Model Kurt Lewin

March 27, 2018 | Author: nur | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

kurt lewin...

Description

Model Kurt Lewin

Model Kurt Lewin - Antara reka bentuk atau model yang perlu dilihat dalam Kajian Tindakan adalah yang reka bentuk kajian oleh pelopor Action Research itu sendiri iaitu Kurt Lewin.

Terma "Action Research" telah dikreditkan kepada Kurt Lewin seorang ahli teori sosial yang mempelopori kajian tindakan.

Reka Bentuk Kajian Tindakan Kurt Lewin telah dibina pada tahun 1940-an dan dikenali sebagai Kurt Lewin's Action Research Spiral yang mana menunjukkan penambahbaikan yang berterusan dalam pembelajaran mengenai apa yang telah dikaji.

Menurut Lewin (1946), kajian tindakan memperlihatkan suatu kitaran langkah-langkah (a spiral of steps). Suatu kitaran kajian tindakan mempunyai empat langkah iaitu merancang (planning), memerhati (observing) dan mereflek (reflecting). Kitaran ini akan berterusan ke kitaran seterusnya yang melibatkan merancang semula, bertindak , memerhati dan mereflek bagi menghasilkan kitaran baru. Model kajian tindakan Lewin ini ditunjukkan dalam Rajah 1.

Lewin (1948) mengemukakan satu model pilin dan setiap pilin atau kitaran itu mengandungi langkah-langkah perancangan, tindakan dan peninjauan atau pencarian fakta mengenai kesan atau keputusan sesuatu tindakan itu.

1) Mengenal pasti idea umum atau idea awal 2) Tinjauan atau Pencarian fakta 3) Perancangan 4). Pelaksanaan pelan tindakan tindakan 5). Penilaian tindakan yang diambil 6). Pembetulan perancangan 7). Mengambil langkah tindakan seterusnya dan begitu berikutnya melalui beberapa kitaran.

Langkah model Kurt Lewin (1948)

RUJUKAN Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin. (2013). Pengantar Penyelidikan Tindakan dalam Penyelidikan Pendidikan. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. http://www.slideshare.net/ssuser741b5d/savedfiles?s_ti tle=kajian-tindakan-15934373&user_login=johnrasta90

DISEDIAKAN OLEH : • NUR IZNI BINTI MOHD SABRI • SITI RUSYILA BINTI ABU BAKAR • NUR NASUHA BINTI SHUHAIMI

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF