Model Pengajaran Dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

March 24, 2017 | Author: Mohamad Yusof Mahmod | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Model Pengajaran Dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab...

Description

Soalan 1

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab Pendidikan merupakan aktiviti dalam kehidupan yang amat memberi kesan kepada individu serta masyarakat. Terkandung dalam pendidikan adalah proses pengajaran dan pembelajaran, perbezaaan faktor seperti ideologi, agama, bahasa, budaya, tempat serta banyak lagi juga menyumbang kepada terhasilnya gaya pembelajaran dan pengajaran yang pelbagai. I Islam ternyata adalah yang terawal mempromosikan aktiviti pendidikan pada umat manusia, perkara ini disaksikan melalui pengutusan malaikat Jibrail oleh Allah Taala kepada Nabi Muhammad S.A.W. di Gua Hira’. Baginda S.A.W telah diseru untuk membaca walaupun beliau adalah seorang yang buta huruf. Islam berkembang pesat selepas baginda dilantik menjadi Rasul dan tugas dakwah dilakukan. Zaman dan keturunan bersilih ganti, maka dengan ketentuan Allah lahirlah imam-imam mazhab yang menjadi tunjang pedoman penganut Islam bagi generasi seterusnya. Imam-imam tersebut adalah Imam Syafie, Imam Malik, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah. Pengorbanan mereka telah banyak memberi impak kepada kehidupan umat Islam termasuklah aspek pengajaran dan pembelajaran. Konsep- Konsep Pedagogi 1. Teori Teori membantu guru untuk memahami asas masalah pembelajaran khususnya dalam konteks pendidikan khas. Teori dapat memberi panduan atau kaedah yang berkesan dan bersesuaian untuk menyelesaikan masalah murid. Antara fungsi teori kepada guru ialah: • •



Teori membantu untuk seseorang guru membuat penilaian, menyemak bahan, teknik, kaedah pembelajaran yang boleh digunakan kepada pelajar, Teori memberi panduan pengetahuan yang sistematik dan konsep bekerja bagi membolehkan pengubahsuaian sesuatu ilmu baru dan ia amat penting kerana memberi arah panduan menjelaskan dengan lebih teratur struktur pemikiran dan ini membentuk tindak balas yang diingini berlaku. Teori ialah pembentukan secara berproses. Setiap disiplin dibina berdasarkan konsep dan idea yang dikembangkan oleh teori sebelumnya. Teori adalah cabaran, kekuatan, bagi pengkaji dan ahli akademik untuk mempraktik dan membuat penilaian bagi membuktikan teori yang dikeluarkan oleh golongan ini bersesuaian dan berguna serta berhasil.

Menurut Thomas (1985), sesuatu teori dikatakan baik apabila mempunyai ciri-ciri seperti dapat menjelaskan fakta-fakta dengan jelas, mudah difahami, berguna untuk membuat ramalan masa hadapan dan memperjelas perkara-perkara yang sudah lepas, boleh diterapkan secara praktikal, bersifat konsisten dan tidak berasaskan banyak andaian (kepercayaan-kepercayaan yang tidak dapat dibuktikan). Contoh teori : Behaviourisme Kognitif Sosialis Humanis 2. Model Model pengajaran mengandungi unsur-unsur penting yang dapat memberi gambaran tentang proses pengajaran. Pada masa dahulu, pengajaran dianggap sebagai satu proses yang mudah iaitu pengajaran sebagai suatu penyampaian pengetahuan daripada guru kepada murid. Situasi ini dinamakan proses pengajaran sehala iaitu guru sebagai pengajar menyalurkan pengetahuannya kepada murid yang menerima segala-galanya. Apabila pengajaran sedemikian berlaku, guru merupakan sebagai individu yang aktif manakala murid menerima secara pasif. Tidak terdapat sebarang interaksi antara guru dengan muridnya. Tanpa interaksi antara guru dengan muridnya, maka sukar untuk menentukan sama ada proses pembelajaran telah berlaku atau tidak. Murid tidak diberikan peranan aktif sebagai individu yang boleh menentukan pembelajarannya. Namun keadaan sekarang sudah jauh berubah daripada keadaan seperti itu. Pengajaran lebih disifatkan satu proses yang dengan sengaja dirancangkan dengan objektif dan isi yang dipilih khas untuk disesuaikan dengan keperluan murid. Untuk menentukan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan, guru-guru haruslah mengambil pelbagai pertimbangan seperti memilih model-model pengajaran yang boleh memberi kesan positif pada pengajarannya di samping pemilihan kaedah, teknik dan pendekatan. Contoh model pengajaran : Pengajaran Asas Inkuiri Sim

Penguasaan Koperatif Pengajaran Amalan Memproses Maklumat SAALE Masteri Ekspositori

3. Strategi Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, tiada satu kaedah dan strategi yang khusus dan terbaik boleh diaplikasikan di dalam kelas yang mempunyai kepelbagaian murid terutamanya murid berkeperluan khas. Ia terpulang kepada daya kreativiti guru dan kesesuaian kehendak murid untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran pada ketika itu. Ini kerana tahap penerimaan murid terhadap bahan yang diberikan ada berbagai-bagai iaitu ada yang cepat, sederhana dan ada yang lambat. Faktor kecerdasan mempengaruhi daya serap murid terhadap bahan pelajaran yang diberikan oleh guru. Oleh yang demikian, dalam sesi pembelajaran, guru seharusnya memiliki strategi dan kaedah yang khusus agar murid dapat belajar secara lebih efektif dan efisien. Justeru itu, strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di dalam kelas pendidikan khas boleh diklasifikasikan mengikut tumpuan kepada tiga unsur utama iaitu: • • •

Pendekatan

Strategi pemusatan guru Strategi pemusatan murid, dan Strategi pemusatan bahan pelajaran

Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran itu diajarkan untuk mencapai objektifnya. Setiap pendekatan hendaklah mencerminkan satu pandangan atau pendapat tentang hakikat satu matlamat pelajaran . Ia bertujuan untuk memudahkan murid menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Dengan adanya pendekatan , guru dapat membuat tanggapan asas yang akan dijadikan prinsip. Kita mempelajari sesuatu situasi itu secara keseluruhan dan kemudian memperinci elemen-elemen situasi satu pandangan atau sebagai teori pembelajaran, maka kita boleh menjadikannya sebagai satu pendekatan dalam sesuatu pengajaran. Ini membawa maksud sesuatu pengajaran itu harus dimulakan dengan mengamati keseluruhannya terlebih dahulu dan kemudian dikaji bahagian-bahagiannya. Menurut pendapat Edward M.Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik. Melalui pendapat ini dapatlah kita merumuskan bahawa pendekatan harus berlandaskan kepada model , prinsip atau teori pembelajaran . Contohnya; • • • • • • •

konkrit kepada abstrak mudah kepada kompleks keseluruhan kepada bahagian umum kepada spesifik (deduktif) spesifik kepada umum (induktif) dekat kepada jauh diketahui kepada belum diketahui

Pendekatan merupakan aksiomatik iaitu kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan. Pendekatan ini bolehlah dirumuskan sebagai satu teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan objektifnya. Contoh pendekatan : Koperatif Deduktif Belajar sambil bermain Kumpulan, Kelas , Individu Berasaskan Penyelidikan Analisis Tugasan Pengajaran Bertema

Visualais Kolaborasi

Kaedah Kaedah pengajaran bermaksud tindakan-tindakan yang dilakukan oleh guru dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini melibatkan tindak balas antara guru dan murid. Di antara kaedah yang bersesuaian untuk mengajar pembelajaran Kemahiran Hidup ialah kaedah memberi arahan, demonstrasi, permainan, penemuan, kaedah pusat pembelajaran dan kaedah projek. Contoh kaedah : Tunjuk Cara Simulasi Projek Memberi Arahan Latih Tubi Sumbang Saran Eksplorasi - Penemuan

Teknik Teknik adalah unsur terkecil dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, ia terkandung dalam sesuatu kaedah. Ia merangkumi aktiviti, pelakuan dan kemahiran guru yang digunakan untuk menyampaikan isi pelajaran dalam pengajaran. Teknik ialah cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran. Teknik yang digunakan oleh guru akan menjadikan pengajaran itu lebih bermakna dan menyeronokkan. Seseorang guru mestilah pandai menggunakan teknik supaya murid lebih berminat dan timbul motivasi untuk belajar. Dalam setiap pengajaran sememangnya terdapat pelbagai cara dan teknik yang boleh digunakan, namun begitu tiada satu teknik pun yang dianggap paling sesuai dan dapat digunakan untuk semua keadaan atau terbaik untuk semua sesi pengajaran. Teknik yang digunakan hendaklah bergantung kepada keadaan dan berdasarkan kepada minat pelajar serta bahan pengajaran yang hendak

disampaikan (Rashid et al 1996). Teknik pengajaran dan pembelajaran ini mempunyai beberapa objektif, antaranya ialah: •



untuk menyampaikan bahan pengajaran dengan cara yang boleh menarik minat murid-murid dan untuk mengekalkan perhatian serta mencungkil rasa ingin tahu mereka. untuk membolehkan murid mencapai objektif-objektif pengajaran yang dipelajari dengan mudah dan berkesan.

Terdapat banyak teknik pengajaran yang boleh digunakan dan diaplikasikan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran seperti teknik main peranan, teknik bercerita, teknik soal jawab, teknik perbincangan, teknik drama dan teknik forum.

Perbahasan Lanjut Model Pengajaran dan Pembelajaran Merujuk kepada sub topik ‘Konsep- Konsep Pedagogi’ yang telah dikemukakan pada sebelum ini dapat difahami bahawa terdapat Perhubungan dan kaitan antara pendekatan, kaedah dan teknik iaitu ia dihasilkan dari suatu model. Sesebuah model akan menghuraikan kaedah dan strategi pengajaran yang didasarkan kepada pendekatan pengajaran. Model pengajaran dan pembelajaran adalah satu perihalan persekitaran pembelajaran yang dijadikan panduan untuk merancang kurikulum, kursus, dan unit pengajaran serta menyediakan bahan-bahan pengajaran seperti program multimedia serta pengajaran berbantukan komputer, lembaran-lembaran kerja, dan sebagainya. Model pengajaran dan pembelajaran adalah piawai yang merupakan sebuah aturan yang mampu menghasilkan kualiti pada output pengajaran dan pembelajaran. Setiap model atau proses ini boleh dibandingkan tahap kebagusannya berdasarkan disiplin yang terkandung. Tujuan model pengajaran dan pembelajaran dibina oleh pakarpakar pendidikan ialah memberi panduan kepada perancang mengajar dan guru tentang langkah-langkah mengajar yang utama supaya membolehkan mereka merancang serta melaksanakan proses pengajaran, membentuk rangka pengajaran yang lengkap untuk penyelia dan penyelidik dalam proses pengajaran sebagai rujukan dan sebagai panduan asas bagi guru dalam sesi maklum balas serta pengubahsuaian untuk proses pengajaran yang selanjutnya. Jelaslah bahawa model pengajaran dan pembelajaran sebagai satu ‘proses’ serta ‘piawai’ yang mampu untuk dibuat perbandingan kualiti. Seterusnya dari model tersebut pelbagai kaedah dan teknik pengajaran yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk membolehkan pembelajaran optima berlaku. Ini adalah selaras dengan model pengajaran dan pembelajaran telah dikaji dan dibina oleh pakar-pakar pendidik bertujuan untuk menghasilkan proses pengajaran yang berkesan.

Mutu sesebuah model pengajaran dan pembelajaran juga dapat diukur mengukur sejauh mana keberkesanan penggunaan terhadap pelajar. Inidapat dirujuk kepada tahap perkembangan intelek pelajar. Sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan dan memotivasikan pelajar selain untuk Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab Berdasarkan kepada tajuk utama dalam perbincangan ini. Menjadi suatu persoalan pertama yang harus dirungkai. Apakah yang dimaksudkan dengan model pengajaran dan pembelajaran empat imam mazhab? Sepanjang pencarian sumber serta bahan rujukan yang menepati konteks model pengajaran dan pembelajaran, belum dijumpai lagi sebarang teks atau hasil kajian yang memaparkan proses pembelajaran dan pengajaran empat imam mazhab. Kebanyakan buku-buku dan artikel yang didakwa mengemukakan model rekabentuk pengajaran dan pembelajaran tokoh-tokoh Islam terutama empat imam mazhab hanya berkisarkan kepada kaedah-kaedah serta teknik-teknik yang terkandung dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka. Sebagaimana yang telah kita fahami daripada penjelasan pada bahagian sebelum ini. Terdapat perbezaan yang jelas pada konsep model, kaedah dan teknik. Namun, mungkin kerana kekeliruan terhadap istilah tersebut maka banyak penulis-penulis yang tidak Berjaya mengemukakan model pengajaran dan pembelajaran tokoh-tokoh Islam seperti Imam Ghazali, Imam Syafie, Imam Malik, Imam Ahmad serta lain-lain lagi. Ini kerana kesimpulan yang dapat dibuat adalah ia hanya lebih kepada penceritaan tentang latar belakang pendidikan yang diterima oleh tokoh-tokoh berkenaan, pengalaman kehidupannya sebagai seorang pengajar atau pengalaman melaksanakan proses pengajaran ilmu-ilmu Islam selain menyatakan senarai buku-buku dan kitab yang telah dikarang. Selebihnya adalah kaedah serta teknik yang digunakan. Kaedah serta teknik seperti seperti kuliah, ceramah, talaqqi musyafahah, tadarrus, soal jawab, demonstrasi dan sebagainya telah dianggap sebagai model pembelajaran dan pengajaran yang telah dilaksanakan oleh tokoh-tokoh Islam terutama empat imam mazhab. Oleh yang demikian skali lagi ditegaskan bahawa tiada satu bentuk ‘proses’ atau ‘struktur’ pun yang dikemukakan oleh penulis tersebut apa bila mendakwa tulisan tersebut adalah tentang model pembelajaran dan pendidikan. Wajar untuk kita lihat semula beberapa konsep yang dikaitkan dengan pengajaran seperti pendekatan, kaedah dan teknik. Secara ringkas dan mudah ‘pendekatan’ merupakan teori pelajaran yang menjadi asas dan akan diaplikasikan apabila guru menyampaikan isi pelajaran.

‘Kaedah’ pula adalah merupakan satu set tindakan bersistematik seorang guru yang dilaksanakan untuk mencapai objektif pembelajaran dalam lingkungan tempoh masa tertentu (contohnya dalam tempoh satu waktu pengajaran mengikut jadual) yang mengandungi prosedur-prosedur berdasarkan kepada pendekatan yang dipilih. ‘Teknik’ pula merupakan bagaimana guru memanipulasikan kaedah yang dipilih tersebut untuk mengoptimumkan pembelajaran murid. Seorang guru sebenarnya adalah bebas untuk membina kaedah pengajaran berdasarkan kepada pendekatan. Perhubungan dan kaitan antara pendekatan, kaedah dan teknik menghasilkan model. Apa yang penting ialah kita dapat memahami bagaimana sesebuah model pengajaran itu terbina. Apakah yang mencirikan sesebuah model pengajaran? Elemen-elemen utama sebuah model pengajaran Fokus Setiap model pengajaran akan mempunyai objektif yang dikenal sebagai titik tumpuan (focal point). Sebuah model pengajaran dibina dengan mengambil kira titik tumpuan ini. Dalam perkataan lain, tumpuan model pengajaran inilah yang akan menentukan pembinaan sesebuah model pengajaran yang mengandungi beberapa fasa. Beberapa kecekapan akan terbentuk melalui aplikasi model pengajaran. Sintaks meliputi turutan langkah-langkah (sequences of steps) yang terlibat dalam pengorganisasian program pengajaran yang lengkap. Prinsip-prinsip riaksi / pengajaran merupakan cara bagaimana guru menanggap dan menjangkakan respons terhadap aktiviti yang dilakukan oleh murid. Respons ini perlu sesuai dan bersifat selektif. Sistem sosial Ia berkaitan perkara berikut: a. Hubungan dan peranan interaktif antara guru dan murid. b. Jenis-jenis norma dan tingkahlaku murid yang diperhatikan dan perlu diberikan ganjaran (seperti gred dan skor) Sistem sokongan berkaitan keperluan tambahan yang diperlukan selain kemahiran guru mengajar seperti bahan bantu, prasarana dan sebagainya. Konteks aplikasi seperti "concept development" dan sebagainya.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF