Model Reka Bentuk
October 4, 2022 | Author: Anonymous | Category: N/A
Short Description
Download Model Reka Bentuk...
Description
EDU 3053
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
6.0 MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN
Definisi Reka Bentuk Pengajaran
Definisi model rekabentuk pengajaran merupakan garis panduan ataupun satu set strategi yang menjadi dasar pendekatan pengajaran untuk seseorang pengajar. Ia membekalkan struktur secara langkah demi langkah "how to practice"dan "how to conduct".
Di dalam kajian Molenda, Reigeluth & Nelson (2003) mereka telah mendefinisikan rekabentuk instruksional sebagai kaedah dan strategi yang sistematik beserta teknologi yang digunakan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Satu sistem yang dibentuk untuk membangunkan bidang pendidikan dan program latihan yang konsisten dan relevan masa kini (Akbulut, 2007, p. 63).
Richey (1986) mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai sains untuk mencipta
amalan
pengajaran
yang
terperinci
untuk
pengembangan,
penilaian dan penyelenggaraan situasi pembelajaran yang memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran berlaku.
Proses untuk menentukan ciri-ciri dan keperluan untuk pembelajaran yang juga mengambil kira kira perubahan sistem sistem dan pengaruh pengaruh alam sekeliling. (Seels dan Richey, 1994). Terdapat pelbagai model pengajaran yang diamalkan oleh guru-guru di sekolah. Umumnya model-model ini boleh dikategorikan dalam tiga kumpulan berikut: Model berorientasikan bilik darjah - Model ASSURE
Model berorientasikan produk - Model ADDIE
Model berorientasikan sistem - Model Dick & Carey
2
EDU 3053
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Model Reka Bentuk ASSURE
Pengaplikasian kaedah dan model pengajaran adalah penting supaya sesuatu objektif pembelajaran dapat dicapai.Model pengajaran yang sesuai digunakan untuk membantu guru mengajar dan menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih jelas dan berkesan supaya objektif pembelajaran dan pengajaran guru dapat dicapai.Bahan yang digunakan dapat membantu guru untuk menjelaskan konsep dan memberi penerangan kepada pelajar agar mesej yang ingin disampaikan jelas dan tepat. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dan dapat mencapai objektif pembelajaran dengan adanya perancangan yang lengkap dan sistematik. Seseorang guru perlu mengetahui perkara yang hendak dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka memerlukan satu perancangan yang rapi untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efisien dan berkesan. Model reka bentuk pengajaran yang digunakan adalah model ASSURE. Model ASSURE diasaskan oleh Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino (1996), adalah model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media secara sistematik. Model Assure bermaksud mempastikan atau ‘t o a s s u r e ’ pembelajaran berlaku.
Model ASSURE dapat membantu guru merancangan pengajaran yang dapat
memanfaatkan penggunaan media. Model
ASSURE
memberi
fokus
kepada
perancangan
pengajaran
pembelajaran berasaskan media dalam bilik darjah. Model ini dapat membantu guru merancangkan pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing.
3
EDU 3053
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Terdapat 6 langkah yang penting dan perlu dilalui oleh seseorang guru sekiranya memilih reka bentuk pengajaran Model ASSURE ini. Antaranya ialah;
1. Analyse Learners (Analisis Pelajar) 2. State Objectives ( Nyatakan objektif/hasil pembelajaran) 3. Select methods, media and materials ( Pilih kaedah, media dan bahan sumber) 4. Utilize media and materials ( Guna media dan bahan sumber) 5. Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran) 6. Evaluate and revise (Nilai dan semak semula)
A
S
S
U
R
E
• Analys Analyse e
Learners Characteristics
•
State Objectives
•
Select methods, media and materials
•
Utilize media and materials
•
Require learner participation
•
Evaluate and revise
4
EDU 3053
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1.0 Analisis Pelajar
Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar adalah penting untuk membantu kita merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut: i.
Ciri-ciri umum pelajar.
ii.
Pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
iii. i.
Gaya belajar
Ciri-ciri umum pelajar
Ciri umum pelajar termasuklah umur, tahun, kelas, aliran, jantina, penempatan, daerah, kawasan, budaya dan seumpamanya. Pemilihan kaedah, sumber dan bahan dapat disesuaikan dengan jenis pelajar yang dikenalpasti. Pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasanya dapat dibantu pembelajarannya melalui penggunaan gambar, bahan konkrit dan aktiviti tanpa media cetak. ii.
Pengetahuan sedia ada
Setiap pelajar mempunyai pengalaman yang berbeza.Analisis pengetahuandan pengalaman sedia ada pelajar dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar. Guru boleh mengenalpasti pengetahuan sedia ada pelajar melalui ujian praunit yang akan dipelajarinya, mengkaji pencapaian pembelajaran unit terlebih dahulu dan mengadakan sesi soaljawab di dalam kelas. Apabila guru ada maklumat tentang pengetahuan dan pengalaman pelajar tentang topikyang akan dipelajari, mudahlah bagi guru untuk memilih pengisian sumber pembelajaran dan kaedah yang sesuai yang akan digunakan.
5
EDU 3053
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
iii.
Gaya Pembelajaran Pelajar
Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran individu merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai pembelajaran. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar dapat
membantu
guru
merancang
pengajaran
dan
pembelajaran
yang
efektif.Model Dunn dan Dunn, model Honey dan Mumford, dan model Mutiple Intelligence Gadner adalah beberapa contoh model gaya pembelajaran pelajar.
Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk persepsi merupakan faktor motivasi dan tingkah laku belajar.
6
EDU 3053
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
2.0 Nyatakan Objektif/Hasil Pembelajaran
Objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan secara jelas.Ini adalah
sebagai hala tuju pengajaran dan pembelajaran.Penekanan kepada apa yang pelajar boleh buat selepas menjalani proses pembelajaran. Oleh itu objektif mesti spesifik. Pernyataan objektif dapat membantu guru memilih media dan kaedah
penyampaian yang sesuai. Dengan itu guru dapat menentukan langkah aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak mungkin dapat menilai pencapaian pelajar tanpa menyatakan objektif terlebih dahulu.
Dalam hal ini, pernyataan objektif yang baik mengandungi empat kriteria berikut:
a) Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar) b) Apakah yang hendak dicapai? (Apakah bentuk pelakuan baru) c) Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan) d) Apakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian) a) Sia ap p a k a h y a n g h e n d a k d i c a p a i ? ( K u m p u l a n s a s ar ar ). ).
Fokus penulisan objektif ialah pembelajaran.Kumpulan sasar yang dimaksudkan ialah pelajar. Pembelajaran akan berlaku sekiranya pelajar terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran sama ada secara mental ataupun fizikal. b) A p a k a h y a n g h e n d a k d i c a p a i ? ((A Apakah bentuk p ela ak k u a n b a r u )
Apakah yang hendak dicapai adalah merujuk kepada pelajar.Tingkah pelajar.Tingkah laku yang dinyatakan dalam objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah yang dapat dilihat dan diukur pencapaiannya.Tingkah laku ini juga hendaklah yang wajar dan berasas situasi sebenar.Antara perkataan yang sesuai digunakan ialah
Melakar , Menamakan, Meramal , Membaca, Menjawab, Melukis, Menilai , Melabel , Menjelas 7
EDU 3053
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
c) Situasi dan Syarat Perlakuan . Apakah syarat pelakuan?
Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah termasuk syarat bagaimana tingkahlaku itu baru yang dapat diperhatikan.Penyataan syarat pencapaian objektif ini dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah pengajaran dan pembelajaran. d) B a g a i m a n a h e n d a k d i c a p a i ? ((A A p a k a h s y a r a t p e l ak ak u a n )
Situasi atau syarat pelakuan bermaksud penyataan pencapaian syarat objektif dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah-langkah pembelajaran dan media yang sesuai. e) Ap a k a h t a h a p p e n c a p a i an an m i n i m u m ? ( s t an an d a r d p e n c a p a i a n )
Darjah pencapaian minimum atau standard pencapaian merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantiti tingkah laku, tempoh masa yang ditetapkan dan sebagainya.Penyataan
pengukuran
pencapaian
ini
akan
membolehkan
guru
menyediakan tindak susulan bagi membantupelajar yang belum mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk aktiviti pemulihan dan juga aktiviti pengayaan. Penulisan tahap pencapaian boleh dalam bentuk kualitatif atau kuantatif.
8
EDU 3053
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
3.0 Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan Sumber
Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah dan bahan sumber dibuat secara sistematik dan terancang. Proses pemilihan tersebut merangkumi aspek-aspek berikut:
Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak dicapai.
Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih.
Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.
Menurut Mc Alpine & Wetson (1994) dipetik oleh Hwinich et al (1999), untuk memilih bahan sumber yang sesuai soalan-soalan berikut perlu ditanya.
Adakah bahan ini menepati kurikulum? kurikulum? Adakah isipelajaran isipelajaran menepati menepati kurikulum? kurikulum?
Adakah laras bahasany bahasanya a jelas?
Adakah bahan ini menarik dan dapat memotivasikan memotivasikan pelajar?
Adakah bahan bahan ini dapat menarik menarik penglibatan penglibatan pelajar? pelajar?
Adakah bahan ini berkualiti? berkualiti?
Adakah bukti yang yang menunjukkan menunjukkan bahan bahan ini berkesan? berkesan?
Adakah bahan ini bebas daripada daripada iklan iklan dan kecenderu kecenderungan ngan memihak? memihak?
Adakah ada panduan panduan pengguna? pengguna?
Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati kriteria dan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat menjimatkan masa.
9
EDU 3053
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
4.0 Gunakan Media dan Bahan Sumber
Bagi memastikan kejayaan penggunaan media dan bahan, sumber tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru. Semak, pratonton dan kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas. Guru hendaklah mengkaji, menyemak dan menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum digunakan. Ini dapat membantu guru memastikan bahan tersebut benar-benar sesuai dengan kumpulanpelajar atau objektif pengajaran dan pembelajaran.
Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas.
Sediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.
Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.
5.0 Libatkan pelajar dalam pembelajaran
Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran seperti teori behavioris dan juga teori kognitif. Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa dan sebagainya dapat terus mengekalkan penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran. Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan mengekalkan pengelibatan pelajar dalam proses belajar, Gambar foto, video dapat mencetuskan perbincangan dalam kumpulan, dapat menjana idea dan juga aktiviti penyelesaian masalah.
10
EDU 3053
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
6.0 Nilai dan Semak Semula
Ini merupakan langkah terakhir dalam Model ASSURE.Sebenarnya langkah ini menyentuh dua aspek penilaian iaitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar.
11
View more...
Comments