masyarakat orang Iban

August 30, 2017 | Author: Reynaldo Rey | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

iban...

Description

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

TUGASAN 1

1

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

1.0 Pengenalan Sejarah telah menunjukkan terdapat perubahan yang drastik dalam sesuatu tamadun dan masyarakat di muka bumi ini. Perubahan tersebut telah berlaku secara drastik dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Di samping itu, sejarah juga menyaksikan bermulanya sesuatu tamadun dan juga berakhirnya tamadun tersebut. Dalam tugasan ini, saya telah memilih suku kaum Iban sabagai bahan kajian saya. Kajian saya merangkumi kebudayaan kaum tersebut dan bagaimana budaya kaum tersebut mempengaruhi keperibadian dan pencapaian akademik anak-anak mereka di sekolah. Kaum Iban dahulu dikenali sebagai Dayak Laut semasa zaman penjajahan Brooke di tanah Sarawak. Dipetik daripada Dewan Bahasa (September 2011), menurut Hugh Low dalam bukunya yang berjudul Sarawak: Its Inhabitants and Productions (1989), istilah Dayak digunakan oleh Brooke untuk merujuk kaum peribumi bukan Islam. Menurut Brooke, Dayak terbahagi kepada dua kelompok, iaitu Dayak Laut merujuk kepada suku kaum Iban dan Dayak Darat merujuk kepada suku kaum Bidayuh. Brooke memperoleh maklumat ini daripada dayak Bukit yang tinggal di sekitar Kuching, Sarawak. Dayak Bukit merujuk kelompok Dayak yang tinggal di kawasan tinggi untuk berlindung daripada serangan kelompok Dayak Laut. Lama-kelamaan, kelompok bukit dikenali sebagai Dayak Darat dan kelompok laut dikenali sebagai Dayak Laut. 2.0 Sejarah kaum Iban Terdapat banyak kajian mengenai migrasi kaum-kaum di Sarawak terutama sekali bagi Kaum Iban. Apa yang pasti kebanyakan migrasi kaum-kaum di Sarawak bertitik tolak daripada adat “Berjalai” iaitu satu proses yang mana ianya dilakukan bagi mencari peluang yang lebih baik contohnya bagi mencari tanah yang luas dan hidup di dalam keamanan serta makmur. Terdapat 3 teori yang menyatakan asal usul kedatangan kaum Iban ke Sarawak iaitu berdasarkan teori: I.

Menyatakan bahawa mereka datang ke Sarawak melalui Tanjung Datu di Lundu.

II.

Menyatakan bahawa mereka dating ke Sarawak melalui Bukit Merudu yang terletak tidak jauh dai Brunei (Sandin, 1967: 3 & 26) 2

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

III.

Menyatakan bahawa mereka dating dari lembah Kapuas ke Sarawak melalui kawasan Kumpang.

Apa yang akan diketengahkan oleh Borneo Oracle adalah tentang asal-usul teori yang ketiga iaitu yang lebih dominan kerana terdapatnya sumber-sumber lisan yang membuktikan bahawa sebahagian besar dari kaum Iban berhijrah dari lembah Kapuas ke Sarawak melalui kawasan Kumpang. Kaum Iban Sarawak menurut cerita legendanya adalah berasal daripada Singalang Burung. Singalang burung digambarkan sebagai dewa kepada segala burung enggang di alam mistik dan merupakan Tuhan Perang bagi masyarakat iban tradisional (Sandin, 1977). Ianya bersangkutan dengan Aki Lang Sengalang Burong Jagu Menaul Tuntung (burung helang) yang ditugaskan oleh petara untuk memimpin segala kerja perang bagi masyarakat Iban kerana beliau memiliki semua jenis pengaruh kesaktian yang tiada tolok bandingnya. Berdasarkan kepercayaan kepada suatu peristiwa yang berlaku di mana Singalang Burung telah turun ke bumi daripada kayangan maka bermulalah episod di mana Singalang Burung telah mewariskan keturunannya yang membentuk masyarakat Iban sekarang. Kaum Iban tradisional sebenarnya lebih dikenali sebagai Dayak Laut dan mereka pada asalnya berasal daripada Kalimantan, Indonesia dan kemudiannya berpindah ke Sarawak pada masa yang hampir sama dengan kedatangan bangsa Eripah ke Asia Tenggara (Kedit, 1984). Mereka memasuki Sarawak melalui Batang Air Kapuas, jalan masuk paling mudah bagi melintasi sempadan Sarawak-Kalimantan (Jensen, 1966). Pada asalnya Singalang Burung iaitu nenek moyang kaum Iban dengan pengikutnya telah mendiami sepanjang Sungai Kapuas dan anak-anak sungainya di barat daya Pulau Borneo (Sandin, 1966). Tetapi kemudian cucu Singalang Burung yang bernama Sera Gunting lebih meminati untuk mendiami Banjaran Tiang Laju di bahagian barat Pulau Borneo. Walau bagaimanapun, dikatakan Singalang Burung tidak menggemari kawasan tersebut maka telah diadakan satu persidangan dengan pengikut-pengikutnya di Merakai iaitu salah satu anak Sungai Kapuas untuk mengusulkan perpindahan kaum Iban ke Batang Ai. Setelah kata sepakat diambil akhirnya, pengikut-pengikut Singalang Burung telah memulakan penghijrahan mereka dan tempat yang kali pertama mereka jejaki adalah daerah Kumpang, Sarawak dan terus menetap di Kumpang (Richards,

3

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

1949). Sebahagian daripada kaum Iban ini telah dipengaruhi oleh seorang pemimpin yang lain iaitu Lelang Belayan untuk mula membuat eksplorasi ke hulu Sungai Kumpang iaitu menghala ke Lubok Antu dan Engkilili dan seterusnya menetap di kawasan Sungai Batang Lupar yang lebih dikenali sebagai batang Ai. Dari Batang Ai, suku kaum Iban berpindah ke anak-anak sungai di Ulu Ai dan mula membuat penempatan mereka dengan membina rumah panjang mereka yang unik di kawasan yang dikenali sebagai Delok, Mepi, Jinggin, Engkari, Skrang dan Lemanak. Setelah itu sekali lagi sebahagian daripada kaum Iban ini telah mula membuat eksplorasi dengan berpindah dan lalu menetap di Sungai Undup dan Wong Tempangau (Sandin, 1994). Kaum Iban yang berpindah ini adalah mereka yang dipimpin oleh Kajup dan mereka dikenali sebagai Iban

Undup. Ternyata sekai perpindahan awal kaum Iban Sarawak adalah taburannya agak

berselerak di kawasan hulu Sungai Batang Lupar dan Batang Saribas di bahagian Sri Aman dan perpindahan ini berlaku sejak diawal abad ke 19 dari Hulu Batang Lupar melalui

sempadan

Kalimantan

menuju

ke

daerah

Rejang

(Vinson,

1989).

Sementara itu satu lagi pemimpin anak buah Singalang Burung iaitu Gelungan telah membawa pengikut-pengikutnya keluar daripada Merakai dan menuju ke Undup serta mendiami Bukit Balau. Kaum Iban daripada pimpinan Gelungan ini disebut sebagai Iban Balau kerana menetap di kawasan Bukit Balau iaitu penempatan terawal masyarakat Iban di Sri Aman. Kemudian sekali lagi Gelungan telah membawa pengikut-pengikutnya untuk berpindah ke Sebuyau dan sebahagian generasi kaum Iban ini dikenali sebagai Iban Sebuyau. Sepatutnya penghijrahan masyarakat Iban terhenti di kawasan Sebuyau namun setelah kematian pemimpin Gelungan, iban Sebuyau dikatakan telah berpecah dan

ada

yang

berpindah

ke

Meredang,

Gayam,

Lundu

dan

Samarahan.

Ketua-ketua suku kaum iban yang lain seperti Lanong, Kanyong, Meringgai dan Manggi telah membawa pengikut-pengikut mereka berpindah ke Rantau Langkong, Tanjung Merarang, Sungai Skrang dan Tisak. Dan kerana itulah sememangnya Bahagian Sri Aman mempunyai jumlah penduduk Iban yang tertinggi dibanding dengan tempattempat lain di Sarawak diikuti dengan Kapit, Kalaka (Saratok), Mukah, Kuching, 4

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

Saribas, Baram, Song dan Sarikei. Inilah sekelumit sejarah asal-usul kaum Iban di Sarawak yang ternyata perjalanan nenek moyang kaum Iban terdahulu sudah tentu penuh dengan onak nan berduri bagi memastikan kelangsungan penghidupan kaum iban sekarang. Ianya adalah satu hakikat bahawa kaum Iban telahpun mendiami segenap pelusuk Sarawak Bumi Kenyalang dengan membawa bersama segala budaya dan sastera mereka sekali yang ternyata terlalu unik seperti kain pua dan lain-lain yang banyak berhubungkait dengan dunia mistik dan tumbuh-tumbuhan. Populasi kaum iban di Sarawak.

5

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

Berdasarkan rajah di atas, jelas menunjukkan bahawa bangsa Iban ialah bangsa terbesar di Sarawak. Dalam masa 50 tahun (antara 1960 dan 2010) peratusan bangsa Iban di kalangan penduduk Sarawak telah jatuh dari 31.9% pada 1960 ke 28.9% pada 2010. Bangsa Cina pula mengalami kejatuhan besar dalam peratusan penduduk di Sarawak dari 30.7% pada tahun 1960 ke 23.4% pada 2010. Bangsa Melanau juga mengalami kejatuhan peratusan dari 6% (1960) ke 5% (2010). Bangsa Melayu mengalami peningkatan dalam peratusan penduduk di Sarawak (dari 17.3% ke 23%) untuk tempoh yang sama. Bangsa Bidayuh mengalami peningkatan sedikit dari 7.8% ke 8%. Demikian juga Bumiputera Lain yang merupakan 6% pada tahun 1960 menjadi 6.3% penduduk Sarawak pada 2010. Peratusan Warga Asing di Sarawak telah

6

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

meningkat dari 3% pada tahun1960 ke 4.7% pada tahun 2010. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk carta dan rajah Taburan Penduduk Sarawak 1960 dan 2010 di bawah.

(Statistik 1960 telah dirumus daripada sumber-sumber berikut - Annual Bulletin of Statistics, State of Sarawak, 1965 dan Report on the Census of Population Taken on 10th August, 1960. Sementara itu, statistik 2010 telah diambil dari Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia).

Penempatan kekal masyarakat Iban Pada zaman dulu, masyarakat Iban yang berada di Kalimantan hidup menetap di dalam gua dan juga hidup secara berpindah randah untuk memenuhi keperluan makanan yang kebanyakannya bergantung kepada hasil hutan. Menurut hikayat dalam penceritaan masyarakat Iban iaitu Jerita Bejie Nagga Ari telah menceritakan keadaan masyarakat Iban pada masa itu sehinggakan mereka mendapat pengetahuan untuk membina pondok kecil sebagai tempat berteduh dan kemudiannya telah mengalami arus perubahan kepada pembinaan rumah panjang selepas Bejie dan abangnya mendapat pesanan daripada Dewa Raja Samarugah yang mengutuskan Puntang Raga dalam menyampaikan adat istiadat mendirikan sebuah rumah panjang. Mereka berdua disuruh berbuat demikian kerana pondok yang mereka bina sebelum ini sering roboh apabila baru sahaja didirikan kerana tidak mengikut pantang larang dan juga tidak memberikan penghormatan kepada dewa. Hasil daripada peristiwa tersebut telah menjadi titik tolak kepada petempatan kekal bagi masyarakat Iban. kebanyakan rumah panjang dibina berdekatan dengan sungai kerana sungai merupakan laluan utama bagi mereka untuk berhubung dengan masyarakat luar. Keadaan petempatan ialah dalam bentuk rumah panjang yang diwarisi sehinggalah ke hari ini. Proses perubahan petempatan masyarakat Iban telah 7

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

menyebabkan gaya kehidupan masyarakat Iban juga turut berubah iaitu berubah dari aspek ekonomi, pengkhususan pekerjaan dan sebagainya.

3.0 Sistem dan organisasi kemasyarakatan Disebabkan berlakunya perubahan dalam petempatan masyarakat Iban, maka sistem organiasasi dalam masyarakat juga turut berubah. Konsep rumah panjang yang menghimpunkan semua penduduk kampung dalam satu bumbung telah membawa kepada konsep satu keluarga yang besar. Semangat kekitaan dan kekeluargaan akan terjalin hasil daripada konsep ini tadi. keluarga besar dalam rumah panjang terbahagi kepada keluarga-keluarga yang menjalani kehidupan masing-masing di setiap bilik yang dipisahkan oleh dinding yang membahagikan tempat kediaman keluarga masingmasing. Di dalam rumah panjang terdapat ruai atau dalam bahasa Melayunya ialah koridor. Ruai merupakan medan untuk para penghuni rumah panjang untuk bersosial dan juga tempat majils diadakan. Di samping itu, dalam sesebuah rumah panjang, akan ada seorang Tuai Rumah. Dipetik dari http://prpm.dbp.gov.my (2008), Tuai Rumah bermaksud gelaran untuk ketua rumah panjang. Tanggungjawab utama Tuai Rumah adalah mengawal kebajikan ahli-ahli rumah panjang yang juga merupakan anak-biak atau pengikutnya. Di samping itu, Tuai Rumah juga bertindak sebagai penjaga adat resam kelompoknya. Oleh itu, seseorang yang dilantik sebagai Tuai Rumah oleh ahliahli rumah panjang lazimnya seseorang yang memiliki pengetahuan luas tentang budaya atau adat resam sukunya. Pengetahuan ini penting kerana kehidupan suku kaum di Sarawak, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman masih berlandaskan undang-undang peribumi yang diwarisi turun temurun (sumber: Dewan Bahasa & Pusataka, 2008).

4.0 Sistem ekonomi

8

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

Dalam aspek ekonomi, tidak dapat dinyatakan dengan dengan jelas tentang adanya pengkhususan perkerjaan yang terdapat dalam sistem masyarakat Iban. Namun demikian, petempatan tetap masyarakat Iban telah menyebabkan masyarakat Iban yang bercirikan masyarakat pengumpul dan pemburu hasil hutan pada sebelumnya berubah ke arah masyarakat pertanian. Antara kegiatan pertanian yang mereka lakukan adalah menanam padi huma atau bukit. Secara tidak langsung, kaum ini merupakan peneroka pertama yang membuka hutan rimba bagi tujuan mencari kawasan untuk yang sesuai untuk menanam padi huma. Aktiviti penerokaan ini dilakukan dengan seluas yang termampu dengan matlamat untuk mendapatkan hasil tuaian tanaman padi yang lebih banyak. Justeru itu, masyarakat Iban pernah dianggap sebagai salah satu masyarakat yang terkenal dengan penanaman padi bukit (Sultive, 1978:3) Mereka menanam padi huma secara berpindah randah di samping memungut hasil hutan dan berburu. Sesiapa yang mendapat hasil tuaian paling banyak akan dianggap kaya, dipandang tinggi, pintar dan rajin. Di samping itu, penanaman padi huma dilakukan secara bekerjasama ataupun bergotong-royong (beduruk). Bagi generasi baru masyarakat Iban sekarang, mereka telah mempunyai kelayakan pendidikan yang tinggi dan pengetahuan serta ada yang telah bekerja dalam sektor awam dan swasta. 5.0 Agama dan upacara kepercayaan Agama dan kepercayaan merupakan aspek terpenting dalam kalangan masyarakat Iban. Seperti kaum-kaum tradisional yang lain juga, masyarakat Iban tradisional mengamalkan animisme. Anisme adalah kepercayaan bahawa setiap benda seperti kayu, batu dan lain-lain mempunyai semangat atau roh (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007). Kepercayaan menentukan norma kehidupan masyarakat Iban seharian kerana hubungan langsung agama dengan kesusasteraan dan juga mempengaruhi kebudayaan hidup masyarakat Iban. Apabila ketiga-tiga elemen ini saling berkaitan antara satu sama lain, maka ia akan mempengaruhi kehidupan. Huajh yang lebih mendalam dapat dilihat dalam tulisan penulis Perkembangan Kesusasteraan dan Kebudayaan Masyarakat Iban: 1980-200. Penulisan tersebut menghimpunkan

9

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

pandangan para sarjana dalam menyokong idea saya sebagai penulis dalam menghuraikan kehidupan tradisional masyarakat Iban. Menurut hikayat lisan masyarakat Iban, mereka menyembah Dewa Sempulang Gana yang memberikan keberkatan kepada kehidupan khasnya untuk hasil perhumaan. Dewa Sengalang Burong adalah dewa yang disembah kerana dewa ini adalah Dewa Perang yang menolong masyarakat Iban dalam ekspedisi memburu kepala atau ngayau. Dua watak ini merupakan dewa utama dalam kepercayaan masyarakat Iban. Namun tidak dapat dinafikan ada dewa lain seperti Raja Anda Mara Raja Tuah yang memberikan kekayaan dan kesenangan dalam kehidupan masyarakat Iban. Segindah yang mencipta tanah, Segindit yang mencipta langit dan Segindie yang mencipta air juga merupakan watak ghaib yang sering kali disebut dalam puisi tradisional masyarakat Iban. Dipetik dari buku Henry Gana Ngadi (1998), alam maya kaum Iban didiami oleh dua kehidupan mistik iaitu semangat roh(petara dan antu) dan semangat kematian benda hidup seperti haiwan, pokok dan sebagainya (Jensen 1968:47). Keagamaan orang Iban adalah berdasarkan kepercayaan kepada roh manusia, alam sekeliling dan alam maya (Jensen 1974:4). Terdapat beberapa prinsip ketuhanan dalam kepercayaan kaum Iban, iaitu Singalang Burong (perang), Menjaya (kesihatan dan penyembuhan), Simpulang Gana (bumi dan tumbuhan), Simpandai (si pencipta dan si penyembuh), dan Anda Mara (rezeki dan kekayaan). Di samping itu, terdapat juga teori mistik mengenai hero dan heroin dalam masyarakat Iban tradisional yang telah menjadi contoh kepada yang lain. Hero tersebut ialah Keling manakala heroin nya pula ialah kumang iaitu isteri kepada Keling. Keling terkenal dengan semangat dan kemahiran kepahlawanannya terutamanya apabila ada peperangan. Kumang pula terkenal dengan kemahiran menganyam dan menenun pakaian Iban di samping pembantu kepada pahlawanpahlawan Iban. Masyarakat Iban percaya bahawa semangat nenek moyang mereka ada berserta mereka dalam kehidupan seharian. Terdapat juga kepercayaan tentang semangat baik dan semangat jahat (antu manah, antu jai). Fungsi kepercayan tersebut adalah sebagai kebenaran atau larangan dalam membuat sesuatu dan disampaikan melalui bunyian burung dan mimpi.

10

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

Menurut Henry (1998: 6), terdapat kepercayaan bahawa manusia dan tumbuhan padi mempunyai semangat atau roh. Apabila roh jahat mengganggu seseorang, maka individu tersebut akan jatuh sakit. Apabila seseorang individu tersebut meninggal dunia, rohnya akan pergi ke dunia orang mati (Sebayan) dan tinggal di beberapa kawasan dalam tempat tersebut, bergantung kepada sifat individu tersebut semasa mash hidup. Menurut Freeman (1970:153), sebahagian besar masyarakat Iban tradisional adalah pagan dan sangat mempercayai kepada amalan ritual dan ritual memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Pagan adalah orang yang tidak percaya kepada mana-mana agama utama seperti Kristian, Islam atau Yahudi (kamus Dewan Edisi keempat (2007: 1112). 5.1 Adat perkahwinan Adat perkahwinan dalam masyarakat Iban adalah sangat unik jika dibandingkan dengan masyarakat lain. Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat Iban adalah perkahwinan yang mematuhi kehendak adat. Pihak yang melanggar mana-mana adat perkahwinan akan didenda sama ada dihukum mengikut adat perkahwinan yang telah ditetapkan . Dipetik dari buku Henry (1998), terdapat beberapa peringkat perkahwinan dalam masyarakat Iban. Peringkatnya adalah seperti di bawah ini. Merisik Adat merisik ini adalah adat yang mesti dan wajib dalam masyarakat Iban. Dalam masyarakat Iban, perkahwinan biasanya ditentukan oleh pengantin lelaki. Sekiranya seorang teruna telah berkenan kepada seorang gadis, ibu bapanya atau wakil akan bertandang ke rumah gadis untuk merisik. Perjumpaan kedua belah pihak ini juga dikenali sebagai berbunga-bunga atau berjarum-jarum. Pada masa itu syaratsyarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian dan sebagainya. Keluarga pihak lelaki akan menghantar rombongan meminang gadis jika hasil pertemuan itu menggalakkan. Syarat perkahwinan ditentukan kemudian oleh kedua-dua pihak.

Bertunang 11

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

Setelah perundingan selesai dibuat, barulah ikatan pertunangan itu dijalankan. Keluarga pengantin akan datang untuk menguruskan ikatan pertunangan itu. Setelah mencapai kata sepakat, ayah pihak lelaki akan menanggalkan “lapit” atau ikat pinggang perak atau sebilah pedang sebagi tanda pertunangan. Mulai dari hari itu, lelaki dan perempuan akan ditanda dengan ikatan pertunangan yang sah. Selepas ikatan pertunangan itu diikat, perempuan yang telah ditunangkan tidak dibenarkan menerima kunjungan lelaki lain selain daripada tunang dan ahli keluarganya sahaja. Jika tidak, perempuan itu akan dianggap mencemari ikatan pertunangan yang baru diikat itu. Sebentuk cincin di jari masing-masing adalah sebagai tanda ikatan pertunangan dan tanda bahawa masing-masing sudah dimiliki. Tempoh pertunangan kemudian ditetapkan. Tarikh perkahwinan juga turut ditetapkan. Dua atau tiga hari kemudian,wakil dari pihak lelaki akan memaklumkan kepada saudara-mara dan jiran tetangga tentang pertunangan itu. Semasa pertunangan itu, bakal pengantin lelaki dan pengantin perempuan haruslah sentiasa memakai cincin pertunangan sebagai tanda mereka sudah ada yang memiliki. Sekiranya pertunangan itu putus kerana salah seorang yang melakukan kecurangan, maka sesiapa yang melakukan kecurangan itu akan dikenakan denda sebagai menebus malu keluarga pihak yang dicurangi itu. Tetapi, sekiranya pertunangan itu terputus kerana kematian dan sebab-sebab lain, maka hubungan di antara pihak lelaki dan perempuan masih berjalan dengan baik.

Majlis Perkahwinan atau Melah Pinang Majlis perkahwinan dimulakan oleh pihak lelaki. Pihak lelaki akan menyediakan barang-barang atau hantaran yang akan diberikan kepada pihak perempuan seperti kain, raga, pedang, hasil kraftangan dan mungkin juga barang kemas. Keluarga perempuan juga turut membuat persiapan termasuklah memburu binatang untuk dijadikan lauk kepada tetamu yang akan datang. Selain itu, kedua belah pihak juga turut menetapkan perbelanjaan dan juga pemberian yang sesuai untuk pasangan masingmasing.

12

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

Pengantin lelaki memakai pakaian tradisional Iban dan disediakan tempat duduk. Paluan gong akan mengiringi rombongan dan perarakan tersebut. Sebaik sahaja sampai di rumah pengantin perempuan, akan dilepaskan satu tembakan sebagai tanda tetamu sudah tiba. Penduduk di rumah panjang pengantin perempuan akan bersiap sedia untuk menyambut kedatangan rombongan pengantin lelaki. Rombongan pengantin perempuan akan turun ke sungai untuk mandi bersama-sama dengan pengantin lelaki sebagai tanda permulaan silaturahim antara pengantin rombongan pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Semasa

perkahwinan

itu

hendak

bermula,

mereka

akan

mengadakan

perbincangan di ruai dan air tuak dihidangkan sekali lagi sebagai air perangsang kepada tetamu. Setelah mengetahui hubungan kekeluargaan,pengantin perempuan akan meminta berian. Tetapi nilainya adalah mengikut yang telah ditetapkan oleh masyarakat di situ sendiri. Pihak pengantin perempuan pula akan meminta bayaran “pemecah tangga”iaitu sebilah beliung, bayaran “pembuka pintu” iaitu sebatang lembing, bayaran “pembuka kelambu” iaitu sebilah pedang dan bayaran-bayaran yang lain. Upacara membelah pinang adalah upacara menentukan tempoh jodoh antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Setelah dibelah, pinang itu akan diagihkan kepada tetamu yang datang. Upacara perkahwinan telah dianggap tamat dan menunggu masa untuk bersanding di sebelah malam sahaja. Sekiranya ada kesalahan atau kesilapan semasa majlis perkahwinan itu, pengantin baru akan mandi di sungai untuk membersihkan diri. Mereka juga diminta untuk memegang sehelai kain yang panjangnya tujuh ela supaya kesalahan mereka akan hilang bagi setiap individu. Sementara menunggu majlis persandingan yang akan berlangsung pada sebelah malamnya, akan diadakan sedikit perbincangan antara keluarga sebelah pengantin lelaki dan perempuan. Perbincangan ini adalah tentang tempoh yang sesuai bagi pengantin perempuan tinggal di rumah pengantin lelaki sebelum dibenarkan melawat keluarganya.

5.2 Tradisi semasa mengandung dan melahirkan anak 13

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

Dalam masyarakat Iban, wanita yang mengandung dianggap satu keadaan yang buka kebiasaan, wanita tersebut dalam keadaan darurat (enda baka selama, iya diatu ribat) menunjukkan bahawa wanita tersebut sedang mengandung. Wanita Iban akan berjaga-jaga apabila kitaran haid mereka lambat daripada sedia kala (Jensen 1967:168), (kedua kali enda datai kain. Peringkat kedua ialah apabila seseorang wanita tersebut secara tiba-tiba ingin memakan sesuatu yang secara normalnya individu tersebut jarang makan (nyera) terutamanya makanan yang masam, ikan dan daging. Menurut (Henry 1998:5), terdapat larangan kepada ibu atau bapa apabila si isteri sedang mengandung. Sekiranya pantang larang tersebut dilanggar, maka anak yang akan lahir nanti akan menerima kesan. Pantang larang

Kesan apabila pantang larang tidak dipatuhi

1. Membuat empangan pada saliran

-

Sukar bersalin

2. Menutup lubang

-

Sukar bersalin

3. Membunuh kura-kura atau

-

Sukar bersalin

-

Sukar bersalin

-

Kedudukan anak melintang di

air

membawa salah seeokor masuk ke dalam rumah 4. Memakan sesuatu di bawah sarang nyamuk 5. Apabila seorang wanita mengandung keluar dari rumah,

dalam Rahim

maka semasa pulang wanita tersebut hendaklah masuk ke dalam rumah melalui jalan yang sama. 6. Memecah telur dengan mata pisau

-

Anak buta

7. Membunuh sesuatu

-

keguguran

Peringkat bersalin 14

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

Semasa bersalin, wanita tersebut akan dijaga rapi oleh beberapa wanita yang lebih tua iaitu seseorang yang telah mengalami situasi yang sama. Sebelum bersalin, beberapa ritual akan dilakukan kepada bakal ibu (Jensen 1966:177). Bayi yang baru keluar dari pintu rahim ibunya akan disambut oleh seorang bidan dan akan memegang bayi tersebut secara terbalik iaitu kepala ke bawah dan kaki ke atas untuk mengeluarkan cecair dari hidung dan mulut bayi tersebut. Pada masa yang sama, sanak saudara yang lain akan membuat bunyi bising dengan menggunakan bakul rotan agar bayi tersebut menangis. Menurut kepercayaan mereka, tradisi itu dilakukan agar bayi itu nanti tidak akan menjadi seorang yang penakut apabila besar kelak. Selain menggunakan bunyi bising bakul rotan, masyarakat tersebut juga ada kalanya menggunakan bunyi tembakan senapang (Sandin 1980: 64). Setelah itu, beralih pula kepada peringkat seterusnya iaitu upacara menamakan bayi. Untuk melangsungkan upacara ini, hanya sana saudara yang dekat sahaja akan terlibat bersama. Mereka akan berbincang untuk memilih nama yang sesuai dan nama akan diberi berdasarkan nama datuk nenek moyang mereka dahulu yang ssudah lama meninggal dunia (Sandin 1980:65). Namun demikian, nama moyang yang meninggal dunia disebabkan bunuh diri, dibunuh dengan senjata, dibaham buaya atau mana-mana punca yang tidak baik, maka nama moyang tersebut tidak boleh diguna pakai kerana dipercaya akan membawa perkara yang tidak baik kepada bayi tersebut. Selain itu, masyarakat iban juga ada menjalankan upacara memandikan bayi yang baru lahir. Upacara ini dijalankan secara besar-besaran berbanding dengan upacara menamakan anak. Kebiasaannya, warga-warga rumah panjang yang lain juga dijemput bersama untuk memeriahkan suasana. The reason for holding the ceremony is that if the child is not bathed in the river with offerings made to the deities and spirits, it must not be taken by anyone to bathe in any river; since it will not be protected by Sera Gindi and the spirits of fish, turtles and other aquatic creatures from the dangers present in the water (Sandin 1980:66)

5.3 Adat Mengurus Kematian 15

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

Masyarakat Iban menguruskan kematian mengikut adat-adat tertentu. Semasa kematian, sanak-saudara (kaban belayan) akan datang menghadirinya. Mayat si mati akan dimandikan dan dikenakan pakaian yang sebaik-baiknya dan diletakkan di tengahtengah rumah panjang (ruai). Di atasnya akan digantung pua kumbu. Semua barangbarang kepunyaan mayat akan dibekalkan di dunia selepas mati atau dunya sebayan. Sepanjang malam dan siang akan ada orang yang ditugaskan untuk menangisi si mati selain keluarga si mati. Tangisan itu adalah dalam doa yang menghantar si mati ke duna sebayan (Henry 1988:51) Kemudian pengebumian mayat pula akan dilaksanakan pada waktu subuh kirakira pukul empat pagi. Lubang mayat akan digali dan ditimbus bersama barang-barang yang dibawanya. Mayat juga dibuatkan rumah. Kemudian, apabila selepas kematian, upacara berkabung atau ngulit dijalankan. Seisi rumah panjang dilarang membuat bising, memakai barang kemas,pakaian yang cantik-cantik, dan digantung pinggan yang dibalut kain hitam pada pintu rumah keluarga si mati menandakan ada kesusahan dan kesedihan menimpa. Tidak lama kemudian,upacara beserara bungai dijalankan untuk memastikan roh si mati tidak lagi mengganggu mereka yang masih hidup.setelah genap tempoh yang ditetapkan oleh keluarga si mati, maka upacara berkabung pun tamat. Selepas itu,gawai antu atau perayaan untuk meraikan si mati akan dijalankan (Sandin

1980:

119)

6.0 Kesenian masyarakat Iban 6.1 Tarian

16

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

Ngajat Lesong

Ngajat Bunuh

Ngajat Kuta

Tarian Ngajat Masyarakat Iban Ngajat Pua Kumbu

Ngajat Induk

Ngajat Ngalu Temuai

Jenis tarian ngajat masyarakat Iban Sumber: Sandin (1988 : 74) Salah satu indentiti masyarakat Iban menjadi pelambangan mereka semua adalah tarian ngajat. Keunikan dalam setiap persembahan tarian ngajat inilah menjadikan suku kaum ini terlalu istimewa dan tersendiri. Keindahan tarian ngajat yang terdapat dalam masyarakat ini adalah unik dan asli kerana ianya merupakan satu indentiti komuniti Iban yang penuh dengan dunia mistik dan keajaiban serta membezakan kaumnya dari suku-suku kaum pribumi lain di Sarawak. Tarian ngajat masyarakat Iban dibahagikan kepada pelbagai jenis tarian ngajat. Antaranya ialah Ngajat Lesong, Ngajat Bunuh, Ngajat Induk, Ngajat Ngalu Temuai ( menyambut tetamu ), Ngajat Pua Kumbu dan Ngajat Kuta ( persembahan ngajat Tradisional ). Tarian biasanya di persembahkan semasa meraikan kejayaan atau menyambut kepulangan pahlawan-pahlawan Iban yang baru balik dari medan perang 17

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

dan juga meraikan kejayaan hasil dari cucuk tanam mereka yang merujuk kepada tanaman padi (Sandin 1988: 74) Ngajat berbunuh merupakan ngajat yang dipersembahkan oleh kaum lelaki dari. Tarian ini merupakan satu lakonan semula yang dilakukan oleh mereka sebagaimana yang yang mereka lakukan semasa menghadapi musuh-musuh ketika mereka mengadakan aktiviti harian seperti memburu. Manakala ngajat Induk pula merupakan persembahan yang dipersembahkan oleh golongan wanita yang memaparkan watak kelembutan dan kehalusan seni budaya serta adat istiadat masyarakat pribumi itu sendiri. Gerak tari yang dipersembahkan mempunyai maksud yang tersirat serta menggambarkan aktiviti harian masayarakat Iban. Tarian yang dipersembahkan adalah seperti membuat kraftangan tradisional iaitu menenun pua kumbu. Selain itu kreatif menghasilkan kraftangan yang berasaskan manik. Kita boleh melihat pakaian tradisional bagi masyarakat Iban khususnya kaum wanita yang kaya dengan keindahan dan kehalusan seni kraftangan tradisi mereka. Sebagai contoh Marik Empang yang di gunakan oleh penari wanita masyarakat Iban. Tarian Ngajat Lesong merupakan tarian yang di persembahkan oleh golongan lelaki sahaja. Tarian ngajat ini dinamakan sedemikian kerana seorang penari perlu menggigit lesung ketika sedang menari. Kekuatan dan kegagahan yang di tunjukkan dalam persembahan tarian ngajat jenis ini hanya sesuai di persembahkan oleh golongan lelaki sahaja. Ngajat Ngalu Temuai ( menyambut tetamu ) dipersembahkan bagi tujuan menyambut kedatangan tetamu khas yang datang. Biasanya tarian ini di persembahan ketika upacara perasmian atau pembukaan sesuatu majlis rasmi yang dihadiri oleh banyak tetamu-tetamu terhormat dan orang ramai. Ngajat

Kuta pula

merupakan

jenis

tarian

persembahan

ngajat

yang

menggabungkan penari lelaki dan perempuan. Biasanya diadakan bagi upacara sambutan seperti perasmian sesebuah persembahan kebudayaan dan sebagainya. Tarian ini berbeza daripada tarian Ngajat Pua Kumbu yang merupakan salah satu daripada jenis persembahan yang terdapat dalam tarian ngajat. Persembahan ngajat jenis ini lazimnya dipersembahkan oleh golongan wanita. Memandangkan nama tarian 18

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

ini ialah Pua Kumbu jadi sudah pasti para penarinya akan menari tarian ngajat sambil membawa kain pua kumbu sebagai props dalam persembahan mereka.

6.2 Pakaian tradisional Dari segi kostum dan aksesori yang di gunakan ialah hiasan kepala (kerapu perak) headgear yang di perbuat daripada tembaga yang bewarna perak di hiasi dengan bulu burung kenyalang, bulu burung Tajai dan bulu burung Ruai dan mengandungi ukiran flora di sekeliling hiasan kepala. Gagong merupakan nama sejenis pakaian pahlawan atau penari lelaki yang di perbuat daripada kulit binatang yang masih terdapat bulu dari kulit itu tadi. Biasanya kulit itu diperolehi daripada binatang buruan mereka seperti beruang. Baju tenung ( wawan attire ) pula merupakan baju burung yang bermotifkan hiasan atau ukiran burung, baju sampang , baju buri ( yang dihiasi kulit tiram yang besar). Sirat merupakan sejenis kala cawat yang berukuran lebih kurang 30 kaki dan berwarna merah, hitam, biru tua, putih, coklat dan di hiasi dengan bintik-bintik pada kain tersebut. 6.3 Seni tatu Kepercayaan orang Iban pada masa dahulu yang berkaitan dengan pembuatan tatu ialah untuk mengingatkan mereka bahawa Remaung ( makhluk separuh manusia separuh haiwan yang menyerupai harimau ) merupakan makhluk halus yang perlu dihormati . Sekiranya tidak mempunyai tatu ,mereka yang berjalan keseorang di dalam hutan amat mudah terjumpa dengan barang – barang kepunyaan mereka sendiri . Barang –barang tersebut dipercayai milik Remaung , seandainya barang itu disentuh atau dibawa pulang ke rumah maka orang yang mengambilnya akan diserang oleh penyakit dan akhirnya boleh membawa ajal . Jika ada tatu orang Iban percaya bahawa Remaung mengenali mereka manusia dan tidak akan mengganggu. Selain itu , tatu turut menunjukkan keberanian pada seseorang dan serta status orang itu dalam kelompok komuniti orang Iban. Bagi orang Iban juga , mencacah tatu dianggap sebagai diari bagi memperingati sesuatu peristiwa yang telah berlaku .Hal ini supaya senang mengingati peristiwa penting tersebut . Masyarakat Iban pada masa 19

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

dahulu juga mencacah tatu pada kanak-kanak yang berusia 10 atau 11 tahun bagi menandakan mereka “ baru lanjau “ dan sudah bersedia untuk menyertai aktiviti pemburuan .Tujuan mencacah tatu pada kanak –kanak ini adalah sebagai azimat dan melindungi mereka dari roh-roh jahat serta juga menjadikan mereka kebal. Secara amnya, bagi masyarakat Iban sesiapa sahaja boleh dicacah dengan tatu tetapi mesti ada motif yang khas misalnya bagi golongan tertentu sahaja. Sesetengah corak tatu juga hanya di khaskan untuk golongan pahlawan sahaja. Pada zaman dahulu , nenek moyang orang Iban amat mementingkan bilangan tatu yang ada pada badan seseorang dalam pemilihan bakal suami atau isteri. Menurut Sandin (1977), selain wanita mencacah badan sebagai perhisan diri , tatu juga melambangkan kemampuan mereka menjalankan tanggungjawab dan kewajipan sebagai isteri serta kebolehan menari ( tarian ngajat ). Lelaki Iban yang tidak mempunyai sebarang tatu atau mempunyai tatu yang separuh siap akan dilabel sebagai “ telanjai “ atau dianggap sebagai sebuah rumah yang tidak mempunyai atap . Satu gelaran yang amat popular iaitu “ Bujang Berani Kempang , Lendat Dibiau Batang Isang “ yang membawa maksud semakin banyak kepala yang dibawa balik daripada memburu ( ngayau ) , maka semakin banyak tatu yang akan dicacah pada badan pahlawan itu . Hal ini dilakukan sebagai penghargaan atas keberanian pahlawan tersebut menentang musuh.

6.4 Kraftangan dan Kemahiran Masyarakat Iban juga masyarakat yang kaya dengan pengetahuan dalam menghasilkan kraftangan atau disebut juga pengelandik jari. Oleh itu, pelbagai kraftangan yang dihasilkan dengan hasil seni dan corak serta motif yang tertentu yang berlambangkan identiti masyarakat Iban sendiri. Antara kraftangan yang dihasilkan oleh masyarakat Iban di Sarawak ialah tikar,raga, pasu dan sebagainya yang sangat cantik buatannya. Dalam sesebuah rumah panjang, amatlah menjengkelkan jika seseorang perempuan terutama sekali tidak pandai menghasilkan kraftangan, sekurang-kurangnya 20

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

menganyam sehelai tikar mengkuang atau rotan. Sebelum seseorang wanita itu hendak berkahwin dengan bakal suaminya, beliau terlebih dahulu mempersiapkan diri dengan kemahiran menghasilkan kraftangan seperti anyaman, tenunan dan sebagainya. Hal ini kerana, kraftangan yang dihasilkan akan dapat menambat hati keluarga mentua. Kraftangan yang dihasilkan oleh masyarakat Iban adalah pelbagai dan mempunyai pelbagai kegunaan. Antara kraftangan yang dihasilkan ialah seperti tikai lampit atau sejenis tikar yang ditusuk dengan menggunakan tali tansi dan dibuat daripada rotan yang telah diraut nipis. Tikai kerupuk dan tikai senggang pula ialah tikar yang diperbuat daripada mengkuang dan juga senggang dan biasanya digunakan untuk menjemur padi selepas habis musim menuai. Tikar- tikar itu akan dianyam dengan corak dan motif yang pelbagai seperti corak bunga, manusia, burung dan sebagainya. Melainkan tikar senggang yang dianyam biasa sahaja memandangkan kegunaannya hanyalah sebagai tempat menjemur padi sahaja. Kraftangan lain pula ialah seperti pasu dan juga tempayan (benda) yang diperbuat daripada tanah liat dan diuli menjadi tembikar yang menghasilkan pelbagai bentuk hasil ukiran yang agak kreatif serta menampilkan corak yang pelbagai. Tempayan ini akan digunakan untuk menyimpan beras, perkasam dan makanan yang diawet. Terdapat juga tempayan yang dijadikan untuk menyimpan nasi tapai atau tuak, iaitu minuman untuk masyarakat Iban pada musim perayaan. Pada zaman sekarang, kraftangan masyarakat Iban masih lagi mendapat sambutan dan terkenal kerana hasil kraftangannya yang asli dan unik. Antara kraftangan yang begitu terkenal ialah Tikai Lampit dan kain Tenun.

7.0 Sistem bahasa dan tulisan Dipetik dari penulisan Nicholas Ugik Jantan (2012) dalam kajian beliau mengenai masyarakat Iban, aspek sistem bahasa boleh dikatakan aspek penilaian ketamadunan yang jarang diketengahkan dalam pensejarahan masyarakat Iban (jika pensejarahan sebelum ini ada memaparkan aspek-aspek ketamadunan dalam masyarakat Iban) kerana sejarahwan boleh jadi berpendapat bahawa masyarakat Iban tidak ada sistem 21

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

tulisan dan setiap rekod yang diperturunkan dari setiap generasi ke generasi yang seterusnya dalam bentuk lisan. Memang ada seindah bahasa yang dipertuturkan dan akhirnya ia membentuk satu sistem kesusasteraan tetapi segalanya dalam bentuk lisan. Ini adalah pandangan yang memegang teori bahawa masyarakat Iban tidak mempunyai sistem tulisan. Namun yang demikian, tidak kurang juga yang memperdebatkan bahawa masyarakat Iban mempunyai sistem tulisan yang terjumpanya papan turai. Bukti bahawa masyarakat mempunyai sistem tulisan masih lagi belum terbukti sepenuhnya kerana kekurangan bukti konkrit selain daripada penemuan papan turai. Kalau mengikut cerita mitos yang diceritakan oleh generasi emas, masyarakat Iban telahpun mempunyai sistem tulisan yang digunakan untuk dalam kehidupan seharian selain digunakan dalam sastera, budaya dan kepercayaan. Namun apabila berlakunya banjir besar, seorang lelaki tua yang dipertanggungjawabkan memegang manuskrip tersebut telah mencuba sedaya upaya menyelamatkannya supaya tidak rosak ataupun hilang. Tetapi akibat daripada keadaan yang cemas, beliau telah menelan dokumen tersebut dan berharap apa yang tercatat dalam dokumen tersebut akan diingatinya dan diperturunkan secara lisan kepada generasi yang seterusnya. Bermula daripada peristiwa inilah masyarakat Iban telah menghafal dan menurunkan semua catatan kesusasteraan, peraturan hidup, pantang larang, aturan budaya dan sistem kepercayaan secara lisan. Lain pula dari aspek bahasa, kaum Iban dikenali dengan " Master of Language " oleh dunia. Prof Derek Freeman adalah salah seorang dalam kalangan pengkaji Bahasa Iban yang menyatakan bahawa orang Iban sememangnya master of language. Prof

Derek

Freeman

turut

menyatakan

bahawa

Orang

Iban

pandai

dalam

menggunakan bahasa, di setiap baris ayat, mencipta serta membina puisi dengan cantik, bijak dalam memilih dan menyusun ayat serta mempunyai banyak jenis puisi yang menggunakan penyusunan ayat yang sesuai dengan bunyi, seperti yang digunakan dalam puisi Bahasa Inggeris. Bahasa Iban mempunyai persamaan yang ketara dengan bahasa Melayu Sumatra (Richards 1981 : ix). Contohnya pulai dan pulang, makai dan makan, buai dan buang. 22

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

8.0 Sistem teknologi dan peralatan kaum Iban 8.1 Peralatan perang Antara peralatan kaum iban yang terkenal ialah parang ilang. Dipetik dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0316&sec=Sabah_%26_Saraw ak&pg=wb_01.htm (2010), Pada zaman dahulu, parang ilang sering dikaitkan dengan tradisi memenggal kepala atau ngayau dalam kalangan kaum Dayak khususnya semasa dalam peperangan. Tradisi itu akhirnya melahirkan satu kepercayaan bahawa parang ilang yang sering digunakan untuk memenggal kepala adalah bertuah atau keramat. Manakala pemilik parang ilang tersebut dianggap mempunyai sakral atau sakti dan ini secara tidak langsung meningkatkan status sosialnya. Pada zaman dahulu, terdapat ulu parang dihiasi rambut manusia yang diambil dari kepala orang yang dipenggal kerana dipercayai dapat memberi kekuatan luar biasa terhadap parang ilang tersebut. Roh si mati kononnya akan bersatu dengan parang ilang menjadikannya sakti. Manakala sarungnya diperbuat daripada kayu yang juga dihias dengan pelbagai hiasan antaranya manik dan bulu burung. Pada sarung itu juga diselitkan anak parang ilang berupa pisau kecil yang bertangkai panjang. Di samping itu, setiap bilah parang itu mempunyai panjang yang berbeza iaitu lazimnya 70 hingga 80 sentimeter. Bahagian hujungnya runcing dengan lebar sekitar enam hingga tujuh sentimeter manakala bahagian pangkal lebarnya tiga hingga empat sentimeter. Manakala, pada bahagian belakang parang terdapat ukiran yang diperindah dengan logam tembaga yang berwarna kuning keemasan. Ukiran itu dipercayai dapat melindungi pemiliknya daripada diganggu roh jahat. Alatan perang yang seterusnya ialah terabai. Terabai merupakan papan pelindung atau perisai semasa berentap dengan pihal lawan. Terabai diperbuat daripada kayu plait dan akan diukir dan diwarna mengikut kehendak masing-masing. Di samping itu, sumpit juga dijadikan sebagai pilihan untuk menjadi peralatan perang selain kegunaannya untuk memburu binatang. Sumpit diperbuat daripada kayu yang di mana panjangnya boleh mencecah sehingga 1.6 meter. Manakala damaknya

23

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

pula diperbuat daripada buluh. Selalunya damaknya akan dibubuh dengan racun untuk melumpuhkan mangsa. 8.2 Alat muzik Engkromong Gong kecil diperbuat daripada perenggu berbentuk periuk. Berbusut di tengah permukaannya. Lapan buah gong bagi satu set diatur berbaris di atas para yang panjang. Semua alat-alat muzik ini dimainkan oleh kaum lelaki. Walaubagaimanapun ada sebahagian kecil alat-alat muzik ini dimainkan serta dipratikkan oleh kaum wanita khususnya warga tua masyarakat Iban. Selain daripada dimainkan untuk hari perayaan mereka, iaitu “Hari Gawai” ia juga dipamerkan kepada orang ramai terutama para pelancong yang ingin mengetahui kebudayaan seni muzik masyarakat Iban khususnya di negara ini. Tawak Dibuat dari perunggu berbentuk bulat. Dindingnya tebal, berbusut di tengahtengah bahagian permukaannya. Ia juga berpasangan (ibu dan anak). Bagi tetawak ibu bunyinya rendah dan bergema manakala tetawak anak, nada bunyinya nyaring. Alat muzik ini dapat menghasilkan bunyi seperti 'chak, dong, peng'.

9.0 Penutup Secara keseluruhannya, masyarakat Iban di Sarawak adalah masyarakat yang mempunyai cara hidup dan tradisi yang agak istimewa. Cara hidup mereka adalah amat menarik sekali untuk diungkapkan dan diceritakan. Kehidupan masyarakat Iban jika dilihat dari aspek sosial, ekonomi dan politik sesungguhnya amatlah berbeza dengan kaum-kaum lain di Malaysia ini. Hal ini digambarkan dengan memetik pendapat Vinson H. Sutlive dalam bukunya yang berjudul The Iban Of Sarawak yang berbunyi begini: “The Ibans have built thier world out of natural, social and metasocial order to which they have perceived themselves as belonging. Plants, animals, hills,sun moon, stars , ancestral spirits and other groups have been brought together in the ethnoscience and 24

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

mythology by which the Iban have developed and manipulated the symbols which have helped them understand thier world the rationalize thier behaviour.” Walaubagaimanapun, pada masa kini, adat dan tradisi masyarakat Iban banyak juga yang telah ditinggalkan. Antaranya adat-adat yang menjurus kepada animisme, kepercayaan karut, dan adat-adat yang difikirkan tidak logik untuk diamalkan pada masa sekarang. Hal ini memandangkan masyarakat pada zaman sekarang sudah maju dan pemikiran masyarakat pun berubah ke arah yang lebih moden. Tambahan pula, sudah ramai golongan cerdik pandai dalam kalangan masyarakat Iban yang membawa budaya dan cara hidup masyarakat bandar dan menerapkannya dalam kalangan masyarakat Iban .

25

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

TUGASAN 2

26

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

Cara masyarakat Iban mempengaruhi keperibadian dan pencapaian akademik anakanak mereka di sekolah. Dalam menghuraikan kenyataaan di atas, saya telah menggunakan kaedah borang soal selidik dalam mendapatkan maklumat. Borang soal selidik tersebut telah diedarkan di rumah panjang Sap, Batu Lintang Undop yang terletak di daerah Sri Aman di mana rumah panjang tersebut mempunyai 20 bilik. Setiap bilik akan diedarkan satu borang sola selidik dan responden perlulah samada ketua keluarga atau isteri kepada ketua keluarga tersebut. Setiap perkataan yang terdapat dalam borang soal selidik (rujuk lampiran 1) tersebut telah diterjemahkan dalam bahasa Iban bagi memudahkan para responden untuk memahami setiap perkataan yang terdapat pada borang tersebut. Berdasarkan hasil dapatan (rujuk lampiran 2), untuk kenyataan yang pertama responden langsung tidak menandakan pada skala 1 dan juga skala dua. Sebanyak 3 orang responden tanda pada skala 3 dan sebanyak 17 orang responden tanda pada skala 4. Untuk kenyataan kedua, sebanyak 12 orang reponden tanda pada skala 2, 3 orang responden tanda pada skala 3, 2 orang responden tanda pada skala 4 dan tiada satu pun responden tanda pada skala 1. Untuk kenyataan 7, seorang responden tanda pada skala 3, 19 orang responden tanda pada skala 4 dan tiada yang tanda pada skala 1 dan 2. Manakala, untuk skala 3, 4, 5, 6, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14 dan 15 kesemua 20 orang responden tanda pada skala 4. Berdasarkan hasil analisis saya pada borang soal selidik yang telah diedarkan di rumah panjang Sap, Batu Lintang Undop yang terletak di daerah Sri Aman, rata-rata penduduk di rumah panjang tersebut sangat mengambil peduli akan pendidikan anakanak mereka. Buktinya dapat kita lihat pada hasil daripada analisis borang soal selidik yang telah dilakukan. Majoriti daripada responden tanda pada skala 4 untuk kesemua kenyataan kecuali kenyataan nombor 2. Kenyataan nombor 2 yang berbunyi “masalah kewangan sering menjadi punca kepada saya untuk tidak menyekolahkan anak-anak”, rata-rata responden kurang setuju dengan kenyataan tersebut. Namun demikian terdapat 2 orang responden telah tanda pada skala 4 iaitu sangat bersetuju dengan kenyataan tersebut. Hasil daripada itu, dapat saya menyimpulkan bahawa masalah 27

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

kewangan masih lagi menjadi punca kepada beberapa ketua rumah keluarga untuk melengkapkan pendidikan anak-anak mereka. Rata-rata mereka yang tanda pada skala 4 adalah golongan yang berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungan anak yang ramai. Berbeza pula dengan responden-responden yang lain, walaupun hampir kesemua mereka mempunyai pekerjaan yang sama iaitu sebagai petani, namun mempunyai hasil pendapatan yang berbeza. Selaras dengan penerangan sebelum ini, menurut Sultive (1978), masyarakat Iban pernah dianggap sebagai salah satu masyarakat yang terkenal dengan penanaman padi bukit dan barangsiapa yang mendapat hasil tuaian yang banyak akan dianggap kaya, pintar, dipandang tinggi dan rajin. Maka dengan itu, boleh saya katakan bahawa kebanyakan responden adalah dari golongan yang mempunyai keluasan tempat pertanian yang luas dan hanya segelintir sahaja yang mempunyai masalah kewangan kemungkinan hasil tuaian yang tidak mencukupi atau tanggungan isi rumah yang begitu ramai. Walaupun demikian, rata-rata mereka sangat mementingkan aspek pendidikan anak-anak mereka. Sekarang ingin saya perjelaskan bagaimana kebudayaan masyarakat ini mempengaruhi keperibadian dan pencapaian anak-anak mereka di sekolah. Pertama sekali ialah kita mesti ingat bahawa masyarakat ini sangat berpegang kuat pada sesuatu amalan, pantang larang mahupun sesuatu ritual. Dipetik dari buku Henry (1998), Jensen menyatakan bahawa salah satu aspek yang paling ketara dalam masyarakat Iban adalah mereka sinonim dengan pelbagai ritual dalam kebanyakan kegitan harian. Perkara ini dapat saya simpulkan bahawa masyarakat Iban merupakan golongan yang sangat berdisiplin. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:356), berdisiplin bermaksud patuh pada sesuatu peraturan. Dalam setiap aktiviti harian masyarakat Iban, dapat saya gambarkan bagaimana budaya disiplin tersebut berlaku. Contohnya, ketika ingin meneroka tanah, semasa sedang mengandung dan sebagainya pasti ada sahaja ritual yang akan dilakukan bagi mengelakkan sesuatu perkara buruk daipada berlaku. Di samping ritual, mereka begitu berdisiplin dalam mematuhi segala pantang larang contohnya ketika sedang berjalan di dalam hutan. Mereka berbuat demikian agar setiap aktiviti mereka berjalan lancar tanpa diganggu oleh roh jahat. Budaya disiplin ini telah diperturunkan sampai kini

28

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

sehinggakan dalam hal pendidikan juga mereka sangat prihatin. Golongan ibu bapa berusaha mendisiplinkan anak mereka untuk bersekolah. Buktinya dapat kita lihat pada hasil dapatan kajian borang soal selidik yang saya telah lakukan. Contohnya pada kenyataan 6 yang berbunyi “ saya tidak menggalakkan anak saya ponteng sekolah‟ dan kenyataan 11 yang berbunyi “saya memarahi anak saya sekiranya tidak mengambil berat akan pelajaran”, secara majoriti para responden amat bersetuju dengan kenyataan tersebut dengan menandakan skala 4. Kita boleh lihat betapa seriusnya golongan ibu bapa dalam aspek persekolahan anak mereka dan berusaha menerapkan budaya disiplin dalam diri anak mereka dalam usaha memperoleh pencapaian akademik yang cemerlang. Selain itu, saya juga boleh mengatakan bahawa kebudayaan masyarakat Iban juga sangat menekankan budaya hormat-menghormati. Masyarakat ini bukan sahaja hormat kepada amalan ritual dan pantang larang, mereka juga sangat menghormati orang yang lebih berpengalaman daripada mereka. Contohnya individu yang bergelar „tuai rumah‟ dan „manang‟(pawang). „Tuai rumah‟ merupakan individu yang telah dipersetujui oleh kesemua isi rumah panjang untuk menjadi ketua rumah. Apa-apa keputusan, perayaan, perkahwinan dan sebagainya sudah pasti mereka akan merujuk kepada tua rumah terlebih dahulu untuk mendapatkan persetujuan. Begitu juga dengan individu yang bergelar „manang‟. Masyarakat Iban sangat menghormati individu ini kerana „manang‟ merupakan orang yang mempunyai keupayaan atau kemahiran dalam mengubati sesuatu atau memulihkan sesuatu musibah yang datang menimpa. Segala arahan yang disampaikan oleh manang akan dhormati oleh masyarakat iban yang lain kerana khuatir akan ditimpa musibah sekali lagi. Seterusnya kita lihat pada institusi sesebuah keluarga, ibu bapa menghormati anak dan anak menghormati ibu bapa. Dalam hal pendidikan, ibu bapa masyarakat Iban amat menekankan pendidikan anak-anak mereka. Sebagai seorang anak, sudah pasti mereka amat menghormati teguran atau nasihat yang diberikan oleh ibu bapa mereka. Disebabkan budaya hormat-menghormati ini sudah menjadi suatu kebiasaan dalam komuniti mereka, maka bukan alasan bagi anak-anak muda untuk tidak menghormati kata-kata ibu bapa mereka. Boleh saya katakan bahawa dari kecil mereka sudah dididik

29

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

untuk menghormati ibu bapa, maka apabila berada di sekolah nanti mereka tidak akan mengalami sebarang masalah menghormati guru-guru, kakitangan sekolah dan rakanrakan. Kita kena tahu bahawa, hubungan sosial yang bail dalam kelas merupakan salah satu punca kepada pembelajaran yang berkesan di samping itu, saya percaya bahawa dalam pemikiran anak-anak muda masyarakat Iban, sekiranya mereka tidak menghormati kata-kata ibu bapa, ianya sama juga seperti mereka tidak menghormati kata-kata seorang manang atau tuai rumah di mana akhirnya akan mendatangkan musibah pada diri sendiri. Dalam masa yang sama juga, budaya yang telah diamalkan sejak dulu kala juga secara tidak langsung dapat membentuk keperibadian yang utuh dalam kalangan anakanak muda. Amalan kehidupan yang penuh dengan pantang larang, ritual dan sebagainya saya percaya telah mempengaruhi pemikiran anak-anak muda untuk menjadi seorang insan yang berguna dalam komuniti masyarakat mereka. Seperti yang telah saya terangkan di atas, budaya disiplin dan hormat-menghormati amat ditekankan oleh ibu bapa dan sedaya upaya untuk disemaikan dalam diri anak-anak mereka melalui amalan tradisional. Contohnya, melalui penceritaan cerita-cerita dongeng seperti cerita Timbunan Si Penipu yang dipetik dari buku Cerita Rakyat Orang Iban (2007) merupakan cerita tradisonal masyarakat iban sejak dulu kala lagi. Cerita tersebut menceritakan seorang lelaki Iban bernama Minggi yang selalu membuat gurauan yang menyakitkan hati orang lain di mana akhirnya telah mendatangkan musibah kepada dirinya sendiri. Dari cerita rakyat sebegini, saya percaya golongan tua orang Iban sering menceritakan cerita sebegini yang penuh dengan pengajaran. Masa-masa yang terluang saya percaya dalam mana-mana kaum pun pasti golongan tua akan meluangkan masa bersama dengan golongan muda dan sudah tentu cerita purba kala ada diselitkan bersama sebagai bahan perbualan. Budaya sebegini secara tidak langsung dapat menyampaikan pengajaran kepada golongan muda melalui medium yang sangat menarik iaitu melalui penceritaan cerita-cerita rakyat yang diperturunkan dari zaman ke zaman. Selain daripada itu, kita juga boleh lihat budaya masyarakat ini yang mengamalkan amalan bekerjasama. Contohnya ketika musim menamam padi

30

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

(menugal). Amalan bekerjasama ini dikenali sebagai „beduruk‟ dalam masyarakat Iban. Untuk lebih jelas lagi, menurut Henry (1998), „beduruk‟ bermaksud membalas jasa baik seseorang itu dengan memberikan bantuan dari segi tenaga, wang atau sebagainya. Contohnya, pada hari ini individu A membantu individu B „menugal‟, kemudian pada keesokan harinya pula tiba masanya individu B pula yang membantu individu A samasama „menugal‟ padi. Amalan sebegini yang telah diperturunkan dari nenek moyang telah membentuk satu komuniti yang saling memerlukan antara satu sama lain tanpa mementingkan kepentingan sendiri. Justeru itu, anak-anak muda pasti akan terpengaruh dengan amalan sebegini kerana setiap hari di dalam kehidupan mereka penuh dengan aktiviti sedemikian memandangkan pertanian merupakan punca ekonomi mereka yang utama. Pada pendapat saya, secara perlahan-lahan golongan muda akan belajar betapa pentingnya amalan budaya seperti ini dalam usaha mewujudkan masyarakat yang bersatu padu iaitu perlu bermula dari dalam diri masingmasing terlebih dahulu. Ibarat, jika ingin orang lain menghormati kita, terlebih dahulu kita harus menghormati orang tersebut. Kesimpulannya, masyarakat Iban sangat menitikberatkan aspek keperibadian dan pencapaian akademik anak-anak mereka di sekolah. Ibu bapa atau ketua keluarga merupakan penggerak utama dalam memastikan kedua-dua perkara ini wujud dalam kalangan anak-anak mereka. Sebagai bukti, dapatan kajian saya menunjukkan rata-rata responden bersetuju dengan kenyataan 1 hingga 15 yang terdapat dalam borang soal selidik yang telah mereka jawab. Di samping itu, mereka juga percaya bahawa pendidikan merupakan medium untuk memajukan taraf sosioekonomi mereka. Maka di sini, pada pendapat saya tidak hairanlah suatu hari nanti bilangan masyarakat Iban yang terlibat dalam sektor awam bahkan juga sektor swasta akan meningkat. Dalam pada itu, masyarakat ini juga sangat mementingkan keperibadian anak-anak mereka. Contohnya, apabila bayi baru lahir, bakul rotan akan digoncang dengan kuat untuk menghasilkan bunyi bising agar bayi tadi mengeluarkan suara tangisan. Menurut kepercayaan mereka, apabila besar kelak bayi tersebut akan menjadi seorang yang berani. Perkara sebegini menunjukkan kepada kita bahawa betapa prihatinnya golongan ibu bapa untuk membentuk keperibadian yang utuh dalam kalangan anakanak mereka iaitu bermula sejak dari bayi lagi. 31

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

Selain itu, kanak-kanak juga banyak mempelajari pelbagai perkara dari apa yang dilihat, dilihat, didengar, dihidu dan dirasa di sekitar mereka. Selaras dengan teori yang Albert Bandura telah kemukakan, iaitu manusia secara semula jadi belajar melalui proses peniruan atau pemerhatian, iaitu dengan cara melihat orang lain melakukan, mendapat ganjaran daripada perlakuan atau melihat orang menerima hukuman daripada perlakuan. Daripada ini dapat saya simpulkan bahawa, segala tradisi, upacara dan ritual yang diamalkan dalam kehidupan seharian telah memberikan mereka pengalaman sebenar dan akhirnya dapat membentuk ciri-ciri keperibadian yang utuh dan secara tidak langsung mempengaruhi cara pemikiran mereka terhadap aspek pendidikan.

32

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

TUGASAN 3

33

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

Cadangan meningkatkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya di sekolah

Persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya sememangnya satu perkara yang sangat penting untuk memastikan murid-murid dapat belajar dalam suasana yang menarik serta kondusif. Seperti yang kita ketahui, kanak-kanak belajar melalui interaksi dengan persekitarannya. Dipetik dari buku Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku (2009), pembelajaran ini berkesan sekiranya persekitarannya, iaitu bilik darjah, makmal, bengkel atau padang permainan diurus dengan baik agar murid-murid boleh bekerjasama, berkomunikasi dan berkongsi dengan teratur dan selesa. Oleh yang demikian, guru perlu berusaha ke arah pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif bagi memastikan hasrat tersebut tercapai. Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Terlebih dahulu, guru perlu memahami apakah yang dimaksudkan dengan persekitaran pembelajaran. Menurut Najeemah Md. Yusof (2006), pembelajaran merujuk kepada perubahan tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Pembelajaran ini pula dipengaruhi oleh persekitaran yang positif, atau disebut persekitaran pembelajaran kondusif iaitu merupakan komponen yang amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Dalam konteks pendidikan, Choong Lean Keow (2008) mendefinisikan persekitaran pembelajaran yang merangkumi beberapa aspek seperti pola komunikasi, reka bentuk, pelan lantai dan susun atur ruang fizikal dan kebolehan guru mengurus murid-murid dalam bilik darjah. Dipetik dari buku Budaya & Pembelajaran (2011), terdapat beberapa elemen yang perlu diberi perhatian untuk mewujudkan persekitaran PdP yang mesra budaya. Antaranya ialah seperti berikut: 34

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

i.

Kepelbagaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan perbezaan budaya murid.

ii.

Pemupukan nilai dan budaya Malaysia.

iii.

Pengurusan sumber pengajaran dan pembelajaran mesra budaya.

iv.

Susun atur bilik darjah.

v.

Kemudahan dan peralatan pengajaran dan pembelajaran.

vi.

Penaksiran dan penilaian prestasi pelajar Elemen-elemen di atas merupakan panduan bagi guru untuk memikirkan

cadangan yang sesuai bgai mewujudkan persekitaran PdP yang mesra budaya. Untuk elemen yang pertama, guru perlu memilih murid daripada pelbagai etnik untuk aktiviti berkumpulan dan tindakan ini menggalakkan perkongsian idea, pandangan dan pendapat antara mereka. Guru perlu tahu bahawa, dalam kalangan murid tidak dapat lari daripada unsur klik. Oleh itu, semasa aktivti berpasangan atau berkumpulan, seharusnya guru tidak memberikan peluang sepenuhnya kepada murid untuk memilih ahli kumpulan sendiri. Di samping itu, guru juga perlu melayan karenah murid dengan adil tanpa membeza-bezakan etnik dan keturunan murid. Walaupun murid tersebut nakal atau sukar mendengar kata, guru perlu besabar dan bersikap profesioanl dalam menghadapi situasi sedemikian. Guru juga perlu memupuk nilai menghargai budaya etnik

lain

dengan

menonjolkannya

melalui

aktiviti

pembelajaran.

Contohnya,

menghasilkan kad ucapan untuk sesuatu perayaan, aktivti tarian tradisional dan sebagainya. Selain itu, guru juga boleh mengadakan lawatan ke destinasi untuk menyingkap sejarah dan budaya yang dimiliki oleh sesuatu etnik misalnya ke muzium, perkampungan orang Asli, Kampung Budaya dan sebagainya. Murid juga boleh dipertontonkan dengan filem atau dokumentari yang mengisarkan negara yang musnah akibat daripada persengketaan dan perpecahan etnik supaya wujud semangat perpaduan dalam diri mereka. Elemen kedua iaitu pemupukan nilai dan budaya Malaysia. Terdapat banyak cara yang boleh digunakan oleh guru untuk merealisasikan elemen tersebut dalam kalangan murid-murid. Antaranya ialah murid perlu sentiasa diingatkan bahawa semua ajaran agama menyarankan penganutnya hidup berbaik-baik tanpa ada persengketaan

35

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

dan permusuhan. Di samping itu, dalam buku Budaya & Pembelajaran (2011), ada menyatakan bahawa murid hendaklah diasuh menggunakan bahasa yang santun, mengamalkan perlakuan yang tertib dan beradab, serta menjalinkan hubungan yang mesra dan sepakat. Murid juga perlu ditegur apabila memanggil kawan-kawannya dengan nama atau gelaran yang memalukan dan tidak menghina rakan-rakan daripada etnik yang berbeza dengan mereka. Seterusnya kita beralih kepada elemen pengurusan sumber pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan sumber yang sesuai untuk aktivtii PdP sangat memainkan peranan yang penting agar murid yang berbeza latar belakang dapat belajar dalam suasana yang sewajarnya dan menyeronokkan. Bahan sumber yang pelbagai dengan berlatarbelakangkan budaya dan amalan hidup yang berbeza-beza mampu meraih minat murid untuk mengikuti pembelajaran tanpa berasa bosan. Di samping itu, murid dididik untuk melihat bukan sahaja perbezaan yang wujud dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik, sebaliknya turut mencari persamaan yang dapat dikongsi bersama-sama. Antara cadangan yang sesuai dilakukan untuk merealisasikan perkara tersebut ialah guru perlu memilih sumber pengajaran yang mengandungi ciriciri budaya sesuatu etnik bagi memupuk pemahaman dan perkongsian nilai budaya. Sebagai contoh, makanan pada musim perayaan, adat istiadat perkahwinan, pantang larang dan sistem penggilan berdasarkan „kinship‟. Dipetik

dari

http://dictionary.reference.com/browse/kinship(2005),

„kinship‟

membawa maksud hubungan kekeluargaan. Di samping itu, guru juga seharusnya menggalakkan murid mencari bahan seperti cerita-cerita dan lagu-lagu rakyat serta artifak yang berkaitan dengan sesuatu etnik untuk dikongsi dan dikaji bersama semasa sesi pembelajaran. Perkara ini adalah sangat penting agar murid-murid dapat belajar bukan sahaja menghargai kebudayaan etnik sendiri malah kebudayaan etnik yang lainlain juga. Cadangan yang seterusnya ialah guru boleh memilih bahan atau sumber pembelajaran yang menonjolkan kepentingan hubungan kemanusiaan tanpa mengira perbezaan etnik. Guru boleh memilih sumber yang paling sesuai untuk memupuk perasaan kasih sayang antara etnik melalui pengguanan sumber yang sesuai seperti melalui cerita, lagu, klip video dan foto yang berkaitan.

36

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

Elemen yang keempat iaitu susun atur bilik darjah. Susun atur bilik darjah yang kondusif sangat memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan suasana pembelajran yang bermakna di samping persekitaran pembelajaran yagn mesra budaya. Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah telah dirumuskan oleh Fred Steele(1973) sedemikian “ the effects of physical setting in a classroom is a setting for social interaction, symbolic identification, growth, security,shelter and pleasure”. Kenyataan yang diutarakan oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert (1994) yang menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana pelajar duduk. Ianya dapat membantu dalam interaksi antara mrurid dari latar belakang lingustik dan kebudayaan yang berbeza. Terdapat dua kriteria fizikal umum untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Antaranya ialah kriteria fizikal dan sudut pembelajaran serta bacaan. Untuk kriteria fizikal, ianya lebih kepada susunan kerusi meja tempat duduk murid. Persekitaran bilik darjah mesra budaya akan wujud apabila murid ditempatkan di tempat duduk yang dikelilingi oleh rakan-rakan daripada pelbagai etnik. Apabila ada perbincangan kumpulan, secara tidak langsung mereka akan berinteraksi antara satu sama lain dan belajar bergaul dengan rakan berbeza etnik dan seterusnya dapat menghakis sifat rasis dalam kalangan mereka. Oleh itu, dalam menentukan tempat duduk murid, guru perlu bijak mengagihkan murid dan tidak memberikan kuasa sepenuhnya kepada murid untuk memilih tempat duduk sendiri agar tidak wujud unsur klik dalam kelas kelas tersebut. Kriteria kedua iaitu sudut-sudut pembelajaran. Dalam bilik darjah terdapat pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat membantu perkembangan intelek murid seperti sudut boneka, kognitif, kinestetik serta sudut kreativiti dan sebagainya. Aktivti seperti mengecat dinding dengan melukis mural-mural biasanya dilakukan oleh guru kelas sendiri atau beberapa murid yang menjadi pembantunya. Sebagai penambahbaikan, adalah baiknya jika tema lukisan mural berkisar mengenai perayaan-perayaan serta kebudayaan perihal pelbagai etnik di negara ini. Dalam masa yang sama, sudut pembelajaran tadi boleh juga dikatakan sebgai ruang untuk murid bekerja bersama. Aktivti sedemikian merupakan salah satu aktivti yang sesuai dilakukan oleh murid-murid dari pelbagai latar belakang kumpulan etnik

supaya

dapat

memupuk

perasaan

kekitaan

dalam

kalangan

mereka. 37

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

Perbincangan serta persediaan untuk lukisan mural secara tidak langsung akan dapat memupuk nilai serta belajar untuk bertoleransi dan bekerjasama dan akhirnya akan mencetuskan persekitaran yang mesra budaya. Keberkesanan konsep ruang bekerja atau “work space” ini disokong oleh Woolfolk (2011) yang menyatakan sedemikian bahawa; “the physical environment of the classroom such as use of space, classroom setting and social dimensions interact to shape classroom culture”

Elemen yang kelima ialah kemudahan dan peralatan pengajaran dan pembelajaran. Guru kena tahu bahawa kepelbagaian peralatan PdP merupakan perkara yang utama dalam usaha untuk menarik minat murid terlibat dalam sesi pembelajaran. Contohnya penggunan pelbagai multimedia. Penggunaan pelbagai multimedia akan mendorong pembelajaran yang tidak membosankan malahan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Di samping itu, kemudahan dan peralatan dapat merangsang pembelajaran koperatif antara murid. Pembelajaran koperatif bermaksud murid belajar secara berkumpulan iaitu sama-sama berbincang, bekerjasama dan menyumbangkan idea masing-masing.selain itu, pengguanaan multimedia juga memudahkan murid memahami ciri-ciri perbezaan dan persamaan yang wujud dalam kehidupan yang akhirnya mendorong persefahaman dan persepakatan (Budaya & Pembelajaran 2011:124) Elemen yang terakhir iaitu penaksiran dan penilaian prestasi pelajar. Penilaian berbentuk sumatif boleh digunapakai bagi menilai hasil pembelajaran secara holistic. Murid boleh dinilai dengan cara memberi murid kebebasan sewaktu menjalani aktiviti PdP serta penaksiran. Dalam memastikan elemn ini mencapai kejayaan, guru perlu meyediakan pelabagai aktiviti yang melibatkan penyertaan semua murid dengan memberikan tugasan seperti membuat kolaj, poster, persembahan power point, temu bual, menulis laporan, syarahan, bercerita dan sebagainya. Semua aktiviti ini dapat dinilai secara berterusan oleh guru. Penilaian dan penaksiran seperti ini dapat memberikan peluang kepada murid untuk memilih tugasan yang sesuai dengan tahap masing-masing. Dengan cara ini, murid akan menggunakan perbezaan yang adapa 38

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

pada mereka berdasarkan perbezaan latar belaakang serta kecerdasan pelbagai untuk menyediakan tugasan tersebut dan akhirnya dapat mencetuskan suasana bilik darjah yang ceria, bermakna dan menarik. Kesimpulannya, terdapat banyak cadangan yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk mewujudkan satu persekitaran pembelajaran dan pengajaran yang mesra budaya. Guru tidak hars terikat dengan kaedah yang lama di mana ianya sudah tidak lagi releven untuk digunakan memandangkan banyak perubahan yang telah berlaku dalam sistem pendidikan negara kita. Di samping itu, guru juga harus melihat perubahan ini sebagai satu transaksi untuk mengubah cara pengajaran kepada satu corak yang lebih kreatif. Selain daripada aspek fizikal, aspek sosial juga harus dilihat kerana emosi yang stabil akan membolehkan murid belajara dalam keadaan yang seronok. Natijahnya di sini, guru harus menggunakan sebanyak mana ruang yang ada samada kaedah pengajaran yang pelbagai, susun atur bilik darjah dan sebagainya dan akhirnya berusaha untuk menggabungkannya kepada satu usaha yang padu untuk membantu murid-murid mendapat hak sepenuhnnya untuk belajar dalam persekitaran yang mesra budaya.

39

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

PENULISAN REFLEKSI

40

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

Pertama sekali, saya berasa sangat bersyukur kepada Tuhan atas berkat yang telah dilimpahkan kepada saya sepanjang proses menyiapkan tugasan projek ini. Tugasan projek kali ini iaitu EDU 3106, mengkehendaki kami untuk mengkaji kebudayaan sesuatu kaum. Dalam masa yang sama, kami juga dikehendaki untuk menerangkan bagaimana masyarakat kaum tersebut mempengaruhi keperibadian dan pencapaian akademik anak-anak mereka serta memberikan beberapa cadangan yang sesuai untuk membina persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesara budaya di sekolah. Saya telah mengambil keputusan untuk menjadikan kaum Iban sebagai subjek kajian saya. Dari aspek kekuatan, pelbagai input baru yang telah saya peroleh hasil daripada pelaksanaan tugasan projek ini. Antaranya ialah dapat memperkayakan pemahaman saya tentang kebudayaan masyarakat Iban yang selama ini saya hanya tahu serba sedikit sahaja. Mengenali masyarakat Iban memang sudah menjadi keinginan saya sejak dulu lagi kerana sejak kecil lagi saya sering mendengar cerita keagungan kaum ini daripada saudara-mara dan juga rakan-rakan. Setelah selesai mengkaji dan membuat banyak pembacaan, memang ternyata bahawa kaum Iban merupakan salah satu kaum yang memang padan dilabelkan sebagai peneroka terulung. Selain itu, saya juga banyak mempelajari bagaimana kaum ini mempengaruhi keperibadian dan pencapaian akademik anak-anak mereka di sekolah. Walaupun masyarakat ini sangat terikat dengan amalan hidup tradisional, namun dalam aspek pendidikan mereka juga sangat mengambil berat. Dapat saya katakan bahawa masyarakat ini berusaha untuk mengubah corak sosioekonomi mereka kerana selama ini mereka banyak bergantung kepada pertanian sebagai hasil pendapatan. Dalam hasil analisis borang soal selidik saya juga para responden secara majoritinya tanda pada skala 5 untuk kenyataan 41

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

nombor 15 yang berbunyi “saya percaya bahawa pendidikan merupakan medium untuk memajukan taraf sosioekonomi keluarga”. Selain itu, pelaksaan tugasan projek ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan pemahaman saya untuk mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya di sekolah. Sebagai seorang guru pelatih, ilmu sebegini sangat perlu dikuasai agar apabila berada di sekolah kelak tidak akan mengalami sebarang masalah dalam hal ini. Di samping itu, ilmu ini juga sangat berguna untuk menghadapi cabaran-cabaran baru masa kini. Cabaran yang dimaksudkan saya di sini ialah sikap murid pada era zaman moden ini dan juga penggunaan rotan dalam bilik darjah. Seperti yang kita ketahui, banyak isu yang ditimbulkan berkaitan dengan hal ini. Murid melawan guru, murid menggugut guru, tidak menyiapkan kerja rumah dan banyak lagi sering diperdengarkan di media massa. Dalam masa yang sama, guru dilarang menggunakan rotan untuk tujuan menghukum murid berbeza dengan zaman dulu di mana hukuman merotan tidak menjadi satu masalah. Lain pula pada masa kini, merotan boleh menyebabkan guru tersebut disaman oleh ibu bapa murid. Oleh yang demikian, guru perlu memikirkan satu cara yang baharu dalam memastikan murid-murid dapat mengikuti aktviti pengajaran dan pembelajaran dengan lancar tanpa menggunakan kaedah lama dan perlu bermula dengan persekitan bilik darjah yang kondusif. Di samping itu, pelaksanaan tugasan projek ini juga sedikit sebanyak dapat meningkatkan kemahiran saya dalam memperoleh maklumat. Kaedah borang soal selidik sememangnya dari dulu lagi ingin saya gunakan sebagai medium untuk saya mendapatkan maklumat. Saya mengambil keputusan untuk menggunakan instrumen borang soal selidik kerana saya merasakan ianya sangat sesuai untuk mendapatkan maklumat mengenai bagaimana budaya kaum Iban mempengaruhi pencapaian akademik anak-anak mereka. Saya amat berteerima kasih kepada Brenda anak Lukas kerana telah membantu saya untuk mengedarkan borang soal selidik di rumah panjang Sap, Batu Lintang Undop yang terletak di daerah Sri Aman. Saya meminta pertolongan beliau kerana beliau tinggal berdekatan di rumah panjang tersebut. Sebanyak 20 borang soal selidik diedarkan kerana rumah panjang tersebut hanya mempunyai 20 bilik

42

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

sahaja. Borang soal selidik tersebut hanya boleh dijawab oleh ketua rumah(responden) sahaja. Semasa diedarkan, saya telah meminta beliau untuk membantu responden ketika menjawab sekiranya terdapat mana-mana ayat yang mereka tidak fahami. Dalam mengurangkan masalah tersebut, saya telah menterjemahkan kesemua perkataan yang terdapat dalam borang tersebut kepada bahasa Iban bagi melancarkan proses semasa menjawab. Sekali lagi ingin saya ucapakn ribuan terima kasih kepada Brenda anak Lukas kerana telah banyak membantu saya dari aspek ini. Tambahan pula, tugasan projek ini juga telah meningkatkan kemahiran saya menggunakan teknologi computer semasa membuat buku skrap. Pelbagai bahan grafik yang telah saya gunakan untuk membuatkan buku skrap saya kelihatan menarik. Sememangnya penghasilan buku skrap ini satu tugasan yang agak sukar kerana memerlukan kesabaran yang tinggi. Terdapat beberapa aspek kelemahan yang telah dapat saya kenal pasti semasa melaksanakan tugasan projek ini. Antaranya ialah dari aspek pemerolehan maklumat. Sepanjang proses mencari maklumat, saya menghadapi kesukaran untuk mendapatkan buku yang mempunyai kaitan dengan masyarakat Iban. Rata-rata buku yang diperoleh adalah dalam bahasa Inggeris. Oleh yang demikian, saya telah manggunakan masa yang banyak untuk menterjemahkan isi-isi penting kepada bahasa Melayu. Selain daripada itu, saya juga banyak bergantung kepada maklumat yang diperoleh daripada internet walaupun agak kurang pasti dengan tahap kesahihannya. Dalam mengatasi masalah tersebut, saya banyak membandingkan maklumat yang diperoleh daripada internet dengan buku untuk menyokong hujah saya. Selain itu, saya juga mengalami beberapa masalah dalam instrumen borang soal selidik yang saya laksanakan. Antaranya ialah kenyataan-kenyataan yang perlu diletakkan. Saya berasa keliru samada kenyataan tersebut adalah sesuai ataupun tidak. Di samping itu, saya juga berasa kesal kerana saya tidak dapat turut serta dalam pengedaran borang selidik kerana kekangan masa yang dihadapi dan lokasi rumah panjang tersebut yang agak jauh dai kampus. Oleh itu, saya telah mengambil keputusan untuk meminta pertolongan dari Brenda anak Lukas iaitu pelajar dari kumpulan PISMP BI untuk mengedarkan borang tersebut kerana pada masa itu beliau 43

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

ada berdekatan dengan rumah panjang tersebut. Selain itu, saya juga terlupa memesan kepada beliau untuk mengambil beberapa gambar semasa borang tersebut diedarkan. Respon yang saya peroleh daripada beliau, beliau mengatakan bahawa rata-rata para responden faham dengan kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam borang dan tidak mempunyai sebarang masalah. Di samping itu, instrumen itu juga lebih kepada aspek pendidikan kerana sukar bagi saya untuk mencari mana-mana bahan rujukan tentang bagaimana kebudayaan masyarakat Iban mempengaruhi pencapaian akademik anakanak mereka. Disebabkan itulah, saya mengambil keputusan untuk menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan maklumat khas untuk aspek pendidikan sahaja. Berbeza pula dengan pencarian maklumat tentang bagaimana kebudayaan masyarakat Iban mempengaruhi keperibadian anak-anak mereka. Perkara ini senang bagi saya untuk kaitkan dengan amalan kebudayaan seharian dan saya mengambil keputusan untuk tidak memasukkan aspek ini dalam instrumen borang soal selidik yang telah dibina. Saya juga menghadapi masalah semasa dalam proses membina buku skrap. Masalah yang saya maksudkan ialah mencari gambar-gambar yang berkaitan dengan setiap pantang larang yang telah dinyatakan saya dalam tugasan bahagian pertama. Sebagai penambahbaikan, untuk di masa akan datang saya bercadang untuk meningkatkan kemahiran dari aspek pembinaan dan pentadbiran intrumen kajian yang digunakan. Contohnya ketika membina instrumen borang soal selidik. Kenyataan perlulah sesuai dengan objektif kajian yang ingin diperoleh. Di samping itu, setiap kenyataan juga tidak harus melibatkan isu-isu sensitive seperti keagamaan. Saya juga ingin meningkatkan kemahiran dari aspek kolaborasi. Jujur saya katakan bahawa saya agak kurang berkolaborasi dengan pensyarah pembimbing. Kebanyakan maklumat saya peroleh secara terus semasa pensyarah memberikan penerangan di dalam kelas dan bukannya berkolaborasi secara individu. Selain itu,s aya juga akan berusaha untuk memperluaskan lagi pencarian bahan rujukan untuk tugasan yang akan datang. Secara keseluruhannya, saya sebagai gur pelatih berasa begitu bertuah kerana diberi peluang untuk melaksanakan tugasan projek seperti ini. Pelbagai input baharu yang telah saya peroleh sepanjang menyiapkan tugasan ini walaupun terselit detik-detik 44

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

di mana saya berasa sangat tertekan. Namun demikian, segala kesulitan tersebut saya anggap sebagai cabaran positif bagi diri saya untuk membentuk keperibadian yang lebih matang dalam melaksanakan sesutau tugasan projek. Dengan selesainya tugasan ini, saya akan pergunakan semula ilmu yang telah saya peroleh apabila berada di sekolah kelak dan berusaha untuk mendidik anak murid dalam suasana persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya.

BIBLIOGRAFI Buku: Annual Bulletin of Statistics, State of Sarawak, 1965 dan Report on the Census of Population Taken on 10th August, 1960. Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia (2010). Jabatan Perangkaan Malaysia). Dewan Bahasan & Pustaka (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Selangor Darul Ehsan: Dawama Sdn. Bhd. Derek Freeman (1996). Report Of The Iban. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya.

Heidi Munan. (2007). Cerita Rakyat Orang Iban. Selangor Darul Ehsan: Lohprint Sdn. Bhd.

45

EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014

Henry Gana Ngadi. (1998). Iban Rites Of Passage & Some Related Ritual Acts: a description of forms & functions. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Jensen, E., (1966). “Iban Birth” dalam folk 8-9: 165-178. Jensen, E (1968). “Some Iban Concepts” dalam Folk 10: 45-60. Jensen, E (1972). “Sickness & The Iban Manang” dalam Folk 14-15 : 93-102. Noriatti A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah, Zuraidah A. majid. (2011). Budaya & Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Sandin, B., 1966. Tusun Pendiau. Kuching: Borne Literature Bureau. Sandin, B., 1972. Gawai Antu. Kuching: Borne Literature Bureau. Sandin, B., 1980. Iban Adat & Augury. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Vinson H. Sultive(1996). The Iban Of Sarawak. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya.

Laman sesawang:

http://prpm.dbp.gov.my (2008) http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0316&sec=Sabah_%26_Saraw ak&pg=wb_01.htm (2010)

46

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF