sultan Mansur Syah dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu. [25]

Cadangan jawapan

Pengenalan [3]

196

1.

Konsep jati diri-Jati diri merupakan keperibadian unik, utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau bangsa.

2.

Latar belakang Sultan Mansur Syah.

3.

Menyatakan secara ringkas isi yang akan dibincangkan

Isi [20] 1.

Bijaksana -

2.

memulihkan hubungan yang renggang dengan Siam

Berwawasan/berpandangan jauh. -

menjalin hubungan diplomatik dengan Majapahit – berkahwin dengan puteri Majapahit

-

menjalin hubungan diplomatik dengan China – berkahwin dengan puteri raja China-Hang Liu

3.

-

menjadikan Melaka sebagai pusat perkembangan ilmu

-

mengalakkan Anak Tuan-Tuan belajar ilmu – sanggup membiayainya

Adil menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hang Tuah/Hang Jebat kerana bermukah dengan dayang istana. menjatuhkan kukuman kepada Raja Muhammad dengan menghantarnya ke Pahang dan dirajakan di Pahang kerana membunuh Tun Besar, anak Tun Perak.

4.

Berdaulat Raja China terkena tulah kerana menerima sembah raja Melaka – minum air basuh kaki raja Melaka

5.

6.

-

Rakyat patuh kepada raja

-

Negara-negara kecil seperti Haru, Jambi, Siak dll tunduk kepada kedaulatan Melaka

Bersikap terbuka/menerima pandangan/pendapat pembesar. -

mendengar pandangan Tun Perak dalam hal Raja Muhammad

-

mendengar pandangan ulamak tentang agama – Makhdum Mua(hlm 159-160)

Berpendidikan/berilmu/berpengetahuan. -

memiliki ilmu keagamaan-belajar dengan Maulana Abu Bakar kitab Duri’l-Mazlum

197

7.

Tegas/tetap pendirian -

menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Hang Tuah

menghantar Raja Muhammad ke Pahang dan dirajakan disana kerana membunuh Tun Besar

8.

Beriman/teguh kepada agama -

9.

belajar agama dengan Maulana Abu Bakar

Bertanggungjawab/amanah

Penutup [2] Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

2. Encik Muhammad dalam Saudgar Besar dari Kuala Lumpur memperlihatkan jati diri yang wajar dicontohi. Berdasarkan pernyataan tersebut, bincangkan jati diri beliau yang dapat anda terapkan dalam kehidupan seharian. [25]

Cadangan jawapan

Pengenalan [3] 1.

Konsep jati diri-Jati diri merupakan keperibadian unik, utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau bangsa.

2.

Latar belakang Encik Muhammad.

3.

Menyatakan secara ringkas isi yang akan dibincangkan

Isi [20]

1.

Gigih/Rajin/Komited Gigih dalam meluaskan empayar perniagaan yang diceburi.

198

2.

Prihatin/mengambil berat/bertanggungjawab En. Muhammad mengambil berat tentang kebajikan/masalah yang dihadapi oleh penduduk Kg Pulai.

3.

Berfikiran dinamik Dalam memajukan perniagannya, En. Muhammad sentiasa mengikuti perkembangan semasa dunia perniagaan dan sentiasa memperbaharui strategi perniagaannya.

4.

Sabar/tabah/cekal Menasihati isterinya supaya bersabar apabila kebun orkidnya terbakar/musnah.

5.

Bersyukur/beriman/patuh ajaran agama Mensyukuri kejayaan yang dikecapi/perolehi dengan melakukan solat sunat syukur, solat tahajud,berzikir, berdoa dan bermunajat.

6.

Toleransi/saling membantu Mewujudkan hubungan yang akrab dengan bukan Melayu dalam mengusahakan perniagaan seperti Datuk Tan.

7.

Bijak/cekap/berwibawa Sentiasa mencari peluang dalam perniagaan – bercadang membuka lombong bijih timah dengan menubuhkan Syarikat Lombong Lembah Tualang, bercadang menjadikan tanah miliknya di Jeram Medang sebagai tempat rekreasi/pelancongan.

8.

Berpandangan jauh Menghantar Rahim belajar jurusan dagang di London

9.

Berilmu Memiliki ilmu dalam bidang perdagangan/ekonomi

199

10.

Berani mengambil risiko. Sanggup membekalkan lada hitam ke Jerman Barat antara 800 dengan1000 tan selama tujuh tahun, sedangkan selama ini hanya 50 tan setahun dieksport.

11.

Amanah Menguruskan pembahagian harta pusaka mengikut hukum faraid

12.

Pemurah Beri sedekah/sumbangan dll

13.

Tetap pendirian Rancang buka lombong di Lembah Tualang

Penutup [2] Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

200

1.4

KEMANUSIAAN

KONSEP

Nilai kemanusiaan - Nilai-nilai yang tegak berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan manusia. Baik kebebasan dan kemerdekaannya, nama baik.

Perihal manusia atau sifat-sifat manusia yang baik yang dapat membangunkan seseorang insan menjadi individu yang unggul.

1.4.1

Nilai-nilai kemanusiaan merangkumi nilai

Bertanggu ngjawab

Bijaksana

Setia

Tidak mementing kan diri

Bertolak ansur

KEMANUSIAAN

Tidak tamak

Timbang rasa

Sanggup berkorban

Amanah Tabah menghadapi cabaran

201

Nota: Nilai kemanusiaan yang dinyatakan di atas hanya sebahagian sahaja . Pelbagai Nilai kemanusiaan boleh diperoleh dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur.

202

1.4.2 Antara contoh nilai kemanusiaan yang terdapat dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur NILAI KEMANUSIAAN

SULALATUS SALATIN

SAUDAGAR BESAR DARI KL

Setia- Tun Perak setia kepada raja walau anaknya dibunuh oleh Raja Muhammad

Gigih- En. Muhammad memajukan perniagaan

Bertimbang rasa – Penghulu Mahmud membenarkan penduduk kampong menumpang di tanah miliknya.

Amanah – Tun Perak menjaga Tun Tahir dan Tun Mutahir setelah kematian ayahnya dengan penuh amanah

Bertanggungjawab – Sultan Alau’d-Din Ri’ayat menyamar pada waktu malam utk memastikan keamanaan dalam negeri.

Bersyukur – En Muhammad menunaikan solat syukur sebagai tanda ia bersyukur

Bijaksana – Tun Bijaya Sura cepat menaksir perbuatan orang Majapahit yang bertujuan menghina raja Melaka

Insaf – Sultan Maliku’t Tahir menyesal kerana menjatuhkan hukuman buang negeri kepada Sultan Malik’l-Mansur dan membunuh Sidi Asma Yaumi’d-Din.

Sopan santun – Mahani bersikap sopan santun sewaktu mengunjungi Cik Puan Tipah di rumahnya (hlm 25)

203

Amanah – En Muhammad membahagikan harta dengan adil mengikut hukum faraid.

Tabah – Tun Perak tidak berkecil hati apabila haknya menjadi Bendahara Melaka dinafikan apabila Seri Nara Diraja Tun Ali dilantik menjadi Bendahara.

Redha – Lebai Maarup redha apabila dipukul dengan tidak membuat laporan polis.

Sanggup berkorban – Hang Tuah sanggup mempertahankan maruah raja Melaka sewaktu berada di Majapahit Pemurah – Lebai Maarup mewakafkan tanah miliknya untuk didirikan surau di Kg. Pulai.

Berbakti kepada raja – Tun Perak dan Hang Tuah menjaga Sultan Mahmud yang sakit. Pemaaf – Lebai Maarup memaafkan En Muhammad yang menghinanya.

Adil - Sultan Mansur Syah menjatuhkan hukuman ke atas Raja Muhammad kerana ELEMEN 1 (AKTIVITI) membunuh Tun Besar.

Aktiviti 1 : Huraikan nilai-nilai kemanusiaan dalam konteks pembangunan insan dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur.

Nilai Kemanusiaan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)

Huraian

Contoh peristiwa

204

205

Nilai Kemanusiaan Saudagar Besar dari Kuala Lumpur

Huraian

Contoh peristiwa

206

207

Aktiviti 2

Arahan: Senaraikan nilai kemanusiaan dengan peristiwa berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur serta jelaskan kesan pembangunan insan.

Nilai kemanusiaan

Peristiwa Mahani berdiri dari bangku piano lalu tersipu-sipu datang mendapatkan Cik Puan Tipah, menjabat tangan dan mencium tangannya. Cik Puan Tipah berasa sangat terharu dan terpikat dengan sopan santun dan lemah lembut anak gadis keturunan Arab itu. (hlm 25)

Datuk Indera Mahmud adalah ketua keluarga kita. Dia orang besar negeri yang dihormati dan dimuliakan tetapi….(hlm 337)

Hati kecilnya berkata, orang-orang di Kampung Pulai itu sepatutnya dibela diberi tanah yang lebih luas, diberi segala kemudahan supaya penghidupan mereka bertambah baik. (hlm. 115)

Encik Muhammad ini orang penting. Pengarah Urusan. Walaupun dia hanya salah seorang dari beberapa orang lagi Pengarah Urusan dari beberapa buah syarikat yang merupakan anak syarikat Tan Enterprise, namun dia lebih penting dari yang lain. Dia luar biasa. Dia dinamik dan yang uniknya dia

208

Kesan Pembangunan Insan

orang Melayu. (hlm. 2)

Dia merasa berbahagia tiba-tiba mengetahui dia mempunyai kaum keluarga yang besar yang rela menerimanya dengan kasih sayang. (hlm. 22)

“Perkara ini dah selesai, Cik Sudin. Elok kalau kita lupakan saja. Semuanya kehendak Tuhan. dan semua takdir Tuhan ada hikmatnya” (hlm. 329)

“Bukan saja sebahagian kita telah berketurunan diberi menumpang dan mengerjakan tanah mereka, sekarang kita akan diberi sagu hati serta ganti tugi pula.”(hlm 328)

209

Aktiviti 3 : Nyatakan dan huraikan setiap nilai kemanusiaan dan kemukakan contoh peristiwa yang bersesuaian berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur . Peristiwa Kemanusiaan

Huraian

Sulalatus Salatin

Saudagar Besar dari

(Sejarah Melayu)

Kuala Lumpur

210

Aktiviti 4 Nyatakan nilai kemanusiaan dan kemukakan contoh yang sesuai berdasarkan watak dalam rajah di bawah sebagaimana yang terdapat dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) SULALATUS SALATIN (SEJARAH MELAYU)

SULTAN ALAU’D-DIN

SULTAN MANSUR SYAH

211

212

SULALATUS SALATIN (SEJARAH MELAYU

TUN PERAK

TUN MUTAHIR

Setia- Tun Perak setia kepada raja walau anaknya dibunuh oleh Raja Muhammad

Amanah – Menjaga Tun Tahir dan Tun Mutahir setelah kematian ayahnya dengan penuh amanah

213

SULALATUS SALATIN (SEJARAH MELAYU)

214

HANG TUAH

SULTAN MAHMUD

Setia-

Gigih-

Bertanggungjawab –

Bijaksana –

215

Sanggup berkorban – Hang Tuah sanggup mempertahankan maruah raja Melaka sewaktu berada di Majapahit

Berbakti kepada raja –

Aktiviti 5 Nyatakan nilai kemanusiaan dan kemukakan contoh yang sesuai berdasarkan watak dalam rajah di bawah sebagaimana yang terdapat dalam teks Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR

YB. MUHD. YUSUF

ENCIK MUHAMMAD

Gigih- En. Muhammad memajukan perniagaan

216

Bertanggungjawab – Bersyukur – En Muhammad menunaikan solat syukur sebagai tanda ia bersyukur

Amanah – En Muhammad membahagikan harta dengan adil mengikut hukum faraid.

Pemurah –

217

Nyatakan nilai kemanusiaan dan kemukakan contoh yang sesuai berdasarkan watak dalam rajah di bawah sebagaimana yang terdapat dalam teks Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR

RAHIM

LEBAI MAARUP

Bertanggungjawab –

218

Pemurah –

Nyatakan nilai kemanusiaan dan kemukakan contoh yang sesuai berdasarkan watak dalam rajah di bawah sebagaimana yang terdapat dalam teks Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR

219

SUDIN

JAHID

Bertanggungjawab –

Amanah -

220

ELEMEN 2 (LATIHAN)

1. Sultan Alau’d-Din Riayat Syah dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) digambarkan mempunyai nilai kemanusiaan. Sejauhmanakah nilai kemanusiaan yang terdapat pada tokoh ini dapat dimanfaatkan oleh anda dalam kehidupan seharian. [25]

2.

Nilai kemanusiaan merupakan elemen penting dalam pembentukan diri insan.

(a) Huraikan tiga nilai kemanusiaan yang terdapat pada watak Cik Puan Tipah seperti yang tergambar dalam dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. [9] (b) Bincangkan bagaimana nilai yang terdapat dalam (a) dapat membentuk diri anda menjadi insan terpuji. [16]

3. Nilai kemanusiaan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan insan. Bincangkan pernyataan tersebut berdasarkan watak Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) [25]

221

4. Berdasarkan gambaran dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, Mahani merupakan seorang insan yang mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi. Bincangkan bagaimana nilai kemanusiaan tokoh ini dapat diterapkan dalam kehidupan anda. [25]

6. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) kaya dengan nilai kemanusiaan. Berdasarkan pernyataan tersebut, huraikan bagaimana nilai itu dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian anda. [25]

222

7. Nilai kemanusiaan merupakan asas penting dalam pembangunan insan. Berdasarkan watak Encik Muhammad dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, bincangkan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan diri anda. [25]

Cadangan jawapan

Pengenalan [3]

1. Nilai kemanusiaan - Nilai-nilai yang tegak berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan manusia. Baik kebebasan dan kemerdekaannya, nama baik.

2. Perihal manusia atau sifat-sifat manusia yang baik yang dapat membangunkan seseorang insan menjadi individu yang unggul.

3.

Isi yang akan dibincangkan

Isi [20]

1.

Bijak mengurus Bertindak pantas merebut peluang perniagaan dan menewaskan lawan secepat mungkin.

2.

Berani Mengambil risiko / berusaha merebut peluang perniagaan tanpa mengira kesusahan yang bakal ditempuhinya.

3.

Berkarisma

223

Tokoh yang ada daya penarik , proaktif, karismatik serta tidak menghiraukan apa jua risiko yang perlu dihadapi demi mengisi cita-cita unggulnya sebagai tokoh perniagaan Melayu yang berjaya dan disegani bangsa asing.

4.

Berwawasan Beliau tidak mahu bangsanya diperlekehkan oleh bangsa asing yang diketahuinya masih tertinggal dalam dunia perniagaan.Kejituan idea dan pandangannya dalam menangani dunia perniagaan Firma serba Dagang Internasional.

5.

Gigih Meluaskan empayar perniagaannya di mana-mana sahaja ada peluang sesuai dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang mahukan penyertaan orang Melayu sebanyak mungkin dalam dunia perniagaan.

6

Bertanggungjawab Memberi pendidikan tinggi kepada anaknya dan meneruskan legasi perniagaan keluarga.

Penutup [2 markah] Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

8. Watak-watak wanita dalam teks Sulalatus Salatin (sejarah Melayu) ada memperlihatkan nilai kemanusiaan. Huraikan nilai kemanusiaan yang terdapat pada watak-watak wanita dalam teks Sulalatus Salatin (sejarah Melayu) yang membawa kepada pembangunan insan. @ [25]

Cadangan jawapan

Pengenalan [ 3 ]

1. Nilai kemanusiaan - Nilai-nilai yang tegak berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan manusia. Baik kebebasan dan kemerdekaannya, nama baik.

224

2. Perihal manusia atau sifat-sifat manusia yang baik yang dapat membangunkan seseorang insan menjadi individu yang unggul.

3.

Isi yang akan dibincangkan

Isi [ 20]

1.

Tabah Tun Fatimah merupakan seorang wanita yang amat tabah. Ketabaahan Tun Fatimah terserlah apabila beliau terpaksa berhadapan dengan tragedi pembunuhan ayah, suami, adik dan bapa mertuanya. Kesedihan Tun Fatimah bukan alang kepalang, tetapi beliau tetap tabah menghadapi pembunuhan keluarga yang cukup tragis.

2.

Tidak mementingkan harta dan kedudukan. Tun Fatimah bukanlah wanita yang mementingkan harta dan kedudukan. Walaupun sudah menjadi permaisuri Sultan Mahmud Syah, beliau tetap berdukacita mengenang ayah, suami, adik, dan ayah mertuanya.

3.

Bijaksana Kebijaksanaan Tun Fatimah dapat dilihat apabila beliau sedar Raja Ahmad akan menjadi penganti Sultan dan anaknya tiada peluang menjadi sultan. Oleh kerana itu, setiap kali hamil, digugurkan. Tindakannya amat menyedihkan Sultan Mahmud Syah, sehingga baginda bertanya Tun Fatimah kenapa berbuat demikian. Tun Fatimah mengatakan tiada gunanya ia beranak kalau anak itu tidak menjadi raja. Akhirnya Sultan Mahmud berjanji jika lahir nanti anak laki-laki akan dijadikan raja.

4.

Sanggup berkorban. Sifat ini boleh dilihat dalam watak Tun Kudu. Tun Kudu terpaksa berkorban apabila diceraikan oleh Sultan Muzaffar Syah demi untuk menyelesai perbalahan dua pembesarnya. Tun Kudu telah dijadikan alat untuk mencapai perdamaian antara Tun Perak dan Seri Nara Diraja Tun Ali. Sebagai wanita, pengorbanan yang dipaksakan itu amat menyeksa perasaannya, tetapi tetap tabah menghadapinya.

5.

Setia Walaupun pada peringkat awal Tun Fatimah dilihat amat mendendami Sultan Mahmud Syah, tetapi akhirnya Tun Fatimah setia dan kekal bersama Sultan Mahmud Syah sehingga ke akhir hayatnya. Kesetian Tun Fatimah terbukti apabila beliau dikatakan ikut berpindah-randah dari satu

225

tempat ke satu tempat bersama-sama baginda Sultan sebagai orang pelarian setelah Melaka dialahkan oleh Peringgi.

6.

Tegas Tun Fatimah digambarkan sebagai wanita yang keras hati dan tegas. Selepas mengharungi tragedi yang menyedihkan, Tun Fatimah telah berkahwin dengan Sultan Mahmud Syah. Beliau bertindak berani dengan mengugurkan kandungannya apabila mendapati dirinya hamil. Tun Fatimah bertindak sedemikian berulang kali sebagai manifestasi penentangan dan rasa benci terhadap Sultan Mahmud Syah. Ketegasan Tun Fatimah akhirnya terlerai apabila Sultan Mahmud berjanji jika lahir nanti anak laki-laki akan dijadikan raja.

Penutup[ 2 ] Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

9. Nilai kemanusiaan merupakan asas penting dalam pembangunan insan. Berdasarkan watak Rahim dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, bincangkan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan diri anda sebagai generasi muda. @ [25]

Cadangan jawapan

Pengenalan [ 3 ] 1. Nilai kemanusiaan - Nilai-nilai yang tegak berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan manusia. Baik kebebasan dan kemerdekaannya, nama baik.

2. Perihal manusia atau sifat-sifat manusia yang baik yang dapat membangunkan seseorang insan menjadi individu yang unggul.

3.

Isi yang akan dibincangkan

Isi [ 20]

226

1.

Berpandangan jauh. Walaupun Rahim belajar di London dan berjaya memperolehi ijazah dalam bidang pengurusan dagang, namun beliau berhasrat untuk kembali ke tanah air bagi mencurahkan baktinya, dimana dia sanggup bekerja dengan Syarikat Lombong Lembah Tualang asalkan ayahnya bersetuju dengan rancangan Lebai Maarup berhubung dengan tanah wakaf di Kampung Pulai.

2.

Amanah Rahim memikul amanah ayahnya dengan sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan yang diimpikan. Sewaktu berada di London Rahim tidak leka dengan pengaruh budaya barat. Rahim akhirnya berjaya menamatkan pengajiannya dengan memperolehi Ijazah Sarjanaa Muda Pengurusan Dagang.

3.

Bijaksana Pendidikan yang diperolehi oleh Rahim sewaktu beliau belajar di London, telah menjadikannya seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan bijaksana. Dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki, beliau mampu berfikir dan bertindak dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Dengan ilmu yang ada padanya, maka ia menentang hasrat ayahnya untuk membuka lombong bijih di Lembah Tualang kerana pada pandangannya kegiatan perlombongan boleh membawa kesan negatif kepada penduduk kampung.

4.

Merendah diri Biarpun memiliki ilmu yang tinggi dan dalam kalangan keluarga yang berada, beliau tidak sombong dan bangga diri. Beliau sanggup mendengar dan menerima cadangn Sudin serta Lebai Maarup yang hendak mewakafkan tanah untuk kepentingan penduduk kampong.

5.

Bertanggungjawab Sikap bertanggungjawab Rahim dapat dilihat apabila beliau sanggup menentang cadangan ayahnya untuk menjalankan kegiatan perlombongan di Kampung Pulai. Rahim cuba membela nasib penduduk Kampung Pulai yang mungkin akan kehilangan tanah jika cadangan En. Muhammad untuk membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang menjadi kenyataan.

6.

Berani Rahim berani menyuarakan pendapat dan pandangannya tentang sesuatu perkara yang dianggapnya tidak wajar. Sikap Rahim ini dapat dilihat dengan jelas apabila ia mengkritik dan menentang sikap ayahnya yang dirasakan lebih mengutamakan keuntungan semata-mata

227

berbanding dengan nasib yang akan menimpa penduduk Kampung Pulai apabila ayahnya ingin membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang.

7.

Gigih Selepas menamatkan pengajian di peringkat menengah, En. Muhammad telah menghantar Rahim belajar di London dalam bidang pengurusan dagang. Berkat kegigihan, akhirnya beliau berjaya memperolehi ijazah sarjana muda pengurusan dagang dari sebuah university terkemuka di London.

Penutup[ 2 ] Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

10.

Baca petikan di bawah ini dan jawab soalan yang mengikutinya.@

Maka baginda memandang kepada muka anakanda baginda, Raja Mamad, maka titah baginda, “Hei anakku, adapun engkau hendaklah banyak-banyak sabar, dan ampunmu akan segala hamba sahayamu, dan baik-baik memelihara akan dia, kerana firman Allah Taala Inna’llahu ma’as sabirin, yakni bahawa Allah Taala serta pada segala yang sabar. Dan jikalau datang kepada dua pekerjaan, suatu pekerjaan Allah, dan suatu pekerjaan Dunia, maka dahulukan olehmu pekerjaan Allah daripada pekerjaan dunia. Hendaklah engkau sangat-sangat menyerahkan dirimu kepada hadrat Allah Taala yang akan memeliharakan kamu, kerana wa man yatawakkal ‘ala’allah. Dan segala anak Melayu bagaimanapun besar dosanya, jangan olehmu diaifi dia, dan sampai kepada hukum syarak dosanya derhaka, bunuhlah; kerana segala Melayu itu ketanahanmu, seperti kata Arab Al-‘abdi tinu’l-maulahu, yang hamba itu tanah tuhannya. Jikalau engkau bunuh ia tiada dengan dosanya, bahawa kerajaanmu binasa. Hei anakku, hendaklah engkau turut dan engkau ingatkan wasiatku ini, dan kaukerjakan, supaya berkat diberi Allah subha nahu wa taala.”

(Dipetik daripada A. Samad Ahmad [peny.] 2003. Sulalatus Salatin Sejarah Melayu (Edisi Pelajar). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 186 - 187)

“Nilai kemanusiaan dapat membentuk pembangunan insan.” Berdasarkan petikan di atas bincangkan pernyataan tersebut [25]

228

Cadangan jawapan

Pengenalan [3]

1. Nilai kemanusiaan - Nilai-nilai yang tegak berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan manusia. Baik kebebasan dan kemerdekaannya, nama baik.

2. Perihal manusia atau sifat-sifat manusia yang baik yang dapat membangunkan seseorang insan menjadi individu yang unggul.

3.

Isi yang akan dibincangkan

Isi [20] 1.

Sabar Setelah kejatuhan Melaka di tangan Peringgi, Sultan Mahmud Syah masih lagi berusaha melancarkan serangan ke atas Peringgi di Melaka dengan mengarahkan Hang Nadim, Sri Udani, Tun Umar dan lain-lainnya merampas semula Melaka.

2.

Pemaaf Insan yang mempunyai nilai keimanan akan memaafkan kesalahan dan kesilapan orang lain. Sultan Mahmud Syah tidak memaafkan kesalahan Tun Mutahir, sebaliknya menyimpan perasaan dendam terhadap Tun Mutahir. Kerana dendam akhirnya Tun Mutahir dibunuh.

3.

Bertanggungjawab Bertanggungjawab terhadap negara, rakyat, keluarga dan anak buah. Tun Perak menjaga Tun Tahir dan Tun Mutahir dengan baik. Tun Perak juga memastikan Melaka terselamat dari serangan musuh.

4.

Tawakal/Berserah kepada Allah Berserah kepada Allah setelah berusaha, percaya dengan sepenuh hati kepada Allah semasa berada dalam kesusahan atau penderitaan. Setelah Melaka diserang oleh Peringgi, Sultan Mahmud Syah telah berusaha sedaya mungkin untuk mempertahankannya kerana katanya “istiadat raja-raja itu, negeri alah rajanya mati.” (hlm 280), namun tidak mampu. Akhirnya Sultan Mahmud Syah hanya berserah kepada Allah agar hulubalang Melayu syahid melawan Peringgi setelah bagindaa dibawa lari oleh Seri Nara Diraja.

5.

Adil Seseorang raja atau pemerintah yang hebat ialah yang mampu berlaku adil terhadap rakyatnya atau orang di bawahnya.

Penutup [2 markah]

229

Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

11. Nilai kemanusiaan merupakan suatu aspek penting untuk pembangunan insan. Bincangkan pernyataan tersebut berdasarkan watak Encik Muhammad dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. @ [25] Cadangan jawapan

Pengenalan [3]

1. Nilai kemanusiaan - Nilai-nilai yang tegak berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan manusia. Baik kebebasan dan kemerdekaannya, nama baik. 2. Perihal manusia atau sifat-sifat manusia yang baik yang dapat membangunkan seseorang insan menjadi individu yang unggul. 3.

Isi yang akan dibincangkan

Isi [20] 1.

Bijak Bertindak pantas merebut peluang perniagaan dan menewaskan lawan secepat mungkin.

2.

Berani Mengambil risiko / berusaha merebut peluang perniagaan tanpa mengira kesusahan yang bakal ditempuhinya.

3.

Berkarisma Tokoh yang ada daya penarik , proaktif, karismatik serta tidak menghiraukan apa jua risiko yang perlu dihadapi demi mengisi cita-cita unggulnya sebagai tokoh perniagaan Melayu yang berjaya dan disegani bangsa asing.

4.

Berwawasan Beliau tidak mahu bangsanya diperlekehkan oleh bangsa asing yang diketahuinya masih tertinggal dalam dunia perniagaan.Kejituan idea dan pandangannya dalam menangani dunia perniagaan Firma serba Dagang Internasional.

230

5.

Gigih Meluaskan empayar perniagaannya di mana-mana sahaja ada peluang sesuai dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang mahukan penyertaan orang Melayu sebanyak mungkin dalam dunia perniagaan.

6

Merendah diri En. Muhammad masih bersikap merendah diri dengan YB Muhd. Yusof dengan mengatakan penglibatannya dalam dunia perniagaan masih lagi seperti dalam hutan rimba.

7.

Tenang/sabar En. Muhammad tenang/sabar dalam menghadapi cabaran dalam menguruskan Syarikat Lombong Lembah Tualang. Ketenangan dan kesabarannya jelas apabila dia dapat menerima secara rasional tuduhan yang dilemparkan kepadanya oleh pemuda berjubah dan Jamaluddin yang menuduhnya dengan pelbagai tuduhan yang menyakitkan hati.

8.

Simpati En. Muhammad bersimpati dengan nasib penduduk Kampung Pulai yang masih lagi miskin dan dia berjanji untuk memberi pertolongan supaya mereka mendapat bantuan dan kemudahan pindah ke rancangan FELDA.

Penutup [2 markah] Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan 12 Berdasarkan gambaran dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, nilai kemanusiaan yang terdapat pada watak Mahani dapat dijadikan panduan dalam kehidupan anda. Bincangkan. [25] Cadangan jawapan Pengenalan [3] 1. Maksud nilai kemanusiaan – perihal manusia atau sifat-sfat manusia baik yang dapat membangunkan seseorang menjadi individu unggul. 2. Latar belakang watak Mahani 3. Menyenaraikan isi-isi penting. Isi [20] 1.

Hormat – menghormati Mahani amat menghomati kedua-dua ibu bapanya. Dia menerima keputusan ayah dan ibunya untuk menerima pinangan Rahim. Mahani juga amat menghormati Encik Muhammad semasa berada di pejabat.

2.

Prihatin Mahani sangat prihatin akan nasib penduduk kampung Pulai apabila Syarikat Lombong LembahTualang hendak dibangunkan – memikirkan nasib dan kesusahan penduduk.

231

3.

Berbudi bahasa Mahani memilki budi bahasa yang baik sehinggakan Cik Puan Tipah berhasrat untuk menjadikan sebagai menantu.

4.

Kasih sayang Mahani bukan sahaja menyayangi ibu dan bapanya malah dia turut menyayangi Rahim. Walaupun mereka jauh terpisah dan jarang berhubung, namun kasih sayang akhirnya menyatukan mereka dengan ikatan pertunangan.

5.

Bersopan santun Mahani bingkas bangun semasa bermain piano untuk bersalam dan mencium tangan Cik Puan Tipah

6

Setia

7.

Taat kepada perintah Allah

8.

Rajin

Penutup [2m] Membuat hasil rumusan hasil dari perbincangan di atas.

STPM UP2 2014

2. Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur kaya dengan nilai kemanusiaan. Berdasarkan pernyataan tersebut, huraikan bagaimana nilai itu dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. [25]

Cadangan jawapan

232

Pengenalan [3]

1. Nilai kemanusiaan - Nilai-nilai yang tegak berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan manusia. Baik kebebasan dan kemerdekaannya, nama baik.

2. Perihal manusia atau sifat-sifat manusia yang baik yang dapat membangunkan seseorang insan menjadi individu yang unggul.

3.

Isi yang akan dibincangkan

Isi [20]

1.

Kasih sayang/penyang – Mahani menyangi Encik. Muhammad, sayang pada Rahim

2.

Baik hati – Mahani memuji kebaikan hati Encik Muhammad.

3.

Menghormati orang lain/ibu bapa – Rahim tetap hormat dan tidak melawan bapanya.

4.

Pemurah – Lebai Maarup wakafkan tanah untuk dibina surau di Kg. Pulai

5.

Ehsan/bertimbangrasa – Penghulu Mahmud membenarkan orang kampong tinggal menumpang di tanak milik keluarganya.

6.

Pemaaf – Lebai Maarup memaafkan Encik Muhammad yang menghinanya, Gayah memaafkan Sudin.

7.

Rasa tanggungjawab – Penghulu Mahmud membahagikan harta pusaka secara faraid

8.

Sabar – Lebai Maaruf sabar apabila dia dicederakan

9.

Amanah - ?????? Cari sendiri…….

233

Penutup [2 markah] Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

STPM P2 2015

1. Nilai kemanusiaan merupakan suatu aspek penting untuk pembangunan insan. Bincangkan pernyataan tersebut berdasarkan watak Tun Perak dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). [25]

Cadangan jawapan

Pengenalan [3]

1. Nilai kemanusiaan - Nilai-nilai yang tegak berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan manusia. Baik kebebasan dan kemerdekaannya, nama baik.

2. Perihal manusia atau sifat-sifat manusia yang baik yang dapat membangunkan seseorang insan menjadi individu yang unggul.

3.

Isi yang akan dibincangkan

Isi [20]

234

1. Bertanggung jawab terhadap negara/keluarga/anak buah – menjaga Tun Mutahir dan Tun Tahir dengan baik/memastikan Melaka terselamat dari serangan musuh/Siam.

2. Setia kepada raja/pemerintah – tidak bertindak terburu-buru dalam menangani peristiwa pembunuhan anaknya Tun Besar oleh Raja Muhammad dalam peristiwa bermain sepak raga.

3. Sanggup berkorban – mempertahankan/berjuang mematahkan serangan Siam sebanyak dua kali – membawa keluarga sewaktu menentang Siam buat kali pertama.

4. Tabah menghadapi dugaan/sabar – tabah menghadapi kematian anaknya, Tun Besar yang mati dibunuh oleh Raja Muhammad.

5.

Tidak bangga diri- tidak menaiki usungan yang dianugerahkan

6. Amanah – menjaga harta Seri Nara Diraja untuk anak saudaranya iaitu Tun Mutahir dan Tun Tahir.

7. Bijaksana – atur strategi perang untuk menentang ancaman Siam – bawa keluarga kali pertama – memasang jamung pada pokok api-api kali ke dua.

Penutup [2 markah] Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

235

2.0

PEMBANGUNAN MASYARAKAT

KONSEP

Pembangunan

Masyarakat

•untuk meningkatkan kesejahteraan atau taraf hidup masyarakat

•Masyarakat (society) merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan komuniti manusia yang tinggal bersama-sama. Boleh juga dikatakan masyarakat itu merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu

PEMBANGUNAN MASYARAKAT: Perubahan secara berencana dan dilakukan secara berencana pula dari keadaan yang kurang baik menuju pada keadaan masyarakat yang lebih baik.

Kaitan sastera dan pembangunan masayarakat Implikasi penting dalam hubungan ini ialah sastera dikatakan sebagai cermin masyarakat. Ini bermakna sesebuah karya sastera yang dihasilkan oleh penulis sebenarnya datang dari kesan perhubungan, implikasi, dan renungan penulis terhadap masyarakat. Apa yang terkandung dalam denyut nadi masyarakat akhirnya menjadi rangka dan bahan karya yang dihasilkan

pengarang.

Asas Pembangunan masyarakat:

236

Elemen pembangunan

masyarakat

2.1 Pendidikan

2.2 Sosial

2.3 Alam Sekitar

2.2.1 Budaya

2.2.2 Perpaduan

2.2.3 Mobiliti

2.2.4 Susun lapis Masyarakat

Matlamat Pembangunan Masyarakat (Pelan Pembangunan Negara)

MENINGKATKAN KUALITI HIDUP

INTERGRASI NASIONAL

BERSATU PADU

KESEJAHTERAAN HIDUP MATLAMAT PEMBANGUNAN MASYARAKAT

KESTABILAN SOSIAL

PROGRESIF

237

MENGUKUHKAN PERPADUAN

2.1

PENDIDIKAN

2.1.1

KONSEP PENDIDIKAN

BERDAYA SAING

Pendidikan merujuk kepada perihal mendidik/didikan/latihan/ajaran atau proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang; atau tujuan pendidikan secara umum seperti memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi, dan rohani manusia ke arah tahap kesempurnaan.

pendidikan merupakan suatu proses atau kegiatan yang diarahkan untuk mengubah kebiasaan (behaviour) manusia.

Frederick J. Mc Plato Donald

pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia. tujuan pendidikan ialah memberikan setiap warganegara peluang untuk mencapai kebahagiaan hidup. pendidikan adalah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang.

Atan Long

238

2.1.2

KEPENTINGAN PENDIDIKAN

Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut;

Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu

Percaya dan patuh kepada Tuhan

Matlamat Pendidikan negara

Berilmu pengetahuan berakhlak mulia

Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara

masyarakat yang prihatin perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum

masyarakat yang berpendidikan agama

pendidikan konteks pembangunan masyarakat kini.

masyarakat yang berakhlak mulia

Kepentingan pendidikan dalam konteks pembangunan masyarakat kini

masyarakat yang matang

masyarakat yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran

239 masyarakat berdaya saing

status sosial masyarakat/ taraf hidup

masyarakat yang seimbang dan bersepadu

kepentingan dalam

Mengikut Dr Affizal Ahmad dalam makalah yang bertajuk Kepentingan Penddidikan Dalam Pembentukan Kualiti Hidup Sejahtera menyatakan bahawa pendidikan mempunyai impak yang besar ke atas pelbagai peluang kehidupan manusia untuk memperolehi dan mengekalkan kualiti kehidupan. Pendidikan boleh menjelaskan keupayaan seseorang individu dalam mengurus hidup yang berkualiti kerana faktor ekonomi dan social bergantung kepada pendidikan yang diterima. Mengikut Dr Affizal Ahmad lagi, pendidikan berkualiti sangat efektif bagi menentang kemiskinan, membina demokrasi, dan membentuk masyarakat yang sejahtera. Ia juga memberi kuasa kepada individu, memberi makna suara, mendedahkan potensi mereka, menunjukkan jalan ke arah penyempurnaan diri, serta

240

meluaskan pandangan dan pemikiran individu kepada dunia tanpa sempadan. Melalui pendidikan, individu berupaya membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan dunianya, menikmati kemudahan yang ada di persekitarannya, serta memahami diri sendiri. Pendidikan juga bertindak sebagai pemangkin kesejahteraan hidup dengan cara memimpin individu ke arah sumber-sumber ekonomi yang mantap, keupayaan mengawal diri, dan kesetabilan hubungan sosial.

2.1.3

KEPENTINGAN PENDIDIKAN BERDASARKAN NOVEL SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR DAN SLALATUS SALATIN (SEJARAH MELAYU)

1.

Mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum/majmuk -Rahim, Robert dan Mahani belajar di sekolah yang sama -Seri Rama (India Muslim), Tun Mai Ulat Bulu, Sultan Mahmud Syah belajar agama dengan Maulana Sadar Jahan (Arab)

2.

Membentuk masyarakat yang perihatin - Pendidikan yang diterima oleh Lebai Maarup dan Rahim menjadikannya anggota masyarakat yang perihatin terhadap persekitarannya. - Pendidikan agama yang diperolehi oleh Sultan Mansur Syah, Sultan Alau’d-Din, Tun Mutahir dll menjadikan mereka pentadbir/pemerintah/anggota masyarakat yang perihatin terhadap permasalahan rakyat jelata/masyarakat Melaka.

3.

Membentuk masyarakat yang berakhlak mulia - Pendidikan yang di terima oleh Lebai Maarup, Imam Saat, Mahani, Rahim menjadikan mereka sebagai anggota masyarakat yang mempunyai budi pekerti yang mulia. - Sultan Muhammad(Fakir Muhammad), Sultan Mansur Syah, Sultan Mahmud Syah (?), Raja Ahmad dll mempunyai akhlak dan budi pekerti yang tinggi.

4.

Melahirkan masyarakat yang berpendidikan agama - Pendidikan yang diterima oleh Lebai Maarup, Imam Saat (belajar di Tanjung Karang), Murid Lebai Maarup dan Imam Saat menjadikan mereka anggota masyarakat yang mempunyai pengetahuan agama yang tinggi. - Sultan Mansur Syah, pembesar Melaka, Kadi Yusuf (belajar dengan Maulana Abu Bakar kitab Duri’l-mazlum- hlm 157) – Sultan Mahmud (Belajar Kitab Maklumat dengan Maulana Yusuf – hlm 201), Sultan Mahmud, Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir, Seri Rama, Tun Mai Ulat Bulu, dan Raja Ahmad (mendapat pendidikan agama dengan Maulana Sadar Jahan), Sultan Ahmad Syah (belajar tasauf dengan Makhdum Sadar Jahan – hlm 266), Sultan Ahmad Syah juga belajar ilmu

241

tauhid dengan Makhdum Sadar Jahan (hlm masyarakat/golongan yang berpendidikan agama. 5.

268),

menjadikan

mereka

anggota

Melahirkan masyarakat yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi

- En. Muhammad (belajar di England – hlm 11), Robert (Ijazah Kejuruteraan Lombong, hlm 16), Rahim (Ijazah Pengurusan Dagang - 193), Mahani (kesetiausahan – hlm 79), Jahid (sekolah menengah-SPM, hlm 22), Lebai Maarup, Imam Saat dll – memberi mereka peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Ilmu yang diperolehi melalui pendidikan juga dapat digunakan untuk memajukan masyarakat/membentuk akhlak masyarakat. - Sultan Mansur Syah menitahkan segala Anak Tuan-tuan belajar ilmu gajah dengan Maharaja Dewa Sura. Baginda juga menggalakkan segala Anak Tuan-tuan/rakyat Melaka belajar/mencari ilmu seperti ilmu kuda, ilmu bermain pelbagai senjata, dan ilmu hulubalang. Baginda sanggup membiayai/mengeluarkan belanja kepada sesiapa yang belajar ilmu berkenaan (hlm 106), Ilmu yang diperolehi melalui pendidikan dapat digunakan untuk memajukan masyarakat/membentuk akhlak masyarakat/merubah status masyarakat.

6.

Melahirkan masyarakat yang seimbang dan bersepadu antara dunia dan akhirat - Rahim belajar di England, tapi dia tetap mempunyai pegangan agama yang kukuh – tidak terpengaruh dengan budaya barat.

7.

Mengubah status sosial masyarakat - En. Muhammad – usahawan/saudagar yang berjaya-pada peringkat awal menjadi pekerja tetapi akhirnya menjadi rakan kongsi dan memiliki syarikat sendiri – Syarikat Lombong Lembah Tualang. Lebai Maarup – dikagumi masyarakat kampung Pulai kerana ketinggian ilmu agamanya.

- Maharaja Dewa Sura asalnya Raja Indera Pura tetapi di tawan/tangkap oleh Seri Bija Diraja (hlm 96 – 100) akhirnya dibebaskan dan dijadikan gembala gajah kerana mempunyai ilmu gajah.

8.

Melahirkan masyarakat yang berdaya saing. - En. Muhammad – mampu bersaing dengan bangsa lain dalam perdagangan dan perniagaan.

9.

Melahirkan masyarakat yang utuh jati diri. - Rahim dan Robert tidak mudah terpengaruh dengan budaya barat sewaktu mereka belajar di England. Begitu juga dengan Lebai Maarup.

- Sultan Mansur Syah, Raja Ahmad, Sultan Ahmad Syah dan Tun Mutahir mempunyai kekuatan jati diri.

242

ELEMEN 1 (AKTIVITI) Aktiviti 1

Berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, lengkapkan jadual di bawah dengan maklumat tentang kepentingan pendidikan dalam konteks pembangunan masyarakat kini.

Fakta

Huraian

Contoh peristiwa

243

Kesan Pembangunan masyarakat

244

Aktiviti 2

Berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), lengkapkan jadual di bawah dengan maklumat tentang kepentingan pendidikan dalam konteks pembangunan masyarakat Melaka.

Fakta

Huraian

Contoh peristiwa

245

Kesan Pembangunan masyarakat

246

ELEMEN 2 (LATIHAN)

1. “Pendidikan penting dalam pembangunan masyarakat.” Berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), bincangkan kepentingan pendidikan dalam konteks pembangunan masyarakat Melaka. [25]

2. “Pendidikan penting dalam pembangunan masyarakat.” Berdasarkan watak Mat Akil dalam novel Saudagar Bedar dari Kuala Lumpur, bincangkan kepentingan pendidikan dalam konteks pembangunan masyarakat. [25]

3. Berdasarkan watak-watak tertentu dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), bincangkan kepentingan pendidikan dalam konteks pembangunan masyarakat. [25]

4. Berdasarkan watak-watak tertentu dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, bincangkan kepentingan pendidikan dalam konteks pembangunan masyarakat. [25]

247

5. “Pendidikan penting untuk membentuk akhlak masyarakat”. Berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, bincangkan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan masyarakat.@ [25]

Cadangan jawapan

Pengenalan [3]

1. Pendidikan merujuk kepada perihal mendidik/didikan/latihan/ajaran atau proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang; atau tujuan pendidikan secara umum seperti memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi, dan rohani manusia ke arah tahap kesempurnaan. 2.

Akhlak merujuk kepada kebaikan atau ketinggian budi pekerti, kelakuan, dan tabiat

3.

Mengemukakan isi yang akan dibincangkan.

Isi [20]

248

1.

Jahat kepada baik – Lebai Maarup pada peringkat awal merupakan seorang yang agak nakal namun setelah mendapat pendidikan agama Lebai Maarup telah berubah.

2.

Jahil kepada berilmu – Sebelum menerima pendidikan agama Lebai Maarup bukanlah seorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi, tetapi setelah mendapat pendidikan agama beliau memiliki ilmu yang tinggi dan mampu berkongsi dengan anggota masyarakat.

3.

Tidak berkemahiran menjadi lebih mahir – Mahani belajar kesetiaushaan

4.

Tidak cekap menjadi lebih cekap – Mahani belajar kesetiaushaan

5.

Pemarah kepada penyabar/penyayang – Imam Saat terhadap Sudin (hlm 101)

6.

Bermusuh/berdendam menjadi berbaik-baik – Imam Saat dengan arwah Yaakob ayah Gayah pernah berdendam kerana tanah. Apabila Sudin dan Gayah kahwin wujud hubungan kekeluargaan. Pendidikan agama yang diterima oleh Imam Saat telah menjadikannya seorang yang sedar tentang duduk perkara sebenarnya. (hlm 102 -103)

7.

Kurang matang menjadi lebih matang – Rahim dan Robert yang mendapat pendidikan di England telah mematangkan mereka berdua.

8.

Berfikiran sempit kepada berfikiran terbuka – Rahim dan Robert .

Penutup [2 markah] Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

6. “Pendidikan penting untuk membentuk akhlak masyarakat”. Berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), bincangkan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan masyarakat . @ [25] Cadangan jawapan

Pengenalan [3]

249

1. Pendidikan merujuk kepada perihal mendidik/didikan/latihan/ajaran atau proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang; atau tujuan pendidikan secara umum seperti memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi, dan rohani manusia ke arah tahap kesempurnaan. 2. Akhlak merujuk kepada kebaikan atau ketinggian budi pekerti, kelakuan, dan tabiat seseorang atau masyarakat. 3.

Mengemukakan isi yang akan dibincangkan.

Isi [20] 1. Zalim kepada insaf/menyesal - Sultan Mahmud Syah (hlm. 259) 2.

Jahil kepada berilmu/zuhud – Fakir Muhammad (hlm 56) Sultan Abdul Jamal (hlm 234)Sultan Mahmud Syah

3.

Pemarah/zalim kepada pengasih – Sultan Mahmud – mengasihani Tun Fatimah (hlm 264)

4.

Pedendam kepada menginsafi segala kesilapan - Sultan Mahmud (hlm 259 dan 264) sangat menyesal kerana membunuh Bendaahara Seri Maharaja. Lantaran itu baginda turun tahta dan digantikan dengan Raja Ahmad. Setelah turun tahta, baginda ke Kayu Ara di Hulu Melaka

5.

Angkuh/membesarkan diri (hlm 251) kepada redha – Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir (hlm 257)

6.

Kurang/cetek ilmu kepada lebih berilmu – Kadi Yusuf belajar dengan Maulana Abu Bakar.(hlm 158)

7.

Angkuh kepada rendah diri – Sultan Mahmud mengelarkan dirinya sebagai fakir Mahmud sewaktu baginda hendak belajar kitab Maklumat dengan Maulana Yusuf (hlm 202)

8.

Gelap hati kepada terang hati – Maulana Abu Bakar menyatakan bahawa Sultan Mansur syah sangat terang hati/mudah menerima ilmu sewaktu baginda belajar kitab Duri’l-mazlum

Penutup [2 markah] Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

250

7. “Pendidikan ialah suatu proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang”. Huraikan pernyataan tersebut dan kesannya kepada pembangunan masyarakat Lembah Tualang seperti yang termuat dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. @ [25] Cadangan jawapan Pendahuluan [3] i.

Konsep pendidikan

ii.

Latarbelakang watak Rahim

iii.

Ringkasan jawapan

Isi [20]

1.

Melahirkan masyarakat berpendidikan tinggi. Menerima /mendapat pendidikan sehingga ke universiti (Ijazah).Rahim mendapat pendidikan peringkat ijazah sarjana muda di London dalam jurusan Pengurusan Dagang.Dengan pendidikan yang diperolehinya, Rahim berubah sikap dan mempunyai pandangan berbeza terhadap nasib penduduk kampung Lembah Tualang jika ayahnya meneruskan usaha perlombongan bijih timah.

2.

Sebagai alat perpaduan dalam masyarakat. Mampu menjalani kehidupan dengan toleransi.Rahim dan Robert belajar bersama sejak di sekolah rendah. Dengan berpendidikan, dapat melahirkan generasi yang bersatu-padu antara kaum dalam masyarakat.

3.

Membuka minda dan mematangkan fikiran dalam masyarakat. Bersifat terbuka, objektif dan menentang ketidakadilan. Rahim yang mendapat pendidikan universiti di London adalah seorang kontradiksi terhadap tindakan bapanya dalam usaha pengambilan tanah bagi tujuan perlombongan. Dengan pendidikan yang diperolehinya, Rahim mempunyai pemikiran yang lebih terbuka dan matang terhadap nasib bangsanya yang hidup miskin.

4.

Membentuk masyarakat berakhlak mulia/prihatin. Melahirkan pemikiran dan tindakan yang baik terhadap orang lain. Rahim tetap dengan pendiriannya bahawa tindakan bapanya yang mahu mengusahakan Syarikat Lombong Lembah Tualan akan menjejaskan/menindas kehidupan masyarakat kampung yang miskin.Tindakannya membela nasib penduduk adalah sifat mulia dan memberi kesan yang baik dalam pembangunan masyarakat.

5.

Dapat mengawal tingkah laku masyarakat.

251

Pendidikan telah menyebabkan tingkah laku seseorang terkawal daripada melakukan sesuatu keburukan..Rahim dianggap “pengawal” terhadap strategi rakus bapanya dalam melaksanakan rancangan perlombongan yang melibatkan kepentingan penduduk/masyarakat sekitar.Tindakannya mengkritik En. Muhammad dianggap pembela nasib penduduk dan memberi kesan ‘mengawal’ dalam pembangunan masyarakat.

6.

Melahirkan masyarakat yang bekerjasama.

7.

Melahirkan masyarakat yang memahami undang-undang

8.

Lain-lain fakta yang sesuai.

Penutup [2 markah] Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

STPM P2 2013

3. (a) Huraikan tiga peranan Sultan Mansur Syah mengenai kepentingan pendidikan dalam konteks pembangunan masyarakat seperti yang tergambar dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). [9]

(b) Berdasarkan peranan Sultan Mansur dalam (a), kemukakan pandangan anda tentang kebaikan pendidikan itu dalam konteks pembangunan masyarakat hari ini. [16]

STPM UP2 2015 3.

Berdasarkan novel Saudagar Bedar dari Kuala Lumpur, jelaskan kepentingan pendidikan

dalam konteks pembangunan masyarakat kini. 2.2

[25]

SOSIAL

2.2.1 BUDAYA

KONSEP BUDAYA

1.

“…rangkuman segala aspek hidup manusia , baik dalam bentuk fikiran, kepercayaan , perlakuan

ataupun penghasilan dalam sesuatu masyarakat yang diterima oleh sebahagian besar anggotanya dan mewarisinya turun-temurun. Dengan perkataan lain kebudayaan termasuklah bentuk sosial, politik, adat

252

dan istiadat serta ekonomi sesebuah masyarakat.”(Haron Daud, Sejarah Melayu, satu kajian daripada aspek Pensejarahan Budaya , DBP, 1989, hlm. 8)

2.

Kamus Dewan edisi keempat (2007) mendefinisikan budaya sebagai tamadun, peradaban,

kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir ,berkelakuan dan sebagainya). Tegasnya

budaya boleh

didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam , sikap, nilai dsbnya yang diwarisi oleh sesuatu masyarakat atau bangsa.

2.2.1.1 HUBUNGAN KONSEP BUDAYA DENGAN KONSEP ADAT ISTIADAT

“Adat dan istiadat. Dalam konteks ini adat dan istiadat adalah dua hal yang berbeza. Adat lebih merupakan undang-undang dan peraturan (larangan) negeri, manakala istiadat lebih melibatkan kepada upacara seperti perkahwinan, kematian dan pertabalan.”(Haron Daud, Sejarah Melayu, satu kajian daripada aspek Pensejarahan Budaya , DBP, 1989, hlm. 18)“…dalam konteks masyarakat Melayu perkataan “adat” dalam penggunaan harian misalnya boleh sahaja diertikan sebagai cara yang sudah menjadi kebiasaan”(Haron Daud, Sejarah Melayu, satu kajian daripada aspek Pensejarahan Budaya , DBP, 1989, hlm. 141) “Mengikut M.B. Hooker…dalam masyarakat Melayu, antaranya adat meliputi budi bahasa atau tatatertib, perlakuan yang wajar, sesuatu keadaan yang lazim dan undang-undang” (Haron Daud, Sejarah Melayu, satu kajian daripada aspek Pensejarahan Budaya , DBP, 1989, hlm. 141). Mengikut Haron Daud lagi, “apabila menyebut adat istiadat, ia membawa dua maksud iaitu ‘berbagai adat’ dan ‘upacara’ termasuk peraturan perlaksanaannya. Sehubungan dengan itu, berbeza dengan undang-undang, istiadat boleh dikatakan tidak melibatkan hukuman atau denda tertentu. Dari segi etimologi, perkataan ‘adat’ adalah berasal daripada bahasa Arab, iaitu ‘addah’ yang membawa maksud ‘kebiasaan’. Apabila dipakai dalam kosa kata Melayu ‘adat’ merujuk kepada ‘satu cara hidup’ atau ‘cara manusia mengatur kehidupan mereka’. Walaupun begitu, hampir semua masyarakat Nusantara, sama ada yang menerima pengaruh Islam atau pun tidak, telah memadukan konsep ini dalam erti yang hampir sama dalam kebudayaan mereka. Dalam masyarakat Melayu tradisi, konsep adat memancarkan hubungan yang mendalam lagi bermakna antara sesama manusia dan dengan alam sekitarnya, termasuk alam tabii (nature), alam sosial dan alam ghaib. Setiap perhubungan itu diucapkan sebagai adat, diberi bentuk tegas dan khusus melalui sikap, perbuatan dan acara (Zanial Kling, 1996:2).

253

Adat memberi takrif kepada seluruh kompleks hubungan itu sama ada dalam erti kewujudan sesuatu, menjadi asas ukuran baik-buruk, menjadi peraturan hidup masyarakat, mahupun tata cara perbuatan individu dan penubuhan serta perjalanaan sesuatu kelompok institusi.(Zainal Abidin Borhan, 2003:1). Mengikut Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu (atas talian) adat, peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun dalam sesuatu masyarakat sehingga menjadi hukum yang harus dipatuhi. Kedatangan Islam ke Alam Melayu membawa konsep ini dengan makna yang lebih luas dan mendalam sehingga merangkumi keseluruhan cara hidup yang kini ditakrifkan sebagai kebudayaan, undang-undang, sistem masyarakat, upacara, dan segala kebiasaan yang sering dilakukan, seperti cara makan atau cara duduk. Adat sebagai kelakuan dan kebiasaan yang betul seperti menghormati orang yang lebih tua dengan menggunakan istilah panggilan pangkat kelahiran atau kekeluargaan. Adat juga sebagai segala perlakuan upacara yang seringkali disebut sebagai adat istiadat. Dalam bentuk ini, adat termasuklah dalam lingkungan bidang kepercayaan dan perlakuan agama, serta magis. Adat dengan erti susunan masyarakat dan segala lembaga kemasyarakatannya, seperti sistem kekeluargaan, sistem politik mahupun sistem ekonomi, seperti pemilikan tanah dan pembahagian harta. Institusi kekeluargaan yang lazim dilaksanakan pelbagai masyarakat ialah adat masyarakat itu. Ada masyarakat yang biasa mengamalkan sistem kekeluargaan matrilokal dan ada yang neolokal. Demikian juga, ada masyarakat yang membahagikan harta serta pemilikan harta secara faraid dan ada yang secara sama rata.

Mengikut Zainal Abidin Borhan dalam makalah beliau Adat Istiadat Dalam Sulalat al-Salatin (2013:2),.. adat memancarkan kesan hubungan yang amat mendalam lagi bermakna, antara manusia dengan alam sekeliling, alam tabii, alam ghaib, dan sebagainya. Setiap hubungan diungkapkan sebagai adat, yang dapat dilihat di dalam perlakuan, sikap, tindakan dan upacara. Adat juga merupakan struktur yang menghubungkan seluruh kehidupan manusia Melayu yang menegaskan sifat dan ciri keperibadian, kedudukan dan harakat serta darjat, identiti dan jati diri manusia, peristiwa dan upacara, tata kelakuan dan tata cara, pendekatan dan kaedah, yang berlaku sepanjang kehidupan manusia.

Mengikut Yusoff Iskandar dan Abd. Rahman Kaeh, dalam Sejarah Melayu: Satu Perbincangan Kritis Dari Pelbagai Bidang menyatakan bahawa perkataan ‘adat’ adalah istilah yang dikutip daripada bahasa Arab. Pada asasnya, ‘adat’ bererti ‘kebiasaan’, tetapi kini pengertiannya lebih luas, merangkumi, ‘semua kesusilaan dan kebiasaan masyarakat disemua lapangan hidup…juga semua peraturan tingkahlaku apa pun jua…’ Berdasarkan pengertian tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa ‘adat’ merupakan segala peraturan serta hukuman yang diwujudkan di dalam satu-satu sistem masyarakat yang bertujuan untuk membendung perlaakuan-perlakuan dan memupuk nilai-nilai kemanusiaan anggota masyarakatnya. Umumnya ‘adat’ adalah peraturan hidup manusia. Mengikut Yusoff Iskandar dan Abd. Rahman Kaeh lagi, ‘adat istiadat’ pula adalah merupakan kata majmuk kepada perkataan ‘adat’. Sedangkan ‘adat istidat’ ini

254

dapat didifinsikan sebgai ‘sesuatu perlakuan anggota masyarakat di dalam satu kelompok, wilayah/negeri. Ia lebih merupakan kebiasaan yang digemari dan diiktiraf oleh masyarakat.’

Akhirnya mengikut pandangan Norhayati Ab. Rahman dalam makalah beliau Adat dan Adat Istiadat Dalam Sastera Sejarah Sebagai Peneguhan Kepada Ketuanan dan Kekuasaan Raja Melayu (2009:2) menyatakan bahawa adat istiadat dapat dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama adat istiadat yang berhubung dengan upacara dalam kitaran kehidupan manusia bermula dari detik awal kelaahiran sehinggalah ke titik ahkir, iaitu kematian. Setiap tahap dalam kitaran tersebut dilalui atau disambut dengan pelbagai upacara atau istiadat seperti adat orang bersalin, adat orang muda, adat orang berlaki bini, adat orang meninggal dan sebagainya. Adat istiadat tersebut dipraktik oleh golongan rakyat dan golongan raja. Kedua, adat istiadaat yang melambangkan kuasa (authority) yang hanya dipraktikkan oleh golongan raja atau istana. Misalnya adat istiadat semasa menyambut kelahiran, atau adat istiadat membaca siri salasilah raja-raja Melayu, adat istiadat perkahwinan, adat istiadat pertabalan, adat istiadat semasa kemangkatan dan sebagainya. Satu perkara yang amat perlu disedari bahawa adat itu dinamik. Adat boleh berubah, tetapi setiap perubahan itu hendaklah dipermuafakatkan. Adat istiadat, hukum adat, adat yang teradat adalah ciptaan manusia, melainkan hukum Allah. Hukum alam juga berubah, lantaran tabii alam yang semula jadi. (2013:3)

Berdasarkan pandangan dan pendapat sarjana di atas, budaya dan adat istiadat mempunyai pertalian/hubungan yang sangat rapat dan saling melengkapi antara satu sama lain. Lantaran itu, dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu komunikatif STPM, guru dan pelajar harus membataskan konsep budaya pada bahagian Pembangunan Masyarakat dalam ruang lingkup adat istiadat yang merangkumi

segala aspek hidup manusia , baik dalam bentuk fikiran,

kepercayaan , perlakuan ataupun penghasilan dalam sesuatu masyarakat yang diterima oleh sebahagian besar anggotanya dan mewarisinya turun-temurun. Ianya juga merangkumi sistem masyarakat, upacara, dan segala kebiasaan yang sering dilakukan, seperti cara makan atau cara duduk. Adat sebagai kelakuan dan kebiasaan yang betul seperti menghormati orang yang lebih tua dengan menggunakan istilah panggilan pangkat kelahiran atau kekeluargaan. Adat juga sebagai segala perlakuan upacara yang seringkali disebut sebagai adat istiadat. Dalam bentuk ini, adat termasuklah dalam lingkungan bidang kepercayaan dan perlakuan agama, serta magis.

Adat dengan erti susunan masyarakat dan segala lembaga kemasyarakatannya, seperti sistem kekeluargaan, sistem politik mahupun sistem ekonomi, seperti pemilikan tanah dan pembahagian harta. Institusi kekeluargaan yang lazim dilaksanakan pelbagai masyarakat ialah adat masyarakat itu. Manakala ‘adat’ yang difahami/membawa maksud ‘undang-undang, peraturan dan larangan’ harus diletakkan

255

pada bahagian Pembangunan Negara berdasarkan Sukatan Pelajaran bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif.

256

BUDAYA DALAM SULALATUS SALATIN (SEJARAH MELAYU) dan SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR

BUDAYA @

SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR@

SULALATUS SALATIN@

Perkahwinan Pangilan pangkat kelahiran/kekeluargaan -

Bertindik dan berkhatan -

Perkahwinan -

Kematian/pengebumian -

Hormat orang tua -

Pelantikan dan pertabalan raja -

Kunjung mengunjung/ziarah menziarahi Permainan -

257

Makanan Permandian -

Adat menuntut ilmu Adat menuntut ilmu -

Menyambut kelahiran bayi -

Berniaga kecil-kecilan dalam kalangan orang Melayu -

Pakaian -

Kemukakan contoh yang sesuai dengan menyatakan halaman berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpu ELEMEN 1 (AKTIVITI)

Aktiviti 1

Berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) senaraikan budaya yang terdapat dalam peristiwa perkahwinan Raja Omar dan Raja Fatimah (hlm 299).

1. ____________________________________

2. ____________________________________ 258

3. ____________________________________

4. ____________________________________

5. ____________________________________

6. ____________________________________

7._____________________________________

8._____________________________________

9._____________________________________

Aktiviti 2

Huraikan aspek budaya dalam majlis perkahwinan Sudin dan Gayah yang dipaparkan dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur dalam konteks pembangunan masyarakat.

259

Budaya dalam Majlis Perkahwinan Sudin dan Gayah dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur

Gotong-royong Melalui budaya gotong- royong dapat mengeratkan hubungan di antara anggota masyarakat)

Aktiviti 3 Adat istiadat merupakan salah satu budaya dalam masyarakat Melayu. Bincangkan adat istiadat yang terdapat dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).

Adat Istiadat dalam Sulalatus Salatin(Sulalatus Salatin)

260

261

Aktiviti 4 @ Budaya merupakan elemen penting dalam pembangunan masyarakat. Bincangkan elemen pemantapan budaya dalam konteks pembangunan masyarakat berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur.

Budaya dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur Interaksi sosial/Panggilan

Sudin panggil En. Muhammad Pak Su setelah berkahwin dengan Gayah. Ini adalah kerana Gayah merupakan anak saudara En. Muhammad. Mahani memanggil En. Muhammad sebagai Pak Cik

Makanan orang Melayu

Sudin makan Roti canai dengan dalca (hlm 96) Mak Minah memasak gulai lemak pedas ikan lampan dengan terung telunjuk untuk makan tengah hari (hlm 96). Mahani berbekalkan nasi lemak ke pejabat (hlm 83)

Sambutan keputeraan Duli Yang Maha Mulia.

Budaya politik

berpuak-puak

dalam Sudin dijauhi oleh Mat Akil dan pemuda kampung kerana rapat dan menjadi orang kuat/pengikut YB. Mohd Yusof (hlm 89)

262

Mementingkan keturunan/darjat

Mengutamakan perkahwinan sekufu khususnya dalam kalangan keluarga Syed dan Syarifah (hlm 32) lihat juga (hlm 103 -104)

Hormat orang tua

Sudin ditegur oleh Imam Saad kerana meningkah cakap orang tua (hlm 101)

Berniaga secara kecil kecilan Pak Salim membuka kedai runcit dan kedai makan secara kecil-kecilan dalam kalangan masyarakat di Kampung Pulai. Melayu.

ELEMEN 2 (LATIHAN)

1.

Nyatakan konsep budaya

.

[5]

2. Jelaskan budaya yang terdapat dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur yang masih menjadi amalan masyarakat kini dalam konteks pembangunan masyarakat @ [25] 3. Bincangkan kepentingan budaya yang dipaparkan dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) kepada pembangunan masyarakat @ [25]

4.

Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya

“Hamba dengar ada Hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Goa; barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita, dan boleh diingatkan oleh segala mereka itu. Dan adalah beroleh faedah ia daripadanya.

Dipetik daripada A. Samad Ahmad [peny.] 2003. Sulalatus Salatin Sejarah Melayu (Edisi Pelajar). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 2)

263

(a) Jelaskan lima istiadat yang dimaksudkan dalam petikan di atas.

[10]

(b) Bincangkan faedah yang diperolehi oleh masyarakat Melaka berdasarkan petikan di atas dalam konteks pembangunan masyarakat. [15]

STPM 2013 4. Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur mencerminkan budaya masyarakat Melayu. Bincangkan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan masyarakat sekarang. [25]

Cadangan jawapan

Pengenalan [3] 1. Budaya rangkuman segala aspek hidup manusia , baik dalam bentuk fikiran, kepercayaan , perlakuan ataupun penghasilan dalam sesuatu masyarakat yang diterima oleh sebahagian besar anggotanya dan mewarisinya turun-temurun. Dengan perkataan lain kebudayaan termasuklah bentuk sosial, politik, adat dan istiadat serta ekonomi sesebuah masyarakat.

264

2.

Isi yang akan dibincangkan

Isi [20]

1.

Istiadat merisik – Keluarga Rahim merisik Mahani

2.

Istiadat pertunangan – Majlis pertunangan antara Rahim dan Mahani

3.

Istiadat perkahwinan/persandingan – Perkahwinan antara Gayah dan Sudin

4.

Istiadat menyambut ulangtahun sultan – Menyambut Duli Yang Maha Mulia di Kampung Pulai.

5. Amalan gotong royong – Persiapan/persedian menyambut ketibaan Duli Yang Maha Mulia ke Kampung Pulai.

6.

Amalan menuntut ilmu – Kanak-kanak belajar mengaji dengan Imam Saat/Lebai Maarup

7.

Amalan menghormati orang yang lebih tua/pemimpin.

8. Istiadat perlantikan orang bergelar – Pelantikan Penghulu Mahmud sebagai Datuk Orangkaya Indera.

9.

Kunjung mengunjung/Ziarah menziarahi.

Penutup [2 markah] Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

265

STPM UP2 2014

4. Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, banyak memaparkan konflik manusia sesama manusia. Berdasarkan pernyataan tersebut, bincangkan konflik ini dalam konteks pembangunan masyarakat. [25]

STPM UP2 2014

3. Berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, bincangkan perubahan cara hidup yang akan dialami penduduk kampung sekiranya Syarikat Lombong Lembah Tualang dapat direalisasikan. [25]

266

2.2.2 PERPADUAN

KONSEP PERPADUAN KAUM

1. Elemen merujuk kepada sesuatu yang menjadi bahagian dalam sesuatu keseluruhan unsur (Kamus Dewan edisi keempat) 2. Perpaduan bermaksud perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat, dll (Kamus Dewan edisi keempat) 3. Perpaduan rakyat dapat diertikan sebagai rakyat berganding bahu untuk melakukan sesuatu dan sentiasa menyelesaikan masalah secara musyawarah. 4. kaum

Elemen perpaduan merujuk kepada sesuatu yang menjadi sebahagian dalam perpaduan antara

5. Perpaduan juga dapat diertikan sebagai hubungan yang erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja antara kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas (Rosli b. Abdul Manaf dalam Haron Daud, 1989)

Rumusan daripada konsep perpaduan:

1. Perpaduan masyarakat adalah sifat dan perlakuan yang diamalkan secara bersama dalam sebuah kelompok manusia yang ramai yang menggambarkan mereka bersatu.

2.

Aspek perpaduan perlu dilihat dari sudut masyarakat majmuk

3. Masyarakat majmuk berdasarkan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dilihat dari aspek keturunan Melayu, keturunan India Muslim, keturunan Arab dan Cina. Sementara dari novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur pula dilihat daripada masyarakat perpaduan antara Melayu dan Cina.

267

Hormat Menghormati Percaya mempercaya i.

Taat

Bekerjasam a

Elemen Perpaduan

Kasih Sayang

Tolong Menolong

Perkongsian

Tolak Ansur

Politik Perkahwinan

Adat

Ekonomi

Aspek Perpaduan

Sosial

Budaya

Pendidikan

Agama

NOTA : Elemen yang dinyatakan di atas adalah sebahagian sahaja. Terdapat elemen-elemen lain yang boleh ELEMEN 2 (AKTIVITI) dibincangkan.

268

Elemen pemantapan perpaduan kaum berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur.

Elemen

Sulalatus Salatin

Saudagar Besar dari

Perpaduan

(Sejarah Melayu)

Kuala Lumpur

269

ELEMEN 1 (AKTIVITI) Aktiviti 1

Arahan : Isi tempat kosong berdasarkan Aspek perpaduan. Nyatakan elemen perpaduannya. (Aktiviti berkumpulan boleh dibahagikan berdasarkan jenis teks)

ASPEK

SEJARAH MELAYU

270

SAUDAGAR BESAR DARI

PERPADUAN Politik

KUALA LUMPUR Contoh: Perlantikan Tun Perak (melayu) menjadi Bendahara menggantikan Tun Ali (keturunan India Muslim)

Contoh: Elemen Perpaduan:

Elemen Perpaduan: Tolak ansur Ekonomi

Contoh:

Contoh: Perniagaan Lada Hitam encik Muhammad dengan Datuk Tan

Elemen Perpaduan:

Elemen Perpaduan: Perkongsian Sosial

Budaya (CARA HIDUP)

Contoh:

Contoh:

Elemen Perpaduan:

Elemen Perpaduan:

Contoh: pembinaan semula istana Sultan Mansor yang terbakar

Contoh: Elemen Perpaduan:

Elemen Perpaduan:KERJASAMA Agama

Contoh: Penyebaran Agama Islam di Melaka oleh Syed Abdul Aziz kepada Sultan Melaka.

Contoh: Elemen Perpaduan:

Elemen Perpaduan: TOLERANSI Pendidikan

Adat

Perkahwinan

Contoh: Maulan Abu Bakar mengajar kitab Duril Mazlum

Contoh: Rahim dan Robert samasama belajar di luar negeri.

Elemen Perpaduan: PERKONGSIAN ILMU.

Elemen Perpaduan: Persahabatan

Contoh:

Contoh:

Elemen Perpaduan:

Elemen Perpaduan:

Contoh: Mani Purindam berkahwin Contoh: dengan Ratna Sandari anak Seri Nara Elemen Perpaduan: Diraja. Elemen Perpaduan: KASIH SAYANG

Bahasa

Istiadat

Kepercayaan

Contoh:

Contoh:

Elemen Perpaduan:

Elemen Perpaduan:

Contoh:

Contoh:

Elemen Perpaduan:

Elemen Perpaduan:

Contoh:

Contoh:

Elemen Perpaduan:

Elemen Perpaduan:

271

Cara Hidup

Contoh:

Contoh:

Elemen Perpaduan:

Elemen Perpaduan:

NOTA: Isi aspek yang berkaitan sahaja dan abaikan yang tidak berkaiatan. Contoh mestilah merujuk kepada masyarakat majmuk sahaja.

ELEMEN 2 (LATIHAN)

1.

Jelaskan konsep perpaduan

[5]

2. Huraikan lima elemen perpaduan masyarakat berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. [20] 3. Perpaduan penting dalam pembangunan masyarakat majmuk. Bincangkan penyataan tersebut berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) [25]

272

4. Perpaduan mampu membangunkan sesebuah masyarakat. Bincang elemen pemantapan perpaduan di Melaka sebagaimana yang digambarkan dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).@ [25] Cadangan jawapan

Pengenalan [3] 1. Perpaduan bermaksud perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat, dll (Kamus Dewan edisi keempat) 2. Perpaduan rakyat dapat diertikan sebagai rakyat berganding bahu untuk melakukan sesuatu dan sentiasa menyelesaikan masalah secara musyawarah. 3. Elemen perpaduan merujuk kepada sesuatu yang menjadi sebahagian dalam perpaduan antara kaum 4. Perpaduan juga dapat diertikan sebagai hubungan yang erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja antara kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas

Isi [20] 1.

Hormat menghormati dalam kalangan masyarakat majmuk. Masyarakat di Melaka seperti Melayu, Keling (Tamil-Muslim), Cina, Arab, Arab-Parsi dan sebagaainya hidup dalam keadaan harmoni kerana mereka saling hormat menghormati antara satu sama lain.

2.

Bekerjasama dalam mempertahankan kedaulatan Melaka. Masyarakat pelbagai kaum telah bersama-sama mempaetahankan kedaulatan Melaka. Contohnya Saidi Arab yang berkuturunan telah membantu Melaka semasa pemerintahan Sultan Muzaffah Syah dari serangan Siam dibawah pimpinan Awi Dicu. Begitu juga Mia Razul yang berkuturunan Tamil-Muslim telah membantu Melaka menentang Haru.

3.

Perkongsian kuasa dalam politik/pentadbiran.

273

4.

5.

Perpaduan dalam kalangan masyarakat boleh terjelma melalui perkongsian kuasa dalam politik dan pentadbiran. Contohnya terdapat pelbagai etnik/kaum yang bersama-sama mentadbir Melaka. Mani Purindan keturunan Tamil-Muslim telah didudukkan setara dengan menteri sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Tun Ali yang bergelar Seri Nara Diraja adalah anak Mani Purindam telah dilantik menjadi bendahara Melaka. Begitu juga Sultan Muzaffar Syah (Raja Kassim) yang berkuturanan Tamil-Muslim dilantik menjadi Sultan. Raja Mandeliar dilantik menjadi syahbandar – Kadi Yussuf keturunan Arab dilantik menjadi kadi. Perkahwinan campur. Perpaduan dalam kalangan masyarakat di Melaka terjalin melalui perkahwinan antara kaum Melayu dengan Tamil-Muslim, Arab, Arab-Parsi, Cina dan sebagainya. Melalui perkahwinan akan lahirlah rasa kasih sayang, hormat-menghormati, tolak ansur dan sebagainya, yang akhirnya mendorong kepada pemantapan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk. Contohnya Seri Nara Diraja Tun Ali (Tamil Muslim) telah berkahwin dengan Tun Kudu (Melayu) telah meredakan perselisihan faham antara Seri Nara Diraja Tun Ali dengan Tun Perak. Penyebaran dakwah dan Ilmu. Perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk boleh terjelma melalui aktiviti dakwah dan penyebaran ilmu dalam kalangan masyarakat majmuk. Contohnya, wujudnya hubungan yang erat antara orang-orang Arab dengan komuniti lain di Melaka melalui kerja dakwah dan penyebaran ilmu. Orang-orang Arab ini rata-ratanya terdiri daripada alim ulama dan pedagang yang secara tidak langsung telah menjalankan aktiviti dakwah dan mengajar ilmu agama dalam kalangan masyarakat Melaka yang pelbagai kaum itu. Maulana Sadar Jahan misalnya menjadi guru kepada Tun Mai Ulat Bulu, Seri Rama, dan Sultan Mahmud.

Penutup [2] Rumusan/ Cadangan/ Ulasan/ Pandangan/ Pendirian dan lain-lain yang berkaitan. 6.

Baca petikan di bawah dengan teliti dan jawab soalan yang mengikutinya:

“Encik Muhammad beruntung mendapat seorang saudagar berjiwa besar seperti Datuk Tan yang sentiasa dapat memisahkan antara dagang dengan politik dan perasaan perkauman. Dia mencuba menyakinkan Tan Sri Syed Aris bahawa sokongan Datuk Tan terhadap projek lada hitamyang dikemukakannya itu bukanlah sokongan yang sama seperti yang diberikan oleh Tauke Lim. Jika Tan Sri Syed Aris curiga atas sokongan Tauke Lim itu kerana tujuan memelihara kepentingan saudagar-saudagar Cina dalam lapangan lada hitam, maka sokongan Datuk Tan semata-matakerana dia yakin bahawa projek itu akan menguntungkan syarikat.” (Dipetik daripada Keris Mas 2006. Saudagar Besar dari Kuala Lumpur,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 60-61)

Bedasarkan petikan di atas, bincangkan bagaimana bidang ekonomi berfungsi sebagai elemen pemantapan perpaduan antara kaum dalam konteks pembangunan sesebuah masyarakat. @ [25] Cadangan jawapan

Pendahuluan [3]

274

Konsep perpaduan Ringkasan cadangan isi

Isi [20] 1. Perkongsian ekuiti/saham dalam syarikat antara orang Melayu dan Cina. Perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum boleh terjelma melalui kegiatan ekonomi yang dijalankan, khususnya melalui perkongsian saham dalam sesebuah syarikat. Perkongsian saham/ekuiti dalam syarikat terjelma kerana wujudnya sikap saling mempercayai antara satu sama lain. Sikap saling mempercayai antara satu sama lain dalam perniagaaan mampu mewujudkan hubungan kaum yang erat dan harmoni sifatnya. Persefahaman antara kaum dalam menguruskan perniagaan bukan saja mendatangkan keuntungan, malah ia juga akan menglahirkan sebuah masyarakat yang harmoni, saling menyangi, hormat menghormati antara satu sama lain dan sebagainya. Keadaan ini jelas dapat dilihat dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. En. Muhammad mempunyai 60% saham dalam syarikat Firma Serba Dagang Internasional. Syarikat Firma Serba Dagang Internasional adalah sebuah syarikat perkongsian antara Datuk Tan dengan En. Muhammad.

2.

“Orang kanan”/individu penting dalam syarikat lada hitam Cth: rakan kongsi dalam syarikat Firma Serba Dagang Internasional

3.

Usahasama dalam perlombongan Cth: Berpadu tenaga dalam syarikat Lombong Lembah Tualang

4.

Sebagai pekerja syarikat Cth:

i) En Muhammad sebagai Pengarah Urusan syarikat Tan Enterprise ii) Mary pernah bekerja sebagai setiausaha En. Muhammad

5.

Kerjasama En Chan (Chan Builders) dengan Datuk Mahmud Cth: Cadangan pelaksanaan projek perumahan di kampung Pulai

6.

Saling percaya menpercayai dalam perniagaan Datuk Tan percaya dan yakin dengan kemampuan En. Muhammad menguruskan syarikat mereka.

Penutup: [2]

Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

275

7.

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang mengikutinya

Maka Sultan Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu, maka terlalu dukacita baginda melihat kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja itu. Maka fikir baginda,” Jikalau demikian binasalah negeri ini, kerana Orang Besar tiada mufakat sama orang besar.” [Dipetik daripada A. Samad Ahmad (peny) Sulalatus Salatin Sejarah Melayu [edisi pelajar],Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka halaman 292] Berdasarkan petikan di atas Sultan Muzaffar Syah amat mementingkan perpaduan dalam pentadbiran baginda. Kemukakan pandangan anda tentang kepentingan perpaduan dalam konteks pembangunan masyarakat pada hari ini. [25] Cadangan jawapan Pengenalan [3] 1.

Konsep perpaduan -

2.

Perihal berpadu (bergabung menjadi satu,sepakat) Rakyat berganding bahu untuk melakukan sesuatu dan menyelesaikan masalah secara musyawarah - Hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja antara kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama Isi yang dibincangkan

Isi [20] 1. Menggelakkan perpecahan /mengekalkan keharmonian kaum - Peristiwa Sultan Muzaffar Syah menceraikan isterinya Tun Kudu-perselisihan antara Tun Ali (India Muslim) dengan Tun Perak (Melaka) 2.

Mengekalkan kestabilan politik/kesejahteraan rakyat - Sultan Muzaffar Syah menceraikan isterinya Tun Kudu - Elemen pendidikan - Elemen perkahwinan

3.

Mengangkat martabat raja/status raja sebagai lambang perpaduan - Golongan raja dan pembesar bersama-sama berguru dalam mendalami ilmu agama- Sultan Mansur Syah berguru dengan Maulana Abu Bakar. - Kesanggupan Sultan Muzaffar Syah berkorban menceraikan isterinya Tun Kudu - Perkahwinan Sultan Mansur Syah dengan Puteri Hang Liu dan Puteri Galoh Cendera Kirana

4.

Membangun/memajukan sektor ekonomi

276

-

Perpaduan masyarakat Melaka telah mewujudkan suasana yang aman dan makmur sehingga Melaka dapat membangun sebagai pelabuhan perdagangan

5.

Membentuk hubungan erat antara negara - Hubungan diplomatik antara Melaka dengan Sulawesi,Siam, Majapahit, China dll

6.

Mewujudkan kerja berpasukan yang mantap Perpaduan dalam masyarakat Melaka begitu hebat sehingga mereka berani berjuang bermatimatian dalam menghadapi musuh

Penutup [2] Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

STPM 2014

1. (a) Kestabilan sosial merupakan faktor penting untuk pembangunan masyarakat. Jelaskan pernyataan ini berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). [9]

(b) Kemukakan pandangan anda tentang masyarakat hari ini.

kestabilan sosial dalam (a) berbanding dengan [16]

STPM 2015

4. Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur ada menggambarkan perpaduan masyarakat majmuk. Bincangkan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan masyarakat kini. [25] Cadangan jawapan

Pengenalan [3] 1. Perpaduan bermaksud perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat, dll (Kamus Dewan edisi keempat) 2. Perpaduan rakyat dapat diertikan sebagai rakyat berganding bahu untuk melakukan sesuatu dan sentiasa menyelesaikan masalah secara musyawarah. 3. Perpaduan juga dapat diertikan sebagai hubungan yang erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja antara kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas Isi [20]

277

1.

Sepakat Bersatu dalam melakukan sesuatu perkara Datuk Tan sepakat dengan En. Muhammad untuk membuka SLLT

2.

Bekerjasama dalam perniagaan/perlombongan datuk kepada Datuk Tan berkerjasama dengan datuk kepada En Muhammad mengusahakan lombong timah di Lembah tualang.

3.

Bersefahaman Belajar bersama di luar negara – ditempat yang sama Rahim dengan Robert

4.

Saling mempercayai Dato’ Tan mempercayai kebolehan En. Muhammad dan sebaliknya dalam perniagaan.

5.

Hormat menghormati Kejayaan En Muhammad mendapat kontrak eksport lada hitam dihormati oleh Dato’ Tan

Nota: Perbincangan/contoh mesti dikaitkan dengan masa kini.

Penutup: [2]

Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

2.2.3

MOBILITI

KONSEP STRATAFIKASI SOSIAL DAN MOBILITI SOSIAL

278

Mobiliti sosial mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan stratifikasi sosial. Dengan wujudnya stratafikasi sosial, maka akan lahirlah mobiliti sosial. Oleh yang demikian untuk memahami konsep mobiliti sosial dalam konteks Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif, guru dan pelajar harus mengetahui dan memahami konsep stratafikasi sosial terlebih dahulu. Perbezaan individu atau kelompok masyarakat telah menyebabkan munculnya satu hieraki yang terdiri dari lapisan atau strata yang berlainan kedudukannya yang disebut sebagai stratifikasi sosial. Stratifikasi sosial melibatkan satu sistem nilai yang dikenakan ke atas sesuatu masyarakat dan menghasilkan satu hieraki sosial yang menegak sifatnya. Setiap hieraki membawa satu nilai yang berbeza antara satu sama lain. (Sohaimi Abdul aziz, 1992:12). Dalam kajian sosiologi Barat, stratifikasi sosial yang berasaskan teori Karl Marx amat memberi penekanan kepada aspek ekonomi atau penguasaan ekonomi untuk membezakan antara satu kelas sosial dengan kelas sosial yang lain (kelas borjuis – kapitalis dan berkuasa serta mempunyai punca-punca pengeluaran, dan kelas proletar(marhain) – tidak berada, tiada kuasa, tertindas). Selain daripada Marx, seorang lagi tokoh yang banyak memperkatakan tentang stratifikasi sosial ialah Weber. Apa yang membezakan antara Marx dan Weber ialah, Marx memberi penekanan kepada kelas dengan mengaitkan organisasi ekonomi dan politik, manakala Weber hanya membataskan konsep kelas kepada ruang lingkup ekonomi sahaja (1992:14). Selain daripada kelas, Weber menjadikan status dan parti (kuasa) sebagai kayu ukur dalam menentukan sesuatu stratifikasi sosial. Status bagi Weber berada dalam lingkungan sosial, manakala kelas berada dalam lingkungan ekonomi. Mengikut Sohaimi Abdul Aziz (1992), beliau menyatakan bahawa konsep status mengikut Weber ialah penghormatan masyarakat berdasarkan nilai yang dipersetujui bersama. Setiap status sosial itu dilihat dari segi superiority (yang lebih tinggi) atau inferiority (yang lebih rendah). Justeru setiap status sosial diberikan penilaian dan disusun dalam satu hieraki. Weber juga menyatakan bahawa parti (kuasa) juga penentu kepada kedudukan sosial individu atau kelompok masyarakat.Ting Chew Peh pula menyatakan secara kasar, status sosial boleh dikelompokkan kepada dua jenis, iaitu status warisan dan status perolehan. Status warisan adalah status yang diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi, seperti keturunan, bangsa, ataupun ras. Status perolehan tidak mempunyai kaitan dengan keturunan seseorang. Ia ditentukan oleh kebolehan, daya usaha, dan pengetahuan seseorang individu. Berdasarkan sosiologi Barat, piramid stratafikasi sosial Barat ditentukan oleh kelas dan status sosial yang membawa nilai kebendaan. Individu atau masyarakat yang berharta dan berprestij diletakkan dalam strata sosial yang tinggi. Justeru itu, individu atau kelompok masyarakat yang ingin mengalami mobiliti sosial hanya mendapatkan faktor-faktor yang memancarkan nilai kebendaan, seperti kekayaan, pekerjaan, dan pendidikan sekular. Sosiologi Islam amat jauh bezanya dengan sosiologi Barat dalam menentukan stratifikasi sosial individu atau kelompok masyarakat. Asas penetapan sosiologi Islam dalam menentukan stratifikasi sosial ialah al-Quran (surah Al Hujrat: 13) dan Sunnah Nabi. Berdasarkan alQuran dan Sunnah, aspek ketaqwaan individu atau kelompok masyarakat sebagai kriteria utama bagi menentukan kedudukan individu itu di sisi Allah. Kriteria yang sama telah digunakan oleh masyarakat Islam dalam menentukan kedudukan sosial individu atau kelompok masyarakat.( Sohaimi Abdul Aziz, 1992:19) Ali Syari’ati menyatakan manusia tidak dibezakan antara satu sama lain berdasarkan kelas sosial, dan menurut Alia Syari’ati lagi dalam sosiologi Islam masyarakat atau (al nas) adalah masyarakat tanpa kelas(1992:19)Ketiadaan kelas sosial dalam sosiologi Islam tidak bermakna bahawa sosiologi Islam tidak

279

memperlihatkan masyarakat itu berstratifikasi. Sosioligi Islam masih memperlihatkan yang masyarakat Islam mempunyai stratifikasi sosial, tetapi dengan menggunakan nilai yang berbeza. Nilai yang digunakan dalam sosiologi Islam sebagai kayu ukur untuk menentukan stratifikasi sosial ialah ketaqwaan individu atau kelompok masyarakat pada Allah. Ketaqwaan itu dilihat daripada tingkahlakunya. Individu yang bertaqwa diletakkan dalam lapisan atau strata yang tinggi tanpa mengira kelas sosialnya sama ada dia kaya, miskin, ataupun seorang hamba. Yang diambil kira ialah ketaqwaannya pada Allah.(1992:21). Dalam konteks mata pelajaran KMK, lihat stratifikasi sosial yang gambarkan oleh Haron Daud (1989:53) seperti rajah 1 di bawah sebagai contoh;

Diraja

Bangsawan

Rakyat

Hamba

Rajah 1: Lapisan Masyarakat Mengikut Golongan dalam Sulalatus Salatin(Sejarah Melayu)

Raja

Bangsawan/ Pembesar/ Pentadbir

Golongan Menengah

280 Penduduk kampung

Rajah 2: Lapisan Masyarakat Mengikut Golongan dalam Saudagar Besar dari Kuala Lumpur

Berdasarkan konsep startafikasi yang dinyatakan di atas, maka di sini akan dinyatakan pula beberapa panndangan berkaitan mobiliti sosial. Ting Chew Peh menjelaskan mobiliti sosial merupakan satu proses perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yang lain atau satu kedudukan kepada satu kedudukan baru dalam dalam lapisan yang sama. Mobiliti boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu menegak (vertical) dan mendatar (horizontal). Mobiliti menegak sama ada ke atas atau ke bawah, melibatkan perubahan status seseorang daripada satu golongan ke golongan masyarakat yang lain. Manakala mobiliti mendatar hanya melibatkan perubahan kedudukan seseorang dalam golongan atau kelasnya saja. (Haron Daud, 1989: 62) Menurut Ting Chew Peh lagi, mobiliti sisial biasanya ditinjau dalam hubungan pekerjaan, kerana (i)pekerjaan berkait rapat dengan faktor-faktor penting yang menentukan kedudukan dan status sosial, seperti pendapatan, pola penggunaan, pekerjaan dan gaya hidup, (ii) pekerjaan merupakan satu kategori penting untuk membahagikan dan menentukan kedudukan tinggi rendah anggota sesuatu masyarakat. (1992: 23) Menurut Haron Daud pula, dalam masyarakat Melayu Tradisional mobiliti sosial berlaku ke atas seseorang individu sama ada melalui perkahwinan, tawanan perang, kekayaan atau bakti. (1989: 62)

Konsep mobiliti sosial juga merujuk kepada proses seseorang watak/individu berubah atau bergerak posisi atau kedudukan mereka daripada satu tahap ke tahap yang lain sama ada secara menurun atau menaik dalam sesebuah masyarakat. Perubahan kedudukan dalam masyarakat ini boleh jadi berlaku disebabkan oleh perubahan dari segi pendidikan, pangkat, kekayaan, perubahan status hubungan kekeluargaan, penglibatan dalam politik, kegiatan bermoral dan tidak bermoral, kesalahan jenayah dan sebagainya.

