Manual Tanaman Pisang

March 22, 2017 | Author: Faizi Kfbaw | Category: N/A
Share Embed Donate

Short Description

Download Manual Tanaman Pisang...

Description

Pisang FA6.indd 1

25/11/2008 4:01:14 PM

NO.BK 27/06.08/10R ISBN 978-983-047-142-6 Cetakan Pertama 2008 © Hak cipta Jabatan Pertanian, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani, Malaysia

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia.

Manual Tanaman

PISANG Musa spp.

Manuskrip terbitan ini disediakan oleh Bahagian Hortikultur (Seksyen Buahbuahan). Konsep persembahan, suntingan dan rekabentuk disediakan oleh Seksyen Komunikasi, Jabatan Pertanian.

Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Petunjuk Ke Arah Pengurusan Tanaman Pisang Yang Bermatlamatkan Kepada Peningkatan Hasil, Kualiti Yang Tinggi dan Keuntungan.

Manual tanaman pisang Musa spp. ISBN 978-983-047-142-6 1. Banana—Planting—Handbooks, manuals, etc. 634.772

Jabatan Pertanian Malaysia 2008

Pisang FA6.indd 2-3

25/11/2008 4:01:15 PM

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN

M 1. Pendahuluan

1

2. Pengenalan

2

3. Kesesuaian Tanah Bagi Tanaman Pisang

5

4. Penyediaan Kawasan dan Pembangunan Infrastruktur

8

Ladang 5. Penanaman

12

6. Penjagaan

16

7. Lampiran 1:

Indeks Kematangan Pisang

36

8. Lampiran 2:

Infrastruktur Ladang dan Saliran Bagi Tanaman Pisang

37

9. Lampiran 3:

Perosak dan Penyakit Tanaman Pisang dan Syor Kawalan

MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 4-5

38

anual Tanaman ini mengandungi maklumat ringkas tetapi praktikal mengenai amalan kerja harian dalam pengeluaran komoditi tanaman pisang. Amalan kerja harian ini disediakan dalam bentuk jadual dan perlu dipatuhi dan diikuti sebelum dan selepas menanam sehingga ke peringkat penuaian hasil. Manual ini penting sebagai panduan bagi memastikan prestasi tanaman yang diusahakan mencapai tahap kesuburan dan pengeluaran hasil yang dikehendaki. Prestasi tanaman pula bergantung kepada perancangan dan amalan agronomi yang tersusun. Secara ringkasnya, manual ini menggariskan :

● Gerak kerja pengeluaran yang perlu dilaksanakan mengikut bulan; ● Bahan input yang diperlukan (jenis dan kadar); ● Standard kualiti atau indikator yang perlu dicapai bagi kerja yang bakal dilaksanakan; dan ● Tindakan atau kaedah perlaksanaan kerja.

Manual ini diterbitkan sebagai bahan rujukan dan semakan aktiviti pengeluaran yang mudah digunakan oleh semua pegawai pengembangan dan pegawai penyelia projek-projek utama Jabatan Pertanian. Manual ini juga sesuai digunakan oleh usahawan tani bagi meningkatkan lagi produktiviti ladang mereka. Pengguna manual ini dinasihatkan supaya membaca bersama buku Pakej Teknologi Tanaman Pisang terbitan Jabatan Pertanian bagi mendapatkan maklumat menyeluruh aktiviti pengeluaran Tanaman Pisang berkenaan. Oleh kerana keadaan tanah, iklim, varieti dan corak pengurusan berbeza dari satu tempat dengan tempat yang lain, garis panduan dalam manual ini boleh diubahsuai atau ditingkatkan mengikut pengalaman dan penemuan pegawai/ usahawan tani yang melaksanakan projek.

1

MANUAL TANAMAN PISANG

25/11/2008 4:01:15 PM

PENGENALAN

P

isang, Musa spp. tergolong dalam keluarga Musaceae. Pisang yang boleh dimakan ialah daripada spesis M. accuminata Colla dan M. Balbisiana Colla. Penanaman pisang sebagai sumber makanan tersebar luas di kawasan tropika. Filipina, Thailand, Indonesia, India dan Malaysia merupakan negara pengeluar pisang yang utama di Asia. Di Malaysia, kultivar Berangan, Mas dan Cavendish ditanam secara komersil untuk pasaran eksport dan tempatan manakala kultivar Raja, Rastali dan Nangka ditanam untuk pasaran tempatan. Penanaman pisang boleh dilaksanakan melalui tiga kaedah iaitu dengan menggunakan sulur, teknik belahan (quartering) dan tisu didik. Penanaman yang mudah dan selalu digunakan adalah dengan menggunakan sulur. Penanaman dengan menggunakan anak benih tisu didik menghasilkan pertumbuhan dan pengeluaran hasil yang seragam. Tempoh peringkat tumbesaran bagi kultivar Berangan, Mas, Rastali dan Cavendish adalah seperti Jadual 1. Kultivar yang paling cepat mengeluarkan hasil adalah kultivar Mas manakala kultivar Berangan, Rastali dan Cavendish boleh mencapai peringkat buah matang 12-13 bulan selepas ditanam. Pengutipan hasil pisang boleh dilakukan berdasarkan indeks kematangan dan kaedah pemasaran seperti yang ditunjukkan dalam Lampiran 1. Anggaran hasil tanaman pisang bagi kultivar Berangan, Mas, Rastali, dan Cavendish adalah seperti di Jadual 2. Anggaran hasil ini boleh dicapai sekiranya jarak tanaman dan pengurusan perladangan yang diamalkan adalah seperti yang disyorkan pasaran. Penggredan pisang merupakan aktiviti lepas tuai yang penting bagi menentukan kualiti buah supaya dapat memenuhi permintaan pasaran. Bagi pasaran eksport telah diwujudkan standard kualiti mengikut kehendak pengguna-pengguna negara pengimport. Panduan penggredan bagi kultivar Berangan, Rastali dan Mas adalah seperti di Jadual 3. Selain itu, bilangan sisir setiap kotak, berat sesisir dan bilangan jejari sesisir juga diambil kira. Buah juga hendaklah bebas dari sebarang kecederaan, kecacatan, penyakit dan luntur warna.

MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 6-7

2

Pisang yang telah sedia untuk dipasarkan biasanya dimasukkan ke dalam kotak yang dibuat daripada Corrugated Fibre Board (CPB). Penyimpanan kotak-kotak tersebut memerlukan pengawalan suhu dan kelembapan supaya buah tidak hilang kesegarannya dalam tempoh penyimpanan. Suhu bilik yang optimum untuk beberapa kultivar ditunjukkan di Jadual 4. Jadual 1: Tempoh peringkat tumbesaran bagi kultivar Berangan, Mas, Rastali dan Cavendish Kultivar

Umur Pokok Pisang Selepas Ditanam Keluar Jantung

Pembentukan Sisir Akhir

Peringkat Buah Matang

1. Berangan

9 bulan

10 bulan

12 bulan

2. Mas

6 bulan

6 1/2 bulan

8 bulan

3. Rastali

9 bulan

10 bulan

12 bulan

4. Cavendish

9 bulan

10 bulan

13 bulan

Jadual 2: Anggaran hasil bagi kultivar Berangan, Mas, Rastali dan Cavendish Kultivar

Jarak Tanaman

Bil. Hasil/Pokok (kg) Jumlah Hasil Sehektar Pokok Pokok Ratun Ratun (MT) Sehektar Induk 1 2

1. Berangan

3.0 m x 3.0 m

1,100

22

18

12

52

52

2. Mas

2.5 m x 2.5 m

1,600

12

10

8

30

43

3. Rastali

3.0 m x 3.0 m

1,100

18

15

10

45

45

4. Cavendish 3.0 m x 3.0 m

1,100

40

32

25

97

97

3

MANUAL TANAMAN PISANG

25/11/2008 4:01:15 PM

Jadual 3: Panduan penggredan pisang Berangan, Rastali dan Mas Gred

Mas*

Rastali*

Berangan*

A

10 - 8.6 sm

11.0 - 9.6 sm

12.5 sm ke atas

B

8.5 - 9.9 sm

9.5 - 10.9 sm

11.5 - 12.4 sm

C

6.5 - 8.4 sm

8.5 - 9.4 sm

10.5 - 11.4 sm

KESESUAIAN TANAH BAGI TANAMAN PISANG Pada amnya tanaman pisang memerlukan tanah yang subur, berstruktur ringan serta kaya dengan bahan organan untuk tumbesaran dan pengeluaran hasil yang baik. Ia juga memerlukan kelembapan yang mencukupi.

*gred mengikut panjang jejari pisang

Jadual 4: Suhu optima untuk penyimpanan bagi beberapa kultivar pisang Kultivar

Suhu Optima (°C)

Jangka Masa (hari)

1. Mas

14

10

2. Cavendish

13

14 - 17

3. Embun

14

14 - 17

4. Rastali

14

14 - 17

5. Berangan

13

28

6. Awak

13

20

MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 8-9

4

Akar tanaman pisang memerlukan oksigen yang tinggi. Tanah mesti mempunyai pengudaraan dan saliran yang baik serta tidak berstruktur berat terutamanya pada lingkungan kedalaman 50 sm daripada permukaan tanah. Tanah berstruktur berpasir ringan hingga lom sederhana adalah paling sesuai untuk tanaman pisang. Jenis-jenis tanah yang sesuai ialah tanah yang terbentuk daripada alluvium sungai (yang bersaliran sederhana salir), tanah dari batuan igneus yang dalam (melebihi 100 sm) dan tanah batuan mendapan yang dalam (melebihi 100 sm).

Tanah yang berstruktur berat hendaklah dielakkan kerana ia mudah menakung air yang menyebabkan perkembangan akar pokok terbantut dan juga kemungkinan kematian pokok. Oleh itu, tanah di kawasan yang rendah dan mengalami hujan lebat, sistem saliran yang sempurna hendaklah diadakan bagi menyalirkan air yang berlebihan. Jadual 5 menunjukkan ciri-ciri tanah yang sesuai, sederhana sesuai dan tidak sesuai bagi tanaman pisang.

5

MANUAL TANAMAN PISANG

25/11/2008 4:01:15 PM

Jadual 5: Penilaian kesesuaian tanah bagi tanaman pisang Keperluan Tanaman Kriteria Iklim Curahujan Tahunan (mm/tahun) Jangkamasa Bulan Kemarau Kejadian Banjir Topografi Kecerunan ( º )

Penilaian Kesesuaian

Keperluan Tanaman

Sederhana

Kriteria

Sesuai

1000 - 2000 mm 500 - 1000 mm Tiada Kemarau Tiada Banjir

Kurang Sebulan 1 - 3 Hari

Tidak Sesuai

Kurang 500 mm Lebih Sebulan > Hari

0° - 12º

12º - 35º

> 35º

Struktur halus hingga sedang dan sederhana hingga berkembang baik, tekstur lom berpasir atau lebih halus (selain pasir berlom atau tekstur kasar)

Struktur lemah dan kasar serta berkembang baik (pasir berlom)

Tekstur kasar

Kedalaman ke Lapisan Asid Sulfat

75 sm atau lebih

50 sm - 75 sm

Kurang daripada 50 sm

Kedalaman ke Lapisan Padat

75 sm atau lebih

50 sm - 75 sm

Kurang daripada 50 sm

Sifat-sifat Fizikal Tanah Tekstur Tanah

MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 10-11

6

Keberbatuan (Stoniness)

Ketebalan Lapisan Organik / Gambut Kriteria Kimia Tanah CEC

Kemasinan

Penilaian Kesesuaian Sesuai Sehingga 10% tersebar rata atau terdapat lebih dalam 50 sm Tiada

CEC lebih 10 meq /100 gm tanah dan selain kandungan nutrien mikro berlebihan

Sederhana

Tidak Sesuai

10% - 50%

Lebih 50%

0 - 25 sm tebal dari permukaan

> 25 sm tebal dari permukaan

CEC sederhana CEC rendah (> rendah 10 meq/100 gm (10 meq/100 gm tanah) tanah)

2 mm hos atau 2 mm hos di kurang di dalam dalam 75 sm teratas 50 - 75 sm

7

2 mm hos di dalam kurang dari 50 sm

MANUAL TANAMAN PISANG

25/11/2008 4:01:15 PM

PENYEDIAAN KAWASAN DAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR LADANG BLT*

Kerja / Aktiviti

Bahan Input Jenis

Standard / Indikator

Huraian Kerja

Pokok hutan ditolak dan dikumpul dalam baris untuk pembakaran kemudian. Tiap-tiap 30 meter baris ditinggalkan ruang untuk memudahkan pengaliran air di dalam ladang.

Kadar

-7

Pembersihan kawasan (bagi kawasan baru)

Kerja penolakan pokok hutan dijadualkan supaya pembakaran dapat dibuat pada musim kering. Segala tunggul dan akar perlu dicabut. Jangan tolak ke dalam lembah atau alur/parit.

-7

Permohonan kebenaran pembakaran terbuka daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Kebenaran dijangka diperolehi dalam tempoh dua bulan.

-5

Bakar pokok-pokok yang telah dihimpun.

Kaedah pembakaran mengikut arahan JAS. Pembakaran kali pertama dilakukan setelah daun kering tetapi belum gugur dari dahan.

Kerja-kerja memerun dan membakar diulangi sekurang-kurangnya 3 kali sehingga habis dibakar.

-4

Pembinaan parit i) Parit utama ii) Parit sekunder

Parit diperlukan untuk tanah pamah (>6°). Dimensi dan kepadatan parit yang diperlukan adalah seperti Lampiran 2.

Gali parit menggunakan jengkorek. Tanah dari penggalian diratakan.

-4

Penyediaan sumber air untuk sistem pengairan.

Kolam diperlukan di kawasan yang tidak mempunyai sumber air semulajadi. Saiz kolam yang diperlukan berasaskan panduan dalam Lampiran 2.

Gali kolam menggunakan jengkorek.

-3

Pembinaan jalan ladang.

Lebar jalan ladang : 3 m. Panjang jalan ladang : 100 m/ha.

Bina jalan ladang dengan meratakan tanah daripada penggalian parit.

* BLT = Bulan Lepas Tanam MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 12-13

8

9

MANUAL TANAMAN PISANG

25/11/2008 4:01:15 PM

BLT*

Kerja / Aktiviti

Bahan Input Jenis

Standard / Indikator

Huraian Kerja

GML ditabur di permukaan tanah sebelum dibuat pembajakan pertama.

Kadar

-2

Pengapuran

Kadar keperluan GML mengikut jenis tanah.

-2

Pembajakan pertama

Dibajak piring sedalam 20-25 sm.

-1

Pembajakan kedua

Dibajak putar sedalam 25-30 sm.

-1

Memasang paip utama pengairan dan pam air

Paip dipasang 60 sm dari permukaan tanah. Saiz rumah pam, kapasiti dan kuasa kuda enjin mengikut pengesyoran Bahagian Kejuruteraan Pertanian berdasarkan keluasan, jenis tanaman dan keadaan setempat.

Gali longkang sedalam 60 sm. Paip utama dipasang dalam longkang. Paip utama ditimbus semula selepas “take off” dipasang ke ladang.

-1

Membaris

Jarak tanaman: 2.5 m x 2.5 m - kepadatan tanaman 1600 pokok. 3 m x 3 m - kepadatan tanaman 1100 pokok. 3 m x 3 m (selingan) - kepadatan tanaman 700 - 900 pokok. Dilaksanakan sebaik sahaja pembajakan kedua selesai dilakukan.

Pancangkan satu baris asas untuk satu kawasan pisang.

Pengairan renjis mikro.

Pasang paip lateral dan tiub PE (termasuk adapter, control valves, mata renjis mikro dari paip utama ke lubang tanaman. Tiub PE hendaklah ditanam sedalam 60 sm. Siapkan sistem pengairan sebelum menanam pokok.

Kayu pancang 2m Pancang buluh 90 sm

Tali Pengukur 0

Penyediaan dan pemasangan sistem pengairan ke lubang tanaman

Tiub PE, Penyambung saluran PE, Mata renjis mikro, Grommet, Valves dan lain-lain

1600 batang atau 1100 batang atau 700 - 900 batang

Baris berikutnya mengikut baris asas tersebut.

* BLT = Bulan Lepas Tanam MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 14-15

10

11

MANUAL TANAMAN PISANG

25/11/2008 4:01:15 PM

PENANAMAN MLT*

Kerja / Aktiviti

Bahan Input Jenis

-2

Menggali lubang penanaman

-1

Menimbus balik lubang dengan topsoil.

CIRP

Perolehan benih tanaman/anak pokok

Sulur atau tisu didik atau benih daripada teknik belahan (quartering)

-1

NPK 8:8:8 GML

Merawat anak pokok

Air Panas Carbofuran

Huraian Kerja

Kadar Saiz lubang disyorkan ialah: 30 sm x 30 sm x 30 sm.

Untuk sulaman -1

Standard / Indikator

100 gm/ pokok 60 gm/pokok 60 gm/pokok

Gali lubang secara manual.

Gaulkan baja CIRP, 8:8:8 dan GML dengan topsoil dari lubang dan tanah sekeliling lubang tanaman. Kemudian timbus lubang penanaman dengan campuran tanah tersebut.

1600 pokok/ha atau 1100 pokok/ha atau 700-900 pokok/ha 10%

Daripada sumber yang bebas penyakit.

Rujuk Lampiran 3

Memastikan sumber benih bebas daripada penyakit.

Celup ke dalam air panas bersuhu (55ºC) selama 5-10 minit Celupkan sulur-sulur

* MLT = Minggu Lepas Tanaman MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 16-17

12

13

MANUAL TANAMAN PISANG

25/11/2008 4:01:15 PM

MLT*

Kerja / Aktiviti

Bahan Input Jenis

0

1

2-3

Menanam

Anak pokok

Standard / Indikator

Huraian Kerja

Anak pokok ditanam tegak dan paras pangkal mestilah kurang daripada 5 sm daripada paras tanah di sekeliling lubang penanaman.

Gali semula lubang lebih besar sedikit daripada polibeg anak pokok. Tanggalkan polibeg anak pokok. Longgarkan di bahagian bawah dengan jari dan biarkan tanah jatuh. Tarik akar yang bersimpul dan bersilang keluar.

Kadar 1600 pokok/ha atau 1100 pokok/ha atau 700-900 pokok/ha

Masukkan pokok ke dalam lubang dan bentangkan. Timbus, tekan dan mengemaskan tanah di keliling lapisan demi lapisan sehingga semua akar ditimbus.

Menyiram

Siram sekali sehari selama seminggu selepas ditanam kecuali hari hujan.

Gunakan sistem pengairan atau secara manual. Periksa setiap pokok untuk memastikan sistem pengairan berfungsi dengan baik supaya setiap pokok menerima air yang mencukupi.

Menimbus tiub PE

Tiub PE ditimbus 20-30 sm dari paras tanah, pada atau tepi barisan tanaman. Tiub PE terdedah pada bahagian akar pokok.

Buat alur sedalam 20-30 sm dengan cangkul atau furrower yang dipasang pada interbed cultivator. Pindahkan tiub PE ke alur. Timbus semula alur tersebut. Dedahkan tiub PE sepanjang 30-60 sm di tepi pangkal pokok. Pasang semula mata titis/renjis.

* MLT = Minggu Lepas Tanaman MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 18-19

14

15

MANUAL TANAMAN PISANG

25/11/2008 4:01:15 PM

PENJAGAAN BLT*

Kerja / Aktiviti

Bahan Input Jenis

1 hingga 24

Membuat bancian perosak dan penyakit. Ambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat tanda-tanda serangan perosak dan penyakit.

1 hingga 24

Pengairan

1 hingga 24

Cantasan pelepah

1

Pembajaan

2

Mengawal pokok

Renjis mikro

NPK Hijau 15:15:15 atau setaraf

rumpai

di

sekeliling

Standard / Indikator

Huraian Kerja

Kadar

8-12 litre/ hari

100 gm/ pokok

Bancian berjadual dibuat setiap bulan.

Tindakan sebagaimana panduan di dalam Lampiran 3.

Dijalankan apabila didapati perlu sahaja. Elakkan daripada pengairan berlebihan.

Siram pokok sehingga basah secara manual atau dengan menggunakan sistem pengairan.

Pelepah yang telah tua dan yang terdapat tanda-tanda berpenyakit seperti dalam Lampiran 3.

Buang pelepah tua dan berpenyakit dengan menggunakan pisau tajam dan dikumpulkan di suatu lokasi di antara barisan tanaman pisang atau dimusnahkan.

Baja ditabur di sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm dengan jarak 30 sm dari pangkal pokok pisang atau menggunakan sistem poket atau lubang yang digali sedalam 15 sm dengan jarak 30 sm dari pangkal pokok pisang.

Tabur baja di bawah kanopi pokok dan elakkan daripada terkena pada bahagian pangkal pokok. Gali parit sedalam 5 sm di sekeliling pokok pisang. Masukkan baja dan timbus semula parit tersebut. Gali lubang sedalam 15 sm di bawah kanopi pokok. Masukkan baja dan timbus semula lubang tersebut.

Dijalankan secara manual.

Bersih semua rumpai yang terdapat di bawah kanopi pokok dengan menggunakan cangkul tajak atau potong menggunakan mesin sandang.

* BLT = Bulan Lepas Tanam MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 20-21

16

17

MANUAL TANAMAN PISANG

25/11/2008 4:01:15 PM

BLT*

Kerja / Aktiviti

Bahan Input Jenis

Standard / Indikator

Huraian Kerja

Kadar

2

Mengawal rumpai di dalam barisan tanaman

Glufosinate ammonium

132 ml/ 18 L air

Gunakan nozel kipas. Tekanan semburan pada tahap 1 bar (15 psi). Sembur selebar 1 meter sahaja. Gunakan nozel no 2.

Sembur semua rumpai di barisan pokok pisang. Buang rumpai yang tinggi dan rumpai yang tidak dapat dikawal dengan menggunakan racun secara manual.

2

Pembajaan

NPK Hijau 15:15:15 atau setaraf

150 gm/ pokok

Baja ditabur di sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm atau menggunakan sistem poket atau lubang yang digali sedalam 15 sm dengan jarak 1 m dari pangkal pokok pisang.

Tabur baja di bawah kanopi pokok dan elakkan daripada terkena pada bahagian pangkal pokok. Gali parit sedalam 5 sm di sepanjang barisan pokok pisang. Masukkan baja dan timbus semula parit tersebut. Gali lubang sedalam 15 sm di bawah kanopi pokok. Masukkan baja dan timbus semula lubang tersebut.

4

Mengawal pokok

Dijalankan secara manual.

Bersih semua rumpai yang terdapat di bawah kanopi pokok dengan menggunakan cangkul, tajak atau potong menggunakan mesin sandang.

rumpai

di

sekeliling

* BLT = Bulan Lepas Tanam MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 22-23

18

19

MANUAL TANAMAN PISANG

25/11/2008 4:01:15 PM

BLT*

Kerja / Aktiviti

Bahan Input Jenis

4

Standard / Indikator

Huraian Kerja

Pilih dan biarkan satu sulur (Ratun 1)

Pilih satu sulur yang sihat dan tidak mempunyai kecacatan sebagai Ratun 1 dan pangkas semua sulur lain dengan menggunakan alat pemotong yang tajam pada aras tanah.

Kadar

Pemangkasan sulur

Ratun 1

Pandangan rumpun tanaman pisang selepas satu sulur (Ratun 1) dipilih dan pemangkasan sulur dilakukan 4

Pembajaan

NPK Hijau 15:15:15 atau setaraf

150 gm/ pokok

Baja ditabur di sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm atau menggunakan sistem poket atau lubang yang digali sedalam 15 sm dengan jarak 1 m dari pangkal pokok pisang.

Tabur baja di bawah kanopi pokok dan elakkan daripada terkena pada bahagian pangkal pokok. Gali parit sedalam 5 sm di sepanjang barisan pokok pisang. Masukkan baja dan timbus semula parit tersebut. Gali lubang sedalam 15 sm di bawah kanopi pokok. Masukkan baja dan timbus semula lubang tersebut.

5

Pembajaan

NPK Hijau 15:15:15 atau setaraf

150 gm/ pokok

Baja ditabur di sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm atau menggunakan sistem poket atau lubang yang digali sedalam 15 sm dengan jarak 1 m dari pangkal pokok pisang.

Tabur baja di bawah kanopi pokok dan elakkan daripada terkena pada bahagian pangkal pokok. Gali parit sedalam 5 sm di sepanjang barisan pokok pisang. Masukkan baja dan timbus semula parit tersebut. Gali lubang sedalam 15 sm di bawah kanopi pokok. Masukkan baja dan timbus semula lubang tersebut.

* BLT = Bulan Lepas Tanam MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 24-25

20

21

MANUAL TANAMAN PISANG

25/11/2008 4:01:15 PM

BLT*

Kerja / Aktiviti

Bahan Input Jenis

6

Mengawal pokok

rumpai

di

6

Pemangkasan sulur

6

Pembajaan

8

Mengawal pokok

8

Pemangkasan sulur

8

Mengawal rumpai di dalam barisan tanaman

rumpai

di

75 gm/ pokok

sekeliling

Glufosinate ammonium

Huraian Kerja

Kadar

sekeliling

NPK Biru 12:12:17:2 atau setaraf MOP

Standard / Indikator

132 ml/ 18 L air

Dijalankan secara manual.

Bersih semua rumpai yang terdapat di bawah kanopi pokok dengan menggunakan cangkul tajak atau potong menggunakan mesin sandang.

Pangkas semua sulur baru.

Pangkas semua sulur yang baru tumbuh dengan mengunakan alat pemotong yang tajam pada aras tanah.

Baja ditabur di sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm atau menggunakan sistem poket atau lubang yang digali sedalam 15 sm dengan jarak 1 m dari pangkal pokok pisang.

Tabur baja di bawah kanopi pokok dan elakkan daripada terkena pada bahagian pangkal pokok. Gali parit sedalam 5 sm di sepanjang barisan pokok pisang. Masukkan baja dan timbus semula parit tersebut. Gali lubang sedalam 15 sm di bawah kanopi pokok. Masukkan baja dan timbus semula lubang tersebut.

Dijalankan secara manual.

Bersih semua rumpai yang terdapat di bawah kanopi pokok dengan menggunakan cangkul tajak atau potong menggunakan mesin sandang.

Pangkas semua sulur baru.

Pangkas semua sulur yang baru tumbuh dengan mengunakan pisau yang tajam pada aras tanah.

Gunakan nozel kipas. Tekanan semburan pada tahap 1 bar (15 psi). Sembur selebar 1 meter sahaja. Gunakan nozel no 2.

Sembur semua rumpai di barisan pokok pisang. Buang rumpai yang tinggi dan rumpai yang tidak dapat dikawal dengan menggunakan racun secara manual.

* BLT = Bulan Lepas Tanam MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 26-27

22

23

MANUAL TANAMAN PISANG

25/11/2008 4:01:16 PM

BLT*

Kerja / Aktiviti

Bahan Input Jenis

9

Standard / Indikator

Huraian Kerja

Pilih dan biarkan satu sulur (Ratun 2)

Pilih satu sulur yang sihat dan tidak mempunyai kecacatan daripada sulur yang baru tumbuh sebagai Ratun 2 dan pangkas semua sulur baru yang lain dengan menggunakan alat pemotong yang tajam pada aras tanah.

Kadar

Pemangkasan sulur

Ratun 1

Ratun 2

Pandangan rumpun tanaman pisang selepas satu sulur (Ratun 2) dipilih dan pemangkasan sulur dilakukan 9

Pembajaan

NPK Biru 12:12:17:2 atau setaraf

10

Mengawal pokok

10

Pembungkusan tandan pisang

rumpai

di

250 gm/ pokok

sekeliling

Sarung plastik polietilena berwarna biru atau kertas perang.

75 sm X 120 sm

Baja ditabur di sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm atau menggunakan sistem poket atau lubang yang digali sedalam 15 sm dengan jarak 1 m dari pangkal pokok pisang.

Tabur baja di bawah kanopi pokok dan elakkan daripada terkena pada bahagian pangkal pokok. Gali parit sedalam 5 sm di sepanjang barisan pokok pisang. Masukkan baja dan timbus semula parit tersebut. Gali lubang sedalam 15 sm di bawah kanopi pokok. Masukkan baja dan timbus semula lubang tersebut.

Dijalankan secara manual.

Bersih semua rumpai yang terdapat di bawah kanopi pokok dengan menggunakan cangkul tajak atau potong menggunakan mesin sandang.

Dijalankan secara manual

Pembungkusan dilakukan diperingkat akhir pembentukan sisir akhir tandan buah.

* BLT = Bulan Lepas Tanam MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 28-29

24

25

MANUAL TANAMAN PISANG

25/11/2008 4:01:16 PM

BLT*

Kerja / Aktiviti

Bahan Input Jenis

11

12 hingga 13

Standard / Indikator

Huraian Kerja

Kadar

Pemangkasan sulur

Pangkas semua sulur baru.

Pangkas semua sulur yang baru tumbuh dengan mengunakan alat pemotong yang tajam pada aras tanah.

Memungut hasil

Tuai buah yang telah mencapai indeks kematangan 2 atau 3 seperti di Lampiran 1.

Tuai pada waktu pagi atau petang. Separuh cantasan batang dilakukan pada pokok yang mempunyai buah yang telah mencapai indeks kematangan seperti di Lampiran 1. Lenturkan batang pisang dan potong tangkai tandan pisang tersebut. Tandan pisang diletakkan di tempat yang beralas dengan bahan lembut seperti daun-daun pisang atau span. Elakkan tandan daripada terhempap ke tanah.

Dijalankan secara manual.

Bersih semua rumpai yang terdapat di bawah kanopi pokok dengan menggunakan cangkul tajak atau potong menggunakan mesin sandang.

Baja ditabur di sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm atau menggunakan sistem poket atau lubang yang digali sedalam 15 sm dengan jarak 1 m dari pangkal pokok pisang.

Tabur baja di bawah kanopi pokok dan elakkan daripada terkena pada bahagian pangkal pokok. Gali parit sedalam 5 sm di sepanjang barisan pokok pisang. Masukkan baja dan timbus semula parit tersebut. Gali lubang sedalam 15 sm di bawah kanopi pokok. Masukkan baja dan timbus semula lubang tersebut.

12

Mengawal pokok

12

Pembajaan

rumpai

di

sekeliling

NPK Hijau 15:15:15 atau setaraf

250 gm/ pokok

* BLT = Bulan Lepas Tanam MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 30-31

26

27

MANUAL TANAMAN PISANG

25/11/2008 4:01:16 PM

BLT*

Kerja / Aktiviti

Bahan Input Jenis

13

Pemangkasan sulur

13

Pengapuran

14

Mengawal pokok

14

Mengawal rumpai di dalam barisan tanaman

Glufosinate ammonium

14

Pembungkusan tandan pisang

Sarung plastik polietilena berwarna biru atau kertas perang

15

Pemangkasan sulur

15

Pembajaan

di

1000 gm/ pokok

sekeliling

NPK Hijau 15:15:15 atau setaraf

Huraian Kerja

Kadar Pangkas semua sulur baru.

GML rumpai

Standard / Indikator

Pangkas semua sulur yang baru tumbuh dengan mengunakan alat pemotong yang tajam pada aras tanah. Tabur di bawah kanopi pokok 0.5 m dari pangkal pokok.

Dijalankan secara manual.

Bersih semua rumpai yang terdapat di bawah kanopi pokok dengan menggunakan cangkul tajak atau potong menggunakan mesin sandang.

132 ml/ 18 L air

Gunakan nozel kipas. Tekanan semburan pada tahap 1 bar (15 psi). Sembur selebar 1 meter sahaja. Gunakan nozel no 2.

Sembur semua rumpai di barisan pokok pisang. Buang rumpai yang tinggi dan rumpai yang tidak dapat dikawal dengan menggunakan racun secara manual.

75 sm X 120 sm

Dijalankan secara manual

Pembungkusan dilakukan diperingkat akhir pembentukan sisir akhir tandan buah.

Pangkas semua sulur baru.

Pangkas semua sulur yang baru tumbuh dengan mengunakan alat pemotong yang tajam pada aras tanah.

Baja ditabur di sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm atau menggunakan sistem poket atau lubang yang digali sedalam 15 sm dengan jarak 1 m dari pangkal pokok pisang.

Tabur baja di bawah kanopi pokok dan elakkan daripada terkena pada bahagian pangkal pokok. Gali parit sedalam 5 sm di sepanjang barisan pokok pisang. Masukkan baja dan timbus semula parit tersebut. Gali lubang sedalam 15 sm di bawah kanopi pokok. Masukkan baja dan timbus semula lubang tersebut.

200 gm/ pokok

* BLT = Bulan Lepas Tanam MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 32-33

28

29

MANUAL TANAMAN PISANG

25/11/2008 4:01:16 PM

BLT*

Kerja / Aktiviti

Bahan Input

Standard / Indikator

Huraian Kerja

Memungut hasil

Tuai buah yang telah mecapai indeks kematangan Seperti di Lampiran 1.

Tuai pada waktu pagi atau petang. Separuh cantasan batang dilakukan pada pokok yang mempunyai buah yang telah mencapai indeks kematangan seperti di Lampiran 3. Lenturkan batang pisang dan potong tangkai tandan pisang tersebut. Tandan pisang diletakkan di tempat yang beralas dengan bahan lembut seperti daun-daun pisang atau span. Elakkan tandan daripada terhempap ke tanah.

16

Mengawal rumpai di sekeliling pokok

Dijalankan secara manual.

Bersih semua rumpai yang terdapat di bawah kanopi pokok dengan menggunakan cangkul, tajak atau potong menggunakan mesin sandang.

17

Pemangkasan sulur

Pangkas semua sulur baru.

Pangkas semua sulur yang baru tumbuh dengan mengunakan alat pemotong yang tajam pada aras tanah.

18

Mengawal rumpai di sekeliling pokok

Dijalankan secara manual.

Bersih semua rumpai yang terdapat di bawah kanopi pokok dengan menggunakan cangkul, tajak atau potong menggunakan mesin sandang.

18

Pembajaan

Baja ditabur di sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm atau menggunakan sistem poket atau lubang yang digali sedalam 15 sm dengan jarak 1 m dari pangkal pokok pisang.

Tabur baja di bawah kanopi pokok dan elakkan daripada terkena pada bahagian pangkal pokok. Gali parit sedalam 5 sm di sepanjang barisan pokok pisang. Masukkan baja dan timbus semula parit tersebut. Gali lubang sedalam 15 sm di bawah kanopi pokok. Masukkan baja dan timbus semula lubang tersebut.

Jenis 16 hingga 17

NPK Hijau 15:15:15 atau setaraf

Kadar

250 gm/ pokok

* BLT = Bulan Lepas Tanam MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 34-35

30

31

MANUAL TANAMAN PISANG

25/11/2008 4:01:16 PM

BLT*

Kerja / Aktiviti

Bahan Input Jenis

18

Pembungkusan tandan pisang

19

Huraian Kerja

Kadar Dijalankan secara manual

Pembungkusan dilakukan diperingkat akhir pembentukan sisir akhir tandan buah.

Pemangkasan sulur

Pangkas semua sulur baru.

Pangkas semua sulur yang baru tumbuh dengan mengunakan alat pemotong yang tajam pada aras tanah.

Memungut hasil

Tuai buah yang telah mecapai indeks kematangan seperti di Lampiran 1.

Tuai pada waktu pagi atau petang. Separuh cantasan batang dilakukan pada pokok yang mempunyai buah yang telah mencapai indeks kematangan seperti di Lampiran 1. Lenturkan batang pisang dan potong tangkai tandan pisang tersebut. Tandan pisang diletakkan di tempat yang beralas dengan bahan lembut seperti daun-daun pisang atau span. Elakkan tandan daripada terhempap ke tanah.

20

Mengawal rumpai di sekeliling pokok

Dijalankan secara manual.

Bersih semua rumpai yang terdapat di bawah kanopi pokok dengan menggunakan cangkul tajak atau potong menggunakan mesin sandang.

20

Mengawal rumpai di dalam barisan tanaman

Gunakan nozel kipas. Tekanan semburan pada tahap 1 bar (15 psi). Sembur selebar 1 meter sahaja. Gunakan nozel no 2.

Sembur semua rumpai di barisan pokok pisang. Buang rumpai yang tinggi dan rumpai yang tidak dapat dikawal dengan menggunakan racun secara manual.

21

Pemangkasan sulur

Pangkas semua sulur baru.

Pangkas semua sulur yang baru tumbuh dengan mengunakan alat pemotong yang tajam pada aras tanah.

20 hingga 21

Sarung plastik polietilena berwarna biru atau kertas perang

Standard / Indikator

Glufosinate ammonium

75 sm X 120 sm

132 ml/ 18 L air

* BLT = Bulan Lepas Tanam MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 36-37

32

33

MANUAL TANAMAN PISANG

25/11/2008 4:01:16 PM

BLT*

Kerja / Aktiviti

Bahan Input Jenis NPK Hijau 15:15:15 atau setaraf

Standard / Indikator

Huraian Kerja

Baja ditabur di sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm atau menggunakan sistem poket atau lubang yang digali sedalam 15 sm dengan jarak 1 m dari pangkal pokok pisang.

Tabur baja di bawah kanopi pokok dan elakkan daripada terkena pada bahagian pangkal pokok. Gali parit sedalam 5 sm di sepanjang barisan pokok pisang. Masukkan baja dan timbus semula parit tersebut. Gali lubang sedalam 15 sm di bawah kanopi pokok. Masukkan baja dan timbus semula lubang tersebut.

Kadar

21

Pembajaan

22

Mengawal rumpai di sekeliling pokok

Dijalankan secara manual.

Bersih semua rumpai yang terdapat di bawah kanopi pokok dengan menggunakan cangkul tajak atau potong menggunakan mesin sandang.

23

Pemangkasan sulur

Pangkas semua sulur baru.

Pangkas semua sulur yang baru tumbuh dengan mengunakan alat pemotong yang tajam pada aras tanah.

24

Mengawal rumpai di sekeliling pokok

Dijalankan secara manual.

Buang semua rumpai yang terdapat di bawah kanopi pokok dengan menggunakan cangkul tajak atau potong menggunakan mesin sandang.

24

Pembajaan

Baja ditabur di sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm atau menggunakan sistem poket atau lubang yang digali sedalam 15 sm dengan jarak 1 m dari pangkal pokok pisang.

Tabur baja di bawah kanopi pokok dan elakkan daripada terkena pada bahagian pangkal pokok. Gali parit sedalam 5 sm di sepanjang barisan pokok pisang. Masukkan baja dan timbus semula parit tersebut. Gali lubang sedalam 15 sm di bawah kanopi pokok. Masukkan baja dan timbus semula lubang tersebut.

NPK Hijau 15:15:15 atau setaraf

250 gm/ pokok

400 gm/ pokok

* BLT = Bulan Lepas Tanam MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 38-39

34

35

MANUAL TANAMAN PISANG

25/11/2008 4:01:16 PM

Lampiran 1

Lampiran 2

INFRASTRUKTUR LADANG DAN SALIRAN BAGI TANAMAN PISANG

INDEKS KEMATANGAN PISANG INDEKS 1 Hijau tua keseluruhan. Buah belum matang untuk dituai. INDEKS 2 Hijau dengan sedikit kuning. Buah matang. Sudah sesuai dituai untuk penghantaran jauh menggunakan kapal laut.

1.0 Infrastruktur Ladang 1.1 Jalan Ladang Jalan Ladang 3 m lebar = 100 m/hektar 1.2 Parit a) Parit Sekunder Jenis Tanah

INDEKS 3 Lebih hijau daripada kuning. Buah matang. Tidak sesuai untuk penghantaran jauh menggunakan kapal laut.

Dimensi Parit

Lempung (mineral)

2,000 mm x 910 mm x 1,520 mm

Gambut

2,440 mm x 910 mm x 1,520 mm

Masam

1,980 mm x 610 mm x 1,520 mm

Pasir

2,440 mm x 610 mm x 1,520 mm

INDEKS 4 Lebih kuning daripada hijau. Buah hampir masak. Hanya sesuai untuk pasaran tempatan. INDEKS 5 Kuning dengan sedikit hijau pada hujung buah. Buah masak. Hanya sesuai untuk pasaran tempatan. INDEKS 6 Kuning keseluruhan. Buah masak. Hanya sesuai untuk pasaran tempatan. Peringkat terbaik untuk dimakan segar.

b)

Parit Ladang Jenis Tanah

Dimensi Parit

Kepadatan Parit (m/hek)

Lempung (mineral)

1,220 mm x 610 mm x 762 mm

220 - 270

Gambut

1,220 mm x 910 mm x 910 mm

164 - 180

Masam

1,060 mm x 460 mm x 762 mm

200 - 220

Pasir

1,220 mm x 460 mm x 762 mm

164

INDEKS 7 Kuning jingga. Buah terlalu masak. Hanya sesuai untuk pasaran tempatan dan jangka hayat yang amat singkat.

MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 40-41

36

37

MANUAL TANAMAN PISANG

25/11/2008 4:01:16 PM

Lampiran 3

PEROSAK DAN PENYAKIT TANAMAN PISANG DAN SYOR KAWALAN A. SERANGGA PEROSAK

TANDA-TANDA

SYOR KAWALAN

Pengorek umbisi pisang (Cosmopoites sordidus Germ)

Larva mengorek di bahagian umbisi dan pangkal batang yang berhampiran dengan tanah. Tisu-tisu di sekeliling lubang yang dikorek akan menjadi perang dan busuk. Akar baru tidak akan tumbuh. Serangan teruk menyebabkan daun-daun menjadi kuning dan pokok mudah tumbang. Sulur bahagian tengah terbantut. Anak pokok yang diserang akan mati jika serangan merebak hingga ke bahagian pucuk. Pokok yang diserang akan mengeluarkan tandan buah yang lebih kecil dari saiz biasa.

> Cara Kultura Guna sulur yang bebas penyakit. Jalankan rawatan dengan memotong di sekeliling umbisi dan celup ke dalam air panas bersuhu (55°C) selama 5-10 minit. > Memasang Perangkap Potong batang pisang tua sepanjang 2-3 kaki, dibelah dan ditelungkupkan. Pungut kumbang yang bersembunyi di bawah batang pisang tersebut dan musnahkannya. > Cara Kimia Gunakan racun perosak yang sesuai seperti carbofuran mengikut kadar yang disyorkan pada label.

MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 42-43

38

A. SERANGGA PEROSAK

TANDA-TANDA

SYOR KAWALAN

Pengorek batang pisang (Odaiporus longicollis Oliv)

Larva menyerang dengan memakan tisu-tisu batang dan bahagian tengah batang dengan membentuk alur-alur panjang. Bahagian yang diserang akan berubah warna coklat dengan cepat. Daun menjadi kuning dan batang pisang mudah patah apabila ditiup angin kencang. Peringkat dewasa juga boleh melakukan kerosakan.

> Buang dan musnahkan batang-batang pisang dan sulur yang diserang. > Tanam sulur-sulur yang bebas dari perosak ini. > Sembur racun serangga yang sesuai mengikut kadar yang disyorkan pada pangkal batang pisang yang diserang.

Ulat gulung daun (Erionata thrax)

Serangga ini bertelur sebijisebiji pada daun muda. Apabila menetas larvanya akan bersembunyi dengan cara menggulungkan daun ke arah tulang daun. Larvanya cergas pada waktu malam, keluar dari gulungan daun untuk makan daun pisang. Ia mengulungkan daun dan melekatkan dengan menggunakan bebenang putih. Sekiranya gulungan daun terbuka, larva dan kepompong akan terdedah. Daun yang bergulung akan menjadi kering dan tidak berfungsi.

> Pungut daun dan musnahkan larva. > Serangga pemangsa semulajadi atau perasit dapat memusnahkan larva ini contohnya Ooencyrtus sp., Agiommatus sp. dan Anastatus sp.

39

MANUAL TANAMAN PISANG

25/11/2008 4:01:16 PM

A. SERANGGA PEROSAK

TANDA-TANDA

SYOR KAWALAN

Trips

Kutu trips boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian kulit pisang. Kulit pisang akan berkeruping dan proses kematangan pisang terganggu.

Semburan racun serangga yang sesuai mengikut kadar yang disyorkan pada jantung pisang.

Lalat buah (Bactrocera musae)

Apabila buah telah masak atau berwarna kuning terdapat bintik-bintik hitam bekas tusukan ovipositor semasa lalat buah dewasa bertelur.

Buah pisang hendaklah dibungkus pada peringkat muda. Masa yang sesuai untuk pembungkusan ialah setelah sisir terakhir terbentuk dianggarkan 10-14 hari selepas berjantung.

MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 44-45

40

A. SERANGGA PEROSAK Nematod (Radpholus similis)

TANDA-TANDA

SYOR KAWALAN

Akar yang diserang kelihatan tompok-tompok hitam, berbintil-bintil dan pecah serta menjadi reput terutama di bahagian umbisi. Kelihatan lubang-lubang kecil pada rizom dan sulur. Apabila rizom dikerat melintang kelihatan tompok-tompok hitam di tengah bulatan. Serangan dan kerosakan pada akar boleh membawa kesan yang serupa dengan kekurangan air. Pada pokok muda, tepi daun akan kelihatan kering. Pada pokok yang berbuah, buah menjadi kecil, kering dan hitam semasa muda lagi. Pokok juga mudah diserang oleh kulat Rhizoctonia solani dan Fusarium oxysporium.

> Gunakan sulur yang sihat. Bersihkan akar-akar dan umbisi dan lakukan rawatan dengan merendam dalam air bersuhu 55°C selama 10 minit. > Musnahkan batang-batang pisang yang lama dan pokok-pokok pisang yang diserang oleh nematod. > Tabur dengan racun carbofuran bagi kawalan nematod mengikut kadar yang disyorkan pada label.

41

MANUAL TANAMAN PISANG

25/11/2008 4:01:16 PM

B. PENYAKIT

TANDA-TANDA

SYOR KAWALAN

Bintik Daun Sigatoka

Bintik-bintik kecil berwarna hitam dan jalur-jalur berwarna kuning. Bintikbintik membesar menjadi bujur seperti mata dengan bahagian tengah berwarna perang gelap. Keseluruhan pokok kelihatan seperti terbakar.

Jaga kebersihan ladang dan pastikan saliran sempurna serta pembajaan yang diberikan mestilah mencukupi. Guna racun kulat seperti mancozeb, chlorothalonil, propiconazole atau thiophanate-methyl.

Layu Panama

Pucuk yang masih bergulung kelihatan layu dan mati. Bagi pokok tua, pucuk kelihatan kekuningan dan daun-daun kelihatan patah terkulai.

Guna sulur bebas penyakit dan pastikan saliran dalam keadaan yang baik. Tebang dan musnahkan pokok yang diserang.

MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 46-47

42

25/11/2008 4:01:16 PM

Jabatan Pertanian Malaysia

Wisma Tani, Aras 17, No. 30, Persiaran Perdana, Presint 4, 62624 Putrajaya. No. Tel: 03-8870 3000 No. Faks: 03-8888 5069 Laman Web: http://www.doa.gov.my ISBN 978-983-047-142-6

Pisang FA6.indd 48

25/11/2008 4:01:17 PM

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF