Minit Mesyuarat Unit Kecemerlangan Tahun 6 Kali Ke 3

February 12, 2018 | Author: Syarifah Rosmuliana Sayed Idrus | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

minit mesyuarat...

Description

MINIT MESYUARAT UNIT KECEMERLANGAN TAHUN 6 KALI KETIGA TAHUN 2017 SEKOLAH KEBANGSAAN SEREMBAN JAYA TARIKH HARI MASA TEMPAT

: 20 JUN 2017 : SELASA : 7.35 PG : BILIK PERCAMBAHAN MINDA

KEHADIRAN 1. 2. 3. 4.

En. Mohammad Fadill b. Mohd Tisan Pn. Samarina bt Samon En Ismarizal b. Ismail Pn Noor Emlin Bt. Ahmad

5. Pn Syarifah Rosmuliana Binti sayed Idrus 6. Pn Siti Hajal Bt. Yusof 7. Pn Sheela a/p Tanggapan 8. Pn Jamaah Bt Jaffar 9. Pn Noor Zuraini bt Maamin 10. Pn Surayaadha bt Murad 11. Pn Jalinah bt Jalil 12. En Mohd Rozi b mat Daud 13. En Mohd Hasbi b. Ismail 14. En Nasir b. Ali 15. En. Fadzil b. Ab. Rahman 16. Pn mazila bt. Abd Latif 17. Pn Rozita bt Othman 18. Pn Zaleha bt Hj. Ehwan

- Guru Besar - GPK Kurikulum - GPK HEM - Penyelaras Tahun 6 & Guru Kelas 6 Delima - Setiausaha - Guru Kelas Tahun 6 Baiduri - Guru Kelas 6 Berlian

- Kaunselor

1.0 UCAPAN PENGERUSI 1.1Pengerusi mengucapkan syukur dan terima kasih di atas kehadiran semua rakan guru yang mengajar Tahun 6. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah atas kerjasama dalam menjalankan tugasan yang diberikan. 2.0 UCAPAN GB ( EN MOHAMMAD FADILL B MOHD TISAN) 2.1 Beliau memulakan ucapan dengan ummul kitab, Al Fatihah dan mengucapkan kesyukuran. 2.2 Beliau meminta semua guru yang mengajar Tahun 6 meningkatkan PnP kerana dan pastikan pelajar bersedia. 2.3 Beliau akan memantau calon UPSR dari masa ke semasa.Beliau juga berharap agar semua GPK dapat memberi motivasi seminggu

TINDAKAN Makluman

sekali kepada semua calon. 2.4 Beliau memberitahu akan berjumpa dengan calon target ( 20 orang ). 2.5Beliau berharap mesyuarat pada hari ini dapat membincangkan program-program dan tindakan yang akan diambil kepada calon UPSR pada tahun ini. 3.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT 3.1 En Fadill b Mohammad Tisan selaku pengerusi dan penyelaras membentangkan minit untuk diterima dan disahkan. Disahkan oleh

- Pn. Siti Hajal bt Yusof

Disokong oleh

- Pn Mazila bt Abd. Latif

4.0 PERKARA BERBANGKIT 4.1 Tn Guru Besar memberitahu PRA UPSR akan diadakan pada 1-4 Ogos. Ia merupakan kayu pengukur di peringkat negeri dan beliau berharap calon kita akan memperoleh keputusan yang baik. 4.2 Tuan Guru Besar juga memaklumkan agar unit kecemerlangan tahun 6 menyusun semula jadual dan susunan kelas tambahan. - kelas tambahan tiada lagi mengikut kelas - Kedudukan murid didalam kelas mengikut gred calon - Akan bermula selepas cutu hari raya aidilfitri - Melibatkan guru-guru matapelajaran teras yang tidak Mengajar tahun 6. 4.3 Guru Besar juga meminta proses ke Port Dickson disegerakan. 4.4 Beliau juga memberitahu setakat hari ini kertas A4 untuk kegunaan Tahun 6 mencukupi. Jika tidak cukup beliau akan membuat tempahan. 5.0 ANALISA DAN POST MORTEM PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 5.1 Pn Emlin membentangkan dan menerangkan perjalanan Peperiksaan Akhir Tahun yang telah berlangsung. 5.2 Beliau memberitahu calon seramai 114 dan tiada calon menumpang. 5.3 Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun agak memuaskan dengan 2 calon mendapat 6A. 5.4 Tuan Guru Besar berharap pencapaian ini dapat dipertingkatkan lagi dan berharap guru-guru terus meningkatkan usaha bagi mencapai keputusan yang lebih cemerlang. Antara sarana Guru besar ialah:* Rancang kumpulan latih tubi untuk calon yang perlu dipulihkan mengikut nisbah 1:10. * Perlu ada 1 ujian ( PRA UPSR 1 ) sebelum PRA UPSR sebenar. Tarikh dicadangkan pada 17-19 Julai 2017. dewan perlu dibuka. * Selepas Bengkel Pecutan Akhir di PD akan diakan Perkampungan UPSR bagi semua calon.

* Ganjaran kepada murid yang cemerlang semasa Peperiksaan Pertengahan Tahun berbentuk wang tunai. Calon dari kelas belakang juga wajar diberikan ganjaran bagi yang meningkat keputusannya. Dana dari PIBG. Akan diberikan pada 3 Julai sebagai motivasi kepada calon.

6.0 HAL-HAL LAIN 7.1 Tn Guru Besar menyatakan bahawa membawa calon cemerlang ke Port Dickson adalah bertujuan untuk memberi calon terbabit suasana yang lebih selesa dari suasana di sekolah. 7.2 Beliau juga memberitahu seramai 40 calon yang akan terlibat. 7.3 Beliau juga berharap Perkampungan UPSR akan terus dilakukan selepas pulang dari Port Dickson. Perjalanan Program dari pagi sampai petang. 7.4 Pn Siti Hajal meminta Kelas Tambahan Berfokus diadakan semasa waktu pembelajaran biasa kerana kekangan pada aktiviti Sekolah. 7.5 Tn Guru Besar menjelaskan bahawa Kelas Tambahan Berfokus boleh diadakan semasa 1m1s dan semasa aktiviti Koko iaitu pada hari Selasa dan Rabu. Jika masih tidak mencukupi boleh diadakan pada hari Sabtu. 7.6 En Nasir bertanya sampi bila Didik dilangan..Pn Emlin memberitahu akan semak semula dengan bendahari PIBG. 7.7 Pn Zaleha mewakili guru-guru 6 Intan melaporkan masalah sikap murid-murid 6 Intan . 7.8 Ustaz hasbi memberitahu Solat Hajat Perdana akan diadakan pada 7 September 2017. Beliau juga memberitahu bahawa solat hajat bulanan akan diteruskan seperti biasa. Beliau juga berharap guru-guru yang mempunyai anak di tahun 6 turut serta semasa bacaan Yasin awal pagi setiap Selasa-Khamis. .7.9 Pn Normah memberitahu soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi subjek Sains yang disediakan oleh En Isdmarizal sangat berkualiti dan menepati standart UPSR. Beliau berharap guru yang menggubal soalan PRA UPSR 1 dapat mengikut format yang sama.

Mesyuarat ditangguhkan pada 8.29pg

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

(SYARIFAH ROSMULIANA BT SAYED IDRUS)

(NOOR EMLIN BT AHMAD)

Setiausaha, Unit Kecemerlangan Tahun 6, SK Seremban Jaya

Penyelaras, Unit Kecemerlangan Tahun 6, SK Seremban Jaya

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF