Max Weber Dan Henry Fayol
November 28, 2017 | Author: HACNAH | Category: N/A
Short Description
tokoh2 teori pengurusan...
Description
Max Weber dan Henry Fayol. 1.2.1 Max Weber Max Weber (1864-1920) merupakan pengasas kepada teori birokrasi. Birokrasi merujuk kepada satu sistem yang formal dalam organisasi dan pentadbiran yang dibentuk untuk memastikan kecekapan dan keberkesanan. Sistem pentadbiran birokrasi diasaskan kepada lima prinsip:• Prinsip 1 - autoriti pengurus didapati daripada kedudukan pengurus dalam organisasi tersebut. Autoriti merupakan kuasa yang menyebabkan seseorang bertanggungjawab atas setiap tindakan dan dapat membuat keputusan berkaitan dengan penggunaan sumber-sumber organisasi. Autoriti memberikan hak kepada pengurus untuk memberi arahan dan mengawal pekerja . Dalam sistem birokrasi, pematuhan kepada arahan adalah bukan disebabkan oleh personaliti, kekayaan atau status sosial pengurus tersebut tetapi disebabkan kedudukan pengurus yang dikaitkan dengan autoriti dan tanggungjawab. Prinsip 2 – Individu memegang jawatan bukan disebabkan oleh kedudukan sosial tetapi disebabkan oleh prestasi. Pekerja hendaklah dipilih disebabkan oleh kemahiran dan kelayakan yang mereka ada bukannya disebabkan oleh kenalan atau hubungan peribadi. Prinsip 3 – Kedudukan, jawatan, autoriti, tugas dan tanggungjawab dan perkaitan setiap perkara tersebut mestilah dijelaskan dengan terperinci. Apabila setiap tugas dan autoriti setiap jawatan diterangkan dengan jelas maka pengurus dan pekerja dapat menjangkakan apa yang diharapkan daripada mereka. Pekerja juga bertanggungan atas setiap tindakan yang dilakukan jika mereka tahu dengan jelas apa tanggungjawab mereka. Prinsip 4 – Perlu ada hirarki kedudukan supaya setiap pekerja mengetahui siapa dan kepada siapa mereka patut melaporkan. Pengurus patut membentuk satu hirarki kedudukan kuasa untuk menjelaskan kepada pekerja, siapa akan melaporkan kepada siapa dan kepada siapakah pekerja dan pengurus patut melapor jika berlaku konflik. Prinsip ini penting terutama dalam bidang ketenteraan, keselamatan dan kerahsiaan yang melibatkan isu-isu sensitif dan langkah berjaga-jaga. Adalah penting bagi pengurus pada peringkat yang tertinggi untuk memaklumkan kepada pekerja mengenai tanggungjawab mereka untuk bertanggungan atas tindakan yang dilakukan oleh mereka. Prinsip 5 - Pengurus perlu membentuk peraturan, norma dan “standard operating procedures”(SOP) untuk mengawal tingkahlaku pekerja. Peraturan, norma dan SOP yang dibentuk oleh pengurus dapat menjadi panduan kepada pekerja bagi meningkatkan prestasi kerja kerana ia memberi panduan secara jelas kepada pekerja cara terbaik dalam melaksanakan tugas.
Henri Fayol Fayol merupakan individu yang pertama membincangkan pengurusan sebagai satu proses dan juga mempunyai fungsi-fungsi yang khusus yang perlu diikuti oleh setiap pengurus. Beliau digelar "Bapa Pemikiran Pengurusan" disebabkan oleh idea-idea beliau dalam bidang pengurusan dan idea-idea beliau masih lagi digunakan hingga saat ini. Menurut Fayol setiap organisasi perlu diuruskan berdasarkan lima fungsi pengurusan iaitu:
• Perancangan • Pengorganisasian • Pengarahan • Penyelarasan • Pengawalan Fayol juga telah memperkenalkan 14 prinsip pengurusan umum untuk dijadikan panduan kepada pengurus dalam menguruskan organisasi. Pemilihan prinsip ini bergantung kepada pengalaman pengurus untuk dijadikan sebagai panduan dalam menguruskan organisasi. • Autoriti. • Disiplin. • Satu arahan. • Satu perintah. • Pembahagian kerja. • Imbuhan. • Pemusatan. • Rantaian skala. • Tertib. • Ekuiti. • Kestabilan personel. • Inisiatif. • Mementingkan kepentingan organisasi. • “espirit de corps” (kerjasama ).
Definisi/Pengertian Teori Perilaku Teori X dan Teori Y (X Y Behavior Theory) Douglas McGregor Teori prilaku adalah teori yang menjelaskan bahwa suatu perilaku tertentu dapat membedakan pemimpin dan bukan pemimpin pada orang-orang. Konsep teori X dan Y dikemukakan oleh Douglas McGregor dalam buku The Human Side Enterprise di mana para manajer / pemimpin organisasi
perusahaan memiliki dua jenis pandangan terhadap para pegawai / karyawan yaitu teori x atau teori y. A. Teori X Teori ini menyatakan bahwa pada dasarnya manusia adalah makhluk pemalas yang tidak suka bekerja serta senang menghindar dari pekerjaan dan tanggung jawab yang diberikan kepadanya. Pekerja memiliki ambisi yang kecil untuk mencapai tujuan perusahaan namun menginginkan balas jasa serta jaminan hidup yang tinggi. Dalam bekerja para pekerja harus terus diawasi, diancam serta diarahkan agar dapat bekerja sesuai dengan yang diinginkan perusahaan. B. Teori Y Teori ini memiliki anggapan bahwa kerja adalah kodrat manusia seperti halnya kegiatan sehari-hari lainnya. Pekerja tidak perlu terlalu diawasi dan diancam secara ketat karena mereka memiliki pengendalian serta pengerahan diri untuk bekerja sesuai tujuan perusahaan. Pekerja memiliki kemampuan kreativitas, imajinasi, kepandaian serta memahami tanggung jawab dan prestasi atas pencapaian tujuan kerja. Pekerja juga tidak harus mengerahkan segala potensi diri yang dimiliki dalam bekerja. Penelitian teori x dan y menghasilkan teori gaya kepemimpinan ohio state yang membagi kepemimpinan berdasarkan skala pertimbangan dan penciptaan struktur. Teori Z dapat anda baca di artikel lain di situs organisasi.org ini. Gunakan fasilitas pencarian yang ada untuk menemukan apa yang anda butuhkan.
Teori Chester Barnard Di dalam bukunya bertajuk The Function of the Executives, Chester Barnard menumpu-kan kepada kaedah pengurusan organisasi yang sepatutnya diuruskan dengan baik untuk melahirkan kepuasan antara pengurusan dan pekerja. Beliau berpendapat bahawa organisasi perlu bergerak apabila wujud kerjasama antara majikan dan pekerja. Konflik perlulahdikurangkan agar kerjasama dapat hidup dan berkembang secara sihat dalam sesebuah organisasi. Di dalam organisasi sekolah, kerjasama antara pihak pentadbir dengan para guru dankakitangan hendaklah diwujudkan agat iklim sekolah yang sihat dan perhubungan yang eratdapat dijalinkan. Jalinan ukhwah yang mantap akan membantu memperkukuh institusi pendidikan seterusnya membantu melicinkan pengurusan organisasi.Di samping itu, Barnard percaya bahawa sesebuah organisasi perlu bergerak berlandaskan prinsip moral dan etika. Setiap pemimpin hendaklah memastikan bahawa nilai positif moral dan etika pekerjaan disemaikan dalam kalangan pekerja di bawah seliaannya.
Ia boleh dilakukan dengan mengadakan program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) yangdiadakan di peringkat sekolah. Selain itu, organisasi hendaklah menyemai perasaan selesa dalamkalangan pekerja iaitu dengan mewujudkan rasa kebersamaan dan melahirkan perasaan kekitaanagar ia mudah dikendalikan dan matlamat dapat dicapai dengan jelas.Selain itu, Barnard turut menekankan bahawa sesebuah organisasi perlu mempunyaimatlamat yang berlandaskan prinsip untuk melahirkan sifat bekerjasama yang erat antara pihak pengurusan dengan pekerja. Beliau berpendapat bahawa manusia menceburi sesebuah organisasiatas kehendak sendiri tanpa dipaksa atau dikawal oleh mana-mana pihak. Justeru, merekahendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada organisasi. Di dalam organisasi sekolah,setiap warga harus disemai dengan perasaan keempunyaan kepada organiasasi agar perasaanyang lahir memberikan kesan mendalam terhadap setiap warga sekolah yang akan memastikankejayaan sekolah dicapai dengan jayanya.Untuk membolehkan sesebuah organisasi mengawal individu yang menjadi ahlinya,Barnard telah menyenaraikan lima cara untuk mencapai hasrat tersebut. Kaedah pertama merupakan langkah untuk membuat keputusan secara eksekutif. Dalam hal ini, kuasa eksekutif dimiliki oleh Pengetua di sesebuah sekolah yang bertindak membuat keputusan penting dalamorganisasi sekolah yang ditadbirnya. Sebagai contoh, dalam isu pertukaran guru keluar daripadasekolah, pengetua mempunyai kuasa eksekutif yang boleh meluluskan atau tidak meluluskan permohonan yang diajukan. Keputusan yang diambil ini akan memberikan impak kepadaorganisasi yang ditadbir oleh seseorang pengetua sekolah.Langkah kedua merupakan indoktrinasi. Dalam hal ini, Bernard tidak menggambarkan bahawa organisasi dikawal oleh seorang ketua eksekutif sebaliknya beliau menekankan bahawasemua ahli organisasi perlu sama-sama mengambil peranan dan tanggungjawab terhadap organisasi, Jika dilihat pengaplikasiannya di sekolah, pengetua dan semua guru sama-sama akanmencapai kesepakatan dalam menentukan visi dan misi sekolah secara kolaboratif. Hal ini sangat penting kerana persetujuan bersama akan memberikan kesan langsung yang sangat besar kepadasesebuah organisasi.Selain itu, keseimbangan antara ganjaran dan sumbangan juga mereupakan satu daripadacara menimbulkan minat individu untuk bekerjasama dalam sesebuah organisasi. Dalam aspek amalan di sekolah, ganjaran seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang merupakan satu daripada pemangkin yang digunakan untuk menggalakkan penyertaan dan sumbangan individu kepada organisasi. Walaubagaimanapun, pemberian ganjaran yang tidak adil kepada pekerja akanmenjadi satu masalah kepada organisasi. Justeru, pemberian APC ini hendaklah dibuat secaratelus dan adil tanpa bias kepada mana-mana pihak. Di samping itu, Barnard turut menyatakan bahawa pihak atasan mempunyai autoriti yang lebih berbanding pihak bawahan. Justeru, beliaumencadangkan agar autoriti bermula daripada bawah. Beliau juga menyebut tentang kewujudankumpulan tidak formal yang memainkan peranan dalam sesebuah organisasi yang ditadbir olehseseorang pengurus.
View more...
Comments