Makna Urusan Allah, Islam & Kafir (NEW Update)

April 3, 2018 | Author: Lukman | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Makna Urusan Allah, Islam & Kafir (NEW Update)...

Description

Bab 4 : 1. 2. 3. 4. 1.

MAKNA PEKERJAAN MAKHLUK MAKNA PEKERJAAN ALLAH MAKNA ISLAM MAKNA KAFIR MENGETAHUI MAKNA PEKERJAAN MAKHLUK DAN MAKNA PEKERJAAN ALLAH

Setiap mukallaf wajib mengetahui bahawasanya dirinya dijadikan Allah daripada tiada kepada ada. Selain daripada itu, setiap mukallaf wajib mengetahui bahawasanya perbuatan atau pekerjaan atau urusan Allah itu SUCI daripada umpama akan sesuatu. Justeru Allah menegah manusia memikirkan semua perbuatan atau pekerjaan-Nya berdasarkan dua firman Allah yang bermaksud : “Fikir oleh kamu pada segala makhluk yang dijadikan ini (yang terhampir adalah diri sendiri) dan JANGAN kamu fikir pada yang menjadikan makhluk itu (iaitu Allah) dan tiada meliputi fikir kamu akan dia” Hadith Qudsi Allah tidak ditanyai tentang apa-apa yang diperbuat-Nya sedang merekalah (manusia dan jin) yang (akan) ditanyai. Al-Anbia’ 21 : 23 Apakah maksud pekerjaan Allah? Untuk mengetahui maksudnya, kita perlu mengetahui maksud pekerjaan makluk (manusia) berdasarkan hukum adat, akal dan syara’.

1

Maksud Pekerjaan Manusia Dan Pekerjaan Allah Berdasarkan Hukum Adat, Akal Dan Syara’ Hukum Adat

Hukum Akal

Perbuatan manusia ialah Perbuatan Allah SUCI

Hukum Syara’ Manusia

tiga bentuk tindakan

daripada kehendak

manusia yang lahir

nafsu, suci daripada

keatas pekerjaan

daripada kehendak

perbuatan lidah, suci

nya dan semuanya

nafsu sendiri iaitu :

daripada perbuatan

akan ditanyai oleh

anggota, suci i. perbuatan lidah,1

daripada perbuatan

ii. perbuatan

hati dan suci daripada

anggota,2 iii. perbuatan hati. 3

umpama akan

Allah pada hari Qiamat. Allah menegah manusia

sesuatu. Perbuatan

memikirkan

Allah kekal selama-

pekerjaan-Nya

Semua perbuatan ini

lamanya, tiada

mempunyai permulaan

permulaan dan tiada

dan akhir serta berubah

akhirnya dan tiada bagi

24 jam sama ada

Allah Ta’ala

dirancang atau tidak

merancang-rancang.

dirancang.

bertanggungjawab

kerana

‫ليس كمثله شيء‬ Dalilnya lihat di dalam surah al-Anbia’ ayat 23.

1

Perbuatan lidah seperti berkata, membaca al-Qur’an dan menyanyi. Perbuatan anggota seperti melihat, mendengar dan memegang buku. 3 Perbuatan hati seperti berniat puasa, berfikir, menyimpan perasaan pada sesuatu dan sebagainya. 2

2

Contoh Ayat Al-Qur’an Yang Menyatakan Pekerjaan Allah 4

Bil

1

2

3

4

Pekerjaan Allah Yang Dilarang Fikir

Jika difikir juga, akal manusia PASTI akan membayangkan perbuatan Allah itu sama seperti perbuatan makhluk (MUSTAHIL pada syara’) seperti :

Jika terus difikir, akan timbul pula Persoalan Lain Atau Kepercayaan SALAH yang PASTI tidak mampu difikirkan oleh akal iaitu :

Seolah-olah ada bagi Allah mulut dan ada “sesuatu” yang dihembuskan dan yang menghembuskan. Seolah-olah pancaindera seperti mata, telinga, tangan dan kaki mempunyai mulut untuk bercakap. Seolah-olah Nabi Muhammad s.a.w. hanya berjumpa roh para Nabi sebab jasad para Nabi ada di dalam kubur.

Kemana roh akan pergi? Persoalan 5 Meniupkan roh, yang tidak ada kesudahan kerana tidak ada dalil. Tangan dan kaki Bagaimana kaki dan “berkata-kata” tangan, mata dan pada hari kiamat. lain-lain bercakap Lihat surah Yasin sedangkan ia tidak ayat 65. bermulut? Nabi Muhammad Timbul kepercayaan s.a.w. menjadi yang manusia boleh imam kepada berjumpa roh orang semua para Nabi mati. Telah menjadi di Masjidil Aqsa satu kepercayaan semasa peristiwa yang sebenarnya Isra’. bidaah. Berkata-kata Allah Seolah-olah ada bagi Allah Ta’ala Ta’ala dengan Allah Ta’ala mulut dan mempunyai mulut 6 Nabi Musa a.s. telinga. Seolah-olah dan telinga tetapi telinga Nabi Musa boleh tidak seperti mulut Lihat surah mendengar kalam Allah dan telinga makhluk. an-Nisa’ ayat 164. seperti mendengar Mulut dan telingasuara makhluk. Nya sesuai dengan sifat ketuhanan-Nya?

4

Memiikirkan pekerjaan Allah adalah menyerupakan perbuatan Allah dengan perbuatan makhluk. Ini adalah kerana, akal manusia HANYA mampu memikirkan makhluk, Allah menyuruh fikirkan tanda (makhluk) sehingga NYATA perbezaan antara makhluk daripada Allah yang menjadikan makhluk. 5 Ayat ini adalah ayat mutasyabihat, bukan ayat muhkamat. Lihat surah Shaad 38 : 72 6 Ayat ini adalah ayat mutasyabihat, bukan ayat muhkamat.

3

Bil

5

2.

Pekerjaan Allah Yang Dilarang Fikir

Bertemu Allah di syurga. Dalilnya dinyatakan pada bahagian lain buku ini.

Jika difikir juga, akal manusia PASTI akan membayangkan perbuatan Allah itu sama seperti perbuatan makhluk (MUSTAHIL pada syara’) seperti :

Seolah-olah Allah mempunyai wajah atau rupa yang boleh dilihat oleh mata.

Jika terus difikir, akan timbul pula Persoalan Lain Atau Kepercayaan SALAH yang PASTI tidak mampu difikirkan oleh akal iaitu :

Allah Ta’ala berubah daripada, tidak boleh dilihat dengan mata semasa di dunia, kepada boleh dilihat dengan mata di dalam syurga? 7

MAKNA ISLAM MENURUT 3 HUKUM Dari segi lughah, Islam bermakna sejahtera, yakni aman damai, berkualiti tinggi, berintegriti, suci daripada perkara yang melanggar peraturan-peraturan hidup yang telah ditetapkan dan sesuai dengan fitrah manusia. Hukum

Adat

Makna ISLAM Menurut Hukum Mengikut fitrah, yakni sesuai dengan pendapat pancaindera (pertimbangan akal, setelah memproses maklumat yang diterima oleh pancaindera). Contoh Islam pada adat : Putih dikata putih, hidup mengikut peraturan yang baik, jujur, rajin menuntut ilmu, berperangai yang baik, suka menolong orang & sebagainya.

7

Lihat perkataan orang kafir kepada Nabi Musa di dalam surah al-Baqarah ayat 55. Orang kafir itu menyangka bahawa Allah itu boleh dilihat sebagaimana mereka melihat BERHALA atau makhluk. Justeru, orang yang menganggap bahawa Allah berubah daripada tidak boleh dilihat semasa di dunia kepada boleh dilihat di dalam syurga terkeluar daripada iktikad sebenar. Jadi, apakah maksud sebenar bertemu Allah? Setiap mukallaf wajib percaya bahawa setiap mukmin akan bertemu dengan Allah di dalam syurga. Dengan KEHENDAK Allah yakni PERBUATAN atau PEKERJAAN Allah bahawa sanya setiap mukmin akan melihat dengan JELAS wajah Allah yang TIADA dengan rupa dan warna di dalam syurga. Peristiwa itu tidak bercampur sama sekali dengan perbuatan atau kehendak manusia, ia semata-mata dengan kehendak dan kekuasaan Allah. Allah Maha Kuasa. Ingat semula kisah Nabi Musa melihat API semasa berkata-kata dengan Allah. Nabi Musa melihat wajah Allah dengan JELAS sebagai mana JELAS dan TERANGNYA Nabi Musa melihat api. Itulah perumpamaan manusia bertemu Allah di dalam syurga. Bukannya Allah Ta’ala berubah daripada tidak boleh dilihat semasa di dunia kepada boleh dilihat di dalam syurga

4

Hukum

Syara’

Akal

Makna ISLAM Menurut Hukum Hidup mentauhidkan Allah, menurut acuan al-Quran 8 sama seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Contoh Islam pada syara’ : Tidak meninggalkan solat 5 waktu, walaupun semasa sakit, berkata yang baik-baik sahaja, berakhlak mulia dan sebagainya. Mengesakan Allah, sesuai dengan dalil akal. Menurut hukum akal, hanya Allah yang Wujud, hanya Allah yang Sedia Ada, hanya Allah Kekal, ………….. , hanya Allah yang Berkata. Contoh Islam pada akal : Mengatakan bahawasanya, hanya Allah yang menjadikan semua pilihan hamba-Nya, sama ada baik atau buruk, hanya Allah yang menjadikan semua perbuatan atau yang terlintas dalam fikiran sekalian makhluk-Nya.

3.

MAKNA KAFIR MENURUT 3 HUKUM Dari segi lughah, kafir bermaksud INGKAR yakni meninggalkan perkara yang wajib atau membuat perkara yang disuruh jauhkan. Hukum

Makna KAFIR Menurut Hukum Bertentangan dengan fitrah serta pertimbangan akal berdasarkan pendapat pancaindera semata-mata.

Adat

Contoh kafir pada adat : Putih dikata hitam, merempit, malas belajar sedangkan tidak mempunyai ilmu, malas bekerja sedangkan tidak mempunyai wang untuk makan, merompak, disahkan oleh dunia, rokok membahayakan kesihatan, tetapi dia terus merokok. Perbuatan merokok itu dikata kafir pada adat. (Tiada dosa/pahala menurut adat)

8

Lihat surah al-Baqarah 2 : 2

5

Hukum

Makna KAFIR Menurut Hukum Melakukan perkara-perkara yang membatalkan Islam, akidah atau yang membawa tiada sah Islamnya.9

Syara’

Contoh kafir pada syara’ : mengubah hukum Allah seperti haram

dikata

harus,

mengharamkan

yang

halal,

menghalalkan yang haram, mengata sesuatu daripada Allah sedangkan ia berdusta, mengakui secara zahir atau dalam hati bahawa, “sembahan” orang kafir seperti berhala, mempunyai

kuasa

memberi

pertolongan

kepada

penganutnya, sama seperti yang dipertontonkan dalam filem-filem Tamil atau Hindustan.10

Mengeluarkan perkataan (perbuatan lidah) atau mengiktikadkan (perbuatan hati) atau memperbuat sesuatu (perbuatan anggota) yang tidak mempunyai dalil akal atau menyalahi dalil akal atau membawa maksud banyak atau Akal

berbilang-bilang. Semuanya itu membatalkan makna Allah ESA Contoh kafir pada akal : Mengatakan Allah Ta’ala bermata tetapi tidak seperti mata manusia, Allah Ta’ala bertangan tetapi tidak seperti tangan manusia, Allah Ta’ala berwajah tetapi sesuai dengan wajah-Nya, Allah Ta’ala tidak kuasa menjadikan yang seperti-Nya dan sebagainya.

9

Banyak dalilnya di dalam al-Quran. Kerana mengingkarkan surah an-Nas.

10

6

4. Contoh Makna Islam/Kafir Menurut 3 Hukum Mengatakan “api tidak membakar” atau “pisau yang tajam tidak melukakan” dan lain-lain yang seumpamanya yakni tidak memberi bekas dan sebagainya. 1. KAFIR PADA ADAT, tetapi ISLAM PADA AKAL dan

Dikata kafir pada adat kerana perkara itu menyalahi adat atau menyalahi fitrah alam, 11 Menurut adat, api pasti membakar, tetapi Nabi Ibrahim tidak terbakar, walaupun sedikit, setelah dibakar dengan api yang amat besar oleh Raja Namrud. Menurut adat, pisau yang tajam pasti melukakan, tetapi pisau Nabi Allah Ibrahim tidak dapat melukakan leher Nabi Ismail dalam peristiwa Qurban.

ISLAM

Perkara itu dikata Islam pada syara’ kerana Allah

PADA

Maha Kuasa memerintahkan api Raja Namrud supaya

SYARA’

menjadi sejuk. Allah Maha Kuasa memerintahkan pisau Nabi Ibrahim supaya jangan melukakan. 12 Perkara itu dikata Islam pada akal kerana hanya Allah yang memberi bekas pada akal. Api dan pisau TIDAK memberi bekas pada akal (ia memberi bekas pada adat). Menurut hukum adat, hanya yang kuat memberi bekas pada yang lemah. Batu memberi bekas kepada tanah liat yang lembut dan sebagainya.

11 12

Menyalahi sunnah alam atau mencarik adat. Ayat “kun fayakun”

7

Contoh Makna Islam/Kafir Menurut 3 Hukum Mengatakan “perbuatan sendiri yang jahat atau tidak 2.

baik itu sebagai kehendak Allah”.

KAFIR PADA

Dikata kafir pada adat kerana menyalahi

ADAT

pancaindera. Diakui oleh hati, bahawasanya,

dan SYARA’, tetapi ISLAM PADA AKAL

perbuatan itu kehendak sendiri, tetapi memaksa lidah berkata, ia kehendak Allah. Dikata kafir pada syara’ kerana mengingkarkan firman Allah, dalam surah ke-4, an-Nisa’ ayat ke-79. yang ertinya : apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua KEJAHATAN yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dikata Islam pada akal kerana mengesakan Allah pada akal. Semua yang baik dan jahat, Allah Ta’ala yang menjadikannya (Allah Esa). Mustahil yang baik dijadikan oleh Allah dan yang jahat dijadikan oleh syaitan atau “tuhan” selain Allah.

Orang yang mengata perbuatan JAHATNYA sebagai perbuatan ALLAH, dihukumkan muktamad KAFIR. (Kerana Islam atau kafirnya seseorang, adalah dirujuk kepada HUKUM SYARA’, BUKAN hukum akal atau hukum adat).

8

Mengatakan “harta yang dicari sebagai milik sendiri.” 3. KAFIR PADA AKAL,

Dikata kafir pada akal kerana ia bermakna, dua yang memiliki harta iaitu dirinya dan Allah (maka tidak mengesakan pada akal). Sedangkan pada akal, sekalian alam adalah milik Allah. (Tidak ada yang

tetapi ISLAM PADA ADAT dan

menyertai Allah memiliki alam semesta). Dikata Islam pada adat kerana, disaksikan oleh pancainderanya sendiri dan diakui oleh undang-undang bahawasanya, harta itu miliknya, bukan milik orang lain. Dikata Islam pada syara’ kerana sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Jaathyiah ayat ke-12.

ISLAM

Yang ertinya :

PADA

Allah yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu,

SYARA’

supaya kapal-kapal belayar padanya dengan perintahNya, dan SUPAYA KAMU MENCARI REZEKI dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur.

Orang seperti ini TIDAK dihukumkan kafir (seperti no.2 di atas) kerana, YANG MENENTUKAN SESEORANG ITU SAMA ADA ISLAM ATAU KAFIR ialah HUKUM SYARA’, bukannya hukum adat atau hukum akal.

9

Contoh Makna Islam/Kafir Menurut 3 Hukum Mengatakan “LAIN SIFAT daripada ZAT”. 4. KAFIR PADA ADAT,

Dikata kafir pada adat kerana perkataan LAIN membawa makna BERBEZA dan BERBILANG-BILANG atau lebih dari satu yakni BANYAK. Oleh sebab itu menduakan yang satu. Sifat dan zat adalah esa pada

KAFIR PADA AKAL

adat, bukan 2 yang berbeza. Jika tiada zat maka tiada sifat. Jika tiada sifat maka tiada zat. ITULAH MAKNA SATU ATAU ESA PADA ADAT Dikata kafir pada akal kerana makna sebenar yang

dan

dirujuk oleh SIFAT dan ZAT ialah ALLAH yang Maha Esa yang tiada seumpama dengan suatu. Perkataan

KAFIR

LAIN membawa makna SIFAT dan ZAT BERBEZA dan

PADA

BERBILANG-BILANG atau lebih dari satu yakni

SYARA’.

BANYAK. Justeru perkataan itu menduakan Allah yang satu (yakni membatalkan makna esa). Dikata kafir pada syara’ kerana tanpa sedar MENGINGKARKAN surah al-Fatihah, bahawa : SIFAT dan ZAT adalah ESA yakni SATU. Sifat dan zat itu adalah merujuk kepada Allah. Lihat dan fahamkan semula penerangan makna ESA dan makna BANYAK menurut hukum adat, akal dan syara’.Justeru sifat dan zat menurut 3 hukum adalah ESA.

Wallohua’lam 10

Soalan : 1. Apakah maksud pekerjaan manusia? 2. Apakah maksud pekerjaan Allah? 3. Bolehkah kita memikirkan Allah? Terangkan. 4. Apakah hukum memikirkan Allah? 5. Bolehkah kita membayangkan Allah? Terangkan. 6. Bolehkah kita merupa-rupakan Allah? Terangkan. 7. Apakah dalil daripada Qur’an yang menjadi alasan anda pada soalan di atas? 8. Apakah maksud Islam pada hukum adat? Berikan contoh. 9. Apakah maksud Islam pada hukum akal? Berikan contoh. 10. Apakah maksud Islam pada hukum syara’? Berikan contoh. 11. Apakah maksud kafir pada hukum adat? Berikan contoh. 12. Apakah maksud kafir pada hukum akal? Berikan contoh. 13. Apakah maksud kafir pada hukum syara’? Berikan contoh.

11

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF