Modul Pengakap Pkhas

March 13, 2019 | Author: Nouril Ashraf | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Modul Pengakap Pkhas...

Description

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

1

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

SKIM LENCANA PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS TAHAP 1 PENDAHULUAN Skim Latihan Pengakap Pendidikan Khas (PK) Tahap 1 ini telah diubahsuai daripada Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak yang dihasilkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia untuk membolehkan ahli-ahli Pengakap PK mengikuti aktivitiaktiviti dan menunjukkan minat dalam berpengakap. Setelah menjalani latihan dengan aktiviti-aktiviti kemahiran berpengakap. Pengakap PK Tahap 1 ini akan dianugerahi dengan lencana-lencana tertentu untuk membuktikan bahawa mereka telah menjalani ujian tersebut dengan jayanya. Lencana wajib yang perlu diperoleh terlebih dahulu ialah Lencana Keahlian. Setelah memperolehi Lencana Keahlian, Pengakap PK Tahap 1 tersebut perlu meneruskan latihan dengan memilih Satu Lencana Wajib iaitu Lencana Penunggang Basikal atau Lencana Ahli Renang. Dalam peringkat ini, TigaLencana Kemajuan akan diberikan kepada seseorang ahli yang berjaya mengikuti skim ini, iaitu : 1. Lencana Keris Gangsa a. perlu memperoleh DUA (2) lencana dalam kategori kegemaran. 2. Lencana Keris Perak b. perlu memperoleh DUA (2) lencana dalam kategori pengetahuan. 3. Lencana Keris Emas c. perlu memperoleh DUA (2) lencana dalam kategori perkhidmatan. PERHATIAN : Bagi Pengakap Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran, mereka boleh menggunakan Isyarat Kod Tangan. 1. LENCANA KEAHLIAN Sebelum mendapat Lencana Keahlian, seseorang ahli Pengakap PK itu perlu LULUS ujian-ujian berikut :a) Lambang Pengakap Malaysia  Mewarna Lambang Pengakap Malaysia b) Lambang Pengakap Sedunia  Mewarna Lambang Pengakap Sedunia c) Persetiaan Pengakap  Boleh menyatakan salah satu daripada tiga Persetiaan Pengakap. d) Undang-undang Pengakap  Boleh menyanyikan Lagu Undang-undang Pengakap. e) Lima Prinsip Rukun Negara  Boleh membaca/menyebut LIMA (5) prinsip Rukun Negara. f) Boleh menyebut dan menunjuk cara melakukan Tabik Hormat Pengakap dengan betul dan kemas perlakuannya. g) Boleh menyebut Cogankata Pengakap PK Tahap 1 iaitu “Buat Habis Baik”. h) Sejarah Pergerakan Pengakap  Menamakan pengasas pengakap. i) Cerita Hutan

2

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas



j)

Menamakan watak dalam cerita hutan iaitu Akela, Bagheera, Baloo dan Mowgli. Laung Agong  Boleh menyanyikan lagu laung agung  Boleh mengikuti istiadat Laung Agong

Lencana ini boleh dianugerahkan bagi mengiktiraf murid sebagai seorang ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia. Lencana Keahlian Pengakap yang berwarna biru tua dan dipakai pada saku kiri kemeja. PERHATIAN: Bagi murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang mempunyai tahap kebolehan mental yang sangat rendah atau tidak mencapai tahap minimum yang dikehendaki dalam memperolehi lencana keahlian, pemimpin boleh menganugerahkan lencana keahlian dengan menjalankan ujian keahlian secara berkumpulan beserta bimbingan guru. 2. LENCANA WAJIB 2.1 Ahli Renang Lencana ini diberikan bagi mengiktiraf pengetahuan tentang peraturan dan kemahiran keselamatan diri serta membina keyakinan diri ketika berada di air. Ahli Pengakap PK perlu : a) Menyebut sekurang-kurangnya DUA (2) peraturan keselamatan di air secara lisan. b) Menunjukkan asas kemahiran berenang dan kemahiran keselamatan diri iaitu turun di air, bergerak di dalam air dan cara tenggelam timbul dengan menutup hidung c) Menunjukkan cara memakai dan mengendalikan jaket keselamatan di air. d) Menunjukkan keyakinan diri di air (water confident) dan menjadikan ia sebagai salah satu terapi. 2.2 Penunggang Basikal Lencana ini diberi kepada bagi mengiktiraf pengetahuan dan kesungguhan dalam aktiviti berbasikal dengan perlu mengetahui perkara asas seperti : a) Asas undang-undang jalanraya. b) Penjagaan basikal. c) Pengendalian basikal. d) Mengamalkan peraturan berbasikal. 3. LENCANA KEMAJUAN KERIS GANGSA Lencana ini diberi sebagai mengiktiraf minat dan pengetahuan ahli pengakap berdasarkan perkara seperti berikut : a) Persetiaan Pengakap b) Rukun Negara c) Amalan keagamaan d) Kesihatan diri dan keluarga e) Keselamatan diri dan keluarga f) Pengurusan diri

3

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

Walau bagaimanapun, sebelum layak mendapat lencana ini, ahli mestilah mendapatkan Lencana Keahlian dan Lencana Wajib terlebih dahulu.

4

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

A. Kesetiaan 1. Boleh menyanyikan Lagu Kebangsaan “Negara Ku” dan menghormati lagu itu ketika dimainkan. 2. Mengenal Bendera Malaysia dan Bendera Negeri di mana Pengakap PK Tahap 1 itu berada. 3. Mengenal Lambang Pengakap Malaysia. 4. Mengenal nama Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pengakap PK. 5. Menyatakan EMPAT (4) jenis agama di Malaysia dan menyebut nama DUA (2) tempat beribadat di kawasan sekitar tempat tinggalnya. B. Kesihatan dan Keselamatan 1. Menyebut TIGA (3) kepentingan menjaga kesihatan. 2. Menyebut TIGA (3) cara untuk menjaga kebersihan diri dalam kehidupan seharian. 3. Menyatakan TIGA (3) kesan akibat menelan apa jua jenis pil, cecair atau gula-gula yang beri oleh orang yang tidak dikenali. 4. Menyatakan TIGA (3) tajam.

akibat apabila bermain dengan benda-benda

5. Menyatakan TIGA (3) akibat jika bermain dengan sebarang alat yang mengandungi bahan letupan seperti mercun, meriam buluh dan bunga api. 6. Menyatakan DUA (2) cara bagaimana untuk mendapatkan bantuan dan pertolongan jika berlaku sebarang kemalangan. Contoh seperti mendapatkan alamat dan nombor telefon balai polis, balai bomba, doktor, hospital, ibu bapa dan keluarga rakan sebaya yang tinggal berhampiran. 7. Menyatakan TIGA (3) peraturan bagi pejalan kaki dan tatacara untuk menyeberangi jalan raya. 8. Menyatakan TIGA (3) cara melintas jalan di persimpangan lampu isyarat dan lintasan belang. C. Kecekapan 1. Dapat melakukan Latihan Asas Kawad kaki dengan betul :  Baris 

Senang diri



Rehatkan diri

 Baris sedia 2. Boleh mendaki dengan menggunakan tali. 3. Boleh menyatakan TIGA (3) tempat awam yang terdapat di sekitar kawasan tempat tinggalnya. 4. Boleh menunjukkan cara memakai pakaian seragam Pengakap dengan cara yang betul dan kemas. 5. Boleh menyatakan peraturan memakai lencana seperti :  Lencana Keahlian  Lencana Malaysia  Tanda nama.

5

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

6. Boleh menyatakan sekurang-kurangnya DUA (2) isyarat Pengakap dan mengetahui arah tempat yang hendak dituju dengan menggunakan tanda isyarat sulit Pengakap seperti :  Ikut Arah Ini  Jangan Ikut Arah Ini  Di Sini Ada Air  Tunggu Di Sini  Saya Sudah Pulang 7. Boleh menunjukkan cara bagaimana untuk melakukan ikatan Simpul Buku Sila. D. Penyertaan 1. Menjadi ahli perpustakaan sekolah atau perpustakaan mini Kelas Pendidikan Khas berdasarkan tahap kemajuan murid pendidikan khas. 2. Boleh menghasilkan sejenis bahan terbuang seperti :  Kapal terbang kertas  Tabung  Bekas pensil

permainan daripada bahan

3. Boleh menyertai dan menjalankan SATU (1) daripada aktiviti di bawah:  Mengambil bahagian dalam persembahan pentas di sekolah  Membuka akaun simpanan E. Perkhidmatan 1. Membantu ibu bapa di rumah dengan melakukan sekurang-kurangnya TIGA (3) tugasan yang diberi setiap hari dengan mendapatkan pengesahan dan perakuan ibu bapa berdasarkan buku log yang dibekalkan seperti : 

Menyapu sampah



Mencuci pinggan



Mengemas katil



Melipat selimut



Menyusun pakaian dalam laci



Mencuci tandas



Membuang sampah ke dalam tong sampah



Mengemas ruang tamu

2. Membantu guru dan kakitangan sekolah dengan melakukan sekurang kurangnya DUA (2) aktiviti kebersihan dan keceriaan sekolah berdasarkan pengesahan dan perakuan mereka melalui buku log yang dibekalkan. Di antara tugasan yang diberikan oleh guru penasihat adalah seperti : 

Menyapu bilik guru/kelas.



Menghantar buku kehadiran ke pejabat. 6

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas



Menghantar beg guru ke bilik darjah.



Mengemas rak kasut



Menghantar peralatan Pendidikan Jasmani ke padang



Menyusun peralatan di dalam stor



Mengemas buku di rak buku

4. LENCANA KEPANDAIAN KATEGORI KEGEMARAN Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Keris Gangsa, Pengakap PK Tahap 1 ahli pengakap dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam kategori kegemaran seperti di bawah mengikut minat dan kesukaan dalam aktiviti-aktiviti berikut : 

Ahli Koleksi Hobi



Ahli Kraf Tangan



Peladang Kecil



Pelukis



Pembaca Buku



Penghibur

4.1.Ahli Koleksi Hobi

Lencana ini diberi kepada ahli Pengakap PK Tahap 1 bagi mengiktiraf minat @ hobi dalam mengisi masa lapang seperti : 

mengumpul pelbagai setem



matawang asing



sampul surat hari pertama



rantai kunci



lencana-lencana Pengakap

Mereka juga boleh memungut dan mengumpulkan apa juga barang sebagai hobinya dengan cara menyimpan dengan kemas dan tersusun serta mengetahui sedikit sebanyak mengenai koleksinya. Ahli boleh memilih sendiri koleksi hobinya seperti contoh di bawah : 

Koleksi LIMA (5) jenis setem Malaysia yang berbeza.



Menghasilkan 1 buku skrap samada tumbuhan herba, bunga, sejarah, sukan dan lain-lain berdasarkan kemampuan ahli pengakap PK itu sendiri.



Koleksi sekurang-kurangnya LIMA (5) jenis pensil pelbagai bentuk dan logonya.



Koleksi sekurang-kurangnya LIMA (5) jenis daun-daun tumbuhan.

7

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas



Koleksi sekurang-kurangnya LIMA (5) jenis pelbagai bentuk botol dan penutup botol.



Koleksi sekurang-kurangnya LIMA (5) jenis mata wang asing sama ada wang kertas atau syiling.



Koleksi sekurang-kurangnya LIMA (5) jenis rantai kunci (key-chain).



Koleksi sekurang-kurangnya LIMA (5) jenis lencana Pengakap seperti lencana Perhimpunan, Agoonoree, Jambori dan koleksi lencana Pengakap antarabangsa dan lain-lain.



Menyediakan sebuah buku skrap tentang satu jenis koleksi hobinya.



Lain-lain hobi yang sesuai.

8

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

4.2.Ahli Kraftangan

Lencana ini diberikan kepada ahli Pengakap PK Tahap 1 bagi mengiktiraf minat dalam menghasilkan bahan-bahan kraf seperti : 

Tikar anyaman



Wogel



Penanda buku



Alat permainan



Layang-layang

1. Membuat SATU(1) jenis kraftangan tradisional seperti anyaman ATAU membuat layang-layang. 2. Menghasilkan sekurang-kurangnya DUA (2) bahan seperti : 

Kad manila



Plastik



Daun kering



Bahan kulit

Penanda Buku

daripada

ATAU 3. Membuat satu jenis rekaan dari kertas seperti : 

Rekaan untuk kegunaan sehari-hari seperti sampul surat, beg, buku dan lain-lain.



Rekaan binaan seperti topeng atau sarung kepala keluarga “Mowgli”.



Rekaan alat permainan seperti kapal, kapal terbang, burung ajaib dan lain-lain berdasarkan pengetahuan dan fantasi.

4.3.Peladang Kecil

Lencana ini diberikan kepada ahli bagi mengiktiraf minat dalam menjaga tanaman dan memelihara tanaman dan haiwan ternakan dengan kaedahkaedah yang betul. Pilih TIGA (3) sahaja daripada perkara-perkara berikut : 

Menyediakan 5 polibeg untuk menanam sayur-sayuran.



Menunjukkan cara menanam pokok sayur-sayuran.



Menunjukkan cara menjaga tanaman.



Memelihara sekurang-kurangnya 5 ekor anak ayam sebagai ternakan asas.



Memelihara sekurang-kurangnya 5 ekor anak ikan air tawar di kolam samada di sekolah/rumah secara sendiri/dengan usahasama rakan sebaya dari kumpulan 6 sekawan.



Menyediakan 2 batas untuk mengalihkan anak semaian. 9

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas



Menyediakan satu buku skrap atau folio yang berkaitan dengan penanaman sayur-sayuran.

4.4.Pelukis

Lencana ini diberikan bagi mengiktiraf minat mereka mengisi masa lapang dengan aktiviti melukis, mewarna, membina arca dan dapat menghasilkan lukisan yang menarik. Ahli boleh memilih EMPAT (4) aktiviti di bawah : 1. Memilih 2 warna daripada 1 watak dalam Cerita Rimba “The Jungle Book” dan mewarnakannya. 2. Melakonkan SATU (1) watak di bawah : Watak Marga Akela Serigala Tunggal Bagheera Harimau Kumbang Baloo Beruang Adek Kelabu Anak Serigala Mowgli Budak Lelaki Mysa Seladang Shere Khan Harimau Belang Banderlog Monyet Buldeo Pemburu Jakala Buaya Sahi Landak Hathi Gajah Kaa Ular Sawa Tabaqui Rubah Messua Wanita White hood Ular senduk

Perwatakan Pemimpin bijaksana Jurulatih mahir Guru undang-undang Keluarga Angkat Kawan Marga Pendengar baik Pembuli Pembohong Samseng Pura-pura Penulis Tokoh hormat Pemanjat Pengampu Ibu angkat Penjaga

3. Melukis gambar pelangi serta menamakan tiap-tiap warna itu. 4. Menyebut 3 warna asas. 5. Menunjukkan 3 warna sekunder dari campuran warna-warna asas dengan menggunakan warna air. 6. Menghasilkan satu Kad Ucapan seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Krismas, Hari Wesak dan Kad Hari Lahir. 7. Menghasilkan satu rekaan corak dari bahan terbuang sama ada cetakan, mozek, jubin tanah liat, mural, hiasan dinding, kolaj, yang motifnya berdasarkan tulisan huruf dan angka, corak tradisi, corak bebas, geometri dan rekaan manusia. 8. Membentuk satu binaan (dari bahan terbuang) seperti bentuk tiga dimensi, arca, asemblaj, topeng dan anyaman asas yang motifnya 10

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

berdasarkan alat permainan, bentuk lembaga, bangunan, berdasarkan cerita dongeng, sejarah, fantasi dan haiwan.

bentuk

9. Membuat kraftangan tradisional seperti lukisan, anyaman dan seni tembikar berdasarkan corak yang bersesuaian dengan aktiviti yang dilakukan.

11

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

4.5.Pembaca Buku

Lencana ini diberikan bagi sebagai mengiktiraf minat membaca mereka menjadi Ahli Perpustakaan Sekolah. 1. Boleh membaca sekurang-kurangnya sebuah buku cerita mudah kanakkanak dengan sebutan yang betul dan jelas dengan bimbingan pemimpin. 2. Menjadi ahli perpustakaan sekolah atau perpustakaan mini Kelas Pendidikan Khas serta turut memberi khidmat sukarela seperti memelihara, mengemas dan menjaga kebersihan perpustakaan dan mengetahui mengapa perpustakaan harus dipelihara. 4.6.Penghibur

Lencana ini diberikan bagi mengiktiraf minat ahli dalam berhibur dengan menyanyi, bermain alat muzik dan menari. Ahli boleh memilih TIGA (3) daripada aktiviti di bawah : 1. Dapat menyanyikan salah sebuah lagu daripada kategori di bawah : 

Lagu kanak-kanak, jenaka, asli dan patriotik.



Lagu Tradisi Masyarakat : Lagu setempat seperti ”Rasa Sayang” atau lagu asing seperti ”Red River Valley” dan sebagainya.



Lagu Asli



Lagu patriotik



Lagu Pengakap.

2. Boleh mengajar sebuah lagu ATAU satu tarian kepada ahli yang lain. 3. Mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu tarian tradisional atau tarian moden. 4. Boleh memainkan sekurang-kurang satu jenis alat muzik genderang seperti kerincing, kastenet, simbal, kayu tok-tok, tamborin, dram samping, dram tenor, melodian, loceng, rekoder, kompang dan serunai. 5. LENCANA KEMAJUAN KERIS PERAK Lencana ini diberikan kepada ahli Pengakap PK Tahap 1 bagi mengiktiraf pelbagai kemahiran, kegiatan luar dengan memperkenalkan asas berdikari dan perkhidmatan seperti kebersihan diri, rumah dan persekitaran. A. Kesetiaan 1. Kesetiaan kepada AGAMA 

Menyatakan waktu sembahyang mengikut agama masing-masing.



Menunjukkan cara sembahyang agama masing-masing.

2. Kesetiaan kepada pemimpin. 

Menyatakan nama D.Y.M.M Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong.



Menyatakan nama Perdana Menteri Malaysia.



Menyebut nama Pesuruhjaya Daerah. 12

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas



Menyebut nama Penolong Pesuruhjaya Daerah.

B. Kesihatan dan Keselamatan 1. Boleh menyatakan sekurang-kurangnya kebersihan diri dan persekitaran. 2. Boleh menyatakan senaman.

TIGA

(3)

cara

menjaga

sekurang-kurangnya TIGA (3) faedah melakukan

3. Boleh menyatakan cara memberhentikan darah yang keluar dari hidung. 4. Boleh menyatakan bahaya dan cara mengelakkannya bila menggunakan gas atau alatan elektrik di rumah seperti seterika, kipas angin, pembakar roti, dapur gas dan lain-lain. 5. Menyatakan sekurang-kurangnya TIGA (3) jenis barang dalam pertolongan cemas.

peti

C. Kecekapan 1. Mengukuhkan pengetahuan asas kawad kaki Lencana Keris Gangsa dan mengetahui Latihan Asas Perbarisan : 

Buka barisan



Tutup barisan

2. Boleh menunjukkan cara membuat kegunaannya.

ikatan buku sila dan menyatakan

3. Menunjukkan aktiviti menggunakan bendera : 

Memasang bendera.



Mengibar bendera.



Menurunkan bendera.



Melipat bendera.

D. Penyertaan 1. Boleh menamakan sekurang-kurangnya TIGA (3) jenis haiwan liar. 2. Boleh menamakan sekurang-kurangnya TIGA (3) jenis haiwan peliharaan. 3. Boleh menyatakan sekurang-kurangnya TIGA (3) cara mengelakkan makanan menjadi tercemar. 4. Boleh menamakan sekurang-kurangnya TIGA (3) komputer.

komponen asas

5. Boleh menyatakan cara penggunaan telefon persendirian atau awam dengan menggunakan wang syiling. E. Perkhidmatan 1. Memahami isyarat wisel (berkumpul). 2. Menjalankan gotong-royong mengemas bilik darjah / kawasan sekolah. 6. LENCANA KEPANDAIAN KATEGORI PENGETAHUAN 13

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Keris Perak, ahli Pengakap PK Tahap 1 dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2)Lencana Kepandaian dalam Kategori Pengetahuan seperti senarai dibawah : 

Ahli Olahraga



Ahli Pasukan Permainan



Ahli Sains



Pencinta Alam Semulajadi



Pembaca Peta



Pemeliharaan Alam Sekitar



Pengembara

6.1

Ahli Olahraga Lencana ini diberikan bagi mengiktiraf penglibatan ahli dalam bidang kesukanan dan olahraga dengan mengambil bahagian dalam acara seperti berlari, lompat tinggi, lontar peluru dan sebagainya. 6.1.1 Boleh menyatakan sekurang-kurangnya TIGA (3) jenis sukan di sekolah. 6.1.2 Boleh menamakan sekurang-kurangnya TIGA (3) jenis makanan yang berkhasiat. 6.1.3 Boleh mengambil bahagian dengan tiga percubaan bagi acara sukan : 

Larian 50 meter



Larian 100 meter



Lompat jauh



Lontar peluru / baling bola lisut

Catatan: Ahli yang pernah mewakili sekolah/daerah/negeri/kebangsaan/antara bangsa boleh dianugerahi lencana ini tanpa diuji. 6.2

Ahli Pasukan Permainan Lencana ini diberikan bagi mengiktiraf penglibatan ahli dalam sukan permainan seperti bola sepak, bola tampar, sepak takraw, pingpong, sukan rakyat dan sebagainya. Oleh itu, ahli perlu untuk : 

Menyatakan undang-undang dan peraturan mengenai SATU (1)jenis permainan berikut: futsal, bola jaring, petanque, boling, goalball, ping pong suaian, dan lain-lain permainan dalam pendidikan khas.



Boleh bermain sekurang-kurang satu jenis permainan berpasukan.



Menunjukkan cara menjaga dan menyimpan alat permainan setelah digunakan. 14

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

 6.3

Menyatakan cara membersihkan badan setelah bermain.

Ahli Sains Lencana ini diberi bagi mengiktiraf pengetahuan ahli dalam ilmu sains seperti membuat ujikaji, membuat kamera lubang halus, menyambung litar, elektromagnet dan sebagainya. Ahli boleh memilih SATU (1) sahaja daripada aktiviti di bawah :

6.4



Menunjukkan satu eksperimen bahawa api yang menyala itu memerlukan udara (lilin akan terpadam bila ditutup dengan cawan).



Membuat pelangi tiruan dengan menggunakan pancuran air paip.



Menunjukkan bagaimana menyambungkan litar elektrik dengan bateri dan menghubungkan litar itu ke bateri dan bagaimana mengawal aliran elektrik dengan menggunakan suis.



Mengenalpasti apa yang berlaku sekiranya jisim benda yang berat dan ringan dimasukkan ke dalam air.

Pencinta Alam Semulajadi Lencana ini diberi sebagai pengiktirafan kepada ahli yang mencintai alam semulajadi seperti membersihkan kawasan sungai, mengutip sampah di tepi pantai dan sebagainya. Ahli dikehendaki memilih DUA (2) sahaja daripada aktiviti di bawah : 6.4.1 Menyimpan catatan dan melaporkan perubahan atau perkembangan kejadian harian setiap seminggu sekali dalam tempoh dua bulan mengenai satu daripada perkara di bawah ini : 

Tumbuh-tumbuhan



Kehidupan burung



Kehidupan di tepi pantai, perigi, kolam dan kehidupan dalam sungai.



Pelbagai jenis batu fosil dan batu lontar.



Kupu-kupu, katak, belalang dan lain-lain haiwan yang bersesuaian.



Kawan dan musuh pokok tanaman di kebun.



Pokok pakis, rumput-rampai lain-lain.

6.4.2 Memelihara haiwan peliharaan dan ternakan sekurang-kurang 2 bulan dengan sempurna. Pengakap PK Tahap 1 boleh menceritakan pemerhatiannya terhadap haiwan tersebut. 6.4.3 Mengambil bahagian dalam satu projek di bawah bersama Pengakap Muda atau bersama sekawan sendiri (Pilih satu sahaja): 

Membersihkan tempat perkelahan, tepi jalan, pantai, tepian tasik. ATAU 15

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas



Menanam pokok bersama Pengakap Muda. Pokok hiasan atau pokok rimbun di sekitar tempat tinggal / kawasan sekolahnya. ATAU



Membersihkan kawasan rumah dan halaman atau kebun di belakang rumah dan sekolah.

6.4.4 Melukis atau mewarna gambar cuaca di dalam Buku Log selama 1 bulan dan dapat menerangkan kesan cuaca terhadap tanaman. 6.4.5 Membuat Buku Skrap mengenai Pencemaran Alam Sekitar berdasarkan keratan akhbar, majalah dan apa-apa sahaja sumber yang berkaitan dengan tajuk yang diberikan. 6.5

Pembaca Peta (Pengetahuan) Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap PK Tahap 1 bagi mengiktiraf pengetahuan dan kesungguhan dalam ilmu geografi seperti arah mata angin, bearing, jenis-jenis peta dan menggunakan kompas. Pilih DUA (2) sahaja. 1. Melukis Mata angin 4 pecahan dan menunjukkan arah kedudukan mata angin itu dengan berpandukan arah matahari terbit dan matahari terbenam. ATAU 2. Melukis peta lakaran kedudukan kawasan sekolah. 

Pejabat



Bilik Guru



Kantin



Perpustakaan



Tandas murid lelaki dan perempuan



Surau



Padang sekolah



Kelas Pendidikan Khas

3. Melukis sebuah pelan lakaran di dalam rumah atau kediaman. 4. Berjalan kaki sejauh sekurang-kurangnya 1 kilometer berkumpulan bersama sekawan dan guru pemimpin sambil melaporkan apa yang dilihat pada masa itu. 6.6

Pemeliharaan Alam Sekitar (Pengetahuan) Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap PK Tahap 1 bagi mengiktiraf dan kesungguhan dalam memelihara, menjaga dan mencintai alam sekitar seperti membersihkan taman rekreasi dan kawasan sekolah. Pilih SATU (1) sahaja. 1. Menggunting dan menampal sekurang-kurangnya TIGA (3) bahan bacaan mengenai pencemaran alam sekitar di dalam Buku Log. 2. Buat buku skrap mengenai pencemaran alam sekitar contohnya: 16

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas



Pembuangan bahan sisa kilang



Pembuangan sampah-sarap



Pembuangan atau tumpahan minyak

3. Mengambil bahagian dalam satu aktiviti berikut :

6.7



Memberi perkhidmatan sukarela berkenaan pemeliharaan alam sekitar seperti membersihkan taman rekreasi kanak-kanak, kawasan sekolah, kawasan rumah dan masjid / rumah ibadat.



Memelihara pokok atau berkebun di kawasan sekitar rumah sendiri atau kawasan sekolah.

Pengembara (Pengetahuan) Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap PK Tahap 1 bagi mengiktiraf pengetahuan dan kesungguhan dalam mengambil bahagian pelbagai jenis pengembaraan dan mengetahui cara-cara berkhemah. Pilih hanya DUA (2) sahaja. 6.7.1. Menerangkan (kepada Pemeriksa) persediaan yang perlu dibekalkan untuk sehari mengembara dan menjelajah ke kawasan luar bandar atau ke pinggir kampung : membuat anggaran perbelanjaan, pakaian yang patut dan sesuai, bekalan peribadi, lain-lain alat dan alatan ubatan untuk pertolongan cemas dan makanan serta borang kebenaran ibu bapa / penjaga telah diperoleh. 6.7.2. Mengambil bahagian dalam pengembaraan kawasan sekolah . (Pengembaraan Pengakap PK 1sekurang-kurang dua kilometer).

diluar Tahap

6.7.3. Mengetahui cara mengisi barang keperluan ke dalam beg untuk mengembara supaya semua peralatan nampak kemas dan senang dibawa. 6.7.4.

Mengetahui cara memasang dan membuka khemah.

6.7.5. Mengetahui asas undang-undang jalan raya berkaitan dengan kemalangan semasa di jalan raya dan peraturan berjalan kaki. 7. LENCANA KEPANDAIAN KATEGORI PERKHIDMATAN Setelah memperolehi Lencana Kepandaian – Kategori Pengetahuan, Pengakap PK Tahap 1itu perlu meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Perkhidmatan seperti di bawah mengikut kemahirannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut : 

Pekerja Am



Pengurus Rumah



Penyelamat Nyawa



Ahli Pertolongan Cemas 17

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

7.1

Pekerja Am (Perkhidmatan) (PERHATIAN : Perlu melakukan TIGA (3) bahagian sahaja dari 9 bahagian yang dicadangkan)

7.2



Boleh mencuci kenderaan seperti motokar, motosikal atau skuter dengan tunjuk ajar orang dewasa.



Boleh mengetahui cara untuk menegangkan rantai basikal.



Boleh menunjukkan cara bagaimana menggunakan alatan pertukangan seperti tukul besi, gergaji, spana, playar, pisau, kapak dan menjaga serta menyimpan alatan tersebut.



Boleh menjahit butang pada baju atau pada seluar, atau menjahit lencana Pengakap di baju dengan sempurna.



Boleh membersihkan kawasan rumah atau sekolah.



Boleh menunjukkan cara mengecat yang betul.



Boleh mencuci dan menggosok baju.



Boleh membersihkan alat perkebunan seperti cangkul, tajak, pongkes dan lain-lain selepas digunakan.



Boleh menyusun-atur alat pertukangan atau alat perkebunan dalam stor.

Pengurus Rumah (Perkhidmatan) Pilih TIGA (3) sahaja.

7.3



Boleh menyediakan satu jenis minuman panas seperti seteko kopi, teh, milo dan lain-lain sama ada bersusu atau tidak; menunjukkan cara menghidangkannya kepada tetamu.



Boleh menyediakan satu jenis minuman yang menyegarkan seperti air limau manis, limau nipis atau air nenas, air tembikai, air kelapa dan lain-lain.



Boleh menyediakan sup (rebusan) yang ringkas dari bahan makanan segera atau menggoreng telur, merebus telur, bahan makanan segera seperti mee segera, burger dan sosej.



Boleh memasak nasi atau bubur atau nasi goreng untuk hidangan dua orang.



Boleh menggoreng ikan, udang, sardin, keledek, pisang dan tauhu untuk hidangan dua orang.



Boleh membantu menyiapkan hidangan di meja makan, mencuci pinggan mangkuk, periuk belanga dan lain-lain.



Boleh menyapu, membersihkan habuk dan mengemaskan tempat tidur.



Boleh mencuci pakaian seragam pengakap dan pakaian sekolah sendiri serta pakaian peribadi.

Penyelamat Nyawa (Perkhidmatan) 18

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap PK Tahap 1 bagi mengiktiraf pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan menyelamat nyawa seperti memadam kebakaran dan meminta pertolongan pihak Bomba Dan Penyelamat, Polis dan JPAM.

7.4



Boleh memahami dan mengetahui cara menggunakan alat pemadam api dengan betul.



Boleh memahami dan mengetahui keselamatan dengan betul.

cara

menggunakan

jaket

Ahli Pertolongan Cemas (perkhidmatan) Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap PK Tahap 1 bagi mengiktiraf pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan pertolongan cemas seperti memberhentikan pendarahan, membalut luka ringan dan menjaga peti pertolongan cemas. 

Perlu mengetahui isi kandungan dan tatacara penggunaan peti pertolongan cemas.



Boleh mendapatkan bantuan atau pertolongan dari orang dewasa yang berpengalaman.



Boleh menunjukkan bagaimana memberhentikan darah keluar dari hidung.



Boleh membantu membalut luka dan mengetahui cara menggunakan jenis balutan bagi luka yang ringan.



Perlu mengetahui cara memadamkan kebakaran kecil.



Perlu mengetahui cara merawat gigitan atau sengatan serangga.



Mengetahui cara menolong dan meminta bantuan dari orang lain untuk menolong mangsa pengsan atau pitam.

19

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

8. LENCANA KEMAJUAN KERIS EMAS Setelah memperolehi kesemua Lencana Kepandaian iaitu Kategori Kegemaran (2), Pengetahuan (2) dan Perkhidmatan (2), Pengakap PK Tahap 1 itu perlu meneruskan latihan dan ujian untuk mendapatkan Lencana Kemajuan Keris emas dengan menjalankan aktiviti-aktiviti seperti berikut : A. Kesetiaan 

Menyanyikan sekurang-kurangnya sebuah lagu patriotik.



Mewarnakan gambar Jata Negara.



Mewarnakan bendera negeri masing-masing.



Menyebut nama penuh kedua ibubapa masing-masing.



Menyebut nama Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pengakap.



Menunjukkan cara amalan agama masing-masing.

B. Kesihatan dan Keselamatan



Menyatakan sekurang-kurangnya 3 gaya hidup sihat.



Menyatakan cara bagaimana mencegah dari jangkitan selsema atau demam.



Menyatakan cara mendapatkan bantuan kecemasan.



Menunjukkan cara membalut luka ringan.



Menghasilkan sebuah buku skrap dari media suratkhabar, majalah atau internet yang mempunyai mesej seperti Anti Dadah ATAU Bahaya Merokok ATAU Keracunan Makanan.

C. Kecekapan 

Mengukuhkan Latihan Asas Kawad Kaki Lencana Keris Gangsa, Perak dan seterusnya mengetahui perintah “Cepat Jalan”, “Berhenti” dan “Hormat”.



Mengetahui Latihan Asas Ala Komando seperti merangkak, merangkak di bawah jaring atau jala, meniti kayu dan bergayut serta gayut monyet.



Mengukuhkan kemahiran ikatan seperti Buku Sila (Keris Gangsa), Simpul Sentak (Keris Perak) serta mengetahui cara mengikat Simpul Manuk dan kegunaannya.



Demonstrasi kumpulan.

memasang,

membuka

dan

melipat

khemah

bersama

D. Penyertaan 1. Menghasilkan SATU daripada aktiviti-aktiviti di bawah : 

Sebuah kotak tempat menyimpan alat-alat Pertolongan Cemas atau kotak menyimpan surat atau tabung dari bahan terbuang ATAU



Membuat layang-layang yang boleh dinaikkan ke udara ATAU



Membaiki sekurang-kurangnya satu jenis permainan kanak-kanak yang menggunakan bateri. 20

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

2. Menyanyi sekurang-kurangnya SATU buah lagu Pengakap Malaysia. E. Perkhidmatan 1. Bersama Sekawan / Pek membersihkan kawasan rumah / sekolah / rumah ibadat / tempat awam. 2. Membantu pemimpin dalam penyediaan bahan aktiviti permainan. 3. Melukis pelan lakaran kawasan rumah sendiri. 4. Membantu Pemimpin mengatur program. TANDA CEMERLANG RAMBU PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS TAHAP 1 Rambu ini dianugerahkan kepada Pengakap PK Tahap 1 setelah mereka mendapat Lencana Keris Emas dan Tujuh Lencana Kepandaian iaitu : 1. Lencana Wajib 2. Dua Lencana Kegemaran 3. Dua Lencana Pengetahuan dan 4. Dua Lencana Perkhidmatan. Rambu Pengakap PK Tahap 1 layak dipakai dengan syarat : 1. PEMEGANG LENCANA KERIS EMAS SELAMA 1 BULAN. 2. Berkelakuan baik. 3. Menunjukkan sikap kepimpinan yang boleh dicontohi. 4. Dicalonkan oleh pemimpin PEK. CATATAN: Rambu Pengakap PK Tahap 1 boleh dipakai sehingga pengakap mendapat anugerah rambu pengakap muda. Anugerah Sijil Rambu dikeluarkan oleh Persekutuan Pengakap Negeri masing-masing dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Negeri. Rekod Ujian Lencana Keahlian Bil 1 2 3 4 5 6 7

Perkara Lambang Pengakap Malaysia dan Pengakap Sedunia Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap Lima Prinsip Rukun Negara Tabik, Hormat dan Cogankata Pengakap Sejarah Pergerakan Pengakap Cerita Hutan Laung Agung

Tarikh

T.T Penguji

21

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap kanak-kanak ini telah menjalankan ujian-ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian tersebut. Tarikh : _____________________ Diluluskan oleh : _____________________ Rekod Ujian Lencana Wajib Ahli Renang Bil 1 2 3 4

Perkara Peraturan keselamatan air Keselamatan diri dan cara-cara berenang (asas) Cara memakai dan mengendalikan jeket keselamatan di air Membina keyakinan diri di air

Tarikh

T.T Penguji

Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap kanak-kanak ini telah menjalankan ujian-ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian tersebut. Tarikh : ____________________

Diluluskan oleh : ____________________

Rekod Ujian Lencana Wajib Penunggang Basikal Bil 1 2 3 4 5

Perkara Mengenal dan menamakan bahagian-bahagian basikal. Asas Undang-undang jalanraya. Isyarat tangan semasa berbasikal. 5 kesalahan menyebabkan kemalangan. Kaedah penjagaan basikal.

Tarikh

T.T Penguji

Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap kanak-kanak ini telah menjalankan ujian-ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian tersebut. Tarikh : ____________________

Diluluskan oleh : ____________________

Rekod Ujian Lencana Kemajuan Keris Gangsa Bil Perkara Kesetiaan 1 Lagu Kebangsaan “ NEGARAKU ”

Tarikh

T.T Penguji

22

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

2 Bendera Malaysia dan Bendera Negeri 3 Lambang Pengakap Malaysia 4 Nama Pemimpin & Penolong Pemimpin PK 5 Agama-agama di Malaysia Kesihatan dan keselamatan 1 Kesihatan dan kebersihan diri Bahaya pil, cecair dan gula-gula dari orang yang 2 tidak dikenali 3 Bahaya bermain benda-benda tajam 4 Bahaya bermain mercun, bunga api 5 Pertolongan jika berlaku kecemasan 6 Peraturan asas keselamatan jalan raya Kecekapan 1 Latihan asas kawad kaki 2 Cara mendaki menggunakan tali 3 Mengetahui tempat-tempat awam 4 Menjaga pakaian seragam Pengakap 5 Tanda isyarat sulit Pengakap 6 Simpul Buku sila Penyertaan Menjadi ahli Perpustakaan Sekolah / Mini Perpustakaan 2 Menghasilkan satu barang permainan 3 Aktiviti-aktiviti Perkhidmatan 1 Membantu ibu bapa di rumah setiap hari 1

2

Membantu menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.

Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap Kanak-Kanak ini telah menjalankan ujian-ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian tersebut. Tarikh : .................................

Diluluskan Oleh : ...................................

23

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

Rekod Ujian Lencana Kepandaian – Kegemaran Bil 1 2 3 4 5 6

Perkara

Tarikh

T.T Penguji

Koleksi Hobi Kraftangan Peladang kecil Pelukis Pembaca Buku Pengibur

Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap Kanak-Kanak ini telah menjalankan ujian-ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian tersebut. Tarikh : .................................

Diluluskan Oleh : ...................................

Rekod Ujian Lencana Kemajuan Keris Perak Bil A 1 2 3 B 1 2 3 4 5 C 1 2 3 D 1 E 1 2

Perkara

Tarikh

T.T Penguji

Kesetiaan D.Y.M.M Yang Dipertuan Agong dan Perdana Menteri Pesuruhjaya Daerah dan Penolong Pesuruhjaya Pendidikan Khas Rukun / kaedah sembahyang agama masingmasing Kesihatan dan keselamatan Cara menjaga kebersihan diri dan persekitaran Mengetahui faedah senaman Cara memberhentikan darah keluar dari hidung Bahaya elektrik dan gas Isi kandungan Peti Pertolongan Cemas Kecekapan Latihan Asas Perbarisan ( buka / tutup barisan ) Ikatan Buku Sila / Bunga Geti / simpul sentak Memasang, mengibar, menurun, melipat bendera Penyertaan Perkhidmatan Mengetahui dan memahami isyarat wisel Gotong royong mengemas bilik darjah

Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap Kanak-Kanak ini telah menjalankan ujian-ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian tersebut. Tarikh : ....................................

Diluluskan oleh : ..................................... 24

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

Rekod Ujian Lencana Kepandaian – Pengetahuan Bil 1 2 3 4 5 6 7

Lencana

Tarikh

Diluluskan Oleh

Ahli Olahraga Ahli Pasukan Permainan Ahli Sains Pencinta Alam Semulajadi Pembaca Peta Pemeliharaan Alam Sekitar Pengembara

Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap Kanak-kanak ini telah menjalankan ujian-ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian tersebut. Tarikh : ……………………

Diluluskan Oleh : ……………………….

Rekod Ujian Lencana Kepandaian – Perkhidmatan Bil 1 2 3 4

Lencana

Tarikh

Diluluskan Oleh

Pekerja Am Pengurus rumah Penyelamat nyawa Ahli Pertolongan Cemas

Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap Kanak-kanak ini telah menjalankan ujian-ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian tersebut. Tarikh :……………………

Diluluskan Oleh :………………….

25

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

Rekod Ujian Lencana Kemajuan Keris Emas Bil A 1 2 3 4 5 B 1 2 3 4 5 C 1 2 3 4 D 1 2 E 1 2 3 4

Perkara

Tarikh

T/TgnPengu ji

Kesetiaan Lagu Patriotik Mewarna Jata Negara dan Bendera Negeri Mengetahui nama penuh ibubapa Mengetahui nama Pemimpin dan Penolong Pemimpin PK Amalan agama masing-masing Kesihatan dan Keselamatan Gaya Hidup Sihat Mencegah jangkitan selsema /demam Cara mendapatkan bantuan kecemasan Membalut luka ringan secara asas Buku Skrap Kecekapan Latihan Asas Perbarisan (Cepat Jalan/ Berhenti/ Hormat ) Halangan Komando Ikatan Simpul Manuk Memasang/membuka/ melipat khemah Penyertaan Kreativiti pilihan Menyanyikan 1 buah lagu pengakap Perkhidmatan Membersihkan kawasan rumah/ sekolah / awam Membantu dalam penyediaan bahan aktiviti Pelan Lakaran kawasan di dalam rumah Membantu pemimpin mengatur program

Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap Kanak-kanak ini telah menjalankan ujian-ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian tersebut. Tarikh :……………………

Diluluskan Oleh :………………….

26

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

Rekod Kemajuan Lencana Pengakap Kanak-Kanak Bil

Perkara

1

Lencana keahlian.

2

Lencana wajib ( ahli berenang / penunggang basikal )

3

Lencana kemajuan keris gangsa.

4

Lencana kegemaran -1 ................................

5

Lencana kegemaran -2 ................................

6

Lencana kemajuan keris perak

7

Lencana pengetahuan -1 ............................

8

Lencana pengetahuan -2 ............................

9

Lencana perkhidmatan -1 ............................

10

Lencana perkhidmatan -2 ............................

11

Lencana kemajuan keris emas

12

Rambu PKK – Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri

Tarikh diluluskan

27

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

LENCANA KEAHLIAN LENCANA PENGHIBUR LENCANA AHLI RENANG LENCANA KERIS PERAK

LENCANA PENUNGGANG BASIKAL

LENCANA AHLI OLAHRAGA

28 LENCANA AHLI KRAFTANGAN

LENCANA KERIS GANGSA

LENCANA AHLI KOLEKSI HOBI

LENCANA AHLI KRAFTANGAN

LENCANA PENGURUS RUMAH

LENCANA AHLI SAINS

LENCANA PEMBACA PETA

LENCANA PELADANG KECIL LENCANA KERIS EMAS LENCANA PENCINTA ALAM SEMULA JADI

LENCANA AHLI PENGEMBARA

LENCANA PEMBACA BUKU LENCANA PEKERJA AM LENCANA PERTOLONGAN CEMAS LENCANA PENYELAMAT NYAWA LENCANA AHLI PASUKAN PERMAINAN LENCANA PELUKIS LENCANA PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

PEMBACA BUKU LENCANA PELADANG KECIL LENCANA PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF