Minit Mesyuarat Pemilihan Murid Layak Bantuan Persekolahan...
Description
MINIT MESYUARAT PEMILIHAN MURID LAYAK BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA (BKAP1M) 2016 SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BERAYA, MIRI Tarikh Hari Masa Tempat
: : : :
26 Januari 2016 Selasa 1.10 petang Bilik Kelas Tahun 6
Agenda : 1. Kata-kata aluan Pengerusi 2. Hal-hal Profesionalisme 3. Hal-hal lain 4. Penutup Kehadiran : Nama
Jawatan
1. Encik Othman bin Hj. Yunus
Guru Besar
2. Puan Zaleha binti Main
Penolong Kanan Kurikulum
3. Puan Engku Nurul Farahana binti Engku Aziz Penolong Kanan HEM 4. Encik Helmi bin Tambi
Penolong Kanan Kokurikulum
5.
Puan Nik Asilati binti Nik Ideris
Guru Bahasa Arab
6.
Puan Nasihah binti Yusoff
Guru Pendidikan Islam
7. Encik Shukri bin Sulaiman
Guru Prasekolah
8. Puan Sharifah Rakiah binti Wan Drahman
Guru Akademik Biasa
9. Puan Rani Arumugam
Guru Akademik Biasa
10. Puan Eshantee Engkamat
Guru Akademik Biasa
11. Cik Maizureen Mahidin
Guru Akademik Biasa
12. Puan Allnie James
Guru Akademik Biasa
1.
Kata-kata Aluan Pengerusi 1.1
Pengerusi memberitahu tentang Kerajaan Malaysia telah meluluskan pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M) sebanyak RM100 kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 yang berpendapatan isi rumah sebanyak RM3000 dan ke bawah.
1.2
Pelaksanaan bantuan khas awal persekolahan 1Malaysia bagi tahun ini diteruskan bertujuan meringankan beban ibu bapa di awal persekolahaan.
1.3
Pengerusi juga memaklumkan tentang kriteria-kriteria kelayakan bantuan termasuklah murid mesti warganegara Malaysia, dan bagi murid yang bukan warganegara,
salah
seorang
1
ibu/bapa/penjaga
mestilah
warganegara
Malaysia serta bersekolah di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan sahaja. Tindakan: Untuk makluman 2. Hal-hal Profesionalisme 2.1
Pemilihan murid yang layak menerima bantuan dibincangkan berdasarkan maklumat murid dalam sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
2.2
Setiap guru kelas mengenalpasti murid yang ibu bapa berpendapatan RM 3000 dan ke bawah adalah layak untuk menerima bantuan tersebut.
2.3
Puan Allnie memberitahu bahawa murid yang layak bagi Tahun 1 adalah seramai 12 orang.
2.4
Puan Sharifah pula memberitahu bahawa semua murid Tahun 2 adalah layak iaitu seramai 12 orang.
2.5
Bagi murid Tahun 3 pula, Ustazah Nik memberitahu bahawa murid yang layak adalah seramai 11 orang.
2.6
Bagi murid Tahun 4, Cik Maizureen memberitahu seramai 8 orang murid yang layak menerima bantuan.
2.7
Puan Rani pula memberitahu bahawa semua murid tahun 5 adalah layak menerima bantuan dan menepati syarat yang ditetapkan. Tindakan
: Untuk makluman dan tindakan
3. Perkara-perkara lain 5.1
Encik Helmi memaklumkan bahawa kos baju sukan adalah sebanyak RM30 dan meminta semua guru kelas memaklumkannya kepada semua murid.
5.2
Puan Rani mencadangkan agar pakaian sukan untuk dibeli oleh murid perlu diiklankan. Tindakan
: Untuk makluman dan tindakan
4. Penutup GB mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan berharap agar semua guru berhati-hati dalam mengenalpasti murid yang layak menerima bantuan agar tidak berlaku kesilapan yang tidak diingini. Beliau turut berharap agar pelaksanaan bantuan ini akan berjalan lancar tanpa mempunyai sebarang masalah. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.15 petang.
2
Disediakan oleh, ____________________ (MAIZUREEN MAHIDIN) Setiausaha Hal Ehwal Murid, SK. Kg. Beraya. Disemak oleh. _____________________________________ (ENGKU NURUL FARAHANA ENGKU AZIZ) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SK. Kg. Beraya. Disahkan oleh, ______________________ (OTHMAN BIN HJ YUNUS) Guru Besar, SK.KG. Beraya.
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.