Minit Mesyuarat Kelab Guru

February 15, 2019 | Author: Nurul Athirah | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

minit mesyuarat kelab guru kali pertama...

Description

Minit mesyuarat Kelab Guru dan Staf kali ke-1 Tahun 2017 Sekolah Kebangsaan Paya Salak

Tarikh

: 4 Januari 2017

Hari

: Rabu

Masa

: 1.30 pm

Tempat

: Makmal komputer

Kehadiran

: 29/ 34 orang

Tidak hadir

: 5 orang (bersebab)

Agenda

:

1. Kata aluan Penolong Kanan Pentadbiran 1.1 Mengalu-alukan kehadiran semua guru. Memulakan mesyuarat dengan ummul kitab. 1.2 Membentangkan agenda minit mesyuarat. 2.

Pembubaran AJK lama 2.1 Naib pengerusi tahun lalu membubarkan AJK lama.

3. Lantikan AJK baru 3.1 Semua guru dan staf telah sepakat suara melantik AJK baru bagi menerajui kelab guru tahun 2017 dan 2018 (rujuk lampiran 1) 4. Perubahan perlembagaan 4.1 Tiada sebarang pindaan perlembagaan. 4.2 Pn. Rozita Hassan mencadangkan agar hadiah untuk individu yang diraikan dinilai berdasarkan senioriti. 5. Laporan kewangan 5.1 Bendahari kelab membentangkan laporan kewangan 2016 (rujuk lampiran 2) 6. Aktiviti kelab 2017 6.1 Majlis perpisahan Pn. Rokiah bt Bakar, Puan Norizan Bt Hussin dan En. Zahiar bin Zamri Lela berserta majlis meraikan guru baru, En. Mohd Naim bin Mat Ali dan En. Norhisham bin Mohamed. 6.2 Hari keluarga 6.3 Semua ahli setuju mengadakan majlis pada 24 Januari 2017 dan tarikh Hari keluarga akan diputuskan pada mesyuarat guru dan staf kali ke-2. 7. Hal-hal lain 7.1 Cikgu Amar meminta guru-guru melaporkan kepadanya sekiranya terdapat bahan yang dijual di koperasi tidak bersesuaian dengan pelajar. 7.2 Semua ahli bersetuju ingin membeli baju batik rasmi sekolah yang baru bagi tahun 2017. 7.3 Encik Mustafakama menyuarakan pendapat agar tempat meletak kereta g uru di kawasan belakang, berhampiran padang sekolah di baik pulih. Beliau turut

mencadangkan duit ‘parking’ yang diterima kelab guru, dapat disalurkan untuk membaik pulih ‘parking’ kenderaan guru.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 petang

Yang benar

Yang benar

……………………………………

(CIK NURUL ATHIRAH BT DUL BAHARIN)

……………………………………

Setiausaha

(EN. MOHD HISHAM BIN GHAZALI)

Kelab Guru dan Staf 2017

Setiausaha Kelab Guru dan Staf 2017

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF