Manual Pengurusan Penilaian Kefahaman PTM

February 23, 2017 | Author: IndahnyaPelangi | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Manual Pengurusan Penilaian Kefahaman PTM...

Description

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA MANUAL PENGURUSAN PENILAIAN KEFAHAMAN

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

KANDUNGAN 1. Panduan Pengurusan Penilaian Kefahaman Program Transformasi Minda 2. Soalan Umum Penilaian Kefahaman (Lampiran A) 3. Set Soalan Sebenar Penilaian Kefahaman (Lampiran B) 4. Skema Jawapan Soalan Sebenar Penilaian Kefahaman (Lampiran C) 5. Soalan Bank Penilaian Kefahaman (Lampiran D) 6. Contoh Muka Depan Soalan Sebenar Penilaian Kefahaman (Lampiran E)

PANDUAN PENGURUSAN PENILAIAN KEFAHAMAN PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

PANDUAN PENGURUSAN PENILAIAN KEFAHAMAN PROGRAM TRANSFORMASI MINDA ______________________________________________________________________

1.

PENDAHULUAN Panduan Pengurusan Penilaian Kefahaman Program Transformasi Minda bertujuan untuk menjelaskan tatacara pengurusan penilaian kefahaman khususnya pengurusan soalan yang dibekalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada agensi pelaksana Program Transformasi Minda (PTM).

2.

LATAR BELAKANG 2.1

Penilaian kefahaman merupakan satu daripada kriteria penilaian utama yang digunakan sebagai kaedah penilaian sepanjang program dalam PTM. Ia mewakili dua puluh peratus (20%) daripada markah keseluruhan penilaian.

2.2

Tujuan penilaian kefahaman adalah untuk menguji keupayaan peserta dalam: a.

menjawab soalan dengan tepat dan betul;

b.

memahami modul yang telah dipelajari; dan

c.

menguasai dipelajari.

pengetahuan

asas

segmen-segmen

yang

telah

2.3

Soalan penilaian kefahaman adalah sebanyak 20 soalan berbentuk aneka pilihan.

2.4

Pemarkahan untuk penilaian kefahaman dibuat mengikut pencapaian markah seperti berikut: PENCAPAIAN A B

MARKAH 11 - 20 0 - 10

1

3.

DOKUMEN YANG KEFAHAMAN 3.1

4.

DIBEKALKAN

BAGI

PELAKSANAAN

PENILAIAN

Dokumen-dokumen yang dibekalkan bagi melaksanakan kefahaman adalah seperti berikut:

penilaian

a.

Satu (1) set 50 Soalan Umum sebagai panduan penilaian kefahaman.

b.

Tiga (3) set Soalan Sebenar Penilaian Kefahaman yang terdiri daripada 20 soalan aneka pilihan bagi setiap set.

c.

Skema jawapan bagi ketiga-tiga set Soalan Sebenar Penilaian Kefahaman sebagai rujukan kepada pemeriksa.

d.

Satu (1) set 60 Soalan Bank Penilaian Kefahaman berbentuk aneka pilihan yang lengkap dengan pilihan jawapan berserta jawapan yang betul.

PENGURUSAN SOALAN PENILAIAN KEFAHAMAN 4.1

4.2

Soalan Umum Penilaian Kefahaman a.

Soalan Umum adalah set soalan yang dijadikan sebagai panduan dan persediaan calon dalam menjawab Soalan Sebenar Penilaian Kefahaman di akhir sesi PTM.

b.

Satu set Soalan Umum Penilaian Kefahaman mengandungi 50 soalan (tanpa jawapan) yang diedarkan kepada calon-calon pada hari pertama sesi PTM dilaksanakan.

c.

Soalan Umum merangkumi ketiga-tiga segmen PTM. Sebanyak 20 soalan daripada aspek Soalan Umum ini akan dijawab oleh calon semasa penilaian kefahaman di akhir sesi PTM.

Soalan Sebenar Penilaian Kefahaman a.

Soalan Sebenar Penilaian Kefahaman adalah set soalan yang telah lengkap dan digunakan sebagai soalan penilaian kefahaman di akhir sesi PTM.

b.

Satu (1) set Soalan Sebenar Penilaian Kefahaman mengandungi 20 soalan berbentuk aneka pilihan yang mempunyai empat (4) pilihan jawapan dan perlu dijawab dalam tempoh 30 minit. 2

4.3

c.

Agensi pelaksana akan dibekalkan dengan tiga (3) set buku Soalan Sebenar Penilaian Kefahaman.

d.

Set-set soalan yang dibekalkan boleh digunakan secara pusingan mengikut budi bicara agensi pelaksana.

Soalan Bank Penilaian Kefahaman (Digunakan Bila Perlu) a.

Soalan Bank Penilaian Kefahaman merupakan set soalan yang telah disediakan sebagai sumber soalan yang boleh dipilih oleh agensi pelaksana untuk dijadikan Soalan Sebenar Penilaian Kefahaman PTM sekiranya agensi pelaksana memerlukan set soalan tambahan.

b.

Soalan Bank Penilaian Kefahaman adalah berbentuk aneka pilihan yang lengkap dengan pilihan jawapan berserta jawapan yang betul.

c.

Soalan bank mengandungi 60 soalan mengikut agihan seperti berikut: SEGMEN I II III Jumlah

JUMLAH SOALAN BANK 24 21 15 60

d.

Agensi pelaksana boleh menyediakan set soalan tambahan yang baharu berdasarkan kepada Soalan Bank Penilaian Kefahaman yang dibekalkan.

e.

Setiap set soalan tambahan hendaklah mengandungi 20 soalan daripada ketiga-tiga segmen dengan setiap segmen mengandungi bilangan soalan seperti berikut: BILANGAN SOALAN 8 7 5 20

SEGMEN I II III Jumlah

3

5.

6.

PENGURUSAN PENILAIAN KEFAHAMAN PTM a.

Agensi pelaksana dinasihatkan untuk memperuntukkan tempoh selama 30 minit di akhir sesi PTM bagi tujuan pelaksanaan penilaian kefahaman.

b.

Buku soalan hendaklah dikembalikan oleh calon selepas sesi penilaian memandangkan set soalan berkenaan akan digunakan semula pada masa akan datang.

c.

Calon tidak dibenarkan untuk membawa sebarang bentuk bahan rujukan termasuk set 50 Soalan Umum Penilaian Kefahaman yang dibekalkan semasa sesi penilaian dilaksanakan.

d.

Agensi pelaksana boleh menggunakan budi bicara dalam menetapkan kaedah untuk menanda jawapan oleh calon.

e.

Markah penilaian kefahaman hendaklah diselaraskan mengikut Garis Panduan Penilaian PTM seperti di Lampiran C, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2012.

PERTANYAAN Sebarang pertanyaan mengenai soalan penilaian kefahaman ini boleh dirujuk kepada: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Bahagian Perkhidmatan Cawangan Pengurusan Kompetensi Aras 4 - 7, Blok 1 Menara Seri Wilayah, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62100 W.P. PUTRAJAYA No. Telefon : 03-8324 2500/2501 No. Faks : 03-8324 2504 E-mel : [email protected]

4

LAMPIRAN A SET 50 SOALAN UMUM PENILAIAN KEFAHAMAN

SET 50 SOALAN UMUM PENILAIAN KEFAHAMAN PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

SEGMEN I : NEGARA DAN PERKHIDMATAN AWAM 1.

Bilakah tarikh pembentukan Malaysia?

2.

Senaraikan jawatan-jawatan utama dalam struktur dan organisasi perkhidmatan awam.

3.

Jelaskan mengenai suruhanjaya-suruhanjaya perkhidmatan awam dan bidang kuasanya.

4.

Apakah syarat-syarat kelayakan akademik bagi memasuki perkhidmatan awam mengikut gred?

5.

Apakah komponen yang terdapat dalam skim perkhidmatan?

6.

Apakah sistem pemerintahan yang diamalkan di Malaysia?

7.

Apakah badan-badan yang terlibat dalam pemerintahan negara menerusi Perlembagaan Persekutuan?

8.

Senaraikan agensi pusat dalam perkhidmatan awam.

9.

Jelaskan mengenai Gagasan 1 Malaysia.

10.

Apakah yang dinyatakan dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan?

11.

Apakah yang dimaksudkan dengan keadilan sosial?

12.

Jelaskan mengenai prinsip nilai-nilai murni.

13.

Apakah kriteria negara maju berasaskan Indeks Pembangunan Manusia (HDI)?

14.

Senaraikan 12 bidang ekonomi utama negara di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan huraikan program yang terlibat dalam Program Transformasi Negara.

15.

Senaraikan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam Program Transformasi Kerajaan.

1

SEGMEN II : TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN PEGAWAI 16.

Nyatakan Tarikh Pergerakan Gaji Tahunan.

17.

Apakah syarat-syarat perkhidmatan?

18.

Di manakah maklumat perkhidmatan pegawai direkodkan?

19.

Berapakah kadar Cuti Bersalin bagi pegawai wanita?

20.

Nyatakan Cuti Tidak Berekod.

21.

Apakah tujuan pegawai memohon Cuti Berkursus?

22.

Apakah yang dimaksudkan dengan tugas rasmi?

23.

Apakah tuntutan yang boleh dibuat oleh pegawai yang baru pertama kali dilantik dalam perkhidmatan awam?

24.

Nyatakan tafsiran ‘Keluarga’ berdasarkan Bab F Perintah Am.

25.

Berikan contoh kesalahan rasuah.

26.

Apakah kesan rasuah secara umum kepada negara?

27.

Apakah maksud akauntabiliti dalam perkhidmatan awam?

28.

Bagaimanakah nilai amanah digambarkan melalui tingkah laku?

29.

Apakah kepentingan Arahan Keselamatan?

30.

Apakah antara aspek penting pengurusan keselamatan peribadi pegawai awam?

31.

Adakah pegawai awam dibenarkan memegang jawatan dalam sesebuah parti politik?

32.

Nyatakan jenis-jenis hukuman tatatertib.

33.

Adakah pegawai awam boleh menerima hadiah?

34.

Berapakah bilangan hari berkursus yang diwajibkan kepada setiap pegawai awam dalam setahun?

yang

membolehkan

2

pegawai

disahkan

dalam

35.

Apakah yang dimaksudkan dengan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)?

36.

Nyatakan pihak pegawai awam.

yang

bertanggungjawab

menimbang

kenaikan

pangkat

SEGMEN III : BUDAYA KERJA KELAS PERTAMA 37.

Apakah yang anda faham mengenai Tonggak Dua Belas?

38.

Nyatakan nilai-nilai yang terdapat dalam Tonggak Dua Belas.

39.

Apakah Amalan 8S yang boleh dipraktikkan semasa berurusan dengan pelanggan?

40.

Nyatakan ciri-ciri Perkhidmatan Pelanggan yang berkualiti.

41.

Apakah kepentingan Hari Bertemu Pelanggan?

42.

Apakah itu Piagam Pelanggan?

43.

Nyatakan alat bantuan berfikir.

44.

Apakah yang dimaksudkan dengan kreativiti dan inovasi?

45.

Nyatakan jenis-jenis majlis rasmi dan formal.

46.

Bagaimanakah cara atau gaya duduk yang sopan?

47.

Apakah pakaian yang ditegah ke pejabat?

48.

Apakah yang dimaksudkan dengan tatahias?

49.

Apakah yang dimaksudkan dengan keterampilan sosial?

50.

Apakah yang dimaksudkan dengan etiket?

3

LAMPIRAN B SET SOALAN SEBENAR PENILAIAN KEFAHAMAN

SET 1 SOALAN SEBENAR PENILAIAN KEFAHAMAN PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

SULIT 1.

2.

3.

Tarikh pembentukan Malaysia ialah pada A.

31 Ogos 1957.

B.

13 Mei 1969.

C.

31 Ogos 1963.

D.

16 September 1963.

Berikut merupakan kesalahan rasuah dalam Akta SPRM 2009. A.

Tuntutan palsu.

B.

Salah guna dadah.

C.

Cabutan bertuah dan loteri.

D.

Tidak hadir bertugas tanpa sebab munasabah.

Berikut adalah antara alat bantuan berfikir kecuali A.

peta minda bentuk urutan.

B.

teknik fishbone / ishikawa diagram.

C.

teknik 5W + 1H.

D.

analisis indeks.

1 SULIT

SULIT 4.

5.

6.

Apakah syarat minimum kelayakan akademik yang diperlukan bagi memasuki perkhidmatan awam ke Gred 27? A.

Ijazah.

B.

Diploma/STPM.

C.

SPM.

D.

PMR.

Manakah antara berikut bukan tingkah laku nilai amanah? A.

Membelanjakan harta awam mengikut peraturan.

B.

Menyiapkan kerja mengikut tempoh yang ditetapkan.

C.

Menggunakan masa bekerja dengan sebaik mungkin.

D.

Tidak menunjuk-nunjuk ketika menjalankan tugas.

Siapakah yang telah memperkenalkan panduan etika penjawat awam yang dikenali sebagai Tonggak Dua Belas? A.

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

B.

Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid.

C.

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

D.

Tan Sri Samsudin bin Osman.

untuk

2 SULIT

SULIT 7.

8.

9.

Sistem pemerintahan yang diamalkan di Malaysia adalah A.

monarki.

B.

komunis.

C.

republik.

D.

demokrasi berparlimen.

Encik Kassim, seorang guru Gred DG41 boleh memegang jawatan bagi sesebuah parti politik sekiranya mendapat kelulusan A.

pengetua.

B.

ketua parti politik.

C.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

D.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sistem Pemerintahan Negara Malaysia terdiri daripada tiga (3) badan utama iaitu A.

Badan Ketenteraan, Badan Kehakiman dan Badan Eksekutif.

B.

Badan Perundangan, Kehakiman.

C.

Badan Eksekutif, Badan Ketenteraan dan Badan Perundangan.

D.

Badan Perundangan, Ketenteraan.

Badan

Badan

Eksekutif

Kehakiman

dan

dan

Badan

Badan

3 SULIT

SULIT 10.

11.

12.

Dasar Latihan Sektor Awam menetapkan bilangan hari kursus yang diwajibkan kepada setiap penjawat awam dalam setahun ialah A.

6 hari.

B.

7 hari.

C.

8 hari.

D.

9 hari.

Berikut merupakan ciri-ciri kualiti perkhidmatan pelanggan atau delighting the customer kecuali A.

fizikal.

B.

mental.

C.

emosi.

D.

penyampaian.

Siapakah yang memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia? A.

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

B.

Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.

C.

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

D.

Tan Sri Muhyiddin bin Yassin.

4 SULIT

SULIT 13.

14.

15.

Antara Tarikh Pergerakan Gaji Tahunan ialah A.

1 Januari.

B.

1 Mac.

C.

1 Jun.

D.

1 November.

Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan A.

layanan sama rata bagi pekerja-pekerja persekutuan.

B.

kedudukan istimewa bumiputera negeri-negeri Sabah dan Sarawak.

C.

pemeliharaan kedudukan dari segi perlembagaan negeri-negeri Sabah dan Sarawak.

D.

perezaban dan kuota. Tanggungjawab DYMM Yang Di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah/Sarawak.

Pegawai wanita boleh memohon cuti bersalin maksimum sebanyak A.

60 hari.

B.

80 hari.

C.

90 hari.

D.

120 hari.

5 SULIT

SULIT 16.

17.

18.

Antara berikut, yang manakah bukan merupakan kriteria negara maju berasaskan Indeks Pembangunan Manusia (HDI)? A.

Sihat dan umur panjang.

B.

Akses kepada pengetahuan.

C.

Taraf hidup yang memuaskan.

D.

Akses kepada jalur lebar.

Maksud tugas rasmi ialah tugas A.

perniagaan.

B.

persendirian.

C.

di luar pejabat.

D.

berkaitan tugas pejabat.

Berikut adalah contoh majlis rasmi dan formal kecuali A.

majlis perasmian Masjid Putrajaya.

B.

majlis sambutan hari raya peringkat jabatan.

C.

majlis makan malam bersama Presiden Singapura.

D.

majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

6 SULIT

SULIT 19.

20.

Antara berikut, yang manakah merupakan Program Transformasi Negara? A.

Program Transformasi Kerajaan.

B.

Program Transformasi Minda.

C.

Wawasan 2020.

D.

Gagasan 1 Malaysia.

Cara atau gaya duduk yang sopan semasa menghadiri majlis rasmi adalah A.

tangan diletakkan di sisi paha.

B.

duduk membongkok bagi menunjukkan sikap rendah diri.

C.

merapatkan kedua-dua belah kaki dan lutut dengan tangan diletakkan di atas paha.

D.

duduk dengan kaki bersilang sambil berpeluk tubuh.

7 SULIT

SET 2 SOALAN SEBENAR PENILAIAN KEFAHAMAN PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

SULIT 1.

2.

3.

Manakah antara jawatan berikut perkhidmatan awam yang tertinggi? A.

Perdana Menteri Malaysia.

B.

Ketua Setiausaha Negara.

C.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

D.

Ketua Setiausaha Kementerian.

merupakan

pegawai

Kesan umum rasuah kepada negara ialah A.

meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

B.

menjejaskan kelicinan dan kecekapan pentadbiran kerajaan.

C.

merapatkan jurang antara yang kaya dengan yang miskin.

D.

menurunkan kadar jenayah yang boleh keselamatan negara, nyawa dan harta benda.

mengancam

Berikut merupakan antara nilai dalam Tonggak Dua Belas untuk dihayati dan diamalkan oleh penjawat awam kecuali A.

menghargai masa.

B.

keseronokan bekerja.

C.

mengutamakan rakan sekerja.

D.

ketinggian peribadi.

1 SULIT

SULIT 4.

5.

6.

Apakah sistem saraan yang diguna pakai dalam perkhidmatan awam pada masa sekarang? A.

Sistem Saraan Baru (SSB).

B.

Sistem Saraan Malaysia (SSM).

C.

Sistem Saraan Persekutuan (SSP).

D.

Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Tujuan Arahan memastikan

Keselamatan

dikeluarkan

adalah

untuk

A.

kawalan keselamatan secara berperingkat.

B.

keselamatan pekerja.

C.

rahsia kerajaan tidak jatuh ke tangan pihak swasta.

D.

perkara terperingkat tidak jatuh kepada orang yang ingin mencari faedah kewangan.

terhadap

dokumen,

fizikal,

peribadi

dan

Bagi memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan melalui pengurusan interaksi dan perhubungan yang cekap antara jabatan/agensi dengan pelanggan, kerajaan telah memperkenalkan satu program yang dikenali sebagai A.

Hari Kualiti.

B.

Hari Inovasi.

C.

Hari Sistem Penyampaian.

D.

Hari Bertemu Pelanggan. 2 SULIT

SULIT 7.

8.

9.

Ketua negara bagi Malaysia ialah A.

Yang Di-Pertuan Agong.

B.

Perdana Menteri.

C.

Ketua Setiausaha Negara.

D.

Jemaah Menteri.

Antara jenis hukuman tatatertib ialah A.

tahan cuti.

B.

surat peringatan.

C.

ditukarkan jabatan.

D.

tangguh pergerakan gaji.

Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan tertinggi di dalam Malaysia untuk membentuk dasar-dasar kerajaan. Ia diketuai oleh A.

Yang Di-Pertuan Agong.

B.

Perdana Menteri.

C.

Setiausaha Parlimen.

D.

Ketua Setiausaha Negara.

3 SULIT

SULIT 10.

Ciptaan baharu. Ciptaan proses baharu. Beri nafas baharu. Ubah tanggapan orang lain. Semua pernyataan di atas adalah merujuk kepada

11.

A.

inovasi.

B.

kreativiti.

C.

kritis.

D.

berfikir di luar kotak.

Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) merupakan pelantikan pegawai daripada A.

lantikan kontrak ke lantikan tetap.

B.

jawatan tetap ke jawatan pinjaman.

C.

gred lantikan ke gred kenaikan pangkat.

D.

kumpulan perkhidmatan rendah ke perkhidmatan yang lebih tinggi.

4 SULIT

SULIT 12.

13.

14.

Apakah moto bagi Gagasan 1 Malaysia? A.

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

B.

Nasionalisme Teras Perpaduan.

C.

Negara Kita, Tanggungjawab Kita.

D.

Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.

Berikut merupakan konsep-konsep keterampilan sosial kecuali A.

menghormati dan mengutamakan orang lain.

B.

cara gaya yang betul.

C.

kebijaksanaan budi bicara.

D.

keperluan menonjolkan diri.

Salah satu syarat pengesahan dalam perkhidmatan ialah A.

lulus tapisan keselamatan.

B.

telah mengisytiharkan harta.

C.

menghadiri Program Transformasi Minda (PTM).

D.

lulus Peperiksaan (KPSL).

Kenaikan

Pangkat

Secara

Lantikan

5 SULIT

SULIT 15.

16.

Keadilan sosial bermaksud A.

semua kaum perlu mengikuti satu identiti.

B.

setiap kaum mementingkan hak masing-masing.

C.

nasib semua kaum akan terbela tanpa mana-mana kaum ‘dipinggirkan’.

D.

sikap satu kaum ‘menerima’ kaum yang lain, bukan sekadar ‘bertoleransi’.

Berikut merupakan Cuti Tidak Berekod kecuali A.

Cuti Haji.

B.

Cuti Gantian.

C.

Cuti Isteri Bersalin.

D.

Cuti Urusan Kematian.

17.

Menitikberatkan tentang kesempurnaan, kekemasan dan kesesuaian berpakaian semasa menghadiri majlis. Kenyataan ini merujuk kepada A.

tatahias.

B.

imej diri.

C.

hiasan diri.

D.

hiasan pakaian. 6 SULIT

SULIT 18.

19.

20.

Manakah antara berikut tidak termasuk dalam 12 bidang ekonomi utama negara di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP)? A.

Pengangkutan.

B.

Pendidikan.

C.

Pelancongan.

D.

Penjagaan kesihatan.

Pegawai yang baru pertama kali dilantik dalam perkhidmatan awam boleh menuntut A.

Elaun Harian.

B.

Elaun Makan.

C.

Tambang Gantian.

D.

Tambang Perjalanan.

Antara berikut, yang manakah merupakan salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam Program Transformasi Kerajaan? A.

Menggalakkan pelancongan.

B.

Mengurangkan kadar perceraian.

C.

Menangani kenaikan kos sara hidup.

D.

Meningkatkan akses kepada jalur lebar.

7 SULIT

SET 3 SOALAN SEBENAR PENILAIAN KEFAHAMAN PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

SULIT 1.

2.

3.

Pengambilan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan diurus oleh A.

Majlis Angkatan Tentera.

B.

Kementerian Dalam Negeri.

C.

Suruhanjaya Pasukan Polis.

D.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Dalam konteks perkhidmatan awam, akauntabiliti bermaksud A.

penggunaan produktiviti.

masa

secara

berkesan

bagi

meningkatkan

B.

membuat keputusan dengan cepat dan tepat tanpa mengambil kira kualiti kerja.

C.

mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi dalam menjalankan tugas.

D.

pelaksanaan tugas dengan penuh tanggungjawab berpandukan peraturan dan undang-undang.

Seseorang pegawai atasan boleh menegur kakitangannya yang menyalahi etika berpakaian ke pejabat seperti A.

memakai wangian ke pejabat.

B.

memakai baju kurung yang longgar.

C.

memakai selipar berwarna hitam.

D.

memakai baju punjabi bagi yang berbangsa Sikh. 1 SULIT

SULIT 4.

5.

6.

Berikut merupakan komponen perkhidmatan kecuali

yang

terdapat

A.

Elaun Makan.

B.

syarat-syarat lantikan.

C.

pergerakan gaji tahunan.

D.

syarat-syarat pengesahan dalam perkhidmatan.

dalam

skim

Pengurusan keselamatan peribadi melibatkan perkara berikut: A.

Perakuan peribadi.

B.

Tapisan keselamatan.

C.

Perakuan ketua jabatan.

D.

Menandatangani Surat Aku Janji.

Di manakah kedudukan perkhidmatan awam dalam Perlembagaan Persekutuan? A.

Badan Perundangan.

B.

Badan Eksekutif.

C.

Badan Kehakiman.

D.

Badan Berkanun.

2 SULIT

SULIT 7.

8.

9.

Puan Eliza boleh menerima hadiah jika mendapat kebenaran daripada A.

Ketua Jabatan.

B.

Ketua Pembantu Tadbir.

C.

Penolong Pegawai Tadbir.

D.

Pegawai Khidmat Pelanggan.

Jabatan Perkhidmatan Awam, Unit Perancang Ekonomi, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia merupakan agensi-agensi pusat yang terletak di bawah A.

Kementerian Kewangan.

B.

Jabatan Perdana Menteri.

C.

Kementerian Dalam Negeri.

D.

Jabatan Audit Negara.

Kenaikan pangkat pegawai dipertimbang dan diluluskan oleh

dalam

perkhidmatan

A.

Lembaga Tatatertib.

B.

Lembaga Kompetensi.

C.

Lembaga Kenaikan Pangkat.

D.

Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan Awam.

awam

3 SULIT

SULIT 10.

11.

Rukun Negara diperkenalkan pada A.

31 Ogos 1957.

B.

16 September 1963.

C.

31 Ogos 1970.

D.

31 Ogos 2000.

Maklumat perkhidmatan pegawai hendaklah direkodkan dalam A.

Fail Meja.

B.

Buku Peribadi.

C.

Fail Kesihatan.

D.

Buku Kenyataan Perkhidmatan.

12.

Kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Pernyataan di atas adalah merujuk kepada A.

inovasi.

B.

kreativiti.

C.

percambahan idea.

D.

pemikiran kritis.

4 SULIT

SULIT 13.

14.

Berikut merupakan perkara-perkara yang perlu ditekankan dalam prinsip nilai hormat-menghormati kecuali A.

hormati sejarah dan perjanjian.

B.

hormati budaya, adat dan susila.

C.

hormati darjat dan pangkat.

D.

hormati dan hargai perbezaan.

Pegawai boleh memohon Cuti Berkursus untuk tujuan berikut: A.

Menghadiri peperiksaan.

B.

Mengikuti pasangan berkursus.

C.

Mengikuti pengajian di universiti.

D.

Menghadiri latihan pasukan sukarela.

15.

Satu komitmen bertulis organisasi terhadap penyampaian perkhidmatannya kepada pelanggan melalui pendekatan yang terbuka, jelas dan telus. Pernyataan di atas merujuk kepada A.

Aku Janji.

B.

Piagam Pelanggan.

C.

Perhubungan Pelanggan.

D.

Perkhidmatan Pelanggan. 5 SULIT

SULIT 16.

Memilih pemimpin berwibawa. Pernyataan di atas merupakan matlamat

17.

18.

A.

Program Transformasi Politik (PTP).

B.

Program Transformasi Ekonomi (ETP).

C.

Program Transformasi Kerajaan (GTP).

D.

Program Transformasi Digital (DTP).

Tafsiran ‘Keluarga’ berdasarkan Bab F Perintah Am ialah A.

anak.

B.

abang.

C.

ibu mertua.

D.

bapa saudara.

Definisi etiket merangkumi perkara-perkara berikut kecuali A.

peraturan pergaulan dan budi bahasa.

B.

peraturan yang biasa dalam tingkah laku sosial.

C.

hukum-hukum yang lazim dalam sopan santun.

D.

pergaulan bebas antara pegawai berlainan jantina.

6 SULIT

SULIT 19.

Manakah padanan yang betul mengenai matlamat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dengan kementerian yang bertanggungjawab mengenainya?

KEMENTERIAN

20.

MATLAMAT

A.

Luar Negeri.

Mengurangkan kadar rasuah.

B.

Dalam Negeri.

Mengurangkan jenayah.

C.

Sumber Manusia.

Menangani kos sara hidup.

D.

Kesihatan.

Memperbaiki pengangkutan awam.

Berikut merupakan amalan-amalan yang terdapat dalam amalan 8S kecuali A.

salam.

B.

segera.

C.

seronok.

D.

senyum.

7 SULIT

LAMPIRAN C SKEMA JAWAPAN SOALAN SEBENAR PENILAIAN KEFAHAMAN

SULIT

SKEMA JAWAPAN SOALAN SEBENAR PENILAIAN KEFAHAMAN PROGRAM TRANSFORMASI MINDA NOMBOR SOALAN

SET 1

SET 2

SET 3

1

D

B

D

2

A

B

D

3

D

C

C

4

B

B

A

5

D

D

B

6

B

D

B

7

D

A

A

8

D

D

B

9

B

B

C

10

B

B

C

11

C

D

D

12

C

A

A

13

A

D

C

14

D

C

C

15

C

C

B

16

D

A

A

17

D

A

A

18

B

A

D

19

A

D

B

20

C

C

C

SULIT

LAMPIRAN D SET 60 SOALAN BANK PENILAIAN KEFAHAMAN

SULIT SET 60 SOALAN BANK PENILAIAN KEFAHAMAN PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

SEGMEN I : NEGARA DAN PERKHIDMATAN AWAM (24 SOALAN) 1.

Tarikh pembentukan Malaysia ialah pada A. 31 Ogos 1957. B. 13 Mei 1969. C. 31 Ogos 1963. D. 16 September 1963.

2.

3.

Manakah antara jawatan berikut merupakan pegawai perkhidmatan awam yang tertinggi? A.

Perdana Menteri Malaysia.

B.

Ketua Setiausaha Negara.

C.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

D.

Ketua Setiausaha Kementerian.

Pengambilan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Perkhidmatan Awam Persekutuan diurus oleh A.

Majlis Angkatan Tentera.

B.

Kementerian Dalam Negeri.

C.

Suruhanjaya Pasukan Polis.

D.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Gred

N17

dalam

1 SULIT

SULIT 4.

5.

6.

7.

Apakah syarat minimum kelayakan akademik yang diperlukan bagi memasuki perkhidmatan awam ke Gred 27? A.

Ijazah.

B.

Diploma/STPM.

C.

SPM.

D.

PMR.

Apakah sistem saraan yang diguna pakai dalam perkhidmatan awam pada masa sekarang? A.

Sistem Saraan Baru (SSB).

B.

Sistem Saraan Malaysia (SSM).

C.

Sistem Saraan Persekutuan (SSP).

D.

Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Berikut merupakan komponen yang terdapat dalam skim perkhidmatan kecuali A.

Elaun Makan.

B.

syarat-syarat lantikan.

C.

pergerakan gaji tahunan.

D.

syarat-syarat pengesahan dalam perkhidmatan.

Sistem pemerintahan yang diamalkan di Malaysia adalah A.

monarki.

B.

komunis.

C.

republik.

D.

demokrasi berparlimen. 2 SULIT

SULIT 8.

9.

10.

11.

Ketua negara bagi Malaysia ialah A.

Yang Di-pertuan Agong.

B.

Perdana Menteri.

C.

Ketua Setiausaha Negara.

D.

Jemaah Menteri.

Di manakah Persekutuan?

kedudukan

A.

Badan Perundangan.

B.

Badan Eksekutif.

C.

Badan Kehakiman.

D.

Badan Berkanun.

perkhidmatan

awam

dalam

Perlembagaan

Sistem Pemerintahan Negara Malaysia terdiri daripada tiga (3) badan utama iaitu A.

Badan Ketenteraan, Badan Kehakiman dan Badan Eksekutif.

B.

Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman.

C.

Badan Eksekutif, Badan Ketenteraan dan Badan Perundangan.

D.

Badan Perundangan, Badan Kehakiman dan Badan Ketenteraan.

Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan tertinggi di dalam Malaysia untuk membentuk dasar-dasar kerajaan. Ia diketuai oleh A.

Yang Di-Pertuan Agong.

B.

Perdana Menteri.

C.

Setiausaha Parlimen.

D.

Ketua Setiausaha Negara. 3 SULIT

SULIT 12.

13.

14.

15.

Jabatan Perkhidmatan Awam, Unit Perancang Ekonomi, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia merupakan agensi-agensi pusat yang terletak di bawah A.

Kementerian Kewangan.

B.

Jabatan Perdana Menteri.

C.

Kementerian Dalam Negeri.

D.

Jabatan Audit Negara.

Siapakah yang memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia? A.

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

B.

Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.

C.

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

D.

Tan Sri Muhyiddin bin Yassin.

Apakah moto bagi Gagasan 1 Malaysia? A.

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

B.

Nasionalisme Teras Perpaduan.

C.

Negara Kita, Tanggungjawab Kita.

D.

Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.

Rukun Negara diperkenalkan pada A.

31 Ogos 1957.

B.

16 September 1963.

C.

31 Ogos 1970.

D.

31 Ogos 2000. 4 SULIT

SULIT 16.

17.

18.

Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan A.

layanan sama rata bagi pekerja-pekerja persekutuan.

B.

kedudukan istimewa bumiputera negeri-negeri Sabah dan Sarawak.

C.

pemeliharaan kedudukan dari segi perlembagaan negeri-negeri Sabah dan Sarawak.

D.

perezaban dan kuota. Tanggungjawab DYMM Yang Di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah/Sarawak.

Keadilan sosial bermaksud A.

semua kaum perlu mengikuti satu identiti.

B.

setiap kaum mementingkan hak masing-masing.

C.

nasib semua ‘dipinggirkan’.

D.

sikap satu kaum ‘menerima’ kaum yang lain, bukan sekadar ‘bertoleransi’.

kaum

akan

terbela

tanpa

mana-mana

kaum

Berikut adalah perkara yang perlu ditekankan dalam prinsip nilai hormatmenghormati kecuali A.

hormati sejarah dan perjanjian.

B.

hormati budaya, adat dan susila.

C.

hormati darjat dan pangkat.

D.

hormati dan hargai perbezaan.

5 SULIT

SULIT 19.

20.

Antara berikut, yang manakah bukan merupakan kriteria negara maju berasaskan Indeks Pembangunan Manusia (HDI)? A.

Sihat dan umur panjang.

B.

Akses kepada pengetahuan.

C.

Taraf hidup yang memuaskan.

D.

Akses kepada jalur lebar.

Manakah antara berikut tidak termasuk dalam 12 bidang ekonomi utama negara di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP)? A.

Pengangkutan.

B.

Pendidikan.

C.

Pelancongan.

D.

Penjagaan kesihatan.

6 SULIT

SULIT 21.

Memilih pemimpin berwibawa. Pernyataan di atas merupakan matlamat

22.

23.

A.

Program Transformasi Politik (PTP).

B.

Program Transformasi Ekonomi (ETP).

C.

Program Transformasi Kerajaan (GTP).

D.

Program Transformasi Digital (DTP).

Antara berikut, yang manakah merupakan Program Transformasi Negara? A.

Program Transformasi Kerajaan.

B.

Program Transformasi Minda.

C.

Wawasan 2020.

D.

Gagasan 1 Malaysia.

Antara berikut, yang manakah merupakan salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam Program Transformasi Kerajaan? A.

Menggalakkan pelancongan.

B.

Mengurangkan kadar perceraian.

C.

Menangani kenaikan kos sara hidup.

D.

Meningkatkan akses kepada jalur lebar.

7 SULIT

SULIT 24.

Manakah padanan yang betul mengenai matlamat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dengan Kementerian yang bertanggungjawab mengenainya?

KEMENTERIAN

MATLAMAT

A.

Luar Negeri.

Mengurangkan kadar rasuah.

B.

Dalam Negeri.

Mengurangkan jenayah.

C.

Sumber Manusia.

Menangani kos sara hidup.

D.

Kesihatan.

Memperbaiki pengangkutan awam.

8 SULIT

SULIT SEGMEN II : TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN PEGAWAI (21 SOALAN)

1.

2.

3.

Berikut merupakan kesalahan rasuah dalam Akta SPRM 2009. A.

Tuntutan palsu.

B.

Salah guna dadah.

C.

Cabutan bertuah dan loteri.

D.

Tidak hadir bertugas tanpa sebab munasabah.

Kesan umum rasuah kepada negara ialah A.

meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

B.

menjejaskan kelicinan dan kecekapan pentadbiran kerajaan.

C.

merapatkan jurang antara yang kaya dengan yang miskin.

D.

menurunkan kadar jenayah yang boleh mengancam keselamatan negara, nyawa dan harta benda.

Dalam konteks perkhidmatan awam, akauntabiliti bermaksud A.

penggunaan masa secara berkesan bagi meningkatkan produktiviti.

B.

membuat keputusan dengan cepat dan tepat tanpa mengambil kira kualiti kerja.

C.

mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi dalam menjalankan tugas.

D.

pelaksanaan tugas dengan penuh tanggungjawab berpandukan peraturan dan undang-undang.

9 SULIT

SULIT 4.

5.

6.

7.

Manakah antara berikut bukan tingkah laku nilai amanah? A.

Membelanjakan harta awam mengikut peraturan.

B.

Menyiapkan kerja mengikut tempoh yang ditetapkan.

C.

Menggunakan masa bekerja dengan sebaik mungkin.

D.

Tidak menunjuk-nunjuk ketika menjalankan tugas.

Tujuan Arahan Keselamatan dikeluarkan adalah untuk memastikan A.

kawalan keselamatan secara berperingkat.

B.

rahsia kerajaan tidak jatuh ke tangan pihak swasta.

C.

keselamatan terhadap dokumen, fizikal, peribadi dan pekerja.

D.

perkara terperingkat tidak jatuh kepada orang yang ingin mencari faedah kewangan.

Pengurusan keselamatan peribadi melibatkan perkara berikut: A.

Perakuan peribadi.

B.

Tapisan keselamatan.

C.

Perakuan ketua jabatan.

D.

Menandatangani Surat Aku Janji.

Encik Kassim, seorang guru Gred DG41 boleh memegang jawatan bagi sesebuah parti politik sekiranya mendapat kelulusan daripada A.

pengetua.

B.

ketua parti politik.

C.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

D.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia. 10 SULIT

SULIT 8.

9.

10.

11.

Antara jenis hukuman tatatertib ialah A.

tahan cuti.

B.

surat peringatan.

C.

ditukarkan jabatan.

D.

tangguh pergerakan gaji.

Puan Eliza boleh menerima hadiah jika mendapat kebenaran daripada A.

Ketua Jabatan.

B.

Ketua Pembantu Tadbir.

C.

Penolong Pegawai Tadbir.

D.

Pegawai Khidmat Pelanggan.

Dasar Latihan Sektor Awam menetapkan bilangan hari kursus diwajibkan kepada setiap penjawat awam dalam setahun ialah sebanyak A.

6 hari.

B.

7 hari.

C.

8 hari.

D.

9 hari.

yang

Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) merupakan pelantikan pegawai daripada A.

lantikan kontrak ke lantikan tetap.

B.

jawatan tetap ke jawatan pinjaman.

C.

gred lantikan ke gred kenaikan pangkat.

D.

kumpulan perkhidmatan rendah ke perkhidmatan yang lebih tinggi. 11 SULIT

SULIT 12.

13.

14.

15.

Kenaikan pangkat pegawai dalam perkhidmatan awam dipertimbang dan diluluskan oleh A.

Lembaga Tatatertib.

B.

Lembaga Kompetensi.

C.

Lembaga Kenaikan Pangkat.

D.

Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan Awam.

Antara Tarikh Pergerakan Gaji Tahunan ialah A.

1 Januari.

B.

1 Mac.

C.

1 Jun.

D.

1 November.

Salah satu syarat pengesahan dalam perkhidmatan ialah A.

lulus tapisan keselamatan.

B.

telah mengisytiharkan harta.

C.

menghadiri Program Transformasi Minda (PTM).

D.

lulus Peperiksaan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL).

Maklumat perkhidmatan pegawai hendaklah direkodkan dalam A.

Fail Meja.

B.

Buku Peribadi.

C.

Fail Kesihatan.

D.

Buku Kenyataan Perkhidmatan.

12 SULIT

SULIT 16.

17.

18.

19.

Pegawai wanita boleh memohon cuti bersalin maksimum sebanyak A.

60 hari.

B.

80 hari.

C.

90 hari.

D.

120 hari.

Berikut merupakan Cuti Tidak Berekod kecuali A.

Cuti Haji.

B.

Cuti Gantian.

C.

Cuti Isteri Bersalin.

D.

Cuti Urusan Kematian.

Pegawai boleh memohon Cuti Berkursus untuk tujuan berikut: A.

Menghadiri peperiksaan.

B.

Mengikut pasangan berkursus.

C.

Mengikuti pengajian di universiti.

D.

Menghadiri latihan pasukan sukarela.

Maksud tugas rasmi ialah tugas A.

perniagaan.

B.

persendirian.

C.

di luar pejabat.

D.

berkaitan tugas pejabat.

13 SULIT

SULIT 20.

21.

Pegawai yang baru pertama kali dilantik dalam perkhidmatan boleh menuntut A.

Elaun Harian.

B.

Elaun Makan.

C.

Tambang Gantian.

D.

Tambang Perjalanan.

Tafsiran ‘Keluarga’ berdasarkan Bab F Perintah Am ialah A.

anak.

B.

abang.

C.

ibu mertua.

D.

bapa saudara.

14 SULIT

SULIT SEGMEN III : BUDAYA KERJA KELAS PERTAMA (15 SOALAN)

1.

2.

3.

Siapakah yang telah memperkenalkan panduan etika untuk penjawat awam yang dikenali sebagai Tonggak Dua Belas? A.

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

B.

Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid.

C.

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

D.

Tan Sri Samsudin bin Osman.

Berikut merupakan antara nilai dalam Tonggak Dua Belas untuk dihayati dan diamalkan oleh penjawat awam kecuali A.

menghargai masa.

B.

keseronokan bekerja.

C.

mengutamakan rakan sekerja.

D.

ketinggian peribadi.

Berikut merupakan kecuali A.

salam.

B.

segera.

C.

seronok.

D.

senyum.

amalan-amalan

yang

terdapat

dalam

Amalan

8S

15 SULIT

SULIT 4.

5.

6.

Berikut merupakan ciri-ciri kualiti perkhidmatan pelanggan atau delighting the customer kecuali A.

fizikal.

B.

mental.

C.

emosi.

D.

penyampaian.

Bagi memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan melalui pengurusan interaksi dan perhubungan yang cekap antara jabatan/agensi dengan pelanggan, kerajaan telah memperkenalkan satu program yang dikenali sebagai A.

Hari Kualiti.

B.

Hari Inovasi.

C.

Hari Sistem Penyampaian.

D.

Hari Bertemu Pelanggan.

Satu komitmen bertulis organisasi terhadap penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan melalui pendekatan yang terbuka, jelas dan telus. Pernyataan di atas merujuk kepada A.

Surat Aku Janji.

B.

Piagam Pelanggan.

C.

Perhubungan Pelanggan.

D.

Perkhidmatan Pelanggan.

16 SULIT

SULIT 7.

8.

Berikut merupakan konsep-konsep keterampilan sosial kecuali A.

menghormati dan mengutamakan orang lain.

B.

cara gaya yang betul.

C.

kebijaksanaan budi bicara.

D.

keperluan menonjolkan diri.

Definisi etiket merangkumi perkara-perkara berikut kecuali A.

peraturan pergaulan dan budi bahasa.

B.

peraturan yang biasa dalam tingkah laku sosial.

C.

hukum-hukum yang lazim dalam sopan santun.

D.

pergaulan bebas antara pegawai berlainan jantina.

9.

Menitikberatkan tentang kesempurnaan, kekemasan dan kesesuaian berpakaian semasa menghadiri majlis. Kenyataan ini merujuk kepada A.

tatahias.

B.

imej diri.

C.

hiasan diri.

D.

hiasan pakaian.

17 SULIT

SULIT 10.

11.

12.

Seseorang pegawai atasan boleh menegur kakitangannya yang menyalahi etika berpakaian ke pejabat seperti A.

memakai wangian ke pejabat.

B.

memakai baju kurung yang longgar.

C.

memakai selipar berwarna hitam.

D.

memakai baju punjabi bagi yang berbangsa Sikh.

Berikut adalah antara alat bantuan berfikir kecuali A.

peta minda bentuk urutan.

B.

teknik fishbone / ishikawa diagram.

C.

teknik 5W + 1H.

D.

analisis indeks.

Cara atau gaya duduk yang sopan semasa menghadiri majlis rasmi adalah A.

tangan diletakkan di sisi paha.

B.

duduk dengan kaki bersilang sambil berpeluk tubuh.

C.

duduk membongkok bagi menunjukkan sikap rendah diri.

D.

rapatkan kedua-dua belah kaki dan lutut dengan tangan diletakkan di atas peha.

18 SULIT

SULIT 13.

Ciptaan baharu. Ciptaan proses baharu. Beri nafas baharu. Ubah tanggapan orang lain. Semua pernyataan di atas adalah merujuk kepada

14.

A.

inovasi.

B.

kreativiti.

C.

kritis.

D.

berfikir di luar kotak.

Kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan.

Pernyataan di atas adalah merujuk kepada

15.

A.

inovasi.

B.

kreativiti.

C.

percambahan idea.

D.

pemikiran kritis.

Berikut adalah contoh-contoh majlis rasmi dan formal kecuali A.

majlis perasmian Masjid Putrajaya.

B.

majlis sambutan hari raya peringkat jabatan.

C.

majlis makan malam bersama Presiden Singapura.

D.

majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

19 SULIT

LAMPIRAN E CONTOH MUKA DEPAN SOALAN SEBENAR PENILAIAN KEFAHAMAN

[Year]

PENILAIAN KEFAHAMAN PROGRAM TRANSFORMASI MINDA TARIKH : 22 FEBRUARI 2013

MASA : 10.00 - 10.30 PAGI (30 MINIT)

BUKU SOALAN INI MENGANDUNGI 7 MUKA SURAT JANGAN BUKA BUKU INI SEBELUM DIARAHKAN

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PENILAIAN KEFAHAMAN PROGRAM TRANSFORMASI MINDA SOALAN-SOALAN ANEKA PILIHAN ARAHAN KEPADA CALON 1.

Buku ini mengandungi 20 soalan aneka pilihan.

2.

Tiap-tiap soalan mengandungi empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D. Pilih satu jawapan sahaja bagi tiap-tiap soalan. Contoh:

Peraturan-peraturan yang terkandung di dalam 'Arahan Perbendaharaan' adalah berkaitan dengan urusan pengendalian A. B. C. D.

pencen kewangan cuti tatatertib

Dalam contoh ini, jawapannya ialah 'kewangan'. Oleh itu, anda hendaklah memilih huruf 'B' sebagai jawapan. 3.

Tanda semua jawapan anda dalam buku soalan/kertas jawapan yang akan diedarkan oleh Ketua Pengawas/Pengawas.

4.

Untuk menanda jawapan anda, ikuti arahan daripada Ketua Pengawas.

5.

Sila ambil ingatan kepada perkataan-perkataan yang dihitamkan seperti KECUALI, SALAH dan lain-lain yang digunakan dalam soalan oleh sebab perkataan-perkataan ini digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu.

6.

Rujukan kepada bahan-bahan bacaan tidak dibenarkan.

7.

Sila pastikan buku soalan anda diserahkan kepada Pengawas/Pengawas sebelum meninggalkan dewan peperiksaan. SELAMAT MAJU JAYA

Ketua

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF