modul ini sesuai untuk menerangkan mengenai fungsi komunikasi sehala dan dua hala.....
Description
MODUL AKTIVITI
Nama aktiviti
: Komunikasi Sehala Dan Dua Hala
Masa
: 30 minit
Alatan
: Kertas A4 dan Pen
OBJEKTIF :
1. Menguasai kemahiran komunikasi berkesan yang bermula dengan mendengar dengan aktif. 2. Memupuk komunikasi dua hala yang berkesan bagi meningkatkan kualiti kerja. 3. Komunikasi dua hala mengelakkan salah faham.
PROSEDUR :
1. Fasilitator mengedar dua keping kertas A4 kepada setiap ahli dan mereka duduk dalam bulatan. 2. Fasilitator memberikan arahan berikut supaya dilukis oleh ahli. Ahli tidak dibenarkan bertanya. Arahan diulang dua kali sahaja. Lukis satu bulatan. Dalam bulatan itu, lukis tiga bulatan kecil. Di atas bulatan, lukis sebuah segi tiga. Di bawah bulatan pula, lukis sebuah segi empat tepat secara menegak. Di kiri dan kanan segi empat tepat itu, buat satu segi empat tepat secara melintang. Di bawah segi empat tepat menegak itu, lukis dua segi empat tepat menegak sekali lagi dengan hujungnya dilukis satu bulatan. y y y y y
y
3. di atas kertas lain, peserta diminta melukis kali kedua dengan arahan yang sama tetapi kali ini dibenarkan bertanya. 4. peserta diminta membandingkan kedua -dua lukisan mereka dengan lukisan contoh. 5. fasilitator meminta peserta memberikan maklum balas berkenaan perasaan mereka semasa melukis kali pertama dan kedua. 6. fasilitator berbincang bagi mendapatkan maklum balas dengan memberi fokus kepada:
FALSAFAH :
1. Kepentingan kemahiran mendengar dalam mewujudkan komunikasi berkesan. 2. Komunikasi satu hala yang menimbulkan menimbulkan masalah masalah UNTUK MODUL YANG LAIN SILA LAYARI http://kaunselingsmkas.blogspot.com/
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.