Minit Mesyuarat Ict Kali Ke 2 2014

November 24, 2017 | Author: Shahrin Salim | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

MINIT MESY ICT2...

Description

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BAYU TELUK KUMBAR, 11920 BAYAN LEPAS PULAU PINANG

MINIT MESYUARAT UNIT ICT DAN MULTIMEDIA BIL.2 TAHUN 2014 TARIKH :22/5/2014 MASA :1.35 PETANG TEMPAT :BILIK MESYUARAT

KEHADIRAN:

EN. SHAHRIN B. SALIM CIK SITI SALBIAH BT. MOHD SANI PN. SITI NOR BT. YAACOB PN. ZARINA BT. MD. ZAIN EN. MOHD BUKHARI B. OMAR PN. SITI FATIMAH BT. ABU BAKAR PN. FARIHAN BT. SALLEH

AGENDA MESYUARAT 1.0

UCAPAN PENGERUSI (EN.SHAHRIN BIN SALIM) 1.1

En.Shahrin mengucapkan terima kasih kepada semua kerana sudi meluangkan masa walaupun sibuk.

1.2

En.Shahrin mengalu-alukan semua bentuk pandangan, dan sebagainya daripada semua AJK demi kebaikan semua.

2.0

PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 2.1

Pn. Zarina mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong oleh En. Bukhari.

3.0

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 3.1 En. Shahrin memaklum bahawa perancangan unit ICT berjalan lancar . Laptop belum diletakkan ditempat strategik untuk murid dan guru mengakses FROG VLE kerana BRIS baru sahaja dipasang pada 10 April yang lalu tetapi zoom Yes belum diaktifkan. 3.2

En. Bukhari ingin tahu mengenai penyertaan Pertandingan Inovasi di POLIMAS. En. Shahrin menjelaskan bahawa dia telah pun menyertainya pada 23 dan 25 Mac. Dia bersama seorang guru tahun 6 , En. Zuraidi (secara sukarela) telah tiba di Jitra, Kedah pada 23 Mac. Mereka menyewa di sebuah hotel. Perbelanjaan ditanggung oleh En. Shahrin . En. Shahrin menganggapnya sebagai “bercuti” sambil belajar. Walaupun tidak memenangi sebarang hadiah, En. Shahrin menyifatkannya sebagai berjaya kerana telah memperolehi pelbagai ilmu baru dan pengalaman baru. Ini kerana penyertaan Peringkat Kebangsaan itu boleh di masukkan dalam soal selidik SQQS yang akan meningkatkan skor sekolah.

4.0

HAL-HAL LAIN

4.1

En. Shahrin menjelaskan bahawa kebanyakan komputer tidak dapat digunakan kerana kerosakan kotak hitam yang dinamakan “lighning Surge”. Dia telah menghubungi pihak PKG dan dimaklumkan bahawa PKG tidak ditugaskan membaikinya serta pembekalannya hanya sekali sahaja.

4.2

Pn. Farihan ingin penjelasan sekiranya ada alternatif lain akan menyelesaikan masalah tersebut. En. Shahrin menjelaskan bahawa dia bercadang untuk membeli “panel plug” untuk menggantikan kotak ‘lighning surge” tersebut. Walaubagaimanapun dia terpaksa berbincang dengan guru besar cara untuk mendapatkannya.

4.3

En. Shahrin memaklumkan mengenai penyertaan murid dalam pertandingan “Permata Pintar” bilangan murid tahun 2 hingga 6 = 713 orang dan bilangan peserta ialah 32 orang murid yakni 4.5 peratus. Ini menunujukkan peningkatan berbanding tahun lepas walaupun capaian internet yang lemah.disekolah

4.4

En. Shahrin memaklumkan bahawa pihak “maintenance” atau baik pulih telah pun berkunjung ke makmal komputer 1 dan 2 pada 12 hb Mac yang lalu untuk mengenalpasti komputer rosak dan mengasingkan ke beberapa tempat di makmal sebelum dibuat pembaikian pada masa yang akan datang.

5.0

PENUTUP 5.1

En.Shahrin sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua .

5.2

En. Shahrin memaklumkan dia sentiasa sedia menerima sebarang cadangan dan dari semasa ke semasa demi kebaikan sekolah. .

5.3

En. Shahrin mengharapkan semua AJK dapat terus memberi komitmen yang terbaik dalam menjayakan semua aktiviti yang dirancangkan dan membantunya dalam penguatkuasaan peraturan-peraturan makmal.

5.4

En. Shahrin memaklumkan bahawa mesyuarat seterusnya dijangkakan akan diadakan pada bulan Julai atau Ogos. Walaubagaimanapun dia lebih suka menjalankannya pada bulan Julai kerana ia jatuh pada bulan puasa yang guru tidaklah sibuk dan terkejar-kejar waktu untuk makan dan sebagainya.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

……………………..

…………………………..

(Pn. Siti Nor bt. Yaacob)

(En. Shahrin bin Salim)

Penyelaras Makmal ICT 2,

Penyelaras Makmal ICT

Sekolah Kebangsaan Seri Bayu.

Sekolah Kebangsaan Seri Bayu

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF