MAJLIS PERKAHWINAN

January 27, 2018 | Author: AnthonyDom | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

majlis...

Description

Sirih junjung berhias indah, Sekacip pinang pembuka kata, Bunga manggar kilau bercahaya, Datang berkunjung ke majlis meriah, Sejarah terukir nilai permata, Lembaran sejarah kini bermula

KETIBAAN PENGANTIN BERSAMA ROMBONGAN PENGANTIN PEREMPUAN, DIIRINGI PALUAN KOMPANG DAN PENCAK SILAT

Diiringi paluan kompang, sama cantik dan sama padan, beriringan masuk ke dalam dewan, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari : MOHD. FARIDZUL BIN HAJI ABD. GHAFUR dan NUR HAIRUNNISA BINTI HAJI MOHD. HAMIDI

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekelian, apa yang dapat kita saksikan kini, adalah persembahan silat pengantin untuk kedua2 mempelai

PSANGAN PENGANTIN AKAN MENUJU KE PELAMIN DI ATAS PENTAS

Anak cina memasang lukah, Lukah dipasang di Tanjung Selasih, Pasangan pengantin segak melangkah, Mara menuju mahligai kasih

TARIAN ZAPIN SELAMAT DATANG

Bersarang merbah di Kuala Langat, Manisnya madu pabila dimakan, Suasana meriah bertambah hangat, Tarian zapin kami persembahkan

TARIAN ZAPIN

Hadirin dan hadirat sekelian, Sebentar tadi kita telah menyaksikan tarian zapin Selamat Datang yang telah dipersembahkan oleh Kumpulan Zapin Gemilang Seri

MULA MAJLIS

Dari Raub pergi ke Pontian, Terus pula ke Kuala Perlis, Harap semua berikan perhatian, Mohon saya mulakan majlis

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum w.b.t

Hari ini menugal jagung, Hari esok memintal tali, Hari ini kita berkampung, Meraikan mempelai dua sejoli

Di malam hari terang senegeri, Memberi cahaya di tengah balai, Majlis indah bertambah seri, Untuk meraikan kedua mempelai

Yang dihormati Tuan Haji Abd. Ghafur bin Haji Abd. Kadir dan Puan Hajjah Fatimah binti Hamzah, selaku tuan rumah kepada majlis perkahwinan pada hari ini, yang diraikan pasangan mempelai, Mohd. Faridzul bin Haji Abd. Ghafur dan Nur Hairunnisa binti Haji Mohd. Hamidi, yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, tetamu kehormat, teman sekerja dan rakan-rakan kedua mempelai, serta hadirin dan hadirat para tetamu yang dirahmati Allah sekelian

Selamat datang ke majlis perkahwinan : Mohd. Faridzul bin Haji Abd. Ghafur dan Nur Hairunnisa binti Haji Mohd. Hamidi

BACAAN DOA

Melayang serindit di atas permatang, Merbah berkicau di hujung muara, Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara

Burung nuri hinggap di balai, Balai seri buatan Pak Tua, Tempat berehat rakan dan taulan, Duduk tersenyum kedua mempelai, Menadah tangan memanjatkan doa, Moga jodoh sentiasa berkekalan

Dengan itu, bagi memohon majlis ini diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, marilah kita sama-sama menadah tangan, mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Al-Fadil Ustaz Sarif Adli bin Sidik, Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadil Ustaz Sarif Adli bin Sidik, di atas bacaan doa sebentar tadi

INTRO

Orang jauh dikenang-kenang, Hanya terkenang pada yang satu, Mula berkenalan kemudian bertuanng, Akad dilaksana sama bersatu

Anak cina mengail patin, Mengail patin di tepi titi, Senyum terukir pasangan pengantin, Tanda gembira penuh di hati

Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini, mereka mula berkenalan dalam bulan Ramadhan tahun 2008, perkenalan yang tidak disengajakan itu akhirnya memutikkan rasa cinta dalam hati kedua-dua pasangan ini.

Setelah mengenal hati budi masing-masing dan mendapat restu keluarga, mereka mengikat tali pertunangan pada 27 November 2010

Dan pada hari yang penuh bermakna ini, janji sepakat yang telah dibuat telah ditunaikan di dalam majlis yang penuh berbahagia ini.

Untuk makluman hadirin sekelian, pasangan ini telah pun diijabkabulkan pada 3 Julai 2011 yang lalu di kediaman pengantin perempuan di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Semerbak bunga seroja, Dibelai dara pingitan, Lauk pauk penuh semeja, Jemput mempelai menikmati hidangan

Bagi hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekelian, jangan malu, jangan segan untuk sama-sama menikmati juadah enak yang disediakan. Dan bagi tetamu yang baru tiba, saya mewakili pihak tuan rumah mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke majlis yang penuh bersejarah ini.

ACARA POTONG KEK

Untuk ke acara seterusnya, majlis dengan ini menjemput kedua-dua mempelai untuk acara memotong kek. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

PENGANTIN POTONG KEK

Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta, kerana cinta itu menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna, apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.

Tiup serunai di atas kota, Uda memupuk bunga melati, Mula kenal kemudian bercinta,

Cinta tersemai di dalam hati

SESI RAMAH MESRA

Seterusnya, dipersilakan kedua-dua pasangan pengantin untuk beramah mesra bersama tetamu jemputan.

SESI FOTOGRAFI

Hadirin sekelian, Sekali lagi majlis mempersilakan kedua-dua pasangan pengantin, dan juga keluarga pengantin perempuan, untuk sesi fotografi. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

TAMAT MAJLIS

Hadirin sekelian, inilah yang dikatakan umpama belayar telah sampai di pelabuhan, umpama berkayuh telah sampai di muara, umpama berjalan telah sampai ke destinasi

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan, selain ungkapan rasa syukur dan terima kasih yang tulus iklhas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Tanam laguna tumbuh kelapa, Terbit bunga pucuknya mati,

Budi semua kami tak lupa, Sudah terpaku di dalam hati

Tuan puteri tersenyum-senyum, Melihat laksamana bermain rodat, Senyum-senyum jangan tak senyum, Sudah sempurna segala adat

Pergi ke dusun memetik kelapa, Kelapa muda si kelapa barli, Jari disusun maaf dipinta, Panjang usia bertemu kembali

Dan dengan itu, dipersilakan pasangan Raja Sehari untuk ke pintu utama bagi mengiringi keberangkatan pulang rombongan pihak perempuan.

Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan majlisini, berjumpa lagi pada masa akan datang, salam hormat buat semua. Sekian...wassalam..

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF