MAPP 2231

February 15, 2017 | Author: saifulislam1010 | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download MAPP 2231...

Description

Pengurusan Wad dan Penjagaan Keselamatan Pesakit

PENGENALAN Pengurusan wad bermula daripada pesakit melangkah kaki dan mendaftar di mana-mana Pusat Kesihatan tidak mengira samada dari pihak kerajaan mahupun swasta. Pengurusan yang efisien dan selamat membolehkan pesakit dapat menjalani rawatan dengan lebih sempurna dan berjaya. Pengurusan yang lancar terutamanya di dalam wad dapat mengelakkan daripada berlakunya kecuaian yang boleh menyebabkan pesakit hilang keyakinan kepada sesebuah agensi kesihatan. Selain dari pengurusan wad, penjagaan keselamatan pesakit di wad juga mestilah di ambil berat oleh semua kakitangan dalam sesebuah wad. Ini dapat mengelakkan daripada terjadinya kecederaan kepada pesakit yang boleh menyebabkan pesakit mengalami komplikasi dan menjejaskan intervensi rawatan yang akan diberikan. PENCARIAN LITERATUR “Malaysia sentiasa tawar perkhidmatan perubatan terbaik. Ianya merangkumi pengurusan wad yang cemerlang dan efisien” Berita Harian 15 Disember 2010

"Isu keselamatan pesakit amatlah penting terutama dalam mewujudkan suasana kesihatan tahap optima kepada masyarakat. Kita berpendirian tegas dalam isu ini kerana ia tidak boleh dikompromi walau apa pun situasi yang kita hadapi," Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Pesakit Malaysia Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama)

Pengurusan Wad dan Penjagaan Keselamatan Pesakit

PERBINCANGAN Pengurusan wad yang berkesan dapat menjamin seseorang pesakit itu mendapat segala jenis kemudahan dan rawatan yang sempurna. Pengurusan wad bertuuan untuk menghasilkan dan memberikan penjagaan terutamanya penjagaan kejururawatan sepanjang proses pesakit mendapat rawatan. Kecekapan seseorang staf itu dalam menguruskan wad dapat mengelakkan daripada terjadinya gejala yang tidak diingini kepada pesakit. Di antara objektif utama bagi pengurusan wad ialah : Objektif pengurusan wad  Untuk memberikan perkhidmatan penjagaan kejururawatan yang berkualiti dan terbaik secara menyeluruhkepada semua pesakit di wad  Membantu staff dalam mencapai tahap tertinggi dalam kepuasan pelanggan dan juga kepuasan diri sendiri ketika berkhidmat.  Menyediakan suasana wad yang bersih, kondusif dan selamat kepada semua pesakit. Ini dapat mengelakkan pesakit daripada mendapat jangkitan,

kecederaan

dan

kecelakaan.

Pengurusan

wad

yang

berkesan dapat mengurangkan komplikasi kepada pesakit yang disebabkan oleh kecuaian staff.  Memberikan kemudahan asas yang terbaik seiring dengan kehendak serta keperluan pesakit tanpa menimbulkan kesulitan kepada semua staff.  Melancarkan segala jenis pengurusan di dalam wad sehingga pesakit di discaj daripada wad tersebut. Pengurusan wad yang cemerlang semestinya menuntut kecekapan kepada seluruh ahli anggota wad. Ianya bermula daripada pihak pendaftar pesakit, attendan yang membawa pesakit ke katil, jururawat yang menjaga keperluan kejujurawatan, doktor yang melakukan intervensi rawatan hinggalah kepada pakar dalam sesebuah bidang itu. Terdapat beberapa komponen-komponen yang sangat penting yang perlu diambil berat oleh semua anggota yang terlibat.

Pengurusan Wad dan Penjagaan Keselamatan Pesakit

Antaranya ialah :Komponen-komponen pengurusan wad i.

Penjagaan pesakit. a. Penjagaan

pesakit

yang

merangkumi

aktiviti

penjagaan

kejururawatan terbaik kepada pesakit. Perawat mestilah peka dan mengambil berat mengenai keselesaan dan kesesuaian pesakit kepada keadaan di dalam wad. b. Selain itu, keperluan dan perjalanan rawatan atau penjagaan kepada pesakit juga perlu di titik beratkan. c. Mengambil tahu dalam perjalanan sesebuah intervensi rawatan perubatan kepada pesakit. Perawat mestilah membantu dan bekerjasama dalam melakukan prosedur, menyediakan dan menyiapkan peralatan perubatan, membantu dalam memberikan ubatan kepada pesakit dan berkerjasama dalam mengadakan rawatan kepada pesakit. d. Mengadakan perbincangan sesama staff di dalam wad mengenai keadaan semasa pesakit dan wad untuk mengetahui sebarang masalah

dan

berusaha

untuk

menyelesaikannya

tanpa

melibatkan sebarang komplikasi terutamanya kepada pesakit. e. Malahan,

ahli

keluarga

pesakit

juga

akan

dimaklumkan

mengenai keadaan semasa pesakit untuk mengekalkan dan menambahbaik kesihatan pesakit terutamanya dalam menjalani rawatan perubatan pesakit ketika di rumah. ii.

Pengurusan oleh personnel kesihatan a. Personnel kesihatan seperti pakar, pegawai perubatan, ketua jururawat dan jururawat mempunyai waktu dan masa masingmasing untuk melihat pesakit. Sebagai contoh, „ward round‟ yang dilakukan oleh pakar pada setiap hari akan diberi keutamaan sebelum keputusan bagi sesebuah intervensi rawatan diberikan kepada pesakit.

Pengurusan Wad dan Penjagaan Keselamatan Pesakit

b. Personnel sokongan seperti unit-unit luar antaranya unit jantung, unit

hemodylisis,

unit

hematologi

dan

sebagainya

akan

membantu dalam perawatan pesakit jika diminta oleh pihak yang berkaitan dan berautoriti.

iii.

Bekalan dan peralatan yang mencukupi di dalam wad. a. Setiap hospital di Malaysia mempunyai organisasi masingmasing yang berkerjasama dalam menguruskan keperluan alatan dan bekalan yang mencukupi.

iv.

Pengurusan penjagaan kebersihan persekitaran di dalam wad. a. Kebersihan dalam wad sangat penting kerana ini akan membantu dalam kesembuhan pesakit. Ini kerana, tempat yang kotor

akan

mempunyai

mikroorganisma

yang

boleh

menyebabkan jangkitan kepada pesakit. b. Pihak yang ditugaskan contohnya seperti pihak Faber Medical Serve

di

Hospital Raja

Permaisuri

Bainun

menyediakan

keperluan keseluruhan kepada pesakit. v.

Pengurusan barangan domestik a. Pengurusan barangan domestik seperti sisa bahan klinikal, pembekalan air yang selamat, pencegahan daripada radiasi, dan sebagainya akan dipantau untuk menjadikan kawasan wad menjadi selamat dan kondusif.

Pengurusan Wad dan Penjagaan Keselamatan Pesakit

PENJAGAAN KESELAMATAN PESAKIT Keselamatan pesakit di wad sangat penting dalam usaha untuk menjadikan perawatan kepada pesakit dapat dijalankan. Sekiranya pesakit tidak mendapatperlindungan

keselamatan ketika berada di wad, ini akan

menyebabkan banyak komplikasi kepada pesakit. Sebagai contohnya, sekiranya pesakit yang tidak mampu berjalan, tidak mendapat bantuan ataupun pertolongan untuk bergerak ketika di wad, pesaki t mungkin akan terjatuh dan mendapat komplikasi. Oleh yang demikian, Majlis Keselamatan Pesakit Malaysia ditubuhkan pada tahun 2003 untuk merangka dasar, strategi dan program bagi meningkatkan keselamatan pesakit dan personel perubatan sektor awam. Usaha diteruskan bagi memastikan penduduk mendapat akses kepada penjagaan yang selamat, komprehensif, mampu diperoleh dan berkualiti. Sehubungan itu, sistem pengawasan untuk memantau dan mengawal jangkitan di hospital diperkenalkan di semua hospital awam. Sistem ini akan berfungsi untuk mencegah daripada jangkitan nasokomia kepada pesakit. Oleh yang demikian, kerajaan telah melancarkan beberapa langkah-langkah untuk menerajui usaha meningkatkan sistem keselamatan kepada pesakit. Antaranya ialah :i.

Keselamatan pesakit dijadikan agenda tetap dalam seminar atau mesyuarat yang dianjurkan di mana-mana hospital kerajaan mahupun swasta.

ii.

Semua hospital mesti memastikan amalan kebersihan tangan oleh semua pejawat dan pelawat

iii.

Kesemua hospital perlu melaksanakan Program Keselamatan Pembedahan

menggunakan

pelan

'Malaysian

Safe

Surgery

Implementation Guidelines' yang akan diagih ke seluruh negara iv.

Program Tinjauan Keselamatan Pesakit Kebangsaan di mana Ketua Pengarah Kesihatan akan melakukan pemeriksaan berkala secara rambang terhadap fasiliti penjagaan kesihatan kerajaan, universiti serta pihak swasta

Pengurusan Wad dan Penjagaan Keselamatan Pesakit

v.

Pelaksanaan Sistem Laporan dan Pemantauan Keselamatan Pesakit bertujuan melaporkan insiden perubatan yang berlaku di hospital-hospital di Malaysia

vi.

Pelaksanaan Tinjauan Keselamatan Ubatan dan Jangkitan Hospital di

mana

semua

organisasi

rawatan

kesihatan

dikehendaki

melaporkan kesilapan ubat serta jangkitan hospital untuk proses penambahbaikan. Selain daripada itu, pihak hospital juga telah mewujudkan beberapa peraturan dimana akan memberikan jaminan mengenai keselamatan pesakit. Diantara peraturan tersebut adalah: 

Pas pelawat mengikut tingkat, wad dan warna telah disediakan dan ditentukan tempoh melawat. Pas ini diberi kepada pelawat selepas waktu melawat yang ditetapkan.



Pas Am juga disediakan bagi pelawat yang berurusan dengan anggota hospital bagi hal-hal pentadbiran sahaja. Borang khas juga disediakan dan pelawat perlu mengisi dan mendapatkan tandatangan anggota hospital yang ditemui semasa mereka pulangkan pas am berkenaan.



Keselamatan Dalam Wad  Anggota hospital diarah memakai pakaian seragam dan pas pekerja semasa bertugas.  Orang awam dibenarkan masuk wad pada masa-masa melawat sahaja kecuali diberi pas pelawat.  Pegawal Keselamatan ditempatkan di wad bersalin, SCN dan wad kanak-kanak.  Bayi yang baru lahir dan pesakit yang tidak sedar diri akan diikat tag pada tangannya untuk memudahkan pengesanan.

Pengurusan Wad dan Penjagaan Keselamatan Pesakit



Keselamatan Hartabenda Pesakit/Orang Awam  Pesakit-pesakit tidak dibenarkan membawa hartabenda yang berharga.  Jika telah membawa, mestilah mengaturkan sendiri untuk membawa pulang atau mengaturkan dengan pegawai yang menjaga unit tersebut.  Jika berlaku kehilangan/kerosakan mestilah mengadu dengan segera kepada pegawai yang menjaga unit berkenaan.  Pihak hospital tidak bertanggungjawab di atas kehilangan, kecurian atau kerosakan hartabenda orang awam.



Keselamatan Pesakit Tahanan/Banduan  Mereka sentiasa digari kepada pegawai polis/penjara atau ke objek lain yang sesuai.  Hanya seorang tahanan dibenarkan menemui doktor pada satu masa dan diiringi oleh pegawai polis/penjara.  Pelawat tidak dibenarkan kecuali dibenarkan oleh pegawai polis atau penjara.

Pengurusan Wad dan Penjagaan Keselamatan Pesakit

Rumusan Pengurusan wad yang cemerlang dan efisien dapat memudahkan seseorang pesakit untuk mendapatkan rawatan. Kemudahan kepada pesakit akan dapat menjadikan pesakit lebih bersedia untuk diberikan intervensi rawatan. Selain itu, semua komponen-komponen dalam pengurusan wad mestilah diambil tahu oleh semua staf-staf yang berkaitan. Selain itu, keselamatan pesakit ketika berada di wad juga mestilah diambil berat oleh semua staf. Ini, dapat mengelakkan daripada terjadinya perkara yang tidak diingini kepada pesakit. Malahan, kerajaan Malaysia dengan adanya

Majlis

Keselamatan

Pesakit

Malaysia

sedaya

menyediakan perlindungan dan keselamatan kepada pesakit.

upaya

untuk

Pengurusan Wad dan Penjagaan Keselamatan Pesakit

Rujukan An introduction to ward management by Elizabeth Hardman. 1970 Oxford Production. www.bernama.com.my http://www.pshgroup.com/Website%20Batu%20Pahat%2025052007/B.M/Admi ssion.htm http://www.pso.ahrq.gov/

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF