Manual Ps Usm

August 5, 2017 | Author: Marlina Mohamed | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

KSSM SAINS TI...

Description

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

SAINS

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

UNIT SAINS MENENGAH SEKTOR SAINS DAN MATEMATIK BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM

2017

PENGENALAN Pentaksiran sekolah adalah proses pengumpulan maklumat melalui pelbagai sumber seperti kerja rumah, pembentangan, kerja projek, ujian dan sebagainya. Pentaksiran ialah satu kayu pengukur untuk menilai pencapaian murid dalam memperoleh pengetahuan, menguasai kemahiran

dan

mengamalkan

nilai

di

samping

menilai

keberkesanan

PdP

guru.Pentaksiran juga menyokong pembelajaran murid dan memberi maklum balas yang berguna kepada pihak berkepentingan seperti pentadbir, guru dan ibu bapa atau penjaga tentang perkembangan murid.

JENIS PENTAKSIRAN Pentaksiran dalam KSSM terdiri daripada empat komponen: •

Pentaksiran Sekolah; (Bahagian Pembangunan Kurikulum)



Pentaksiran Pusat; (Lembaga Peperiksaan)



Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum, (Bahagian Kokurikulum dan Kesenian)



Pentaksiran Psikometrik.(Bahagian Kaunseling)

PENTAKSIRAN FORMATIF Pentaksiran formatif adalah untuk memantau pembelajaran murid. 1. Guru mereka bentuk instrumen pentaksiran yang sah dan boleh dipercayai serta autentik. 2. Maklumat yang dikumpul melalui pentaksiran formatif seharusnya membantu guru menentukan kekuatan dan kelemahan murid dalam mencapai sesuatu Standard Kandungan (SK) bagi sesuatu mata pelajaran. 3. Pentaksiran yang menyeluruh perlu dirancang dengan baik dan dijalankan secara berterusan sebagai sebahagian daripada aktiviti di bilik darjah.

PENTAKSIRAN SUMATIF Pentaksiran sumatif pula adalah untuk menilai pembelajaran murid dengan SK bagi sesuatu mata pelajaran.

1

MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM

2017

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN Dalam usaha memastikan pentaksiran membantu meningkatkan keupayaan dan pencapaian murid, guru harus menggunakan strategi pentaksiran yang berikut: pelbagai bentuk. adil kepada semua murid. mengambilkira pelbagai aras kognitif membolehkan murid mempamerkan pelbagai keupayaan pembelajaran. mengambilkira pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari oleh murid dan mentaksir sejauh mana mereka fahami

Pentaksiran bagi mata pelajaran sains dilaksanakan bersandarkan tiga domain utama iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Bagaimana mentaksir Domain Pengetahuan? Pentaksiran domain pengetahuan dalam sesuatu tema disertakan pengintegrasian proses kemahiran sains bertujuan melihat sejauh mana murid memahami SK tertentu secara menyeluruh dan holistik.

1. Setiap bidang pembelajaran mesti ditaksir dan diberi nilai tahap penguasaan berdasarkan Standard Prestasi di bahagian akhir setiap tema dalamDSKP Sains Tingkatan 1. 2. Guru boleh menggunakan atau merujuk kepada contoh soalan pentaksiran semasa melaksanakan PdP atau selepas tamat PdP. 3. Pentaksiran domain pengetahuan boleh dilaksanakan semasa PdP di mana-mana peringkat yang sesuai dalam kitar pembelajaran 5E, atau mana-mana strategi inkuiri yang digunakan. 4. Pentaksiran domain pengetahuan juga boleh dilaksanakan diakhir PdP 5. Guru perlu merekod nilai tahap penguasaan terbaik bagi setiap bidang pembelajaran.ke dalam borang pelaporan excel yang telah disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum seperti di bawah. 6. Murid diberi peluang mengulang untuk menambahbaik tahap penguasaan masingmasing.

2

MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM

2017

7. Perekodan tahap penguasaan murid boleh disimpan oleh guru sama ada dalam bentuk Hard copy dan soft copy untuk memantau pembelajaran murid dan juga untuk rujukan pihak yang berkepentingan.

Tafsiran Tahap Penguasaan bagi pengetahuan ditunjukkan dalam Jadual 1. Jadual 1: Rubrik Pengetahuan TAFSIRAN

TAHAP PENGUASAAN

1 2

3

4

Mengingat kembali pengetahuan dan kemahiran asas sains. Memahami pengetahuan dan kemahiran sains serta dapat menjelaskan kefahaman tersebut. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains untuk melaksanakan tugasan mudah. Menganalisis pengetahuan dan kemahiran sains dalam konteks penyelesaian masalah. Menilai pengetahuan dan kemahiran sains dalam konteks

5

penyelesaian

masalah

dan

membuat

keputusan

untuk

melaksanakan satu tugasan. Merekacipta menggunakan pengetahuan dan kemahiran sains 6

dalam

konteks

penyelesaian

masalah

dan

membuat

keputusan atau dalam melaksanakan satu tugasan dalam situasi baru secara kreatif dan inovatif.

3

2017

MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM

Bagaimana

mentaksir

Domain

Penyiasatan

Saintifik

atau

Eksperimen? 1. Semua eksperimen dalam ruang catatan DSKP KSSM Sains Tingkatan 1 WAJIB dilaksanakan.

Jadual 9: Senarai penyiasatan saintifik/eksperimen

TEMA Kaedah Saintifik

EKSPERIMEN 1.6

Eksperimen bagi menggunakan langkah dalam penyiasatan saintifik

Penyenggaraan dan

2.2

Eksperimen menunjukkan keperluan fotosintesis.

Kesinambungan

3.1

Eksperimen

Hidup

untuk

menunjukkan

bagaimana

tindakan biologi memberi gerak balas kepada perubahan untuk menstabilkan badan. 4.7

Eksperimen

untuk

menentukan

syarat

percambahan biji benih. Penerokaan Unsur

5.2.3 Eksperimen menentukan kadar resapan.

Dalam Alam

5.2.5 Eksperimen menyiasat takat suhu didih semasa perubahan fizikal air.

Tenaga dan

8.3

Eksperimen untuk membuktikan Hukum Pantulan.

Kelestarian Hidup

8.4

Eksperimen untuk mengkaji hubungan sudut tuju, i dan sudut biasan, r apabila cahaya melalui medium yang berlainan ketumpatan.

2. Laporan MESTI DITULIS oleh murid bagi setiap eksperimen yang dilaksanakan. 3.

Setiap laporan eksperimen mesti ditaksir dan diberi nilai tahap penguasaan berdasarkan jadual 11 Rubrik Penyiasatan Saintifik (muka surat 31 DSKP Sains Tingkatan 1)

4. Guru hanya perlu merekod 1 nilai tahap penguasaan terbaik bagi penggal 1 dan 1 lagi nilai tahap penguasaan terbaik bagi penggal 2.

4

MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM

2017

5. Rekodkan tahap penguasaan murid ke dalam borang pelaporan excel yang telah disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum seperti di bawah

Tafsiran Tahap Penguasaan bagi Penyiasatan Saintifik ditunjukkan dalam Jadual 2. Jadual 2: Rubrik Penyiasatan Saintifik

TAHAP PENGUASAAN

1

2

TAFSIRAN Merancang strategi dan prosedur yang kurang tepat dalam penyiasatan saintifik. Menggunakan bahan dan peralatan sains yang kurang sesuai untuk menjalankan penyiasatan saintifik. Tiada data dikumpul dan direkodkan. Tiada penerangan atau penerangan sukar difahami. Merancang strategi dan prosedur yang betul dalam penyiasatan saintifik dengan bimbingan. Menggunakan bahan dan peralatan sains yang sesuai. Mengumpul dan merekod data yang tidak lengkap atau tidak relevan. Membuat interpretasi dan kesimpulan yang tidak bersandar kepada data yang dikumpul.

5

MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM

TAHAP PENGUASAAN

3

4

5

6

2017

TAFSIRAN Merancang dan melaksanakan strategi dan prosedur yang betul dalam penyiasatan saintifik dengan bimbingan. Menggunakan bahan dan peralatan sains yang sesuai dan betul. Mengumpul dan merekodkan data yang relevan. Mengorganisasikan data dalam bentuk numerikal atau visual dengan sedikit ralat. Membuat interpretasi dan kesimpulan yang bersandar kepada data yang dikumpul Menulis laporan penyiasatan saintifik yang kurang lengkap. Merancang dan melaksanakan strategi dan prosedur yang betul dalam penyiasatan saintifik. Mengendali dan menggunakan bahan dan peralatan sains yang sesuai dan betul untuk mendapatkan keputusan yang jitu. Mengumpul data yang relevan dan merekodkan dalam format yang sesuai. Mengorganisasikan data dalam bentuk numerikal atau visual dengan tiada ralat. Membuat interpretasi data dan kesimpulan yang tepat dengan tujuan penyiasatan. Menulis laporan penyiasatan saintifik yang lengkap. Menjalankan penyiasatan saintifik dan menulis laporan yang lengkap. Mengumpul, mengorganisasikan dan mempersembahkan data dalam bentuk numerikal atau visual dengan baik. Menginterpretasi data dan kesimpulan yang tepat dengan penaakulan saintifik. Mengenal pasti trend, pola dan hubungan data.

Menjustifikasikan dapatan penyiasatan dengan mengaitkan teori, prinsip dan hukum sains dalam membuat pelaporan. Menilai dan mencadangkan penambahbaikan kepada kaedah penyiasatan dan kaedah inkuiri lanjutan apabila perlu. Membincangkan kesahan data dan mencadangkan penambahbaikan kaedah pengumpulan data.

6

MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM

2017

RINGKASAN RUBRIK PENYIASATAN SAINTIFIK/EKSPERIMEN Senarai Semak Pelaksanaan Eksperimen untuk menentukan Tahap Penguasaan

Merancang eksperimen

PERKARA Tujuan penyiasatan

TP 1

TP 2











Hipotesis Semua pembolehubah terlibat Bahan dan radas Kaedah atau teknik Menjalankan eksperimen

Mengumpul dan merekod data/pemerhat ian

Mentafsir data Membuat kesimpulan

Menggunakan radas mengikut perancangan yang telah dibuat Membersihkan dan menyimpan radas

Membina jadual dengan pembolehubah yang dimanipulasi dan pemboleh ubah yang bergerak balas Melengkapkan jadual dengan data yang betul atau pemerhatian pembolehubah yang bergerak balas.

TP 3

TP 4

TP 5

TP 6

























 

 

 

 

 





































Kurang tepat

Menulis perbincangan atau melukis graf yang menyokong data terkumpul









Menyatakan sama ada hipotesis diterima atau ditolak









Membuat rumusan daripada eksperimen dengan betul















Menjustifikasikan dapatan penyiasatan dengan mengaitkan teori, prinsip dan hukum sains dalam membuat pelaporan.

7

MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM PERKARA Menilai dan mencadangkan penambahbaikan kepada kaedah penyiasatan dan kaedah inkuiri lanjutan apabila perlu Membincangkan kesahan data dan mencadangkan penambahbaikan kaedah pengumpulan data.

TP 1

TP 2

TP 3

TP 4

2017

TP 5

TP 6







Bagaimana mentaksir Domain Sikap Saintifik dan Nilai Murni? 1. Rubrik sikap saintifik dan nilai murni lebih kepada mengukur pengetahuan epistemik murid terhadap sains 2. Pentaksiran sikap saintifik dan nilai murni boleh dilaksanakan semasa; Sesi pembentangan atau perkongsian laporan penyiasatan saintifik. Sesi pembentangan hasil pembelajaran berasaskan projek. Sesi soal jawab/ dialog/ perbincangan semasa pdp.dan sebagainya. 3. Guru hanya perlu merekod 1 nilai tahap penguasaan terbaik bagi penggal 1 dan 1 lagi nilai tahap penguasaan terbaik bagi penggal 2. 4. Rekodkan tahap penguasaan murid ke dalam borang pelaporan excel yang telah disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum seperti di bawah

8

MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM

2017

Tafsiran Tahap Penguasaan bagi Sikap Saintifik dan Nilai Murni ditunjukkan dalam Jadual 3. Jadual 3: Rubrik Sikap Saintifik dan Nilai Murni TAFSIRAN

TAHAP PENGUASAAN

Murid belum berkebolehan untuk.

1

menyatakan cara bagaimana sains digunakan untuk menyelesaikan masalah. menyatakan implikasi menggunakan sains untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu tertentu menggunakan bahasa saintifik untuk berkomunikasi. mendokumentasikan sumber maklumat yang digunakan.

Murid kurang berkebolehan untuk:

2

menyatakan cara bagaimana sains digunakan untuk menyelesaikan masalah. menyatakan implikasi menggunakan sains untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu tertentu menggunakan bahasa saintifik untuk berkomunikasi. mendokumentasikan sumber maklumat yang digunakan.

Murid berkebolehan:

3

menyatakan cara bagaimana sains digunakan untuk menyelesaikan masalah. menyatakan implikasi menggunakan sains untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu tertentu menggunakan bahasa saintifik yang terhad untuk berkomunikasi. mendokumentasikan sedikit sumber maklumat yang digunakan. Murid berkebolehan: menentukan bagaimana sains digunakan untuk menangani masalah atau isu tertentu.

4

menentukan implikasi menggunakan sains untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu tertentu. selalu menggunakan bahasa saintifik yang mencukupi untuk berkomunikasi. mendokumentasikan sebahagian daripada sumber maklumat yang digunakan.

9

MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM

2017

TAFSIRAN

TAHAP PENGUASAAN

Murid berkebolehan: merumuskan bagaimana sains digunakan untuk menangani masalah atau isu tertentu. merumus implikasi sesuatu masalah atau isu tertentu sentiasa menggunakan bahasa saintifik untuk berkomunikasi dengan baik. mendokumentasikan hampir kesemua sumber maklumat yang digunakan.

5

Murid berkebolehan: merumuskan bagaimana sains digunakan untuk menangani masalah atau isu tertentu. membincang dan menganalisis implikasi sains untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu tertentu sentiasa menggunakan bahasa saintifik secara konsisten untuk berkomunikasi dengan jelas dan tepat mendokumentasikan sumber maklumat dengan lengkap. menjadi ‘role model’ kepada pelajar lain.

6

Pembelajaran Berasaskan Projek (Project-based Learning, PBL) 1. Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu. 2. Projek mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu pembelajaran yang formal untuk dilengkapkan. 3. PBL bersifat pembelajaran aktif dan pembelajaran berasaskan inkuiri. Murid boleh mengeksploitasi lebih daripada apa yang ditulis dalam standard pembelajaran. 4. Jumlah markah peperiksaan akhir tahun.mengambil kira daripada 20% markah akhir tahun bagi SATU kerja projek yang terbaik. 5. Kerja projek mesti menyelesaikan suatu masalah yang autentik, Hasil projek boleh dalam bentuk laporan, artifak atau lain-lain perlu dibentangkan kepada guru dan murid lain. 6. Guru perlu jelas perbezaan antara problem-based learning dan project-based learning. Problem-based learning teaches to the standards, Project-based learning teaches student to apply the standards.

10

MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM

2017

7. Guru perlu merekod DUA keputusan penilaian kerja projek yang terbaik ke dalam borang pelaporan excel yang telah disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum seperti di bawah

Tahap Penguasaan Keseluruhan Tahap penguasaan keseluruhan perlu ditentukan bagi memberi satu nilai tahap penguasaan murid pada akhir sesi persekolahan.Tahap penguasaan keseluruhan ini merangkumi aspek kandungan, kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Untuk itu, guru perlu menilai murid secara kolektif dan holistik dengan melihat semua aspek semasa proses pembelajaran murid secara berterusan melalui pelbagai kaedah seperti pencapaian dalam ujian topikal, pemerhatian, latihan, pembentangan, respon murid secara lisan, kerja projek berkumpulan dan sebagainya. Guru boleh membuat pertimbangan profesional untuk memberi satu nilai tahap penguasaan keseluruhan murid berdasarkan pengalaman guru bersama murid, kebijaksanaan serta melalui perbincangan bersama rakan sejawat. Guru boleh menyediakan rubrik bagi tahap penguasaan keseluruhan murid yang diajar.

Tamat

11

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF