m1-Kerajaan-kerajaan Awal Di Tanah Melayu
October 3, 2017 | Author: Muhd Tajuddin | Category: N/A
Short Description
m1-Kerajaan-kerajaan Awal Di Tanah Melayu...
Description
KERAJAAN-KERAJAAN AWAL DI TANAH MELAYU SJHK3013: SEJARAH POLITIK MALAYSIA SEHINGGA AWAL ABAD KE-20
OLEH: DICKSON LINDANG ANAK BL AKI I M A N FA ’ I Q A H B I N T I M O H D FA R I D MOHD MURSYID BIN MOHD AZMI
Kerajaankerajaan Awal di Tanah Melayu Kedah Tua
Chih Tu
Beruas
Gangga Negara
Temasi k
KEDAH TUA Ia juga dikenali sebagai Kataha, Kadaram, Sai, Kalah, Kalah Bar dan Kalagram. Menurut catatan I-Tsing (Yijing, 635-715, sami di Dinasti Tang) dari negara China Kedah Tua juga disebut sebagai Cheh-Cha / Chiecha dalam rekod Cina) Kerajaan Kedah Tua diasaskan pada abad ke-5 Pada peringkat awal, Sungai Mas merupakan pelabuhan utama tetapi kemudian dipindah ke Lembah Bujang Kedah Tua dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti oleh agama Hindu, pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candi yang terletak di Lembah Bujang.
[1]
Gunung Jerai telah menjadi petunjuk atau panduan kepada pedagang luar untuk singgah di pelabuhan Lembah Bujang ataupun di Sungai Mas. Pelabuhan Kedah Tua telah menjadi tempat penukaran barang, tempat persinggahan dan tempat membaiki kapal pelayar dan pedagang dari Arab, India, Sri Lanka, Parsi dan Eropah sebelum mereka meneruskan perjalanan mereka ke Timur. Ia juga menjadi pusat perdagangan pelbagai hasil tempatan yang dikumpul oleh penduduk tempatan seperti bijih timah, emas, beras, lada hitam, gading, damar, rotan, tanduk dan sebagainya. Kerajaan Kedah Tua mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Sultan al-Mutawakil (847-861). Ini dapat dibuktikan melalui penemuan wang perak pada zaman Sultan al-Mutawakil, manik yang dibawa dari negara India dan barangan kaca dari Timur Tengah.
CHIH TU 1. Kerajaan Chih Tu atau Tanah Merah terletak di hulu Sungai Kelantan menurut catatan I-Ching 2. Kerajaan ini diasaskan oleh Raja Gautama pada awal abad ke-6 Masihi 3. Chih Tu mempunyai corak pentadbirannya yang tersusun dan raja pula berkuasa mutlak 4. Raja dibantu oleh tiga orang menteri yang bertanggungjawab dalam pemerintahan dan pentadbiran. 5. Sistem pemerintahannya menerima pengaruh Hindu seperti corak pemerintahan Srivijaya
BERUAS Mengikut buku Sejarah Perak karangan Tun Seri Lanang, Beruas yang terletak kirakira 48 kilometer dari Lumut, Perak dibuka oleh Raja Acheh, Malik Al Mansur pada kurun ke-15. “Selepas penat belayar akhirnya rombongan Malik Al Mansur sampai dan berehat di bawah pokok yang dikenali pokok beruas. Bermula dari sinilah Beruas mendapat namanya.” Mengikut catatan sejarah, di sini terletaknya pusat pentadbiran dua kerajaan lama berusia ratusan tahun lalu, iaitu Kerajaan Melayu Beruas dan Gangga Negara. Malahan menurut pengkaji sejarah, kedua-dua kerajaan agung yang bertapak kirakira 600 tahun lalu itu dipercayai telah wujud lebih awal lagi daripada kerajaan Melayu Melaka.
Kewujudan kerajaan Melayu Beruas dan Gangga Negara itu boleh dilihat berdasarkan kesan sejarah peninggalannya yang masih wujud di beberapa kawasan sekitar Beruas malah banyak artifak purba ditemui penduduk. Kesan tinggalan itu juga menunjukkan pusat pentadbiran kerajaan Melayu Beruas, terletak di Kampung Kota, kira-kira tiga kilometer dari Pekan Beruas. Di Kampung Kota, kesan peninggalan bersejarah seperti perkuburan raja dipercayai milik Raja Beruas I dan Raja Beruas II serta ratusan kubur lama masih jelas kelihatan termasuk tapak pintu gerbang kerajaan Melayu Beruas. Makam di raja Beruas di Kampung Kota menunjukkan rajanya beragama islam dengan kewujudan batu nisan Acheh. Keluasan kerajaan ini meliputi kawasan yang merangkumi Beruas sehingga ke Dinding (Manjung).
Penyelidikan pertama ke kerajaan Beruas yang telah dijalankan oleh Kolonel James Low pada tahun 1849 dan satu abad kemudian, oleh HG Quaricth Wales. Menurut Jabatan Muzium dan Antikuiti, kedua-dua penyelidik bersetuju bahawa kerajaan Gangga Negara wujud tetapi tidak dapat memastikan tapak yang sebenar. Selama bertahun-tahun, penduduk kampung telah menemui artifak dipercayai dari kerajaan-kerajaan kuno, kebanyakan yang pada masa ini dipamerkan di Muzium Beruas. Artifak yang dipamerkan termasuk Penemuan artifak ini telah mengandaikan bahawa Pengkalan (Ipoh), Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput merupakan sebahagian daripada kerajaan ini. Berdasarkan penemuan artifak-artifak tersebut memungkinkan pusat kerajaan itu mungkin telah dipindahkan beberapa kali. Gangga Negara dinamakan Beruas selepas penubuhan Islam
Makam-makam purba raja Melayu, Kampung Kota, Beruas
GANGGA NEGARA
Gangga Negara merupakan sebuah kerajaan Hindu-Melayu lama. Pusat kerajaan yang paling awal diketahui di negeri Perak ini terletak di kawasan meliputi Beruas dan Dinding (Manjung hari ini). Gangga Negara bermakna “bandar Ganges” dalam Bahasa Sanskrit Nama ini diambil dari Ganganagar di barat laut India di mana bangsa-bangsa Kambuja didiami. Mereka adalah kaum Indo-Iran keluarga Indo-Eropah, asalnya bertempat di Pamir dan Badakhshan. Dikenali sebagai pedagang Hindu, mereka membina koloni mereka di Asia Tenggara sekitar 2000 tahun dahulu di lembah Mekong dan juga di Kepulauan Melayu di Funan, Chenla, Champa, Khmer, Angkor, Langkasuka, Sailendra, Srivijaya, dll Ahli-ahli sejarah mendapati pedagang Kambuja mengembara dari Gujarat ke Sri Lanka dan kemudian ke Ligor (Nakhon Sri Thammarat) Semenanjung Melayu utara, darat ke Thailand dan Kemboja.
Raja Gangga Shah Johan antara raja yang memerintah Gangga Negara Kerajaan ini mengalami kejatuhan apabila diserang oleh Raja Rajendra Chola I dari kerajaan Chola, selatan India (sekitar tahun1025M) Terdapat berbagai versi tradisi lisan tentang asal-usul kerajaan ini. Ada tradisi lisan yang menyebut tentang pengasas Kerajaan Gangga Negara ialah Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah. Ada juga cerita yang menyatakan bahawa kerajaan tersebut telah dibuka oleh Raja Khmers dari Kemboja. Bagaimanapun, berdasarkan penemuan arca-arca Buddha, menunjukkan di abad ke- 5 dan ke-6 Masehi wujud Kerajaan Gangga Negara ini. Kerajaan Gangga Negara telah berpusat di Beruas.
Ada juga berpendapat menyatakan bahawa Kerajaan Gangga Negara wujud tidak lewat dari abad ke-2 Masehi. Kerajaan Gangga Negara ini dipercayai terletak di daerah Dinding (Manjung) di kawasan Selatan Gunung Bubu, arah Timur Bukit Segari di tepi Sungai Dendang. Pendapat ini juga menyebut kemungkinan pusat Kerajaan Gangga Negara berubah-ubah. Dengan menggunakan jumpaan artifak-artifak purba dan pengaliran cabang Sungai Perak dipercayai pernah berpusat di Pengkalan ( Ipoh ), Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput telah dikatakan sebahagian dari jajahan Kerajaan Gangga Negara.
TEMASIK Pada masa silam sekitar abad ke 14, pulau Singapura merupakan sebahagian daripada kerajaan Sriwijaya dan dikenali sebagai Temasek ("Kota Laut"). Dipercayai bahawa Singapura merupakan pusat pemerintahan kerajaan Melayu sebelum ia diduduki oleh Sir Stamford Raffles. Tulisan Abdullah Abdul Kadir Munshi menyatakan ketika itu Singapura dibersihkan, bukit yang terdapat di situ telah pun dikenali sebagai bukit larangan, dan terdapat banyak pokok-pokok buah yang ditanam di situ. Ini menunjukkan terdapatnya pusat pentadbiran (istana) di situ. Abdullah Abdul Kadir Munshi turut menyatakan terjumpanya satu batu bersurat yang mempunyai ukiran tulisan yang tidak dikenali dan telah kabur. Batu bersurat Singapura itu menunjukkan Singapura telahpun menjadi satu pusat pentadbiran sejak silam lama sebelum ketibaan pihak Inggeris.
Malangnya batu bersurat itu telah dimusnahkan tidak lama selepas ketibaan inggeris oleh seorang jurutera inggeris. Terdapat nota mengenai satu salinan tulisan tersebut telah dihantar ke london tetapi gagal ditafsirkan. Temasek diperintah oleh lima raja singapura kuno. Terletak di hujung semenanjung tanah melayu, temasek merupakan titik pertemuan untuk pelayar, pulau ini juga berfungsi sebagai pusat perdagangan pelbagai kapal laut yang berkembang pesat, bermula dari kapal tradisional dari negeri cina, kapal dagang india, kapal layar arab, kapal perang portugis, hingga perahu layar bugis.
Sejarah Nama Temasek Catatan dari Bangsa Tionghoa pada abad ketiga menyebutnya sebagai "Puluo-chung", atau "pulau di ujung semenanjung ". Kemudian, kota pulau ini disebut sebagai Temasek ("Kota Laut"), sejalan ketika pemukiman pertama didirikan pada tahun 1298-1299 Masihi. Pada abad ke-14, pulau kecil berlokasi strategik ini mendapatkan jolokan baru. Sang Nila Utama, seorang putera dari Palembang (ibukota kerajaan Srivijaya), sedang berburu ketika matanya tertuju pada seekor haiwan yang belum pernah dia jumpai sebelum ini. Menganggap hal ini sebagai sebuah pertanda baik, beliau kemudian mendirikan sebuah kota di mana haiwan itu ditemukan, dan menamakan tempat tersebut "Kota Singa” atau Singapura, yang diambil dari bahasa Sanskrit "simha" (singa) dan "pura" (kota
Parameswara di Temasik Setelah gagal membebaskan Palembang daripada cengkaman Majapahit, Parameswara bersama pengikutnya yang terdiri daripada orang laut berundur ke Temasik (Singapura) Pemerintah Temasik pada masa tersebut ialah Temagi, iaitu seorang wakil kerajaan Siam. Beliau telah meyambut Parameswara dengan baik Parameswara berpandangan bahawa Temasik boleh berkembang maju kerana kedudukannya yang strategik Temasik pernah menjadi naungan Srivijaya. Oleh itu, Parameswara telah menuntut hak pertuanannya Parameswara bertindak membunuh Temagi dan seterusnya menguasai Temasik selama lima tahun. Baginda berusaha mengembalikan semula kegemilangan kerajaan Srivijaya Siam akhirnya bertindak terhadap Parameswara dan baginda bersama-sama pengikutnya terpaksa mencari perlindungan di Muar
Sekian, Terima Kasih.
View more...
Comments