281

Seperti yang disarankan oleh al-Quran bahawa individu yang paling mulia di sisi Allah ialah individu yang bertaqwa. Oleh itu, sosiologi Islam yang bertolak daripada konsep yang sama dalam menentukan kedudukan sosial seseorang. Ketaqwaan menjadi satu kriteria penting untuk meletakkan individu itu pada kedudukan sosial yang tinggi. Pendidikan keagamaan adalah sesuatu yang mempunyai prestij dan usaha untuk mencapainya akan dapat mempertingkatkan status social mereka. Oleh itu golongan yang arif tentang agama Islam seperti para ulama, ahli sufi, tuk guru dan imam mendapat kedudukan sosial yang tinggi dalam masyarakat Islam kerana mereka dipercayai mempunyai tahap ketaqwaan yang tinggi. (1992:24)

 Rumusannya mobiliti sosial berlaku ke atas seseorang individu atau kelompok masyarakat antaranya melalui:

Tawanan perang

Pengaruh

Kekuatan fizikal

Keturunan

Bakti/jasa

Kekayaan

Perkahwinan

Kemahiran

Pendidikan / Ilmu

MOBILITI SOSIAL

282

Jawatan

 Mobiliti mendatar berlaku ke atas watak-watak di bawah:     



Tun Perak Hang Tuah Tun Mutahir En. Muhammad Datuk Tan dan lain-lain

Tun Perak (perubahan jawatan/pangkat melalui baktinya terhadap Melaka)

Penghulu Kelang

Bentara

Perdana Menteri

Bendahara

 Mobiliti menegak berlaku ke atas watak-watak di bawah: 

Badang



Tun Fatimah



Tun Teja



Raja Mandeliar



Maulana Yusof



Kadi Munawar



Khoja Baba



Bendahara Tun Ahmad (Pahang) dan lain-lain

 Badang (perubahan kedudukan melalui kekuatan dan baktinya terhadap Singapura)

HULUBALANG

283

SADIM SANI

HAMBA



NOTA: Mobiliti dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan Saudagar Besar dari Kuala Lumpur di atas adalah sekadar cadangan. Guru digalakkan menyenarai fakta lain yang wujud dalam kedua-dua teks.

ELEMEN 1 (AKTIVITI)

Aktiviti 1 :

Nyatakan mobiliti yang berlaku ke atas watak dalam petak di bawah:

284

BIL

WATAK

1

Tun Perak

2

Hang Tuah

3

Tun Mutahir

4

En. Muhammad

5

Datuk Tan

MOBILITI MENDATAR

Aktiviti 2 :

Jelaskan mobiliti menegak ke atas berkaitan watak yang dipilih dalam kotak di bawah:

BIL

1

WATAK

MOBILITI MENEGAK KE ATAS

Badang

285

2

Tun Fatimah

3

Tun Teja

4

Raja Mandeliar

5

Maulana Yusof

6

Lebai Maarup

Aktiviti 3

Bincang mobiliti sosial dalam konteks pembangunan masyarakat berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur @

MOBILITI

HURAIAN

CONTOH

Miskin - kaya

286

Bujang - kahwin

Jahil – alim

Kurang ilmu – berilmu

Tidak berakhlak – berakhlak

Tidak berpengalaman – berpengelaman

287

Mundur – maju

Aktiviti 4

Bincang mobiliti sosial dalam konteks pembangunan masyarakat berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) @

MOBILITI

HURAIAN

CONTOH

Raja - raja

Raja - rakyat

Raja - hamba

288

Hamba – rakyat bangsawan

Bangsawan bangsawan

Bangsawan – diraja

Diraja - bangsawan

ELEMEN 2 (LATIHAN)

289

1.

Jelaskan maksud mobiliti.

[2]

2.

Huraikan konsep mobiliti sosial.

[5]

3. Kedudukan ahli masyarakat dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) bukanlah statik kerana berlakunya mobiliti sosial. Bincangkan mobiliti sosial secara menegak pada watak-watak yang berkaitan dalam konteks pembangunan masyarakat pada zaman tersebut. [25] 4.

Bincangkan mobiliti sosial dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, karya Keris Mas. [25]

290

5. Mobiliti sosial jelas tergambar dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Berikan ulasan anda tentang mobiliti sosial sebagaimana yang digambarkan Sulalatus Salatin (sejarah Melayu) dalam konteks pembangunan masyarakat. @ [25] Cadangan jawapan Pengenalan.[3] 1.

2.

3.

Mobiliti sosial merupakan satu proses perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yang lain atau satu kedudukan kepada satu kedudukan baru dalam dalam lapisan yang sama. Mobiliti boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu menegak (vertical) dan mendatar (horizontal). Mobiliti menegak sama ada ke atas atau ke bawah, melibatkan perubahan status seseorang daripada satu golongan ke golongan masyarakat yang lain. Manakala mobiliti mendatar hanya melibatkan perubahan kedudukan seseorang dalam golongan atau kelasnya saja. Perubahan kedudukan dalam masyarakat ini boleh jadi berlaku disebabkan oleh perubahan dari segi pendidikan, pangkat, kekayaan, perubahan status hubungan kekeluargaan, penglibatan dalam politik, kegiatan bermoral dan tidak bermoral, kesalahan jenayah dan sebagainya.

Isi [20] 1.

Mobiliti sosial berlaku ke atas seseorang individu sama ada melalui: - Perkahwinan - Keturunan - Tawanan perang - Kemahiran - Pendidikan/Ilmu - Kekayaan - Bakti/jasa - Jawatan - Kekuatan fizikal - Pengaruh dll

2.

Mobiliti mendatar: - Tun Perak - Hang Tuah - Tun Mutahir Cth: Tun Perak ( perubahan jawatan/pangkat melalui baktinya terhadap Melaka) daripada Penghulu Kelang – Bentara – Perdana Menteri – Bendahara Melaka

3.

Mobiliti menegak ke atas: -Tun Teja -Tun Fatimah -Badang -Raja Mandeliar -Maulana Yusof -Kadi Munawar -Khoja Baba -Bendahara Tun Ahmad – Pahang

4.

Mobiliti menegak ke bawah: -Sultan Malikul Tahir

291

-Sultan Muhammad Syah -Maharaja Dewa Sura -Tun Kudu -Tun Ali Penutup [2] Rumusan/ Cadangan/ Ulasan/ Pandangan/ Pendirian dan lain-lain yang berkaitan. STPM 2015 3. Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur ada memaparkan perubahan cara hidup. Bincangkan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan masyarakat. [25]

STPM UP2 2016

3. “Dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) terdapat mobiliti sosial untuk pembangunan masyarakat.” (a) Jelaskan bentuk mobiliti sosial. [9] (b) Bincangkan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan masyarakat Melayu. [16] Cadangan jawapan (a)

Bentuk mobiliti sosial. 1 2 3

(b)

Mobiliti mendatar – perubahan status/lapis yang setara – Tun Perak, Tun Mutahir Mobiliti menegak keatas – perubahan status/lapis bawah ke atas Tun Fatimah, Tun Teja, Tun Kudu, Badang dll Mobiliti menegak ke bawah – perubahan status/lapis dari atas ke bawah – Tun Kudu, Maharaja Dewa Sura.

Dalam konteks pembangunan masyarakat. 1

Perpaduan/keharmonian Diraja – Tun Kudu (menegak ke bawah) diraja – bangsawan

2

Keupayaan/kemahiran aspek pentadbiran Bangsawan – Tun Mutahir (mendatar) Temenggung – Bendahara Tun Perak (mendatar) Penghulu Kelang – Bentara – Perdana Menteri – Bendahara

3

Mengangkat kehidupan rakyat – jasa – pengiktirafan/anugerah Rakyat – Khoja Baba (menegak ke atas) membantu tentera Melaka menewaskan Kampar dianugerahkan gelaran Khoja dan Tun Saiyid Ahmad (menegak ke atas) - Daripada seorang nakhoda beliau dijadikan

292

bentara bergelar Syah Andika Menteri oleh Sultan Mahmud Syah kerana membantu Tun Biajid melarikan Tun Teja 4

Menggunakan peluang yang ada untuk mengubah nasib Hamba – Badang (menegak ke atas) hamba – bangsawan

5

Meningkatkan taraf kehidupan/perubahan

6

Meningkatkan ilmu/kemahiran

4 Jelaskan mobiliti sosial dalam konteks pembangunan masyarakat yang terdapat dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. [25] Cadangan Jawapan Pengenalan [3] 1. Mobiliti sosial merupakan satu proses perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yang lain atau satu kedudukan kepada satu kedudukan baru dalam dalam lapisan yang sama. 2. Mobiliti boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu menegak (vertical) dan mendatar (horizontal). Mobiliti menegak sama ada ke atas atau ke bawah, melibatkan perubahan status seseorang daripada satu golongan ke golongan masyarakat yang lain. Manakala mobiliti mendatar hanya melibatkan perubahan kedudukan seseorang dalam golongan atau kelasnya saja. 3. Perubahan kedudukan dalam masyarakat ini boleh jadi berlaku disebabkan oleh perubahan dari segi pendidikan, pangkat, kekayaan, perubahan status hubungan kekeluargaan, penglibatan dalam politik, kegiatan bermoral dan tidak bermoral, kesalahan jenayah dan sebagainya.

Isi [20] 1.

Mobiliti sosial dari aspek pendidikan/ilmu pengetahuan – En. Muhammad, Lebai Maarup dan Mahani.

2.

Mobiliti sosial dari aspek kerjasama perniagaan/perdagangan – En. Muhammad dengan Datuk Tan.

3.

Mobiliti sosial dari segi pekerjaan – Sudin

4.

Mobiliti sosial dari segi jawatan – Penghulu Mahmud – Orang Kaya Indera, Tuk Empat Dahalan – Penghulu

293

5.

Mobiliti sosial dari segi penglibatan kaum wanita dalam perniagaan – Cik Puan Tipah

6.

Mobiliti sosial dari segi politik – YB Mohd Yusoff dari pengusaha kilang papan kepada wakil rakyat.

7.

Mobiliti sosial dari segi keagamaan dan keimanan – Lebai Maarup

8.

Mobiliti sosial dari segi perkahwinan – Sudin sebelum berkahwin dengan Gayah merupakan kaki judi, tetapi selepas berkahwin sikapnya mula berubah.

Nota: Huraian hendaklah dikaitkan dengan pembangunan masyarakat

Penutup [2] Saranan/cadangan/harapan/rumusan/penilaian

2.2.4

SUSUN LAPIS MASYARAKAT

KONSEP SUSUN LAPIS MASYARAKAT



Susun lapis masyarakat merujuk kepada lapisan dalam masyarakat yang juga merujuk kepada “struktur sosial”



Struktur sosial adalah merujuk kepada sifat organisasi masyarakat yang terbina daripada semua komponen atau “set sosial” di mana setiap komponen itu berfungsi sehingga membolehkan masyarakat tersebut terus wujud (Haron Daud; 1989)



Susun lapis juga bermaksud pembahagian sesuatu kepada beberapa peringkat kelas, golongan, lapisan dsb – susun lapis sosial (Kamus Dewan edisi keempat; 2007)

294

2.2.4.1 Susun lapis masyarakat dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)

RAJA

PEMBESAR / BANGSAWAN

RAKYAT

HAMBA

Susun Lapis masyarakat dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)

GOLONGAN DIRAJA

1. Raja

GOLONGAN PEMBESAR/BANGSAWAN

Mempunyai hubungan yang rapat dengan raja

2. Permaisuri raja

1. Bendahara

3. Anak-anak raja

2. Perdana Menteri

4. Kerabat diraja

3. Penghulu Bendahari 4. Temenggung

295

5. Laksamana 6. Syahbandar 7. Pembesar-pembesar yang lain 8. Keluarga Mereka yang di atas

RAKYAT

HAMBA

1. Hamba Raja/budak raja/biduanda

Golongan Menengah 1. Peniaga

2. Hamba berhutang – orang berhutang

2. Pedagang

3. Hamba abdi – kekal sebagai hamba sampai bila-bila – termasuk keluarga kecuali dimerdekakan oleh tuannya

3. Saudagar 4. Ulamak/Tokoh agama 5. Tukang-tukang mahir 6. Biaperi (saudagar/pedagang) – hlm 254 7. Golongan kiwi

Rakyat biasa 1. Buruh 2. Petani 3. Nelayan 4. Tukang

Masyarakat Melayu tradisional sebagai sebuah organisasi masyarakat mempunyai struktur sosialnya sendiri. Segala ‘set sosial’ – termasuk pola tingkah laku, peranan, sistem kemasyarakatan dan komponenkomponen yang lain – yang membentuk organisasi itu melibatkan semua golongan masyarakat. Lapisan yang terdiri daripada golongan diraja, bangsawan atau pembesar, rakyat biasa dan hamba (Haron Daud,

296

1989:53). Setiap golongan dalam lapisan sosial ini mempunyai peranan dan tanggungjawab masingmasing dalam pembangunan masyarakat dan negara.

2.2.4.2 Peranan Setiap Lapisan Sosial dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)

GOLONGAN

Raja

PERANAN



Pemerintah – mempunyai kuasa mutlak



Menjadi lambang perpaduan rakyat



Mengetuai hubungan diplomatik



Ketua agama dan adat istiadat



Mengetuai angkatan tentera



Melantik pembesar negeri



Ketua Hakim

Bendahara

Bangsawan/pembesar



Penasihat raja



Menteri utama



Ketua turus angkatan perang



Hakim



Pemangku raja



Melantik dan memilih bakal raja/raja

GOLONGAN

PERANAN

Penghulu Bendahari

297

Bangsawan/pembesar



Pemungut hasil/ufti



Ketua segala bendahari – penjaga harta dalam perbendaharaan



Ketua urusetia di istana



Protokol di istana



Ketua segala syahbandar



Menyimpan daftar hamba raja



Memegang kepala usungan sebelah kanan

Temenggung 

Ketua polis dan penjara – mengawal keselamatan dalam negeri



Penguasa Bandar dan kota



Hakim di darat



Mengepalai gajah

Syahbandar 

Mengurus pedagang



Bertanggungjawab ke atas pelabuhan dan kuala



Memungut cukai pelabuhan/pedagang

Laksamana 

Bertanggungjawab menjaga negeri daripada ancaman luar baik dari laut atau di darat – mengawal perairan negara



Memikul pedang kerajaan di kelekan balai – istiadat



Apabila raja bergajah Laksamana duduk di belakang gajah memikul pedang kerajaan



Pengawal peribadi raja



Mengetuai utusan

2.2.4.3 Susun lapis masyarakat dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur

298

Raja

Bangsawan/ Pembesar/ Pentadbir

Golongan Menengah

Penduduk kampung

Susun Lapis masyarakat dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur Struktur Sosial Dalam Saudagar Besar dari Kuala Lumpur

Raja – Duli Yang Maha Mulia Sultan

Pembesar/pentadbir

299



Orang Kaya Indera (Penghulu Mahmud



Pegawai Daerah



Yang Berhormat Wakil Rakyat



Pengerusi JKK

Golongan Menengah  

Penduduk Kampung

Kumpulan ahli perniagaan elit Melayu – En Muhammad, Tan Sri Syed Aris Kumpulan peniaga dan usahawan CinaDatuk Tan Chong Seng, Tauke Chan



Imam



Guru agama



Kakitangan syarikat/awam



Peniaga



Pekebun



Bilal



Masyarakat kampong



Dll

ELEMEN 2 (AKTIVITI) Aktiviti 1

Huraikan peranan golongan diraja dalam susun lapis masyarakat Melayu berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dalam konteks pembangunan masyarakat.

ELEMEN 3 (LATIHAN) 1.

Nyatakan konsep susun lapis masyarakat

[5]

2. Galurkan susun lapis masyarakat berdasarkan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan huraikan peranan bagi setiap lapisan masyarakat tersebut. [25] 3. Jelaskan susun lapis masyarakat berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur dan huraikan peranan setiap lapisan masyarakat tersebut dalam konteks pembangunan masyarakat kini [25]

STPM P2 2014 3. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) ada menggambarkan golongan bangsawan dalam susun lapis masyarakat di Melaka. Berdasarkan pernyataan tersebut, bincangkan peranan golongan bangsawan dalam konteks pembangunan masyarakat pada waktu itu. [25]

300

Cadangan jawapan Rujuk perkara 2.2.4.2

STPM P2 2014

3. Bincangkan pembangunan masyarakat dari aspek sosial yang terdapat dalam teks Sulalatus Salatin(Sejarah Melayu) [25]

Cadangan jawapan



Perpaduan dalam kalangan masyarakat di Melaka – orang Melayu, Sunda, Banja dan sebagainya terlibat dalam pembinaan istana Sultan Mansur Syah yang terbakar.



Budaya – cara hidup dan kepercayaan seharian.



Susun lapis masyarakat – strata sosial yang terdiri empat lapisan masyarakat iaitu golongan diraja, bangsawan/pembesar, rakyat, dan hamba.



Mobiliti sosial – pergerakan status sosial berdasarkan lapis social sama ada secara menegak atau mendatar.



Cara hidup masyarakat yang fungsional/bekerjasama/akur pada peranan masing-masing dalam stratifikasi sosial.



Kepercayaan – Islam, hindu, dan animisme.



Teknologi – bina rumah/istana/pertanian



Interaksi sosial – masyarakat majmuk saling berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai lingua franca



Adat – undang-undang dan peraturan.



Istiadat – upacara



Pendidikan – agama dsbnya.

301

STPM Ulangan P2 2015

4.

Berdasarkan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), (a) galurkan susun lapis masyarakat yang terdapat di Melaka. (b) huraikan kedudukan status sosial setiap lapisan masyarakat tersebut.

[9] [16]

Cadangan jawapan

(a)

Susun lapis masyarakat yang terdapat di Melaka: Rujuk 2.2.4.1- Kemukakan huraian dan contoh yang berkaitan berdasarkan teks Sulalatus Salain (Sejarah Melayu)

(b)

Kedudukan status sosial setiap lapisan masyarakat:



Status paling tinggi; Diraja – Dianggap sebagai Dewaraja, bayangan tuhan di dunia, mempunyai daulat.



Status tinggi; Golongan Bangsawan/pembesar (Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, Laksamana, Syahbandar) – Golongan baik-baik yang ada hubungan dengan raja (saudara mara raja), menjalankan tugas raja/pentadbiran negara



Golongan pertengahan; (ulama, pedagang, saudagar); golongan biasa (nelayan, petani) – rakyat



Status paling rendah (hamba raja, hamba berhutng, hamba abdi)

302

2.2.5

CINTA AKAN ALAM SEKITAR

KONSEP CINTA AKAN ALAM SEKITAR

Bermaksud perasaan atau berperasaan sangat sayang atau cintakan (cinta akan) kepada segala yang ada di langit dan di bumi (bumi, binatang-binatang, tumbuh tumbuhan, sungai, hutan rimba dll) yang berada di sekeliling kita. (Kamus Dewan edisi keempat; 2007) Perasaan atau berperasaan sangat sayang atau cintakan alam sekitar:

Menghargai Melindungi

Mengekalkan

Menjaga

Perasaan amat sayang akan alam sekitar

Taajub/ kagum

Memulihara

Memelihara Pemuliharaan

303

ELEMEN 1 (Aktiviti)

Aktiviti 1 : Tuliskan huraian/contoh yang berkaitan dengan fakta di bawah.

SULALATUS SALATIN (SEJARAH MELAYU)

Fakta

Kagum

SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR

Fakta

Huraian /

Huraian /

Contoh

Contoh

(hal. 38)

(hal. 48)

Fakta

Sayang

Fakta

Huraian /

Huraian /

Contoh

Contoh

304

Menakjubkan

Sayang

Fakta

Memulihara

Fakta

Huraian /

Huraian /

Contoh

Contoh

Fakta

Menghargai

Fakta

Huraian /

Huraian /

Contoh

Contoh

Memulihara

Menghargai

(hal. 17)

ELEMEN 2 (Latihan)

1. Jelaskan konsep cinta akan alam sekitar.

[5]

2. Cadangkan usaha memupuk rasa cinta akan alam sekitar di Kampung Pulai berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur [25]

305

3. Bincangkan konsep cinta akan alam sekitar yang terdapat dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dalam konteks pembangunan masyarakat ketika itu. [25]

STPM Ulangan P2 2013 4. Berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, bincangkan usaha yang boleh diambil oleh Encik Muhammad sebagai ahli korporat untuk memelihara alam sekitar di Kampung Pulai. [25] STPM P2 2016

3. “Rasa cinta akan alam sekitar telah wujud dalam masyarakat Melayu tradisional.” Jelaskan pernyataan tersebut berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)

Cadangan jawapan

Pendahuluan [3]

Alam sekitar – merupakan segala benda hidup, dan bukan hidup yang wujud secara semulajadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar termasuklah tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-batan, sungai dan sebagainya, serta fenomena semuljadi yang berlaku.

Menyenaraikan isi yang akan dibincangkan

Isi [20]



Mengkagumi keindahan pantai/pasir yang memutih dipantai – Seri Teri Buana dan pengikutnya kagum melihat pantai yang memutih dalam perjalanannya ke Singapura/Temasik



Mengkagumi pokok Melaka/tumbuh-tumbuhan – Raja Iskandar Syah bersandar pada pokok Melaka – merasa kagum lalu menamakan tempat berbenaan sempena pokok Melaka.



Menghargai haiwan/ternakan – Semut Besar – Merah Silu



Menghayati suasana tanah tinggi – Muka bumi/busut – Merah Silu



Mengkagumi keindahan gunung ganang – Gunung Ledang – Tun Mamat kagum dengan flora dan fauna yang terdapat disepanjang perjalanannya meminang Puteri Gunung Ledang.

306



Menghargai hasil tani – Wan Empuk dan Wan Malini



Keindahan negara – Inderapura – meendorong Sultan Mansur Syah menyerang dan menakluki Inderapura



Menghargai hutan

Penutup [2] Menyatakan harapan/saranan/pandangan/kesimpulan

STPM P2 2016

4.

Baca petikan di bawah dengan teliti dan jawab soalan yang mengikutinya.

“Kita bertuah, bang,” Encik Muhammad mengisi kekosongan percakapan. “Jeram Medang itu terletak dalam tanah kita. Kalau wilayah ini dimajukan nanti, Jeram Medang boleh menjelma menjadi tempat bercuti yang amat indah. Hutan di seberang itu boleh kita pagar, jadikan tempat buruan kecil. Kita ajar pelawat-pelawat ke situ menjerat pelanduk. Nanti tengoklah, mereka akan gila mencurahkan wang kepada kita untuk mendapat seronok yang belum pernah mereka ketahui, belum pernah mereka mimpikan. Menjerat pelanduk itu khusus kepandaian orang kita. Kita dirikan motel di situ, tentu akan menarik pelancong.” (Dipetik daripada Keris Mas 2013, Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Dewan , Bahasa dan Pustaka hlm 39) Berdasarkan petikan di atas, jelaskan kewajaran usaha pemuliharaan alam sekitar dalam konteks pembangunan masyarakat. [25] Cadangan jawapan

Pendahuluan [3]

Alam sekitar – merupakan segala benda hidup, dan bukan hidup yang wujud secara semulajadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar termasuklah tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-batan, sungai dan sebagainya, serta fenomena semuljadi yang berlaku.

Menyenaraikan isi yang akan dibincangkan

307

Isi [20]



Mengawal penebangan pokok hutan – kewajarannya ialah untuk mengekalkan sumber hutan – contoh pembangunan Jeram Medang



Merancang/mengawal pemburuan binatang hutan – kewajarannya ialah supaya hidupan liar tidak pupus – contoh menjerat pelanduk.



Penanaman semula semua pokok hutan – kewajarannya ialah supaya spesies pokok hutan yang mempunyai nilai tinggi dapat dikekalkan – cth pembangunan di Jeram Medang



Pemerkasaan kempen kesedaran tentang kepentingan alam sekitar kepada pengunjung – kewajarannya ialah supaya masyarakat menghargai alam sekitar – tidak memusnahkan alam sekitar



Mengekal kebersihan jeram – kewajarannya supaya jeram tidak tercemar.



Pengekalan aliran jeram/sungai – kewajaran supaya aliran jeram/sungai tidak tersekat – pembangunan Jeram Medang



Pembangunan terancang – elakkan kemusnahan

Penutup [2] Menyatakan harapan/saranan/pandangan/kesimpulan

3.0

PEMBANGUNAN NEGARA

3.1

POLITIK

Mengikut Harold Lasswell politik bererti “sesiapa yang beroleh sesuatu (kuasa) mengikut masa dan caranya”. Berdasarkan pengertian tersebut politik menekankan kepada kepentingan kuasa. Kuasa itu pula ada kaitan dengan pemerintahan. (Haron Daud, 1989: 87). Mengikut Kamus Dewan, politik bermaksud segala sesuatu berkenaan pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dengan negara lain. Berdasarkan pernyataan di atas, politik bolehlah dikatakan sebagai orang(pemerintah) atau organisasi yang berkuasa dalam hal-hal yang berkaitan dengan pemerintahan.

308

3.1.1

KEPEMIMPINAN

1. Kepemimpinan merujuk kepada keupayaan (kebolehan, pencapaian, dsb) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan, dsb) seseorang pemimpin (Kamus Dewan Edisi Keempat; 2007) 2. Gaya merujuk kepada sikap, kesukaan, ketaksukaan dan cara berkelakuan yang menjadi ciri seseorang. 3. Gaya kepemimpinan merujuk kepada sikap, cara berkelakuan, kebolehan, pencapaian, tindak tanduk, kecekapan dan sebagainya yang menjadi ciri seseorang itu sebagai pemimpin.  Cadangan gaya kepemimpinan dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu):

Adil

Pemurah

Berdiplomasi

Sulalatus Salatin

Tegas

Berdaulat

Berpandangan jauh

Berani Mementingkan hal agama

 Contoh: • Pemimpin yang berani – Sultan Alau’d-Din Riayat Syah (Petikan dari SS m/s 173)

309

Sebermula maka tersebutlah dalam Melaka pencuri terlalu buas, orang kehilangan pun tiada berhenti lagi sentiasa malam. Setelah Sultan Alau’d-Din Riayat Syah mendengar pencuri terlalu ganas itu, maka baginda pun terlalu masyghul, setelah hari malam, maka baginda pun memakai cara pakaian si pencuri. Maka baginda berjalan menyamar, tiada membawa teman; hanya Hang Isap dibawa baginda berserta pergi itu.  Cadangan gaya kepemimpinan dalam Saudagar Besar dari Kuala Lumpur :

Amanah Tegas

Berdiplomasi

Kuat bekerja

Saudagar Besar dari Kuala Lumpur

Sabar

Teguh iman

Berwawasan

Bijak

 Contoh:  Pemimpin yang bijak – Encik Muhammad (Petikan dari SBDKL m/s 5) Datuk Tan tidak mendengarkan sangat keterangan itu. Tidak perlu. Dia sudah tahu mesti begitulah jalannya. Tetapi dalam diam-diam dia mengkagumi kesanggupan orang Melayu ini. Selalunya orang Melayu kalau pandai mentadbir, tidak cekap merancang. Kalau pandai merancang dan mentadbir, tidak tahu melangkah. Kalau tahu melangkah tidak kemas membuat penyelesaian, ada saja hujung yang longgar bila sesuatu projek diselenggarakan. Encik Muhammad ini berjalan sendiri, dari merancang, mentadbir, membuat hubungan dan seterusnya menyelesaikan.



NOTA: Gaya kepemimpinan dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan Saudagar Besar dari Kuala Lumpur di atas adalah sekadar cadangan. Guru boleh menyenaraikan lagi fakta yang berkaitan dalam kedua-dua teks.

310

ELEMEN 1 (AKTIVITI)

Aktiviti 1 :

Huraikan gaya kepemimpinan Sultan Mansur Syah dan Sultan Alau’d-Din Ri’ayat Syah dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dengan mengemukakan contoh yang berkaitan

KEPEMIMPINAN

Sultan Mansur Syah

Sultan Alau’d-Din Ri’ayat Syah

Bijaksana

Perancang yang strategik

Berwawasan

Bijak bertindak

Adil dalam pemerintahan

Tegas

Berilmu

Cekap

Tegas

Berani

Bersikap terbuka

Adil

Beriman

Bertanggungjawab

Bertanggungjawab

Amanah Berwawasan

Berkarisma

311

Aktiviti 2 :

Huraikan gaya kepemimpinan Tun Perak dan Tun Mutahir dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dengan mengemukakan contoh yang berkaitan

KEPEMIMPINAN

Tun Perak @

Tun Mutahir @

Bijaksana

Pakar Strategik Setia Bertanggungjawab

Amanah

Berilmu

Merendah diri

Sanggup berkorban

Tabah

312

Aktiviti 3 :

Huraikan gaya kepemimpinan En Muhammad dan Yang Berhormat Muhd Yusof dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur dengan mengemukakan contoh yang berkaitan

KEPEMIMPINAN@

Yang Berhormat

En. Muhammad @

Muhd Yusuf Berfikiran dinamik

Kuat bekerja

Rajin

Pandai menarik perhatian

Bertanggungjawab

Perihatin

Cekal/tabah

Bijak berpolitik

Beriman

Berilmu

Amanah

Berpandangan jauh

Berani

313

Aktiviti 2 :

Huraikan gaya kepemimpinan Sudin dan Rahim dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur dengan mengemukakan contoh yang berkaitan

KEPEMIMPINAN

Sudin

Rahim

314

ELEMEN 2 (LATIHAN)

1.

Jelaskan gaya kepemimpinan

[3]

2. Berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, nilaikan kepimpinan Encik Muhammad sebagai pengarah syarikat dalam konteks pembangunan negara [25] 3. Pemimpin yang berpandangan jauh berupaya membangunkan sesebuah negara. Bincangkan penyataan ini berdasarkan contoh watak Sultan Alau’d-Din Riayat Syah dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). [25] 4. Pemimpin yang mempunyai sifat keberanian mampu membangunkan negara dalam bidang ekonomi. Sejauhmanakah sifat keberanian seseorang pemimpin mampu membangunkan sesebuah negara dalam bidang ekonomi dengan mengambil contoh watak Encik Muhammad dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur @ [25]

A.

Pengenalan [ 3 ]

1.

Konsep sifat keberanian

2.

Isi perbincangan

B.

Isi [ 20

1.

Berani meneroka peniagaan ke peringkat antarabangsa.

315

Contohnya, En.Muhammad berani meneroka peniagaan antarabangsa dengan mengadakan perjanjian perniagaan dengan syarikat dari Frankfrut, Jerman bagi mengeksport lada hitam.

2.

Berani menubuhkan syarikat, agensi atau institusi yang dapat memacu perkembangan ekonomi negara Contohnya, En. Muhammad menubuhkan Syarikat Lombong Lembah Tualang bagi menyambung warisan keluarganya di samping dia melihat ada potensi besar dalam perusahaan perlombongan di Wilayah Tualang khususnya di Kampung Pulai walaupun beliau berhadapan dengan halangan.

3.

Berani membuat keputusan Contohnya, En.Muhammad telah menggunakan YB Muhd. Yusof bagi mendapat tempat di rancangan FELDA bagi penduduk Kampung Pulai. Walaupun En.Muhammad sedia maklum bahawa penempatan ke rancangan tersebut pasti mendatangkan penentangan daripada mereka yang sudah selesa, namun beliau sanggup menghadapinya bagi menjayakan misi peniagaan perlombongan yang dicita-citakannya.

4.

Berani meneroka bidang baru yang berdaya saing dalam bidang ekonomi En.Muhammad berani meneroka peniagaan antarabangsa dengan mengadakan perjanjian perniagaan dengan syarikat dari Frankfrut, Jerman bagi mengeksport lada hitam, membuka ladang orkid dsbnya

5.

Berani mengambil risiko Contohnya, En.Muhammad berani mengambil risiko dengan bersetuju membekalkan lada hitam ke Jerman sebanyak 800-1000 tan dalam tempoh tujuh tahun sedangkan sebelum ini En. Muhammad melalui syarikatnya, hanya mengeksport 50 tan lada hitam setahun.

6.

Berani berkerjasama dalam perniagaan dengan kaum/bangsa lain. Contohnya, En. Muhammad berkerjasa dengan Dato Tan dan Syarikat Jerman dalam bidang perniagaan.

C.

Penutup[ 2 ]

Menyimpulkan apa yang dibincangkan atau mengemukakan pandangan/saranan/rumusan/pendirian

316

5. Berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) , nilaikan kepemimpinan Sultan Mahmud Syah sebagai pemerintah Kesultanan Melayu Melaka. @ [25] Cadangan jawapan Pengenalan [3] 1.

Latar belakang Sultan Mahmud Syah

2.

Konsep kepemimpinan

3.

Isi yang dibincangkan

Isi [20] Keburukan 1

Mementingkan hawa nafsu/gemar berfoya-foya Contoh :Hubungan sulit dengan isteri Tun Biajid,melanggan Tun Dewi,peminangan Puteri Gunung Ledang,keinginan memperisteri Tun Fatimah.

2

Menganiyai rakyat Contoh: Peminangan Puteri Gunung Ledang

3

Bertindak kejam,terburu-buru kerana mempercayai fitnah Contoh :Menjatuhkan hukuman bunuh kepada Bendahara Seri Maharaja,Tun Ali dan anggota keluarga Bendahara.

4

Pilih kasih/diskriminasi Contoh :Menurut kemahuan pembesar-pembesar yang dikasihinya (Seri Wak Raja, Tun Umar,Hang Isa Pantas, Hang Hussain Cengang)

5

Cemburu dan iri hati Contoh :Pembunuhan Raja Zainal

6

Dendam Contoh :Dendam kepada Seri Bija Diraja atas penolakan pelantikan baginda, dendam ke atas Tun Mutahir.

7

Pemboros dan suka membazir Contoh :Memberikan pelbagai hadiah kepada mereka yang disayangi

8

Mementingkan diri sendiri Contoh :Mengerahkan rakyat memenuhi impian –peminangan Puteri Gunung Ledang.

317

Kebaikan 1

Mementingkan pendidikan/ilmu pengetahuan Contoh :Belajar kitab maklumat dengan Maulana Yusuf,memberi galakan dan didikan agama kepada puteranya dan pembesar belajar agama, hantar utusan ke Pasai bertanya masalah agama.

2

Menghormati guru/merendah diri Contoh :Sanggup menggunakan fakir Mahmud semata-mata menuntut ilmu

3

Berwawasan/berpandangan jauh Contoh :Menitahkan Paduka Tuan menyerang Manjong dan Seri Maharaja menyerang Kelantanmeluaskan tanah jajahan dan mengukuhkan pemerintahan. Hubungan diplomatik –hantar Hang Nadim ke Benua Keling, bantu Pahang menentang Legor,bersahabat dengan Pasai

4

Penyelamat dan pelindung Contoh :Membantu Pahang menentang Legor

5

Pemurah Contoh :Memberi anugerah kepada mereka yang berjasa-anugerah persalinan

C.

Penutup [2] Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan

STPM P2 2013

5.

Kestabilan politik merupakan faktor penting dalam pembangunan sesebuah negara. Bincangkan

penyataan tersebut berdasarkan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).

Cadangan jawapan



Amalan sistem beraja berkuasa mutlak



Raja mempunyai daulat



Raja yang adil

318

[25]



Raja yang bijaksana



Pembesar yang bijaksana



Pembesar yang setia



Rakyat yang setia



Penguatkuasaan undang-undang dan larangan-larangan



Hubungan diplomatik



Perkahwinan siasah

6. Berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, nilaikan kepimpinan Yang Berhormat Muhd Yusuf sebagai wakil rakyat dalam konteks pembangunan negara. [25]

Cadangan jawapan

Kebaikan 

Kuat bekerja



Pemimpin yang pandai menarik perhatian masyarakat



Bijak menyelesaikan masalah rakyat



Prihatin terhadap rakyat



Bijak berpolitik

Keburukan 

Pemimpin yang berpura-pura



Pemimpin yang mengamalkan rasuah



Pemimpin yang mementingkan diri



Pemimpin yang tidak tetap pendirian



Mudah terpengaruh



Kuat bekerja

319

STPM P2 2014

5 (a) Sistem pemerintahan yang diamalkan di Melaka memainkan peranan penting untuk pembangunan negeri itu. Jelaskan pernyataan tersebut berdasarkan sistem pemerintahan yang diamalkan oleh Sultan Mansur Syah dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). [16]

Cadangan jawapan



Sistem pemerintahan beraja berkuasa mutlak – daulat derhaka, penguatkuasaan undang-undang, pelaksanaan hukuman.



Raja berdaulat



Penguatkuasaan undang-undang



Bendahara – penasihat raja, pemangku raja



Temenggung –



Penghulu Bendahari



Laksamana

(b) Kemukakan pandangan anda tentang sistem pemerintahan di atas dalam konteks negara sekarang.

STPM P2 2015

320

pembangunan [9]

5. Kepemimpinan penting dalam pembangunan negara kota Melaka. Bincangkan pernyataan tersebut berdasarkan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). [25]

Cadangan jawapan



Beriman – teras pembangunan negara – Sultan Mahmud Syah, Sultan Mansur Syah, Sultan Muhammad Syah, Sultan Alau’d-Din Ri’ayat Syah



Adil – tonggak pembangunan negara



Berilmu – asas pembangunan negara



Berwawasan/berpandangan jauh



Berkebolehan – mentadbir negara



Berkarisma – personaliti yang baik, dikagumi rakyat



Cekap – bertindak dan membuat keputusan



Bijaksana dalam pentadbiran

STPM P2 2016

321

5. “Pemerintah yang mempunyai kepelbagaian gaya kepemimpinan dapat menggemilangkan negara.” Berdasarkan pernyataan tersebut, bincangkan kepemimpinan Sultan Alau’d-Din Ri’ayat Syah dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). [25]

Cadangan jawapan



Perancang yang strategik- bertindak menggagalkan rancangan rampasan kuasa oleh abangnya, Sultan Muhammad



Pemimpin yang bijak – beri amaran kepada Siak yang membunuh tanpa pengetahuan Raja Melaka



Pintar/bijak dalam bertindak – menguatkuasakan undang-undang di Melaka, menegur Tun Mutahir, menyamar membenteras pencuri.



Tegas – menegur Tun Mutahir yang gagal melaksanakan tugas



Berani – membasmi dan membunuh pencuri



Bertindak cepat/cekap – menyelesaikan masalah di Haru, menyelesaikan masalah kecurian dengan mmbunuh pencuri.



Bertanggungjawab – menyamar dan keluar pada waktu malam untuk memastikan keselamatan dalam negeri.



Amanah – memenuhi wasiat Sultan Mansur Syah



Berwawasan – meninggalkan wasiat kepada Sultan Mahmud, membatalkan serangan ke atas Pahang, membina balai di simpang empat.

322

3.1.2

NASIONALISME

1. Merujuk kepada perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yang mendalam.(Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007) 2. Ianya juga merujuk kepada perasaan kebangsaan dan semangat cintakan tanah air. Biasanya bermatlamatkan untuk membebaskan tanah air dari belenggu penjajahan serta berusaha untuk membentuk satu identiti kebangsaan yang bercirikan politik dan budaya tempatan. 3. Perasaan dan sikap yang menunjukkan cinta yang mendalam terhadap bangsa, negara; di sini termasuk budaya, bahasa, adat istiadat, pegangan keagamaan, seterusnya jati diri, identiti dan segala jalur dan warna yang terjalin dalam sejarah ketamadunan bangsa: Bangsa Melayu dan Tamadun Melayu (Harun Mat Piah “Sulalatus Salatin: Testemen Keperkasaan Nasionalisme Melayu” Kertas Kerja Seminar 400 tahun Sulalatus Salatin) 4. Nasionalisme merupakan satu fenomena sejagat, yang mengiktiraf hak setiap bangsa didunia untuk menubuhkan negaranya yang tersendiri, memindahkan kedaulatan kepada rakyat, serta menuntut kesetiaan ulung individu disalurkan kepada negara-bangsa. (R. Suntharalingam dan Abdul Rahman Haji Ismail, Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah, 1985:15)

Rumusan Konsep: Rasa cinta terhadap negara adalah intipati penting kepada nasionalisme. Cinta negara dilihat dari dua perkara iaitu cinta kepada bangsa dan cinta kepada tanah air. Seterusnya nasionalisme perlu dikaitkan dengan kepentingan kepada pembangunan sesebuah negara.

Unsur Nasionalisme     

Sayang akan negara Sanggup berkorban untuk raja dan negara Setia kepada raja/pemimpin Memartabatkan kedaulatan raja dan negara Sanggup berjuang mempertahankan raja dan negara

323

         

Mempertahankan kedaulatan negara Memelihara keselamatan negara Memajukan negara Menghormati raja/pemimpin dll Berani menentang musuh negara Berkhidmat dengan penuh tanggungjawab Patuh kepada undang-undang dan peraturan negara Menegakkan keadilan Menjaga nama baik raja dan negara Memajukan negara

ELEMEN 1 (AKTIVITI)

Aktiviti 1 Jelaskan contoh dan kepentingan nasionalisme kepada pembangunan negara dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) @

Bil

1

2

Unsur Nasionalisme

Contoh Peristiwa

Sayang akan negara

Sanggup berkorban

324

Kepentingan kepada pembangunan negara

3

4

5

6

7

8

9

Setia kepada raja/pemimpin

Memartabatkan kedaulatan raja dan negara

Sanggup berjuang

Mempertahankan kedaulatan negara

Memelihara keselamatan negara

Memajukan negara

Menghormati raja/pemimpin

Aktiviti 2 Jelaskan unsur, contoh dan kepentingan nasionalisme kepada pembangunan negara dalam Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bil

Unsur Nasionalisme

Contoh Peristiwa

325

Kepentingan kepada pembangunan negara

1

2

3

4

Sayang akan negara

Sanggup berkorban

Sayang kepada raja/pemimpin

Memartabatkan kedaulatan raja dan negara

5

6

7

8

9

Memajukan negara

Menghormati raja/pemimpin

326

Aktiviti 3

Jelaskan kepentingan nasionalisme kepada pembangunan negara berdasarkan watak-watak yang menjadi utusan Melaka ke Majapahit, Siam, China, Pasai, dan Brunei dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) @

Bil

Unsur Nasionalisme

Contoh Peristiwa

1

2

3

4

5

6

7

327

Kepentingan kepada pembangunan negara

8

9

Aktiviti 4 Huraikan kepentingan nasionalisme kepada pembangunan negara berdasarkan watak-watak Bendahara Melaka dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)

Bil

Unsur Nasionalisme

Contoh Peristiwa

1

2

3

4

328

Kepentingan kepada pembangunan negara

5

6

7

8

9

Aktiviti 5 Huraikan kepentingan nasionalisme kepada pembangunan negara berdasarkan watak-watak dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur

Bil

Unsur Nasionalisme

Contoh Peristiwa

1

2

329

Kepentingan kepada pembangunan negara

3

4

5

6

7

8

9

ELEMEN 2 (LATIHAN) 1.

Jelaskan konsep nasionalisme.

[5]

2. Huraikan lima kepentingan nasionalisme yang terdapat dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dalam konteks pembangunan negara. [25]

330

3. Bincangkan semangat nasionalisme Tun Perak yang telah berjaya membangunkan negeri Melaka berdasarkan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). @ [25]

331

4. Nasionalisme merupakan asas penting dalam pembangunan sesebuah negara. Berdasarkan pernyataan tersebut nilaikan konsep nasionalisme yang dipaparkan menerusi watak Encik Muhammad dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. [25] Cadangan jawapan Pengenalan [3] 1. Nasionalisme merujuk kepada perasaan cintakan bangsa dan negara yang mendalam; pergerakan untuk mencapai kebebasan politik daripada kuasa asing/luar; dan semangat kebangsaan 2. Perasaan dan sikap yang menunjukkan cinta yang mendalam terhadap bangsa, negar; disini termasuk budaya, bahasa, adat istiadat, pegangan keagamaan, seterusnya jati diri, identity dan segala jalur dan warna yang terjalin dalam sejarah ketamadunan bangsa; bangsa Melayu dan Tamadun Melayu. 3. Latara belakang Encik Muhammad B. Isi [20] 1.

Berbangga dengan tanah tumpah Bertuah kerana memiliki tanah yang boleh dimajukan dan dibangunkan untuk dapat menjana sumber ekonomi. Encik Muhammad memaklumkan kepada abangnya yang mereka sangat bertuah kerana Jeram Medang terletak dalam tanah milik mereka. Dia mencadangkan agar kawasan tersebut dibangunkan bagi pelancongan yang boleh menjana ekonomi setempat. (hlm.39)

2.

Membangunkan ekonomi penduduk kampung Sentimen kasih sayang terhadap kampung halaman sendiri telah mendorong Encik Muhammad berusaha dengan gigih untuk memajukan ekonomi penduduk Kampung Pulai. Menerusi usahasamanya dengan YB Mohd.Yusof beliau berusaha untuk menempatkan semula penduduk Kampung Pulai yang rata-rata masih miskin di penempatan Rancangan FELDA.

3.

Menabur bakti Kecintaan terhadap negara dan lambang-lambang negara akan mendorong seseorang yang mempunyai semangat nasionalisme untuk menyumbang . Encik Muhammad menyumbang sepuluh

332

ribu ringgit ringgit bagi membiayai sambutan hari puja usia sultan di Wilayah Tualang. Sumbangan ini dihulur kerana Encik Muhammad mengerti akan kepentingan menabur bakti dalam menjelaskan semangat nasionalisme. 4.

Kerjasama dalam perniagaan Bagi membangunkan negara, semangat nasionalisme akan mengukuhkan lagi jalinan kerjasama khasnya dalam bidang perniagaan. Datuk Tan dan Encik Muhammad yang menyedari peri pentingnya perkongsian dalam dunia dagang antara orang Melayu dan Cina telah berusaha mengukuhkan lagi kerjasama antara mereka menerusi Syarikat Lombong Lembah Tualang

5.

Menghormati lambang negara Nasionalisme adalah sentimen di kalangan penghuni sesuatu wilayah itu menggunakan lambanglambang tertentu sebagai tanda menghormati dan menyayangi negara. Encik Muhammad sanggup membiayai majlis sambutan keberangkatan Sultan ke kampung Pulai sebagai bukti penghormatannya pada institusi beraja bagi mezahirkan semangat cintakan negara.

6.

Rasa bertanggungjawab membantu Semangat nasionalisme juga akan memupuk rasa tanggungjawab untuk membantu mereka yang dalam kesusahan. Encik Muhammad rasa bertanggungjawab membantu penduduk Kampung Pulai yang akan berpindah ke rancangan Felda dengan menyediakan kemudahan untuk berpindah . Penutup [2] Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan STPM Ulangan P2 2014 5. Nasionalisme penting untuk pembangunan negara kota Melaka. Bincangkan pernyataan tersebut berdasarkan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). [25]

Cadangan jawapan 

Sayang akan negara – Hang Tuah dan Tun Perak



Sanggup berkorban – Tun Perak dan orang Kelang mempertahankan Melaka dari serangan Siam kali pertama. Tun Omar – cuba menentang tentera Siam dalam serangan kali kedua, Bendahara Paduka Tuan (Bendahara Tepok)



Kesetiaan kepada raja – Tun Perak – Peristiwa pembunuhan Tun Besar, Hang Tuah, Seri Wak Raja (hlm 281)



Memartabatkan kedaulatan raja dan negara – Tun Perpatih Putih, Tun Telanai, Menteri Jana Putera, Hang Tuah (membunuh Hang Jebat)



Sanggup berjuang – Tun Perak, Tun Mutahir, Sultan Ahmad Syah, Seri Udani.

333



Mempertahankan kedaulatan negara – ancaman Haru dan Pasai (Tun Perak dan Hang Tuah), Sulawesi(Semerluki)



Memelihara keselamatan negara – Sultan Alau’d-Din

STPM P2 2016 6. “Nasionalisme beperanan penting dalam pembangunan negara.” Bincangkan pernyataan tersebut dengan merujuk ketokohan Hang Tuah dalam pembangunan Melaka seperti yang terdapat dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). [25]

Cadangan jawapan



Berani menentang musuh negara/sanggup berjuang mempertahankan negara dari ancaman musuh – Lawan penjarah Semerluki



Sanggup berkorban demi negara – menentang angkatan perang Semerluki, dihantar ke Pasai bersama Tun Perak oleh Sultan Mansur Syah



Kesetiaan yang tidak berbelah bagi – sanggup membunuh Hang Jebat demi negara



Setia kepada raja dan negara – menerima hukuman bunuh dengan rela



Berkhidmat penuh tanggungjawab – membunuh Tun Perpatih Hitam yang dikatakan menderhaka terhadap Tun Perak



Amanah menjalankan tugas – membunuh Hang Jebat, menjaga Sultan Mahmud sewaktu baginda sakit bersama-sama dengan Tun Perak



Menjaga nama baik/maruah raja/negara – ketika di Majapahit



Menjaga kedaulatan negara dari ancaman luar – menentang Semerluki



Menegakkan keadilan – membunuh Hang Tuah

334

STPM ULANGAN P2 2016

6. Huraikan nasionalisme yang ada pada Tun Perak dan Tun Mutahir sehingga Melaka muncul sebagai sebuah negara kota yang agung seperti yang tergambar dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). [25] Cadangan jawapan



Mempunyai semangat juang yang tinggi/semangat patriotik – Tun Perak membawa orang Kelang bersama anak isteri ke Melaka untuk menentang tentera Siam di bawah pimpinan Awi Cakri (hlm 89). Tun Perak juga berjuang menentang tentera Siam yang cuba menyerang Melaka buat kali ke dua oleh Awi Dicu (hlm 94) – menimbulkan rasa hormat dan gerun kuasa Siam ke atas Melaka.



Setia kepada raja – Tun Perak tidak bertindak balas ke atas Raja Muhammad yang membunuh Tun Besar – mengelakkan berlaku persengketaan dengan raja, walau bagaimana pun Tun Perak tidak mahu bertuankan Raja Muhammad. Raja Muhammad telah dihantar ke Pahang dan di rajakan di sana – menjadikan politik Melaka kekal stabil.



Tidak berkecil hati/jiwa besar – Tun Perak tidak berkecil hati apabila Seri Nara Diraja Tun Ali dilantik menjadi bendahara setelah kematian Bendahara Seri Wak Raja yang meminum racun, sedangkan jawatan bendahara adalah hak Tun Perak. Sikap yang ditunjukkan oleh Tun Perak membolehkan Melaka terus maju dan membangun.



Berbakti kepada raja – Tun Perak bersama Laksamana Hang Tuah menjaga Sultan Mahmud yang sakit buang air besar. Memastikan tidak ada campurtangan Raja Tua (Raja Kampar) dalam pemerintahan Melaka dan memastikan keselamatan Sultan Mahmud.- menjadikan Melaka aman dan bebas dari campurtangan kuasa luar.



Berani menentang musuh – Tun Mutahir menentang tentera Legor (hlm 238 – 240) dan Siam. Siam datang menyerang Pahang/Melaka. Begitu juga Tun Perak menyelamatkan Melaka sebanyak dua kali dari Serangan Siam.- Menyelamatkan Melaka dan jajaahannya Pahang dari serangan musuh luar – Siam dan Legor.



Sanggup berkorban – Tun Mutahir berjuang menentang tentera Peringgi yang menyerang Melaka (hlm 244 -245)- menimbulkan rasa kagum dan takut kuasa Eropah terhadap Melaka.



Menjaga nama baik negara – Tun Perak pertahankan kedaulatan Melaka dan jajahannya. Tun Perak bersama Seri Bija Diraja dan Laksamana Hang Tuah ke Pasai menyelesaikan masalah rampasan kuasa oleh adik Sultan Zainal Abidin. (hlm 165 -169). Melaka dan jajahan takluknya stabil.

335

3.1.3

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

1. Peraturan merujuk kepada segala yang telah ditetapkan dan tidak melibatkan hukuman iaitu aturan negeri dan istiadat (upacara). Peraturan dalam masyarakat Melayu tradisional lebih di kenali sebagai istiadat 2. Undang-undang merujuk kepada suatu peraturan yang digubal dan dipatuhi serta melibatkan hukuman. Undang-undang dalam masyarakat Melayu tradisional lebih dikenali sebagai adat atau undangundang adat. Adat ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu undang-undang dan larangan Diraja.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG (ISTIADAT DAN ADAT) DALAM SULALATUS SALATIN(SEJARAH MELAYU)

ISTIADAT

ADAT

336

ATURAN NEGERI

ISTIADAT

UNDANG-UNDANG

337

LARANGAN DIRAJA

Undang-undang, aturan negeri dan larangan diraja dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)@

UNDANG-UNDANG

LARANGAN DIRAJA

(melibatkan hukuman)

(melibatkan hukuman0

1. Derhaka

1. Memakai kain kuning

2. Menggunakan hak raja tanpa izin, seperti mengambil gundik raja

2. Membuat rumah dengan bentuk tertentu

3. Merancang untuk merampas kuasa

3. Membuat perahu dengan kelengkapan tertentu

4. Membunuh tanpa izin raja

4. Memakai perhiasan emas

5. Tidak menghadap raja pada hari-hari tertentu

5. Memakai keris tertentu

6. Biadap kepada raja atau wakilnya

6. Menggunakan payung putih dan kuning

7. Mencuri

8. Mengambil harta / barang orang lain yang tercicir

9. Membuat fitnah

10. Mengambil isteri orang

338

ATURAN NEGERI (tidak melibatkan hukuman)

1. Negeri kalah raja mati

2. Perlantikan raja mengikut keturunan.

3. Susunan tempat duduk semasa menjunjung duli

4. Peraturan menghadap raja

5. Mengarak sejadah ke masjid

6. Peraturan semasa raja berangkat

7. Aturan pengurniaan gelaran

Peraturan dan undang-undang dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur



Peraturan di pejabat



Peraturan menjadi saksi di balai polis – saksi kena beri keterangan



Peraturan/syarat kemasukan ke tanah rancangan FELDA



Pelantihan Orang Kaya Wilayah Sungai Tualang



Undang-undang Jenayah – peristiwa Lebai Maarup dipukul oleh Mat Akil



Kesalahan menjalankan aktiviti haram



Kesalahan merosakkan lading orkid



Hukum faraid

339

340

ELEMEN 1 (AKTIVITI) Aktiviti 1 Menyatakan kepentingan peraturan dan undang-undang

KEPENTINGAN PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

1. Menjamin keharmornian dan keamanan negara

2.

3.

341

4.

5.

6.

Aktiviti 2

Mengenal pasti aspek undang-undang dan contoh peristiwa dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)

UNDANG-UNDANG

1. Derhaka

CONTOH PERISTIWA

Tun Jana Khatib seorang ahli ilmu khayallillah dari Pasai disifatkan sebagai penderhaka oleh Paduka Seri Maharaja kerana disyaki cuba menawan hati isteri baginda dengan menunjukkan kebijaksanaannya membelah pohon pinang melalui tilikan mata. (hlm 50)

342

2.

3.

4.

5.

6.

7.

343

Aktiviti 2 Menjelaskan kepentingan peraturan dan undang-undang dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur

KEPENTINGAN UNDANG-UNDANG PERATURAN

1. Untuk menjamin keselamatan Negara

2.

3.

4.

5.

6.

344

ELEMEN 2 (LATIHAN)

1.

Terangkan konsep peraturan dan undang-undang dalam masyarakat moden dan tradisional. [8]

2. Huraikan kepentingan peraturan dan undang-undang yang terdapat dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) [25]

3. Dengan memberi contoh yang sesuai, bincangkan peraturan dan undang-undang yang terdapat dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. @ [25]

345

4. Berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), sejauh manakah undang-undang penting dalam pembangunan Melaka. [25] Cadangan jawapan Pengenalan [3] 1. 2. 3.

4.

Undang-undang merupakan suatu peraturan atau keseluruhan peraturan yang digubal (dibuat) oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan. Undang-undang melibatkan hukuman Dalam konteks masyarakat tradisional undang-undang lebih dikenali sebagai adat. Adat meliputi undang-undang dan larangan-larangan Diraja yang melibatkan hukuman ke atas pelanggarpelanggarnya (Haron Daud: 1989) Seperti derhaka, menggunakan hak raja tanpa izin, merancang untuk merampas kuas,. membunuh tanpa izin raja, dan membuat fitnah.

Isi [20] 1.

Derhaka

346

Penderhakaan boleh dimaksudkan sebagai orang yang tidak mengikut perintah raja atau melakukan sebarang perbuatan dan tindakan yang menyinggung atau mencabar hak dan kedudukan raja. Hukuman bagi orang menderhaka ialah bunuh. Undang-undang ini untuk menjamin keutuhan sesebuah kerajaan atau Negara. Contohnya Sang Rajuna Tapa, Tuan Jana Khatib dan Tun Mutahir dihukum bunuh kerana dianggap menderhaka dan boleh mengugat kesetabilan Negara. 2. Menggunakan hak raja tanpa izin. Rakyat dilarang mengguna atau memakai sesuatu kepunyaan raja seperti isteri dan gundik baginda. Contohnya Tuan Jana Khatib telah dihukum bunuh kerana dianggap telah menderhaka kerana disyaki cuba menawan isteri Paduka Seri Maharaja. 3. Merancang untuk merampas kuasa. Undang-undang juga telah menetapkan bahawa rakyat atau pembesar tidak boleh merampas kuasa. Sesiapa yang cuba merampas kuasa atau cuba menggulingkan raja akan dikenakan hukuman bunuh. Undangundang ini adalah untuk menjamin keutuhan sesebuah kerajaan atau Negara. Pelaksanaan undang-undang ini mendorong rakyat taat dan patuh kepada raja dan dapat mengelakkan berlakunya rampasan kuasa. Keadaan Negara juga akan menjadi lebih aman dan dapat membangun sebagaimana yang diharapkan. Bendehara Seri Maharaja telah dijatuhkan hukuman bunuh oleh Sultan Mahmud Syah kerana telah difitnah oleh Raja Mendeliar. 4. Membunuh tanpa izin raja. Perbuatan membunuh tanpa izin dan pengetahuan raja, khususnya raja Melaka adalah menjadi satu kesalahan yang berat. Hukuman yang dikenakan bagi sesiapa yang membunuh tanpa izin raja akan dihukum bunuh. Undang-undang ini bertujuan untuk mengekakalkan keamanaan dalam negara. Pelaksanaan undang-undang ini tergambar pada peristiwa pembunuhan Telanai Terengganu oleh Seri Akar Raja atas arahan Sultan Muhammad, Pahang. Pembunuhan ini menyebabkan Sultan Alauddin Riayat Syah murka. Baginda telah menghantar Hang Tuah ke Pahang untuk menyelesaikan masalah tersebut. Akhirnya sepupu Seri Akar Raja dibunuh sebagai hukuman kerana membunuh Telanai Terengganu tanpa memberitahu raja Melaka. 5. Membuat fitnah. Perbuatan memfitnah merupakan satu kesalahan yang boleh dihukum bunuh jika didapati bersalah. Membuat fitnah boleh meruntuhkan sesebuah kerajaan atau negara. Ianya juga boleh memporak perandakan negara. Bendahara Seri Maharaja yang tidak bersalah telah dibunuh kerana telah difitnah oleh Kitul dan Raja Mandeliar. Akhirnya Kitul dan Raja Mandeliar telah dihukum bunuh kerana telah memfitnah Bendahara. Penutup [2] Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan

STPM Ulangan 2013

5. Sultan Muhammad Syah dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) merupakan pemimpin yang berpandangan jauh. Baginda telah memperkenalkan aturan dan adat istiadat tertentu di Melaka. Bincangkan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan negara. [25]

Cadangan jawapan

347

Aturan 

Larangan ‘kekuningan’ dalam berpakaian seperti kain, baju, dan dastar.



Larangan menbuat rumah bermanjung bertiang gantung



Larangan membuat perahu yang bertingkap berpenghadapan.



Larangan bergelang emas.



Larangan memakai barang kemas (tanpa izin raja)



Aturan memakai keris (keris dihadapan)



Aturan berpayung (putih raja, kuning anak raja)

Adat istiadat 

Susunan tertib mengdap raja (Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung duduk di seri balai)



Memberi gelaran



Menyambut utusan



Menyambut surat

Nota: Penjelasan lanjut sila lihat halaman 74 hingga 79 Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) oleh A. Samad Ahmad

348

STPM Ulangan P2 2014

6. Sistem pemerintahan menjadi tonggak kepada penguatkuasaan undang-undang untuk pembangunan negara. Bincangkan pernyataan tersebut berdasarkan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). [25]

Cadangan jawapan



Sistem pemerintahan beraja berkuasa mutlak – Konsep dewaraja dan daulat



Derhaka – Hang Jebat, Sang Rajuna Tapa, Tun Perpatih Hitam



Menggunakan hak raja tanpa izin – Hang Tuah, Sultan Malikul Mansur.



Merancang untuk merampas kuasa – Tun Mutahir.



Membunuh tanpa izin raja – Sultan Muhammad Pahang membunuh Tun Telanai Terengganu, Pasai.

349



Tidak mengadap raja pada hari-hari tertentu – Seri Bija Diraja



Biadap kepada raja/wakilnya – Tun Perpatih Hitam biadap dihadapan Tun Mutahir



Membuat fitnah – Kitul dan Raja Mandaliar



Mencuri – Zaman Sultan Alau’d-Din



Mengambil harta orang/barang orang lain yang tercicir - Zaman Sultan Alau’d-Din



Mengambil isteri orang – Sang Sura mengambil isteri Sang Guna (hlm 230), Sultan Mahmud bermukah dengan isteri Tun Biajid dan nyaris dibunuh oleh Tun Biajid.

350

STPM Ulangan P2 2016

5. “Undang-undang penting untuk kesetabilan negara.” Huraikan pernyataan tersebut berdasarkan negara kota Melaka dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) [25]

Cadangan jawapan



Derhaka – ingkar titah raja – rakyat mesti patuh kepada raja – Hang Jebat – dihukum bunuh



Guna hak raja – Tidak boleh guna hak raja. Martabat raja harus di jaga/pelihara - Hang Tuah bermukah dengan dayang istana lalu dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Mansur.



Rancang merampas kuasa – Tun Mutahir dikatakan cuba merampas kuasa oleh Kitul dan Raja Mandaliar apabila mereka mengatakan Tun Mutahir berbuat tahta kerajaan, menempa ciu emas dan kaus emas – Tun Mutahir dihukum bunuh (hlm 256)- kesetabilan negara



Bunuh tanpa izin raja – Tun Telanai dibunuh tanpa izin – kesetabilan dan keharmonian negara



Tidak mengadap raja atau wakil pada hari-hari tertentu – Tun Bija Diraja tidak mengadap Sultan Mahmud pada hari raya – dihukum bunuh – kawalan negara



Fitnah – Kitul dan Raja Mandeliar dihukum bunuh kerana memfitnah Tun Mutahir – menjaga keharmonian negara.



Biadap terhadap raja atau wakilnya – Tun Perpatih Hitam dihukum bunuh



Mencuri – Sultan Alau’d-Din membunuh pencuri – mewujudkan keamanan dalam negara.



Mengambil harta orang – Menjadi satu kesalahan mengambil harta orang – Sultan Alau’d-Din – menjaga keharmonian negara

351

3.2

EKONOMI

1. Ekonomi merupakan Ilmu berkaitan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang, dan perkhidmatan (Kamus Dewan Edisi Keempat :2007) 2. Ekonomi menurut Haron Daud (1989), ekonomi merupakan segala kegiatan untuk mendapatkan hasil bagi keperluan hidup mereka sama ada dalam bentuk makanan atau barangan lain 3. Pertanian merujuk kepada perihal bertani (tanam-tanaman); perusahaan bercucuk tanam

352

EKONOMI@

SARA DIRI

PERDAGANGAN

Perhumaan – padi huma

Import barangan

Bercucuk tanam

Eksport barangan

Berkebun/dusun

Percukaian

Perikanan

Perkapalan

Penternakan

Perkhidmatan

Memungut hasil hutan

Melaka sebagai Pelabuhan

Menyadap kelapa Memburu binatang

353

Aktiviti ekonomi dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur@

EKONOMI@

Sulalatus Salatin

Saudagar Besar dari

(Sejarah Melayu)

Kuala Lumpur

Perhumaan – padi huma

Lada hitam

Bercucuk tanam

Menanaman orkid

Berkebun/dusun

Menanam getah

Menagkap ikan

Menanam kelapa

Menternak binatang - kerbau

Menanam padi

Memungut hasil hutan

Mengusahakan dusun

Menyadap kelapa

Menangkap ikan

Memburu binatang

Berniaga runcit/kedai makan

Berniaga Makanan - kuih

Mengeksport dan mengimport

Percukaian

Menanam kelapa sawit

Perkhidmatan perkapalan

Memungut hasil hutan

354

Kilang papan

Membina rumah/perumahan

STPM ULANGAN P2 2013

6. Berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, bincangkan dua kegiatan ekonomi yang diceburi oleh orang Melayu dan bukan Melayu serta tiga kesan positif hasil kerjasama tersebut. [25]

Cadangan jawapan

Kegiatan ekonomi yang diceburi oleh orang Melayu dan bukan Melayu



Aktiviti perniagaan eksport import – En Muhammad bekerjasama dengan Datuk Tan dalam perniagaan eksport-import lada hitan ke Jerman.



Aktiviti perlombongan bijih timah – En Muhammad dan Datuk Tan bekerjasama dalam perusahan perlombongan bijih timah di Kampung Tualang dengan menubuhkan Syarikat Lombong Lembah Tualang. Orang Kaya Datu Ideris bin Muhammad Saman bin Bendahara Muda merupakan orang Melayu pertama berkongsi dengan orang Cina dalam perusahan perlombongan bijih timah di Lembah Tualang.



Aktiviti pembinaan rumah murah untuk penduduk kampung – Yang Berhormat Muhd Yusuf berkerjasama dengan Tauke Chan untuk membangunkan tanah Jeram Medang dengan projek perumahan rumah murah.

355



Aktiviti perniagaan lada hitam – Tan Sri Syed Aris dan En Muhammad bekerjasama dengan Datuk Tan untuk membuka ladang lada hitam di Johor.

Kesan positif hasil kerjasama



Mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan orang Melayu dan bukan Melayu.



Mengurangkan jurang kekayaan ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu.



Tiada unsur iri hati/cemburu antara orang Melayu dan bukan Melayu.



Meningkatkan sifat saling menghormati/mempercayai antara orang Melayu dan bukan Melayu.

STPM P2 2014

356

5. Huraikan aktiviti ekonomi yang menyumbang pembangunan negara kota Melaka seperti yang digambarkan dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) [25]

Cadangan jawapan



Perdagangan – antarabangsa/domestik- Tun Mutahir, Nina Sura Dewana, Raja Mandeliar, Ali Manu Nayan, Hang Isap, Hang Nadim.



Pertanian – perhumaan Wan Empuk dan Wan Malini



Menaangkap ikan – Raja Kasim, Badang, Merah Silu



Penternakan/menternak binatang – Tun Mutahir menternak kerbau di Kayu Ara.



Berburu – Anak buah Tun Mutahir berburu kerbau jalang



Perkapalan – Hang Isap



Melaka sebagai pusat perdagangan eksport



Percukaian

STPM P2 2015

6. Berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, bincangkan saranan untuk memajukan ekonomi yang memberi sumbangan kepada pembangunan negara. [25]

Cadangan jawapan

357



Memperluaskan kerjasama dalam bidang ekonomi – kerjasama En. Muhammad dan Datuk Tan dalam perniagaan lada hitam dan perlombongan bijih timah.



Meluaskan pasaran ke luar negara – En Muhammad mengeksport lada hitam selain daripada Jerman.



Mempelbagaikan/memperbanyakkan jenis (produk) perniagaan – En. Muhammad ada perancangan untuk mendapatkan tanah untuk kegiatan perlombongan. Beliau juga bercadang menjadikan Jeram Medang sebagai tempat pelancongan.



Melibatkan lebih banyak jaringan keluarga dalam perniagaan.



Meneroka bidang ekonomi baru.



Melaksanakan kajian atau R&D dalam sektor ekonomi yang berdaya maju.



Menghasilkan produk lain berasaskan sumber/bahan sedia ada.



Menggunakan teknologi terkini dalam aktiviti ekonomi yang diceburi STPM ULANGAN P2 2015

6. “Kepelbagaian kegiatan ekonomi ada terpapar dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur.” Bincangkan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan negara. [25]

Cadangan jawapan



Berniaga – Pak Salim, En. Muhammad, Datuk Tan



Melombong – Datuk kepada Datuk Tan, Orang Kaya Datu Ideris bin Muhammad Saman bin Bendahara Muda

358



Perladangan – Datuk Tan mengusahakan lading getah seluas 180 ekar



Menanam orkid – Cik Puan Tipah mengusahakan tanaman orkid di Jeram Medang



Kilang papan – Yang Bormat Muhd Yusuf



Broker tanah – Sudin



Perkhidmatan – Mahani, Sudin



Menanam kelapa – Penduduk Kampung Pulai



Menanam padi – Penduduk Kampung Pulai



Menaangkap ikan – Penduduk Kampung Hilir

3.2.1

PERTANIAN

Pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan, perikanan dan perhutanan. Ia merupakan perkembangan utama yang membawa kepada kebangkitan tamadun, dengan penanaman dan penternakan mewujudkan lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan masyarakat dan negara berkembang maju. Pertanian merangkumi pelbagai bidang dan teknik, termasuk cara meluaskan tanah, untuk bercucuk tanam. Penanaman tanaman di tanah suai tani dan penternakan haiwan di kawasan ragut merupakan asas pertanian.

359

ELEMEN 1 (AKTIVITI) Aktiviti 1 Kemukakan contoh yang sesuai berdasarkan kegiatan pertanian yang dinyatakan dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. Menanam lada hitam

Menanaman orkid

Menanam getah

Kegiatan pertanian dalam SBDKL

Menanam kelapa

Menanam padi

Mengusahakan dusun

360

Aktiviti 2 Kemukakan contoh yang sesuai berdasarkan kegiatan pertanian yang dinyatakan dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).

Perhumaan

Bercucuk tanam

Berkebun

Kegiatan pertanian dalam Sulalatus Salatin

Menagkap ikan

Menternak kerbau

Memungut hasil hutan

361

Aktiviti 3 Kemukakan cadangan yang sesuai untuk mengembangkan sektor pertanian berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur dalam konteks pembangunan negara.

Lada hitam

Tanaman orkid

Getah

Sektor pertanian dalam SBDKL

Kelapa

Padi

Dusun

362

Aktiviti 4 Kemukakan cadangan yang sesuai untuk memajukan kegiatan pertanian berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dalam konteks pembangunan Melaka.

Perhumaan

Bercucuk tanam

Berkebun

Kegiatan pertanian dalam Sulalatus Salatin

Perikanan

Penternakan

Memungut hasil hutan

363

ELEMEN 2 (LATIHAN)

1. Nyatakan kegiatan pertanian yang dijalankan oleh masyarakat Melayu sebagaimana yang tergambar dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur dan dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). [12] 2. Berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, huraikan kegiatan pertanian yang dijalankan oleh masyarakat Melayu dalam konteks pembangunan negara. [25] 3. Sejauhmanakah kegiatan pertanian yang tergambar dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) menyumbang kepada pembangunan Melaka. [25]

364

365

3.2.2

USAHAWAN

1.

Orang mengusahakan sesuatu perusahaan, pengusaha (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007)

2. Pengusaha dimaksudkan sebagai pekerjaan secara besar-besaran untuk membuat barang-barang industri atau pekerjaan beniaga secara besar-besaran 3. Keusahawanan merujuk kepada (segala-gala) yang berkaitan dengan usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan. (Kamus Dewan Edisi Keempat; 2007) 4. Usahawan : Ialah tenaga atau kualiti manusia yang bertanggungjawab membentuk dan mengujudkan usaha atau kerja dengan menggunakan faktor pengeluaran seperti tanah, modal dan buruh serta berkebolehan untuk melakukan perkara seperti :     

Mencari peluang perniagaan Mengusahakan perniagaan yang akan membawa kebaikan kepada dirinya dan orang ramai. Dapat memenuhi keperluan orang ramai. Sedia membuat pembaharuan untuk meningkatkan daya pengeluaran. Mengambil risiko yang telah dipertimbangkan.

Rumusan Konsep: 1. Usahawan akan menjalankan aktiviti keusahawanan iaitu mencari peluang perniagaan, memberi khidmat dan menyediakan keperluan kepada orang ramai, membuat pembaharuan serta mencipta sesuatu yang memberi faedah dan mampu mendapat untung. 2. Kegiatan usahawan mampu menyumbang kepada pembangunan negara samada dari sudut ekonomi, politik dan sosial. Bidang Keusahawanan yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) - berdasarkan keperluan masyarakat zaman berkenaan 

Perusahaan membuat makanan – membuat kuih

366

   

Perusahaan membuat keris – menempa keris dan membuat sarung keris. Perusahaan membuat pakaian –membuat corak kain, menyulam, menjahit. Menternak haiwan – memproses ternakan dan menjual daging. Perniagaan di kalangan penduduk Melaka.

Saudagar Besar dari Kuala Lumpur – berdasarkan isu dan keperluan penduduk yang terdapat dalam novel     

Lombong bijih - menjadikan jongkong timah. Kebun orkid (4-5 ekar) – membungkus dan memasarkan Ladang lada hitam – mengilang dahulu hasil lada hitam. Ladang getah – memproses hasil getah.. Menjual makanan – memproses makanan.

ELEMEN 1 (AKTIVITI)

Aktiviti 1 – Sulalatus Salatin(Sejarah Melayu)

Isu perbincangan ialah : Terdapat aktiviti keusahawanan sebagaimana yang berlaku dalam negeri Singapura, ada seorang yang telah menjadi kaya raya kerana membuat bikang (halaman 67). Cadangkan aktiviti keusahawanan lain berdasarkan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dalam konteks pembangunan negara.

Aktiviti 2 – Saudagar Besar dari Kuala Lumpur

Isu perbincangan ialah : Terdapat aktiviti keusahawanan sebagaimana yang dilakukan oleh Encik Muhammad dalam perniagaan lada hitam dan mengeksport ke Jerman. Cadangkan aktiviti keusahawanan lain yang berdasarkan Saudagar Besar dari Kuala Lumpur dalam konteks pembangunan negara.

367

ELEMEN 2 (LATIHAN)

1.

Jelaskan konsep usahawan

[5]

2. Huraikan lima bidang keusahawanan yang boleh dicadangkan berdasarkan (Sejarah Melayu) dalam konteks pembangunan negara.

Sulalatus Salatin [20]

3. Keusahawanan penting dalam pembangunan negara. Bincangkan penyataan tersebut dengan mengemukakan contoh yang sesuai daripada Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. [25]

368

3.2.3

PERDAGANGAN

1. Perdagangan merujuk kepada perihal berdagang, urusan berniaga, perniagaan (biasanya antara negaranegara) 2. Kegiatan perdagangan mementingkan keuntungan dan pengumpulan harta melalui proses penukaran barangan atau jual beli serta pembayaran-pembayaran lain (Haron Daud:1989)

KEGIATAN PERDAGANGAN

Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)@

Saudagar Besar dari Kuala Lumpur

Peranan golongan pemerintah

Melaka sebagai pelabuhan Pusat perdagangan rempah dll Melaka tumpuan pedagang

Penglibatan masyarakat

Perkapalan

Percukaian

Perkhidmatan

369

Rempah ratus

Logam- emas, perak, timah

Hasil dagangan dlm SS

Pakaian/kain

Tembikar

Sutera

370

Lada hitam

Hasil dagangan dlm SBDKL

Bijih timah

Orkid ???

371

ELEMEN 2 (AKTIVITI) Aktiviti 1 Berdasarkan rajah di bawah, berikan huraian kepada kegiatan perdagangan yang dijalankan di Melaka sebagaimana yang digambarkan dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)

KEGIATAN PERDAGANGAN DI MELAKA DALAM SS

Kegiatan perdagangan

Huraian

Peranan golongan pemerintah

Melaka sebagai pelabuhan

Pusat perdagangan rempah dll

Melaka tumpuan pedagang

Penglibatan masyarakat

372

Aktiviti 2 Berdasarkan rajah di bawah, nyatakan dan huraikan kegiatan perdagangan sebagaimana yang digambarkan dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur.

KEGIATAN PERDAGANGAN DALAM SBDKL

Kegiatan perdagangan

Huraian

373

ELEMEN 2 (LATIHAN)

1.

Nyatakan dengan mengemukakan contoh kegiatan perdagangan yang terdapat dalam: (a) novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur (b) teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)

2. Berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur perdagangan dalam memacu perkembangan negara kini.

[10]

jelaskan kepentingan kegiatan [25]

3. Kegiatan perdagangan merupakan sektor ekonomi yang penting dalam pembangunan sesebuah negara. Berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), berikan ulasan anda terhadap kepentingan kegiatan perdagangan dalam konteks pembangunan Melaka. [25]

4. Nilaikan kegiatan perdagangan sebagaimana yang digambarkan dalam Sulalatus Salatin(Sejarah Melayu) telah menyumbangan kepada pembangunan Melaka. [25]

374

5.

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Maka segala dagang bawah dan dagang atas angin sekaliannya datang ke Melaka, terlalulah ramainya Bandar Melaka pada zaman itu. Maka oleh segala dagang Arab dinamainya Malakat, yakni perhimpunan segala dagang, dari banyak pelbagai jenis dagang ada di sana: [Dipetik daripada A. Samad Ahmad (peny.) Sulalatus Salatin Sejarah Melayu[edisi pelajar], Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,halaman 80] (a) Huraikan hasil dagangan yang diperdagangkan di Melaka . (b) Jelaskan sumbangan aktiviti perdagangan kepada pertumbuhan ekonomi pembangunan Melaka.

[9] dalam konteks [16]

Cadangan jawapan (a) Hasil dagangan 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Rempah ratus Logam- emas, perak,timah Pakaian/kain Tembikar Sutera Minyak wangi

(b) Sumbangan aktiviti perdagangan 1. Aktiviti perdagangan menyumbang kepada pendapatan Melaka. Kegiatan ekonomi perdagangan mementingkan keuntungan dan pengumpulan harta melalui proses penukaran barangan atau jual beli serta pembayaran-pembayaran lain .Pendapatan Melaka juga meningkat hasil daripada kutipan cukai.

2. Dapat memenuhi keperluan hidup sama ada dalam bentuk barangan ataupun perkhidmatan melalui tukar beli barangan. Melaka menjadi pusat perdagangan memerlukan barangan yang banyak melalui kegiatan import-dapat memenuhi keperluan mereka. Contoh pakaian,rempah ratus,minyak wangi dll 3. Melaka muncul sebagai bandar pelabuhan entrepot yang terkenal Melaka menjadi tempat persinggahan dan tumpuan pedagang-pedagang asing untuk terus berdagang di Melaka -bandar pertukaran barang-barang dagangan utama dunia.

375

4.

Kerajaan Melaka telah muncul sebagai satu kuasa besar dan kuat di Selat Melaka.

Melaka sebagai sebuah destinasi perdagangan yang berkembang maju.Kemajuan Melaka dalam perdagangan telah dapat memperkenalkan Melaka kepada negara luar. 5. Aktiviti perdagangan telah menjadikan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam dan perkembangan ilmu. Golongan Arab yang datang berniaga di Melaka telah berjaya mengembangkan agama Islam. 6. Meningkatkan kualiti kehidupan dan kemajuan ekonomi masyarakat Melayu. Perkembangan aktiviti perdagangan dapat menyumbang kepada tahap kualiti kehidupan dan kemajuan ekonomi masyarakat Melayu pada masa itu yang berada dalam keadaan stabil. 6. Aktiviti perdagangan memberi sumbangan yang besar kepada pertumbuhan ekonomi Melaka. Berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), bincangkan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan Melaka. @ [25] Cadangn jawapan Pendahuluan [3] 1. Perdagangan merujuk kepada perihal berdagang, urusan berniaga, perniagaan (biasanya antara negaranegara) 2. Kegiatan perdagangan mementingkan keuntungan dan pengumpulan harta melalui proses penukaran barangan atau jual beli serta pembayaran-pembayaran lain (Haron Daud:1989) Isi [20] 1.

Kemunculan Melaka sebagai Bandar pelabuhan dagang – Kemakmuran Melaka menjadi tumpuan pedagang dari seluruh pelusuk dunia. Kebanyakan pedagang terdiri daripada pedagang Arab dan Gujerat/India. Kedudukan Melaka bertambah penting apabila menjadi pusat pelabuhan dagang yang mengumpulkan rempah dari kepulauan Melayu. Pada zaman pemerintahan Raja Kecil Besar/Sultan Muhammad Syah di dapati ramai pedagang Arab tertumpu di Melaka. (hlm 80)

2.

Menjadi tumpuan pedagang asing untuk terus berdagang – Melaka pada masa pemerintahan Sultan Mansur Syah disifatkan sebagai sebuah pelabuhan kosmopolitan. Pedagang dari segenap pelusuk dunia bertumpu di Melaka untuk berdagang. Antaranya termasuklah pedagang dari China, Ryukyu, Arab dan Parsi. Mereka membawa barang dagngan seperti kain, sutera, dan tembikar untuk didagangkan di Melaka. Kedatangan para pedagang ini juga adalah untuk mendapatkan barang dagangan seperti rempah, bijih timah, gaharu dan sebagainya untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.

3.

Percukaian – Kedatangan para pedagang ke Melaka menguntungkan Melaka kerana selain dari meningkatkan kegiatan perdagangan, mereka juga dikenakan bayaran pengurusan dan cukai. Bayaran berkenaan dibuat secara tunai atau pemberian hadiah kepada raja dan pembesar.

4.

Perkapalan – Kegiatan perdagangan amat berkait rapat dengan perkapalan. Melaka sebagai pelabuhan yang unggul menyediakan perkhidmatan perkapalan kepada pedagang. Pemilik kapal

376

biasanya menyediakan ruang di atas kapal mereka untuk disewa. Oleh yang demikian maka wujudlah golongan kiwi, yakni golongan saudagar yang menyewa ruang atau mempunyai petak khas di atas kapal untuk meletakkan barang-barang dagangan mereka. 5.

Peranan golongan pemerintah – golongan pemerintah memainkan peranan yang amat penting dalam memajukan kegiatan perdagangan di Melaka. Sultan Alau’d-Din Ri’ayat Syah menjaga keamanan dan keselamatan dalam negeri Melaka demi kemakmuran Melaka yang menjadi tumpuan para pedagang. Begitu juga pada masa pemerintahan Sultan Mahmud Syah, kecekapan Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir mentadbir segala dagang memesatkan lagi perdagangan Melaka. Sikap dan kecekapan Bendahara menjadi sebutan para pedagang. (hlm 206)

6.

Penglibatan masyarakat tempatan -

Penutup [2] Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan Bibliografi A.Samad Ahmad (Peny.), 2003. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Edisi Pelajar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Rahman Haji Ismail dan Haron Daud (ed.), 2008. Sulalat-us Salatin (Sejarah Melayu). Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Affizal Ahmad. “Keepentingan Pendidikan Dalam Pembentukan Kualiti Hidup Sejahtera” (atas talian) Awang Azman Awang Pawi, 2013. “Sumtuary Law dan Pembentukan Sejarah Melayu”. ”. Kertas Kerja dalam Seminar 400 tahun Sulalatus Salatin. Dewan Dato’ Hassan Ahmad, Aras 2, Menara DBP, Kuala Lumpur, 29 – 30 Oktober 2013. Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu (atas talian) Haron Daud, 1989. Sejarah Melayu: Satu Kajian Daripada Aspek Pensejarahan Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Harun Mat Piah, 2013. “Sulalatus Salatin:Tertamen Keperkasaan Nasionalisme Melayu”. Kertas Kerja dalam Seminar 400 tahun Sulalatus Salatin. Dewan Dato’ Hassan Ahmad, Aras 2, Menara DBP, Kuala Lumpur, 29 – 30 Oktober 2013. Ismail Sarbini. “Wanita Sulalatus-Salatin Menangis Sepanjang Zaman?” dlm. Dewan Sastera, hlm. 44-48, Julai 1990 Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Kesusasteraan, 2015. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Keris Mas, 2013. Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Misran Rokimin, Mawar Safei dan Che Abdullah Che Ya. “Mobiliti Sosial Dalam Interlok Karya Abdullah Hussain” dlm. Jurnal Melayu(8), hlm. 90-110, 2011 Mohd. Yusoff Hashim, 2008. Tun Perak:Dalam Sejarah Dan Dinamisme Ketamadunan Bangsa. Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP). Muhammad Haji Salleh, 2009. Sulalat al-Salatin ya’ni Pertetuturan Segala Raja-Raja (Sejarah Melayu).Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Yayasan Karyawan. Muhammad Yusoff Hashim dan Abdul Rahman Kaeh, 1994. Sejarah Melayu:Persepsi Sejarah dan Kesusasteraan. Petaling Jaya: Logman Malaysia. Sdn. Bhd. Muhammad Yusoff Hashim, 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

377

Pustaka. Norhayati Ab. Rahman, 2009. “Adat dan Istiadat dalam Sastera Sejarah Sebagai Peneguhan Kepada Ketuanan dan Kekuasaan Raja Melayu”. Kertas Kerja dalam Seminar Kebangsaan Kekuasaan Dalam Sastera Melayu Nusantara. Dewan Kuliah A, USM, Pulau Pinang, 25-26 Julai 2009. R. Suntharalingam dan Abdul Rahman Haji Ismail, 1985. Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shaharuddin Maaruf, 2013. “Susunan Masyarakat di Bawah Kerajaan Melayu Lama”. Kertas Kerja dalam Seminar 400 tahun Sulalatus Salatin. Dewan Dato’ Hassan Ahmad, Aras 2, Menara DBP, Kuala Lumpur, 29 – 30 Oktober 2013. Sohaimi Abdul Aziz, 1992. Mobiliti Sosial Perspektif Barat Dan Islam Dalam Novel Terpilih Shahnon Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Syed Muhammad Naquib al-Attas, 2007. Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Ungku Maimunah Mohd. Tahir, 2010. Kedudukan Ilmu Dalam Kesusasteraan:Teori & Praktis. Bangi: Institut Alam Dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia. Yusoff Iskandar dan Abd. Rahman Kaeh, 1984. Sejarah Melayu:Satu Perbincangan Kritis Dari Pelbagai Bidang. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd. Zainal Abidin Borhan, Peradaban dan Jati Diri Melayu (atas talian) __________________,2013. “Adat Istiadat Dalam Sulalat Al-Salatin”. Kertas Kerja dalam Seminar 400 tahun Sulalatus Salatin. Dewan Dato’ Hassan Ahmad, Aras 2, Menara DBP, Kuala Lumpur, 29 – 30 Oktober 2013. Zainal Abidin bin Abdul Wahid, 2008. Kesultanan Melayu Melaka: Pentadbiran Kuno atau Moden?. Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP).

378

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF