Minit Mesyuarat Jawatankuasa Linus Bil 1 2018

April 2, 2018 | Author: Mamasyiera Lyne | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

minit mesyuarat linus...

Description

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KIOL, 27000 JERANTUT, PAHANG MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA LINUS MURID BIL.1/2018 Tarikh Hari Masa Tempat

: 25 Januari 2018 : Khamis : 1.35 Petang : Bilik Pemulihan Khas

Kehadiran: 1. En. Che Aubaidi bin Abdullah 2. Pn. Azhana bt Abd Karim 3. Pn. Rosmalina bt Mohd Yusof 4. Pn. Wanie Fazlinda bt Inche Zakuan 5. Pn. Nur Fatin Asyiera bt Abdullah 6. Pn. Nor Fadhila bt Che Ahmed 7. En. Abd Rahman bin Abd Malik 8. En. Nava Rethnam a/l Vagadramun 9. En. Yusli bin Mahmood

Guru Besar GPK Pentadbiran GPK Hal Ehwal Murid Penyelaras Linus Setiausaha Linus

Agenda: 1.0

Ucapan Pengerusi 1.1

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir mesyuarat Jawatankuasa Linus kali pertama 2018. Beliau mengucapkan terima kasih di atas komitmen guru yang bagus pada tahun lepas dan berharap pada tahun ini semua guru Linus lebih komited dalam menjayakan program-program Linus pada tahun ini.

2.0

Ucapan Alu-aluan Tuan Guru Besar 2.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih diatas kehadiran semua guru dalam mensyuarat Program Linus BIL 1/2018. Beliau juga menyatakan fokus tujuan mensyuarat LINUS pada kali ini ialah menetapkan hala tuju sekolah tentang Program LINUS berdasarkan Pendidikan abad ke-21.. Beliau turut mengingatkan bahawa program LINUS di bawah NKRA adalah sama taraf dengan kelas aliran arus perdana, dan PRASEKOLAH. Terdapat beberapa kategori LINUS iaitu LINUS biasa, dan LINUS Tegar. Penetapan KPI LBI, LBM, dan NUMERASI di peringkat SEKOLAH mesti 100% sebelum Tahun 4 kecuali KPI LBI sahaja 90% kerana terdapat Saringan Khas Tahun 4 bagi LBI. Bagi mrncapai KPI yang ditetapkan ini dicapai, guru-guru LINUS Tahun 1 – Tahun 3 perlu lebih komited memandang kelas pemulihan khas SK Sungai Kiol diarahkan tutup. Guru mata pelajaran harus bijak merancang PdPc supaya semua murid menguasai semua konstruk LBM, LBI dan Numerasi. Pelaksanaan dan pelaporan LINUS perlu dibuat secara telus bagi mengelakkan pihak pentadbir sekolah dipanggil berdialog prestasi di peringkat PPD, ataupun JPN. Beliau turut membangkitkan beberapa isu tentang LINUS seperti: Tiada pembetulan dibuat ketika pemeriksaan kertas saringan LINUS.  Markah ada, tetapi saringan tidak dilaksanakan.  Pendokumentasian LINUS perlu dibuat dengan baik, dan teratur  Murid perlu menguasai Konstruk 3 sehingga Konstruk 12, manakala murid yang tidak menguasai Konstruk 1 dan Konstruk 2 dianggap sebagai LINUS Tegar (Makluman: Semua Guru Linus)

3.0

Pembentangan Jawatankuasa Linus 2018 3.1

Pn. Wanie Fazlinda Inche Zakuan membentangkan Jawatankuasa Program Linus bagi Tahun 2018 seperti berikut: Pengerusi Naib Pengerusi Penyelaras Setiausaha AJK

4.0

Sukatan Pelajaran dan Rekod Mengajar 4.1

4.2

5.0

: En. Che Aubaidi bin Abdullah (Guru Besar) : Pn. Azhana bt Abd Karim (GPK Pentadbiran) : Pn. Wanie Fazlinda bt Inche Zakuan : Pn. Nur Fatin Asyiera bt Abdullah : Pn. Nor Fadhila bt Che Ahmed Pn. Rosmalina bt Mohd Yusof En. Nava Rethnam a/l Vagadramun En. Abd Rahman bin Abd Malik En. Yusli bin Mahmood

Penyelaras Linus memaklumkan kepada semua guru Linus wajib menggunakan sukatan pelajaran Linus mengikut tahun dan mata pelajaran yang diajar dan Sukatan Pelajaran tersebut boleh didapati di dalam Fail Linus: Sukatan Pelajaran bagi guru-guru yang baru mengajar Linus pada tahun ini. Templet RPH yang dipilih oleh guru-guru diterima, asalkan menepati elemenelemen yang dikehendaki Rekod PdPc 2018

Pembentangan Pelan Strategik dan Takwim Tahunan Program Linus 2018 5.1 Penyelaras Linus membentangkan Pelan Strategik dan Takwim Tahunan Program Linus 2018 seperti yang dilampirkan (Lampiran 1 dan 2). 5.2 Beliau berharap program-program LINUS yang dirancang perlulah dilaksanakan dengan baik bagi mencapai KPI Linus yang telah ditetapkan 2018.

6.0

Saringan Linus 2.0 6.1 Penyelaras Linus memaklumkan kepada semua guru yang terlibat dengan Program Linus pada tahun ini, Saringan Linus 2.0 biasanya akan dijalankan sebanyak 2 kali setahun iaitu pada bulan Mac dan September. 6.2 Beliau juga memohon agar semua guru Linus memberi penekanan kepada konstruk-konstruk yang belum dikuasai oleh murid dengan memberi pendedahan format saringan Linus yang lepas. Instrumen Saringan Linus pada tahun-tahun lepas boleh juga dijadikan sebagai latihan murid agar murid biasa dengan instrumen saringan. 6.3 Beliau menegaskan bahawa guru-guru yang terlibat dengan saringan Linus 2.0 pada tahun haruslah membaca dan memmahami Panduanan Pelaksanaan Saringan Linus 2.0 bagi mengelakkan sebarang masalah semasa melaksanakan saringan supaya menepati SOP yang dikehendaki. 6.4 Semua guru perlu telus semasa melaksanakan saringan dan menyiapkan saringan pada masa yang telah ditetapkan bagi melancarkan kerja penyelaras Linus dalam mengisi portal, membuat pelaporan dan melengkapkan borang kawal mutu,

7.0

Hal-hal Lain 7.1

Pn. Nur Fatin Asyiera bt Abdullah memohon agar semua guru linus memberikannya maklumat diri guru untuk dimasukkan di dalam fail.

8.0 Ucapan Penangguhan 8.1 Ucapan penangguhan oleh pengerusi mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya akan diberitahu kelak. 8.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

(Pn. Nur Fatin Asyiera binti Abdullah) Setiausaha SK Sungai Kiol Jerantut, Pahang

(Pn. Azhana bt Abd Karim ) GPK Pentadbiran SK Sungai Kiol Jerantut, Pahang

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF