Minit Mesyuarat SPBT 4-2017

April 18, 2018 | Author: Nana Diana | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

spbt...

Description

SEKOLAH KEBANGSAAN KUBONG (YBA 5102) 98707 LIMBANG, SARAWAK. MINIT MESYUARAT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) BIL 4/2017 TARIKH TEMPAT MASA

: 22 OKTOBER 2017 (RABU) : BILIK GURU : 12.10 TENGAH HARI

KEHADIRAN 1. En. Sanggah Janggu (Guru Besar) 2. En. Dahlan Bin Salleh (PK Pentadbiran) 3. Pn. Rosidah Binti Bardi (PK Hal Ehwal Murid) 4. Pn. Rosemary Anak Asan (PK Kokurikulum) 5. Pn. Noordiana Binti Abu Bakar (Penyelaras SPBT) 6. En. Adam Amirul Bin Zakaria 7. Pn. Noor Adillah Binti Ibrahim 8. En. Dahlan bin Jurut 9. En. Abdul Mudtasid Al Afiq Bin Abdul Razak

AGENDA

1. 2. 3. 4.

1.0

Ucapan Pengerusi Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Laporan Program SPBT Tahun 2017 Hal-hal lain

Ucapan Pengerusi 1.1 Guru Besar mengucapkan selamat datang dan terima kasih di atas kehadiran semua guru pada mesyuarat kali ini. 1.2 Guru Besar mengucapkan syabas dan tahniah kerana Unit SPBT sekolah telah berjaya menjalankan program yang telah dirancangkan dengan lancar. 1.3 Semua guru terlibat untuk memastikan murid menjaga buku teks dan perlu mengambil tindakan segera sekiranya terdapat kerosakan.

Untuk makluman : Semua AJK

2.0

Membentangkan dan Mengesahkan Minit

2.1

Penyelaras SPBT membentangkan Minit Mesyuarat SPBT Bil 3/2017 yang lalu dan meminta guru menyemak dan mengemukakan cadangan minit untuk diterima serta disahkan. Tiada perkara-perkara  berbangkit.  berbangkit.

Cadangan : En. Abdul Mudtasid Al Afiq Bin Abdul Razak Sokongan : En. Dahlan bin Jurut Untuk makluman : Semua AJK

3.0

Laporan Program SPBT Tahun 2017

3.1

Pengagihan Buku Teks Tahun 1 (KSSR Semakan) Pengagihan buku teks untuk murid Tahun 1 dilakukan pada 3 Januari 2017 iaitu pada hari pertama  persekolahan. Buku yang diedarkan adalah buku teks dan buku aktiviti. Keperluan buku teks adalah mencukupi Terdapat 2 set buku untuk 2 orang murid Tahun 1 telah diedarkan ke SK Bukit Luba.

3.2

Pelupusan Buku Teks Proses pelupusan buku teks telah dilaksanakan pada 9 Februari 2017 Pengawas dan Kelab SPBT sekolah bergotong-royong membakar buku teks yang telah mendapat kelulusan pelupusan daripada pihak Arkib. YDP dan NYDP bersama-sama terlibat semasa proses pembakaran buku teks tersebut dibuat. Laporan pelupusan buku teks telah diberikan kepada pihak PPD dan Arkib.

3.3

Program Sayangi Buku Teks Program Sayangi Buku Teks telah dilasanakan pada 22 Mei 2017 iaitu pada hari Rabu. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan dengan jayanya 1) Klinik Buku Teks (Memeriksa Buku Teks, Membaik Pulih dan Membalut Buku Teks) 2) Pameran Buku Teks (Aku Dibenci dan Aku Disayangi) 3) Pertandingan Mewarna untuk Tahap 1 4) Pertandingan Melukis Kulit Buku Teks untuk Tahap 2 5) Watikah Pelantikan Pengawas SPBT

3.4

Pemulangan Buku Teks Tahun 2017 Pemulangan Buku Teks akan dilaksankan pada Tarikh 13 November 2017 (Isnin)

3.5

Pengagihan Buku Teks Tahun 2018 Pengagihan Buku Teks Tahun 2018 akan diadakan pada 22 November 2017 (Rabu) Penyerahan buku teks untuk Tahun 1 (2018) akan diberikan pada Hari Pendataran Murid iaitu pada Hari Rabu (22 November 2017)

Untuk makluman : Semua AJK 4.0

Hal-hal lain

4.1

Keperluan Buku Surat telah diedarkan kepada beberapa sekolah yang terlibat untuk memohon buku teks 2 orang murid Tahun 5 menerima jumlah buku yang belum lengkap sepenuhnya Buku akan diperolehi semasa proses jual beli buku teks selewat-lewatnya awal Januari 2018 2 set lengkap buku untuk murid Tahun 6 diberikan kepada SK Tiga Kampung.

4.2

Perpindahan Guru Kelas dan Guru Kelas Ganti Guru Kelas Tahun 5 iaitu En. Azri Bin Nadzir telh berpindah dan tugas-tugas pemulangan buku teks tahun 2017 dan pengagihan buku teks tahun 2018 digalas sepenuhnya oleh En. Tarmizi Bin. Awg. Lah.

4.3

Denda untuk murid Murid yang tidak membalut buku teks perlu diberi tindakan yang sewajarnya pada tahun hadapan. RM 1.00 dapat dikenakan kepada murid yang tidak membalut buku teks sebagai hukuman dan denda. Hukuman ini dapat dilaksanakan sepenuhnya pada tahun hadapan. Untuk makluman : Semua AJK

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.40 tengah hari.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

…………………………………………

…………………...…………………

(NOORDIANA BINTI ABU BAKAR) Setiausaha SPBT, Sekolah Kebangsaan Kubong.

(SANGGAH JANGGU) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Kubong.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF