Model Pengurusan Bilik Darjah
October 11, 2022 | Author: Anonymous | Category: N/A
Short Description
Download Model Pengurusan Bilik Darjah...
Description
Dalam era ini, cabaran guru untuk megurus bilik darjah dan tingkah laku murid dengan berkesan telah menjadi semakin sukar. Menurut Alberto & Troutman (1986), pengurusan bilik darjah boleh didefinisikan sebagai kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid ketika menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran. Pada asanya, pengurusan bilik darjah dan tingkah laku merupakan kemahiran yang agak sukar dikuasai walaupun banyak teori dan teknik yang telah dipelajari oleh guru di universiti maupun di institut-institut perguruan. Oleh itu, beberapa model pengurusan disiplin telah dicadangkan oleh ahli-ahli psikologi tingkah laku, para pendidik dan ahili-ahli akademik. Selepas membaca tujuh jenis model yang dicadangkan, saya telah memilih Model Pengurusan Disiplin Thomas Gordon Gordon sebagai pilihan yang paling sesuai bagi menangani tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah. Menurut Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel ( 2016 ), Thomas Gordon Gordon ialah ahli psikologi yang telah memenangi banyak anugerah dan pernah tercalon untuk Hadiah Nobel. Beliau merupakan peneraju dalam mengajar kemahiran berkomunikasi dan cara menangani konflik kepada guru, pelajar, remaja dan ibu bapa. Gordon percaya bahawa disiplin bilik darjah dapat dicapai dengan membantu murid memperoleh kawalan dalaman atau kawalan kendiri. kendiri . Beliau menegaskan guru seharusnya tidak lagi bergantung kepada teknik intervensi tradisional yang berpusatkan kawalan guru, guru, ganjaran dan hukuman. Oleh itu, Thomas T homas Gordon telah mencadangkan Model Pengurusan Disiplin Thomas Gordon untuk menangani tingkah t ingkah laku bermasalah di bilik darjah. Menurut Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel ( 2016 ), Model Pengurusan Disiplin Thomas Gordon adalah pengurusan disiplin yang tidak boleh dicapai melalui paksaan, ganjaran dan hukuman. Sebenarnya, pengurusan disiplin yang berkesan seharusnya melalui pembentukan kemampuan murid untuk mengawal diri sendiri yang berlaku secara intrinsik dan dalaman. dalaman. Bagi saya, saya, konsep model ini lebih efektif berbanding dengan guru yang cuba mengawal dengan melalui paksaan, hukuman atau ganjaran. Kawalan melalui paksaan, hukuman atau ganjaran tidak dapat berkesan lama dan murid hanya akan berubah disebabkan ketakutan atau keinginan untuk mendapat sesuatu barang. Ini adalah pengawalan yang secara sementara dan perubahan yang permukaan sahaja. Menurut Gordon, semakin bertambahnya kuasa digunakan untuk mengawal orang lain, semakin kurang
pengaruh kita terhadap perlakuan orang tersebut. Oleh itu, fokus utama model utama model ini adalah memupuk murid supaya mempunyai kemampuan kawalan kendiri. kendiri . Gordon berpendapat bahawa pembentukan mekanisme kawalan diri murid ini boleh dibuat dengan bantuan guru dan guru harus mengurangkan kawalan terhadap murid agar mereka berpeluang mengawal perlakuan mereka sendiri dan mampu berdikari, Menurut Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel ( 2016 ), terdapat enam langkah dalam Model Pengurusan Disiplin Thomas Gordon, iaitu Pelan Disiplin Gordon.. Langkah yang pertama ialah mempengaruhi daripada mengawal. Gordon mengawal. Lebih banyak guru cuba mengawal murid, maka lebih sukar bagi guru untuk menerapkan pengaruh yang positif kepada murid. Terbaliknya, guru perlu menggunakan peneguhan yang positif. Langkah yang kedua ialah mencegah masalah sebelum berlaku. berlaku . Tiga perkara yang boleh digunakan, iaitu I-Message, iaitu untuk menyatakan secara peribadi tentang perasaan dan fikiran guru mengenai sesuatu situasi dan tingkah laku murid. Selain itu, guru boleh membentuk peraturan bilik darjah secara kolaboratif dengan murid. Ketiga adalah pengurusan bilik darjah bersama-sama guru dan murid, iaitu guru dan murid sama-sama membuat keputusan tentang hal-hal yang berkaitan dengan kelas mereka. Ini akan memotivasikan murid untuk mempunyai lebih keyakinan diri, mempunyai rasa kepunyaan terhadap kelas dan menggalakkan murid bertanggungjawab atas tingkah laku yang ditunjukkan. Langkah ketiga ialah “Masalah “Masalah siapa? . Guru perlu lebih berhati-hati dalam ”
mengeluarkan arahan agar tidak menjadi punca masalah. Selain itu, guru perlu mengenalpasti siapa adalah punca masalah supaya lebih senang diselesaikan. Oleh itu, penentuan “ masalah siapa?” adalah penting dalam pelan disiplin Gordon kerana teknik yang digunakan untuk menyelesaikan masalah disiplin perlu diaplikasikan kepada orang yang bermasalah. Seterusnya, langkah yang keempat ialah berdepan dengan masalah tingkah laku. laku. Guru perlu berdepan dengan masalah yang dihadapi dan mencari cara untuk mencegah dan mengatasinya. Antara cara yang boleh digunakan guru semasa berdepan dengan masalah tingkah laku adalah menjadikan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, penggunaan I-message dan ubah strategi mengikut kesesuaian situasi kepada peka dengan sensitiviti murid.
Langkah kelima ialah kemahiran mendengar . Gordon menggariskan empat jenis kemahiran mendengar, iaitu mendengar dengan pasif, memberikan maklum balas minima, membuka peluang dan mendengar dengan aktif. Kemahiran ini digunakan bagi mengelakkan halangan komunikasi antara guru dan murid. Mendengar secara pasif bermaksud guru mendengar dengan teliti dan memberikan ruang kepada murid untuk menceritakan apa masalah mereka. Manakala memberikan maklum balas minima iaitu secara non-verbal seperti anggukan, senyuman, mengerutkan muka atau pergerakkan yang bersesuaian dengan situasi. Hal ini menunjukkan minat dan keprihatinan guru dengan masalah murid. Kemahiran membuka peluang pula memberikan peluang kepada murid untuk membincangkan masalah mereka. Maklum balas sebegini adalah bersifat terbuka dan tidak menghukum yang membuka peluang kepada murid untuk bercakap dan meluahkan perasaan. Kemahiran mendengar secara aktif pula ialah proses mengesahkan kefahaman guru terhadap masalah yang diceritakan oleh murid dan menunjukkan guru memberikan perhatian terhadap penceritaan murid. Langkah yang terakhir ialah
penyelesaian konflik yang berkesan. berkesan .
Penyelesaian konflik yang berkesan adalah apabila pihak-pihak yang berkonflik berpuas hati dengan resolusi yang dipersetujui bersama. Konflik dapat diselesaikan apabila dua pihak yang berkonflik berbincang sama-sama resolusi kepada konflik yang dihadapi dan berpuas hati serta mencapai peretujuan bersama. Contohnya, guru boleh duduk berbincang bersama-sama guru lain atau murid kelas tersebut untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan baik tanpa menimbulkan sebarang masalah besar kepada dua pihak. Sudah tentu, semuanya mempunyai bahagian yang baik dan buruk. Melalui maklumat yang dikumpul, saya telah mendapati beberapa kelebihan kelebihan bahawa bahawa Model Pengurusan Disiplin Thomas Gordon. Salah satu adalah model ini boleh membantu pelajar menjadi lebih berdikari dan bertanggungjawab. Ini disebabkan guru akan memupuk kemampuan murid untuk mengawal diri sendiri. Selain itu, guru dan murid boleh berkongsi kuasa bersama di dalam bilik darjah. Tidak Ti dak lagi guru yang mengambil sepenuh kuasa untuk mengawal disiplin murid secara memberi hukuman dan paksaan. Interaksi antara guru dan murid adalah secara dua hala. Model ini juga memberi pelajar perasaan yang positif terhadap kehidupan dan dalam pemikiran mereka. Ini disebabkan guru sanggup menjadi pendengar mereka untuk menyelesaikan masalah
dan tidak sentiasa memarahi pelajar. Pelajar turut diberi peluang untuk membuat keputusan dan belajar dari kejayaan dan kesilapan mereka. Pendek kata, model ini menggesa guru untuk menggantikan ganjaran dan hukuman
tersebut
dengan
menyediakan
persekitaran
belajar
yang
memberangsangkan, pendekatan I-message, aplikasi teknik menyelesaikan konflik, menghargai persepsi dan perasaan murid, mendengar murid dengan aktif dan elakkan halangan komunikasi guru seperti mengarah, memberi amaran, membebel, mengkritik, melabel dan menyindir. Menurut Hailiza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel ( 2009 ), pegurusan bilik darjah dan tingkah laku yang berkesan akan berjaya mengawal masalah disiplin daripada mengganggu keberkesanan dan kelancaran aktiviti di dalam bilik darjah. Selain merancang aktiviti p&p dengan cekap, seorang guru juga perlu memikirkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menguruskan tingkah laku murid dengan berkesan di dalam bilik darjah. Masalah-masalah disiplin dan tingkah laku dapat dikurangkan sekiranya guru mempunyai m empunyai langkah-langkah intervensi untuk mengawal masalah tersebut sebelum menjadi seruis. Terdapat beberapa bentuk intervensi yang boleh digunakan oleh guru dalam menangani masalah disiplin. Jadi, apakah intervensi yang lebih sesuai untuk meyelaraskan konsep dalam Model Pengurusan Disiplin Thomas Gordon? Melalui persefahaman terhadap beberapa bentuk intervensi, saya telah memilih bimbingan dan kaunseling sebagai intervensi yang paling sesuai untuk menguatkan bentuk Model Pengurusan Disiplin Thomas Gordon. Gordon. Menurut Mok Soon Sang (2011), bimbingan atau guidance dalam bahasa Inggeris, membawa erti memberi panduan atau nasihat kepada seseorang. seseorang . Mengikut Crow dan Crow (1983), bimbingan bimbingan,, di bawah konteks pendidikan, merujuk kepada bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada murid yang berkenaan. Manakala, kaunseling, mengikut Shertzer dan Stone (1968), ialah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Patterson dan Eisenberg (1983) menghuraikan kaunseling sebagai proses pertemuan secara bersemuka antara seorang kaunselor dengan kliennya yang membawa perubahan klien pada akhirnya. Di sekolah, bimbingan dan kaunseling merupakan salah satu cara intervensi yang berkesan untuk berkesan untuk membantu murid-murid semasa menghadapi kesulitan dan masalah. Oleh itu, selain mengajar, pengajar dikehendaki memainkan
peranan sebagai pembimbing untuk membantu murid mengatasi masalah yang mereka hadapi. Objektif menyelesaikan
utama Bimbingan utama masalah, sama
dan
ada
Kaunseling
akademik
ialah
ataupun
menolong
murid
emosi-sosial, yang
dihadapinya. Berdasarkan objektif Bimbingan dan Kaunseling yang dihuraikan, maka matlamat utamanya utamanya ialah memberi bimbingan dan saranan penyesuaian supaya murid dapat menggunakan nasihat dan hasil saranan perbincangan dengan kaunselornya untuk menyelesaikan masalah peribadi, pembejaran atau kerjaya yang dihadapnya melalui usaha diri sendiri. Dalam bimbingan dan kaunseling, terdapat beberapa prinsip-prinsip prinsip-prinsip yang perlu diberi tumpuan. Menurut Mok Soon Sang (2011), salah satu prinsip dalam bimbingan dan kaunseling ialah tiap-tiap murid yang menghadapi masalah harus harus diberi peluang peluang perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, Kaunseling, tanpa mengira kaum, status sosial, latar belakang dan agama atau kepercayaanny kepercayaannya. a. Selain iitu, tu, kaunseling ialah interaksi di antara kaunselor dengan murid berdasarkan hubungan mesra dan kepercayaan.. Bimbingan dan Kaunseling hendaklah kepercayaan bersendirian antara bersendirian
kaunselor
dan
murid
dijalankan dijalankan dalam situasi
sahaja. Segala sahaja.
perkara
yang
dibincangkan haruslah dirahsiakan. Bagi saya, salah satu prinsip yang paling penting ialah, sesi kaunseling hanya boleh diberi kepada murid yang sudi rela menerimanya dan tidak dan tidak boleh dipaksa, dipaksa , termasuk memilih tempat perbincangan. Oleh itu, kemahiran membimbing membimbing ialah kemahiran guru mendampingi dan membina hubungan dengan murid-muridnya secara fizikal dan psikologi. Kemahiran membimbing yang efektif akan memberikan kesan, iaitu murid-murid akan mempercayai guru dan seterusnya guru perlu memberikan komitmen untuk mendengar dan membantu mereka. Oleh itu, asas-asas kemahiran membimbing ini adalah sebagai panduan yang perlu guru sesuaikan dengan ciri-ciri yang ada pada murid yang dibimbing. Kemahiran pertama ialah Kemahiran memberikan perhatian. perhatian. Perhatian yang diberikan akan memberikan gambaran kepada murid bahawa guru minat dan bersungguh-sungguh untuk menolongnya. Murid akan sanggup dan bersedia untuk berkongsi masalah dan bercerita tentang dirinya. Kemahiran yang kedua ialah Kemahiran mendengar dengan aktif . Dalam Model Pengurusan Disiplin Thomas Gordon, salah satu pelan adalah tentang kemahiran mendengar. Ini adalah
kemahiran yang amat penting bagi seorang guru. Kemahiran mendengar dengan aktif adalah satu kebolehan untuk mendengar bagi mendapatkan maklumat dan memahami perkara yang cuba disampaikan oleh murid. Kemahiran yang ketiga ialah Kemahiran berempati. berempati. Guru yang empati dalam banyak keadaan turut merasai perkara yang sama seperti yang dirasai oleh murid. Murid akan lebih mempercayai, mesra dan berminat untuk berhubung dengan guru yang empati. Murid akan lebih terbuka semasa berkomunikasi. Pendek kata, bimbingan dan kaunseling merupakan suatu bentuk intervensi alternative yang boleh digunakan oleh guru untuk menguruskan tingkah laku murid. Kemahiran bimbingan terutamanya perlu ada pada setiap guru untuk menangani atau mencegah masalah-masalah yang timbul semasa aktiviti p&p di dalam bilik darjah. Sebagai kesimpulannya, guru harus memahami konsep pengurusan masalah disiplin bilik darjah di samping mengenal pasti intervensi bimbingan dan kaunseling yang boleh digunakan dalam Model Pengurusan Disiplin Thomas Gordon. Konsep model ini dan intervensi harus saling berhubungan secara selaras supaya membantu guru menghadapi masalah disiplin di dalam bilik darjah. Dengan pengurusan bilik darjah yang lancar, guru dapat memastikan murid-murid mendapat peluang untuk memperoleh hasil pembelajaran yang dirancang.
View more...
Comments