MINIT MESYUARAT AJK KELAB BAHASA MELAYU 2017.docx

March 28, 2018 | Author: LDya ILa | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download MINIT MESYUARAT AJK KELAB BAHASA MELAYU 2017.docx...

Description

MINIT MESYUARAT AJK KELAB BAHASA MELAYU KALI PERTAMA 2017 SK TATAU

Tarikh

: 21 Januari 2017

Masa

: 10.00 – 11.00 pagi

Tempat

: Dewan Terbuka SK Tatau

Kehadiran: 1. 2. 3. 4. 5.

Puan Lenya Anak Jilom Cik Fahimah Binti Sadar Cik Lydia Usun Anak Walter Encik Mohd Faizal Bin Sulaiman Murid-murid Tahun 4, 5 & 6

Guru Penasihat Guru Penasihat Guru Penasihat Guru Penasihat

………… ………… ………… …………

1. UCAPAN KETUA PEMIMPIN a) Guru Penasihat iaitu Puan Lenya Anak Jilom mengalu-alukan kedatangan guruguru yang menghadiri Mesyuarat AJK Kelab Bahasa Melayu kali pertama bagi tahun 2017. Beliau juga merakamkan selamat datang kepada murid-murid Tahun 4, 5 dan 6. b) Perlantikkan ahli jawatankuasa murid yang baharu.

       

Pengerusi: Misha Anak Dallen (6 Zuhal) Naib Pengerusi: Phricekson Pai Ngo (6 Neptun) Setiausaha: Dorina Nyawan Anak Ricky (6 Uranus) Naib Setiausaha: Doleney Domi Kindun Anak Micheal (6 Musytari) Bendahari: Miza Rahwani Binti Jefri (5 Musytari) Naib Bendahari: Nur Nazrah Binti Mohammad Yusuf (5 Musytari) AJK Setiap Kelas: Tahun 4 Azhar Ihtisyam Bin Jefri (4 Musytari) Josua Ronie Anak Banyi (4 Neptun) Tahun 5 Lorita Empenai Anak Lili (5 Zuhal) Tahun 6 Batricia Nganai Anak Louis (6 Neptun)

2. UCAPAN PENGERUSI PERSATUAN Misha Anak Dallen dari Tahun 6 Zuhal selaku Pengerusi Kelab Bahasa Melayu yang baharu mengucapkan terima kasih kepada para Guru Penasihat dan rakan-rakannya yang hadir pada hari tersebut. 3. MERANCANG AKTIVITI 3.1 Guru Penasihat iaitu Puan Lenya Anak Jilom memaklumkan bahawa setiap aktiviti perlu mengandungi elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

1

3.2

3.3

3.4

3.5

(KBAT) serta memasukkan peta pemikiran i-Think untuk aktiviti yang sesuai. Cik Fahimah Binti Sadar mencadangkan aktiviti yang berkaitan dengan Simpulan Bahasa dan Peribahasa seperti kuiz. Cadangan ini disokong oleh Cik Lydia Usun Anak Walter. Encik Mohd Faizal Bin Sulaiman mencadangkan aktiviti yang melibatkan kerjasama kumpulan seperti pencarian harta karun. Cadangan disokong oleh Naib Pengerusi iaitu Phricekson Pai Ngo dari kelas 6 Neptun. Puan Lenya Anak Jilom juga mencadangkan tayangan video cerita Melayu Klasik seperti Hang Tuah atau Mahsuri. Cadangan disokong oleh Setiausaha Kelab iaitu Dorina Nyawan Anak Ricky dari kelas 6 Uranus. Cik Fahimah Binti Sadar mencadangkan aktiviti nyanyian lagu patriotik secara berkumpulan. Cadangan disokong oleh AJK Murid Tahun 4 iaitu Azhar Ihtisyam Bin Jefri dari kelas 4 Musytari. Tindakan: Makluman

4. MENENTUKAN TARIKH PERTANDINGAN Kuiz Peribahasa dipersetujui untuk diadakan pada mana-mana bulan semester pertama dan Kuiz Tatabahasa pula pada semester kedua. Pertandingan Mencari Harta Karun akan diadakan pada bulan Oktober. Tindakan: Makluman

5. KEWANGAN Yuran keahlian akan dikenakan sebanyak RM 5 bagi setiap ahli. Yuran ini hanya dibayar sekali sahaja dalam setahun. Bendahari kelab iaitu Miza Rahwani Binti Jefri dari kelas 5 Musytari telah dipertanggungjawabkan untuk membantu guru penasihat membuat kutipan yuran. Tindakan: Makluman

6. PENETAPAN WAKTU PERJUMPAAN Sabtu jam 10.00 – 11.30 pagi (rujuk jadual pelaksanaan kokurikulum). Tindakan: Makluman 7. HAL-HAL LAIN Tiada. Tindakan: Makluman 8. PENANGGUHAN MESYUARAT 8.1 Puan Lenya Anak Jilom mencadangkan mesyuarat kali pertama ini ditangguhkan dan disokong oleh Cik Lydia Usun Anak Walter. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi.

2

Disediakan oleh,

21 Januari 2017

__________________________ (Lydia Usun Anak Walter) Setiausaha, Kelab Bahasa Melayu 2017. Disemak oleh, ___________________________ (Puan Lenya Anak Jilom) Guru Penasihat Kelab Bahasa Melayu 2017.

3

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF